Rabu, 25 Januari 2017

Skandal 1MDB masih panas, 4.4 juta carian di Google

GEORGE TOWN, 25 JAN: Skandal 1MDB yang dianggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai sudah ‘selesai’ dan ‘tutup buku’, pada hakikatnya masih hangat diperkatakan masyarakat antarabangsa sehingga kini.
Melalui mesin carian web, Google, minggu lalu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, terdapat sekurang-kurangnya 255,000 hasil carian dalam jangka masa 0.42 saat.
Apa yang mengejutkan, katanya, semakan terbaru mendapati jumlah carian ke atas kata kunci syarikat bermasalah milik negara itu meningkat dengan ketara dalam tempoh yang lebih singkat.
“Saya terkejut hampir tidak percaya apabila sebentar tadi saya menaip ‘1MDB’ dalam Google dan mendapati terdapat 4.41 juta hasil carian dalam tempoh hanya 0.32 saat,” ujarnya dalam sidang media di Wisma DAP di sini hari ini.
Ia, menurutnya, bertentangan dengan intipati ucapan tahun baru 2016 oleh Najib yang memberitahu rakyat kononnya skandal RM50 bilion 1MDB dan skandal derma mega RM2.6 bilion telah diselesaikan dan bukan lagi isu sedangkan ia riuh diperkatakan dunia.
Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali, pada Julai tahun lalu melepaskan Najib daripada sebarang salah laku membabitkan penggelapan dana 1MDB.
Keputusan itu tidak berubah meskipun sekurang-kurangnya tujuh negara termasuk Amerika Syarikat sedang menyiasat secara mendalam mengenai penyelewengan dana membabitkan syarikat hasil idea Najib itu.
Skor Indeks Rasuah Malaysia (CPI) paling teruk di zaman Najib
Sementara itu, menurut laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan Transparency International (TI) hari ini, kedudukan Malaysia jatuh ke tangga 54 berbanding 55 pada tahun lalu dengan skor 49.

Konflik Mukhriz - BN: Pas tak akan bagi muka

Tuan Ibrahim Tuan ManPas hari ini menegaskan tidak akan 'memberi muka' terhadap BN mahupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Kedah.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dengan adanya konflik antara BN dan dengan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir, ia akan membuka jalan mudah untuk Pas menawan negeri itu pada PRU akan datang.
“Kedah antara negeri yang kita fokus. Dengan kekuatan jentera parti, mungkin kita akan dapat sokongan daripada pengundi.
“Saya kira konflik antara BN dan Mukhriz membuka mata untuk memilih Pas,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Mukhriz baru-baru ini mengaku berdepan kesukaran menawan kembali Kedah.
Bagaimanapun, katanya, usaha untuk menawan kembali negeri itu akan diperkukuh dan dilipat gandakan meski sedar yang Kedah kini berada di tangan BN.
Menurut Mukhriz, antara kesukaran yang terpaksa ditempuhi pihak Bersatu termasuk kesukaran untuk mendapatkan tempat untuk berceramah dan berkempen di negeri itu.

SELAGI TIDAK TOLAK UMNO, PENEROKA FELDA AKAN TERUS DIPERDAYA

Selain orang Melayu, pihak lain yang barangkali bernasib malang di negara kita ialah para peneroka Felda. 

Kedua-duanya, orang Melayu dan peneroka Felda, sering dijadikan sebutan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan kerajaan kononnya untuk diberi pembelaan dan dinaikkan taraf kehidupan, tetapi malangnya kelompok itu jugalah yang paling mundur dan terkebelakang.

Jika mendengar pemimpin Melayu bercakap tentang Melayu sejak dulu, apatah lagi jika menjerit perkataan "Hidup Melayu", aduhh...gegak-gempitanya sehingga berdiri bulu roma dibuatnya.

Namun, lagi kuat menjerit, lagi besar khianatnya mereka. Tidak cukup bersekongkol dengan tauke-tauke Cina mencairkan tanah rizab Melayu, bukan untuk menolong orang Melayu, tetapi lebih bertujuan memperkaya diri sendiri, ketamakan itu akhir-akhir ini melebar sehingga ke negara China jauhnya.

Tidak cukup dengan tanah, projek keretapi, rumah, kondo, pelabuhan, menjaga sempadan dan cara mencegah jenayah telah diserahkan kepada China, terbaru ini dimetrai bahawa program-program televisyen daripada China juga mahu dilambakkan untuk tontotan rakyat kita sekeluarga.
Seperti biasa, pemimpin-pemimpin yang sama tetap menjerit "Hidup Melayu"  tanpa henti dan tidak malu pula mengatakan keutamaan mereka tetap membela dan menjaga orang Melayu.

Begitu juga dengan peneroka Felda, walaupun mereka merupakan penentu dan penyumbang kemenangan kepada UMNO dan BN di 54 kawasan Parlimen di seluruh negara, hakikatnya nasib mereka tidak banyak yang dibela.

Di ketika suara-suara bergema mahu membela peneroka, hakikatnya Felda teruskan dijadikan lubuk untuk mengaut kekayaan oleh segelintir mereka yang diberikan amanah untuk menjaganya.

Penangkapan empat pegawai kanan Felda berhubung penipuan dan salah guna kuasa dalam pelaburan penternakan ikan sturgeon bernilai RM47 juta tidaklah begitu menghairankan sebenarnya.

Ini kerana sebelum ini kita juga dihidangkan dengan banyak kes mengenai Felda seperti pembelian hotel dan hartanah mewah di luar negara, pelaburan dalam syarikat yang meragukan, pembelian kondo, pembayaran elaun dan penggunaan apartment untuk anak pegawai yang sedang belajar, pemberian kontrak kepada kroni, pembelian ladang di Indonesia pada harga luar biasa serta berbagai-bagai lagi.

Semua itu tidak sama sekali memberi keuntungan kepada peneroka, sebaliknya hanya orang-orang tertentu yang mengaut laba daripadanya.

Tanah Melaka Gateway tak beri pada pelabur China sembang Idris Haron

Tanah seluas 141.6 hektar daripada kawasan baharu ditambak dijual kepada seorang tokoh perniagaan tempatan
idris-haron-melaka-gateway
MELAKA: Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron menyangkal dakwaan sebuah laman blog bahawa tanah seluas 246.5 hektar di bawah Projek Melaka Gateway di Selat Melaka diberikan kepada pelabur dari China.
Beliau menjelaskan tanah tersebut yang kira-kira 141.6 hektar daripadanya merupakan kawasan laut yang baharu ditambak dijual kepada seorang tokoh perniagaan tempatan.
“Saya tegaskan di sini bahawa segala kemajuan yang berlaku di pesisiran pantai termasuk di tanah yang ditambak itu adalah mengikut peraturan secara terperinci.
“Sudah pasti bila kita melakukan satu kerja yang diberi perhatian banyak pihak terutama pihak antarabangsa… ia mesti mengikut peraturan dan lunas yang ditetapkan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini.
Beliau menyifatkan berita di laman blog “Apanama” bertajuk “Pengkalan tentera Komunis Cina di Melaka” itu dilihat sebagai tidak sensitif dan bertujuan mengelirukan pembaca khususnya rakyat Melaka.
Mengulas lanjut, Idris berkata kerajaan Melaka memang memberikan status pegangan bebas bagi 246.5 hektar tanah itu selaras dengan usaha untuk pembangunan kawasan berkenaan.

SPRM tahan bekas CEO anak syarikat GLC berhubung rasuah RM2.5juta



Seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) anak syarikat sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan menerima rasuah melibatkan RM2.5 juta.

Sumber SPRM memberitahu bahawa suspek berusia 51 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 3.30 petang tadi.

"Dia dipercayai menerima rasuah dan menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri," katanya kepada Bernama di sini.

Sumber itu berkata suspek dijangka dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, esok.

Selain itu, suspek akan dituduh bagi lima pertuduhan berkaitan pecah amanah yang dipercayai dilakukan di antara 30 April dan 30 Okt 2013, katanya.

Semasa dihubungi hari ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan perkara berkenaan.

Kit Siang: Tiada pendedahan terbaharu dalam laporan CIA mengenai Dr M

Pemimpin DAP kecewa perisikan CIA tidak mengemukakan maklumat terbaharu mengenai skandal BMF
kit-siang-mahathir-cia-1
GEORGE TOWN: Laporan perisikan Amerika Syarikat berhubung skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) 1980an tidak mengemukakan maklumat terbaharu berhubung peranan Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Lim Kit Siang.
“Saya baca laporan itu, ia cuma menyatakan perkara yang sudah saya sebutkan sebelum ini.
“Saya berasa kecewa kerana saya harapkan akan ada pendedahan baharu, rahsia besar katanya, tetapi tidak ada pun,” kata Ketua Ahli Parlimen DAP kepada pemberita.
Menurut dokumen yang didedahkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) itu, kerajaan yang dipimpin Dr Mahathir ketika itu cuba menangguhkan siasatan terhadap skandal BMF, sementara mencari jalan untuk menyelamatkan Bank Bumiputera.
Kit Siang berkata skandal BMF tidak sebesar skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Laporan mengatakan kerajaan menggunakan undang-undang kerahsiaan bank untuk mewajarkan kerahsiaan sekitar siasatan ke atas skandal itu.
Laporan itu menambah peranan kerajaan disyaki kerana perubahan pada pihak pengurusan BMF tertangguh selama setahun selepas masalah timbul.
Laporan itu antara 13 juta halaman dapatan perisikan CIA seluruh dunia, yang didedahkan kepada orang awam minggu lepas.
Sementara itu, Naib Pengerusi DAP Dr Ariffin Omar berkata laporan itu tidak menyatakan Dr Mahathir bersalah.
“CIA berkata pentadbiran Dr Mahathir bertanggungjawab,” katanya.

