Ahad, 29 Januari 2017

WALAU TAK MUNGKIN BERLAKU, MASIH RAMAI PEMIMPIN UMNO MAHU NAJIB BERUNDUR

Semua orang sedar bahawa Najib Razak tidak mungkin berundur sebelum PRU 14 ini. Berundur bermakna beliau mengaku kalah dan menyerah, suatu sifat yang berkali-kali didakwanya bertentangan dengan semangat darah Bugis yang mengalih dalam tubuhnya.

Tetapi, agak menghairankan kerana rupa-rupanya masih ada (mungkin juga ramai) yang masih mengharapkan agar Najib berundur sebagai Perdana Menteri demi menyelamatkan masa depan UMNO.

Entah kenapa, beberapa hari kebelakangan ini,  saya agak kerap bertemu dengan pemimpin-pemimpin UMNO secara tidak sengaja. Ada yang terserempak di kelab golf (bukan saya main golf, kebetulan saja saya terjumpa mereka di sana ketika saya mahu berjumpa dengan seseorang), di pusat membeli-belah dan di kedai-kedai makan.

Dalam semua pertemuan itu, pertanyaan yang selalu ditanyakan ialah "Tak mahukah Najib berundur?", "Bila Najib nak undur?", "Buat apa kekal lagi jika hanya memperjudikan nasib UMNO?" dan lain-lain ayat senada dengannya.

Dalam masa yang sama, saya tidak pernah sesekali ditegur atau dijauhi hanya kerana mengkritik dan menghentam Perdana Menteri. Mereka masih mahu berkawan dan berbual-bual dengan saya. 

Mereka sebaliknya mengeluh bahawa UMNO semakin buruk keadannya di bawah kepimpinan Najib yang bukan saja lemah, tetapi juga paling banyak masalah serta tiada harapan lagi untuk terus mengekalkan kuasanya.

Sesetengahnya berkata, "teruskan lagi" iaitu agar saya terus menulis mengenai kelemahan serta keburukan Najib dan UMNO sepertimana sekarang.

Hakikatnya, ramai kalangan dalam UMNO sendiri sedar bahawa nasib parti itu dalam bahaya selagi ia terus dipimpin oleh Najib. Namun, tidak banyak yang mampu mereka lakukan kerana Najib nampaknya selesa dikelilingi oleh Salleh Said Keruak, Rahman Dahlan, Ahmad Maslan, Nazri Aziz, Puad Zarkhasi, Jamal Mohd Yunus dan lain-lain yang sering mendendangkan lagu-lagu merdu ke telinganya.

Siapa kata Najib ada sokongan yang bulat?

Sasar menang 40 kerusi bukti Pas tak mahu ganti BN - Pemuda Amanah


Mohd Sany Hamzan
Sasaran Pas untuk memenangi 40 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) membuktikan parti itu tidak berhasrat mengambil alih pemerintahan negara daripada Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Sany Hamzan berkata, Pas secara tidak langsung telah memberi harapan palsu kepada penyokong mereka sendiri yang mengharapkan parti itu menggantikan pemerintahan BN dan semakin jauh daripada semangat rakyat yang ingin membuat perubahan.
"Rakyat Malaysia khususnya kelompok yang masih keliru perlu melihat kenyataan Presiden Pas itu satu perkara serius. Rakyat perlu tahu Pas tidak berhasrat untuk memerintah negara oleh kerana mereka hanya mahu memenangi kerusi yang disasarkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Portal rasmi Pas, Harakahdaily melaporkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam berkata, parti itu perlu mempunyai kedudukan yang kukuh dan kuat melalui strategi mempertahankan Kelantan, memerintah semula Terengganu dan Kedah, memimpin Selangor, serta mendapat sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen.
Ahli Parlimen Marang itu juga turut mengakui Pas sukar untuk mendapat majoriti 112 kerusi dan memerintah sendiri.
Mengulas lanjut, Sany berkata ia memberi gambaran lebih jelas bahawa Pas menyedari mereka tidak mampu memerintah dengan pendekatan politik mereka ketika ini.
Justeru tegasnya, rakyat harus memberi sokongan kepada pakatan pembangkang yang benar-benar komited untuk membuat perubahan dan menolak mana-mana pihak yang tidak bersungguh untuk menghadapi BN.
"Dengan mengundi Pas pada PRU14 nanti akan merencatkan usaha pembangkang untuk menyelamatkan Malaysia dari cengkaman Barisan Nasional.
"Pemuda Amanah Nasional mengajak seluruh rakyat Malaysia memberikan sokongan dan dokongan sepenuhnya Pakatan Harapan agar harapan untuk menyelamatkan Malaysia terlaksana," katanya.

'Saya ucap Gong Xi Fa Cai, bukan sembah ayam' - Khalid Samad

Seorang netizen memuat naik gambar dari video Teresa Kok dan memberikan reaksi negatifSeorang netizen memuat naik gambar dari video Teresa Kok dan memberikan reaksi negatif
Pengarah Komunikasi parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Samad tampil memberikan penjelasan mengenai gambar kononnya beliau sedang ‘menyembah’ seekor ayam putih yang dikurung di dalam sangkar.
Gambar yang mula tersebar di media sosial sejak semalam itu adalah daripada rakaman video yang diterbitkan Ahli parlimen DAP Seputeh Teresa Kok sempena Tahun Baharu Cina 2017 yang merupakan tahun ayam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menjelaskan, mengikut bahasa Cina, perkataan Na (that) Ji bermaksud ayam yang kebetulan bunyinya sama seperti Najib.
Video berdurasi kira-kira enam minit itu berkaitan kisah ayam (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.
Tuannya menyerahkan ayam itu kepada Teresa kerana tidak mampu lagi membela ayam tersebut.
Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari lalu mereka semua mengejarnya semula dan berjaya ditangkap semula.

