Rabu, 8 Februari 2017

UMNO khianati Felda, MARA dan Tabung Haji?

KUALA LUMPUR, 8 FEB: Nasib tiga institusi yang selama ini ditubuhkan bagi menjaga hak dan kepentingan orang Melayu iaitu Tabung Haji, Felda dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dikhuatiri sedang dalam bahaya di bawah pentadbiran kerajaan UMNO – Barisan Nasional (BN).
Ini kerana ketiga-tiga institusi ini berdepan dengan dakwaan skandal dan penyelewengan akibat pengurusan dana yang diragui hanya menguntungkan pihak tertentu.
Sedangkan, institusi berkenaan sepatutnya memberi keutamaan kepada kepentingan seluruh kaum Melayu dan tidak dijadikan medium bagi mana-mana individu mengaut keuntungan peribadi.
Tabung Haji bukan mangsa fitnah, ada ‘orang kuat’ pecah amanah
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, dakwaan pecah amanah yang berlaku baru-baru ini melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Heavy Engineering adalah satu bukti yang tidak patut dipandang sebelah mata.
Tertuduh, Nor Badli Munawir pada 26 Januari lalu dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melakukan penyelewengan melibatkan wang bernilai RM2.5 juta.
“Ini merupakan bukti bahawa Tabung Haji bukan mangsa fitnah politik tetapi memerlukan rombakan,” katanya dalam Sidang Meja Bulat Selamatkan Malaysia yang berlangsung semalam.
FWC rugi, tapi mampu tanggung anak bekas timbalan ketua pengarah
Menurut Rafizi, perkara sama juga berlaku kepada Felda apabila sebuah anak syarikatnya, Felda Wellness Corporation (FWC) didakwa membayar gaji dan kos sara hidup anak perempuan seorang bekas timbalan ketua pengarahnya di Australia.
Ia termasuk gaji AS$128,000, sebuah kereta syarikat dan penginapan di kondominium mewah, dakwa sebuah firma Australia, Gordagen Pharmaceuticals Pty Ltd baru-baru ini.
Sedangkan, jelas Rafizi, FWC mengalami kerugian sebanyak RM155 juta dan berhutang sebanyak RM154 juta dalam dua tahun setengah operasinya mulai Julai 2013.
“Apa perasaan peneroka-peneroka apabila mereka tahu segelintir pegawai kanan Felda membelanjakan RM155 juta wang mereka dalam tempoh dua tahun setengah, termasuk untuk membiayai kehidupan selesa anak bekas Timbalan Ketua Pengarah Felda?” katanya.
Skandal pembelian asrama oleh MARA
Bagi MARA, Ahli Parlimen Pandan itu sejak tahun lalu mendedahkan skandal melibatkan pembelian dua asrama pelajar di Australia, iaitu Dudley House dan Swanston ST.
Menurutnya, sebuah syarikat milik ‘orang kuat’ UMNO, Thrushcross Land Holdings Ltd membeli dua bangunan itu dengan harga jauh lebih rendah, iaitu berjumlah AS$46.1 juta.
“Sedangkan, syarikat itu dijual pada harga AS$65.4 juta kepada MARA Inc, beserta dengan dua asrama itu sekali.
“MARA Inc juga ambil alih hutang Thrushcross sebanyak AS$22.5 juta. Ini bermakna MARA Inc bukan saja beli dua asrama dengan harga lebih mahal, tapi ‘tolong’ bayar hutang yang digunakan Thrushcross untuk membeli dua asrama itu,” ujarnya.

DAP 'kitar semula' isu yang tidak diguna UMNO, kata Idris

Pembangkang jangan lupa Sabah, Sarawak - Guan Eng

PAS parti gagal - Guan Eng

Melayu di Kelantan atau Pulau Pinang merempat? Soal PAS

11 dalil kenapa skandal 1MDB bahaya dan menyusahkan rakyat Malaysia

SUBANG JAYA, 8 FEB: Mungkin sesetengah kita masih keliru tentang skandal 1MDB melibatkan ‘kehilangan’ puluhan billion ringgit wang negara.
Apa yang pasti, skandal terbesar dalam sejarah Malaysia ini telah membabitkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri.
Ramai yang tertanya-tanya apa dan berapakah jumlah nilai yang telah diselewengkan serta apa pula kaitannya dengan rakyat Malaysia.
Bercakap dalam Sidang Meja Bulat Selamatkan Malaysia semalam, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua berkata, jumlah wang yang ‘digelapkan’ ialah AS$5.612 bilion atau RM24.7 bilion.
“RM24.7 bilion jumlah pelaburan yang ‘diangkat’ dari akaun 1MDB sudah hilang.
“Ini tak termasuk kerugian daripada aktiviti dan transaksi ‘rasmi’ seperti pengambilalihan syarikat penjanakuasa, fi (caj) melampau kepada Goldman Sachs, diskaun bon luar biasa, pelaburan hartanah dan sebagainya,” jelas Tony.
Apa dan berapa jumlah yang diseleweng?
1)      AS$1.83 bilion – Pelaburan Petrosaudi
2)      AS$1.367 bilion – “Cagaran” Aabar (BVI)
3)      AS$0.855 bilion – “Cagaran Tambahan” Aabar (BVI)
4)      AS$1.56 bilion – Pelaburan 1MDB “Global Investment”
Jumlah: AS$5.612 bilion atau RM24.7 bilion
1MDB bukanlah agensi kerajaan. Namun, apa yang pasti, 1MDB ialah syarikat pembangunan milik penuh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Kerajaan juga turut memberi beberapa pinjaman dan jaminan hutang yang dibuat oleh syarikat itu.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, jumlah jaminan hutang, pendahuluan dan lain-lain bayaran yang dijamin kerajaan berjumlah RM39.8 bilion dan ini belum termasuk pinjaman lain yang melibatkan projek Bandar Malaysia, Tun Razak Exchange (TRX) dan lain-lain.
Berikut disenaraikan apa dan berapa yang terpaksa ‘ditanggung’ rakyat Malaysia:
5)      RM5.0 bilion – Bon 30 tahun jaminan kerajaan (2009)
6)      RM0.8 bilion – Pinjaman 10 tahun dari SOCSO pada 2010 (dijamin kerajaan)
7)      US$3.5bn – Bon 10 tahun dijamin IPIC yang ditanggung MOF Inc (Kementerian Kewangan Diperbadankan) (2012)
8)      AS$3.0 bilion – Bon 10-tahun, “Surat sokongan” kerajaan (2013)
9)      AS$1.0 bilion – Pendahuluan IPIC, ditanggung by MOF Inc (2015)

10)   AS$0.23 juta – Bayaran faedah oleh IPIC, ditanggung MOF Inc (2015/6)
Jumlah = RM5.8 bilion + AS$7.73 bilion = RM39.8 bilion
11)  Oleh kerana hutang 1MDB terlalu besar dan membebankan, Tony berkata kerajaan terpaksa pula ‘tutup lubang’ hutang 1MDB melalui Projek East Coast Rail Link (ECRL) yang berjumlah RM30 bilion melibatkan syarikat China Communications & Construction Company (CCCC).
Bagaimana hutang 1MDB ditutup?
Kos Projek East Coast Rail Link (ECRL) ialah RM30 bilion manakala kontrak yang ditawar kepada CCCC berjumlah RM55 bilion.
Persoalan yang perlu diberi perhatian saat ini ialah, jika kos projek ECRL berjumlah RM30 bilion, mengapa kontrak yang ditawar kepada syarikat dari negara China itu mempunyai lebihan RM25 bilion?

