Selasa, 14 Februari 2017

JUAL BELAKA....!!! TERGADAI HABIS.....

Di era pemerintahan PM Najib Razak lah paling ketara & banyak sekali aset2 negara tergadai, KENAPA??

SEBABNYA Najib kata..

"Asas ekonomi negara kukuh, mapan dan tak bermasalah" -8/4/2016

Satu2nya Perdana Menteri Yang Tidak Pernah Menipu.

SATU NAMA TAPI BOLEH UNDI DUA KALI..

Siapa tergamak jadi barua Ameno itu ??!

BERANIKAH TUBUH RCI...??

Kenapa isu RM4.3 bilion itu baru timbul setelah ex-Pengerusi Felda Isa Samad tiada lagi jawatan di FELDA??!!

Isu RM90 juta: PAS fokus laporan polis pada Husam, saman nanti dulu

Tok Him kecewa gelaran 'mahkota katak' dirampas Zaid

Mahfuz: PAS Jika Ada Maruah DIri, Keluar Dari K'jaan Selangor

Kerana Habuan, PAS Masih Kekal Dalam K'jaan Selangor

Bekas Wakil Rakyat DAP Jadi Wakil Bebas Mesra-BN?

DAP terus pertahankan prinsip perjuangan

Lim Kit Siang nafi wujud kemelut dalaman parti

Raja Kamarul Bahrin AMANAH Terkini 2017-Kupasan Isu RUU355,Rohingya & Tanah Melayu

Pemuda Pas Kelantan gelar Husam 'pondan'

Nak TUNGGU atau Nak TINGGAL PAS??? Mat Sabu

RM90 Juta: Pemuda PAS gesa polis siasat tuduhan Husam

Mahkamah akan tentukan bolehkah Najib saman pengkritik

Para hakim tidak mendapat manfaat daripada pendapat mengikat selepas Mahkamah Persekutuan menolak untuk menentukan sama ada prinsip Derbyshire boleh diguna pakai di Malaysia.
najib court
PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 2 hakim Mahkamah Tinggi perlu memutuskan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyaman pengkritik kerana memfitnah boleh mendapatkan remedi.
Hakim Datuk Nor Bee Ariffin dijangka menyampaikan keputusannya bulan depan susulan permohonan oleh bekas menteri pengangkutan Tun Ling Liong Sik untuk membatalkan saman Najib yang difailkan pada Disember 2015.
Najib mengambil tindakan undang-undang terhadap Liong Sik yang mendakwa perdana menteri mengambil wang rakyat berhubung isu derma RM2.6 bilion.
Permohonan Liong Sik didengarkan pada September lepas dan Nor Bee menangguhkan keputusan sehingga Mahkamah Persekutuan memutuskan kes fitnah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob terhadap Utusan Melayu (M) Bhd.
Fraterniti perundangan berharap mahkamah tertinggi itu akhirnya akan menentukan sama ada prinsip yang ditetapkan dalam kes Derbyshire County lwn Times Newspapers Ltd pada 1993 boleh diguna pakai di Malaysia.
Dalam kes itu, mahkamah di England memutuskan pihak berkuasa tidak boleh memulakan tindakan undang-undang berdasarkan kritikan orang ramai.
Bagaimanapun, panel hakim semalam meremit kes Adnan untuk dibicarakan apabila Utusan berjaya membatalkan saman itu di Mahkamah Rayuan pada Mac atas alasan Adnan selaku pegawai kerajaan tidak boleh menyaman media.
Peguam Ranjit Singh berkata malang sekali panel 5 hakim tidak mengambil peluang untuk menentukan perkara itu.
“Panel mencadangkan ini bukan kes yang layak dan sesuai bagi mereka untuk menentukan sama ada pegawai kerajaan boleh menyaman sesiapa sahaja, termasuk media,” katanya.
Hakim bersara Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata hakim Mahkamah Tinggi perlu memutuskan sama prinsip kes Derbyshire boleh diguna pakai.
“Pihak terkilan kemudian boleh mengangkat perkara itu ke Mahkamah Persekutuan,” katanya.
Ranjit, yang mewakili Liong Sik semasa memohon pembatalan di Mahkamah Tinggi pada September lepas menggunakan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Adnan untuk mengatakan Najib selaku pegawai kerajaan tidak boleh menyaman dalam kapasiti rasmi.
Peguam Hafarizam Mohd Harun berkata pokok hujah Najib adalah serangan itu terhadap reputasi peribadinya.

MESKIPUN TANPA PAS, SENTIMEN ANTI NAJIB SUDAH CUKUP KUAT UNTUK TUMBANGKAN UMNO

PRU 14 ini perhitungan utamanya adalah untuk menyingkirkan Najib Razak yang bukan saja terpalit dengan skandal 1MDB, wang RM2,600 juta, berkawan baik dengan Jho Low dan gaya kepimpinan kleptokrasi, malah juga kerana berterusan mendatangkan sengsara kepada kehidupan rakyat.

Lantaran itu, tidak menghairankan suara penolakan terhadap Najib boleh didengar di mana-mana sekarang ini.

Hampir tidak ada kelompok atau segmen masyarakat yang tidak membenci anak Tun Razak itu. Mengata dan melecehkan Najib sudah menjadi perbualan biasa di kedai kopi, surau, masjid, pejabat, pasaraya, kenduri-kendara, grup whatsapp dan di mana-mana saja.

Begitu juga, tidak menghairankan lagi melihat orang menutup atau mengalih siaran televisyen apabila tiba-tiba Najib muncul atau suaranya terpacul memecah keheningan.

Pemimpin-pemimpin UMNO pun, jika berbual dengan rakan-rakan rapat mereka, turut tidak terlepas menyalahkan Najib terhadap semua yang berlaku sehingga makin menyukarkan ia mengekalkan kuasanya.

Cuma, disebabkan terikat dengan jawatan, mereka tidak mampu berbuat apa-apa untuk merubah keadaan.

Seorang rakan memberitahu, isterinya kadang-kadang membebel mengenai Najib, tidak saja di meja makan, tetapi juga sampai ke bilik tidur. Esoknya, kata beliau, sebelum ke pasar, sekali lagi isterinya bersungut mengenai Najib.

Ini menunjukkan penolakan, kebencian dan sentimen anti Najib adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Ketika era Tun Mahathir Mohamad atau Tun Abdullah Badawi, memang sentimen kebencian diakui wujud, tetapi ia tidaklah separah sekarang ini.

Jika dihitung secara umum, mereka yang masih menyokong Najib tidak sampai pun 30 peratus. Itu pun sebahagiannya disebabkan kepercayaan bahawa tidak menyokong Najib sama seperti mahu "membunuh" UMNO.

Ikut hukum akal, UMNO dan BN, selagi terus diketuai Najib, hanya menunggu masa saja lagi untuk dicabut nyawanya daripada terus berkuasa. Ia ibarat pesakit nazak yang tidak mampu diubati lagi.

Satu-satunya, talian hayat UMNO untuk terus kekal berkuasa ialah melalui pertolongan Pas. Parti Islam yang yang pernah mengkafirkan UMNO itu kini sedang disintuk-limau dan dibelai oleh Najib dengan pelbagai janji, berjalan-jalan ke luar negara atas nama Akta 355 dan dengan khabarnya juga melalui "habuan ehem, ehem"  agar kekal bersendirian dan menjadikan pertandingan tiga penjuru.

Kata pepatah lama, tiada angin takkan pokok bergoyang. Pepatah lain pula menyebut, kalau tidak berada-ada, takkan tempua bersarang rendah.

Kemuncak pemergian Nik Aziz Pas akan hilang Kelantan, kata penganalisis


Nik Aziz dalam kenangan.Nik Aziz dalam kenangan.
Kemuncak kepada kehilangan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dua tahun lalu adalah Pas akan kehilangan kerajaan negeri Kelantan dalam pilihan raya umum ke 14 nanti, kata penganalisis politik Kelantan.
Mohd Sayuti Omar dalam tulisannya sempena memperingati dua tahun pemergian tokoh Pas itu pada 12 Februari 2015 lalu berkata, kemuncak kepada ketiadaan Tokguru itu menyebabkan kerajaan Kelantan yang dibangunkan pada 1990 bersama Semangat 46 itu akan berakhir dalam PRU-14 nanti.
"Umno akan diberi kepercayaan oleh rakyat Kelantan untuk memimpin kerajaan Kelantan," tulis beliau melalui facebooknya sempena dua tahun pemergian Nik Aziz dua hari lalu.
Menurut Sayuti, pelbagai kejadian anih berlaku dalam parti agama dan juga kerajaan Kelantan sejak Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia dua tahun lepas.
"Kejadian besar dalam Pas ialah perpecahan apabila 18 pemimpin profesional yang kalah dalam muktamar bertindak keluar parti kemudian menubuh Parti Amanah Negara," tulis beliau.
Katanya, anak didik Tokguru bernama Husam Musa juga dipecat kejam dari parti berkenaan.
"Akibatnya Husam mengkritik dan mendedahkan kepincangan perjalanan kerajaan Kelantan pimpinan Ahmad Yakob," kata beliau.
Sayuti OmarSayuti OmarKatanya lagi, kejadian mengkafir dan mengkufurkan mereka yang mufarakah dari Pas menjadi-jadi dalam Pas sehingga menyebabkan pemain politik di Kelantan terbelah menjadi tiga mazhab utama; Umno, Pas dan Amanah.
"Saya memerhati segala perkembangan ini dengan penuh minat dan rasa sedih,"katanya.
Mohd Norddin ketika mengulas tulisan Sayuti itu bersetuju dengan firasat Sayuti dengan jangkaan, BN akan mencapai kemenangan dalam PRU 14 nanti dengan mendapat 25 dari 45 kerusi yang ada.
Beliau menjangkakan, BN akan mendapat 13 kerusi DUN yang baru di samping mempertahankan 12 kerusi Dun yang lamanya.
Kawasan yang amat berbahaya buat Pas pada PRU 14 yang di menangi dengan mojariti kecil adalah Wakaf Bharu (978 undi), Gual Priok (615), Bukit Tuku (879), Tendong (978), Perupok (1488), Jelawat (102), Limbongan (1042) Gaal (302) Pulai Chondong (919), Temangan (1035), Kemuning (1034), Mengkabang (1072) dan Guchil (492).
PENGKAJI POLITIK
Sementara itu, pengkaji politik menyifatkan Pas mengalami perubahan yang sangat ketara selepas dua tahun pemergian Nik Aziz.

