Sabtu, 18 Februari 2017

6 fakta tragedi 13 Mei yang disorok cybertrooper UMNO

Sudah hampir lima dekad sejak tragedi hitam 13 Mei 1969 meninggalkan kita, namun sehingga ke hari ini masih wujud pelbagai andaian tentang peristiwa sebenar yang berlaku pada tarikh tersebut, termasuk mengenai individu-individu yang bertanggungjawab menyebabkan rusuhan itu berlaku.
Walaupun pihak polis, pasukan keselamatan mahupun kerajaan sendiri tidak dapat menentukan huru-hara itu berpunca dari siapa, nama Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dituduh secara meluas sebagai pihak yang terlibat. Malah, Kit Siang dituduh menghasut orang ramai dengan laungan slogan-slogan rasis di jalan raya sekitar ibu kota pada hari itu.
Hal ini disebar secara meluas di internet, terutamanya di blog-blog tentera siber UMNO. Filem Tanda Putera yang ditayangkan pada tahun 2013 juga pernah menyelitkan babak Kit Siang ‘kencing’ di bawah tiang bendera Selangor semasa rusuhan 13 Mei.
Namun, adegan itu akhirnya dipotong akibat bantahan pelbagai pihak yang mendakwa ia tidak wajar, meskipun pengarah filem berkenaan, Datin Paduka Shuhaimi Baba menyatakan adegan kencing dalam filem itu adalah rekaan beliau yang menggunakan ‘lesen kreatif’ untuk mengkhayalkan babak rusuhan kaum tersebut.
Tindakan sesetengah pihak mengaitkan Kit Siang dengan tragedi 13 Mei inilah juga antara sebab utama DAP masih dipandang sebagai parti rasis yang kononnya mahu ‘melenyapkan’ orang Melayu dari bumi Malaysia, tidak kiralah berapa banyak dasar DAP selama ini yang membela kebajikan Melayu dan Islam seperti yang dapat dilihat di Pulau Pinang.
Persoalannya, benarkah beliau terlibat dalam peristiwa berdarah tersebut?
Kit Siang sebelum ini pernah menyatakan enam bukti beliau tidak ada kaitan dengan rusuhan kaum ataupun menjadi pencetus kepada tragedi 13 Mei 1969.
1. Tidak bertanding di mana-mana kerusi di Kuala Lumpur atau Selangor
Pada Pilihan Raya Umum 1969, Kit Siang tidak bertanding di mana-mana kerusi di kawasan Kuala Lumpur atau Selangor, sebaliknya bertanding bagi kerusi Parlimen Bandar Melaka. Jadi adalah tidak logik jika beliau menyertai perarakan kemenangan pilihan raya di kawasan ibu kota sehingga mencetuskan rusuhan.
2. Tidak ada di Kuala Lumpur pada 11 sehingga 13 Mei 1969
Kit Siang tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969, sebaliknya berada di pusat pengiraan undi di Melaka sehingga awal pagi 11 Mei kerana menunggu keputusan pilihan raya. Pada sebelah petang, beliau kembali ke Petaling Jaya untuk sementara waktu sebelum pulang semula ke Melaka pada 12 Mei bagi mengucapkan terima kasih kepada para pengundi.
Malah, sesi ‘terima kasih kepada pengundi’ pada petang dan malam 12 Mei yang diadakan itu berlangsung secara aman tanpa wujud sebarang rusuhan.
Pada awal pagi 13 Mei pula, Kit Siang berlepas ke Sabah bagi membantu calon-calon pilihan raya di situ. Hal ini kerana hari mengundi Sabah dan Sarawak pada masa itu diadakan seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan di Semenanjung.
“Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13 Mei, barulah saya terima berita bahawa huru hara Mei 13 telah berlaku di Kuala Lumpur,” katanya.
3. Jika bersalah, buat apa pulang ke Kuala Lumpur?
Kit Siang pernah menegaskan bahawa jika beliau penyebab rusuhan pada 13 Mei, beliau pasti tidak akan pulang ke Kuala Lumpur kerana bimbang akan diapa-apakan pihak berkuasa yang masih mencari dalang di sebalik tragedi itu.

SEMUANYA SALAH LIM KIT SIANG?

Semua isu-isu yang timbul sejak Dato' Seri Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak melibatkan Lim Kit Siang. 

Apakah isu-isu tersebut? 

