Isnin, 6 Februari 2017

Satu-satunya Perdana Menteri Dalam Alam Semesta Tak Pernah Menipu..


PPBM : Jika Dr M salah isu BNM, Umno pun salah

Setiap ahli Umno yang membantu dan mempertahankannya harus turut sama dihukum dengan setimpal.
syed-saddiq-mahathir-bnm-umno-1
PETALING JAYA: Sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad didapati bersalah dalam skandal urusniaga matawang asing 1991, Umno juga bersalah kerana mempertahankan bekas perdana menteri itu, kata Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Ketua Pemuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sekiranya benar mahu menghukum bekas presiden Umno itu yang kini pengerusi PPBM, setiap ahli Umno yang membantu dan mempertahankannya harus turut sama dihukum dengan setimpal.
“Siasatan haruslah dilakukan secara menyeluruh. Jika siasatan mahu dijalankan, maka haruslah disiasat sampai ke lubang cacing. Jangan lupa bahawa era Dr Mahathir pun merupakan era Umno juga,” katanya menerusi kenyataan.
Baru-baru ini, bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Murad Khalid dilaporkan berkata, BNM mengalami kerugian AS$10 bilion (RM40.4 bilion) dalam urus niaga perdagangan matawang pada awal 90-an semasa era pentadbiran Dr Mahathir.
Hari ini, Pemuda Umno mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian yang dialami BNM dalam urus niaga itu.
Naib Ketua Khairul Azwan Harun mahu siasatan melihat sama ada kerugian bank itu adalah jauh lebih tinggi daripada yang diumumkan.
“Kita mendesak agar RCI dibentuk untuk menyiasat dan mengesahkan bahawa wujud usaha bagi menutup fakta terhadap kerugian sebenar dalam ‘forex trading exposures’ sebanyak AS$150 bilion (RM664 bilion),” katanya, menurut laporan media.

Jamal baju merah mungkin lepaskan semua jawatan Umno

Ketua gerakan Baju Merah itu secara sinis mengatakan dia ingin mengusahakan pusat judi haram.
jamal-yunos-umno-1
PETALING JAYA: Datuk Seri Jamal Yunos kemungkinan akan melepaskan semua jawatan dalam Umno dan Barisan Nasional, termasuk jawatan ketua Umno bahagian Sungai Besar.
Beliau juga mungkin akan berundur sebagai pengerusi Gabungan NGO Selangor dan Gabungan NGO Malaysia.
Jamal bagaimanapun mungkin mengekalkan jawatan ketua gerakan Baju Merah, yang menjadi perbualan orang ramai apabila mereka menganjurkan himpunan balas melawan Bersih 2.0.
jamal-3
Beliau mengumumkan perkara itu selepas dibebaskan dari IPD Ampang Jaya petang tadi. Beliau dan 9 yang lain ditahan beberapa hari lalu semasa polis menyiasat dakwaan samun berkumpulan.
Dakwaan itu timbul selepas beliau mengetuai serbuan ke atas beberapa premis permainan video di Selangor, dalam usaha menonjolkan kegagalan kerajaan negeri bertindak ke atas kegiatan perjudian haram.
jamal-2
“Bagi say, jawatan yang dipegang untuk masyarakat ini tidak dapat dipergunakan sepenuhnya. Sebaliknya, selepas ini saya akan mengusahakan judi haram seperti tauke-tauke judi yang lain kerana mempunyai kekebalan dan keistimewaan,” katanya secara sinis.

Anti-pembalakan: Hadangan Orang Asli diroboh dan dibakar

Sekatan anti-pembalakan yang didirikan oleh penduduk Orang Asli di Gua Musang sekali lagi dirobohkan, kali ini dengan menggunakan jentolak sebelum membakarnya.
Timbalan Setiausaha Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan Jamali Ayau dipetik oleh portal The Star Online sebagai berkata empat kenderaan pacuan empat roda yang tertera logo Jabatan Perhutanan Kelantan dan dua jentolak tiba di lokasi hadangan itu pagi ini.
"Mereka tidak banyak bercakap dan mula menggunakan parang untuk mencantas hadangan itu.
“Mereka kemudian membawa jentolak untuk merobohkan sekatan.
"Mereka seterusnya membakar hadangan dan pondok yang kami bina, termasuk balai adat,” katanya yang dipetik portal itu.
Sekatan sama di Simpang Petei, dirobohkan oleh Jabatan Perhutanan Kelantan pada 23 Januari lalu. Pada kejadian itu, lima aktivis Orang Asli turut ditahan.
Penduduk Orang Ali tempatan itu kemudiannya menaikkan semula hadangan itu sehingga memaksa pihak berkuasa membawa jentolak serta membakar sekatan mereka kali ini.
Menurut NGO, Centre for Orang Asli Concern, Jabatan Perhutanan Kelantan juga merobohkan hadangan lain di Kelawong, Pos Pasik, Ahad lalu.

Bersatu kecewa dengan Pas

Hamidah berucap dalam Ceramah Pakatan Harapan Selamatkan Malaysia di Batu GajahHamidah berucap dalam Ceramah Pakatan Harapan Selamatkan Malaysia di Batu Gajah
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meluahkan rasa kecewa terhadap Pas yang masih berdolak-dalik dalam kerjasama pakatan pembangkang.
Naib Presiden Bersatu Datuk Hamidah Osman berkata, setelah partinya mengadakan rundingan dengan Pas beberapa kali namun tiada sebarang kata putus yang berjaya dicapai.
Lebih mengecewakan kata beliau, Pas masih menganggap pertemuan sebanyak tiga kali itu hanya 'sembang-sembang' sedangkan telah mencapai beberapa persetujuan dan disampaikan kepada pimpinan tertinggi.
"Kita sudah berunding sebanyak tiga kali, dan rundingan tersebut telah bersetuju beberapa perkara dan dipersembahkan kepada pimpinan tertinggi parti masing-masing.
"Namun selepas pertemuan Pas mengeluarkan kenyataan ia hanya sembang-sembang sahaja. Kalau hanya nak sembang buat apa sampai tiga kali?," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Pakatan Harapan Selamatkan Malaysia di Batu Gajah, semalam.
Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi Amanah Negeri Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar; dan Ketua Pemuda DAP Perak, Howard Lee.
Ceramah turut dihadiri Timbalan Pengerusi Amanah Negeri Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar; dan Ketua Pemuda DAP Perak, Howard Lee.Ceramah turut dihadiri Timbalan Pengerusi Amanah Negeri Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar; dan Ketua Pemuda DAP Perak, Howard Lee.
Bekas Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak itu turut kecewa apabila ada yang mempersenda usaha Bersatu dan pembangkang untuk menyatukan parti-parti pembangkang bagi menghadapi Umno BN.
Katanya, usaha ini bagi memastikan matlamat untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lebih mudah dan mengelak kekeliruan rakyat.

Jamal dibebas awal, mahu ceburi "judi haram"

Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos diberi pembebasan awal hari ini berikutan penahanan reman selama lima hari ke atasnya kerana kes samun berkumpulan.
Jamal, Jumaat lalu ditahan reman selama lima hari, dibebaskan selepas penahanan tiga hari.
Bercakap di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang, Jamal secara sinis berkata, beliau mahu meletakkan jawatan politik dan NGO yang disandangnya.
“Selepas ini saya akan mengusahakan perniagaan judi haram kerana judi haram ini mempunyai kekebalan dan keistimewaan berbanding jawatan pemimpin,” katanya.
Jamal, bersama-sama dengan sembilan penyokongnya, ditahan pada Khamis lalu.
Polis menyiasat Jamal di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.
Ia susulan serbuan pemimpin akar umbi Umno itu di sebuah tempat didakwa pusat perjudian di Taman Kosas, Ampang pada 29 Disember lalu.
Ketika serbuan, Jamal didakwa merompak pelanggan di premis itu.
Siasatan dibuat berikutan laporan polis yang dibuat ke atasnya.

