Ahad, 5 Februari 2017

Umno Kedah sedia bekerjasama dengan Pas - Ahmad Bashah

Ahmad BashahAhmad Bashah
Umno Kedah bersedia menjalin kerjasama dengan Pas di peringkat negeri demi kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Beliau berkata bagaimanapun kerjasama itu mesti bermula di peringkat pusat terlebih dahulu.
"Kerjasama yang terjalin seperti dalam misi 'Food Flotilla for Myanmar' yang berlepas baru-baru ini melambangkan penyatuan ummah di Malaysia berikutan terdapat wakil Umno dan Pas dalam misi berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan UMNO Bahagian Alor Setar di Seri Mentaloon, hari ini.
Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah berkata pihak pembangkang tiada sebab untuk mempersoalkan pemberian peruntukan kepada kawasan Parlimen yang diwakili Barisan Nasional (BN) di negeri ini.
"Mereka perlu faham bahawa peruntukan yang disediakan itu adalah hanya untuk anggota Parlimen daripada BN manakala pihak pembangkang perlu mencari dana atau peruntukan sendiri.
"Malah wakil BN pun (di negeri yang diperintah pembangkang), mereka terpaksa cari dana dan peruntukan sendiri bagi kawasan mereka," katanya.

Negara Gagal: Amaran Najib dah pun jadi kenyataan

Amaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Malaysia boleh menjadi sebuah negara gagal, sebenarnya sudah pun menjadi realiti, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Bagaimanapun, Lim berkata Malaysia menjadi negara gagal bukan kerana kurang perpaduan atau keharmonian tetapi disebabkan ia telah menjadi 'kleptokrasi global'.
"Adakah Najib sedar Malaysia telah mengambil langkah pertama menjadi sebuah negara gagal apabila kita menjadi kleptokrasi global, tanpa ada rasa bersalah atau penyesalan, sama ada oleh kabinet atau parlimen?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim mempersoalkan langkah yang dilakukan Najib untuk membersihkan imej negara yang memalukan itu.
Justeru, beliau sekali lagi mempelawa Najib menghadiri sidang meja bulat "Selamatkan Malaysia" pada Selasa depan berhubung soal integriti dan tadbir urus yang baik di Malaysia.
Najib sebelum ini menjadi subjek laporan antarabangsa selepas menerima sekurang-kurangnya RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya.
Perdana menteri menafikan wang itu berasal daripada 1MDB dan mendakwa ia adalah "derma" daripada ahli keluarga diraja Arab Saudi.
Semalam, media melaporkan Najib memberi amaran "negara akan gagal" tanpa perpaduan dan kehormanian kaum ketika merasmikan sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Menggunakan analogi pokok damar minyak yang ditanamnya di FRIM pada 2004, Najib berkata pokok itu dijaga dan dibaja dengan baik sehingga menjadi sebatang pokok yang besar dan kukuh.
"Jangan sekali-kali kita tebang pokok yang kita dah tanam ini, sebab kalau kita tebang, bagi anai-anai makan, pokok rebah dan tumbang, kita tidak ada tempat berteduh (dan keadaan itu akan) menjadikan Malaysia sebuah negara yang gagal," katanya.

Minyak: Banding Harga Ikut Pendapatan

A Kadir Jasin

PETROL di negara kita mahal.
Sesiapa yang kata murah, tidak bercakap benar atau tidak faham kaitan di antara kuasa membeli (purchasing power) dengan harga pengguna.
Mahal murah sesuatu barang bukan pada harganya, tapi kemampuan pengguna.
Kemampuan pengguna pula bergantung kepada pendapatan.
Atas dasar itu, harga bagi banyak barang pengguna di Malaysia mahal berbanding negara kaya.
Ia menjadi lebih mahal apabila nilai ringgit merudum kerana banyak barang yang kita guna, diimport.
Harga seliter petrol RON 95 di negara kita baru naik 20 sen atau hampir 10 peratus kepada RM2.30 pada 1 Februari.
(Bagi penduduk Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) anggaplah ini hadiah Hari Wilayah daripada menteri anda, Adnan Mansor.)
Per Kapita Kita Rendah
Pada harga itu, petrol di Malaysia lebih mahal daripada Singapura, Australia dan banyak negara kaya di dunia.
Pendapatan per kapita nominal rakyat Malaysia AS$10,878  dan harga minyak dalam dolar Amerika yang perlu dibayar, AS$0.51 seliter.
Pendapatan per kapita nominal rakyat Singapura AS$53,053 dan harga minyak dalam dolar Amerika AS$1.44 seliter.
Perbandingan kasar harga petrol. Carta The Star
Pendapatan per kapita nominal rakyat Australia AS$51,593 dan harga petrol AS$0.83 seliter.
Nak lebih mudah faham, saya katakan macam ini. Pendapatan seorang rakyat Singapura AS$50 dan dia kena bayar AS$1.44 untuk seliter.
Pendapatan seorang rakyat Australia lebih kurang sama dengan Singapura dan dia bayar hanya AS$0.80 seliter.
Tapi seorang rakyat Malaysia yang pendapatannya AS$10 kena bayar AS$0.51 seliter.
 
Pendapatan per kapita nominal Singapura 4.9 kali lebih tinggi daripada Malaysia, tapi harga minyak di Singapura hanya 2.82 kali lebih tinggi daripada di Malaysia.
Pendapatan per kapita nominal rakyat Australia 4.7 kali lebih tinggi daripada Malaysia, tapi harga minyak di Australia hanya 1.62 kali ganda lebih mahal daripada Malaysia.
Kalau harga minyak di Singapura 4.9 kali ganda lebih mahal daripada di Malaysia barulah kita kata harga di Singapura mahal dan harga di Malaysia murah.
Beban Harga Minyak
Jadi berdasarkan pendapatan, rakyat Malaysia terpaksa belanja lebih banyak pendapatan mereka untuk beli petrol berbanding rakyat Singapura dan Australia.
Singapura dan Australia dekat lima kali ganda lebih kaya daripada Malaysia.

