Ahad, 22 Januari 2017

SIAPA PEMBOHONG SEBENARNYA ??!

Pada website #ForestCity sahkan 'FREEHOLD',
TETAPI Najib kata pada rakyat.. 'leasehold'

Semalam MCA akui pernah minta jawatan TPM,
TETAPI harini Najib pula menafikannya pula..

Nak jadi piem mmg wajib pandai cakap bohong ka ?
SIAPA PEMBOHONG SEBENARNYA ??!

1 juta wanita seluruh dunia demonstrasi protes Trump

1 juta wanita seluruh dunia demonstrasi protes Trump
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Lebih daripada satu juta wanita di seluruh dunia berarak sebagai tanda protes  terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, lapor Mirror.co.uk.
Di Washington, beratus-ratus ribu hadir untuk mempertahankan kesaksamaan jantina, penjagaan kesihatan wanita dan isu-isu lain yang dianggap terancam di bawah pemerintahan Trump.
Sementara itu, antara kawasan lain terlibat perarakan protes ini adalah New York, Los Angeles, Seattle, Denver, Boston, Philadelphia dan Austin.
Sebelum itu, di London juga turut menyaksikan beratus ribu orang berkumpul di  Trosvenor Square dan berarak hingga ke Trafalgar Square untuk menunjukkan perpaduan mereka melawan presiden itu.
Demonstrasi tersebut turut bermula dahulu di Belfast, Cardiff, Lancaster, Leeds, Liverpool, Manchaster, Shipley dan Edinburgh.
Perarakan tersebut turut menyaksikan kehadiran daripada selebriti terkenal seperti Scarlett Johansson, Emma Watson dan Emma Thompson.
Kempen Trump sebelum ini turut dicemari dengan komen seksis beliau mengenai kaum wanita serta isu  video beliau bercakap mengenai wanita yang dianggap biadab.
Sementara itu, sekumpulan perarakan aman menuju ke Dewan Bandaraya bandar Kanada dan seterusnya ke bangunan konsulat Amerika Syarikat  di bawah pengawasan pihak polis dianggarkan seramai 10 ribu hingga 13 ribu orang.

Najib tersepit antara 'apa lagi Cina mahu, apa saja negara China mahu'

Raja Bahrin mendakwa Najib kini tersepit antara mahukan duit China dengan takutkan Melayu kepada parti Cina.

Datuk Seri Najib Razak kini tersepit antara "apa lagi Cina mahu" sebagaimana diucapkan selepas PRU 13 lalu, dengan "apa sahaja yang negara China mahu".
Inilah yang berlaku sekarang apabila Najib menjual aset dan tanah penting negara kepada negara China bagi mendapatkan wang untuk menutup skandal 1MDB beliau.
Bagi ahli parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, tindakan Najib tidak selari antara kedua-dua dilema ini apabila Najib mendakwa, jika rakyat mengundi pembangkang bermakna mereka membenarkan DAP memerintah negara ini.
Katanya, penjualan lima pelabuhan negara di Kuantan, Melaka, Bagan Datoh, Pulau Pinang dan Johor Bharu serta Projek Bandar Tun Razak, Stesyen Janakuasa Letrik bersama Keretapi Pantai Timur kepada Negara Republik China Komunis adalah isu penjajahan ekonomi dan monopoli keterlaluan oleh kuasa asing.
Katanya, tuntutan kawasan Laut China Selatan, yang kaya dengan minyak oleh China yang di tolak Tribunal antarabangsa dan di sambut baik oleh negara ASEAN lain, tidak di sokong oleh Malaysia.
"Kalau boleh begitu mesra dengan negara China, Najib dan Umno patut belajar tidak bersikap begitu rasis kepada Cina tempatan saperti ucapannya di Kedah baru baru ini," kata Raja Bahrin lagi.
Raja Bahrin mengulas ucapan Najib pada ceramahnya di Kedah, negeri majoriti Melayu, yang memainkan isu perkauman dengan kenyataan kalau pembangkang menang DAP akan memerintah.
"Apabila pembangkang menyoal monopoli dan kebergantungan kepada syarikat negara China, kita di tuduh rasis walaupun ianya isu kedaulatan negara.
"Tidak apakah memberi dominasi perniagaan kepada negara komunis China dan rakyatnya tapi salah untuk mengundi pembangkang kerana ada DAP?" kata Raja Bahrin mempertikaikan kenyataan Najib.
Bagi beliau, bantahan terhadap penjualan aset negara kepada China bukan isu perkauman.

