Khamis, 16 Februari 2017

Gobind: Bentang hala tuju jika mahu tewaskan BN

Ahli Parlimen Puchong berkata rangka kerja dasar bersama suatu kemestian dan lebih penting dari bercakap mengenai mendahulukan pakatan dan logo bersama
Gobind-Singh-Deo1
PETALING JAYA: bercakap mengenai ancaman kleptokrasi dan keperluan menangani gejala itu tidak memadai untuk mencabar Barisan Nasional, pesan wakil rakyat DAP mengingatkan pembangkang.
Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo berkata perkara lebih penting untuk dilakukan sekarang ini ialah membentangkan hala tuju yang jelas untuk negara.
“Kita mesti jelas dalam apa yang kita mahu dan hala tuju yang akan kita diambil sekiranya kita berjaya menewaskan Barisan Nasional. Kita mesti nyatakan kedudukan kita secara jelas sekarang ini menuju pilihan raya.
“Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu tingkatkan usaha untuk membentangkan rangka kerja dasar bersama yang akan menjadi asas kepada pakatan untuk pilihan raya dan seterusnya,” kata setiausaha biro undang-undang DAP kebangsaan dalam kenyataan hari ini.
Gobind menambah itu lebih penting dari bercakap mengenai mendahulukan pakatan atau logo bersama, seolah merujuk kepada kenyataan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.
Bercakap di majlis kutipan dana anjuran PKR Lembah Pantai di ibu negara pada Selasa, bekas perdana menteri berkata parti pembangkang perlu mendahulukan pakatan sekiranya mahu berjaya pada pilihan raya nanti.
“Pakatan pembangkang perlu belajar untuk membantu satu sama lain. Mereka bukan sahaja perlu fikirkan parti masing-masing tetapi juga pakatan ini.

Pakatan Harapan disaran mansuhkan Jasa jika bentuk kerajaan


Rafizi RamliRafizi Ramli
Pakatan Harapan disaran memansuhkan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang kini dilihat menjalankan kerja-kerja propaganda BN dengan kakitangannya diagihkan ke jabatan lain atau diberhentikan.
Naib presiden PKR Rafizi Ramli berkata, kakitangan tetap Jasa yang telah menjadi sebahagian daripada perkhidmatan awam akan dipindahkan ke jabatan atau kementerian yang memberikan khidmat terus kepada rakyat seperti pendidikan, kebajikan dan kesihatan.
Beliau menambah, semua lantikan politik di peringkat tertinggi Jasa akan ditamatkan perkhidmatan manakala semua lantikan kontrak yang melibatkan ahli Umno yang didapati dilantik khusus bagi tujuan propaganda akan ditamatkan perkhidmatan.
Dengan merujuk buku senarai perjawatan, beliau turut menyemak senarai jawatan Jasa di seluruh negara yang mempunyai 272 kakitangan.
Pecahan kakitangan Jasa, ujarnya meliputi enam orang di Pejabat Ketua Pengarah;
Bahagian Gerak Saraf dan Perancangan Dasar (3 orang); Bahagian Pembangunan Insan (4 orang); Bahagian Khidmat Pengurusan (36 orang); Jawatan Sementara Lantikan Kontrak (127 orang); manakala pembantu tadbir, penolong akauntan, juruaudio dan pemandu (96 orang).
"Ini bermakna 47% dari keseluruhan kakitangan Jasa di seluruh negara adalah Jawatan Sementara Lantikan Kontrak (dengan kod JSKT).
"Jika dicampur dengan pegawai-pegawai tinggi yang juga adalah lantikan politik, maka saya anggarkan 50% dari kakitangan JASA adalah lantikan kontrak yang selalunya adalah lantikan politik untuk ahli-ahli atau pemimpin Umno mendapat imbuhan," tegas beliau.