Pemuda Pas main politik meriam buluh

Husam MusaHusam Musa
Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Husam Musa mempersoal tindakan Pemuda Pas membuat laporan polis secara serentak di beberapa negeri ke atasnya.
Beliau berkata, kebenaran tidak boleh ditegakkan hanya dengan membanyakkan laporan polis.
Sebaliknya ia hanya menunjukkan politik pra-matang, ragu-ragu, mengada-ngada dan politik meriam buluh dan bom asap.
"Saya tidak nampak apa rasionalnya lebih dari satu laporan polis dibuat.
"Adakah Pemuda Pas tidak yakin dengan laporan mereka sendiri, sehingga mereka perlu membuat laporan di sana sini? soalnya dalam kenyataan hari ini.
Pemuda PAS hari ini di beberapa lokasi, termasuk di Wilayah Persekutuan dan Kelantan membuat laporan polis ke atas Husam.
Husam dalam ucapannya baru-baru ini mendakwa PAS menerima dana berjumlah RM90 juta daripada Umno.
Beliau mendakwa dana itu sebagaimana didedahkan Sarawak Report disalurkan melalui sebuah bank tempatan iaitu Affin Bank.
Adun Salor itu juga berkata, Pemuda Pas seharusnya turut membuat laporan polis mengenai penyelewengan wang negara seperti 1MDB.

Mursyidul Am PAS tak ada tiga kolam renang

Kalau media massa lapor hujah Mursyidul Am PAS Hashim Jasin dengan betul, kesimpulan yang boleh saya buat ialah PAS tak terima RM90 juta daripada Umno.
Saya kata “kalau”. Saya tak kata PAS atau orang tertentu dalam PAS tak terima rasuah daripada Umno atau daripada orang tertentu dalam Umno.
Kalau ikut cakap Hashim, PAS tak terima rasuah pasal dia (Hashim) masih pakai kereta Proton Saga dan tinggal di rumah yang nilainya antara RM50,000 dengan RM60,000 saja.
Jadi dakwaan anggota Dewan Undangan (Adun) Parti Amanah Negara (AMANAH) bagi kerusi Salor, Kelantan, Datuk Seri Husam Musa yang PAS terima derma RM90 juta daripada Umno tak betullah.
Hashim pakai Saga saja
Kalau PAS terima duit macam itu punya banyak, kita akan nampak pasal gaya hidup Hashim akan berubah. Ini bukan saya kata tapi tuan tubuh sendiri yang kata.
Hashim kata macam ini kepada pemberita lepas konvensyen kebajikan PAS di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 12 Februari lalu:
“Saya ni Mursyidul Am dan (Datuk Seri Abdul) Hadi Awang Presiden PAS. Saya pakai kereta (Proton) Saga saja. Kalau ada RM90 juta, tak kan saya pakai kereta Saga saja. Itu terjawablah rasanya.
“Rumah saya pun dalam nilai RM50,000 hingga RM60,000 sahaja. Kalau kami (PAS) ada RM100 juta, apa nak jadi, kolam renang tiga saya akan buat.”
Masya-Allah tiga buah kolam renang? Dua cukuplah. Satu untuk Muslimin dan satu untuk Muslimat. Buat apa sampai tiga. Baki itu buatlah kebajikan dan gunalah untuk pilihan raya.
Jangan masuk akaun sendiri macam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. PAS parti Islam tak bagus buat kerja mungkar macam Umno.
Perkara macam ini jangan buat lawak. Orang Utara kata, jangan buat 'kelolo'. Kalau orang percaya susah. Nak buat sampai tiga buah kolam renang?
Husam pula sangat yakin maklumat PAS terima duit daripada Umno itu betul sampai dia sanggup kena saman. Tapi PAS tak saman lagi.
Setakat ini, PAS hanya mulakan langkah awal saman terhadap laman berita Sarawak Report yang buat tuduhan yang sama.
Jadi kalau kita percaya laporan media, apa yang Hashim nak kata ialah PAS tak terima duit daripada Umno. Kalau terima, takkan dia masih pakai Proton Saga dan duduk di rumah yang murah harganya.
Itu cerita mursyidul am PAS. Sama ada dia nafi atau tidak, buat pusingan U atau tidak, tak berapa penting. Cuma hujah macam yang macam dia buat itu tak sepatutnya keluar dari mulut seorang mursyidul am, kecualilah dia tak tahu apa-apa.
Hadi tolak BERSATU
Lepas itu cerita presiden PAS, Abdul Hadi pula. Dia kata tak payah tunggu sebulan untuk bagi jawapan kepada Parti Bribumi Persatu Malaysia (BERSATU) berkenaan kerjasama.
Abdul Hadi kata, PAS tak akan kerjasama dengan mana-mana parti yang kerjasama dengan Amanah dan DAP.
Jadi kalau kita ikut logik amanat terbaru Abdul Hadi itu, PAS bukan saja tak akan kerjasama dengan BERSATU tapi juga dengan PKR sebab PKR adalah anggota Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan AMANAH.
Kalau nak kerjasama pun boleh jadi dengan Umno pasal Umno tak kerjasama dengan DAP dan AMANAH. Tapi dengan bn susah sikit sebab ada parti BN yang tak sokong RUU355 Abdul Hadi.
Tolak campur darab bahagi kita sampai ke tempat yang sama iaitu PAS sama ada bersendirian atau berpakat dengan Umno.
Umno tentu tak mahu satu lawan satu dengan gabungan AMANAH-Pakatan Harapan. Bertanding satu lawan satu, Umno mungkin kalah teruk. Jadi tak hairan langsung kalau Umno akan upah PAS untuk jadi "spoiler".

Guan Eng: Mengapa BN bercakap bagi pihak ‘Geng 4’ DAP?

Setiausaha agung DAP memberi amaran kepada pemimpin parti agar tidak memandang rendah 4 ahlinya yang keluar kerana mereka kini menjadi ancaman.
limguangeng-bnGEORGE TOWN: Lim Guan Eng hari ini mempersoalkan tindakan Barisan Nasional (BN) yang memberikan alasan atau punca 4 wakil rakyat DAP keluar daripada parti.
Beliau yang juga setiausaha agung DAP berkata, BN seolah-olah memberikan alasan bagi pihak mereka, malah memetik kerjasama DAP dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan sebelum ini dengan PAS, yang tidak juga diucapkan oleh wakil rakyat, yang dilabel Lim sebagai “Geng 4”.
Lim berkata beliau akan berbincang bagaimana BN membuat kesimpulan berkenaan Dr Mahathir dan PAS pada pertemuan dengan pemimpin DAP negeri malam ini.
Pada Ahad, 4 wakil rakyat DAP dari Melaka mengumumkan keluar parti itu, berkata ia disebabkan kurangnya keyakinan terhadap Lim dan kerana “DAP menyimpang daripada matlamat asal parti itu”.
Wakil rakyat terbabit adalah Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him; Adun Bachang, Lim Jak Wong; Adun Kesidang, Chin Choon Seong dan Adun Duyong, Goh Leong San.
Sementara itu, Lim memberitahu ahli DAP tidak bimbang dengan ramalan BN yang lebih ramai akan keluar parti.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan pemimpin parti tidak memandang rendah 4 ahli DAP yang keluar kerana mereka kini menjadi ancaman melalui “dakwaan keterlaluan dan tidak masuk akal” mereka terhadap DAP.
“Apa yang membimbangkan ada beberapa orang yang tidak percaya BN rasuah, terdapat juga beberapa, termasuk dalam parti, percaya Geng 4 masih setia kepada DAP dengan meninggalkan parti,” kata Lim.

