Isnin, 23 Januari 2017

Saya mohon maaf, Tok Guru: Suhaizan

"Saya mohon maaf Tok Guru (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," demikian ujar Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kayat.
Suhaizan berkata, beliau memohon maaf kepada Abdul Hadi kerana gagal sependapat dengan pemimpin itu berhubung kenyataan Pas yang mahu pembangkang yang lain mengikut rentak Pas sekiranya mahu bekerjasama dengan parti itu.
"Saya berbeza pendapat dengan Tok Guru. Kita tidak boleh paksa orang lain menerima cara kita. Kita hanya boleh beri pilihan pada mereka.
"Terpulang pada mereka untuk menerima atau menolaknya. Dari segi menilai pula, biarlah orang lain menilai parti kita dan tidak perlu kita menilai parti kita sendiri bagi pihak mereka," katanya kepada Sinar Online.
Abdul Hadi sebelum ini berkata, mana-mana parti pembangkang yang ingin bekerjasama dengan Pas, perlu mengikut cara Pas.
Pemimpin nombor satu Pas itu dipetik sebagai berkata, parti Islam itu telah lama bertapak  dan melalui pengalaman jatuh bangun dalam politik, berbanding parti pembangkang lain.

Umno akan pecahkan BN jika Akta 355 dibentang - MCA

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi amaran Umno berisiko memecahkan BN jika parti dominan gabungan pemerintah itu dengan sengaja membentangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.
Ini bakal terjadi jika kerajaan membentangkan rang undang-undang seumpama itu atau sama dengan usul Akta 355 yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, katanya.
"Walaupun (kita) hanya ada tujuh ahli parlimen di Dewan Rakyat, kita akan mengundi menentangnya," katanya dalam satu temu bual dengan akhbar Sin Chew.
Jika Umno tidak mempedulikan suara yang tidak sehaluan daripada parti komponen BN, Liow berkata, maka ia akan menjadi dalang yang memecahkan BN.
"Parti yang mendukung rang undang-undang yang tidak berperlembagaan ini serta mereka yang mengundi untuk menyokongnya adalah dalangnya.
“Umno yang mengkhianati semangat BN, bukan MCA," katanya.
Liow turut mempersoalkan adakah BN mampu terus wujud tanpa imejnya terjejas.
Perhimpunan Akta 355 PAS bertujuan mendapatkan sokongan rakyat terhadap pindaan itu yang akan membolehkan Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman yang lebih berat dengan meningkatkan had hukuman penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan rotan kepada penjara sehingga 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 kali sebatan.
Mengulas lanjut, Liow berkata dua sistem undang-undang akan hanya memecah-belahkan rakyat.
Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat, terutamanya masyarakat Cina, supaya tampil bagi menghalang pindaan itu daripada diluluskan di Parlimen.

APA SUSAH JADI DENGAN NAJIB?

Hanya dalam tempoh seminggu yang lalu saja, Najib Razak didapati telah melakukan dua kesilapan fakta yang tidak sewajarnya sebagai seorang Perdana Menteri.
Kali pertama, beliau mengatakan tanah di Forest City adalah pajakan selama 99 tahun  dan ia tidak menjejaskan dari segi kedaulatan negara apabila orang-orang dari negara China menjadi pembeli utamanya.

Ternyata kemudian melalui papan iklan, billboard dan laman web Forest City sendiri, fakta Najib ternyata salah. 
Tanah Forest City memang pegangan bebas dan ia akhirnya memaksa Bernama memadam fakta pajakan 99 tahun yang disebut Najib sebelum itu dalam berita yang disiarkannya.

Kali kedua, Najib menafikan dakwaan Tun Mahathir bahawa MCA pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri sedangkan terbukti pada 3 April 2009, parti Cina komponen BN itu pernah berbuat demikian.
MCA ketika itu menggesa Najib yang baru menjadi Perdana Menteri agar mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi BN untuk Presidennya bagi mencerminkan "perkongsian kuasa"  yang sebenar dalam negara ini.

Bagaimanakah kesilapan fakta sedemikian boleh berlaku kepada seorang Perdana Menteri?

Akhirnya Terbongkar: TPM II cadangan peribadi saya, kata bekas setiausaha MCA

Bekas Timbalan Setiausaha Agung MCA Datuk Loke Yuen Yow hari ini mengesahkan bahawa pada tahun 2009, pernah mencadangkan jawatan timbalan perdana menteri kedua diberikan kepada wakil MCA.
Walau bagaimanapun, Loke berkata, beliau membuat cadangan itu dalam kapasiti peribadi.
Menurut laporan edisi petang akhbar Sin Chew hari ini, Loke dipetik sebagai berkata pelantikan seorang timbalan perdana menteri Cina kedua akan memberi petunjuk bahawa MCA dihormati dan membolehkan parti itu untuk menjalankan fungsinya dengan lebih cekap.
Beliau berkata tindakan itu juga akan membantu MCA menarik lebih ramai sokongan kaum Cina.
Minggu lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencetuskan polemik apabila beliau memberitahu satu forum di Putrajaya bahawa DAP sedang mengintai jawatan timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum akan datang.
Penyokong Umno tanpa berlenggah, menggunakan isu itu untuk menakut-nakutkan masyarakat Melayu manakala DAP menafikan pernah membuat tuntutan sedemikian.
Mahathir kemudian menjelaskan bahawa beliau tersilap berhubung apa yang dikatakan oleh Loke dengan DAP.
Hari ini, Loke bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Mahathir itu kerana dirinya bukan lagi pemimpin MCA.

Amanah-DAP bergabung tak selesaikan isu agih kerusi

Mahathir SOUND DIRECT ATAS MUKA Pas Yang Ikut Telunjuk UMNO NAJIB !!!

FELDA Bakal KUBUR UMNO!!! Mahathir akan TURUN Ke PELUSUK FELDA BONGKAR Setiap SALAH LAKU Najib!

Najib SEMAKIN CEMAS!! Muhyiddin Mula DEDAH Salah Laku Najib kepada Orang FELDA!

Najib TAK BOLEH MENIPU LAGI!!! 7 Negara SIASAT 1MDB!!!

TPPA: Negara masih berisiko walau AS tarik diri, kata Mapim

Presiden Mapim yakin AS di bawah Donald Trump akan menghidupkan perjanjian lain yang memihak kepada mereka dengan negara yang boleh dipergunakan.
tppa-azmihamidPETALING JAYA: Pihak yang menentang Perjanjian Perdagangan Trans-Pasifik (TPPA) masih belum boleh menarik nafas lega walaupun Amerika Syarikat (AS) sudah menarik diri daripadanya, kata Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Azmi Abdul Hamid.
Beliau berkata, ini kerana AS di bawah presiden barunya Donald Trump akan menggunakan pengaruhnya agar setiap hubungan dagang dengan negara lain berpihak kepadanya.
“Donald Trump menggunakan slogan ‘American First’. Beliau juga kapitalis yang dominan di sana dengan rangkaian industri yang kuat.
“Kita tidak boleh cuai dan terus berasa lega. Saya fikir AS akan hidupkan aturan dagangan (atau perjanjian lain) yang memihak kepada mereka dengan negara yang boleh dipergunakan,” katanya ketika dihubungi FMT.
Sebaik selepas mengangkat sumpah sebagai presiden AS yang ke-45 pada Jumaat lalu, White House dalam satu kenyataan mengumumkan menarik diri daripada TPPA, pada masa sama akan menumpukan perhatian kepada Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (Nafta).
Nafta adalah perjanjian melibatkan negara itu dengan Kanada dan Mexico yang dilaksanakan pada 1994.