"Saya muncul pada minit ke lima ke depan tangkap ayam (Na Ji) dan masukkan dalam sangkarnya.
"Foto terakhir itu ramai ucapkan Gong Xi Fa Cai pada Na Ji dalam penjara. Bukan sembah. Gong Xi Fa Cai yang disebut bukan kata-kata penyembahan," jelasnya hari ini.
Selain Teresa, dua lagi aktivis DAP turut berlakon dalam rakaman tersebut, iaitu Eddie Ng Tien Chee, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Balakong Eddie Ng Tien Chee Adun DAP Kinrara Ng Sze Han selain Ahli Parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli.
Gambar yang diambil dari video tersebut mendapat reaksi negatif di media sosial terutamanya daripada penyokong Pas.
https://www.youtube.com/watch?v=Neqj7qJ84bc

'Demi perpaduan ummah atau persubahatan ummah'?


Raja Bahrin ShahParti Amanah Negara (Amanah) meminta Pas menyatakan pendirian berhubung sikap 'double standard' Umno dalam membela umat Islam yang tertindas.
Ia susulan penegasan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak bahawa kerjasama parti itu dengan Pas adalah melibatkan kepentingan ummah dan juga perkara-perkara yang membabitkan soal Islam.
Pas juga dijemput menghadiri pelancaran pelayaran kapal Food Flotilla For Myanmar pada 3 Februari depan.
Ketua Biro Antarabangsa Amanah Raja Bahrin Shah berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan keprihatinan terhadap umat Islam Rohingya namun berdiam diri atas pembunuhan beratus ribu rakyat Islam kaum minoriti Islam Uighur di provinsi Xinxiang di Republik China.
Malah katanya, bukan sahaja kerajaan Malaysia di bawah Najib tidak menegur kekejaman tersebut tetapi hari ini diberitakan akan menyerahkan pembinaan dan pengurusan tujuh buah pelabuhan utama Malaysia iaitu di Kuantan, Johor Bharu, Melaka, Kelang, Bagan Datuk, Pulau Pinang dan juga Yan kepada syarikat China.
"Penyokong-penyokong Pas perlu menyoal adakah wajar parti mereka mengikut telunjuk Umno tanpa melihat sikap Najib yang bersekongkol dengan pemerintah zalim negara China Komunis demi kepentingan ekonomi Umno semata-mata.
"Adakah ini demi perpaduan ummah atau demi persubahatan ummah merestui kerjasama dengan kerajaan yang zalim yang menindas dan membunuh orang Islam, bangsa serta rakyat mereka sendiri di negara China," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau juga meminta Pas menyatakan pendirian sama ada akan meneruskan kerjasama dengan Umno walaupun mengetahui Umno memberi begitu banyak keistimewaan kepada China termasuk dua projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) berharga RM55 bilion.
"Dalam waktu yang sama orang Islam berbangsa China terus disembelih oleh negara China Komunis ini. Bukankah pada PRU13 Pas telah meletakkan calon untuk bertanding melawan rakan Pakatan Rakyat dari PKR di Kota Damansara di saat terakhir kerana calon PKR kononnya berfahaman sosialis.

BMF: Generasi hari ini mesti cari kebenaran isu 1MDB, SRC International

Akhir-akhir ini isu Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan kerugian tukaran asing Bank Negara yang telah ditimbulkan semula selepas puluhan tahun berlalu. Bagi saya mudah, jika benar terdapat unsur penyelewengan, kerajaan boleh menggunakan segala jentera yang ada untuk menyiasat kes tersebut. Jika ada bukti yang kukuh bahawa telah berlaku penyelewengan, siasat dan bawalah mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Pelbagai pihak telah mengulas tentang isu-isu ini. Namun, ulasannya agak terhad kerana tiada maklumat yang mendalam tentangnya.
Ini berbeza dengan isu 1MDB kerana maklumat yang ada amat banyak dari pelbagai sumber dari dalam dan luar negara. Bukan sahaja laporan PAC dan hansard-hansardnya, tetapi juga kenyataan-kenyataan dan tindakan pihak berkuasa di seluruh dunia, termasuklah Singapura, Qatar, Amerika Syarikat, Switzerland, Australia dan New Zealand.
Oleh itu saya tidak bercadang mengulas panjang mengenai isu BMF dan kerugian Bank Negara. Apa yang ingin saya tekankan dalam artikel ini tentang peri pentingnya sesuatu generasi berusaha mencari kebenaran jika melihat kemungkaran berlaku di zaman mereka.
Urusniaga berkaitan BMF bermula dari akhir tahun 1970-an dan menjadi isu hangat pada awal hingga pertengahan 1980-an.
Kerugian Bank Negara dalam urus niaga tukaran asing pula berlaku pada tahun 1990-an.
Ketika isu BMF timbul, saya baru berada di sekolah rendah dan ketika isu kerugian Bank Negara, saya berada di sekolah menengah.
Sebagai budak sekolah di kampung, pengetahuan saya tentang ekonomi, perakaunan, kewangan dan perbankan amat cetek. Bahkan, hampir tiada langsung. Jadi, tiada daya saya untuk menulis atau bercakap tentang isu-isu tersebut ketika itu. Namun, saya tertanya-tanya, apakah mereka yang berilmu dan berpengaruh di zaman itu (kecuali pembangkang) membiarkan sahaja isu tersebut berlalu sekiranya benar ia satu "penyelewengan"?
Semasa isu BMF hangat diperkatakan, Perdana Menteri sekarang, Najib Razak, memegang jawatan penting dalam politik dan kerajaan. Beliau merupakan Ahli Parlimen Pekan (bermula dari tahun 1976). Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Menteri pada tahun 1978, termasuklah Timbalan Menteri Kewangan pada 1981-1982. Kemudian beliau menjadi Menteri Besar Pahang dari 1982-1986.
Di mana suara Najib Razak tentang isu BMF ketika itu?
Sekurang-kurangnya Mukhriz Mahathir berani menggadaikan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Kedah dengan bercakap tentang isu 1MDB dan SRC International.
Jika Najib melihat isu BMF sebagai satu penyelewangan melibatkan Dr Mahathir, beliau seharusnya telah memihak kepada Tengku Razaleigh dalam pemilihan Umno pada 1987. Ketika itu beliau adalah Ketua Pemuda Umno dan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.
Najib Razak bertukar portfolio menjadi Menteri Pertahanan dari tahun 1991 hingga 1995. Sekiranya beliau melihat kerugian urusniaga tukaran asing Bank Negara sebagai satu penyelewengan, beliau seharusnya berani membuka mulut menentang penyelewengan tersebut secara terbuka.

