Khamis, 2 Februari 2017

Ditahan polis kali pertama & ke-2 dia lepas..

KALI INI BUAT KALI KETIGA !!!
ROMPAKAN BERKUMPULAN..
Adakah yg ini juga akan terlepas?

Yg herannya, camner boleh dapat 'Datuk Seri' ??

Apa beza Umno, Penyangak dan Penyamun ?
 Bayangkan baru pegang jawatan Ketua Bahagian tu..

Belum lagi jadi MP..

Belum lagi pegang jawatan MB S'ngor'..

DI MANA PPBM MAHU TEMPATKAN DIRINYA DI DUN PADA PRU14?

Dengan kedudukan di mana PAS menolak kerjasama dengan AMANAH dan DAP, apa kesannya kelak dari segi reaksi dan tindakan dua parti itu jika terjadinya kerjasama itu dalam menghadapi PRU14 akan datang?

Segala-galanya masih kabur dan di awang-awangan.

Tarikh yang ditunggu semalam (1 Februari 2017) untuk dapatkan keputusan pasti rundingan PAS-PPBM pada hakikatnya belum ada apa-apa.

Walaupun sebelum ini, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berkata mesyuarat semalam  menjadi penentu kepada kerjasama antara PAS dan partinya, ternyata sejauh ini kedua-duanya hanya  bersetuju membentuk jawatankuasa teknikal bersama.
Ia mungkin kesan serangan PAS yang bertubi-tubi terhadap Dr Mahathir.
Kenyataan bahawa "rangka kerjasama persefahaman politik" akan diserahkan kepada pimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk diperhalusi, ia membawa makna jelas – menunggu persetujuan peringkat tertinggi parti untuk menentukan hala tuju sebenar.
Hakikat dan  nyata, pertemuan delegasi PAS yang diwakili Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan delegasi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diketuai Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir masih jauh dan samar-samar dalam mewujudkan kerjasama antara dua parti itu dalam pilihan raya.
Mesyuarat semalam boleh diumpamakan hanya sebagai permulaan, bukan  “penentu” kerjasama pilihan raya antara PPBM dan PAS, apa lagi untuk menjamin satu lawan satu (pembangkang dan Barisan Nasional (BN) sahaja.
Perwakilan PAS dan PPBM hanya membawa pulang “rangka kerja persefahaman politik” yang dicapai dalam pertemuan semalam. Kepimpinan tertinggi kedua-dua parti akan memutuskan apa langkah berikutnya.
Hakikatnya, jika dilihat secara mendalam usaha PAS dan PPBM ini, ia membawa kepada pertanyaan berikut:
Pertama, apakah kerjasama itu meliputi keseluruhan pilihan raya, termasuk di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di semua negeri yang kedua-duanya bertanding?
Kedua, apakah ia akan berlaku di beberapa negeri sahaja contohnya di Terengganu sebaliknya tidak di Kelantan, Johor dan Kedah;
Ketiga, jika diwujudkan kerjasama, apa kesan kepada ‘hubungan semakin baik UMNO dan PAS’sejauh ini terhadap kerjasama PPBM dengan AMANAH, DAP dan PKR?
Keempat, bagaimana kedudukan PPBM dalam Pakatan Harapan (PH) di mana amat jelas kini PAS dan AMANAH dan DAP tidak lagi boleh ‘duduk semeja’?
Kelima, apa tujuan PPBM menjalinkan kerjasama dengan PAS – menjadi pemerintah bersama atau hanya menjadi ‘ekor kepada PAS yang akan berlagak sebagau ‘tuan’?
Pertanyaan ini ada kaitan dengan lima  negeri – Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selangor - di mana PPBM dan PAS menunjukkan kegairahan untuk meletakkan calon mererka.
Di Johor rasanya PPBM boleh bersendirian kerana sejauh ini pengaruh PAS tidaklah begitu besar walaupun ia memiliki tiga kerusi DUN (seorang melompat ke AMANAH) berbanding dengan UMNO yang memiliki 31 kerusi (selepas seorang ADUN melompat ke PPBM).
DAP mempunyai 13 kerusi berbanding MCA dua dan MIC sebanyak tiga kerusi dan Gerakan (1).
Di Kelantan pula, apakah PAS memilih untuk bekerjasama dengan PPBM bagi menjamin ia terus menjadi kerajaan negeri jika diasak bertubi-tubi oleh UMNO dan AMANAH?
Tidak berkemungkinankah PAS akan main silap mata dengan UMNO dan yang kelak akan rugi ialah PPBM yang hanya menumpukan kerusinya di kawasan DUN atau Parlimen yang dimenangi UMNO sahaja.
Ini bermakna hanya 12 DUN dan empat Parlimen sahaja mempunyai ruang untuk PPBM bertanding dan itupun bergantung kepada persetujuan dengan PAS dan AMANAH.
Di Terengganu, PAS sedang bersiap sedia dengan bala tenteranya konon akan menawan kerajaan negeri kali ini dengan paling tidak di 20 kerusi DUN dan menambah kerusi Parlimen.
PPBM mungkin berpeluang bertanding di mana-mana antara 17 kerusi yang kini dipegang oleh UMNO. Sementara turut juga berpeluang untuk meletakkan calon sekurang-kurangnnya di tiga daripada empat  kawasan Parlimen UMNO yang mungkin boleh ditandingi ialah di Besut, Kemaman, Hulu Terengganu dan Setiu.
Itupun dengan restu PAS jika bekerjasama. Dengan nafsu yang begitu menggelegak di kalangan pemimpin PAS yang ada sudah menunjukkan ‘watak Menteri Besar’, apakah PPBM akan diberikan kerusi yang banyak?
Apa pula kedudukan AMANAH yang kini memiliki kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan PKR yang sudah bertapak sejak dua pilihan raya umum di Terengganu?
Begitu juga di Selangor di mana ketika ini PAS mempunyai 13 kerusi di DUN selepas dua ADUN melompat ke AMANAH (PPBM tidak mempunyai sebarang kerusi di DUN).

