Rabu, 15 Februari 2017

Kalau Tak Menipu Bukan Jamal & Umno Namanya.


SHAH ALAM, 15 FEB : Ketua Pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos didakwa memperdaya 15 pemandu van jenazah pada demonstrasi di hadapan kompleks Kerajaan Negeri (SUK), semalam.

Menurut sumber kepada SelangorKini, mereka dimaklumkan pihak Jamal kononnya satu sesi pengambaran (shooting) dibuat di SUK tanpa didedahkan sebarang butiran lanjut mengenainya.

#VanJenazahTakAda
#VanJenazahPergiDemo
#KenaTipuRM300 atau pura2 buat tak tahu...

Mahkamah tidak boleh paksa AG mulakan prosiding jenayah

Arahan Peguam Negara  Tan Sri Mohamed Apandi Ali kepada SPRM untuk menutup fail siasatannya adalah ultra virus kuasa Peguam Negara di bawah Perkara 145(3).Arahan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kepada SPRM untuk menutup fail siasatannya adalah ultra virus kuasa Peguam Negara di bawah Perkara 145(3).
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hanipah Farikullah memutuskan demikian dalam penghakiman bertulis setebal 41 muka surat dalam permohonan semakan kehakiman melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diedarkan kepada media hari ini.
"Ini kerana berdasarkan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara mempunyai budi bicara yang luas berhubung kawalan dan arahan bagi semua pendakwaan jenayah.
"Bukan sahaja beliau (Peguam Negara) memulakan dan menjalankan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, beliau juga boleh memberhentikan prosiding jenayah yang beliau telah mulakan.
"Dan mahkamah tidak boleh memaksa beliau untuk memulakan apa-apa prosiding jenayah yang beliau tidak mahu mulakan atau meneruskan apa-apa prosiding jenayah yang beliau telah putuskan untuk tidak teruskan," katanya.
Hakim bersetuju dengan hujahan peguam kanan persekutuan bahawa peruntukan itu adalah kuasa khas yang diberi kepada Peguam Negara untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Tentera.
Beliau membuat keputusan itu pada 11 November tahun lalu, apabila menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk mencabar keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Khairuddin mencabar keputusan Mohamed Apandi yang menyatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri MOHD Najib Razak tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah berhubung isu sumbangan derma RM2.6 bilion, pemindahan dana oleh SRC International ke akaun peribadi beliau dan peruntukan pinjaman oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) untuk SRC International.

Forex: Kabinet Najib tubuh pasukan siasat kerugian BNM


Kabinet hari ini bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara pada sekitar 1990-an.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata pasukan petugas khas itu akan dianggotai pelbagai agensi kerajaan termasuk individu-individu yang dihormati dan berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu.
"Pasukan petugas khas ini akan mengemukakan syor dan cadangan untuk dipertimbangkan oleh Kabinet dalam tempoh terdekat dan tindakan selanjutnya termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) jika perlu berdasarkan hasil siasatan itu nanti," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, tindakan kerajaan itu membuktikan komitmen dan ketelusan kerajaan bagi memastikan urusan Bank Negara pada ketika itu dijalankan mengikut urus tadbir yang ditetapkan.
Menurut Pejabat Perdana Menteri, kerajaan akan sentiasa terbuka dan telus dalam siasatan itu memandangkan ia melibatkan Bank Negara Malaysia dan dikatakan skandal kewangan terbesar.
"Penubuhan pasukan petugas khas ini merupakan langkah permulaan bagi mendapatkan semula fakta-fakta yang berkaitan - menganalisis semua Hansard rasmi mesyuarat-mesyuarat Parlimen pada masa itu, minit-minit Mesyuarat Kabinet yang terdahulu, laporan Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia dan laporan-laporan lain daripada agensi-agensi yang berkenaan.
"Ia juga bertujuan untuk mengetahui apa sebenar yang telah berlaku, jumlah kerugian sebenar dan sama ada terdapat salah laku tatacara pentadbiran kewangan serta adanya tindakan pihak tertentu untuk menutup apa yang sebenar berlaku dari pengetahuan rakyat Malaysia selama ini," menurut kenyataan itu.

TAK MEMADAI HANYA JAMIL KHIR YANG HADIR, KENAPA TIDAK NAJIB ATAU ZAHID HAMIDI?

UMNO dan kerajaan dilapor akan menghantar Jamil Khir Baharom sebagai wakilnya untuk menghadiri Perhimpunan Akta 355 di Padang Merbok, Sabtu 18 Februari ini.

Ketua Penerangan Pas, Nasaruddin Hassan ketika mengesahkan perkara itu berkata, Jamil Khir akan menyertai sessi solat hajat dalam perhimpunan tersebut.

Kehadiran itu membuktikan kerajaan menyokong perhimpunan pada 18 Februari nanti, kata beliau lagi.
Kenapa UMNO dan kerajaan hanya menghantar Jamil Khir saja sebagai wakil mereka?

Mengapa tidak Perdana Menteri, Najib Razak atau Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi sendiri hadir bagi pihak UMNO dan kerajaan sebagai tanda sokongan?

Bukankah pindaan Akta 355 itu merupakan isu besar bagi Pas, tidak saja untuk memartabatkan hukum Islam serta menjadi titik tolak persabahatannya dengan UMNO, malah juga sehingga kerajaan negeri Kelantan mengisytiharkan cuti umum pada 19 Februari bagi memastikan seramai mungkin rakyat negeri itu dapat menghadirinya?

Oleh itu, sewajarnya Najib sendiri atau setidak-tidaknya Zahid Hamidi yang hadiri bagi mewakili UMNO dan kerajaan?

Lagi pula, dalam perhimpunan Solidariti Rohingya di Stadium Titiwangsa dan pelancaran kapal membawa pelbagai bantuan kepada pelariannya di Pelabuhan Kelang baru-baru ini yang dianjurkan UMNO, Pas dengan besar hati telah menghantar Hadi Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai wakilnya.