Komisyen Dan Saham: ‘Saya tidak ada apa-apa yang nak disembunyikan’, kata Ku Chin Wah

Kenapa perlu saya sembunyikan hal itu apatah lagi komisen tersebut sah di sisi undang-undang' kata bekas ketua JSJ Kuala Lumpur itu.
Ku-Chin-Wah--1
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini beliau tiada sebab untuk menyembunyikan maklumat komisen dan saham yang diterimanya sepanjang perkhidmatan.
“Dari awal lagi apabila ditanya, saya telah memaklumkan tentang komisen RM30,000 dan RM800,000, saya telah jelaskan komisen digunakan untuk beli saham.
“Saya isytihar semua saham. Saya isytihar komisen itu pada Lembaga Hasil Dalam Negeri dan saya juga membayar cukai.
“”Saya tidak ada apa-apa yang nak disembunyikan. Kenapa perlu saya sembunyikan hal itu apatah lagi komisen tersebut sah di sisi undang-undang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguamnya, Datuk Geethan Ram Vincent, ketika pemeriksaan utama peringkat bela diri.
Bernama melaporkan komisen yang disebutkan Chin Wah itu hasil jualan pangsapuri di Johor Bahru dan hasil jualan 2 buah hotel di Kuala Lumpur.
Chin Wah, 59, dituduh gagal mengisytiharkan segala punca perolehan dalam akuan bersumpah bertarikh 8 Januari 2014 di Blok D6, Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya antara 23 Disember 2013 dan 21 Januari 2014.
Dengan itu, beliau didakwa dengan sengaja gagal mematuhi terma notis pendakwa raya di bawah Seksyen 49(1) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 bertarikh 23 Disember 2013.
The Star sebelum ini melaporkan SPRM menyiasat Chin Wah selepas Bank Negara melaporkan beliau membayar lebih RM50,000 dalam bentuk tunai untuk polisi insuran.
Chin Wah, kini berkhidmat di Urusetia JSJ Bukit Aman, memberitahu mahkamah hari ini bahawa beliau sudah mengisytiharkan segala hartanya sepanjang 38 tahun berkhidmat dalam polis.

Fitnah sembah ayam: Khalid akan saman pemilik blog Omakkau

Khalid Abdul SamadKhalid Abdul Samad
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik blog omakkau.blogspot.my berhubung fitnah kononnya beliau menyembah ayam dalam satu paparan video satira sempena Tahun Baru Cina.
Mengakui dirinya tidak asing dengan fitnah dan putar belit, beliau berkata, tindakan mahkamah tetap akan diambil walaupun pemilik blog itu didapati telah mengeluarkan 'posting' dakwaan terbabit.
"Saya sudah kenal pasti antara pemain utama iaitu blog Omakkau. Saya dapati 'posting' itu sudah dikeluarkan tetapi tidak bermaksud terlepas daripada dakwaan. Saya sedang berbincang dngan peguam tentang tindakan yang akan diambil.
"Bila dia (pemilik blog Omakkau) keluar tuduhan sembah itu, sebenarnya semua terlibat dalam video itu kena. Dalam video itu ada YB Rafizi dan ramai lagi. Ini satu corak politik yang melampau dan saya berasa bertanggungjawab untuk menentukan corak politik sebegini tidak lagi diamalkan," ujarnya pada sidang media di Wisma Amanah di ibu negara hari ini.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu memberitahu, beliau sebelum ini pernah memenangi kes saman fitnah ke atas bekas Adun Sungai Rapat di Perak, Datuk Hamidah Osman berhubung penyiaran gambar yang menunjukkan beliau seperti seorang paderi Kristian dan murtad.

'MRSM berbayar' alasan kurangkan peruntukan? - GMPP

Cadangan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar dipandang sinis sebuah kumpulan pelajar.
Kumpulan yang menamakan diri Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) itu mendakwa, usaha itu jika menjadi kenyataan hanya akan “memperkasakan kedudukan pendidikan sebagai komoditi”.
Mereka juga bimbang ia akan dijadikan alasan kerajaan untuk mengurangkan peruntukan pendidikan.

“MARA terpesong daripada idea asalnya ditubuhkan untuk menjaga kebajikan warga terpinggi, bukan untuk golongan berkemampuan,” menurut kumpulan itu dalam memorandum lima halaman.
Ia diserahkan oleh Timbalan Pengerusi MARA Datuk Ibrahim Ahmad di ibu pejabat majlis itu di Kuala Lumpur.
GMPP diwakili empat pelajar institut pengajian tinggi daripada Universiti Malaya, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Teknologi Petronas dan Brickfields Asia College.
Sementara itu, seorang pemimpin kumpulan itu Sharan Raj memberi amaran akan menganjurkan demonstrasi bantahan jika gesaan mereka diabaikan.
“Kita akan ikuti perkembangan isu ini dari minggu ke minggu,” katanya yang juga anggota Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Bagaimanapun, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam berkata kewujudan MRSM berbayar akan membantu anak-anak golongan berpendapatan rendah untuk terus belajar.
Katanya, MRSM untuk pihak berkemampuan akan memberi kelebihan kepada golongan berpendapatan rendah kerana tidak perlu berebut tempat.

Namun cadangan tersebut masih di peringkat kajian awal dan belum dibawa ke mesyuarat Majlis MARA, serta belum dirujuk kepada kementerian untuk kelulusan.

Muhyiddin akui sukar menang PRU14 jika sendirian

Muhyiddin akui sukar menang PRU14 jika sendiri
Muhyiddin bersama pemimpin Pakatan Harapan negeri ini pada program anjuran Bersatu yang dihadiri hampir 500 orang termasuk masyarakat Orang Asli.
KUANTAN - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui parti itu sukar memenangi PRU14 sekiranya bertanding sendirian sebaliknya memerlukan campuran parti pembangkang lain untuk pertandingan satu lawan satu.
Beliau optimis campuran Pakatan Harapan akan memperoleh kejayaan pada PRU14 nanti yang dijangka hujung tahun ini atau selewat-lewatnya tahun depan.
Katanya, rakyat perlu memberi sokongan kepada Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan baharu dan menilai keupayaan mereka memerintah dalam tempoh lima tahun pertama.
"Rakyat sekarang ditakut-takutkan.. jika Barisan Nasional (BN) kalah, sistem kerajaan akan jadi macam-macam... jangan percaya. Kita (Pakatan Harapan) mampu dan sudah sampai masa untuk kita talkinkan BN.
"Beri peluang kepada kita memerintah lima tahun dahulu.. tengok apa kita boleh buat.. kalau tak ok, ambil semula Umno.. apa yang penting bagi kita peluang dulu,"katanya ketika berucap pada program Bicara Rakyat di Kampung Bala Sawar, Jalan Sungai Lembing, malam semalam.
Hadir sama, Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi Amanah Pahang, Dr Hamzah Jaafar.
Muhyiddin berkata, Pakatan Harapan mempunyai pemimpin berkemahiran dan pakar dalam bidang masing-masing serta berpengalaman luas termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

DARI BUKIT KIARA KE TROPICANA

Esok, khamis 7 Februari 2017, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim dijadual akan mengadakan sidang akhbar bersama Tun Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang di Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara.

Bagaimanapun, seperti yang disebut oleh Zaid sendiri, Kelab Diraja Selangor pada saat-saat akhir tidak membenarkan tempat mereka digunakan untuk sidang akhbarnya itu.

Zaid seterusnya mendakwa, pembatalan yang dimaklumkan pada 6 petang, Ahad lalu dibuat  kerana "desakan politik" pihak-pihak tertentu, meskipun tempahan dan bayaran sudah dibuat sejak seminggu yang lalu.
Tiada sebab khusus mengapa pembatalan itu dilakukan, tetapi dipercayai kerana ia melibatkan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir.

Tidak putus asa atau lemah semangat dengan pembatalan tersebut, Zaid segera mengubah lokasi sidang akhbarnya itu ke kediamannya di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya.

Malah, sidang akhbar pada 9.30 pagi esok tetap akan dihadiri oleh Tun Mahathir dan Lim Kit Siang sebagaimana yang dirancang pada peringkat awalnya.

Maknanya, meskipun cuba "dicaras", program itu tetap berlangsung tanpa terjejas apa-apa. Cuma lokasinya saja yang berubah.

ORANG MELAYU SEMAKIN LUPA DARATAN: SULTAN PERAK

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini menegur sikap segelintir orang Melayu yang baru mula menikmati kejayaan kecil berbanding kaum lain tetapi menunjukkan sifat-sifat lupa daratan.
Baginda menyifatkan sikap sedemikian ibarat mengulangi budaya kehidupan pada era prapenaklukan Melaka oleh Portugis yang hanyut dalam perlumbaan kebendaan dan semakin mabuk dilambung gelombang persaingan kuasa.
“Dibimbangkan kekayaan yang baru berada dalam pegangan Melayu mungkin berakhir dalam tempoh masa yang singkat selagi orang Melayu lebih tertarik dengan budaya berbelanja mewah untuk mencerminkan imej  sosial…berbanding menabung dan melabur untuk membina aset bangsa yang lebih besar bagi jangka masa panjang,” titah baginda ketika merasmikan Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini hari ini.
Turut berangkat pada muzakarah bertemakan ‘Mengakar Kuat Umat Melayu, Menjunjung Tinggi Islam’ adalah Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Selain itu, Sultan Nazrin bertitah orang Melayu sedang berada dalam perlumbaan menconteng arang sesama sendiri, masing-masing ghairah menepuk air di dulang, dan semakin terpercik ke muka sendiri.
“Dalam kesyukuran mencipta kejayaan, orang Melayu tidak boleh mengambil ringan perbuatan salah laku sebahagian anak bangsanya, laksana anai-anai yang boleh meruntuhkan bangsa,” titah baginda.
Sultan Nazrin menarik perhatian bahawa dasar-dasar murni yang digubal untuk membantu Melayu, tidak tercapai sepenuhnya kerana terbukti berlaku ketirisan secara besar-besaran.
“Hari ini maruah bangsa semakin diaibkan dengan perbuatan rasuah, pecah amanah, penipuan dan salah guna kuasa. Sewajarnya bangsa berwaspada dengan titik-titik nila yang akan memusnahkan susu sebelanga,” titah baginda.
Selain itu, baginda bertitah bangsa Melayu yang terus bercakaran tidak akan menjadi bangsa yang kuat; umat Islam yang terus berkonflik tidak akan berupaya menjunjung ketinggian Islam.
“Semoga ALLAH mengukuhkan kekuatan dalaman umat Melayu untuk cekal melakukan yang makruf dan gigih mencegah yang mungkar serta ditunjukkan jalan yang mendapat keredaan-NYA,” titah Sultan Nazrin.

