Jumaat, 24 Februari 2017

Pemilihan kepimpinan PAS secara e-voting

Muktamar Tahunan PAS ke-63 pada 28 April hingga 1 Mei ini akan diadakan di Kedah dan dijangka dihadiri kira-kira 1,200 perwakilan dengan tumpuan utama kepada agenda pemilihan peringkat tertinggi dan sayap.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata program 'Amanat Presiden dan Taklimat Setiausaha Agung' pada malam 28 April akan membuka tirai muktamar secara tertutup.

Beliau berkata majlis perasmian dijadual pada 29 April di Kompleks PAS Kedah dengan agenda pemilihan parti dijangka dimulakan pada sebelah petang hari yang sama.

"Jangkaan kita kalau perancangan berjalan lancar kita akan mengadakan pemilihan secara e-voting dan pengiraaan pun melalui komputer. Saya jangkakan pada sebelah malam keputusan boleh diketahui.

"Kita ada jawatankuasa pemilihan PAS pusat diketuai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Wan Abdul Mutalib Embong dan insya-Allah pada 30 April atau 1 Mei PAS sudah ada kepimpinan baru," katanya dalam sidang media hari ini.

Jelas Takiyuddin, bagi pemilihan di peringkat pusat, ia melibatkan jawatan presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 18 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, manakala bagi peringkat sayap, ia melibatan ketua, timbalan dan naib.

Umno sedia kerjasama dengan PAS di Selangor

Naib Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan PAS bagi merampas semula negeri itu dari Pakatan Harapan (HARAPAN).
Kata Mat Nadzari lagi, beliau secara peribadi menyambut baik akan perkara itu.
"Bagaimanapun, ia terserah kepada presiden parti untuk menentukan mengenai perkara tersebut," katanya, memetik laporan portal BNBBC.
Beliau berkata demikian bagi mengulas pendedahan tentang perancangan HARAPAN membahagikan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tanpa PAS.
Rancangan tersebut dikatakan membabitkan agihan 18 kerusi DUN untuk PKR, 15 untuk DAP manakala lebihan 15 kerusi lagi yang asalnya milik PAS dibahagikan kepada dua parti baru iaitu 14 untuk Parti Amanah Negara dan 9 lagi untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar meminta PAS supaya mempertimbangkan untuk menarik diri dari kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR.
Pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, katanya, untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai hubungan dengan DAP dan AMANAH secara jelas memutuskan hubungan kerjasama dengan PKR.

RUU 355 PAS ibarat doktor salah diagnosis, bidas Amanah

Penyokong RUU 355 hanya mahu akta ini diluluskan di Dewan Rakyat sekaligus memperkenalkan pendekatan 'hukum dan hukuman' dalam mendidik rakyat.
Dzulkefly-Ahmad-ruu355PETALING JAYA: Amanah hari ini mempersoalkan bagaimana rang undang-undang persendirian meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibawakan PAS boleh menyelesaikan masalah dihadapi rakyat dan negara ketika ini.
“Gambaran ini persis umpama seorang doktor salah membuat diagnosis, lantas salah memberi ubat atau lebih tepat lagi doktor yang tidak perlu membuat apa-apa diagnosis kerana kononnya sudah mahir dengan penyakit pesakit. Tidak penting tahu punca penyakit.
“Kalau ditanya bagaimana ‘preskripsi’ RUU 355 mampu merawat. Saya hampir pasti jawapannya ialah soalan itu tidak penting. Sembuh atau tidak bukan kerja manusia, yang penting ubat mesti diberikan mengikut ‘mantra turun-temurun’ yakni pelaksanaan hukum,” kata pengarah strategi Amanah dalam satu kenyataan kepada FMT hari ini.
Dr Dzulkefly Ahmad berkata, penyokong RUU 355 nampaknya hanya mahu akta itu diluluskan di Dewan Rakyat, sekaligus memperkenalkan pendekatan “hukum dan hukuman” dalam mendidik rakyat.
“Merumuskan semua permasalahan masyarakat dengan rawatan pendekatan ‘hukum dan hukuman’ adalah cara berfikir parti lslam di Malaysia bahkan sebahagian besar parti-parti Islam di negara majoriti umat lslam di dunia.
“Ada ilmuan Islam yang mengistilahkan fenomena ini sebagai ‘intellectual paralysis’ atau kelumpuhan intelek atau berfikir.
“Ada bertanya bagaimana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom disaman RM20 juta oleh Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) kerana didakwa terbabit pelbagai salah laku menggunakan dana yayasan anak yatim, turut berucap,” katanya sambil berkata lebih mengaibkan apabila Jamil Khir mendakwa diarah menghadiri himpunan itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Sabtu lalu, ribuan penyokong PAS serta beberapa pemimpin Barisan Nasional berhimpun di Padang Merbok, Kuala Lumpur bagi menyokong RUU 355 dalam usaha memperkasakan Mahkmamah Syariah dan mengenakan hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah.