Ku Nan harus ingat, UMNO bebankan hidup Melayu seluruh negara

Orang Melayu yang hidup susah bukan hanya ada di Pulau Pinang, tetapi di seluruh negara akibat dihimpit kenaikan kos sara hidup angkara pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Jadi, ia tidak boleh dijadikan alasan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Mansor untuk ‘menjajah’ Pulau Pinang dengan meletakkannya di bawah Wilayah Persekutuan, kata Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng.
“Ramai lagi yang susah, termasuk para OKU, warga emas, penganggur dan gelandangan di seluruh Malaysia, malah ramai berpusat di Kuala Lumpur yang ‘diperintah’ Ku Nan,” katanya.
Golongan tersebut, jelasnya, harus dibantu agar dapat membeli barangan keperluan tanpa dikenakan cukai GST, namun langkah itu tidak pula dilaksanakan oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional.
“Sewaktu kerajaan BN membebani rakyat dengan GST, tidak pula Ku Nan terfikir untuk membantu orang Melayu yang ikut terbeban.
“Kalaulah benda sebegini mudah pun Ku Nan tidak boleh buat, apa sahaja cadangan yang datang daripada BN untuk ‘membantu’ Melayu susah adalah tidak lain sekadar gimik pilihan raya,” jelasnya lagi.
Ku Nan dalam wawancara dengan stesen radio BFM pada 1 Februari lalu berkata beliau berharap konsep wilayah persekutuan boleh dikembangkan kepada wilayah atau negeri lain.
Dengan pelaksanaan berkenaan, beliau dilapor menyatakan mahu ‘mengambil’ Langkawi, Pulau Pinang, dan bahagian tertentu Melaka.
Menurut Lip Eng yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ku Nan mungkin telah ‘tersalah negeri’ jika benar satu-satunya agenda beliau adalah untuk membantu orang Melayu kerana antara dua negeri paling miskin di Malaysia adalah Kelantan dan Terengganu.

BANTAHAN PH, PPBM TERHADAP PERINTAH TRUMP BENAR BELAKA...


Hakikatnya, apa yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PKR, DAP dan AMANAH) termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Jumaat lalu dengan membantah tindakan Presiden Amerika Syarikat(AS) Donald Trump, jelas sekali merupakan langkah tepat dan betul.
Terang lagi bersuluh, apa yang dilakukan oleh PH dan PPBM itu langkah yang berani serta menyertai dunia membantah perintah eksekutif Presiden AS itu.
Mereka tidak gentar untuk menyatakan yang benar terhadap pemimpin paling berkuasa di dunia!
Pembantah Malaysia  membuktikan kepada rakyat negara ini bahawa perjuangan mereka tidak memilih ‘bulu’ atau kepentingan pihak atau pemimpin tertentu.
Bantahan mereka bukan kecil jika dibandingkan dengan bantahan terhadap hanya seorang pemimpin Myanmar, Aun Sang Su Yi dalam isu Rohingya.
Kenapa dikatakan begitu?
Ia kerana semalam kerajaan Presiden AS akhirnya mengakui tindakan bantahan oleh rakyat AS dan banyak negara di dunia itu tidak suatu keputusan salah.
Malah Trump sendiri mematuhi perintah Hakim Persekutuan menghentikan larangan perjalanan walaupun Trump sebelum ini mengecam dan memecat hakim sebelum ini.
Jumaat lalu (27 Januari 2017),  Trump menandatangani perintah eksekutif melarang kemasukan warga negara dari tujuh negara - Iran, Irak, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman selama 90 hari.
Pembatalan ini merupakan tindakan menarik balik sebahagian kawalan ke atas dasar imigresen bagi  negara yang diawasi setelah disahkan undang-undang oleh Kongres yang didominasi anggota dari Partai Repubikan pada 2015 yang mencadangkan perubahan program penerimaan visa.
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS mengumumkan penggantungan semua tindakan untuk melaksanakan perintah Imigresen dan pemeriksaan standard pelancong kembali seperti sebelum larangan perjalanan itu ditandatangani.
Apa ertinya ini? di AS, Hakim Persekutuan berkuasa mengatasi Presiden.

Ia menggambarkan amalan demokrasi yang telus,  penuh dengan sikap menghormati dan menjunjung perlembagaan.
Ia dilaksanakan walaupun terpaksa berdepan dengan kehendak Presiden yang dianggap paling berkuasa di dunia.
Anehnya, Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO dan ‘sekutunya’ PAS tidak menunjukkan sebarang aksi kepada tindakan Rumah Putih itu.
Tidakkah mereka melihat apa yang dilakukan oleh perintah Presiden AS itu sebagai  sesuatu yang menekan orang Islam?
Di mana perjuangan UMNO dan PAS yang mendakwa mereka berjuang melindungi umat Islam?
Apakah dua parti itu sudah berubah sikap untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal negara luar khususnya AS kerana bimbang tindak balas daripada negara berkenaan?
Kenapa PAS turut bimbang sama, kalaupun  ‘kita bolehlah faham’ dalam konteks UMNO, khususnya di kalangan pemimpin Pemudanya yang begitu pasif.

Pas selepas Tok Guru Nik Aziz berubah secara total, matlamat juga “world view” politik

Saya fikir sebahagian pemimpin PKR masih percaya dan mengharapkan supaya Pas akan kembali menyertai gabungan pembangkang seperti dalam PRU 1999, 2008 dan 2013 yg lalu kerana dipercayai akan mampu menumpaskan BN dalam PRU 14 akan datang.
Namun, saya menilai bahawa perubahan politik Pas pasca kepimpinan Tok Guru Nik Aziz telah menyaksikan parti itu juga berubah secara total samada dari segi pemikiran, strategik, matlamat dan juga “world view” politik.
Saya fikir usaha mana-mana pemimpin Pakatan Harapan yang masih mengharapkan komitmen daripada Pas ini hanya ibarat mencurahkan air di daun keladi.
Usaha ini hanya membuang masa malah akan melemahkan pakatan pembangkang yang sehingga kini masih belum dapat memutuskan satu bentuk gabungan politik yg muktamad untuk menghadapi PRU14 akan datang.
Saya fikir Pakatan Harapan dan Bersatu boleh menjadi mangsa serangan hendap UmnoBN bila-bila masa saja dari sekarang apabila pembubaran Parlimen diumumkan kelak.
Umno-BN sekarang ternyata adalah pemegang kunci permainan setelah mereka berjaya mengumpan Pas dan secara tidak langsung juga berjaya mengkucar-kacirkan pembangkang dgn agenda tarik tali sesama mereka yang tidak berkesudahan.
Saya ingin memberi ingat bahawa walaupun Datuk Seri Najib terhimpit dgn pelbagai isu yang melanda, tetapi jangan memperkecilkan keupayaan beliau “bermain” dalam pentas politik yang begitu lama diceburinya.
Umno-BN pasti menarik nafas lega sekarang apabila melihat pembangkang tambah berkecamuk.
Dan Umno pasti akan terus memperalatkan Pas sebagai alat untuk memporak porandakan Pakatan Harapan-Bersatu dengan menabur dedak yang lebih enak kepada pemimpin-pemimpin lebai.
Bijak think thankers Umno-BN dan semoga Azmin, Muhyiddin dan Mukhriz dapat mengambil langkah bijak dan lebih berhati-hati agar tidak terjerat dalam perangkap yang telah lama dipasang ini.