Banyak 'blok' akan kelirukan rakyat

Faiz Fadzil ketika hadir bersama pimpinan Pakatan Harapan dalam program sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR Permatang Pauh semalamFaiz Fadzil ketika hadir bersama pimpinan Pakatan Harapan dalam program sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR Permatang Pauh semalam
Semua parti pembangkang harus berada dalam satu gabungan supaya ia tidak mengelirukan rakyat untuk membuat pilihan.
Sekiranya terdapat beberapa gabungan yang berbeza dengan pelbagai blok dan jenama serta logo ia akan memberi kecelaruan kepada pengundi.
Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil ketika ditemui selepas hadir program sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR Parlimen Permatang Pauh.
Beliau berkata demikian merujuk kepada Pas yang tidak mahu menyertai Pakatan Harapan sebaliknya mewujudkan blok ketiga.
Ujarnya lagi, rakyat akan bertambah keliru untuk membuat pilihan walaupun pembangkang berkali-kali melaung-laungkan untuk menumbangkan Umno dan BN.
"Kita sedar Umno dan BN sudah tidak lagi relevan untuk menerajui pemerintahan kerajaan negeri mahupun pusat.
"Rakyat juga tahu kepimpinan kerajaan Najib kini terlalu banyak ketirisan, skandal, salah laku dan urus tadbir yang lemah sehingga menjadikan rakyat sebagai korban.
"Terlalu banyak beban kepada rakyat seperti kos sara hidup yang tinggi serta nilai mata wang yang merudum belum dapat diselesaikan walaupun Najib berjanji beban rakyat akan dapat diatasi menjelang 2017, jelasnya lagi.
Beliau juga berkata, cukai GST yang yang mungkin akan meningkat lagi selepas BN menang, mampu memporak-perandakan keluarga miskin lagi melarat.
"Isu sebegini mesti diperjuangkan oleh gabungan pakatan pembangkang sekiranya benar-benar ingin membela nasib rakyat.
"Pembangkang tidak boleh mesra Umno mahupun BN atau bersekongkol dengan mereka yang telah terbukti dengan ketara menzalimi rakyat melalui pelbagai polisi dan dasar.
"Sekiranya mereka hanya mendabik dada mengatakan memperjuangkan nasib rakyat yang ditindas, tetapi sebaliknya memperagakan nasib rakyat untuk mengakayakan tembolok masing-masing, ini bukan perjuangan sebenar," tegasnya lagi.
Sehubungan itu katanya, Pas dan Bersatu mesti berada bersama dengan Pakatan Harapan supaya perjuangan mereka jelas kepada rakyat.
"Tidak perlu ada blok yang pertama atau kedua maupun ketiga sekiranya ikhlas untuk memastikan Umno dan BN kecundang.

PAS berharap pada 'sulbi Umno'

PAS berharap akan lahir penyokong Islam "dari sulbi" Umno walaupun kedua-dua parti berkenaan bermusuh di medan politik.
Memetik contoh sejarah lampau, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata Nabi Muhammad SAW pernah mengharapkan lahir pejuang Islam daripada "sulbi penduduk Taif" yang menzalimi baginda.
"Kebencian mereka terhadap kebobrokan Najib Razak akan menguatkan Islam dengan sikap pemaaf dan kesediaan kita memberikan penghormatan terhadap bekas-bekas pemimpin mereka.
"Kita mempelajari seni politik Rasulullah yang sangat matang itu, dan kita sepatutnya mengambil pendekatan serupa dalam menjana kemenangan Islam," katanya dalam kenyataan disiarkan Harakahdaily.
Di sebalik pendirian PAS yang menjadi pembangkang, sikap parti itu terhadap Umno sejak akhir-akhir ini menimbulkan rasa kurang senang serta curiga sesetengah pihak.
Pada masa sama, PAS memutuskan sama sekali hubungan - dan menolak sebarang kerjasama - dengan dua parti pembangkang lain, iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang kini membentuk gagasan Pakatan Harapan bersama PKR.
PAS membina kumpulan tersendiri - dinamakan sebagai Gagasan Sejahtera - bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) yang dipimpin bekas menteri Umno, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.
Gabungan itu menawarkan pendekatan politik "matang dan sejahtera".
Menurut Hashim, pendekatan matang dalam tindakan politik membolehkan Islam bangkit, daripada agama yang ditentang keras di Mekah menjadi agama yang diterima oleh semua bangsa dan budaya di seluruh dunia.
Tawaran azab
Matang, kata Hashim, bermaksud bertindak mengikut pertimbangan iman dan akal, bukannya hawa nafsu, serakah, kesumat dan sentimen sehingga menolak kebenaran sebagai benar dan kebatilan sebagai batil.
Perihal kematangan Rasulullah dalam dakwah, katanya, banyak dicatat oleh ulamak, sehingga terzahir kebijaksanaan yang memberikan kemenangan besar kepada Islam.
Merujuk kepada kejadian Muhammad ke Taif, Hashim menjelaskan bagaimana nabi dilayan sangat buruk termasuk dimaki dan dicederakan.
Pada saat itu, katanya, datang malaikat menawarkan azab untuk dihempapkan ke atas penduduk Taif.
"Ketika nabi mempunyai pilihan untuk melepaskan dendam terhadap kejahatan penduduk Taif, baginda bertindak matang dengan mendoakan agar lahir dari sulbi mereka pendukung agama Allah, bah merayu kepada Allah agar mereka diberikan petunjuk.
"Begitu juga ketika pembukaan kota Mekah, baginda mengambil tindakan matang dengan menjadikan rumah Abu Sufian sebagai tempat perlindungan kepada orang Mekah.
"Bukankah Rasulullah SAW telah mempelopori politik matang dalam sejarah Islam?" katanya lagi.

Adun Pas minta rakyat Pulau Pinang pertahan kerajaan Pakatan Harapan

Datuk Salleh Man dan Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah di program sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR Permatang Pauh malam tadiDatuk Salleh Man dan Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah di program sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR Permatang Pauh malam tadi
Walaupun kepimpinan Pas sering memburukkan pimpinan Pakatan Harapan yang menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man mengambil pendekatan sebaliknya.
Adun Pas tunggal yang memenangi kerusi yang ditandingi parti itu sejak sekian lama di Pulau Pinang itu turut menyarankan rakyat negeri itu supaya memberi sokongan yang padu kepada kerajaan negeri Pakatan Harapan untuk terus menerajui negeri.
"Saya menyeru semua rakyat Pulau Pinang supaya terus memberi sokongan kepada kerajaan negeri Pakatan Harapan.
"Teruskan sokongan kepada kerajaan negeri dan tolak Umno dan BN yang telah terbukti sekian lama menzalimi rakyat.
"Kita juga perlu beri kerjasama dan pastikan kuasa yang ada pada kerajaan negeri Pakatan Harapan terus dimenangi dalam pilihan raya umum yang akan datang," ketika berucap pada program sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR Permatang Pauh semalam.
Ucapan beliau disambut dengan tepukan gemuruh oleh lebih seribu hadirin yang membanjiri tapak pasar malam Ampang Jajar.
Beliau juga berkata, walaupun beliau adalah Adun tunggal Pas yang memenangi kerusi dalam pilihan raya umum lalu, sokongan mesti diberikan kepada kerajaan negeri.
Malah katanya, sejak menerajui pemerintahan banyak program kebajikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

MAHUKAH PKR, BERSATU TERIMA HADI JADI PM?


