Rabu, 1 Februari 2017

Pilihan raya awal: Peluang Pakatan Harapan kekal kuasa di Selangor,Pulau Pinang


Selangor dan Pulau Pinang akan mengikut jejak Sabah mengadakan pilihan raya negeri (PRN) awal bagi memastikan Pakatan Harapan boleh mengekalkan kuasa mereka, kata pakar undang-undang.
Dr Abdul Aziz Bari berkata, keputusan mengadakan PRN awal oleh Pakatan Harapan bergantung kepada keputusan mahkamah berhubung tindakan kerajaan Selangor mencabar cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persempadanan semula.
“Jika Selangor gagal, pucuk pimpinan PH akan memilih untuk mendapatkan mandat baru daripada rakyat berdasarkan kawasan pilihan raya semasa,” katanya seperti dilapor FMT hari ini.
Aziz mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menepis laporan media pada minggu lalu mengatakan PRN mungkin diadakan di Sabah seawal April ini.
“Kita tidak ada keputusan, malah belum ada keputusan berhubung sama ada pilihan raya negeri awal akan dibuat di Sabah atau tidak. Jadi, pada kedudukannya ia masih spekulasi setakat ini,” kata presiden Umno itu selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu, Jumaat lalu.
Walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan tambahan 12 kerusi di bawah cadangan persempadanan semula, ia bagaimanapun perlu dibentangkan di Parlimen untuk mendapat kelulusan pada sidang Mac ini.
Hanya selepas itu, SPR boleh mengadakan PRN untuk 72 kerusi DUN di Sabah.
Aziz berkata, Selangor dan Pulau Pinang mempunyai peluang lebih baik mempertahankan 2 negeri itu pada PRN awal, memandangkan cadangan persempadanan semula tidak memihak kepada mereka.
Ia didedahkan dalam mahkamah baru-baru ini yang SPR mencadangkan 30 kerusi majoriti Melayu di Selangor berbanding hanya 17 kerusi sedia ada yang memihak kepada Barisan Nasional.

Sikap diktator Hadi punca PR berpecah....

Teresa Kok menafikan dakwaan DAP dan PKR menggunakan presiden PAS itu sebagai kambing hitam dalam permainan 'politik kotor' mereka.
khairuddin-teresa-kok
PETALING JAYA: Pemimpin DAP mendakwa Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali memutar belit fakta demi mempertahankan peranan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam memecahbelahkan Pakatan Rakyat (PR).
Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata, Khairuddin dan mana-mana pemimpin PAS yang mahu mempertahankan peranan presiden PAS itu dalam pertengkaran antara parti dalam PR perlu tahu sikap “diktator” Hadi dan tidak patuh kepada dasar konsensus pakatan itu.
Khairuddin memberitahu NST Online semalam yang krisis kepimpinan Selangor boleh dielakkan jika DAP dan PKR mematuhi sistem konsensus.
Beliau turut mendakwa kedua-dua pihak memecahbelahkan PR dan mempergunakan Hadi sebagai kambing hitam dalam permainan “politik kotor” mereka.
“Daripada kenyataan Khairuddin, kemungkinan beliau tidak memberitahu kebenaran tentang apa yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Presiden PR…yang ‘konsensus’ (dipertikaikan) ialah pelantikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.
“Satu hakikat yang tidak boleh diputarbelitkan ialah PAS membuat pusingan U mengenai pencalonan presiden PKR sebagai menteri besar Selangor.

APAKAH ANNUAR MUSA ‘KAMBING HITAM’ ATAU PERMULAAN BANTERAS SKANDAL?

Maruah MARA perlu ditegakkan seadil-adilnya kerana ia juga maruah Melayu. Jangan MARA dilihat pengurusannya buruk, kelak akan memberi gambaran bahawa pengurusan orang Melayu sering dikaitkan dengan perbuatan rasuah dan pecah amanah.
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sudah akur dan berlapang dada dengan keputusan penggantungan jawatannya sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pengerusi Pelaburan MARA Berhad.
Ia menggambarkan ketelusan beliau.
Malah jelas sekali beliau memahami kedudukannya yang dilantik Menteri, malah mengatakan menerima apa saja secara berlapang dada dan penuh kebertanggungjawaban terutama dalam rangka menjalankan tugas yang di amanahkan kepada beliau.
Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO menegaskan, beliau utamakan prinsip integriti dan amanah.
Lagipun,  penggantungan jawatan Annuar sebagai Pengerusi MARA boleh anggap sementara dalam proses membantu siasatan Jawatabkuasa Audit Dalaman selesai.
Cumanya, apakah jika dibebaskan, beliau akan kembali ke jawatan itu semula?
Juga pertanyaan ialah,  apakah penggantungan turut dibuat kesan daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Annuar?
Ia pastinya akan mengambil masa beberapa ketika untuk membuktikan sama ada Annuar bersalah atau sebaliknya.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah menjelaskan bahawa keputusan yang dibuat Majlis MARA itu tidak melibatkan pelantikan dan pemberhentian yang memerlukan kuasa menteri dengan persetujuan Perdana Menteri.
Ini jelas bahawa pada asasnya Annuar masih menjadi Pengerusi MARA.
Kerana itu, semua pihak perlu menghormati keputusan Majlis MARA yang ingin menyelesaikan isu membabitkan MARA dan anak syarikat mereka secara tuntas.
Yang penting, siasatan dalaman ini diharapkan dapat diselesaikan dengan segera untuk memudahkan ia membantu siasatan oleh SPRM.
Semalam, Mesyuarat Khas Majlis MARA diadakan berikutan permohonan kesemua Ahli Majlis MARA dan ditandatangani oleh semua Ahli Majlis MARA termasuk wakil kerajaan bertujuan  melantik Jawatankuasa Audit Dalaman.