PERKHIDMATAN AWAM PERLU DISTRUKTURKAN UNTUK MEMBUANG UNSUR POLITIK BERMULA DARI PENGHAPUSAN JASA


Saya rujuk kenyataan Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim mengenai keperluan menyemak kembali jumlah kakitangan awam yang dilihat terlalu besar. Pandangan ini dibincangkan oleh pakar-pakar ekonomi dengan mengambil kira kos penggajian dan pencen menampung kakitangan awam yang dikhuatiri tidak lagi mampu ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.
Sementara saya berkongsi kebimbangan mengenai kemampuan Kerajaan Persekutuan menanggung kos penggajian, pencen dan kebajikan kakitangan awam, saya juga percaya sebarang usaha untuk menyemak kembali kakitangan awam mestilah dibuat secara objektif dan berpandukan matlamat yang jelas.
Saya mengesyorkan ada dua matlamat paling utama yang perlu menunjangi sebarang inisiatif untuk menstrukturkan kembali perkhidmatan awam:
Membuang mana-mana jabatan, jawatan atau peruntukan yang tidak berkait dengan tugas sebenar perkhidmatan awam iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat tanpa ada pilih kasih
Memastikan peruntukan dan perbelanjaan perkhidmatan awam yang telah distrukturkan itu (setelah membuang unsur yang tiada kaitan dengan perkhidmatan awam) adalah tepat dengan matlamat, berhemah, cekap dan memberi pulangan terbaik kepada rakyat.
Saya ingin mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan dan pembangkang supaya berhati-hati dengan perangkap Umno/BN yang akan memutar belitkan isu ini seolah-olah Pakatan Harapan berniat untuk melemahkan perkhidmatan awam yang rata-ratanya dianggotai oleh penjawat awam berbangsa Melayu. Kita akan masuk perangkap itu jika kupasan mengenai isu ini tertumpu kepada soal jumlah jawatan (sering dirujuk bahawa perkhidmatan awam telah mencecah 1.6 juta orang) semata-mata dan tidak dikupas dari dua matlamat utama yang saya sebut seperti di atas.
Sebab itu, saya akan mula memberi tumpuan kepada cadangan-cadangan penstrukturan semula perkhidmatan awam dengan berpandukan dua matlamat di atas dengan membentangkan fakta dan angka-angka.
Bermula hari ini, saya ingin menyeru pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak menyemak kembali semua kementerian, jabatan dan penjawatan di dalam perkhidmatan awam supaya semua jabatan-jabatan dan penjawatan yang ditubuhkan khusus untuk berkempen politik bagi pihak Umno/BN dihapuskan serta merta. Jabatan-jabatan dan penjawatan yang ditubuhkan untuk berkempen politik bukanlah sebahagian dari perkhidmatan awam dan ia wajar ditanggung sendiri oleh Umno/BN; bukannya ditanggung oleh rakyat.
Maka, jabatan yang pertama yang perlu dihapuskan serta merta ialah Jabatan Hal Ehwal Khas ataupun JASA di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Saya lampirkan petikan dari dokumen Belanjawan 2017 (Maksud Bekalan 47 iaitu peruntukan yang diluluskan di dalam Belanjawan 2017 untuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia) untuk menunjukkan jumlah wang rakyat yang dibazirkan untuk menampung kempen-kempen politik Umno/BN yang dijalankan oleh JASA.

Mahfuz boleh keluar Pas jika tidak puas hati - Mohd Amar

Mahfuz, Amar
KOTA BHARU - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dinasihatkan untuk keluar Pas daripada terus mengkritik dan menyerang parti itu.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, seharusnya pemimpin itu keluar parti memandangkan apa yang dikritiknya sebelum ini langsung tidak diambil peduli oleh parti.
“Seelok-eloknya dia yang keluar, daripada jadi macam sekarang ini, tidak tahu ke mana, duduk dalam Pas tapi serang Pas. Kritik Pas, baik dia isytihar keluar, buat apa duduk lama-lama dalam Pas,” katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Mahfuz yang didakwa berkata Pas tidak perlu menunggu muktamar parti itu April ini untuk menentukan kerjasama dengan PKR kerana Pas sudah mengetahui PKR mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah.
Sehubungan itu, Mahfuz mencadangkan Pas menarik diri daripada kerajaan Selangor yang turut dianggotai PKR dan DAP bagi membuktikan ketegasan prinsip parti Islam itu.
Mengulas isu tersebut, Mohd Amar berkata, Pas tidak mengambil kira apa yang dinyatakan Mahfuz itu dan pemimpin tersebut diminta meninggalkan parti jika benar-benar tidak berpuas hati dengan perjuangan, keputusan dan apa sahaja yang dibuat dalam parti.

Pas tak perlu tempoh sebulan boleh berdiri sendiri - Mohd Amar

Mohd Amar KOTA BHARU – Pas tidak memerlukan tempoh sebulan dari Bersatu, malah parti itu membayangkan boleh berdiri sendiri menjelang PRU14 nanti, kata Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Menurutnya, Pas tidak pernah gentar bersendirian dan telah menentukan arah perjuangan mereka walaupun tidak bersama dengan pembangkang lain dalam Pakatan Harapan.
“Kita sudah lama duduk bersendirian. Kalau Tun Mahathir kata kita tidak efektif, maka tidak perlulah kita masuk dalam pakatan itu, sebab kalau kita masuk nanti kita akan susahkan dia pula.
“Lebih baik kita bawa jalan masing-masinglah. Memang kita tidak masuk dalam Pakatan Harapan, tetapi sebagaimana yang saya sebut sebelum ini, kerjasama dalam bentuk-bentuk yang berbeza itu boleh dibincangkan.
“Ada banyak kaedah kita boleh kerjasama dalam politik ini. Tidak semestinya mesti berada bersama-sama dalam pakatan itu,”katanya kepada media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Mahathir yang mendakwa Pas akan menjadi parti yang tidak efektif dalam politik negara sekiranya terus berdegil dan kekal dalam pakatannya sendiri tanpa bekerjasama dengan mana-mana parti.

Dr Mahathir tak akan berjaya pujuk PAS - Mohd Amar

Naib presiden PAS berkata jika Dr Mahathir merasakan PAS tidak efektif dan hanya membebankan Pakatan Harapan, maka cara terbaik adalah setiap parti membawa hala tuju masing-masing.
Mohd-Amar-Nik-Abdullah
KOTA BHARU: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan supaya tidak bersikap “sebelah tangan mahu bersalam, sebelah tangan lagi mahu menumbuk” dalam membincangkan kerjasama antara parti itu dengan PAS.
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata beliau melihat cara bekas perdana menteri itu tidak akan berjaya “memujuk” PAS untuk kembali menyertai pembangkang dalam Pakatan Harapan.
“Cara dan kenyataan Dr Mahathir ini tak membantu. Kalau nak bincang buat cara nak bincang. Jangan dalam masa yang sama hulur (sebelah) tangan (untuk bersalam), masa sama (sebelah tangan lagi) tumbuk,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.
Dr Mahathir sebelum ini memberi tempoh selama sebulan kepada PAS untuk menyertai Pakatan Harapan, namun PAS memutuskan untuk tidak menyertai pakatan berkenaan kerana ia turut disertai oleh DAP dan Amanah.
Beliau kemudiannya menyelar tindakan PAS dan mendakwa parti itu tidak akan mampu bersendirian dalam menghadapi Barisan Nasional (BN) pada Uilihan Raya umum ke-14 (PRU14).
Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata jika Dr Mahathir merasakan PAS tidak efektif dan hanya membebankan Pakatan Harapan, maka cara terbaik adalah setiap parti membawa hala tuju masing-masing.