Tiada masalah jika Pas mahu sendirian


Pakatan pembangkang mampu mencabar BN dalam pilihan raya akan datang dengan sokongan rakyat pelbagai kaum.Pakatan pembangkang mampu mencabar BN dalam pilihan raya akan datang dengan sokongan rakyat pelbagai kaum.
Sikap Pas yang masih enggan bersama-sama Pakatan Harapan biarpun dipujuk banyak pihak sebelum ini dilihat tidak mendatangkan masalah besar kepada gabungan parti pembangkang, kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Beliau dalam ucapannya di Ulu Tiram, Johor semalam turut menyifatkan program anjuran Pas yang menyokong pindaan Akta 355 pada 18 Februari lalu bukannya bertaraf himpunan sebaliknya sekadar majlis ceramah.
"Kalau sekarang (Pas) nak duduk sorang-sorang, silakan. Tiada masalah. Himpunan (RUU) 355? Jangan. Itu ceramah perdana ada nasi bungkus, bas, orang besar makan. Itu bukan demonstrasi.
"Sebab kalau demonstrasi di Malaysia ini, hang jangan lawan Abang Mat. (Saya) bukanlah pakar tapi balai polis di KL turun naik dah sebab itu polis-polis ramai jadi kawan saya," ujar bekas Timbalan Presiden Pas itu dengan nada berseloroh.
Menurutnya yang berkecimpung hampir 40 tahun dalam Pas, parti tersebut sebelum ini sama sekali tidak pernah mendapat sokongan majoriti pengundi walaupun puluhan ribu menghadiri program yang dianjurkan.
"Di Kedah selepas peristiwa Memali pada tahun 1986, satu ceramah dibuat di sebuah kampung di Jerai. Penceramahnya adalah Presiden Pas, Yusof Rawa; Timbalannya, Fadzil Noor ketika itu dan Naib Presiden, Tok Guru Hadi bersama pimpinan Pemuda.
"Kehadiran ramai tak tahu puluhan ribu. Kereta terakhir (keluar) pukul 4 pagi. Punya ramainya. Bila datang pilihan raya tahun 1986, Pas hanya dapat satu kerusi di seluruh Malaysia iaitu di Pengkalan Chepa. Kedah langsung tak dapat," jelasnya.
Mengulas lanjut, bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah itu berkata, keputusan tersebut disebabkan pengundi bukan  Melayu masih tidak meyakini Pas.
"Waktu itu orang Cina, India, Siam takut nak undi Pas. Memang kita (Pas ketika itu) ceramah ramai, tapi kerusi dapat satu di Pengkalan Chepa, di Kedah dapat tiga," ujarnya.

Pas akan pecah lagi: Salahuddin

Hebatnya H355 bukan tanda Pas boleh menang PRU14: Salahuddin

DINSMAN : Melihat dengan minda menghukum

Himpunan menyokong RUU 355 di Padang Merbok, 18 Feb lalu.Himpunan menyokong RUU 355 di Padang Merbok, 18 Feb lalu.
Bila saya kata tak mahu hadir ke perhimpunan 355 di Padang Merbuk KL, Sabtu 18 Februari, beberapa orang kawan melihat saya seperti musuh Islam.
Saya hairan. Begitu mudah sekali mereka menghukum seseorang, atau melihat seseorang dengan minda menghukum. Dan saya lalu terfikir: apakah Islam di kalangan umatnya hari ini sudah sampai ke tahap itu? Melihat dengan minda menghukum?
Dan dalam kehairanan itu saya pun teringat akan sekitaran hidup orang Islam di negara ini pada hari ini. Dipenuhi dengan wacana menghukum. Dengarlah tazkirah dan ceramah agama yang kini boleh didengar dan ditonton di mana-mana. Apa isinya? Mengajar mengenai hukum. Hukum itu dan hukum ini.
Dalam keadaan hidup yang tertekan dan terhimpit dengan pelbagai masalah dan kesusahan, pun mereka masih ghairah bercakap dan berusaha ke arah membolehkan mereka menghukum orang, dengan lebih lagi. Mengapa terjadi begitu? Bilakah Islam mengajarkan demikian? Apakah sirah Nabi menceritakan hal yang demikian?
Seingat saya tidak ada pun yang demikian itu dalam sirah Nabi. Hal hukum menghukum itu bukanlah keutamaan dalam sirah Nabi. Tetapi kenapa sekarang dalam persekitaran hidup yang lebih maju dan bertamadun, lebih berilmu dan bermaklumat, ketika fikiran manusia relatif lebih terbuka dan merdeka, kita pula terdesak hendak membangunkan kehidupan yang sarat dengan menghukum?
Begitu terdesaknya kita mahu menghukum orang hingga kita melupakan pelbagai masalah dan kemungkaran yang sedang berleluasa dalam sekitaran hidup kita. Masyarakat sedang dihimpit dan disibukkan oleh masalah ekonomi negara yang di ambang kebankrapan, jenayah rasuah yang sedang meruntuhkan banyak tiang-tiang nilai dan institusi yang berfungsi memelihara keutuhan negara, dan kita tidak mempedulikan itu semua melainkan hendak menghukum orang.
Saya takut bahawa ini adalah tanda-tanda psikologis sebuah masyarakat yang sedang mengalami kekalahan dan berasa tidak mampu hendak bersaing dengan masyarakat bukan Islam di sekelilingnya, yang sedang menunjukkan pelbagai pencapaian hingga mungkin menenggelam-kan kewajaran Islam sebuah agama yang “tinggi dan tiada yang mengatasinya” (yak’luu walaa yuk’laa ‘alaihi).
Malanglah apabila penyakit psikologis ini melanda para pimpinan Islam hari ini. Tetapi lihatlah di sekeliling! Cubalah lihat perilaku yang menjadi fenomena umat Islam dan pimpinannya di seluruh dunia hari ini. Yang berkeupayaan kewangan akan menunjuk-nunjuk kekayaannya dalam bidang yang sama sekali tidak memberi manfaat kepada Islam dan umat Islam, melainkan memuaskan nafsu keegoan mereka sahaja.
Manakala yang lain, sekiranya mempunyai kuasa akan menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk menghukum orang dengan hukuman-hukuman kejam yang tak berperi kemanusiaan; dan yang tidak mempunyai kuasa pula akan berusaha kuat untuk mendapatkan kuasa itu bagi membolehkan mereka menghukum orang.