Mesyuarat tergempar itu dipengerusikan oleh Ahli Majlis MARA, Datuk Dr Yusof Yacob dan Prof Emeritus Datuk Dr Abu Azam Md Yassin di ibu pejabat MARA di Kuala Lumpur.
Dr Yusof Yacob..kanan.
Ia bagi menyiasat isu yang berkaitan dengan tajaan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Pelaburan MARA Bhd (PMB) serta beberapa isu lain yang diviralkan dalam media sosial.
Siasatan bertujuan mengembalikan keyakinan rakyat kepada MARA.  Annuar tidak dijemput hadir kerana mesyuarat berkaitan dengan beliau. Ini wajar.

Adakah pak Menteri merasai kenaikkan 20 sen?

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas mendesak agar kerajaan mengembalikan semula subsidi minyak.
Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, tindakan itu bagi memastikan rakyat tidak menjadi mangsa akibat impak berantai kenaikan harga minyak.
"Sekali pandang, syiling 20 sen itu seperti kecil sahaja nilainya. Tetapi, impak kenaikan 20 sen seliter minyak petrol RON95 amat besar nilainya.
minyak "Kesan kenaikan itu berantai ke seluruh aspek kos hidup harian rakyat. Makanan, barangan, pengangkutan dan perkhidmatan sentiasa ikut sama naik atas alasan kenaikan 20 sen tersebut," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Terdahulu, Harga runcit bagi minyak petrol RON95 dan RON97 naik 20 sen bermula tengah malam semalam manakala harga diesel pula naik 10 sen.
Kadar baharu bagi RON95 adalah RM2.30 seliter berbanding RM2.10 sen seliter untuk Januari.
Manakala, harga RON97 adalah RM2.60 berbanding RM2.40 seliter untuk Januari dan harga diesel ialah RM2.15 seliter berbanding RM2.05 pada Januari.
Dalam pada itu, Khairil menyoal adakah Pak Menteri merasai impak kenaikan 20 sen harga minyak.
"Bagaimana mungkin mereka mahu merasainya sedangkan segala kos perjalanan rasminya ditanggung oleh Kerajaan? Setiap kilometer perjalanan Pak Menteri dibayar menggunakan wang rakyat.
"Bahkan, bayaran tol bagi kenderaan Pak Menteri juga ditanggung oleh Kerajaan (baca: wang rakyat)," katanya.
Oleh itu katanya, dalam nada sinis slogan “rakyat didahulukan” yang dicanang oleh BN sememangnya tepat lagi benar kerana senantiasa rakyat didahulukan merasai bebanan kenaikan kos sara hidup sepertimana janji di awal pelaksanaan GST dahulu.
"Dulu, ketika harga minyak dunia mencecah 100USD/setong, kerajaan umumkan kenaikan harga minyak.

KERJASAMA PAS, BERSATU BAWA PERPECAHAN

Pertemuan bagi membincangkan masa depan kerjasama antara Pas dan Bersatu yang bakal dimuktamadkan  hari ini dilihat bakal memberikan impak perpecahan dalam blok pembangkang.
Penganalisis politik, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, isu kerjasama antara Pas dan Bersatu dilihat cenderung memberikan impak negatif kepada gabungan Pakatan Harapan.
 
Hal ini kerana Pas tetap dengan pendirian tidak mahu ada kerjasama bersama Amanah dan DAP.
“Kerjasama Pas-Bersatu boleh  membawa kepada perpecahan blok pembangkang andai kata Pas bertegas dengan pendirian dan syarat kerjasama tanpa Amanah dan DAP.
“Jika wujud dua blok Pas-Bersatu dan Bersatu bersama Pakatan, akan timbul isu kepercayaan dan motif dalaman sesama parti dalam Pakatan Harapan.
“Saya melihat perkara ini yang perlu diatasi Pakatan Harapan dengan mencari keyakinan dengan ikhlas dan jujur kerana kerjasama parti politik ini akan menentukan masa depan negara jika menang PRU14 nanti,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani turut meluahkan pendapat sama.
“Soal kerjasama ini akan bawa kelebihan atau perpecahan bergantung kepada sejauh mana kedua-dua parti (Pas dan Bersatu) bekerjasama.
“Jika tidak blok pembangkang akan pecah. Sekarang ini, kecenderungan dilihat lebih terarah kepada perpecahan gabungan pembangkang.
“Sekarang ini, jika Pas tak sertai maka blok pembangkang sendiri akan berpecah kerana mereka perlukan Pas dalam menghadapi PRU14,” katanya.

