Jumaat, 3 Februari 2017

Kerjasama PAS ganggu peluang PPBM menangi 4 negeri

Ilham Centre berkata pengundi Cina mengundi secara prinsipal dan menolak PAS seperti apa yang berlaku di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
pas-ppbmPETALING JAYA : Jika kerjasama PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) benar-benar jadi kenyataan, pola PPBM bertanding di negeri seperti Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor akan terganggu, kata firma kajian bebas.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre Mohamad Hisomuddin Bakar berkata ini kerana kebanyakan kerusi di negeri di kawasan pantai barat semenanjung itu terdiri daripada pengundi bercampur, dan pengundi Cina mengundi secara prinsipal serta menolak parti seperti PAS.
“Mereka akan menolak parti sebegitu. Kalau kerjasama 2 parti itu gagal dijelaskan, kesannya terhadap kerusi dipertandingkan bukan saja di kawasan Melayu, tetapi di peringkat nasional juga.
“Seperti yang sedia maklum, dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, pengundi Cina menghukum PAS dengan menolak keseluruhannya.
“Implikasi kepada parti yang bekerjasama dengan PAS secara mudahnya akan mengalami penolakan ini,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Baru-baru ini, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengadakan mesyuarat bagi “menentukan” kerjasama antara kedua-dua parti.
Bagaimanapun, mesyuarat itu tidak dapat memutuskan bentuk kerjasama antara mereka dan membawa pulang “rangka kerjasama persefahaman” untuk dipertimbangkan pemimpin tertinggi PAS dan PPBM.
Hisomuddin berkata PPBM perlu memberi perhatian terhadap aspek penolakan daripada pengundi Cina jika mahu mengadakan kerjasama dengan PAS.
Katanya, beliau melihat kerjasama PAS dan PPBM hanya kerana mereka mahu mengambil bahagian dalam segmen Parlimen yang majoritinya Melayu seperti di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

SEMUA MARAH NAJIB! MINYAK NAIK, BARANG LAIN JUGA AKAN NAIK – RANI KULUP

SHAH ALAM – Selebriti media sosial terkenal, Abdul Rani Kulup Abdullah meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengkaji semula kenaikan harga minyak yang diumum kerajaan.
Abdul Rani atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Ayah’ berkata, kenaikan harga minyak yang dikenakan oleh kerajaan akan menyebabkan harga barangan turut sama mencatatkan peningkatan.
“Jangan naik harga minyak. (Harga) barang akan terlibat naik. Pihak KPDNKK, sila turunkan harga minyak. Kuasa naik dan turun harga barang terletak di tangan kerajaan.
“Kalau kerajaan umum harga minyak naik, maka harga barang akan naik. Kalau kerajaan kata harga minyak akan turun, maka harga barang juga akan turun. Rakyat desak turunkan harga minyak,” katanya seperti yang dipetik menerusi Facebooknya, semalam.
Berkuat kuasa mulai 1 Februari ini, RON 95 dijual pada harga RM2.30 seliter, RON 97 pada RM2.60 seliter dan diesel RM2.15 seliter. Ketiga-tiga bahan api tersebut naik mendadak daripada 20 sen bagi RON95, RON97 naik 20 sen manakala diesel naik 15 sen.
Dalam masa sama, Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) turut meminta rakyat supaya terus tenang dan bersabar dengan berita kenaikan yang diumumkan kerajaan.
“Jangan cakap banyak, kita harus ‘kipidap dongibap’, bersabar dan senyum selalu, anda akan tenang,” katanya lagi.

Minyak Naik: Tun Abdullah digesa letak jawatan

Tun Abdullah Ahmad BadawiPertubuhan Bantuan Bertindak Negeri Kedah (PBBNK) mendesak supaya Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) ekoran berlaku kenaikan harga minyak yang membebankan ramai pengguna.
Pengerusinya, Thana Chew Ne Meng berkata, desakan itu dibuat kerana bekas perdana menteri itu dilihat seolah gagal mengurus tadbir dan menangani isu kenaikan harga minyak negara.
“Beliau tidak layak menjawat jawatan itu kerana membiarkan rakyat menderita dengan kenaikan harga minyak lagi pada bulan ini setelah berlaku kenaikan yang sama pada bulan lalu.
“Ini sudah tentu membebankan pengguna terutama sekali yang berpendapatan rendah dan sederhana," katanya kepada media, semalam.
Menurutnya, pihaknya juga amat menyesali apabila bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 April 2010 mendedahkan bahawa Malaysia di bawah pentadbiran Abdullah secara diam-diam menyerahkan dua blok medan minyak Blok L dan Blok M kepada Brunei.
“Tun Mahathir pada ketika itu sebagai Penasihat Petronas menyatakan Malaysia menuntut dua blok itu berasaskan sejarah.
"Dikatakan juga pihak Petronas tidak mengetahui penyerahan medan minyak itu,” katanya.
Berikutan itu, satu laporan telah dibuat PBBNK  kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, semalam untuk memastikan supaya suatu siasatan dapat dilaksanakan.