Guan Eng bidas MCA pekak, bisu dan buta

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, MCA tidak berani menentang pucuk pimpinan BN.
lim-guan-engGEORGE TOWN: Lim Guan Eng mendakwa MCA tidak berminat menyelamatkan Pulau Pinang daripada dijadikan Wilayah Persekutuan, sebaliknya ia hanya mahu melindungi manfaat dan keistimewaan yang dinikmati menerusi jawatan menterinya.
Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, pandangan MCA kononnya beliau bertindak keterlaluan terhadap cadangan negeri itu dijadikan Wilayah Persekutuan yang disuarakan seorang menteri boleh difahami kerana MCA tidak berani menentang pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).
Hari ini, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, tidak mungkin Pulau Pinang akan menjadi Wilayah Persekutuan dan menyifatkan kempen “Saya sayang Pulau Pinang” anjuran kerajaan negeri itu sebagai tindakan keterlaluan.
“Inilah masalah MCA. Mereka tidak pernah melihat isu nasional dengan serius kerana mereka sangat jahil.
“Mereka hanya serius mengenai manfaat dan keistimewaan jawatan menteri mereka. Apabila ia berkaitan kepentingan rakyat, tiada apa-apa (tindakan). Sepatutnya, Chew perlu sokong kempen itu,” katanya pada sidang media di Komtar hari ini.
Beliau turut menyifatkan MCA ibarat peribahasa kuno Jepun mengenai 3 monyet bijak yang berlagak bisu, pekak dan buta.
Ahad lalu, Lim melancarkan kempen “Saya sayang Pulau Pinang” sebagai reaksi terhadap cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini untuk menjadikan Pulau Pinang sebahagian Wilayah Persekutuan.

Pemuda Pas Kelantan cabar Guan Eng


Ahmad Fadhli ShaariAhmad Fadhli Shaari
Pemuda Pas Kelantan mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menyatakan peratusan pemilikan kediaman antara kaum di Pulau Pinang yang dikatakan meminggirkan Melayu.
Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari, berkata mengikut laporan Pejabat Tanah dan Galian pada 2010, pemilikan tanah kaum Cina di negeri itu adalah sebanyak 64 peratus, manakala Melayu pula hanya 28 peratus dan India sebanyak lapan peratus.
Katanya, laporan Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2014, menyatakan populasi penduduk Pulau Pinang adalah 1.6 juta iaitu Cina (42.2 peratus), Melayu (41.3 peratus), India (9.8 peratus), manakala bangsa lain termasuk warga asing adalah 6.7 peratus.
"Guan Eng fitnah Kelantan sebagai sebuah negeri yang muflis pada saat Kelantan berada pada kedudukan ketiga tertinggi di Malaysia daripada pemilikan kediaman iaitu sebanyak 83.9 peratus.
"Saya mencabar Guan Eng untuk memberi statistik berapakah peratus pemilikan kediaman di Pulau Pinang bersama perbandingan di antara kekuatan ekonomi Bumiputera di negeri yang 'sangat kaya' itu," katanya seperti dilapor BH hari ini.
Lim Guan EngLim Guan EngGuan Eng, dalam sidang media semalam, mendakwa Kelantan sebuah negeri gagal dan muflis, berikutan ditadbir oleh parti yang gagal iaitu Pas.
"Adalah lebih baik Kelantan yang dikatakan muflis ini jika dibandingkan dengan Pulau Pinang dari sudut menjaga hak pribumi Bumiputera dan keadilan untuk rakyat.
"Bagi makluman Guan Eng juga, sumber dari Khazanah Research Institute pada tahun 2016 juga menunjukkan Pulau Pinang sebagai negeri ketiga tertinggi dari sudut ketidakmampuan rakyat untuk membeli rumah.

AMANAH sah letak calon di KB, Kubang Kerian

Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri Kelantan mengesahkan pihaknya akan bertanding di dua kerusi Parlimen iaitu Kota Bharu dan Kubang Kerian dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Naib Pengerusi AMANAH Kelantan, Che Ibrahim Mohamad berkata, pihaknya juga akan bertanding tidak lebih dari 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan memberi tumpuan ke atas kawasan PAS.
“Kita bercadang bertanding di peringkat DUN tidak lebih dari 30 kerusi dan di peringkat Parlimen tidak lebih dari enam kerusi antaranya Kota Bharu dan Kubang Kerian, itu kita sahkan lah,” katanya kepada Malaysiakini.
Katanya, maksimum kerusi Parlimen yang akan ditandinginya adalah enam daripada 14 kerusi di Kelantan.
Bagaimanapun, katanya, AMANAH akan berbincang dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) terlebih dahulu berkaitan aspek pembahagian kerusi itu.
Manakala kerusi yang ditandingi oleh PKR di Parlimen dan DUN dalam PRU13 ketika era Pakatan Rakyat akan terus dikekalkan.
“Selebihnya, kita akan bincang dengan BERSATU dan PKR kita kekalkan status-quo.
“Jadi kerusi PKR tiga Parlimen dan lima DUN itu yang dia pernah bertanding ketika Pakatan Rakyat kita tidak usik,” katanya.

RM90 juta untuk Pas disalur melalui Affin Bank.....


Affin Bank digunakan untuk menyalurkan wang kepada Pas oleh Umno, dakwa Husam Musa.Datuk Husam Musa mendakwa bahawa duit yang diterima oleh Pas dari Umno sebanyak RM90 juta sebagaimana yang didedahkan oleh Sarawak Report sebelum ini disalurkan melalui sebuah bank tempatan iaitu Affin Bank.
"Adik kakak nak tau bank mana yang diguna. Ambe (saya) teka malam ni, tetapi hok ambe teka sekalanya, betul 99% lah kerana hok ambe teka tu hok ambe tau.
"Betul ke dok, duit-duit ini melalui Affin Bank," kata Husam dalam satu video klip ceramahnya yang kini ditularkan melalui media sosial.
Sehubungan dengan itu, katanya, pihaknya akan mendedahkan lagi perkara ini menjelang pilihan raya umum akan datang.
Keratan video yang memaparkan Husam dakwa Pas terima RM90 juta melalui Affin Bank. Klik untuk menontonnya.Keratan video yang memaparkan Husam dakwa Pas terima RM90 juta melalui Affin Bank. Klik untuk menontonnya."Jadi masa pilihan raya esok-esok kita buat tubiklah (keluarkan), kalau dia dengan Umno. Kalau dia tidak dengan Umno, Umno buat tubik," kata Husam dalam satu klip video ceramahnya di Kelantan.
Dalam klip video 1.24 minit itu, Husam turut mendakwa, kalau tidak ada apa-apa masalah Pas akan bekerjasama sepenuhnya dengan Umno dalam pilihan raya umum akan datang.
"Untuk maklumat ahli bawahan Pas, kalau tiada aral melintang Pas akan bersatu dengan Umno. Nama dengan pelbagai-bagai, taawun ke, taaa apa ke, tidak usah kira," kata beliau dalam video itu.
Sebelum ini, Sarawak Report, sebuah laman web yang diharamkan oleh kerajaan Malaysia mendakwa Pas menerima RM90 juta duit dari Umno.
Ekoran itu, Pas mengugut akan menyaman laman yang berpusat di London itu.
Namun sehingga kini hanya notis awal dikemukakan oleh parti itu tetapi belum memfailkan sebarang saman lagi terhadap laman itu.