POLITIK PAS POLITIK MENGADA-NGADA: HUSAM


Pas menunjukkan gaya berpolitik yang pra matang, ragu dan mengada-ngada, kata Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan polis yang dibuat ke atasnya berhubung dakwaan dana daripada Umno kepada parti Islam itu.
“Hari ini (semalam), Pemuda Pas membuat laporan polis di banyak balai di seluruh negara ke atas saya, ekoran ucapan saya di Selising, 6 Februari lalu.
“Saya tidak nampak apa rasionalnya lebih dari satu laporan polis dibuat. Adakah Pemuda Pas tidak yakin dengan laporan mereka sendiri, sehingga mereka perlu membuat laporan di sana sini?,” soalnya.
Semalam, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan dan Kelantan membuat laporan polis terhadap Husam yang didakwa mengatakan parti Islam itu menerima dana RM90 juta daripada Umno.
Laporan dibuat secara berasingan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur dan Pasir, Kelantan.
“Saya berpendapat, kebenaran tidak boleh ditegakkan hanya dengan membanyakkan laporan polis. Ia hanya menunjukkan politik meriam buluh dan bom asap,” ujar Husam lagi menerusi kenyataannya, semalam.
Pemuda Pas Wilayah Persekutuan membuat laporan polis agar Husam disiasat di bawah Seksyen 499 Keseksaan kerana fitnah jenayah.
Di Kelantan, Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, laporan polis dibuat agar Husam disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyebar maklumat palsu.

Pro dan kontra RUU 355

Telah berlaku perbincangan yang agak panas mengenai pindaan Rang Undang-Undang 355 yang merupakan satu usul yang dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Cadangan pindaan ini jika berjaya, akan dapat meningkat nilai dan jumlah hukuman di mahkamah syariah kepada 100 rotan, 30 tahun penjara dan RM100,000 denda.
Berlaku pandangan pro dan kontra mengenai usul itu. Setiap pihak melihat daripada sudut yang berbagai. Itu adalah perkara biasa terutama dalam sistem demokrasi. Di sana ada niat yang baik, dan niat yang sebaliknya dalam perbezaan pendapat itu.
Berbeza pendapat atas niat yang baik itu tidak ganjil. Para sahabat sendiri berbeza pendapat. Ini termasuk isu ketika Khalifah Umar bin al-Khattab enggan membahagikan tanah-tanah rampasan perang di Iraq dan Mesir kepada tentera. Ini berbeza dengan amalan Rasulullah s.a.w. pada hayat baginda.
Majoriti para sahabat tidak bersetuju dengan pandangan Umar. Mereka berhujah dengan surah al-Anfal (surah harta rampasan perang) dan amalan Nabi S.A.W. sebelum ini.
Sebaliknya, Umar melihat dari sudut maslahah masa depan dan persepsi generasi akan datang, iaitu anak-anak penduduk tempatan datang terhadap Islam. Hal ini disebut dalam pelbagai kitab sirah dan dibincang dalam pelbagai kitab usul fiqh.
Yang Pelik
Ertinya, tidak pelik untuk berbeza pendapat sekalipun dengan tokoh sehebat Umar. Tidak pelik untuk berbeza sekalipun dengan pihak yang berhujah menggunakan dalil al-Quran dan hadis, selagi mana hal itu boleh dilihat dari sisi pandangan ijtihad yang lain.
Apa yang pelik ialah jika ada pihak yang setiap kali berbeza pendapat dengan mereka, mereka kafirkan pihak yang berbeza, mereka tuduh orang lain musuh Islam, anti-Islam, ditanam jenazahnya di kubur orang kafir, membenci hukum Allah, menentang ulama, tali barut musuh-musuh Islam dan seumpamanya.
Peliknya, hal ini telah berakar umbi sejak sekian lama dalam aliran politik berkenaan. Maka, maki hamun menjadi amalan kumpulan ini alasan mempertahankan Islam dan menyerang musuh Islam.
Saya belum pun memberikan pandangan terperinci tentang RUU 355, sekadar menyatakan bahawa cadangan itu boleh dikritik ataupun dibantah dari sudut masing-masing. Seperti tradisi biasa, mereka mengikuti pandangan itu dengan cercaan dan maki hamun.
Ini adalah tradisi warisan yang wajar mereka ubah jika mereka ingin melangkah ke hadapan ataupun hidup sebagai insan yang bertamadun.
Dapatkah kita bayang jika kumpulan seperti ini menguasai politik negara? Apakah akan terjadi kepada rakyat yang berbeza pandangan dengan mereka?
Jika perbezaan pendapat itu digelar anti-Islam, maka setiap yang anti-Islam tentunya menjadi murtad jika muslim, dan menjadi kafir harbi jika non-muslim.
Jika undang-undang murtad dibuat dalam keadaan seperti itu, pasti ramai pengkritik politik akan didakwa atas enakmen itu. Sementara yang kafir harbi layak untuk diperangi.
Gambaran Sebelum Pro-RUU 355
Apabila kita sebut cadangan pindaan RUU 355, kita hendaklah tahu bahawa ia satu usul yang dibawa oleh sebuah parti politik. Usul itu telah dimainkan secara politik.
Parti politik berkenaan juga selama ini memperkatakan isu hudud sejak sekian lama terutama menjelang pilihanraya. Hasil dari isu hudud yang pernah dimainkan sejak dahulu pelbagai peristiwa permusuhan antara umat Islam telah berlaku.
Berlakunya kafir-mengkafir sejak sekian lama, dua imam, bercerai suami-isteri, enggan makan sembelihan sesama muslim, memutuskan silaturahim antara keluarga dan tumpah darah sesama umat. Dengan tidak dinafikan bahawa tindakan dan sikap parti lawan mereka juga ada yang tidak sewajarnya.
Demikian juga pendekatan aliran politik berkenaan, bukan sahaja tajam kepada musuh politik tradisi mereka, bahkan kepada rakan-rakan mereka yang keluar parti.

Polis lulus himpunan RUU 355 di Padang Merbok Sabtu ini


Polis memberi kelulusan kepada pihak penganjur Perhimpunan RUU355 untuk mengadakan perhimpunan aman di Padang Merbok, di sini Sabtu ini bermula 3 petang hingga 12 tengah malam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman berkata penganjur dan peserta perhimpunan perlu mematuhi peraturan Akta Perhimpunan Aman 2012.
Pada hari itu, Dataran Merdeka dan sebahagian Jalan Parlimen pula akan ditutup mulai 8 pagi hingga 12 tengah malam, katanya dalam kenyataan media hari ini.
Pada 24 November lalu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.
Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada Januari lalu dipetik berkata himpunan itu bertujuan menunjukkan sokongan orang Islam terhadap RUU itu, selain memberi penjelasan mengenainya kepada orang bukan Islam.
“Ia dapat membangkitkan semangat umat Islam dalam menghadapi tentangan pihak yang tidak memahami dan cuba ambil kesempatan sehingga boleh mencetuskan suasana tidak harmoni.
“Kita menjemput semua pihak ke himpunan besar-besaran ini. Ia melibatkan lebih 200 NGO dan menjangka lebih 300,000 peserta menyertainya,” katanya.

PAS sahkan Jamil Khir akan hadiri himpunan Akta 355

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan hadir pada perhimpunan menyokong pemerkasaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Sabtu ini.
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hasan, berkata Jamil Khir akan hadir atas kedudukannya sebagai menteri kabinet.
"Beliau akan (menyertai kami) pada sesi solat," katanya, sambil menambah bahawa tindakan itu membuktikan pihak kerajaan menyokong perhimpunan tersebut.
Menurutnya, perhimpunan 18 Februari ini bukannya anjuran PAS tetapi didukung bersama oleh sepuluh NGO sebagai penganjur.
Perhimpunan Sabtu ini bertujuan mendapatkan sokongan rakyat terhadap pindaan itu yang akan membolehkan Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman yang lebih berat dengan meningkatkan had hukuman penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan rotan kepada penjara sehingga 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 kali sebatan.
"Terdapat himpunan untuk orang Islam dan bukan Islam, kami jemput semua rakyat Malaysia untuk hadir," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.