Najib perlu panggil mesyuarat tergempar OIC bantah sekatan Trump terhadap warga tujuh negara Islam - DAP

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memanggil mesyuarat tergempar OIC menuntut Trump membatalkan perintah berunsur anti-Islam yang menyekat kemasukan warga dari tujuh negara Islam daripada masuk ke Amerika Syarikat.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, bantahan daripada Najib terhadap perintah eksekutif Trump itu penting kerana ia dilihat satu bentuk penghinaan, tidak berperikemanusiaan dan tidak menunjukkan nilai negara Amerika yang sebenar.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu memanggil mesyuarat tergempar Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) untuk menuntut Presiden Trump membatalkan perintah eksekutif yang berunsur anti-Islam untuk menghalang pelarian dan warga dari sekurang-kurangnya tujuh negara Islam daripada memasuki Amerika Syarikat selama 90 hari.
“Mesej bantahan dan kecaman daripada Najib terhadap perintah ini juga penting untuk disegerakan kerana beliau telah mengeluarkan satu mesej tahniah pada 21 Januari lalu semasa Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45,” katanya dalam satu kenyataan.
Semalam,  Trump buat sementara waktu telah mengumumkan untuk menghentikan kemasukan semua pelarian selain sekatan selamanya untuk pelarian dari Syria.
Presiden Amerika itu juga  mengharamkan kemasukan pemegang visa dari sekurang-kurangnya tujuh negara Islam lain Iran, Iraq, Syria, Sudan, Somalia, Libya dan Yaman buat sementara waktu.

28 orang hilang: China mulakan prosedur kecemasan

Cuaca buruk menganggu usaha pencarian, meliputi kawasan seluas 400 batu nautika persegi.
china-serchng
Pentadbiran Pelancongan Negara China memulakan prosedur respon kecemasan selepas 28 warganya hilang di perairan Malaysia Timur, lapor Reuters.
Laporan itu turut memetik agensi berita Xinhua sebagai melaporkan konsulat China di Kota Kinabalu meminta kerajaan negeri supaya meningkatkan usaha mencari dan menyelamat (SAR), yang masuk hari kedua.
Dalam kejadian semalam, sebuah bot pelancong jenis Catamaran membawa 28 pelancong China, 1 tekong dan 2 kru dipercayai hilang ketika dalam perjalanan dari perairan Kota Kinabalu menuju Pulau Mengalum.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam kenyataan hari ini berkata bot tersebut bergerak dari jeti Tanjung Aru pada jam 9.00 pagi menuju ke pulau tersebut dan dilaporkan hilang pada jam 9.50 malam. Operasi SAR diaktifkan pada 10.15 malam.
Cuaca buruk menggedanggu usaha pencarian, meliputi kawasan seluas 400 batu nautika persegi.
“Kami sedang melihat angin kencang dan laut bergelora,” kata Timbalan Pengarah Operasi APMM Wilayah Sabah dan Labuan, Kapten Maritim Rahim Ramli.
Operasi SAR melibatkan kekuatan 1 kapal dan 4 bot APMM, 1 kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), 2 kapal polis marin dan 1 pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Felda bukan di ambang bankrap, kata Shahrir

"Saya juga mendapat gambaran bahawa ia (Felda) dalam bahaya. Saya menerima pandangan itu," demikian kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengenai sebab-musabab beliau menerima lantik sebagai pengerusi baharu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Beliau yang juga ahli Parlimen Johor Bahru berkata, beliau juga bersetuju dilantik ke jawatan berkenaan asalkan Felda dipisahkan dengan Felda Global Ventures (FGV).
"Sebenarnya saya tidak berminat untuk apa-apa jawatan, tetapi bila ditanya berkaitan Felda, saya cepat mengatakan 'yes', saya boleh terima.
"Saya terima asalkan ia dipisahkan dengan Felda Global Ventures (FGV) kerana dikhuatiri jika menerajui kedua-duanya, ia tidak menjadi. Ini penting bagi memudahkan mereka yang tidak faham peranan Felda dan fungsi FGV.
"Sebabnya, saya melihat Felda sebagai satu usaha yang sudah berjaya sehinggakan Felda menjadi institusi ekonomi dan sosial pada masyarakat Melayu. Masyarakat luar bandar berjaya dikeluarkan daripada kemiskinan dan berjaya mengambil bahagian dalam ekonomi negara.
"Selain itu, saya juga mendapat gambaran bahawa ia (Felda) dalam bahaya. Saya menerima pandangan itu," jelas beliau dalam wawancara yang dijalankan bersama Sinar Harian.
Sebelum ini, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, pengumuman mengejut perdana menteri mengenai pelantikan Shahrir sebagai pengerusi Felda mengesahkan bahawa isu-isu yang ditimbulkan mengenai kewangan agensi itu adalah benar.
Malah, katanya, sejak beliau memulakan pendedahan bersiri mengenai kepincangan kewangan Felda tiga minggu lalu, tidak ada satu pun kenyataan rasmi dari Felda atau pengerusinya ketika itu, Tan Sri Isa Samad bagi menjawab angka-angka berkenaan.
"Pelantikan mengejut Tan Sri Shahrir Samad seakan-akan mengesahkan masalah kewangan yang meruncing yang dialami Felda dan menjunamnya sokongan peneroka Felda sendiri kepada Umno ekoran prestasi Tan Sri Isa Samad yang tidak memberangsangkan dan tidak popular.
"Meskipun begitu, tanggungjawab sebenarnya terletak di bahu Datuk Seri Najib sendiri kerana pengurusan Felda berada di bawah tanggungjawabnya.
"Saya juga ingin mengingatkan bahawa beliau (Shahrir) tidak boleh mencuci tangan atas segala kerosakan yang telah berlaku bersabit Felda," kata Rafizi lagi.
Mengulas lanjut, Shahrir berkata, beliau bukan 'Superman' untuk memastikan penyelewengan dalam Felda akan diperangi habis-habisan.
"Saya bukan Superman. Bukan saya sebenarnya. Saya hanya memberi kepimpinan kerana peranan saya sebagai pengerusi.
"Seperti saya kata, Felda ada kemampuannya sendiri, tapi saya nak kena sedarkan organisasi ini agar jangan takut. Sedarlah! Bangunlah! Awak boleh buat ini semua, Felda ada kepakaran, ada kekuatan, bangunlah!.

