Isnin, 30 Januari 2017

PAS: Kerajaan DAP-PKR campuri proses fatwa

PAS mendakwa kerajaan Pulau Pinang memeriksa, malah menangguhkan, fatwa yang akan dipersembahkan kepada Agong
fauzi-fatwa-penang
GEORGE TOWN: PAS hari ini menuduh kerajaan Pulau Pinang mencampuri proses penfatwaan di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Fatwa Negeri dan Yang di-Pertuan Agong.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusof berkata kerajaan DAP-PKR mengarahkan semua fatwa perlu melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) terlebih dahulu sebelum diluluskan sebagai fatwa.
Mengikut undang-undang negeri, jawatankuasa boleh mengeluarkan fatwa yang perlu dipersembahkan kepada Agong untuk diperkenankan, sebelum diwartakan sebagai fatwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pulau Pinang) 2004.
Fauzi berkata campur tangan kerajaan DAP-PKR bertentangan dengan Seksyen 48 enakmen yang menyatakan semua fatwa yang dikeluarkan di Pulau Pinang perlu dipersembahkan kepada Agong untuk dipertimbangkan.
Yang di-Pertuan Agong berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri tidak beraja, seperti Pulau Pinang.
“PAS semasa di dalam Pakatan Rakyat telah menyatakan bantahan secara tertutup kepada Exco Hal Ehwal Islam Datuk Abdul Malik Abul Kassim.
“Namun, sehingga kini, amalan campur tangan dalam proses penfatwaan masih berlaku. Fatwa yang diputuskan oleh jawatankuasa perlu dimaklumkan kepada MMKN yang dipengerusikan ketua menteri terlebih dahulu sebelum dipersembahkan kepada Agong.
“Keadaan ini seolah-olah menjadikan MMKN yang dipengerusikan ketua menteri lebih berkuasa daripada jawatankuasa fatwa negeri dalam hal ehwal hukum orang Islam.
“Ini secara tidak langsung meletakkan fungsi mufti dan Agong lebih rendah daripada sepatutnya mengikut enakmen,” kata Fauzi pada sidang media di markas tarbiah PAS Pongsu Seribu, Kepala Batas hari ini.
Fauzi mendakwa terdapat fatwa yang ditangguhkan kerajaan Pulau Pinang.
“Berdasarkan maklumat, terdapat fatwa yang telah ‘dibekukan’ oleh kerajaan negeri dan tidak dipersembahkan kepada Agong, kerana tidak mengikut selera DAP dan PKR,” katanya.
Pada sidang media yang sama, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Hafnan Hamimi Taib Azamudden berkata MMKN menangguhkan banyak fatwa.

'Ceiba Chodatii': Pemuda Amanah gesa SPRM siasat


Sebatang pokok Ceiba Chodatii yang diimport dari Brazil sebagai mercu tanda Bandar Baharu Kuala Nerus bernilai RM180,000Sebatang pokok Ceiba Chodatii yang diimport dari Brazil sebagai mercu tanda Bandar Baharu Kuala Nerus bernilai RM180,000
Isu pembelian tiga batang pokok 'Ceiba Chodatii' di Kuala Nerus, Terengganu melebihi setengah juta ringgit memerlukan campur tangan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Hasbie MudaHasbie MudaKetua Pemuda Amanah Terengganu, Hasbie Muda berkata, siasatan badan berautoriti berkenaan penting bagi menjawab status sebenar pembelian pohon yang habitat asalnya dari Amerika Selatan itu.
"Ya, memang pihak JKR (Jabatan Kerja Raya) sudah menafikan pokok yang juga digelar benang sutera itu diperoleh tanpa menggunakan dana negeri sebaliknya ditanggung pihak kontraktor.
"Namun, pihak kontraktor terbabit identitinya masih belum didedahkan lagi. Rakyat Terengganu umumnya masih tertanya-tanya. Wajar benar SPRM siasat sebab dilapor bahawa pembelian pokok itu tidak termasuk skop projek," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Menurutnya, pembelian pokok dengan sebatang menelan kos sebanyak RM180,000 sebagai mercu tanda Bandar Baharu Kuala Nerus memang menjolok mata ketika majoriti masyarakat nelayan di kawasan terbabit tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah.
"Harga pokok jauh dengan realiti kemiskinan yang dialami majoriti rakyat. Sebarang keputusan hatta memilih objek untuk dijadikan mercu tanda pun biarlah adil dan bersesuaian dengan realiti sosio-budaya dan sosio-ekonomi masyarakat tempatan," tambahnya lagi.
Terdahulu, Pengarah JKR Terengganu, Ir Ab Hamid Md Daud dalam kenyataannya hari ini meminta orang ramai tidak membuat apa yang dianggapnya sebarang spekulasi liar berhubung isu pokok tersebut.
Beliau menafikan pembelian pokok 'Ceiba Chodatii' yang diimport dari Brazil itu melibatkan sebarang kos kewangan kerajaan negeri.

Masihkah PAS mahu menentang kleptokrasi?

Skandal korupsi bertahap mega, salah guna kuasa dan tadbir urus buruk pemerintahan Datuk Seri Najib Razak dan BN sudah diketahui umum.
Namun rakyat tetap menunggu satu gabungan yang kuat untuk menggantikan BN sebagai kerajaan Persekutuan.
Dari sinilah timbulnya hasrat di kalangan rakyat untuk melihat pembangkang persekutuan bersatu tenaga menewaskan BN dan membentuk kerajaan baru.
Atas keperluan yang mendesak bagi menyelamatkan Malaysia daripada tangan para kleptokrat, Lim Kit Siang telah menghulurkan salam perdamaian kepada PAS.
Beliau mengajak agar usaha menyelamatkan Malaysia ini diutamakan terlebih dahulu.
Ia sepatutnya meletakkan agenda bersama barisan pembangkang negara - yang disokong oleh kebanyakan rakyat - lebih ke atas berbanding perkara-perkara lain.
Malang sekali, salam perdamaian itu ditepis dengan kasar sekali. Dengan alasan Lim dan DAP anti-Islam. Sebelum ini tuduhan itu biasanya dilontarkan hanya oleh Umno.
Namun, apakah sebenarnya keutamaan pembangkang ketika ini?
Sebagai seorang yang pernah berada dalam kelompok usrah PAS dan mengalami sendiri tarbiyah parti itu di kampus, saya masih ingat dalam tamrin demi tamrin kami, sering kali diselitkan bahawa menentang pemimpin zalim itu adalah keutamaan gerak kerja siasah atau politik jemaah.
Rakyat ingin tahu
Berulang kali kami diingatkan bahawa Allah berfirman (bermaksud): "Janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka." (Hud: 113)
Malah sering diulang-ulang - baik ketika tamrin mahupun kuliah - kata-kata Sufyan at-Tsauri bahawa, tukang jahit baju pemimpin yang zalim itu sendiri termasuk dalam kelompok zalim.
Jika diturut apa yang diajarkan itu, keutamaan PAS tentulah senada dengan seruan Lim iaitu untuk menyelamatkan negara dari kezaliman-kezaliman Umno dan BN.
Apakah bagi PAS, Umno di zaman Najib sudah tidak zalim lagi meskipun pelbagai undang-undang mengarut digunakan untuk menekan pejuang-pejuang rakyat, manakala kleptokrat berleluasa menyamun kekayaan negara?
Kerusi-kerusi DAP tidak akan terjejas teruk tanpa kerjasama dengan PAS pada pilihan raya akan datang. Namun atas jiwa besar dan mahu melihat pembangkang berada dalam satu saf yang kukuh atau sekurang-kurangnya mengelakkan pertembungan tiga penjuru, DAP menghulurkan salam perdamaian.

PAS: Betul kata Hadi, kerajaan DAP-PKR abai orang Islam

Kerajaan Pulau Pinang gagal bela kampung warisan Melayu, berat sebelah terhadap penjaja, menyebarkan Islam liberal dan menambak lubuk udang nelayan.
Fauzi-Yusoff--penang-1
BUTTERWORTH: PAS Pulau Pinang hari ini mempertahankan presiden mereka yang dikatakan mendakwa kerajaan DAP-PKR mengabaikan orang Melayu dan Islam.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff berkata Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan yang tepat, apabila didakwa mengatakan kerajaan DAP-PKR gagal melindungi hak orang Melayu dan Islam.
Beliau memberikan contoh kampung warisan Melayu yang wujud sejak 1700an tidak dilindungi, yang dijanjikan DAP dan PKR dalam manifesto Pakatan Rakyat.
“DAP dan PKR melalui kuasa di dalam kerajaan Pulau Pinang didapati tidak melaksanakan manifesto untuk mewujudkan ‘persempadanan perkampungan warisan Melayu’.
“Berdasarkan maklumat yang direkodkan, terdapat 25 buah kampung warisan Melayu di Pulau Pinang terhapus sejak zaman pemerintahan BN hingga kini, akibat projek pembangunan,” katanya pada sidang media di Markas Tarbiah PAS Pongsu Seribu, Kepala Batas hari ini.
Fauzi berkata pihak berkuasa tempatan tempatan berat sebelah dalam menguatkuasakan undang-undang terhadap penjaja Melayu dan bukan Melayu yang melanggar peraturan.
Katanya gerai penjaja Melayu yang berniaga di kawasan luar bandar, termasuk gerai milik orang kelainan upaya, dirobohkan kerana melanggar peraturan PBT.
“Penjaja bukan Melayu yang berniaga di Jalan Baru, sekitar Komtar, Jalan Chulia dan sekitar Kompleks Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di Sungai Ara tidak diambil tindakan walaupun dilaporkan melakukan kesalahan yang sama.
“Wakil PAS di MBPP pernah membantah tindakan dwi standard ini. Namun, disanggah wakil DAP dengan alasan penjaja Melayu yang dirobohkan gerai tersebut ‘kumpulan yang cenderung kepada UMNO’ dan ‘tidak perlu dipertimbangkan rayuan mereka'” katanya.
“Bahkan, wakil PAS tersebut pula dituduh rasis dan pro-UMNO semata-semata kerana mempertahankan penjaja Melayu berkenaan,” kata Fauzi.
Fauzi berkata perkara lain seperti penyebaran Islam liberal, melanggar fatwa kerajaan negeri dan bantahan terhadap pindaan Akta Mahkamah Syariah menunjukkan kerajaan Pulau Pinang tidak peduli akan orang Islam.
“Langkah DAP dan PKR untuk mewujudkan 3 buah pulau di Teluk Kumbar bagi membiayai kos projek mega Penang Transportation Master Plan (PTMP) memberi implikasi negatif terhadap ribuan penduduk Melayu Islam yang menetap di kawasan berkenaan.