Kelantan cuti Ahad ini sempena Himpunan RUU 355 di Kuala Lumpur

Timbalan menteri besar berkata ia bagi memberi peluang kepada rakyat Kelantan turut serta dalam himpunan dan tidak tergesa-gesa pulang.
Mohd-Amar-Nik-Abdullah_kelanatan_law_600
KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan mengisytiharkan Ahad ini (19 Feb) sebagai cuti peristiwa sempena Himpunan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) yang akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur, Sabtu ini.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata ia bagi memberi peluang kepada rakyat Kelantan untuk turut serta dalam himpunan tersebut bagi memastikan mereka tidak pulang dalam keadaan tergesa-gesa selepas perhimpunan itu tamat.
“Ia sebagai sokongan moral kerajaan negeri kepada usaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah melalui pindaan kepada Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016).
“Ia juga bagi membolehkan seberapa ramai rakyat Kelantan untuk menyertai himpunan itu nanti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, hari ini.
Pada 24 Nov lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.
Sementara itu, polis memberi kelulusan kepada pihak penganjur mengadakan perhimpunan bermula 3 petang hingga 12 tengah malam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman berkata penganjur dan peserta perhimpunan perlu mematuhi peraturan Akta Perhimpunan Aman 2012.
Pada hari itu, Dataran Merdeka dan sebahagian Jalan Parlimen pula akan ditutup mulai 8 pagi hingga 12 tengah malam, katanya dalam kenyataan media hari ini.

Muktamar akan tentukan kedudukan PAS dalam k'jaan Selangor - Nasrudin

PAS akan mengkaji semula kedudukannya dalam kerajaan negeri Selangor semasa muktamar parti itu pada April ini, kata ketua penerangannya, Nasrudin Hasan.
Selain membincangkan ‘tahaluf siyasi’ atau kerjasama politik dengan PKR, beliau berkata PAS juga akan membuat keputusan jika parti Islam perlu terus kekal bersama kerajaan negeri.
Menurutnya, usul untuk mengkaji semula kerjasama politik di Selangor dibawa oleh Dewan Muslimat pada muktamar sebelum ini.
“Sehingga hari ni masih ada lagi hubungan tahaluf siyasi, kita dah buat kenyataan rasmi melalui presiden bahawa muktamar akan menentukan.
“Yang ada hubungan itu pun muktamar, nak putuskan nak teruskan gantung pada muktamar,” pada sidang media hari ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini berkata parti itu akan membincangkan tahaluf siyasi dengan PKR pada muktamar tahunan parti yang dijadualkan di Alor Setar dari 29 April hingga 1 Mei nanti.

Orang Asli Kelantan berhimpun di KL protes Jabatan Perhutanan

Kumpulan itu mendesak Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan JPNK menghentikan segera operasi ke atas Orang Asli serta aktiviti pembalakan di kawasan penempatan mereka dengan menggantung lesen syarikat terbabit.
orngasliprotes
KUALA LUMPUR: Lebih 50 Orang Asli dari Gua Musang hari ini mengadakan bantahan terhadap tindakan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) meroboh dan membakar pondok yang menghalang laluan balak di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, minggu lalu.
Mereka yang ditemani wakil daripada lebih 20 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik berarak hampir 1km dari Wisma Tani di Jalan Sultan Salahuddin menuju Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia di jalan sama, bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada agensi itu.
NGO itu termasuk Pertubuhan Pribumi Parkasa (Perkasa), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Pertubuhan Perlindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Otai Reformasi serta Parti Sosialis Malaysia (PSM). Turut hadir ialah peguam dan aktivis Orang Asli, Siti Kasim.
Bagaimanapun, pengawal keselamatan bertindak menghalang kumpulan itu memasuki bangunan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
asliprotes
Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), Azmi Badun mendakwa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bersekongkol dengan JPNK untuk merobohkan sekatan dibuat Orang Asli, bagi membolehkan pembalak membawa keluar hasil hutan di Kelantan demi keuntungan pihak tertentu.
“Apabila kami buat sekatan, kami dikecam dan dituduh menceroboh hutan, sedangkan kami sekian lama tinggal di sana. Kami tahu tindakan JPNK merobohkan sekatan kami disokong pihak Jabatan Perhutanan Semenanjung.
“Ini tindakan zalim dan menghina Orang Asli. Kami desak kerajaan hormati hak kami, sepertimana kami menghormati kaum lain. Malah, Islam tidak ajar umatnya tidak menghormati hak orang lain,” katanya.
Sementara itu, wakil penduduk Kampung Orang Asli Lojing, Radar Jambu mendakwa pemimpin politik mengabaikan kebajikan dan kepentingan mereka.
“Masa pilihan raya mereka ajak mengundi, tetapi selepas pilihan raya, (mereka) biarkan kami. Buat kami macam hamba, sepatutnya mereka utamakan kami, bukannya biarkan pembalak.

Pas jadikan Amanah, DAP alasan lengahkan rundingan dengan Bersatu

Mohd Anuar Tahir Mohd Anuar Tahir
Pas menjadikan hubungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan Amanah dan DAP sebagai alasan untuk melambat-lambatkan rundingan dengan Bersatu.
Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir berkata, Amanah tidak mempunyai masalah jika Pas ingin menyertai Pakatan Harapan malah bersedia mengadakan rundingan jika terdapat pertindihan kerusi.
Bagaimanapun katanya, kerjasama itu sukar dilakukan kerana Pas langsung tidak boleh menerima kewujudan Amanah apatah lagi mahu menjalinkan kerjasama politik.
"Amanah tak ada masalah langsung (dengan Pas) cuma sekarang ini Pas sebut nama kami pun tak nak. Dia sebut PAN, PAN.
"Sebut nama pun tak mahu kalau mengigau malam dengan Amanah ini agaknya igauan yang menggerikan. Kita tak ada masalah. Ibarat orang bercerai, dah bercerai sudahlah. Kita kahwin baru, dapat isteri baru, suami baru, peristiwa lepas lupakanlah," katanya dalam sidang media di Wisma Amanah, Jalan Kuching, hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita mengenai sikap Bersatu yang masih terbuka dengan Pas walaupun parti Islam itu kelihatan tidak mahu meneruskan rundingan kerana Bersatu mempunyai hubungan dengan Amanah dan DAP.
Mengulas lanjut, Anuar berkata, Pas mesti menyatakan pendirian yang jelas sama ada mahu bersama pembangkang atau Umno-BN dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
"Kalau ditakdirkan dalam seminggu dua ini Pas mengubah fikiran sama ada mahu bersama pembangkang atau bersendirian, mereka kena pilh betul-betul.
"Kalau nak jadi parti mesra BN kena umum, senang rakyat tak pening. Tapi kalau buat keputusan kena bersama pembangkang sebab masih sebuah parti pembangkang dan kalau ingin menyertai Pakatan Harapan kita akan berunding bersama empat parti ini sekali lagi. Kalau ada pertindihan kerusi dan sebagainya kita bersedia bincang," katanya.
Senada dengan Mahathir
Namun katanya Amanah juga senada dengan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata beliau ‘tidak akan cium kaki pemimpin Pas’.
Anuar berkata, Mahathir mungkin berkecil hati dengan Pas sehingga membuat kenyataan demikian.
"Mungkin Dr Mahathir kecil hati kerana hubungan dia dengan Pas dah lama, bukannya baru. Pas kena hormat juga Mahathir sebagai mantan perdana menteri," katanya.