'Duit skandal BMF tak masuk akaun Dr M..Tak macam skandal 1MDB.'

Isu 1MDB jauh lebih serius berbanding dokumen Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang mengandungi dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam skandal kewangan Bumiputera Malaysia Finance Ltd (BMF), kata Lim Kit Siang.
Pemimpin veteran DAP itu memberitahu, dokumen CIA yang dibatalkan kerahsiaannya itu tidak mengandungi sebarang maklumat baru.
Malah kata Lim, beliau sendiri sudah mendedahkan lebih banyak mengenai isu berkenaan berkenaan melalui kenyataan akhbar serta ucapan di parlimen.
"Laporan tu tidak menyatakan apa-apa yang belum pernah saya katakan sebelum ini," katanya pada sidang media di Pulau Pinang hari ini.
Melalui laporan CIA yang tidak lagi diletakkan di bawah kategori rahsia, skandal kewangan yang menyebabkan kerugian AS$1 bilion pada awal 1980-an lalu ada kaitan dengan dengan Umno.
Dr Mahathir adalah presiden Umno dan perdana menteri ketika itu.
Ia menjadi isu besar kerana institusi kewangan itu adalah anak syarikat Bank Bumiputra Malaysia Bhd yang dimiliki kerajaan.
Seorang juruaudit BMF, Jalil Ibrahim, ditemui mati dibunuh di Hong Kong ketika dia menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.
Hari ini Dr Mahathir mendakwa maklumat yang terkandung dalam dokumen itu bertujuan untuk memburuk-burukkannya.
Lim yang juga anggota parlimen Gelang Patah berkata beliau sudah membahaskan laporan BMF itu namun berbeza keadaannya dengan 1MDB.
"Saya tak dibenarkan membangkitkan isu 1MDB di parlimen pun (dan) saya mungkin tak dibenarkan menyebut perkataan kleptokrasi," katanya.
Sementara itu Naib Presiden DAP, Dr Ariffin Omar yang turut hadir pada sidang media hari ini berkata kerajaan mendedahkan laporan skandal BMF berkenaan kepada umum.
Katanya, keadaan berbeza dengan 1MDB yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi.
"Laporan CIA itu juga tidak pernah mendakwa wang (BMF) berkenaan masuk ke akaun persendirian Dr Mahathir, berbeza dengan skandal 1MDB," katanya.

Cita-cita jadi TPM bukan jenayah, kata Kit Siang

Pemimpin DAP berkata setiausaha akhbar perdana menteri "kebudak-kebudakan".
kit-siang-1
GEORGE TOWN: Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan kewajaran akaun bersumpah menolak dakwaan beliau tidak menyasarkan jawatan timbalan perdana menteri, menyifatkan pegawai perdana menteri “kebudak-budakan”.
“Ini permainan kebudak-budakan. Saya nak tahu siapa yang arahkan beliau mengeluarkan kenyataan seperti itu?” kata Kit Siang.
“Beliau membuat kenyataan itu seolah harapan menjadi timbalan perdana menteri atau perdana menteri satu jenayah besar.”
Ketua Ahli Parlimen DAP itu didakwa menuntut jawatan timbalan perdana menteri sekiranya pembangkang menang pilihan raya umum akan datang, dalam satu mesyuarat dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir menafikan perkara itu dibincangkan.
Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad hari ini mencabar Kit Siang supaya menafikan dakwaan itu melalui akuan bersumpah.
“Ia adalah hak rakyat untuk mengetahui kebenaran cita-cita politiknya, supaya mereka boleh membuat pilihan sebelum mengundi,” kata Sariffuddin, dan menambah DAP merupakan parti dominan dalam Pakatan Harapan, yang turut dianggotai PKR dan Amanah.
Kit Siang tidak akan menyahut cabaran Sariffuddin kecuali perdana menteri membuat akaun bersumpah menafikan beliau seorang “kleptokrat”.
“Saya akan menjawab pertanyaan Sariffuddin selepas itu,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat DAP Pulau Pinang hari ini.

APA SALAHNYA DAP JADI TPM?


Sehari dua ini sibuk dan riuh polemik jawatan timbalan perdana menteri.
Bermula dengan laporan media memetik kenyataan Tun Dr Mahathir di luar konteks dan menganggap DAP meminta jawatan timbalan perdana menteri jika Pakatan Harapan dan BERSATU memenangi PRU14 akan datang.
Kemudian dijelaskan oleh Dr Mahathir dengan bukti jelas bahawa MCA yang sebenarnya meminta jawatan tersebut.
Hari ini Setiausaha Akhbar Perdana Menteri meminta pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengakui impiannya untuk menjadi timbalan perdana menteri dan mencadangkan beliau membuat Akuan Bersumpah untuk menafikannya.
Semakin pelik dan gila politik perkauman yang dimainkan oleh Umno/BN sehari dua ini.
Apa salahnya jika DAP mengimpikan menjadi tmbalan perdana menteri? Menjadi perdana menteri pun bukan suatu kesalahan malah tidak dihalang oleh Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan tidak pernah mensyaratkan bahawa seorang perdana menteri hendaklah seorang Melayu Islam. Tidak ada di dalam perlembagaan peruntukkan sedemikian.
Perkenan Agong
Perlembagaan Persekutuan hanya mensyaratkan seseorang yang hendak menjadi perdana menteri mestilah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat sokongan majoriti ahli dewan. Itu sahaja.
Tidak ada peruntukkan mesti seorang berbangsa Melayu beragama Islam.
Paling menarik, jawatan timbalan perdana Menteri yang diriuhkan sehari dua ini tidak pun diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Jawatan timbalan perdana menteri hanya lantikan perdana menteri dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong. Tidak ada timbalan perdana menteri pun tidak menjadi suatu kesalahan.
Menjadi kesalahan hanya kerana ia tidak mengikut kehendak Umno/BN yang merupakan parti perkauman dan cauvinis.
Kenapa dipolemikkan DAP meminta jawatan timbalan perdana menteri?
Jawapannya mudah iaitu hendak menakut-nakutkan orang melayu. Habislah orang Melayu jika DAP menjadi timbalan perdana menteri. Habislah agama Islam jika DAP menjadi timbalan perdana menteri.

Skandal BMF: Salleh anggap tuduhan Mahathir mengarut

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa laporan Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang mengaitkan beliau dengan skandal kewangan BMF pada 1983 adalah untuk memburuk-burukkan bekas perdana menteri itu.
"Jika (dakwaan Dr Mahathir) itu adalah benar, mengapa CIA menunggu sehingga 34 tahun untuk melakukan ini?
"Mereka boleh melakukannya ketika beliau masih perdana menteri dan bukan sekarang apabila beliau tidak lagi penting kepada AS," katanya dalam blog hari ini.
Salleh juga mengakui laporan berkaitan BMF itu adalah dua daripada 13 juta halaman yang dibatalkan kerahsiaannya serta hanya kebetulan semata-mata.
"CIA tidak membatalkan kerahsiaan hanya dua halaman berkaitan isu BMF saja.
"Banyak negara membatalkan kerahsiaan dokumen rahsia atau tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi selepas 25, 35 tahun atau lebih, bergantung kepada sensitiviti dokumen berkenaan. Sesetengahnya kekal rahsia selamanya.
"Tetapi untuk Dr Mahathir menyatakan CIA membatalkan kerahsiaan 13 juta halaman dokumen hanya untuk membocorkan dua halaman berkaitan BMF bagi memburuk-burukkan beliau adalah mengarut," katanya.

Projek ikan sturgeon: Siasatan SPRM perlu untuk ‘bersihkan’ Felda

Pengerusi Felda akur dengan tindakan SPRM menjalankan Ops Caviar berdasarkan maklumat Laporan Ketua Audit Negara 2015 Sesi 2.
projek-sturgeon
PETALING JAYA: Felda akur dan bersedia memberikan kerjasama terbaik kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon, kata pengerusinya.
Tan Sri Shahrir Samad berkata, tindakan SPRM itu selaras dengan usaha Felda untuk menjalankan tadbir urus yang telus dan berintegriti.
“Saya yakin siasatan yang dijalankan ini adalah suatu yang perlu untuk ‘membersihkan’ Felda,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Semalam, 5 orang termasuk 2 bekas pegawai kanan Felda ditahan SPRM kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon bernilai kira-kira AS$10 juta (RM47.6 juta) sejak 2014.
Semua suspek ditahan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang menerusi Ops Caviar.
Dalam pada itu, Shahrir yang juga merupakan ahli Parlimen Johor Bahru berkata pada 23 Mac 2015, Felda memutuskan untuk melaksanakan kajian semula kedudukan terhadap projek ikan sturgeon itu.
Menurutnya, antara penemuan utama yang dilaporkan adalah ketidakpatuhan kepada manual dasar dan strategi pelaburan Felda, kelemahan tadbir urus serta kelemahan di dalam pelaksanaan dan pemantauan projek.