Siapa penerima laba terbesar agenda Akta 355

Himpunan RUU355 PAS pada 18 Februari 2017 ini bakal menjadi himpunan solidariti untuk terus mengukuhkan lagi survival 'Malaysian Official 1' (MO1).
Himpunan yang pada awalnya riuh sekampung dicanang sebagai agenda perlaksanaan hudud akhirnya hanyalah sandiwara PAS. Apa yang gegak gempita itu hakikatnya bukanlah perihal hudud yang dianggap 'nyawa PAS'.
Sebagai perbandingan, berbeza dengan kemuncak permuafakatan politik PAS dalam Pakatan Rakyat era Almarhum Tuan Guru Nik Aziz (TGNA), pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS tergambar dalam slogannya 'PAS For All' atau 'PAS Untuk Semua'.
Ia berjaya dilihat sebagai agenda ke arah menyatu-padukan rakyat Malaysia yang pelbagai ke arah satu hala perjuangan menentang pemimpin yang fasad yang menjarah harta negara sehingga memangsakan rakyat.
Untuk rekod, pada waktu itu juga tidak timbul isu berhubung komitmen Pakatan Rakyat dalam mempertahankan apa yang telah sedia termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Menerusi Buku Jingga, penegasan dibuat pada perihal mempertahankan Raja berperlembagaan, Islam sebagai agama persekutuan, hak keistimewaan orang Melayu serta kedudukan bahasa Melayu.
Hudud dan PAS bukanlah sesuatu yang baru. Menyedari pelbagai kekangan yang ada dan memahami konteks perjuangan dalam kerangka 'rule of law', PAS era TGNA telah menggembeling amarah rakyat kearah punca sebenar permasalahan negara iaitu melawan pemimpin yang korup dan salahguna kuasa.
Ia adalah cerminan kebijaksanaan Almarhum menghalakan kompas perjuangan parti Islam itu.
Kedangkalan PAS
Namun PAS era Hadi Awang ternyata gagal. Mereka yang bersorak sorai pusingan kali ini adalah Umno.
Himpunan RUU355 adalah gambaran kedangkalan PAS daripada melihat isu sebenar melanda negara yang terpalit dengan pelbagai skandal.
Malaysia terjerumus ke arah kleptokrasi global dan rakyat terus 'tidak cukup makan' dengan peningkatan kos sara hidup akibat polisi negara yang tempang.
Kesannya, kompas pergelutan sebenar rakyat telah dikaburkan oleh sebuah parti Islam bernama PAS.
'Aulawiyat' atau keutamaan PAS yang tergambar ketika ini bukanlah agenda menyelamatkan Malaysia dari menjadi sebuah negara kleptokrasi global. PAS bukan lagi berjuang untuk melawan kejahatan MO1 dan sekutunya.
Sehingga kini kita terus tertanya-tanya, siapakah penerima laba terbesar dalam agenda RUU355 ini?
Sebagai parti yang memimpin Kerajaan, Umno/BN yang sepatutnya membentangkan usul RUU di Parlimen bagi meminda akta 355 mahkamah syariah sendiri pun, masih belum bertindak apa-apa mengikut kerangka legislatif.
Lantas di manakah letaknya rasional PAS?
Sebab itu, Umno sebenarnya yang mendapat laba paling besar dalam hal ini. Lebih tepat lagi adalah MO1 yang pastinya sedang bekerja keras mencari jalan mengalih perhatian rakyat dari melihat isu sebenar.
'Ya hanana'
Himpunan RUU355 18 Februari ini adalah sebahagian daripada noktah penting buat MO1. Ia ibarat 'rezeki terpijak' yang boleh menenggelamkan isu sebenar Malaysia.

Rafizi Ramli: PENDEDAHAN Wajah Sebenar FELDA Dan JASA

Terima kasih 'halau' saya dari PAS, sindir Mahfuz

Ahli Parlimen Pokok Sena dari PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini 'berterima kasih' kepada Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah atas nasihat beliau supaya keluar parti.
"Terima kasih Datuk Nik Amar kerana halau saya. Insya-Allah, saya akan terus bawa suara akar umbi PAS demi cinta serta sayang terhadap PAS.
"Tidak saya sangka kenyataan saya berkaitan pendirian PAS tidak akan kerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP mendapat perhatian Nik Amar dengan kenyataan yang amat memalukan PAS.
"Kenyataan Nik Amar yang menghalau saya keluar dari PAS amat mengejutkan kerana ia memperlihatkan watak 'gedebe' beliau," kata Mahfuz dalam kenyataan.
Semalam, Nik Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan menasihatkan Mahfuz supaya keluar dari PAS daripada terus mengkritik dan menyerang parti itu.
“Seelok-eloknya dia yang keluar, daripada jadi macam sekarang ini, tidak tahu ke mana, duduk dalam PAS tapi serang PAS. Kritik PAS, baik dia isytihar keluar, buat apa duduk lama-lama dalam PAS,” kata Nik Amar yang ditujukan kepada Mahfuz.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mahfuz yang berkata PAS tidak perlu menunggu muktamar parti itu pada bulan April ini untuk menentukan kerjasama dengan PKR kerana PAS sudah mengetahui PKR mempunyai hubungan dengan DAP dan AMANAH.
Sehubungan itu, Mahfuz turut mencadangkan PAS menarik diri daripada kerajaan negeri Selangor yang turut dianggotai PKR dan DAP bagi membuktikan ketegasan prinsip parti Islam itu.
Mengulas lanjut, kata Mahfuz, dengan latar belakang pensyarah universiti serta berpendidikan Islam, Nik Amar tidak membawa sifat 'menghalau' hanya kerana ahli PAS mengambil tanggungjawab menegur parti.
"Sepatutnya, beliau membawa watak matang, sejahtera, damai dan bukannya menghalau.
"Tanamkan perasaan kasih sayang, ingat mengingati supaya perasaan kekeluargaan sentiasa tersemai dalam PAS. Saya ingin menasihati Nik Amar tetapi siapalah saya, saya cuma ahli biasa.

