Isnin, 20 Februari 2017

BUDI & BAHASA – TUN MAHATHIR

Budi bahasa budaya kita
Slogan mendesak di mana-mana sahaja
Jangan lupa budaya bangsa
Ulangi di mulut mencukupilah juga.
Kita diingat jangan lupa
Budaya silam warisan kita
Tetapi jika tersalah apa-apa
Rentap kursi balik tidak mengapa.
Budi bahasa budaya Melayu
Sering bertukar mengikut masa
Jika tersilap jangan malu
Budi bahasa perkara lama.
Kesipuan jangan dibiar berlaku
Tiada kursi alasan mencukupi
Kurang santapan diganti muruku
Bangsa tersungkur takdir disalahi.
Budi bahasa slogan negara
Bersopan santun pakaian disedia
Selempang kanan jangan dikirikan
Jangan guna tangan kiri waktu makan.
Budaya bangsa budi dikenang
Itulah adat Melayu lama
Setelah naik tangga ditendang
Kalau nak turun terjun sahaja.
Wahai bangsaku berbudaya barukah kamu
Atau berbangsa lainkah kamu
Hilang adat hilang malu
Duit disembah raja baharu.
Lanun sudah menjadi raja
Bukan jenayah bila mencuri
Bintang di langit dipasang di dada
Rakyat menyembah duit yang diberi.
Batu putih bertuan baru
LKY menjadi Raja
Bila terkenang zaman dahulu
duduk mengalir air mata.
Menangislah kamu wahai Melayu
Negara dijual kerana duit itu raja
Sembahlah kamu raja baharu
Itulah peranan hamba raja.
Tangisan tidak membawa ke mana-mana
Setelah negara dimiliki orang

Himpunan RUU 355: Dari mana Pas dapat wang angkut peserta?

Pihak penganjur Himpunan RUU 355 semalam mengeluarkan arahan bagi pergerakan bas persiaran, bas sewa khas dan kenderaan persendirian sempena program hari ini yang diuar-uarkan akan dihadiri 300,000 peserta.
Timbul persoalan dari mana Pas mendapat wang yang banyak untuk mengangkut orang ramai dari seluruh negara bagi tujuan menggembleng kehadiran seramai mungkin peserta.
Pas dilihat tidak lebih hanya menyalin kaedah Umno-BN untuk meramaikan khalayak dalam program bermotif politik. Jika Umno memaksa penjawat awam hadir dalam majlis bagi mengelak kerusi ketara kosong, hal yang sama dilakukan Pas dalam himpunan di Padang Merbok mulai petang ini.
Terdahulu, kerajaan Kelantan pimpinan Pas mengumumkan esok sebagai cuti peristiwa bagi membolehkan rakyat negeri itu hadir beramai-ramai ke Kuala Lumpur. Pemberian cuti bagi program berkepentingan politik itu dijangka turut membabitkan kakitangan kerajaan negeri tersebut sebagai peserta "paksa rela".
Ketika Pas sanggup melabur sejumlah dana yang bukan sedikit untuk mengangkut peserta bagi meramaikan "himpunan aman raksasa" seperti disebut presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tahun lalu, kerajaan Pas di Kelantan dilihat gagal menyediakan rumah baharu untuk mangsa banjir yang hilang tempat tinggal akibat bah kuning 2014.
Ketidakmampuan Pas sebagai parti pemerintah di Kelantan untuk menyediakan rumah baharu kepada 1,824 keluarga yang kediaman masing-masing rosak sepenuhnya setakat 31 Mac 2014 memberi peluang kepada Umno-BN yang masih menguasai kerajaan Persekutuan untuk membina Rumah Kekal Baharu (RKB).
Di Kampung Batu Papan 2, Gua Musang contohnya, sebanyak 40 keluarga mangsa banjir gembira selepas hampir setahun setengah menderita tiada rumah yang selesa. Mereka menerima RKB pada 1 Jun tahun lalu dengan majlis penyerahan kunci diserahkan oleh Ahli Parlimen BN, Tengku Razaleigh Hamzah.

