Khamis, 23 Februari 2017

Lebih 37,600 pekerja diberhentikan pada 2016

Pekerja di sektor pembuatan paling ramai diberhentikan kerja.Pekerja di sektor pembuatan paling ramai diberhentikan kerja.
Seramai 37,699 orang pekerja diberhentikan pada tahun lepas dengan 39.4 peratus diberhentikan secara pemberhentian sukarela (VSS) manakala 60.6 peratus melalui pemberhentian biasa.
Kementerian Sumber Manusia berkata berdasarkan statistik pemberhentian pekerja yang dilaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK), majoriti pemberhentian melibatkan 32,552 pekerja tempatan (86.3 peratus) manakala bakinya merupakan pekerja asing.
"Jumlah pemberhentian pekerja bagi tahun lepas sebenarnya adalah lebih rendah berbanding 2015," kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya pada 2015, seramai 44,343 orang terlibat dengan 19,891 orang (44.9 peratus) melalui VSS dan 24,452 orang (55.1 peratus) melalui pemberhentian biasa.
Kementerian itu berkata pemberhentian tertinggi pada tahun lepas berlaku dalam sektor pembuatan iaitu 45.9 peratus diikuti sektor perdagangan borong dan runcit (20.7 peratus); kewangan dan insurans (12.1 peratus) serta perlombongan dan pengkuarian (6.6 peratus).
"Ini berbeza dengan pemberhentian bagi 2015 yang didominasi oleh sektor kewangan dan insurans (39.8 peratus); diikuti sektor pembuatan (20.8 peratus) dan sektor pengangkutan dan penyimpanan (14.7 peratus) berikutan isu pemberhentian pekerja oleh MAS," katanya.
Majikan diwajibkan memaklumkan kepada JTK satu bulan lebih awal jika ingin memberhentikan pekerja, kata kementerian itu.

Cari punca kenapa setengah juta menganggur - Rafizi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memberi tumpuan mengenai sebab utama mengapa kadar pengangguran meningkat, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Beliau merujuk amaran Najib semalam supaya syarikat senaraian awam mengambil bahagian dalam Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) bagi membantu graduan berijazah yang menganggur.
"Sementara saya menyokong sebarang usaha untuk mengurangkan jumlah pengangguran di negara ini, adalah sangat penting untuk kita memberi tumpuan kepada sebab utama kenapa pengangguran berlaku," kata Rafizi dalam kenyataannya hari ini.
Menurut Rafizi, statistik Jabatan Buruh menunjukkan jumlah rakyat Malaysia yang mengganggur sejak tiga tahun lalu meningkat daripada seramai 439,000 orang pada Mac 2013 kepada 510,700 orang pada November 2016.
Katanya, kadar pengangguran graduan semasa pentadbiran Najib juga adalah tertinggi berbanding perdana menteri terdahulu, berdasarkan statistik daripada sebuah institut pemikir dari Sweden.
"Ini bermakna, bagi tahun 2014 iaitu kali terakhir angka diterbitkan, dari setiap 10 orang penganggur, tiga orang mempunyai ijazah," katanya.
Semalam, Najib dilaporkan mahu syarikat senaraian awam mengambil bahagian dalam program SL1M dengan mengambil graduan menganggur untuk bekerja dengan mereka.
Perdana menteri berkata penyertaan syarikat tersebut dalam program itu akan dijadikan prasyarat yang akan menentukan kelayakan mendapat kontrak pada masa akan datang.