Nunji'17 lancar buku, risalah berkaitan Maqasid Syariah

Ustaz Ahmad Awang menyempurnakan majlis perasmian Nunji'17 di Shah Alam hari iniUstaz Ahmad Awang menyempurnakan majlis perasmian Nunji'17 di Shah Alam hari ini
Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI'17) hari ini melancarkan sebuah buku dan tiga risalah sebagai rujukan masyarakat Islam berkaitan Maqasid Syariah bermodelkan Malaysia.
Buku berjudul Islam dan Kenegaraan -Satu Pembaharuan Dalam Konteks Fiqh Malaysia dan tiga buah risalah bertajuk Islam dan Demokrasi, Fiqh Muwothonah dan Pelaksanaan Hudud yang diterbitkan oleh Panel Penyelidik Nunji ini, dijual dengan harga RM50 satu set.
Majlis pelancaran buku dan risalah ini disempurnakan oleh Penaung Nunji Ustaz Ahmad Awang sambil disaksikan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan Pengerusi Nunji Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Program yang diadakan di Auditorium Kompleks Belia Selangor, Seksyen 7 Shah Alam ini dihadiri sekitar 870 peserta terdiri daripada ahli Amanah, pemimpin politik dan pelajar universiti.
Nunji'17 dihadiri ahli dan pimpinan Amanah, NGO, dan pelajar universitiNunji'17 dihadiri ahli dan pimpinan Amanah, NGO, dan pelajar universiti
Nunji'17 yang bertemakan Maqasid Syariah Teras Negara Bangsa disempurnakan oleh Ustaz Ahmad Awang yang juga Penasihat Umum Amanah.
Ustaz Ahmad AwangUstaz Ahmad AwangBeliau dalam ucapan perasmiannya berkata, Amanah sebagai pelopor ke arah menginstitusikan idea syariat menerusi Nunji bukan sahaja untuk kefahaman ahlinya bahkan masyarakat Malaysia umumnya dalam konteks gerakan Islam sebagai Rahmatan Lil Alamin.
"Saya ingin ucapkan syabas kepada jawatankuasa pelaksanaan Nunji'17 yang bekerja keras menjayakan persidangan sehari ini.
"kita mempunyai keyakinan Nunji'17 akan dapat memberikan kekuatan dalam pembinaan pemikiran dan kefahaman tentang disiplin mengenai maqasid Syariah.
"Insyaallah akan dapat diperkasakan dalam rangka memahami politik kenegaraan yang bersifat kontemperori dalam konteks Malaysia dan berjaya membantu pembentukan fiqh siasi manhaj Malaysia," ujarnya.
Manakala ucaptama disampaikan oleh Mujahid yang juga Naib Presiden Amanah.Dr Mujahid Yusof RawaDr Mujahid Yusof Rawa
Beliau dalam ucapannya berkata, Maqasid Syariah adalah proses pemikiran dan terjemahan dalam realiti politik semasa hari ini.
"Apa yang diterjemahkan di Malaysia daripada pemikiran maqasid mungkin tidak sama dengan apa yang diterjemahkan di negara lain.
"Kita juga berhasrat besar dalam resolusi 2015 perkenalkan satu istilah yang mula didengari didengari di Malaysia khususnya ahli Amanah, Fiqh Siasi Manhaj Malaysia.
Beliau yang juga ahli parlimen Parit Buntar turut berkata, cita-cita besar Nunji adalah memformulasikan fiqh siasah manhaj Malaysia untuk menjadi sebagai rujukan besar kepada keperluan setia negara dalam menentukan kefahaman kepada cita-cita mencapai politik Islam.

RAKYAT FELDA – BANGKIT!

Malam kelmarin, pakatan pembangkang mengadakan suatu ceramah di Jengka 8, dalam daerah Jerantut. Ramai peneroka hadhir untuk mendengar ceramah. 70% dari hadhirin ialah peneroka tempatan dari Jengka 8.Inilah Jengka yang Najib melabelkan sebahagian peneroka sebagai haramjadah!
Jumlah hadhirin sangat baik jika dikira dalam konteks peneroka FELDA. Selama ini peneroka dan warga FELDA diugut dan diancam dengan pelbagai peraturan. Buang dari rancangan lah, susah anak nak dapat bantuan lah. Orang Melayu ugut orang Melayu. Demikian hal nya.
Oleh kerana ceramah ini diadakan dipinggir rancangan FELDA Jengka 8, maka tidaklah ada sekatan2 dari pihak FELDA atau pegawai2 seranta UMNO yang diletak dalam FELDA. Pegawai serantau yang tidak sedar diri dan berlagak macam komisar kominis. Dia ingat rancangan FELDA ini sebuah commune agak nya. Fungsi mereka hanya sebagai pemantau yang memantau selera politik peneroka. Selain itu, ugut, gertak peneroka.
Kebetulan malam itu, hanya beberapa ratus meter dari tapak ceramah anjuran pakatan pembangkang, UMNO mengadakan suatu pesta cabutan bertuah, berkugiran, menyediakan hadiah2 lumayan, motorsikal, telepon bimbit , 1000 tiket bola percuma dan hadiah pakej umrah.
Najib dan soldadu2 nya, tahu saikoloji orang Melayu. Dia pernah berkata kepada saya, orang Melayu yang paling mereka suka ialah dapat semua nya free. Minda rentier class ternyata paling lengkap dalam diri orang Melayu. Kalau mereka dapat sesuatu kerana kesemulajadian diri mereka, itulah yang sangat disukai mereka. Oleh kerana mereka ada hak milik keatas jenama Melayu dan Islam, mereka rasa berhak mendapat percuma dari dunia ini.
Namun demikian itu pilihan sebahagian orang Melayu. Mereka berhak membuat pilihan asal sahaja mereka menghormati pilihan yang berlainan dari mereka.
Malam tadi, himpunan hiburan anjuran UMNO tidak buat kacau kepada himpunan politik anjuran parti2 pembangkang. Itu sudah baik.Terima Kasih daun keladi.
Mengenai mana yang lebih baik, terserah pada peneroka yang akan diterjemah dalam PRU14 nanti.
Apa sebetulnya yang ditakuti oleh peneroka? Tanah rancangan tetap dijaga dan dipelihara jika parti pembangkang ambil alih.
Yang takut akan gantian kerajaan ialah orang yang ada kepentingan2. Mungkin ianya termasuk ketua blok yang menjadi saksi timbangan buah tandan bersih dan pengiraan kadar perahan. Jika mereka komplot dengan pengurus rancangan dan pengurus kilang, mereka inilah yang takut kerajaan yang akan memestikan ketelusan.
Yang takut ialah pegawai FELDA yang menyembunyikan fakta2 hasil dan pengiraan kos operasi. Berapa sebetulnya hasil peneroka setelah dipotong kos2 operasi dan lain2 caj? Peneroka menuntut penyata kewangan yang jelas dan telus.
Yang takut kerajaan baru ialah golongan berkepentingan yang menjadikan FELDA sebagai sumber mencuri wang. Mereka yang korap dan rasuah dan menggunakan kedudukan dan jawatan mengaut duit FELDA- merekalah yang takut.