Pelawaan PAS supaya PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyertai Gagasan Sejahtera dianggotainya hanya akan menyebabkan lebih banyak masalah, kata seorang pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH).
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad, berkata PKR dan BERSATU bakal berdepan kesukaran kerana PAS menetapkan mana-mana pihak yang ingin bekerjasama mesti menerima kepimpinan parti berkenaan.
“Kalau dilihat kenyataan sebelum ini, (PAS berkata) kalau nak bekerjasama dengan PAS mesti terima kepimpinan PAS.
“Kalau begitu BERSATU dan PKR kerana terima Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sebagai calon perdana menteri.
“Itu juga masalah besar buat kedua-dua parti terbabit kerana syarat PAS sebelum itu ialah, biar PAS memimpin,” katanya pada sidang media di Wisma AMANAH di Kuala Lumpur hari ini.
Khalid berkata demikian mengulas cadangan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyeru PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) meninggalkan Pakatan Harapan (HARAPAN) serta menyertai blok ketiga yang dianggotai partinya.
Menurut Mohd Amar semalam, pembangkang akan menjadi lebih kuat sekali ganda jika kedua-dua parti terbabit berpisah daripada HARAPAN.
Mengulas lanjut Khalid berkata gabungan pembangkang tanpa DAP juga akan menjadikan usaha mengalahkan BN tidak sempurna kerana hanya akan tertumpu kepada parti yang dominan untuk kaum Melayu saja.
“Saya rasa rakyat Malaysia akan melihat ia (pembangkang tanpa DAP) suatu gabungan tidak sempurna kerana masih terdiri hanya parti Melayu, walaupun PKR ada ahli bukan Melayu.
“Ia tetap menyebabkan rakyat berpecah-belah. Ia bukan alternatif yang sempurna untuk menggantikan BN,” katanya.

Suku 4/2016: SPR terima 272,143 daftar pemilih baru

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 272,143 pendaftaran pemilih baharu pada suku keempat 2016 iaitu antara Oktober hingga Disember.
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata dalam tempoh itu juga, SPR menerima sebanyak 80,821 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar.
Selaras dengan Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi Suku Tahun 4/2016 akan dipamerkan selama 14 hari mulai 7 hingga 20 Feb di 960 tempat pameran di seluruh negara, katanya.
"Sepanjang tempoh pameran berlangsung, pemohon yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih baharu atau menukar alamat pusat mengundi pada bulan Oktober, November dan Disember 2016 dinasihatkan menyemak RDPT Suku Tahun 4/2016," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi permohonan pendaftaran baharu, jika pemohon mendapati nama tidak tersenarai dalam RDPT itu, pemohon boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B dan diserahkan kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran yang berkenaan, katanya.
Pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama individu di dalam RDPT itu, boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang C, katanya.
"Semasa tempoh pameran RDPT itu, SPR juga mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada Daftar Pemilih," katanya.
Menurutnya antara asas SPR mengeluarkan nama pemilih adalah kerana mereka didapati tidak berhak untuk terus kekal dalam daftar pemilih atas sebab seperti telah meninggal dunia atau lucut hak warganegara.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai pameran RDPT Suku Tahun 4/2016, orang ramai boleh menghubungi ibu pejabat SPR di talian 03-88927018 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.
Pemohon juga boleh melayari laman sesawang SPR di www.spr.gov.my untuk menyemak senarai nama yang dipamerkan dalam RDPT Suku Tahun 4/2016.

Sebab itulah pemimpin yg bijak wajib dinyahkan disingkir KERANA HANYA YANG BODOH SAJA layak di dlm Umno/BN..

Cekau segala mak nenek cukai dari semua rakyat, tapi nak agih hanya penyokong2 & pemimpin2 Umno/BN.

Siapa penyangak wang rakyat sebenarnya...??!

Drpd Tun razak sehinggalah Pak Lah ada subsidi minyak..

TETAPI sampai Najib jadi PM tup2 hapus subsidi minyak dgn alasan tak mampu menanggung sudsidi.

TAK MAMPU TANGGUNG SUBSIDI..?
Terima RM350 bilion duit Petronas yg paling terbanyak dlm sejarah itu pergi ke mana ??!

NAMPAK TAK !!!.. tu pon tiba2 boleh masuk RM2.6 bilion ke dlm akaun peribadi Najib..

FAKTA: Pengkhianat melayu wajib perlu dihukum berat..

Pengkhianat melayu punya angkara, cina-DAP yang disalahkannya..

APA AKAN JADI bila kuncu2 UMNO & #1MDB disumbatkan secara berjemaah ke dlm Tabung Haji..??

MENGAPA DIVIDEN (bonus tahunan) TABUNG HAJI SEMAKIN MEROSOT BUAT DUA TAHUN BERTURUT-TURUT sedangkan Pengerusi TH Azeez Rahim pernah bertegas Tabung Haji catat untung paling tinggi kali ini dalam sejarah ??!!

Keuntungan TH dah 'melencong' masuk poket mana ??!

Prestasi Kewangan Tabung Haji Merudum 36%, Kadar Keuntungan Seperti Menyimpan Deposit Tetap Di Bank

Berikutan dengan pengumuman kadar keuntungan (hibah) sebanyak 4.25% (semua pendeposit) dan tambahan 1.5% kepada pendeposit yang belum menunaikan haji, saya mengumpulkan maklumat dari sumber-sumber berikut untuk membuat analisa awal prestasi kewangan Tabung Haji:
1. Laporan The Sun mengenai pecahan perolehan mengikut jenis pelaburan http://www.thesundaily.my/news/2151541
2. Laporan The Star mengenai jumlah aset boleh dicairkan oleh Tabung Haji untuk memenuhi tuntutan pengeluaran deposit oleh penabung http://www.thestar.com.my/business/business-news/2016/11/02/tabung-haji-refutes-allegations-of-inability-to-pay-depositors/
3. Laporan NST mengenai sebab kenapa jumlah dividen diterima adalah rendah bagi tahun 2016 berbanding 2015 http://www.nst.com.my/news/2017/02/209241/tabung-haji-distribute-rm288b-hibah-depositors
4. Laporan Kosmo mengenai jumlah 5.5 juta pendeposit yang belum menunaikan haji
Berdasarkan semua angka-angka ini, saya membandingkan prestasi kewangan Tabung Haji bagi tahun 2016 berbanding tahun-tahun sebelumnya berdasarkan 3 kayu ukur utama:
i. Prestasi Tabung Haji menguruskan simpanan pendeposit yang diukur menggunakan kadar % untung bersih berbanding jumlah deposit yang disimpan di Tabung Haji
ii. Prestasi Tabung Haji mengagihkan keuntungan hasil dari pelaburan kepada pendeposit yang diukur menggunakan kadar % keuntungan yang diagihkan berbanding jumlah deposit yang disimpan di Tabung Haji
iii. Kesan prestasi Tabung Haji di dalam (i) dan (ii) kepada keupayaan kewangan pendeposit warga emas dan kurang berpendapatan untuk menunaikan ibadah haji
Analisa ini saya tunjukkan di dalam Lampiran A, Lampiran B dan Lampiran C yang saya sertakan bersama.


Kesimpulan yang boleh dibuat mengenai prestasi kewangan Tabung Haji yang baru diumumkan bagi tahun 2016 adalah seperti berikut:
1. (Rujuk Lampiran A) Prestasi Tabung Haji Menguruskan Simpanan Pendeposit
Prestasi tahun kewangan 2016 adalah yang terburuk sejak 2012 dengan menyaksikan kadar % untung bersih hasil dari pelaburan Tabung Haji menggunakan wang pendeposit merudum sebanyak 36% dari 5.96% (2015) kepada 3.83% (2016).
Pada kadar keuntungan bersih 3.83% dari pelaburan menggunakan wang pendeposit sebanyak RM64.74 bilion , ia tidak banyak berbeza dengan kadar keuntungan yang diberikan dari pelaburan simpanan tetap di bank (sekitar 3.2% ke 3.6%). Maksudnya, sesiapa sahaja boleh memberikan kadar pulangan sekitar 3.83% tanpa membelanjakan ratusan juta wang penabung dengan menyimpan kesemua RM64.74 bilion itu di dalam simpanan tetap di bank.
2. (Rujuk Lampiran B) Pelaburan Tabung Haji Di dalam Kertas Hutang
Menggunakan maklumat seperti yang dilaporkan media, saya mengunjurkan perincian perolehan dari portfolio pelaburan Tabung Haji seperti Lampiran B.
Bagi mereka yang memberi alasan bahawa Tabung Haji lebih banyak membuat untung dari rugi hasil pelaburan saham-sahamnya, unjuran menunjukkan bahawa walaupun rakyat memerhatikan prestasi pelaburan Tabung Haji secara dekat sejak 2015, ia tetap mengalami penurunan perolehan (bermakna keuntungan dari saham tidak setinggi 2015).