Najib, Umno-BN terus lakar prestasi terburuk dalam sejarah

OLEH HANIZA TALHA
Kerajaan Persekutuan pimpinan Umno-Barisan Nasional meneruskan prestasi terburuk dalam sejarah yang dipimpin MO1 apabila terus menambah derita rakyat dengan kenaikan 20 sen RON95 dan RON 97 serta diesel ditambah dengan keperitan pembayaran cukai barangan dan perkhidmatan 6 peratus.
Ini bermakna sepanjang bulan pertama dan kedua pada 2017 ini rakyat dibebankan kenaikan harga petrol RON95 sebanyak 40 sen, diesel sebanyak 30 sen dan RON97 sebanyak 35 sen. Ini sesuatu yang tidak munasabah.
Impak kenaikan ini sejak awal Januari memberi kesan maksimum kepada kenaikan barangan dan perkhidmatan seterusnya melonjakkan ketirisan perbelanjaan rakyat apabila sudah dibebani dengan pelbagai kenaikan sebelum ini.
Kita membidas kenyataan pimpinan Umno-BN yang berterusan mencanang propaganda menyatakan harga minyak di negara ini antara terendah di dunia tanpa mengira faktor lain yang perlu diambil kenyataan. Jika begitu lebih baik menyatakan harga minyak di Malaysia lebih murah daripada planet Marikh!.
Progam pemberian minyak percuma oleh pemimpin umno Taman Medan sehari selepas harga minyak dinaikkan jelas membuktikan betapa hipokritnya pimpinan umno
berlagak baik untuk terus memperbodohkan rakyat
Kenaikan harga bahan api ini dan pelbagai jenis kenaikan harga dan perkhidmatan hanya membuktikan kegagalan ‘Najibnomics’ dalam mengurus ekonomi tatkala hutang negara terus melambung dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Rakyat mempersoalkan ke mana penggunaan setiap sen cukai GST dikutip yang dikatakan lebih RM40 bilion setahun. Apakah tiada mekanisme untuk membantu mengurangkan impak kesengsaraan rakyat?
Kita juga mempertikaikan ke mana perginya ‘hero jadian’ yang kononnya bersungguh-sungguh dalam isu 20 sen beg plastik di Selangor, tetapi dalam isu kenaikan harga bahan api ini diam membisu.

Apakah Salleh Man tak berfungsi di PP, tanya AMANAH

Dakwaan PAS bahawa Pulau Pinang campur tangan dalam keputusan fatwa negeri mendedahkan kelemahan wakil mutlak parti Islam itu Datuk Mohd. Salleh Man selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).
Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir itu menjawat kedudukan penting dalam pentadbiran negeri berkaitan hal-ehwal Islam.
"Apakah PAS membayangkan bahawa mereka gagal menggunakan Salleh Man sebagai wakil mereka bagi memenuhi apa jua agenda Islam yang mahu dilakukan di Pulau Pinang," kata Mujahid yang juga ahli Parlimen Parit Buntar.
Beliau mengulas kenyataan kontroversi oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Fauzi Yusof yang mendakwa kerajaan negeri pimpinan DAP dan PKR telah 'campur tangan' dalam keputusan jawatankuasa fatwa.
Fauzi dipetik sebagai berkata, ini kerana keputusan oleh jawatankuasa itu telah dibentangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri sebelum mendapat kelulusan Yang diPertuan Agong.
Ketika dihubungi, Salleh enggan mengulas mengenai kontroversi itu sambil berkata, beliau tidak mahu terlibat dalam perang mulut antara pihak yang berkenaan.
Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim pula menyifatkan dakwaan tersebut sebagai 'fitnah'.

Kapal Flotilla bantu Rohingya, dialog Harakah rapatkan Pas-Umno

Sekretariat Himpunan RUU 355 bergambar dengan NGO Melayu Islam dan wakil Puteri Umno Malaysia serta cytro rasmi Perdana Menteri selepas forum petang semalam.Sekretariat Himpunan RUU 355 bergambar dengan NGO Melayu Islam dan wakil Puteri Umno Malaysia serta cytro rasmi Perdana Menteri selepas forum petang semalam.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadual bakal membaca doa perasmian pada majlis pelepasan kapal 'Nautical Aliya' bagi Misi 'Food Flotilla For Myanmar' di Pelabuhan Kelang selepas solat Jumaat hari ini.
Terdahulu, Abdul Hadi bersama-sama Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Qayyum, Bandar Armada Putra.
Mereka berdua seterusnya akan membuat lawatan di atas kapal yang dimuatkan lebih 2,000 tan bantuan makanan dan ubat-ubatan itu.
Najib kemudiannya dijadual berucap pukul 3 petang diikuti taklimat ringkas mengenai perjalanan misi tersebut oleh Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Abdul Azeez Abdul Rahim.
Tiada slot ucapan untuk Abdul Hadi walaupun beliau juga Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia melainkan bacaan doa perasmian selepas taklimat Azeez.
Pertemuan secara terbuka antara Abdul Hadi dan Najib Razak hari ini susulan daripada Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur, 4 Disember tahun lalu.
Terdahulu, Abdul Hadi dan Najib telah sepentas bahkan berpakaian sedondon dalam Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia di ibu negara pada 27 Disember 2015.