Hadi tak hadir Food Flotilla for Myanmar kerana mengajar agama

Kekuatan pembangkang berganda jika tinggalkan HARAPAN - Mohd Amar

Kerjasama dengan PPBM: PAS Pusat mungkin bermesyuarat sebelum 18 Februari

SELEPAS ASB, TABUNG HAJI PULA MENGECEWAKAN KITA


Sebelum ini, ASB bagi tahun keuntungan 2016 telah mengumumkan dividen sebanyak 6.75 sen  serta bonus 0.50 sen seunit, suatu angka paling rendah dalam sejarah sejak amanah saham itu diwujudkan.
Baru-baru ini, Tabung Haji pula mengumumkan keuntungan untuk pendepositnya. Bagi tahun 2016, bonus tahunan yang diumumkan ialah 4.25% beserta bonus haji sebanyak 1.5%.
Sekali lagi, ini juga merupakan kadar terendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Tahun depan, berapa agaknya?
Bolehkah kita mengharapkan, selagi negara dipimpin oleh Najib Razak dan Tabung Haji dipengerusikan oleh Azeez Rahim, ia mampu memberikan pulangan yang memuaskan?

TUNTUTAN SEMULA PULAU BATU PUTEH UNTUK TUTUP KELEMAHAN NASIONALIMSE NAJIB

ARAHAN PADA KETUA2 PENGARANG AKHBAR DAN TV3.
Dapatkan reaksi sokongan rakyat terhadap tuntutan semula Malaysia ke atas Pulau Batu Puteh.Dapatkan komen Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy, ketua-ketua bahagian UMNO,orang-orang kita di universiti-universiti termasuk ahli sejarah, NGO terutama Jaringan Melayu Malaysia.
Jangan matikan isu ini, hidupkan dari masa kemasa hingga pilihanraya nanti. Utusan Malaysia boleh pakai berita ini dari muka satu hingga di tiap2 muka dalam.Dapatkan juga reaksi dari menteri-menteri dan juga kalangan pembangkang. Kalau mereka tak sokong besarkan.
Yang benar,
Pegawai akhbar sukarela
Tiba-tiba Malaysia membangkitkan semula tuntutan Pulau Batu Puteh sebagai hak Malaysia setelah lapan tahun jatuh ke tangan Singapura atas ketidakcekapan, kelalaian dan kelemahan Wisma Putra.
Adakah rakyat sedar kenapa Malaysia membangkitkan semula isu yang berkemungkinan menegangkan hubungan antara Malaysia dan Singapura yang hendak dirapatkan dengan keretapi laju.
Percayakah anda bahawa ini suatu tuntutan yang ikhlas atau bertujuan untuk mengaburi mata rakyat yang mempunyai beberapa prasangka buruk terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib terutama dalam hubungan ekonomi dengan China.
Rakyat harus melihat dari segi hakisan imej politik Datuk Seri Najib sebagai nasionalis negara dan ke Islamannya. Terkini Najib terlihat sebagai pengecut menghadapi humilation Presiden AS Trump terhadap orang Islam dan negara Islam hingga tak sepatah kata kecaman terkeluar dari lidahnya.
Apakah wajar kerana tidak melibatkan negara Malaysia maka kita mendiamkan diri?
Tentunya rakyat dapat memikirkan apakah reaksi Malaysia dalam hal ini sekiranya berlaku di era Mahathir Mohamed.
Dalam masa yang sama rakyat terutama orang Melayu sedang dalam keadaan marah dan bimbang dengan pembangunan Forest City yang akan menenggelamkan Putrajaya ibu negara Malaysia yang beridentiti Melayu dan Islam.
Dalam hal ini UMNO terlihat telah dibeli oleh MCA menerusi Duta Khas Malaysia ke China, Ong Ka Ting yang meyakinkan Najib bahawa masa depan Malaysia bergantung kepada China sebagai kuasa besar ekonomi.

