Jumaat, 27 Januari 2017

Tugu Banjir: Mengapa tidak guna agensi kerajaan, soal Amanah

Amanah Kelantan mempersoalkan mengapa kerajaan negeri menggunakan yayasan untuk membeli tanah tugu peringatan banjir di Kuala Krai
Che-Ibrahim-Mohamed_pas_tugu_600
PETALING JAYA: Amanah Kelantan mempersoalkan mengapa kerajaan negeri menggunakan Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) untuk membeli tanah tugu peringatan banjir di Kuala Krai.
Naib Pengerusi Che Ibrahim Mohamed berkata kerajaan negeri mempunyai agensi yang boleh digerakkan untuk projek itu.
“Objektif penubuhan YTK ialah bagi tujuan mengadakan kursus pembinaan umat, membantu pendidikan pelajar cemerlang dan pembangunan insan. Maka sebab itu kita katakan pembelian ini satu pembaziran.
“Kerajaan negeri ada agensi lain yang lebih releven untuk membeli tanah itu,” katanya.
Menurut Che Ibrahim, kawasan itu meliputi 3 lot tanah yang secara keseluruhan berkeluasan 0.956 ekar.
“Dalam 3 lot itu PAS telah membina beberapa bangunan lain yang terdiri daripada surau, bilik gerakan PAS Kuala Krai dan dalam pada masa sama, Majlis Daerah Kuala Krai membina 5 buah gerai di atas tanah itu.
“Sepatutnya kerajaan menggunakan agensi lain, sebagai contoh Majlis Daerah Kuala Krai yang boleh membayar pembinaan tugu dan membina gerai atas tanah itu,” kata kepada FMT.
YTK ditubuhkan melalui Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi tujuan “program bina ummah”.
Sebelum ini, Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa dilaporkan mempertikaikan kewajaran RM300,000 dibelanjakan untuk projek tugu tersebut.
Kerajaan negeri tahun lalu membina Tugu Peringatan Banjir Kuala Krai bagi memperingati 170,000 orang dan 36,000 buah
keluarga yang menjadi mangsa bencana banjir pada Disember 2014, Bah (banjir) Merah 1927 dan Bah Besar 1967.
Pemuda PAS Kelantan dalam satu kenyataan semalam menjelaskan tindakan kerajaan negeri sebenarnya menyelamatkan tanah tersebut.
Ketua Penerangan Nazman Che Iberahim berkata keluasan sebenar tanah adalah 1.1 ekar dan menjadi tapak Masjid al-Jauhar “yang telah berada lebih puluhan tahun di sana”.

Jabatan Perhutanan Kelantan petik angka dari langit, kata pusat Orang Asli

Penyelaras COAC, Colin Nicholas berkata kumpulan kecil yang menyokong pembalakan itu kroni kerajaan negeri
orangasli
PETALING JAYA: Dakwaan Jabatan Perhutanan Kelantan (JPNK) mengatakan hanya 20% Orang Asli Temiar membantah aktiviti pembalakan tidak betul sama sekali, kata Pusat Keprihatinan Orang Asli (COAC).
“Jabatan memberikan maklumat yang salah dan cuba melakukan perdayaan melalui kenyataan itu,” kata penyelaras COAC, Colin Nicholas kepada FMT.
“Walaupun satu orang menentang pembalakan, orang itu mempunyai asas dan justifikasi untuk berbuat demikian. Anda tidak perlu majoriti.”
Colin menjawab kenyataan Pengarah JPNK Zahari Ibrahim yang mengatakan majoriti masyarakat Orang Asli menyokong pendirian jabatan dan kerajaan negeri berkenaan pembalakan. Zahari berkata demikian berdasarkan maklum balas dari ketua kampung suku Temiar.
Colin menyamakan kenyataan Zahari kepada dakwaan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mengatakan 1.5 juta rakyat AS menghadiri upacara pertabalan presiden walaupun laporan media menganggarkan sekitar 250,000 orang sahaja.
“Saya rasa dia mengambil petunjuk daripada isu sekitar pertabalan Trump. Mereka hanya memetik angka dari langit tanpa asas.”
Pada Isnin lepas, 16 Orang Asli ditahan JPNK berhubung sekatan yang didirikan bagi menghalang pembalak memasuki kawasan hutan simpan di Gua Musang.
Penahanan itu mencetuskan kemarahan Orang Asal di seluruh negara, yang mendakwa kerajaan negeri gagal menjaga kebajikan mereka.
Colin akui ada kumpulan minoriti Orang Asli Temiar menyokong aktiviti pembalakan. Menurut beliau, kumpulan itu kroni kerajaan negeri.

Bangkitkan isu skandal BMF, Pakatan sulit Umno-CIA untuk kekalkan Umno dan Najib berkuasa?