Yang Kelantan perlu ialah RUU banjir, bukan 355, kata Amanah

Anwar percaya RUU itu akan disokong ahli Parlimen BN, selain dapat memberi tanggapan lebih baik kepada rakyat yang PAS benar-benar mementingkan kebajikan rakyat, bukannya sekadar bermain politik persepsi melalui RUU 355.
wan-anwar
PETALING JAYA: PAS sepatutnya mengusulkan rang undang-undang (RUU) persendirian berkaitan pengurusan bencana bukannya RUU persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) memandangkan Kelantan di bawah pimpinan parti itu sering dilanda banjir besar, kata Amanah.
Naib Ketua Pemuda Amanah, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, RUU itu lebih penting kerana hampir 20 akta, mekanisma dan Prosedur Operasi Standard (SOP) berhubung banjir dan alam sekitar yang diguna pakai kerajaan ketika ini gagal mengurangkan impak banjir.
Jika PAS memperjuangkan RUU pengurusan bencana itu, beliau percaya ia akan disokong ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), selain dapat memberi tanggapan lebih baik kepada rakyat yang parti Islam itu benar-benar mementingkan kebajikan rakyat, bukannya sekadar bermain politik persepsi melalui RUU 355.
“Daripada sibuk memberikan tumpuan kepada agenda RUU 355 yang masih tidak tahu hala tujunya, PAS melalui kerajaan negeri Kelantan sewajarnya memfokuskan satu RUU persendirian berkenaan pengurusan bencana yang jauh lebih penting dan mendesak kerana negeri tersebut acap kali terjejas dengan banjir skala besar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Anwar yang juga timbalan pengerusi Biro Undang-undang Amanah memberi contoh Akta Pengurusan Bencana 2005 di India yang merangkumi garis panduan menggerakkan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pasukan pertahanan awam dan syarikat korporat untuk menguruskan bencana banjir.

RM4.3 BILION – PENGURUSAN TERTINGGI FELDA ‘FLIP-FLOP’ ATAU MEDIA TIDAK BERINTEGRITI?

Misteri sungguh dengan tingkah laku pengurusan tinggi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengenai wang RM4.3 bilion yang dikatakan ‘lesap’.
Tidak faham bagaimana pengurusan tinggi FELDA boleh mengubah kenyataannya dengan mengatakan tidak berlaku kehilangan dana berjumlah RM4.3 bilion di dalam FELDA, berbanding sebelumnya.
Kenyataan bersifat ‘flip-flop’ FELDA dalam tempoh 24 jam – kelmarin dan semalam – sebelummnya mempersoal dan kemudian menafikan mengenai kehilangan RM4.3 bilion itu - FELDA menyalahkan beberapa portal berita kononnya ada perbuatan memesongkan kenyataan mengenai dana itu yang dibuat oleh Pengerusi Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Bagaimana boleh menyalahkan laporan portal berita sedangkan akhbar yang berintegriti seperti Utusan Malaysia (Utusan Online),  terutamanya Sinar Harian (Sinar Online) dan Berita Minggu edisi Terengganu juga melaporkan perkara yang sama.
Utusan Online membawa laporan bertajuk ‘Mana perginya RM4.3 bilion?’ turut melaporkan Shahrir mahu tahu bagaimana FELDA belanja dana.
Shahrir kelmarin dilaporkan menyatakan demikian mengulas mengenai tindakan yang akan diambil pihak­nya bagi mengembalikan kepercayaan semua pihak khususnya peneroka berikutan penahanan bekas Pengarah Besar FELDA oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bulan lalu.
Selepas menafikan laporan awal itu, dinyatakan oleh Shahrir bahawa pihaknya mempunyai senarai yang jelas mengenai perbelanjaan baki wang sebanyak RM4.3 bilion tersebut.

Antaranya ia digunakan bagi tujuan pelaburan jangka panjang oleh FELDA di dalam dan luar negara.
Kenyataan terbaru Pengerusi FELDA itu jauh bezanya dengan apa yang diperkatakannya sehari sebelum ini melalui laporan-laporan.
Benarkah portal berita silap melaporkannya? Apakah mereka ini tidak teliti dalam laporan mereka?

Laporan Utusan Online.
Kenapa laporan sebelumnya tidak sejelas laporan semalam yang lengkap dengan fakta. atau memang benar Shahrir mengemukakan pertanyaan sedemikian pada laporan awal kelmarin?
Seperti Shahrir yang menekankan integriti, apakah media sosial dan akhbar online tidak menekankan ketepatan dan berintegriti dalam laporan mereka?
Jika portal berita silap, bagaimana dengan laporan Utusan Online dan Sinar Harian? Akhbar itu tidak berintegriti menyiarkan pertanyaan beliau bagaimana RM4.3 ‘lesap’?
Dengan mengatakan portal berita membuat silap melaporkan kenyataannya, apakah Shahril cuba menafikan kenyataannya sendiri?
Sebelum ini, Shahrir mengatakan  FELDA bukan kekurangan dana tetapi wang itu disalah guna.
Beliau mempersoalkan apa terjadi kepada berbilion ringgit hasil daripada tawaran awam permulaan FELDA Global Ventures (FGV).
“FELDA menerima RM6 bilion daripada penyenaraian FGV, iaitu dalam perniagaan hartanahnya. Daripada jumlah itu, RM1.7 bilion dibelanjakan sebagai durian runtuh.
“Kami salurkan RM15,000 kepada setiap peneroka dan keluarga mereka, dan masih ada baki RM4.3 bilion.
Jadi ke mana perginya RM4.3 bilion itu?,” katanya dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian.
Apakah Shahrir dipaksa memperbetulkan kenyataannya selepas menggambarkan seolah-olah ada pihak ‘melesapkan wang RM4.3 juta’ itu?
Laporan Sinar Harian itu turut menyebut Shahrir sebagai berkata,  beliau percaya itulah sebabnya mengapa peneroka FELDA kecewa dengan agensi itu, dan beliau berjanji untuk memperbetulkan keadaan.
Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata kira-kira RM200 juta dana dibelanjakan secara tidak betul, seperti dinyatakan dalam laporan ketua audit negara.
Malah pada kenyataan awalnya, Shahrir turut mengatakan walaupun sukar mendapatkan kembali wang itu, beliau akan cuba sebaik mungkin untuk mendapatkan sekurang-kurangnya sebahagian wang berkenaan.
“Mustahil untuk mendapat balik RM200 juta apabila ia hilang. Dilaporkan banyak perkara dibuat tanpa kelulusan, dan tanpa mengikut protokol ditetapkan agensi itu.
“Itu sebabnya saya ditugaskan untuk cuba dan membetulkan kedudukan kewangan FELDA. Bukannya kita tidak ada wang itu, tetapi ya, ia mungkin disalahgunakan,” katanya.
Apakah portal berita dan akhbar online memandai-mandai membuat atau merekakan laporan?

