Jumaat, 10 Februari 2017

1MDB bukan masalah besar ??

Hutang 1MDB masih RM50 bilion..
BUKAN MASALAH BESAR??

Sampai tergadai aset2 negara kpd Komunis-China..
BUKAN MASALAH BESAR??

Nama Malaysia dah busuk ke serata dunia angkara skandal 1MDB..
BUKAN MASALAH BESAR??

Duit 1MDB diperguna utk bayar hutang judi LAS VEGAS US$11 juta..
BUKAN MASALAH BESAR??

Negara dipimpin oleh penyangak & perompak 'berlesen'..
BUKAN MASALAH BESAR??

ALANGKAH LEBIH BAIK Ahmad Maslan kurang berkata, kerana asal aja kluar dari mulut beliau PASTI BAU BODOH !!!

YANG PENTING DAP dipersalahkan di mata rakyat...

Jika Ameno Tak Menipu Itu Adalah Satu Dosa Besar Bagi Mereka..

Menipu itu satu kemestian bagi menipu & perbodohkan rakyat

JANGAN RISAU.. korang bayar GST, korang juga kena tanggung minyak naik..

TERKINI.. Rizab Antarabangsa Bank Negara M'sia SEMAKIN SUSUT yg kini dah tinggal USD95.0 bilion sahaja... berbanding paling tinggi yg pernah dicatatkan adalah sbyk USD141.4 bilion..


NAMPAK TAK !!!.. Bila la negara nak jahanam... Selagi negara tak jahanam rakyat tak akan sedar2..

Ini Semua Salah Cina-DAP !!!


WOWW !!! Tu dia satu negara nak di'Komunis-China'kan oleh DIA...


"Kuasai bahasa Mandarin mudahkan urusan dengan China" - Najib Razak, 9/2/2017.


TAK LAMA LAGI giliran PLOTON pula..


HIDUP MELAYU !!.. HIDUP UMNO !!!..

SETUJU DENGAN CADANGAN PERSATUAN EKONOMI MALAYSIA, GESA PERDANA MENTERI GANTIKAN SEMUA LANTIKAN POLITIK DI TABUNG HAJI DAN FELDA

Saya mengalu-alukan kenyataan Dato’ Latifah Merican Cheong, mantan Penolong Bank Negara Malaysia dan Timbalan Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia (PEM) mengenai keperluan meletakkan kawal selia prestasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Parlimen.

Pandangan beliau itu selari dengan pendirian saya dan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan selama ini, iaitu:

Jawatankuasa Terpilih (Select Committee) yang khusus untuk mengawal selia prestasi kewangan sektor-sektor penting yang melibatkan wang rakyat perlu diwujudkan;
Jawatankuasa Terpilih ini perlu dianggotai oleh ahli-ahli parlimen yang berkelayakan dan padan dengan kepakaran dari kerajaan dan pembangkang;
Kakitangan dan sumber yang khusus diberikan kepada Jawatankuasa-jawatankuasa Terpilih ini untuk meneliti dan mengawal selia prestasi dan perjalanan sektor-sektor penting yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Susulan dari kenyataan Dato’ Latifah Merican Cheong itu, saya mencadangkan supaya sekurang-kurangnya ada dua Jawatankuasa Terpilih yang baru iaitu Jawatankuasa Terpilih yang mengawal selia perbelanjaan dan prestasi kementerian serta agensi-agensi kerajaan; dan Jawatankuasa Terpilih yang mengawal selia perbelanjaan dan prestasi badan pelaburan kerajaan, PETRONAS dan GLC. Selain dari tanggungjawab mengawal selia perbelanjaan dan prestasi badan/syarikat, Jawatankuasa Terpilih juga diberi kuasa menjalankan proses pengesahan pencalonan (“confirmation hearing”) untuk mengesahkan calon-calon CEO/Pengarah Urusan/Pengerusi yang dicadangkan oleh Perdana Menteri.

Saya ingin mengingatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa desakan untuk memisahkan kawal selia dan pertanggungjawaban badan/syarikat milik kerajaan kepada Perdana Menteri adalah semakin memuncak. Malah, sentimen rakyat telah bertukar menjadi penolakan kepada penglibatan ahli politik di dalam badan-badan ini disebabkan pelbagai skandal yang berlaku di bawah pentadbiran beliau yang melibatkan kepimpinan ahli politik di badan/syarikat milik kerajaan.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya Dato’ Seri Najib mendengar suara rakyat itu dengan menukar ahli-ahli lembaga pengarah di dua badan kerajaan yang menduduki kerusi tersebut atas dasar ahli politik/lantikan politik; seperti yang disenaraikan dibawah:

TABUNG HAJI
1. YB Dato’ Seri Azeez Abdul Aziz (Pengerusi)
2. Tan Sri Othman Mahmood
3. Tan Sri Badruddin Amiruldin
4. Tan Sri Mohamed Apandi Ali
5. YB Tan Sri Mohamad Aziz
6. Tan Sri Shukry Salleh
7. YB Dato’ Rosni Sohar

iaitu 7 dari 10 ahli Lembaga Pengarah; mereka wajar digantikan oleh pakar-pakar perniagaan dan pelaburan

Zaid Ibrahim perjelas kenyataan Dr M jadi ketua pembangkang

Zaid Ibrahim berkata beliau hanya menyuarakan pendapat peribadi beliau, bukan bagi pihak parti.
zaid-mahathirAhli DAP berprofil tinggi terbaharu, Datuk Zaid Ibrahim, hari ini berkata beliau tidak pernah berniat mencadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ketua de facto pembangkang.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan laporan diterbitkan Malay Mail Online (MMO) di mana beliau dipetik berkata pakatan pembangkang mempunyai “perjanjian senyap yang Dr Mahathir ketua de facto pembangkang terkini”.
“Apabila orang mengatakan pembangkang tidak mempunyai pemimpin, saya cuba untuk menjelaskan. Saya tidak pernah berniat untuk berkata Dr Mahathir sebagai pemimpin tertinggi,” kata Zaid dalam mesej yang disiarkan di Twitter.
Ketika dihubungi FMT, bekas de facto menteri undang-undang berkata kenyataannya kepada portal berita itu berdasarkan pemerhatian peribadinya.
“Saya hanya menyatakan pendapat peribadi saya, bukan parti.”
“Saya sebagai ahli biasa sudah tentu tidak layak bercakap bagi pihak parti, apatah lagi pembangkang. Saya minta maaf dalam usaha menunjukkan pembangkang mempunyai pemimpin yang berwibawa, ia menyebab pemimpin tertinggi terasa.”
Beliau berkata memandangkan hakikat kepimpinan tertinggi pilihan pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini di penjara, ramai yang melihat kepada kepimpinan Dr Mahathir.
“Saya bukan tidak menghormati (pemimpin pembangkang semasa) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, saya hanya merasakan Dr Mahathir menjadi salah satu penggerak banyak perkara untuk pembangkang.
“Dan tidak ada sesiapa mengetuainya sekarang,” Zaid memberitahu FMT.
Laporan MMO bertajuk “Zaid Ibrahim: Dr M adalah Ketua de facto Pembangkang”, memetik Zaid berkata beliau menganggap Dr Mahathir ketua umum pembangkang, kerana bekas perdana menteri itu adalah satu-satunya pemimpin dengan pendapat dan berpengalaman yang kuat.
“Kita sudah ada pemimpin. Ia cuma tidak diperkatakan dan diisytihar. Tetapi Dr Mahathir pemimpin umumnya dan saya gembira,” katanya sebagaimana dilaporkan MMO.