Setelah bersama Amanah, Abby Abadi dikeji ahli Pas

Abby AbadiAbby Abadi
Status facebook artis Abby Abadi baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila beliau berkongsi luahan perasaannya setelah tidak lagi bersama Pas yang disertainya pada tahun 2012 lalu.
Perkongsian itu antara lain mendedahkan dugaan yang terpaksa dilaluinya yang kini berjuang dengan Parti Amanah Negara.
Tindakkannya itu jelas Abby, telah mengundang 'serangan' dari pengikut-pengikut Pas dengan pelbagai cercaan dan kata-kata nista.
Ada pengikut Pas katanya, mencerca dan menuduh beliau  sebagai tidak betul, cium bont*t DAP, khadam DAP dan sebagainya apabila menjauhkan diri dari perjuangan Pas.
"Bila saya makin lama makin menjauh (dari Pas)… ikut Amanah, ikut Pakatan Harapan, orang Pas pulak yang maki hamun saya, konon saya tak betul, kembalilah ke pangkal jalan, semoga diberi petunjuk, cium bont*t DAP, khadam DAP dan sebagainya," luah Abby.
Namun, segala cercaan pengikut Pas terhadapnya tidak mampu menafikan sikap profesionalisme yang ditonjolkan pemimpin-pemimpin DAP dalam melaksanakan tanggungjawab mereka, lapor Roketkini.com.
"Cuma jujur, saya suka Mr Lim Guan Eng, Mr Lim Kit Siang… Nampak lebih berakhlak dan bersungguh menjaga amanah rakyat di Penang.
"Cakap kurang kerja lebih. Macam tulah bagus," katanya.
Jelas Abby, banyak perkara yang dipelajarinya mengenai agama dan pentadbiran negara sewaktu Pas dipimpin Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
“Allah bagi saya faham jelas berkaitan agama-Dia. Waktu tu saya ada Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz tempat belajar, bersembang, bertanya apa sahaja,” luah Abby.
Pada waktu itu katanya, beliau amat berbangga dengan imej Pas dan tidak gentar walaupun diserang habis-habisan oleh tentera siber Umno-BN ketika itu sehingga digam dari siaran televisyen dan menghadiri majlis rasmi kerajaan.
“Semua kerana bersama dengan perjuangan Pas.
“Alih-alih lepas ketiadaan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, segalanya berubah,” katanya.
Abby menulis statusnya di facebook sebagai respon kepada status twitter @tmjdtfc pada 18 Februari baru-baru ini yang menyebut: “Malang bg sesetengah pihak terutamanya artis yg ingin mencari Islam tetapi terjumpa Pas”.

'En Somi' nafi nak beli lori, kapal terbang...

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Khairudin Aman Razali berkata kenyataannya mengenai pembeliau lori atau kapal terbang dikelirukan.
Membuat penjelasan mengenainya, anggota parlimen Kuala Nerus itu berkata, kata-kata itu dibuat secara umum dan tidak merujuk kepada dirinya sehingga kelihatan angkuh.
Mendakwa kenyataan disalah tafsir itu bakal mengundang fitnah ke atasnya, Khairuddin berkata setiap orang - sama ada kaya atau miskin - berhak memiliki apa saja kenderaan yang dimahu dalam ruang lingkup kemampuan masing-masing, sama ada basikal, motosikal, kereta, lori atau kapal terbang.
"Saya tidak membuat kenyataan lain daripada itu. Mana-mana media yang melaporkan sebaliknya boleh diambil tindakan undang-undang," katanya disiar media rasmi PAS, Harakahdaily, hari ini.
Selasa lalu pengguna media sosial membangkitkan kewajaran Khairuddin yang juga anggota Jawatankuasa Pusat PAS menghadiahkan kereta mewah Audi Q7 kepada isterinya.
Hadiah itu diketahui ramai apabila isterinya Datin Norhayati Abd Malek, memuat naik gambar kereta serta mengemas kini statusnya di Facebook.
"Kti (Kak Ti) dapat hadiah kereta dari En Somi," katanya di media sosial itu.
Ia mengundang kecaman dan sindiran daripada banyak pihak.
Khairuddin kemudian menjelaskan beliau berhak membeli apa yang dimahukannya.
The Star Online yang menyiarkan kenyataan itu juga memetik beliau sebagai berkata: "Saya boleh beli lori atau kapal terbang, ini bukan urusan mereka.”
Menurut Khairuddin, apa yang disampaikan kepada wartawan The Star itu adalah kenyataan secara umum saja.
Beliau juga mendakwa sudah menghubungi wartawan terbabit supaya kenyataan itu dibetulkan.
Katanya, hanya golongan sosialis yang mempertikaikan pemilikan harta manusia dalam ruang lingkup kemampuan masing-masing.