Harga Petrol Dan Diesel Terus Kekal Tinggi Sepanjang 2017 Jika Harga Siling Tidak Diperkenalkan Dan Subsidi Tidak Dikembalikan

Saya telah menyatakan sejak 30 Disember 2016 bahawa harga RON95 akan kekal melebihi paras RM2.20 seliter pada 4-5 bulan pertama 2017.
Oleh sebab itulah, dalam kenyataan media saya yang bertarikh 30 Disember 2016 itu, saya telah mendesak supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak memperkenalkan harga siling bagi RON95 pada harga RM2 seliter dan sebarang kenaikan harga mengikut formula yang ditetapkan Kerajaan Persekutuan melepasi RM2 seliter ditanggung melalui kaedah pemberian subsidi minyak.
Kemarahan rakyat Malaysia dengan kenaikan 20 sen yang ditetapkan pentadbiran Dato’ Seri Najib berkuatkuasa 1 Februari 2017 itu mudah difahami oleh banyak pihak. Dalam keadaan kenaikan gaji yang lembap, kos sara hidup yang melambung dan kesan GST yang masih belum ditangani pentadbiran Dato’ Seri Najib, kenaikan yang berturut-turut itu merupakan satu beban yang semakin menekan kepada rakyat terbanyak.
Apatah lagi kerana kenaikan harga petrol dan diesel di Malaysia juga berpunca dari kejatuhan nilai ringgit yang lebih teruk berbanding matawang lain, bukannya disebabkan oleh kenaikan harga minyak mentah semata-mata.
Hari ini, saya ingin menambah lagi berita buruk kepada rakyat Malaysia dengan memberi amaran yang lebih awal bahawa harga petrol dan diesel dijangkakan akan terus kekal pada paras yang tinggi (sekitar RM2.30 seliter) dalam beberapa bulan akan datang. Malah, saya menjangkakan harga petrol dan diesel akan terus naik dalam beberapa bulan akan datang dan berkemungkinan mencecah RM2.70 menjelang Jun 2017, sekiranya harga siling tidak diperkenalkan dan subsidi tidak dikembalikan.
Ini berdasarkan beberapa maklumat pasaran dan unjuran terbaru seperti berikut:
1. Akhbar kewangan dunia Bloomberg dalam rencana bertarikh 2 Februari 2017 (https://www.bloomberg.com/news/articles/2017-02-02/oil-halts-advance-near-three-week-high-as-u-s-stockpiles-expand) menyatakan bahawa pada paras sekitar USD56 setong (bagi harga rujukan Brent), ia masih tidak menggambarkan sepenuhnya catuan pengeluaran minyak mentah oleh negara-negara pengeluar minyak kerana stok penimbal minyak di Amerika Syarikat terus meningkat.
Ini membayangkan bahawa pengeluar minyak di Amerika Syarikat meningkatkan pengeluaran untuk mengambil kesempatan harga yang meningkat kerana catuan pengeluaran OPEC dan negara-negara lain.
Ini bermakna, pada catuan pengeluaran yang baru mencecah 60% dari sasaran catuan OPEC, harga USD56 setong itu masih dikira rendah dan dijangka akan terus meningkat dalam beberapa bulan akan datang.
2. Menteri Minyak Russia, Alexander Novak menyatakan bahawa lambakan bekalan minyak mentah dunia (yang menyebabkan harga minyak mentah jatuh merudum) akan berakhir menjelang pertengahan tahun ini. Ini bermakna, harga minyak mentah menjelang pertengahan tahun ini dijangka lebih tinggi dari USD56 setong
3. Syarikat-syarikat gergasi minyak dunia mula melaporkan unjuran keuntungan yang lebih besar bagi suku-suku kewangan yang akan datang
Pola harga minyak mentah yang tinggi ini disahkan oleh beberapa badan ekonomi dunia melalui unjuran harga minyak mentah bagi tempoh jangka panjang yang saya sertakan di bawah:

Rafizi bidas TH berhubung pulangan lebih rendah

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli membidas Lembaga Tabung Haji berhubung prestasi yang lesu yang hanya membawa pulangan 3.83 peratus tahun lalu.
Jumlah itu, kata Rafizi, hanya sedikit lebih baik berbanding kadar deposit tetap oleh bank.
“Maksudnya, sesiapa sahaja boleh memberikan kadar pulangan sekitar 3.83 peratus tanpa membelanjakan ratusan juta wang penabung dengan menyimpan semua RM64.74 bilion itu di dalam simpanan tetap di bank,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Rafizi, prestasi tahun kewangan 2016 adalah yang terburuk sejak 2012 dengan menyaksikan kadar peratus untung bersih hasil dari pelaburan Tabung Haji menggunakan wang pendeposit merudum sebanyak 36 peratus dari 5.96 peratus pada 2015 kepada 3.83 peratus pada 2016.
Walaupun prestasi yang lebih rendah, Tabung Haji mengumumkan bonus tahunan sebanyak 4.25 peratus bagi 2016. Bonus tambahan sebanyak 1.5 peratus juga diberikan kepada mereka yang belum menunaikan haji.
Bonus tahunan bagi 2015 adalah lima peratus dan tambahan tiga peratus bagi mereka yang belum menunaikan haji.
 Rafizi berkata bonus tambahan lebih rendah bagi mereka yang belum menunaikan haji bermakna ia akan mengambil masa yang lama untuk pendeposit untuk mencapai sasaran kewangan mereka untuk menunaikan ibadah haji.
Tabung Haji mencapai keuntungan bersih sebanyak RM2.48 bilion pada 2016, turun 29.8 peratus daripada RM3.54 bilion pada tahun sebelumnya.

Koperasi Permodalan Felda jual 5j saham FGV

Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd menjual lima juta saham dalam Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) pada 27 Jan, 2017.
Susulan penjualan itu, jumlah sekuriti yang dipegang oleh koperasi tersebut dalam FGV sebanyak 206.76 juta saham atau 5.67 peratus, menurut FGV dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Harga saham FGV naik empat sen kepada RM1.88 semasa ditutup pada tengah hari dengan 5.91 juta saham diniagakan.

Ku Nan bidas DAP, "saya kata 'my wish'"

"Bukan Melayu saja, semua bangsa dipinggirkan di Pulau Pinang," kata Ku Nan

RON95 mungkin cecah RM2.70 pada Jun, jangka Rafizi

Pertemuan BERSATU-PAS satu pendekatan terbuka dan matang, kata Azmin

Anwar cerita hanya sempat salam Muhyiddin

"Rundingan saya setuju diteruskan," kata Anwar pada BERSATU-PAS

Pas hanya jadi ejen pecah belah pembangkang

Sidang Media Rafizi Ramli 6-2-2017-: Dividen Tabung Haji,Harga Minya Dan Ketirisan Kerajaan Najib Razak

MP DAP buat laporan polis berhubung kenyataan Ku Nan

"Ubahlah air muka bola sepak tanahair," titah Sultan Johor kepada TMJ

Tengku Adnan jangan mimpi - Guan Eng

Mengapa perusuh tak didakwa, tanya Khalid pada polis

Nik Amar boleh cakap apa saja andaian dia mahu, kata Khalid

Ibu bapa pertikai sekolah Cina ada GST dalam yuran PIBG

Hadi terima sandang kehormat silat gayong

Umno masih boleh diharapkan, kata mursyidul am PAS

Pemimpin tertinggi PAS itu mempertahankan tindakan partinya mengambil pendekatan berbaik dengan Umno.
hashim-jasin-pas-umno
PAS berkata ia memutuskan untuk menjalinkan kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana beranggapan parti Melayu itu masih boleh diharapkan berbanding dengan pihak lain yang “anti Islam”.
Mursyidul Am PAS Hashim Jasin menyifatkan pendekatan PAS terhadap Umno itu adalah selari dengan “politik matang” yang diajar Nabi Muhammad.
“Kita memilih antara 2 kemudaratan – bertaawun dengan orang Islam yang zalim atau bertahaluf dengan orang bukan Islam yang keras sikapnya terhadap Islam,” tulis Hashim dalam kenyataan diterbitkan lidah rasmi PAS, Harakahdaily, Sabtu lalu.
Hashim berkata PAS masih tidak akan berkompromi dengan apa yang dipanggilnya “semua bentuk kezaliman dan penyelewengan Umno/BN”.
“Tetapi kita harus mengakui mereka adalah kelompok orang Islam yang masih boleh dimanfaatkan untuk membela Islam seperti isu Rohingya, Palestin dan pindaan Akta 355 juga.
“Berbanding dengan DAP yang mempunyai sikap yang keras terhadap Islam, anti Islam dan sentiasa menolak sebarang usaha menegakkan Islam,” tambahnya, merujuk sokongan Umno terhadap usaha PAS meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi memberikan kuasa menghukum pesalah Islam.
Sejak muktamar tahunannya pada 2015 yang menyaksikan kekalahan pemimpin yang mahu meneruskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat, PAS dilihat mengambil pendekatan lebih mesra terhadap Umno di bawah presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas mursyidul am, Datuk Haron Din, yang meninggal dunia September lepas.
Yang terkini, PAS turut sama dengan Umno melancarkan kapal dimuatkan bantuan untuk penduduk Rohingya dalam majlis yang dihadiri Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Pelawaan Pas sertai blok ketiga masih kabur

PKR menganggap pelawaan Pas untuk sertai blok ketiga (Gagasan Sejahtera) masih kabur.
Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, PKR tidak boleh memberi sebarang reaksi terhadap pelawaan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah itu kerana belum ada keputusan muktamad pihak Pas.
Menurutnya, setakat ini ia hanya boleh dianggap sebagai spekulasi kerana proses membuat keputusan di dalam Pas tidak boleh dilakukan secara mudah.
Datuk Saifuddin Nasution Ismail “Kita tak tahu sama ada pelawaan dibuat oleh Mohd Amar itu adalah keputusan sebulat suara hasil perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat, Majlis Syura Ulamak atau sebagainya.
“Pas adalah parti yang ada susur galur berlapis-lapis. Dalam pelawaan itu, beliau tidak nyatakan sama ada telah dibincangkan bersama Lajnah Politik, Jawatankuasa Pusat atau dalam Majlis Syura,” katanya.
Kelmarin, Mohd Amar mempelawa PKR dan Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan untuk menyertai blok ketiga bagi menguatkan blok pembangkang dan menumbangkan BN pada PRU14 tanpa sekutunya DAP dan Amanah.
Saifuddin berkata, semua perkara itu penting kerana berdasarkan pengalaman mesyuarat antara Pas dan Bersatu baru-baru ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan ia sebagai pertemuan biasa sahaja.
“Saya ambil pengalaman itu, dan kenyataan Mohd Amar adalah pelawaan tidak pasti. Mohd Amar adalah orang yang membuat pelawaan sahaja, tetapi tidak membawa mandat, atau kata putus.
“Ia seperti yang berlaku dalam rundingan melibatkan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Delegasi kedua-dua parti minggu lepas berakhir dengan kenyataan Tuan Ibrahim bahawa beliau cuma juru runding sahaja,” katanya.