Ada menteri letak jawatan kerana 1MDB?

Datuk Seri Azmin Ali hari ini bermain teka-teki berhubung kedudukan seorang "menteri kanan" yang didakwanya meletak jawatan.
Kata menteri besar Selangor itu, menteri terbabit melepaskan jawatannya kerana "tidak mahu bersubahat" dengan isu 1MDB.
Bagaimanapun melalui status Twitter itu Azmin tidak menyatakan secara jelas menteri berkenaan, sebaliknya sekadar melontarkan pertanyaan.
"Benarkah ada seorang menteri kanan telah meletakkan jawatan? Khabarnya beliau tidak mahu bersubahat dengan 1MDB. Cuba ikuti perkembangan," kata Azmin di Twitternya petang tadi.

PKR desak Najib tukar ahli lembaga pengarah Tabung Haji, Felda

Rakyat mula meragui penglibatan ahli politik dalam 2 badan kerajaan itu ekoran pelbagai skandal melibatkan kepimpinannya.
rafiziPKR mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didesak menukar ahli lembaga pengarah Tabung Haji dan Felda yang dilantik atas dasar politik.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, rakyat mula meragui penglibatan ahli politik dalam kedua-dua badan kerajaan itu ekoran pelbagai skandal melibatkan kepimpinannya.
“Saya menyeru supaya Najib mendengar suara rakyat dengan menukar ahli lembaga pengarah di 2 badan kerajaan yang menduduki kerusi tersebut atas dasar ahli politik atau lantikan politik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Rafizi turut menyenaraikan 7 daripada 10 nama ahli lembaga pengarah Tabung Haji yang menurutnya wajar digantikan pakar perniagaan dan pelaburan.
Ia termasuk Pengerusi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Tan Sri Othman Mahmmood, Tan Sri Badruddin Amiruldin, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Tan Sri Mohamad Aziz, Tan Sri Shukry Mohd Salleh dan Datuk Rosni Sohar.
Sementara itu, ahli Parlimen Pandan itu turut menyenaraikan 6 daripada 11 ahli lembaga pengarah di Felda, termasuk pengerusi baru dilantik, Tan Sri Shahrir Samad.
Individu lain menurut Rafizi wajar digantikan adalah Datuk Mohd Suhaili Said, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, Datuk Abu Bakar Harun, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dan Datuk Mohd Isa Abu Kassim.

Anwar diperlukan, rakyat tagih pemimpin bijak dan adil

Rakyat sepatutnya sedar bahawa negara ini memerlukan pemimpin berjiwa rakyat, bijak dan adil.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia lebih jelas lagi apabila berhadapan dengan kemelut negara yang ditadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika ini.
Katanya, Najib gagal di dalam setiap aspek kepimpinan bermaruah sekaligus menyebabkan Malaysia terus dibelenggu kesusahan.
“Hari ini genap dua tahun Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan sebagai tahanan politik.
“Selepas melalui satu proses perbicaraan tidak adil, keluarga beliau, masyarakat malah negara ini dirompak seorang tokoh berwibawa
“Anwar Ibrahim merupakan tokoh yang kita perlukan pada masa ini,” katanya dalam kenyataan.
Nik Nazmi menyifatkan semangat ditunjukkan Anwar tidak pernah padam, kata-katanya masih penuh bermakna, dan pemikirannya terus relevan sehingga kini, walaupun berada di tirai besi.
“Tidak syak lagi beliau adalah calon Perdana Menteri terbaik sekiranya Pakatan Harapan menang.
“Satu-satunya cara untuk memastikan pembebasan beliau adalah dengan menewaskan Najib dan kerajaan Barisan Nasional di dalam pilihanraya akan datang,” katanya.
Beliau berkata, Anwar Ibrahim mempunyai ketokohan serta pengalaman terbaik memulihkan negara ini.
“Peluang terbaik untuk kita bebaskan Anwar ialah dengan memastikan Barisan Nasional tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
“Cukuplah negara ini digadai oleh Najib untuk kesenangan dan kepentingan kroni dan keluarga,” katanya.

Kembalikan subsidi minyak, BR1M tidak membantu

Kerajaan persekutuan didesak mengembalikan semula subsidi minyak supaya rakyat tidak terasa dengan kenaikan harga bahan api itu.
Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Farkhan Yasin berkata, kerajaan sepatutnya mengembalikan subsidi bahan api kepada rakyat pada ketika harga minyak pasaran global menunjukkan peningkatan.
minyak-dunia“Pada ketika harga minyak pasaran global meningkat, keuntungan hasil jualan minyak pasti meningkat. Kerajaan seharusnya berupaya merangka formula lebih baik dalam membantu meringankan beban rakyat.
“Jika dibandingkan harga minyak pada November tahun lalu dengan bulan ini, harga minyak Ron 95 naik lebih 20 peratus.
“Mengambil contoh pada 2015, pendapatan negara hasil daripada minyak dan gas susut sebanyak RM30 billion, namun demikian hasil kutipan kasar GST oleh kerajaan adalah kira-kira RM37 billion,” katanya dalam kenyataan.
Katanyanya, sistem pengangkutan awam negara yang masih berada pada tahap kurang memuaskan, maka pengangkutan persendirian masih menjadi pilihan utama rakyat.
“Kenaikan harga minyak secara langsung akan meningkatkan perbelanjaan rakyat.
“Tidak dilupakan juga bahawa Malaysia masih merupakan negara pengeluar minyak walaupun tidak sebesar pemain-pemain utama lain seperti Arab Saudi,” katanya

Wan Azizah masih ketua pembangkang, bukan Dr M, kata PKR

Pakatan Harapan mempunyai ketua pembangkang iaitu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Bahasa,-FMT,-KL,-Malaysia,-Zaid-Ibrahim,-Mahathir-Mohamad,-azmin-ali.PKR menolak pandangan Datuk Zaid Ibrahim yang menganggap Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “ketua pembangkang’ masa kini.
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini berkata, Pakatan Harapan (PH) sudah mempunyai ketua pembangkang iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Kita ada ketua ketua pembangkang Dr Wan Azizah dan kita juga sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Borang 5A dan Sambutan Tahun Baru Cina bersama penduduk Kampung Chempaka.
Terdahulu Azmin menyampaikan Surat Kelulusan Borang 5A kepada penduduk Kampung Chempaka di Petaling Jaya dan sambutan Tahun Baru Cina.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Damansara Utama, Yeo Bee Yin.
Pada majlis petang tadi, seramai 32 penduduk menerima surat kelulusan borang 5A bagi hak milik tanah yang diduduki penduduk Kampung Chempaka, Petaling Jaya.
Sebelum ini, Malay Mail Online dalam temubualnya bersama Zaid menyatakan Dr Mahathir merupakan “ketua pembangkang” terkini sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara.
Zaid yang baru menyertai DAP pada Selasa lalu berkata hanya pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dilihat dapat menyatukan pembangkang ketika ketua umum PKR itu masih meringkuk di penjara Sungai Buloh.
Azmin yang juga menteri besar Selangor pada masa sama turut menafikan beliau pernah berselisih faham dengan Zaid sebelum ini.
“Cuma saya setuju pandangan Dr Mahathir. Kita harap beliau kekal lama dalam DAP,” katanya.
Sementara itu, beliau menolak kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan Dr Mahathir penyebab kuasa politik Islam lemah dan menganggapnya sebagai pandangan peribadi.
“Itu pandangan Hadi,” kata Azmin ringkas.