BN tidak selamat lagi di kerusi majoriti Melayu

Mohamad Sabu memberi amaran tiada kerusi BN yang selamat di kawasan majoriti Melayu.Mohamad Sabu memberi amaran tiada kerusi BN yang selamat di kawasan majoriti Melayu.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan semua kerusi majoriti pengundi Melayu tidak lagi menjamin kemenangan Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang disebabkan lahirnya parti Bersatu.
Menurutnya, Bersatu yang dipengerusikan Tun Mahathir wujud ketika isu perkauman sempit dijaja untuk meracuni Melayu menjauhi DAP yang kononnya menguasai Pakatan Harapan.
"Pertolongan datang tanpa kita tidak sangka. Di tengah-tengah isu melayu dimainkan tiba-tiba lahir parti Bersatu yang dipimpin pula Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin.
"Mahathir dulu terkenal sebagai ultra Melayu dengan bukunya seperti, 'Malay Dilemma'. Pada 13 Mei (1969), orang inilah (Mahathir) dituduh menghasut Melayu.
"Sekarang Bersatu ini menghulurkan tangan bersama Pakatan Harapan yang ada DAP," ujarnya dalam Ceramah Pakatan Harapan di Ulu Tiram, Johor malam tadi dengan menganggap dakwaan kononnya masa depan orang Melayu dalam bahaya jika BN jatuh tidak lagi relevan.
Beliau yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu berkata, sambutan terhadap ceramah Tun Mahathir amat menggalakkan memandangkan kedudukan bekas Perdana Menteri itu yang berusaha menumbangkan kepimpinan Najib Razak.
"Ke mana Tun (Mahathir) pergi, sambutannya cukup hebat kerana dia dikenali sebagai pelampau Melayu tetapi sekarang dia nak menjatuhkan kerajaan Najib yang pemimpin Melayunya rasuah," tegasnya.

Pas kini paling utuh, tak mungkin berpecah: Mohd Zuhdi

Pas tidak mungkin berpecah kerana parti itu kini berada dalam situasi paling utuh berbanding era lalu.
Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, beliau sendiri menyaksikan situasi itu setelah berada dalam Pas hampir 20 tahun.
“Ia disebabkan semua pimpinan dan ahli Pas benar-benar memahami dasar dan matlamat parti iaitu mendaulatkan keadilan Islam bagi menggantikan sistem zalim.
Mohd Zuhdi "Selain itu, Pas utuh disebabkan golongan bermasalah sudah keluar daripada Pas untuk menyertai Amanah dan PKR.
“Golongan bermasalah ini sebenarnya tidak memahami dan menghayati dasar dan matlamat Islam diperjuangkan Pas, sebaliknya mereka hanya bermatlamat menjatuhkan Umno. Bagi mereka, sesiapa sahaja boleh mendominasi pemerintahan negara, terutama DAP menggantikan Umno, sedangkan menurut Islam kezaliman paling besar ialah syirik dan kafir,” katanya, semalam.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mendakwa Pas berdepan risiko perpecahan setelah jalin hubungan dengan Umno.
Kata Mohd Zuhdi, kenyataan Salahuddin hanya untuk mengalih perhatian umum terhadap perpecahan Amanah.
“Saya menjangkakan sekurang-kurangnya ada tiga kumpulan bersaing untuk menguasai Amanah, iaitu kumpulan Mohamad Sabu, Datuk Husam Musa dan kumpulan yang cenderung Ikram (NGO Islam).
“Disebabkan persaingan itu, sehingga hari ini tidak diketahui bila Amanah akan buat pemilihan pimpinan baharu, sedangkan pemegang jawatan sekarang tidak dipilih melalui muktamar atau mesyuarat agung,” katanya.
Jelasnya, berbeza dengan Pas yang akan melangsungkan muktamar pemilihan pimpinan baharu pada April ini.
“Semua mesyuarat agung berlangsung dengan harmoni dan suasana ukhuwah Islamiah cukup tinggi. Keharmonian dan suasana persaudaraan ini menyebabkan Pas berjaya hantar ratusan ribu ahli menyertai Himpunan 355,” katanya.