Cukup-cukuplah, tetapkan pendirian terima PPBM-PH, kata Tun M


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan Pas harus menetapkan pendirian parti itu sama ada untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau Pakatan Harapan.
Beliau berkata, tempoh sebulan yang diberikan parti itu kepada Pas bertujuan untuk mempercepatkan proses rundingan.
"Kita bagi masa, kita dah tunggu lama, kita kesuntukan masa sebab itu kita perlu bagi masa.
"Kita banyak kerja lain untuk diselesaikan.Kalau tergantung macam itu sukar kita laksanakan perancangan untuk masa depan parti pembangkang membuat satu keputusan bersama," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Serahan Watikah dan angkat sumpah pelantikan 120 Ketua Bahagian parti itu di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya petang tadi.
Pengerusi PPBM itu juga berkata, Pas tidak akan berpeluang untuk menang lebih kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 jika mengambil keputusan untuk tidak menjalinkan sebarang kerjasama antara PPBM dan Pakatan Harapan.
"Mereka (Pas) tidak akan menang pilihanraya dengan sendiri. Mereka mungkin terpaksa bergabung dengan Umno atau pakatan pembangkang untuk menang.
"Jika mereka tak mahu bekerjasama dengan Umno-BN juga pelbagai kaum.
"Kita kena ada kerjasama dengan semua parti kita tidak boleh pulaukan DAP.Inilah masalah Pas.
"Kita harus terima...negara ini berbilang kaum mana boleh nak dapat kemenangan dirikan kerajaan hanya kepada Melayu sahaja," ujarnya yang berpandangan Pas tidak seharusnya memulaukan mana- mana parti dalam pakatan pembangkang sama ada dari DAP atau Amanah.
Justeru kata Dr Mahathiri lagi, mana mungkin PPBM di desak oleh Pas untuk tidak bekerjasam dengan DAP dan Amanah jika Pas bekerjasam dengan PPBM.
"Cukup...cukuplah. Itu pemikiran yang sempit. Jika mereka nak menerima parti Pribumi Bersatu mestilah menerima dengan Pakatan Harapan.
"Jika ini tidak berlalu akan ada pertandingan tiga penjuru. Ini juga jelas bermakna Pas sebenarnya menyokong Umno," ujarnya.

Pas tak perlu tunggu muktamar putuskan hubungan dengan PKR - Mahfuz

Pas tidak perlu menunggu muktamar parti itu pada April ini untuk menentukan kerjasama dengan PKR, tegas ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
Ini kerana katanya, Pas sudah lama mengetahui PKR mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah malah menandatangani perjanjian kerjasama politik untuk menumbangkan Umno-BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Mahfuz Omar"Sudah terang lagi bersuluh, PKR seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah mempunyai hubungan kerjasama politik dengan DAP dan Amanah.
"Oleh itu secara perinsipnya hubungan kerjasama Pas dan PKR yang sedia terjalin sudah terbatal dengan keputusan dasar yang diumumkan oleh Tuan Guru Datuk Seri Presiden PAS," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Datuk Seri Abdul Awang bahawa Pas tidak perlu menunggu sebulan untuk memberi jawapan terhadap tawaran Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk Pas menyertai Pakatan Harapan.
Beliau menegaskan, Pas tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang menjalinkan hubungan dengan DAP dan Amanah.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, Pas seharusnya menarik diri daripada kerajaan Selangor yang tuurt dianggotai PKR dan DAP bagi membuktikan ketegasan prinsip parti Islam itu.
"Adakah ini bermakna PAS perlu menarik diri dari kedudukannya dalam kerajaan negeri Selangor dan melepaskan semua jawatan exco, ahli Majlis Kerajaan Tempatan, JKKK, ketua kampung, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan apa-apa jawatan lantikan politik dengan segera secara berprinsip.
"Adalah lebih baik untuk PAS mengelakkan dari apa-apa persepsi atau tanggapan serong yang menampakkan Pas masih sayang pada kebendaan dan ketamakan kuasa yang diperolehi hasil dari kedudukan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
"Sudah sampai masanya Yb Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga Naib Presiden Pas dan rakan-rakan exco kerajaan negeri dari Pas melepaskan jawatan exco dan apa-apa jawatan lantikan politik yang berkaitan," katanya yang masih ahli Pas.

Anwar mahu Bersatu, Pas bersama Pakatan hadapi PRU14

BONGKAR LAGI!!! Rafizi DEDAH KERUGIAN TERKUMPUL TABUNG HAJI!!!

PAS akan kalah teruk jika 'berlawan' bersendirian, kata Tun M

Tun M: "Tak kan saya nak cium kaki pemimpin PAS baru nak jumpa?"

Bersatu takkan desak Hadi - TSMY

Bersatu pun tak boleh tunggu Pas selama-lamanya - Tun M

Parti satu kaum tak boleh menang pilihan raya - Tun M

PKR: Mansuh JASA, selamatkan RM22 juta setahun

PKR mengesyorkan penstrukturan semula perkhidmatan awam dengan memansuhkan jabatan, jawatan atau peruntukan yang tidak berkait dengan tugas berkhidmat kepada rakyat tanpa pilih kasih.

Parti berakta terdapat jabatan dan perjawatan khusus untuk kempen politik BN dan ia mesti dihapuskan, seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM).

“Jabatan-jabatan dan perjawatan yang ditubuhkan untuk berkempen politik bukanlah sebahagian dari perkhidmatan awam dan ia wajar ditanggung sendiri oleh Umno/BN; bukannya ditanggung oleh rakyat,” kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Memetik dokumen Belanjawan 2017 (Maksud Bekalan 47 iaitu peruntukan yang diluluskan di dalam Belanjawan 2017 untuk KKM), Rafizi berkata JASA diperuntukkan sebanyak RM22,886,500 pada 2017 berbanding RM22,801,000 yang dianggarkan dibelanjakan pada tahun sebelumnya.

Dari jumlah RM22,886,500 ini, RM5,712,900 adalah perbelanjaan penggajian dan RM17,173,600 adalah perbelanjaan perbekalan, kata Rafizi.
Anggota parlimen Pandan juga berkata jumlah kakitangan JASA pula kekal seramai 272 orang bagi tahun 2016 dan 2017.
“Ini bermakna, JASA adalah beberapa jabatan yang istimewa kerana tidak mengalami potongan peruntukan berbanding dengan fungsi-fungsi perkhidmatan awam yang jauh lebih penting kepada rakyat seperti perkhidmatan pendidikan dan kesihatan.
“Bukan itu sahaja, JASA menunjukkan kenaikan peruntukan bagi penggajian iaitu kenaikan RM85,400 yang bermakna pada jumlah kakitangan yang sama bagi kedua-dua tahun, ada pegawai tertentu JASA yang dinaikkan lagi kos penggajiannya,” katanya.

'Propaganda' pro-Najib
Beliau juga mendakwa JASA terlibat dengan penghantaran makluman “propaganda” yang mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu-isu kontroversi seperti 1MDB.
Rafizi mengulas kenyataan bekas ketua setiausaha perbendaharaan Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim yang mencadangkan kerajaan mengecilkan saiz perkhidmatan bagi mengelak terjerumus dalam krisis kewangan seperti di Greece.
Mohd Sheriff merujuk kepada tindakan beberapa negara di Eropah yang secara tiba-tiba mengecilkan saiz perkhidmatan awam bagi mengurangkan perbelanjaan operasi setelah ekonomi terjejas teruk.

Bekas pengerusi SPR dakwa Umno guna senarai undi naikkan keahlian

Rashid yang kini pemimpin PPBM mempertikaikan dakwaan Umno mempunyai 3 juta ahli.
Abdul-Rashid-SPR
PETALING JAYA: Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mendakwa ketua bahagian Umno menggunakan nama daripada senarai pengundi untuk dijadikan ahli Umno supaya ahli parti berjumlah 3 juta.
Rashid, kini naib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata ia dilakukan dengan tujuan menubuhkan cawangan Umno di serata negara.
“Belum tentu lagi betul ke tidak 3 juta… Yang saya tahu dulu, tak ada pun. Hanya sejuta sahaja.
“Yang lain semua ketua bahagian masukkan nama daripada senarai pengundi,” katanya pada satu forum PPBM di Alor Setar, Sabtu lalu.
Turut hadir ialah Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad, dan beberapa pemimpin PKR and DAP lain.
Rashid yang berkhidmat dengan SPR selama 27 tahun sebelum bersara sebagai pengerusinya, bagaimanapun tidak menerangkan lanjut, dan berkata perlu masa berjam-jam untuk menghuraikan apa yang diketahuinya.
Rashid yang pernah menyertai pertubuhan Perkasa, sebelum ini secara terbuka mengaku pernah membantu menyusun persempadanan semula kawasan pilihan raya dengan tujuan mengekalkan kuasa Melayu.
“Kami lakukan secara sah dan teliti. Mereka yang kalah semasa pilihan raya umum lalu mendakwa kami melakukan kesalahan. Jika betul, mengapa Barisan Nasional tewas di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor?” Rashid dilaporkan berkata pada 2013.