Kedudukan Annuar tidak berubah, kata Najib

Beri peluang kepada Tan Sri Annuar Musa membersihkan namanya daripada tuduhan salah guna kuasa, kata presiden Umno
najib-annuar-musa-umno
PEKAN: Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kedudukan Tan Sri Annuar Musa sebagai ketua penerangan parti itu setakat ini tidak berubah.
Perdana menteri berkata peluang harus diberikan kepada ahli Parlimen Ketereh untuk membersihkan namanya daripada tuduhan salah guna kuasa berkaitan penajaan agensi di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk pasukan bola sepak Kelantan.
“Beliau sanggup disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi diri beliau peluang untuk bersihkan nama daripada sebarang tuduhan.
“Biarlah proses (siasatan) ini berjalan dan kita tidak boleh buat apa-apa tafsiran dan anggapan sehingga proses ini selesai,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai kedudukan Annuar dalam Umno susulan disiasat SPRM, selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN) Paloh Hinai di sini, hari ini.
Najib yang diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor turut bertanya khabar kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat itu sejak Isnin lepas. Terdapat 74 mangsa banjir daripada 19 keluarga ditempatkan di situ.
Mara semalam menggantung tugas Annuar sebagai pengerusi agensi itu dan pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) berkuat kuasa serta-merta.

KALAU ANNUAR MUSA BOLEH DIGANTUNG, KENAPA JAWATAN NAJIB TIDAK DIGANTUNG?

1. Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa telah digantung jawatan serta merta sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara ) dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) susulan isu penajaan UniKL dan pelaburan Mara Berhad ke atas pasukan bola sepak Kelantan The Red Warriors (TRW).

Saya ucapkan tahniah diatas keberanian dan ketegasan pengurusan Mara dan Ahli majlis Mara yang bermesyuarat khas tanpa pengetahuan Annuar Musa untuk menggantung jawatan beliau dengan serta merta.

2. Penggantungan terhadap Annuar Musa diambil kononnya untuk memasti dan mengelak dari sebarang campur tangan Annuar Musa terhadap pasukan audit dalaman Mara membuat siasatan.

Tindakan ini bagi saya adalah langkah yang wajar untuk memastikan tiada unsur salah guna kuasa dilakukan oleh orang yang berkepentingan iaitu Annuar Musa.

Langkah sebegini wajar menjadi amalan dalam semua peringkat pengurusan pentadbiran negara kerana setiap salah laku hendaklah dilaporkan tanpa memihak, tanpa gentar, tanpa berat sebelah dan tanpa mengambil kira siapa yang melakukannya.

3. Persoalannya adakah amalan ini juga membabitkan anggota kabinet dari Perdana Menteri hingga ke peringgat Timbalan Menteri dan juga di peringkat kerajaan negeri.

Menggantung Annuar Musa untuk siasatan yang membabitkan penajaan tak sampai RM2 juta berbanding siasatan keatas PM Najib dan akaun peribadinya dengan wang 1MDB berjumlah RM2.6 bilion  dan wang SRC RM42 juta adalah sesuatu yang pelik serta tidak munasabah.

Memang tiada peruntukan undang-undang untuk menggantung PM tetapi PM Najib boleh dengan rela hati menggantung tugasnya sebagai PM dan Menteri Kewangan dengan mengambil cuti dan jawatan PM serta Menteri Kewangan dipangku untuk mengelak dari campur tangan dan salahguna kuasa Najib yang boleh mengganggu pasukan penyiasat.

4. Oleh kerana Najib masih berdiri sebagai PM semasa siasatan dibuat keatasnya dan 1MDB maka berlaku  'kacau-bilau' dalam SPRM semasa diserbu PDRM  sehingga berlaku pertukaran segera pegawai SPRM ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) walaupun kemudiannya dibatalkan adalah membuktikan memang berlaku unsur salahguna kuasa orang yang berkepentingan iaitu Najib.

ANNUAR MUSA "MANGSA" DUA PERMAINAN?

Apabila beberapa hari lalu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad memberi amaran "tunggu" kepada ahli-ahli politik yang korup, hampir tidak ada yang menyangka mangsa pertamanya ialah Annuar Musa.

Dengan kedudukan sebagai Ketua Penerangan UMNO, lebih-lebih lagi beliau dilantik ke jawatan itu menggantikan Ahmad Maslan di tengah-tengah kehangatan serangan oleh Tun Mahathir Mohamad terhadap Najib Razak, hukum akalnya beliau adalah tokoh pilihan dan tentulah akan sentiasa dilindungi oleh Perdana Menteri.

Jika pun beliau didapati melakukan apa-apa kesalahan yang ketara dan tidak boleh dilindungi, langkah yang biasa diambil ialah menasihatkannya berundur secara sukarela. Dengan yang demikian, bukan saja beliau akan diselamatkan, malah faktor jawatan yang disandangnya itu mungkin memberi kesan negatif kepada parti dapat dielakkan, selain yang lebih utama nama Perdana Menteri yang melantiknya juga akan turut terpelihara.

Tetapi, apa yang menimpa Annuar semalam memang mengejutkan dan luar biasa. Pertama kali dalam sejarah Mara, malah sejak Rida ditubuhkan,  Pengerusinya diperlakukan sedemikian rupa.

Annuar digantung tugas mulai semalam dalam satu mesyuarat khas tanpa kehadirannya yang diadakan ketika beliau berada di New Zealand menjalankan tugas rasmi selaku Pengerusi Mara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri Yaakob yang bertanggungjawab kepada Mara, dalam kenyataan medianya mengatakan penggantungan itu adalah proses biasa bagi membolehkan audit dalaman menjalankan siasatan terhadap Annuar.