BN jangan sentuh Pulau Pinang, Guan Eng beri amaran

Lim Guan Eng berkata, rakyat akan 'menentang kebencian dengan kasih sayang' bagi melindungi identiti Pulau Pinang sebagai sebuah negeri.
limguangeng-penangGEORGE TOWN: Lim Guan Eng hari ini melancarkan kempen “Saya sayang Pulau Pinang” bagi menolak cadangan Barisan Nasional menjadikan negeri itu sebagai Wilayah Persekutuan.
Ketua menteri itu berkata, rakyat akan “menentang kebencian dengan kasih sayang” bagi melindungi identiti Pulau Pinang sebagai sebuah negeri.
Beliau juga menyeru penduduk negeri itu “beritahu mereka jangan sentuh Pulau Pinang”.
Lim berkata: “Pilihan raya akan datang sangat penting untuk memelihara dan memastikan kewujudan Pulau Pinang. Kami tidak akan (bertindak) terlalu agresif. Kami tidak akan menggunakan cara keji seperti orang lain. Apabila mereka menggunakan kebencian, kita akan menggunakan kasih sayang.
“Saya cadangkan kita melancarkan kempen di seluruh negeri untuk menunjukkan kita sayang Pulau Pinang, kita mahu Pulau Pinang terus hidup dan beritahu mereka jangan sentuh Pulau Pinang,” katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran DAP Pulau Pinang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Shang Wu, hari ini.
Setiausaha agung DAP itu berkata: “Mari kita lancarkan gerakan atau kempen ‘Saya sayang Pulau Pinang’. Anda sokong tak?”
Beliau kemudiannya menunjukkan isyarat tangan tanda cinta yang turut disokong hadirin dengan ada yang menirunya dan melaungkan “Saya sayang Pulau Pinang”.
Katanya, beliau akan memberi butiran lanjut dan membuat pengumuman rasmi mengenai kempen itu selepas kerajaan negeri membincangkan perkara itu untuk kelulusan.
“Kami akan beritahu BN yang kami sayang negeri kita. Bagi 1.6 juta penduduk, kami mempertahankan negeri ini dan tidak membiarkan Perlembagaan Persekutuan dicabuli.”
limguangeng-penang1
Lim berkata, menjadi Pulau Pinang sebagai Wilayah Persekutuan melanggar Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan Pulau Pinang adalah sebuah daripada 13 negeri di Malaysia.
“Tiada orang boleh mengubahnya…saya mahu beritahu BN jangan bermimpi. Tak mungkin Pulau Pinang akan setuju dengan cadangan itu. Pakatan tidak akan setuju.
“Mungkin BN Pulau Pinang akan setuju. Jika mereka memenangi negeri itu, mereka tidak akan melawan kerajaan persekutuan. Kemudian, tidak akan ada lagi negeri Pulau Pinang.
“Anda semua akan jadi ‘orang wilayah’. Sebuah persekutuan apa saya tak tahu.
“Apa akan jadi kepada ketua negeri, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang? Anda tidak akan ada ketua menteri, tiada exco negeri, wakil rakyat dan ahli majlis.

Selepas dimarahi, Ku Nan beri alasan tak berasas, kata Ramkarpal

Ahli Parlimen DAP itu berkata Tengku Adnan mencari alasan apabila hasrat menjadikan Pulau Pinang sebahagian Wilayah Persekutuan mengundang kemarahan orang ramai
ramkarpal-tengku-adnan
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Gelugor menolak dakwaan Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Mansor yang mendakwa “kerajaan Pulau Pinang tidak pedulikan orang Melayu”.
Menyifatkan dakwaan itu cuma alasan, Ramkarpal Singh berkata Tengku Adnan tidak pun menyebut mengenai nasib orang Melayu dalam temubual stesen radio BFM.
“Idea menjadikan Pulau Pinang sebahagian Wilayah Persekutuan untuk membantu orang Melayu alasan yang tidak masuk akal dalam usaha menjawab kemarahan terhadap kenyataan asal beliau,” kata Ramkarpal.
Beliau merujuk kepada laporan semalam yang memetik Tengku Adnan sebagai berkata idea itu bukan bertujuan meluaskan kuasa ke negeri itu tetapi untuk membantu orang Melayu.
Tengku Adnan dilaporkan berkata: “Apa yang berlaku di Pulau Pinang kita tahu, dia (kerajaan negeri) tidak pedulikan orang Melayu”.
“Dakwaan mengatakan kerajaan Pulau Pinang mengabaikan orang Melayu suatu dakwaan yang serius dan jika ada sedikit pun kebenaran dalam dakwaan itu, sudah tentu Tengku Adnan akan menyatakan ia sebab utama idea menjadikan Pulau Pinang sebahagian Wilayah Persekutuan semasa ditemubual dan bukannya beberapa hari kemudian,” kata Ramkarpal.

'Malang Malaysia ada menteri berfikiran kuno seperti Ku Nan'


Salahudin Ayub Salahudin Ayub
Malaysia sangat malang memiliki seorang menteri seperti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang berfikiran kuno dan tidak langsung mencerminkan kepimpinan progresif untuk masa depan Malaysia yang cemerlang.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, cadangan Tengku Adnan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebahagian dari Wilayah Persekutuan adalah pemikiran penjajah dan berunsur hasutan yang sangat berbahaya kepada semangat federalisma yang sepatutnya dipertahankan dan dihormati.
"Menggunakan sentimen perkauman melayu adalah sangat bahaya dan mengancam keselamatan negara yang sama sekali bertentangan dengan harapan baru yang didambakan oleh rakyat yang berbilang kaum di negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Tengku Adnan dilaporkan Bernama sebagai berkata, idea untuk menjadikan Pulau Pinang sebahagian Wilayah Persekutuan adalah bermatlamat untuk memastikan negeri itu mendapat limpahan pembangunan yang sama rata.
Beliau berkata idea yang dilontarkan itu bukanlah berniat mahu meluaskan kuasa ke negeri itu, sebaliknya disebabkan keprihatinan beliau terhadap nasib Melayu di sana.
"Apa yang berlaku di Pulau Pinang kita tahu, dia (kerajaan negeri) tidak pedulikan orang Melayu," katanya, memetik laporan Bernama.
Cermin diri dulu
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, Tengku Adnan sepatutnya malu dan bercermin diri sendiri tentang nasib rakyat yang masih terhimpit kehidupan mereka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
Isu-isu setinggan dan perumahan kos rendah dan sederhana masih menjadi "public outcry" yang masih lagi perjuangan yang belum selesai.
"Kaki dan tangan Tengku Adnan tidak pernah kotor dan tercemar untuk memperjuangkan isu-isu penderitaan rakyat yang semakin terhimpit khususnya di Kuala Lumpur yang beliau adalah menterinya," katanya.