Mempertikaikan kredibiliti dan integriti wartawan dan akhbar online yang mereka wakili?

‘Terima Kasih’ Jamal ‘promosikan’ SMUE

Kerajaan Negeri ‘menghargai’ peranan dimainkan Pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos walaupun terus melakukan provokasi terhadap pentadbiran negeri.
Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, provokasi Jamal itu sekali gus membantu Kerajaan Negeri mempromosikan dasar kebajikan dilaksanakan di negeri ini.
“Terima kasih Jamal kerana membantu Kerajaan Selangor mempromosikan (program) Skim Mesra Usia Emas (SMUE),” sindir Daroyah di Twitter.
Dalam catatannya juga, Daroyah turut menampilkan kenyataan berhubung perbelanjaan sebenar membabitkan pelaksanaan skim itu mengikut setiap daerah di Selangor.
“Untuk 2016, Kerajaan Negeri menyalurkan sejumlah RM189,936,500,00 kepada 77,080 warga Selangor di bawah skim ini,” katanya.
Beliau berkata, daerah Petaling mencatatkan perbelanjaan paling tinggi dengan (RM46,227,500), Klang (RM33,072,500), Hulu Langat (RM32,279,500), Gombak (RM24,547,000), Kuala Selangor (RM13,186,000) dan Sabak Bernam (RM12,931,000).
Sementara bagi daerah Kuala Langat dengan jumlah perbelanjaan RM11,593,000, Hulu Selangor (RM9,663,000) dan Sepang (RM5,537,000).
Semalam Jamal juga pemimpin Umno itu mengadakan demostrasi di hadapan perkarangan kompleks Kerajaan Negeri (SUK) kononnya mempertikai peruntukan SMUE berjumlah RM200 juta yang didakwa dicampur dengan skim khairat kematian negeri.
Seperti kelazimannya, demostrasinya kali ini turut menimbulkan provokasi melampau dengan membuat gimik van jenazah, keranda serta berpakaian seperti penggali kubur.

JAMAL PERSENDA AYAT2 SUCI AL-QURAN?

Sehari selepas Noh Omar mengumumkan UMNO Selangor menolak hasrat Jamal Md Yunus untuk meletakkan jawatan, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu "buat gila" lagi di Pejabat SUK di Shah Alam.

Ini adalah kali ketiga beliau berbuat demikian. Kali pertama sebelum ini dengan bertuala sambil berus gigi terselit di telinga dan kali kedua pula bersama katil dan tukang urut.

Untuk kali ketiga ini, Jamal  datang menyerbu pejabat pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor itu dengan membawa 15 van jenazah dan mengusung keranda dengan gaya seorang penggali kubur pula.

Walaupun Jamal bertujuan membuat gimik untuk menyerang kepimpinan kerajaan negeri yang diketuai oleh Azmin Ali, tetapi beliau jelas semakin tersasar jauh kerana keghairahan yang melampau untuk mengaut laba politik.
Dengan membawa keranda kosong yang diatasnya diletakkan kain bertulis ayat-ayat suci Al-Quran, Jamal secara jelas telah menghina agamanya sendiri melalui perbuatannya kali ini.

Apakah keranda kosong yang tiada jenazah dan semata-mata untuk tujuan politik, dibolehkan diletakkan ayat-ayat Al-Quran di atasnya?

Tidakkah perbuatan Jamal sesuatu yang tidak wajar serta keterlaluan?

Selain itu, perbuatan Jamal membawa keranda juga menunjukkan beliau tidak sensitif dengan keadaan ibu Azmin yang senang tenat dan dirawat di hospital di Shah Alam ketika ini.

Semua orang tahu keadaan ibu Azmin itu, malah majlis bacaan doa dan solat hajat memohon kesihatan juga sudah beberapa kali diadakan dan ia hampir dalam pengetahuan semua orang.

Ketika Azmin dan keluarganya sedang bertarung dengan dugaan berat dan kesedihan, adakah perbuatan yang beretika membawa keranda ke Pejabat SUK semata-mata untuk menyerang kepimpinan beliau?

Di manakah akal dan otak sihat Jamal dalam berpolitik?

Di waktu yang sama, sebagaimana tular di laman sosial, akibat perbuatan Jamal menyewa 15 van jenazah untuk menyertai demonstrasi yang dianjurkannya itu, ia telah menyebabkan terdapat sebuah keluarga yang ditimpa kematian menghadapi kesukaran dari segi pengangkutan.

Sudah-sudahlah tu Jamal!

'Rombongan' van jenazah Jamal bertukar kecoh
Jamal mengenakan pakaian seperti penggali kubur dan mengusung jenazah.
SELEPAS satu demi satu 'drama' melibatkan Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos, rakyat Malaysia nampaknya sudah naik muak dengan sikap pemimpin NGO itu.
Seorang pengguna laman Facebook, Anthony Empaga meminta Jamal supaya ada rasa malu dengan dirinya sendiri.
"Malulah sikit Jamal, satu Malaysia tengok perangai tidak senonoh kau itu," tulisnya.
Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Qaseh Amanda berpendapat, tindakan Jamal itu memperlihatkan beliau seorang yang sangat taksub dalam berpolitik.
"Makin lama makin merepek pula Jamal ini, taksub sangat berpolitik, jangan risau nanti kau juga akan masuk ke dalam keranda itu," tulisnya pula.
Bagi Rokisham Yaakob pula, dia merasakan tidak perlu Jamal melakukan demonstrasi bagi menyatakan protes.
"Tak payah nak demo dengan keranda sangatlah Jamal, biarlah kita muhasabah diri dahulu dengan Tuhan, nak lawan dengan bangsa sendiri pun tiada gunanya.
"Lagi satu, jangan takutkan orang bukan Islam terhadap agama kita, zaman nabi dulu pun tidak begini caranya," tulisnya lagi.
Pengguna Facebook, Riuh Rendah mendakwa ada baiknya jika melakukan perubahan menjelang PRU14 kelak.
"Tidak ada faedah buat begini, kalau tak puas hati tunggu PRU14," tulisnya.

Siapa pemimpin de facto Malaysia, Najib Razak atau Malaysian Official 1?