Pada lewat petang semalam pula, SPRM mengesahkan bahawa Annuar kini sedang disiasat atas dakwaan rasuah dan penyelewengan berhubung tajaan oleh Pelaburan Mara Bhd dan UniKL kepada pasukan bolasepak Kelantan di mana Annuar dipercayai ada kepentingan di kedua-dua belah pihak.

Sebagaimana yang disebut dalam posting sebelum ini, maka kini tidak mustahil kepulangan Annuar di KLIA Khamis nanti akan disambut oleh pegawai-pegawai SPRM yang ingin menahan remannya, sekaligus menjadikannya ahli politik pertama yang ditahan sejak meletusnya skandal 1MDB.

Persoalan ramai, mengapa Ismail Sabri selaku menteri memberi kebenaran kepada Annuar diperlakukan sedemikian rupa sedangkan beliau sedar kedudukannya sebagai Ketua Penerangan UMNO dan merupakan antara orang kesayangan Najib?

Mengapa tidak Annuar dinasihatkan berundur secara baik,  jika pun beliau mahu dihadapkan kepada audit dalaman Mara atau mahu disiasat oleh SPRM?

Mengapa tindakan gantung jawatan, bahkan ketika beliau melakukan melakukan tugas rasmi menjadi pilihan yang tentunya memalukan dirinya, UMNO dan juga Najib?

Semua orang tahu Ismail Sabri Yaakob bercita-cita untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan UMNO akan datang. Di kalangan warga UMNO, keinginan Ismail Sabri itu bukan lagi rahsia, malah dalam program lawatannya ke beberapa negeri kebelakangan ini, beliau didapati "menyelam sambil minum air" dengan bertemu pemimpin-pemimpin UMNO di setiap negeri yang dilawatinya.

BAGAIMANA ISMAIL SABRI TIDAK TAHU-MENAHU & APA NASIB ANNUAR SETERUSNYA?

Tanpa angin, tanpa ribut dan tidak dapat dipastikan juga sebab-sebab sebenarnya, tiba-tiba saja Pengerusi Mara, Annuar Musa digantung daripada jawatannya.

Annuar yang kini sedang berada di New Zealand digantung daripada jawatannya dalam satu mesyuarat khas  Ahli Majlis Mara yang diadakan tanpa kehadirannya.

Persoalannya, siapakah yang memberi mandat kepada Ahli Majlis Mara untuk mengadakan mesyuarat khas dan kemudian menggantung Annuar itu?

Mengikut peraturan dan hukum akal, tidak mungkin Ahli Majlis Mara berani bertindak sedemikian rupa tanpa kebenaran dan restu daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri Yaakob.
Malah, tanpa restu menteri, mesyuarat Ahli Majlis Mara juga adalah tidak sah dan terdedah kepada tindakan lain, termasuk pemecatan.

Maka, logik paling munasabah ialah semua tindakan terhadap Annuar ini dilakukan setelah mendapat restu Ismail Sabri sendiri.

Tetapi, jika  ada restu Ismail Sabri mengenainya, apakah kesalahan Annuar sehingga diputuskan digantung itu?

Apakah ia berkaitan dengan penajaan oleh Pelaburan Mara Bhd dan UniKL, dua anak syarikat Mara kepada pasukan bolasepak Kelantan yang menjadi bualan ramai baru-baru ini atau berkaitan kesalahan-kesalahan lain yang lebih serius?

Maka, apa tindakan selanjutnya selepas penggantungan itu?

Adakah Annuar akan disiasat oleh SPRM atau pegawai-pegawai SPRM akan menunggu kepulangannya di KLIA nanti?

Annuar, bagaimanapun tidak berselindung mengatakan mesyuarat khas yang menggantungnya hari ini telah mendapat restu daripada menteri iaitu Ismail Sabri.

Beliau mendedahkan perkara itu dalam tulisan di laman Facebooknya.

Bermakna, mesyuarat khas itu adalah dalam pengetahuan dan diadakan dengan restu Ismail Sabri. Jika tidak sahih, tidak mungkin juga Annuar berani membuat pendedahan mengenainya.

Bagaimanapun dalam hal ini, terlihat sedikit pelik apabila Ismail Sabri mengatakan beliau tidak tahu menahu mengenai penggantungan Annuar itu serta juga tidak tahu sama ada penggantungan itu hanya berupa cadangan atau sesuatu yang sudah diputuskan.

Kata Ismail Sabri, beliau akan mendapatkan laporan penuh daripada Mara mengenai keputusan itu.

Kenapa Ismail Sabri tidak berterus-terang saja dalam hal ini?
Apa pula reaksi Najib Razak selepas ini?

Tidak terasa hatikah Najib apabila Annuar Musa yang dilantiknya sebagai Ketua Penerangan UMNO untuk membantunya mengukuhkan kedudukan parti, tiba-tiba digantung jawatan oleh ahli kabinetnya sendiri yang hanya berstatus Ahli Majlis Tertinggi UMNO?

Apakah mungkin Annuar akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO dalam waktu terdekat ini kerana dengan penggantungan itu, kredibilitinya jelas tercalar dan tentu saja menyukarkannya untuk menjalankan tugas?