TPPA: Malaysia, 10 negara anggota lain akan bincang

 12 negara menandatangani TPPA itu namun kini salah satu daripadanya mahu menarik diri 12 negara menandatangani TPPA itu namun kini salah satu daripadanya mahu menarik diri
Malaysia dan 10 negara anggota Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan langkah selanjutnya susulan pengumuman Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada perjanjian perdagangan terbesar dunia itu.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata 11 negara terbabit kecuali AS, sememangnya saling berhubungan.
"Sebanyak 12 negara menandatangani TPPA itu namun kini salah satu daripadanya mahu menarik diri. Kesemua 11 negara itu boleh meneruskannya dengan meminda klausa berkaitan.
"Ada banyak kemungkinan lain bahawa 11 negara ini masih boleh meneruskan usaha itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan China Intercontinental Communication Co Ltd, hari ini.
Sejurus pelantikannya sebagai Presiden baharu AS, Donald Trump mengumumkan strategi perdagangan negara itu, termasuk penarikan diri daripada TPPA.

Kaji semula kebolehlaksanaan projek HSR harus disokong, kata Raja Bahrin


Datuk Raja Kamarul Bahrin ShahDatuk Raja Kamarul Bahrin Shah
Cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengkajisemula kebolehlaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur–Singapura (HSR) jika ia menguntungkan Malaysia atau sebaliknya sewajarnya disokong.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, projek menelan belanja RM50bilion itu menstilah menguntungkan kedua negara terbabit.
"Kajian sejarah seluruh dunia menunjukkan apabila sistem keretapi laju menghubungkan dua kota besar, kota yang lebih besar dari negara yang lebih maju akan mengaut keuntungan yang jauh lebih besar.
"Kota Singapura memanglah lagi besar dan negara yang lebih maju dari Kuala Lumpur dan Malaysia.
"Dari segi perbelanjaan keseluruhan 350km laluan keretapi laju itu, Malaysia akan menanggung kos 335 km sementara Singapura akan menanggung hanya 15km atau 4 % sahaja.
"Mengapa tanggung 96% kos kalau akan menguntungkan Singapura jauh lagi banyak? Apabila Bandar Forest City di Johor Bharu siap ianya akan dimiliki 85% rakyat warga Asing Singapura dan negara China yang akan menjadi sebahagian pada "sambungan" kepada komuniti Singapura," ujarnya.
Beliau mengulas cadangan Dr Mahathir semalam, ketika ditemubual oleh Sunday Times Singapura, Dr Mahathir dipetik berkata,sekiranya pembangkang berjaya mengambil alih kuasa daripada Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang, kerajaan baharu itu perlu mengkaji kebolehlaksanaan projek HSR serta keperluannya kepada negara.
Walau bagaimanapun Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu tidak menolak projek keretapi laju sejauh 350km itu sekiranya terbukti boleh dilaksanakan, HSR boleh juga diperluaskan ke Pulau Pinang atau sempadan Thailand.

Sambung Raja Bahrin lagi, selain dari kos dan terma kontrak pembinaan yang perlu dikaji, kos sosial dan sampingan ekonomi kepada Malaysia perlu dikaji.
"Konsep bandar satelit asing ini dilaporkan akan memerlukan permit masuk yang eklusif.
"Dengan waktu perjalanan pendek dan selesa hanya satu jam setengah sahaja, ramai perniaga, warga asing dan juga pegawai diplomat akan memilih untuk tinggal di Singapura bandaraya antarabangsa dunia yang maju. Sementara Kuala Lumpur masih berstatus ibu negara yang masih sedang membangun.

Tabung Haji : Saman Di mahkamah Kalau Saya Fitnah


Oleh RAFIZI RAMLI
Saya ada membaca laporan media yang memetik luahan Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri kononnya “RM500 juta dikeluarkan oleh orang ramai kerana fitnah”. Beliau dilaporkan mengeluh bagaimana jika aset Tabung Haji dilaburkan dalam bentuk bangunan, kilang dan tanah, Tabung Haji akan menghadapi kesukaran untuk memulangkan wang pendeposit.

Seluruh dunia tahu bahawa walaupun Dato’ Seri Jamil Khir Baharom tidak berani menyebut nama saya, beliau maksudkan sayalah ahli parlimen pembangkang yang kononnya “memfitnah” Tabung Haji itu. Masalahnya, sehingga kini Tabung Haji belum mengambil tindakan saman terhadap saya sekiranya benar saya memfitnah Tabung Haji. Saya faham sekiranya Tabung Haji tidak mahu ke mahkamah untuk membuktikan dakwaan saya telah memfitnah institusi milik rakyat itu kerana saya sudah tentu akan memanggil ramai saksi, termasuklah Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Gabenor Bank Negara yang mula-mula sekali mengingatkan Tabung Haji bahawa rizabnya telah menjadi negatif.
Sebaliknya, Tabung Haji telah membuat laporan polis supaya saya disiasat di bawah kanun jenayah yang pertimbangannya sangat berbeza dan Tabung Haji tidak perlu mengemukakan bukti kenapa ia menuduh saya telah memfitnahnya. Setelah saya didakwa di bawah kanun jenayah dalam bulan April 2016, sehingga sekarang pendakwaraya belum memulakan kes itu. Sudah beberapa kali pendakwaraya yang memohon penangguhan dan terkini saya difahamkan perbicaraan (kalau pun bermula) hanya akan bermula dalam bulan Mei 2017 (setahun selepas saya didakwa).
Hakikatnya, sehingga kini Tabung Haji belum memberi jawapan yang memuaskan mengenai segala kerugian yang telah saya dedahkan. Tabung Haji juga terpaksa diam apabila bekas pengurusan terkanannya yang pernah mengetuai TH Heavy Engineering Berhad ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai tuduhan penyelewengan di syarikat bersekutu Tabung Haji itu, seperti yang saya pernah dakwa.
Malah, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom juga lupa bahawa beliau telah kalah dalam kes saman malunya terhadap rakan saya di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Akmal Nasir semasa kami membongkarkan keborosan yang melibatkan beliau (menteri) sendiri menggunakan dana YaPEIM.

Henti ambil tanah kami dan beri kepada Pemaju


 Pihak pemerintah perlu memberi keutamaan kepada rakyat dulu sebelum memberi kemudahan kepada pihak pemaju yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Pihak pemerintah perlu memberi keutamaan kepada rakyat dulu sebelum memberi kemudahan kepada pihak pemaju yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
Semenjak pemerintahan Rajah pada 1841, Rajah telah menyedari tentang sensitifnya undang-undang adat berhubung dengan hak adat Bumiputera. Maka, tanah hak adat Bumiputera menurut adat resam sesuatu kaum telah mula diiktiraf oleh pemerintahan Rajah Brooke sejak tahun 1841 lagi. Ini terbukti apabila Rajah James Brooke menulis dalam Jurnal Bil. Salah satunya yang menyatakan: Pokok-pokok buah-buahan mengenai kampung, dan sejauh mana hutan diterokai, adalah harta persendirian. "

Masalah tanah masih lagi menjadi isu utama rakyat Sarawak dan perlu diberi perhatian oleh kerajaan Sarawak dibawah pimpinan Ketua Menteri Baru Datuk Amar Datuk Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg. Banyak masalah tanah adat dan tanah Temuda penduduk asal Sarawak masih lagi belum diberi hak milik oleh kerajaan dan akhirnya jadi milik pihak swasta dan pemaju.

Persoalannya mengapa perkara ini boleh terjadi sedangkan mereka sudah banyak kali memohon untuk mendapat hak milik dari pihak kerajaan dan menunggu terlalu lama pemohonan mereka untuk diproseskan tiba-tiba mendapat tahu tanah mereka sudah dimiliki oleh pihak pemaju dan pihak swasta.

