Ahad, 12 Februari 2017

HERO MALAYSIA.

Makhluk bernama Najib Razak satu2nya Perdana Menteri Malaysia tercatat dlm sejarah Malaysia sbg HERO MALAYSIA.

PAKCIK MAKCIK FELDA tak kesah..

Bila kaki rasuah dilantik Pengerusi Felda atas nasihat Najib Razak.. tup2 RM4.3 bilion entah pergi ke mana.

PAKCIK MAKCIK FELDA tak kesah..
Tanah tergadai ker..
Duit2 kena songlap tipu ker..
JANJI DAPAT #BR1M !!

Kerana Najib pernah kata, dengan BR1M sudah cukup untuk belanja selama setahun.

Kini, Shahrir kata dana IPO Felda tak hilang

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Tan Sri Shahrir Abdul Samad hari ini menjelaskan tidak berlaku kehilangan dana berjumlah RM4.3 bilion di dalam agensi tersebut.
Sambil menegaskan kenyataannya mengenai dana itu telah dipesongkan oleh beberapa portal berita, katanya beliau mempunyai senarai yang jelas mengenai perbelanjaan baki wang sebanyak RM4.3 bilion tersebut, antaranya digunakan bagi tujuan pelaburan jangka panjang oleh Felda di dalam dan luar negara.
"Tidak ada dana yang hilang. Daripada RM6 bilion, kita telah belanjakan RM1.7 bilion kepada peneroka Felda dengan setiap keluarga menerima bayaran sebanyak RM15,000.
"Baki sebanyak RM4.3 bilion pula antaranya dibelanjakan bagi pembayaran one off kepada kerajaan negeri Sabah sebanyak RM300 juta dan Pahang RM250 juta, pinjaman perumahan peneroka sebanyak RM400 juta, perbelanjaan pengurusan RM883 juta, selain pelaburan hartanah dalam dan luar negara, pembelian saham dan banyak lagi," katanya.
Shahrir yang juga anggota Parlimen Johor Bahru berkata demikian kepada pemberita di sini, hari ini bagi mengulas laporan beberapa portal berita yang didakwa telah memesongkan kenyataannya berhubung dana berjumlah RM6 bilion yang diterima Felda selepas disenaraikan di bursa saham.
Menjelaskan lebih lanjut, katanya sebanyak RM1.438 bilion telah digunakan bagi pembelian pelaburan hartanah yang merangkumi pembelian hartanah di Bukit Katil, Melaka (RM304 juta), Grand Borneo Hotel di Sabah (RM86 juta), Apartmen Perkhidmatan Grand Plaza di London (RM500 juta), bangunan Institut Penilaian Negara (INSPEN) (RM225 juta) selain pembelian saham Iris Corporation Berhad (RM110 juta).
Shahrir berkata nilai pelaburan RM1.438 bilion itu kebanyakannya melibatkan sektor perkhidmatan perhotelan sebagai pelaburan jangka masa panjang yang memerlukan masa yang lama sebelum memberi pulangan.

Dana IPO Felda: Dedah saja tak cukup, perlu RCI - PKR

PKR hari ini memuji Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad kerana mendedahkan bahawa RM4.3 bilion yang dijana menerusi tawaran awam permulaan (IPO) Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) tidak dapat dikesan.
Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, ia tidak akan membawa kesan apa-apa jika Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tidak ditubuhkan ke atas Felda.
"Keterbukaan Shahrir dalam mengakui 'kehilangan' RM4.3 bilion itu adalah perkara yang betul untuk dilakukan tetapi tidak mencukupi jika ia tidak disusuli dengan tindakan tegas.
"Malah, kemasukan Shahrir menyakinkan rakyat Malaysia bahawa RCI yang turut memasukkan wakil ahli Parlimen pembangkang boleh memberi penjelasan lanjut mengenai skandal RM4.3 bilion Felda itu," katanya dalam kenyataan.
Jelas beliau, RCI perlu mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab kepada kerugian besar-besaran, mengesan aliran dana dan langkah-langkah untuk mendapatkan semula dana Felda itu.
"Tidak syak lagi, mereka yang bertanggungjawab dalam skandal ini perlu dibawa ke muka pengadilan," tambah beliau.
Fahmi juga menggesa Shahrir mendedahkan siasatan laporan dalaman Felda kepada orang ramai pada sesi pertemuan di setiap negeri yang terdapat penempatan Felda.

KERJASAMA TIDAK, SAMAN PUN TIDAK, FAHAM-FAHAMLAH YERR..

Hari ini, Presiden Pas, Hadi Awang telah menjawab dua persoalan yang sebenarnya sudah boleh dikira itulah pendirian rasmi parti tersebut.