1. Lim Kit Siang tidak mencadang atau menyokong pengenalan GST yang membebankan rakyat jelata.
2. Lim Kit Siang tidak mencadang atau menyokong keputusan menghapuskan subsidi sehingga naik harga barang dan toll.

3. Lim Kit Siang tidak mencadang atau menyokong kenaikan harga minyak petrol dan diesel.

4. Lim Kit Siang tidak pernah bersetuju untuk menggunakan wang KWAP untuk melabur dalam perniagaan atau perusahaan yang tidak menguntungkan.

5. Lim Kit Siang tidak pernah dirundingi untuk menukar surat hak-milik tanah peneroka Felda yang sangat bernilai dan tidak turun harganya dengan sijil saham yang tidak menentu harganya dan kini harga sahamnya merudum turun kerana dilanda kerugian.

6. Lim Kit Siang tidak pernah menjadi perajurit dalam angkatan tentera dan tidak tahu menahu mengenai Lembaga Tabung Angkatan Tentera; beliau tidak terlibat dalam keputusan menggunakan wang tabung LTAT untuk membiayai projek yang tidak menguntungkan. 

7. Lim Kit Siang tidak pernah pinjam duit Mara untuk berniaga atau sebagai biasiswa waktu beliau belajar; beliau juga tidak pernah merestui penyelewengan yang kini dikatakan berlaku dalam MARA.

8. Lim Kit Siang belum memeluk ugama Islam dan beliau tidak pun tahu mengenai salahguna wang Lembaga Urusan dan Tabung Haji untuk pelaburan yang merugikan. 

9. Lim Kit Siang, kerana belum memeluk ugama Islam, tidak pernah membayar zakat itulah sebabnya dia tidak tahu bahawa pejabat ugama mengadakan lawatan ke Paris sebagai salah satu acara dalam 'Kursus Pernikahan'.

10. Lim Kit Siang bukan seorang Melayu/Bumiputera dan dia tidak merasa penderitaan, dan bukan sebab kepada penderitaan, maka biasiswa anak-anak Melayu dikurangkan jumlahnya oleh kerajaan. 

11. Bukan Lim Kit Siang yang menamatkan khidmat Peguam Negara.

12. Bukan Lim Kit Siang yang menukar pegawai MACC kerana menyelidiki kes yang melibatkannya.

13. Bukan Lim Kit Siang yang mencadangkan dikenakan label OSA atas semua hasil penyelidikan atas sebarang salahlaku dalam apa jua syarikat, badan dan agensi kerajaan.

14. Bukan Lim Kit Siang yang menghalang Bank Negara Malaysia dari mengambil tindakan atas penyelewengan dalam institusi kewangan  dalam dan luar negara.

15. Bukan Lim Kit Siang yang mencadang untuk membeli kapal selam Scorpine; dan bukan dia yang suruh Sirul dan rakannya untuk membunuh Altantuya.

16. Bukan Lim Kit Siang yang suruh SPRM untuk menyelidik dan tangkap perasuah-perasuah kecil supaya perasuah yang lebih hebat kelihatan tidak rasuah.

17. Bukan Lim Kit Siang yang mengarah media perdana supaya setiap hari mengutuk Tun Dr. Mahathir walaupun beliaulah yang telah mengharumkan negara Malaysia di zaman pemerintahannya selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

18. Lim Kit Siang tidak pernah terbabit dalam sebarang skandal seks.

19. Lim Kit Siang tidak pernah terlibat dalam sebarang skandal kewangan. 

20. Lim Kit Siang tidak menjadi pengeluar filem lucah di Hollywood dengan memakan belanja wang yang disalurkan dari syarikat milik negara.

21. Lim Kit Siang tidak pernah melabur wang negara yang dicurinya di Singapura, Hongkong, New Zealand, Switzerland, United Kingdom, Amerika Syarikat dan namanya tidak pernah disebut sebagai penjenayah dalam mana jua mahkamah didunia. 

Raksasa meluru datang, merbuk lari terbang?