‘Dulu Umno main sentimen anti DAP, kini Pas pula’ – Mat Sabu

Agenda anti-Cina DAP merupakan taktik yang digunakan Umno sejak sekian lama untuk memainkan sentimen orang Melayu bagi mengekalkan kuasa.
'Dulu Umno main sentimen anti DAP, kini Pas pula' - Mat SabuPresiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berkata hakikatnya Umno bukan berusaha menjaga orang Melayu kerana dalam masa yang sama mereka berpakat dengan tauke-tauke Cina MCA menyelewengkan harta rakyat.
“Orang Melayu yang berada di pusat-pusat pengajian tinggi, polis, tentera dan jabatan-jabatan kerajaan diasak dengan kebencian terhadap Cina DAP.
“Mereka ditakutkan dengan ugutan kalau Umno kalah, DAP akan memerintah,” katanya ketika berceramah di Kampung Lati, Pasir Mas malam tadi.
Orang Melayu kata beliau terus menyokong Umno kerana dakyah ini walaupun dalam mengendalikan ekonomi negara mereka ditindas oleh Umno.
“Semua orang tahu di negara ini kalau projek bernilai jutaan ringgit, Umno berkongsi dengan kapitalis MCA dan orang Melayu hanya diberi projek-projek kecil dengan lesen kelas F.
“Sekarang heboh duit Tabung Haji diselewengkan, tuan-tuan tau ada berapa orang Dap yang bekerja di situ?” soalnya.
Kini katanya, negara ini sedang dijual oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Republik Rakyat China.
“Lapangan terbang tentera Sungai Besi, projek keretapi laju Pantai Timur dan Forest City di Johor sudah dipersetujui untuk diserahkan kepada syarikat-syarikat dari negara China.
“Bila projek-projek mega seperti diserah kepada pihak China peluang untuk warga tempatan termasuk rakyat berbangsa Cina sendiri akan tertutup.
“Syarikat China akan menggunakan kaedah membawa seratus peratus peralatan pembinaan dan tenaga buruh dari negara mereka,” katanya.
Mohamad yang pernah menjadi timbalan presiden Pas melahirkan rasa terkejut kerana isu anti-DAP yang dulunya dimainkan Umno kini dijadikan agenda oleh Pas.
“Dulu masa kita dalam Pas dibuat tema muktamar ‘menggempur pemikiran assobiyyah’.
“Ayat-ayat Al Quran dan hadis yang mengutuk perkauman sempit membela kezaliman bangsa sendiri kita hafal dan buat modal ceramah.
“Sekarang dah jadi terbalik, mereka pulak ikut rentak Umno, bencikan kaum lain walaupun mereka sebenarnya dizalimi oleh Umno,” katanya.
Presiden Amanah itu dalam lawatan kerjanya sehari ke Kelantan memulakan tugas sejak awal pagi dengan menghadiri upacara menaikkan bendera gergasi Amanah di Kampung Sabak, Pengkalan Chepa.

PAS kata DAP anti-Islam: ‘Sila saman,’ cabar Dewan Ulama

"Ini peluang kita untuk mendedahkan kepada orang Islam bahawa DAP dan Lim Kit Siang memang anti-Islam," kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Khairudin Aman Razali.
Khairuddin-Aman-Razali-azmin-lim
PETALING JAYA: PAS mencabar Lim Kit Siang meneruskan niat mengambil tindakan undang-undang terhadap presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan anti-Islam.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Khairuddin Aman Razali ketika dihubungi berkata “Kit Siang memang anti-Islam” dan menambah mereka sedia berdepan di mahkamah.
“Eloklah, saman sahaja-lah. Memang Lim Kit Siang anti-Islam,” kata Khairuddin. Beliau mengulas laporan Ketua Parlimen DAP itu bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Hadi kerana didakwa memfitnahnya anti-Islam.
“Rang undang-undang 355 adalah memperkasakan Islam. Bagi menentang RUU 355 dia menentang Islam,” tambah beliau, merujuk kepada usul cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) yang dibawa Hadi di Parlimen tahun lepas.
“Islam ini matematiknya bukan 10 tolak 9 jadi 1 tetapi 10 tolak 1 jadi 0,” katanya.
Usul itu dijangka dibahaskan di Dewan Rakyat pada Mac.
“Kita cabar Lim Kit Siang bawa ke mahkamah. Sila saman. Nanti kita akan sebut banyak lagi tindakan DAP yang menentang Islam. Ini peluang kita untuk mendedahkan kepada orang Islam bahawa DAP dan Lim Kit Siang memang anti-Islam.”
Sebelum ini, DAP mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Hadi berhubung pelaksanaan undang-undang Islam di Kelantan.
Kit Siang baru-baru ini menawarkan kesediaan untuk kembali bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.
Hasrat itu ditolak Hadi semalam.
Hadi dilaporkan berkata kerjasama tidak akan berlaku kerana kedua-dua parti mempunyai agenda tersendiri malah DAP hingga kini menentang agenda utama PAS khususnya dalam meningkatkan hukum syariah.