Jasa perlu dedah nama kakitangan kontrak sebagai bukti tidak diperalat Umno

Jasa perlu dibubarkan kerana fungsi propaganda tidak sesuai untuk dibiayai kerajaan.Jasa perlu dibubarkan kerana fungsi propaganda tidak sesuai untuk dibiayai kerajaan.
Ketua pengarah jabatan hal ehwal khas (Jasa) disaran menyiarkan nama setiap penjawat jawatan sementara lantikan kontrak (JSKT) di ibu pejabat Jasa dan pejabat Jasa negeri-negeri agar orang ramai dapat mengesahkan sama ada benar ia digunakan untuk menempatkan aktivis Umno bagi menjalankan kerja propaganda dengan dibiayai wang rakyat.
Ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, keengganan ketua pengarah Jasa berbuat demikian akan terus mengukuhkan dakwaan bahawa aktivis Umno dilantik ke jawatan kerajaan melalui kaedah JSKT untuk menjalankan kerja propaganda mempertahankan Datuk Seri Najib Razak.
Rafizi turut menjawab reaksi panel pemikir Jasa, Lokman Noor Adam berhubung cadangan beliau agar Jasa dimansuhkan bagi menjimatkan RM22 juta setahun wang kerajaan sedangkan jabatan itu hanya digunakan untuk mempertahankan Najib.
Lokman dalam reaksinya kepada cadangan Rafizi berkata, jika PKR dan Pakatan Harapan memenangi tampuk pentadbiran kerajaan persekutuan, Jasa akan melakukan tugas yang sama iaitu 'mempertahankan kerajaan' yang dibentuk Pakatan Harapan.
Bagaimanapun secara sinis Rafizi menjawab, kerajaan Pakatan Harapan yang bakal dibentuk tidak akan menggaji Lokman dan Tun Faisal Ismail Aziz kerana rekod buruk mereka dalam mempertahankan dasar-dasar kerajaan pimpinan Najib.
"Mereka akan terus diingati sebagai individu-individu yang bermati-matian mempertahankan bahawa GST itu baik untuk rakyat, juga bermati-matian mempertahankan 1MDB walaupun seluruh dunia tahu wang rakyat telah lesap.
"Malah berani saya katakan bahawa, akibat Umno menyerahkan tugas propaganda kepada mereka inilah juga, kedudukan sokongan Umno di kalangan orang Melayu pun sudah jatuh menjunam sehingga hanya 40% pengundi Melayu yang akan mengundi Umno dalam PRU14 mengikut kaji selidik PRU14 yang disertai 104,000 pengundi baru-baru ini," ujarnya.