Politik Umno Najib makin menggila apabila ternyata gagal pertahankan diri atas pelbagai kepincangan dan penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan.
Dari isu skandal besar negara 1MDB, Tabung Haji, Felda dan kedaulatan negara tergadai hinggalah kepada isu yang menyentuh beban kos sara hidup rakyat seperti GST,kejatuhan nilai ringgit dan kenaikan harga barang.
Bagi menutup kegagalan dan kelemahan kerajaan ini maka dinyanyikan kepada rakyat isu kononnya Tun Dr Mahathir terlibat dalam isu BMF dengan media milik Umno pun mendedahkan kononnya maklumat dokumen CIA mendapati Tun M terlibat.Demikianlah laporan ‘tiga suku’ oleh berita TV3 yang makin teruk sawan gila seperti dirasuk hantu.
Tidak mungkin rakyat nak pertahankan Tun Dr Mahathir jika benar beliau dikatakan terlibat tetapi perlu diingat bahawa hari ini yang berkuasa di Malaysia ialah Najib.
Bagi saya tidak sukar untuk Najib dan pihak berkuasa Malaysia untuk mengambil tindakan terhadap Tun Dr Mahathir bagi mengheretnya ke muka pengadilan dan rakyat yakin beliau sendiri tidak takut dan gentar untuk ditangkap dan diheret ke mahkamah.
Persoalan kini yang berlegar di minda rakyat ialah kenapa segala dakwaan dan tuduhan pada Tun Dr Mahathir hanya berlegar di ‘mahkamah media’ sahaja.
Apakah ini satu konspirasi politik jahat antara Umno dan CIA untuk mengekalkan Umno Najib terus berkuasa selepas PRU14 walaupun ‘belemoih’ dengan berbagai skandal besar khususnya 1MDB.

Jangan kompromi dengan rasuah, hanya pilih yang bersih dan berani lawan korupsi sebagai pemimpin

Penurunan kedudukan Malaysia ke tangga ke-55 dalam Laporan Indeks Persepsi Rasuah 2016 seperti yang diumumkan oleh Transparency International – Malaysia (TI-M) semalam adalah dijangka.
Datuk Akhbar Satar, Presiden TI-M memperjelaskan bahawa penurunan ini adalah akibat daripada kekurangan kesungguhan pemimpin politik dalam menangani rasuah dengan hanya memberi janji kosong tetapi tidak memperjuangkannya.
Ini terbukti apabila pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak dilihat masih gagal untuk membendung gejala rasuah dalam negara yang semakin parah dan malangnya beliau sendiri memungkiri janji untuk menangani isu skandal 1MDB.
Lebih memalukan lagi apabila negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Singapura telah mengambil tindakan yang serius dimana pesalah-pesalah yang berkaitan dengan 1MDB telah dibawa ke mula pengadilan dan dihukum.
Malah lebih menjengkelkan lagi, ahli-ahli politik di Malaysia secara amnya dianggap mengamalkan rasuah manakala rakyat tiada pilihan melainkan untuk memilih pemimpin yang kurang rasuah pada pilihanraya umum (PRU) yang akan datang.
Maka, bagi membolehkan pilihan yang lebih jelas dalam menentukan kepimpinan negara yang bersih dan berani melawan rasuah, rakyat sewajarnya mendesak pemimpin-pemimpin politik yang akan bertanding pada PRU-14 membuat pendirian yang berikut:
1. Komited untuk perjuangkan reformasi institusi yang melibatkan soal ketirisan, keterbukaan dan rasuah. Ianya boleh bermula dengan mengkaji semula akta-akta yang memberi ruang kepada salah guna kuasa termasuklah dengan komitmen untuk memansuhkan Akta Rahsia Rasmi (OSA).
2. Komited untuk bertindak tegas terhadap mereka yang terlibat dalam rasuah. Ianya boleh bermula dengan memastikan mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB dibawa ke muka pengadilan tanpa pengecualian walaupun ini mungkin mengaitkan ahli politik itu sendiri. Langkah ini dapat memberi keyakinan kepada rakyat dalam usaha memerangi rasuah.
Sebagai contoh, negara Singapura terus meningkat ke kedudukan tangga ke-7 bagi Indeks Persepsi Rasuah 2016 dalam keadaan dimana institusi perbankan di Singapura yang terlibat dalam skandal 1MDB telah diarahkan ditutup dan mereka yang terlibat disabitkan hukuman penjara.

Umno perlu halusi RUU 355 sebelum sertai demo PAS sembang Najib

PAS merancang mengadakan Himpunan 355 pada 18 Februari nanti bagi menggembleng sokongan orang Islam kepada cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).
najib_ru335_600pas
KUALA LUMPUR: Umno hanya akan menyertai Himpunan 355 anjuran PAS selepas memperhalusi aspek berkaitan rang undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU 355).
Presiden Datuk Seri Najib Razak berkata oleh itu parti belum boleh mengesahkan penyertaan dalam tunjuk perasaan menyokong pindaan meningkatkan hukuman syariah pada 18 Februari nanti.
Najib mengesahkan Himpunan 355 antara agenda yang dibincangkan di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang tadi.
“Saya akan buat ulasan nanti. Kita tengah halusi segala aspek RUU 355. Bagi saya tempoh sikitlah,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat hari ini.
PAS merancang mengadakan Himpunan 355 bagi mengembleng sokongan orang Islam kepada cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tunjuk perasaan itu bagaimanapun dibantah Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz serta beberapa parti komponen Barisan Nasional.
Malah, pada tarikh yang sama, media melaporkan sebuah badan kerajaan merancang mengadakan himpunan balas di Padang Merbok bagi membantah pindaan.
Sementara itu, Najib berkata Umno dan PAS mungkin berkongsi pentas pada 3 Februari depan untuk program pelancaran pelayaran misi kemanusiaan “Flotila ke Myanmar”.
“InsyaAllah, PAS juga akan hadir bersama untuk majlis pelancaran pelayaran tersebut. Kita boleh bekerjasama atas isu-isu yang menyentuh soal ummah, Islam dan sebagainya,” katanya.