Skandal BMF: Laporan lain kata saya tak terlibat, kata Dr M

Bekas perdana menteri itu berkata beliau digambarkan sebagai seorang yang jahat ketika memegang jawatan itu dan dituduh melakukan perkara yang tidak dilakukannya.
mahathir-CIA
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dalam responsnya mengenai kertas siasatan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, berkata “laporan lain” yang menyiasat skandal BMF menunjukkan beliau tidak terbabit dalam hal itu.
Semalam, The Asian Correspondent melaporkan dokumen rasmi yang dikeluarkan badan risikan AS itu mempertikaikan respons pentadbiran Dr Mahathir dalam mengendalikan skandal BMF, hingga menyebabkan kerugian kira-kira AS$1 billion.
“Ada laporan lain melangkaui CIA yang menyatakan saya tidak terlibat. Akhbar luar negara menyerang saya kerana saya tidak berhenti mengkritik mereka bila mereka buat salah, jadi mereka memburukkan saya,” katanya, menambah beliau dituduh melakukan sesuatu yang tidak dilakukannya.
Ketika ditanya adakah beliau mencadangkan segala dilaporkan CIA tidak benar, Dr Mahathir berkata: “Perkara ini berlaku terlalu lama pada 1981 hingga 1984, kenapa bangkitkan semula sekarang? Bolehkah anda betulkan apa-apa yang saya buat dulu.”
“Tujuannya ialah politik, mungkin ada orang yang akan terima manfaat daripada ini. Ada laporan lain yang berbeza dengan laporan CIA. Baca laporan itu juga,” katanya.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan – pengkritik lantang Dr Mahathir – berkata banyak cerita mengenai skandal BMF sudah pun dilaporkan.
Katanya, kini dokumen CIA sudah dikeluarkan secara umum, semua orang boleh membuat kesimpulan sendiri.
“Kita akan tunggu dan lihat. kami akan melihat dokumen itu dan jika ada soalan yang perlu ditanya, maka mereka perlu pergi pada Dr Mahathir,” kata Rahman.
Skandal BMF menggemparkan pada awal 1980-an, selepas ia mendedahkan cawangan banknya di Hong Kong menyediakan “pinjaman tidak lancar” kepada beberapa syarikat yang mencurigakan, termasuk Carrian Holdings Ltd, konglomerat diterajui George Tan.

Umno Makin Mereput : Keserabutan Pemimpinnya yang Takut Hilang Kuasa


Oleh  DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
1. Malaysia dilanda keserabutan politik pemimpin Umno yang begitu takut  kehilangan kuasa yang dimiliki selama lebih 60 tahun serta kecelaruan pemikiran mereka sehingga menjadi 'hantu' mengusik kehidupan rakyat supaya lari meninggalkan khazanah kekayaan untuk diambil mereka.

Berbagai tuduhan liar dibuat Umno kerana sudah rasa terancam.

2. 'Khurafat'  yang mengganggu kehidupan rakyat dengan provokasi perkauman dan pemikiran sempit untuk menakutkan orang Melayu kononnya akan hilang kuasa politik jika PRU 14 UmnoBn kalah ditangan Pakatan Harapan dan PPBM.

" Pemimpin Umno gunakan 'hantu perkauman' untuk menghidupkan kembali karier politik masing-masing yang telah pupus akibat skandal 1MDB dan berbagai lagi masalah yang tidak menguntungkan rakyat serta mengakibatkan kerugian pada negara" .

Najib pada ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno (PAU) telah membaca 'mentera tahyul' dengan mengatakan bahawa segala keistimewaan Melayu, Islam dan Bumiputera akan terhapus dan DAP memerintah negara Malaysia manakala Lim Kit Siang pula sebagai Perdana Menteri, maka gegak gempita ahli Umno menjerit marah dan menangis mengenang nasib masa depan bangsa Melayu.

"Sepatutnya soal beban rakyat yang melibatkan GST,penganguran dan harga barang dibincangkan tetapi Najib hanya menggunakannya sebagai pelantar untuk memperkatakan soal kuasa dan bagaimana cara untuk memfitnah Pakatan Harapan dan PPBM.

Tidak mustahil ahli Umno yang pulang dari PAU bersemangat seperti watak Si Pitung dalam sebuah filem suatu ketika dulu.

Pada ketika itu penonton yang keluar dari panggung wayang selepas menonton filem  Si Pitung semua ingin jadi seperti Si Pitung yang menentang Belanda, begitulah  juga dengan ahli Umno yang dirasuk oleh 'hantu perkauman' untuk mereka menentang DAP.

DR AHMAD ZAHID JANGAN BAGI NYAWA KEPADA ‘IKAN BURUK KEPALA’…

“Jika Dr Ahmad Zahid maksudkan "rosak ikan bermula di kepala" itu pembangkang, maka kenyataan itu adalah pengecut. Nak sebut pembangkang pun takut dan terpaksa berkias-kias?”
 
Isu  "rosak ikan bermula di kepala" oleh Ahli Parlimen Bagan Datoh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Jumaat lalu menggambarkan diri beliau sendiri?

Beliaukah yang sudah rosak yang akan menyebabkan UMNO /Barisan Nasional (BN) akan roboh pada pilihan raya akan datang?

Memang tidak logik berandaian sedemikian. Tak kanlah Dr Ahmad Zahid mengutuk diri sendiri. Mesti ada sasaran, sama ada individu atau kumpulan.

Jika pembangkang, apa  pula mahu berkias-kias. Terus sahaja sebut pembangkang, habis cerita.

Tetapi berselindung di sebalik cerita ‘ikan’ akan menyebabkan banyak tafsiran.

Persoalannya kenapa pula kenyataan Ahli Parlimen Bagan Datoh itu ‘berbelit-belit’ jika dimaksudkan ‘ikan’ itu sebagai pembangkang?

Untuk elak salah banyak tafsiran, jangan buat kenyataan yang boleh menyebabkan wujudnya tafsiran.

Katakan sahaja pembangkang memang mahu beliau kalah. Itu sahaja.

UMNO Perak boleh menafikannya. Juga jika perlu,  UMNO Pusat pun boleh menafikannya.

Namun realitinya, jika Dr Ahmad Zahid maksudkan "rosak ikan bermula di kepala",  itu  pembangkang, maka kenyataan itu boleh dianggap pengecut.

Saarani...cuba bersilat.
Nak sebut pembangkang pun takut dan terpaksa berkias-kias?

Mengetahui Dr Ahmad Zahid bukan begitu.

Apa beliau nak takut sangat. Dengan bekas Presiden UMNO ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO pun beliau berani timbulkan isu ‘rasuah dan kolusi’ pada 1990-dan.

Inikan pula dengan pembangkang. Lagipun, pembangkang adalah musuh terang-terangan. Lojiklah jika pembangkang mahu jatuhkan Najib Presiden UMNO dan pemangku Timbalan Presiden.

Pada Jumaat lalu Timbalan Perdana Menteri itu mendedahkan terdapat usaha untuk menjatuhkan beliau sebagai Ahli Parlimen Bagan Datoh dalam PRU ke-14 akan datang.

Beliau menyifatkan usaha tersebut umpama 'rosak ikan bermula di kepala' ketika beliau berucap pada majlis Perjumpaan Khas Bersama Kepimpinan BN Empat Peringkat di Bahagian Bagan Datoh.

TABUNG HAJI TERDEDAH KEPADA KERUGIAN LEBIH RM700 JUTA AKIBAT PELABURAN DALAM SEKTOR BERISIKO SEPERTI MINYAK DAN GAS

Saya telah tunjukkan semalam bagaimana pelaburan Tabung Haji di dalam kaunter minyak dan gas Perisai Petroleum telah menyebabkan kerugian yang dianggarkan berjumlah RM64 juta setelah syarikat itu jatuh ke status PN17 yang memerlukan penstrukturan kewangan untuk mengekalkan status penyenaraiannya.

Malah, ini bukan kali pertama Tabung Haji melabur di dalam sebuah syarikat yang berasaskan industri minyak dan gas yang terjerumus ke status PN17 setelah Tabung Haji membeli pegangan yang besar.

Kegagalan Tabung Haji di dalam pelaburan sektor minyak dan gas yang paling diperkatakan ialah di dalam syarikat Ramunia Holdings Berhad yang ditukar nama kepada TH Heavy Engineering Berhad setelah disuntik dana oleh Tabung Haji.

Tujuan saya menimbulkan perkara ini pada hari ini ialah untuk menunjukkan bagaimana pengurusan kanan Tabung Haji seolah-olah tidak belajar dari kesilapan lalu sehingga menyebabkan wang pendeposit Tabung Haji hangus begitu sahaja.

Saya sertakan Lampiran A yang menunjukkan kedudukan sebahagian dari pelaburan di dalam syarikat-syarikat berasaskan minyak dan gas di antara tahun 2008 hingga kini. Pelaburan terbesar ialah di dalam TH Heavy Engineering Berhad dalam bentuk saham dan pinjaman yang diberikan.