BERSIH: MB Johor langgar peraturan JPN

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kemungkinan besar telah melanggar peraturan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan menggunakan alamat pusat khidmatnya sebagai alamat MyKad miliknya, kata kumpulan pendesak reformasi pilihan raya, BERSIH.
Memetik Peraturan 15, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007), pemimpin BERSIH Maria Chin Abdullah berkata bahawa alamat di MyKad mestilah alamat tempat kediaman.
Mengikut Peraturan 15, pemegang MyKad yang tinggal di tempat baru untuk lebih 90 hari mesti membuat gantian penukaran alamat pada kad pengenalan mereka.
Khaled memberitahu Malaysiakini bahawa alamat di MyKad miliknya telah digantikan dengan alamat ibu pejabat Umno Bahagian Pasir Gudang di Taman Rinting, Masai tahun lalu.
Alamat baru ini kemudian digunakan untuk menukar butiran pengundinya. Walau bagaimanapun, isu pokok, seperti yang didedahkan oleh Pakatan Harapan Johor semalam, adalah bahawa Khaled berkongsi alamat sama dengan 13 pengundi lain.
Maria menegaskan bahawa Borang A, yang perlu diisi oleh mereka yang ingin menukar alamat mereka dalam senarai pengundi, di bawah Peraturan 12, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, menetapkan bahawa alamat mestilah sama seperti alamat di MyKad.
Katanya, walaupun apa yang dilakukan oleh Khaled tidak salah, namun tujuan beliau berbuat demikian adalah "dipersoalkan".

3,264 anak Kelantan dilantik duta salur maklumat Pas

PASIR PUTEH - Seramai 3,264 anak Kelantan di perantauan dilantik sebagai duta bagi membantu menyalurkan maklumat benar mengenai Pas kepada pengundi luar.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, duta yang mewakili kesemua Unit Peti Undi di Kelantan itu akan memainkan peranan sebaik mungkin.
Lantik 3,264 duta salur maklumat Pas Katanya, usaha mewujudkan duta ini merupakan idea yang sangat baik kerana sebelum ini, banyak maklumat mengenai Kelantan tidak sampai kepada pengundi luar.
"Kita mahu pengundi luar mengetahui dengan jelas apa yang berlaku di Kelantan, banyak isu remeh menjadi masalah besar sebelum ini kerana pengundi luar tidak mendapat gambaran sebenar.
"Kebanyakan isu tular bersifat persepsi, tidak adil jika orang menilai Pas sama seperti menilai parti lain, nak nilai Pas mesti kena nilai dari perspektif Islam kerana kita parti yang memperjuangkan Islam," katanya.
Tambah beliau, sayap parti, Pemuda dan Muslimah Pas bakal mempunyai duta masing-masing dalam waktu terdekat sebagai memantapkan lagi hubungan pimpinan dengan pengundi luar.
Majlis perlantikan duta anak Kelantan di Kuala Lumpur turut dihadiri Pengarah Jabatan Pilihanraya Pas Negeri Kelantan, Zulkifli Mamat dan Penyelaras Hal Ehwal Pengundi Luar dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Mesra Pas, Wan Hassan Wan Ibrahim.

Kastam mahu kutip GST RM3b guna Ops CBOS 3.0

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mensasarkan kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM3 bilion menerusi operasi Strategi Lautan Biru Kastam (Ops CBOS) pada tahun ini.
Ketua Pengarah, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, operasi yang dikenali sebagai 'Ops CBOS 3.0' itu bermula hari ini sehingga 31 Disember 2017 akan melibatkan 200,000 syarikat berdaftar dengan GST.
"Operasi ini kita lancarkan untuk meningkatkan tahap pematuhan terhadap GST khususnya menerusi pendidikan.
"JKDM akan memberikan nasihat secara bersemuka kepada pemilik syarikat berbanding pendekatan melalui penguatkuasaan," katanya pemberita selepas melancarkan Ops CBOS 3.0, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya mengutip GST sebanyak RM1.5 bilion menerusi operasi yang sama pada 2016.
Khazali berkata, sebanyak 600 pegawai dan anggota JKDM dari bahagian GST, Pematuhan dan Penguatkuasaan akan terlibat dalam Ops CBOS 3.0.
"Pemilik syarikat diberi tempoh sebulan untuk membayar cukai dengan (jumlah) betul selepas menerima nasihat daripada pegawai.
"Sekiranya mereka masih berdegil, JKDM tidak teragak-agak untuk ambil tindakan mahkamah dan mengenakan tindakan penalti sehingga 40 peratus daripada jumlah yang kurang bayar," katanya.
Khazali turut mengingatkan pemilik syarikat untuk tidak membuat pembayaran GST kepada pegawai yang melakukan pemeriksaan.