Muhyiddin puji Umno 'dulu', bukan Umno sekarang - Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji Umno dahulu, bukan Umno yang sekarang, kata Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad.
Menurut Mahathir, Umno yang sekarang jauh berbeza dengan Umno 'lama', yang mana Umno kini lebih dianggap sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu.
"Apabila Muhyiddin mengaku Umno dan BN telah membangun dan memaju negara Malaysia, maka pembodek pun gembira dengan pengakuan ini.
"Kenyataan ini adalah berkenaan Umno dan BN dahulu yang memerdekakan dan membangun Malaysia," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Muhyiddin baru-baru ini mengakui kejayaan kerajaan pimpinan BN dalam memacu Malaysia menjadi sebuah negara membangun dan model negara Islam.
Kata Muhyiddin, pembangunan itu diusahakan oleh BN dan Umno menerusi satu pucuk kepimpinan yang diwarisi dan tidak boleh dinafikan memandangkan Malaysia bermula sebagai sebuah negara yang tidak memiliki apa-apa selepas merdeka.
Mengulas lanjut, Mahathir berkata, BN sepatutnya sedar yang pentadbiran dan pembangunan Malaysia tidak lagi dijadikan contoh kepada negara lain.
"Umno dan BN yang disebut oleh Muhyiddin bukan Umno pimpinan Najib dan konco-konconya sekarang.
"Sesungguhnya nama baik Umno dan BN sudah dicemar sehingga beralih kepada nama yang dibenci oleh rakyat dan dipandang hina oleh dunia," katanya lagi.

Dr Mahathir bukan ketua de facto pembangkang, kata DAP

Gobind-Singh-DeoPETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP menafikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketua de facto pembangkang.
Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo merujuk kepada laporan Malay Mail Online hari ini memetik ahli DAP terbaharu, Datuk Zaid Ibrahim, yang dilaporkan berkata ada “persetujuan senyap” dalam kalangan pakatan pembangkang bahawa Dr Mahathir ketua de facto semasa.
“Saya mahu nyatakan secara jelas tidak pernah ada persetujuan senyap seperti yang didakwa. Tidak pernah sesuatu seperti itu dibincangkan atau dipersetujui Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP,” kata Gobind dalam kenyataan yang dikeluarkan sejurus laporan disiarkan.
“Saya hairan mengapa Zaid sebagai ahli DAP membuat kenyataan seperti itu tanpa merujuk kepada kepimpinan parti. Beliau sepatutnya lebih tahu. CEC yang menentukan bagi pihak DAP dan tidak pernah buat keputusan seperti itu.”
MMO melaporkan Zaid sebbagai berkata bekas perdana menteri itu satu-satunya pemimpin sekarang ini yang mempunyai kewibawaan untuk menyatukan dan mengetuai pembangkang dengan ketiadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang hari ini menjalani tahun kedua hukuman 5 tahun penjara kerana meliwat.

Tergadai Lagi: Kerajaan tak ada masalah jual kepentingan Proton kata Menteri Umno

Kerajaan tidak mempunyai sebarang masalah atau isu berhubung tindakan DRB-Hicom Bhd melepaskan 51 peratus kepentingannya dalam Proton Holdings Bhd (Proton) sejajar usaha mendapatkan rakan kongsi strategik asing (FSP) bagi pengeluar kereta nasional berkenaan.
Malah, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani menganggap perkembangan itu baik untuk Proton dan membolehkannya muncul sebagai jenama antarabangsa yang dikenali berbanding hanya bertumpu di peringkat tempatan dan menjual antara 200,000 dan 300,000 unit kenderaan yang disifatkannya sebagai tidak memadai.
"Apa yang penting adalah untuk membawa lebih ramai pelabur ke Malaysia dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis sambutan Tahun Baru Cina Persatuan Rangkaian Peruncit Malaysia, baru-baru ini.
Jelas Johari, Proton juga bukan lagi milik kerajaan dan ia tidak berhasrat mempunyai sebarang kepentingan dalam pengeluar kereta nasional berkenaan.
Oleh itu, katanya, tidak timbul sebarang masalah untuk Proton meneruskan rancangannya kerana ia milik persendirian dan sebarang usaha mencampuri urus niaganya adalah tidak wajar.
Bagaimanapun, tegasnya, kerajaan akan terus memberi pandangan terhadap Proton.
Menurutnya, Proton memerlukan satu rakan kongsi strategik asing untuk membolehkan usaha penerapan teknologi baharu selain memperkenalkan kereta lebih baik dan boleh dibeli di peringkat global.
"Jika Proton sekadar berdiri sendiri, ia tidak boleh berkembang di persada antarabangsa.
"(Sekiranya) kita mengeluarkan kereta hanya untuk (pasaran) Malaysia, maka ini tidak mampu bertahan (lama) kerana kita cuma ada seramai 31 juta penduduk. Kita juga ada Perodua (Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd) dan jenama kereta lain.
"Bagi saya, ini melibatkan aspek jumlah serta kualiti dan teknologi selain reka bentuk yang baik. Ini semua pelengkap bagi menghasilkan kereta yang bagus dan akan dibeli pengguna," katanya.
Sambil menegaskan bahawa Proton merupakan jenama yang baik, Johari berkata Proton juga perlu mampu menjual keluarannya ke luar negara serta memperkenalkan lebih banyak model baru.
Malah, jenama (automobil) yang dominan juga perlu mempunyai rakan asing, katanya.
Jaminan pekerjaan, vendor dilindungi
Johari juga mengakui satu atau dua rakan tempatan telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Proton menerusi pemilikan kepentingan kurang 50 peratus.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata pihak yang berminat dengan Proton perlu berbuat demikian sebelum 15 Februari ini.