Sementara pegangan di dalam Alam Maritim Berhad dibeli sejak tahun 2008, saham-saham di dalam Perisai Petroleum Berhad dan Reach Energy Berhad dikumpulkan masing-masing dalam tempoh Oktober-Disember 2014 dan Jun-November 2016; iaitu semasa industri minyak dan gas telah pun mengalami kemelesetan yang mendadak.

Lebih teruk lagi, pada ketika saham-saham di dalam Perisai Petroleum Berhad dikumpulkan oleh Tabung Haji, kedudukan kewangan pelaburan terpentingnya di dalam sektor itu iaitu TH Heavy Engineering Berhad sudah pun menunjukkan tanda-tanda masalah kewangan. Harga saham TH Heavy Engineering Berhad jatuh mendadak ketika itu; dan ketika itu jugalah Tabung Haji meluaskan lagi risiko pelaburan dengan membeli saham-saham di dalam Perisai Petroleum Berhad.

Felda perlu pakar krisis, bukan ahli politik lagi

Penahanan lima pegawai kanan, termasuk seorang bekas pegawai Felda, membuktikan prestasi lembaga tersebut dikuasai oleh budaya yang tidak berintegriti dan telus.

Mereka ditahan kerana disyaki terlibat dalam isu penyelewengan projek ternakan ikan sturgeon bernilai RM47.6 juta.
Bekas pegawai Felda yang bergelar “Datuk” telah disyaki menyalahgunakan kuasa dengan menandatangani sebuah perjanjian bernilai RM146.25 juta dengan sebuah syarikat penternakan ikan sturgeon di Korea tanpa pengetahuan lembaga pengarah Felda.
Transaksi perjanjian yang tidak sah ini berlaku dengan penubuhan Felda Carviative Sdn Bhd (FCSB) pada Januari 2014.

Malah, syarikat ini tidak mendapat kelulusan daripada lembaga pengarah Felda, bahagian perundangan dan bahagian kewangannya.
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati projek itu tidak mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar Pahang tetapi pembayaran mula dibuat kepada syarikat Korea berkenaan seminggu selepas FCSB ditubuhkan.

Kes jenayah salah guna kuasa ini merupakan salah satu faktor Felda berada dalam keadaan terburuk semenjak penubuhannya.
Laporan Ketua Audit Negara Siri 2, tahun 2015 mendedahkan kerugian Felda dalam projek ini. Malah, cadangan kawasan ternakan ikan ini turut dibantah oleh Jabatan Alam Sekitar akibat kadar projek berisiko tinggi dan bakal memusnahkan ekologi alam sekitar.
Penangkapan pegawai ini bukanlah satu permulaan yang baik tatkala Felda bergelut dengan isu ketirisan dana dan pengurusan yang tidak stabil.

  
Pengerusi baharu Felda, Tan Sri Shahrir Samad (atas, kanan sekali) seawal pelantikannya sendiri mengakui bahawa institusi awam milik peneroka Felda berhadapan dengan masalah ketirisan yang agak membimbangkan.

Maka, saya turut bimbang akan nasib dan cabaran yang terpaksa diterima oleh peneroka yang juga terpaut rugi dalam kes penyelewengan wang rakyat ini.
Ketirisan ini juga menyaksikan lembaga pengarah memutuskan untuk menjual saham Maybank bagi menutup kerugian Felda.

Sejauh manakah penjualan saham ini mampu menstabilkan dana Felda yang dilaburkan dalam projek gajah putih dan tidak mendatangkan hasil buat peneroka?
Tindakan mudah pengerusi baharu Felda ini harus diteliti semula dan penjualan saham atau aset bukanlah satu-satunya talian hayat memacu syarikat itu ke prestasi yang disasarkan.

4 soalan buat pengerusi baru

Walaupun saya secara peribadi meragui kemajuan Felda dengan pelantikan pengerusi baru, saya memohon mendapat beberapa penjelasan Shahrir Samad, iaitu;

Kumpulan Orang Asli kutuk tahanan, roboh sekatan di Kelantan

Jaringan Orang SeAsal Malaysia berkata Jabatan Perhutanan Kelantan dan kerajaan negeri sepatutnya fokus kepada membantu mangsa banjir.
orangasli
PETALING JAYA: Kumpulan mewakili masyarakat Orang Asli di negara ini mengkritik Jabatan Perhutanan Kelantan kerana bertindak merobohkan 2 sekatan dibina Orang Asli bagi menghalang pembalakan dan menahan 16 Orang Asli di Gua Musang, kelmarin.
Timbalan Presiden Jaringan Orang SeAsal Malayia (JOAS) Zurdi Baharu berkata pihaknya amat kecewa dengan pihak berkuasa negeri yang tidak mengambil berat nasib masyarakat Orang Asli di bawah pentadbiran mereka.
“Jabatan Perhutanan kata mereka sudah bincang dengan penghulu dan Tok Batin, tetapi dengan saya kenapa mereka tidak berbincang dengan Orang Asli terus?
“Penghulu dan Tok Batin ‘dilantik’ oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan bukan suara sebenar bagi orang asal yang terjejas dnegan isu itu,” katanya.
Zurdi berkata Jabatan Perhutanan dan pihak berkuasa sepatutnya memfokuskan sumber tenaga mereka kepada sesuatu lebih penting, seperti membantu mangsa banjir baru-baru ini dan bersedia untuk kemungkinan hujan semakin lebat dan bah.
“Mereka patut fokus kepada apa yang benar-benar penting untuk rakyat terutama dengan kejadian banjir baru-baru ini, bukannya membazirkan sumber mereka terhadap Orang Asli yang hanya cuba mempertahankan tanah mereka daripada aktiviti pembalakan melampau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
JOAS juga bimbang dengan nasib 5 Orang Asli yang ditahan pada Isnin di Simpang Petei, Gua Musang, susulan sekatan dirobohkan di situ.
“Mereka hanya cuba mempertahankan tanah pusaka yang menjadi sumber kehidupan dan makanan. Itu saja tanah yang mereka ada dan tinggal di sana selama ini,” katanya, menambah penahanan 2 wartawan bebas Channel News Asia yang sedang menghasilkan dokumentari mengenai pembersihan hutan besar-besaran di Kelantan juga sepatutnya tidak berlaku.

Najib seperti tiru ‘taktik’ ayahnya...


Najib seperti tiru ‘taktik’ ayahnya...
Allahyarham Tun Razak (kanan) yang bersalaman dengan Mao Zedong di Beijing, tahun 1974 menjadi titik bermulanya persahabatan antara Malaysia dengan China.
ISU kemasukan pelabur China ke negara kita telah mencetuskan bualan hangat. Bukan sahaja rakyat biasa, ahli-ahli politik malahan kerabat raja turut terbabit sehingga menimbulkan pertikaman lidah. Dijangkakan isu ini akan terus dibangkit sehingga PRU akan datang.
Ketika ekonomi Malaysia dalam keadaan merudum sejak kebelakangan ini, dengan kejatuhan harga petroleum dan nilai ringgit; ditambahkan lagi kenaikan harga barangan, menyebabkan rakyat jelata semakin tertekan dan kerap menyalahkan kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimana pun tidak mendiamkan diri. Lalu, untuk mencari jalan keluar, beliau terbang ke China untuk memujuk pelabur-pelabur dari negara komunis itu untuk menanam modal di negara kita.
Hasilnya, perjanjian perdagangan antara kedua-dua negara telah tercapai dengan pelaburan bernilai RM144 bilion berjaya dibawa pulang oleh Najib awal November lalu.
Malaysia bukan sahaja mengeratkan hubungan dengan China, tetapi apa yang lebih penting ialah peluang perniagaan bakal diberikan kepada rakyat tempatan sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi negara kita.
Kekuatan ekonomi China sememangnya tidak boleh disangkal oleh mana-mana negara. Tidak ada ruginya bagi sesebuah negara yang menjalankan perniagaan dengan China termasuklah Malaysia.
Bagi yang masih mengingati, hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China dimeterai setelah lawatan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein ke China pada tahun 1974. Gambar allahyarham, juga ayah kepada Najib, yang bersalaman dengan Presiden China, mendiang Mao Zedong menjadi detik yang bersejarah dan sukar dilupakan.
Kunjungan perdana menteri kedua Malaysia itu bukan sahaja merapatkan hubungan antara Malaysia dengan China, bahkan telah membolehkan BN mencapai kemenangan besar pada PRU yang diadakan pada tahun yang sama.
Faktor berkawan dengan China telah menyebabkan ramai pengundi Cina memberikan sokongan padu kepada BN pada PRU 1974. Walaupun baru berusia setahun ketika itu bagi menggantikan Parti Perikatan, tetapi BN mampu mencipta kemenangan cemerlang apabila berjaya meraih 72 daripada 82 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

SALLEH YANG TERLUPA.....

Kata Salleh Said Keruak, pengampu dan pembodek nombor satu dalam negara ketika ini, Lim Kit Siang tidak setaraf kedudukannya dengan Najib Razak untuk mengadakan perbahasan.