Antara peserta Himpunan RUU 355 di Padang Merbok hari ini - Foto FB Dewan Muslimat Pas Malaysia

Belum bentang lagi tetapi sudah minta sokongan. Ada peluang bentang, hanya sekadar baca kemudian minta pula ditangguhkan huraian. Bukan sekali tetapi dua kali Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbuat demikian pada tahun lalu.
Isu RUU 355 atau lebih tepat "usul Hadi" tidak lebih sekadar sandiwara Pas untuk memainkan sentimen agama. Mula-mula pada 26 Mei 2016 iaitu 10 hari sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Sekali lagi, Abdul Hadi pada 24 November minta tangguh bukannya terus menghuraikan pindaan terhadap usul asalnya itu.
Akhirnya, tarik tali "usul Hadi" itu direntap Najib dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2016, 1 Disember lalu apabila memberitahu pindaan Akta 355 akan diambil alih pihak kerajaan lantaran ia adalah usul persendirian yang akan dikaji pihak kerajaan.
Walau bagaimanapun, menjelang himpunan RUU 355, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria misalnya, sudah menyindir keras. Sesiapa yang tidak turun Himpunan Rang Undang-undang (RUU) 355 di ibu negara hari ini dituduhnya sebagai Ahok. Selamba Basuki Tjahja Purnama iaitu Gabenor Jakarta pertama daripada keturunan Cina dan beragama Kristian itu dijadikan sebagai kambing hitam.
Perlambangan Ahok itu sebenarnya mengulang apa sudah ditegaskan Abdul Hadi pada penangguhan usul RUU 355 kali kedua apabila memberi amaran kepada ahli-ahli politik bukan Islam yang mempersoalkan RUU 355 supaya jangan berlagak menjadi Ahok.

Demikianlah gembar-gembur Pas tentang RUU 355 sehingga hari ini yang bakal menyaksikan tidak kurang 20 pidato bermula pukul 2 petang hingga 11 malam di Padang Merbok.
Jadi, adakah majoriti rakyat terlalu naif untuk faham bahawa tingkah laku Abdul Hadi berhubung pindaan Akta 355 yang kemudiannya menyaksikan ramai pemimpin Pas tersengih lebar bersama Najib di atas kapal misi bantuan ke Myanmar baru-baru ini tidak lebih hanya memancing pengundi Melayu?
Apa makna himpunan bertemakan warna ungu itu kalau bukan hanya melengkapkan kitaran hubungan mesra Pas-Umno? Bahkan akhbar Utusan Malaysia mutakhir ini sudah jauh lebih lantang menjadi jurucakap Pas mengalahkan Harakah sebagai akhbar lidah rasmi parti tersebut.
Semalam misalnya, pengarang kanan akhbar yang memusuhi semua parti pembangkang kecuali Pas itu menyebut himpunan RUU 355 sebagai lanjutan daripada program ceramah etnik Rohingya di Stadium Titiwangsa, 4 Disember 2016 yang menyaksikan Abdul Hadi dan Najib Razak sepentas diikuti pelancaran kapal misi bantuan ke Myanmar pada 3 Februari lalu.
"Lambang solidariti ummah" pada tajuk tulisan pengarang Utusan Malaysia itu hanya topeng ketika tidak pula melibatkan pemimpin Islam dari Amanah, PKR mahupun DAP.
Hari ini pula, akhbar sama menyiarkan artikel bertajuk, "RUU 355 dan mereka yang masih jumud" oleh peguam Siddiq Azani sekaligus menggambarkan sokongan pihak Umno terhadap usul yang mulanya konon Abdul Hadi mahu bawa.
Abdul Hadi pada sidang media di lobi Parlimen selepas kali kedua mengumumkan penangguhan usul menyebut partinya akan mengadakan "himpunan aman raksasa". Kebetulan, lokasi himpunan bernama Merbok yang merujuk pada tanah rendah bunyinya menyamai merbuk, sejenis burung yang bersuara merdu.

Kerjasama dengan Bersatu: Pas berpecah dua?



Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan wujudnya dua kumpulan dalam Pas iaitu kumpulan yang menyokong kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kumpulan yang tidak menyokong kerjasama itu.
Tuan Ibrahim Tuan Man"Tidak ada dua kumpulan. Ini persepsi yang sengaja dibuat oleh para wartawan," katanya ringkas menjawab soalan pemberita dalam sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di Gombak semalam.
Tuan Ibrahim dan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilihat bercanggah dalam keputusan berkaitan rundingan dan kerjasam dengan Bersatu.
Abdul Hadi bertegas dengan keputusan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu kerana parti serpihan Umno itu mempunyai hubungan dengan Amanah dan DAP.
Namun Tuan Ibrahim kelihatan sedikit lembut apabila berkata rundingan dengan Bersau akan diteruskan.
Sementara itu, mesyuarat semalam masih belum membuat keputusan berhubung perkara itu.
Tuan Ibrahim berkata, parti Islam itu akan terus mengadakan rundingan dengan Bersatu sampai bila-bila dan tidak terikat dengan mana-mana tempoh masa.
"Secara keseluruhannya Jawatankuasa Perunding (Pas) akan teruskan perundingan dengan Bersatu dan kita juga meneliti beberapa perkara dalam muafakat ini.
"Tak ada tempoh (tamat rundingan) dan tak terikat dengan tempoh," katanya seperti dipetik Malaysiakini.