Pertama, ketika diminta mengulas mengenai tempoh sebulan yang diberikan oleh Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad kepada Pas untuk memberi kata putus mengenai kerjasama antara kedua-dua parti, Hadi berkata, keputusan mengenainya sudah pun ada.

Beliau menjelaskan, tanpa menunggu tempoh sebulan yang diberikan itu, Pas sudah mempunyai dasar untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah.

"Tak perlu tunggu sebulan untuk membuat keputusan dengan Bersatu. Kita sudah ada dasar, semua parti yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah, kita tidak ada hubungan dengan mereka.

"Bila dia (Bersatu) dah ada hubungan dengan DAP dan Amanah, habislah," kata Presiden Pas itu lagi.
Dalam masa yang sama, Hadi juga memberitahu, Pas akan membuat keputusan selewat-lewatnya di Muktamarnya pada 28 April nanti mengenai hubungannya dengan PKR.

Ikut logik, oleh kerana berbanding Bersatu, hubungan antara PKR  dengan DAP dan Amanah lebih akrab kerana ketiga-tiga parti itu anggota Pakatan Harapan, maka tentulah jalinan kerjasama selama ini antara Pas dengan parti pimpinan Dr Wan Azizah Wan Ismail itu lebih wajar diputuskan juga.

Malah, oleh kerana Hadi tidak mahu menunggu tempoh sebulan sebagaimana yang diminta oleh Tun Mahathir, meskipun Mukhriz Mahathir yang mewakili Bersatu dan Tuan Ibrahim Tuan Man yang mewakili Pas ada mengeluarkan kenyataan bersama ke arah untuk bekerjasama, Pas seharusnya tidak perlu menunggu sehingga tarikh Muktamarnya untuk memutuskan hubungannya  dengan PKR.

Putuskanlah dengan segera hubungan dengan PKR sebagaimana Pas menolak kerjasama dengan Bersatu!

Dalam masa yang sama, baik Bersatu mahupun Pas, kedua-duanya haruslah membubarkan pasukan yang sebelum ini beberapa kali sudah bertemu untuk merundingkan kerjasama tersebut.

BAHAYA BAKAL MENANTI, NAJIB CUBA SELONGKAR SALAH ISA SAMAD MELALUI SHAHRIR?

Selepas dilantik sebagai Pengerusi Felda, Shahrir Samad, meskipun mengatakan hasratnya memulihkan agensi persekutuan itu yang dilanda pelbagai masalah, kecenderungannya lebih terlihat seperti ingin menyelongkar dan mendedahkan satu demi satu kesalahan Isa Samad.

Sebelum ini, Isa adalah Pengerusi Felda dan juga Pengerusi Felda Global Ventures Bhd atau FGV, cabang perniagaan agensi tersebut.

Bagaimanapun, Najib Razak yang menjaga Felda kini bertindak memisahkannya dengan melantik Shahrir sebagai Pengerusi Felda, manakala Isa hanya dikekalkan di FGV sahaja.

Sebaik dilantik, langkah pertama yang diambil Shahrir ialah mahu menjual semua aset dan hartanah Felda di luar negara, termasuk dua hotel di London yang dibeli oleh Isa beberapa tahun dahulu.

Alasan penjualan itu ialah untuk mengukuhkan aliran tunai Felda yang dikatakan semakin terjejas dan kekeringan wang kebelakangan ini.
Secara langsung dan tidak langsung, langkah penjualan aset dan hartanah itu seolah-olah menunjukkan pembeliannya yang dilakukan Isa sebelum ini adalah keputusan yang salah dan tidak mendatangkan faedah maksimum kepada Felda dan para peneroka.

Terbaru ini, Shahrir mempertikaikan pula ke mana perginya wang RM4.3 bilion yang merupakan lebihan daripada perolehan penyenaraian FGV di Bursa Saham.

"Felda mendapat RM6 bilion hasil penyenaraian FGV yang merupakan harta bisnes Felda. Daripada jumlah itu, kita belanjakan RM1.7 bilion  sebagai durian runtuh kepada peneroka di mana setiap keluarga memperolehi RM15 ribu dan ada bakinya RM4.3 bilion lagi.

"Jadi, RM4.3 bilion itu mana pergi?" kata Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru.

Sekali lagi, cara Shahrir mempersoalkan ke mana perginya wang RM4.3 bilion itu memperlihatkan seperti beliau mempertikaikan cara Isa berbelanja ketika bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu mengetuai Felda sebelum ini.

Apa lagi agaknya yang akan diselongkar oleh Shahrir selepas ini?