Pemimpin HARAPAN setuju dengan Rafizi, tapi...

Semasa sesi perbincangan meja bulat 'Selamatkan Malaysia' semalam, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berhujah mengenai sebab-musabab mengapa pembangkang tidak mempunyai kredibiliti.
Para pemimpin pembangkang, dakwa beliau, telah 'semakin jauh dengan rakyat sehingga berada di tahap seolah-olah berdarjat lebih tinggi.'
Sebahagian besar daripada naratif pembangkang, katanya, tidak relevan dan kadang-kadang tersasar sebagai pimpinan pembangkang kerana menganggap rakyat tidak faham mengenai isu-isu tertentu.
Ia mungkin pemerhatian peribadi ahli Parlimen Pandan itu, tetapi rakan-rakan politik dari gabungan parti lain nampaknya bersetuju dengan ini, walaupun mengikut tahap tertentu.
Seorang lagi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersetuju pembangkang tidak membantu dalam menjana keyakinan di kalangan pengundi dan membuat andaian cepat sentimen pengundi melalui segmentasi.
"Rasa rendah diri yang sedikit daripada semua pimpinan, yang mungkin lebih baik dalam menguruskan krisis ekonomi berbanding kumpulan berpendapatan rendah, telah melangkaui," katanya kepada Malaysiakini.
Untuk menjadi wakil yang berkesan, Nurul Izzah berkata, adalah penting bagi pemimpin pembangkang untuk menjadi sensitif kepada isu-isu rakyat dan menjiwai mereka.
"Rakyat yang memutuskan agenda, terutama dalam pembaharuan sistem. Dan rakyat menuntut keikhlasan," tambahnya.
Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad turut selari dengan rakan partinya itu mengenai kepentingan menunjukkan rasa rendah diri di kalangan pemimpin pembangkang.
"Saya bersetuju terdapat keperluan untuk merendah diri dan sebagai refleksi di pihak kami. Ia sentiasa penting."

Mara enggan dedah hasil siasatan kes Annuar Musa

Hasil siasatan dan keputusan mesyuarat akan diumumkan pada masa yang ditetapkan kemudian.
annuar-musa-MARA
KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) enggan mengulas hasil siasatan Mesyuarat Jawatankuasa Audit Dalaman agensi itu berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa terhadap Tan Sri Annuar Musa.
Seorang pegawai Mara yang enggan dikenali berkata, hasil siasatan dan keputusan mesyuarat akan dimaklumkan kepada media pada masa yang akan ditentukan kemudian.
“Kepada rakan wartawan, Mara tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi hari ini. Pihak Mara akan menghubungi media sekiranya ada kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan nanti,” katanya.
Annuar kini sedang digantung perkhidmatannya sebagai pengerusi Mara dan Pelaburan Mara Berhad (PMB).
Penggantungan jawatan Annuar yang dibuat pada mesyuarat khas Ahli Majlis Mara minggu lepas, bagi membolehkan audit dalaman Mara menyiasat beberapa perkara, termasuk penajaan PMB dan UniKL untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors.
Pada masa sama, pengerusi sementara Mara, Datuk Dr Yusof Yacob berkata mesyuarat itu pertama kali diadakan, namun tidak memanggil Annuar yang kini sedang digantung bermula minggu lalu.
“Mesyuarat ini pertama kali diadakan dan Annuar tidak dipanggil (mesyuarat). Biar mereka buat kerja dahulu dan tak perlu publisiti.

Noh nasihat tarik surat letak jawatan Jamal nekad lepas jawatan

Tan Sri Noh Omar (kiri) menerima surat peletakan jawatan Datuk Seri Jamal Md Yunos  hari ini  secara rasmi ketika hadir di pejabatnya di Putrajaya tengahari tadi.Tan Sri Noh Omar (kiri) menerima surat peletakan jawatan Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini secara rasmi ketika hadir di pejabatnya di Putrajaya tengahari tadi.
Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Sungai Besar dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen itu kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar hari ini.
Jamal berkata beliau nekad dengan pendiriannya untuk melepaskan jawatan tersebut kerana tidak mahu membebankan Umno susulan penahanannya berhubung insiden pencerobohan sebuah pusat hiburan pada Disember tahun lalu.
"Beliau (Noh) menasihatkan saya supaya menarik balik surat peletakan jawatan itu tetapi saya nyatakan kepada beliau bahawa pendirian saya jelas, tidak mahu menjadi beban kepada Umno kerana saya sayangkan parti," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Jamal berkata Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menghormati pendirian tersebut dan akan membawa perkara itu untuk dibincangkan di peringkat pengurusan parti.

Ku Nan biadab mahu ambil "Langkawi permata Kedah", kata Mahfuz


Cadangan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mahu mengembangkan Wilayah Persekutuan meliputi Pulau Pinang, Langkawi dan sebahagian Melaka disifatkan sebagai tidak masuk akal dan biadab.
Ahli Parlimen Pkok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, ia juga adalah penghinaan terhadap sultan Kedah apabila memasukkan Langkawi dalam cadangan tersebut.
Mahfuz Omar"Adalah sangat biadab dan suatu penghinaan terhadap Kebawah Duli Tuanku Sultan dan rakyat Kedah apabila "pembodek tegar PM Najib" memasukkan nama "Langkawi Permata Kedah" dalam cadangan untuk dijadikan Wilayah Persekutuan.
"Walaupun hanya bersifat cadangan tetapi menunjukkan apa yang ada dalam kepala Setiausaha Agung Umno itu untuk mengambil "Langkawi Permata Kedah" daripada pemerintahan Sultan Kedah agar diletakkan di bawah jajahan takluk Kerajaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga mendakwa cadangan tersebut merupakan percubaan awal Umno mahu merampas kuasa pemerintahan Sultan Kedah ke atas Langkawi untuk dijadikan Wilayah Persekutuan Langkawi.
Bahkan katanya, belum sampai sebulan sambutan perayaan Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah, Umno sekali lagi selepas setahun yang lalu mengganggu tumpuan rakyat Kedah dan kemeriahan sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah.
"Rakyat Kedah masih ingat peristiwa setahun yang lalu apabila Umno mengheret Tuanku Sultan Kedah dalam percaturan politik untuk cengkaman kuasa politik Najib dan Umno dalam satu komplot 'rampasan kuasa' dengan menggulingkan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar.
"Hari ini satu lagi percubaan awal untuk merampas Langkawi Permata Kedah dari pemerintahan Tuanku Sultan dan rakyat Kedah," tegasnya yang merupakan anak jati Kedah.
Menurut Mahfuz lagi, Tengku Adnan sebagai Setiausaha Agung Umno cuba memecah belah kesatuan rakyat Kedah yang berpayung dibawah kedaulatan sultan.