Momentum Pakatan Harapan mampu ubah landskap politik Negeri Sembilan

Zulkefly Mohamad OmarZulkefly Mohamad Omar
Perkembangan AMANAH di negeri-negeri selatan Semenanjung menarik untuk disoroti memandangkan koridor selatan pantai barat Semenanjung adalah kawasan subur untuk perkembangan parti baru ini. Demografi penduduknya yang rencam memberi kelebihan kepada AMANAH -- parti Islam berciri progresif dan inklusif -- untuk bertapak. Setakat manakah perkembangan AMANAH di koridor selatan khususnya di Negeri Sembilan. Ikuti wawancara bersama Pengerusi AMANAH Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar bagi meninjau lebih lanjut kemajuan AMANAH di negeri adat perpatih itu.
Boleh saudara jelaskan secara ringkas tentang perkembangan AMANAH di Negeri Sembilan setelah setahun ditubuhkan?
AMANAH sebenarnya tiada persaingan dengan Pas di sini. Berbeza dengan di negeri-negeri lain. Di sini kita macam 'mati kutu' (ketawa) sebab ramai bekas pimpinan Pas termasuk tiga bekas pesuruhjayanya termasuk saya sertai AMANAH. Pimpinan dulu pun banyak yang uzur, tidak aktif dengan parti.
Sekarang yang masih dalam Pas masih berhubung dengan saya walaupun belum buat keputusan untuk masuk AMANAH tetapi minat untuk bersama kita.
Semasa saya menyertai AMANAH, kebanyakan orang lama yang pernah berada di bawah kepimpinan saya pun ikut sekali. Pelbagai peringkat termasuk Yang Dipertua kawasan. Hampir semua bersama kita.
Di Negeri Sembilan ada lapan kawasan, kesemua kawasan ini kita sudah tubuh AMANAH. Semua ini kita capai sebelum pelancaran AMANAH peringkat nasional. Pimpinan kawasan yang kita lantik pun terdiri daripada bekas pimpinan Pas yang berpengalaman dan juga aktivis Ikram. Semuanya berpengalaman.
Sambutan orang Negeri Sembilan terhadap AMANAH pula bagaimana?
Program kita penuh... Setiap program yang kita anjurkan Alhamdulillah dapat sambutan. Malah Presiden AMANAH Mohamad Sabu pun akui, dahulu apabila beliau berceramah di Negeri Sembilan memang ramai yang hadir, tapi sekarang lebih ramai dan ramai muka baru.
Beliau sendiri mengakui Negeri Sembilan amat berpotensi untk AMANAH berkembang.
Sebaliknya Pas tidak berani anjurkan ceramah sekarang. Walaupun pemimpin tertinggi Pas hadir berceramah, hanya 20 ke 30 orang sahaja yang dengar. Itu pun semasa jamuan hari raya.
Menteri Besar Kelantan pun pernah datang di Ampangan tapi sambutannya hambar. Tempat itu strategi tetapi hanya 20 hingga 30 orang yang hadir.
Sekarang ini tiada pemimpin Pas yang mahu hadir bila dijemput kerana tiada sambutan.
Daripada lapan kawasan parlimen di Negeri Sembilan, manakah yang menjadi kawasan tumpu AMANAH?
Kita bertanding di tiga kerusi majoriti Melayu yang juga terdapat kawasan penempatan Felda iaitu Jempol, Jelebu dan Tampin. Pembahagian kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) masih berjalan.
Rundingan masih berlangsung untuk pastikan kerusi yang kita bertanding tak bertindih dengan parti sekutu kita. Ini dikendalikan oleh jawatankuasa khas, proses masih berlangsung, belum selesai lagi.
Formula AMANAH akan bertanding di semua kerusi yang dahulunya ditandingi Pas diterima di peringkat Pakatan Harapan negeri?
Kita dah bersetuju sejak awal (bahawa kerusi yang ditandingi Pas akan ditandingi AMANAH). Tapi masih ada rundingan dengan parti-parti Pakatan Harapan negeri khususnya Keadilan untuk beberapa kerusi Dun.
Semuanya berkisar tentang calon mana yang lebih berpotensi.
Apa kelebihan yang ada pada AMANAH berbanding Pas dalam konteks meraih sokongan rakyat?
Di Negeri Sembilan, majoriti yang dahulunya aktif dalam Pas kini menyertai AMANAH. Jadi bila mereka masuk AMANAH lumpuh jentera Pas. Setiap kali program Pas tak seramai seperti program AMANAH.
Saya juga nampak kelebihan muka-muka baru yang terlibat dengan AMANAH. Mereka daripada badan bukan kerajaan (NGO) seperti Abim, Ikram yang mana sebelum ini ada dalam Pas tapi tak aktif.

Husam pertahan ucapan, tindakan mahkamah boleh buktikan kebenaran

Husam pertahankan ucapannya bahawa Affin Bank digunakan untuk Pas terima duit dari Umno.Husam pertahankan ucapannya bahawa Affin Bank digunakan untuk Pas terima duit dari Umno.
Datuk Husam Musa mempertahankan apa yang beliau ucapkan dalam ceramah di Selising, Pasir Puteh, Kelantan pada 6 Februari lalu bahawa Affin Bank telah digunakan untuk penyaluran dana kepada Pas.
Sehubungan itu, beliau yakin tindakan mahkamah mungkin satu cara untuk membuktikan kebenaran isu yang dibangkitkan, kata Husam dalam satu kenyataannya hari ini.
Bagi Husam, kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu menyaman beliau ekoran kenyataannya itu dibuat tanpa penelitian.
"Saya berpendapat, kenyataan Datuk Timbalan Presiden Pas adalah tanpa penelitian, serta mungkin beliau tidak tahu hujung pangkal isu berbangkit," katanya.
Husam juga berkata, beliau tidak dapat memastikan apakah kenyataan Tuan Ibrahim itu kenyataan pribadi atau pendirian rasmi Pas.
Husam dakwa Tuan Ibrahim tidak perhati betul-betul ucapannya.Husam dakwa Tuan Ibrahim tidak perhati betul-betul ucapannya."Saya tidak pasti kenyataan beliau berkenaan tindakan mahkamah adalah kenyataan peribadi atau pendirian rasmi Pas," katanya.
Sebelum ini, Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa Pas menerima dana RM90 juta dari Umno dan ia dibuat melalui Affin Bank sebagaimana didakwa Husam.
Beliau menyifatkan tuduhan itu sebagai jahat dan mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas penasihat Amanah Kelantan itu.
Dalam satu kenyataan ringkas empat perenggan yang disiarkan portal rasmi parti itu, Harakahdaily, timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan dakwaan Husam itu sebagai "sambungan rantaian fitnah" yang pernah dibuat oleh Sarawak Report yang ujarnya kini dalam tindakan perundangan.
"Pas akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau (Husam) sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report.

Dakwa Pas terima dana RM90j: Husam tidak berganjak

Husam MusaTidak berganjak dengan kenyataan balas yang diberikan terhadapnya, Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa teguh mempertahankan ucapannya berhubung Pas menerima dana sebanyak RM90 juta daripada Umno.
Menerusi kenyataan kepada media, Husam berkata, tindakan mahkamah hanyalah cara untuk membuktikan kebenaran berhubung isu berbangkit.
“Saya mempertahankan apa yang saya ucapkan dalam ceramah saya di Selising, Pasir Puteh, Kelantan pada 6 Februari lalu.
“Saya berpendapat, kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah tanpa penelitian,” katanya.
Beliau turut menempelak Tuan Ibrahim yang baginya mungkin tidak tahu hujung pangkal isu berbangkit.
“Saya tidak pasti kenyataan beliau berkenaan tindakan mahkamah adalah kenyataan peribadi atau pendirian rasmi Pas,” katanya.
Semalam, Tuan Ibrahim menafikan tuduhan Husam mengenai dana yang diberikan Umno melalui akaun Affin Bank.
Beliau berkata, fitnah yang bersifat jahat itu adalah sambungan rantaian fitnah yang pernah dibuat oleh Sarawak Report yang kini dalam tindakan perundangan.
Pas dalam masa sama akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan dakwaan tersebut.
"Pas akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report.