Kami tak percaya anda, Korea Utara bidas Malaysia

Dalam satu kenyataan keras, Pyongyang menuduh Malaysia mengambil pendirian bercanggah dalam siasatan kes kematian abang pemimpin diktator Korea Utara.
dutakoreautara-kangcholKUALA LUMPUR: Pyongyang hari ini membidas pihak berkuasa Malaysia yang membuat pendirian bercanggah berhubung penyiasatan pembunuhan kematian abang pemimpin Korea Utara, berkata ia tidak mempercayai siasatan polis Malaysia.
Duta Korea Utara, Kang Chol menjelaskan, pihaknya kesal apabila tidak dimaklumkan tentang siasatan dilakukan polis terhadap rakyatnya.
“Sudah 7 hari sejak kejadian berlaku, tetapi tidak ada bukti kukuh sebab kematian dan pada masa ini, kami tidak mempercayai siasatan dijalankan polis walaupun keputusan bedah siasat akan diketahui.
“Sebaliknya, ia hanya menambahkan lagi rasa ragu-ragu kami kemungkinan ada pihak lain yang terlibat di sebalik siasatan ini,” katanya dalam satu sidang media, di Kedutaan Korea Utara, di Jalan Batai, hari ini.
Sebelum ini, Wisma Putra bertindak memanggil Kang ekoran kenyataannya yang mendakwa Putrajaya “menyembunyikan sesuatu” serta “berpakat dan bersekongkol dengan pihak luar”.
Kementerian Luar berkata, tuduhan Kang sebagai tidak berasas dan sekaligus mencemarkan reputasi negara ini.
Malaysia sebaliknya, memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara telus ke atas kematian Kim Jong Nam dan memaklumkan perkembangan siasatan itu kepada Kedutaan Korea Utara.
Sewaktu sidang media dijalankan, Kang dilihat tidak menggelarkan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un itu sebagai Jong Nam sebaliknya memanggilnya sebagai Kim Chol.
Bagi menyelesaikan perkara itu, Korea Utara mencadangkan pihaknya diberikan peluang terlibat dalam siasatan dilakukan polis.
“Kami mencadangkan agar siasatan bersama dilakukan agar perkara ini lebih jelas. Jika Malaysia bersetuju dengan cadangan kami, kami akan mengutuskan deligasi peguam,” katanya.
Selain itu, Korea Utara juga meminta agar pihaknya diberikan peluang bertemu 2 suspek yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan Jong Nam.

RAFIZI RAMLI: RM76 Juta Utk Hishamuddin Tun Hussein Melalui Projek Lebuhraya DUKE

Rafizi bimbang Annuar seronok tumpu jawatan Presiden FAM, lupa masalah pelajar

Duta Korea Utara persoal Zahid buat kenyataan sebelum mereka

Pyongyang tak yakin, kecam siasatan polis Malaysia

Najib nafi wujud 'tangan sembunyi' di sebalik siasatan Jong-nam

Tahaluf siyasi: Anwar tetap positif dengan Pas

Malaysia lebih percayakan Korea Selatan untuk dapatkan maklumat kata wakil Korea Utara