Sudah tentu mereka kecewa dan marah dan cuba menghalang pemaju dari memasuki dan menceroboh tanah warisan datuk nenek moyang mereka. Jabatan Tanah dan Survei Sarawak perlu memberi alasan kukuh mengapa mereka dengan mudah melepaskan tanah milik orang tempatan kepada pemaju dengan alasan untuk pembangunan. Rata-rata harga rumah yang dibangunkan oleh pemaju hanya mampu dimiliki oleh mereka yang berpendapatan tinggi bukan golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Orang kampung hanya mampu lihat saja kerana tidak mampu untuk memiliki rumah yang mewah.

Kebanyakan penduduk asal yang memiliki tanah tersebut tidak memiliki tempat lain untuk menyara kehidupan harian mereka selain menjadi petani dan juga tempat mereka mendirikan rumah. Mengapa susah sangat pihak berkenaan memberi hak milik kepada mereka seolah-olah mereka dianaktirikan dan masalah mereka langsung tidak diberi perhatian oleh pihak pemerintah dengan alasan tanah yang mereka duduki itu tanah kerajaan untuk dimajukan.

Ada penduduk kampung mengadu rumah mereka yang didirikan dalam tanah yang diiktiraf sebagai zon kampung dirobohkan oleh pihak penguatkuasa Jabatan Tanah dan Survei. Ada pegawai penguatkuasa Jabatan Tanah dan Survei yang bertindak merobohkan dan melarang penduduk tempatan yang mendiri pondok di tanah kebun mereka dan mereka juga dilarang untuk bercucuk tanam dengan alasan tanah itu tanah kerajaan.

MCA parti keliru, Wee Ka Siong keliru peranannya


Oleh Liew Chin Tong
Saya memuat naik post facebook beberapa hari lalu menunjukkan jabat tangan antara dua tangan, satu yang menggambarkan logo MCA dan satu lagi dengan bendera China.

MCA membentuk “Belt and Road Centre” (Pusat Lingkaran dan Laluan) dan “MCA People’s Republic of China Affairs Committee” (Jawatankuasa Hal Ehwal MCA-Republik Rakyat China) dengan harapan untuk berkhidmat sebagai "promoter" bagi kepentingan China di Malaysia.

Melalui langkah ini, mereka mungkin berharap untuk memenangi pujian dan sokongan daripada pengundi kaum Cina di Malaysia.

Saya berpendapat MCA keliru berkenaan peranan dan misinya sebagai sebuah parti pemerintah.

Sebagai sebuah parti yang memerintah Malaysia, MCA adalah salah untuk bertindak sebagai ejen bagi kepentingan China di Malaysia.

Kita sudah pun ada Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, serta seluruh jentera Kerajaan yang di bawah arahan parti pemerintah. Peranan MCA sebagai parti pemerintah adalah untuk memastikan agensi Kerajaan meneruskan dasar-dasarnya.

Tidak salah untuk MCA mempunyai hubungan parti-ke-parti dengan parti politik di China tetapi ia adalah bertentangan dengan norma untuk parti politik Malaysia membentuk “Jawatankuasa Hal Ehwal MCA-Republik Rakyat China”, yang diwakili oleh gambar pelik jabat tangan antara logo MCA dan bendera China.

Wee Kia SongWee Kia SongMCA juga salah untuk menganggap bahawa pelaburan China, atau mana-mana pelaburan asing dalam hal ini, adalah satu penyelesaian mudah untuk masalah ekonomi di Malaysia.

Apa yang diperlukan oleh industri kecil dan sederhana (IKS) di Malaysia adalah kesanggupan politik (political will) daripada Kerajaan untuk membantu mereka menaik taraf, menambah nilai dan meningkatkan teknologi.

Dalam usaha mendapatkan manfaat terbaik daripada pelaburan asing di Malaysia, terutamanya IKS, pelabur asing perlu disyaratkan untuk menggunakan sebanyak mungkin material dari dalam negara dan tidak mengimport semua material dari negara asal mereka. Dasar sedemikian juga akan memastikan mata wang Malaysia tidak lemah lagi.

Banjir ini tanda kerajaan negeri sudah "defunct"


 Fenomena bah di darat akibat dari tiada sistem longkang dan perparitan yang lengkap sehari dua ini telah mengesahkan satu sahaja perkara:
Kerajaan yang gagal menyediakan infrastruktur saliran yang mencukupi dan sistematik. Itu sahaja.
Dalam hal mencari kambing hitam seperti yang gemar dilakukan oleh pemimpin gagal 2017, amalan membaling punca masalah kepada orang ramai yang tak jaga parit masing-masing atau bacaan jumlah (volume) hujan yang turun menyalahi amalan adalah klise.
Jika katakan dalam isu pertama, semua orang mencuci dan menjaga longkang di sekitar premis masing-masing sekalipun, selesaikah jika tiada sistem perparitan yang lengkap diasaskan kepada pemerhatian, kajian dan syor dari juru perunding?
Di peringkat ini, jangan salahkan rakyat jika tertanya-tanya, telah wujudkah sistem perparitan yang menyeluruh bagi setiap jajahan setiap satu? Jika ada, tunjukkan di mana dan paparkan di papan notis sebagaimana pelan zoning dan pelan perancangan tempatan CBD. Itupun, rakyat nak tahu, dibuat bila tahun berapa?
Telah dilaksana atau/dan sedang dipatuhi pelaksanaannya? Atau, ia sudah "obselete" - telah habis tempoh sah lakunya sejak lama dahulu kerana ia telah terpecat jauh dengan realiti pembangunan dan syarat guna tanah setempat yang telah mengalami transformasi total sejak awal merdeka lagi ?
Jika gagal menjawab persoalan ini, maka akuilah yang inilah punca masalah landaan banjir darat yang sedang membawa beban ke muka tangga setiap rakyat.
Alasan tiada peruntukan, itu biasa. Jika dah tahu ini puncanya, maka sudahkah ia dinaikkan dalam dokumen bajet 2017 dan diperbahas dan diluluskan. Jika ya, tunjukkan. Boleh juga rakyat lihat untuk disemak.
Sekali lagi, jangan salahkan rakyat jika mereka mahu lihat dan pastikan yang pemimpin mereka bercakap benar dan tiada khianat.
Jika kerajaan Negeri memang tiada peruntukan, sudahkah dibawa berbincang dengan Pengarah JPS untuk kemukakan pelan konsep perparitan yang menyeluruh via J'kuasa exco yang berportfolio; dilantik oleh Kerajaan Negeri?
Telah dibawakah cadangan rasmi kepada Kerajaan Persekutuan demi membuktikan kerajaan Negeri sememangnya serius untuk mengatasi perkara ini? Jika sudah dibawa ke meja bulat mesyuarat di Putrajaya misalnya, bila dan apa hasilnya? Dapatkah geran yang dipohon atau pinjaman mudah yang Kerajaan Pusat telah persetujui? Bila boleh dibuka tender?
Tawaran dibuka, tawaran ditutup, letter of award ? Telah wujudkah sistem pengesanan secara berj'awatankuasa untuk membuat monitoring bulanan ke atas kemajuan pelaksanaan sama ada kemajuan fizikal atau kemajuan kewangan? Sekali lagi; jika ada, mana dan jika tiada; kenapa? Ini semua parameter yang mampu mengukur kekesanan sesebuah entiti kerajaan tempatan atau kerajaan negeri.