Isu berkaitan perbelanjaan dan ke mana perginya wang Felda sudah banyak diperkatakan sebelum ini. Rafizi Ramli dan Mazlan Aliman adalah antara mereka yang aktif mendedahkan pelbagai pembaziran dan salah laku dalam agensi tersebut sejak bertahun-tahun lamanya.

Tetapi, semua pendedahan mereka seolah-olah tidak mendatangkan apa-apa kesan kerana Isa yang mengetuai Felda dan FGV bagaikan ada kebebasan serta mendapat restu dan "dilindungi"  oleh Najib untuk berbelanja apa saja mengikut perkiraannya.

Itulah yang akhirnya menyaksikan banyak pembelian hartanah, hotel dan  pengambil-alihan syarikat, baik di dalam mahu pun di luar negara, begitu aktif dijalankan semasa Isa mengetuai Felda dan FGV.

Dua tahun tanpa Tok Guru

Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik MatAllahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
ULASAN Ucapan takziah dari saya yang mewakili Amanah Negeri Johor kepada keluarga Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dua tahun lalu kami telah kehilangan seorang tokoh yang dikagumi seluruh manusia di negara ini. Dua tahun lalu juga tubuh kecil yang berpengaruh itu dijemput Allah untuk pulang bertemu-NYA.
Perjalanan yang jauh dalam jerih mengharungi politik di Malaysia dengan membawa pendekatan Islam sebagai agama Rahmat Untuk Semua, kemesraan pendekatan Allahyarham tidak dapat dikikis dari minda kawan mahu pun lawan.
Bagi ahli Amanah, kami juga pernah bersama-sama Allahyarham Tok Guru suatu ketika dulu dalam memperjuangkan agama Allah ini. Dengan slogan 'Pas For All', Tok Guru mampu memecahkan tembok perbezaan dengan meletakkan titik persamaan sebagai matlamat untuk menumbangkan Umno selaku pemerintah yang memeras.
Dua tahun sudah berlalu. Bayang Tok Guru tidak lagi kelihatan. Dalam tempoh itu jugalah Pas yang dahulunya dilihat berlawan dengan Umno atas dasar kebenaran dan keadilan hari ini dilihat mula bermesra dengan Umno dalam mengharungi politik yang dipimpin oleh pemimpin kleptokrasi.
AL-FATIHAH

DAP ucap ‘Fueki-ryûkô’ pada 4 bekas ahlinya

  Pemimpin parti itu memetik puisi Jepun itu untuk ucap selamat tinggal pada seorang ahli Parlimen dan 3 Adun DAP yang keluar parti hari ini.
zairil-dap-1
PETALING JAYA: Ya, DAP berubah tetapi ia tidak bermakna prinsip asasnya turut berubah, kata pemimpin DAP hari ini sebagai respons susulan 4 pemimpin negerinya di Melaka meletak jawatan secara mengejut.
Memetik puisi Jepun, Fueki-ryûkô yang bercakap mengenai prinsip konsistensi dan perubahan, Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata walaupun parti itu berubah, ada perkara yang kekal sama.
“Dalam DAP, ketika kami terus berubah, ada prinsip tertentu yang kekal dan kami komited untuk itu,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian ketika mengulas rungutan pemimpin negeri DAP yang meletak jawatan hari ini. Mereka berkata sudah hilang keyakinan terhadap ketua parti, Lim Guan Eng.
4-dap
Empat pemimpin itu ialah Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him, Adun Bachang Lim Jak Wong, Adun Kesidang Chin Choon Seong dan Adun Duyong Goh Leong San.
Mereka juga menulis surat kepada Lim menyatakan DAP menyimpang daripada sasaran sebenar parti.
Zairil bagaimanapun percaya ada alasan lain yang menyebabkan mereka meletak jawatan.
“Bukankah mereka individu yang sama digantung oleh lembaga disiplin parti kami?,” katanya.
Beliau merujuk kepada Sim dan Goh, yang digantung DAP sejak Februari tahun lalu kerana mencemar nama baik parti menerusi tuntutan saman terhadap rakan ahli dalam parti.
“Tidak terlalu terkejut bila mereka buat keputusan untuk keluar. Mereka juga hilang pemilihan dalaman parti. Boleh buat kesimpulan sendiri di sini. Dan berubah ialah sebahagian daripada evolusi dalam politik. Mereka yang tidak berubah akan tertinggal,” katanya.