Pilihan raya awal di Sabah cuma spekulasi, kata Najib

Perdana menteri berkata kerajaan tidak membuat sebarang keputusan mengenai pilihan raya kilat di Sabah.
najib_sabah_undi_600
KUALA LUMPUR: Perdana menteri hari ini menepis semua laporan mengatakan pilihan raya kilat akan diadakan di Sabah.
“Kita tidak ada keputusan malah belum ada keputusan berhubung sama ada pilihan raya negeri awal akan dibuat di Sabah atau tidak.
“Jadi, pada kedudukannnya ia masih spekulasi setakat ini,” kata Datuk Seri Najib Razak pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang tadi.
Najib mengulas laporan media semalam mengatakan pilihan raya negeri (PRN( mungkin diadakan di Sabah seawal April tahun ini.
Sabah mengadakan PRN berlainan sebelum pilihan raya umum 2004.
Sebelum ini, media melaporkan sumber sebagai berkata Najib membenarkan cadangan itu tetapi meminta laporan penilaian ke atas semua 60 kerusi DUN sebelum memberi kata putus.
Penganalisis percaya BN berpeluang memenangi lebih banyak kerusi sekiranya PRN diadakan lebih awal daripada pilihan raya umum (PRU).
Ditanya mengenai maklum balas daripada BN negeri, Najib berkata: “Kita akan tengok segala aspek tapi setakat ini ia hanya spekulasi.”
Najib turut menepis spekulasi yang mengatakan mesyuarat BN di peringkat bahagian dan cawangan sedang berlangsung petunjuk PRU ke-14 akan diadakan pada akhir tahun ini.
“Ini (spekulasi) bukan-bukan. Mesyuarat biasa sahaja. Tahun ini ‘tahun biasa’ jadi kita buat (mesyuarat) mengikut masa kita yang sesuai.”

Tekanan Pembangkang: Jentera sedia hadapi pilihan raya kilat kata BN Sabah

Pilihan raya negeri secara berasingan membolehkan rakan dari Semenanjung turun membantu jentera BN Sabah, kata Rahman Dahlan
Rahman-Dahlan_sabah_bn_600
PUTRAJAYA: Jentera Barisan Nasional (BN) Sabah sudah bersiap sedia dari segi psikologi untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya negeri diadakan lebih awal, kata Setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan.
“Pilihan raya negeri awal atau tidak, jentera telah siap sedia,” kata menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu ketika ditanya mengenai laporan media yang Sabah mungkin mengadakan pilihan raya negeri lebih awal sebelum tempoh matang pilihan raya umum pada 2018.
Abdul Rahman yang juga pengarah komunikasi strategik BN berkata pada pandangannya, pilihan raya negeri yang diadakan lebih awal daripada pilihan raya umum adalah lebih ‘meriah’.
“Pilihan raya negeri Sabah secara berasingan membolehkan rakan-rakan dari Semenanjung turun membantu jentera BN Sabah,” katanya sambil menambah 20 tahun dulu pilihan raya negeri Sabah sememangnya diadakan secara berasingan dengan pilihan raya umum.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan agensi di bawah JPM di sini, hari ini.

Forex: Bekas pegawai kanan BNM gesa buka siasatan,sedia bagi keterangan


Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Murad Khalid menggesa pihak berkuasa membuka semula siasatan membabitkan kerugian USD10 bilion (RM44bilion) melalui kegiatan matawang antara tahun 1991 hingga 1993 oleh bank pusat itu.
Abdul Murad berkata, beliau bersedia memberi kerjasama jika diperlukan.
Beliau mendedahkan bank pusat itu mencatatkan kerugian sebanyak USD10 bilion (RM44 bilion) melalui kegiatan perdagangan mata wang sepanjang 1991 hingga 1993, jauh lebih besar daripada jumlah yang dilaporkan sebelum ini.
Dalam temubual eksklusif Abdul Murad dengan beberapa media arus perdana itu dipetik berkata, Laporan Tahunan BNM pada 1994 hanya mencatatkan kerugian sebanyak RM9 bilion sahaja akibat kegiatan itu, sedangkan angka sebenar adalah jauh lebih besar.
Menurut beliau, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pernah meminta BNM memberi penjelasan tentang kerugian yang dikatakan terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah perbankan antarabangsa itu.
“Apa yang pelik, tiada siasatan lanjut dijalankan walaupun kerugian mencecah AS$10 bilion. Pihak berkuasa mempersoalkan perkara ini namun ia terhenti di situ,” katanya seperti yang dipetik.
Isu kerugian yang dialami BNM akibat kegiatan perdagangan mata wang itu menggemparkan negara pada 1994 namun tiada tindakan lanjut diambil terhadap pihak yang terlibat.
Pada masa itu, pelbagai pihak termasuk bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mempersoalkan mengapa BNM dilibatkan dalam kegiatan spekulasi mata wang yang beri­siko tinggi untuk mengalami kerugian.
Walau bagaimanapun, pada 3 April 1994, Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kerugian sebanyak RM5.7 bilion yang dialami oleh BNM dalam transaksi perdagangan wang asing pada 1993 tidak menjejaskan kedudukan kewangan negara.
Abdul Murad menambah, transaksi berbentuk spekulasi melibatkan pelbagai mata wang asing termasuk pound sterling, dolar Amerika Syarikat (AS), mark Jerman dan yen itu direkodkan oleh seorang kakitangan berpangkat rendah BNM.