DAP kena terima RUU355 jika ingin bekerjasama dengan PAS - Tok Him

Tiada kerjasama politik jika PPBM sertai PH - PAS

UniKL tidak iktiraf UEC: Ismail Sabri

Pisau dan timun di tangan PAS, kata Hamidah

Perkasa suruh DAP ‘Cina buta’ jika nak rujuk PAS

Presiden Perkasa menyarankan DAP menerima RUU 355 sebagai bukti kejujuran untuk bekerjasama semula dengan PAS.
ibrahim-ali-dap
KUALA LUMPUR : Datuk Ibrahim Ali menyarankan DAP rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355 jika ingin bekerjasama semula dengan PAS.
Presiden Perkasa itu berkata, penerimaan RUU 355 itu menjadi bukti sama ada DAP jujur atau tidak untuk berbaik semula.
“Apabila Lim Kit Siang kata nak kerjasama dengan PAS terpulang dengan PAS. Perkara pertama saya rasa beliau perlu lakukan adalah setuju dengan RUU355, sekurang-kurangnya tunjuk kejujuran dulu. Sebab itu hak orang Islam.
“Kalau beliau (DAP) boleh buat sokongan terhadap RUU355, mungkin PAS nak rujuk balik,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Perkasa hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang semalam yang menyatakan sanggup bergabung dengan PAS semula.
Kit Siang berkata, mereka boleh bekerjasama sekali lagi jika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia memberi komitmen menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia.
Mengulas lanjut, Ibrahim pada masa sama turut berseloroh DAP dan PAS sudah bercerai talak 3 dan perlu melakukan “Cina buta” supaya dapat bersama semula.
“Kalau ikut kenyataan kedua-dua pemimpin, macam dah talak 3, tak boleh rujuk.
“Kena ‘Cina buta’ dulu. Jadi tak tahu lah macam mana caranya, beliau kena tunjuk dulu kesediaan nak rujuk balik, apa penyebab mereka berpisah dahulu,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai kemungkinan akan berlakunya tsunami politik Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, Ibrahim berkata ia tidak menjangka ia akan berlaku.

'Kit Siang tak perlu bermadah mahu selamatkan Malaysia' - Dr Mohd Khairuddin


Khairuddin Aman Razali
Penasihat DAP Lim Kit Siang tidak perlu 'bermadah' mahu menyelamatkan Malaysia kerana pengkhianatan parti itu terhadap Pas ketika dalam Pakatan Rakyat adalah isyarat DAP bukan rakan politik baik bagi menggantikan BN.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, agenda anti-Islam DAP tidak mungkin dapat diterima Pas kerana akan merosakkan kerangka bernegara Malaysia.
Sebaliknya beliau menasihatkan DAP untuk mengajak parti lain yang boleh berkompromi dengan dasar sosialis dan pragmatik parti itu, khasnya Parti Amanah Negara (Amanah) yang setia kepada DAP.
"DAP boleh mengajak mana-mana parti yang boleh berkompromi dengan dasar sosialisdan pragmatik DAP khususnya PAN (Amanah) yang merupakan serpihan Pas yang setia kepada DAP," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendapat peribadi Lim semalam bahawa dirinya sedia bekerjasama dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika beliau berkongsi komitmen sama dalam memerangi kleptokrasi.

Salam perdamaian kepada Hadi bukan hiprokrasi - Kit Siang

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini menegaskan salam perdamaian yang dihulurkan kepada PAS adalah ikhlas dan bukan hanya sekadar tindakan berpura-pura.
Lim berkata keutamaan bagi Malaysia sekarang adalah untuk menangani masalah kleptokrasi.
"Berhubung dakwaan DAP bersikap hipokrit sekiranya kami kembali bekerjasama dengan PAS, saya serahkan kepada orang ramai untuk menilainya.
"Kita boleh berbeza pendapat, tetapi isu terbesar besar sekarang ialah sama ada kita boleh membebaskan diri daripada cengkaman kleptokrasi.
"Paling utama adalah untuk menyelamatkan Malaysia dari kleptokrasi dan setiap rakyat seharusnya bersatu dalam isu ini, tanpa mengira kaum dan agama," katanya pada sidang akhbar di Wisma DAP di Pulau Pinang.
Semalam, Lim menyuarakan pendapat peribadinya bahawa dirinya sedia bekerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika beliau berkongsi komitmen sama dalam memerangi kleptokrasi.
Katanya, isu itu akan menjadi agenda negara dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang dan menyoal jika Abdul Hadi sanggup membuat sebarang komitmen.
Ini, menurut Lim hari ini, adalah hanya pandangan peribadinya yang belum dibincangkan oleh Jawatankuasa Pusat DAP.
Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad pula dalam temu bual dengan sebuah akhbar di Singapura, semalam berkata, partinya memilih untuk melupakan PAS dan sebaliknya mahu mengukuhkan kerjasama dengan DAP bagi menghadapi PRU.

Kit Siang hulur salam perdamaian pada Hadi, Dr Mahathir kata masa sudah tamat

GEORGE TOWN: Selepas perpisahan pahit antara DAP dan Pas akibat hudud dua tahun lalu, Lim Kit Siang berkata, beliau sanggup bergabung dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menghadapi PRU14 tidak lama lagi.
Lim yang juga Ketua Parlimen DAP berkata, mereka boleh bekerjasama sekali lagi jika Presiden Pas itu sedia memberi komitmen untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia.
“Jika Presiden Pas bersedia untuk memuktamadkan perjanjian yang keutamaan teratas dalam PRU14 ialah menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia dan negara gagal dan jahat, saya bersedia bekerjasama dengannya.
“Itu akan menjadi agenda negara bagi tempoh 5 hingga 10 tahun. Adakah Hadi sedia membuat komitmen itu,” kata Lim ketika melawat Bukit Gelugor semalam, seperti dilapor portal FMT.
Pas memutuskan hubungannya dengan DAP selepas parti itu berulang kali menyerang hasrat Hadi untuk melaksanakan Kanun Keseksaan Syariah di Kelantan pada 2015 dan berakhirnya hubungan dua parti itu menyebabkan Pakatan Rakyat terkubur.
PKR dan DAP kemudian membentuk Pakatan Harapan, gabungan baharu bersama AMANAH, parti dibentuk oleh bekas pemimpin progresif dalam Pas.
Pakatan Harapan kini bekerjasama dengan parti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menentang BN.
Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, beliau boleh bekerjasama dengan Dr Mahathir meskipun mereka terus tidak bersependapat dalam pelbagai persoalan politik.
“Tetapi kami boleh bersama dalam agenda lebih besar menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia dan negara yang gagal,” katanya.
Di Ampang, Dr Mahathir dilaporkan berkata tamat sudah masa untuk Pas membuat keputusan sama ada hendak membentuk pakatan pilihan raya dengan pembangkang atau tidak.
Pengerusi PPBM itu berkata, keputusan perlu dibuat tidak lama lagi kerana PPBM akan membuat keputusannya pada mesyuarat majlis tertinggi.

Ringgit Merudum Baik Untuk Ekonomi...Kan...Kan...!!!

Baguslah.. sedar, negara takde duit... itu isu sebenarnya..

Rakaman Penuh Hard Talk Mahathir & Husam

DIA BUNYI LAGI !!.. Apa lagi nak menipu....

Dulu #GST kini #TPPA pula..

APA DAH JADI PADA GST.. Lps GST dlaksanakan, majoriti harga barang turun ka naik !!!

BILA PEMBOHONGAN TERBONGKAR...!!!

KANTOI LAGI...!!
Sudah kami jangkakan Laman web Jabatan Penerangan sahkan MCA minta jawatan TPM TELAH DIGHAIBKAN setelah kami mendedahkan berkali-kali segala pembohongan Najib Razak terhadap rakyat..

Bayangkan tak sampai 1 minggu Najib telah berbohong secara terang2an terhadap rakyat sbyk DUA KALI, pertama isu #ForestCity Hak Milik Kekal vs 'leasehold' & kedua isu MCA tidak pernah minta jawatan TPM.

Boleh semak di sini;
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/3377.html?task=view

Jadi jelas di sini Najib kantoi lagi menipu. Tapi aku tak hairan pun sebab Najib sudah biasa menipu, setakat menipu macam ni memang perkara biasa bagi dia.