Pusat judi haram: Zuraida gesa polis jalankan siasatan atas dakwaan Jamal


Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin mahu pihak polis turut menjalankan siasatan terhadap dakwaan pusat hiburan keluarga  digunakan sebagai pusat perjudian haram sebagaimana dakwaan Datuk Seri Jamal Md Yunos.
"Pihak polis juga perlu melanjutkan siasatan mereka berhubung dakwaan bahawa pusat hiburan keluarga yang digunakan sebagai pusat perjudian haram.
"Permit majlis tempatan tidak membenarkan perjudian haram dan saya melihat perkara ini dengan serius.
"Jika di semua tempat ini sedang disalah gunakan untuk maksiat, saya menggesa pihak berkuasa untuk mengetatkan kawalan ke atas aktiviti-aktiviti tersebut," ujarnya dalama satu kenyataan hari ini.
Jamal, Pengerusi Gerakan NGO Malaysia semalam dan sembilan yang lain telah ditahan reman untuk membantu siasatan terhadap tindakannya yang menyerbu beberapa premis yang disyakinya menjalankan kegiatan perjudian haram di Taman Kosas, Ampang pada 29 Disember lalu.
Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR berkata, bagaimanapun tindakan pihak polis menahan Jamal  harus dijadikan teladan kepada masyarakat.
"Penahanan Jamal akan dijadikan sebagai peringatan kepada orang-orang yang berfikir bahawa mereka boleh mengambil tindakan sendiri sewenang-wenangnya menyerbu premis tanpa kebenaran.
"Walaupun pihak polis sekalipun harus mengikut prosedur yang betul sebelum melaksanakan sebarang serbuan tanpa pengecualian.
"Apatah lagi membabitkan orang awam seperti Jamal harus serahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan susulan ke atas apa-apa aduan," ujarnya.
Zuraida berkata, terdapat saluran yang betul untuk menangani perkara-perkara seperti ini.
"Saya percaya pihak polis peka terhadap aktiviti-aktiviti haram sedemikian. Jika polis menutup mata kepada aktiviti-aktiviti menyalahi undang-undang, maka kita perlu mengetahui sebab musababnya," ujarnya.

Saman DOJ: Najib tak arahkan saya bertindak, kata peguam

Datuk Mohd Hafarizam Harun hari ini mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengarahkan beliau untuk bertindak sebagai peguam pemerhati pada prosiding saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) terhadap aset 1MDB.
Sebaliknya, kata beliau keputusan Peguam Negara menimbangkan untuk menghantar peguam pemerhati pada prosiding itu, membuktikan Najib tidak terbabit dalam kes itu.
"Ini menunjukkan Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Peguam Negara akan cuba mendapatkan maklumat lanjut berhubung prosiding saman sivil itu.
"Itu sebabnya saya tidak diarahkan untuk bertindak bagi pihak Najib berhubung perkara ini. Kalau tidak, sudah tentu beliau (Najib) melantik peguam yang mungkin diarahkan ke AS sebagai peguam pemerhati dalam prosiding itu," katanya yang dipetik portal Berita Harian Online.
Menurut Mohd Hafarizam, ia adalah kerana kehadiran peguam negara dalam kes saman sivil itu adalah dalam kapasitinya mewakili kerajaan Malaysia dan bukan mewakili Najib selaku perdana mnteri.
Isnin lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali (atas, kiri), dalam kenyataannya tidak menolak kemungkinan beliau sendiri atau pegawainya akan ke AS untuk mengikuti prosiding sivil itu.
Beliau berkata, sebuah firma guaman AS mungkin dilantik dan bersama-sama dengan pegawai kanannya atau bersama beliau untuk menghadiri prosiding itu.
Sistem berbeza
Apandi berkata, beliau akan berhubung dengan peguam di AS untuk membantunya mengenai prosedur untuk menghantar wakil Malaysia bertindak sebagai peguam pemerhati dalam prosiding itu kerana sistem kehakiman negara berkenaan berbeza dengan sistem di Malaysia.
Pada 21 Julai lalu, DOJ memfailkan saman sivil untuk menyita aset yang diperoleh menggunakan wang yang dikatakan digelapkan dari 1MDB.
DOJ dalam saman pelucuthakan berkaitan 1MDB, mendakwa AS$835 juta dilencongkan daripada bon AS$3 bilion diterbitkan untuk pembangunan Tun Razak Exchange 1MDB kepada akaun Tanore di Falcon Private Bank, selepas melalui beberapa dana pelaburan di luar negara.

Jamal direman 5 hari, sempat laung "tauke judi kebal"