Mesyuarat ‘penentu’ PAS-PPBM tiada kata putus

Pertemuan hari ini memperhalusi "rangka kerjasama persefahaman politik" yang akan diserahkan kepada pimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk diperhalusi lagi.
tuan-ibrahim-mukhriz
PETALING JAYA: Mesyuarat yang dilihat sebagai “penentu” kerjasama pilihan raya antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak dapat memutuskan bentuk kerjasama antara mereka.
Sebaliknya, PAS dan PPBM akan membawa pulang “rangka kerja persefahaman politik” yang dicapai dalam pertemuan tadi untuk dipertimbangkan pimpinan tertinggi kedua-dua parti.
Pemimpin tertinggi kedua parti tidak menyertai mesyuarat “penentu” hari ini. Delegasi PAS diwakili Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man manakala delegasi PPBM diketuai Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
“Kami memperhalusi draf rangka kerjasama persefahaman politik PAS-PPBM dalam menghadapi PRU14 dan beberapa ketetapan positif telah diambil dalam usaha memeterai kerjasama.”
“Rangka ini akan diperhalusi pimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk ditandatangani Presiden masing-masing pada waktu terdekat,” kata mereka dalam kenyataan bersama.
PAS dan PPBM akan menubuhkan satu “jawatankuasa teknikal bersama” untuk melaksanakan keputusan yang dicapai kedua pihak.
Sebelum ini, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berkata mesyuarat hari ini menjadi penentu kepada kerjasama antara PAS dan partinya.
Keputusan membentuk jawatankuasa teknikal bersama itu menyusuli serangan PAS terhadap Dr Mahathir.

Kenyataan Jawatankuasa Induk Bersama PAS-PPBM

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah berlangsung hari ini di Kuala Lumpur dan berjaya menghasilkan persefahaman antara kedua-dua pihak.
Delegasi PAS diketuai oleh YBhg Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS dan PPBM diketuai oleh YB Dato’ Seri Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden PPBM.
Mesyuarat hari ini telah memperhalusi deraf rangka kerjasama persefahaman politik PAS-PPBM dalam menghadapi PRU 14 dan beberapa ketetapan positif telah diambil dalam usaha untuk memeterai kerjasama antara kedua-dua parti.

Rangka kerjasama antara PAS dan PPBM akan diperhalusi oleh pimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk ditandatangani oleh Presiden kedua-dua parti pada satu tarikh terdekat.
Sehubungan itu, mesyuarat hari ini juga telah bersetuju untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Teknikal Bersama PAS-PPBM untuk mengambil tindakan susulan atas keputusan-keputusan yang dipersetujui oleh kedua-dua parti.

DATO’ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
YB DATO’ SERI MUKHRIZ MAHATHIR
Timbalan Presiden PPBM
1 Februari 2017

Amanah,PPBM ganti peranan Pas di Selangor

Md Shukri ShuibMd Shukri ShuibPenganalisis politik menjangkakan peranan Pas di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan terancam ekoran perkembangan pengaruh Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib  berkata, Pas mustahil untuk menguasai Kedah dan Terengganu manakala di Kelantan barangkali mampu bertahan.
“Untuk PRU 14, Pas mungkin boleh kekal kuasa di Kelantan, tetapi ingin berkuasa di Kedah dan Terengganu tidak realistik. Pas juga semakin jauh dari magnet kuasa di Selangor. Kini Amanah dan PPBM  dilihat akan ganti peranan Pas di Selangor,” ujarnya dipetik Sinaronline semalam.
Walau bagaimanapun, beliau berpendapat Pakatan Harapan akan kalah banyak kerusi pada PRU14 akibat pergolakan politik yang melanda gabungan tersebut mutakhir ini tetapi masih berupaya memperoleh sokongan pengundi Cina di kawasan bandar.
Berbanding Pas, ujarnya, maruah parti tersebut akan terjejas jika memilih pendekatan untuk kekal bersama Pakatan Harapan dalam blok pembangkang pada PRU14 nanti.
“Secara aplikasi dan logik politik, kerusi Pas jika bersama Pakatan Harapan akan menyusut kerana perlu berkongsi dengan Amanah dan juga PPBM,” jelasnya.
Sehubungan itu, Pas katanya, lebih baik bersendirian daripada membuat pusingan U menyertai Pakatan Harapan yang terdiri daripada Amanah, PKR dan DAP dengan kesemuanya masih bersefahaman dengan PPBM untuk menjatuhkan Umno-BN pada PRU14.
“Adalah lebih baik Pas mengambil pendirian berdikari berbanding membuat ‘U-turn’ dengan menyertai Pakatan Harapan, apatah lagi jika Pas berhajat mahu menggantikan Umno, ia lebih mustahil," ujarnya.
Beliau menyarankan Pas pada masa ini memberi tumpuan untuk bertindak tegas menolak kerjasama bersama golongan pemberontak dalam Pas yang dilihat pro-DAP termasuk melalui wadah Amanah.
Mengulas sasaran Pas untuk memenangi 40 kerusi Parlimen pada PRU14 pula, Md Shukri menasihatkan parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu harus realistik dalam merangka pelan tindakan politik parti mengikut situasi semasa.
Hal ini, katanya, termasuk mengambil kira isu protes senyap dalam kalangan ahli Pas tidak terkecuali dalam kalangan kepimpinan parti berkenaan.
"Jadinya usah buai perasaan ahli parti dengan impian kosong. Sejarah kemenangan Pas pada PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) pun tercalar akibat dilema tukar parti," ujar Md Shukri.
Abdul Hadi pada Majlis Taklimat Khas Presiden dan Dana Sumbangan Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut, Alor Setar dilapor pada 29 Januari lalu berkata, partinya meletakkan target untuk memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen pada PRU14.
Ahli Parlimen Marang itu juga bertegas untuk mempertahankan Kelantan dan Selangor selain memerintah semula Terengganu dan Kedah atas tanggungjawab parti tersebut mempertahankan Islam dan memastikan Islam memerintah.
 Pas bersendirian lebih baik?
Untuk rekod, Pas hanya memerintah Terengganu sepenggal iaitu pada 1999 hingga 2004 selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 pada 1999 ketika era Reformasi dan hasil berada dalam Barisan Alternatif bersama PKR, DAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