Pembelian syarikat ladang Indonesia langgar peraturan pelaburan Felda

Pembelian EHP oleh Felda mengundang kritikan umum.Pembelian EHP oleh Felda mengundang kritikan umum.
Pengerusi Felda Tan Shahrir Samad diminta mendedahkan had pelaburan dana Felda kerana pembelian syarikat perladangan Indonesia, PT Eagle High Plantations oleh agensi itu baru-baru ini memaksa Felda berhutang bagi membiayai pembelian tersebut.
Malah naib presiden PKR Rafizi Ramli yakin pembelian PT Eagle High Plantations telah melanggar dasar dan strategi pelaburan kumpulan Felda yang mengehadkan jumlah pelaburan kepada 24% daripada jumlah baki simpanan wang Felda.
Malah tambah beliau, pelaburan yang menggunakan hutang pada harga yang lebih tinggi sudah tentu membawa risiko yang lebih besar kepada Felda.
Rafizi turut merujuk Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengenai pelanggaran peraturan dan dasar pelaburan yang ditetapkan Lembaga Pengarah Felda bagi tempoh auditan Oktober hingga Disember 2010.
Beliau menambah, pembelian PT Eagle High Plantations boleh dianggap melanggar dasar dan peraturan yang ditetapkan Felda, dan ahli lembaga pengarah yang bersekongkol meluluskan pembelian itu boleh disiasat dan didakwa sekiranya keputusan itu menjejaskan kepentingan Felda.
"Oleh yang demikian, saya mencabar Tan Sri Shahrir Samad sebagai pengerusi lembaga pengarah Felda untuk menjelaskan kepada rakyat kenapa Felda melanggar peraturan dan dasar yang mengawalselia pelaburannya yang ditetapkan sendiri oleh Lembaga Pengarah Felda?
"Jika Tan Sri Shahrir Samad percaya keputusan membeli PT Eagle High Plantations itu tidak melanggar peraturan dan dasar pelaburan Felda, saya cabar beliau mendedahkan minit-minit mesyuarat Lembaga Pengarah untuk menunjukkan bahawa peraturan dan dasar Felda yang mengehadkan jumlah pelaburan di dalam syarikat (melalui pembelian saham-saham) telah dimansuhkan," tegasnya.

Rakan kongsi baharu Proton mungkin buang pekerja...Terima kasih Najib & Umno..!!

Badan pemikir berkata Geely akan mahu membawa masuk bakat baru dan melepaskan 'orang yang tidak berguna'.
azrul-geely-proto
Kerajaan dan Proton perlu besiap sedia untuk berdepan pengurangan pekerja daripada syarikat kereta nasional itu selepas saham majoriti diambil alih pembuat kereta China, Geely Automobile Holdings, menurut sebuah badan pemikir.
Menurut Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), sudah banyak perkara disebutkan mengenai kegagalan Proton mutakhir ini dan tidak perlu lagi menyalahkan kepimpinan lampau.‎
“Untuk mendapatkan hasil yang diinginkan, strategi perlu diubah,” kata Azrul Khalib.
Beliau berkata perubahan termasuk membawa masuk bakat baharu, melepaskan staf yang “tidak berguna”, meningkatkan kecekapan dan kualiti pembuatan.
Langkah itu selaras dengan kebimbangan yang dibangkitkan ahli ekonomi Dr Jorah Ramlan mengenai impak pengambil alihan itu ke atas kakitangan Proton berjumlah lebih 60,000 orang.
Tahun lepas, Proton mempunyai 12,000 orang kakitangan manakala 50,000 orang bekerja dengan vendor.
Azrul percaya Geely, yang memiliki syarikat pembuatan kereta Sweden, Volvo, mampu mengemudi Proton ke arah yang betul.
Di bawah Geely, Volvo dilaporkan diberi kebebasan yang tinggi dan melaksanakan pengambilan jurutera yang terbesar dalam sejarah syarikat itu, menyumbang kepada pembangunan model Volvo XC90, S90 dan V90 baharu.

MB TGANU: Dakwa wakil rakyat BN belot untuk tutup masalah pembangkang

Ahmad Razif menasihatkan pembangkang tidak mencetuskan provokasi kerana BN Terengganu tidak menghiraukan dakwaan tidak berasas itu.
Ahmad-Razif-Abdul-Rahman_bni_600
KUALA NERUS: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menafikan dakwaan pembangkang kononnya beberapa adun dan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan berpaling tadah.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri itu berkata, dakwaan tersebut hanya satu provokasi yang cuba dilemparkan kepada BN bagi menutup kepincangan dalam kalangan pihak pembangkang.
“Ini seumpama kes Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) yang mendakwa kononnya ada menteri kanan yang akan letak jawatan. Tapi kemudian kita dapat tahu 4 wakil rakyat DAP Melaka yang keluar parti.
“Sebenarnya mereka berbuat demikian untuk tutup isu dalaman pembangkang dengan menuding jari kepada pihak lain. Saya nasihatkan pembangkang cukup-cukuplah dan jangan cetuskan provokasi sebab BN Terengganu tidak ambil peduli hal ini…apa yang penting sekarang kita akan terus berkhidmat untuk kepentingan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Daerah Mengundi DUN Seberang Takir dan menyampaikan bantuan kepada penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat hari ini.
Ahmad Razif mengulas dakwaan di media sosial yang tular berhubung 4 adun dan seorang ahli Parlimen BN di negeri ini yang dikatakan akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Dalam pada itu, mengenai projek mega pembinaan Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL), Ahmad Razif berkata, terdapat beberapa pindaan dilakukan terhadap stesen terlibat dengan mengambil kira kawasan tarikan pelancong dan kawasan perindustrian di negeri ini.
Perubahan tersebut, beliau berkata tidak mengganggu laluan asal serta tidak melibatkan kos tambahan terhadap projek bernilai RM55 bilion itu yang dijangka dimulakan Julai depan.