Siswazah menganggur teramai di era pentadbiran Najib

Rafizi RamliRafizi Ramli
Ugutan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak kepada syarikat senaraian awam supaya mengambil bahagian di dalam Skim Latihan 1Malaysia (SLIM) tidak dapat menyembunyikan hakikat peningkatan kadar pengangguran di negara ini khususnya di kalangan siswazah.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, cubaan pentadbiran Najib mengugut syarikat-syarikat swasta untuk mengambil graduan yang menganggur melalui SL1M lebih bertujuan melepaskan tanggung jawab sendiri kerana statistik pasaran kerja menunjukkan lebih ramai graduan dan rakyat Malaysia kini menganggur.
"Perkara yang lebih penting ialah bagi beliau membetulkan pentadbiran ekonomi terlebih dahulu agar lebih banyak peluang pekerjaan yang menawarkan gaji yang setimpal dengan kelulusan dapat diwujudkan oleh ekonomi Malaysia," ujar Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan merujuk amaran Najib agar syarikat senaraian awam mengambil bahagian di dalam SLIM jika tidak mahu berdepan kesukaran mendapatkan kontrak besar kerajaan di masa akan datang.
SL1M adalah hasil projek 1Malaysia yang dilancarkan Najib untuk membantu graduan berijazah yang menganggur dengan menempatkan mereka di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melalui skim perantis dengan bayaran elaun sekitar RM1,500 sebulan.
Rafizi menambah, walaupun menyokong sebarang usaha untuk mengurangkan jumlah pengangguran di negara ini, pentadbiran Najib perlu memberi tumpuan kepada sebab utama pengangguran berlaku.
"Program-program seperti SL1M yang dipasarkan oleh pasukan propaganda Datuk Seri Najib sebagai bukti keprihatian beliau dengan kesusahan golongan muda sebenarnya menyembunyikan hakikat sebenar pasaran pekerjaan di negara ini," tegasnya.

Rafizi merujuk kepada statistik Jabatan Buruh di antara Mac 2013 hingga November 2016 yang menunjukkan angka pengangguran meningkat sebanyak 16% dari seramai 439,600 orang (Mac 2013) kepada 510,700 orang (November 2016).
"Statistik ini disiarkan setiap bulan dan adalah fakta yang paling kukuh bahawa rakyat biasa sedang mengalami kesusahan kerana semakin hari semakin ramai yang hilang pekerjaan," jelasnya.
Bagaimanapun beliau menarik perhatian umum terhadap statistik pengangguran di kalangan graduan yang turut meningkat saban tahun seperti dilaporkan The Quality of Government Institute iaitu sebuah institut pemikir dari Sweden.
Institut ini, jelas beliau mengkaji pola pengangguran dan ekonomi di seluruh dunia termasuk pengangguran di kalangan graduan berijazah di Malaysia.

BN WP SEKADAR BERLAKON ATAU MENYANGGAH DASAR NAJIB?

Tidakkah ini sebenarnya sesuatu yang pelik?

Kerajaan yang memerintah yang di setiap bulan sejak kebelakangan ini menaikkan harga minyak ialah BN.

Tetapi BN Wilayah Persekutuan dilaporkan akan memberi bantuan petrol percuma kepada penunggang motorsikal pada setiap awal bulan bermula April nanti.

Bantuan yang disasarkan kepada kira-kira 117,000 penunggang motorsikal itu akan diberikan di setiap kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan, Labuan dan Putrajaya.
Tidakkah ini memperlihatkan BN Wilayah Persekutuan seperti sedang berlakon dalam tindakan mereka?

Jika kerajaan BN sudah dengan keputusan menaikkan harga minyak, buat apa lagi diberi bantuan petrol percuma kepada rakyat?

Bukankah BN Wilayah Persekutuan sepatutnya mempertahankan keputusan kerajaan BN itu?

Buat apa mereka memberi petrol percuma sedangkan yang menaikkan harga minyak itu ialah BN juga?

Apakah BN Wilayah Persetukuan tidak sedar bahawa mereka adalah sebahagian kerajaan dan bukan pihak pembangkang. Mungkin tidak menghairankan jika parti-parti pembangkang yang bertindak memberikan petrol percuma itu.

Demo van jenazah: Jamal dan Noh Omar perlu minta ampun dari Sultan

Tindakan biadap Jamal memperalatkan keranda dan van jenazah mendatangkan kemurkaan istana Selangor.Tindakan biadap Jamal memperalatkan keranda dan van jenazah mendatangkan kemurkaan istana Selangor.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos telah memalukan institusi masjid apabila menggunakan van jenazah demi kepentingan politik dan wajar memohon ampun daripada Sultan Selangor kerana mengakibatkan baginda murka, kata Bendahari Sosialis Muda DAP (DAPSY) Selangor, Muhammad Shakir Ameer.
"Jamal patut meminta ampun daripada Tuanku Sultan kerana sikapnya itu juga menghina Tuanku Sultan selaku Ketua Agama Islam negeri Selangor.
"Jika dia gagal membuktikan dirinya mampu menjadi pembangkang yang berkesan di Selangor, setidaknya Jamal harus berusaha menjadi rakyat yang menghormati Sultannya,” ujar Shakir yang juga Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam.
Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini tidak berkenan kenderaan jenazah disalahgunakan dengan disewa untuk membuat demonstrasi.
Teguran Sultan Selangor itu dimaklumkan kepada media oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan.