"Felda sekarang bukan yang dahulu"

Felda telah menyimpang jauh daripada tujuan asal pertubuhannya, tujuan asal pertubuhan Felda adalah untuk membela nasib peneroka dan bukanlah untuk menjadikannya sebuah perniagaan besar yang hanya menguntungkan segolongan kecil elit seperti apa yang sedang berlaku.
INVOKE Malaysia akan mengedarkan risalah-risalah "Felda sekarang bukan yang dahulu" kepada setiap kawasan-kawasan parlimen Felda untuk bertermu dan menerangkan kepada peneroka ketirisan dan salah urus pimpinan pengurusan Felda sedia-ada.
Saya galakkan semua untuk memberi sedikit sumbangan untuk menampung kos-kos pencetakan dan edaran risalah-risalah untuk membantu inisiatif ini. Kiraan-kiraan saya tentang sumbangan yang akan diperlukan untuk kempen ini boleh didapati di bawah:
Sasaran: 200,000 risalah
Jumlah kos setiap satu risalah: RM0.25
Sumbangan RM20 akan bantu menampung kos 80 risalah
Sumbangan RM50, akan bantu menampung kos 200 risalah
Sumbangan RM100, akan bantu menampung kos 400 risalah
Setiap sumbangan boleh dilakukan di laman-web Invoke Malaysia:
http://bit.ly/SponsorALeaflet

Penjawat Awam Pula Di Kambing Hitamkan...!!!

Jumlah penjawat awam membengkak kepada 1.6 juta menyebabkan perbelanjaan kerajaan bertambah. kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani.

Dia ni patutnya kena buang kerja, kenapa nak kena ada Menteri Kewangan kedua? Sebab PM pegang jawatan Menteri Kewangan, tapi tak mampu buat kerja.

Sebenarnya ramai menteri2 dan pegawai atasan dilantik bukan kerana kelayakan, tapi lantikan politik.

Dapat gaji pula berjuta-juta setahun melampau-lampau tinggi, tapi tak ada hasil!

AKHIRNYA RAKYAT KENA TANGGUNG BAYAR GST 6% !!!

TAHUKAH ANDA gaji PM Najib RM22,826.65 tetapi gaji Penasihat Najib:
1) Sharizat 'lembu' : RM 27,227.20 sebulan
2) Noh 'tokey udang' : RM 27,227.20 sebulan
3) Samy Vellu : RM 27,227.20 sebulan

Satu Negara Di'Koimunis-China'kan......

Jumlah penganggur terkini sudah melebihi setengah juta (512,200 penganggur).

Disember 2013: 423,500
Disember 2014: 432,100
Disember 2015: 478,100
Disember 2016: 512,200
(Statistik: Jabatan Perangkaan Malaysia)

Sudah dijangka..
Akan bertambahlah kadar pengangguran rakyat Malaysia.. Pelajar2 buat hutang PTPTN, abes belajar wajib bayar hutang.

Rakyat marhain menjadi mangsa dek kerakusan Sang Penguasa Sang Penyamun #MO1.

Hari tu MENGUTUK KEJI HINA PAS, kini TERUS JILAT PAS SAMPAI LUPA DIRI...


"PAS itu parti mengajar ajaran sesat. Parti yang akan memesongkan akidah. Berapa surau, masjid yang PAS bangunkan? Yang mereka tahu, pecah belahkan kita. Memesongkan akidah kita" - Tengku Adnan Tengku Mansor, 2/11/2014.

Yayasan anak yatim saman Jamil Khir, Yapeim RM20 juta.

Pihak plaintif mendakwa Yapeim menggunakan dana PEMANGKIN untuk menaja program Jamil ke Eropah, Amerika Syarikat dan program-program Yapeim di Ausralia.

'MENTERI AGAMA' AMENO GUNA DANA ANAK2 YATIM utk taja program2 Jamil & kuncu2nya ke luar negara??!!

Allah S.W.T. berfirman:

Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka). [An-Nisa/4:10]

APA BEZA JAMIL KHIR DENGAN NAJIB !!!