MALU BESAR JIKA PAS TAK BERANI SAMAN HUSAM

Wahhh….belum pun menerima surat notis atau tuntutan saman daripada Pas, tetapi Husam Musa dengan pantas telah tampil menyatakan pendirian tidak akan berganjak daripada dakwaan yang dibuatnya terhadap parti Islam itu berhubung wang RM90 juta yang didakwanya disalurkan melalui Affin Bank.
Kata Adun Salor dan Penasihat Amanah Kelantan itu, beliau akan mempertahankan apa yang diucapkannya semasa berceramah di Selising, Pasir Puteh pada 6 Februari lalu.
Tindakan mahkamah mungkin satu cara untuk membuktikan kebenaran  isu yang berbangkit, kata Husam dalam kenyataan melalui Facebooknya.
Tidak seperti Tunku Aziz Tunku Ibrahim yang berdalih-dalih dengan kenyataannya sendiri apabila diancam saman oleh Mukhriz Mahathir sebelum ini, Husam sebaliknya lebih menampakkan keberanian dan sikap tanggungjawabnya sebagai pemimpin.
Apakah segala bukti-bukti sudah ada dalam tangan Husam?
Apa pun, malu besarlah Pas jika tidak berani atau masih bertangguh-tangguh untuk mengambil tindakan saman terhadap Husam yang seolah-olah memang menunggu saman terhadapnya bagi membuktikan kebenaran yang tentunya ditunggu-tunggu oleh semua.

Husam: Sedia disaman PAS, mahkamah boleh bongkar isu RM90 juta

Tindakan mahkamah mungkin satu cara untuk membuktikan kebenaran dakwaan itu, kata bekas naib presiden PAS itu.
husammusaBekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mempertahankan kenyataannya berhubung dakwaan dana RM90 juta terhadap parti lamanya walaupun diancam tindakan mahkamah.
Malah, tindakan mahkamah mungkin satu cara untuk membuktikan kebenaran dakwaan tersebut.
“Saya mempertahankan apa yang saya ucapkan pada ceramah di Pasir Puteh, Kelantan pada 6 Februari lalu,” katanya yang kini bersama Amanah, dalam kenyataan hari ini.
Menerusi klip video ceramah yang kini tular di media sosial, Husam mendakwa parti lamanya itu menerima wang RM90 juta daripada Umno.
Beliau juga mendakwa wang itu disalurkan melalui Affin Bank.
Ekoran itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Husam.
Husam meyifatkan Tuan Ibrahim membuat kenyataan tersebut tanpa penelitian dan mungkin “tidak tahu hujung pangkal isu berbangkit”.
Pada Ogos lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report, laman pertama yang membangkitkan dakwaan itu.
PAS menyerahkan surat tuntutan kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown pada 13 Disember lalu, antaranya meminta laman itu menarik balik artikel berkaitan dan menyiarkan permohonan maaf.
Setakat ini, tiada prosiding mahkamah melibatkan PAS dan Sarawak Report.

PH dan Bersatu boleh menang Putrajaya walaupun 3 penjuru, kata Mat Sabu

Mohamad Sabu (gambar kecil) berucap dalam majlis didalog di Terengganu yakin Pakatan Harapan bersama Bersatu boleh menang Putrajaya dalam PRU 14.Mohamad Sabu (gambar kecil) berucap dalam majlis didalog di Terengganu yakin Pakatan Harapan bersama Bersatu boleh menang Putrajaya dalam PRU 14.
Presiden Amanah, Haji Mohamas Sabu yakin, walaupun terpaksa bertembung tiga penjuru dalam pilihan raya ke 14 nanti, Pakatan Harapan dan sekutunya Bersatu akan berjaya mengambil alih Putrajaya.
Bahkan, beliau yakin Amanah dan rakan-rakannya juga akan berjaya mengambil alih Kelantan dari Pas.
"Kalau 26 tahun lalu Pas berusaha menumbangkan Mat Yaakob (Tan Sri Mohamad Yaakub), kini Mat Yaakob (Datuk Ahmad Yakub) juga bakal ditumbangkan di Kelantan oleh Pakatan Harapan dan Bersatu," katanya dalam Dialog Terbuka Isu-isu Semasa di sebuah hotel dekat Kuala Terengganu hari ini.
Penanda Aras
Beliau yang menjadi tetamu khas dialog anjuran Amanah dan Pakatan Harapan Terengganu itu yakin, kajian yang dibuat oleh Invoke menjadi penanda aras yang hampir tepat dengan senario politik negara dan dia yakin usaha invoke akan membantu Pakatan Harapan pada PRU 14.
Dalam ucapannya, Mohamad menjelaskan, China kini menjadi pesaing utama kepada Amerika dalam menguasai ekonomi baru dunia.
Orang Islam pula, katanya, kini berada tahap paling bawah dalam urus tadbir negara.
Beliau memberikan contoh bagaimana Taliban di Afghanistan gagal apabila mendapat kuasa dan saling berbunuh sesama sendiri kerana gagal menjadi kerajaan yang baik.
"Kita lihat Somalia lebih 30 tahun berbalah sesama sendiri sampai menghalalkan darah orang Islam. Ini semua kerana pemikiran takfiri yang amat merbahaya," katanya.

Umno dan Pas kini sekapal
Bagi beliau, Umno dan Pas kini benar-benar duduk sekapal.
"Mereka dah berganding bahu bersama-sama ke Myanmar dalam satu kapal," katanya.
Beliau juga mengimbau kenyataan almarhum Presiden Pas, Datuk Fadzil Nor yang berkata adalah khurafat meletakan hanya Umno sehaja yang boleh memerintah.
"Kini khurafat itu kembali bila pemimpin Pas meletakkan harapan pada Umno masih bagus memerintah Malaysia," katanya.