Husam betul, presiden Pas silap, kata Hanipa dalam isu takut kalah bertanding

Mohamed Hanipa MaidinMohamed Hanipa Maidin
Biro Undang-undang Amanah (Kanun) menegaskan, Pas tidak harus mengandaikan Datuk Husam Musa akan kalah dalam kes dana RM90 di mahkamah kerana parti Islam itu belum pun mengambil tindakan terhadap Pengerusi Amanah Kelantan itu.
Pengerusinya Mohamed Hanipa Maidin berkata, peguam Pas sebaik-baiknya menasihatkan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar tidak mengeluarkan kenyataan yang dilihat tidak matang.
"Jika sekalipun Pas akan saman Husam dalam isu dana RM90 juta ini, tidak tentu lagi Pas mesti menang saman itu.
"Pas dan Presidennya tidak wajar membuat spekulasi apabila Pas saman Husam, maka Husam tidak akan buat apa-apa dan duduk diam sahaja. Oleh itu Pas akan menang kes itu dengan mudah.
"Saya tidak fikir Husam akan biarkan Pas menyamannya tanpa beliau melawan. Sudah tentu, bagi mempertahankan tuduhannya ,Husam akan lawan dan menggunakan khidmat peguam," katanya.
Bagaimanaapun beliau berkata, beliau membuat kenyataan ini dengan andaian laporan media berhubung dakwaan Abdul Hadi bahawa Husam sengaja membawa isu dana RM90 juta supaya beliau tidak boleh bertanding pilihan raya umum akan datang jika kalah dalam saman.
"Dari perspektif undang -undang, bagi saya, cateris paribus ( andaian apa yang diberitakan oleh malaysiakini adalah benar ), bagi saya, Husam betul dan Presiden Pas, dengan hormat, silap," katanya yang juga ahli Parlimen Sepang.
Mengulas lanjut, Hanipa berkata, jika Pas menyaman Husam, tiada jaminan kes saman itu akan pasti didengar atau dibicarakan sebelum pilihan raya umum.
"Saya tidak rasa mana-mana peguam sekalipun boleh berfikir begitu, apatah lagi Presiden Pas," ujarnya.

Bina hotel RM24 juta sebelah masjid dilapor kepada SPRM

Dr Syed Azman bersama Raja Bahrin bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan kepada SPRM.Dr Syed Azman bersama Raja Bahrin bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan kepada SPRM.
Pembinaan sebuah komplek hotel yang menelan kos sebanyak RM24 juta bersebelahan dengan Masjid Sultan Mahmud, Kuala Brang Terengganu hari ini mendapat bantahan dan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Laporan kepada SPRM itu dibuat oleh Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi dengan disertai sama oleh ahli parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.
"Saya difahamkan urusan pelaksanaan itu melibatkan beberapa orang ahli politik tempatan yang berkemungkinan berlakunya penyelewengan perolehan yang melanggar Akta Pencegahan Rasuah 2009," kata Syed Azman dalam satu kenyataannya kepada media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM Kuala Terengganu itu.

Menurut beliau, tindak tanduk pihak yang terlibat dalam melaksanakan projek ini amat meragukan sehingga menimbulkan persoalan.
Antaranya siapakah kontraktor yang dianugerahkan projek ini, apakah telah berlakunya pelanggaran prosedur, dari manakah sumber dan apakah projek ini telah mendapat kelulusan bertulis dari Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Dalam kenyataan itu juga, Syed Azman meminta penjelasan dari kerajaan negeri Terengganu kenapa projek itu dijalankan secara tergesa-gesa dan tidak lengkap.
Beliau juga bertanya, dari manakah sumber kewangannya.
"Adakah ia dari wang zakat yang diselenggarakan oleh Majlis Agama Terengganu (Maidam) atau dari pihak lain," tanya beliau.
Beliau juga ingin tahu apakah kajian kawajaran projek dibuat sebelum ia dilaksanakan.
Ini kerana kajian ini perlu untuk memastikan ia berdaya maju dan tempoh mendapat pulangan balik.
"Selain itu, kajian ini perlu dilakukan bagi mengelakkan pelaburan wang zakat ke atas projek pembinaan hotel ini mengalami kerugian.

RUU355: Pas tak takut jika BN buat pusingan U - Nasruddin Hassan

Nasrudin Hassan.
GOMBAK – Pas tidak gentar jika BN mengambil pendekatan membuat pusingan-u berkaitan pindaan Rang Undang-Undang 355 (RUU355) pada pembentangan seterusnya dalam sidang Dewan Rakyat Mac depan.
Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan berkata, partinya tidak akan rugi apa-apa jika BN mengambil pendekatan sedemikian.
Menurutnya, perkara ini akan terus menjadi agenda Pas untuk melaksanakan RUU355 biarpun akan terus mengambil masa yang lama.
“Bukan sahaja BN, malah mana-mana pihak nak pertikai dan mempersoal perkara ini di pertengahan jalan nanti, apa yang boleh Pas buat?
“Kita akan terus memberi penerangan mengenai perkara ini. Bukan sahaja orang awam, malah kepada semua ahli Parlimen juga. Pas tidak akan berhenti berusaha. Bukan Pas yang cipta undang-undang ini, tetapi ia adalah undang-undang ALLAH SWT,” katanya dalam temu ramah eksklusif.
Beliau berkata, tiada istilah ralat buat Pas jika RUU355 tidak dipersetujui pada masa ini.
“Pas sudah bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang berlaku,” katanya.
Jelasnya lagi, peranan Pas akan terus memberi kefahaman kepada sesiapa sahaja sehingga mereka memahami apa sebenarnya RUU355.
“Saya tahu ada yang masih tidak faham lalu menolaknya. Mengikut fahamam mereka, pelaksanaan ini nanti sebenarnya adalah jalan belakang untuk Pas buat hudud pula.
“Sedangkan ia tidak langsung berlaku. Kita dah bawa (RUU 355) ikut jalan depan. Bentang dalam Parlimen dan bincang kepada umum.
“Tidak timbul isu nak seludup undang-undang Islam secara senyap,” ujarnya.
Diminta mengulas mengenai masih wujud beberapa ahli Parlimen yang mempertikaikan  pelaksanaan RUU355 dengan pandangan undang-undang berkaitan Islam perlulah mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-raja, Nasruddin berkata, perkara itu tidak timbul.
“Ada dua isu dibangkitkan di sini. Satu pindaan dan kedua majlis Raja-raja. Saya ingin tekankan, kedua-duanya tidak bercanggah langsung dengan perlembagaan mahupun peringkat majlis Raja-raja.
“Akta ini pernah digubal kali pertama pada tahun 1965 dan kali kedua pada 1984. Jadi untuk kali ketiga, kami bentang di Parlimen pada tahun 2016. Tempat menggubal akta adalah di Parlimen dengan majoriti tertentu.
“Ada yang perlukan majoriti dua pertiga, ada yang perlukan majoriti mudah. Jadi apabila kita memindanya di Parlimen, maknanya kita telah mengikuti lunas perlembagaan negara,” katanya.
Beliau menambah, selepas akta ini diluluskan, barulah Majlis Raja-raja berperanan di mana ia akan dibawa ke negeri masing-masing.

Mahfuz: PAS Jika Ada Maruah DIri, Keluar Dari K'jaan Selangor

PKR sedia diceraikan PAS - Abdullah Sani

Sidang Media 13 Februari 2017 - Pelaburan Tabung Haji Gagal?

Ahli ekonomi bimbang jualan Proton jejas pekerja tempatan

Seorang ahli ekonomi menyuarakan kebimbangannya mengenai kesan penjualan kepentingan majoriti Proton Holdings Bhd (Proton) kepada rakan kongsi strategik asing (FSP) terhadap pekerja tempatan di kilang pengeluaran di Tanjung Malim, Perak.
Ahli Ekonomi Ramlan PointOn Consultus Sdn Bhd, Dr Jorah Ramlan berkata langkah itu sebaliknya wajar disambut baik jika kilang pengeluaran berkenaan dapat dipertingkatkan bagi tujuan pasaran eksport di rantau Asia.
"Ini sudah semestinya dapat meningkatkan pekerjaan dalam negara kita kerana lebih mudah menggunakan pekerja tempatan berbanding asing.
"(Namun) jika rakan kongsi asing itu memutuskan bahawa lebih mudah jika kilang itu ditempatkan di negara asal mereka, atau mengasingkan perniagaan; mengekalkan kilang berkenaan di sini dan mempunyai satu lagi kemudahan sama di negara mereka...ini pasti menjejaskan kadar pekerjaan kita," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar acara Forum Tadbir Urus Ekonomi Dalam Tadbir Urus Sektor Awam anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia, hari ini.
Jorah bagaimanapun menyifatkan semua keadaan itu sebagai kemungkinan dan sebarang jawapan muktamad (mengenai FSP) akan diumumkan oleh Proton pada Rabu ini.
"Ini semua adalah 'jika'...jika anda ada rakan Asia, mereka berkemungkinan mahukan kemudahan itu di negara asal kerana faktor tenaga kerja yang lebih murah di sana.
"Jika rakan itu sebaliknya adalah dari Eropah, tidak mungkin kilang itu ditempatkan di negara asal kerana kos buruh yang lebih tinggi," katanya.
Jorah bagaimanapun menegaskan, siapa pun yang menjadi pilihan Proton, pelaburan berkenaan akan menguntungkan pengeluar kereta nasional itu.
Mengulas mengenai perubahan struktur tenaga kerja, beliau berkata ia terpulang kepada budi bicara FSP untuk menyenaraikannya atau tidak dalam terma dan syarat-syarat perjanjian kontrak terbabit.
"Tiada apa yang perlu kita bimbangkan jika mereka dari awal lagi menegaskan bahawa ia (syarat) itu kekal seadanya," katanya.
Dari segi jaminan pekerjaan, Jorah berharap terma dan syarat perjanjian antara Proton dan FSP itu mampu menyelamatkan kira-kira 60,000 pekerjaan.
"Saya berharap ada klausa tertentu dalam kontrak yang menyatakan bahawa ia (FSP) tidak dibenarkan membuang pekerja atau mengurangkan jumlah mereka kerana amat penting untuk memastikan pekerja itu dilindungi," katanya.