"TERGADAI PUN TAK PE DEMI FAMILY"

Baru sajer lebih 5 tahun memerintah, dah byk aset2 negara tergadai ke negara Komunis-China..

Blom lagi Transformasi Nasional 2050 #TN50..

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Kroni-kroni kaya-raya
Tergadai seluruh harta negara

Pakatan bakal lancar kempen tolak parti ‘kingmaker’ bantu BN

Ini selepas PAS mendakwa gabungannya dengan sebuah parti kecil boleh bertindak sebagai kingmaker yang boleh mempengaruhi keputusan PRU14 nanti.
salahuddin-1
PETALING JAYA: Amanah berkata mana-mana gabungan pembangkang selain Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti perlu ditolak kerana ia bukan bertujuan untuk membantu pembangkang sebaliknya menyumbang kepada kemenangan Barisan Nasional (BN).
“Rakyat mesti diyakinkan bahawa kewujudan blok ketiga ini adalah satu perancangan sulit dan rapi untuk memecahbelahkan pakatan pembangkang yang semakin mendapat sambutan di kalangan rakyat dewasa ini,” kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.
Tambahnya, Pakatan Harapan akan melancarkan “kempen besar-besaran ke seluruh negara” bagi menyedarkan orang ramai pakatan pembangkang selain Pakatan Harapan “adalah proksi BN walaupun mereka menegaskan mereka tidak bersama BN”.
Walaupun tidak menamakan siapa yang dimaksudkannya, Salahuddin dipercayai merujuk kepada apa yang dipanggil PAS sebagai Gagasan Sejahtera, iaitu kerjasamanya dengan sebuah parti kecil bernama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) pimpinan bekas menteri Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
PAS sebelum ini berkata ia merupakan “kingmaker” pada PRU14 kerana dapat menentukan pemenang.
Salahuddin bagaimanapun berkata parti yang membuat dakwaan itu tidak boleh dipercayai.
“Rakyat wajib menolak parti politik yang hanya ingin menjadi ‘king maker’ dan kelihatan pro-BN. Ini adalah parti yang tidak boleh dipercayai sama sekali untuk diberikan mandat dalam PRU14 akan datang,” katanya.

Rakyat digesa memberi undi calon-calon Pakatan Harapan dan PPBM jika Pas terus berdolak-dalik

KUALA LUMPUR: Pemuda AMANAH Nasional menyeru rakyat supaya hanya memberikan sokongan dan undi kepada Pakatan Harapan dan Bersatu yang bersedia menjadi kerajaan menanti (government in waiting) jika Pas terus berdolak-dalik dalam perjuangan rakyat.
Timbalan Ketuanya, Faiz Fadzil berkata, hal ini memandangkan strategi terbaik untuk menumbangkan Umno-Barisan Nasional adalah dengan membentuk satu permuafakatan politik yang kuat.
“Apatah lagi, masa depan negara yang kian terancam akibat skandal korupsi dan penyelewengan 1MDB, Felda dan pelbagai lagi institusi lain, Pas seharusnya meletakkan perjuangan menyelamatkan negara sebagai agenda perjuangan yang lebih utama. Ini adalah kerana menentang kezaliman dan kebatilan pemerintah adalah jihad yang paling mulia,” ujarnya.
Mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu pembangkang mengikut cara parti itu sekiranya mahu mengadakan kerjasama, beliau menyifatkan Pas hanya mementingkan diri berbanding mengutamakan kepentingan rakyat, lapor Malaysia Dateline.
“Tindakan berjuang bersendirian atau membentuk blok ketiga hanya dilihat sebagai ‘spoiler’ dan cuba membantu Umno dan Barisan Nasional mengekalkan kuasa mereka sedangkan rakyat mahukan perubahan yang total berlaku dalam tampuk pemerintahan negara.
“Dalam keadaan kehidupan rakyat yang tertekan akibat GST (cukai barang dan perkhidmatan) serta kenaikan kos sara hidup, rakyat memerlukan pembelaan dan tiada jalan lain selain daripada menumbangkan Umno dan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum nanti,” tegasnya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu dilapor berkata, syarat berkenaan dikenakan memandangkan Pas paling lama bertapak di negara ini berbanding parti pembangkang yang lain.

Mahfuz gesa Zahid Hamidi dedah “kepala ikan” jenis apa yang telah rosak, siapa dalang yang nak jatuhkan beliau

Saya begitu simpati mendengar rintihan dan keluhan rakan baik saya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang telah memberitahu dunia bahawa terdapat usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan beliau sebagai Anggota Parlimen Bagan Datuk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Zahid yang juga Naib Presiden Umno menyatakan bahawa ada usaha pihak tertentu yang mahu mengalahkan Barisan Nasional Bagan Datuk pada PRU14 serta menyifatkan usaha tersebut sebagai ‘rosak ikan bermula dari kepala’ laporan Bernama di petik.
“Teori ‘ikan rosak bermula dari kepala’,diibaratkan jika ikan mati,maka yang busuk dulu adalah kepala, teori ini menggambarkan sebuah kepemimpinan, dimana kalau terjadi kesalahan dalam organisasi, maka yang bertanggung jawab atas kesalahan itu pemimpinnya”.
Persoalannya kenapa Zahid tiba-tiba mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Apa yang dimaksudkan oleh Zahid mengenai pihak yang mahu menjatuh dan mengalahkannya pada PRU14. Sudah pasti bukannya datang dari pembangkang.
Jangan menyalahkan pembangkang, yang salah itu adalah kesalahan pemimpin UmnoBn.
Sudah menjadi tradisi apabila pembangkang bertanding dalam pilihanraya ianya bukan sekadar kerusi Bagan Datuk yang mahu dimenangi tetapi termasuk Pekan dan semua 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan.
Maka sudah tentu yang dimaksudkan Zahid ‘rosak ikan bermula di kepala’ itu adalah mainan politik dalaman UmnoBn yang didalangi oleh ‘kepala ikan besar dan mahal’ yang sedang mengalami kerosakan.
Dalam erti kata lain satu gerakan untuk sabotaj Zahid sudah dikesan oleh pasukan Zahid dan tidak mustahil ianya membabitkan PDRM dan Perisik ATM.
Gerakan ini saya percaya sudah lama diperkatakan melalui serangan dari kumpulan askar siber (cybertrooper) yang diberi upah untuk menyerang Zahid.

PKR kecewa Zahid jadikan Trump, Modi contoh

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar Umno belajar daripada kejayaan Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri India Narendra Modi mengundang rasa kecewa pemimpin pembangkang.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, mendakwa kenyataan Ahmad Zahid itu dilihat hanya akan merelakan kemenangan pilihan raya melalui cara yang tidak wajar.
"Saya rasa agak mengecewakan jika mana-mana pemimpin di Malaysia ini boleh merelakan penipuan semata-mata untuk menang dalam pilihan raya," kata Nurul Izzah kepada pemberita selepas membuat lawatan mangsa buli di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur hari ini.
Ahmad Zahid semalam dilapor sebagai berkata, Umno perlu belajar daripada kejayaan Trump dan Modi dalam mempengaruhi persepsi umum melalui media sosial.
Berucap di hadapan kira-kira 2,000 anggota wanita Umno di PWTC, naib presiden Umno itu berkata, kedua-dua tokoh terbabit pada awalnya tidak popular tetapi akhirnya berjaya membawa parti mereka memenangi pilihan raya.
"Ini hakikat - walaupun berat - kita harap apa kita buat ini belajar daripada pengalaman yang dulunya tak digemari tapi kini jadi pemimpin utama," kata Ahmad Zahid dalam ucapannya ketika melancarkan skuad penerangan dan media Wanita Umno.
Menyamakan Parti Bharatiya Janata (BJP) diketuai Modi yang menentang Parti Kongres Kebangsaan India dengan Umno, Ahmad Zahid berkata mereka berjaya membentuk kerajaan di India kerana strategi komunikasi yang berkesan di media sosial.
Dr M berhak buat kenyataan
Beliau berkata penguasaan ke atas saluran media "bukan konvensional" juga membawa kemenangan Trump ketika menentang Hillary Clinton.
Katanya, persepsi umum terhadap Trump adalah dia akan kalah dalam pilihan raya, dibenci umat Islam dan rakyat AS bukan berkulit putih.