Tak perlu tunggu Pas 'layang-layang putus tali'


Husam berkata, Pas sudah boleh berkompromi dengan rasuah dan salah guna kuasa kerajaan Umno-BNHusam berkata, Pas sudah boleh berkompromi dengan rasuah dan salah guna kuasa kerajaan Umno-BN
Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak boleh lagi menunggu Pas yang dilihat sudah boleh berkompromi dengan rasuah dan salah guna kuasa Umno-BN, tegas penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa.
Beliau berkata, pemimpin Pas tidak serius untuk menggantikan kerajaan BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) apabila bersikap sambil lewa dalam perundingan dengan Bersatu.
"Baru-baru ini parti ini (Pas) berunding dnegan parti Bersatu tetapi kemudian esok hari keluar kenyataan lain dan kemudiaan mereka bersama dengan perdana menteri nak membantu rakyat Myanmar yang susah. Adakah rakyat Malaysia tak susah?
"Dua hari sebelumnya harga minyak dinaikkan. Kenapa mereka tak bantu rakyat Malaysia yang susah? Ini nak menunjukkan kepada ahli Pas bahawa Pas sudah berjinak-jinak dengan Umno.
"Sewaktu himpunan Rohingya di Stadium Titiwangsa dulu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tak senyum, muka seperti tertekan. Itu pertemuan pertama mungkin dia takut orang Pas marah. Tetapi bersama Najib semalam dia sudah senyum dan bergelak ketawa," katanya dalam ceramah Pakatan Harapan anjuran Amanah Serdang di Bangi malam tadi.
Husam juga berkata, PRU14 lebih mencabar berbanding PRU12 dan PRU13 kerana sikap Pas ibarat layang-layang putus tali dan tidak mahu bersama-sama pembangkang menumbangkan Umno-BN.
"Pada 2008 dan 2013 kekuatan pembangkang disatukan dan fokus kita untuk menggantikan Umno-BN. Kita tahu Umno mesti diganti tetapi sekarang tidak lagi kerana seakan-akan ada satu pembangkang seperti layang-layang putus tali. Tak tahu ke mana nak jatuh. Dia hanya akan jatuh dalam pilihan raya akan datang.
"Kita tidak boleh lagi meletakkan harapan kepada Pas. Saya suka berterus terang.
"Bukan kerana Pas tak ada pengaruh langsung, ada pengaruhnya. Ada saki bakinya kekuatannya tetapi cara berfikir pemimpinnya sudah lari. Sudah mirip kepada asabiyah. Sudah boleh berkompromi dengan kezaliman dan juga kejahatan rasuah," katanya.

Amanah: Henti kata-kata kesat kepada Pas

Nunji'17 berlangsung sehari di Shah Alam hari iniNunji'17 berlangsung sehari di Shah Alam hari ini
Parti Amanah Negara (Amanah) menyeru seluruh ahli dan penyokongnya menghentikan sebarang bentuk penghinaan atau kata-kata kesat terhadap lawan politik mereka termasuk Pas.
Arahan itu dinyatakan setiausaha agungnya Mohd Anuar Tahir pada program Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI) 2017 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa di Shah Alam hari ini.
"Maka saya mengarahkan hari ini kepada semua ahli dan penyokong Amanah agar menghentikan segala kata-kata kesat terhadap parti lawan kita termasuk Pas. Ini arahab rasmi daripada parti.
"Jika anda berada dalam group Whatsapp yang menggunakan kata-kata menghina dan kesat, keluar segera dari group itu," katanya.
Terdahu beliau menjadi moderator bagi slot pembentangan kertas kerja ketiga bertajuk "Negara Madani dan Referensi kepada Prinsip Islam dan Maqasid Syariah" yang disampaikan oleh Prof Dr Jasser Audah dari Kanada.

PKR, Bersatu bukan parti kerdil mahu sertai blok ketiga PAS yang terdesak.

PKR, Bersatu
KOTA BHARU – Cadangan Pas supaya PKR dan Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan dan bersama mereka dalam blok ketiga bersamanya seumpama usaha seekor ular lidi mengajak ular sawa mencari makan bersamanya.
Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, PKR dan Bersatu bukanlah sebuah parti kerdil seperti Berjasa dan Ikatan, malah pemimpin mereka jauh lebih matang dan mempunyai pandangan politik yang tajam.
“Mereka mempunyai banyak kelebihan,antaranya lagi ialah bijak memahami senario politik Malaysia. Mustahil perkara tersebut berlaku. Lagi pun PKR sudah lama bersama DAP dalam Pakatan Rakyat dan kini sekali lagi bersama DAP dan Amanah, sebelum Bersatu turut mengambil sikap untuk bersama-sama dalam Pakatan Harapan,”katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mendakwa kekuatan pembangkang akan meningkat sekali ganda sekiranya PKR dan Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan dan menyertai blok ketiga.
Menurutnya, adalah mustahil dari segi politik, PKR dan Bersatu meninggalkan pakatan politik yang kuat dan kukuh, untuk bersama dengan satu pakatan politik baru atas nama blok ketiga yang masih tidak jelas tuju politiknya.
Malah beliau juga berkata, Pas bagaikan bersandiwara apabila bertindak mengajak parti pembangkang lain bersama mereka menentang BN, sedangkan mereka dalam masa yang sama sedang bermesra dan menjalinkan hubungan politik dengan BN.
“Pas hanya boleh bekerjasama dengan mana-mana politik yang bersedia untuk duduk dan patuh kepada arahan dan kehendak mereka. Dalam erti kata lain, mereka boleh mengajak parti-parti kecil seperti Berjasa dan Ikatan untuk berada di bawah telunjuk politik mereka, namun mustahil PKR dan Bersatu untuk berbuat sedemikian,”katanya.