"Mungkin Kit Siang terlupa bahawa beliau hanya Pengerusi DAP. Malah, beliau juga bukan ketua Pakatan Harapan dan ini tidak meletakkannya setaraf dengan Perdana Menteri yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional.

"Sekiranya Kit Siang adalah ketua Pakatan Harapan atau Perdana Menteri Bayangan, maka beliau mungkin mempunyai sebab untuk menuntut mengadakan perbahasan dengan Najib," kata Salleh lagi.

Siapa yang sebenarnya terlupa, Lim Kit Siang atau Salleh sendiri?
Adakah Salleh terlupa bahawa Anwar Ibrahim, sebelum PRU 13, telah berkali-kali mencabar Najib untuk berdebat dengannya dan tidak pernah sekali pun cabaran itu berani disambut?

Bukankah Anwar ketika itu adalah ketua Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri bayangan?

Mengapa Najib tidak berani menyahut? Adakah Anwar tidak setaraf kedudukannya dengan Najib?

Pulihkan GLC, singkir pelaku rasuah, kata badan pemikir

Ketua Ideas berkata tadbir urus GLC yang lemah dicerminkan dengan penurunan berterusan Malaysia dalam kedudukan Indeks Persepsi Rasuah 2016.
corrupt-graph
PETALING JAYA: Putrajaya perlu perkenalkan pembaharuan lebih serius dalam urus tadbir syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk membasmi rasuah, kata Ketua Eksekutif, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.
Badan pemikir itu berkata demikian mengulas Indeks Persepsi Rasuah (CPI) terkini yang dikeluarkan Transparency International (TI) hari ini, yang menunjukkan Malaysia bergerak merosot satu anak tangga ke-55 daripada 176 negara.
“Walaupun, sejak kebelakangan ini kerajaan khususnya SPRM melakukan banyak kerja hebat menangkap pegawai rasuah, ia masih tidak menangani keperluan yang lebih mendalam untuk pembaharuan.
“Dalam kes Malaysia, skor kita menurun sejak 2014, daripada skor 52 daripada 100, sebelumnya ke-49 hari,” kata Wan Saiful dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Ideas, hari ini.
Beliau menyeru peraturan ketat ke atas GLC, dan pengurangan bilangan GLC dengan hanya menjaga mereka yang memenuhi syarat masa tadbir urus.
“Sudah sampai masanya perdana menteri melepaskan portfolio sebagai menteri kewangan,” kata Wan Saiful.
TI memperoleh kedudukan CPI bagi negara berdasarkan agregat daripada 8 kajian yang berbeza.
Menurut laporan itu, penurunan Malaysia boleh dikaitkan dengan penurunan skor dalam World Justice Project Rule of Law Index, Political Risk Services International Country Risk Guide, Political and Economic Risk Consultancy Asian Intelligence and the Bertelsmann Foundation Transformation Index – semua indeks yang mengukur tadbir dan kedaulatan undang-undang.
“Salah satu faktor utama di sebalik kemerosotan baru-baru ini adalah bagaimana skandal 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dikendalikan.
Beliau berkata bagaimanapun, isu 1MDB hanya sebahagian daripada isu struktur yang lebih penting iaitu mengenai bagaimana GLC diuruskan.
“Walaupun GLC wujud sejak merdeka, mereka mengambil peranan lebih luas sepanjang tempoh perkhidmatan Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai perdana menteri. Pada zamannya, dengan PM juga menjadi menteri kewangan, terdapat penglibatan kerajaan yang lebih besar dalam perniagaan.
“Ini memulakan amalan tidak sihat di mana garis antara perniagaan dan kerajaan mula kabur,” kata Wan Saiful dan menjelaskan konflik kepentingan timbul atas keputusan yang dibuat kerana menteri kewangan sepatutnya hanya menasihatkan PM supaya ada semak dan imbang melibatkan tabung negara.

Negara Dalam Krisis: 2 hartanah KWSP di London untuk dijual

KWSP akan meraih untung kasar RM525 juta daripada penjualan Saint James Square dan Tower Bridge House.
epf
PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyenaraikan 2 hartanah miliknya di London untuk dijual, lapor The Star Online hari ini.
Dana caruman persaraan itu berharap untuk menjual Saint James Square di West End dan Tower Bridge House di Saint Katharine Docks.
Laporan itu memetik sumber mengatakan KWSP merancang untuk menjual hartanah tersebut pada harga £405 juta (RM2.3 bilion) manakala sumber lain mengatakan £380 juta.
Menurut sumber berbeza, KWSP membeli Saint James Square pada Ogos 2011 pada harga £147.5 juta dan berharap untuk menjual pada harga antara £180 juta and £205 juta, dan Tower Bridge House, yang dibeli pada tempoh yang sama pada harga £163 juta, pada harga £200 juta.
KWSP akan meraih untung kasar £94 juta (RM525 juta) sekiranya berjaya menjual hartanah tersebut pada harga tertinggi. Kedua hartanah itu dimiliki sejak 5 dan 6 tahun lepas, menurut laporan itu.
PAda 2010, mengambil kesempatan daripada kadar tukaran rendah pound yang jatuh ke paras bawah RM5 selepas krisis kewangan dunia 2008, KWSP menerjah ke pasaran hartanah London berbekalkan dana pelaburan sebanyak £1 bilion.
KWSP meninggikan ambang £1 bilion itu apabila ia mengalihkan tumpuan kepada hartanah selain ruang pejabat.
Pada 2015, KWSP menyenaraikan Whitefriars, 65, Fleet Street untuk dijual pada harga £170 juta selepas kerajaan menyeru semua pelaburan asing dipulangkan bagi meransang ekonomi negara.
Bangunan komersil itu dibeli pada harga £148 juta daripada dana Union Investment dari Jerman, pada 2011. Pajakan pada hartanah itu sehingga 2021, menurut laporan itu.

LASKAR SIBER UMNO HAMBAR


MACAM saya catatkan secara ringkas dalam tampalan Facebook saya pada 23 Januari, saya tahu majoriti laskar siber (cybertrooper) dan penggiat media sosial tidak menyokong kerajaan sebaliknya menentang.
Tetapi saya tidaklah menjangka penentangan itu seteruk yang Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi dedahkan ketika berucap di Majlis Perasmian Skuad Penerangan dan Media Wanita Umno di Kuala Lumpur pada 22 Januari.
Dalam pendedahan itu, Zahid, antara lain, berkata berdasarkan kajian hanya 6.6 peratus laskar siber mempertahankan agenda pentadbiran kerajaan manakala 93.4 peratus menentang.
Ikhlas saya katakan saya terkejut dengan tahap sokongan yang begitu rendah kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil Mohd Najib Abdul Razak.
Walaupun saya tahu sokongan kepada Najib, Umno dan Barisan Nasional tidak hebat dalam media sosial dan media atas talian, tetapi saya tidaklah menyangka tahapnya begitu hambar.
Saya ikuti percakaran dan maki-hamun di kalangan penggiat media sosial pro-Umno di ruang Facebook. Istilah seperti pemakan dedak, pengampu, penjilat dan anjing adalah biasa bagi mereka.
Sekarang fahamlah saya mengapa dalam Persidangan Agung Umno 2014 Najib melabelkan blogger dan penggiat media sosial Umno bangang.
Apabila saya membaca tampalan orang kanan Ahmad Zahid, (Datuk) Ibrahim Yahya, dalam ruang Facebook beliau mengenai sumber yang dipetik oleh Ahmad Zahid itu, saya menjadi lebih yakin bahawa sokongan media sosial kepada Najib memang cukup teruk.
Menurut Ibrahim yang memakai nama samaran Diy Putera dalam laman Facebook itu, sumber maklumat yang Ahmad Zahid petik adalah sebuah kajian yang diketuai oleh Profesor (Datuk Seri) Dr Syed Arabi Idid.
Dalam catatan Facebooknya, Ibrahim, antara lain berkata (tanpa suntingan):
“Kajian empirikal ini telah diketuai oleh Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid, seorang pakar bidang komunikasi di Malaysia dan banyak menulis buku-buku ilmiah berbahasa Melayu dan Inggeris yang menjadi rujukan pelajar komunikasi di negara ini. Dr Syed Arabi membuat kajian bukan saja apa yang berlaku di dalam negeri malah di luar negara.
“Objektif kajian dilaksanakan bagi menilai peranan pemain media sosial berunsur politik dalam mempengaruhi netizen pasca PRU ke-13. Berdasarkan kajian yang dibuat terhadap netizen di media sosial, mendapati netizen lebih mempercayai saluran media sosial berbanding media konvensional.
“Ini berdasarkan lebih 2,000 netizen yang aktif dalam facebook dan twitter sebagai responden. Faktornya kerana media sosial lebih cepat menyampaikan maklumat dan lebih mudah diperolehi.
“Penemuan menunjukkan pengaruh televisyen menurun dari 42 % pada 2015 menjadi 39% pada 2016. Bagitu juga bagi pembacaan akhbar menurun dari 30 % ke 25 % dan radio dari 25% pada 2015 ke 21 % pada 2016. Walaubagaimana pun kepercayaan terhadap internet meningkat dari 50 % pada Disember 2015 menjadi 69 % pada Ogos 2016. Pada hakikatnya, media sosial adalah satu fenomena bandar yang sangat pesat berkembang.
“Sementara, kajian ini juga telah menilai peranan dan daya kekonsistenan atau daya pengekalan pemain media sosial berunsur politik dalam arus media sosial pasca PRU ke-13.
“Kajian mendapati nisbah 1 blogger @ facebooker pro-UMNO berlawan dengan 15 blogger @ facebooker anti-UMNO (Pembangkang). Ini bermakna ratio 1 nisbah 15.
“Dalam bentuk figura peratusan pula, kajian menemui hanya 6.6 % ‘cybertroopers’ pro-kerajaan yang masih aktif atau cergas berbanding 93.4 % ‘cybertroopers’ Pembangkang dikoordinasi dengan strategik dan berkesan dalam media sosial. Mereka bergerak di segenap pelusuk maya. Membuat provokasi dan melaga-lagakan pemimpin kerajaan.
“Kajian mendapati dalam suatu proses perkembangan media sosial di Malaysia, ia membangun secara konstruktif ibarat geraf inverted parabola (bermula dari bawah dan melonjak ke tahap tinggi kemudian menurun ke bawah kembali).”
Saya tidak perlu mengulas lagi. Ucapan Ahmad Zahid dan tampalan Facebook Ibrahim itu sudah cukup jelas untuk membuktikan betapa tidak popularnya Najib, Umno dan BN di kalangan penggiat media sosial serta media atas talian.
Media Tradisional Pun Merudun Juga 
Bukan itu saja, pengaruh media tradisional dan arus perdana yang menjadi tulang belakang propaganda Najib, Umno dan BN juga semakin jatuh.
Pada tahun 2003 – ketika peralihan kuasa daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi – pengedaran akhbar mencapai kemuncaknya. Utusan Malaysia melebihi 300,000 naskhah sehari dan Mingguan Malaysia melepasi setengah juta.
Hari ini jualan Utusan, Berita Harian dan semua akhbar dalam kandang (stable) Umno, merudum seperti ditunjukkan oleh rajah di bawah.