Fitnah Anti-Islam: Jutaan umat Islam bangkit jika DAP saman Hadi - Nasruddin

Lim Kit Siang bercadang mengambil tindakan undang-undnag terhadap Abdul Hadi Lim Kit Siang bercadang mengambil tindakan undang-undnag terhadap Abdul Hadi
Ketua Penerangan Pas Nasrudin Hassan yakin jutaan umat Islam termasuk dalam kalangan masyarakat bukan Islam yang menghormati agama itu akan bangkit membela presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika DAP menyamannya.
"InsyaAllah, jika DAP saman presiden Pas maka ratusan ribu malah jutaan umat Islam termasuk bukan Islam yang menghormati Islam akan bangkit menjadi 'peguam bela' pemimpin gerakan Islam itu.
"Saya mempunyai bukti kenyataan dan sikap kepimpinan DAP yang mempersendakan hukum agama Islam dan sekaligus mempamerkan semangat anti-Islam mereka kepada umum," kata Nasrudin, memetik Malaysiakini.
Semalam penasihat DAP Lim Kit Siang bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Abdul Hadi kerana didakwa memfitnahnya sebagai seorang yang anti-Islam.
Anggota Parlimen Gelang Patah itu berkata beliau telah meminta peguamnya meneliti perkara itu.
Hadi, terdahulu, dilapor menolak sebarang kemungkinan bekerjasama dengan DAP.
Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, beliau menamakan rancangan dan strategi DAP sebagai 'strategi serba tak menjadi' yang diadakan untuk hancurkan Pas.
"Mereka mahu pecah-belahkan Pas dan mereka mahu Pas menjadi parti yang lemah dan tidak lagi menjadi saingan mereka di pentas politik tanahair.
"Kelmarin dulu dia putuskan hubungan dengan presiden Pas, kelmarin dia hulurkan salam perdamaian kepada Presiden PAS dan hari ini bertekad untuk saman Presiden PAS.
"Esok entah apa pula pelan dan strategi pemimpin DAP itu," katanya.

Najib bukan hantar saya 'cuci' Felda: Shahrir

H355: Amanah belum terima jemputan.

Jangan melulu tolak salam perdamaian Kit Siang, kata bekas ahli kepada PAS

PAS mahu menang 40 kerusi Parlimen, kata Hadi

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, partinya menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang.
Pada masa yang sama, kata Abdul Hadi, parti itu perlu mempunyai kedudukan yang kukuh dan kuat melalui strategi mempertahankan Kelantan dan Selangor selain memerintah semula Terengganu dan Kedah.
Sambil mengakui walaupun sukar mendapat majoriti 112 kerusi dan memerintah sendiri, tetapi PAS mempunyai tanggungjawab mempertahankan Islam dan memastikan Islam memerintah, katanya.
"Kejayaan strategi itu akan menyebabkan Umno tidak lagi sombong seperti dahulu dan membolehkan berlakunya perubahan politik dalam negara.
"Kita kena faham ini semua. Jangan kita mara ke hadapan dengan tidak tengok sedikit ke belakang, di mana kekurangan dan kelemahan, tidak membuat muhasabah.
Kita maju ke hadapan dalam keadaan kita tak tengok lopak-lopak dan liku yang bahaya," ujarnya pada Majlis Taklimat Khas Presiden dan Dana Sumbangan Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, memetik laporan Harakah Daily.
Baru-baru ini, Abdul Hadi berkata, PAS tetap bertegas menolak kerjasama dengan DAP untuk pilihan raya umum depan, tetapi masih terbuka terhadap sebarang kemungkinan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Jelas Abdul Hadi, agenda mereka dan DAP berbeza kerana PAS bukan hanya mahu menang pilihan raya tetapi juga membawa perubahan dalam masyarakat.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, tahaluf siyasi bersama DAP dan PKR hampir berjaya menjatuhkan Umno dan BN dengan mencapai peratus tinggi undi popular iaitu 89 kerusi pembangkang dan 132 kerusi kerajaan.
Namun begitu, wujud keadaan tidak seimbang pada kedudukan politik dan jumlah kerusi Islam menyebabkan PAS melakukan muraja'ah semula terhadap tahaluf siyasi, katanya.
"Sedarkah saudara-saudari bagaimana kedudukan kerusi itu? Tak sedar 89 kerusi pembangkang itu PAS 21 kerusi, PKR 30 kerusi, DAP 38 kerusi. Kekuatan jentera PAS 25 peratus, parti lain bahagi-bahagi, (tapi) kerusi PAS begitu kedudukannya.

Pas ganti Umno main agenda anti-DAP

Mohamad Sabu bersama masyarakat Siam di Teresek Rantau Panjang menyampaikan bantuan pasca banjir kepada 130 keluargaMohamad Sabu bersama masyarakat Siam di Teresek Rantau Panjang menyampaikan bantuan pasca banjir kepada 130 keluarga
Agenda anti-Cina DAP merupakan taktik yang digunakan Umno sejak sekian lama untuk memainkan sentimen orang Melayu bagi mengekalkan kuasa.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berkata hakikatnya Umno bukan berusaha menjaga orang Melayu kerana dalam masa yang sama mereka berpakat dengan tauke-tauke Cina MCA menyelewengkan harta rakyat.
"Orang Melayu yang berada di pusat-pusat pengajian tinggi, polis, tentera dan jabatan-jabatan kerajaan diasak dengan kebencian terhadap Cina DAP.
"Mereka ditakutkan dengan ugutan kalau Umno kalah, DAP akan memerintah," katanya ketika berceramah di Kampung Lati, Pasir Mas malam tadi.
Orang Melayu kata beliau terus menyokong Umno kerana dakyah ini walaupun dalam mengendalikan ekonomi negara mereka ditindas oleh Umno.
"Semua orang tahu di negara ini kalau projek bernilai jutaan ringgit, Umno berkongsi dengan kapitalis MCA dan orang Melayu hanya diberi projek-projek kecil dengan lesen kelas F.
"Sekarang heboh duit Tabung Haji diselewengkan, tuan-tuan tau ada berapa orang Dap yang bekerja di situ?" soalnya.
Kini katanya, negara ini sedang dijual oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Republik Rakyat China.
"Lapangan terbang tentera Sungai Besi, projek keretapi laju Pantai Timur dan Forest City di Johor sudah dipersetujui untuk diserahkan kepada syarikat-syarikat dari negara China.
"Bila projek-projek mega seperti diserah kepada pihak China peluang untuk warga tempatan termasuk rakyat berbangsa Cina sendiri akan tertutup.
"Syarikat China akan menggunakan kaedah membawa seratus peratus peralatan pembinaan dan tenaga buruh dari negara mereka," katanya.
Mohamad yang pernah menjadi timbalan presiden Pas melahirkan rasa terkejut kerana isu anti-DAP yang dulunya dimainkan Umno kini dijadikan agenda oleh Pas.
"Dulu masa kita dalam Pas dibuat tema muktamar 'menggempur pemikiran assobiyyah'.
"Ayat-ayat Al Quran dan hadis yang mengutuk perkauman sempit membela kezaliman bangsa sendiri kita hafal dan buat modal ceramah.
"Sekarang dah jadi terbalik, mereka pulak ikut rentak Umno, bencikan kaum lain walaupun mereka sebenarnya dizalimi oleh Umno," katanya.
Presiden Amanah itu dalam lawatan kerjanya sehari ke Kelantan memulakan tugas sejak awal pagi dengan menghadiri upacara menaikkan bendera gergasi Amanah di Kampung Sabak, Pengkalan Chepa.