Pas minta Tun M berhenti mendesak

Idris AhmadIdris Ahmad
Naib Presiden Pas Idris Ahmad meminta Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak mendesak parti itu dalam isu penyertaan dalam Pakatan Harapan.
Beliau berkata adalah tidak wajar untuk bekas perdana menteri itu memberi kata dua kepada Pas untuk menyatakan keputusan dalam tempoh sebulan.
Menurutnya proses membuat keputusan berhubung perkara tersebut merupakan sesuatu yang besar dan memerlukan tempoh yang panjang untuk dibincangkan.
“Dr Mahathir hendaklah hormat dengan Pas dan jangan buat PAS seperti budak-budak, tindakannya memberi amaran merupakan sikap tidak baik.
“Kami dah lama jadi pembangkang 22 tahun (dari) zaman beliau (Dr Mahathir) menjadi perdana menteri,” katanya dalam sidang media selepas Ceramah Mega RoadShow 355 peringkat negeri di Markas Pas Bukit Chempedak, Bukit Gantang, malam tadi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam yang memberi tempoh sebulan kepada pemimpin Pas untuk memutuskan sama ada mahu menyertai pakatan harapan atau tidak.

PAS-BERSATU: Tak perlu tunggu sebulan, Hadi jawab Tun M

Bersatu tak perlu tunggu Pas, kata Hadi kepada MahathirBersatu tak perlu tunggu Pas, kata Hadi kepada Mahathir
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak perlu menunggu tempoh sebulan seperti ditawarkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai Pakatan Harapan.
Beliau berkata dasar Pas sangat jelas iaitu parti Islam itu tidak akan bekerjasama dengan parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
“Tak perlu tunggu sebulan dengan Bersatu. Kita sudah ada dasar. Dasar (kita) tidak kerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah.
“Kita sudah buat keputusan, semua parti ada hubungan dengan DAP dan Amanah, kita tak ada hubungan dengan mereka.
“Tak perlu tunggu (BERSATU). Bila dia dah ada hubungan dengan DAP dan AMANAH, habislah,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kebajikan Pas di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Ampang hari ini.
Abdul Hadi berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberi tempoh sebulan dari semalam kepada pemimpin Pas untuk memutuskan sama ada mahu menyertai Pakatan Harapan ataupun tidak.
Abdul Hadi turut menolak untuk berjumpa dengan Dr Mahathir bagi berbincang mengenai perkara itu memandangkan Bersatu mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah.
Pada 1 Februari lalu, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengadakan mesyuarat dengan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di ibu negara bagi merintis jalan ke arah kerjasama antara kedua-dua parti.
Mesyuarat itu menghasilkan draf kerjasama yang akan diperincikan oleh kedua-dua pihak untuk ditandatangani oleh Presiden kedua-dua parti pada satu tarikh terdekat.
Pada mesyuarat itu juga kedua-dua parti turut membentuk jawatankuasa teknikal bersama untuk mengambil tindakan susulan atas keputusan yang dipersetujui.

Kenyataan Hadi Awang melucukan, kata Husam

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa menyifatkan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai melucukan.
Ini kerana, kata Husam, beliau belum pernah mendengar mana-mana pihak yang kalah dalam saman sivil tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya umum (PRU).
“Kenyataan Hadi sangat melucukan. Saya tak pernah dengar orang yang kalah dalam sivil kes di mahkamah tidak dapat bertanding pilihan raya,” katanya kepada Malaysiakini.
Malah, kata Husam lagi, Hadi seolah-olah membuat kesimpulan beliau telah kalah dalam kes tersebut.
“Oleh kerana kes ini tidak dibawa ke mahkamah atau belum dibawa ke mahkamah, kita tidak tahu siapa yang akan menang atau kalah, jadi macam mana dia boleh boleh buat kesimpulan saya yang akan kalah kes,” katanya.
Husam berkata demikian mengulas kenyataan Abdul Hadi sebelum ini bahawa beliau sengaja tidak mahu bertanding dalam PRU14 dengan mendakwa PAS menerima dana sebanyak RM90 juta.
Ia kerana, kata Abdul Hadi, sekiranya perkara itu dibawa ke mahkamah dan mendapati Husam kalah kerana berbohong menyebabkan beliau tidak layak untuk bertanding dalam PRU14.
Abdul Hadi turut menyifatkan tindakan Husam membangkitkan isu berkenaan hanyalah helah untuk tidak mahu bertanding PRU.
Mengulas lanjut, Husam berkata, Abdul Hadi seharusnya menggunakan satu perkataan sahaja kerana kenyataannya sebelum ini sukar difahami.
Husam turut meminta Abdul Hadi menyatakan pendiriannya untuk meneruskan saman tersebut atau tidak.
“Pemimpin besar macam Ustaz Hadi sebagai Presiden PAS sepatutnya guna satu perkataan sahaja atau dalam bahasa Arab, kalam wahid bukan dua perkataan yang tidak dapat dibaca maksud sebenar.
“Oleh kerana itu dia perlu tegaskan nak teruskan saman ataupun langsung tidak menyaman saya,” katanya.