Apa jadi pada RM23.73 juta untuk Alor Setar?

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah diminta untuk mendedahkan apa yang berlaku kepada peruntukan Persekutuan berjumlah RM23.73 juta untuk Alor Setar.
Anggota Parlimen Alor Setar dari PKR, Gooi Hsiao Leung mendakwa, sejumlah RM23.73 juta telah diagihkan kepada kawasan Parlimennya dari bulan Mei 2013 hingga September 2016.
Jumlah itu adalah peruntukan khas perdana menteri yang diagih-agihkan kepada Alor Setar menerusi pejabat pembangunan Persekutuan di Kedah, ujarnya.
"Saya cabar Ahmad Bashah untuk menafikan secara terbuka bahawa beliau tidak mengetahui apa-apa peruntukan seperti di atas atau RM23.73 juta telah diagihkan kepada Alor Setar," kata Gooi kepada Malaysiakini.
Beliau melahirkan rasa kesal jika dana untuk masyarakat, tanpa mengira status atau kaum di Alor Setar telah digunakan untuk memberi manfaat kepada penyokong Umno dan para kroni.
"Daripada bermain politik murah, Ahmad Bashah perlu tampil bersih dan mendedahkan sepenuhnya peruntukan khas sebanyak RM23.73 juta yang sepatutnya diberikan kepada Alor Setar.
"Rakyat Kedah berhak untuk tahu bagaimana wang mereka dibelanjakan," tambah Gooi.

RUU 355: DBKL benar Pas berhimpun di Padang Merbok

Mhd Amin Nordin Abd Aziz
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kebenaran kepada Pas untuk mengadakan perhimpunan RUU 355 di Padang Merbok pada 18 Februari ini.
Persetujuan itu diumumkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz dalam kenyataan hari ini, lapor Free Malaysia Today.
“Permohonan ini dipersetujui memandangkan Taman Tasik Titiwangsa terlibat dengan kerja naik taraf untuk (projek) ‘River of Life’ yang tidak membenarkan sebarang aktiviti besar diadakan.
“DBKL tiada masalah dengan permohonan pihak penganjur untuk menggunakan Padang Merbok sebagai tempat perhimpunan, (asalkan) mematuhi syarat ditetapkan,” katanya.
Keputusan ini berbeza dengan pendirian DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada bulan lalu yang bertegas tidak membenarkan sebarang perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka dan Padang Merbok, sebaliknya mencadangkan Pas berhimpun di Stadium Titiwangsa.
Pas bagaimanapun menggesa DBKL mempertimbangkan permohonan mereka menggunakan Dataran Merdeka, dengan menyasarkan kira-kira 300,000 orang hadir menyokong usul rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibawakan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ekoran perkembangan terbaru ini, penganjur himpunan balas ‘Rakyat Malaysia tolak RUU Hadi’ yang pada mulanya memilih Padang Merbok sebagai lokasi perhimpunan akan berpindah ke Padang Timur di Dataran Petaling Jaya, berhampiran pusat beli-belah Amcorp Mall, pada hari sama.

AMANAH sokong satu lawan satu, tetapi mesti ada tempoh rundingi Pas untuk Pakatan mara

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub mengingatkan tempoh Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14) sudah semakin suntuk.
“Kita tak banyak masa. Perundingan adalah satu seni. Ada benda yang boleh diubah. Ada orang yang boleh bawa ke meja rundingan,” katanya dalam Sidang Meja Bulat Selamatkan Malaysia di Petaling Jaya semalam.
Beliau menyokong pertandingan satu lawan satu pada PRU14 tetapi menegaskan perlunya wujud had dalam tempoh rundingan dengan pihak Pas.
“Saya sangat sokong satu lawan satu. Ini usaha yang mesti kita capai. Jangan AMANAH jadi ‘spoiler’.
“Kami mahu beri tenaga terbaik dan meja rundingan terbaik tetapi bagi orang politik juga, kita mesti tahu ‘limit’ kita,” tegasnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru supaya Pakatan Harapan dan Bersatu praktikal dengan tempoh rundingan bersama parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu, lapor Malaysia Dateline.

PERKASA sokong tubuh RCI siasat BMF, 1MDB

Naib Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Mohamad Shahiran Safwan Che Mohd. Asemari menyambut baik cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu rasuah di negara ini.
Jelas beliau yang juga pengerusi Biro Integriti dan Anti Rasuah PERKASA, ia termasuk dakwaan skandal Bumiputra Malaysia Finance Malaysia Ltd. (BMF), 1MDB, SRC International dan pembalakan haram selain yang melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan.

"Ini kerana Wira PERKASA berpendapat kewujudan RCI akan menghentikan isu berbangkit pada muktahir ini.
"Selain itu, dengan adanya suruhanjaya ini akan dapat membersihkan nama-nama yang terpalit dengan isu rasuah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut baik cadangan untuk menubuhkan RCI berhubung isu skandal BMF dan dagangan tukaran wang asing (forex).
"Mereka dialu-alukan untuk berbuat demikian (menubuhkan RCI) tetapi kami mahu perkara sama terhadap wang komisen RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga apa yang berlaku terhadap 1MDB," katanya Dr Mahathir.
Mengulas lanjut, Mohamad Shahiran Safwan berkata, pihaknya juga mencadangkan laporan suruhanjaya itu dihebahkan kepada orang ramai agar semua pihak berpuas hati.
"Hasil siasatan oleh badan bebas ini diuar-uarkan kepada orang ramai supaya semua pihak berpuas hati dan tidak membuat andaian yang menyebabkan kekusutan minda rakyat.
"Ini kerana rakyat bertangungjawab untuk memastikan tadbir urus negara tiada unsur rasuah dan penyalah gunaan kuasa," tambah beliau.