Teras ingatkan Felda adalah amanah bangsa dan negara


Oleh MOHD AZMI ABDUL HAMID
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) adalah agensi yang diwujudkan sebagai sebuah amanah yang besar untuk kemajuan sosioekonomi bangsa Melayu di negara ini. Semenjak penubuhannya di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 , iaitu pada 1 Julai 1956, terdapat 112,635 peneroka di Malaysia di 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara.

Ramai orang Melayu dapat manfaat dan kini generasi kedua Felda juga sedang meraih kesenangan.

Felda telah ditubuhkan untuk pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah.

Antara fungsi Felda adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial.

Sebagai usaha menjana pendapatan, Felda telah melancarkan beberapa entiti korporat swasta terutamanya untuk memastikan rantaian nilai yang lengkap untuk aktiviti terasnya.

Antara yang terbesar adalah koperasi Permodalan Felda (Koperasi Felda), Felda Global Ventures (FGV) dan Felda Investment Corporation (FIC).

Sekarang fokus Felda adalah untuk menjadi ‘Economic Powerhouse’ dalam menjana pelbagai aktiviti ekonomi pada tahun 2020 melalui program berstrukturnya dengan modal insan yang mempunyai pelbagai potensi.

Pengurusan Felda diharap diberi kepada mereka yang cukup berwibawa, berintegriti bukan sahaja dari sudut pengurusan malah juga untuk merancang masa depan Felda secara mapan.

Kepimpinan pengurusan Felda yang silih berganti sepatutnya menjadikan agensi itu lebih kukuh. Politik tidak seharusnya mengganggu pengurusan Felda kerana ia akan memporak-perandakan keputusan yang mesti dibuat dengan profesional dan urus kelola korporat yang betul dan telus.

Sejak ia menjadi aset negara bernilai berbilion ringgit kini pelbagai inisiatif baru diambil untuk menganjakkan agensi itu kepada tahap yang lebih menyerlah melibatkan pelaburan yang besar bukan sahaja dalam negara malah ke medan antarabangsa.

Syarikat korporat FGV kemudian disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur pada 2012 yang mula melibatkan diri dalam dunia ekonomi global bersifat spekulatif.

Arahan Eksekutif Presiden A.S. Melarang Kemasukan Pelarian: OIC Perlu Suarakan Bantahan

Saya kecewa menerima berita arahan eksekutif Presiden A.S. Donald J Trump ditandatangani Jumaat yang melarang kemasukan pelarian dari tujuh negara Islam ke Amerika Syarikat.

Walaupun isu imigresen dan kawalan sempadan adalah hak setiap negara, namun larangan umum seperti yang kita saksikan ini amatlah dikesali dan menampakkan tahap kepercayaan yang wujud pada waktu ini di antara pentadbiran A.S. sekarang dan dunia Islam.

Malaysia selaku anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang melibatkan 57 negara Islam termasuk negara-negara yang terkesan akibat arahan eksekutif Presiden Trump, perlu melibatkan diri dalam perbincangan dengan pentadbiran A.S. melalui kesemua saluran diplomatik sedia ada demi menyelesaikan sebarang isu berbangkit.

Pada masa yang sama, OIC perlu memanggil perjumpaan tergempar untuk membincangkan serta merangka strategi dan langkah-langkah diplomatik yang perlu diambil untuk menjamin keadilan serta memupuk persefahaman di antara semua pihak yang terlibat.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang
Presiden KEADILAN

29 Januari 2017

BN Sarawak hadapi jalan sukar selepas Adenan

Keputusan Mahkamah Persekutuan pada Disember dan kematian Adenan akan menyukarkan kerajaan pimpinan Abang Johari mengekalkan sokongan.
bn-sarawak
PETALING JAYA: Perjuangan Orang Asal menuntut hak mereka di Sarawak bakal menghadapi kesukaran selepas kematian Tan Sri Adenan Satem awal bulan ini, ditambah dengan sebuah keputusan Mahkamah Persekutuan beberapa minggu sebelum itu, menurut akhbar Sydney Morning Herald (SMH).
Dan kesukaran itu bakal diterjemahkan melalui peti undi, yang boleh menggugat Barisan Nasional (BN) di Sarawak yang menang besar tahun lalu di bawah kepimpinan Adenan.
“Sekiranya perasaan ini diterjemahkan kepada undi, ia akan memberi implikasi besar ke atas kerajaan persekutuan Malaysia,” tulis wartawan veteran Paul Malone hari ini.
Ini kerana, katanya, Sarawak menyumbang 31 daripada 222 kerusi Parlimen, 25 daripadanya dimenangi BN.
“Sebarang tindak balas Iban boleh merampas sebilangan besar kerusi itu.”
Menurut artikel SMH itu, kematian Adenan berlaku selang 3 minggu selepas keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak mengiktiraf hak Orang Asal ke atas tanah hutan kecuali penempatan yang sudah lama diduduki masyarakat itu.
Ia bermakna Orang Asal tidak berhak menuntut tanah selain penempatan mereka yang sudah lama dimajukan dan diduduki mereka, manakala tanah hutan yang digunakan mereka untuk mencari nafkah tidak boleh dituntut mereka.
Ia juga bermakna kerajaan negeri boleh membenarkan syarikat swasta melakukan aktiviti pembalakan di tanah sedemikian, isu yang menjadi kontroversi beberapa dekad.
Rasa tidak puas hati keputusan itu mungkin sukar diselesaikan selepas kematian Adenan yang dilihat lebih mesra dalam dasar Orang Asal.
“Dalam tempoh pendek pentadbirannya, Adenan menunjukkan kesediaan mendengar suara Orang Asal, dengan mengundur daripada komitmen pemimpin sebelumnya untuk membina beberapa empangan di Sungai Baram,” tulis Malone.
Adenan, yang meninggal dunia pada 11 Januari lalu selepas kurang 3 tahun mengambil alih daripada Tun Abdul Taib Mahmud, dianggap ketua menteri popular di kalangan rakyat Sarawak.
Pada pilihan raya negeri tahun lalu, populariti beliau dikatakan menjadi faktor BN menang dengan majoriti besar.
Selepas kemenangan itu, Adenan mengumumkan pembatalan pembinaan Empangan Baram yang sekian lama dibantah Orang Asal.