DALAM status twit Perdana Menteri Najib Tun Razak yang dimuat naik semalam membuat satu dakwaan yang sangat licik apabila menyatakan bahawa pemimpin de facto pembangkang adalah Lim Kit Siang.
Beliau turut menyatakan lagi bahawa DAP harus berhenti dari bersembunyi dan pengundi sedar bahawa parti DAP mempunyai kerusi terbanyak di Parlimen. Status ini turut diulang twit oleh BERNAMA.
Saya percaya status sebegini adalah permainan licik berkaitan isu pemimpin De Facto apabila baru-baru ini Zaid Ibrahim menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai pemimpin tersebut. Isu ini berlarutan apabila wakil DAP menafikannya, malah Menteri Besar Selangor menyatakan secara halus bahawa Ketua Pembangkang adalah Presiden PKR.
Najib Tun Razak melihat isu ini peluang besar untuk dimanipulasinya. Tetapi jelas sekali bahawa manipulasi tidak bersandar pada asas-asas yang meyakinkan.
Sudah tentu beliau membaca, rakyat sangat mudah dibeli dengan sentimen kepada DAP. Dengan menyatakan DAP menggunakan pemimpin-pemimpin Melayu, parti rakan termasuk parti berteraskan Islam untuk menfaat Cina Dap. Ini akan menggoncang keyakinan dan sokongan rakyat kepada parti-parti pembangkang.
Ini tujuan politik Najib Tun Razak. Dakwaan ini bersandarkan hujah kerusi DAP lebih banyak di Parlimen berbanding kerusi parti lain, ini bukan asas untuk mendakwa Lim Kit Siang itu pemimpin de facto kerana, beliau hanyalah ketua parlimen bagi DAP, bukan gabungan pembangkang.
Kemenangan undi popular PRU-13 parti-parti pembangkang adalah dibawah pengaruh kepimpinan Anwar Ibrahim, Allahyarham Nik Aziz dan mendiang Karpal Singh.
Ketiga-tiga susuk inilah yang menjadi pemimpin de facto pembangkang. Anwar Ibrahim pemimpin de facto PKR, begitu juga allahyarham Tuan Guru Nik Aziz bagi PAS dan mendiang Karpal bagi DAP.

Dulu sayalah yang burukkan DAP, tapi… – Tun Dr Mahathir

ALOR SETAR, 14 FEB: Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu forum mengakui bahawa gambaran buruk terhadap DAP yang digunakan Datuk Seri Najib Razak pada saat ini pernah dilakukannya sewaktu memimpin Umno untuk menakutkan orang Melayu.
“Saya dulu menentang DAP dan sedikit sebanyak imej DAP yang buruk ini disebabkan oleh saya.
“Saya gambarkan DAP ini sebuah parti yang jahat yang nak kuasai Malaysia ini yang tidak mengambil hirau tentang nasib orang Melayu. Memanglah kalau kita nak menang lawan dengan orang, kita kena burukkan orang,” katanya.
Beliau membuat kenyataan itu dalam sebuah Wacana PPBM-DAP berjudul “Dimensi baru dan masa depan kuasa politik Melayu”.
Menurut Tun Mahathir, walaupun seluruh kaum di Malaysia mendapat banyak nikmat setelah mencapai kemerdekaan, rakyat masih terpisah mengikut kaum termasuk wujudnya perasaan takut menyelubungi kaum Melayu.
“Mereka amat takut kerana dimomokkan oleh Datuk Seri Najib kononnya kalau DAP menang, maka Kit Siang jadi Perdana Menteri. Maka takutlah orang Melayu kepada DAP ini,” ujarnya.
“Memanglah kalau kita nak menang lawan dengan orang kita mesti burukkan orang dan mereka pun burukkan diri saya.
“Jadi masa kita berlawan, kita kena tunjuk musuh kita tak baik, kita saja yang baik. Di mana-mana pun itu berlaku. Tetapi kita dapati yang baik ini boleh jadi buruk.
“Tapi kita dapati yang baik boleh jadi buruk dan inilah yang sedang kita lihat. Parti yang dulu melawan Malayan Union menang, dan kita merdeka, membangunkan negara kita, sekarang ini parti ini diketuai oleh penyamun,” katanya.

PKR mula jauhi PAS

PKR menyatakan kesediaannya untuk bertarung 3 penjuru pada pilihan raya umum, dilihat perubahan dalam pendiriannya yang masih meletakkan harapan kepada PAS.
Syed-Ibrahim-Syed-Noh
PETALING JAYA: PKR yang selama ini masih menaruh harapan terhadap PAS yang bermusuhan dengan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH) kini dilihat semakin menjarakkan diri daripada parti Islam itu.
Beberapa pemimpin kanan PKR memberi bayangan yang parti itu lebih mengutamakan kerjasama dengan DAP dan Amanah, di samping Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menjalinkan persefahaman dengan ketiga-tiga parti itu menerusi PH.
“Dari segi perjanjian PKR, kita konsisten untuk bekerjasama dengan Amanah, DAP dan PPBM. Jadi, sama ada PAS ingin bekerjasama atau kaji semula itu terserah kepada mereka (PAS),” kata Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh kepada FMT.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Ahad berkata PAS akan menilai semula hubungan dengan PKR pada muktamarnya April ini.
Presiden PAS itu sekali lagi menegaskan tidak bekerjasama dengan DAP dan Amanah yang disifatkannya menentang Islam kerana tidak menyokong rang undang-undang (RUU) meningkatkan kuasa mahkamah syariah menjatuhkan hukuman lebih berat.
Gesaan Hadi itu ketika PAS dan PPBM berbincang di luar kerangka PH, sesuatu yang masih belum menghasilkan sebarang kerjasama yang jelas.
Ia juga dilihat berlawanan dengan mesyuarat PAS-PPBM pada 1 Februari, diwakili Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan rakan sejawatnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Kedua-dua mereka mengumumkan jawatankuasa teknikal bersama bagi mengkaji kerjasama secara rasmi.
Pemimpin tertinggi kedua-dua parti itu bagaimanapun tidak sehaluan, dengan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa kali mengulangi kritikan terhadap PAS kerana semakin mesra dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Sejak muktamar 2015 yang menyaksikan kemaraan Hadi dan penyokongnya daripada sayap Dewan Ulama parti itu, PAS semakin berubah dasarnya terhadap parti pembangkang lain, dan mengambil sikap berlembut dengan Umno.
Parti itu juga bertindak memutuskan hubungan dengan DAP, dan memilih bersendirian di bawah apa yang yang dinamakan Gagasan Sejahtera, yang disertai sebuah parti kecil pimpinan bekas menteri Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Situasi itu menyebabkan hasrat pembangkang untuk melawan Barisan Nasional (BN) satu-lawan-satu pada pilihan raya umum akan datang, sesuatu yang tidak akan tercapai.
Syed Ibrahim berkata, PKR bersiap sedia menghadapi persaingan 3 penjuru.
“Kita semua pembangkang kena bersatu lawan satu. Itu akan beri kekuatan yang lebih.
“Kita tahu senario sekarang kita hendak capai yang terbaik 1 lawan 1, kalau tidak boleh masuk pilihan raya umum dalam 1 penjuru kita kena bersedia dengan 3 penjuru,” katanya.
Bagaimanapun, Syed Ibrahim berkata PKR masih mengekekalkan kerjasama dengan PAS di peringkat kerajaaan negeri Selangor, yang turut disertai DAP.