Duta Korea Utara: Polis ugut tembak keluarga, pukul anak suspek

Hubungan diplomatik Malaysia-Korea Utara kelihatan semakin tegang selepas pembunuhan Kim Jong-nam minggu lalu.
Hari ini, duta Korea Utara Kang Chol mendakwa polis negara ini mengancam anggota keluarga seorang rakyatnya dan memukul anaknya ketika menyerbu sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Pada sidang media di Kedutaan Korea Utara, Kang Chol membacakan kenyataan lima halamannya, yang antaranya menyebut:
“Malam Jumaat lalu, polis Malaysia berpakaian biasa menyerbu sebuah kondominium rakyat kami di Kuala Lumpur dan tanpa sebarang waran atau bukti secara paksa menahan serta mengumumkan mereka menahan perancang (kes Jong-nam) sebelum sebarang siasatan bermula.
“Mereka malah mengacukan pistol pada anggota keluarga dan mengancam nyawa mereka dan memukul anak remajanya di muka.

“Ini adalah pelanggaran hak asasi manusia yang hanya boleh dilihat dalam filem mafia Amerika Syarikat,” katanya.

Kenyataan keras itu dibuat selepas Wisma Putra mendedahkan mereka memanggil Kang Chol menjelaskan kenyataannya yang kelihatan menggambarkan Malaysia menyembunyikan sesuatu.

SAMA DAN SERUPA


Akta 355 - Tempat yang sebenar ia harus dibentang, dibahas dan kemudian disokong atau sebaliknya ialah di Parlimen. Lulus atau tidak usul tersebut terletak di tangan 222 Ahli Parlimen yang mempunyai kuasa mengundi berkaitan dengannya.

Kalau lebih separuh daripada 222 Ahli Parlimen menyokong, maka luluslah pindaan yang dicadangkan itu. Sebaliknya, jika tidak mendapat sokongan majoriti, tidak menjadi kenyataanlah ia. Mudah saja.

Lulus atau atau tidak pindaan Akta 355 tidak terkait sama sekali dengan berapa ramai orang berhimpun, berapa ribu helai baju ungu terjual atau berapa ramai yang sedia menjerit hingga sakit tekak dibuatnya.

Dalam hal ini, yang perlu diyakinkan untuk menyokong Akta 355 ialah sekurang-kurangnya 112 atau lebih Ahli Parlimen yang berada di Dewan Rakyat.

Namun, entah jadi, entah tidak  usul Akta 355 itu dibentang, dibahas dan diundi dalam sidang Parlimen Mac ini, ia sebaliknya lebih ghairah untuk dibentangkan di padang awam dan mereka yang tidak boleh mengundi pula dijadikan sasaran untuk dighairahkan memberi sokongan.
Yang bercakap berdegar-degar meminta agar usul tersebut diluluskan antaranya ialah Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap agama Islam.

Siapa yang didesaknya, bukankah beliau anggota kabinet kerajaan yang sedang berkuasa? 

Sudahkah Jamil Khir meyakinkan Ahli-Ahli Parlimen BN sendiri untuk menyokong usul itu?

Makin hari, makin banyak lawaknya Akta 355 ini.

'Tak perlu masuk DAP untuk tolong Melayu' - Timb Pengerusi Majlis Profesor Negara

Shamsul Amri Baharuddin KOTA BHARU - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim tidak perlu memberi alasan masuk DAP semata-mata untuk menggalakkan orang Melayu berfikiran kritis dan rasional.
Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, tindakan masuk DAP itu dijangka tidak memberi kesan terhadap alasan tersebut kerana DAP parti platform orang Cina.
“Oleh kerana wujud sekelompok Melayu yang jumud pemikiran dan gaya hidup kearaban, tak bererti semua Melayu bodoh dan tidak kritis serta berfikiran rasional,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Zaid mendakwa orang Melayu berdepan sindrom tidak lagi mahu berfikir secara rasional.
Shamsul berkata, itu bukanlah penyakit dan sindrom orang Melayu sahaja, malah ada pimpinan DAP juga jumud dan ternyata rasis secara 'buta'.
Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata, walaupun memilih DAP, tidak semestinya Zaid terlepas daripada golongan jumud dan rasis dalam parti itu.
“Yang menariknya, Adun DAP keluar beramai-ramai kerana pimpinan DAP dikatakan tidak berprinsip, Zaid pula dengan gembiranya masuk DAP untuk bersama pimpinan DAP yang dianggap oleh orang DAP sebagai tiada prinsip,” katanya.