Peguam negara rayu keputusan sempadan semula kawasan Lembah Pantai

Mahkamah menetapkan tarikh pendengaran rayuan pada 13 Feb di hadapan panel khas, kata peguam.
izzah
KUALA LUMPUR: Peguam Negara memfailkan rayuan menghentikan Mahkamah Tinggi daripada mendengar permohonan semakan kehakiman oleh Nurul Izzah Anwar dan 10 pengundi untuk membatalkan cadangan persempadanan semula kerusi Parlimen Lembah Pantai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Peguam Surendra Ananth berkata, Mahkamah Rayuan menetapkan 3 Feb untuk mendengar rayuan Peguam Negara.
“Kami dimaklumkan semasa pengurusan kes awal minggu ini yang panel khas akan mendengar rayuan itu,” kata Surendra.
Beliau berkata permohonan Peguam Negara ditetapkan di Mahkamah Tinggi semasa pendengaran semakan kehakiman ditetapkan pada 13 Feb
Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan, yang membenarkan permohonan Nurul Izzah dan pengundi awal bulan ini, menetapkan 15 Feb untuk mendengar merit kes itu.
Azizul berkata permohonan itu bukan perkara remeh dan pemohon mempunyai kedudukan undang-undang untuk memfailkan kes itu.
Beliau berkata SPR hanya terlibat dalam proses membuat keputusan dan ia terdedah kepada semakan kehakiman oleh mahkamah.
Pemohon yang memfailkan permohonan semakan kehakiman pada November lalu menamakan SPR, pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan setiausaha Datuk Abdul Ghani Salleh sebagai responden.

Tugu banjir: Kelantan bazirkan RM300ribu wang Yayasan Amanah Tok Kenali

Kerajaan negeri Kelantan melalui Yayasan Amanah Tok Kenali (YATK) telah membazirkan wang berjumlah RM300ribu  kerana kecuaian membina atas tanah milik persendirian dalam membina Tugu Banjir di Kuala Krai setahun lalu.
Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan Datuk Husam Musa yang mendedahkan perkara itu berkata, beliau terkejut dengan berita ini kerana sepanjang beliau bersama dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri perkara seumpama ini tidak pernah berlaku.
"Setiap projek kerajaan yang dibawa ke mesyuarat exco; perkara pertama yang dibincangkan status tanah.
"Jika tanah berkenaan bukan milik kerajaan, pertimbangan pertama ialah berkenaan jumlah pampasan yang diperlukan," katanya di majlis dialog di pejabat Ahli Parlime Kuala Krai malam tadi.
Dalam pembinaan kes tugu banjir ini, amat memeranjatkan apabila selepas setahun didapati tuan tanah telah meminta perjelasan.
"Kononnya, untuk mengelakk dari menjawab soalan berkaitan penggunaan dana kerajaan maka Yayasan Amanah Tok Kenali digunakan untuk membuat bayaran ini," katanya.
Menurutnya, terdapat dua persoalan yang timbul dari tindakan ini.
"Pertama, mengapa wang dari YATK digunakan sedangkan arwah Tok guru dengan jelas mahu penubuhan yayasan ini ditumpuhkan sepenuhnya untuk pendidikan dan pembinaan insan.
"Ini penyelewangan besar yang harus tidak dimaafkan oleh rakyat Kelantan," katanya.
Tugu Banjir yang dibina di  Kuala Kerai, KelantanTugu Banjir yang dibina di Kuala Kerai, KelantanPerkara kedua yang semua pihak maklum katanya, ialah bantuan kepada mangsa banjir 2014 yang sehingga kini tidak selesai.
"RM300 ribu bukan nilai yang kecil, kalau kita bina rumah mangsa banjir hampir sepuluh buah rumah boleh disiapkan," katanya.
Beliau turut membangkitkan tindakan kerajaan menaikkan pelbagai cukai terutama berkaitan pentadbiran tanah.
"Baru-baru ini mereka menafikan menaikkan harga pasir, sedangkan semua orang yang pembeli membeli pasir dengan harga tinggi hingga dikatakan bertambah sekali ganda," katanya.
Menurutnya, sekarang orang ramai mengadu semua caj berkaitan urusan pejabat tanah dinaikkan.
"Urusan membeli cabutan (mendapat salinan geran tanah) dinaikkan daripada RM30 kepada RM80.
"Lain-lain bayaran juga dikatakan mengalami kenaikkan serupa," katanya.
Sebelum ini, Husam membangkitkan kenaikkan bayaran pecah lot dan tukar syarat tanah.
"Sekarang caj ini diberi peluang untuk merayu melalui wakil-wakil rakyat.
"Tindakan seperti ini membawa diskriminasi besar kerana dikalangan rakyat ada yang rapat dengan wakil rakyat dan ada yang tidak.
"Bagi mereka yang tidak ada akses dengan wakil rakyat, ini satu penindasan dan penganiayaan," katanya.
Kalau rakyat ingin perkara ini selesai, pilihlah Amanah, kalau kita jadi kerajaan semua balik kepada harga asal, tak perlu rayu-rayu, katanya.

MT Umno puji Jamal pandai, kreatif, berani

Walaupun pelik, tindakan pemimpin akar umbi Umno Datuk Jamal Yunus berdemonstrasi terhadap pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali mendapat pujian pemimpin pusat parti itu.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi berkata beliau tidak hairan jika akhirnya Jamal semakin popular dan rakyat akan merujuknya untuk menyelesaikan masalah mereka.
“Cara Jamal kreatif, pandai memilih isu, memang isu rakyat, berani dan bersahaja.

“Lebih baik daripada demonstrasi BERSIH yang tidak ke mana,” katanya yang juga ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Jamal, ketua Umno bahagian Sungai Besar hari ini membawa sepuluh katil bujang ke bangunan pejabat setiausaha kerajaan negeri (SUK) Selangor di Shah Alam, selepas mendakwa terdapat banyak rumah urut haram di negeri itu.

Di atas tilam itu pula beralas cadar tertera dengan perkataan “DAP - Dapat Aiskrim Percuma”, seorang wanita dilihat menjalankan demonstrasi mengurut badan pelanggan.
Beliau kemudiannya mengagihkan aiskrim yang dibawanya dengan motosikal bertong bertulis "Azmin Ais Krim, sekali rasa pasti nak lagi" – dipercayai merujuk dakwaan skandal seks Azmin yang telah dinafikan.
Menulis di Facebook, Puad berkata walaupun cara Jamal itu dianggap pelik dan luar biasa, tetapi ia didakwa membuka mata dan memberi tekanan kepada pihak yang bertanggungjawab.
“Cara Jamal menyebabkan kerajaan Selangor tidak boleh menutup mata terutamanya sikap double standard (pilih bulu) kerana tidak berani bertindak terhadap rumah urut haram dan tidak berlesen,” katanya.