PPBM orang tengah hubungan PAS-PH

Skandal BMF berlaku sebelum zaman Tun M jadi PM, kata Mukhriz

'Dia nak sokong UMNO saja, mahu peluk UMNO kuat-kuat' - LGE

TAK SERIK-SERIK MENIPU RAKYAT !!

Akan kami ingat sampai UMNO/BN terkubur pupus nnti..

Hakikatnya, menipu makanan ruji dlm Ameno !!!

Hadam dalam-dalam..

"Kenaikan harga minyak satu proses kesejahteraan rakyat" - PM Najib Razak, 2/9/2013.

Perang poster harga petrol naik

Sejak malam tadi media sosial terutama di aplikasi WhatsApp dibanjiri pelbagai poster berbaur sarkastik ekoran kenaikan kadar baharu harga runcit RON95, RON97 dan diesel berkuatkuasa hari ini.
Semakan Malaysia Dateline mendapati 'perang poster' tersebut boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu sindiran polos iaitu tanpa bermotif politik serta kecaman menyasarkan kerajaan Umno-BN sebagai bahan cacian.
Bagi kategori pertama, imej berupa seekor beruk dipakaikan mesin rumput antara poster yang tular sempena kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen mulai tengah malam tadi.
Bersama dialog dalam dialek Kelantan, beruk tersebut yang kononnya berhasrat mahu memotong rumput berang dengan 'berkata', "nate berok sungguh" apabila mengetahui harga minyak naik.
Dialek Pantai Timur juga diguna dalam perang poster kenaikan harga minyakDialek Pantai Timur juga diguna dalam perang poster kenaikan harga minyak
"Harap minyak ini tak naik harga sebab semua rakyat Malaysia tengah (sedang) sakit kepala." Itu pula mesej yang terkandung pada poster yang memuatkan imej sebotol minyak Cap Kapak.
Jika minyak ini naik harga semua rakyat Malaysia akan sakit kepalaJika minyak ini naik harga semua rakyat Malaysia akan sakit kepala
Turut dilihat tersebar luas di media sosial adalah imej meter kenderaan dengan jarum penunjuknya dilekat pada garis bacaan penuh, 'F' berserta catatan "cara nak jimat minyak".
Pada masa sama, perang poster ekoran keputusan kerajaan meletakkan harga RON95 kepada RM2.30 dan RON97 menjadi RM2.60 mulai 1 Februari juga 'dimeriahkan' dengan kecaman terhadap rejim Umno-BN.
Imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbaju terpampang logo 1Malaysia sedang ketawa besar sehingga mendongakkan kepala turut meluas dikongsi netizen di kebanyakan kumpulan WhatsApp.
"Hahaha... BR1M dah dapat, minyak naiklah," dipetik daripada kapsyen foto itu merujuk kepada skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dijadualkan diagih secara berperingkat bermula 18 Februari ini.
Penyebaran poster tersebut dilihat sindiran tajam kepada penerima bantuan sejak diperkenal pada 2012 itu yang masih menyokong Umno-BN.
Petrol naik 20 sen ketika BR1M akan diagih 18 Februari iniPetrol naik 20 sen ketika BR1M akan diagih 18 Februari ini
Tidak kurang lucu tetapi 'pedas' apabila poster yang meminjam semangat Hari Raya lengkap ucapan 'Maaf Zahir Batin' turut menjadi bahan netizen untuk menyindir Umno-BN.
Imej yang terpampang ucapan "Selamat Menyambut Kenaikan Harga Petrol kepada Seluruh Rakyat Malaysia" itu kononnya dikatakan "Tulus Ikhlas Dari: Kerajaan Janji Ditepati".
Ungkapan berinspirasi daripada "1Malaysia Janji Ditepati" merupakan tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 pada 2012 itu turut 'hadir' dengan gambar muncung (nozzle) pam berwarna kuning merujuk pada RON95.
Kenaikan harga bahan api disambut ibarat Hari Raya Kenaikan harga bahan api disambut ibarat Hari Raya
Selain itu, poster yang diedit kemas memuatkan empat pemimpin Umno-BN dengan gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim berlatarbelakang warna kuning turut muncul ketika kenaikan harga petrol hangat dibincangkan netizen.
Aksi ketawa sakan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga Menteri Pertahanan yang diambil dalam satu sidang Perhimpunan Agung parti itu dengan di sisinya Najib Razak dalam keadaan tersengih seolah-olah mengetawakan rakyat di negara ini yang terus dipermainkan Umno-BN.
Aksi pemimpin Umno seolah olah mengetawakan rakyat ekoran kenaikan harga minyakAksi pemimpin Umno seolah olah mengetawakan rakyat ekoran kenaikan harga minyak