Inisiatif Selamatkan Malaysia

Kenyataan bersama pemimpin Pakatan Harapan dalam Sidang Meja Bulat Selamatkan Malaysia
  1. Malaysia kini bermasalah besar. Kita telah menjadi ‘terkenal’ di seluruh dunia. Tahun lalu, sebuah laman web antarabangsa, foreignpolicy.com, telah mengisytiharkan Malaysia sebagai negara yang berada di kedudukan ketiga di peringkat global yang mengalami “skandal korupsi terburuk pada 2015”. Majalah Time pada Mac tahun lalu pula menamakan Malaysia sebagai negara yang kedua terburuk di dunia dalam korupsi global. Pada Mei tahun lalu, Malaysia ‘naik’ ke tangga kedua, di belakang Russia, dalam indeks kapitalisme kroni yang disenaraikan oleh majalah The Economist.
  2. Malaysia juga dimahkotakan sebagai kleptokrasi global selepas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) membuat keputusan menyita harta terkait 1MDB berjumlah lebih US$ 1 bilion di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Switzerland akibat konspirasi kleptokrasi yang melibatkan kecurian dan pengubahan wang haram dana 1MDB sebanyak lebih US$ 3.5 bilion.
  3. Individu-individu yang berkaitan dengan pengubahan wang 1MDB telah pun dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman di Singapura. Siasatan berkaitan dengan 1MDB kini sedang dijalankan di sekurang-kurangnya sembilan negara, tidak termasuk Malaysia. Aset-aset yang berkaitan dengan para individu yang telah didedahkan dalam skandal 1MDB sudah pun dibekukan di beberapa negara.
  4. Malaysia kini ‘terkenal’ dengan kleptokrasi global. Yang menyedihkan, di negara kita sendiri, ketua-ketua pegawai kerajaan termasuk Peguam Negara dan Ketua Polis Negara hanya sekadar mencuci tangan daripada skandal ini dengan mengisytiharkan tiada orang yang didapati bersalah walaupun bukti-bukti kukuh telah dikemukakan oleh Ketua Audit Negara.
  5. Kita di Malaysia sedang berada di tahap yang amat membimbangkan. Bagi membuang label kleptokrasi global yang amat memalukan ini, kita rakyat Malaysia – tanpa mengira kaum, agama, bahasa, wilayah, gender, usia atau ideologi – mesti bekerjasama untuk Selamatkan Malaysia.
  6. Kita berkumpul di sini untuk meraikan ulangtahun hari lahir ke-114 esok buat Tunku Abdul Rahman, Bapa Merdeka dan Perdana Menteri kita yang pertama. Sudah pasti Tunku, jika masih bersama kita, akan terkejut besar dengan keadaan di mana Malaysia sudah menjadi kleptokrasi global dan sedang menuju ke arah negara gagal, negara penyangak.
  7. Sudah tentu cara terbaik untuk kita meraikan ulangtahun hari lahir Tunku ini adalah dengan menyatakan pendirian jelas yang disaksikan oleh semua rakyat Malaysia dan warga global, iaitu kita bertekad untuk Selamatkan Malaysia daripada dibelenggu kleptokrasi global serta daripada terjerumus menjadi negara gagal, negara penyangak.
  8. Malaysia perlu menerima hakikat wujudnya skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk memastikan ia tidak lagi menghantui negara dan 30 juta rakyat Malaysia. Kerajaan mesti menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk memastikan setiap sen daripada 1MDB ditemui kembali, dan menyelamatkan Malaysia daripada kebobrokan dan malu besar kerana telah menjadi kleptokrasi global.
  9. Malaysia juga telah mengalami kejatuhan kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International 2016. Pada awal alaf baru, kedudukan Malaysia dalam CPI TI adalah di tangga ke-36 daripada 91 negara pada 2001, dan mencatat markah 50 daripada 100. Tetapi bagi CPI TI 2016, kedudukan Malaysia merudum ke tangga 55 daripada 176 negara dengan markah 49 daripada 100. Pada 2015, Malaysia jatuh ke tangga 54 daripada 50 pada tahun sebelumnya.
  10.  Matawang Ringgit Malaysia pula memulakan Tahun Baru dengan mencatatkan sejarah terburuk sejak krisis kewangan Asia 1998 apabila nilainya jatuh kepada RM4.5002 berbanding Dollar Amerika. Ini petanda tahun kegawatan ekonomi untuk rakyat Malaysia. Kita perlu menangani nilai Ringgit yang sedang jatuh, kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan seperti makanan dan petrol, dan kesengsaraan hidup akibat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Pakatan Harapan-PPBM disaran wujudkan manifesto anak muda hadapi PRU-14

PETALING JAYA, 8 FEB: Pakatan Harapan bersama-sama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) disaran mewujudkan manifesto anak muda bagi memenangi semula hati golongan itu yang sejak akhir-akhir ini dilihat mula bosan dengan suasana politik negara.
Pengarah Pendidikan Politik Pemuda Sosial DAP (DAPSY) Subang Jaya, Haziq Farhan berkata, anak muda adalah pengundi teramai dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang, oleh itu perlu diberi perhatian awal oleh gerak kerja blok pembangkang.
“Manifesto anak muda ini kita boleh bangkitkan isu-isu anak muda dan ini patut dibuat Pakatan Harapan sebab anak muda sekarang sudah tolak politik, perlu ada manifesto untuk lawan UMNO-BN,” katanya dalam sesi meja bulat ‘Selamatkan Malaysia’ di sini, semalam.
Selain itu, menurut Farhan, Pakatan Harapan-PPBM juga harus bersiap siaga berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan mengetepikan sebarang usaha yang boleh membantutkan kemajuan blok pembangkang.
Justeru, katanya, rundingan dengan PAS yang sedang diusahakan beberapa parti dalam pakatan pembangkang itu perlu diberi tempoh supaya gerak kerja menghadapi PRU-14 dapat dilaksanakan awal bagi menentang UMNO-Barisan Nasional.
“Kita perlu komited, mesti ada ‘timeline'(garis masa) untuk kita bergerak dalam satu pasukan. Kalau ada yang tidak mahu, kita terus bergerak. Sekarang ini, bincang, bincang dan bincang, kita tidak akan bergerak sebagai satu pasukan,” katanya.
Pendirian itu dilihat berbeza dengan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) PPBM,  Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang masih mahu melaksanakan rundingan dengan PAS, malah menggesa agar parti dari blok pembangkang berhenti menyerang parti Islam itu.

Najib tak yakin BN menang, kontraktor mengadu projek tak banyak

PETALING JAYA, 7 FEB: Cadangan untuk mengadakan pilihanraya negeri lebih awal di Sabah baru-baru ini menunjukkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak kurang yakin partinya mampu meraih kemenangan dalam pilihanraya umum akan datang.
“Jangan ingat BN pasti menang. Saya tak yakin BN pasti menang.
“BN pun tak berapa yakin (menang) bukan saja di Semenanjng tapi juga di Sabah dan Sarawak. Kerana dia tak yakin menang, dia nak buat awal untuk pastikan kemenangan di Sabah,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Bercakap di Sidang Meja Bulat Selamatkan Malaysia sebenatr tadi, Guan Eng berkata Najib juga sedar kerajaan berdepan dengan krisis keyakinan rakyat akibat keadaan ekonomi negara yang tidak memberangsangkan.
“Saya banyak terima aduan dari peniaga-peniaga, keadaan ekonomi teruk, peniaga di Pulau Pinang mengadu perniagaan mereka jatuh 30 peratus. Tapi di Penang ada pelancong. Negeri lain saya rasa lagi teruk,” ujarnya.
Katanya jika sesebuah tender projek dibuka pada waktu ini, semakin banyak syarikat akan masuk menender.
“Mereka cakap negeri lain tak banyak projek. Ini tak termasuk Selangorlah, tapi negeri belah utara,” ujarnya.