Siasat skandal Forex Bank Negara jangan sampai lupa 1MDB

Skandal 1MDB mencemar imej Malaysia di mata dunia.Skandal 1MDB mencemar imej Malaysia di mata dunia.
Walaupun mengalu-alukan penyiasatan skandal Forex Bank Negara, PKR menggesa satu Suruhanjaya Diraja yang mempunyai kredibiliti dan kuasa yang meluas ditubuhkan bagi menyiasat skandal itu termasuk membuka kembali siasatan skandal 1MDB.
Malah kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak juga digesa menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal 1MDB yang kini menjadi perhatian dunia.
Pengarah Biro Strategi PKR Sim Tze Tzin berkata, tindakan pentadbiran Najib menubuhkan pasukan petugas khas (task force) untuk menyiasat skandal Forex BNM yang berlaku lebih 30 tahun lalu tetapi membubarkan pasukan petugas khas siasatan 1MDB 6 bulan yang lalu, menunjukkan sikap hipokrasi kerajaan.
Pasukan petugas khas siasatan 1MDB ketika dibentuk dianggotai Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Aziz, Ketua Pengarah SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamad dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Ia dibubarkan sebaik sahaja Tan Sri Mohamad Apandi Ali dilantik peguam negara menggantikan Abdul Gani.
"Pendirian PKR adalah mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Skandal Forex BNM dan juga penubuhan Suruhanjaya Siasatan Skandal 1MDB juga. Segala skandal raksasa yang merugikan rakyat harus disiasat dan didakwa ke muka pengadilan," tegas Sim.
Menurut Sim, laporan Suruhanjaya Diraja boleh digunakan sebagai asas kukuh untuk menuntut aset dan wang bernilai berbilion ringgit daripada kerajaan Amerika Syarikat.
Aset dan wang milik 1MDB itu, katanya amat diperlukan Malaysia untuk menyelesaikan hutang 1MDB yang kini amat terdesak.
"Wang dan aset tersebut sekarang telah dibekukan oleh Peguam Negara Amerika Syarikat. Pada hemat kami, penubuhan Suruhanjaya Diraja siasatan 1MDB bukan sahaja boleh mencari kebenaran tetapi boleh juga mendapat wang balik dari Amerika Syarikat. Ini lebih berbaloi," ujarnya.
Siasatan terhadap skandal 1MDB, ujarnya adalah mendesak kerana beberapa negara seperti Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat telah mengambil tindakan serius terhadap jenayah penyelewengan dana 1MDB termasuk menutup bank, menghukum penjara pekerja bank yang mempunyai kaitan dengan jutawan kontroversi Jho Low dan menyita aset.

Mujahid cadang MP Pas Kuala Nerus isytihar harta

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairudin Aman Razali dicadangkan agar membuat pengisytiharan harta bagi membolehkan rakyat menilai secara telus dan bertanggungjawab ekoran peristiwa kereta Audi Q7.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof dalam satu kenyataannya berkata, bagi mengelak sebarang persepsi dan tanggapan terhadap MP maka sebaik penyelesaian ialah mengisytiharkan harta dan pendapatan supaya segala tuduhan dan tohmahan dapat dinilai secara telus dan bertanggungjawab.
"Nasihat saya kepada MP Kuala Nerus agar segeralah isytiharkan harta saudara supaya tidak memburukkan nama baik ahli parlimen.
"Kepada rakan yang lain tanpa kontroversi pun eloklah dibuat istyhar harta dan pendapatan," kata naib presiden Amanah itu kepada Malaysia Dateline.
Mujahid sebelum ini telah mengisytiharkan semua hartanya untuk pengetahuan umum.
Datuk Dr Khairudddin Aman RazaliDatuk Dr Khairudddin Aman RazaliKhairudin yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas itu terdedah kepada kecaman awam apabila tindakan beliau menghadiahkan sebuah kereta mewah Audi Q 7 kepada isterinya didedahkan kepada umum.
Pendedahan itu dibuat oleh isterinya sendiri dalam facebook beliau dan kini ditularkan oleh media sosial.
Khairudin ketika mengulas isu itu berkata, "Ini adalah isu kecil. Saya mempunyai hak untuk membeli apa-apa yang saya mahu. Saya juga boleh membeli sebuah lori atau kapal terbang, ia bukan urusan mereka," sebagaimana dilaporkan oleh The Star Online semalam.
Bagi Mujahid, jawapan Khairudin itu telah menambah burukkan lagi pendedahan yang dibuat oleh isterinya itu.
"Lebih buruk, kenyataan dan retorik wakil rakyat akan dinilai dan akan dikritik bukan sahaja pandangannya tetapi juga dibuat perbandingan dengan gaya hidupnya," katanya.
Bagi Mujahid, kenyataan MP Kuala Nerus yang juga Ketua Penerangan Ulamak Pas tidak menjawab persoalan yang dipertikaikan.

Umno, Pas kini memang sah 'sekapal'