Singa Tunduk: 'Singa' tengah kupas limau untuk PM, jelas Gerakan

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang menafikan dakwaan mengenai kumpulan tarian singa enggan beraksi di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri semasa sambutan rumah terbuka tahun baru Cina anjuran parti itu di Kuala Lumpur, hujung minggu lalu.
Dalam catatan di Facebook, Tan menjelaskan para penari tarian singa itu kelihatan tunduk kaku sehingga mencetuskan spekulasi itu sedangkan mereka sedang mengupas limau bali dan beberapa oren untuk perdana menteri dan isteri selaku tetamu kehormat.
Tan merujuk kepada klip video berdurasi 45 saat yang tersebar luas di media sosial menunjukkan penari tarian singa itu berlutut dan tidak bergerak untuk beberapa saat, ketika persembahan itu ditonton oleh Najib dan isterinya.
Turut menonton persembahan itu ialah Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong dan lain-lain tetamu lain.
"Penari tarian singa itu sebenarnya sedang mengupas limau bali dan beberapa biji buah limau untuk perdana menteri...sedikit masa diperlukan untuk melakukannya.
"Tiada seorang pun daripada mereka adalah 'superman'. Saya terfikir jika sesiapa boleh mengupas sebiji limau bali dan beberapa biji limau dalam masa kurang dari 30 saat (dengan atau tanpa kepala singa)," kata Tan di laman Facebooknya.
Tambah Tan, adalah menjadi sebahagian daripada tradisi sambutan tahun baru Cina dengan penari berkenaan akan mempersembahkan limau bali dan oren kepada tetamu khas yang melambangkan kemakmuran.
"Malang apabila beberapa orang yang tidak bertanggungjawab memilih untuk memutar-belit dan melakukan pembohongan terhadap penari singa profesional yang telah memberikan persembahan yang hebat," jelas beliau.
Kata Tan lagi, Najib juga telah memuji persembahan tersebut di akaun Facebooknya.

Nasib Annuar dalam Umno ditentukan presiden, kata Ku Nan

Ia tidak melibatkan jawatan Annuar Musa dalam parti dan penggantungan dalam Mara hanya prosedur siasatan, kata setiausaha agong Umno.
ku-nan-annuar-musaKUALA LUMPUR: Kedudukan Tan Sri Annuar Musa selaku ketua penerangan Umno selepas penggantungannya sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) terserah kepada keputusan presiden parti.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang lebih dikenali dengan nama Ku Nan berkata jawatan Annuar itu adalah lantikan Presiden Datuk Seri Najib Razak.
“Jawatan beliau dalam Umno dilantik presiden dan penggantungan Annuar adalah dalam agensi kerajaan.
“Tidak berbangkit jawatannya dalam Umno, tetapi ia terpulang kepada pandangan presiden,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mara hari ini menggantung tugas ahli Parlimen Ketereh sebagai pengerusi agensi itu dan pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan sebulat suara itu dicapai dalam satu mesyuarat khas yang dipengerusikan Ahli Majlis Mara Datuk Dr Yusof Yacob di ibu pejabat agensi itu di sini.
Ia membolehkan audit dalaman Mara menyiasat beberapa perkara mengenai agensi tersebut termasuk penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW).
Tengku Adnan berkata penggantungan itu juga sebagai prosedur siasatan dan belum terbukti Annuar melakukan kesalahan.
“Sebagai ketua penerangan Umno, beliau bekerja dengan kuat dan melaksanakan tugas dengan baik, tidak ada masalah,” katanya.

Penggantungan Annuar tak jejaskan The Red Warrriors


Annuar Musa
Penggantungan tugas Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB) tidak menjejaskan pasukan bola sepak Kelantan The Red Warriors (TRW) dalam menghadapi saingan Liga Malaysia 2017.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Ismail Md Noor berkata tindakan terhadap Annuar yang juga penasihat Kafa itu juga tidak menjejaskan penajaan kepada pasukan berkenaan.
"Malah, persiapan TRW untuk menghadapi Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, Sabtu ini, juga tidak terjejas," katanya ketika dihubungi semalam.
Ismail berkata pihaknya menghormati keputusan Mara itu yang bertujuan memberi peluang dan ruang kepada penyiasatan secara telus.
Mara semalam menggantung tugas Annuar sebagai pengerusi agensi itu dan pengerusi PMB berkuat kuasa serta-merta.
Ahli Majlis Mara Datuk Dr Yusof Yacob dilaporkan berkata penggantungan itu dibuat bagi membolehkan audit dalaman Mara menyiasat beberapa perkara mengenai agensi tersebut termasuk penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan TRW.

Dakwaan salah guna kuasa, penyelewengan SPRM buka kertas siasatan terhadap Annuar


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memaklumkan suruhanjaya itu telah membuka kertas siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa membabitkan Tan Sri Annuar Musa.
"SPRM mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa oleh Tan Sri Annuar Musa.
"Ingin ditegaskan siasatan SPRM hanya tertumpu kepad isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan penglibatan beliau dalam penajaan bola sepak Kelantan," ujar kenyataan rasmi SPRM itu.
Bagaimanapun kenyataan itu menyebut siasatan berhubung salah tadbir urus pula akan dijalankan oleh pasukan audit dalaman Mara.
Justeru SPRM meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes tersebut dan memerikan ruaang kepada suruhanjaya itu menjalankan siasatan.