Ceramah Husam Sempena Penubuhan 11 Cawangan AMANAH Di Pasir Mas

Hudud: Kalau PAS tak sebut, siapa nak sebut di Malaysia - Tuan Ibrahim

Rafizi persoal kelewatan elaun siswazah yang dibiaya kerajaan

Tun M, Anwar sepakat Najib perlu berundur kerana jual negara

Rundingan: Bersatu masih 'bercakap' dengan Pas - Tun M

Azmin tolak pandangan Zaid tentang Dr M pemimpin 'de facto'

Guan Eng bidas Nik Amar, selesaikan 'masalah besar' banjir Kelantan

Tun M dedah pertemuan dengan Anwar

Tun M hadir sekali lagi di mahkamah jumpa Anwar

Rafizi: Kaji semula lantikan politik di Tabung Haji, Felda

Sidang Media Invoke 10 Februari 2017 - Pelantikan Politik Dalam Badan Awam

Pakatan Harapan-Bersatu perlu bergabung, bentang manifesto bersama


Pakatan Harapan (PH) perlu segera memeterai perjanjian penggabungan rasmi dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) melalui pembentangan manifesto bersama agar rakyat terutama anak muda jelas dengan tawaran jika menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Faiz FadzilTimbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil berkata demikian ketika diminta mengulas Sidang Meja Bulat Selamatkan Malaysia di Petaling Jaya, 7 Februari lalu.
Menurutnya, anak muda yang merupakan komposisi pengundi besar pada pilihan raya umum akan datang adalah golongan terbanyak yang mengalami kelesuan pengundi (fatigue voters) kerana keliru dengan hala tuju pakatan pembangkang.
"Mereka tidak suka kepada politiking tetapi mereka mahu pakatan pembangkang yang utuh dan fokus. Jika Pas enggan bersama Pakatan Harapan, maka anak muda akan faham dan konsisten untuk bersama PH.
"Hanya dengan persediaan satu logo dan manifesto bersama, anak muda hari ini yang dibelenggu masalah pekerjaan, pemilikan rumah, pinjaman pendidikan dan kos sara hidup tahu bahawa Pakatan Harapan benar-benar mahu menumbangkan Umno-BN," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Bagaimanapun, beliau bimbang jika kesepakatan antara parti-parti pembangkang tidak diselesaikan secepat mungkin, anak muda akan memilih untuk tidak mengundi kerana kecewa dengan politiking parti pembangkang.
"Oleh itu, jadikan fenomena Brexit sebagai pengajaran supaya tidak berulang di Malaysia dalam PRU14 ini," tegasnya merujuk kepada keputusan United Kingdom (UK) keluar daripada Kesatuan Eropah pada 23 Jun tahun lalu.
Mengulas penekanan Pengarah Pendidikan Politik DAPSY Subang, Farhan Haziq tentang manifesto anak muda pada program yang dihadiri pemimpin tertinggi Amanah, PKR, DAP dan PPBM itu, beliau berkata, Pemuda PH sememangnya telah bersepakat untuk mengeluarkan satu buku tawaran Pakatan Harapan kepada golongan muda.

Amanah tubuh 11 lagi cawangan di Pasir Mas, digerak tokoh masyarakat

Husam menerima senarai keahlian Amanah daripada ketua Amanah cawangan.Husam menerima senarai keahlian Amanah daripada ketua Amanah cawangan.
Selepas perisytiharan penubuhan 11 cawangan Amanah di Dun Selising Pasir Puteh dua hari lalu, malam tadi penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa menerima borang keahlian penubuhan 11 cawangan baru di Dun Chetok Pasir Mas.
"Majlis ini asalnya kita bercadang merasmikan hanya 5 cawangan baru, tetapi Alhamdulillah yang terjadi malam ini ialah 11 cawangan," kata ketua Amanah kawasan Pasir Mas, Che Rahim Daud.
Beliau yang turut berucap di majlis itu mengucapkan tahniah dan terima kasih atas daya usaha para penyokong Amanah di Dun berkenaan atas gerak kerja yang begitu pantas dan bersungguh-sungguh.
Che Rahim DaudChe Rahim Daud"Saya sendiri terkejut kerana yang turun berusaha menubuhkan cawangan-cawangan ini terdiri dari golongan yang berkedudukan tinggi dalam pelbagai bidang.
"Ada yang berpangkat datuk, doktor falsafah, tokoh korporat, ahli undang-undang terkenal, jurutera dan tokoh agama yang  terlibat secara langsung menggerakkan orang ramai untuk menubuhkan cawangan-cawangan dalam Dun ini," katanya.
Beliau dalam ucapannya menganggap semua ini terjadi kerana kefahaman terhadap situasi politik yang sedang berlaku sekarang.
"Pertembungan sekarang ialah antara mengekalkan tradisi atau bersama kebenaran.
"Ada yang menganggap mereka tetap mahu terus dengan penampilan tradisi walaupun sedar ia bercanggah dengan kebenaran," katanya yang juga anak jati Pasir Mas dan pemilik kedai farmasi Pakar.
Bagaimanapun di Dun Chetok katanya begitu ramai terutama dari golongan cerdik pandai telah sanggup secara terbuka untuk bersama kebenaran walaupun dicemuh kerana dituduh derhaka kepada tradisi.

Selepas isu RM90 juta, Pas Kelantan anjur ceramah mega serang Husam

Poster ceramah mega Pas KelantanPoster ceramah mega Pas Kelantan
Pas Kelantan bakal mengadakan ceramah meganya di Kota Bharu yang dilihat khusus menyerang Penasihat Amanah negeri itu, Datuk Husam Musa pada 20 Februari ini dengan tajuk "Husam Lari Dari Debat Baiah".
Poster program anjuran Dewan Pemuda Pas Kelantan tersebut tular di media sosial ekoran dakwaan Husam sebelum ini bahawa Pas menerima sejumlah dana mencecah RM90 juta daripada Umno melalui akaun Affin Bank.
Menampilkan Ketua Penerangan Pas Kelantan, Ustaz Nassuruddin Daud yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau sebagai salah satu penceramahnya, program berkenaan bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi netizen.
Rata-rata pengguna media sosial mempersoalkan kewajaran tajuk tersebut ketika rakyat dibebani kos sara hidup tinggi selain limpahan jenayah rasuah dan penyelewengan kuasa.
Dijadualkan berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, turut akan berceramah Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari; AJK Badan Perhubungan Pas Kelantan, Nik Bahrum Nik Abdullah; Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, Nazman Che Iberahim dan Yang Dipertua Pas Kawasan Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh.

Jangan tunggu Anwar menangis baru kita hafal kesedihannya

Oleh Mohd Sayuti Omar
10 Februari genap dua tahun Sdr. Anwar Ibrahim menjalani hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atasnya atas sabit dakwaan liwat II.Tidak terasa detik dua tahun itu berlalu. Ia bagaikan sekejap sahaja. Mungkin kalangan kita tidak terfikir pun yang Anwar berada dalam penjara sudah 730 hari bersamaan 17,520 jam.


Jika tempoh itu digunakan untuk mengelilingi dunia mengikut teori Phileas Fogg, bangsawan Inggeris yang mengeliling dunia dalam masa 80 hari, bermakna tempoh itu membolehkan kita mengelilingi dunia sebanyak 9 kali.

Masa berlalu itu tidak terasa, kerana beliau setiap hari berkomunikasi dan berintraksi dengan kita. Kerana Anwar sentiasa terdampar di hati kita; (gagasan dan idealisme perjuangannya) maka kita tidak perasan yang jasadnya terpenjara sehingga ada kala ia menjadi kurus kering. Kita kejam untuknya!

Kita mendengar suaranya. Kita mendengar kata-kata semangat darinya. Kita mendengar pesanan tidak habis-habis agar membela rakyat dan berikan keadilan kepada rakyat Marhean. Kita mendengar seruannya agar bersatu, kuatkan saf dan istiqamah menentang kezaliman dan ketidakadilan. Suaranya bergema dan meluncur bersama sinar mentari di siang hari, bersama sinar rangbulan di malam hari.