Bersediakah Najib Razak membawa cadangan perlaksanaan ‘Impeachment’ ke Parlimen?

KUALA LUMPUR: Dalam kenyataan semalam, 15 Februari, Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub sudah menjelaskan peri pentingnya perlaksanaan “Impeachment” bagi membolehkan tindakan eksekutif Pedana Menteri dan Ahli Jemaah Menteri dicabar jika mereka terlibat dengan skandal jenayah, rasuah dan salah laku dalam urus tadbir negara.
Menurut beliau, oleh kerana ianya suatu yang baharu bagi Malaysia, beliau telah mencadangkan supaya golongan cerdik pandai seperti para hakim, peguam dan pihak yang berkaitan agar memberi buah fikiran ke arah perlaksanaan “Impeachment’ ini yang mungkin memerlukan kepada Pindaan Perlembagaan negara.
Namun persoalannya, tegasnya, sekalipun pelbagai kebaikan dapat disenaraikan melalui amalan “Impeachment” ini, bersediakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membawa cadangan ini ke Parlimen?
“Satu soalan yang memerlukan jawapan berjiwa besar daripada Najib yang kini terpalit dengan skandal terbesar negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Saya dan tentunya seluruh rakyat Malaysia menunggu jawapan dari Najib dengan penuh harap,” ujar beliau dalam satu kenyataannya kepada Amanahdaily.

Mainkan isu agama dan kaum, negara diceroboh

Amanah mengajak semua rakyat negara ini untuk bersama-sama pertahankan negara tercinta ini dari terus dicerobohi secara sedar dan sengaja oleh kuasa-kuasa asing yang sememangnya akan mengambil kesempatan terbaik dari tercalarnya imej negara di mata dunia luar hari ini.
Timbalan Presiden Amanah, Salahudin Ayub dalam satu kenyataannya berkata, isu keselamatan yang melibatkan kedaulatan negara perlu dipertahankan oleh semua kaum di negara ini.
Ini kerana ianya bukan permainan isu perkauman yang cuba diambil kesempatan oleh sesetengah pihak yang cenderung mengunakannya bagi tujuan keuntungan politik menjelang pilihan raya umum akan datang.
Bagi beliau, isu 1MDB, MO1, misteri kehilangan MH 370 dan pembunuhan Altantuya telah cukup untuk rakyat semua kaum di negara ini faham bahawa pintu keselamatan dan kedaulatan negara telah menjadi peluang kepada campur tangan kuasa asing dalam apa bentuk sekalipun.
"Kita tidak boleh melihat isu pemilikan bebas hartanah, pelaburan dan pinjaman dari negara asing seperti China dan negara-negara asing yang lain yang mencapai ratusan billion USD secara berleluasa sebagai isu perkauman yang sempit," kata Salahudin dalam satu kenyataannya.

Skandal 1MDB & Forex : Kit Siang sedia sertai roadshow Umno

Lim Kit Siang sedia naik pentas bersama Umno.Lim Kit Siang sedia naik pentas bersama Umno.
Lim Kit Siang bersedia untuk bercakap di pentas roadshow Umno bagi menyiasat kerugian urusniaga pertukaran wang asing oleh Bank Negara yang berlaku dua dekad lalu.
"Saya mengisytiharkan kesediaan saya untuk bersama-sama badan penyiasatan kerugian urusniaga pertukaran wang asing oleh Bank Negara tetapi bidang tugasnya perlu diperluaskan kepada skandal BMF dan juga 1MDB," kata Kit Siang dalam satu kenyataannya.
Tindakan ini, katanya, kerana negara telah disifatkan oleh dunia sebagai negara kleptokrasi ekoran skandal penggubahan wang haram melalui 1MDB, katanya.
"Annuar Musa (ketua penerangan Umno) patut memaklumkan kepada saya dalam masa 48 jam samada saya perlu menyusun semula program saya bermula 25 Februari dan ke atas untuk membolehkan saya berucap dalam majlis roadshow yang akan dilancarkan Sabtu ini," kata Kit Siang.