LANTIK PENDAKWA BEBAS KHAS (“SPECIAL INDEPENDENT PROSECUTOR”) UNTUK BUKA KEMBALI KES DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK


Penjelasan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali semalam berkenaan keputusan beliau menutup kertas siasatan terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak berhubung skandal dana RM2.6 bilion dan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd tidak dapat diterima umum. Bukan sahaja alasan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak telah memulangkan kembali “derma” yang diterimanya itu tidak masuk akal, malah ada beberapa perkara asas yang tidak dijawab oleh beliau.

Berhubung pemindahan dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd, Tan Sri Apandi Ali seolah-olah lupa bahawa SRC International Sdn Bhd adalah anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc). Sebab itu saya terus bertanyakan siapa yang bertanggungjawab meluluskan pemindahan dana itu dari SRC International Sdn Bhd kerana pegawai teratas yang bertanggungjawab adalah tidak lain dan tidak bukan Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan.

Oleh yang demikian, alasan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak tahu menahu sebanyak RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd dipindahkan ke akaun peribadinya tidak boleh menyelamatkan beliau dari dakwaan, atas asas-asas berikut:

1. Mengambil kira bahawa beliau adalah pegawai teratas yang bertanggungjawab kepada keputusan SRC International Sdn Bhd di atas kapasiti beliau sebagai Menteri Kewangan, adalah mustahil beliau tidak mengetahui mengenai keputusan memindahkan dana itu. Besar kemungkinan beliau sedia maklum dan pemindahan itu berlaku dengan mendapat kelulusan mengikut prosedur Kementerian Kewangan. Jika ini keadaannya, Dato’ Seri Najib Tun Razak sepatutnya didakwa atas tuduhan pecah amanah kerana dana dari syarikat awam di bawah kawalan beliau dipindahkan ke akaun peribadi beliau;

2. Jika beliau berkeras beliau tidak tahu menahu mengenai pemindahan tersebut, ini bermakna beliau telah cuai dalam menjalankan amanah sebagai pegawai teratas yang bertanggungjawab menguruskan syarikat awam iaitu SRC International Sdn Bhd. Dalam keadaan ini, Dato’ Seri Najib Tun Razak juga sepatutnya didakwa di atas tuduhan cuai dan lalai dalam menjalankan tanggungjawab sehingga menyebabkan kerugian dana awam.

Dalam kedua-dua keadaan, ada kes yang kukuh untuk mendakwa Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Larangan Perjalanan: Senyap Najib tanda tunduk M'sia pada AS

Tiadanya kenyataan dibuat Datuk Seri Najib Razak terhadap larangan perjalanan Presiden Donald Trump menunjukkan Malaysia kini tunduk kepada AS dan China, kata Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
"Kita bukan saja tunduk kepada AS malah semakin tunduk kepada komunis China dengan membenarkan dominasi ekonomi besar-besaran," kata anggota parlimen Kuala Terengganu itu dalam kenyataannya hari ini.
Perdana menteri memang sudah lama dikritik kerana membenarkan pembabitan pemaju China dalam projek pembangunan di negara ini.
Sesetengah pihak malah mendakwa Najib "menjual" Malaysia kepada China.
Perkembangan terbaru pula menyebabkan Najib didesak supaya memberikan kenyataan atau bertindak ekoran larangan dikuatkuasakan AS yang melarang kemasukan rakyat Iran, Iraq, Libya, Sudan, Somalia, Syria dan Yaman mulai Jumaat lalu.
Larangan itu berkuat kuasa selama tiga bulan.
Ia adalah antara langkah awal diambil Trump selain membawa Rumah Putih keluar daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ditandatangani Barack Obama.
Pada 4 Disember lalu Najib hadir ke suatu perhimpunan solidariti untuk etnik Rohingya di Stadium Mini Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Katanya, himpunan solidariti itu bertujuan untuk memberi mesej kepada kerajaan Myanmar bahawa Malaysia membantah penganiayaan dilakukan ke atas etnik Rohingya di negara itu.
Pada majlis itu Najib berkongsi pentas dengan pelbagai pertubuhan, termasuk PAS yang diwakili presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sokong pindah kedutaan
Untuk makluman, etnik Rohingya adalah penganut Islam yang berada di Myanmar namun tidak diiktiraf sebagai warganegara mereka.
Pada 19 Januari lalu pula perdana menteri menggesa dalang kepada serangan yang dilakukan ke atas etnik Rohingya itu dibawa kemuka pengadilan.
Katanya, Myanmar juga harus segera menghentikan tindakan berbentuk diskriminasi dan serangan terhadap sesuatu etnik.
Selain itu perdana menteri turut mendesak supaya Naypyidaw menyediakan akses tanpa had kepada bantuan kemanusiaan untuk disalurkan kepada kawasan mengalami krisis kemanusiaan berkenaan.
Raja Bahrin berkata, Malaysia "merindui" pemimpin negara yang bersuara untuk pihak yang lemah atau negara Dunia Ketiga, dan negara luar mengagumi keberanian serta pendirian kerajaan.

Usah menjadi tongkat buat elit penguasa yang kian lumpuh


Oleh Ahmad Lutfi Othman
Apabila lebih 50 penulis merakamkan pengalaman kewartawanan saya dalam buku Lorong Sunyi Media Bebas, sebenarnya dunia penulisan saya selama hampir 30 tahun sudah menjadi sejarah dan kenangan.

Selama diuji dengan keuzuran berpanjangan, saya tidak mampu lagi melakarkan idea atau sekurang-kurangnya memberi makna dan tafsiran terhadap pergolakan politik di sekeliling. Hanya keresahan dan sesekali kebingungan menghimpit. Namun, kesakitan juga memberi kesempatan untuk mengenal diri, melatih untuk reda dan ikhlas.
"Selalunya buku tribute dihasilkan selepas seseorang itu meninggal dunia, tapi saya bernasib baik dapat membacanya semasa nyawa masih dikandung badan," kata saya selepas menatap Lorong Sunyi sebaik saja siap dicetak.
Buku setebal lebih 800 halaman itu -- yang dilancarkan sebanyak dua kali oleh Dr Syed Husin Ali dan Dr Redzuan othman -- hasil tanggapan teman-teman termasuk sahabat rapat mengenai perjuangan kebebasan akhbar yang saya rasa sepi dan keseorangan.
Terkenang bagaimana sukarnya mencari rakan-rakan wartawan yang sanggup melakukan gimik mengusung keranda Detik "yang sudah mati", apabila majalah pro-Reformasi dua kali sebulan itu diharamkan KDN selepas Pilihan Raya Umum 1999 yang menyaksikan kebangkitan majoriti pengundi Melayu menolak Umno-BN.
Bertempat di tingkat dua, pejabat penerbitan saya di Medan Idaman, Gombak, kami hanya bertiga mengangkat keranda Detik sedangkan ia sekurang-kurangnya memerlukan empat orang. Detik ketika itu dicetak lebih 100,000 naskhah dan dianggap seteru Umno kerana berjaya mempengaruhi kecenderungi pengundi terutama di utara Semenanjung.
Akhbar Harakah yang turut menjadi mangsa pancungan KDN, dikurangkan kekerapannya daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan -- sekali gus mematikan fungsinya sebagai sebuah akhbar -- dan mencatat sejarah apabila diedarkan hampir 400,000 naskhah.
Saya kira Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Dalam Negeri, Abdullah Ahmad Badawi ketika itu mungkin turut terkejut dengan respons pasif masyarakat terhadap amalan primitif KDN. Idealisme kebebasan akhbar rupanya kurang dihayati, termasuk oleh warga media. Tiada tunjuk perasaan atau aksi protes besar-besaran.
Dan sehingga kini, walaupun selepas melalui pengalaman panjang menuntut hak asasi bersuara, isu-isu berkaitan media bebas jarang mendapat reaksi yang sepatutnya. Kempen menghapuskan kezaliman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) disambut hebat dan demonstrasi raksasa di tengah kotaraya Kuala Lumpur menjadi saksinya, sehingga akhirnya hukum rimba itu terpaksa dimansuhkan. Namun, kongkongan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan seolah-olah dipandang sepi, sekali gus dibiarkan bermaharajela.
Sebenarnya dunia kewartawanan saya tidak boleh dipisahkan dengan pengalaman berkaca Harakah. Bermula dengan jemputan Ustaz Nakhaie Ahmad, Naib Presiden Pas, dibimbing wartawan-penulis politik terkemuka, Haji Subky Abd Latif, saya menyertai lidah rasmi Parti Islam itu seminggu sebelum keluaran sulungnya diterbitkan.
Cerita Harakah adalah kisah pahit manis pengorbanan. Sokongan daripada ahli dan penyokong akar umbi, termasuk mendahulukan duit saku masing-masing. Juga kesediaan petugasnya untuk berkhidmat dengan tekun, begitu juga semangat tinggi rangkaian pengedarannya. Ramai menghulurkan bantuan termasuk dari sahabat-sahabat dalam media arus perdana.
Sehingga dilantik Ketua Pengarang pada Februari 2006, sebenarnya sudah beberapa kali saya keluar-masuk Harakah. Kadang-kadang dalam tempoh itu saya terpaksa mengundur diri kerana isu-isu dalaman tertentu, termasuk berbeda pendapat dengan Pengarah Urusan. Saya akur dengan disiplin parti dan peraturan organisasi walaupun terpaksa memendam rasa menggigit keyakinan pada kebebasan akhbar.
Justeru, ada teman-teman, termasuk penulis dalam Lorong sunyi Media Bebas, yang menyifatkan saya tidak sesuai menerajui organ parti. Katanya, Lutfi sebagai pejuang kebebasan media akan menempuh situasi sukar apabila parti memutuskan sesuatu dasar atau pendirian politik yang mungkin bercanggah dengan keyakinannya. Tambahnya, Lutfi lebih cocok dan sepadan dengan penerbitan bebas yang tidak dikawal parti politik.