Dalam konteks agama jangan dengar cakap ahli politik, kata Ketua DHPP

Dalam konteks agama jangan dengar cakap ahli politik, kata Ketua DHPP

DAP keliru hubungan PAS-BERSATU

BERSATU tak ada 'track record', dia kena ikut PAS - Ketua DHPP

Perjumpaan Pas-PPBM hanya sembang-sembang, Tuan Ibrahim akui tiada mandat

Tuan Ibrahim Tuan Man akui tiada punya mandat untuk memutuskan hubungan Pas dan PPBM.Tuan Ibrahim Tuan Man akui tiada punya mandat untuk memutuskan hubungan Pas dan PPBM.
Delegasi Pas yang diketuai Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hanya bertindak sebagai jawatankuasa perunding dalam pertemuan dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kelmarin, dan tidak mempunyai mandat untuk membuat sebarang keputusan berhubung soal kerjasama kedua-dua parti tersebut.
Sehubungan itu, beliau dalam kenyataannya semalam memberitahu tiada sebarang keputusan muktamad dibuat mengenai hubungan Pas dan PPBM.
Menurutnya, segala cadangan hasil perbincangan itu akan dikaji dan diteliti oleh Jawatankuasa Teknikal Bersama seterusnya dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk diputuskan.
"Sebagaimana amalan dalam semua kerjasama politik (tahaluf siyasi) yang dibuat sebelum ini, begitulah juga dalam hubungan dengan PPBM, Pas akan menyerahkan kepada Majlis Syura Ulamak Pas," ujarnya dipetik daripada kenyataan beliau semalam.
Menurut Tuan Ibrahim,  badan tertinggi yang memandu parti itu akan membuat keputusan berhubung kerjasama politik bersama PPBM dengan meneliti aspek syarak sama ada boleh diteruskan atau sebaliknya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki dilapor menyifatkan kerjasama Pas dan PPBM 'masih jauh' untuk terlaksana.
Beliau berkata, semua cadangan kerjasama daripada PPBM perlu terlebih dahulu diteliti oleh Jawatankuasa Pas Pusat sebelum dibawa ke Majlis Syura Ulamak (MSU).
"MSU adalah badan yang mempunyai kata akhir untuk membenarkan kerjasama itu atau tidak," ujarnya.
Kelmarin, Pas dan PPBM bertemu dalam hasrat Presiden parti berlogokan bunga raya itu untuk mencapai kesepakatan satu lawan satu menentang BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

PAS-PPBM: HANYA PERTEMUAN, BUKAN RUNDINGAN – HADI


KUALA TERENGGANU  – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pertemuan pemimpin atasan parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam belum membawa ke arah kerjasama antara kedua-dua parti.
Ketika pakatan pem­bangkang me­nyam­but baik perkemba­ngan terbaharu itu yang dilihat memberi harapan baharu bagi mereka, Abdul Hadi berkata, pertemuan semalam adalah pertemuan biasa atas permintaan PPBM, bukan suatu perundi­ngan khusus.
“Semalam ada pertemuan. PPBM minta jumpa dengan Pas. Jumpa sahaja. Belum ada apa-apa keputusan kerana perkara itu hanya boleh diputuskan oleh Jawatankuasa Pas Pusat.
“Kita sudah buat garis panduan dan sempadan yang Pas tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubu­ngan dengan DAP dan PAN. Setakat ini, hasil pertemuan belum dilapor lagi kepada saya,” ujarnya.
Media melaporkan, Pas dan PPBM akan membentuk sebuah jawatankuasa teknikal bagi mengambil tindakan susulan atas semua keputusan yang dipersetujui dan memperhalusi draf rangka kerjasama persefahaman politik dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Kenyataan bersama yang memetik nama timbalan presiden kedua-dua parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu dikeluarkan selepas pertemuan kedua-dua mereka semalam.
Abdul Hadi ber­kata, Pas sentiasa terbuka untuk bertemu dengan semua pihak, malah pernah mengadakan pertemuan dengan UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA dan MIC.
Menurutnya, Pas telah memaklumkan kepada PPBM mengenai pendekatan politik baharu parti itu ke arah Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) di samping menolak politik fitnah dan serang-menyerang.

POLITIK SEBAHAGIAN ORANG MELAYU


Agama kita ajar kita supaya bercakap dan menceritakan kebenaran. Jangan kita mengelirukan. Jangan menyembunyikan kebenaran dengan kepalsuan. Perintah ini ada dalam Al Quran. Kepada ilmuwan agama pula, ada perintah khusus kepada mereka jangan menyembunyikan kebenaran apabila fakta ada didepan mata.
Tapi inilah yang sebenarnya berlaku. Usaha menyembunyikan kebenaran, menyibarkan dusta dan propaganda adalah kerja harian pemerintah. Berbohong dan berdusta menjadi kebiasaan. Lama2 ini akan menjadi sebahagian dari budaya dan adat. Maka terkenallah orang Melayu yang berugama Islam sebagai suatu bangsa yang suka berbohong dan berdusta.
Pemimpin Melayu pula adalah golongan yang tidak boleh dipercayai. Dia suka berbohong. Dia mencuri wang rakyat. Dia salah guna kuasa. Dia melampaui kebebasan eksekutif.
Bagaimana bangsa lain mahu memuliakan bangsa Melayu? Jeritlah sekuat mana, hunuslah keris panjang pendek. Orang akan melihat bangsa Melayu sebagai suatu bangsa yang suka menipu. Tidak boleh diberi amanah dan percaya. Diberi kuasa jadi kaduk nak junjung.
Mengapa kita berada dalam keadaan penghinaan seperti ini? Kerana kita tidak bangkit menolak kerajaan yang dipimpin oleh lanun dan perompak.Hidup kita dilaknati oleh Tuhan.
Bagaiman bangsa seperti ini mahu menegakkan dan mempromosi wasathiyah? Bagaimana mahu jadi model kepada bangsa lain bila syarat2 yang boleh dimuliakan tidak ada pada bangsa Melayu dan pemimpin2 nya?
Sebahagian besar orang Melayu yang agama nya juga Islam, tidak kisah akan perbuatan mungkar ini. Kepercayaan kepada ketuanan Melayu membuat orang Melayu merasakan mereka boleh lakukan apa sahaja. Pemimpin kecil UMNO di dalam daerah kecil, yang merasakan diri mereka Napoleon2 kecil, tidak akan faham mengapa masyarakat umum tidak mahu tunduk kepada mereka.
Perkerjaan tidak bermoral tidak jadi isu sebab ketuanan Melayu boleh mengabsahkan segala nya. Kerana mereka menegakkan ketuanan Melayu yakni tanggapan bahawa oleh kerana kuasa ada dalam tangan orang Melayu, mereka ialah tuan, manakala majority kita adalah hamba. Tuan2 Melayu ini mahukan keadaan begini dikekalkan. Tuan2 Melayu tidak adalah keseronokan yang paling mereka suka melainkan memerintah orang lain menghamba-abdikan diri kepada mereka. Mereka mahu kesenangan tapi kesenanagan itu diusahakan oleh orang lain. Mereka mahukan kemuliaan seolah olah nya kemuliaan lahir bersama nya dari perut ibu mereka.

