Sabtu, 4 Februari 2017

PROTON JADI PLOTON?


Trend menjual, menjual dan menjual kepada China nampaknya berterusan lagi. Setelah sekian banyak diserahkah kepada negara tersebut, kini kita dikejutkan lagi dengan berita syarikat kereta nasional, Proton juga mahu dijual kepada mereka.
Kali ini, syarikat pembuat kereta China, Geely dikhabarkan akan membeli 51 peratus pegangan dalam kilang pembuatan Proton di Tanjung Malim yang sebelum ini menjadi kebanggaan negara kerana kemampuan membinanya tanpa berhutang dengan sesiapa.
Dengan kata lain, kilang itu dibina dengan wang tunai milik Proton sendiri
Mahu tidak mahu dan walaupun cuba disembunyikan daripada orang-orang kampung serta makcik Felda, hakikatnya, inilah satu lagi bahana 1MDB yang menimpa kita.
Disebabkan hutang yang terlalu tinggi, tidak mampu membayarnya serta terdesak ingin mengambusnya sebelum tiba tarikh pilihanraya, maka cara mudahnya  ialah dengan pemimpin kita menukar gelaran mereka lebihnkepada “jurujual”.
Sebab itulah, berita mengenai Proton ini tidak akan dijumpai dalam Utusan dan TV3. Kalau boleh biar orang kampung dak makcik Felda tidak tahu mengenainya.
Apabila China sudah menguasai 51 peratus pemilikan Proton, apakah nasib vendor-vendor Bumiputera yang selama ini “cari makan” di situ?
Mampukah mereka terus bersaing dengan vendor-vendor daripada China yang tentu lebih murah harganya?
Adakah juga kilang itu nanti, daripada memasang  dan mengeluarkan model kereta sendiri, akan bertukar menjadi tempat untuk hanya pasang pintu, bonet, cermin dan lain-lain model Geely daripada China?
Maka, apa jadi kepada Proton akhirnya?
Proton jadilah  Ploton jawabnya!!!

Pemimpin Pas berbaju logo Utusan, Najib kata Flotilla lambang perpaduan

 Muslimat Pas kelihatan gembira dengan berpakaian berlogokan Utusan dan Media PrimaMuslimat Pas kelihatan gembira dengan berpakaian berlogokan Utusan dan Media Prima
'Misi Kemanusiaan-Food Flotilla for Myanmar' yang diketuai Umno semalam menyaksikan pemimpin Pas turut mengenakan pakaian berlogokan Utusan Malaysia dan Media Prima.
Antara mereka yang memakai baju berwarna putih dan berlengan panjang itu Ketua Dewan Muslihat Pas Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan beberapa pimpinan sayap wanita parti itu.
Turut berpakaian sama Ahli Jawatankuasa Pas Pusat seperti Dr Riduan Mohd Nor dengan masing-masing menyarung jaket perang berlogokan Pas.
Walau bagaimanapun, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat hanya berpakaian kemeja panjang putih berjalur dengan jaket berwarna coklat itu.
Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (tengah) menggantikan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (tengah) menggantikan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan
Penampilan pemimpin Pas bersama logo Utusan Malaysia itu dilihat bercanggah dengan pendirian pembangkang sebelum ini yang pernah melancarkan kempen memboikot akhbar tersebut beberapa bulan berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.

ANNUAR MUSA YANG DIKAITKAN RASUAH, MALANGNYA ISMAIL SABRI YANG DIANGGAP SALAH


Kadangkala timbul rasa seronok juga menyaksikan perbalahan sesama sendiri dalam UMNO berkaitan isu penggantungan jawatan Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara.
Di mana-mana mereka berbual-bual memperkatakan isu itu, jelas wujud dua kelompok yang berbeza.
Walaupun Ismail Sabri Yaakob, selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang bertanggungjawab kepada Mara telah menjelaskan penggantungan itu hanya sementara dan bagi membolehkan siasatan oleh audit dalaman dilakukan, terlihat ramai yang menyalahkan beliau atas apa yang berlaku itu.
Mesyuarat khas yang memutuskan penggantungan Annuar bukan saja dikatakan tidak mungkin diadakan tanpa restu Ismail Sabri selaku menteri, bahkan tindakan menggantung Pengerusi Mara itu juga dikhabarkan mustahil diambil jika tidak mendapat lampu hijau daripada beliau.
Seorang pemimpin UMNO yang pernah menjadi pengerusi agensi kerajaan suatu ketika dahulu berkata, mana mungkin Ahli Majlis Mara berani bertindak sesuka hati terhadap pengerusi mereka sendiri kalau tanpa restu atau arahan orang yang lebih tinggi jawatannya.
Maknanya, kepercayaan ramai dalam UMNO ialah tindakan menggantung Annuar bukan saja atas restu, bahkan juga kerana kehendak Ismail Sabri.
Mereka percaya, hanya jika Ismail Sabri setuju, barulah tindakan penggantungan itu dapat diambil, manakala jika Ismail tidak mahu, bermakna Annuar boleh dielakkan daripada digantung jawatannya.
Persoalan ramai dalam UMNO ialah untuk apa Ismail Sabri mahu mengambil tindakan sebegitu rupa terhadap Annuar, sedangkan beliau tahu Pengerusi Mara itu adalah juga Ketua Penerangan UMNO dalam waktu yang sama?
Tidakkah beliau sedar tindakan penggantungan itu seperti menconteng arang ke muka Najib yang melantik Annuar selaku Ketua Penerangan UMNO?
Kata kawan-kawan dalam UMNO yang celupar pula, jika pun Ismail Sabri mahu menunjukkan ketegasannya berkaitan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, apakah beliau sendiri begitu bersih luar dan dalamnya?