KERJASAMA YANG LUAR BIASA


Tarikh 2hb Februari ini amat penting sekali kepada politik negara. Kata kawan-kawan, inilah hari pertemuan yang akan menentukan sama ada Pas akan bekerjasama atau tidak dengan Bersatu dalam PRU 14 nanti. Saya pun sebenarnya tidaklah mengetahui apa bentuk kerjasama yang akan dibincangkan oleh Bersatu dan Pas nanti, tetapi saya harap mereka beritahulah kepada orangramai perkara utama perbincangan mereka dan sama ada mereka berjaya atau tidak dalam usaha itu.
Sudah tentunya, Amanah dan DAP tidak termasuk dalam perbincangan itu. Pas menggangap Amanah dan DAP sebagai musuh yang tidak boleh dimaafkan. Bagi mereka Tun Dr Mahathir Mohamad pun tidak berguna langsung, malah mereka mahu bekas Perdana Menteri itu bertaubat terlebih dahulu. Inilah sikap sombong ulama-ulama Pas.
Nampaknya Bersatu rela ketua mereka diperhinakan sebegitu rupa, semata-mata kerana mahu “satu lawan satu” menjadi kenyataan. Apa maksud “satu lawan satu?” Bagi Bersatu mereka mahu kerusi-kerusi yang mereka tandingi tidak akan ditandingi oleh Pas, manakala Bersatu pula tidak akan meletakkan calon di mana Pas bertanding.
Bersatu parti baru dan untuk memenuhi janji mereka kepada orang Melayu, maka mereka mestilah bertanding di kerusi-kerusi UMNO. Jadi, kita tunggulah sejauh mana Pas akan memberi laluan kepada Bersatu dalam 60 kerusi yang mereka tandingi dalam PRU13 dahulu.
PKR juga mestilah memberi laluan kepada Bersatu di kerusi-kerusi yang mereka berlawan dengan UMNO kerana kalau tidak, tidak ada ertinya usaha “satu lawan satu” yang diidamkan itu. Tidak ada erti juga kerjasama dengan Pas yang giat diusahakan selama ini. Amanah pun mestilah sanggup memberi laluan kepada Bersatu di semua kerusi pilihan Bersatu untuk bertanding, jika tidak, turut sia-sialah juga usaha mewujudkan kerjasama dengan Pas itu.

Kos pelabuhan Pulau Carey hampir menyamai bajet negara

Kos RM200 bilion untuk projek itu hampir menyamai RM260 bilion bajet nasional 2017 dan memerlukan beberapa generasi untuk membayarnya jika projek gagal.
liew-chin-tong
PETALING JAYA: DAP berkata kos pembinaan projek pelabuhan bandar industri RM200 bilion di Pulau Carey, Selangor terlalu besar dan hampir menyamai RM260 bilion bajet nasional untuk tahun 2017.
Ahli Parlimen Kluang Liow Chin Tong berkata jumlah itu memerlukan masa dan beberapa generasi untuk membayarnya jika projek yang dicadangkan gagal.
“Rakyat Malaysia masih tidak faham, kenapakah kita memerlukan sebuah Pelabuhan Klang baru apabila Pelabuhan Barat (Westport) sudah melakukan cadangan membesarkan pelabuhan.
“Apakah projek ini masih berdaya maju dengan adanya kapasiti pengendalian kontena yang terlalu banyak atau berlebihan di Selat Melaka?
“Atau ini satu permainan hartanah menggunakan cadangan pembinaan pelabuhan sebagai topeng?” kata wakil rakyat DAP itu dalam satu kenyataan hari ini.
Cadangan pelabuhan terbaharu di Pulau Carey meliputi kawasan selepas 100km persegi, di bawah zon bebas dagangan, serta mempunyai zon perumahan, komersil dan prasarana sokongan.
Sebelum ini, Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) tekad meneruskan projek ini dan percaya ia sebagai persediaan masa depan.
Pengerusi LPK Tan Sri Kong Cho Ha berkata kompleks pelabuhan ini melengkapkan kemudahan di Pelabuhan Klang, Westport dan Northport serta tidak mengancam projek pelabuhan baharu di Melaka.

Mengapa PAS desak siasat Tun M, membisu terhadap Najib?


Raja Bahrin Shah

Saya membaca dengan kaget cadangan Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Nurul Islam agar dibuka kembali kes BMF yang dikaitkan dengan Tun Mahathir. Memberi cadangan itu adalah hak beliau dan saya tidak mahu berhujah mengenainya.
Raja Bahrin ShahWalau bagaimanapun, suka untuk saya berbahas mengenai keutamaan yang lebih penting dan kritikal hari ini untuk disiasat iaitu berkenaan kes yang menjadi perhatian media antarabangsa, tidak lain skandal 1MDB.
Cadangan tersebut ibarat seperti meminta agar siasatan tentang tenggelamnya Kapal Titanic dibuat namun tidak pula mendesak untuk menyiasat kes baru, sebuah kapal besar bernama Malaysia yang sedang hampir tenggelam hari ini yang mana kesannya ternyata jelas lebih besar kerana melibatkan kredibiliti dan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Nilai mata wang kita terus menjunam jatuh dan pelabur lari meninggalkan negara kita. Adakah dengan membuka kembali siasatan terhadap skandal kes BMF akan menyelesaikan masalah hari ini? Menurut pandangan saya, hanya dengan membuka kertas siasatan terhadap skandal 1MDB akan membantu memulihkan kembali nama Malaysia.
Sebagai Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan yang mewakili kelompok belia dan pemimpin masa depan, Nurul Islam seharusnya menyentuh isu-isu semasa yang mampu memberi kesan kepada generasi akan datang. Adakah beliau maklum mengenai kes 1MDB dan penyingkiran Peguam Negara semasa siasatan dijalankan? Dan kes pembunuhan pegawainya, Kevin Morais. Adakah Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan juga maklum mengenai penyiasatan dan pendakwaan kes berkait 1MDB di Switzerland, Amerika, Singapura, Hong Kong, Australia dan Abu Dhabi?
Adakah Nurul Islam tidak mengambil peduli tentang penglibatan 1MDB dalam kes pengubahan wang haram di pusat pengubahan wang haram terbesar dunia di Pulau Cayman serta pelaburannya di dalam dua kelab malam melalui individu dari Abu Dhabi di Las Vegas yang menjadi sumber penajaan jemaah haji menggunakan hasil wang pelaburan ini?
Semua ini adalah isu semasa yang harus diambil perhatian kerana ia masih boleh diperbetul dan ditangani. Mengapa gesaan untuk meneruskan siasatan terhadap kes BMF dituntut sedemikian rupa namun bersikap seolah tutup mata terhadap penyelewengan-penyelewengan 1MDB oleh Najib Razak?
Mengapa begitu beria serangan dibuat terhadap Tun Mahathir, pemimpin yang sudah tidak lagi mempunyai kuasa namun menutup mata terhadap skandal besar Perdana Menteri hari ini? Nurul Islam harus menghidupkan keizzahan namanya bukan sebaliknya menghinakan nama yang diguna melalui sikap sedemikian. Seorang Ketua pemuda Pas Wilayah Persekutuan menyerang seorang bekas Perdana mentri berusia 91 tahun yang tidak lagi berkuasa sementara Perdana Menteri Najib Razak yang menerajui 1MDB yang disiasat sembilan buah negara tidak disentuh.