Kandati pun dibalik tembok beliau tidak pernah rehat barang seminit dari membela rakyat. Dia tidak lenguh dan putus asa berbicara perihal rakyat, nasib rakyat yang ditekan dan ditindas. Bebanan hidup dialami rakyat kini kerana kenaikan kos sara hidup, menjadi lagu nyanyiannya untuk mengulit rakyat supaya bangkit membela diri. Anwar tidak berhenti menyuarakan itu kerana dia peka dan obses dengan masalah itu.

Itu sebab kita berasakan dia tidak terasing sunyi dari kita semua.
Saking kerana memberi kepedulian kepada rakyat, Anwar terlupa kepada dirinya sendiri yang terkurung. Selagi dia dapat menyaksikan penderitaan dan kesusahan rakyat, dia lupa kepada kesakitan dan penderitaannya sendiri.

Barangkali kita tidak pernah terfikir beliau tidak menjamah makanan atau menghirup air apabila terkenangkan ada rakyat yang tidak cukup makan atau terpaksa mencatu makanan di luar penjara disebabkan kemelesetan ekonomi, kejatuhan nilai ringgit atau kerana diberhentikan kerja disebabkan syarikat tutup setelah masalah ekonomi.

Rumah sama, peliknya undi di DUN berbeza

Bersih 2.0 telah menemui kepincangan baru dalam daftar pemilih, di mana pengundi-pengundi dari kediaman yang sama telah didaftarkan di lokaliti, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kawasan parlimen yang berbeza sama sekali.

 Kami amat kesal kerana masih wujudnya keraguan dalam status pengundi di dalam daftar pemilih. 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berulang-kali mendakwa bahawa mereka telah membetulkan daftar pemilih, namun menjelang setiap suku tahun, pasukan analisa Bersih akan menemui kesilapan dan kepincangan baru berserta dengan kesalahan lama.
Ketidakcekapan SPR cuma mengundang lebih kesangsian terhadap kesahihan dan keadilan cadangan persempadanan semula.
Fuziah Salleh, ahli parlimen Kuantan, mengadu kepada Bersih 2.0 dan telah menghasilkan bukti-bukti yang menunjukkan kesilapan daftar pemilih di kawasan parlimen beliau.
Contohnya, pengundi-pengundi yang menghuni satu kediaman yang sama di Jalan Beserah telah didaftarkan di DUN Beserah dan DUN Teruntum walaupun kedua-duanya DUN yang berbeza.
Apabila dipersoalkan, SPR memberitahu YB Fuziah bahawa maklumat pengundi dimasukkan ke dalam sistem daftar pemilih secara manual tanpa sebarang pautan pintar atau GPS untuk memadankan pengundi kepada sempadan atau DUN yang betul. Perkara ini secara langsung melemahkan daftar pemilih.
Dengan sistem yang kuno dan penuh dengan kesilapan, SPR tidak dapat memenuhi tanggungjawab asas untuk memastikan setiap warganegara Malaysia boleh mengundi dan mengundi dengan betul.
Percanggahan ini boleh ditangani dengan menggunkan pendaftaran pengundi automatik, iaitu salah satu pengesyoran Bersih 2.0 sejak tahun 2007 yang tidak diendahkan oleh SPR.
Lagipun, proses persempadanan semula yang sedang berlangsung tidak ada ertinya bererti jika SPR tidak berupaya memasukkan pengundi berdasarkan sempadan yang betul.

Pimpinan ulama-umarak

Oleh DR. ISMAIL IBRAHIM
ISTILAH kerjasama di antara umarak dan ulama tidak timbul semasa pemerintahan Rasulullah SAW dan Khulafa’ Al-Rasyidin, kerana pada masa itu pemerintah adalah para alim ulama. Pemerintah sepenuhnya memimpin mengikut sistem agama, kerana Rasulullah SAW adalah pembawa syariah Islam dan melaksanakan hukum-hakamnya, dan dalam masa sama, baginda juga yang mengatur dan melaksanakan pemerintahan serta urusan dunia­wi dan ukhrawi. Hal ini diwarisi oleh para sahabat baginda pada zaman Khulafa’ Al-Rasyidin, berpandukan ajaran al-Quran dan sunah Rasulullah.


Barulah sesudah zaman Khulafa’ Al-Rashyidin, iaitu selepas pemerintahan berpindah ke ta­ngan daulah Umaiyah, Abbasiyyah dan lain-lain, juga ketika jawatan ketua pemerintahan negara telah menjadi warisan daripada ayah kepada anak, atau saudara-saudara, maka pemimpin tidak semestinya terdiri daripada para ulama dalam bidang agama, atau pemimpin yang menguasai sistem pemerintahan Islam. Ketika inilah pemerintah memerlukan para ulama untuk membantunya.
Dalam situasi ini telah timbul istilah pemimpin “formal” iaitu pemerintah yang terdiri daripada para ketua negara secara keturunan, lantikan atau pilihan rakyat.
Dalam situasi ini juga, lahirnya pemimpin “tidak formal” iaitu terdiri daripada para ulama dan ilmuwan agama yang tidak secara rasminya termasuk dalam pemerintahan negara. Golong­an inilah yang terkenal dengan nama mufti, imam, ustaz, dan sebagainya.
Kepemimpinan Islam adalah gabungan pemimpin formal dan tidak formal, yang juga disebut sebagai gabungan antara umarak dan ulama. Untuk membangun negara yang baik, kerjasama ulama dan umarak amat penting. Kedua-duanya mempunyai pera­nan yang seharusnya dimainkan dengan baik, yang haruslah digabungkan dalam semua mekanisme pemerintahan untuk kesejahteraan rakyat dan negara umumnya.
Terdapat dua kelompok manusia, jika kedua-duanya baik, maka manusia (masyarakat) seluruh­nya akan menjadi baik, dan jika kedua-duanya rosak, maka manusia (masyarakat) seluruhnya juga akan menjadi rosak, mereka itu ialah umarak dan ulama (Ha­dis riwayat Ibn Abdul Barr)
KEPEMIMPINAN DALAM ISLAM
Kepemimpinan dari perspektif Islam adalah amanah Allah SWT, juga kontrak sosial dan psikologi di antara pemimpin dan pengikut. Pemimpin berkewajipan memandu pengikutnya, melin­du­ngi, dan menguruskan mereka dengan adil saksama menurut lunas-lunas yang diredai Allah SWT. Antara ciri kepemimpinan tersebut ialah :
1. Pemimpin haruslah mendidik dirinya terlebih dahulu, sebelum mendidik para pengikutnya, mempraktikkan segala sesuatu yang didakwahkannya kepada pengikutnya, meningkatkan moral dan akhlaknya terlebih dahulu sebelum memperbetulkan orang lain.
“Rakyat menjadi rosak akibat rosaknya pemerintah, dan pemerintah menjadi rosak akibat kehadiran ulama yang buruk (al-suu’) (Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumuddin).
2. Sumber memetik satu ha­dis tentang komponen kekuatan sebuah negara yang bermaksud;
Kekuatan negara adalah atas empat perkara: Pertamanya, de­ngan ilmu para ulama; kedua, dengan keadilan para umarak; ketiga, dengan kemurahan para hartawan, dan; keempat, dengan doa orang fakir.
3. Pemimpin ialah individu atau sekelompok ketua yang memimpin keseluruhan rakyat daripada keadaan yang lemah atau rosak, kepada keadaan yang kuat dan maju, dan dalam konteks Islam, ialah memimpin umat manusia daripada kehancuran dan maksiat, kepada keredaan Allah dan kesejahteraan mereka mengikut lunas-lunas dan nilai universal Islam.
4. Islam menggariskan ba­nyak prinsip bagi kepemimpinan Islam. Antaranya para pemimpin haruslah mempunyai sifat-sifat berikut:
i) Kuat dalam akidah
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu angkat jadi pemimpinmu orang yang membuat agamamu menjadi bahan ejekan dan permainan, iaitu di antara orang yang telah diberikan kitab sebelummu dan orang yang kafir.” (Al-Maidah, ayat 57)
ii) Adil dan jujur