Angkat mutu pendidikan, selesai masalah hutang, kata Amanah

Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad menggesa kerajaan mengkaji kebolehpasaran siswazah dalam usaha menyelesaikan masalah gagal membayar pinjaman pelajaran
Dzulkefly-Ahmad_student_loan_ptptn_600
PETALING JAYA: Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad menggesa pihak berkuasa mengkaji kebolehpasaran siswazah dalam usaha menyelesaikan masalah gagal membayar pinjaman pelajaran.
Bercakap kepada FMT, beliau berkata siswazah tidak boleh melangsaikan pinjaman kerana tidak mencari pekerjaan atau gaji yang baik kerana pendidikan mereka yang tidak bermutu.
Beliau menjelaskan kajian menunjukkan kalangan siswazah hari ini tidak celik kewangan, antara hujah yang ditujukan kepada mutu rendah pendidikan di institusi pengajian tinggi tempatan.
“Nasib mereka malang kerana menanggung hutang dan tidak laku kerana tidak mempunyai kemahiran, latihan dan pendidikan secukupnya,” katanya.
Dzulkefly mencadangkan beberapa penyelesaian kepada kerajaan, institusi pengajian tinggi (IPT) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Masalah utama yang perlu ditangani adalah kekurangan latihan kemahiran insani (soft skill) dan kemahiran teknikal (hard skill) yang majikan hargai. Beliau akui menangani masalah itu bukan mudah dan mengambil masa, terutamanya di peringkat IPT.
Mengenai siswazah yang berjaya mendapatkan pekerjaan, beliau berkata kerajaan mesti pastikan mereka dibayar gaji yang “adil dan baik”.
Beliau juga mencadangkan universiti dan kolej menubuhkan unit penempatan pekerjaan di kampus dan kerajaan memberi insentif kepada syarikat yang cenderung mengambil orang tempatan bekerja berbanding orang asing.
“Banyak pekerjaan diberikan kepada orang asing,” katanya.
Dzulkefly juga mencadangkan PTPTN mengadakan skim pembayaran fleksibel yang membolehkan siswazah membuat pembayaran secara konsisten tetapi masih mempunyai pendapatan secukupnya untuk dibawa pulang.

Malaysia jadi 'budak suruhan' Trump?

Penghantaran bantuan ke Myanmar hanyalah 'lakonan' untuk menjadikan rakyat lupa terhadap sikap berdiam diri Umno dan Pas sewaktu Pakatan Harapan membawa usul berkaitan Rohingya di Parlimen pada November tahun lalu.
Raja Bahrin Shah Raja Bahrin Shah
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Bahrin Shah berkata, pelancaran 'Misi Kemanusiaan-Food Flotilla for Myanmar' semalam juga bagi menjadikan rakyat lupa mengenai sikap Malaysia yang tidak mahu menerima pelarian Rohingya pada tahun 2015.
"Semasa rakyat Malaysia pelbagai agama dan kaum berkumpul membantah tindakan kejam di kedutaan Amerika, Umno dan Pas berkumpul untuk merasmikan pelancaran Flotilla untuk Rohingya.
"Penghantaran bantuan ini hanyalah "simbolik" dengan sikap - "ambillah bantuan ini tetapi kedatangan kamu tidak diterima di bumi Malaysia".
"Mereka amat perlu bantuan lebih dari sokongan sandiwara kepentingan politik Umno dan Pas," katanya dalam kenyataan.
Menurut beliau yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah, sikap Malaysia ini sama seperti seperti sikap Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang menyekat kemasukan rakyat daripada tujuh negara Islam ke negara itu.
"Sudah berminggu-minggu Amerika mengharamkan kemasukan rakyat dari tujuh negara Islam tetapi Malaysia masih sepi membisu tanpa pendirian.
"Tetapi di Malaysia dan di kampung kononnya kerajaanlah juara perpaduan ummah yang sempit untuk Islam dan Melayu.
"Di manakah penyatuan dan perpaduan ummah menyeluruh seperti dituntut dalam Islam" soalnya.
Beliau juga mendakwa, Malaysia menjadi 'budak suruhan' Trump yang diisytihar rasis dan anti Islam oleh hampir seluruh dunia.
"Rakyat Yaman yang ingin lari ke Amerika untuk menyelamatkan diri disekat memasuki negara itu dan terperangkap untuk terus dibom oleh senjata bekalan Amerika, Britain dan Perancis dengan pengetahuan Malaysia yang bersama mereka di Riyadh.
"Kita menjadi pemerhati bisu kehormat dari dekat menyaksikan kekejaman pembunuhan "jenayah perang" saperti dinyatakan olih lapuran 67 muka Bangsa-bangsa Bersatu yang dibentang Jumaat lepas," katanya.

"Perbincangan PAS-BERSATU serius, Hadi mungkin tidak diberitahu' - Mukhriz

Abu Kassim: Lawan rasuah tanpa mengira ideologi politik