Bekas gabenor letak jawatan kerana orang lain, kata Nur Jazlan

Nur Jazlan berkata tindakan bapa mertuanya, Jaffar Hussein sesuati yang jarang berlaku dalam kerajaan walaupun pada hari ini.
jazlan-1
PETALING JAYA: Kebenaran di sebalik peletakan jawatan bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) akhirnya terbongkar 2 dekad selepas peristiwa berlaku, kata Nur Jazlan Mohamed.
“Beliau meletak jawapan hari April Food (1 April) 1994, kerana kesalahan orang lain,” kata timbalan menteri dalam negeri melalui Twitter hari ini.
Nur Jazlan menantu kepada Jaffar Hussein, gabenor BNM 1985-1994 yang meninggal dunia pada 1998, 4 tahun selepas meletak jawatan.
Kenyataan Nur Jazlan itu menyusuli pendedahan Datuk Abdul Murad Khalid, bekas penolong gabenor BNM, yang mendakwa bank pusat itu kehilangan berbilion dolar akibat dagangan mata wang asing pada awal 1990an ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.
Beliau mendakwa kerugian tukaran mata wang asing lebih besar dari yang dilaporkan dan dalam bentuk dolar AS, tetapi tiada siasatan dilakukan ke atas mereka yang bertanggungjawab.
Nur Jazlan memuatnaik twit memaparkan keratan wawancara Murad oleh New Straits Times, bertajuk “US$10 bilion bombshell”.
Nur Jazlan juga menaikkan keratan muka hadapan Utusan Malaysia yang menampilkan gambar Jaffar, bertajuk “Saya silap – Gabenor”, dengan tajuk kecil “Bank Negara rugi RM5.7 bilion tahun lalu”.
“Bapa mertua saya meletak jawatan kerana rasa bertanggungjawab ke atas kesilapan orang lain, sesuatu yang jarang berlaku dalam politik dan kerajaan walaupun pada hari ini.
“Kesalahan seperti itu selalunya disentuh sepintas lalu demi perpaduan dan kestabilan, hanya didedahkan pada masa yang sesuai beberapa tahun kemudian,” kata Nur Jazlan.
Bercakap kepada FMT, bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata beliau tidak tahu keseluruhan peristiwa itu.
Bagaimanapun, kenyataan Murad mengatakan pihak tertentu yang sebenarnya bertanggungjawab untuk skandal yang menggemparkan awal 1990an itu.

BAGAIMANA PAS NAK MENANG 40 KERUSI?

Presiden Pas, Hadi Awang dilaporkan mahu parti itu menang sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum akan datang.

Selain itu, katanya, Pas juga perlu mempunyai kedudukan yang kukuh dan kuat melalui strategi mempertahankan Kelantan dan Selangor, selain memerintah semula Kedah dan Terengganu.

Besorrnya cita-cita  Hadi Awang dan Pas?

Tidak cukup dengan sebelum ini bertegas mahu 70 kerusi Parlimen yang ditandingi dalam pilihanraya 2013 lalu tidak diganggu, kini bercita-cita pula menang 40 kerusi daripadanya dan kekal berkuasa di Kelantan, berkongsi kuasa di Selangor serta menawan semula Kedah dan Terengganu.

Bolehkah semua impian itu dicapai?
Ketika Pas bersendirian dahulu, berapa banyak kerusi Parlimen yang pernah mereka menangi?

Jika kita masih ingat,  jumlah terbanyak pernah dimenangi Pas ialah pada pilihanraya 1999 dan 2008 iaitu 27 dan 23 kerusi Parlimen, manakala ketika bersendirian pula jumlah yang dimenanginya tidak pernah lebih daripada 10 kerusi.

Tetapi, apakah Pas sedar bahawa pada 1999 itu mereka bekerjasama dengan PKR dan mendapat laba selepas pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, manakala pada 2008  kerana dibantu dengan jalinan kerjasama bersama PKR dan DAP?

Ketika bersendirian dahulu dahulu, berapa negeri yang pernah ditawan oleh Pas?

PAS, Umno kongsi pentas lagi 3 Februari

Wakil 2 parti itu akan turut serta dalam pelancaran bantuan kemanusiaan menggunakan kapal Nautical Aliya, yang membawa 1,500 tan bekalan makanan dan ubat-ubatan ke Myanmar.
nasruddin
PETALING JAYA: PAS mengesahkan parti Islam itu sekali lagi akan berkongsi pentas dengan Umno pada majlis pelancaran misi “Food Flotilla For Myanmar” yang dijadualkan bertolak ke Myanmar pada 3 Februari.
“Insya-Allah. Ada wakil PAS yang hadir,” kata Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan ketika dihubungi FMT bagi mengesahkan perkara itu.
Misi pelayaran Flotilla akan bertolak dari Pelabuhan Klang selepas solat Jumaat bagi membantu kira-kira 70,000 orang di Teknaf, Bangladesh dan hampir 150,000 orang di Sittwe, Myanmar.
Lebih 240 delegasi yang mewakili 40 badan bukan kerajaan (NGO) dari dalam dan luar negara akan turut serta dalam kerja mengedar bantuan, merawat, mendirikan khemah, memasak dan melihat keperluan kanak-kanak dan wanita di kem pelarian Rohingya.
Menggunakan Kapal Nautical Aliya, misi itu akan membawa 1,500 tan bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada masyarakat yang terjejas di Rakhine, barat Myanmar
Bagaimanapun, Nasruddin tidak dapat mengesahkan sama ada Presiden PAS Datu Seri Abdul Hadi Awang akan menyertai majlis pelancaran itu atau tidak.
Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata PAS akan menyertai majlis pelancaran misi itu.
Najib berkata kerjasama dengan PAS itu bersandarkan isu umah sejagat dan Islam, bukannya atas dasar politik.

Isu BMF diungkit untuk alih perhatian dari 1MDB?

Peguam Haniff Khatri Abdulla mendakwa skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dimainkan semula dan dikaitkan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bertujuan untuk mengalih perhatian ramai daripada isu 1MDB.
Katanya Datuk Seri Najib Razak menggunakan taktik "menyerang adalah cara terbaik untuk mempertahankan diri" bagi menutup perbincangan mengenai syarikat pelaburan milik kerajaan itu.
Sebaliknya, kata Haniff Khatri, kerajaan kini menuding jari kepada Dr Mahathir dan skandal BMF.
“Taktik ini dapat dilihat dengan percubaan untuk salah kait isu skandal BMF dengan Dr Mahathir semata-mata.
“(Ia) kerana skandal itu didedahkan pada era kepimpinan Dr Mahathir walaupun asal-usul skandal itu bermula sebelum zaman kepimpinan Dr Mahathir sebagai perdana menteri," katanya.
Selasa lalu, laporan Agensi Perisikan Pusat (CIA) membayangkan kerajaan pimpinan Dr Mahathir sedar berlaku urusan meragukan pada BMF yang mengakibatkan kerugian kira-kira AS$1 bilion pada 1980-an.
Sementara itu, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Abdul Murad Khalid pada Jumaat lalu mendakwa bank pusat kerugian AS$10 bilion dalam pasaran pertukaran asing pada era Dr Mahathir.
Minta PM beri penjelasan
Murad berkata walaupun mengakibatkan kerugian besar, tetapi tidak ada siasatan berhubung perkara itu.
Dr Mahathir dalam responsnya berhubung dakwaan berkaitan BMF itu dengan menuduh CIA berkonspirasi terhadapnya.
Beliau juga menulis di blognya untuk menunjukkan perbezaan antara skandal BMF dan 1MDB, seperti laporan CIA berkaitan skandal BMF tidak mengaitkan perdana menteri.
Mengulas lanjut, Haniff berkata Najib meneruskan usaha mengalih perhatian ramai dengan meminta supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) menjalankan siasatan dalamannya sendiri berhubung kerugian itu.
“Tanpa perlu mendalami isu dakwaan kerugian tukaran asing pada 1990-an itu, di tahap ini, di sini, apa yang lebih penting untuk rakyat yang prihatin selami dan fahami adalah percaturan jahat pihak Najib.

Amanah akan kaji konsep pembangunan di Forest City dengan Dubai


Pimpinan Amanah Johor ketika mengadakan lawatan di tapak Forest City semalam.Pimpinan Amanah Johor ketika mengadakan lawatan di tapak Forest City semalam.
Parti Amanah Negara (Amanah) menyatakan pendirian tidak akan menolak sebarang bentuk pembangunan di Johor membabitkan Forest City sekiranya ia memberi manfaat kepada rakyat dan tidak menjejaskan kedaulatan negara.
Timbalan Presidennya Salahuddin Ayub berkata, parti itu diperingkat awal akan mengadakan perbincangan untuk mengkaji bagaimana kejayaan Dubai yang dikatakan oleh perdana menteri sebagai contoh yang boleh dibandingkan dengan perancangan pembangunan di Forest City.
"Kita melihat tentang projek mega itu yang saya rasa Amanah ambil pendirian awal, tidak sama sekali menentang sebarang bentuk pembangunan yang diusahakan.
"Kita akan buat kajian lanjut konsep pembangunan Dubai itu dari segi pemilikan hartanah, konsep perniagaan, konsep pelaburan yang Dubai telah punyai pengalaman.
"Oleh kerana itu kami telah membuat beberapa pandangan awal perlu kepada suatu kajian yang benar-benar progresif sekirannya kita mahu bandingkan pembangunan Forest City dengan pembangunan di Dubai.
"Sama ada ia berbentuk hak milik kekal atau dalam bentuk berjadual atau seumpamanya," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Semalam beberapa kepimpinan Amanah Johor telah mengadakan lawatan tidak rasmi mereka ke Forest City.
Dalam lawatan selama dua jam itu turut dihadiri Naib Pengerusi Negeri Mazlan Aliman;Timbalan Pengerusi Negeri Zulkefli Ahmad;Speaker merangkap Ketua Komunikasi Amanah Negeri Onn Jaafar;Ishak Salleh Pengarah Strategi Amanah Johor dan; Abdullah Idris Eksekutif Kewangan Amanah Negeri.
Menurut Salahuddin lagi, dalam lawatan tersebut Amanah Johor ujarnya, akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas kajian itu dilakukan.
"Kita cuba mencari satu pendekatan diperingkat awal ini untuk mengkaji bagaimana Dubai yang dikatakan PM sebagai contoh yang ingin dibandingkan pembangunan di Forest City.
"Amanah negeri Johor akan mengeluarkan kenyataan rasmidan kita akan kita berikan beberapa pandangan balas yang positif yang tidak sama sekali kita menolak atau menentang sebarang bentuk pembangunan di Forest City hasil daripada dapatan itu kelak.