Kerjasama Umno-Pas libatkan ummah dan Islam, kata Najib

(dari kiri) Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengadakan  perhimpunan selamatkan Rohingya di Stadium Titiwangsa pada tahun lalu.(dari kiri) Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengadakan perhimpunan selamatkan Rohingya di Stadium Titiwangsa pada tahun lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan soal kerjasama Umno dengan Pas adalah melibatkan kepentingan ummah dan juga perkara-perkara yang membabitkan soal Islam.
Beliau mengambil contoh isu Rohingya, Najib yang juga Presiden UMNO menambah kedua-dua parti berkenaan dapat duduk bersama di atas satu pentas berhubung perkara terbabit.
“Dalam soal ini, atas isu kepentingan ummah seperti isu Rohingya kita dapat berada di atas pentas yang sama dan saya diberitahu pelancaran pelayaran kapal Food Flotilla For Myanmar pada 3 Febuari ini insya Allah Pas juga akan hadir bersama.
“Jadi maknanya kita boleh bekerjasama atas isu-isu yang menyentuh soal ummah, soal Islam,” katanya menjawab pertanyaan wartawan pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis tertinggi Umno, hari ini.
Sebelum itu beliau hadir dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang tadi.
Beliau mengumumkan tarikh persidangan peringkat Cawangan Umno akan bermula pada 17 Mac hingga April depan sementara mesyuarat Bahagian pula pada 7 Julai hingga 26 Ogos 2017.

HABIS, SIAPA YANG RASUAH?

Di ketika Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad memberi amaran kepada ahli-ahli politik yang korup bahawa masa untuk mereka ditangkap semakin dekat, Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor sebaliknya mengatakan pemimpin-pemimpin UMNO bukanlah terdiri daripada kalangan yang mengamalkan rasuah.

UMNO tidak mengamalkan rasuah, kata Ku Nan lagi.

Beliau bagaimanapun menerima amaran SPRM itu sebagai langkah untuk lebih berjaga-jaga.
Rasuah selalunya dikaitkan dengan kuasa dan di negara kita UMNO adalah parti yang paling lama berkuasa berbanding parti-parti yang lain.

Oleh itu, bolehkah diterima kata-kata Ku Nan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO tidak mengamalkan rasuah?

Kalau bukan pemimpin-pemimpin UMNO yang paling terpalit dengan amalan rasuah kerana kuasa paling dekat dengan mereka, siapakah lagi yang boleh dikaitkan dengan gejala buruk itu?

Atau mungkinkah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ku Nan itu tidak lebih hanya memberi gambaran bahawa tidak mungkin walau seorang pun pemimpin UMNO yang ada dalam senarai untuk ditangkap SPRM?

Adakah kita hanya akan melihat ahli-ahli politik selain UMNO saja yang bakal ditangkap dan didakwa berkaitan rasuah?
Bagaimana pula dengan Malaysian Official 1?

Ada benarnya juga kenyataan DAP berhubung peringatan Dzulkifli yang mahu menangkap ahli-ahli politik yang korup bahawa amaran itu langsung tidak memberi makna selagi tidak ditujukan kepada Malaysian Official 1.

Ohhh SPRM...

PAS tidak akan terima DAP, kata Hadi

Umno-PAS akan kongsi pentas lagi di acara Flotilla

Agenda perjuangan berbeza: Pas tutup rundingan dengan DAP



Pas sudah menutup pintu rundingan dengan DAP kerana agenda perjuangan yang berbeza, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 New Straits Times melaporkan, Abdul Hadi berkata Pas bukan hanya mahu menang pilihan raya tetapi juga membawa perubahan dalam masyarakat.
DAP pula kata ahli parlimen Marang itu, telah menunjukkan 'wajah sebenar' mereka kepada masyarakat Islam di Pulau Pinang.
"Kami (Pas) bukan hanya bercakap tentang memenangi pilihanraya tetapi kami mahu membawa perubahan. Agenda kami berbeza," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Marang, Terengganu, hari ini.
Ditanya tentang kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Abdul Hadi berkata Pas sedia mengadakan perbincangan untuk membentuk kerjasama.
"Kita boleh bincang. Ini negara demokrasi," katanya.
Sementara itu, Harakahdaily melaporkan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Ahmad Yakob pada petang Khamis.
Lidah rasmi Pas itu melaporkan pertemuan hampir dua jam itu diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10.
Laporan itu menyebut pertemuan antara perkara yang dibincangkan oleh Muhyiddin dan Ahmad itu termasuklah hal yang berkaitan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Tiga penjuru pada PRU14 paling wajar, Pas sudah terperangkap, tersudut dan berada di jalan mati

Saya melihat politik Malaysia yang semakin menghampiri PRU14 ini memerlukan parti-parti gabungan dalam Pakatan Harapan termasuk Bersatu memuktamadkan pembentukan kolisi alternatif rakyat kepada BN yang merupakan kolisi gabungan lebih kurang 14 buah parti yang diketuai Umno.
Mutakhir ini, Pas beberapa kali telah menjelaskan pendirian tegasnya bahawa mereka sama sekali tidak akan menyertai Pakatan Harapan.
Dan pendirian tegas Pas ini seharusnya memberi kesedaran yang sebenar-benarnya kepada mana-mana pemimpin Pakatan Harapan dan Bersatu yang masih lagi mengharapkan komitmen Pas, bahawa sehingga “kucing bertanduk” sekalipun Pas akan tetap tidak akan bekerjasama dengan pembangkang utama kerana faktor wujudnya AMANAH dalam pentas politik Malaysia dan penglibatan DAP sebagai komponen utama dalam Pakatan Harapan.
Berundinglah lagi walau 48 jam tanpa henti sekalipun, selagi adanya AMANAH dan DAP, Pas tetap tidak akan berganjak untuk daripada mengorbankan pendirian atau menjilat kembali ludah mereka.
Jadi, biarlah noktahnya di sini sahaja. Tiada lagi perbincangan dan rundingan. Masa sudah terlalu suntuk bagi Pakatan Harapan dan Bersatu untuk memikirkan sebuah parti Sang Kelembai yang “sepak dok reboh, gocoh dok sakit” ini.
Biarlah Pas dengan cara politik mereka, ijtihad dan istiqamah mereka walaupun pada hakikatnya dalam sistem politik demokrasi Malaysia, parti Sang Kelembai itu sebenarnya sudah terperangkap, tersudut dan berada di jalan mati.
Dan seperti yang disebut oleh Datuk Husam Musa dan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa tiga penjuru adalah pilihan yang wajar masa kini, dan berdasarkan senario politik semasa, peluang Pakatan Harapan yang menggabungkan empat parti politik utama iaitu Bersatu, AMANAH, PKR dan DAP tetap mempunyai peluang besar untuk mengalahkan BN.
Justeru dengan mengambil kira faktor-faktor berikut:
1. Dapatan kajian Invoke bahawa 24 peratus pengundi Pas akan menyokong Pakatan Harapan;
2. Bersatu akan mengalihkan (swing) undi (Melayu) BN dalam PRU13 kepada Pakatan Harapan sekurang-kurangnya 13 peratus;
3. Sokongan pengundi Cina terhadap Pakatan Harapan kekal 85-90 peratus;
4. Trend pengundi muda dan pengundi atas pagar memihak Pakatan Harapan ekoran terkesan dengan kos kehidupan dari kegagalan dasar-dasar ekonomi kerajaan serta skandal-skandal besar seperti 1MDB dan lain-lain;