Pas tetap bersama Gagasan Sejahtera


Pas menegaskan akan tetap bersama Gagasan Sejahtera (Gagasan) yang ditubuhkan bersama-sama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
Pas dan Ikatan menandatangani kerjasama sebagai Blok Ketiga pada Mac tahun laluNaib Presidennya Datuk Iskandar Abdul Samad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang sedia menceraikan Pas jika parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu mahu menyertai Pakatan Harapan (PH).

"Setiap parti bebas menetapkan pendirian masing-masing.

"Jika Ikatan hendak meninggalkan Gagasan Sejahtera itu keputusan mereka. PAS akan terus bersama Gagasan Sejahtera," katanya, memetik Antarapos.
Malah Iskandar mengambil pendirian untuk tidak membuat apa-apa spekulasi berhubung kenyataan Abdul Kadir.

"Saya tidak mahu membuat spekulasi kepada sesuatu yang belum berlaku.

"Tunggulah sehingga ia berlaku," katanya.

Dalam pada itu, Iskandar yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor berkata sebarang keputusan yang dibuat oleh Hadi dan kepimpinan Pas Pusat adalah selepas diperhalusi semua perkara.

"Sebarang keputusan yang dibuat oleh Presiden dan pimpinan Pas Pusat adalah setelah dihalusi semua fakta," jelas beliau.

Baru-baru ini Abdul Kadir berkata partinya tidak akan mengikuti Pas jika parti itu mahu bekerjasama politik PH.

Menurut Abdul Kadir, Ikatan tidak berminat dengan kerjasama tersebut kerana sudah mempunyai Gagasan Sejahtera.

Untuk rekod, Pas pada 16 Mac 2016 mengumumkan pembentukan blok pembangkang ketiga bersama-sama Ikatan.

"Kalau PAS mahu pergi kami tidak akan sertai. Gagasan, kami sedia berseorangan tanpa Pas.

LAGI DIUNGKIT KES2 LAMA ERA TUN MAHATHIR, LAGI KUAT INGATAN PENGUNDI KEPADA 1MDB

Selepas isu BMF dilihat tidak bermanfaat dan seolah-olah menikam diri sendiri, pasukan media dan laskar maya Najib Razak cuba pula menimbulkan kembali isu kerugian AS$10 bilion dalam urusniaga forex oleh Bank Negara ketika era Tun Mahathir Mohamad dahulu.

Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara yang sudah lama tenggelam dan dilupakan, akhirnya dibawa kembali untuk ditemubual oleh media arus perdana untuk bercakap mengenai kerugian tersebut.

Beliau malah meminta suatu penyiasatan mengenai kerugian itu dibuka semula dan sedia membantu jika dipanggil memberi keterangan.

Jika kita masih ingat, Abdul Murad inilah juga yang sebelum ini pernah mendakwa Anwar Ibrahim mengawal dana berjumlah RM3 bilion untuk diagih-agihkan kepada rakan-rakan rapatnya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu.

Bagaimanapun, tiada apa-apa yang dapat dibuktikan mengenai dakwan tersebut, sebaliknya pada tahun 2000, Abdul Murad yang dihukum denda RM500 ribu atau penjara enam bulan setelah mengaku bersalah atas tuduhan gagal mengisytiharkan saham dan 51 hartanah bernilai RM24 juta.

Tujuan menimbulkan kembali isu-isu lama ini tidak lain ialah untuk menyerang dan melemahkan Tun Mahathir  kerana semuanya berlaku ketika era kepimpinannya?
Apakah bermanfaat bagi pasukan media Najib menimbulkan kembali isu-isu lama itu dan selepas ini berapa banyak lagi kes lama akan terus diungkit?

Memang benar isu BMF dan kerugian urusniaga forex berlaku ketika era kepimpinan Tun Mahathir, tetapi harus diingat bahawa ketika itu beliau tidak menjadi Menteri Kewangan. Bahkan dalam semua yang berlaku itu tiada dakwaan kemasukan beribu-ribu juta wang ke dalam akaun peribadinya.