PAS, Umno: Najib wujudkan persepsi ‘perpaduan ummah’

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa sengaja membentuk persepsi rakyat di negara ini bahawa misi bantuan ‘Food Flotilla For Myanmar’ adalah lambang penyatuan ummah antara PAS-Umno.
Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu sengaja disebut-sebut oleh Najib bagi membentuk pemikiran rakyat bahawa PAS dan Umno sememangnya bersatu.
“Najib cuba mempolitikkan isu ini untuk bentuk pemikiran orang. Bagi saya, tidak sewajarnya dan saya lihat program macam itu tak perlu perlu mewakilkan parti politik. Ini wakil PAS, ini Umno…
“Saya cukup tidak senang dengan kenyataan Datuk Najib yang cuba suntik pemikiran rakyat inilah lambang perpaduan ummah. Ia tidak harus dilihat perpaduan ummah tapi kemanusiaan,” katanya kepada Malaysiakini.
Jumaat lalu, Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan ke Myanmar dalam kempen yang dikenali sebagai 'Food Flotilla for Myanmar‎'.
Najib berkata, misi bantuan oleh Kelab Putra 1Malaysia bersama NGO‎ dilakukan atas keprihatinan terhadap penderitaan umat Islam khususnya etnik Rohingya di Myanmar.
Najib dalam ucapannya turut menyebut kapal tersebut adalah lambang penyatuan ummah‎ Malaysia kerana disertai oleh wakil PAS dan Umno.
Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mewakili PAS dalam acara itu.
Tuan Ibrahim malah mengimamkan solat Jumaat yang disertai Najib.
Khutbah pula dibacakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Masjid Al-Qayyum Bandar Amanda Putra, di situ.

Percepatkan kerjasama Umno-PAS, kata AMANAH

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) cawangan Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh 'mengalu-ngalukan' kerjasama antara Umno dan PAS peringkat negeri Kedah.
"Ini kerana telah sampai masanya untuk rakyat menilai dan membuat keputusan untuk menyokong siapa setelah sekian lama kerjasama yang tidak rasmi diadakan.
"Kekeliruan kepada rakyat mengenai bentuk kerjasama ini harus dirungkai segera dengan menjadikannya rasmi antara Umno dan PAS Kedah dalam pilihan raya umum 14 akan datang," jelas beliau dalam kenyataan.
Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, partinya bersedia menjalin kerjasama dengan PAS di peringkat negeri demi kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu.
Beliau berkata, bagaimanapun, kerjasama itu mesti bermula di peringkat pusat terlebih dahulu.
"Kerjasama yang terjalin seperti dalam misi 'Food Flotilla for Myanmar' yang berlepas baru-baru ini melambangkan penyatuan ummah di Malaysia berikutan terdapat wakil Umno dan PAS dalam misi berkenaan," kata Ahmad Bashah.
Mengulas lanjut, Dr Ismail berkata, pada masa yang sama, pihaknya juga mahu peruntukan bajet wakil rakyat sama ada pembangkang atau kerajaan mendapat peruntukan yang sama.
"Ini kerana peruntukan itu sebenarnya akan dibelanjakan kepada rakyat yang memilih mereka di kawasan masing-masing.
"Dan ini bersesuaian dengan konsep keadilan yang diperjuangkan oleh Pakatan Harapan," katanya lagi.

MAKIN DIBERI MASA, MAKIN PAS MENGADA-NGADA....

Di dalam dunia ini rasanya tidak ada parti lain yang begitu mengada-ngada selain daripada Pas. Hanya kerana menggunakan nama Islam, Pas selalu beranggapan mereka sentiasa benar dan orang lain harus tunduk kepada mereka.

Atas nama Islam, mereka boleh berjuang untuk menentang kemungkaran, tetapi dengan nama Islam juga Pas tidak kisah bersekongkol dengan pemimpin mungkar, malah menawarkan diri ingin menjadi penasihat kepada orang jahat.

Atas nama Islam, Pas menjaja hudud sejak sekian lama, tetapi kemudian menukarnya keada negara kebajikan sambil mengatakan elemem hudud turut terkandung di dalamnya.

Kemudian menggugurkan negara kebajikan dan kembali kepada hudud semula. Akhirnya hudud entah ke mana, tetapi seolah-olah sudah cukup bersyurga dengan Akta 355 saja. 

Yang menggelikan hati, Pas kini cukup berbangga dapat bekerjasama dengan UMNO yang dulunya mereka kafirkan, assabiyahkan, sembelihannya dikatakan haram dimakan, imam sembahyang tidak boleh dimakmumkan dan yang sudah kahwin pula ada yang berantakan.

Episod mengada-ngada Pas ini berterusan lagi apabila dalam masa mereka berbaik-baik dengan UMNO, ia juga terbuka untuk berunding dan bekerjasama dengan Bersatu.
Di sebalik mengatakan menolak keras DAP, Pas masih juga duduk dalam mesyuarat Exco Selangor yang jelas ada DAP di dalamnya.

Maka benarlah makan keliling namanya.

Rundingan dengan Bersatu dengan Pas sepatutnya sudah berakhir pertengahan Januari lalu, tetapi dilanjutkan lagi kepada 1 Februari. Walaupun selepas rundingan pada tarikh tetsebut, ada dikeluarkan kenyataan bersama oleh Mukhriz Mahathir dan Tuan Ibrahim Tuan Man, ia kemudian dikatakan hanya jumpa-jumpa, sembang-sembang dan makan-makan saja.

Maklumlah jumpa pun di Bangsar, tempat lepak-lepak dan santai-santai yang memang dikenali ramai.

Belum pun hasil pertemuan itu kononnya mahu dihalusi sebelum ia dimuktamadkan, mengada-ngada Pas muncul apabila Ketua Dewan Ulamanya, Mahfodz Mohamed mensyaratkan bahawa tiada kerjasama dapat dijalinkan antara kedua-dua parti selagi Bersatu tidak memutuskan hubungannya dengan DAP dan Amanah.

Sekali lagi, mentang-mentang berjawatan Ketua Dewan Ulama, cakapnya seolah-olah fatwa dan hukum belaka. Pengikut bawahan Pas yang tidak tinggi ilmu agama tentu dengan sendirinya akan menerima kata-kata itu sedangkan DAP di Pulau Pinang tidaklah meminggirkan Islam dan permusuhan Pas dengan Amanah pula tidak sama-sekali berkaitan dengan agama, sebaliknya hanya kerana politik dan kuasa.

Jika benar Pas ikhlas ingin bekerjasama dengan Bersatu, kenapa diletakkan syarat mesti tinggalkan DAP dan Amanah sebelum rundingan dimuktamadkan?

Bukankah lebih baik cakap terus-terang tidak mahu bekerjasama, bahkan tidak perlu pun membuang masa mengadakan pertemuan dengan Bersatu?

Apakah watak tidak konsisten dan berbolak-balik itu ciri-ciri "king maker"?

Hari ini, Naib Presiden Pas, Mohd Amar Abdullah meneruskan sikap mengada-mengada Pas dengan meminta Bersatu dan PKR meninggalkan Pakatan Harapan untuk menyertai blok ketiga, Gagasan Sejahtera yang setakat ini dianggotainya bersama dengan Ikatan.

Kata beliau, jika Bersatu dan PKR sedia berbuat demikian, kekuatan pembangkang akan meningkat berkali ganda serta memberi lebih harapan untuk menumbangkan UMNO dan BN.

Entah dari sudut mana beliau membaca sifir politik kali ini. Sesuatu yang tidak logik sebenarnya, PKR dan Bersatu kini berada dalam liga satu iaitu Pakatan Harapan, tiba-tiba diminta keluar untuk menyertai liga dua yang lebih kecil, Gagasan Sejahtera.