Shahril, berhenti buat kenyataan keliru mengenai Felda

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menggesa Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan mengenai Felda.
Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, Kenyataan Shahrir yang pada mulanya mempersoalkan baki RM4.3 bilion hasil penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) di Bursa Malaysia, yang kemudiannya mendakwa disalah lapor beberapa portal berita, tidak seharusnya berlaku jika beliau berhati-hati dalam setiap kenyataannya.
Shahrir Abdul Samad Shahrir Abdul Samad Januari lalu, Shahrir berkata Felda merancang untuk menjual hotel di London yang berkemungkinan besar bernilai antara RM500 juta dan RM1 bilion.
"Justeru, kenyataan terkini beliau bahawa proses penjualan beberapa aset Felda seperti apartment di London, Grand Borneo Hotel di Kota Kinabalu adalah terburu buru.
"Adakah ia keputusan beliau secara bersendirian atau telah dipertimbangkan secara kolektif menerusi Lembaga Pengarah Felda?" soalnya.
Selepas mempersoal ke mana baki RM4.3 bilion hasil penyenaraian FGV dibelanjakan, Shahrir menafikan perkara itu sebaliknya berkata beliau mempunyai senarai yang jelas mengenai perbelanjaan baki wang tersebut, antaranya digunakan bagi tujuan pelaburan jangka panjang oleh Felda di dalam dan luar negara.
Menurut ahli parlimen Johor Bahru itu juga, sebanyak RM1.438 bilion telah digunakan bagi pembelian pelaburan hartanah yang merangkumi pembelian hartanah di Bukit Katil, Melaka (RM304 juta), Grand Borneo Hotel di Sabah (RM86 juta), Apartmen Perkhidmatan Grand Plaza di London (RM500 juta), bangunan Institut Penilaian Negara (INSPEN) (RM225 juta) selain pembelian saham Iris Corporation Berhad (RM110 juta).
"Apakah Tan Sri Shahrir mahu mengulangi kesilapan Tan Sri Isa Samad ketika membeli aset aset ini dahulu dengan hujah ia pelaburan yang menguntungkan dan memberi pulangan besar.
"Pembelian aset aset ini dulu telah menimbulkan kontroversi hingga di bawa ke SPRM.
Jika Felda masih mempunyai kedudukan kewangan yang baik menerusi pelaburannya, saham saham di institusi perbankan, apakah menjual aset sebagai suatu keutamaan pada waktu ini?" soalnya.

2 tahun tanpa Nik Aziz, 180 darjah untuk PAS?

Hanya 4 bulan selepas kematian Nik Aziz, PAS mengalami perubahan besar, dan kini berpaut kembali kepada sokongan tradisinya yang pernah menggerakkan parti itu selama beberapa dekad.
nik-aziz-karpal-singh
PETALING JAYA: Hujung minggu lalu, genap 2 tahun pemergian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mursyidul am PAS dan menteri besar Kelantan yang mengemudi parti itu sehingga ke akhir hayatnya.
Di bawah Nik Aziz, Kelantan menjadi sebahagian daripada politik arus perdana Malaysia, sentiasa mendapat perhatian dengan statusnya sebagai satu-satunya negeri ditadbir pembangkang, sehinggalah kemenangan pembangkang pada 2008.
Suara Nik Aziz dalam PAS menjadi penentu langkah parti kedua terbesar di Malaysia itu, malah pengaruh beliau dalam gabungan pembangkang, Pakatan Rakyat, dikatakan amat besar, sebaris – kalau bukan lebih daripada – Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering dinobatkan simbol penyatuan pembangkang.
Nik Aziz bukan sahaja menjadi “tuan guru”, sumber rujukan perihal agama. Selama 3 dekad menerajui Kelantan, beliau terbukti seorang ahli politik yang lincah, dan sekian lama berjaya melawan kelincahan politik Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kelincahan silat politik Nik Aziz membuatkan ketegasannya itu tidak mencetuskan perpecahan dalam Pakatan Rakyat. Karismanya pula menyebabkan orang bukan Islam mula lebih rapat dengan parti yang antara lain mahu melaksanakan hukum hudud.
Siapa boleh lupa gambarnya bersama-sama mendiang Karpal Singh – tokoh yang sungguh-sungguh menolak hudud – melunakkan hati orang Melayu untuk mengundi DAP, dan orang bukan Melayu untuk mengundi PAS.
“Dakwah Nik Aziz lebih terbuka, dan gerakan mengukuhkan hubungan PAS di kalangan orang bukan Islam dilakukan dengan begitu intensif,” kata Mohd Hisomudin Bakar dari badan kajian politik, Ilham Centre.
Dua tahun adalah tempoh singkat, namun tidak bagi dunia politik, dan perubahan yang berlaku ke atas PAS membuktikan demikian.
Hanya 4 bulan selepas kematian Nik Aziz, PAS mengalami perubahan besar, apabila golongan konservatif yang selama beberapa dekad mencorakkan parti itu kembali berkuasa. Hampir kesemua pemimpin yang mahu membawa parti itu ke pentas politik arus perdana dengan cara berpaut pada Pakatan Rakyat, tiba-tiba mendapati diri mereka hilang jawatan.
Ia membawa kepada perpecahan dalaman dan penubuhan Amanah 3 bulan kemudian. Dan disusuli dengan terbubarnya Pakatan Rakyat, digantikan dengan Pakatan Harapan yang sehingga kini hanyalah “bayang-bayang” kepada kekuatan Pakatan Rakyat.
Bagaimana pula dengan PAS?

TAK MUSTAHIL PAS TAMBAH KERUSI DI KELANTAN - NASRUDIN

GOMBAK – Pas tidak akan teragak-agak untuk bertanding lebih banyak kerusi Dun pada PRU14 terutamanya di Kelantan.
Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, walaupun bilangan kerusi yang bertanding ditentukan pucuk pimpinan Pas, namun beliau yakin pemerintahan kerajaan Kelantan dapat dikekalkan di bawah pentadbiran parti itu.
“Jika melihat kembali, Kelantan antara negeri yang mengamalkan sistem demokrasi. Di sana, kalau rakyat tak suka, mereka boleh mengubahnya.
“Kelantan pernah ditadbir oleh BN dan dirampas semula Pas pada pilihan raya lalu. Jadi untuk berhadapan PRU14, kami yakin ia akan terus bersama Pas,” katanya.
Jelasnya, Pas tidak pernah mengamalkan prinsip ‘tamak’ kerusi sebaliknya melihat kepada keperluan.
“Sejak dahulu, Pas mengamalkan sikap toleransi dengan pelbagai pihak yang bersama kita.
“Cuma, untuk kali ini, jika lihat ada lagi cubaan ‘liar’ dan terus mencabar Pas, tak mustahil kami tambah bilangan kerusi bertanding di Kelantan,” katanya.
Jelasnya, pada masa ini, Pas akan melihat kepada parti-parti yang bekerjasama dengan mereka dalam blok ketiga.
“Mungkin ada kawasan, ada sahabat-sahabat kita nak bertanding, Pas akan beri laluan.
“Jika tidak, Pas akan teruskan bertanding di kawasan tersebut,” katanya.

Tun M punca 4 wakil rakyat DAP keluar parti, dakwa menteri Umno


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata peletakan jawatan empat wakil rakyat DAP Melaka membuktikan pemimpin akar umbi parti itu tidak gembira dengan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang bersekongkol dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Salleh dalam blognya dipetik berkata, rasa tidak puas hati terhadap Kit Siang dan Setiausaha Agung Lim Guan Eng nampaknya kini telah mencapai kemuncaknya.
Kredibiliti dan integriti DAP dan Pakatan Harapan, katanya telah terjejas sejak dua tahun lepas berikutan pakatan yang wujud antara Dr Mahathir dan Kit Siang.
"Semua kejayaan yang dicapai pembangkang pada 2008 dan 2013 bakal hilang pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
Menteri itu berkata Dr Mahathir dan Kit Siang "telah menunjukkan kekurangan prinsip dan moral mereka apabila mereka kini saling sepakat, sedangkan sebelum ini mereka banyak mengutuk dan mengkritik antara satu sama lain".
Tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan seorang Anggota Parlimen DAP Melaka keluar daripada parti semalam.
Adun berkenaan ialah Lim Jak Wong (Bachang), Cin Choon Seong (Kesidang) dan Goh Leong San (Duyong) manakala Anggota Parlimen ialah Sim Tong Him (Kota Melaka).
Salleh berkata terdapat juga orang Melayu yang menyokong Pakatan tetapi tidak gembira dengan peranan Dr Mahathir dalam pembangkang.
Beliau berkata tiada siapa yang boleh meragui bahawa Dr Mahathir dan Kit Siang menggunakan agenda politik peribadi dengan mengorbankan kepentingan pengundi.
Salleh percaya pengundi akan menterjemahkan kekecewaan mereka itu pada pilihan raya umum akan datang.