Dulu memang nak jatuh Najib saja, tetapi Umno sudah korup, kata Mahathir

Tun Dr Mahathir naik pentas bersama Nurtul Izzah di Lembah Pantai malam tadi.Tun Dr Mahathir naik pentas bersama Nurtul Izzah di Lembah Pantai malam tadi.
Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku hasrat awal beliau adalah untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri telah berubah kerana langkah itu tidak menyelesaikan masalah negara.
"Memang saya dulu nak tukar Najib saja tetapi selepas itu saya sedar seluruh Umno dan BN sudah korup. Dulu nak tukar Najib saja tetapi sudah tidak boleh. Kena tukar semua," kata Tun Mahathir dalam forum di majlis makan malam anjuran ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar malam tadi.
Menurut Pengerusi Parti Bersatu itu, negara yang diasaskan sebelum ini sehingga dinamakan sebagai 'Asean Tiger' sudah berubah kepada negara yang paling korup sehingga digelar 'Negara Kleptokrasi' iaitu negara yang dikuasai oleh perompak, pencuri dan penyamun.
Oleh itu, beliau berazam untuk mengubahnya dengan gabungan parti pembangkang mengambil alih Putrajya.
Untuk itu, beliau berusaha untuk mempastikan semua parti pembangkang bersatu sebagaimana bersatunya parti-parti dalam BN sebelum ini.
Forum dikendalikan oleh peguam Fahda Nur Ahmad Kamar.Forum dikendalikan oleh peguam Fahda Nur Ahmad Kamar."Saya nak semua parti pembangkang ini bersatu. Hanya dengan cara ini kita boleh menang sebagaimana BN menang selama ini," kata Tun Mahathir dalam forum bersama Nurul Izzah dengan moderatornya adalah Peguam Fahda Nur Ahmad Kamar.
Dalam sidang media sebelum ini, Tun Mahathir berkata, beliau tetap akan memberikan tempoh sebulan kepada Pas walaupun parti itu mencabar beliau supaya tidak perlu sebulan.
"Kami akan tetap memberi mereka sebulan, walaupun mereka berkata satu bulan tidak perlu. Kami adalah orang yang sangat bermurah hati," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Tun Mahathir dalam sidang media selepas perlantikan barisan kepimpinan Bersatu, partinya akan tetap bersabar.
"Kami telah cuba untuk menyelesaikan (kebuntuan) ini. Kami amat bersabar. Kami tidak berkata apa-apa yang buruk tentang PAS. Kami telah melakukan segala yang mungkin.
Selepas sebulan diberikan, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Bersatu tidak perlu tunggu sebulan kerana keputusan boleh dibuat sekarang.
Ini kerana, Pas tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunai hubungan dengan DAP dan Amanah.

Lokman: JASA bukan alat BN, tapi pertahankan k'jaan

Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) adalah sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan bagi menjawab segala isu-isu yang membelit pentadbiran kerajaan hari ini iaitu Barisan Nasional (BN).
Oleh demikian bekas Panel Pemikir JASA Datuk Lokman Noor Adam menegaskan tidak timbul soal JASA menjadi alat kepada BN.
Malah, Lokman berkata sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya, sekaligus mentadbir negara, sudah pasti JASA akan membela mereka.
"Sebenarnya JASA menjawab isu-isu yang dilontarkan kepada kerajaan yang berkuasa hari ini. Tak kiralah kalau misalnya lepas ini PKR memerintah maka JASA juga akan membela kerajaan hari itu.
"Melainkan kalau Rafizi dah hapuskan JASA-lah,' kata Lokman kepada Malaysiakini.
Lokman berkata demikian mengulas kenyataan anggota Parlimen Pandan yang mengesyorkan JASA dimansuhkan kerana didakwanya menjadi alat kepada kerajaan.
PKR semalam mengesyorkan penstrukturan semula perkhidmatan awam dengan memansuhkan jabatan, jawatan atau peruntukan yang tidak berkait dengan tugas berkhidmat kepada rakyat tanpa pilih kasih.
Naib presidennya, Rafizi Ramli menndakwa ini kerana terdapat jabatan dan perjawatan khusus untuk kempen politik BN dan ia mesti dimansuhkan, seperti JASA di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM).

Pas akan bersendirian atau dengan Umno, kata ahli MPT Bersatu


Datuk A Kadir JasinDatuk A Kadir JasinBersatu beranggapan, Pas sekarang tidak akan bekerjasama lagi dengan PKR dan juga partinya selepas meletakkan syarat tidak boleh ada hubungan dengan DAP dan Amanah jika mahu bersama mereka.
Sehubungan dengan itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Kadir Jasin berkata, Pas akan bersendirian atau bersama Umno dalam PRU - 14 nanti.
"Tolak campur darab bahagi kita sampai ke tempat yang sama iaitu Pas sama ada bersendirian atau berpakat dengan Umno," tulis Kadir dalam blognya, The Scribe.
Bagi bekas ketua pengarang kumpulan NST itu, Umno tentu tak mahu satu lawan satu dengan gabungan PPBM-Pakatan Harapan.
"Bertanding satu lawan satu, Umno mungkin kalah teruk. Jadi tak hairan langsung kalau Umno akan upah Pas untuk jadi "spoiler"," kata Kadir.
Kenyataan Kadir ini dibuat ekoran kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi wang bahawa partinya tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang bekerjasama dengan DAP dan Amanah.
"Jadi kalau kita ikut logik amanat terbaru Abdul Hadi itu, Pas bukan saja tak akan kerjasama dengan PPBM tapi juga dengan PKR sebab PKR adalah ahli Pakatan Harapan yang anggotanya terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah," kata Kadir.
Jadi, kata Kadir, kalau Pas nak kerjasama pun boleh jadi dengan Umno pasal Umno tak kerjasama dengan DAP dan Amanah.

Datang ke himpunan RUU 355 antara syarat Pas kepada Bersatu

Kerjasama antara Pas dan Bersatu akan dinilai melalui himpunan RUU 355 18 Februari ini.Kerjasama antara Pas dan Bersatu akan dinilai melalui himpunan RUU 355 18 Februari ini.
Datang atau tidak ke himpunan menyokong RUU 355 di Padang Merbok 18 Februari ini bakal menentukan kerjasama antara Pas dengan Bersatu terjalin atau tidak.
Menurut sumber, jika Bersatu serius mahu bekerjasama dengan Pas, mereka akan menghantar wakil ke perhimpunan itu kerana itu antara yang telah disyaratkan oleh Pas kepada Bersatu.
Sebelum ini, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya akan tetap memberikan tempoh sebulan bermula 11 Februari lalu untuk Pas membuat keputusan bekerjasama atau tidak dengan mereka.
"Kami akan tetap memberi mereka sebulan, walaupun mereka berkata satu bulan tidak perlu. Kami adalah orang yang sangat bermurah hati," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ini berikutan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Bersatu tidak perlu tunggu sebulan untuk membuat keputusan.
Menurut Hadi, partinya tidak akan berkerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah.
Pas akan menganjurkan himpunan raksaksa menyokong pindaan RUU 355 18 Februari ini di Padang Merbok.
"Kepala di Padang Merbok, ekor di Dataran Merdeka," kata seorang pemimpin Pas yang bertegas mahu mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka walaupun ditolak oleh pihak berkuasa.