RM90 Juta: Sah, Pas belum saman Sarawak Report

Sarawak Report membetulkan kenyataan Timblan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa parti itu telah mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web ituSarawak Report membetulkan kenyataan Timblan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa parti itu telah mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web itu
Sarawak Report menafikan bahawa Pas telah memulakan tindakan undang-undang terhadap laman web itu kerana mendakwa kepimpinan kanan parti Islam itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sehingga hari ini, kami boleh mengesahkan bahawa Pas belum lagi memulakan sebarang tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report," kata Sarawak Report dalam satu kenyataan.
Pihaknya menegaskan demikian sebagai membetulkan kenyataan Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Jumaat lalu bahawa parti itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa seperti yang dilakukan terhadap Sarawak Report.
Husam menerusi satu klip video ceramahnya yang kini ditularkan melalui media sosial mendakwa Pas menerima wang RM90 juta daripada Umno seperti didedahkan Sarawak Report.
Beliau juga mendakwa wang itu disalurkan melalui sebuah bank tempatan, Affin Bank.
Mengulas lanjut, Sarawak Report yang berpengkalan di UK berkata, dua bulan lalu seorang pimpinan Pas menghantar surat tuntutan melalui peguam di United Kingdom (UK) mengandungi tuntutan agar Sarawak Report menarik balik artikel yang didakwa memfitnah parti itu.
Sarawak Report mendakwa sejumlah RM90 juta dipercayai dimasukkan ke akaun pimpinan kanan Pas.
Transaksi itu, katanya, antara usaha Najib untuk memikat kepimpinan Pas agar menyokong Barisan Nasional dan Umno.
Walau bagaimanapun, Pas tidak mengambil apa-apa tindakan selepas seminggu tuntutan itu dibuat.
"Membayar seorang peguam untuk menulis surat adalah tidak sama dengan mengambil tindakan undang-undang," jelas Sarawak Report.

Hadi kata isu dana RM90 juta helah Husam tak mahu tanding PRU14

Hadi kata Husam sengaja bangkitkan isu dana RM90 juta supaya kalah kes dan tidak layak bertanidng PRU14Hadi kata Husam sengaja bangkitkan isu dana RM90 juta supaya kalah kes dan tidak layak bertanidng PRU14
Presiden Pas berkata Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husa Musa sengaja membangkitkan isu dana RM90 kerana tidak mahu bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sekiranya isu RM90 juta dibawa ke mahkamah dan Husam kalah kes itu, kelayakannya untuk bertanding akan hilang.
“Saya merasakan beliau (Husam) tidak mahu bertanding PRU akan datang. Jadi, beliau buat begitulah (bangkitkan isu RM90 juta). Kalau bawa ke mahkamah benda bohong, apabila kalah sudah tidak boleh bertanding dalam PRU.
“Kalau tidak mahu bertanding, beritahulah supaya senang,” katanya seperti dipetik Free Malaysia Today.
Sebelum ini Husam mendakwa bahawa duit yang diterima Pas dari Umno sebanyak RM90 juta sebagaimana didedahkan Sarawak Report disalurkan melalui sebuah bank tempatan iaitu Affin Bank.
Jumaat lalu, Naib Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan perkaa itu dan berkata kenyataan Husam mengenai dana itu adalah rantaian daripada fitnah dibuat Sarawak Report sebelum ini.

Mursyidul Am tunjuk bukti PAS tiada RM90j

Mursyidul Am PAS berkata, mana mungkin beliau masih kekal menggunakan kereta Proton Saga dan memiliki rumah sederhana jika dakwaan ADUN Salor Datuk Husam Musa mengenai dana RM90 juta itu benar.
Hashim Jasin berkata, beliau kini hanya memiliki sebuah kereta Proton Saga dan rumah yang hanya bernilai RM60,000.
“Saya ni Mursyidul Am dan (Datuk Abdul) Hadi Awang Presiden PAS. Saya pakai kereta (Proton) Saga je. Kalau ada RM90 juta, tak kan saya pakai kereta Saga je. Itu terjawablah rasanya.
“Rumah saya pun dalam nilai RM50,000 hingga RM60,000 sahaja. kalau kami (PAS) ada RM100 juta, apa nak jadi, kolam renang tiga saya akan buat,” katanya kepada pemberita selepas Konvensyen Kebajikan PAS di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hari ini.
Hashim berkata demikian mengulas dakwaan Husam bahawa ADUN Salor itu mempunyai butiran berkaitan dana RM90 juta yang didakwa ada kaitan dengan PAS.
Kata Husam, dana berkenaan disalurkan ke akaun di Affin Bank.
Sementara itu, PAS akan melihat perkembangan akhir sebelum sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) jika PKR masih lagi menjalinkan kerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Pemimpin DAP hanya tahu berkokok, kata ketua menteri Melaka