Siasat Semua Keputusan Pelaburan Oleh Pengurusan Kanan Yang Terlibat Dengan Pelaburan Tabung Haji Yang Gagal

Seawal tahun 2015, saya telah memberi amaran semasa berucap di Parlimen supaya tata kelola badan amanah yang menjaga wang rakyat seperti Tabung Haji diperketatkan agar tidak mudah dananya digunakan untuk menyelematkan pimpinan politik yang tersepit. Ketika itu, saya merujuk kepada ura-ura dana Tabung Haji digunakan untuk menyelamatkan 1MDB dan ucapan saya itu diherdik keras oleh Pengerusi Tabung Haji, Dato’ Seri Azeez Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Baling.
Sejak tahun 2016, saya telah menumpukan sebahagian masa dan tenaga saya menyemak pelaburan-pelaburan Tabung Haji serta prestasi kewangannya. Tabung Haji adalah badan yang diberi amanah untuk “mentadbirkan Kumpulan Wang” (seperti ketetapan Akta Tabung Haji 1995) iaitu melaburkan wang bakal jemaah haji dan pendeposit beragama Islam.
Sebahagia besar dari prestasi kewangannya ditentukan oleh keputusan perniagaan dan tata kelola pengurusan di dalam dua bentuk pelaburan utama seperti berikut:
1. Pelaburan berbentuk jual beli instrumen seperti jual beli saham, jual beli kertas hutang, menyimpan dana di dalam akaun jangka pangjang dan seumpamanya. Di dalam pengurusan pelaburan, aktiviti pelaburan ini sering dirujuk sebagai “ekuiti dan pendapatan tetap” (equity and fixed income).
2. Pelaburan berbentuk penubuhan syarikat untuk kegiatan perniagaan khusus; atau mengambilalih perniagaan lain dengan membeli saham pada jumlah yang meletakkan Tabung Haji sebagai pemegang saham besar yang boleh mengawal atau mempengaruhi pengurusan perniagaan. Pelaburan sebegini berbentuk jangka panjang dan dinilai dari segi sumbangan keuntungan kepada kumpulan Tabung Haji dalam bentuk dividen dan nilaian saham yang meningkat dan boleh dilupuskan di masa akan datang.
Sekiranya keuntungan dari kedua-dua bentuk pelaburan sebegini baik, maka keuntungan Tabung Haji juga baik dan membolehkan ia mengagihkan lebih banyak keuntungan kepada pendeposit. Lebih banyak keuntungan yang diagihkan setiap tahun, lebih cepat simpanan bakal Jemaah haji meningkat dan lebih cepat mereka dapat menunaikan haji kerana telah mencukupi syarat kewangan yang ditetapkan iaitu simpanan mestilah melebihi sekitar RM10,000 (iaitu kos menunaikan haji yang ditetapkan kini).
Sebab itu saya berkeras bahawa prestasi kewangan Tabung Haji dari keputusan-keputusan pelaburannya mestilah diteliti oleh rakyat kerana prestasi yang tidak sebaik yang sepatutnya ada kesan langsung kepada jutaan rakyat Malaysia beragama Islam yang rata-ratanya berpendapatan rendah. Saya telah tunjukkan sebelum ini bagaimana kadar keuntungan haji yang dikurangkan dari 3% sebelum ini ke 1.5% bagi tahun 2016 adalah bersamaan dengan kelewatan menunaikan haji selama setahun bagi jemaah yang berbaki simpanan RM2,500 (iaitu anggaran purata baki simpanan jemaah yang belum menunaikan haji) dan menambah simpanan RM50 sebulan.
Saya menerangkan perkara ini kerana saya mahu menjawab alasan bahawa pendeposit Tabung Haji tidak wajar mengharapkan keuntungan dari simpanan mereka di Tabung Haji; cukuplah sekadar dapat menunaikan ibadah haji.
Oleh sebab itulah, sebagai Ahli Parlimen dan pemimpin kanan parti pembangkang, saya meletakkan satu piawai bahawa prestasi pelaburan Tabung Haji mestilah sama baik atau lebih baik dari syarikat-syarikat pelaburan komersil yang lain. Ini kerana Tabung Haji bukan sahaja mendapat monopoli dari segi simpanan deposit bakal jemaah haji yang wajib disimpan di Tabung Haji sahaja; malah ia juga mendapat banyak kemudahan dan keistimewaan lain dari kerajaan.

Rafizi mahu TH tubuh pasukan audit bebas

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mencadangkan semua keputusan pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) sejak tahun 2000 diaudit oleh sebuah pasukan bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan.
Beliau yang juga naib presiden PKR berkata, langkah itu bagi memastikan tidak ada unsur kecuaian, salah guna kuasa atau tindakan oleh pihak pengurusan kanan TH bagi mendapat laba.
"Saya mendesak supaya Pengarah Urusan Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah dan Pengerusi Lembaga Pengarah TH, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim supaya menyiasat semua keputusan pelaburan yang pernah dicadangkan dan dibawa oleh beberapa pengurus kanan TH.
"Ini bagi memastikan semua pelaburan Tabung Haji adalah berisiko rendah dan menguntungkan," jelas beliau dalam kenyataan.
Baru-baru ini, TH mengumumkan agihan bonus atau hibah kepada pendeposit, merangkumi 4.25 peratus bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak 1.5 peratus kepada yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2016.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, semua ini melibatkan pembayaran sebanyak RM2.88 bilion.
Jelas Jamil Khir, bayaran hibah berkenaan secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada 9.1 juta pendeposit manakala tambahan bonus haji pula akan memanfaatkan 8.5 juta pendeposit yang belum pernah menunaikan haji.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, sebagai anggota Parlimen dan pemimpin kanan parti pembangkang, beliau meletakkan piawai prestasi pelaburan TH mestilah sama baik atau lebih baik dari syarikat-syarikat pelaburan komersil yang lain.

Dr Mahathir alu-alukan laporan polis ‘bodoh’ mengenai Forest City

Bekas PM itu mengulangi pendiriannya membantah penjualan hartanah Johor kepada warga asing.
mahathir-forest-city
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi bantahannya terhadap usaha menarik pelabur asing membeli hartanah di Johor, sambil menyifatkan sekumpulan pertubuhan NGO yang mahu polis menyiasatnya sebagai “pekak, buta dan tuli”.
“Walaupun bodoh tetapi laporan polis yang dibuat berjaya menarik perhatian kumpulan yang pekak, buta dan tuli (PBT),” kata bekas perdana menteri itu dalam kiriman blog semalam.
“Yang saya hairan ialah kenapa orang PBT ini tidak report kepada polis akan laporan dalam beberapa akhbar oleh Bloomberg, sebuah agensi berita berkenaan ekonomi. Besar kemungkinan puak PBT ini tidak baca, atau kalau baca sekalipun tidak faham. Yang dilapor oleh Bloomberg lebih dari yang saya sebutkan dalam ucapan saya,” tulisnya.
Dr Mahathir sebelum ini mempersoalkan projek Forest City, bandar berhampiran Singapura, memetik sebuah laporan Bloomberg yang menyebut ia sedang giat dipromosikan kepada beratus ribu warga China.
Menurut laporan itu, pembinaan Forest City di Johor Bahru itu akan menyaksikan kebanjiran rakyat China ke negeri itu yang membeli kebanyakan daripada hartanah yang ditawarkan.
Forest City seluas 1,386 hektar itu akan dibina di atas 4 pulau buatan manusia di kawasan Iskandar Malaysia, dan dijangka mengambil masa 30 tahun untuk siap sepenuhnya.
Dakwaan Dr Mahathir yang menganggap Forest City menggadaikan kedaulatan Malaysia diselar Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail, yang menuduh pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu cuba menakut-nakutkan rakyat berhubung pelaburan China di negeri itu.
Awal bulan ini, 5 NGO mendesak Dr Mahathir memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Johor dan rakyat negeri itu, menyifatkan pandangannya mengenai Forest City berbaur hasutan.
Dr Mahathir semalam bertegas dengan pendiriannya, sambil menyamakan penjualan hartanah kepada rakyat asing dengan “penjualan Singapura”, dipercayai merujuk kepada hak perdagangan yang diberikan kepada penjajah British melalui Perjanjian Singapura yang dimeterai antara kerabat raja Johor bersama kerajaan British diwakili Stamford Raffles pada 1819.
“Sekarang ini Singapura menjadi negara asing yang tidak mungkin dikembalikan kepada Johor,” katanya.
Beliau mencabar NGO yang membuat aduan polis terhadapnya melawat Forest City dan “melihat dengan mata kepala sendiri”.
“Cuba sahkan penduduk dan pembeli bangunan-bangunan di sini terdiri dari orang tempatan, terutama orang Melayu.