Siapa pula jadi ketua Gagasan Sejahtera nanti jika PKR dan Bersatu sedia menyertainya?

Menerokai 40 kerusi idaman Pas

Pas sasarkan 4 negeri di samping 4o kerusi parlimen.Bulan lepas saya ada menulis satu artikel yang bertajuk Pas semakin lemas, tulisan itu mendapat sambutan yang agak hangat apabila tersiar di beberapa portal berita.
Saya menerima banyak kritikan tentang artikel itu, ada yang membina, ramai pula yang menghina. Hari ini saya akan menggunakan gaya penulisan yang bernada lembut agar ia lebih mudah diterima oleh segenap masyarakat, samada mereka adalah penyokong Pas atau tidak.
Apabila membaca berita melalui portal berita Harakah Daily, hasrat utama Pas untuk memenangi 40 kerusi parlimen adalah untuk memberi kesedaran kepada Barisan Nasional supaya tidak sombong.
Pas juga berpandangan bahawa tahaluf siyasi pada Pilihan Raya Umum 13 kerana daripada 89 kerusi yang dimenangi oleh pembangkang, 50 daripadanya dimiliki oleh mereka yang bukan Islam.
Ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan Pas melakukan kajian semula terhadap tahaluf siyasi, dan akhirnya Pakatan Rakyat dikuburkan.

Prestasi Pas dalam 4 PRU terakhir
Pada Pilihan Raya Umum 10 (PRU10) tahun 1999, prestasi Pas sangat baik apabila menang hampir empat kali ganda kerusi berbanding PRU sebelumnya apabila memenangi 27 kerusi.
Pada PRU11 (2004), Pas yang membawa manifesto untuk membina sebuah Negara Islam kalah teruk apabila hanya memenangi 7 kerusi parlimen.  Tuan Guru Datuk Seri Abdul Haji Hadi Awang gagal mengekalkan kerusi parlimenya. Pada kedua-dua PRU ini Pas bertanding untuk gabungan parti yang dinamai Barisan Alternatif.
Pada PRU12 pula, Pas berjaya menawan 24 kerusi parlimen. Pencapaian ini sangat baik, dan Pas dan DAP ketika itu seolah-olah menerima paradigma baharu, disamping faktor kehadiran Anwar Ibrahim.
Pada PRU13 pula, Pas memenangi 21 kerusi parlimen melalui kerjasama mereka di Pakatan Rakyat.
Melihat daripada prestasi Pas pada 4 PRU kebelakangan ini, kita pasti akan tertanya-tanya adakah angka 40 itu realistik untuk dicapai? atau wajarkah Pas menumpukan perhatian untuk mengekalkan kerusi parlimen yang mereka miliki sekarang?
Tentu sahaja ramai yang akan menjawab bahawa meletakkan sasaran yang tinggi diperlukan, agar semua jentera akan bekerja keras. Sasaran tidak semestinya perlu dicapai, tapi sekurang-kurangnya hampir kepada sasaran itu sudah cukup baik. Ini membawa kepada persoalan saya yang seterusnya.

Manifesto Pas
Saya agak berteka-teki dengan manifesto utama yang ingin dibawa oleh Pas pada PRU akan datang. Pas pernah menawarkan Negara Islam dan Negara Berkebajikan, ternyata ia belum boleh diterima oleh kebanyakkan rakyat Malaysia. Pendekatan Islam Pas berjaya menarik ramai pengundi Melayu khususnya, namun untuk membina satu rejim teokratik, saya fikir masyarakat kita masih tidak menerimanya.
Untuk mencapai angka 40 kerusi di parlimen, pemilihan manifesto yang baik untuk sesebuah parti adalah kritikal. Sejak kebelakangan ini, perjuangan Pas yang paling ketara adalah untuk memperkasakan mahkamah syariah melalui kempen ‘RUU 355’.
Saya bersetuju dengan perjuangan ini walaupun saya berpandangan apa yang diusulkan oleh Presiden Pas tempoh hari agak drastik. Tambahan lagi, saya merasakan isu ini sepatutnya menjadi ‘sub’ kepada perjuangan Pas dalam usahanya untuk memperkasakan Islam di negara ini.
Suka atau tidak suka, Pas perlu lebih menonjol dalam menawarkan idea-dea yang memberi solusi kepada derita rakyat, seperti isu pengangguran, kos sara hidup, bebenan hutang dan bencana alam.

Isu-isu terkait Pas
Sejak kebelakangan ini, kita melihat hampir semua parti politik yang ada di Malaysia dibelenggu pelbagai isu, Pas tidak terkecuali. Sejak berlaku perpecahan di dalam Pas, kita harus mengakui ia sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kekuatan parti ini.

Hipokrasi Pas diantara Tugu Banjir dan Pohon Ceiba Chodatii

Pohon Ceiba ChodatiiPohon Ceiba Chodatii
Pas Negeri Terengganu mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri menanam tiga pohon pokok yang dijadikan mercu tanda dengan kos menelan ratusan ribu ringgit, menurut pemimpin Pas negeri itu, tindakan Kerajaan pimpinan Razif adalah satu langkah yang tidak berhemat dalam membelanjakan wang rakyat.
Kerajaan negeri walau bagaimana pun kos pembelian ditanggung syarikat korperat dan langsung tidak menggunakan wang kerajaan negeri namun pemimpin Pas tetap mempertikaikan kemunasabahan pokok itu dijadikan ikon oleh kerajaan negeri.
Saya secara peribadi bersetuju dengan kecaman pemimpin Pas Terengganu terhadap tindakan membazir ini, sememangnya projek seumpama ini langsung tidak menguntungkan rakyat, tidak ubah seperti projek mega di Kenyir.
Namun saya sedikit terkilan, jika Pas Terengganu mampu berfikiran waras menolak penanaman pokok yang bernilai ratusan ribu ringgit ini sebagai tidak memberi faedah kepada rakyat, namun berbeza pula cara fikir mereka terhadap pembinaan tugu banjir di Kelantan, Pas negeri Kelantan pertahankan pula tindakan tersebut dengan berbekal hujah hampir sama dengan BN Terengganu iaitu ia tidak menggunakan wang kerajaan negeri sebaliknya ditaja pihak luar.
Hujah yang sama sepatutnya, jika Pas berani mendakwa penanaman pohon import itu adalah membazir dan tidak munasabah, maka apa bezanya dengan pembinaan tugu banjir di Kelantan? Mengapa dua set penghukuman yang berbeza digunakan?
Adakah sebenarnya, perjuangan Pas ini tertegak berasaskan prinsip dan nilai, mahupun sekadar tertegak berasaskan emosi dan politik kesukuan yang tebal dimana membenarkan segala tindakan salah oleh pihak sendiri namun cuba menjadi jaguh apabila pihak lain melakukan kesalahan yang serupa?

Isyarat jelas rakyat Sandakan tolak BN PRU14


Flashmob membantah kenaikan harga minyak oleh Amanah Sabah di perkarangan pasar tamu Bandar Kim Fung, SandakanFlashmob membantah kenaikan harga minyak oleh Amanah Sabah di perkarangan pasar tamu Bandar Kim Fung, Sandakan
Flashmob bantahan kenaikan harga minyak di perkarangan pasar tamu Bandar Kim Fung, Sandakan oleh Amanah Sabah baru-baru ini mendapat sambutan dan respons sangat positif daripada pengunjung yang hadir.
Ucapan-ucapan yang disampaikan mendapat sokongan dan sikap rakyat menolak kerajaan sekarang ini adalah jelas.
Ungkapan 'tolak BN' dan 'tolak kezaliman' disorak berkali-kali pada ketika itu.
Dalam flashmob tersebut, mereka mengangkat plakad bagi menyampaikan mesej bantahan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen dalam keadaan ekonomi rakyat sekarang yang sangat teruk.
Pengerusi Amanah Sabah, Hamzah Abdullah menyeru rakyat agar bersedia membuat perubahan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
"Kita perlu bersedia dan berani membuat perubahan agar tidak lagi ditipu oleh pemimpin negara yang hanya pentingkan poket sendiri berbanding mementingkan kebajikan rakyat", Katanya.
Ketua Pemuda Amanah Negeri Sabah, Khairuddin Daud pula mengajak pengunjung yang mendengar agar cakna fakta, berfikiran kritis dan berani mempersoal.
"Kita perlu persoal kepada pemerintah, mengapa harga minyak negara kita semakin mahal, sedangkan harga minyak dunia sedang turun. Ini menunjukkan pemerintah sekarang tidak mempunyai kredibiliti dan gagal mengurus ekonomi negara", ujarnya.
Khairuddin yang juga Pengarah Komunikasi Amanah Negeri Sabah turut menyeru kepada anak muda agar segera mendaftar diri sebagai pemilih.