Datuk Seri Idris Haron berkata pemimpin tertinggi DAP ibarat berkokok keliling kampung menyatakan sikap terbuka tetapi sebenarnya “di ekor penuh tahi”.
idris-haron-dap
PETALING JAYA: Ketua menteri Melaka berkata tindakan 4 pemimpin DAP negeri itu keluar parti menjadi isyarat supaya pemimpin tertinggi parti pembangkang berkenaan tidak menuduh pemimpin lain teruk.
Datuk Seri Idris Haron berkata pemimpin tertinggi DAP seperti Lim Guan Eng lebih banyak bermain politik daripada menjaga kebajikan rakyat.
“DAP tidak boleh kata orang lain teruk, kerana dia ibarat berkokok keliling kampung kata bersikap terbuka tetapi sebenarnya di ekor penuh tahi,” katanya kepada FMT hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas 4 pemimpin DAP termasuk Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him dan 3 Adun Melaka iaitu Goh Leong San (Duyong), Lim Jack Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang) keluar DAP hari ini.
Empat pemimpin terbabit bertindak sedemikian kerana hilang keyakinan terhadap Lim dan kepimpinan tertinggi parti dalam mengendalikan isu luaran dan dalaman parti.
Idris berkata sepanjang menjadi ketua menteri beliau pernah melihat Goh dipecat sebagai ketua pembangkang di DUN Melaka hanya kerana memberi komen membina dan memuji kepimpinannya.
“Kepimpinan DAP yang saya nampak pada hari ini tidak seperti Goh. Dia lebih berfikiran terbuka dan jujur dalam bekerja, selain dia seorang yang baik,” katanya.
Idris turut mendedahkan sebenarnya berlaku perpecahan dalam kalangan ahli DAP Melaka sehingga menyebabkan Lim lari dari Melaka dan bertanding di Pulau Pinang.

'Anda penyokong Ahok jika tidak hadir himpunan RUU 355' kata PJ Pas Perak

Dalam tempoh 24 jam sepanjang hari ini, tiga kali Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria di status Facebook beliau mengaitkan pihak yang dianggapnya menentang himpunan Rang Undang-Undang (RUU) 355 dengan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahja Purnama atau ‘Ahok’.
Razman Zakaria"Kalau anda tidak turun ke Padang Merbok pd 18/2/17 Anda penyokong Ahok," ujarnya merujuk kepada satu-satunya Gabenor dari keturunan Cina dan beragama Kristian pertama mentadbir Jakarta dalam tempoh lebih 50 tahun itu yang kemudiannya didakwa menghina al-Quran.
Bagaimanapun, semakan Malaysia Dateline setakat pukul 7 petang hari ini mendapati, rata-rata pengguna di media sosial mengkritik Razman termasuk mengaitkan tindakan Pas mengadakan himpunan itu sebagai memulihkan imej parti tersebut selepas dibohongi Umno-BN.
Terdahulu, Razman juga memuat status Facebook yang menyebut tentang reaksi "parti serpihan Ahok" apabila "big brother" dikatakan menerima dana dari Israel.
"Hairan juga parti serpihan Ahok bila big brother dituduh terima duit Israel relax jer. Israel musuh Islam," ujarnya yang pernah bekerja di Jabatan Kastam Diraja Malaysia itu.
Bahkan dalam status yang melampirkan lapan "Peraturan dan Arahan Am Peserta Himpunan 355", beliau menulis, "Turun dengan berhemah. Tarikh (?) membezakan Melayu yang sokong Ahok," katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, pihak sekretariat himpunan di Padang Merbok itu dikatakan telah menyediakan 500 pemantau khas bagi mengawal dan merakam sebarang gerakan yang mencurigakan.