WARDEN PENJARA PUN RASAI HARGA NAIK – ANWAR


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perlu menangani segera kenaikan harga barangan yang membebankan rakyat sehinggakan warden penjara juga tidak terkecuali daripada bercakap mengenainya.
Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat sejak Februari 2015, berkata beliau mendengar banyak keluhan mengenai kenaikan harga barangan itu.
“Harga barang makin naik dan kerajaan harus lakukan sesuatu macam tubuh satu jawatankuasa untuk lihat perkara ini,” katanya ketika ditemui pada perbicaraan kes mahkamahnya di Kuala Lumpur.
“Perkara ini dirasai semua termasuk warden (penjara),” katanya.
Semalam, harga petrol RON 95 meningkat sebanyak 20 sen kepada RM2.30. Sebelum ini, pada 1 Januari lalu, harga petrol juga dinaikkan sebanyak 20 sen.
Dengan kadar pertukaran ringgit yang lemah berbanding mata wang lain, pengguna mula merasakan kesannya.

WAJAH2 PAS YANG MENGELIRUKAN

Baru semalam kononnya telah terjalin persetujuan untuk bekerjasama antara Pas dengan Bersatu bagi menghadapi pilihanraya akan datang. Ia dikatakan harapan baru yang lebih cerah untuk melihat UMNO dan BN dapat dikalahkan.

Hanya ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi lagi sebelum persetujuan muktamad akan ditandatangai oleh Presiden kedua-dua parti,  Hadi Awang dan Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin sendiri dalam kenyataan medianya melahirkan rasa syukur dan gembira atas persefahaman yang dicapai semalam, sambil berharap dapat menandatangani perjanjian rasmi dengan Hadi dalam tempoh beberapa hari akan datang ini.

Namun, sementara Hadi masih berdiam diri dan tidak berkata apa-apa mengenai perkembangan semalam itu, lain pula nada yang kedengaran daripada mulut lain-lain pemimpin Pas.

Ketua Dewan Ulama Pas, Mahfodz Mohamed berkata, Pas hanya akan bekerjasama dengan Bersatu sekiranya parti itu sanggup melupakan hubungan dengan DAP dan Amanah.

Jika Bersatu mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah, maka kita tidak akan bersama dengan mereka, walau dengan apa alasan dan sebab sekali pun, ujar beliau.
Ini dah kira mengada-ngada dan mencipta alasanlah ni...bukankah Pas sudah tahu Bersatu ada perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan yang didalamnya sah ada DAP dan Amanah?