SEPERTI YANG DIJANGKA....

Dah tak main lagi buat kenyataan dalam akhbar Harakah atau yang senada, semuanya kini dalam Utusan belaka, sedangkan dulu akhbar inilah yang diceramahkan kepada ahli-ahli Pas agar jangan dibaca.

Kini Utusan dan jadi macam lidah rasmi buat mereka.
Dan Tuan Ibrahim Tuan Man pun cepat-cepat buat kenyataan yang senada. Seolah-olahnya kenyataan bersama Mukhriz Mahathir sebelum ini tidak lagi berharga.
Seperti yang diduga, pertemuan di Bangsar itu hanyalah jumpa-jumpa, sembang-sembang  dan minum-minum saja, malah dikatakan bukan pun rundingan juga.

Yang lebih ingin diberitahu ialah mandat sama ada kerjasama atau sebaliknya....terletak pada ana punya suka!!!

Bebaskan anak daripada beban pinjaman pelajaran

Terdapat banyak pilihan untuk membuat simpanan bagi pendidikan tinggi ketika anak masih kecil, kata perancang kewangan.
Lee-Khee-Chuan_ptptn_600
PETALING JAYA: Ibu bapa dinasihatkan supaya menyahut cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) untuk mula menabung bagi pendidikan tinggi anak bermula sejak anak masih kecil.
“Lebih awal anda menabung untuk masa depan pendidikan anak, lebih baik kerana anda akan dapat keuntungan daripada tabungan itu,” kata Pengarah Amalan dan Pengurusan Nasihat StandardFA, Lee Khee Chuan.
Lee berkata ibu bapa sepatutnya menganggap masa sebagai aset dengan semakin lama tempoh simpanan, mereka dapat mengumpul lebih banyak wang dan menerima faedah atau dividen.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Dasar dan Operasi PTPTN Mastura Mohd Khalid dalam satu ucapan baru-baru ini berkata ibu bapa patut mempertimbangkan membuka akaun SSPN-i Plus bagi setiap anak sebaik saja anak itu lahir.
Lee bersetuju dengan Mastura, dan berkata ibu bapa perlu mengelak membebankan anak mereka dengan hutang akibat pinjaman pelajaran.
Katanya, ada banyak pilihan pelaburan untuk pendidikan tinggi.
“Jika ia insurans, maka anda boleh guna pelan pendidikan di mana ia dikecualikan cukai bagi tujuan pendidikan, tetapi anda perlu berhati-hati kerana tidak 100% wang itu akan ke akaun pelaburan.
“Biasanya, 5% akan digunakan untuk caj perkhidmatan,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata salah satu kelebihan meletakkan wang dalam insurans pendidikan ialah premiumnya akan dibayar syarikat insurans jika ibu bapa meninggal dunia atau hilang keupayaan.
“Satu lagi pilihan digemari ialah meletakkan wang dalam unit amanah, di mana lebih banyak wang akan digunakan untuk pelaburan,” katanya.
Katanya, ibu bapa juga boleh melabur dalam hartanah, tetapi perlu berhati-hati kerana kadangkala sukar menukar hartanah kepada wang tunai.
“Ia berisiko. Anda perlu memastikan anda dapat menjual hartanah itu pada masa yang diperlukan ketika anak hendak ke universiti.