Ku Nan sembang Umno tak rasuah

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menerima amaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) malam tadi untuk lebih berjaga-jaga.
Bagaimanapun, katanya, Umno tidak mengamalkan rasuah.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, hari ini, selepas melepaskan misi bantuan banjir Pemuda BN.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad Dzulkifli malam tadi memberi amaran tidak akan melepaskan ahli politik, ahli perniagaan atau pegawai GLC yang korup.

Sementara itu, konvoi Pemuda BN itu bertujuan menyampaikan bantuan asas kepada kira-kira 500 keluarga di Pasir Putih, Kelantan.
“Selain itu kita juga akan cuba melihat sendiri, kalau perlu tenaga untuk membuat pembersihan kawasan-kawasan banjir ini, kita akan bantulah,” kata Tengku Adnan.
Katanya, lebih banyak lagi konvoi akan dihantar untuk membantu mangsa bencana alam itu.

NASIB ANWAR SAMA SEPERTI NABI YUSUF – NURUL IZZAH


Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah menyifatkan nasib bapanya sama dengan kisah fitnah yang menimpa Nabi Yusuf seperti disebutkan dalam al-Quran.
Beliau berkata demikian merujuk dakwaan terbaru pengadu dalam kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan semalam yang mendakwa didatangi kenalan rapat bekas ketua pembangkang itu.
Menyifatkan dakwaan itu sebagai satu lagi fitnah, Izzah yang juga naib presiden PKR berkata keluarganya telah banyak menderita kerana kes tersebut.
“Jelas Saiful memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas juga, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga menderita dengan fitnah ini.
“Nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir sama dengan nasib Nabi Yusuf. Kisah al-Quran menggambarkan Nabi Yusuf minta dia dibersihkan dari fitnah,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Semalam Saiful mendakwa didatangi seorang kenalan rapat Anwar yang meminta beliau memohon pengampunan diraja bagi pihak bekas majikannya itu tanpa menukar pengakuan diliwat.
Saiful, 31 dalam tulisan di Facebooknya mendakwa individu itu turut memohon supaya beliau memaafkan Anwar yang dikatakan kini ‘mungkin sudah insaf atas perbuatannya’.
Saiful juga mendakwa individu itu berkata Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan pengampunan kepada Anwar berdasarkan peruntukan dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
Dalam tulisan itu, Saiful bagaimanapun berkata beliau masih belum membuat sebarang keputusan.
“Apa pun di sudut hati saya terdetik juga, sama ada niat beliau benar-benar ikhlas atau sekadar demi melayakkan Anwar bertanding pada PRU nanti,” kata Saiful.
Anwar, 70, menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman penjara atas tuduhan liwat.

Pulau Pinang kecualikan cukai pintu, bayar GST untuk rakyat

GEORGE TOWN, 27 JAN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan pengecualian cukai pintu kepada pemilik rumah kos rendah, rumah sederhana rendah dan rumah kampung serta penyerapan enam peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Katanya, pengecualian cukai yang bakal ditanggung Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan melibatkan penyerapan kos hampir RM55.19 juta itu adalah bukti bahawa kerajaan negeri amat prihatin dengan bebanan yang ditanggung rakyat.
“Kami (kerajaan Pakatan Harapan) tahu bahawa ekonomi di tahap yang teruk, rakyat sengsara akibat skandal RM52 bilion 1MDB. Nilai matawang jatuh. Kerajaan Persekutuan tidak ada duit dan terpaksa melaksanakan GST yang membebankan rakyat Malaysia,” katanya.
Katanya, langkah ini adalah berbeza dengan Kerajaan UMNO-Barisan Nasional yang memungut enam peratus cukai daripada rakyat tanpa memikirkan kesan yang terpaksa ditanggung mereka.