"Tidak ada unsur perkauman kerana kami tidak memusuhi Cina tempatan atau orang China luar.
"Yang memusuhi dan mendiskriminasi kaum Cina tempatan adalah Umno dan Najib," katanya.
"Kami menganggap isu yang melibatkan negara China merupakan isu kebergantungan dan monopoli keterlaluan yang cukup berbahaya kepada keselamatan dan kedaulatan negara, dan pastinya bukan isu perkauman sebagaimana didakwa oleh Datuk Seri Najib," katanya.
Tetapi jika beliau masih menganggap ia merupakan isu perkauman, beliau perlu menjawap beberapa soalan penting tentang sikap Kerajaan terhadap rakyat berbangsa Cina di Malaysia serta program BTN selama ini, katanya.

Pas sebagai 'king maker'



Sebarang rancangan Pas untuk membentuk kerajaan bersendirian pada Pilihan Raya Umum ke-14 adalah mustahil, walaupun pada peringkat awal perpecahan pakatan Rakyat Pas mendakwa mereka lebih kuat bersendirian, hakikatnya mereka tahu yang ditipu adalah diri dan penyokong mereka sendiri.
Pas berhasrat menjadi penentu politik negara.Walaupun Pas dilihat sukar untuk menjadi kerajaan selepas PRU14, pimpinan mereka masih yakin jika strategi mereka mengena maka tidak mustahil Pas akan menjadi sebahagian daripada parti pemerintah selepas PRU14 nanti.
Ideanya adalah Pas sebagai "penentu utama" atau "King Maker", sama ada Barisan Nasional (BN) ataupun Pakatan Harapan (PH) akan menguasai Putrajaya kelak, Pas, akan berusaha memperoleh jumlah kerusi yang mampu meletakkan parti mereka sebagai penentu.
Idea ini bukanlah idea yang baru timbul pada tahun 2017 sebaliknya telah disuarakan pimpinan Pas sejak akhir 2015 lagi.
Mereka meletakkan harapan agar BN dan Pakatan memperoleh jumlah kerusi tidak melayakkan mereka menubuhkan kerajaan tanpa sokongan pihak ketiga, misalnya BN dan PH masing masing peroleh 107 dan 103 kerusi, maka selebihnya milik Pas, disitu Pas bakal menjadi penentu siapakan yang mampu membentuk kerajaan, dan pihak yang mendapat sokongan majoriti,jadi Pas tentunya boleh mengemukakan 1001 syarat kepada keduanya, hanya yang akur pada syaratnya sahaja akan menjadi pilihan Pas.
Secara lojiknya idea ini sememangnya bijak, pandai,dan licik. Ia seringkali digunakan oleh pihak yang tahu mereka tidak akan mampu menang dan berkuasa bersendirian, strategi murahan ini akan memberi peluang kepada pihak yang lemah sebagai "Raja Sehari" menjadi tumpuan dan rebutan ramai.

Pas mungkin ingin menjadi seperti parti Liberal Demokrat (LibDem) Di United Kingdom (UK) "king maker" apabila kedua parti utama di UK, Labour dan Konservatif gagal peroleh jumlah yang cukup untuk membentuk kerajaan sekaligus memberikan parti LibDem "kuasa penentu" untuk memilih siapa kerajaan yang baru.
Dilihat dari sudut perjuangan, Parti LibDem dilihat lebih menyamai aliran perjuangan dan idealogi parti Labour, namun ironinya, LibDem memilih untuk bersama Konservatif dan akhirnya LibDem diberikan kerusi timbalan Perdana menteri dan jawatan dalam kabinet. Lihat betapa berkesannya "strategi" ini.