Ketua Armada sanggah Pemuda Pas isu skandal BMF


Tiada bukti jelas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam skandal BMF seperti didedahkan agensi risikan Amerika Syarikat (AS), kata Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Beliau berkata, sekiranya diteliti pendedahan Agensi Perisikan Pusat (CIA) menerusi laporan bertajuk 'The Bank Bumiputra Scandal: More Trouble Ahead for Malaysia's Mahathir? secara sahih tidak menyabitkan mahupun menyatakan Mahathir terlibat dalam skandal tersebut.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman"Frasa "circumstancial evidence suggests that the scandal extends to Mahathir's administration" (bukti yang mencukupi menunjukkan skandal meliputi pemerintahan Mahathir) di halaman tiga laporan tersebut dan "thus far no direct links have been established between Mahathir and the corruption at BMF" (sehingga kini masih belum ada kaitan antara Mahathir dengan korupsi di BMF) di halaman empat.
"Ini membuktikan bahawa tiada bukti jelas penglibatan Tun Mahathir Mohamad dan korupsi di BMF," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, pada zaman Mahathir, beliau terpaksa menangani skandal BMF ini bersama sama dengan Tun Daim dengan menjualnya kepada Petronas bagi menyelesaikan masalah ini.
"Pada masa ini juga, segala siasatan dan dakwaan tidak di masuk campur oleh pihak pihak yang tertentu. Siasatan diselesaikan malah tidak dihalang mahupun diberhentikan seperti skandal 1MDB," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan agar satu kertas siasatan ke atas Mahathir dibuka berikutan pendedahan terbaharu oleh CIA melibatkan pelbagai skandal di bawah pentadbiran Mahathir.
Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, isu BMF mempunyai jurang yang begitu banyak dengan skandal 1MDB.
"Skandal ini bermula pada tahun 1979-1983 di mana RM 2.3 billion diselewengkan pada masa Tengku Razeleigh Hamzah menjadi Menteri Kewangan (kini: MP Gua Musang), Tun Hussein Onn merupakan Perdana Menteri dan Tun Dr Mahathir sebagai Timbalan dan merangkap sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Mereka termasuklah bekas Pengarah Eksekutif BBMB, Datuk Hashim Samsudin, bekas Pengerusi BBMB Lorraine Esme Osman dan bekas pengarah gantian BBMB, Dr Rais Saniman," katanya.
Namun katanya, skandal 1MDB baru-baru ini yang melibatkan lebih RM2.6 billion diselewengkan di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB ketika beliau mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap 1MDB tidak didakwa malah siasatan dalam negara dihentikan.

Di mana Dr Mahathir kalau Zahid jadi PM…

Komitmen pengerusi PPBM dan lain-lain menjatuhkan Umno akan hanya terjawab sekiranya ini berlaku.
mahathir-zahid
Sebagai timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ialah orang paling layak menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, jika dilihat melalui struktur organisasi Umno dan BN.
Katakanlah, Zahid berjaya menggantikan Najib, apakah yang akan terjadi kepada perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad di Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)?
Apakah Dr Mahathir masih akan meneruskan perjuangannya untuk menjatuhkan Umno?
Apakah Dr Mahathir akan terus melabel Umno sebagai rosak?
Apakah Dr Mahathir masih akan berkawan dengan DAP dan Lim Kit Siang untuk “menyelamatkan Malaysia” daripada bahaya? Bahaya apa memandangkan Najib sudah tidak lagi menjadi PM?
Apakah Dr Mahathir akan memusuhi Zahid dan mengganggapnya penyambung kerja Najib, dan oleh itu Umno perlu terus dimusuhi sehingga ia jatuh ke tangan pembangkang yang didominasi DAP?
Apakah Dr Mahathir akan kembali kepada Umno bersama anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, jika Zahid menawarkan salam pendamaian?
Jika ya, apakah Dr Mahathir akan menukar nadanya kembali ke zaman beliau bersama Perkasa dan Datuk Ibrahim Ali ketika masih berkawan dengan Najib?
Ketika itu, apakah Dr Mahathir masih mahukan pembangkang yang bersatu untuk menghadapi BN, sedangkan beliau tahu formula pembangkang berpecah adalah antara faktor utama beliau terus menerajui BN tanpa masalah selama 22 tahun walaupun pernah berdepan dengan skandal sebesar Bumiputera Malaysia Finance (BMF)?
Apakah Dr Mahathir akan menekan Zahid berkenaan 1MDB, atau menyuruh rakyat “move on” daripada terus dibelenggu isu 1MDB?
Apakah PPBM akan dibubarkan seperti Semangat 46 memandangkan matlamat menurunkan Najib sudah tercapai walaupun bukan kerana usaha sendiri?
Begitulah soalan yang bermain di minda para pemerhati politik terhadap perjuangan Dr Mahathir di PPBM untuk melawan Najib.

‘Bila sudah tiada kuasa, semua didedah’ -PAS

Idris AhmadPas menyindir budaya politik di negara ini yang hanya mendedahkan kesalahan pemimpin apabila tidak lagi berkuasa.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, sedangkan ketika pemerintahan pemimpin tersebut, semuanya diam membisu.
“Inilah budaya, apabila tidak berkuasa semua terdedah. Semua pakat bersuara tentang salah laku pemimpin sebelumnya,” katanya dalam  satu kenyataan, semalam.
Katanya, sikap tidak baik itu berlaku di dalam tata kelola pentadbiran di negara ini.
“Sifir mudahnya, buatlah apa sahaja sewaktu kamu berkuasa, kerana semuanya kebal tidak ada siapa yang berani menyentuh. Ia akan terdedah apabila sudah tidak berkuasa.
“Inilah yang berlaku kepada Tun Dr Mahathir (Mohamad) sekarang. Segala yang beliau lakukan akan terdedah. Selama ini semuanya menikus,” katanya.
Idris berkata, yang menjadi mangsa perbuatan pemimpin yang tidak telus ialah rakyat.
“Pemimpin dan kroni tidak terasa dengan permainan mereka, tetapi rakyat menderita kerana asas ekonomi negara kucar kacir. (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) pun perlu ambil ingatan, apa yang berlaku mengenai 1MDB  (1Malaysia Development Berhad) juga akan terdedah apabila beliau tidak ada kuasa.
“Oleh itulah ia tidak akan selesai jika hanya tukar individu, bukan sistem. Siapa pun naik maka itulah yang berlaku kerana skrip sama, cuka pelakon berbeza. Sebab itu Pas yakin perubahan bersama Islam untuk selamatkan negara dan rakyat di negara ini,” katanya.

Mustahil China kawal ekonomi Malaysia - TPM

Mat Sabu: Najib Razak Ada Duit 5 Bilion Yg Dicuri Sebagai Senjata Utama PRU 14

Johari Abdul: Tiada Negara Yg Hancur Kerana Rakyat Tapi Kerana Pemimpinnya

Mat Sabu: Bila BN Kalah Apa Akan Jadi Kepada Orang Melayu??

Wan Abd Rahim: Tak Boleh Percaya Kepada Driver BAS Yg Dah Telan PIL KUDA

Kelantan:Dr Hatta Ramli : PAS Yang Akan Untung Bila Parti Pembangkang Bergabung