Hari ini Majlis Amanah Rakyat menggantung tugas pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa, berkuat kuasa serta-merta.
Jawatan Annuar sebagai Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) turut digantung.
Dengan itu, semua tugas Annuar di agensi berkenaan kini dipangku Ahli Majlis Mara, Datuk Dr Yusof Yacob.
Difahamkan keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat tergempar yang bermula sejak jam 9 pagi tadi di Ibu Pejabat Mara, di Kuala Lumpur.
Annuar ketika ini berada di luar negara atas urusan rasmi Mara telah membantalkan jadual kerjanya ekoran dimaklumkan penggantungan jawatannya sebagai pengerusi serta merta hari ini.

Annuar harus beri penjelasan pada Jawatankuasa Audit, kata Ismail Sabri


Datuk Seri Ismail Sabri YaacobDatuk Seri Ismail Sabri YaacobTan Sri Annuar Musa tidak dipanggil memberi penjelasan kerana ahli mesyuarat berpendapat beliau seharusnya memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Audit Dalaman Mara, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.
Beliau dalam satu kenyataan menjelaskan, Mesyuarat Khas Majlis Mara yang diadakan hari ini bertujuan untuk melantik Jawarankuasa Audit Dalaman bagi menyiasat isu yang berkaitan dengan tajaan UNIKL dan Pelaburan Mara Berhad serta beberapa isu lain yg diviralkan dalam media sosial.
"Siasatan tersebut bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada Mara.
"Saya dimaklumkan mesyuarat diwakili oleh semua ahli termasuk wakil MOF & EPU.
"Pengerusi Mara, Tan Sri Anuar Musa tidak dijemput hadir kerana mesyuarat ahli mesyuarat berpendapat adalah wajar beliau memberi penjelasan kepasa Jawatankuasa Audit nanti.
"Tindakan penggantungan sementara dibuat berdasarkan beliau sedang disiasat oleh JK Audit dan sebagai Pengerusi, bimbang akan mempengaruhi siasatan," ujarnya dalam kenyataan tersebut.
Malah menurut Ismail Sabri lagi, penggantungan Annuar adalah sementara menunggu siasatan Jawatankuasa Audit Dalaman selesai.
"Saya dimaklumkan oleh Penasihat Undang-undang Mara bahawa Majlis Mara berkuasa penuh dalam keputusan menggantung jawatan sementara menunggu siasatan juruaudit dalaman diselesaikan.
"Ini kerana ia tidak melibatkan pelantikan dan pemberhentian yang memerlukan kuasa Menteri dengan persetujuan Perdana Menteri.
"Ianya merupakan prosedur biasa di dalam satu-satu siasatan, untuk yang disiasat digantung tugas sementara.
"Saya menghormati keputusan Majlis Mesyuarat Mara yang ingin menyelesaikan isu yg membabitkan Mara dan anak syarikat mereka secara tuntas.

Annuar dakwa tidak tahu apa sebab digantung jawatan, tiada diminta penjelasan?


Tan Sri Annuar Musa
Tan Sri Anwar Musa baru sahaja dimaklumkan mengenai penggantungan jawatannya yang dibuat oleh Ahli Majlis Amanah Rakyat (Mara) hari ini.
Di lapan facebooknya beliau menulis:"Kira- kira sejam lalu saya menerima panggilan telefon daripada Ketua Pengarah Marah Datuk Ibrahim Ahmad dan Ahli Majlis Marara Datuk Dr Yusof Yaacob, memaklumkan bahawa mereka telah mengadakan mesyuarat khas atas restu Yb Menteri KKLW (Datuk Seri Ismail Sabri).
"Saya dimaklumkan messyuarat yang dipengerusikan Datuk Dr Yusof itu telah mengambil keputusan menggantung saya serta merta sebagai Pengerusi Mara dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd.
"Saya sekarang berada di luar negara atas urusan rasmi Mara," ujarnya.
Annuar memaklumkan beliau ketika diberitahu tentang penggantungan jawatannya itu baru sahaja selesai bermesyuarat dengan Kolej Yayasan Saad dan Queenstown Recreational College (Otago Unversity) dan beliau keesokannnya dijadual bertemu Timbalan Canselor Universiti Auckland sebelum pulang ke tanah air pada Khamis ini.
"Program ini akan saya batalkan kerana menghormati penggantungan ini.
"Saya tidak tahu menahu hal mesyuarat khas ini dan saya juga belum mendapat maklum apa isunya kerana setakat ini saya tidak pernah di minta apa-apa penjelasan oleh sesiapa baik AHli Majlis atau YB Menteri," ujarnya.
Annuar turut berkata beliau dijadualkan akan mengadakan mesyuarat dengan ahli majlis itu pada 14 Febuari depan dan beliau bercadang untuk berbincang isu-isu berkaitan.
"Tetapi nampaknya YB Menteri telah memberi consent untuk mesyuarat khas diadakan lebih awal dan tanpa kehadiran saya.
"Sebagai penjawat jawatan yg dilantik oleh menteri saya menerima apa saja secara berlapang dada dan penuh tanggungjawab terutama dalam rangka menjalankan tugas yg di amanahkan kepada saya.
"Prinsip integriti dan amanah insyaAllah sentiasa saya utamakan," ujarnya yang berkata, akan membuat kenyataan selanjutnya minggu hadapan.
"Biar segalanya tenang dulu dan tidak perlu terburu-buru.Terima kasih kepada semua. Salam Hormat," ujarnya mengakhiri tulisannya.