Siapa nak bersama Pakatan, tinggal 2 minggu, kata Amanah

Salahuddin berkata pembangkang tidak boleh berlengah merangka strategi menghadapi BN dalam pilihan raya akan datang
Salahuddin-Ayub_pakatan_600PETALING JAYA: Amanah memberikan tempoh sehingga pertengahan Februari untuk Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuat keputusan muktamad mengenai kerjasama dengan parti lain.
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata gabungan pembangkang tidak boleh berlengah untuk merangka strategi besar menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam apa kemungkinan sekalipun.
“Amanah berpandangan bahawa kita (PH dan PPBM) cukup terbuka dan menunaikan tanggungjawab besar bagi menyatukan parti pembangkang.
“Masa telah tamat dan pertengahan Februari adalah garis penamat untuk PH dan PPBM membuat keputusan muktamad,” katanya dalam satu kenyataan.
Ia dilihat kata dua kepada PAS yang masih tidak memutuskan sama ada mahu mengadakan kerjasama dengan pembangkang lain.
Sebelum ini, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar PAS kerana masih tidak memberikan kata putus.
Semalam, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata PKR masih meneruskan rundingan dengan PAS.
Azmin berkata PKR yakin kebijaksanaan dan pengalaman luas kepimpinan PAS.
PH disertai PKR, DAP dan Amanah, dan mengadakan kerjasama dengan PPBM. PAS bagaimanapun enggan menyertai PH kerana tidak bersetuju dengan penyertaan DAP dan Amanah.

Hadi: DAP tidak, BERSATU mungkin

PAS tetap bertegas menolak kerjasama dengan DAP untuk pilihan raya umum depan, tetapi masih terbuka terhadap sebarang kemungkinan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata DAP telah menunjukkan “belang sebenar” kepada umat Islam di Pulau Pinang dan gagal menjaga kepentingan awam di negeri itu, lapor New Straits Times.

Katanya agenda mereka dan DAP berbeza kerana PAS bukan hanya mahu menang pilihan raya tetapi juga membawa perubahan dalam masyarakat.
Hadi berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Marang, Terengganu, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan terbaru ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang yang kini bertukar fikiran dan sedia kembali bekerjasama dengan PAS bagi “menyelamatkan” Malaysia daripada menjadi sebahagian daripada negara kleptokrasi global.
Hadi berkata, PAS berpendirian begitu kerana DAP masing menolak Islam dan pembentukan kerajaan Islam sentiasa menjadi teras perjuangan PAS.
Berkenaan BERSATU pula, pintu rundingan masih terbuka, walaupun pengerusinyaTun Dr Mahathir Mohamad berkata tempoh untuk PAS berbincang sudah berakhir.
“Kita boleh bincang. Ini negara demokratik,” kata Hadi.
Muhyiddin jumpa timbalan mursyidul Am PAS

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yasin semalam berjumpa Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di kediaman rasminya di Kota Bahru.
Dalam pertemuan dua jam itu, mereka turut membincangkan kerjasama bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, lapor Harakahdaily.

“Kerjasama ini amat penting bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 14 (PRU) yang lebih mencabar,” beliau dipetik sebagai berkata.

Rasuah: SPRM tuju amaran kepada “ikan jerung” atau sekadar “ikan bilis”?

KUALA LUMPUR, 27 JAN: Adakah amaran “tunggu” Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ahli politik yang terlibat rasuah itu ditujukan khas kepada “Malaysia Official 1” (“MO1”) yang dirujuk secara meluas sebagai perdana menteri?
Atau ia sekadar peringatan keras kepada “ikan bilis” sambil membiarkan “ikan jerung” dilepaskan begitu sahaja?
Demikian yang dipersoalkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang terhadap kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad yang memberi peringatan terhadap ahli politik yang melakukan rasuah bahawa mereka akan ditangkap tidak lama lagi.
Kepada ahli politik yang korup, saya ada satu perkataan sahaja – tunggu. Apa yang pasti kita takkan lepaskan sesiapa yang terlibat, tak kira dia ahli politik, ahli perniagaan, atau pegawai GLC (syarikat berkaitan kerajaan) di Malaysia ini,” kata Dzulkifli dalam temubual bersama Astro Awani malam semalam.
Mengulas lanjut kenyataan itu, menurut Kit Siang, rakyat negara ini sudah muak dengan pelbagai alasan SPRM apabila “rasuah besar-besaran” melibatkan pemimpin politik dibiarkan begitu sahaja seolah-olah mereka satu “spesis” yang harus dilindungi.
Alasan kekurangan peruntukan untuk mengaji kakitangan antaranya, kata beliau, adalah tidak boleh diterima kerana SPRM menerima RM250 juta peruntukan pada 2016 iaitu bersamaan enam kali ganda peruntukan yang diterima Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada tahun 2000.
“Bolehkah Dzulkifli keluarkan laporan yang menunjukkan bahawa SPRM enam kali ganda lebih efektif daripada BPR pada 2000 dalam membasmi gejala rasuah, menahan dan menghukum sekecil-kecil dan sebesar-besar pesalah rasuah?” soalnya dalam kenyataan, hari ini.

Pendirian Saya Terhadap Syiah - Hadi

Mahfuz Omar 2017-Terkilan Bila PAS Berkecuali Di Saat Najib Razak Menyusahkan Rakyat

Gong Xi Fa Chai to all Malaysians!

‘Majlis suai kenal’ universiti bertukar jadi medan hentam Anis?