Apakah kesan tanah sebuah negeri dijadikan Wilayah Persekutuan?

Sebuah negeri boleh kehilangan pendapatannya apabila sebahagian kawasannya diambil alih kerajaan persekutuan, tetapi bukan itu sahaja.
tengkunan-penangPETALING JAYA: Walaupun pakar perundangan mengatakan Pulau Pinang tidak mungkin dijadikan Wilayah Persekutuan seperti dicadangkan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, tetapi tidak mustahil sebahagian tanahnya diambil alih kerajaan pusat.
Tindakan itu memerlukan persetujuan bukan sahaja Majlis Raja-raja, tetapi juga Dewan Undangan Negeri (DUN). Dalam kes Pulau Pinang, ia menjadi cabaran untuk kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) mendapat lampu hijau daripada DUN dikuasai DAP.
Bagaimanapun, keadaan mungkin berubah suatu hari nanti dan Wilayah Persekutuan ke-4 akan wujud selepas Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Apa yang akan berlaku jika sebahagian kawasan sebuah negeri diberikan kepada kerajaan pusat?
Sesebuah negeri itu akan kehilangan haknya, termasuk hak untuk pendapatan tertentu dan membuat dasar kerana Parlimen yang akan menetapkan dasar bagi Wilayah Persekutuan.
Kehilangan hasil itu termasuk dari tanah, lombong, hutan, duti hiburan, yuran mahkamah dan pendapatan pihak berkuasa Islam.
Tetapi, bukan semua mengenai wang. Pengambilalihan sebuah kawasan oleh kerajaan pusat juga bermakna sesebuah negeri itu memberikan monumen sejarah, tapak arkeologi dan tempat lain mempunyai nilai warisan yang terletak di dalam kawasannya. Pulau Pinang kaya dengan peninggalan bersejarah itu.
Kerajaan Persekutuan akan mengambil alih pentadbiran perkara berkaitan Islam dan bidang kuasa majlis perbandaran.
Negeri itu akan kehilangan hak membuat keputusan mengenai perkara berkaitan cara milik dan pemuliharaan tanah, selain tiada kuasa memutuskan perkara berkaitan permit dan lesen bagi mencari gali mineral serta matlamat pertanian.
Negeri itu juga tiada bidang kuasa ke atas pasaran, pameran dan tempat yang menawarkan hiburan, selain penduduk kawasan terbabit tiada wakil rakyat.

KERJASAMA PAS-PPBM DITENTUKAN JUMAAT INI

KUALA LUMPUR – Pas akan membuat keputusan berhubung cadang­an kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Jumaat ini.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan memberi penjelasan berhubung keputusan tersebut.
“Saya mengetuai pertemuan dengan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir awal bulan lalu dan seluruh Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat perlu mendengar sendiri penjelasan Presiden parti sekali gus membuat keputusan mengenai perkara itu.
“Langkah seterusnya adalah mengkaji tindakan susulan dalam Muktamar Tahunan Pas April ini sebelum Majlis Syura Ulama membuat keputusan muktamad,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Abdul Hadi memberikan ‘isyarat’ kerjasama antara partinya dengan PPBM mungkin tidak direalisasikan berdasarkan hubungan semasa PPBM membabitkan DAP serta PAN, meskipun wujud perbincangan sebelum ini.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim memberitahu, Pas tidak terikat dengan sebarang tempoh atau mana-mana pihak termasuk Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam membuat sebarang keputusan berkaitan parti.
Katanya, tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara Pas dan mana-mana parti lain bukan keputusan individu tetapi melibatkan perbincangan semua pihak di peringkat akar umbi hingga kepemimpinan tertinggi.
“Tahaluf siyasi itu juga akan sentiasa dikaji dari semasa ke semasa kerana ia boleh diputuskan pada bila-bila masa jika parti atau pihak berkaitan bertindak mengkhianati Pas.
“Jika Dr. Mahathir mempersoalkan isu penyertaan Pas dalam pakatan pembangkang, kita memang tidak akan menyertainya semula. Jadi, tidak perlu memberi sebarang tempoh,” jelasnya.
Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, kajian berhubung kerjasama antara parti itu dengan PPBM dan PKR akan dilaksanakan sehingga hujung Mac ini sebelum dibentangkan dalam Muktamar Tahunan Pas.

MUFTI PERLIS – APAKAH YANG MENGELIRUKAN?


Pemimpin parti politik tertentu sensitif apabila saya menyebut bahawa jangan fikir keindahan Islam itu hanyalah apabila dipotong tangan pencuri, direjam dengan batu penzina, dipancung orang yang dituduh murtad. Semua hukuman itu memerlukan suasana, syarat dan ijtihad yang lebih luas.
Nabi s.a.w dalam sirah baginda mendahului kebaikan rakyat sebelum hukuman. Jangan hanya nanti sibuk hendak memotong tangan pencuri basikal tetapi membisu pabila orang yang mencuri berjuta-juta harta awam.
Keindahan Islam itu lahir dari keindahan akhlak, kebajikan rakyat, urus tadbir yang baik, menjaga kebersihan, menjaga alam sekitar, menjaga hak rakyat, hak kanak-kanak, hak wanita dan segala macam lagi.
Nas-nas agama dalam hal-hal itu jauh lebih banyak dan diutamakan dibandingkan sebahagian hukum yang cuba dibawa oleh mereka. Dunia Islam hari ini dipandang hina bukan kerana pencuri tidak dipotong tangan, penzina tidak direjam atau tidak dipancung orang murtad.
Dunia maju yang bermatian pelarian muslim lari kepada mereka bukan kerana mereka menjalankan undang-undang tersebut. Sebaliknya kerana mereka menjalankan urus tadbir yang baik. Negara mereka indah sebab mereka tidak ‘menebang balak’ sesuka hati.
Amanah harta pemimpin mereka jauh lebih baik dari kebanyakan negara umat Islam. Rakyat mereka hidup dengan banyak hak dan kebajikan dijaga.
Sejak bertahun lamanya saya telah memberikan pandangan yang sama. Bukan baru.
Dukacitanya, dalam dunia umat Islam ada golongan yang tidak dapat melihat Islam melainkan asyik tertumpu kepada isu hudud. Seakan itulah yang hendak ditonjolkan oleh Nabi s.a.w. Mereka ini sebenarnya menjadikan dunia membenarkan dakwaan Donald Trump.
Kata pemimpin tertentu parti berkenaan pandangan saya itu mengelirukan dan ada unsur liberal.
Saya ingin beritahu beliau, sebenarnya yang mengelirukan itu ialah apabila agama dipolitikkan. Ataupun akidah umat dijadikan taruhan politik.
Tahukah kamu apakah yang mengelirukan itu?

Yang mengelirukan itu ialah apabila dahulu parti anda mengkafirkan orang yang berbeza parti sehingga ada yang bercerai berai, tidak makanan sembelihan, solat dua imam, bahkan sehingga ada yang mati terkorban kononnya syahid menentang berbeza parti.
Kemudian, hari ini semuanya sudah berbeza. Padahal parti yang dikafirkan itu tetap sama, bahkan sebahagian besar pemimpin juga tetap sama.
Yang mengelirukan ialah apabila parti anda menyebut ‘perlembagaan kita adalah perlembagaan penjajah, kafir dan jahiliah. Kemudian hari ini anda menyebut kita menjunjung dan menghormati perlembagaan.
Betapa ramai yang telah menjadi korban oleh fatwa dan amanat parti anda itu?!
Yang mengelirukan ialah ketika anda berbaik dengan parti tertentu anda memberi seribu dalil kelebihan parti-parti tersebut. Kemudian apabila anda bertelagah anda menjadikan mereka munafik, keluar jamaah Islam mati jahiliah, musuh Islam dan sebagainya.