Saman Fitnah: Adakah berjuta datang ketika bicara Hadi kes pil kuda?

Adakah berjuta datang ketika bicara Hadi kes pil kuda?Peguam Mohd Fitri Asmuni yang pernah mewakili Presiden Pas berhubung kes saman pil kuda oleh pemimpin PKR berkata, kehadiran penyokong Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 2014 tidaklah mencecah jutaan orang.
Bahkan, ujarnya, kehadiran penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari bekas Ketua Pembangkang itu dibicarakan jauh lebih ramai termasuk dalam kalangan masyarakat bukan Melayu.
“Masa aku wakili Presiden Pas dalam kes Pil Kuda dulu, tak ada la berjuta umat Islam datang pun. Muka orang bukan Islam lagi la tak nampak. Kes DS Anuar Ibrahim jauh lebih ramai orang datang ‘support’ dia di Mahkamah sampai melimpah-limpah orang duduk di luar kawasan Mahkamah termasuk orang India dan Cina,” bidasnya hari ini.
Reaksi beliau yang dipetik daripada status Facebook itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan yang mendakwa jutaan umat Islam termasuk orang bukan Islam akan membela Abdul Hadi jika Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengambil tindakan mahkamah berhubung tuduhan anti-Islam.
Sehubungan itu, Fitri yang dahulunya Exco Pemuda Pas Perak menasihatkan supaya pemimpin Pas hari ini tidak lagi mengulangi tindakan mengeluarkan kata-kata yang berunsur fitnah.
“Nasihat aku, jangan ulangi kesilapan dua kali. Menang dulu pun kerana kelemahan orang sana, bukan kerana kekuatan kes dia. Aku yang ‘interview’ dia, aku tahulah ceritanya. Tapi biarlah rahsia,” jelasnya yang juga bekas pemimpin Pemuda Amanah Perak itu lagi.
Pada 5 Disember 2013, bekas calon PKR Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Besi Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Abdul Hadi selepas pemimpin nombor satu Pas itu mendakwa terdapat calon PKR menjual pil kuda.
Tuduhan Ahli Parlimen Marang tersebut merupakan alasan untuk Pas meletakkan calonnya bertanding di Dun tersebut sehingga mengakibatkan pertandingan tiga penjuru.

Tindakan Pas tolak DAP, Amanah jejas pembangkang


KOTA BHARU - Tindakan Pas yang berterusan menolak pelawaan DAP dan Amanah untuk bekerjasama dalam PRU14 nanti memungkinkan kerjasama parti itu dengan pembangkang lain juga akan terkubur.
Penganalisis politik, Dr Rusdi Omar berkata, Pas tidak mungkin boleh bekerjasama dengan parti pembangkang lain tanpa parti ini kerana kedua-duanya berada dalam Pakatan Harapan bersama PKR.
“Saya melihat hubungan antara Pas dengan DAP dan Amanah, agak mustahil untuk dipulihkan, sama ada oleh PKR serta Bersatu. Ini kerana mereka sudah melabelkan antara satu sama lain dengan istilah yang agak sukar digambarkan.
“Begitu juga dengan perasaan dendam dan tidak puas hati yang menebal dalam diri pemimpin masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Rusdi berkata demikian ketika mengulas perkembangan usaha DAP untuk kembali berbaik dengan Pas yang disuarakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang parti itu beberapa hari lalu.
Menurutnya, tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak mentah-mentah pelawaan Kit Siang untuk berdamai dan menjalin semula kerjasama dengan parti itu atas alasan DAP adalah parti yang chauvinis dan anti Islam.
“Sedangkan, jika mereka serius untuk menumbangkan BN pada PRU14, kedua-dua pemimpin ini perlu berbincang dan ketepikan isu-isu berbangkit sebelum ini. Jangan putuskan sesuatu sebelum berbincang kerana menggambarkan kita tidak matang berpolitik,” katanya.
Mengulas lanjut, Rusdi yang juga Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, pemimpin pembangkang perlu ‘cermin diri’ sebelum menempelak satu sama lain.

Pas sebagai parasit demokrasi


Strategi Pas ini sesungguhnya akan membazirkan undi rakyat, sekaligus merosakkan sistem demokrasi, mereka akan menjadi parasit demokrasi yang hidup menumpang pada salah satu antara dua kuasa besar politik dalam negara.Strategi Pas ini sesungguhnya akan membazirkan undi rakyat, sekaligus merosakkan sistem demokrasi, mereka akan menjadi parasit demokrasi yang hidup menumpang pada salah satu antara dua kuasa besar politik dalam negara.
Pas hari ini mengesahkan lagi matlamat mereka untuk menjadi "King Maker" dalam PRU ke 14 akan datang apabila mensasarkan untuk peroleh sekurangnya 40 kerusi pada Pru akan datang dan pada masa yang sama , turut mengakui bahawa sukar untuk mereka peroleh sejumlah kerusi yang melayakkan Pas membentuk kerajaan sendirian.
Sasaran 40 kerusi untuk dimenangi pada PRU14 adalah mengulangi sasaran Pas pada PRU12 iaitu untuk mendapatkan sekurangnya 40 kerusi parlimen, pada PRU13 yang lalu Pas telah mensasarkan 60 kerusi ini bermakna sasaran ini kembali menurun setelah tiada lagi kerjasama antara parti pembangkang sekaligus Pas akui secara tidak langsung bahawa pecahnya Pakatan Rakyat, telah menjadikan Pas semakin lemah, bukannya lebih kuat bersendirian sebagaimana pernah didakwa.
Menyasarkan 40 kerusi untuk dimenangi tanpa ada sekutu bermakna Pas telah bersedia untuk kalah di 183 kerusi lain atau 82% dari jumlah kerusi yang ada kepada dua teraju utama politik Malaysia, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.
Sasaran ini juga bermaksud Pas tidak serius untuk menjatuhkan Umno-BN dan menggunakan sentimen agama dan kaum untuk menjustifikasikan tindakan mereka ini. Sebagai sebuah parti yang senior dan terbesar, dengan jumlah ahli mencecah sejuta orang, Pas sepatutnya mensasarkan 112 kerusi dan berusaha keras untuk menjatuhkan Umno-BN dari tampuk kepimpinan, namun jika sekadar ini sasaran mereka maka jelas kemasukan mereka dalam politik dan pilihan raya adalah semata untuk mendapatkan jawatan melalui kaedah "makan keliling".
Kaedah ini akan membantu Pas untuk menumpang pada parti parti yang lebih besar terutamanya BN memandangkan Pas bertegas untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Dengan menumpang BN maka Pas akan peroleh jawatan di dalam kerajaan sekiranya BN menang PRU akan datang, dan jelaslah apabila sebuah parti yang mempunyai jumlah kerusi yang minoriti tidak akan mempunyai kemampuan untuk membela rakyat dan bangsa namun cukup untuk mendapatkan jawatan kepada pimpinan mereka.

Zaid ramal pertemuan PPBM-PAS rugikan Pakatan Harapan

Bekas menteri itu berkata hasrat "satu lawan satu" hanya akan menjadi kenyataan buat PPBM, bukannya parti lain dalam komponen Pakatan Harapan dan PAS.
zaidibrahimPETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim berkata pertemuan PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada 2 Februari ini hanya akan memberi keuntungan kepada satu parti saja.
Bekas menteri itu berkata hasrat “satu lawan satu” hanya akan menjadi kenyataan buat PPBM, bukannya parti lain dalam komponen Pakatan Harapan (PH) dan PAS.
“Apa maksud satu lawan satu? Bagi PPBM mereka mahu kerusi yang mereka tandingi tidak akan ditandingi PAS. Manakala PPBM pula tidak akan meletakkan calon di mana PAS bertanding,” katanya hari ini.
Sebelum ini, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad masih berlapang dada untuk meneruskan perbincangan pada 2 Februari ini walaupun dikecam pemimpin kanan PAS dan membidasnya sebagai angkuh dan diktator.
Malah, Dr Mahathir turut mengakui sesetengah pemimpin PAS berhasrat untuk mensabotaj kerjasama di antara parti Islam itu dan PPBM.
Zaid berkata beliau tidak melihat PPBM mempunyai kemampuan untuk memastikan PAS tidak meletakkan calon di kerusi yang ditandingi Amanah, DAP dan PKR.