Warga KL sudah lama persoal, Nurul Izzah cabar adakan referendum KL kekal jadi Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai mencabar Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor untuk mengadakan referendum bagi warga Kuala Lumpur untuk kekal menjadi Wilayah Persekutuan.
Nurul Izzah Anwar yang juga Naib Presiden PKR berkata, demikian susulan kenyataan Tengku Adnan iaitu hasrat untuk menambah Wilayah Persekutuan hanya cadangan yang “memerlukan kertas cadangan, referendum dan kelulusan di peringkat kebangsaan”.
“Sepatutnya Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya juga sepatutnya mendapat layanan sama ketika diletakkan di bawah Kerajaan Persekutuan.
“Jadi, adakah Tengku Adnan juga akan pertimbang mengadakan referendum untuk warga KL? Atas pelbagai alasan, penduduk KL sudah lama mempersoalkan kemampuan DBKL untuk mentadbir,” katanya, menyatakan salah pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menjadi antara alasannya.
Nurul Izzah merujuk kepada kes tahun lalu mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap pengarah eksekutif pengurus projek DBKL yang akhirnya didakwa dengan 18 pertuduhan rasuah, dengan nilai aset sebanyak RM4.4 juta.
Beliau berkata, ketidakcekapan DBKL dalam membangunkan KL dengan cara mapan ialah alasan kedua untuk referendum itu diadakan.
“Selama ini, DBKL membenarkan pemaju menceroboh kawasan hijau, tanpa menghiraukan kebimbangan penduduk sekitar. Semua untuk tujuan mengaut keuntungan, dengan mempertaruhkan kemapanan alam sekitar KL.
“Ketiga, DBKL gagal menyediakan standard taraf hidup untuk golongan berpendapatan rendah di ibu kota. Standard penyelenggaraan dan sanitasi yang rendah, tambahan lagi rumah PPR disewa secara haram, sementara DBKL sendiri bergelut dengan tunggakan sewaan yang bertambah,” katanya.

Dr M: Pembangkang akan tewas walaupun PPBM sertai PAS

Perkiraan politik parti Islam itu tak betul, kata bekas perdana menteri
mahathir-pas-bersatu-1
PETALING JAYA: Pembangkang akan tewas di tangan BN pada pilihan raya umum walaupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyertai pakatan yang dipimpin PAS, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Perkiraan mereka tak betul,” kata pengerusi PPBM pada sidang media seusai perbincangan meja bulat “Selamatkan Malaysia” yang digerakkan DAP di The Club@Bukit Kiara sini hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan sama ada partinya bersetuju dengan cadangan itu.
Baru-baru ini, beberapa pemimpin PAS menggesa PPBM meninggalkan Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Amanah untuk menyertai blok mereka.
Gesaan dibuat meskipun Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir bertemu pimpinan kanan PAS bagi memujuk mereka menentang BN secara 1 lawan 1 pada pilihan raya umum nanti.
Bekas perdana menteri percaya pertandingan 3 penjuru akan tetap berlaku melibatkan PH, BN dan blok PAS walaupun PPBM meninggalkan pakatan pembangkang.
Menurut Dr Mahathir, PPBM berharap PAS akan menyertai permuafakatan melawan BN.
Sebelum itu, berucap di sidang hari ini, Dr Mahathir berkata demokrasi sebenarnya permainan nombor dan pembangkang perlu membentuk majoriti di Dewan Rakyat sekiranya mahu memerintah Malaysia.
Untuk itu, pembangkang perlu meyakinkan orang Melayu, yang membentuk kaum majoriti di Malaysia, untuk menyokong mereka, katanya.
Atas sebab itu kerusi majoriti Melayu disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan BN kekal berkuasa, kata Dr Mahathir.
Katanya Najib menakut-nakutkan orang Melayu menggunakan kad perkauman dan agama supaya masyarakat terus bersamanya dan BN.
Dr Mahathir teringat dirinya juga pernah digelar ultra Melayu oleh bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew, dan mengambil masa yang lama untuk mengikis label itu dalam kalangan orang Cina.
Singapura sebahagian Malaysia dari 1963 hingga 1965.
Dr Mahathir berkata atas sebab itu beliau tewas di tangan pemimpin PAS, Yusof Rawa, dengan 900 majoriti undi pada pilihan raya Parlimen 1969 apabila orang Cina mengundi parti Islam.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan orang Cina juga yang menyelamatkan beliau dan BN pada pilihan raya umum 1999, semasa beliau menjadi perdana menteri.

NOH OMAR, TERIMA SAJA HASRAT JAMAL MAHU BERSARA!!

Selepas bebas daripada tahanan reman selama lima hari atas pertuduhaan samun berkumpulan, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunus dilaporkan akan menghantar surat perletakan jawatannya, hari ini.

Selain akan meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal juga mahu berundur sebagai Pengerusi BN Sungai Besar dan Ketua Gerakan Baju Merah yang menjadikan dirinya popular dan kontroversi selama ini.

Tidak diketahui apa yang menyebabkan Jamal mahu meletakkan jawatan, mungkin kerana kecewa beirkutan banyak tindakannya tidak mendapat sokongan pemimpin-pemimpin UMNO dan mungkin juga merasakan penahanan remannya akan disusuli dengan pendakwaan di mahkamah selepas ini.
Kata Jamal lagi, beliau akan menghantar surat perletakan jawatan itu kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar.

"Saya menyerahkan keputusan akhir kepada Noh Omar untuk memutuskannya.  Apa pun keputusan beliau, saya akan terima," ujar Jamal lagi.

Ehh, ehh...kenapa main serah-serah  kepada Noh Omar pula membuat keputusan akhir dan berkata pula akan akur dengan sebarang keputusan itu?

Penganalisis: PAS perlu telan maruah jika mahu tewaskan BN

Jeniri berkata, PAS tidak boleh menewaskan BN jika tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan.
jeniri-amir-pas-1
PETALING JAYA: PAS perlu menghentikan kerjasama dengan sebuah parti kecil dan sebaliknya bekerjasama dengan DAP serta Amanah, jika mereka bertekad mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, kata seorang penganalisis politik.
Prof Madya Dr Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata, sentimen ketika ini tidak memihak kepada Gagasan Sejahtera yang dianggap “blok ke-3” terdiri daripada PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) pimpinan bekas menteri Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
“PAS perlu mendengar sentimen majoriti dan menelan maruahnya,” katanya kepada FMT sambil menambah parti Islam itu perlu melupkan kepentingan penuh egonya kerana rancangan memecahbelahkan pembangkang hanya akan memakan diri.
“Pada pandangan saya, PAS seolah-olah mahu menang semua, tetapi ia tidak mungkin berlaku dalam politik.
“Jika ia benar-benar mahu mengubah masa depan negara, ia mesti bekerjasama dengan parti pembangkang lain.
“PAS perlu sedar mereka berjaya pada Pilihan Raya Umum 2008 bukan kerana kekuatan sendiri, tetapi disebabkan kekuatan Pakatan Rakyat yang sudah dibubarkan.”
Jeniri berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PKR tidak mungkin menyertai Gagasan Sejahtera.
“Rakyat lebih suka PKR dan PPBM bekerjasama dengan DAP dan Amanah. Kedua-dua parti itu akan hilang sokongan jika mereka meninggalkan parti pembangkang lain dan menyertai PAS.”
Semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Nik Amar Abdullah mempelawa PKR dan PPBM keluar daripada Pakatan Harapan dan menyertai Gagasan Sejahtera.
Seorang lagi penganalisis politik, Khoo Kay Peng berkata, “komplikasi” mungkin timbul jika PKR dan PBBM meninggalkan Pakatan Harapan kerana Amanah adalah parti baru.
“Kuasa tawar-menawar Amanah tidak kuat kerana ia belum membuktikan kemampuan diri pada pilihan raya.”
Katanya, ia boleh diterima jika PPBM dan PKR mempertimbangkan cadangan Nik Amar berdasarkan kemungkinan PAS mempunyai “peluang lebih baik untuk menewaskan BN”.