Maka, bagaimana mungkin diletakkan syarat mesti tinggalkan DAP dan Amanah jika mahu bekerjasama dengan Pas?

Lagi pula, bagaimana untuk menjadi kerajaan dan mentadbir Malaysia yang ada kaum Cina dan bukan Melayu kira-kira 35 peratus sebagai komponen masyarakat jika tidak bekerjasama dengan DAP?

Bagi Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Zuhdi Marzuki pula, kerjasama Pas dengan Bersatu itu masih jauh lagi perjalanannya, malah jika diteliti mungkin lebih banyak selekoh, simpang, lopak, lurah dan gaung yang harus dilalui sebelum perjanjian rasmi dapat dimuktamadkan.

Berikut adalah kenyataan beliau:-

Belum ada apa-apa keputusan muktamad daripada pertemuan tersebut. Cadangan-cadangan dari PPBM berkaitan dengan bentuk-bentuk kerjasama dengan PAS dan GAGASAN SEJAHTERA (GAGASAN), akan diteliti oleh Jawatankuasa PAS Pusat (JKPP) dan kemudian akan dibawa ke Majlis Syura Ulama PAS (MSU). MSU lah yang mempunyai kata akhir untuk membenarkan kerjasama itu atau tidak.

Sebelum ini MSU telah memutuskan hubungan tahaluf siyasi (pakatan politik) dengan DAP, yang boleh difahami juga sebagai haram berkerjasama dengan DAP. Berdasarkan keputusan MSU itu, tidak mungkin PAS akan berpatah balik untuk menjalin kerjasama dengan DAP secara langsung atau tidak langsung. Perkara ini pasti akan menjadi asas untuk JKPP dan MSU membuat keputusan.

Selain daripada itu, PAS sudah komit bersama-sama blok GAGASAN. Sekiranya keputusan nanti, PPBM akan dibenarkan bekerjasama dengan PAS iaitu bermaksud menyertai GAGASAN, akan ada pula proses membuat keputusan selanjutnya, iaitu mendapatkan persetujuan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) untuk menerima kemasukan parti baru. Oleh sebab itu, resolusi semalam masih jauh untuk dimuktamadkan.

Dr Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

Sementara itu, esok 3hb Februari, Hadi Awang dan Najib Razak sekali lagi akan bergandingan di pentas yang sama dalam majlis pelancaran kapal untuk menghantar bantuan makanan kepada umat Islam di Rohingya.

Skandal 1MDB: Switzerland denda bank urus akaun syarikat Jho Low

Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) mengarahkan Coutts & Co Ltd, milik Royal Bank of Scotland, menyerahkan keuntungan haram 6.5 juta francs (RM29.1 juta) yang diperoleh daripada transaksi berkaitan 1MDB.
Finma, dalam kenyataannya hari ini ini, berkata Coutts dengan serius melanggar undang-undang pengubahan wang haram negara itu kerana gagal membuat semakan latar belakang mencukupi terhadap perhubungan perniagaan dan transaksi berkaitan 1MDB.
Pihak berkuasa Switzerland juga berkata sedang berkira-kira melaksanakan prosiding terhadap pekerja-pekerja bank itu yang bertanggungjawab atas transaksi itu.
“Bank itu gagal mengesahkan dengan memuaskan keadaan sekitar beberapa perhubungan perniagaan dan transaksi yang luar biasa besar dan berisiko tinggi.

“Sebagai tambahan, ia tidak membuat penelitian lanjut terhadap maklumat dalaman yang relevan, walaupun ada bukti substantif, gagal melaporkan sebarang keraguan kepada pihak berkuasa Switzerland sehinggalah musim bunga 2015.

“Memandangkan kurangnya kawalan pengubahan wang haram bank itu dalam kes ini, Coutts secara serius telah melanggar tugasnya untuk memastikan amalan perniagaan yang baik,” katanya.
Antara transaksi itu, kata Finma lagi, ialah pemindahan AS$700 juta daripada 1MDB kepada akaun yang dibuka oleh “ahli perniagaan muda Malaysia” pada musim luruh 2009.
Transaksi itu telah diperincikan dalam pemfailan saman sivil 136 halaman oleh Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS) yang menyebut AS$700 juta telah dipindahkan daripada Good Star Limited, milik hartawan Pulau Pinang Jho Low, di Coutts.
Langkah itu bertujuan menyita aset yang diperoleh menggunakan wang yang didakwa dicuri daripada 1MDB.