PKR: Ada rekod Madinah hadir program Umno

Selepas membongkar suaminya sebagai penyokong tegar perdana menteri, pembangkang hari ini membangkitkan pula dakwaan penyertaan Tan Sri Madinah Mohamad dalam program Umno.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata ketua audit negara yang baru itu telah dirakam hadir dalam program-program Umno, seperti di kawasan suaminya di Kepong.
"Saya terpanggil untuk membangkitkan persoalan lebih mendalam, terutamanya berkaitan beberapa laporan media melibatkan Madinah.
"Dalam laporan tersebut, beliau dan dif-dif kehormat telah bergambar di hadapan beberapa replika cek dengan logo Umno Permatang Pauh," kata Fahmi dalam sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini.
Menurut Fahmi, hal tersebut menimbulkan keraguan sama ada apakah patut seorang pegawai kanan kerajaan menghadiri program parti politik seperti itu.
The Star pada April 2016 melaporkan Madinah selaku ketua setiausaha Kementerian Pendidikan hadir dalam pelancaran program yang dibiayai Umno Permatang Pauh.
Pada 3 Januari lalu, Utusan Malaysia melaporkan Madinah merasmikan program di Kepong bersama suaminya Datuk Seri Rizuan Abd Hamid yang juga ketua Umno bahagian itu.

"Bagi saya, walaupun beliau telah bersara wajib dari menjadi KSU Kementerian Pendidikan tetapi kehadirannya merasmikan program suaminya menimbulkan pelbagai tanda tanya.
"Seorang ketua audit negara perlu bebas, neutral dan tidak terlibat dalam politik kepartian serta perlu dilihat bebas, neutral dan tidak terlibat dalam politik kepartian," kata Fahmi.
Fahmi juga menuntut Madinah wajib melepaskan jawatan dan keanggotaan partinya.

PPBM mahu runding ‘pakatan pilihan raya’ dengan PAS

Timbalan presidennya berkata PPBM akan pilih tarikh untuk memuktamadkan sama ada mereka boleh bekerjasama walaupun dalam bentuk ‘pakatan pilihan raya’.
mukhriz_ppbm_pas_600
PORT DICKSON: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu menjalin “pakatan pilihan raya” dengan PAS bagi mengelakkan pertembungan 3 penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Timbalan Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata PPBM akan berusaha untuk berunding dengan PAS bagi merintis satu “pakatan pilihan raya”.
“Mahu tak mahu kami (PPBM) terpaksa ada (pilih) satu tarikh untuk memuktamadkan adakah kami boleh atau tidak jalin kerjasama dengan PAS walaupun dalam bentuk “electoral pact’ (pakatan pilihan raya)”, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mukhriz berada di sini bagi menghadiri program pemukiman PPBM selama 4 hari bermula Isnin lepas yang turut dihadiri semua pimpinan tertinggi parti termasuk Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan PAS tetap dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan PPBM selagi ia menjalin hubungan dan bekerjasama dengan DAP dan Amanah.
Dalam pada itu, Mukhriz berkata pada PRU14, PPBM akan menumpukan untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu.