Pemimpin Pas dan Umno sekapal dalam Nautical Aliya. Khalil, Nuridah dan Sanusi antara pemimpin Pas bersama Azeez Rahim di atas kapal itu. Pemimpin Pas dan Umno sekapal dalam Nautical Aliya. Khalil, Nuridah dan Sanusi antara pemimpin Pas bersama Azeez Rahim di atas kapal itu.
Pas dan Umno kini benar-benar sekapal melalui "Food flotilla for Myanmar" dan ia menambah kukuhkan lagi persepsi bahawa kedua-dua parti itu bekerjasama walaupun cuba dinafikan oleh Pas.
Datuk Mahfuz OmarDatuk Mahfuz OmarAhli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, apa yang berlaku di atas kapal Nautical Aliya ini menambahkan persepsi masyarakat terhadap perkara itu.
"Ahli Pas kini gelisah. Sejak dari kecil mereka dilatih bencikan Umno, tiba-tiba pemimpin mereka berbaik dengan Umno.
"Benarlah persepsi bahawa Umno dan Pas kini sudah sekapal sebagaimana ditunjukkan dalam flotilla ini," kata bekas naib presiden Pas itu merujuk kepada bendera Umno dan Pas memenuhi pelabuhan yang menerima kepulangan kapal yang membawa 28 NGO itu.
Menurut Mahfuz, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berada di atas kapal 'Food flotilla for Myanmar' itu sendiri tidak berpuashati dengan tindakan parti politik Umno dan Pas yang 'merampas' (hijack) misi yang mereka sertai.
"Mereka hubungi saya dan menyampaikan rasa tidak puas hati mereka," dedah ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Bendera Pas dan Umno dikibarkan menyambut kepulangan Nautical Aliya di Perlabuhan Klang semalam.Bendera Pas dan Umno dikibarkan menyambut kepulangan Nautical Aliya di Perlabuhan Klang semalam.Antaranya, cerita Mahfuz, Umno dan Pas dilihat cuba menonjolkan diri mereka dan memperlihatkan misi ini adalah lebih kepada soal kerjasama antara Pas dan Umno bukan membantu kesengsaraan yang dialami oleh umat Rohingya.
Antara pemimpin Pas yang berada di atas kapal yang dilepaskan bersama oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan timbalan presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu adalah ketua muslimat, Nuridah Salleh, timbalan ketua pemuda yang juga anak presiden Pas, Mohd Khalil Abdul Hadi, AJK Pas Pusat, Sanusi Mohd Nor dan lain-lain.
Pemimpin Umno pula adalah Datuk Seri Azeez Rahim yang juga pengerusi Tabung Haji dan ramai lagi.
Sejak dari awal lagi, Pas sentiasa mengajar pengikutnya bahawa Umno adalah musuh mereka.

Beri tumpuan selamatkan kerajaan diterajui Umno selepas himpunan RUU 355 Pas


Tun Abdul Hamid MohamadTun Abdul Hamid Mohamad
Bekas Ketua Hakim Negara ke-12, Tun Abdul Hamid Mohamad menyifatkan kerjasama Umno dan Pas pada himpunan menyokong pindaan Akta 355 di ibu negara minggu lalu perlu disusuli dengan usaha menyelamatkan kerajaan yang ditunjangi Umno.
Beliau berkata, himpunan anjuran Pas yang turut menyaksikan pimpinan Umno seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berucap itu sebagai titik permulaan kepada kerjasama Umno dan Pas.
"Ia juga baik untuk hubungan Umno-Pas. Sama ada RUU (Rang Undang-undang) itu diluluskan atau tidak, kita perlu memandang lebih jauh ke hadapan.
"Kerjasama antara Umno dan Pas untuk meluluskan RUU itu adalah titik permulaan muafakat di antara Umno dan Pas untuk mencapai sesuatu tujuan.
"Ia hendaklah diteruskan dengan perkara yang lebih besar dan perlu bagi menjaga kepentingan dan kedudukan orang Melayu/Islam.
"Pertama, tumpuan hendaklah diberi bagi menyelamatkan Kerajaan Persekutuan yang diterajui Umno dalam PRU-14 (Pilihan Raya Umum ke-14)," tegasnya dipetik daripada artikel beliau di akhbar Berita Harian hari ini.
Mengakui Umno pada masa ini mempunyai banyak kelemahan yang perlu dibaiki, beliau menganggap parti itu sukar mendapatkan kembali kuasa jika kalah pada PRU-14.
"Sekali terlepas, kuasa pemerintahan di peringkat persekutuan, saya tidak nampak bagaimana ia akan diperoleh semula," ujarnya yang mula menyertai perkhidmatan kehakiman dan perundangan pada 11 Jun 1969.
Sebaliknya, Abdul Hamid, 75, mendakwa kedudukan orang Melayu dan Islam tidak lagi berjaya dimajukan seperti yang telah berlangsung sekurang-kurangnya enam dekad sepanjang Umno menguasai kerajaan Persekutuan jika Putrajaya ditawan pihak pembangkang.
"Jika pemerintahan Kerajaan Pusat terlepas kepada pembangkang yang diterajui oleh DAP, jangan harap keadaan itu akan berterusan," jelasnya.

Isteri saya hebat, kata suami ketua audit negara

Rizuan berkata hubungannya dengan Najib sudah lama terjalin, dan berkata integriti isterinya tidak perlu dipersoalkan.