KEADILAN sambut baik usaha satu lawan satu tumbang BN

Pilihanraya umum ke 14 (PRU-14) yang bakal dihadapi dipandang serius parti pembangkang khususnya Pakatan Harapan (PAKATAN) dalam misi mengambilalih pentadbiran negara daripada Barisan Nasional (BN).
Maka kerjasama semua pihak tidak terkecuali parti di luar PAKATAN turut ditagih dan usaha ke arah itu sedang dijalankan dalam usaha mewujudkan persefahaman kukuh antara pembangkang.

Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei, berkata pihaknya memang mengalu-alukan langkah itu termasuk daripada PAS kerana ia terbukti memghasilkan keputusan positif kepada PAKATAN dalam dua pilihanraya umum terdahulu.
“Kesediaan PAS untuk bertarung dalam PRU-14 akan datang secara satu lawan satu sangat-sangat dialukan dan wajar disokong sepenuhnya.
“Sesungguhnya satu lawan satu adalah formula terbaik yang terbukti berkesan dalam laluan menuju Putrajaya.
“Ia berhasil seperti mana telah dilalui dalam PRU-12 dan PRU-13 bila mana PAKATAN menafikan majoriti dua pertiga BN,” katanya kepada SelangorKini.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Muda itu mengulas kenyataan dibuat Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi mengenai kesediaan parti berkenaan menjalin kerjasama dengan gabungan pembangkang bagi memastikan kerajaan Selangor sekarang kekal dalam PRU akan datang.
“Bagi mengekalkan PAS dalam sistem pentadbiran di Selangor dan beberapa negeri lain, PAS akan terlibat sama dengan penubuhan blok pembangkang dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional,” kata Exco Kerajaan Negeri itu.
Bagaimanapun, beliau mengakui kedudukan PAS agak sukar bagi mengekalkan kedudukan itu berikutan senario politik berbeza di Selangor ketika ini serta kekalahan parti itu dalam pilihanraya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar membuktikan pertembungan lebih dua penjuru tidak menguntungkan.

Skandal BMF: Hanya RCI boleh rungkai kebenaran sembang Salleh

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Salleh Said Keruak menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang sebagai kecewa dan tidak membuat perbandingan sewajarnya apabila menyatakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diperlukan bukan hanya untuk skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan Tukaran Asing Bank Negara malah juga 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Salleh Said Keruak Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, mungkin Kit Siang dan Dr Mahathir telah terlepas pandang akan fakta bahawa 1MDB telahpun disiasat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Pasukan Petugas Khas, Ketua Audit Negara, Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, selain laporan-laporan berkaitan perkara itu turut disediakan.
"Bagi skandal BMF dan Tukaran Asing Bank Negara, bagaimanapun, tiada langkah seumpama itu telah dilakukan dan, malah pada masa itu Parlimen telah diberikan maklumat salah mengenai perkara itu dan hanya hari ini diketahui kebenarannya," katanya dalam catatan terbaru di blog beliau skeruak.blogspot.my.
Salleh berkata, didedahkan bahawa sebenarnya dalam 1MDB kerajaan hanya melabur RM1 juta sahaja bagi modal berbayar awal, tetapi Dr Mahathir, bagaimanapun, telah mewujudkan tanggapan bahawa kerajaan rugi RM42 bilion, yang adalah tidak benar dan rekaan semata-mata.
Salleh selanjutnya menjelaskan bahawa kerugian dalam kes BMF dan Tukaran Asing Bank Negara adalah satu hakikat dan kukuh kerana ia melibatkan suntikan modal pada jumlah amat banyak dan dilaksanakan langkah penyelamatan untuk mengelakkan kebankrapan.

Terus bincang dengan Pas halang Pakatan Harapan maju



Berbeza dengan pendirian Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu yang masih mahu berunding dengan Pas, Pemuda Sosialis DAP menyifatkan gabungan parti pembangkang mesti terus maju bersiap sedia berdepan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengarah Pendidikan Politik DAPSY Subang, Farhan Haziq, berkata, garis masa rundingan dengan Pas mesti ditetapkan demi kemantapan blok pembangkang menentang Umno-BN.
Farhan Haziq"Kita perlu komited, mesti ada 'timeline'(garis masa) untuk kita bergerak dalam satu pasukan. Kalau ada yang tidak mahu, kita terus bergerak. Sekarang ini, bincang, bincang dan bincang, kita tidak akan bergerak sebagai satu pasukan," tegasnya.
Beliau yang mengambil giliran memberi pendapat selepas Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menekankan tentang pentingnya rundingan dengan Pas diteruskan juga mengemukakan cadangan berhubung manifesto anak muda.
"Kita perlu bersedia buat lain daripada yang lain. Contohnya, kita boleh mula bincang untuk manifesto anak muda kerana mereka ramai akan mengundi pada PRU14.
"Manifesto anak muda ini kita boleh bangkitkan isu-isu anak muda dan ini patut dibuat Pakatan Harapan sebab anak muda sekarang sudah tolak politik, perlu ada manifesto untuk lawan Umno-BN," tegasnya lagi sambil mengajak Syed Saddiq untuk turut serta.