Kezaliman paling besar adalah syirik dan kafir, kata pemimpin Pas

Dr Zuhdi MarzukiPengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki mendakwa partinya berada dalam kedudukan paling utuh berbanding era kepimpinan terdahulu sepanjang beliau hampir 20 tahun bersama Pas.
Memberi reaksi terhadap dakwaan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub tentang kemungkinan wujudnya perpecahan dalam Pas beberapa bulan lagi, Zuhdi menegaskan Pas pada masa ini berada dalam situasi yang paling 'solid'.
"Pas menjadi utuh disebabkan golongan yang bermasalah sudah keluar dari Pas menyertai PAN (Amanah) dan PKR. Golongan yang bermasalah ini sebenarnya tidak memahami dan menghayati dasar dan matlamat Islam yang diperjuangkan oleh Pas, sebaliknya mereka hanya bermatlamat untuk menjatuhkan Umno," selarnya.
Beliau berkata, "golongan bermasalah" tersebut menganggap sesiapa sahaja boleh mendominasikan pemerintahan negara terutama DAP untuk menggantikan Umno walaupun menurut Islam kezaliman yang paling besar adalah syirik dan kafir.
Bahkan, Zuhdi mendakwa Amanah pula akan berpecah dengan mendakwa kenyataan Salahuddin berhubung isu perpecahan Pas hanya cuba untuk mengalihkan perhatian umum terhadap apa yang semakin ketara berlaku dalam Amanah.
"Saya menjangkakan sekurang-kurangnya ada tiga kumpulan yang sedang bersaing untuk menguasai PAN, iaitu kumpulan Haji Mohamad Sabu, kumpulan Datuk Husam Musa dan kumpulan yang cenderung kepada IKRAM (sebuah NGO Islam).
"Disebabkan persaingan itu, sehingga hari ini tidak diketahui bila PAN akan membuat pemilihan pimpinan-pimpinan baru, sedangkan pemegang jawatan sekarang tidak dipilih melalui Muktamar atau Mesyuarat Agung," ujarnya hari ini dipetik dari Harakahdaily.
Mengulas lanjut, Zuhdi memberitahu mesyuarat agung partinya di peringkat cawangan dan kawasan berlangsung sangat harmoni dan dalam suasana ukhuwah Islamiyah yang cukup tinggi.
"Keharmonian dan suasana persaudaraan inilah yang menyebabkan Pas berjaya menghantar ratusan ribu ahli menyertai Himpunan 355 (H355) yang dianjurkan oleh NGO-NGO Islam Sabtu lepas (18 Februari)," tambahnya lagi.
Walau bagaimanapun, realiti kepimpinan Pas pada masa ini dilihat banyak pihak sedang menyaksikan pertembungan kumpulan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan kelompok Timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Saya sendiri tak dapat dedak, Mahfodz sindir Maszlee

Sultan tak sebut nama saya, Jamal enggan mohon maaf

PKR mahu Zeti kepalai RCI ke atas 1MDB

Tun M: Najib Razak Senyum Saja Bila Dituduh Sebagai Pencuri

Invoke - Rafizi Ramli: Skandal Annuar Musa-MARA,Masalah Pengguran Mahasiswa

Pemuda Amanah mahu PKR, Bersatu faham isyarat Pas

KUALA TERENGGANU - Tindakan PKR dan Bersatu yang belum memuktamadkan rundingan dengan Pas hanya akan melengah-lengahkan usaha Pakatan Harapan khususnya dalam mengatur strategi memastikan pakatan itu mencapai kejayaan dalam PRU akan datang.
Ketua Pemuda Amanah Terengganu, Hasbie Muda berkata, sikap menunggu itu hanya menyebabkan masa semakin suntuk sedangkan tempoh pelaksanaan PRU14 semakin hampir.
Menurutnya, pemimpin kedua-dua parti itu sepatutnya faham melalui kenyataan pimpinan Pas sebelum ini yang telah memberikan isyarat jelas untuk tidak mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan.
Hasbie Muda “Malangnya PKR dan Bersatu masih mengharapkan agar pendirian Pas berubah,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini.
Sementara itu, Hasbie berkata, ramai pihak hairan dengan sikap Pas seolah-olah merelakan pertandingan tiga penjuru sedangkan ia sama sekali tidak menguntungkan parti Pas dan berisiko menyebabkan Pas terlepas beberapa kerusi kubu kuatnya sekali gus boleh menyebabkan Pas menjadi ‘padang jarak padang tekukur’.
Bagaimanapun beliau menganggap pendirian Pas tersebut mungkin berasas dan menjangkakan ia turut melibatkan ‘peranan’ Umno BN yang berpotensi menyambung hayat Pas.
“Saya jangkakan BN tidak akan meletakkan calon mereka di Marang, Pengkalan Chepa dan beberapa kerusi parlimen dan Dun sebagai timbal-balas kerana mengizinkan pertembungan tiga penjuru berlaku.
“Di kerusi lain, Umno akan tetap bertembung dengan Pas bagi menunjukkan bahawa tidak berlaku penggabungan antara kedua-duanya. Mereka tidak mahu dilihat berada dalam satu blok yang sama kerana jika perkara itu berlaku, sebahagian besar pengundi Pas akan beralih kepada Pakatan Harapan,” katanya.
Sementara itu, Pemuda Pas Terengganu membidas dakwaan Pemuda Amanah negeri berhubung soal kerusi khususnya di negeri ini dengan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai persepsi murahan dicetuskan kepimpinan sayap parti itu bertujuan menjatuhkan kredibiliti Pas.
Ketua Pemuda Pas Terengganu, Kamaruzaman Abdullah ketika mengulas mengenai isu bahawa Pas seolah-olah berpakat dengan Umno BN dikatakan dijangka tidak akan bertanding di beberapa kerusi Parlimen dan Dun sebagai menghargai peranan Pas mewujudkan pertandingan penjuru, Kamaruzaman berkata ia adalah modal yang akan terus dimainkan Amanah sehingga PRU14.
Menurutnya, dakwaan tersebut turut membuktikan bahawa pemimpin sayap Amanah lebih suka membayangi rakyat dengan penjelasan politik bersandarkan persepsi sedemikian sehingga sanggup mengetepikan realiti politik semasa.