‘Orang Melaka’ tak perlu ajar kami sayang Pulau Pinang, kata Umno

Pemimpin Umno berkata, penduduk tempatan tidak perlu diajar untuk menyayangi Pulau Pinang oleh seorang ketua menteri berasal dari Melaka.
zainal-abidin-lim-guan-eng-penang-1
GEORGE TOWN: Sambil menyifatkan Lim Guan Eng seorang “ketua menteri dari Melaka”, Umno berkata penduduk Pulau Pinang menyayangi negeri mereka dan tidak perlu tunjuk ajarnya.
Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, semua penduduk sayang kepada negeri kelahiran, tempat tinggal dan tempat kerja mereka.
“Semangat sayang kepada negeri tak perlu diajar seorang ketua menteri dari Melaka.
“Beliau datang sini demi kerja, tapi kami yang berasal dari Pulau Pinang mahu yang terbaik untuk negeri ini,” katanya sambil menyindir Lim yang menghabiskan masa bertahun-tahun di Melaka sepanjang kerjaya politiknya.
Semalam, Lim mencadangkan kempen “Saya Sayang Pulau Pinang” untuk menentang cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang berhasrat menjadikan negeri itu Wilayah Persekutuan.
Cadangan itu dikecam parti pembangkang dan sekaligus menjadikan ia senjata Pakatan Harapan bagi menentang Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Zainal berkata, untuk sebuah negeri menjadi Wilayah Persekutuan bukan proses mudah kerana ia membabitkan Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk Pulau Pinang tidak terpengaruh dengan isu itu sehingga menimbulkan kebencian terhadap kerajaan pusat.
“Kita ingin berjumpa Tengku Adnan secepat mungkin untuk mendapatkan penjelasan bagi isu ini. Kami percaya niat beliau baik. Kemungkinan beliau ada idea untuk pembangunan Pulau Pinang.
“Apa yang kami tahu setakat ini berdasarkan laporan media. Selepas bertemu dengan Tengku Adnan, kami akan berkongsi maklumat dengan parti komponen BN yang lain untuk perbincangan lanjut,” katanya kepada FMT di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Gerakan semalam.
Adun Umno Pulau Betong, Muhamad Farid Saad berkata, BN sayang Pulau Pinang sejak negara mencapai kemerdekaan dan Lim juga patut “sayang Pulau Pinang sejak dulu lagi”.
“Beliau dah jadi ketua menteri selama 8 tahun. Kita lihat ada NGO yang bangkit menentang dia kerana sesetengah pembangunan.
“Sepatutnya beliau dah sayang Pulau Pinang dari dulu lagi,” katanya kepada FMT merujuk beberapa kumpulan sivil di negeri itu mengkritik kerajaan negeri pimpinan DAP berhubung pembangunan pesat dan kebimbangan terhadap alam sekitar sejak beberapa tahun ini.

'Kenapa pembangkang melompat dengan cadangan Ku Nan?' - Pemuda Umno

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Razlan Rafii membidas pemimpin pembangkang kerana menolak cadangan agar Pulau Pinang menjadi sebahagian Wilayah Persekutuan.
Katanya, cadangan yang diutarakan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor itu dibuat memandangkan pembangunan tidak seimbang di negeri itu.
"Saya terkejut apabila pemimpin pembangkang melompat apabila YB Ku Nan memberi idea Pulau Pinang sebahagian daripada Wilayah Persekutuan.
"Mungkin pandangan YB Ku Nan melihat kepada tekanan hidup masyarakat di sana (Pulau Pinang) yang tidak seimbang yang mana kepimpinan DAP tidak melayan rakyat Pulau Pinang pelbagai kaum dengan seimbang," katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini.
Razlan berkata, Lim Guan Eng selaku ketua menteri yang kini menghadapi tuduhan rasuah juga tidak layak mengeluarkan sebarang kenyataan ketika ini.
Katanya, sebagai kerajaan negeri, mereka seharusnya melakukan pembangunan yang mementingkan semua kaum dan lapisan masyarakat, bukan dengan meminggirkan rakyat miskin dan kaum minoriti.
"Di KL, Putrajaya dan Labuan, setiap pembangunan adalah untuk memberi kebaikan kepada semua kategori rakyat, yang miskin, sederhana dan yang kaya," katanya.
Dalam temu bual dengan stesen radio BFM pada 1 Februari lalu, Tengku Adnan berkata beliau mahu memperluaskan Wilayah Persekutuan untuk memasukkan Pulau Pinang, Langkawi, Kedah dan sebahagian Melaka.
Katanya, negeri-negeri berkenaan akan terletak di bawah pentadbiran Putrajaya secara langsung dan dengan pembabitan kerajaan persekutuan, negeri terbabit akan mendapat lebih peruntukan dan perhatian.
Berikutan itu cadangan Ku Nan mendapat bantahan keras pemimpin pembangkang termasuk daripada ketua menteri Pulau Pinang sendiri.
Lim Guan Eng berkata, cadangan itu adalah tipu helah dan tidak masuk akal, selain bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana dilihat memberi ancaman terhadap perpaduan negeri-negeri dalam persekutuan Malaysia.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng pula berkata jika benar-benar mahu membantu Melayu, negeri yang perlu dijadikan Wilayah Persekutuan bukanlah Pulau Pinang, sebaliknya Kelantan dan Terengganu.
Mengulas lanjut, Razlan berkata beliau turut kesal dengan kenyataan pemimpin AMANAH, Salahuddin Ayob yang didakwanya 'bersekongkol dengan DAP'.

‘Cadangan Ku Nan tanda BN hilang undi bukan Melayu’

Lim Kit Siang berkata, BN tiada harapan memenangi sokongan pengundi bukan Melayu dan takut hilang 10 kerusi Umno di Pulau Pinang.
limkitsiangGEORGE TOWN: Cadangan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Wilayah Persekutuan menunjukkan Barisan Nasional “tiada harapan” untuk memenangi sokongan orang bukan Melayu, kata Lim Kit Siang.
Ketua Parlimen DAP itu berkata, ia juga merupakan pengakuan BN yang mereka takut kehilangan sokongan Melayu dan 10 kerusi dimenangi Umno pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pemimpin veteran itu berkata, ia tidak mengejutkan beliau yang pemimpin Umno begitu “terdesak mengenai prospek politik mereka di Pulau Pinang” sehinggakan mereka terfikir mahu menjadikan negeri itu sebagai Wilayah Persekutuan.
Cadangan itu mampu menghapuskan pilihan raya negeri, Dewan Undangan Negeri, wakil rakyat dan ketua menteri.
“Menteri Wilayah Persekutuan, (Datuk Seri) Tengku Adnan Tengku Mansor semalam berusaha mewajarkan langkah tidak demokratik dan mundur itu dengan mendakwa cadangan menjadikan Pulau Pinang sebagai Wilayah Persekutuan bertujuan memastikan pembangunan sama di Pulau Pinang, dan ia bukannya untuk memperluaskan kuasa ke atas negeri itu, sebaliknya untuk membantu orang Melayu.
“Ini adalah ruji politik penipuan dan kebencian Umno-BN,” katanya ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran DAP Pulau Pinang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Shang Wu, hari ini.
Minggu lalu, Tengku Adnan yang juga dikenali sebagai Ku Nan menyuarakan cadangan menjadikan Pulau Pinang sebagai Wilayah Persekutuan bagi membantu orang Melayu di negeri itu yang diketepikan kerajaan pakatan pembangkang.
Lim bagaimanapun menangkis dakwaan itu dengan berkata, DAP tidak pernah meminggirkan sebarang kaum dalam 51 tahun sejarah parti berkenaan yang mempunyai wakil rakyat terdiri daripada pelbagai kaum di Parlimen, malah ada pemimpin yang dipenjarakan demi mempertahankan kaum lain.
Beliau merujuk anaknya yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang pernah dipenjarakan beberapa tahun lalu.
“Adakah mana-mana pemimpin Umno mengorbankan kerjaya politik mereka demi kehormatan dan maruah orang Melayu atau Islam, apatah lagi melangkaui jurang kaum dan agama untuk mempertahankan hak serta maruah warganegara bukan Melayu atau bukan Islam,” katanya.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu percaya orang Melayu dan umat Islam di negara ini tidak begitu mudah terpedaya dengan “pembohongan dan kebencian”.
Beliau berkata, lawatannya ke kawasan Melayu di Pulau Pinang seperti Kampung Tok Suboh dan Sungai Gelugor baru-baru ini mendapati orang Melayu tidak lagi terpedaya dengan “penipuan” DAP meminggirkan orang Melayu atau DAP kehilangan sokongan orang Melayu di negeri itu.
“Umno yang kehilangan sokongan Melayu di Pulau Pinang, manakala DAP, Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia mendapat semakin banyak sokongan pengundi Melayu di negeri ini.
“Malah, cadangan Tengku Adnan adalah pengakuan Umno dan BN tidak mempunyai harapan untuk memenangi sokongan orang bukan Melayu dan berdepan prospek kehilangan lebih banyak sokongan Melayu dan kerusi Umno di Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.