Banjir Kelantan bukan disebabkan penebangan hutan - Mohd Amar

PAS tidak akan sertai Pakatan Harapan

RM90 Juta: Husam sengaja cari 'nahas', tak mahu tanding PRU - Hadi

Bersatu - Pas: "Tak perlu tunggu sebulan, Tun M" balas Hadi

"Belum masa untuk ubah mekanisma subsidi minyak" - Menteri Umno

Mana FGV RM4.3 billion ?, MOF akan 'siasat' - Johari

Makna tersirat Dr M jumpa Anwar

Jika Tun Dr Mahathir Mohamad cukup bagus menyatukan pembangkang, bekas perdana menteri itu tidak perlu bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata presiden PKR hari ini.
Bercakap kepada media, Datuk Ser Dr Wan Azizah Wan Ismail memberitahu dalam keadaan sekarang Dr Mahathir masih berjumpa dengan bekas timbalannya pada suatu ketika dulu.
"Beliau (Dr Mahathir) berjumpa Anwar. Saya fikir, kalau beliau begitu bagus menyatukan (pembangkang) beliau tidak perlu datang.
"Tetapi beliau datang (berjumpa Anwar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam). Ada sesuatu yang lebih daripada bersemuka," katanya di Subang Jaya.
Dr Wan Azizah ditemui pada majlis pelancaran buku veteran politik, Dr Syed Husin Ali.
Pertemuan Dr Mahathir dan Anwar itu berlangsung kira-kira 45 minit. Ia adalah pertemuan terbuka kedua mereka sejak Anwar dipecat Dr Mahathir daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 1998.
Pertemuan pertama mereka - juga di mahkamah - berlangsung pada 5 September 2016.
Dr Wan Azizah sebelum itu ditanya mengenai kemungkinan Dr Mahathir kini mengambil tugas sebagai pemimpin sebenar pembangkang kerana dilihat lebih ke depan berusaha menyatukan pelbagai parti bagi menghadapi BN.
Untuk rekod, Dr Wan Azizah adalah ketua pembangkang ketika ini.
Kata anggota parlimen Permatang Pauh itu, tugas sebagai ketua pembangkang memang mencabar namun pujian patut diberikan kepada Anwar.
"Saya rasa ia (tugas sebagai ketua pembangkang) tidak mudah kerana kita sudah dilihat berpecah-belah.
"Berikan beliau (Anwar) sedikit penghargaan kerana mengambil tanggungjawab itu untuk suatu tempoh tertentu," katanya.
Anwar dianggap berperanan menyatukan pembangkang bagi menghadapi BN pada pilihan raya umum ke-13 pada 2007.
Tindakan itu berjaya membuat BN menguasai Dewan Rakyat hanya dengan majoriti mudah.
Bagaimanapun pakatan pembangkang bermasalah selepas Anwar dipenjara untuk kali kedua pada 2015 atas tuduhan meliwat yang didakwa sebagai bermotifkan politik.

BAGAIMANA ZAHID TAHU MENTERI YANG AZMIN MAKSUDKAN ITU ANIFAH AMAN?

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi akhirnya memecah kebuntuan dengan mengesahkan bahawa menteri yang didakwa mahu meletakkan jawatan sebagaimana yang ditanyakan oleh Azmin Ali melalui laman Twitternya semalam ialah Menteri Luar Negeri, Anifah Aman.

Saya tahu status laman sosial Azmin itu merujuk kepada Anifah Aman, kata Zahid.

Bagaimanapun Zahid menafikan berita perletakan jawatan Anifah itu dan menyifatkan ia sebagai suatu pembohongan yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor.

Menurutnya, beliau ada bersama Anifah di Kota Kinabalu malam tadi  sebelum Menteri Luar itu berangkat ke Brussels, Belgium hari ini atas tugasan rasmi.
Persoalannya, bagaimana Zahid Hamidi tahu tweet Azmin itu merujuk kepada Anifah sedangkan nama Menteri Luar itu tidak disebut sama-sekali?

Apa yang dibangkitkan oleh Azmin hanyalah sekadar pertanyaan yang kemudian disusuli dengan kenyataannya kepada media bahawa maklumat itu diperolehinya daripada menteri berkenaan.

"Tunggu dan lihat, maklumat itu datang daripada orang yang berkenaan.

"Kita akan umumkan," kata Azmin lewat malam tadi.

Mungkin tidak begitu menghairankan jika Zahid sekadar menolak ada mana-mana menteri yang mahu meletakkan jawatan, tetapi apabila beliau tanpa keraguan mengesahkan maksud tweet yang ditulis Azmin itu ditujukan kepada Anifah, ia tentu menghairankan.

Oleh kerana Zahid bersama dengan Anifah malam tadi, kebarangkaliannya ialah beliau mengetahui tweet Azmin itu dimaksudkan kepada Anifah kerana ia diberitahu sendiri oleh Menteri Luar itu.