Pembersihan ‘mahasiswa berdosa’ di universiti

Masalah utama universiti awam di Malaysia adalah kebergantungan tinggi dengan kerajaan. Ini menyebabkan mereka terpaksa patuh dengan segala arahan.
protes_kolej
Oleh Rahman Imuda
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, beberapa universiti awam berusaha “membersihkan” universiti daripada didiami oleh mahasiswa yang melakukan “dosa besar” di mata pentadbiran universiti.
Bermula dengan Asheeq Ali di Universiti Kebangsaan Malaysia apabila beliau digantung satu semester kerana penglibatan dalam demonstrasi “Tangkap M01” pada Ogos 2016, diikuti kes 4 orang pelajar Universiti Malaya, Ahmad Ariffin di Universiti Teknologi Mara dan terbaharu, kes 2 pelajar Universiti Malaysia Sabah.
Semua mereka dihadapkan ke mahkamah universiti akibat penglibatan mereka dalam demonstrasi dan beberapa pertuduhan lain. Mereka mesti dihukum kerana melakukan dosa besar dan hukuman itu akan menjadi pengajaran kepada mahasiswa yang lain.
Sebelum pelajar baharu terjerumus dalam dosa besar yang boleh menyebabkan mereka kehilangan syurga kelak, mereka “direndam” dalam program orentasi yang berintikan pesanan menjadi golongan yang patuh dan angguk.
Beberapa hari lepas, saya melihat gambar tayangan video Anis Syafiqah ketika ditemubual oleh wartawan. Anis mendakwa kenyataan di gambar itu adalah fitnah, dan universiti yang menayangkan gambar itu adalah sebuah universiti yang terkenal dengan imej Islam!
Demi mengelakkan para mahasiswa baharu ini terpengaruh untuk melakukan dosa, gambar yang berbentuk fitnah kepada para pendosa terdahulu dihalalkan.
Mungkin ini adalah fatwa baharu yang dikeluarkan oleh ahli majlis fatwa universiti supaya mahasiswa baharu yang ibarat kain putih tidak melakukan dosa terkutuk seperti menghadiri demonstrasi atau melawan universiti.
Kebanyakan mahasiswa baharu yang sudah selesai “dibaptiskan” pulang ke bilik dengan azam mereka tidak akan melakukan dosa besar mahasiswa sebelum mereka. Mereka mahu berpegang teguh kepada falsafah hidup kebanyakan orang, iaitu datang ke universiti untuk belajar supaya boleh mendapat pekerjaan kelak, sambil menutup mata dan telinga.
Apabila seseorang itu terjun ke lembah dosa yang kotor, amat sukar dia kembali ke jalan yang lurus. Setelah mahasiswa yang berdosa besar tadi dihukum, mungkinkah akan ada sinar taubat di hati-hati mereka?
Atau adakah mereka akan tetap memilih untuk bergelumang di lembah yang penuh dosa?
Salah satu hukuman paling popular untuk pendosa ini adalah digantung pengajian. Asheeq bersama 3 mahasiswa UM digantung pengajian selama satu semester akibat dosa mereka. Setelah mereka ini dihukum, saya berfikir panjang tentang kebarangkalian mereka kembali ke pangkal jalan.

Salahuddin dakwa reputasi buruk MO1 punca sebenar pelabur Saudi Aramco tarik diri

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mendakwa, penarikan pelaburan syarikat Saudi Arabian Oil Co (Saudi Aramco) daripada projek mega Rapid Petronas di Penggerang, Johor berkemungkinan berpunca daripada reputasi buruk individu yang digelar sebagai “MO1” (Malaysian Offcial No 1) dalam skandal membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau berkata, jawapan diberikan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani berkaitan dengan penarikan semula pelaburan syarikat Saudi Aramco sangat tidak menyakinkan.
“Sangat tidak meyakinkan penjelasan Menteri Kewangan Kedua yang memberikan jawapan sekadar melepaskan batuk ditangga berkaitan isu syarikat Aramco kerana menarik diri secara mengejut dari projek Rapid Petronas Pengerang.
“Penarikan pelaburan besar sebuah syarikat Saudi Aramco yang bernilai AS$27 bilion dari projek mega Rapid Petronas di Penggerang, Johor berkemungkinan berpunca daripada reputasi buruk MO1 dalam isu 1MDB yang menjejaskan imej negara,” tegas beliau dalam kenyataan kepada Amanahdaly.
Salahuddin mengulas kenyataan Johari yang dipetik berkata Petronas memang membiayai sendiri projek Penapisan dan Pembangunan Petrokimia Bersepadu (Rapid) sejak awal sedangkan,rancangan pembabitan Saudi Aramco untuk projek Rapid itu hanyalah suatu pilihan.
Pada Isnin lalu, beliau mendesak Najib menjelaskan punca pembatalan perjanjian kerjasama antara Saudi Aramco dan Petronas bernilai AS$27 bilion di Pengerang, Johor.
Ini ekoran laporan media bahawa syarikat minyak dan gas gergasi Arab Saudi itu merancang untuk menangguhkan kerjasama dengan Petronas, sekali gus menimbulkan tanda tanya tentang masa depan projek berkenaan.