DAP lupa kawan apabila ada sokongan kuat kata PAS

Nik Muhammad Zawawi Nik SallehSetiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Mohamad Zawawi Salleh mengganggap DAP sebagai sebuah parti yang lupa kawan apabila memiliki sokongan kuat pelbagai pihak.
Beliau berkata, DAP melakukan pengkhianatan dan tidak menghormati parti Islam ini melalui beberapa tindakan mereka yang dianggap keterlaluan ketika bersama Pas.
“Kita (Pas) hendakkan sebuah parti yang dapat kerjasama dan hormati satu sama lain.
“Ini tidak, bila kuat dia (DAP) lupa kawan, bila lemah baru cari kawan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Kelmarin, Penasihat DAP, Lim Kit Siang memaklumkan bahawa pihaknya akan berbincang dengan peguam berhubung kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini yang mengaitkannya sebagai anti Islam.
Mengenai perkara itu, Zawawi memaklumkan pihaknya tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya DAP ingin menyaman presiden Pas tersebut.
“Kalau dia (Kit Siang) nak saman, saman sajalah. Biar dia saman dulu, kita tengok macam mana,” katanya.
Dalam pada itu, Zawawi memaklumkan bahawa DAP sememangnya anti Islam berdasarkan kenyataan dikeluarkan pihak berkenaan sebelum ini yang mengkritik agama suci ini.
Katanya, Pas tidak pernah melakukan tindakan mengkritik agama lain di dunia ini sepertimana dilakukan oleh DAP.
“Disebabkan itulah, kita gelar mereka sebagai anti Islam kerana kritikan yang mereka sendiri keluarkan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki berkata, ugutan saman oleh Kit Siang  tidak memberi kesan kepada Pas sebaliknya masyarakat Islam akan semakin jelas dengan sikap sebenar DAP.
Katanya, DAP mengkhianati Pas dua kali iaitu semasa dalam Barisan Alternatif pada 2001 dan Pakatan Rakyat.

SPRM perlu laksanakan amaran, tidak pilih kasih

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad digesa tidak membuat pendakwaan terpilih tetapi bersifat menyeluruh termasuk individu politik terlibat skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, KEADILAN turut mengalu-alukan tindakan tegas SPRM kepada ahli politik didapati terlibat dengan rasuah.

“Kita alu-alukan jika SPRM betul-betul nak bertegas kepada mana-mana ahli politik yang dikaitkan dengan rasuah.
“Kita berpendapat tak patut hanya ambil tindakan kepada pegawai kerajaan sahaja tetapi juga kepada pihak lain yang terlibat membuat keputusan hingga menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit,” kata Tian Chua ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.
Katanya, kegagalan SPRM mengambil tindakan tegas terhadap kes rasuah berprofil tinggi hanya menjejaskan lagi kewibawaan SPRM.
Sebelum ini, Dzulkifli dalam temubual media berkata masa untuk ahli politik terlibat rasuah ditangkap akan tiba juga.
Katanya, SPRM tidak akan melepaskan ahli politik, ahli perniagaan, pegawai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau sesiapa sahaja terlibat rasuah.
“Kepada ahli politik yang korup, saya ada satu perkataan sahaja – tunggu,” katanya.

Pas mahu Islam memerintah - Hadi


ALOR SETAR - Pas perlu mengukuhkan kedudukan dengan mempertahankan Kelantan selain kembali  memerintah Terengganu dan Kedah, termasuk menerajui Selangor serta memperoleh sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun sukar  beroleh majoriti 112 kerusi namun Pas berasa bertanggungjawab mempertahankan Islam dan memastikan Islam memerintah negara ini.
“Jika kita berjaya, baharulah Umno tidak angkuh atau sombong seperti dahulu, selain membolehkan berlakunya perubahan politik dalam negara,” katanya pada Majlis Taklimat Khas Presiden dan Dana Sumbangan Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut, kelmarin.
Menurutnya, ketika itu Pas menjalin tahaluf siyasi bersama pembangkang hampir menumbangkan BN apabila memenangi 89 kerusi parlimen.  Pas  21 kerusi, PKR (30) dan DAP (38).
Katanya, wujud keadaan tidak seimbang dalam kedudukan politik dan jumlah kerusi Islam menyebabkan Pas melakukan muraja’ah semula terhadap tahaluf siyasi.
“Mungkin ada yang tidak menyedari kedudukan 89 kerusi pembangkang itu. Ini perlu difahami,  daripada 89 kerusi pembangkang, 39 adalah Islam dan 50 bukan Islam. Ada cadangan untuk lakukan undi tidak percaya untuk ubah kerajaan,” katanya.
Menurutnya, dengan menambah 30 kerusi bukan Islam dari BN, maka kerajaan boleh dijatuhkan sekali gus membentuk kerajaan baharu  dengan kedudukan Islam 39 kerusi dan bukan Islam 80 kerusi.
“Pas bukan bersikap perkauman namun realiti di negara ini yang harus kita akur, Islam merangkumi 65 peratus, Cina (25 peratus) dan India serta lain-lain (10 peratus), ia Siyasah Syar’iyyah yang perlu difahami,” katanya.
Abdul Hadi berkata, adakah wajar bagi kerajaan diperintah oleh Islam dengan 39 kerusi, di mana kerusi bukan Islam memiliki jumlah yang lebih besar?
“Ini tidak tepat, asas bangunan apa yang kita mahu letak di atasnya? Mereka yang tidak faham itu menubuhkan Amanah, manakala Tun Dr Mahathir Mohamad hanya mahu mempertahankan kedudukannya tanpa mempedulikan Islam,” katanya.

DAP utamakan kepentingan Malaysia, bukan China

Salah satu soalan yang kerap ditanya oleh editor media Cina adalah, “mengapa DAP amat menentang pelaburan China di negara ini?”
Setiap kali, saya kena tegaskan, bahawa kita tidak menentang pelaburan China atau dari mana-mana negara lain. Tetapi:

1.Ia mestilah berbentuk pelaburan – bermakna China yang harus mengeluarkan wang. Ia tidak boleh menjadi sebuah ‘pelaburan’ yang dibayar oleh rakyat Malaysia, tetapi dirangka kononnya sebagai “pelaburan China”.
Contohnya, projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL). Ia BUKAN pelaburan China. Sebaliknya kerajaan Malaysia yang menganugerahkan kontrak RM55 bilion itu kepada syarikat kepunyaan China.
2.Mahupun ia berbentuk kontrak, ia mesti menunjukkan nilai sepatutan (“value for money”) untuk rakyat Malaysia. Mengapa ECRL berjumlah RM55 bilion itu dianugerahkan tanpa tender terbuka kepada China? Apatah lagi perunding kerajaan telah menganggarkan kos projek tidak melebihi RM30 bilion? Ke mana perginya baki sebanyak RM25 bilion? Bayar hutang 1MDB?
3.Jangan lupa, projek ini dibiayai oleh pinjaman ‘murah hati’ dari bank kepunyaan negara China. Ia kena dibayar balik oleh generasi pembayar cukai masa depan. Adakah kita sedang mengorbankan kepentingan anak-cucu kita demi projek separuh masak dan untuk menutupkan skandal?
4.Seperti apa yang telah dijelaskan dengan baik oleh rakan seperjuangan saya, YB Liew Chin Tong, Malaysia berhak dan mampu memilih jenis pelaburan yang sesuai. Kita tak perlukan projek pelaburan asing yang memusnahkan industri hartanah seperti Forest City sedangkan kita tidak kekurangan kepakaran dalam sektor pembangunan hartanah.
Sebaliknya, mengapa syarikat teknologi China yang terkemuka, Huawei tidak membina pusat reka bentuk atau kilang pembuatannya di Malaysia?
5.Sebelum rakyat Malaysia, mahupun kaum Cina atau yang lain, terbawa-bawa dengan keghairahan pelaburan China, harus diingat sebahagian besarnya cumalah gembar-gembur. Gabungkan semua nilai MOU, tidak kira kontrak atau pelaburan, sensasikannya dan ta-da.. BN harap memenangi hati rakyat Malaysia – walaupun kebanyakannya tidak akan direalisasikan.
Masih ingatkah tidak lama dulu semasa pentadbiran Najib gembar-gemburkan pelaburan dari Timur Tengah? Mana hilangnya pelaburan itu sekarang?

Ketuanan Islam- Ketuanan Melayu- bahagian 2

Ada suatu komen dari orang yang tidak beri nama tapi mengepos komen nya pada jam 13.33. Jadi, kita rujuk dia sebagai 13.33. Respons saya kepada komen nya itu, adalah sebahagian dari hujjah saya mengenai isu ketuanan Islam dan ketuanan Melayu.
Komen yang saya maksudkan berbunyi demikian:-
Then tell us how u plak nk muliakan islam la...jgn kondem org yet u urself xde solution...but then jgn also bcome another politician...kita kena kaji secara menyeluruh...bla bla bla...no action talk only...i the end u r just justiying ur disagreement...but u disagree does not mean the whole malay muslim pun kene disagree like u...who r u? Rasul ke...no one says u cannot disagree but are u disagreeing based on sunnah or quran ke or nafsu? Itu beza antara intellectual person amd bodoh sombong
Kepada saya, orang ini bermain power game.  Tanpa menyebut nya, dia berkata: I am more Muslim than you. Itulah dia, pada asas nya ketuanan Islam. Islam adalah sebagaimaa aku menentukan nya;  jangan orang lain memandai2 memberi pandangan yang tidak selari dengan aku.
Ustaz yang mengaji Islam merasakan hanya jenis dia mampu mengeluarkan pandangan yang sahih, dan yang superior. Orang yang tidak bersetuju dengan pandangan  mereka, segera dilabel berhujjah mengikut nafsu dan oleh yang demikian, mengeluarkan pandangan yang inferior.Biarkan pakar agama yang membicarakan perkara2 ini.  Yang lain, dengar, tunduk dan ikut. Aku Tuan, kamu hamba. Rasmi hamba ialah tunduk dan ikut arahan Tuan.
Saya tidak ada masaalah untuk berlain pendapat tapi janganlah mengenepikan hujjah saya dengan merujuk hubungan dia dengan kuasa yang lebih tinggi. Bagaimana dia tahu  dia dapat endorsement dari kuasa tinggi? Semua orang boleh claim itu dan ini.
Orang lain berhujjah ikut nafsu, dia berhujjah ikut apa? Wahyu? Ilmu ladduni? Ilham mimpi? Saya  hanya mampu berhujjah dengan substance atau bahan antara dua telinga saya.Dan ianya bukanlah hidung saya.