Majoriti rakyat anggap Najib jual negara kepada China

Rakyat semua kaum bersetuju pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menjual kepentingan negara kepada China, dedah hasil kajian secara bersemuka Institut Darul Ehsan (IDE).
Kajian lapangan secara bersemuka itu mendapati secara purata 48 peratus pengundi di Selangor Najib berbuat demikian dengan paling tinggi Melayu (51 peratus) diikuti Cina (46 peratus) dan India 43 peratus.
Walau bagaimanapun, peratusan responden semua kaum yang menjawab "tidak pasti"  lebih ramai iaitu 37 peratus berbanding mereka yang menafikan Presiden Umno itu menggadaikan aset strategik negara.
Timbalan Pengerusi IDE, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman dalam pembentangan hasil kajian bermula 8 hingga 13 Februari lalu itu turut memberitahu majoriti pengundi kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) melihat kepimpinan Najib mengurangkan sokongan kepada BN.
Sebaliknya, hanya 14 peratus pengundi kelompok itu yang merasakan kepimpinan Najib Razak mampu meningkatkan sokongan kepada parti pemerintah itu.
Selanjutnya, semua kaum menyifatkan kepimpinan Najib akan gagal mempertahankan Putrajaya pada PRU-14 dengan paling tinggi Cina mencecah 51 peratus manakala 45 peratus Melayu dan 36 peratus India.
Analisis kajian membabitkan 33,359 pengundi Selangor di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (Dun) itu juga meneliti persepsi penyokong BN terhadap pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Sebanyak 62 peratus penyokong parti berlambangkan dacing itu mengesahkan rejim cukai tersebut tidak wajar dikuatkuasakan kerana mengakibatkan kenaikan harga barang manakala hanya 12 peratus menjawab "tidak".

TASK FORCE FOREX IDEA NAJIB YANG HEBAT


ELOK sangatlah Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil, Mohd Najib Abdul Razak, menubuhkan Task Force (Badan Petugas) menyiasat kegiatan perdagangan tukaran asing (forex) Bank Negara tahun 1990-an.
Tindakan ini boleh kita jadikan sebagai kajian sejarah kerana ramai yang tua dah lupa dan yang muda tak tahu peristiwa itu.
Dengan itu, rakyat jelata boleh tahu iaitu apa yang berlaku dalam perniagaan forex lebih 20 tahun lalu masih berlaku hari ini.
Perniagaan forex adalah kegiatan biasa bank-bank pusat macam Bank Negara Malaysia.
Misalnya pada 8 Disember lalu, Bank Negara mengaku rizab asingnya jatuh sebanyak AS$1.9 bilion (kira-kira RM8.4 bilion) daripada AS$98.3 bilion (RM442.35 bilion) kepada AS$96.4 bilion (RM433.8 bilion).
Kerugian lebih RM8 bilion itu berlaku sebab Bank Negara guna rizabnya untuk sekat kejatuhan kadar tukaran ringgit tapi tak berjaya.
Jadi selain menyiasat kegiatan forex tahun 1990-an itu, pihak-pihak yang kena siasat boleh tanya mengenai kegiatan forex yang sedang berlaku sekarang.
Nak tanya pasal skandal 1MDB dan SRC International pun boleh juga sebab dua skandal bilion ringgit itu adalah antara punca nilai ringgit jatuh. Bila Bank Negara cuba nak sekat kajatuhan ringgit, Bank Negara pula rugi.
Tapi kena buat cepat-cepat pasal orang yang terlibat dengan perniagaan forex tahun 1990-an itu atau tahu mengenainya tak ramai lagi yang ada.
Seingat saya ada dua orang saja lagi iaitu (Tan Sri) Nor Mohamed Yakcop dan (Datuk) Abdul Murad Khalid. Nor Mohamed jaga forex Bank Negara dan Murad, kalau tak silap, jaga pematuhan (compliance) Bank Negara.
Gambar hiasan: Nor Mohamed dengan peniaga forex tersohor George Soros
(Tan Sri) Zeti Akhtar Aziz pun boleh jadi tahu juga. Mereka bertiga pegawai kanan Bank Negara masa itu. Bank Negara ni badan bebas. Kerajaan tak boleh kacau.  Gabenor masa itu, (Tan Sri) Jaffar Hussein, dah lama meninggal dunia.
Murad Khalid Penolong Gabenor masa kerugian forex
Yang jadi masa lampau adalah sejarah. Tapi yang sedang berlaku sekarang lebih penting sebab ia sedang bebankan kehidupan rakyat jelata.
Pada 30 Disember baru lepas, rizab Bank Negara tinggal AS$94.6 bilion saja. Ini adalah paras paling rendah sejak tahun 2010. Najib jadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sejak tahun 2009.
Dalam tempoh 2015-2016 rizab Bank Negara merosot daripada lebih kurang AS$140 bilion (RM630 bilion) kepada AS$94.6 bilion (RM433.8 bilion). Ertinya dah jatuh AS$45 bilion lebih atau RM202.5 bilion.