Amanah usah campur hal Pas - PJ Terengganu

KUALA TERENGGANU - Pas memberi amaran kepada pemimpin Amanah supaya tidak lagi mencampuri urusan dalaman parti itu termasuk hal melibatkan sokongan rakyat dan hala tuju parti.
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, pemimpin Amanah tiada hak untuk mencampuri urusan dalaman Pas, walaupun sebelum ini mempunyai pe-ngalaman lama di dalam parti itu.
“Pemimpin Amanah tak perlu ambil tahu urusan dalaman Pas kerana kita tiada kaitan dengan mereka. Kita tak ada kena mengena, tak ada hubungan.
Satiful Bahri Mamat “Daripada ambil tahu hal dalaman Pas, lebih baik mereka jaga parti mereka sendiri. Orang lama dalam Pas pun tak boleh pakai juga kalau keluar parti,” katanya.
Beliau mengulas dakwaan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub bahawa Pas berdepan risiko perpecahan setelah menjalin hubungan baik dengan Umno.
Ditanya dakwaan bahawa sokongan parti akan merosot berdasarkan hubungan baik antara Pas dan Umno yang kini semakin menyerlah, Satiful Bahri berkata, Pas mempunyai cara tersendiri mengurus parti dan ia tidak mempengaruhi sokongan rakyat terhadap parti itu.
“Setakat ini, Pas tiada masalah mengurus perjalanan parti dan sokongan rakyat juga tidak berbelah bahagi kerana mereka bermasalah di dalam Pas, kini semua dah keluar parti.
“Mereka yang bermasalah dalam Pas dah keluar, jadi kita tiada masalah sekarang. Ia (hubungan baik dengan Umno) tak pe-ngaruhi  sokongan terhadap Pas,” katanya.
Terdahulu, Salahuddin dalam kenyataannya mendakwa, Pas berdepan perpecahan setelah parti itu mula menampakkan kerjasama dan hubungan baik bersama Umno.
Dakwanya, berdasarkan pengalaman lama beliau  dalam Pas, hubungan baik itu sukar diterima dalam kala-ngan penyokong dan ahli Pas kerana ia melibatkan dasar dan akan mengakibatkan perpecahan.

Sultan tegur 'menteri persekutuan yang kurang bijak'

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini membidas cadangan memperbanyakkan wilayah persekutuan dengan mengambil tanah negeri.

“Malah baru-baru ini ada juga menteri persekutuan yang kurang bijak ingin membesarkan wilayah persekutuan dengan mengambil lebih banyak tanah negeri.
“Mungkin dia lupa tentang kedaulatan negeri-negeri.

"Malah hasil kerajaan persekutuan yang dikutip adalah daripada semua rakyat Malaysia dan harus diagihkan kepada semua negeri, bukan untuk wilayah persekutuan sahaja,” titah baginda.
Tanpa menyebut nama, baginda berkata pemimpin berfikiran sempit seperti itu akan meretakkan hubungan negeri dan persekutuan serta menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan.
Bertitah ketika merasmikan Galeri darurat bukit kepong di Muar pagi ini, baginda menegaskan semua pihak supaya faham asas pembentukan persekutuan Tanah Melayu.
Titah baginda, “jika tiada negeri-negeri, tidak akan wujud persekutuan”.