PETALING JAYA: Suami kepada Ketua Audit Negara yang baharu, Tan Sri Madinah Mohamad, tampil mempertahankan isterinya, di sebalik kritikan beberapa pihak yang meragui perlantikan itu disebabkan suaminya seorang penyokong kuat Umno.
Datuk Rizuan Abdul Hamid, yang juga ketua Umno Kepong, berkata isterinya Madinah seorang tegas dan serius dalam menjalankan tugas dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk dirinya.
“Sewaktu jadi ketua setiausaha, dia seorang yang begitu mematuhi peraturan. Orang hendak jumpa, kontraktor hendak jumpa, semua tidak boleh. Kalau kata dia tidak layak, bererti itu bohong,” Rizuan memberitahu FMT.
“Saya jadi ketua bahagian Umno, apakah isteri saya tidak boleh jadi Ketua Audit Negara. Itu soal dia, tidak ada kena mengena dengan penglibatan saya dalam politik,” katanya kepada FMT.
Madinah dikritik beberapa pemimpin pembangkang yang mempersoalkan kelayakannya memegang jawatan ketua audit negara ekoran terkait dengan penglibatan suaminya dalam Umno.
Ikrar Rizuan untuk berjuang bersama Najib sehingga ke nafas terakhir juga mula disebarkan selepas pengumuman perlantikan isterinya, menggantikan Tan Sri Ambrin Buang yang bersara.
Paling hebat
Rizuan berkata, pengkritik perlu menyemak semula trek rekod dan sumbangan isterinya kepada perkhidmatan awam.
“Orang yang kata dia (Madinah) tidak layak, dia kena tengok trek rekod dahulu. Madinah boleh buat kewangan, mengurus ‘human resource’ (sumber manusia) sewaktu dia pegang jawatan ketua setiausaha dahulu.
“Dalam laporan Ketua Audit Negara, dia (Madinah) yang paling hebat di antara semua kementerian. Maknanya dia paling hebat dalam kementerian,” katanya.
Madinah, yang mempunyai 35 tahun pengalaman dalam perkhidmatan awam, merupakan ketua setiausaha Kementerian Pendidikan sehingga tempoh bersara wajib pada September tahun lepas.
Beliau berkelulusan Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia dan Sains Pembangunan Sumber Manusia, serta mempunyai doktor falsafah dalam bidang pengurusan sumber manusia daripada Universiti Putra Malaysia.
Rizuan berkata, beliau sendiri tidak terkejut dengan perlantikan isterinya kerana Madinah sebelum ini pernah dicalonkan sebagai ketua setiausaha negara.

Mahathir, Sultan Johor aset negara, kata Syed Saddiq

Ketua Armada BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menganggap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar masing-masing sebagai aset negara.
Katanya, bagaimana Mahathir mengubah Malaysia, Sultan Johor juga melakukan perkara sama untuk Johor.
"Kedua-dua tokoh ini adalah aset negara. Tak perlu untuk kita tuangkan minyak tanah dalam api," katanya dalam satu kenyataan media.
Ulasan itu dipercayai merujuk titah Sultan Ibrahim semalam supaya ahli politik luar tidak jangan mencampuri urusan dalaman sehingga boleh mengelirukan dan memecah-belahkan rakyat negeri ini.
Mengulas lanjut, Syed Saddiq yang juga adalah bekas pendebat terbaik Asia berkata, mungkin ada pihak mahu dirinya mengkhianati sultan kerana bersama parti yang diterajui oleh Mahathir, tetapi katanya yang penting adalah memajukan negara dan imej malaysia yang kini tercalar.
Beliau turut mengakui dirinya bukan peminat tegar Dr Mahathir, khususnya berhubung tindakan bekas perdana menteri itu memperkasakan Akta Universiti dan Kolej Universiti, menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan melemahkan struktur demokrasi negara.
Namun, katanya, jasa bekas perdana menteri itu menukar negara yang tidak diketahui kepada harimau Asia yang dihormati tidak boleh diketepikan.
“Banyak projek-projek pembangunan yang beliau rintis di Malaysia.
“Peralihan Malaysia dari sebuah negara pertanian berat kepada ekonomi pembuatan. Dari negara yang tidak diketahui kepada harimau Asia yang dihormati.

KENAPA ISU RM2.6 BILION ITU SUDAH SENYAP ??!

Adakah rakyat sudah lupa?

Putar belit bohong menipu itu wajib ada dalam jati diri Ameno.

Sedap kata kat orang penyangak..

Habis tu #MO1 yg bertenggek kat PutarJaya itu apa??!

Siapa yang bisu bila pemimpinnya curi juta-juta ??!


SALLEH SAID KERUAK SUDAH WAJIB DIHADIAHKAN CERMIN BESAR...

Selain difahami satu teguran telah ditujukan kepada Tun Mahathir Mohamad, semalam juga sebenarnya dua pemimpin UMNO telah ditegur oleh dua Sultan. 

Seorang ditegur oleh Sultan Johor dan seorang lagi ditegur oleh Sultan Selangor.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membidas cadangan seorang menteri yang mahu membanyakkan Wilayah Persekutuan melalui pengambilan tanah-tanah negeri.

Baginda menggelarkan menteri berkenaan sebagai kurang bijak kerana mungkin terlupa tentang kedaulatan sesebuah negeri itu.

"Malah hasil kerajaan Persekutuan yang dikutip adalah dari semua rakyat Malaysia dan harus diagihkan kepada semua, bukan untuk Wilayah Persekutuan saja," titah baginda.

Walaupun tidak menyebut nama, tetapi tidaklah sukar memahami bahawa menteri kurang bijak yang dimaksudkan oleh Sultan Johor itu ialah Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan yang baru-baru ini mencadangkan untuk menjadikan Pulau Pinang dan Pulau Langkawi sebagai tanah baru bagi perluasan jajahan Wilayah Persekutuan.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pula menzahirkan rasa tidak berkenaan dengan tindakan menyalahgunakan kenderaan jenazah untuk tujuan demonstrasi.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan melalui Setiausaha Sulit baginda, Mohamad Munir Bani, Sultan Selangor bertitah, van jenazah adalah untuk urusan jenazah sahaja.