DOJ juga berkata AS$700 juta itu pada mulanya untuk usaha sama 1MDB- PetroSaudi tetapi kemudian menyimpang kepada hartawan itu.

Amanah tunggu laporan pertemuan PPBM-PAS

Perjanjian persefahaman ditandatangani parti dalam PH menetapkan sebarang perundingan bilateral dengan pihak lain dilapor kembali, kata setiausaha agung Amanah.
annuar-tahir-pas-berstu-amanah
PETALING JAYA: Amanah berharap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) melaporkan segera kepada Pakatan Harapan (PH) keputusan yang dicapai melalui pertemuan dengan PAS semalam.
Menurut setiausaha agungnya Mohd Anuar Tahir, parti itu mengambil maklum laporan media pertemuan antara PPBM dan PAS itu.
“Amanah secara konsisten menjunjung semangat muafakat yang disepakati bersama dalam perjanjian persefahaman ditandatangani antara PH dan PPBM sebelum ini yang sebarang perundingan bilateral dengan pihak lain perlu dilapor kembali.
“Sehubungan itu, Amanah mengharapkan PPBM segera melaporkan kepada ketiga-tiga parti dalam PH berhubung keputusan yang dicapai melalui pertemuan dengan PAS itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Semalam, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengadakan mesyuarat bagi “menentukan” kerjasama antara kedua-dua parti.
Bagaimanapun, mesyuarat itu tidak dapat memutuskan bentuk kerjasama antara mereka dan membawa pulang “rangka kerjasama persefahaman” untuk dipertimbangkan pemimpin tertinggi kedua-dua parti.

Pas punca Akta 355 lewat dipinda


Keratan akhbar yang memuatkan kenyataan Abdul Hadi agar semua pihak tidak menghalang pindaan Akta 355.Keratan akhbar yang memuatkan kenyataan Abdul Hadi agar semua pihak tidak menghalang pindaan Akta 355.
Pas harus dipersalahkan kerana mempolitik dan melambatkan kelulusan pindaan Akta 355 yang bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah malah tindakan parti itu menuding jari kepada pihak lain hanya untuk menutup kelemahan sendiri, kata Pengerusi Amanah Kedah Datuk Dr Ismail Salleh.
Beliau yakin tanpa permainan politik Umno dan Pas dalam isu ini, pindaan Akta 355 telah berjaya dibawa dan dibentang serta diluluskan dalam sesi parlimen yang lalu.
"Tapi kini Pas telah menggunakan isu ini untuk menghukum sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan cara Pas mengendalikan isu ini.
"Saya kira tidak ada orang Islam yang menolak penambahbaikan dan pemerkasaan terhadap Akta ini, malah ramai orang tidak faham pun apa itu Akta 355. "Mereka telah memberi mandat kepada ahli-ahli Parlimen yang dipilih untuk melangsaikan tugas ini di parlimen," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Dr Ismail, parlimen atau Dun adalah tempat undang-undang digubal atau pindaan terhadapnya dibuat.
Akta 355 atau Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), ujarnya telah digubal pada 1965 dan  dibuat pindaan pada 1984 dan 1989 tanpa sebarang masalah.
"Tetapi kali ini ianya sangat berbeza kerana permainan politik Umno dan Pas melebihi hasrat pindaan akta itu sendiri.
"Umno/BN telah berjaya mendapat laba kemenangan politik yang besar setelah memberi laluan kepada Pas melalui pembentangan usul persendirian Ahli Parlimen Marang pada 26 Mei 2016 dan 24 Nov 2016.
"Kerana tersepit dan demi kepentingan politik juga Ahli Parlimen Marang menangguh perbahasan setelah dua kali peluang diberikan," tegas beliau.

"Najib... Anugerah dari Allah"..... kata Idris Harun..


SLURRRPPP..!!! dan lagi.. SLURRRPPP..!!!