Rafizi kongsi emel rintihan bapa pelajar UniKL

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkongsi kiriman emel oleh seorang bapa pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang meminta agar beliau membantunya kerana merupakan seorang pesara.
Catatan email tersebut adalah seperti berikut: "Anak saya belajar di UNIKL MFI Bangi. Sekarang sudah hampir masuk ke semester 2 masih lagi tidak mendapat borang agreement pinjaman pelajaran.
"Dokumen telah dihantar pada hujung semester satu. Persoalannya, bilakah wang pinjaman akan di bayar. Saya terpaksa mengeluarkan RM700 setiap bulan untuk sara hidup anak saya.
"Saya sudah menyara anak selama 7 bulan. Sedangkan saya hanyalah seorang pesara. Harap YB dapat membantu." menurut email berkenaan.
Kata Rafizi yang juga naib presiden PKR, aduan seperti itu dihantar kepada beliau secara berterusan.
"Sebab itu, rakyat begitu marah apabila dokumen yang menunjukkan penajaan pasukan bolasepak di bawah kelolaan Tan Sri Annuar Musa menggunakan dana UniKL mula menjadi tular.
"Nasib baik dokumen itu tidak datang dari saya dan datang dari YTM Tengku Mahkota Johor, jika tidak sudah tentu saya terpaksa bermalam di dalam lokap," katanya dalam kenyataan.
Justeru, ujar Rafizi, beliau ingin mengingatkan Annuar bahawa walaupun digantung perkhidmatan sebagai pengerusi MARA, beliau masih lagi pro-canselor II UniKL.
"Beliau masih lagi bertanggungjawab menyelesaikan segala kemelut kewangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang menghadapi kesukaran pembiayaan sedangkan pelbagai janji telah diberikan sebelum ini," tambahnya.
Terbaru, Rafizi dimaklumkan UniKL menaikkan sewa bulanan bagi beberapa kampusnya iaitu UniKL MIIT (Kuala Lumpur), UniKL MICET (Alor Gajah) dan UniKL MITEC (Masai) menjadi RM150 sebulan.