Tinggalkan HARAPAN, pembangkang kian kuat kata PAS

Untuk memastikan kekuatan pembangkang kukuh menghadapi BN pada pilihan raya umum akan datang, PAS mempunyai 'formula' tersendiri.
Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, kekuatan gabungan pembangkang akan meningkat sekali ganda jika PKR dan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) meninggalkan Pakatan Harapan (HARAPAN) serta menyertai blok ketiga yang dianggotai partinya.
Kata Mohd Amar, sekiranya perkara itu berlaku, peluang untuk menumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan lebih terbuka, lapor Sinar Harian.
“Jika dua parti itu bersama dalam blok ketiga (Gagasan Sejahtera) yang diterokai PAS ketika ini, kekuatan pembangkang akan meningkat berkali ganda berbanding Pakatan Harapan.
“Saya lebih suka mana-mana pembangkang kecuali DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) untuk lebih serius jalin kerjasama dalam Gagasan Sejahtera yang turut disertai IKATAN, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti kecil lain,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Ketika ditanya mengenai kerjasama antara PAS dan BERSATU selepas mengadakan pertemuan, Mohd Amar berkata sehingga kini masih belum ada keputusan dibuat antara kedua parti itu.
“Kita belum buat keputusan rasmi. Pertemuan sebelum ini lebih kepada perbincangan bagi memberikan pandangan dan cadangan, jadi keputusan sama ada kerjasama atau tidak ia akan dinilai oleh PAS Pusat kemudian (dibawa ke) majlis syura ulama.
“Memang semua orang akan suka jika ada kerjasama, tetapi kita ada penilaian sendiri tidak boleh ikut orang sebab kalau ikut, ada yang suruh PAS masuk Pakatan Harapan dan berbaik dengan DAP. Tetapi kita ada pendirian,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

‘Baik sertai blok ketiga' sembang Mohd Amar

KOTA BHARU - Pas mendakwa kekuatan pembangkang akan meningkat sekali ganda sekiranya PKR dan Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan dan menyertai blok ketiga.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, jika kerjasama itu menjadi kenyataan, peluang bagi menumbangkan BN dalam PRU14 juga akan lebih terbuka.
Mohd Amar Nik Abdullah “Jika dua parti itu bersama dalam blok ketiga (Gagasan Sejahtera) yang diterokai Pas ketika ini kekuatan pembangkang akan meningkat berkali ganda berbanding Pakatan Harapan.
“Saya lebih suka mana-mana pembangkang kecuali DAP dan Amanah untuk lebih serius jalin kerjasama dalam Gagasan Sejahtera yang turut dianggotai Ikatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti kecil lain,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir di Majlis Pelancaran Mini Darul Miswah Dun Panchor di sini, semalam.
Mengenai kerjasama antara Bersatu dan Pas selepas pertemuan di antara kedua-dua pemimpin itu dibuat, Mohd Amar berkata, setakat ini belum ada keputusan dibuat mengenai permuafakatan antara kedua parti itu.
“Kita belum ada keputusan rasmi, pertemuan sebelum ini lebih kepada berbincang bagi memberikan pandangan dan cadangan, jadi keputusan sama ada ada kerjasama atau tidak ia akan dinilai oleh Pas Pusat kemudian diangkat oleh Majlis Syura.

Tiada tahaluf siyasi dengan PPBM…setakat ini, kata PAS

Semua hasil perbincangan dengan PPBM hanya akan diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS kelak, kata Naib Presiden Datuk Mohd Amar
Mohd-Amar-Nik-Abdullah
KOTA BHARU: PAS masih belum mengesahkan sebarang tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) walaupun terdapat rundingan antara kedua-dua pihak Rabu lepas.
Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata keputusan berhubung perkara berkenaan hanya akan diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS selepas hasil pertemuan itu dibincangkan oleh majlis itu kelak.
“Setakat ini semua hasil perbincangan dan cadangan oleh PPBM akan dibincangkan terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan seterusnya diambil,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mini Darul Niswah DUN Panchor di sini, hari ini.
Rabu lepas, Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi membincangkan kemungkinan kerjasama politik antara kedua-dua parti.
Bagaimanapun, Tuan Ibrahim dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis dilaporkan sebagai berkata sebarang keputusan berhubung kerjasama politik diserahkan kepada Majlis Syura Ulama PAS untuk diteliti terutamanya dalam aspek syarak, sama ada ia boleh diteruskan atau sebaliknya.

PAS kata ‘sembang saja’, jadi kita jalan dulu, kata Husam

Islam tidak semestinya dengan PAS, kata Husam Musa, menegaskan PH dan PPBM mahu bentuk kerajaan yang diterima oleh semua orang
Husam-Musa_pas_600BANGI: Islam tidak semestinya dengan PAS, kata penasihat Amanah Husam Musa, maka Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu melakukan persiapan pilihan raya tanpa parti itu.
Husam mengingatkan PH dan PPBM mempunyai agenda nasional yang besar, maka perlu menampilkan barisan yang lebih yakin tanpa PAS.
“Hari ini bincang dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tetapi esok kata ‘sembang sahaja’. Kita kena teruskan persiapan kita,” katanya di ceramah anjuran Amanah di Bangi malam tadi.
“PAS nak datang kemudian, datang. Islam tak semestinya dengan PAS. Kita mahu 1 kerajaan yang diterima oleh semua tidak kaum tidak kira warna kulit atau bangsa.
“Nak tunggu PAS? Kita jalan dulu. Jika di Kelantan berlakunya 3 penjuru, PAS akan kalah dan akhirnya akan bersama Umno.
“Apa perlu kita lakukan ialah mengerah segala kekuatan untuk beri keyakinan kepada rakyat. Jika kita goyang rakyat pastinya akan kecewa.”
Beliau dipercayai merujuk kepada perkembangan pertemuan antara PAS dan PPBM pada Rabu, dalam usaha PPBM membentuk persefahaman 1 lawan 1 menentang BN dalam kalangan parti pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 nanti.
Ia bagaimanapun tidak menghasilkan kata putus, malah Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata “rangka kerjasama persefahaman politik” yang dibincangkan dalam pertemuan itu perlu diperhalusi lagi.
Pimpinan PH, PPBM dan penganalisis politik percaya pembangkang sukar menewaskan BN sekiranya berlaku perlawanan pelbagai penjuru melibatkan PAS di Malaysia Barat.
Kerusi majoriti Melayu dipercayai akan menjadi fokus dalam PRU14 akan datang melibatkan Umno, PAS, PKR dan Amanah dan PPBM.
Semalam, Pengarah Eksekutif Ilham Centre Mohamad Hisomuddin Bakar berkata sokongan kepada PPBM di kawasan pengundi campuran di Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor akan terganggu sekiranya kerjasama dengan PAS menjadi kenyataan.
“Pengundi Cina akan tolak. Kalau kerjasama 2 parti itu gagal dijelaskan, kesannya terhadap kerusi dipertandingkan bukan saja di kawasan Melayu, tetapi di peringkat nasional juga.”

ZAHID YANG PRIHATIN...

Ketika balu dipilih bertanding di Kuala Kangsar dahulu, meskipun ramai yang marah dan tidak setuju, tapi kebimbangan rakyat tiba-tiba melonjak bila balu Ketua Menteri pun dijadikan calon juga.