Polis tangkap Jamal kes samun berkumpulan

Polis menerima laporan mengenai kecurian yang berlaku ketika Jamal dan kumpulannya melakukan serbuan pada Disember lalu.
jamalpolisKUALA LUMPUR: Polis hari ini menahan Datuk Seri Jamal Md Yunos, selepas menerima beberapa laporan berhubung kecurian yang didakwa berlaku ketika ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu bersama sekumpulan belia menyerbu sebuah pusat perjudian, Disember lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, Jamal ditahan tengah hari ini, manakala 9 yang lain ditahan malam tadi.
“Kami sedang siasat mereka untuk rompakan berkumpulan,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, ketua gerakan Baju Merah itu berkongsi gambar anggota polis berpakaian biasa menunggu di luar rumahnya.
Jamal mengetuai sekumpulan orang melakukan satu siri serbuan di pusat perjudian sekitar Selangor bagi membuktikan dakwaannya yang kerajaan negeri kurang melakukan penguatkuasaan ke atas premis perjudian haram.
Ini adalah kali ke-3 Jamal ditahan polis.
Beliau ditahan pada Oktober lalu susulan satu catatan di Facebook dan kali ke-2 pada bulan berikutnya, beberapa jam menjelang perhimpunan Bersih 5 yang diadakan pada 19 November lalu di Kuala Lumpur.

KERJASAMA BERSATU DAN PAS - POSITIF TERUS POSITIF ATAU POSITIF AKAN JADI NEGATIF?

Sekali imbas ternampak rundingan itu berjalan serta menghasilkan ketetapan positif untuk mewujudkan kerjasama antara Bersatu dengan Pas bagi merealisasikan formula satu lawan satu menentang BN.

Bagaimanapun, sebagaimana yang disebut dalam kenyataan itu, kata putus kerjasama tersebut akhirnya masih perlu diperhalusi untuk dipersetujui oleh Presiden kedua-dua parti.

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mungkin tidak banyak masalah untuk bersetuju mewujudkan kerjasama tersebut kerana beliau bersama parti itu memang ingin mengalahkan UMNO dan BN, tetapi bagaimana dengan Presiden Pas, Hadi Awang?

Apakah pendirian sebenar Hadi dalam soal-soal berikut:-

- serius benarkah beliau mahu menjayakan formula satu lawan satu untuk mengalahkan UMNO dan BN?

- bagaimana dengan 70 kerusi yang Pas selalu sebut sebelum ini sebagai milik mereka dan tidak sesekali akan dikompromi? Adakah Pas kekal dengan pendirian mahu 70 kerusi juga atau sedia menyerahkan sebahagiannya untuk ditandingi oleh Bersatu?

- setuju dan akurkah Pas terhadap hubungan berterusan antara Bersatu dengan DAP dan Amanah?

- kalaupun kerjasama itu wujud, adakah Pas hanya setuju tidak meletakkan calon di tempat Bersatu bertanding saja, tetapi parti itu masih bebas meletakkan calon di kerusi-kerusi lain, khususnya di mana DAP dan Amanah bertanding?

Pas tidak bersama PPBM jika ada hubungan dengan DAP, Amanah


Datuk Mahfodz MohamadDatuk Mahfodz Mohamad
Pas hanya akan bekerjasama dengan PPBM sekiranya parti itu sanggup melupakan hubungan dengan DAP dan Amanah,kata Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Mahfodz Mohamed.
Beliau berkata, Pas tidak kisah menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti seperti PKR dan PPBM tetapi tidak sesekali berganding bahu di atas pentas politik yang sama dengan DAP dan Amanah.
"Jika parti itu mempunyai hubungan dengan DAP dan PAN (Amanah), maka kita tidak akan bersama dengan mereka walau dengan apa alasan atau sebab sekali pun,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.
Semalam Pas dan PPBM telah mengadakan pertemuan tertutup bagi membincangkan kerjasama antara kedua-dua parti dan mengeluarkan kenyataan rasmi bersama.
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama antara Pas dan PPBM yaang diadakan di Bangsar itu telah bersetuju untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Teknikal Bersama Pas-PPBM untuk mengambil tindakan susulan atas keputusan-keputusan yang dipersetujui oleh kedua-dua parti.
pertemuan itu dihadiri Timbalan Presien Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Pesiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Hasil pertemuan itu juga bersetuju untuk memperhalusi lagi rangka kerjasama antara Pas dan PPBM oleh pimpinan tertinggi kedua parti untukditandatangani oleh Presiden kedua-dua parti pada satu tarikh terdekat.
Selain Tuan Ibrahim dan Mukhriz, turut berada dalam pertemuan yang berlansung dua jam itu ialah Naib Presiden Pas Idris Ahmad.