Skandal Forex: Kit Siang saran Nor Mohamed letak jawatan


Lim Kit Siang
Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran meletak jawatan atau dipecat atau digantung sekiranya Kabinet menjalankan siasatan berkaitan kerugian dialami Bank Negara Malaysia dalam pertukaran wang asing (Forex) pada 1990-an.
 Ini kerana Nor Mohamed adalah ketua pengendali spekulasi forex  bagi Bank Negara yang mengakibatkan kerugian yang dianggarkan RM30 bilion ketika itu..
 Desakan ini dibuat oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang yang mana beliau berkata, bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditemui beliau di mahkamah semalam, memberitahunya bahawa Nor Mohamed bersubahat dalam kerugian forex Bank Negara pada awal tahun 1990-an ketika itu beliau adalah pegawai kanan Bank Negara.
"Anwar buat pendedahan sebagai Menteri Kewangan pada masa itu, Anwar telah meminta Nor meletakan jawatan tetapi beliau enggan.

"Malah, saya telah merujuk mengenai peranan Nor dalam kerugian Forex Bank Negara dalam ucapan saya di Parlimen mengenai isu itu pada tahun 1993 dan 1994, merujuk kepada spekulasi forex besar- besaran oleh Bank Negara dalam pasaran pertukaran asing paling tinggi RM270 bilion - tiga kali ganda daripada KDNK negara dan lebih daripada lima kali ganda rizab asing negara pada masa itu," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menjelaskan, selepas 24 tahun berlalu Nor Mohamed bertanggungjawab bagi kerugian yang besar oleh Bank Negara dan bukannya dibebani kepada Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan kabinet.
Ini kerana beliau pernah mencadangkan kabinet menubuhkan Suruhajaya Siasatan DiRaja pada April 1994 lalu mengenai kerugian yang dialamai Bank Negara dalam pasaran mata wang asing Forex.

Salahuddin: Kalau saya Umno, saya pun peralat PAS

Salahuddin Ayub berkata ini kerana pada masa kini teras Umno sudah pecah akibat kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Salahuddin-Ayub_umno_pas_600
PETALING JAYA: Timbalan presiden Amanah berkata beliau sendiri pun akan menjadikan PAS sebagai “alat talian hayat” sepenuhnya jika terlibat dalam parti seperti Umno.
Salahuddin Ayub berkata ini kerana kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyebabkan teras Umno pecah.
“Kalau saya jadi Umno, saya akan gunakan PAS sepenuhnya kerana itu talian hayat bagi Umno. Cuba bayangkan kalau hari ini PAS tidak berpecah, dah ada PPBM.
“PPBM akan ambil ‘hardcore’ Umno, kita perlukan 5% ke 7% dalam PRU13 saja. Kita tidak dapat kerana waktu itu Umno ada terasnya.
“Teras sudah pecah, Umno dah pecah, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pecahkan ‘hardcore’ Umno dan tubuhkan PPBM,” katanya dipetik daripada Sinar Harian.
Salahuddin berkata demikian dalam temu bual dengan akhbar itu sebagai mengulas kepercayaannya mengenai kesepakatan PAS dan Umno yang dilihat sebagai perkara baharu kerana ia tidak pernah terjadi dalam sejarah parti Islam itu sebelum ini.
“Tidak pernah berlaku dalam hayat PAS dulu bersama Nik Aziz dan Fadzil Noor bila berdepan dengan Umno.
“Ada batas dengan Umno, bukan tidak boleh minum kopi dan makan kenduri, itu silaturahim. Lawan atas dasar prinsip kezaliman yang kita tegur,” katanya.
Beliau berkata PAS pada hari ini dilihat tidak boleh menegur apa yang dilakukan Barisan Nasional (BN).
“Dalam Parlimen, hendak bantah bajet pun tidak boleh. Jadi ini jelas, signal yang PAS buat,” katanya.
Salahuddin berkata sudah ada 2 tanda besar ketika ini untuk PAS dan Umno berkawan, dan ia sama seperti tanda hari kiamat.
“Kalau kiamat ada 2 tanda, Kubra dan Sugra. Tanda besar (PAS dan BN) ialah kapal yang berlayar ke Myanmar, dah satu kapal. Alhamdulillah. Ini dah satu pentas. Biarlah rakyat tentukan, biarlah mereka berkawan.