Jamal patut hantar katil ke pusat pemindahan banjir: Azmin

PPBM-PAS duduk semeja 2 Februari ini - Tun Mahathir

Cuepacs rayu tangguh tutup pejabat Tourism Malaysia

Tabung Haji ‘kerugian RM700 juta’, dakwa Rafizi

UMNO JADI ‘HANTU’ USIK RAKYAT


SHAH ALAM – Bekas naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Malaysia pada hari ini dilanda keserabutan politik dek kerana kebimbangan pimpinan Umno kehilangan kuasa yang dimiliki lebih 60 tahun lamanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, oleh kerana berasa terancam, Umno kini menjadi ‘hantu’ dengan mengusik kehidupan rakyat.
“‘Khurafat’  yang mengganggu kehidupan rakyat dengan provokasi perkauman dan pemikiran sempit untuk menakutkan orang Melayu kononnya akan hilang kuasa politik jika PRU14 Umno-BN kalah ditangan Pakatan Harapan dan Bersatu.
“Pemimpin Umno gunakan ‘hantu perkauman’ untuk menghidupkan kembali karier politik masing-masing yang telah pupus akibat skandal 1MDB dan berbagai lagi masalah yang tidak menguntungkan rakyat serta mengakibatkan kerugian pada negara,” katanya.
Tambah Mahfuz, politik Malaysia bertambah kalut apabila keistimewaan Melayu, Islam dan Bumiputera turut dipolitikkan kononnya semua itu akan terhapus apabila DAP memerintah Malaysia.
“Sepatutnya soal beban rakyat yang melibatkan GST, pengangguran dan harga barang dibincangkan tetapi Najib hanya menggunakannya sebagai pelantar untuk memperkatakan soal kuasa dan bagaimana cara untuk memfitnah Pakatan Harapan dan Bersatu,” katanya lagi.
Mahfuz dalam kenyataan sama turut membidas bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang sebelum ini mendakwa wujud pakatan sulit antara Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang yang dipersetujui dalam perjanjian rahsia dimeterai 3 Disember lalu.
Menurut Tunku Aziz, perjanjian itu menetapkan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Kit Siang masing-masing diangkat sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang PRU14.

'Pecat individu ada salah laku dalam Felda' - Nurul


Nurul Izzah Anwar

Penahanan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas lima individu termasuk bergelar Datuk daripada Felda membuktikan agensi itu berdepan isu integriti dan ketelusan.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, penangkapan pegawai ini bukanlah satu permulaan yang baik tatkala Felda bergelut dengan isu ketirisan dana dan pengurusan yang tidak stabil.
"Pengerusi baharu Felda,Tan Sri Shahrir Samad seawal pelantikannya sendiri mengakui bahawa institusi awam milik peneroka Felda berhadapan dengan masalah ketirisan yang agak membimbangkan.
"Maka, saya turut bimbang akan nasib dan cabaran yang terpaksa diterima oleh peneroka yang juga terpaut rugi dalam kes penyelewengan wang rakyat ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu dalam perkembangan kes itu hari ini, lima individu itu yang ditahan di sekitar Lembah Klang semalam direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan projek ternakan ikan Sturgeon bernilai RM47.6 juta.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mereka terdiri daripada bekas pegawai kanan bergelar datuk, bekas pegawai (yang menyandang jawatan tinggi), pegawai bertugas di luar negara, pegawai yang terbabit projek penternakan ikan itu dan seorang lagi penolong pegawai tadbir.
Kesemua mereka berusia 30, 33, 38, 53 dan 57 tahun itu disiasat  mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Op Caviar yang dilancarkan oleh SPRM bagi menyiasat dakwaan penyelewengan projek pemindahan teknologi penternakan ikan sturgeon bernilai US$10 juta (RM47.6 juta) sejak 2014.
Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Nurul Izzah berkata, secara peribadi beliau memohon untuk mencadangkan beberapa perkara kepada Shahrir antaranya mendesak agar sebuah blueprint buat tatapan umum dikeluarkan oleh pihak Felda dalam penstrukturan semula di bawah pimpinanya dalam memacu dasar Felda.

Dr M: 2 Februari penentu kerjasama PAS-PPBM

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerjasama antara PPBM dan Pakatan Harapan perlu diangkat ke aras baru.
mahathir
PUTRAJAYA: Keputusan kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAS akan ditentukan selepas 2 Februari, kata Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad.
PPBM memaklumkan perkara itu selepas seorang pemimpin kanan PAS minggu ini membidas Dr Mahathir, menggelarnya “angkuh” dan “diktator”.
Pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini, Dr Mahathir berkata sesetengah pemimpin PAS berhasrat mensabotaj kerjasama antara mereka.
Baru-baru ini, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan dan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat Mohd Zuhdi Marzuki turut pemimpin PPBM itu.
Nasrudin menyifatkan Dr Mahathir “angkuh” dan “diktator” kerana kecewa dengan keengganan PAS menyertai pakatan pembangkang, sementara Zuhdi berkata perkara yang sama.
Meskipun dikecam, Dr Mahathir berkata perbincangan dengan PAS masih diteruskan dan pertemuan akhir akan diadakan pada 2 Februari ini.
PPBM akan membuat keputusan berhubung kerjasama dengan PAS selepas itu.
“Perjumpaan akan diketuai oleh timbalan presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk menentukan pendirian PAS. Sebelum itu, kita tidak akan kata apa-apa sehingga rundingan itu tamat.
“Sama ada PAS masuk atau pun tidak, penyertaan kita bersama pembangkang akan dibuat secara rasmi,” katanya, merujuk kepada kerjasama antara PPBM dan Pakatan Harapan.
Mukhriz pada sidang media itu berkata PPBM menyerahkan draf rangka perjanjian kerjasama kepada PAS dalam perbincangan terdahulu, dan parti Islam itu akan memberikan maklum balas pada mesyuarat akan datang.
Proses yang sama digunakan dalam usaha membina kerjasama antara PPBM dan PH.
Bercakap kepada FMT, Mukhriz berkata PPBM-PH dan kerjasama yang dihasratkan dengan PAS itu akan bergerak seiring, ketika ditanya cara kerjasama dengan parti Islam itu akan dilakukan memandangkan PAS tidak mahu berpakat dengan DAP dan Amanah.
Beliau menambah perbincangan antara PPBM dan PAS tidak melibatkan rakan pakatan parti Islam itu, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
Sementara itu, Dr Mahathir berkata PPBM akan membuat beberapa cadangan bagi menunjukkan perpaduan pembangkang, termasuk logo dan manifesto bersama, diikuti perbincangan kerusi pilihan raya.

5 direman 7 hari kes seleweng projek Felda RM47.6 juta


SPRM
Lima individu termasuk dua bekas pegawai kanan Felda direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek ternakan ikan Sturgeon bernilai RM47.6 juta.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman kelima-lima lelaki itu sehingga 31 Januari ini.
Kesemua mereka yang memakai baju lokap berwarna jingga dengan tangan bergari tiba di Mahkamah Majistret di sini pada 9.05 pagi menaiki empat kereta berasingan.
Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Kelima-lima individu itu ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang antara 11.30 pagi dan 1.30 tengah hari semalam menerusi Op Caviar SPRM bagi menyiasat dakwaan penyelewengan projek pemindahan teknologi penternakan ikan sturgeon bernilai US$10 juta (RM47.6 juta) sejak 2014.
Seorang daripada mereka adalah pegawai kanan bergelar Datuk, seorang bekas pegawai (yang menyandang jawatan tinggi), seorang bertugas di luar negara, seorang pegawai terbabit projek penternakan ikan itu dan seorang lagi penolong pegawai tadbir.
Kesemua mereka berusia 30, 33, 38, 53 dan 57 tahun.
Menurut sumber SPRM , mereka dipercayai menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kepentingan sendiri.
Sementara itu, Mahkamah Majistret yang sama membebaskan pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pengurus jualan antarabangsa GLC berkenaan, selepas direman enam hari sebelum ini.
Mereka ditahan bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dan rasuah berkaitan projek pasport elektronik (e-pasport) bernilai lebih RM700 juta di sebuah negara di Afrika.
Nik Isfahanie Tasnim membebaskan pemangku CEO bergelar Datuk berusia 58 tahun dan pengurus jualan antarabangsa GLC berusia 36 tahun itu dengan jaminan SPRM sebanyak RM40,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Tun M: Ada pihak sabotaj rundingan PAS, BERSATU

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad, mendakwa ada beberapa pimpinan PAS "mensabotaj" rundingan bagi membentuk kerjasama antara kedua-dua parti.
Kata Dr Mahathir, antara pemimpin yang dimaksudkannya ialah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
Menurut bekas perdana menteri itu, pemimpin PAS yang bertindak begitu "lebih teruk" daripada Datuk Seri Najib Razak yang didakwanya tidak dikritik parti berkenaan atas pelbagai isu, termasuk skandal 1MDB.
"Bagi pemimpin itu - mungkin bukan pemimpin lain tetapi yang menyuarakan serangan terhadap saya - bagi dia, yang jahat adalah saya.
"Jadi saya nak tahu di mana saya jahat?
"(Adakah kerana) saya mencuri duit berbilion-bilion, ataupun saya tubuhkan syarikat berbilion-bilion, lepas itu duit hilang; ataupun saya jual negara ini kepada negara lain untuk mereka mengadakan bandar-bandar untuk orang asing ini?" katanya kepada media di Putrajaya hari ini.
Selain Mohd Zuhdi, Dr Mahathir tidak menamakan sebarang tokoh PAS yang dimaksudkannya cuba mensabotaj rundingan kerjasama antara parti itu dengan BERSATU.
Malaysiakini sudah menghubungi Mohd Zuhdi dan sedang menunggu reaksinya terhadap kenyataan Dr Matahir itu.
Pada 22 Januari lalu Mohd Zuhdi mendakwa kenyataan pernah dibuat Dr Mahathir mengeai PAS bukan disebabkan beliau memandang rendah kepada parti berkenaan.
Bertemu PAS awal Februari
Sebaliknya kata Mohd Zuhdi, Dr Mahathir bimbang terhadap pengaruh PAS dan ia adalah sebahagian daripada strategi politik bekas perdana menteri itu.
"Dr Mahathir adalah seorang diktator politik, dan atas sifat itulah beliau berkonfrontasi dengan semua perdana menteri yang berada di atasnya, daripada Tunku Abdul Rahman sehingga perdana menteri sekarang.
"Dengan sifat diktator politik inilah Dr Mahathir mencantas semua pimpinan Umno dan timbalan perdana menteri yang menggugat kedudukannya, daripada Tengku Razaliegh sehingga Anwar Ibrahim.