“Baginda tidak berkenan kenderaan jenazah tersebut disalahgunakan selain daripada urusan membawa jenazah seperti disewa untuk membuat demonstrasi atau kegunaan lain yang tidak kena mengena dengan urusan pengendalian jenazah,” katanya kenyataan itu.

Meskipun turut tidak disebut nama, namun tentulah semua orang  memahami bahawa titah Sultan Selangor itu ditujukan kepada Jamal Md. Yunos yang sebelum ini menyewa 15 van jenazah untuk mengadakan demonstrasi politik di hadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam.

PRU14 mungkin diadakan tengah tahun ini, kata menteri Umno

Ismail Sabri Yaakob menjangkakan BN Sarawak mampu memenangi 29 daripada 31 kerusi Parlimen untuk memastikan kemenangan parti itu.
ismail-sabri
KUCHING: Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah memberi bayangan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mungkin diadakan pertengahan tahun ini.
“Saya tidak tahu tarikh pilihan raya umum, tetapi saya percaya ia akan diadakan tidak lama lagi, mungkin pada Mei, Jun, Julai atau Ogos,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Sarawak 2016, semalam.
Beliau yang dipetik The Borneo Post menjangkakan Barisan Nasional (BN) Sarawak boleh memenangi sekurang-kurangnya 29 daripada 31 kerusi Parlimen di negeri itu pada PRU14.
“Berdasarkan rekod sebelum ini dan analisis trend di Sarawak, BN bukan sahaja akan kekal (sebagai kerajaan pemerintah) tetapi Sarawak akan memberi sumbangan besar kepada kemenangan BN pada pilihan raya umum,” katanya dipetik The Borneo Post.
Laporan itu memetik beliau sebagai berkata, rakyat Malaysia mempunyai pilihan untuk mengekalkan kerajaan sedia ada yang boleh melindungi hak dan keistimewaan Bumiputera atau kerajaan pimpinan DAP yang menekankan kesamarataan untuk semua kaum.
“Kerajaan pemerintah hari ini menjaga Bumiputera dengan baik, khasnya menerusi dasar melindungi hak dan keistimewaan mereka tanpa menghalang atau mengehadkan kaum lain daripada berjaya di negara ini.
“Atau mungkin rakyat lebih suka ‘kerajaan pimpinan pihak lain yang akan menafikan hak Bumiputera,” soalnya.
The Borneo Post memetik beliau sebagai berkata: “Daripada 2 pilihan itu, saya rasa kita tiada pilihan…Jika kita mahu mengekalkan hak Bumiputera, kita perlu mengekalkan kerajaan BN.”
Ismail Sabri turut memberi amaran perkhidmatan awam akan berada di bawah ancaman serius jika pembangkang menjadi pemerintah.
“Pembangkang memainkan isu penjawat awam berlebihan dan jika kerajaan ‘lain’ mengambil alih, separuh daripada penjawat awam akan hilang pekerjaan.

Mufti Perlis: Jangan beri gambaran salah pada hukum Islam

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas kenyataan “tokoh tertentu” bahawa hukuman sebat terhadap penzina berdasarkan hukum Islam boleh membawa mati.
Tanpa menamakannya secara langsung, beliau menasihatkan tokoh itu meneliti terlebih dahulu fakta yang mahu dilontarkan.

“Ia tersasar dari ilmu pengetahuan yang sahih.

“Tokoh berkenaan perlu teliti sebelum membuat kenyataan,” katanya dalam Facebook.
Dr Asri juga berkata aspek lain seperti isu politik dan cara undang-undang itu diangkat masih boleh dikritik, tetapi bukan dengan memberikan gambaran yang salah berkaitan hukum Islam.

Zina termasuk salah satu daripada kesalahan hudud yang membawa hukuman rejam sampai mati jika pesalah telah berkahwin dan sebat 100 kali jika masih bujang.

Amanah sahkan tiada cadangan lantik Mukhriz sebagai TPM

Konsep Islam dibawa Amanah lebih baik daripada Pas: Salahuddin

JOHOR:MAT SABU AMANAH TERKINI 2017-PELANCARAN LE TOUR DE AMANAH JOHOR 2017

JOHOR:SALAHUDDIN AYUB AMANAH 2017-Najib Razak Hutang CHINA 40 Bilion Utk Bayar Hutang Kpd Pak Arab

JOHOR:ZAID IBRAHIM DAP-UMNO Parti Najib Razak & PAS Parti Hadi Awang

Enggan jawab isu Korea Utara, pengerusi majlis beri peringatan pada media

Mahfuz persoal Kedah mahu runtuh, bina stadium bola sepak baru

'Kalau depa tak ada idea, ikan temenung mahal pun salah DAP'

Tun M belum nyanyuk, kata Syed Saddiq

Azmin: Ada 'menteri kanan' letak jawatan, tunggu dan lihat

Jamal, Ismail ucap 'tahniah' kepada Adam

RUU355: Golongan bijak pandai jangan jadi 'pengacau'

Pengikut Jamal berang digelar 'macai', Radzlan tarik balik

Tak nak wakil rakyat 'kencing tikus' berada dalam Dewan, kata penganalisis

RUU355 buat PAS lemah, tak mampu gerak solo pada PRU14 - Penganalisis

PH boleh kekalkan Selangor tanpa PAS - IDE

Zuhdi bidas Salahuddin, Himpunan 355 berjaya kumpul sokongan Melayu