Johor tak pernah keluar kad ‘Bangsa Johor’

Setiausaha Kerajaan Johor Azmi Rohani berkata setakat ini, tidak ada mana-mana pihak termasuk jabatan kerajaan negeri mengeluarkan kad berkenaan.
ic_johor_60021
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri menafikan pernah mengeluarkan kad identiti Bangsa Johor, seperti yang sedang viral di media sosial.
Setiausaha Kerajaan Johor Azmi Rohani berkata setakat ini, tidak ada mana-mana pihak termasuk jabatan kerajaan negeri mengeluarkan kad berkenaan.
“Penggunaan identiti Johor bagi tujuan sedemikian rupa tanpa merujuk kepada pihak setiausaha kerajaan negeri adalah dilarang sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Azmi mengulas status seorang lelaki menerusi akaun Twitter hari ini, yang memberi maklumat supaya rakyat Johor yang masih belum mempunyai kad berkenaan agar mendapatkannya segera.
Dalam kad itu turut dipaparkan nombor kad pengenalan Malaysia dan di bawahnya terdapat nombor identiti Bangsa Johor.
Selain itu, kad tersebut kononnya boleh dijadikan sebagai kad debit untuk membuat pembelian dan membeli-belah.
Di bahagian belakang kad pula, tertera alamat pemegang kad dan nama waris terdekat termasuk penyataan kad itu untuk pengesahan pengenalan Bangsa Johor.

NUNJI 2017 cerdaskan pemikiran umat tentang maqasid syariah – Dr Mujaihid Yusuf Rawa



NADWAH Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI) 2017 akan berlangsung pada 5 Februari ini bertempat di Kompleks Belia Selangor, Seksyen 7, Shah Alam. Penganjuran kali ini adalah yang kedua selepas 2015 mengambil tema “Maqasid Syariah Teras Negara Bangsa”. Mingguan Amanah menemui Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa selaku Pengarah NUNJI 2017 bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan penganjuran NUNJI kali ini.
Apa matlamat atau objektif penganjuran NUNJI 2017?
NUNJI 2017 adalah sambungan kepada NUNJI 2015 yang kita langsungkan sebelum ini. Tujuan utama NUNJI adalah untuk mencerdaskan pemikiran ahli AMANAH khususnya dan orang awam umumnya, kepada memahami maksud Syariah itu sendiri dalam kerangka tujuan dan prinsip utama mengapa Syariah itu dilaksanakan.
Kedua, supaya ahli AMANAH khususnya, dan orang awam umumnya dapat memahami kerangka sebuah negara bersandarkan kepada Maqasid Syariah. Ketiga, kita mahu menggambarkan NUNJI ini bahawa Maqasid Syariah itu terlalu besar, ia bukan sekadar satu disiplin tetapi juga merupakan kerangka berfikir dalam membentuk dasar-dasar negara termasuk ekonomi, sosial, pendidikan dan politik itu sendiri.
Dengan matlamat ini kita mengharapkan ia mencapai gagasan besar makna perjuangan menawarkan kepimpinan negara bersandarkan kepada Maqasid Syariah.
NUNJI 2017 kali ini adalah yang kedua. Apakah kejayaan NUNJI selepas ia mula dilancarkan pada tahun 2015?
Kita bermula pada penghujung 2015 ketika masih dalam Gerakan Harapan Baru (GHB). Ketika itu kita telah membuat satu resolusi supaya mewujudkan sebuah parti Islam yang progresif dan inklusif. Kemudian bulan seterusnya lahirlah sebuah parti yang kita namakan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Sudah tentu usaha menubuhkan parti ini tidak mudah sehingga hari ini umurnya lebih setahun tetapi pada waktu sama kejayaan NUNJI 2015 adalah menetapkan untuk turun ke negeri-negeri. Jadi sepanjang 2016 tumpuan kita adalah banyak turun ke negeri-negeri. Saya merasakan satu kejayaan apabila kita telah berjaya turun mengikut zon-zon yang kita telah tetapkan.
Kita menurunkan segala resolusi NUNJI itu di peringkat negeri-negeri. Malah dengan adanya parti baru, NUNJI memainkan peranan menyegarkan minda tentang Islam dan kenegaraaan yang bersifat lebih kontemporari. Selepas kita letak tapak yang kukuh di Selangor dan Wilayah Persekutuan barulah kita anjurkan sekali lagi NUNJI 2017 di peringkat nasional kali ini.
Jika dilihat, NUNJI 2015 lalu sangat mendapat sambutan kerana kelainan dalam pendekatan penganjurannya. Apa pula perbezaan yang ditampilkan pada NUNJI 2017 kali ini?
NUNJI 2015 dibuat ketika kita masih dalam GHB, belum ada struktur yang baik ketika itu. Bagaimanapun ia menarik ramai orang hadir kerana atas beberapa isu mendesak ketika itu seperti ingin tahu apa beza gerakan ini dengan parti Pas, atau kalau jadi sebuah parti jadi macam mana.
Apa yang lebih menarik ketika itu adalah kita berjaya melontarkan satu idea “Fiqh Siyasi Manhaj Malaysia”. Oleh itu kita terpaksa membongkar konsep-konsep tradisi yang ada dalam siasah dan meletakkannya dalam konteks hari ini seperti dalam isu kenegaraan, isu kepelbagaian kaum dan juga isu pelaksanaan undang-undang Islam.
Hari ini kita ada parti AMANAH dan suasana 2017 kita bergerak dalam struktur parti tersebut dan saya yakin dengan struktur yang lebih tersusun ini kita kemungkinan besar berjaya meningkatkan kehadiran ahli yang kita sasarkan 1,000 orang.
Bagaimanapun kita juga terbuka menerima penyertaan daripada NGO, persorangan atau parti-parti politik yang berminat untuk hadir dan kita sangat alu-alukan.
Siapa yang dijemput dan ditampilkan sebagai pembentang kertas kerja kali ini dan berapa kertas kerja yang akan dibentangkan?
Seperti 2015, daya penarik NUNJI itu tentunya salah satunya adalah pembentangnya. Pada program ini kita juga jemput speaker dari luar negara sebab kita mahu NUNJI ini ada satu kualiti ilmu. Orang yang menyampaikannya itu orang yang berautoriti dalam bidang itu maka kehadiran dia itu bukan sahaja sekadar menggamit orang mendengar tetapi juga memberi keabsahan bahawa NUNJI ini bukan hanya program tepi jalan tetapi bertaraf internasional.
Tahun 2015 kita bawa tokoh Al-Farjani dari Parti An-Nahdhah, Tunisia yang kita anggap pemikirannya progresif dalam kerangka negara moden hari ini. Kali ini kita tampilkan seorang yang saya anggap tokoh ulamak muda antara ahli lembaga pengasas Persatuan Ulamak Islam Sedunia iaitu Prof. Dr. Jasser Auda yang hari ini menetap di Kanada dan terkenal dengan pandangannya kepada kerangka negara moden mengikut lunas dan perinsip Syariah dan Maqasid.
Sesuatu yang menarik pada beliau ini adalah pandangan beliau sebagai seorang individu yang duduk di negara yang majoritinya bukan Islam tapi pandangan minoritinya dipakai sebagai satu aliran yang diterima di Barat. Saya kira beliau akan menjadi satu daya penarik kali ini yang akan membentangkan tajuk “Negara Madani, Referensi Kepada Prinsip-Prinsip Islam”.
Selain itu kita juga ada tokoh tempatan yang terkenal juga iaitu Dato’ Dr. Siddiq Fadhil yang juga mengenengahkan pandangan progresif berkaitan kenegaraan, negara bangsa dan sebagainya. Beliau akan membentangkan tajuk “Maqasid Syariah Teras Negara Bangsa”, manakala seorang lagi ialah Ustaz Wan Ji Wan Hussin dari Sekolah Pemikiran Asy-Syatibi yang akan mebentangkan asas-asas kepada Maqasid.
Satu lagi kertas kerja yang akan dibentangkan oleh saya sendiri selaku yang bertanggungjawab melontarkan gagasan ini iaitu bertajuk “Pengenalan Awal Fiqh Siyasi Malaysia”. Inilah empat tajuk yang akan dibentangkan.
Di hujung program, sama seperti sebelum ini kita sediakan ruang untuk peserta berinteraksi dengan pimpinan AMANAH mungkin macam mana nak institusikan segala pemikiran itu dalam konteks sebuah perjuangan.
Sepanjang lebih setahun selepas NUNJI dilancarkan pada 2015, apakah produk-produk NUNJI yang telah berjaya dihasilkan?
NUNJI ini sendiri satu perkataan yang dipetik dari ayat al-Quran yang bermaksud: “Demikianlah dengannya, kami menyelamatkan orang-orang beriman…” di mana NUNJI itu sendiri bermaksud ‘menyelamat’.
NUNJI mempunyai satu badan penyelidik yang membariskan penulis-penulis yang akan membuat kajian berdasarkan tajuk yang kita rasa orang ramai boleh baca. Alhamdulillah, selama setahun ini kita telah siap lapan tajuk besar. Antaranya, “Islam Dan Demokrasi”, “Kepelbagaian Dalam Islam”, “Sikap Islam Terhadap Pelampau Dalam Agama”, “Perlaksanaan Hudud”, “Fiqh Kewarganegaraan” dan juga isu-isu berkait wanita.