JAWATAN DUNIA JUGA YANG UTAMA

Walaupun Hadi Awang seperti memberi bayangan hampir pasti untuk memutuskan  jalinan kerjasama politik dengan PKR dalam Muktamar Pas April nanti, kepentingan jawatan dan kedudukan mungkin menjadi halangan utamanya.
Hadi bertegas tidak akan bekerjasama dengan Bersatu atas alasan parti itu mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah dan jika perkara itu menjadi pegangan rasmi, ia dengan sendirinya melibatkan PKR yang memang sah, bahkan sudah lama ada hubungan dengan DAP dan Amanah.
Hubungan dengan PKR akan diputuskan dalam Muktamar Pas April nanti, tegas Presiden Pas itu lagi.
Bagaimanapun, pendirian Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad bukan saja berbeza, malah mungkin menjadi titik tolak dalam keputusan pada muktamar nanti.
Menurut beliau, meskipun sekiranya hubungan Pas dengan PKR berakhir selepas Muktamar pada April itu, mereka tidak akan berundur daripada jawatan sebagai Exco  serta pelbagai kedudukan lain dalam kerajaan negeri Selangor.
Alasan beliau ialah Pas perlu menghormati pilihan rakyat Selangor yang telah memberi mandat kepada ketiga-tiga parti iaitu PKR, Pas dan DAP dalam pilihanraya 2013 yang lalu.
Kita tidak boleh lari daripada mandat yang telah diberikan kepada kita, ujar beliau kepada sebuah portal dalam talian.
Pulak???

PAGI LAIN, PETANG LAIN - ADAKAH PAS PENING KEPALA UNTUK MEMBUAT PENDIRIAN?

Muktamad tidak ada kerjasama - ini pendirian Pas pada sebelah pagi semalam seperti yang dinyatakan sendiri oleh Hadi Awang di Terengganu.

Kata beliau, dasar Pas tidak akan menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah adalah muktamad.
Bagaimanapun, pada sebelah petang selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di Gombak, Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan parti itu akan terus mengadakan rundingan ke arah kerjasama dengan Bersatu.

Rundingan itu, kata Timbalan Presiden Pas itu, akan diteruskan dan tidak terikat dengan tempoh masa tertentu.

Tuan Ibrahim turut menjelaskan, walaupun ada rundingan dengan Bersatu, keputusan muktamad terletak pada Majlis Syura.
Kenapa pagi lain pendirian dan petang pula lain pendirian?

Mana satu yang boleh dipakai?

Mengapa kali ini, selepas mengeluarkan kenyataan di Terengganu, Hadi tidak hadir ke ibu negara dan membawa pendirian tegasnya itu dalam mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat?

Kenapa diserahkan kepada Tuan Ibrahim untuk mempengerusikan mesyuarat petang semalam?

Apakah Pas sengaja berbuat demikian untuk "memeningkan kepala" pemimpin-pemimpin UMNO dan Bersatu yang pada anggapan mereka begitu memerlukan Pas atau Pas sendiri sebenarnya yang "pening kepala" untuk membuat pendirian yang nyata?

Kritik parti: Pas rujuk Mahfuz ke Jawatankuasa Disipilin

Datuk Mahfuz Omar Datuk Mahfuz Omar
Dek kerana kerap mengkritik kepimpinan Pas, dijangka parti itu akan mengambil tindakan disiplin terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika diminta mengulas tindakan Mahfuz kebelakangan ini kerap mengkritik kepimpinan parti itu, ujarnya  akan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti.
“Saya dimaklumkan ada laporan yang dibuat ke atas beliau (Mahfuz) kepada jawatankuasa disiplin parti. Kita tunggu sahaja keputusannya nanti,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, hari ini.
Hadi turut menasihati pemimpin dan ahli Pas yang tidak lagi sehaluan dengan perjuangan parti atau tidak dapat menerima dasar Pas agar keluar parti.
Pada Rabu Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mencabar Mahfuz agar keluar dari Pas dan masuk parti lain daripada memburukkan parti sendiri.
Mahfuz telah meminta Pas membuat pertimbangan untuk menarik diri dari Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui PKR.
Ia berikutan pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang yang tidak mahu bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah secara jelas memutuskan hubungan kerjasama dengan PKR.