Inilah sebetulnya saya kata ketuanan Islam. Custodian what is true Islam adalah dalam tangan orang sepemikiran 13.33. Mereka final arbiter mengenai apa Islam atau tidak Islam.  Sebetulnya, kebenaran atau truth hari ini mesti dihujjahkan. Ia dihasilkan melalui pencerahan, debat dan dailog. Tapi hari ini, kaedah2 seperti ini tidak lagi dipakai. Self- righteous indignation seperti komen yang diposkan oleh 13.33 itulah yang mahu dipaksa sebagai kebenaran.  Kebenaran tidak lagi dijumpai melalui pencarian peribadi yang kritikal dan dailog. Iklim dailog kita dipernuhi dengan dakwaan2 kebenaran yang bersaing yang dijeritkan secara keras tanpa sokongan pemikiran dan penalaran/reasoning. Kita lebih menyanjung dan memuliakan kepalsuan sesuatu kenyataan semata mata kerana pembicara nya menunjukkan dia ada kuasa membentuk realiti dengan fantasi peribadinya dan perasaan self-righteous nya. 
Perkara ini bukanlah sesuatu yag baharu. 1400 tahun yang lalu Quran telah sebut permainan power game dan ketuanan Islam ini. Dalam surah Al Baqarah 2:87-88 mainan power game ini sudah dinyatakan. 
Al Quran menceritakan mengenai suatu golongan yang angkuh yang jika berdepan dengan pandangan yang tidak mereka suka dan tidak bersetuju dengan mereka dengan segera melabelkan golongan tidak berlaga angin dengan mereka sebagai pendusta dan setengah nya mereka bunuh; hari ini golongan seperti itu, menghalalkan darah Muslim yang lain kerana tidak tunduk pada mereka.  Dan kumpulan angkuh itu berkata bahawa ilmu yang mereka ada dalam hati mereka sudah mencukupi dan tidak memerlukan perisian lain. Mereka tidak tahu, Allah melaknati mereka.

Serupa dengan orang bertanya- siapa kamu? Rasul? Menulis ikut rasul, sunnah atau Al Quran? Implikasi nya, dia memberi pandangan mengikut itu semua, maka dia berdiri atas landasan moral yang lebih tinggi dari saya yang berhujjah ikut akal dan nafsu, hanya bottom feeder dalam memberi pendapat.

Banyak kali dalam Al Quran kita diperintah supaya berdikari atas diri kita sendiri, mempertahankan hak untuk menjati diri. Allah suruh kita berfikir. Kita diperintah jangan tunduk kepada tradisi dan jangan ikut amalan yang sudah established secara membabi buta. Jangan biarkan orang lain define Islam kita.

Kitalah yang memuliakan Islam melalui usaha sendiri. Pertama dengan melakukan tanggung jawab spiritual kita kepada Tuhan yang esa- percaya kepada Allah dan hari akhirat, kepada malaikat, kepada Al Quran, kepada rasul2 dan nabi2.

Kemudian menjalankan tanggung jawab kita kepada masyarakat- membelanjakan harta benda kerana Allah, untuk suadara mara, untuk anak yatim, untuk yang memerlukan, untuk mereka yang meminta bantuan dan untuk memerdekakan hamba.

Tanggung jawab keatas diri sendiri- istiqamah dalam ibadat kepada Tuhan, mengamalkan sedekah berterusan, menepati peranjian yang kita telah buat. Dan kita diperintah tegas dan sabar ketika melalui musibah, penganiayaan dan bersabar menhadapi keadaan yang tidak menentu.

Jawapan nya ialah kita sendiri yang memuliakan Islam bukan nya tanggung jawab itu diambil alih oleh golongan mullah, ustaz, guru, tok guru dan sebagainya. Lihat Al Quran 2:177.

Masaalah dengan orang yang memberi komen ialah mereka tidak mahu memberitahu nama mereka. Tidak mengapa- kerana mungkin ini membolehkan orang itu membelasah secara peribadi. Menyerang secara ad hominem memang kesukaan mereka yang kurang berani dan yang tidak ada penghujjahan yang lagi baik. Untuk tutup mulut orang, maka mereka mendakwa mereka bercakap ikut sunnah, rasul dan al Quran.

Umno-Pas: Siapa Goda Siapa Atau Asmara Dana?

A Kadir Jasin
SAYA adalah antara ramai wartawan yang hadir di perhimpunan di Kuala Lumpur, kalau tidak silap pada 13 Disember 1977, apabila Allahyarham Tun Hussein Onn mengumumkan pemecatan Parti Islam SeMalaysia (PAS) daripada Barisan Nasional (BN).
Dan saya juga hadir membuat liputan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Kelantan, Allahyarham (Datuk) Mohamad Nasir, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Baru bulan sebelumnya.
Mohamad Nasir seorang pemimpin popular PAS yang disayangi Umno tetapi dibenci oleh partinya sendiri. Dia dianggap terlalu rapat dengan Umno sehingga membelakangi partinya sendiri.
Dalam undi tidak percaya itu, kesemua 20 Adun PAS menentang beliau manakala kesemua 13 Umno dan seorang MCA menyokong beliau.
Mohamad Nasir disokong Umno ditolak PAS
Kerajaan pusat menggunakan tunjuk perasaan di Kota Baru dalam bulan November bagi mengisytiharkan darurat yang sekali gus menendang keluar kerajaan yang dipimpin oleh PAS.
Darurat diisytiharkan pada 8 November 1977.
Apabila darurat ditarik balik dan pilihan raya negeri diadakan pada tahun 1978, PAS kalah teruk dan BN di bawah kelolaan Tengku Razaleigh Hamzah mengambil alih.
Dalam bahasa yang mudah, PAS kena main dengan Umno selepas kematian Abdul Razak.
Pada mulanya PAS menyertai kerajaan campuran pimpinan Perikatan atas inisiatif Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada tahun 1972. Perikatan bertukar menjadi BN pada tahun berikutnya.
Hussein Tendang PAS
Tidak seperti birasnya Abdul Razak, Hussein bukanlah pemimpin popular dan disegani. Beliau menjadi Perdana Menteri secara kebetulan akibat kematian Timbalan Perdana Menteri waktu itu, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman.
Beliau kurang sabar dengan tindak-tanduk politik PAS dan kalah kepada Presiden PAS waktu itu, Allahyarham (Tan Sri) Mohamad Asri Muda di segi kewibawaan dan karisme.
Tun Abdul Razak (kiri) percaya kepada Asri (kanan)
Alasan tersurat penyingkiran PAS daripada BN ialah ia telah mengkhianati kerjasama dengan BN, khususnya Umno. PAS pula membantah perisytiharan darurat di Kelantan.
Tetapi sebab tersirat ialah Umno berasa terancam dengan perluasan pengaruh PAS, khususnya ke rancangan-rancangan tanah Felda.
Abdul Razak, arkitek BN, begitu ikhlas dalam kerjasama dengan PAS bagi memperkukuhkan perpaduan Melayu-Islam sehingga sanggup memberi jawatan penting Menteri Pembangunan Tanah dan Kemajuan Wilayah kepada Asri.
Pelantikan itu tidak disukai oleh ramai pemimpin Umno kerana ia memberi peluang kepada Asri mendekati peneroka Felda yang terletak di bawah kementerian tersebut. PAS secara agresif membuka cabang dan ranting di rancangan Felda.

'Kita sudah serik bersama DAP' - PAS N9

“Terpulang kepada Kit Siang sekiranya mahu mengambil tindakan undang-undang. Jika munasabah tindakan itu, tidak ada masalah,” kata Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mustafa Daharun.
Beliau berkata, Pas pernah menghulurkan tangan untuk bersama dengan pakatan pembangkang suatu ketika dulu.
“Pas memang akan sentiasa setia kepada sahabat apabila setiap kali adanya perjanjian sesama kita. Tetapi apabila sahabat tidak setia dengan kita dan tidak suka apa pendirian yang dibawakan Pas, itu yang menyebabkan kita keluar.
“Kita sudah serik dah untuk bersama dengan mereka walaupun Pas sejak daripada dahulu menentang BN. Biarlah kita bersendiri lebih baik," katanya di sini, semalam.