NAK SOROK DARIPADA PENGETAHUAN RAKYAT KA!!

KENAPA TIBA-TIBA artikel ustaz Kazim Elias di Berita Harian yg bertarikh 25 April 2014 DIPADAMKAN ???

atau NAK SOROK DARIPADA PENGETAHUAN RAKYAT KA!!

Sejarah Tak Pernah Menipu..

Boleh check di sini.. http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Kufurjikatolakhudud/Article

Pencuri & Penyamun Felda Terus Bermewah..!!!

SENANG BUKAN..
Bila terbukti ketirisan byk berlaku dalam #FELDA, jln mudah semua ahli lembaga pengarah letak jawatan, kemudian susun semula syarikat. HABIS CERITA..

TAHUKAH ANDA..
Bekas Pengerusi Felda -TAK DITAHAN

Pengarah Besar FELDA - DITAHAN
Bekas Timbalan Pengarah Besar (Pengurusan Sumber Strategik) FELDA - DITAHAN
Bekas pegawai projek - DITAHAN
Head of London Properties FELDA - DITAHAN
Penolong Pegawai Tadbir FELDA - DITAHAN

Nak menyamun jadilah JERUNG. Tak berbaloi jadi IKAN BILIS semata2..

Kesombongan Manusia Mengatasi Segala-galanya..!!

Sebagai Tetamu Allah jauhilah sikap sombong dan takkabur. Sebaliknya hendaklah kita sentiasa bersikap tawadduk atau merendah diri dan ingin menjalin persahabatan sesama manusia.

Firman Allah maksudnya : ” Dikatakan (kepada mereka) Masuklah pintu neraka Jahannam itu, kekal di sana untuk selama-lamanya. Dan amatlah buruk tempat tinggal orang yang takabbur (sombong).” surah al-Zumar ayat 72

Wallahualam~

Malaysia Paling Bersih Rasuah...!!

FAKTA..

"Malaysia adalah negara terbersih rasuah" - Shahidan Kassim, (1/10/2013)

"RM2.6 bilion yang dimasukan ke dalam akaun bank peribadi Najib Razak tidak menunjukkan sebarang perbuatan rasuah." - SPRM, (9/3/2016)

"PM Malaysia bersih daripada rasuah" - Peguam Negara, (26/1/2016)

"Najib tidak lakukan kesalahan rasuah" - Azalina Othman, (10/3/2016)

"Najib tak salah, LGE yang berdepan tuduhan rasuah" - Annuar Musa, (22/7/2016)

HAKIKATNYA.. cina-DAP juga yang disalahkannya...

Sidang Media Invoke 24 Januari 2017 - Dana Felda Sara Anak Pegawai Kanan di Australia

TERUS TERANG (Siri 3) - YB Fuziah Salleh

Jamal bawa katil, ais krim pula ke bangunan pejabat MB

Jamal seru beli barang di KL, jangan beli di Selangor

Rumah urut punca pendapatan PBT di Selangor, dakwa Jamal

TI: Indeks Persepsi Rasuah Malaysia jatuh satu mata

Jangan pilih ahli politik korup pada PRU14, saran Akhbar

"Ada kes tapi tak dakwa, tunggu Hari Pembalasan," kata Akhbar

Tun M cadang bentuk pakatan baru, simbol sama pada PRU14

Tun M tampil jawab dakwaan skandal BMF

"Ada beberapa pemimpin PAS serang saya, tang mana saya jahat," soal Tun M

Fitnah: Mahkamah arah Hasan Ali bayar Khalid Samad RM200,000

Kalau kerjasama dengan PAS gagal? 'Lantaklah', kata PPBM

Selepas Pas, DAP mahu jumpa MCA, Gerakan

Selepas menyatakan keinginannya untuk bekerjasama dengan Pas dua hari lalu, kini Penasihat DAP, Lim Kit Siang bersedia untuk berjumpa MCA dan Gerakan bagi tujuan yang sama.
Kit Siang berkata, beliau bersedia dalam tempoh 72 jam dari hari ini untuk berjumpa dengan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong bagi membincangkan cara untuk membebaskan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia.
Lim Kit Siang Menurutnya, menyelamatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang gagal adalah agenda negara bagi tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.
"Tujuan saya hanya mahu menyelamatkan Malaysia dari terus menjadi negara gagal. Saya beri tempoh kepada MCA dan Gerakan bermula hari ini (semalam) jam 12 tengahari hingga 27 Januari ini (sempena sambutan Hari Raya Cina). Saya akan tunggu.
"Pertemuan itu diharap dapat membincangkan bagaimana DAP bersama MCA dan Gerakan boleh bekerjasama untuk kepentingan negara bagi membebaskannya daripada kleptokrasi dunia. Saya harap perkara ini dapat dipenuhi. Persoalannya, adakah MCA dan Gerakan perlu mendapat kebenaran Umno terlebih dahulu sebelum berjumpa saya?" katanya kepada media.
Mengulas berhubung dakwaan beberapa pihak kononnya tindakan DAP itu sebagai membuat pusingan U, Ketua Ahli Parlimen DAP itu berkata, dakwaan itu hanya dari mereka yang berfikiran sempit.
Terdahulu, Kit Siang menyatakan kesediannya untuk berbaik semula dengan Pas apabila ingin berjumpa dengan presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi tujuan sama.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, kerjasama itu boleh direalisasikan sekiranya Abdul Hadi sedia memberi komitmen untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia.
Sementara itu, menjawab soalan media sama ada beliau sudah berbincang dengan kepimpinan Pakatan Harapan berhubung niatnya itu, Kit Siang berkata, beliau tidak perlu berbuat demikian.
"Saya rasa tidak perlu berbincang untuk cadangan kerjasama dengan Pas. Saya bukan boneka kepada mana-mana pihak termasuk Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad. Cadangan untuk adakan kerjasama dengan Pas dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) akan diteruskan walaupun ditentang Tun Mahathir.

Persempadanan semula: SPR tak guna daftar pemilih terkini

Peguam Cyrus Das berkata daftar pemilih “terkini” mesti menjadi senarai daftar terbaru yang diterbitkan.
Lawyer-Cyrus-Das-ec-redelination-1
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menggunakan daftar pemilih terkini dalam cadangan pelaksanaan persempadanan semula, dan itu melanggar garis panduan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Peguam Cyrus Das berkata SPR menggunakan daftar pemilih pada suku terakhir 2015.
“Jadual 13 (3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan jumlah pengundi perlu diambil daripada daftar pemilih yang terkini,” katanya.
Das berkata daftar pemilih “terkini” mesti bermaksud yang disiarkan baru-baru ini, sebelum pelaksanaan persempadanan semula dijalankan.
SPR menerbitkan notis 18 halaman dalam akhbar utama yang ia akan menjalankan cadangan persempadanan semula di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, bermula September tahun lalu.
Das berkata SPR sepatutnya memasukkan daftar bagi suku pertama (Januari-Mac 2016), yang digazetkan pada Julai.
“Namun, SPR dalam jawapannya kepada hujahan kami menyatakan daftar terkini tidak boleh digunakan kerana ia belum lagi disempurnakan,” katanya dalam hujahannya.
Selangor memohon untuk membatalkan notis persempadanan semula SPR kerana ia melanggar Perlembagaan dalam merangka sempadan pilihan raya baharu.
Kerajaan negeri itu juga mahu pengisytiharan yang notis itu kekurangan maklumat dan akan menyebabkan pengundi, pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri tidak dapat melaksanakan hak perlembagaan mereka untuk memfailkan representasi.
Ia memohon mahkamah membatalkan notis SPR dan mengeluarkan perintah supaya ia menerbitkan notis baharu cadangan pelaksanaan itu.
Peguam Derek Fernandez, yang juga mewakili kerajaan negeri berkata SPR turut melanggar satu lagi garis panduan dalam Perlembagaan dengan menyebabkan kesukaran kepada pihak berkuasa tempatan dan memutuskan hubungan dalam kalangan masyarakat melalui pelaksanaan itu.