Hadi minta Mahfuz tinggalkan Pas

MARANG –  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meninggalkan parti itu jika tidak berpuas hati dengan keputusan dibuat dalam parti daripada terus mengkritik dan menyerang Pas.
“Kalau orang Pas dia kena ikut cara Pas. Kalau dia tidak mahu ikut cara Pas dia kena keluar. Itu lebih baik.
"Saya sokong macam kenyataan (Naib Presiden Pas) Datuk Nik Amar (Nik Abdullah),” katanya ketika ditemui di Rusila di sini, hari ini.
Abdul Hadi Awang Beliau menjelaskan, bukan hanya Mahfuz tetapi pemimpin dalam parti perlu meninggalkan Pas sekiranya mereka tidak lagi menyokong dasar yang telah ditetapkan dalam parti itu.
Dalam pada itu, beliau juga Ahli Parlimen Marang itu turut mengesahkan menerima aduan dari akar umbi malah Ahli Parlimen Pokok Sena itu bakal berdepan dengan tindakan disiplin ekoran kelantangannya dalam mengkritik parti itu.
“Kita menerima laporan daripada kawasan-kawasan masing-masing bukan (laporan) secara peribadi. Laporan kawasan sendiri... Pokok Sena, termasuk kawasan-kawasan lain juga pun hantar dan mereka tidak menyokong pimpinan yang begitu.
“Ahli-ahli Pas yang bekerja tidak mahu pemimpin mereka begitu…kalau dia ada maruah, ada (harga) diri dia perlu letak jawatan daripada parti termasuk juga wakil rakyat kerana rakyat pilih dia di atas nama Pas bukan atas nama batang tubuh dia.
“Biar dia letak (jawatan)…Kalau dia ada maruahlah,” katanya.

Saingan 3 penjuru dalam PRU14 hampir pasti - Nik Abduh

Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz membayangkan persaingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, hampir pasti.

Beliau berkata kenyataan terbaru Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak sujud di kaki PAS telah menyudahkan secara tidak rasmi teka-teki hubungan politik antara kedua-dua parti itu.

"Persaingan tiga penjuru dalam politik Malaysia hampir pasti berlaku. Blok ketiga atau Gagasan Sejahtera (GS) yang diwujudkan oleh PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) semakin jelas akan beraksi dengan kekuatannya sendiri sebagai pilihan untuk rakyat Malaysia berhadapan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan," katanya dalam entri di laman Facebooknya kelmarin.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, Kuala Terengganu, semalam mengulangi pendirian tidak akan bekerjasama dengan PPBM jika parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Menurut Abdul Hadi, keputusan itu adalah muktamad selaras dengan garis panduan yang ditetapkan PAS sebelum ini.

Nik Mohamad Abduh berkata kekuatan PAS untuk bergerak sendiri memimpin blok ketiga menyebabkan DAP, Amanah, PKR dan PPBM berterusan menyerang PAS dan mengaitkannya sebagai sekutu Umno.