ANUGERAH TOKOH WARTAWAN NEGARA UNTUK BLOGER YANG MURTAD


Seperti kebanyakan orang yang waras,saya pun tidak lagi membaca blog Rockybru (Ahiruddin Attan)setelah menyedari kemurtadannya dari keimanan kepada Cardinal Principles of Journalism yang sekian lama memberikan kredebiliti kepadanya,diminati dan dihormati.
Bagaimanapun setelah diberitahu oleh rakan-rakan bahawa dia telah menurunkan tarafnya kepada kewartawanan rimba dengan turut memutarbelitkan fakta yang saya kemukakan terhadap kejadian tragedi di bawah pemerintahan PM Najib sebagai saya menuduh perbuatan Najib maka saya menjenguk ke blognya.
Membaca tulisannya itu saya tidak syak lagi bahawa beliau mempunyai kelayakan untuk di kurniakan sebagai blogger pertama dikurniakan anugerah Tokoh Wartawan Negara pada malam Wartawan Malaysia anjuran MPI yang akan diadakan pada 21 April depan dengan di hadiri oleh Perdana Meneri Datuk Seri Najib.
Rokcybru bukan sahaja mempunyai kepakaran kewartawanan dari segi membaling batu sembunyi tangan dengan mendakwa fikirannnya sebagai datang dari orang lain tetapi juga dari segi kejuaraan makan dedak keperingkat mentahkedarah sehingga busuk muntahnya menyebabkan orang menjauhkan diri darinya.
Walaupun biasanya anugerah Tokoh Wartawan Negara diadakan berasingan tetapi boleh dipercepatkan supaya dapat disampaikan sendiri kepada Ahiruddin Attan oleh Perdana Menteri dengan menarik balik anugerah itu dari saya yang olehnya difikirkan tidak layak untuk menyandangnya.
Saya harap MPI tidak akan merasa tercemar dengan pemberian anugerah ini kepada Ahiruddin yang mempunyai segala kelayakan sebagai ketua kepada bloggers yang lebih tepat untuk dipanggil “Goblok”

Jangan terkejut Amanah tadbir Kelantan

Jangan terkejut sekiranya Amanah boleh mengambil alih Kelantan  daripada Pas dan memerintah negeri itu menjelang PRU14.
Salahuddin berkata, ia boleh berlaku memandangkan Pas kini mengalami perpecahan dalam, sekali gus  boleh menyebabkan sokongan terhadap parti menyusut.
Salahuddin “Saya berani katakan yang Pas akan berpecah lagi untuk beberapa bulan akan datang. Sebelum ini kami (Amanah) sudah menyebabkan separuh perpecahan ke atas Pas. Akan ada yang lain yang akan menyebabkan perpecahan berlaku lagi dalam Pas.
“Kami sudah diajar (sejak dalam Pas lagi) bahawa dasar kezaliman itu tidak boleh dirundingkan. Tiba-tiba hari ini, dasar itu terjejas, kami  memang tak boleh (biarkan dasar berpecah).  Sebab itu kita berpisah dengan Pas,” katanya.
Pada masa Salahuddin berkata, pihaknya sedia menentang Pas  di setiap kerusi yang bakal dipertandingkan menjelang PRU kelak.
“Pas nak masuk (bertanding kerusi), masuklah! Kalau Pas mahu lawan, kita akan lawan.
“Amanah kini sudah siap sedia untuk  berlawan. Kita tidak boleh tunggu Pas sebab kita sudah pelawa  mereka (untuk menyertai Pakatan Harapan),” katanya.