Wanita Amanah gesa kerajaan wujud pendaftaran pesalah seks


Angkatan Wanita Amanah (Awan) Nasional menggesa kerajaan memperkemas mekanisme kawalan terhadap bekas penjenayah khususnya penjenayah seksual bagi menjaga keselamatan wanita dan kanak-kanak di negara ini.
Ketua Wanita Awan Dr Siti Mariah Mahmud berkata, ia termasuk mewujudkan pendaftaran pesalah seks dan melakukan analisis psikologi ke atas bekas pesalah.
Dr Siti Mariah Mahmud Gesaan itu berikutan kepulangan bekas perogol bersiri warganegara Malaysia, S. Selva Kumar ke Malaysia selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun di Toronto, Kanada,
"Awan menganggap beliau boleh dikira masih berbahaya dan mungkin kembali melakukan kesalahan tersebut lagi.
"Awan menyokong penuh agar beliau dipantau seperti yang dijamin oleh pihak polis, bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap keselamatan mereka," katanya yang juga ahli Parlimen Kota Raja.
Selva Kumar, yang berasal dari Pulau Pinang, dihukum penjara selama 24 tahun pada 1992 setelah didapati bersalah termasuk bagi 19 tuduhan serangan seksual.
Dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7.30 pagi semalam dengan menaiki pesawat Qatar Airways dari Doha.
Kerajaan Sabah semalam mengharamkan Selva Kumar memasuki negeri itu kerana dikhuatiri boleh mendatangkan ancaman kepada orang awam, khususnya wanita dan kanak-kanak.
Namun menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sebagai bekas banduan yang sudah bebas, Selva Kumar tidak perlu melaporkan diri di mana-mana balai polis dan dia bebas bergerak seperti rakyat Malaysia yang lain.
Laporan media asing memetik pihak berkuasa Penjara Kanada sebagai berkata terdapat risiko tinggi yang Selva Kumar akan mengulangi perbuatannya dan mungkin membunuh.

Mahathir akui Bersatu masih mengharap

Mahathir akui Bersatu masih berharapBersatu masih berharap Pas akan dapat bekerjasama dengan parti itu bagi memastikan tujuan satu lawan satu menentang BN dapat direalisasikan.
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata, setakat ini perbincangan kedua-dua parti masih belum mencapai sebarang keputusan.
"Bagi Bersatu kita akan menyertai kerjasama dengan Pakatan Harapan lebih awal daripada Pas.
"Tetapi kita harap Pas akan bersama sekurang-kurangnya dengan Bersatu supaya kita dapat tentukan satu lawan satu. Namun kalau tak dapat, terpaksalah kita terima," katanya dalam sidang media selepas sesi meja bulat Selamatkan Malaysia di sini, hari ini.
Sementara itu, Mahathir mengakui inisiatif Selamatkan Malaysia yang dilancarkan itu mengalami kesukaran untuk mendapatkan sokongan ahli Umno.
"Masalah kita adalah untuk bertemu dengan mereka. Mereka agak takut dengar penjelasan kita kerana masih kekal dengan tafsiran yang silap untuk memudahkan diri mereka.
"Mereka nak percaya sangat dengan Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya tiada apa-apa perlu dilakukan mereka. Tetapi kalau mereka dengar penjelasan kita,  mereka terpaksa berfikir dan proses pemikiran itu agak berat bagi sesetengah orang. Kalau boleh mereka tak nak fikir, nak ikut saja," katanya.

Kementerian Kewangan tak jual sahamnya dalam Bandar Malaysia

Menteri kewangan kedua berkata kementeriannya mahu berada dalam kawalan projek Bandar Malaysia di bekas tapak pangkalan udara Sungai Besi itu dan kawasan sekitarnya.
johari-bandar-malaysia-1
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan akan terbabit secara langsung dalam projek Bandar Malaysia yang bernilai RM200 bilion dan tidak ada rancangan untuk menjual 40% pegangannya.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani memberitahu Malaysian Reserve kementeriannya mahu berada dalam kawalan projek di bekas tapak pangkalan udara Sungai Besi itu dan kawasan sekitarnya.
Beliau menafikan kementerian itu bercadang untuk menjual 40% pegangannya kepada jurubina berkaitan kerajaan seperti UEM Sunrise Bhd.
“Kami tidak ada niat untuk menjual pegangan 50% milik Kementerian Kewangan. Pada masa ini ia dimiliki entiti MoF Inc, dan ia akan kekal begitu.
“Kami akan bekerjasama membangunkan Bandar Malaysia dengan IWH dan CREC,” katanya merujuk kepada konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corp (CREC), yang mengawal bersama baki 60% dalam Bandar Malaysia.
Malaysian Reserve memetik Johari sebagai berkata kementerian memegang jawatan pengerusi dan ketua pegawai kewangan dalam pemaju projek Bandar Malaysia Sdn Bhd, bagi memastikan penyeliaan langsung kerajaan bagi membangunkan projek seluas 200 hektar itu.
Bandar Malaysia sebelum ini dilaksanakan oleh 1Malaysia Development Bhd tetapi ia menjual 60% pegangan dalam projek itu kepada IWH-CREC Sdn Bhd pada nilai RM7.41 bilion untuk menampung jumlah hutangnya.
Projek Bandar Malaysia terletak bersebelahan dengan satu lagi projek 1MDB, Tun Razak Exchange membabitkan pembangunan semula kawasan urban, termasuk lapangan terbang lama di Sungai Besi.
Projek itu dibayangkan menjadi inklusif, bandar yang berorientasikan pengangkutan awam yang direka dengan tempat pejalan kaki awam dan laluan penunggang basikal yang selamat dan selesa, dengan latar belakang ruangan terbuka serta kehijauan, kata laporan itu.
Bandar Malaysia akan dibangunkan dalam tempoh 20 hingga 25 tahun, dijadualkan bermula tahun ini.
Jun lalu, Bandar Malaysia mengumumkan ia memperoleh kewangan dengan dana dari bank tempatan dan luar negara dengan gabungan aset bernilai lebih RM57.59 trilion.

Jangan guna Pulau Batu Puteh menangi hati rakyat PRU14

Pulau Batu PutehPulau Batu Puteh
Kerajaan diingatkan agar tidak menjadikan isu tuntutan semula Pulau Batu Puteh hanya sebagai propaganda untuk memenangi hati rakyat bagi menghadapi pilihan raya raya umum Ke-14 (PRU14).
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, tuntutan kali ini perlu lebih serius supaya apa yang dilakukan pada tuntutan sebelum ini tidak berulang dan sekaligus mengagalkan usaha sehingga terlepasnya pulau tersebut kepada Singapura.
"Kerajaan juga perlu menyediakan pakar dalam pelbagai bidang terutamnya sejarah.

"Saya pernah bertemu dengan Allahyarham Datuk Dr. Nik Anuar Nik Mahmud (tokoh sejarah terkenal tanah air) yang menyatakan kegagalan sebelum ini adalah disebabkan kurang persediaan dalam tuntutan pulau tersebut," katanya.
Salahuddin menegaskan keputusan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak hanya bergantung kepada undang-undang tetapi pembuktian dokumen sejarah juga adalah faktor terpenting.
Justeru katanya, Amanah bersedia menghulurkan tangan membantu sebarang usaha mendapatkan semula Pulau Batu Puteh dan sekali lagi berjaya memulangkan kedaulatan negara.
Minggu lalu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam satu kenyataan berkata Malaysia telah memfailkan permohonan semakan semula penghakiman ICJ ke atas Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge).

Tun M cerita pengalaman 'bangkit' selepas dipecat Umno zaman Tunku Abdul Rahman

Mereka enggan dengar penjelasan BERSATU, kata Tun M

MEJA BULAT:Rafizi Ramli - Pembentangan Skandal Najib Razak & Salah Urus Isntitusi Kerajaan

MEJA BULAT:Tun Mahathir - Strategi Untuk Tewaskan Najib Razak Dan BN Dalam PRU14