BN jangan hanya tabur janji manis di Bagan Datuk


Asmuni AwiAsmuni Awi
Parti Amanah Negeri Perak mengingatkan semua pihak agar tidak menabur janji-janji manis semata-mata berkaitan pembangunan di Daerah Bagan Datuk hanya kerana ahli parlimennya adalah juga Timbalan Perdana Menteri yang pertama dari Perak.
Pengerusi Amanah Negeri Perak Asmuni Awi berkata kebimbangan tersebut adalah kerana banyak projek yang telah pun diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) belum dilaksanakan oleh pihak kerajaan BN yang memerintah.
"Dalam masa yang sama, kerajaan turut mengumumkan bahawa Daerah Bagan Datuk akan dijadikan sebagai Hub Pendidikan, termasuklah pembinaan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan.
"Kerajaan juga menjanjikan pembinaan Politeknik Bagan Datuk yang bernilai RM220 juta serta Pusat MARA yang bernilai sebanyak RM6.5 juta.
"Selain itu mereka juga berjanji akan membangunkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang menelan kos sebanyak RM150 juta," jelasnya lagi.
Kata Asmuni lagi, selain dari itu bilangan projek yang telah dijanjikan di bawah Kerajaan Persekutuan yang akan dibina termasuklah jambatan yang menghubungkan Pasir Salak dan Bagan Datuk yang berharga RM350 juta.
"Parti Amanah Negeri Perak juga menuntut kerajaan menunaikan janji mereka iaitu membina laluan dua hala Hutan Melintang ke Bagan Datuk yang akan dinak taraf dengan kos RM90 juta.
"Begitu juga dengan apa yang telah mereka laung-laungkan selama ini untuk membina Kompleks Sukan berharga RM31 juta mesti ditunaikan.
"Janji kerajaan negeri Perak dalam pembentangan bajet 2017 akan membangunkan Bagan Datoh Water City dalam daerah Bagan Datuk mesti juga mereka laksanakan tanpa membiarkan ia hanya menjadi janji-janji kosong semata-mata," tegasnya lagi.

Izzah: Zahid seakan relakan penipuan demi menang pilihan raya

KEADILAN kecewa dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu Umno belajar daripada kejayaan Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri, India Narendra Modi.
izzahNaib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, kenyataan Ahmad Zahid itu dilihat hanya akan merelakan kemenangan pilihan raya melalui cara yang tidak wajar.
“Saya rasa agak mengecewakan jika mana-mana pemimpin di Malaysia ini boleh merelakan penipuan semata-mata untuk menang dalam pilihan raya,” katanya selepas membuat lawatan mangsa buli di Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini.

Memetik MalaysiaKini, Izzah menasihati Ahmad Zahid agar menjadi pemimpin yang berpegang kepada amanah dan tidak memenangi hati rakyat melalui penipuan.
“Jadi, saya nasihatkan Datuk Seri Zahid sebagai pemimpin pegang amanah, tak perlulah kita mengguna pakai penipuan untuk memenangi hati rakyat,” katanya.
Semalam, Ahmad Zahid mahu Umno belajar daripada kejayaan Trump dan Modi dalam mempengaruhi persepsi umum melalui media sosial.
Berucap di hadapan kira-kira 2,000 anggota wanita Umno di PWTC, naib presiden Umno itu berkata, dua tokoh terbabit pada awalnya tidak popular tetapi akhirnya berjaya membawa parti mereka memenangi pilihan raya.

CYBERTROOPER SOKONG KERAJAAN TINGGAL 6.6%, ZAHID CUBA AIBKAN NAJIB?


Alamak…kenapa Zahid Hamidi meluahkan perkara memalukan seperti ini?
Apakah tujuan dan maksud tersirat di sebalik pendedahan beliau itu?
Semalam, Timbalan Perdana Menteri itu secara terbuka mengakui jumlah “cybertrooper”  yang mempertahan dan menyokong dasar kerajaan hanyalah 6.6 peratus berbanding yang menentang berjumlah 93.6 peratus.
Katanya, dapatan berdasarkan kajian yang menunjukkan perbezaan yang jauh ketinggalan itu sejaligus menyebabkan persepsi negatif berterusan terhadap UMNO, kerajaan dan para pemimpinnya.
Bagaimana boleh hanya tinggal 6.6 peratus saja lagi “cybertrooper” yang ada untuk mempertahankan kerajaan pimpinan Najib Razak sedangkan “dedak”  tanpa had bersama mereka?
Adakah “dedak”, walau sebanyak mana ditabur sekali pun, sudah tidak mampu membuatkan “cybertrooper” itu kembali bersemangat untuk terus mempertahankan UMNO, kerajaan dan Najib?
Kurrr…kurrr…kurrrr….apakah “dedak” perlu ditambah lagi?
Apa yang jelas, pengakuan Zahid itu secara langsung dan tidak langsung menunjukkan kerajaan pimpinan Najib dalam keadaan amat lemah, tidak bermaya dan hampir lumpuh sekarang ini.
Dengan perbezaan amat ketara 6.6 peratus berbanding 93.4 peratus, Najib sekarang ini umpama pasukan perang yang sudah tiada lagi bala tentera untuk berjuang.
6.6 peratus yang tinggal itu pula bukanlah bala tentera yang sedia berjuang dan berperang, tetapi hanyalah kaki ampu, kaki bodek dan kaki kipas semata-mata.
“Cybertrooper”  UMNO dan kerajaan kebelakangan ini jika diperhatikan, ramai yang tiba-tiba senyap, hilang atau mendiamkan diri seolah-olah kecewa dengan tindakan Najib yang didapati terus menerus melakukan perkara-perkara tidak wajar yang menyusahkan rakyat.
Daripada bermewah, membazir, berjoli, “ber1MDB”, “berJho Low” dan kini bergadai pula dengan China, hakikatnya “cybertrooper” UMNO dan kerajaan jadi lemah semangat dan tidak mampu lagi berbuat apa-apa kerana semua yang berlaku itu akhirnya jelas tidak memihak kepada rakyat.
Lama kelamaan, mereka jadi lesu, tiada upaya lagi menyusun ayat  dan hanya mampu menulis seminggu sekali saja. Sebab itulah kita dapat lihat sejak akhir-akhir ini, Najib sendiri yang terkial-kial mempertahankan dirinya sendiri tanpa bantuan daripada jentera maya.
Berbeza dengan “cybertrooper” menentang kerajaan, perjuangan mereka adalah jelas kerana kebenaran dan untuk menyelamatkan negara, meskipun rata-rata adalah sukarela dan tidak menerima “dedak” walau sebutir sekali pun.
Secara tersiratnya juga melalui apa yang didedahkan Zahid itu, beliau cuba memberitahu bahawa lumpuhnya “cybertrooper” itu adalah disebabkan kepimpinan Najib yang terus-menerus ditolak oleh rakyat.
Penurunan dengan hanya tinggal 6.6 peratus itu  tidak lain berpunca daripada Najib dan tidak mungkin juga ia mampu ditingkatkan selagi “ibu masalah” kepada UMNO dan kerajaan itu iaitu Najib sendiri,  tidak diketepikan dengan segera.