Dah jadi macam trend nampaknya...lalu timbul pertanyaan, selepas ini giliran balu siapalah pula agaknya?
Kalau asyik balu saja dijadikan calon, bermakna meloponglah pejuang-pejuang parti untuk menjadi pengganti.

Mujurlah Zahid Hamidi cepat-cepat sedar dan segera menunjukkan keprihatinannya dengan mengatakan pemilihan balu bukanlah trend atau dasar bagi BN.
Adakah apa yang tersebar di media sosial sejak sehari dua lalu yang membuatkan Zahid dengan pantas berbuat begitu?

Salleh beri 3 faktor lebih ramai Cina akan menyokong BN

Kelemahan pembangkang, hubungan baik dengan China dan politik murni Barisan Nasional
salleh-limPITAS: Tiga faktor – kelemahan pembangkang walaupun diberi peluang; hubungan baik dengan China; dan politik murni Barisan Nasional (BN), dijangka menyebabkan peningkatan besar sokongan masyarakat Cina kepada BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata walaupun diberi peluang sebagai wakil rakyat atau sebuah kerajaan di peringkat negeri, pembangkang terbukti tidak mampu menyumbang ke arah kebajikan, pendidikan dan ekonomi masyarakat Cina.
Salleh berkata masyarakat Cina juga umumnya gembira apabila kerajaan Malaysia dan China menjalin hubungan rapat, yang menyaksikan peningkatan dalam hubungan 2 hala.
“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah melaksanakan tugas dengan baik apabila mengukuhkan hubungan ini dan amat dihormati di China. Hubungan 2 hala dan ekonomi antara Malaysia dan China kini berada pada kedudukan paling kukuh.
“Ini sudah pasti meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI) dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan peluang ekonomi untuk rakyat,” katanya, dan menambah ia juga menunjukkan sokongan masyarakat Cina terhadap BN pada PRU14.
Salleh berkata demikian ketika menutup sambutan Tahun Baharu Cina daerah Pitas di sini malam tadi.

Azmin ingatkan Jamal, Noh Omar juga terima air percuma Selangor

Manfaat pelaksanaan dasar pemberian air percuma tidak tertakluk kepada penyokong Kerajaan Negeri dan fahaman politik.
Sebaliknya, Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, prinsip kesamarataan diamalkan pentadbiran negeri dalam menyalurkan kebajikan rakyat di negeri ini.

“Guna air di Selangor, dapat bil hujung bulan ditulis di bawahnya angka kosong sebab (bil) sudah dibayar oleh Kerajaan Selangor.
“Kami tidak mengambil kira sekiranya kamu itu orang Umno atau tidak. Khir Toyo, Noh Omar dan Jamal pun dapat air percuma. Tak perlu bayar air di Selangor,” katanya.
Bagaimanapun kata Mohamed Azmin, masih wujud ‘budaya politik kotor’ individu terutamanya kalangan pimpinan Umno yang sengaja mempolitikkan bantuan kebajikan itu demi kepentingan peribadi.
Beliau merujuk provokasi Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, baru-baru ini.
“Jamal itu tidak perlu dilayan. Mungkin dia tidak mandi agaknya. Kerajaan Negeri sediakan skim air percuma, tapi dia datang pejabat (SUK) saya mahu mandi.
“Itu kerja gila,” sindir Azmin ketika berucap pada Majlis Minum Petang bersama masyarakat Bentong di Pejabat Cabang KEADILAN Desa Damai , petang semalam.
Terdahulu, Kerajaan Negeri melaksanakan skim pemberian air percuma sebanyak 20 meter yang terus memberi manfaat kepada golongan sasar termasuk rakyat berpendapatan rendah, sejak 2008.
Untuk tempoh 2017, sebanyak RM183.2 juta diperuntukkan bagi tujuan meneruskan program tersebut yang disambut baik seluruh rakyat.

Pas akui Umno-BN boleh dimanfaat bela Islam

Hashim JasinHashim Jasin
Pas menentang segala kezaliman dan penyelewengan Umno-BN namun mengakui pemimpin dan ahli parti itu ialah kelompok orang Islam yang masih boleh dimanfaatkan untuk membela Islam.
Mursyidul Am Pas Hashim Jasin berkata Pas boleh bekerjasama dengan Umno-BN dalam menangani isu-isu melibatkan kepentingan Islam seperti isu Rohingya, Palestin dan pindaan Akta 355.
"Pas sebagai sebuah gerakan Islam yang berkecimpung dalam arena politik negara, kita telah memilih untuk mengikuti jejak Rasulullah SAW dengan berpolitik secara matang.
"Kita memilih antara dua kemudharatan iaitu bertaawun dengan orang Islam yang zalim atau bertahaluf dengan orang bukan Islam yang keras sikapnya terhadap Islam (juga suatu kezaliman menurut pandangan Islam)," katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Hashim berkata sikap Umno-BN berbeza dengan DAP yang mempunyai sikap yang keras terhadap Islam, anti-Islam dan sentiasa menolak sebarang usaha menegakkan Islam.
"Kita pernah dua kali bertahaluf dengan DAP melalui Barisan Alternatif (1999-2001) dan Pakatan Rakyat (2008-2015), ketika mana DAP bersikap lunak terhadap Islam.
"Terkeluarnya DAP dari BA pada 2001 adalah kerana keras sikap mereka terhadap negara Islam, sedangkan pegeseran pada 2015 juga berkait usaha Pas melaksanakan undang-undang syariah di Kelantan," katanya.
Menurut beliau, ketika Pas tidak dapat menerima sama sekali politik anti-Islam yang didukung oleh DAP dan tindakan zalim BN ke atas rakyat, Pas menyasarkan ahli-ahli Umno dan penyokong BN sebagai orang yang perlu didakwah.
"Seperti Nabi SAW mengharapkan lahirnya pejuang-pejuang Islam dari sulbi penduduk Taif, Pas juga mengharapkan lahirnya penyokong-penyokong Islam dari sulbi Umno.
"Kebencian mereka terhadap kebobrokan Najib Razak akan menguatkan Islam dengan sikap pemaaf kita dan kesediaan kita memberikan penghormatan terhadap bekas-bekas pemimpin mereka," jelasnya.