Zahid akui majoriti ‘cybertrooper’ tentang kerajaan

Timbalan perdana menteri berkata berdasarkan kajian hanya 6.6% kumpulan cybertrooper mempertahankan agenda pentadbiran kerajaan manakala 93.4% daripadanya menentang.
zahidKUALA LUMPUR: Timbalan perdana menteri berkata jumlah cybertrooper yang mempertahankan kerajaan jauh ketinggalan berbanding yang menentang.
Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkata berdasarkan kajian hanya 6.6% kumpulan cybertrooper mempertahankan agenda pentadbiran kerajaan manakala 93.4% menentang.
“Kajian mendapati 6.6% kalangan aktivis cybertrooper menyokong kerajaan manakala 93.4% menentang apa yang dilakukan kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Skuad Penerangan dan Media Wanita Umno Malaysia di sini hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Jalil dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata kesan daripada kejayaan kumpulan cybertrooper yang menentang agenda pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak menyebabkan persepsi negatif rakyat terhadap pemerintah dan Umno khasnya.
“Persepsi terhadap kita terlalu negatif, persepsi terhadap Umno negatif, persepsi terhadap BN negatif, persepsi terhadap kerajaan negatif, persepsi terhadap kepimpinan juga negatif.
“Mengikut kajian beberapa ahli akademik mengatakan persepsi negatif ini berada di tahap 87%. Kenapa?
“Kalau 93.4% cybertrooper yang menyokong kerajaan, kita dapat menguasai media siber dan persepsi buruk terhadap kerajaan dapat ditenggelamkan,” katanya.

Kit Siang hulur salam perdamaian pada Hadi

Tun Dr Mahathir Mohamad guna cara keras dengan PAS, tetapi pemimpin DAP Lim Kit Siang ambil jalan halus.
awang-hadi-limkitGEORGE TOWN: Selepas perpisahan pahit antara DAP dan PAS akibat hudud 2 tahun lalu, Lim Kit Siang hari ini berkata beliau sanggup bergabung dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Lim yang juga ketua Parlimen DAP berkata mereka boleh bekerjasama sekali lagi jika presiden PAS itu sedia memberi komitmen untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia.
“Jika presiden PAS bersedia untuk memuktamadkan perjanjian yang keutamaan teratas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ialah menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia dan negara gagal dan jahat, saya bersedia bekerjasama dengannya.
“Itu akan menjadi agenda negara bagi tempoh 5 hingga 10 tahun. Adakah Hadi sedia membuat komitmen itu,” kata Lim hari ini ketika melawat Bukit Gelugor di sini.
PAS memutuskan hubungannya dengan DAP selepas parti itu berulang kali menyerang hasrat Hadi untuk melaksanakan Kanun Keseksaan Syariah di Kelantan pada 2015. Berakhirnya hubungan 2 parti itu menyebabkan Pakatan Rakyat terkubur.
PKR dan DAP kemudian membentuk Pakatan Harapan, gabungan baharu bersama Amanah, parti dibentuk oleh bekas pemimpin progresif dalam PAS.
Pakatan Harapan kini bekerjasama dengan parti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menentang BN.
Lim yang juga ahli Parlimen Gelang Patah berkata beliau boleh bekerjasama dengan Dr Mahathir meskipun mereka terus tidak bersependapat dalam pelbagai persoalan politik.
“Tetapi kami boleh bersama dalam agenda lebih besar menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia dan negara yang gagal,” katanya.
Malam tadi di Ampang, Dr Mahathir dilaporkan berkata tamat sudah masa untuk PAS membuat keputusan sama ada hendak membentuk pakatan pilihan raya dengan pembangkang atau tidak.
Pengerusi PPBM itu berkata keputusan perlu dibuat tidak lama lagi kerana PPBM akan membuat keputusannya pada mesyuarat majlis tertinggi.