Gambar di muat naik di Facebook menunjukkan peserta antara lain ditunjukkan gambar aktivis mahasiswa Anis Syafiqah.
anis-suraya
PETALING JAYA: Program orientasi pelajar baharu sebuah universiti tempatan didakwa menyelitkan “propaganda berbaur politik” dalam salah satu acaranya baru-baru ini.
Gambar tersebar di Facebook menunjukkan slaid memaparkan aktivis mahasiswa Universiti Malaya, Anis Syafiqah Md Yusof, diiringi ayat seperti “kami mengaku akademik kami tidak bagus” dan “salahkah kami bersama pembangkang?”.
Selain itu, ada juga slaid gambar demonstrasi dengan kata-kata “cetus huru-hara”.
Program itu dipercayai sesi penerangan bersama pihak berkuasa sempena “minggu taaruf” (Suai Kenal) bagi pelajar baharu universiti itu di kampusnya di Selangor.
FMT masih berusaha menghubungi pihak berkuasa dan universiti berkenaan mendapatkan komen mereka.
Di minta mengulas, Anis menafikan pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.
“Tidak ada video yang dapat membuktikan saya mengeluarkan kata-kata itu. Saya terkilan apabila poster itu digunakan sebagai bahan ‘brainwash’ kepada mahasiswa baru,” katanya menerusi FB.
Sementara itu, Ketua Pemuda DAP Perak Howard Lee dalam kenyataannya berkata minggu orientasi sepatutnya menjadi medium memperkenalkan kehidupan universiti kepada pelajar baharu, tetapi disalahguna untuk kepentingan politik.

SPRM, KAMI PUN TAK SABAR MENUNGGU!!

Susulan tanda-tanya orangramai mengenai bilakah ahli-ahli politik yang korup akan ditangkap selepas beberapa tindakan diambil terhadap penjawat awam,  SPRM hari ini tampil meredakan kebimbangan itu dengan mengatakan masa untuk mereka akan tiba tidak berapa lama lagi.

Kepada ahli-ahli politik yang korup, saya ada satu perkataan saja - tunggu, demikian tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad.
Ya, tunggu...tetapi siapakah ahli politi korup yang ada dalam senarai SPRM itu?

Ikan jerung, ikan gelama atau ikan bilis?

Jika di kalangan penjawan awam, mereka yang ditangkap sehingga ke taraf Ketua Setiausaha, apakah di kalangan ahli politik ia juga mencecah sehingga ke jawatan menteri dan timbalan menteri?

Sama seperti peringatan Dzulkifli kepada ahli-ahli politik iaitu "tunggu", rakyat juga tidak sabar menunggu siapakah yang bakal ditangkap oleh SPRM itu? 

Harap-harap "ikan" yang ditangkap nanti tidak mengecewakan semua yang menunggu-nunggu selama ini

Jamil Khir, Asyraf Wajdi dinasihati berhenti tutup penyelewengan Tabung Haji


Asyraf Wajdi dan Jamil Khir sering menafikan berlaku penyelewengan dalam pengurusan pelaburan Tabung Haji dan menyifatkannya sebagai 'fitnah pembangkang'.Asyraf Wajdi dan Jamil Khir sering menafikan berlaku penyelewengan dalam pengurusan pelaburan Tabung Haji dan menyifatkannya sebagai 'fitnah pembangkang'.
Menteri-menteri yang bertanggung jawab terhadap Tabung Haji,  Dato’ Seri Jamil Khir Baharom dan Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki dinasihati tidak terus mengelirukan umat Islam dengan mendakwa kononnya Tabung Haji menjadi mangsa fitnah ahli politik pembangkang ekoran tindakan mahkamah yang dihadapi bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) anak syarikat Tabung Haji, Dato’ Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti semalam.
Malah pendakwaan terhadap Nor Badli memberikan isyarat bahawa pengurusan 'pembangunan perniagaan dan pelaburan strategik' Tabung Haji perlu dirombak, kata Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.
Nor Badli dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah semasa menerajui pengurusan TH Heavy Engineering Berhad (THHE), anak syarikat Tabung Haji yang kerap dikritik Rafizi.
"Sejak tahun lalu, saya secara berterusan menumpukan perhatian kepada kes-kes penyelewengan dan kerugian yang berlaku di Tabung Haji kerana saya berasa terpanggil untuk membela pendeposit Tabung Haji yang kebanyakannya golongan berpendapatan rendah.
"Salah satu kes yang saya paling lantang mengkritik ialah pelaburan Tabung Haji di dalam Ramunia Holdings Berhad yang kemudiannya dikenali sebagai THHE.
"Maka, pendakwaan ke atas Dato’ Nor Badli membuktikan bahawa pendedahan saya mengenai penyelewengan dan salah tadbir pelaburan Tabung Haji ada asasnya dan bukannya fitnah seperti yang menteri-menteri Umno mahu rakyat percaya," tegas Rafizi dalam satu kenyataan semalam.
Naib Presiden PKR itu menambah, sejak setahun lalu beliau telah membuktikan bahawa penyelewengan dan ketirisan bukan sahaja berlaku di THHE tetapi melibatkan banyak pelaburan besar Tabung Haji di dalam syarikat-syarikat tertentu.
Sehubungan itu, beliau secara berterusan menyuarakan keperluan merombak pengurusan fungsi pelaburan dan pembangunan perniagaan (business development and investment) Tabung Haji kerana ternyata pelbagai bidang perniagaan baru yang diceburi merugikan.
Beliau turut mempersoalkan tindakan yang sepatutnya diambil terhadap pimpinan dan pengurusan kanan Tabung Haji yang bertanggungjawab menyemak dan meluluskan keputusan untuk melabur di dalam syarikat-syarikat bermasalah seperti TH Heavy Engineering sehingga mengakibatkan kerugian ratusan juta ringgit wang pendeposit.
Sehubungan itu, Rafizi mendesak Pengerusi Tabung Haji, Dato’ Seri Azeez Abdul Rahim menjawab soalan-soalan berikut:
1. Siapa yang bertanggungjawab membawa cadangan untuk melabur di dalam syarikat-syarikat ini atau sektor tertentu (yang Tabung Haji tidak ada kepakaran dan pengetahuan perniagaan yang kukuh) sehingga menyebabkan kerugian ratusan juta?
2.  Sudahkah individu-individu ini dikenalpasti dan disiasat di peringkat pengurusan kanan Tabung Haji? Sudahkah tindakan diambil terhadap mereka di peringkat dalaman Tabung Haji? Sudahkah laporan kepada pihak berkuasa dibuat terhadap mereka?