Muhyiddin-Abdul Hadi akan bertemu tandatangani perjanjian kerjasama


Tan Sri Muhyiddin Yassin Tan Sri Muhyiddin Yassin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam waktu terdekat ini.
Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau menyambut baik kesediaan Pas untuk membentuk kerjasama dengan parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
 "Dengan perkembangan terbaharu ini saya juga yakin bahawa harapan untuk menyelamatkan Malaysia serta menawarkan masa depan Malaysia yang lebih baik juga semakin cerah.
"Saya berdoa semoga perjanjian PPBM-Pas akan dapat dimeterai oleh saya dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas) dalam tempoh beberapa hari akan datang," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam satu pertemuan telah berlaku antara Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk memperhalusi hala tuju kerjasama antara kedua-dua parti.
Justeru kata Muhyiddin lagi amat penting wujudnya persefahaman antara PPBM, Pas dan parti-parti sekutu yang mempunyai aspirasi yang sama.
"Kerjasama ini akan merintis jalan ke arah pembentukan muafakat politik yang lebih kukuh antara parti-parti pembangkang untuk menghadapi Barisan Nasional secara satu lawan satu dalam PRU-14.
"InsyaAllah, jika diberikan mandat oleh rakyat, akan membentuk sebuah kerajaan baharu yang berintegriti selepas pilihanraya.

Harapan kerjasama PAS, BERSATU masih kabur

Jalan masih jauh - itu komen salah seorang anggota Jawatankuasa Pusat PAS berhubung kemungkinan parti itu bekerjasama secara rasmi dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Menurut Dr Mohd Zuhdi Marzuki, apa yang dicapai semasa pertemuan dua wakil PAS dan BERSATU di Kuala Lumpur semalam belum muktamad.
Katanya, semua cadangan kerjasama daripada BERSATU itu perlu terlebih dulu diteliti Jawatankuasa Pusat PAS sebelum dibawa pua ke majlis syura ulama (MSU).
"MSU adalah badan yang mempunyai kata akhir untuk membenarkan kerjasama itu atau tidak," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Semalam PAS dan BERSATU bertemu 'secara rahsia' bagi membincangkan jalan bekerjasama menjelang pilihan raya umum ke-14 yang mesti diadakan selewat-lewatnya 2018.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir masing-masing mewakili PAS dan BERSATU dalam pertemuan berkenaan.
Ekoran pertemuan itu mereka mengeluarkan kenyataan bersama mengenai pembentukan jawatankuasa teknikal untuk meneliti kesan perbincangan yang dianggap mereka sebagai positif.
Pertemuan itu akhirnya berlangsung walaupun sebelum itu beberapa pemimpin PAS - termasuk Mohd Zuhdi - mengeluarkan kenyataan menyerang Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir kemudian menjelaskan usaha rundingan BERSATU dan PAS disabotaj pihak tertentu dan bekas perdana menteri itu secara khusus memetik nama Mohd Zuhdi.
Mohd Zuhdi berkata sebelum ini MSU memutuskan tahaluf siyasi (pakatan politik) parti berkenaan dengan DAP.
Langkah berkenaan, kata pengarah Pusat Penyelidikan PAS itu, boleh difahami juga sebagai "haram" berkerjasama dengan DAP.