‘Tak masuk akal’ Warisan berjuang sendirian, kata Lajim

Presiden Harapan menegur Shafie Apdal kerana berfikir Warisan sudah cukup kuat untuk merampas Sabah daripada BN sendirian tanpa kerjasama parti pembangkang lain.
Lajim-UkinPETALING JAYA: Presiden Parti Harapan Rakyat (Harapan) Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin menolak dakwaan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang ia boleh memerintah Sabah sendiri, The Daily Express melaporkan hari ini.
“Ia tidak rasional dan tidak masuk akal. Tiada pihak boleh mentadbir negeri sendiri atau memenangi pilihan raya umum tanpa bantuan pihak lain,” kata Lajim kepada akhbar itu, merujuk kepada kenyataan pada Ahad oleh Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal yang parti itu “boleh berdiri sendiri untuk mentadbir negeri itu”.
Beliau menegur bekas menteri Umno kerana berfikir Warisan sudah cukup kuat untuk merampas negeri itu daripada Barisan Nasional (BN) sendiri.
Lajim kemudian menegaskan walaupun BN di Sabah memerlukan banyak parti komponen, dengan menamakan Umno, PBS, Upko, PBRS dan LDP bekerjasama untuk memenangi pilihan raya dan mentadbir negeri.
Beliau menggesa kerjasama antara parti di Sabah yang mempunyai objektif sama seperti Harapan, yang menjatuhkan Umno/BN dan memastikan Sabah diberikan hak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Lajim menganggap Shafie mungkin mempunyai sokongan kuat di pantai timur Sabah, tetapi ia tidak boleh dianggap sama di pantai barat, di kawasan pedalaman dan bahagian utara.
“Di luar pantai timur, Warisan perlu bekerja dengan pihak lain,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Daily Express.
Menggesa 1 lawan 1 antara pembangkang dan BN, Lajim berkata mana-mana pertembungan 3 atau 4 penjuru hanya akan menyaksikan rakyat Sabah berpecah juga.
“Ia adalah penting bukan sahaja rakyat Sabah tetapi juga parti pembangkang untuk bersatu menghadapi Umno/BN,” katanya.
“Harapan akan bekerjasama dengan parti pembangkang di Sabah untuk menentang Umno/BN.”

'Mahathir bimbang dengan pengaruh Pas' - Dr Mohd Zuhdi

Pusat Penyelidikan Pas (PPP) menyifatkan kenyataan Pengerusi Parti Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak memerlukan Pas dalam blok pembangkang menunjukkan 'ketakutan' pihaknya sendiri.
Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, Mahathir sememangnya sengaja mengeluarkan kenyataan ini, tetapi bukan kerana ianya memandang rendah terhadap Pas, sebaliknya beliau bimbang dengan pengaruh Pas.
Mohd Zuhdi Marzuki "Kenyataan seperti ini adalah sebahagian daripada strategi politik beliau.
"Mahathir adalah seorang diktator politik, dan atas sifat itulah beliau berkonfrontasi dengan semua Perdana Menteri yang berada di atasnya daripada Tunku Abdul Rahman sehingga Perdana Menteri sekarang. Kalaupun boleh dikecualikan ialah di zaman Tun Abdul Razak," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Zuhdi berkata demikian, bagi mengulas kenyataan Mahathir di sebuah portal yang mendakwa bekas Perdana Menteri itu berkata Pas tidak diperlukan.
Katanya lagi, Mahathir yang dikenali sebagai sifat diktator politik inilah yang telah menyebabkan beliau bertindak mencantas semua pimpinan Umno dan Timbalan Perdana Menteri yang menggugat kedudukannya, daripada Tengku Razaliegh sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Malah beliau juga pimpinan politik yang berani menyanggah Raja-raja Melayu.
"Sekarang beliau berada bersama blok pembangkang, dan dengan sifat diktator politik ini, beliau mahu kesemua parti dan pimpinan pembangkang untuk tunduk kepada gerakan politiknya. Sekarang beliau berjaya meletakkan dirinya sebagai ketua kepada PPBM, PKR, DAP dan PAN," katanya lagi.
Oleh itu katanya, yang boleh menggugat sikap diktator Mahathir dalam  blok pembangkang ialah Pas, kerana Pas adalah sebuah parti politik yang paling besar selepas Umno.

Forest City: Khaled nafi beli rumah, dapat kerakyatan

MB Johor itu menyelar dakwaan Dr Mahathir yang seolah-olah mempertikaikan dasar kerakyatan negara.
khaled-mahathirBATU PAHAT: Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung projek pembangunan Forest City umpama mempertikai dasar kerakyatan negara ini.
Ini kerana kata Khaled, kerakyatan negara ini tidak boleh diperoleh dengan sekadar membeli apartmen.
“Itu seperti mempertikaikan dasar imigresen negara, dasar kerakyatan…takkan mereka beli apartmen boleh dapat kerakyatan, itu pembohongan semata-mata untuk takutkan orang Johor,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kawasan Parlimen Parit Sulong di sini, hari ini.
Dr Mahathir sebelum ini mendakwa seramai 700,000 warga China akan dibawa masuk ke Johor di bawah projek itu dan diberi kewarganegaraan.
Khaled berkata projek Forest City yang membabitkan kos AS$100 bilion itu bukan milik syarikat China sepenuhnya kerana mempunyai pegangan tempatan sebanyak 42%.
“Keluasan pembangunan Forest City yang menggunakan tanah yang kita tambak hanyalah sebanyak 0.01% daripada keluasan negeri Johor,” katanya.
Beliau juga berkata projek mega tersebut penting bagi membolehkan Johor terus membangun dan mampu bersaing dengan Singapura.

Muhyiddin pertikai kebolehan Shahrir kembalikan kegemilangan Felda


Tan Sri Muhyiddin  Yassin ketika berucap di Felda Taib Andak malam tadi.Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap di Felda Taib Andak malam tadi.Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertikai kebolehan Pengerusi Felda yang baharu, Tan Sri Shahrir Abdul Samad untuk mengembalikan semula kegemilangan institusi berkenaan.
Beliau dalam satu ceramah parti itu dipetik berkata, jika benar pemimpin tersebut mahu melakukan perkara itu apakah usaha yang dijalankan terlebih dahulu dalam membasmi masalah penyelewengan dan isu dalaman yang dialami ahli lembaga berkenaan.
“Saya dengar pengerusi Felda yang baharu itu mahu kembalikan semula kegemilangan Felda seperti satu masa dahulu jadi saya tidak tahu bagaimana dia nak selesaikan masalah sebegini.
“Mungkin dia pun sebagai pengerusi dah ketinggalan zaman kerana tidak melihat dengan jelas masalah yang dihadapi Felda sekarang tidak seperti dahulu kerana sekarang ia sudah rosak dibuat oleh pihak pimpinan yang tidak bertanggungjawab,” katanya seperti dilapor Sinarharian online.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Semarak Kasih Bersatu Kulai di Felda Taib Andak semalam.

PAS tak perlu Dr M dan dasar merosakkan negara - Dewan Ulama

Khairuddin berkata, Dr Mahathir hanya hendak menyelamatkan Umno daripada Najib, tetapi PAS mahu menyelamatkan negara daripada sistem diwarisi Umno yang merosakkan negara.
khairudin-pasPETALING JAYA: PAS tidak memerlukan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dasar pemerintahan bekas perdana menteri itu yang diwarisi Umno kini adalah punca negara rosak.
“Dr Mahathir hanya nak menyelamatkan Umno daripada (Datuk Seri) Najib (Razak), tetapi PAS nak menyelamatkan negara daripada sistem diwarisi Umno yang merosakkan negara,” kata Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali kepada FMT hari ini.
Ketua penerangan Dewan Ulama PAS Pusat itu mengulas kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dr Mahathir semalam yang masa untuk parti Islam itu memutuskan sama ada mahu menyertai pakatan pilihan raya bersama parti pembangkang lain bagi memastikan pertandingan satu-lawan-satu dengan Barisan Nasional (BN), sudah tamat.
Mengenai kenyataan Lim Kit Siang yang beliau boleh bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi, Khairuddin berkata, penasihat DAP itu tidak perlu bermadah untuk menyelamatkan Malaysia.
“Pengkhianatan DAP terhadap PAS ketika dalam Pakatan Rakyat sudah cukup sebagai isyarat DAP bukan rakan politik baik bagi menggantikan BN dan menyelamatkan Malaysia.