Tuntutan syariah dan gelagat ‘wira’ agama Malaysia

Sebagai manusia, kita mungkin khilaf dan keliru; tetapi lebih baik terkeliru dalam menghampiri keadilan Tuhan daripada menguatkuasakan sesuatu atas sangkaan itulah sebenarnya kehendak Tuhan.
Dr-Ahmad-Farouk-Musa-1
Oleh Dr Ahmad Farouk Musa
Banyak sudah diperkatakan tentang rang undang-undang (RUU) meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau RUU 355.
Ketegangan meningkat dengan himpunan gergasi menyokong cadangan yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu Sabtu lalu.
Penganjurnya, PAS, berulang kali berkata ia bukan mengenai hukum hudūd tetapi hanya untuk memperkukuh atau “memperkasakan” undang-undang syariah dan mahkamah syariah.
Tetapi seseorang mungkin bertanya, jika benar ia mengenai pemerkasaan sistem syariah yang sedia ada, maka PAS seharusnya membedah apa yang sebenarnya menjadi kelemahan dalam sistem mahkamah syariah yang menuntut pemerkasaan tersebut.
Kepada pemerhati umum, kelemahannya begitu ketara sekali dan mendukacitakan.
Lihat saja jumlah kes wanita ditinggalkan suami dan anak-anak yang terbiar, atau kes fasakh yang tidak berkesudahan atau perceraian yang mengambil masa panjang sehingga bertahun-tahun.
Selalunya, alasan yang diberikan adalah kegagalan pihak lelaki untuk hadir di mahkamah – lazimnya disengajakan – dengan maksud untuk “mengajar” pihak wanita.
Apa yang jelas, hal ini adalah manifestasi nyata daripada ketidakadilan yang dilakukan di Mahkamah Syariah atas nama Islam, tanpa sebarang penyelesaian yang dapat dibayangkan.
Jika benarlah seseorang itu ingin untuk memperkasakan sistem syariah, tidakkah ia lebih bermakna untuk memperkasakan Akta Undang-Undang Keluarga Islam itu sendiri? Ini kerana ia di bawah skop Mahkamah Syariah. Semua ini menyerlahkan kebebalan dan sifat tidak bertanggungjawab, apabila mereka gagal untuk memperkasakan aspek ini yang berada di bawah bidang kuasa mereka, sebaliknya memfokuskan kepada urusan jenayah syariah, dengan meningkatkan berpuluh kali ganda hukuman penjara, denda dan sebatan.
Persoalannya sekarang, mengapa kita obses dengan hukuman keras, walaupun jika berhujah pindaan itu tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan?
Adakah ia benar-benar akan “memperkasakan” undang-undang syariah dan mahkamah syariah ketika kita tahu kelemahan yang ketara itu tidak ditangani mahupun cuba diperbaiki?
Tidakkah Islam akan tampak lebih adil sekiranya mereka yang menobatkan diri sebagai pembela agama itu memperjuangkan hak golongan wanita yang ditinggalkan dan anak yang terbiar? Adakah pelaksanaan hukuman keras itu menjadikan kita lebih Islam di mata Tuhan?
Kita juga harus bertanya kepada diri kita sendiri, tidakkah kita diajar bahawa perkara paling mulia dilakukan adalah menegakkan keadilan?
Dalam hal ini, Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah, seorang anak murid sarjana tersohor Ibn Taymiyyah, dalam kitabnya “I‘lam al-Muwaqqi‘in”, berkata: “Dasar daripada syariah adalah hikmah kebijaksanaan dan pemeliharaan maslahah manusia di dunia ini dan di akhirat. Keseluruhannya ia adalah keadilan, rahmat dan kebijaksanaan. Setiap undang-undang yang meninggalkan keadilan kepada kezaliman, rahmat kepada kekejaman, kebaikan kepada kejahatan, dan kebijaksanaan kepada keremehan, tidak tergolong di dalam syariah; walaupun ia mungkin dimasukkan di dalamnya secara tersirat.
“Syariah adalah keadilan dan rahmat Tuhan di tengah manusia. Kehidupan, pemakanan, perubatan dan kebajikan, dimungkinkan dengannya. Setiap kebaikan yang wujud berasal daripadanya, dan setiap kekurangan adalah akibat daripada kehilangan dan keluputannya. Kerana syariah, yang Tuhan amanatkan kepada NabiNya untuk disampaikan, adalah tonggak dunia ini dan kunci kepada kejayaan dan kebahagiaan di dunia ini dan di akhirat.”
Jelaslah, matlamat tertinggi syariah, sepertimana juga tujuan dan matlamat daripada sebarang undang-undang di dunia ini, adalah menegakkan keadilan dan memelihara serta mendukung maslahah manusia.
Oleh kerana syariah tidak diturunkan kepada kita dalam bentuk dikanunkan, maka ia memerlukan akal manusia untuk menghampiri keadilan Tuhan.

Ulama Pas hadiahkan isteri kereta Audi Q7?