PRU-14: Tempoh semakin singkat

Oleh Saifulizam Mohamad
SEKIRANYA dicongak-congak mandat pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang hanya tinggal setahun lebih sahaja lagi. Oleh itu, tidak hairanlah terdapat penganalisis serta pemerhati politik tanah air mula meramal tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ada yang meramalkan September ini iaitu selepas berlangsungnya Sukan SEA Kuala Lumpur dan tidak kurang juga yang meramalkan sekitar tiga bulan pertama tahun depan iaitu antara Januari, Februari dan Mac. Tarikh luput mandat pula adalah pada 24 Jun 2018 iaitu berdasarkan kepada hari pertama sidang Dewan Rakyat selepas PRU-13. Hasil semakan di laman sesawang rasmi Parlimen Malaysia hari pertama sidang Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum itu adalah pada 24 Jun 2013.
Dalam bahasa lebih mudah, penentuan tarikh pembubaran Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) secara automatik berdasarkan tarikh persidangan pertama selepas pilihan raya umum.
Justeru, jika tiada sebarang pengumuman tentang pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum tarikh luputnya, secara automatik Parlimen akan terbubar dengan sendirinya pada tarikh ber­kenaan.
Bagaimanapun keadaan seperti itu tidak mungkin berlaku kerana kebiasaannya Perdana Menteri akan mengumumkan pembubaran Parlimen beberapa bulan sebelum mandat pemerintahan lima tahun berakhir. Inilah yang menjadi teka-teki dan perbualan oleh individu atau kumpulan pemikir yang sentiasa mengikuti perkembangan politik tanah air.
Paling penting di fasa ini BN tidak boleh leka dan berasa selesa kerana banyak pihak berpandangan pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAN akan memberikan cabaran terkuat mereka kepada parti kerajaan pada PRU-14.
Cabaran semakin hebat lagi dengan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pakatan pembangkang.
Pakatan pembangkang juga dikatakan telah merangka beberapa strategi melalui gabungan DAP, PKR, PAN dan PPBM untuk merampas beberapa buah negeri yang kini berada di bawah pemerintahan BN selain mempertahankan Selangor dan Pulau Pinang.
Sehubungan itu, cabaran empat parti pembangkang ini tidak boleh sesekali dipandang mudah. Bahkan BN di pe­ringkat ini seharusnya mempunyai strategi tertentu untuk berhadapan dengan tentangan sengit mereka dalam PRU-14.
Pernah orang bertanya kepada penulis, mengapa terlalu khuatir jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum itu? Penulis menjawab sebagai orang Islam kita perlu bimbang. Kita tidak tahu di saat itu apakah nasib yang bakal menimpa orang Melayu dan kedudukan istimewa Islam di negara ini.
Sebab apa? Sebab kita tahu parti mana yang menjadi parti dominan dalam pakatan pembangkang. Parti mana yang begitu lantang menolak dan menentang kehendak umat Islam sehingga turut mendatangkan kemarahan kepada Pas. Agak-agak apa yang akan berlaku jika parti ini dan rakan-rakan sekutunya yang memerintah?

PKR ajak rakyat istiqamah bereformasi

Datuk Saifuddin Nasution IsmailPKR mengajak seluruh masyarakat untuk terus beristiqamah dalam membawa agenda reformasi dan perubahan dalam negara.
Ini kerana, menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail,  negara sedang berdepan cabaran yang begitu getir masa kini.
"Pastikan semangat reformasi tidak luntur dari sanubari kita.
"Saat-saat getir inilah yang akan menentukan halatuju negara," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut beliau lagi, masyarakat wajar menjadikan semangat bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sumber aspirasi dalam gerakan reformasi.
"Pemenjaraan Anwar berniat mematahkan semangat beliau dan kita semua dalam perjuangan reformasi untuk menyelamatkan negara dari kleptokrat, perasuah dan perosak institusi-institusi demokrasi di negara tercinta ini.
"Namun semangat Anwar terus kukuh, bahkan beliau jelas berjiwa besar. Oleh yang demikian kita harus istiqamah dalam membawa agenda reformasi. Saat-saat getir inilah yang akan menentukan halatuju negara," katanya lagi.

SAMAN, SAMAN, SAMAN...JANGAN TAK SAMAN!!

Pas dilaporkan mahu menyaman Husam Musa berhubung dakwaannya bahawa parti itu menerima dana RM90 juta daripada UMNO melalui transaksi akaun di Affin Bank Bhd.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan dakwaan Husam itu sebagai fitnah jahat yang merupakan sambungan rantaian apa yang pernah didakwa oleh Sarawak Report sebelum ini.

"Pas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Husam sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report," kata Tuan Ibrahim lagi.

Dulu ketika Sarawak Report mula-mula menyiarkan dakwaan berkaitan dana RM90 yang diterima Pas itu, Tuan Ibrahim juga yang paling awal membuka mulut dengan menyifatkannya sebagai fitnah, tidak benar dan berniat jahat.

Kali ini, apabila Husam membuat dakwaan dalam ceramahnya di Kelantan beberapa hari lalu berkaitan penyaluran wang itu dilakukan melalui Affin Bank, sekali lagi Tuan Ibrahim juga yang mula-mula bersuara mengenainya.

Kenapa Tuan Ibrahim saja yang paling awal bersuara sedangkan Husam sudah membuat dakwaan itu sejak beberapa hari lalu dalam ceramah yang diadakannya di Kelantan, bahkan videonya juga mudah ditonton melalui internet?

Di mana Hadi Awang sendiri, Mohd Amar Nik Abdullah, Nasaruddin Tantawi atau Nik Abdul Nik Aziz dalam menafikan dakwaan yang dibuat Husam itu?

Dalam video tersebut, Husam bukan saja mendakwa duit RM90 juta itu disalurkan melalui Affin Bank, malah berjanji untuk mendedahkan lagi maklumat mengenainya menjelang pilihanraya umum akan datang.

SEMUA SALAH DAP..

Dah khatam tuntut ilmu dari Ameno ka !!!

JANGAN SAMAN HARI SELASA SUDAH LA.. KERANA SELASA NAJIB DAH BOOKING !!!