K’jaan HARAPAN tak perlu jabatan propaganda, kata Rafizi

Pakatan Harapan tidak memerlukan sebarang jabatan propaganda kerajaan sekiranya mereka berjaya mengambil alih Putrajaya, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Beliau mengulas kenyataan bekas Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Lokman Noor Adam yang berkata, sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya, sekaligus mentadbir negara, sudah pasti JASA akan membela mereka.
“Tugas menjawab kritikan dan serangan ke atas sebarang dasar kerajaan persekutuan adalah tugas menteri yang bertanggungjawab.
“Beliau perlu mempertahankan dasar yang diperkenalkan partinya semasa memerintah dan jika beliau tidak mampu, maka beliau sewajarnya dipecat oleh perdana menteri atau tidak diundi rakyat dalam pilihanraya,” katanya dalam satu kenyataan media.
Rafizi berkata tidak ada keperluan untuk jabatan propaganda menghebahkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat yang tidak boleh dibuat oleh jabatan kerajaan.
“Apatah lagi propaganda yang mempertahankan pemimpin dan parti politik yang dituduh terlibat di dalam penyelewengan wang rakyat,” katanya.
Lokman yang kini berkhidmat sebagai pengarah komunikasi strategik di Kementerian Kewangan selepas tujuh tahun di JASA, Selasa lalu menulas kenyataan Rafizi yang mencadangkan penutupan JASA yang menelan perbelanjaan RM22 juta setahun.
Rafizi berkata dengan membubarkan JASA, kakitangan kerajaan itu boleh ditugaskan semula ke jabatan lain yang mampu memberi manfaat kepada rakyat seperti pendidikan, kebajikan dan kesihatan.
Beliau berkata kerajaan HARAPAN akan menamatkan semua lantikan politik berpangkat tinggi di JASA, yang kini diterajui oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Puad Zarkashi.
Rafizi yang juga adalah ahli parlimen Pandan turut menggesa Puad untuk mendedahkan nama-nama 127 kakitangan lantikan kontrak JASA untuk menunjukkan sejauh mana pelantikan politik di jabatan itu.
“Ini bermakna, 47 peratus dari keseluruhan kakitangan JASA di seluruh negara adalah Jawatan Sementara Lantikan Kontrak (dengan kod JSKT).
“Jika dicampur dengan pegawai-pegawai tinggi yang juga adalah lantikan politik, maka saya anggarkan 50 peratus kakitangan JASA adalah lantikan kontrak yang selalunya adalah lantikan politik untuk ahli-ahli atau pemimpin Umno mendapat imbuhan.

Pemuda Umno tidak halang ahlinya sertai Himpunan RUU 355

Khairul Azwan Harum Khairul Azwan Harum
Pergerakan Pemuda Umno tidak akan menghalang ahlinya untuk menyertai Perhimpunan Rang Undang-Undang (RUU) 355 anjuran Pas, yang akan diadakan Sabtu ini.
Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun berkata ia merupakan keputusan dan pendirian Pemuda Umno terhadap perhimpunan yang akan diadakan di Padang Merbok dan telah mendapat kelulusan pihak polis itu.
"Kita tidak boleh menghalang sesiapa pun dari menyertai perhimpunan itu. Itu pendirian dan keputusan kita," katanya selepas mesyuarat Pergerakan Pemuda Umno di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi.
Khairul Azwan berkata beliau secara peribadi juga akan menyertai perhimpunan berkenaan jika berkesempatan.
Dijangka sebanyak 200,000 orang hadir ke perhimpunan yang bertemakan 'Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera' itu.
Pada 24 November lalu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat untuk memperkasakan mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.
RUU itu bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang turut dikenali Akta 355.

'Marah' Orang Asli Gua Musang dibawa ke Pejabat Hutan

PAS: 'Melayu mudah lupa’ balik semula kepada Tun M

'Tak payah cakap, dah 20 tahun bersara duduk rumah' - Azih Muda

INVOKE TERUS TERANG EP. 7:Wong Chen(MP Kelana Jaya)-Targeted Subsidy (P.Harapan) VS BR1M (Najib Razak BN)