Tular di media sosial sejak malam tadi pengakuan difahamkan isteri muda kepada Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri menerima hadiah kereta Audi Q7.
Menggunakan nama, "Datin Norhayati Abd Malek" pada akaun Facebook, usahawan barangan kosmetik terbabit memberitahu pemberian suaminya itu dapat diguna untuk "merayap" ke rumah beberapa rakannya di sekitar Kuala Lumpur.
"Kti (Kak Norhayati) dapat hadiah kereta dari En Somi (suami)" diikuti simbol wajah dengan mata lambang hati sebelum menyambung, "Audi Q7... bolehlah merayap rumah Zuraidah Yusof, Asikin Tajul, Saemah Mamat yang duduk area KL," seperti dipetik dari akaun Facebook beliau.
Walau bagaimanapun, semakan Malaysia Dateline pagi ini mendapati 'posting' tersebut yang turut melampirkan foto kereta berharga kira-kira RM600,000 itu telah dipadam manakala status Norhayati yang dimuat naik awal pagi tadi memberitahu dirinya sedang bersedih.
"Waktu sedih macam ni tiba-tiba teringat kat Kekanda Yang Teramat Mulia Tunku Soraya yang selalu bagi kekuatan kat kti," luahnya.
Sementara itu, bukti Norhayati isteri kepada Khairuddin dapat dikenalpasti apabila wanita berkenaan pada 15 Februari lalu memuat naik gambar pemimpin Pas yang memusuhi Amanah dan DAP itu berkemeja-T jalur merah jambu dan berkaca mata sedang bersiar-siar di kawasan berpasir bersama kanak-kanak dipercayai anaknya.
"Balik ganu (Terengganu) bila kita panggil depa (mereka) 'dik bagi akk (akak) air kelapa, depa tengok je muka kti lama-lama.. .
"Tak, saya memang kakak dari adik, saya isteri YB Kuala Nerus.. Terpaksalah berjela-jela dok terang kat depa bila depa beliakkan mata tengok kti," ujarnya yang difahamkan berasal dari Kedah mengikut profil beliau di Facebook.
Tindakan Norhayati mengumumkan hadiah yang diterima daripada Ahli Parlimen Kuala Nerus di Terengganu itu dianggap ramai netizen sebagai melampau memandangkan statusnya sebagai isteri kepada pemimpin yang kononnya parti Islam.
Namun, ada juga yang dipercayai penyokong Pas menganggap tidak perlu berdengki dengan rezeki orang lain kerana Norhayati adalah seorang ahli perniagaan sebelum dibidas netizen bahawa Audi Q7 itu bukan dibelinya sendiri sebaliknya jelas dihadiahkan suaminya yang merupakan seorang wakil rakyat.

Umno-BN beri penerangan sebab tubuh pasukan petugas khas


Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) memulakan program jelajah ke seluruh negara untuk memberi penerangan mengenai pasukan petugas khas ditubuhkan Kabinet untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara pada sekitar 1990-an.
Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata jelajah penerangan itu dijadual bermula 25 Februari ini dan ia harus diadakan ekoran daripada wujudnya cubaan pihak tertentu mempersoalkan pasukan petugas khas tersebut dan membandingkannya dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Isu mengenai urus niaga mata wang asing ini penting kerana ia tidak disiasat secara menyeluruh dan terperinci sebelum ini walaupun ia membabitkan jumlah wang yang besar.
"Kenapa pasukan petugas khas ini ditubuhkan dan kenapa tidak mewujudkan pasukan petugas khas untuk 1MDB?...ini semua akan dijelaskan dalam jelajah penerangan yang akan dilakukan Umno dan BN nanti," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penerangan Umnodi sini, hari ini.
Tan  Sri Annuar Musa Tan Sri Annuar Musa Pada 15 Februari  lalu, Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan berkata pasukan petugas khas itu akan dianggotai pelbagai agensi kerajaan termasuk individu-individu yang dihormati dan berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu.
Penubuhan pasukan petugas khas itu juga merupakan langkah permulaan bagi mendapatkan semula fakta-fakta yang berkaitan - menganalisis semua Hansard rasmi mesyuarat Parlimen pada masa itu, minit mesyuarat Kabinet yang terdahulu, laporan Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia dan laporan lain daripada agensi yang berkenaan, kata Pejabat Perdana Menteri.
Annuar berkata kerugian urus niaga mata wang asing (Forex) oleh Bank Negara adalah berbeza dengan isu 1MDB kerana 1MDB adalah entiti yang sudah melalui siasatan dan ia hanya sebuah syarikat.
"Berbeza dengan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara, ia membabitkan kehilangan dana rakyat, maka pasukan petugas khas yang ditubuhkan Kabinet ini dapat merumuskan dengan lebih jelas siapakah yang menyebabkan kerugian itu dan mengapa ia berlaku.