Salahuddin: ‘Kalau saya jadi Hadi, saya akan bela Mahfuz, Husam’

Salahuddin
“KALAU saya jadi Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), saya akan bela dua (jenis) manusia dalam parti iaitu (Datuk) Husam Musa dan (Datuk) Mahfuz Omar!”.
Itu reaksi Salahuddin ketika diminta mengulas isu Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang kini berdepan desakan keluar daripada Pas.
Katanya, manusia seperti Mahfuz dan Penasihat Amanah, Datuk Husam Musa yang sebenarnya memberi kelebihan kepada Pas.
“Husam dan Mahfuz tahu kelemahan dan kesilapan kami," katanya.
Beliau berkata, Amanah tidak ada masalah untuk menerima Mahfuz menyertai Amanah pada bila-bila masa.
“Pintu Amanah sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk Mahfuz.
“Tetapi itu terpulang kepada beliau sama ada mahu kekal dalam Pas atau sebaliknya,” katanya.

AMBOIII, DAH MACAM JAWAPAN PEMIMPIN UMNO ENCIK SOMI NI...

Encik Somi yang sejak beberapa hari lalu heboh diperkatakan di laman sosial kerana menghadiahkan kereta mewah Audi Q7 kepada isterinya, akhirnya tampil memberi penjelasan.

Encik Somi (suami) yang dimaksudkan itu ialah Khairuddin Aman Razali dan selalu juga disebut sebagai Khairuddin Aman Razali At-Takiri, gelaran yang dipercayai digunakan kerana beliau berasal dari Seberang Takir, Terenggganu.

Khairuddin ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus  dan juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat.

Ia menjadi bualan ramai berikutan satu status di Facebook oleh seorang wanita bergelar Datin yang meluahkan kegembiraan kerana dihadiahkan sebuah kereta mewah Audi Q7 oleh Encik Somi (suami).
Wanita berkenaan turut memaparkan kereta berwarna putih tersebut dan pengintip-pengintip di laman sosial kemudian mengenalpasti beliau adalah isteri Khairuddin, selain memaparkan gambar mereka berdua sebagai buktinya.

Dalam penjelasannya, Khairuddin berkata, beliau berhak membeli apa saja yang dimahukannya kerana mampu untuk berbuat demikian.

Saya boleh beli lori atau kapalterbang, itu bukan urusan mereka, katanya.

Amboii...cantiknya jawapan!!

Fitnah kerjasama Amanah-Umno, Wan Rahim lapor polis pagi ini

Tuduhan kerjasama Umno dan Amanah, Wan Rahim akan buat laporan polis.Tuduhan kerjasama Umno dan Amanah, Wan Rahim akan buat laporan polis.
Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan menganggap sebaran berita kononnya parti itu berunding dengan Umno untuk menghadapi PRU 14 satu fitnah besar.
Pengerusinya, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah berkata pihaknya akan membuat laporan polis pagi ini behubung tuduhan liar itu.
"Saya menafikan membuat perudingan sulit dengan Umno Kelantan sebagaimana dakwaan yang disebarkan di laman sosial.
"Tiada sebarang perundingan atau pertemuan dengam mana-mana pimpinan Umno Kelantan," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Melalui tulisan yang tular di media sosial dikatakan kerjasama Amanah dengan Umno Kelantan itu dibuat bagi merampas penguasaan Kelantan daripada Pas.
Susulan itu dikatakan terdapat percanggahan di kalangan pimpinan Umno terhadap cadangan itu selain turut menamakan beberapa ketua bahagian yang terlibat.
Dalam pada itu, Wan Rahim menyifatkan tulisan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan fitnah terhadap Amanah Kelantan.
Sehubungan dengan itu katanya, beliau akan membuat laporan polis esok (pagi ini) dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut.

Husam Musa,Saifuddin Nasution,Hannah Yeoh 2017-Selamatkan Negara Drpd Kleptokrasi Najib Razak

K.KRAI:HUSAM MUSA AMANAH-Hanya Hadi Awang Yg Sokong Najib Razak Bukan PAS

K.KRAI:MAT SABU AMANAH-Pas Sekarang Dah Lupa Diri Boleh 1 Kapal Dengan UMNO

Dr SITI MARIAH MAHMUD AMANAH-Kerajaan PAS Kelantan Membunuh Kehidupan Orang Asli

Rafizi Ramli,Tony Pua,Mazlan Aliman Terkini 2017-Diskusi Najib Razak 1MDB Jahanamkan FELDA

TERUS TERANG EP.7 : SAIFUDDIN NASUTION TERKINI 2017-Daripada UMNO Ke Parti Keadilan Rakyat PKR