Blok ketiga alat BN, dakwa Salahuddin


Salahuddn AyubSalahuddn AyubGabungan beberapa parti yang membentuk "blok ketiga" adalah alat untuk memecah-belahkan pembangkang, kata Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.
Beliau dalam satu kenyataan dipetik berkata ia terhasil daripada suatu perancangan sulit dan rapi pihak yang berkenaan selepas Pakatan Harapan kian mendapat sambutan daripada rakyat.
Dalam kenyataannya Salahuddin berkata, disebabkan itu kewujudan blok ketiga itu dijangka boleh memberi sumbangan kepada kemenangan BN.
Justeru, katanya, rakyat mesti diyakinkan bahawa kewujudan blok ketiga terbabit memang perancangan rapi untuk melemahkan pakatan pembangkang.
"Amanah dan parti rakan dalam Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan melaksanakan kempen besar-besaran ke seluruh negara supaya rakyat benar-benar faham bahawa pakatan blok ketiga adalah proksi BN walaupun mereka menegaskan mereka tidak bersama BN," katanya seperti dilapor Malaysiakini hari ini.
Ketika beberapa parti bergabung dalam Pakatan Harapan, Pas bersama beberapa parti lain membentuk kerjasama berasingan dan menganggap mereka sebagai "blok ketiga".
Ia diwujudkan sebagai satu lagi pilihan kepada pengundi selain BN dan Pakatan Harapan.
Bersatu cuba membawa Pas menyertai Pakatan Harapan namun mereka bertegas menolak kerana enggan bekerjasama dengan Amanah serta DAP.
Beberapa pihak pula menganggap Pas mengambil sikap begitu kerana mengikut percaturan mereka, parti berkenaan memiliki kelebihan dengan tidak menyertai Pakatan Harapan.

Agak mustahil untuk parti lain ikut cara Pas - Dr Rusdi Omar

Dr Rusdi Omar KOTA BHARU – Pas perlu ada kemahuan politik yang tinggi bila ingin membentuk satu kerjasama dengan parti-parti pembangkang yang lain.
Pensyarah Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Rusdi Omar berkata, parti itu juga perlu ketepikan kepentingan politik jika ingin bersatu dalam satu pakatan.
Menurutnya, agak mustahil untuk parti pembangkang lain menerima kerjasama yang dibuat jika perlu mengikut cara Pas yang dianggap sudah tidak relevan dengan keadaan semasa.
“Kalau Pas buat pendekatan sedemikian untuk bekerjasama, mungkin parti-parti pembangkang lain sukar untuk menerima Pas dalam pakatan mereka, ini satu kerugian kepada Pas dalam jangka masa panjang.
“Parti lama tidak semestinya mereka merupakan parti yang dominan dan parti-parti pembangkang lain kena ikut cara Pas. Sepatutnya Pas kena cermin dan lihat parti mereka dari segi prestasi dalam pilihan raya-pilihan raya yang lalu,” katanya.
Terdahulu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, mana-mana parti pembangkang yang ingin bekerjasama dengan parti itu perlu mengikuti rentak dan cara mereka.

Pas dakwa tidak perlukan pemimpin 'diktator angkuh' seperti Mahathir



Para pemimpin Pas menegaskan parti itu tidak memerlukan pemimpin seperti Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan mereka sebagai angkuh dan diktator.
Nasrudin dakwa Tun Mahathir angkuh, Zuhdi pula dakwa Mahathir diktator.Ketua penerangannya, Nasruddin Hassan menyifatkan Mahathir sebagai pemimpin yang angkuh manakala Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Zuhdi Marzuki pula melebelkannya sebagai diktator.
"Pas tidak perlukan pemimpin angkuh seperti Tun Mahathir. Tun Mahathir sebenarnya bukan merendahkan Pas tetapi gerun dengan keupayaan Pas," kata Nasrudin sebagaimana dilaporkan oleh media rasmi Pas, Harakahdaily.
Menurut ahli parlimen Temerloh itu, target utama Tun Mahathir bukan untuk mengalahkan Umno tetapi sasaran utama beliau ialah Pas.
"Hasil dendam dan keangkuhan beliau yang gagal menundukkan Pas agar menurut kemahuannya menyebabkan beliau meletakkan Pas sebagai musuh utama," dakwa Nasrudin.
Sebelum ini, naib presidennya, Datuk Mohamad Amar Abdullah berkata, Pas sedia bekerjasama dengan Bersatu tetapi menolak Dr Mahathir.
Ketika Pas terus membuat pelbagai tuduhan dan serangan ke atas pengerusinya, pemimpin Bersatu yang lain terus naik ke pentas Pas.
Yang terbaru, Datuk Seri Mukhris Mahathir, timbalan presiden Bersatu berceramah bersama Pas di Selangor.
Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Zuhdi Marzuki dalam satu kenyataannya menyifatkan Tun Mahathir seorang diktator.

Krisis Ekonomi: Semua pejabat Tourism Malaysia ditutup elak pertindihan - Nazri:

Penutupan 14 pejabat pelancongan itu mampu menjimatkan kos kira-kira RM6 juta setahun dan kakitangannya akan diserap ke ibu pejabat kementerian dan jabatan lain.
nazriALOR GAJAH: Semua pejabat Tourism Malaysia di seluruh negara ditutup berkuat kuasa serta-merta bagi mengelak pertindihan kerja dengan agensi negeri dalam mempromosi pusat pelancongan di negara ini.
Semasa mengumumkan perkara itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, penutupan semua 14 pejabat pelancongan itu tidak melibatkan pemberhentian kakitangan, sebaliknya mereka akan diserap ke ibu pejabat kementerian dan jabatan lain.
Beliau berkata, langkah itu dijangka mampu menjimatkan kos kira-kira RM6 juta setahun yang boleh digunakan untuk perbelanjaan lain.
“Setiap negeri mempunyai exco pelancongan dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen) masing-masing, jadi kita tidak mahu tugas agensi itu dengan pihak berkuasa pelancongan negeri bertindih,” katanya selepas merasmikan Sambutan Tahun Baharu Cina dan Ulang Tahun Pertama Freeport A’Famosa Outlet hari ini.
Turut hadir Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Ab Ghaffar A Tambi serta Pengarah Urusan Kumpulan A’Famosa, Datuk Alex Lau.
Nazri berkata, walaupun semua pejabat Tourism Malaysia negeri ditutup, kementerian akan menyediakan 5 pejabat informasi di beberapa negeri.

Tajaan tunai Haji dari sumber haram & berniat raih undi sahaja

Bermacam alasan untuk halalkan sesuatu yg haram

PERKASA syor perasuah dirotan, penjara seumur hidup

20 pembuli tidak dikenakan tindakan - Nurul Izzah

'Lakar kartun sebar kebenaran tetapi dianggap hasutan di Malaysia'

PRU14: PAS mungkin kalah teruk?

Isu haram 'kapcai' masuk KL, Anis sindir Ku Nan

"Mungkin Shahrir sebagai Pengerusi Felda dah ketinggalan zaman," kata Muhyiddin

Nurul Izzah nasihat Ahmad Zahid supaya tidak tipu untuk menang hati rakyat

"Sebagai mantan PM, Mahathir boleh keluar kenyataan sendiri," kata Nurul Izzah