Bersatu diminta lapor hasil pertemuan dengan Pas kepada PH

Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mukhriz Mahathir, Parti Amanah Negara (Amanah) meminta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melaporkan kepada ketiga parti dalam Pakatan Harapan berhubung keputusan yang telah dicapai dalam pertemuan bersama Pas.
Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir berkata, perkara tersebut selaras dengan semangat muafakat yang telah disepakati bersama dalam perjanjian persefahaman yang ditandatangani antara Pakatan Harapan dan Bersatu sebelum ini.
"Kami  ambil maklum laporan media berhubung pertemuan dan Pas yang telah berlangsung semalam (kelmarin).
"Kami berpendapat sebarang perundingan bilateral Bersatu dengan pihak lain perlu dilapor kembali," katanya dalam satu kenyataan.
Pertemuan Pas dan Bersatu pada Rabu mencapai kata sepakat untuk menubuhkan satu jawatankuasa teknikal bersama bagi memperhalusi draf rangka kerjasama persefahaman politik kedua-dua parti.
Pertemuan itu juga boleh dianggap sebagai 'penutup' kepada segala kontroversi sebelum ini yang mengaitkan kedua-dua parti ini sudah tidak boleh bekerjasama.
Menerusi kenyataan bersama Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kata sepakat itu adalah sebagai persediaan menghadapi PRU14.
Beliau dalam masa sama turut memuji keputusan Pas yang setuju menubuhkan jawatankuasa teknikal bersama Bersatu.