Nazri: Azmin tipu, alih perhatian daripada masalah parti

Sambil berseloroh, Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz juga berkata bukan beliau menteri yang hendak meletak jawatan itu.
nazri-aziz_azmin-ali_600
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali cuba untuk memesongkan perhatian daripada semua masalah dihadapi pembangkang pada masa ini, dan itu sebabnya beliau mendakwa ada menteri kanan meletak jawatan.
Sekurang-kurangnya itulah apa yang Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz percaya.
Bercakap kepada wartawan di sini hari ini, Nazri mempersoalkan rasional di sebalik mana-mana ahli BN pergi pada pesaing politik untuk berkongsi niat keluar daripada kumpulan pemerintah.
“Saya percaya ini sengaja dibuat. Untuk mengalih perhatian daripada pembangkang, dengan mencipta isu yang boleh menimbulkan persoalan.
“Kalau ada menteri nak berhenti, tidak ada sebab dia hendak jumpa Azmin. Dia bukan perdana menteri.
“Azmin, dalam politik dia tetap musuh. Jadi, jika katalah orang itu mahu beritahu seorang kawan, dia boleh beritahu saya. Apa yang salahnya?,” katanya.
Tetapi Nazri berkata tidak ada menteri yang datang kepadanya dan bercakap mengenai meletak jawatan.
Ketika ditanya sama ada mungkin menteri terbabit bertemu Azmin kerana berminat menyertai pembangkang, Nazri berkata langkah yang betul ialah meletak jawatan dulu, dan kemudian barulah mendatangi pembangkang.
“Jika individu itu betul mahu meletak jawatan, jumpalah perdana menteri. Jangan main-main macam itu. Walau apa pun, bukan saya yang hendak letak jawatan ya,” katanya.

Kit Siang sebenarnya ketua pembangkang, kata Najib

Perdana menteri berkata pengundi tahu DAP menguasai paling banyak kerusi dalam pakatan pembangkang.
najib_lim-kit-sing_pakatan_600
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata DAP perlu berhenti menyembunyikan fakta yang Lim Kit Siang ialah ketua umum gabungan pembangkang Pakatan Harapan.
“Lim Kit Siang ialah ketua umum Pakatan. DAP perlu berhenti daripada cuba menyembunyikan perkara itu,” katanya dalam Twitter.
Najib berkata pengundi tahu DAP menguasai paling banyak kerusi dalam pakatan pembangkang.
“Dan LKS (Lim Kit Siang) sebenarnya yang menjadi ketua,” kata perdana menteri mengenai penasihat DAP itu.
Najib membuat kenyataan itu susulan pihak dalam kalangan parti pembangkang saling berbalas kenyataan mengenai siapa ketua mereka.

SPRM kumpul bukti penjawat awam degil main golf

Datuk Azam Baki berkata penjawat awam terbabit tidak memandang serius amaran SPRM sebelum ini supaya berhenti bermain golf di luar negara dengan tajaan orang berkepentingan.
azam-baki_golfl_sprm_600
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti beberapa penjawat awam yang masih berdegil bermain golf di luar negara dengan tajaan orang berkepentingan.
Tanpa mendedahkan sebarang nama, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata badan anti rasuah itu sedang menjalankan siasatan dan proses mengumpul bukti sebelum tindakan diambil ke atas mereka.
“Mereka ini (penjawat awam) dipercayai masih berdegil dan tidak memandang serius amaran yang dikeluarkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad sebelum ini supaya berhenti bermain golf di luar negara dengan tajaan orang berkepentingan,” katanya.
Katanya, SPRM tidak menghalang penjawat awam bermain golf namun ia menjadi isu apabila mereka ditaja pihak seperti kontraktor dan pembekal serta melibatkan rasuah dan salah guna kuasa.
Sambil berkata tiada lagi amaran akan diberikan SPRM kepada individu berkenaan, beliau menegaskan: “Sudah tiba masanya untuk mereka lebih berwaspada dengan perbuatan sendiri”.
Azam berkata SPRM memandang serius perkara itu, malah mengambil tindakan terhadap beberapa individu sebelum ini kerana didapati sering ke luar negara untuk bermain golf dengan orang berkepentingan.
“Apa yang pasti tindakan tegas menanti mereka yang degil dan mungkin berfikir nama mereka tidak terdapat dalam senarai SPRM,” katanya.
Menurutnya, individu terbabit bukan saja ditaja kos perjalanan malah perbelanjaan untuk beli-belah.
SPRM baru-baru ini menahan seorang ketua setiausaha sebuah kementerian bergelar Datuk dalam siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa yang turut membabitkan bermain golf di luar negara.