Buat apa tunggu Pas, soal ahli akademik

Ahli akademik mempersoalkan kewajaran Pakatan Harapan dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dilihat masih menanti Pas untuk bekerjasama dengan mereka.
Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Mohd Aizuddin Mohd Sani dilapor berkata, tiada guna Pakatan Harapan dan PPBM menunggu Pas jika parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak sudi bekerjasama.
“Buat apa tunggu lagi? Setiap parti mempunyai matlamat perjuangan masing-masing. Pembangkang (Pakatan Harapan-PPBM) boleh 'move on',” ujarnya dipetik dari Sinar Harian semalam.
Menurut penganalisis politik itu, gabungan Pakatan Harapan dan PPBM harus meneruskan perjuangan mereka tanpa penglibatan Pas walaupun kesepakatan semua parti pembangkang dianggap lebih baik.
“Bagaimanapun ia bergantung kepada Bersatu dan Pakatan Harapan untuk membentuk serta menentukan gabungan tersebut,” ujarnya sambil menegaskan tidak perlu bergantung kepada Pas.
Walau bagaimanapun, Aizuddin mengakui masalah pecahan undi akan berlaku jika wujud pertembungan kerusi tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Taubat dan tinggalkan DAP, kata PAS kepada Dr M

Parti seperti DAP menghalang usaha PAS menyelamatkan Malaysia, kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Mohd Zuhdi Marzuki.
zuhdi-mahathir-dap-aps
PETALING JAYA: PAS akan memaafkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya beliau bertaubat dan memutuskan hubungan dengan DAP, lapor The Star Online.
Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Mohd Zuhdi Marzuki berkata partinya menjadi “mangsa” Dr Mahathir semasa beliau berkuasa.
Menurut beliau, peristiwa Majlis Gerakan Negara (Mageran) di Kelantan dan penentangan terhadap Kanun Jenayah Syariah antara perkara yang digunakan Dr Mahathir untuk menekan PAS sebelum ini.
Katanya Dr Mahathir perlu bertaubat dan memutuskan hubungan dengan DAP, yang mensabotaj hubungan antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Zuhdi berkata ketika Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang menyatukan hubungan antara kedua parti, Pengerusi PPBM pula terjerumus dalam cara DAP.
“Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sebelum ini menggesa semua orang supaya menyelamatkan Malaysia melalui cara PAS – dengan kembali kepada cara Islam,” katanya, menurut laporan itu.
Tetapi DAP dan parti sepertinya menjadi penghalang kepada usaha PAS menyelamatkan Malaysia, katanya.
“Usaha untuk menebus Islam sebagai penyelesaian kepada semua masalah di negara ini tidak akan berjaya sekiranya DAP terlibat.”
Laporan itu mengatakan Dr Mahathir berkata PPBM terbuka kepada idea PAS menyertai pakatan pembangkang, walaupun beliau sebelum itu berkata partinya tidak perlu bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum akan datang.

SPRM akan bertindak terhadap ahli politik rasuah, tunggulah... penyamun negara masih tidur lena...!!!


Ahli politik tidak terlepas daripada 'radar' SPRM dalam usaha membanteras rasuah.Ahli politik tidak terlepas daripada 'radar' SPRM dalam usaha membanteras rasuah.
Dalam siri tindakannya bagi memerangi gejala rasuah di negara ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah mengetepikan perhatiannya terhadap ahli-ahli politik yang dipercayai melakukan perbuatan itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya hanya menunggu masa untuk mengambil tindakan terhadap ahli-ahli politik berkenaan.
"SPRM akan mengambil tindakan tegas terhadap ahli-ahli politik yang terlibat dengan rasuah...saya hanya mempunyai satu perkataan sahaja - tunggulah," katanya ketika ditemu bual oleh saluran berita Astro Awani malam tadi.
Sambil berkata SPRM tidak boleh mendedahkan siapa yang akan ditangkap atau bila tangkapan dilakukan, beliau menegaskan pihaknya tidak akan melepaskan sesiapa sahaja yang terlibat dengan perbuatan rasuah.
Beliau berkata SPRM bertindak terhadap pelaku tanpa mengira pangkat dan kedudukan - sama ada mereka ahli politik, ahli perniagaan atau pegawai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mahu pun penjawat awam.
Dzulkifli memberi jaminan bahawa SPRM akan mengambil tindakan lebih tegas dan drastik terhadap sesiapa sahaja yang melakukan rasuah dalam usahanya memastikan negara tidak dibelenggui masalah itu.

Mukhriz Tun Mahathir(Tun M) 2017-6 bulan isu 1MDB Selesai.Najib Razak Penipu Besar

Salahuddin Ayub AMANAH-Pakatan Harapan Beri Jaminan Kedaulatan Negara Tetap Terjaga

Tony Pua DAP-Kejatuhan RInggit Kerana Negara Diperintah Oleh Perompak(Najib Razak 1MDB)

Mazlan Aliman ANAK-Najib Razak & Isa Samad Telah Menjahanamkan FELDA

Muhyiddin Yassin 2017-Bukan Setakat FOREST CITY Sahaja Najib Razak Dah Jual Kepasa CHINA

Rafizi Ramli,Dr. Dzulkefly Ahmad,Hisommudin Bakar 2017-Diskusi Hasil Kaji Selidik PRU 14