Kamu yang mengelirukan, Asri jawab PAS

Keindahan Islam bukan hanya apabila hudud dilaksanakan, tetapi apabila balak tidak ditebang sesuka hati, kata Asri.
asri-pas
PETALING JAYA: Datuk Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mempertahankan keindahan Islam bukannya terletak hanya pada pelaksanaan hudud tetapi pada tadbir urus yang baik.
Kerana sebenarnya kitab Islam (nas) lebih banyak menyentuh mengenai tadbir urus, akhlak, hak, kebajikan, kebersihan dan alam sekitar berbanding hudud.
Bagaimanapun, mufti Perlis berkata ada golongan yang asyik tertumpu kepada isu hudud. “Seakan itulah yang hendak ditonjolkan oleh Nabi.”
Asri di Facebook hari ini meleraikan agenda itu kepada politik. “Sebenarnya yang mengelirukan itu ialah apabila agama dipolitikkan, ataupun akidah umat dijadikan taruhan politik.”
Semalam, Asri di forum “Sejauh Mana Anda Memahami Hudud” anjuran Angkatan Amanah Merdeka mengkritik penyokong hudud yang menganggap pelaksanaan hukum itu nanti akan menunjukkan “keindahan Islam”.
Hari ini, PAS membidas Asri sebagai seorang yang keliru dan mengelirukan umat Islam.
“Tahukah kamu apakah yang mengelirukan?” soal Asri. “Apabila dahulu parti anda mengkafirkan orang yang berbeza parti sehingga ada yang bercerai-berai, tidak makan sembelihan, solat 2 imam, bahkan sehingga ada yang mati terkorban kononnya syahid menentang berbeza parti.”
“Kemudian, hari ini semuanya sudah berbeza. Padahal parti yang dikafirkan itu tetap sama, bahkan sebahagian besar pemimpin juga tetap sama.
“Anda menyebut ‘Perlembagaan kita adalah perlembagaan penjajah, kafir dan jahiliah’. Kemudian hari ini anda menyebut kita menjunjung dan menghormati Perlembagaan.

Pas tolak kerjasama dengan Bersatu, ada hubungan DAP, Amanah


Abdul Hadi Awang
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi menegaskan parti itu tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan parti Amanah Negara (Amanah).
Beliau berkata, Pas tidak perlu menunggu tempoh sebulan untuk menjawab tawaran Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk Pas menyertai Pakatan Harapan.
Berikut transkrip penuh sesi soal jawab Abdul Hadi (TGHH) bersama media dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kebajikan Pas di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ahad lalu yang disiarkan laman web rasmi Pas:

BAHAGIAN PERTAMA
Wartawan: Semalam dalam ucapan di Kedah, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi masa Pas selama sebulan untuk menentukan sama ada akan berada di dalam Pakatan Harapan atau tidak.
TGHH: Kita sudah membuat keputusan semua parti yang ada hubungan dengan DAP dengan Pan, kita tak ada hubungan dengan mereka, itu senang je, tak perlu tunggu masa, itu dia.
Wartawan: Jadi, tak perlu tunggu sebulan Datuk Seri ya?
TGHH: Tak perlu, bila dia dah ada hubungan dengan DAP dengan Pan, habislah, tak ada.
Wartawan: Betul ke Datuk Seri tak nak jumpa langsung dengan pemimpin Bersatu untuk berbincang?
TGHH: Ya?
Wartawan: Betul ke Datuk Seri tak nak berjumpa langsung dengan pemimpin Bersatu untuk berbincang mengenai...?
TGHH: Saya pernah berjumpa, tapi dasar kita itu dia, maknanya kalau ada hubungan dengan DAP dengan PAN, tak perlu bincang, kita dah ada keputusan itu.
Wartawan: Tapi kalau PKR boleh bekerjasama dengan...?
TGHH: PKR pun kita akan buat keputusan.
Wartawan: Maknanya ada keputusan...?
TGHH: Ya, akan buat keputusan.
Wartawan: Bila Datuk Seri?
TGHH: Insyaa Allah selewat-lewatnya masa Muktamar.
Wartawan: Sebelum Muktamar?
TGHH: Masa muktamar selewat-lewatnya Insyaa Allah
Wartawan: Masa muktamar lah?
TGHH: Ya, ya.
Wartawan: Jadi keputusan sama ada untuk bekerjasama dengan PKR pula kali ini Datuk Seri ya?
TGHH: Ya, termasuk, termasuk semua sekali.
Wartawan: So, sekarang ini kerjasama dengan PPBM macam mana Dato' Seri masih terbuka ke masih tertutup?
TGHH: Kita terbuka dengan semua, kerjasama dalam isu-isu yang tak ada masalah. Masalah politik, itu ada masalah, kerana DAP dengan rangkaian dia Dewan Himpunan Penyokong dia, yang Pan itu Dewan Himpunan Penyokong DAP lah, dia nyata bila menentang RUU355, menentang perlaksanaan syariat, menentang itu, itu sempadan, line (garisan) merah itu, tak boleh langgar itu, ya
BAHAGIAN KEDUA
TGHH: Saya rasa dia (Husam Musa) tak mahu bertanding pilihan raya yang akan datang, itu dia tak mahu bertanding pilihan raya akan datang, dia buat begitulah. Kalau bawa ke mahkamah, benda bohong, bila bohong, sudah tentu kalah, kalah diisytihar tak boleh bertanding pilihan raya, dia tak mahu bertanding, senang beritahu je. Dia tahu dia kalah bertanding pilihan raya. ya?
Wartawan: Adakah macam, bila meletak tarikh untuk dibawa untuk saman Husam Musa itu sendiri?
TGHH: Itu saya rasa Datuk Tuan Ibrahim sudah membuat kenyataan dalam, sudah ada perbincangan, tapi itulah taktik, saya tahu dia punya tujuan dia, tak mahu bertanding pilihan raya.
BAHAGIAN KETIGA
TGHH: Kita jemput semua, semua orang Islam termasuk orang bukan Islam yang mendokong RUU355.

Membebaskan Anwar Ibrahim

Saat saya mengarang artikel ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim genap dipenjara dua tahun di Sungai Buloh. Beliau terpenjara dek kerana kezaliman yang merekayasa Fitnah II dengan niat dan tujuan untuk menamatkan riwayat politiknya.

Semenjak 10 Februari 2015, sehinggalah ke hari ini, usaha dan pelbagai kempen untuk membebaskan beliau telah dilakukan sama ada dalam mahupun luar negara; oleh keluarga, sahabat, penyokong, aktivis, NGO dan parti politik.
Tiada siapa dapat menafikan betapa perlunya ruang kepimpinan negara akan sosok tokoh bernama Anwar Ibrahim ini. Beliau bukanlah calang-calang ahli politik yang boleh diperleceh dan dilupakan begitu sahaja.

Ketokohan beliau, dengan dukungan dan harapan yang telah rakyat letakkan kepada beliau untuk membawa perubahan menjadi sumber kekuatan bak obor yang terus menyala bagi membakar perjuangan menuntut reformasi di Malaysia.

Anwar Ibrahim terus meletakkan tanda dan mencorak haluan landskap politik negara hari ini.
Anwar tiada di ‘luar’
Semenjak dua tahun Anwar tidak berada di ‘luar’, di lapangan bersama rakyat, parti dan penyokong - pelbagai perkara telah kita lalui.

Ia bermula dengan pemergian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, putusnya hubungan DAP dan PAS hingga membawa kepada tamatnya riwayat Pakatan Rakyat, serpihan PAS mewujudkan AMANAH sehinggalah termeterai perjanjian Pakatan Harapan dan terdedah seluas-luasnya pekung rejim pemerintah dengan skandal 1MDB.

Begitu juga dengan kontroversi melibatkan agensi berkaitan pemerintah (baca: MARA, Felda, PERDA, dan lain-lain).
Dalam suasana muram dan masih ‘luka-luka’ itu, tanpa diduga, satu kekuatan dan suntikan semangat yang baru muncul.
Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang sebelumnya telah disingkir dari jawatan mereka, telah tampil bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan pimpinan pembangkang lain (dari PAS dan Pakatan Harapan) untuk memeterai apa yang dipanggil Deklarasi Rakyat.

Sejuta tandatangan rakyat Malaysia dikumpul mendesak peletakan jawatan perdana menteri dan menuntut reformasi institusi di negara ini telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Lebih bersejarah apabila Mahathir sendiri telah hadir ke mahkamah untuk menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Detik bersejarah yang terakam ini ibarat menjadi pemangkin kepada penyusunan kekuatan baru untuk pakatan pembangkang, lebih-lebih lagi dengan tertubuhnya parti pecahan daripada Umno – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Di pentas pilihan raya juga, tidak kurang rancaknya apabila kita berdepan dengan pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Keputusannya tidaklah seperti yang kita harapkan apabila tidak banyak pencapaian membanggakan yang dapat kita rakam.

Bahkan telah berulang kali ditunjukkan bahawa rakyat tidak memilih kita bilamana berlaku pertembungan sesama kita yang menyumbang kepada pertandingan tiga penjuru; antara PKR dan DAP di Sarawak dan antara PAS dan Pakatan Harapan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Rakyat menghukum kita dengan tidak memberikan kemenangan kepada kita. Ini semua berlaku dalam tempoh tidak sampai dua tahun Anwar Ibrahim dipasung dalam penjara Sungai Buloh.
Merealisasikan #BebasAnwar
Usaha dan kempen untuk membebaskan Anwar tidak pernah surut. Perlawanan ke atas pemenjaraan Anwar Ibrahim ini adalah satu bentuk penentangan terhadap kezaliman dan kebobrokan sistem yang dipelopori oleh Umno dan rejim Najib Razak.
Namun akhirnya, kita wajib bertanya kepada diri sendiri (waima sebagai rakyat, mahupun penyokong dan aktivis parti politik), apakah cara yang paling logik, rasional dan mungkin untuk dilaksanakan bagi membebaskan Anwar?