Demi mandat rakyat, PAS tak putus dengan PKR di Selangor - Tuan Ibrahim

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata jika pemimpin PAS memutuskan hubungan dengan PKR di Selangor, ia seolah-olah mengkhianati kepercayaan diberikan rakyat menerusi PRU13.
Tuan-Ibrahim_pas_selangor_600
GOMBAK: PAS tidak akan keluar daripada pemerintahan kerajaan negeri Selangor kerana ia mandat yang diberikan rakyat ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata jika pemimpin parti itu memutuskan hubungan dengan PKR, ia seolah-olah mengkhianati kepercayaan diberikan rakyat.
“Mandat dikeluarkan rakyat dan kita kekalkan mandat itu sehingga tamat tempoh. Kalau kita keluar (putuskan hubungan PAS-PKR) bermakna kita mengkhianati rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di Dataran Kolej Islam Universiti Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, malam tadi.
Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Selangor yang merupakan salah seorang exco kerajaan negeri, Datuk Iskandar Samad berkata PAS Selangor tidak mungkin membuat keputusan untuk putuskan hubungan dengan PKR.
Iskandar berkata kedudukan PAS di Selangor penting bagi menunjukkan parti itu diterima di peringkat nasional bukannya di Pantai Timur atau pengundi Melayu saja.
Katanya, rakyat Selangor yang berbilang agama dan bangsa menikmati manfaat daripada pentadbiran Pakatan Rakyat.
Tuan Ibrahim menyokong kenyataan Iskandar dan berkata tidak timbul soal pemimpin PAS enggan putuskan hubungan dengan PKR disebabkan PAS mempunyai kuasa dalam kerajaan negeri.
Katanya, ini kerana walaupun Pakatan Rakyat di peringkat pusat sudah musnah, namun pemimpinnya masih menjalankan tugas dan pentadbiran yang sangat baik kepada rakyat.
Dalam ucapannya sebelum itu, Tuan Ibrahim berkata peserta Himpunan 355 (H355) diingatkan supaya tidak mencetuskan atau melakukan sebarang provokasi.
Katanya, jika berlaku provokasi, petugas Unit Amal akan merekodkan kejadian itu dan menyerahkannya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau yang juga pengerusi H355 berkata himpunan itu bukannya demonstrasi, sebaliknya hanya mahu mendapatkan sokongan rakyat bagi merealisasikan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).

Maksud kami tidak boleh bersama DAP serang PAS, kata Tuan Ibrahim

Rundingan kerjasama PRU14 masih terbuka selagi PPBM tidak menyertai DAP dan Amanah menyerang PAS.
Tuan-Ibrahim_ppbm_60021
KUALA LUMPUR: Menjelaskan pendirian PAS tentang kerjasama Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan DAP dan Amanah, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata rundingan dengan parti pecahan Umno itu masih diteruskan.
Timbalan presiden itu berkata peluang kerjasama masih terbuka selagi PPBM tidak menyertai DAP dan Amanah menyerang PAS.
Pendekatan itu juga diguna pakai dalam hubungan dengan PKR, tambahnya.
“Kerjasama ini mesti kerjasama tidak menyerang PAS dan parti yang ingin bekerjasama tidak boleh bersama DAP dan Amanah menyerang PAS,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan PAS di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad di sini hari ini.
Tengah hari tadi, Hadi mengulangi pendirian tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jika parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan Amanah, lapor Bernama.
“Terpulang kepada dia (PPBM) untuk bekerjasama dengan DAP atau Amanah tetapi PAS ada garis panduan iaitu kita tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan kedua-dua parti tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, Marang, Terengganu.
Hadi membuat kenyataan itu selepas Dr Mahathir berkata PPBM memberi tempoh sebulan untuk PAS membuat keputusan berhubung kerjasama kedua parti.

Muktamad, PAS tak nak kerjasama dengan PPBM - Hadi

Datuk Seri Abdul Hadi Awang ia selaras dengan garis panduan ditetapkan PAS sebelum ini yang enggan bekerjasama dengan pihak yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah.
hadi-ppbm
MARANG: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengulangi pendirian tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jika parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan Amanah.
Katanya, keputusan itu adalah muktamad selaras dengan garis panduan yang ditetapkan PAS sebelum ini.
“Terpulang kepada dia (PPBM) untuk bekerjasama dengan DAP atau Amanah tetapi PAS ada garis panduan iaitu kita tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan kedua-dua parti tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, di sini.
Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata parti itu akan mengadakan kerjasama dengan DAP susulan kenyataan Hadi yang PAS tidak akan bekerjasama dengan PPBM untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
Hadi membuat kenyataan itu selepas Dr Mahathir berkata PPBM memberi tempoh sebulan untuk PAS membuat keputusan berhubung kerjasama kedua-dua parti tersebut.
Jawatankuasa Induk Bersama PPBM dan PAS sebelum ini pernah mengadakan pertemuan untuk membentuk kerjasama, persefahaman dan muafakat politik.
Sementara itu, mengulas tindakan Ahi Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang kerap mengkritik kepimpinan PAS, Hadi berkata tindakan disiplin akan dikenakan jika jawatankuasa disiplin parti mendapati Mahfuz bersalah.
“Saya dimaklumkan ada laporan yang dibuat ke atas beliau (Mahfuz) kepada jawatankuasa disiplin parti. Kita tunggu sahaja keputusannya nanti,” katanya.
Hadi turut menasihati pemimpin dan ahli PAS yang tidak lagi sehaluan dengan perjuangan parti atau tidak dapat menerima dasar PAS agar keluar parti.