Biadap salahguna nama Saidatina Khadijah


Aiman Athirah Al JundiAiman Athirah Al JundiAngkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Nasional menyifatkan penyalahgunaan nama Saidatina Khadijah bagi tujuan kepentingan politik sempit dalam satu program anjuran Dewan Muslimat Pas sebagai tindakan biadap.
Timbalan Ketuanya, Aiman Athirah Al Jundi berkata, program yang dinamakan sebagai Jelajah Saidatina Khadijah (Jelas) itu jauh lebih biadap dan membodohkan masyarakat berbanding penyalahgunaan istilah Wanita Pertama Malaysia (FLOM) sebelum ini.
"Sebagai hujah perbandingan, penyalahgunaan gelaran First Lady Of Malaysia (FLOM) oleh Rosmah Mansor misalnya pun, rakyat sangat berasa sensitif dan terhina atas rasa  penghormatan dan kasih kita kepada Seri Paduka Baginda Permaisuri Agung.
"Apatah lagi salahguna nama Saidatina Khadijah isteri kesayangan baginda saw. Atau mereka mahu mengatakan bahawa yang disebut Saidatina Khadijah dalam program ini adalah nama seseorang individu lain?
"Dalam isu salahguna nama dan posisi FLOM, kita katakan Rosmah Mansor sebagai biadab terhadap Seri Paduka Baginda Permaisuri Agung dan cuba memperbodohkan rakyat Malaysia. Dalam hal salahguna nama Saidatina Khadijah, saya anggap ia jauh lebih biadab dan satu usaha pembodohan ummat," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, tindakan sayap wanita Pas tersebut jelas menyalahgunakan nama salah seorang daripada Ummahatul Mukminin iaitu isteri-isteri Nabi SAW yang juga digelar sebagai 'Ibu Kepada Orang-Orang Yang Beriman' demi kepentingan politik kepartaian yang sempit.
"Bila disebut atau dinamakan program 'Jelajah Saidatina Khadijah', daripada sudut bahasanya ia menggambarkan jelajah siapa sebenarnya? Siapa yang dimaksudkan sebagai Saidatina Khadijah di situ?
"Siapa yang menjadi Saidatina Khadijah atau barangkali merasakan diri mereka setaraf dengan Saidatina Khadijah dalam jelajah tersebut yang difahamkan dibuat ke seluruh negara? Memandang ke hadapan, bolehkah nanti akan ada pula  yang memberikan nama program mereka 'Jelajah RasululLah SAW' atau 'Jelajah Muhammad SAW'?" bidasnya.
Sehubungan itu, beliau berpendapat pihak yang mungkin menganggap hal tersebut sebagai tidak sensitif sebenarnya hilang rasa hormat dan cintanya kepada Rasulullah SAW dalam erti kata sebenar.
"Yang ada cuma sesuka hati mempergunakan agama, bersifat selektif dalam melahirkan sikap prihatin mereka terhadap Nabi SAW dan isteri-isteri Baginda SAW," tegasnya.
Mengulas tanggapan pihak yang cuba mewajarkan pemakaian nama tokoh berkenaan kononnya sama seperti 'Jejak Rasul', Aiman Athirah berkata, program oleh sebuah produksi televisyen tempatan itu memberi maksud menyoroti kisah dan sejarah para rasul, sekaligus lokasi-lokasi sasaran yang dituju pula adalah tempat-tempat bersejarah para anbia bahkan tidak salah daripada sudut bahasa dan istilah.

1MDB disenarai syarikat paling kontroversi di dunia


Sebuah firma perisikan perniagaan RepRisk yang berpusat di United Kingdom tahun lalu telah mencatatkan analisis terhadap beberapa skandal korporat paling kontroversi di seluruh dunia.
Pada 2016 syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menduduki tangga teratas yang dikaitkan dengan skandal korporat berbanding sembilan syarikat lain di dunia.
Analisis dilakukan firma itu bersandarkan kepada 80,000 sumber yang diperoleh daripada berita, bahan siaran kerajaan, thinktanks dan media sosial.
Memetik laporan yang disiarkan portal www.managementtoday.com.uk itu firma perisikan itu menyebut dana 1MDB itu telah dilancarkan pada tahun 2009 untuk menarik pelaburan masuk ke negara Asia Tenggara tetapi sejak dakwaan berlaku pengubahan wang haram dan mendakwa bahawa ia menyalurkan wang ke akaun peribadi perdana menteri Najib Razak - sesuatu yang beliau menafikan. Ia telah menghadapi siasatan oleh pihak berkuasa di Amerika Syarikat, Hong Kong, UAE, Singapura dan Switzerland.
Tempat kedua Massack Fonseca membabitkan skandal Panama Papers pada April tahun lalu yang mendedahkan halehwal kewangan Perdana Menteri Britain David Cameron dan Perdana Menteri Iceland Sigmunudur David Gunnlaugsson. Ia berkaitan mengenal cukai, pengubahan wang haram dan jenayah kewangan lain yang dilakukan oleh syarikat Shell yang ditubuhkan oleh Mossack Monsec.
Tempat ketiga pula mencatatkan Samarco Mineracao sebuah syarikat perlombongan Brazil pada 2015 kerana mengakibatkan sebuah empangan pecah yang melepaskan 60 juta kaki padu lumpur toksik yang menyebabkan pencemaran besar-besaran persekitaran tempatan dan menyebabkan 17 kematian. Syarikat itu kini berhadapan dengan dakwaan membunuh dalam kes mahkamah jenayah dan sivil yang masih lagi berjalan.
RepRisk juga turut menyenaraikan beberapa syarikat korporat dalam skandal mereka antaranya ditempat ke empat Jiannsu Changlong Chemicals; Daewoo Shipbuilding & Marinie Engineering; Unaoil;Rizal Commercial Banking Corp;Lotte Gruoup; Volkswagen dan; tempat ke 10 Odebrecht.

MT UMNO: Kajian INVOKE tidak jejas Umno

Kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli bahawa sokongan orang Melayu terhadap Umno dan BN jatuh mendadak hanyalah usaha melemahkan jentera parti itu.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, keputusan kajian yang dijalankan Rafizi itu bagaimanapun tidak mampu memberi kesan kepadaUmno dalam menghadapi PRU14.
“Mungkin beliau melihat ketika ini perpaduan dan kekuatan Umno berada pada tahap terbaik dan sebab itu beliau cuba memberi gambaran Umno lemah dan tidak kuat.
“Itu hak Rafizi untuk berkata apa pun kerana Umno mempunyai cara tersendiri untuk mengukur kekuatan parti. Saya yakin, Umno tidak akan terkesan dengan kenyataan beliau apatah lagi dapatan kajian itu tidak bersandarkan pada fakta yang tepat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Baru-baru ini, Rafizi telah mengemukakan keputusan kajian yang membuktikan sokongan Melayu kepada Umno dan BN jatuh mendadak kepada 40 peratus.
Beliau turut yakin, keputusan memberi peluang cerah kepada Pakatan Harapan memenangi PRU14 walaupun terdapat pertembungan tiga penjuru.
Mengulas lanjut, Shamsul berkata, usaha itu bukanlah perkara baharu, malah beberapa kajian lain turut dilakukan terhadap Umno selama ini.
“Sebelum PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kita juga dengar bagaimana kajian yang menunjukkan Umno akan kalah. Apabila keputusan dikeluarkan perkara sebaliknya berlaku malah BN menang selesa,” ujarnya.
“Selagi kita bekerja untuk rakyat saya yakin Umno mampu menafikan kajian seumpama ini.
“Apatah lagi kredibiliti Rafizi dalam soal ini selalu dipertikaikan. Pandangan dan tuduhan beliau sering tersasar dan dan sukar untuk dipercayai,” katanya.

Siapa yang terjejas akibat perintah imigresen Trump?

Berikut ialah senarai warganegara dan kumpulan individu yang terjejas akibat arahan Donald Trump, menerusi perintah yang bertajuk “Melindungi Negara daripada Kemasukan Pengganas Asing ke AS”.
trump-usWASHINGTON: Ramai yang terkejut dengan perintah Presiden Donald Trump menguatkuasakan larangan sementara kemasukan pelarian dan warganegara 7 negara Islam, terutama bagi mereka yang sudah pun berada dalam pesawat untuk ke Amerika Syarikat, pada Jumaat lalu.
Pegawai pentadbiran melaporkan 109 ditahan ketika tiba di AS pada Sabtu, dengan ramai lagi individu masih ditahan setakat pagi semalam.
Berikut ialah senarai warganegara dan kumpulan individu yang terjejas akibat arahan Trump, menerusi perintah yang bertajuk “Melindungi Negara daripada Kemasukan Pengganas Asing ke AS”.
Pelarian
Perintah itu melarang kemasukan semua pelarian, tanpa mengira kerakyatan, selama 120 hari. Selepas tempoh itu, AS akan menerima kemasukan maksimum 50,000 pelarian pada 2017, lebih separuh daripada had 110,000 orang yang ditetapkan bekas presiden Barack Obama.
Program pelarian AS sebelum ini dibekukan selama 3 bulan susulan serangan 11 September 2001.
Rakyat Syria
Semua warga Syria, sama ada pelarian atau tidak, dilarang memasuki AS sehingga notis lain dikeluarkan.
Menurut Pesuruhjaya Tinggi untuk Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, perang Syria menyebabkan 4.8 juta rakyatnya lari meninggalkan negara itu sejak 2011.
Badan pemantau hak asasi manusia Syria berkata pada Disember ia merekodkan 312,001 kematian sejak konflik itu bermula dengan protes anti kerajaan pada Mac 2011.
Iran, Iraq, Yaman, Somalia, Sudan dan Libya
Tiada visa akan dikeluarkan bagi 90 hari kepada pendatang asing atau pelawat dari 7 negara majoriti Islam; Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman.
Pemegang kad hijau
Perintah itu tidak menjejaskan mereka yang memegang kad hijau AS. Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri John Kelly berkata kemasukan bagi penduduk tetap yang sah berada dalam “kepentingan negara”.
Bagaimanapun, Ketua Kakitangan White House Reince Priebus berkata warganegara dari 7 negara yang dinamakan dalam perintah itu perlu menjangkakan mereka tertakluk kepada peningkatan kawalan di sempadan.
Pemegang visa
Semua pemegang visa dari 7 negara berkenaan tertakluk kepada perintah baharu, dengan pengecualian diberi kepada mereka yang memegang visa diplomatik atau visa kepada institusi antarabangsa seperti Nato atau PBB.
Hakim di sekurang-kurangnya 4 negeri menghalang sebahagian sekatan itu, memerintahkan pihak berkuasa berhenti menghantar pulang pelarian dan ramai pengembara lain terkandas di lapangan terbang AS.