Pas akan kehilangan Kelantan manakala Umno boleh mengucapkan selamat tinggal

Bolehkah Pas pertahankan Kerajaan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang atau ia sedia untuk jatuh ke tangan Umno atau kerajaan baharu akan dibentuk oleh Pakatan Harapan dan Bersatu?
Inilah persoalan yang selalu ditanya oleh pelbagai pihak dan juga dihurai secara kritis oleh Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong dalam satu tulisannya.
Bagi Ahli Parlimen Kluang yang pernah membuat tesis tentang Pas dari tahun 2002 – 2004 itu, Pas boleh kehilangan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang melalui beberapa senario.
“Dengan andaian bahawa AMANAH boleh memberikan cabaran yang kental kepada Pas di 10 dari 33 kerusi Dun yang dimenanginya sekarang manakala Bersatu pula boleh berbuat demikian di lima dari 12 kerusi yang dimenangi Umno, Pas dan dan Umno tidak akan mampu untuk bertanding antara satu sama lain di Kelantan.
“Juga jika diandaikan AMANAH, Bersatu dan PKR tidak bertanding antara satu sama lain dan bergabung – melawan Pas atau Umno atau kedua-duanya dalam pertandingan tiga penjuru – pihak yang paling teruk kalah bukannya Pakatan Harapan dan Bersatu.
“Jika Pas dan Umno tidak boleh mencapai kata sepakat untuk membentuk gabungan pilihan raya dan membuat keputusan bertanding antara satu sama lain – manakala Pakatan dan Bersatu membentuk kesatuan dan meletakkan hanya satu calon di setiap kerusi – tidak ada sesiapa pun boleh pasti hasilnya terutama di kerusi yang marginal.
“Jika Pas dan Umno hilang 10 peratus undi mereka – kerana kaitan mereka dengan Najib – dan mereka bertembung dalam pertandingan tiga penjuru, Pas akan kehilangan Kelantan manakala Umno boleh mengucapkan selamat tinggal kepada impiannya untuk mengambil alih negeri itu,” kata Chin Tong.

Mencatur strategi bijak bagi memenuhi sasaran 40 kerusi idaman Pas

Bulan lepas saya ada menulis satu artikel yang bertajuk Pas semakin lemas, tulisan itu mendapat sambutan yang agak hangat apabila tersiar di beberapa portal berita.
Saya menerima banyak kritikan tentang artikel itu, ada yang membina, ramai pula yang menghina. Hari ini saya akan menggunakan gaya penulisan yang bernada lembut agar ia lebih mudah diterima oleh segenap masyarakat, samada mereka adalah penyokong Pas atau tidak.
Apabila membaca berita melalui portal berita Harakah Daily, hasrat utama Pas untuk memenangi 40 kerusi parlimen adalah untuk memberi kesedaran kepada Barisan Nasional (BN) supaya tidak sombong.
Pas juga berpandangan bahawa tahaluf siyasi pada Pilihan Raya Umum 13 kerana daripada 89 kerusi yang dimenangi oleh pembangkang, 50 daripadanya dimiliki oleh mereka yang bukan Islam.
Ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan Pas melakukan kajian semula terhadap tahaluf siyasi, dan akhirnya Pakatan Rakyat dikuburkan.
Prestasi Pas dalam 4 PRU terakhir
Pada Pilihan Raya Umum 10 (PRU10) tahun 1999, prestasi Pas sangat baik apabila menang hampir empat kali ganda kerusi berbanding PRU sebelumnya apabila memenangi 27 kerusi.
Pada PRU11 (2004), Pas yang membawa manifesto untuk membina sebuah Negara Islam kalah teruk apabila hanya memenangi 7 kerusi parlimen. Tuan Guru Datuk Seri Abdul Haji Hadi Awang gagal mengekalkan kerusi parlimennya. Pada kedua-dua PRU ini Pas bertanding untuk gabungan parti yang dinamai Barisan Alternatif.
Pada PRU12 pula, Pas berjaya menawan 24 kerusi parlimen. Pencapaian ini sangat baik, dan Pas dan DAP ketika itu seolah-olah menerima paradigma baharu, disamping faktor kehadiran Anwar Ibrahim.
Pada PRU13 pula, Pas memenangi 21 kerusi parlimen melalui kerjasama mereka dalam Pakatan Rakyat.
Melihat daripada prestasi Pas pada 4 PRU kebelakangan ini, kita pasti akan tertanya-tanya adakah angka 40 itu realistik untuk dicapai atau wajarkah Pas menumpukan perhatian untuk mengekalkan kerusi parlimen yang mereka miliki sekarang?
Tentu sahaja ramai yang akan menjawab bahawa meletakkan sasaran yang tinggi diperlukan, agar semua jentera akan bekerja keras. Sasaran tidak semestinya perlu dicapai, tapi sekurang-kurangnya hampir kepada sasaran itu sudah cukup baik. Ini membawa kepada persoalan saya yang seterusnya.
Manifesto Pas