Rundingan dengan Pas membuang masa pembangkang – Husam

Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa menyifatkan terdapat dua paksi dalam Pas yang perlu difahami supaya gabungan parti pembangkang tidak membuang masa ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir.
“Tidak dinafikan ada dua paksi dalam Pas. Bila Pas nak berunding dengan rakan-rakan pembangkang untuk melengahkan mereka, Pas akan hantar Datuk Tuan Ibrahim dan Datuk Mustafa Ali sebagai ‘diplomat’ untuk bermanis-manis muka, membuang masa pembangkang.
Rundingan dengan Pas membuang masa pembangkang - Husam“Tetapi yang memegang keputusan utama adalah komponen pemimpin yang lain. Kalau kita gagal memahami kedudukan ini kita akan diheret,” tegasnya dalam slot ‘hard talk’ yang turut dihadiri Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Mahathir Mohamad di Ampang malam tadi.
Sehubungan itu, beliau berkata, strategi bertanding tiga penjuru boleh digunakan ke atas Pas di Kelantan pada piliahn raya umum ke 14 jika parti tersebut menganggu gabungan pembangkang di tempat lain.
“Ada pelbagai cara. Saya melalui Amanah Kelantan menggunakan strategi tiga penjuru Pas ke atas parti itu. Mereka kena ingat strategi yang sama (dilakukan Pas di negeri lain) boleh dikenakan terhadap Pas di Kelantan.
“Dengan strategi tiga penjuru, bukan saja Pas akan hilang kerajaan yang satu-satunya Pas ada tetapi InsyaAllah parti yang menjadi alternatif kepada Barisan Nasional di Kelantan adalah Bersatu, Amanah dan Pakatan Harapan.
“Dalam konteks Pas di Kelantan, sokongan utama kepada Pas datang dari saluran 1 tetapi daripada kajian, saya dapati mereka juga paling tinggi menolak kerjasama Pas-Umno. Jadi, jangan terkejut kalau Amanah menang di Kelantan,” jelasnya diikuti tepukan gemuruh hadirin di dewan De Palma Hotel Ampang itu.

Menteri Wilayah dicabar tunjukkan kajian terperinci ‘kapcai’ dibuang masalah selesai

KUALA LUMPUR: AMANAH mencabar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mengemukakan kajian terperinci yang menunjukkan jenayah ragut akan terhapus, kesesakan berkurangan dan kadar pelepasan karbon pada tahap rendah jika “kapcai” dilarang berada di kotaraya Kuala Lumpur.
Timbalan Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan, Tarmizi Mohd Jam berkata, cadangan melarang motorsikal berkapasiti enjin kecil, dikenali sebagai “kapcai” beroperasi atau memasuki Kuala Lumpur sangat tidak bijak, menyusahkan dan bukan pintu keluar kepada penyelesaian masalah yang sekian lama terhidang.
Bercakap kepada Amanahdaily, beliau berkata, ketika rakyat dihimpit dengan pelbagai bebanan ekonomi, yang asasnya seperti kenaikkan harga minyak bersekali dengan harga barangan keperluan lain, tamparan perit GST yang terus “merompak” poket rakyat setiap saat, dan lain-lain faktor yang menekan kehidupan warga Kuala Lumpur, maka cadangan larangan ini hanya akan menambahkan “penyakit” baharu, dan tidak sekali-kali mampu melunaskan masalah yang sudah tersaji.
Menurutnya lagi, objektif kerajaan untuk mengurangkan kesesakan kotaraya dan kadar pelepasan karbon, selain “kapcai” yang sering digunakan dalam jenayah ragut, perlu kepada kajian teliti, konkrit dan mensejahterakan rakyat tanpa terlepas pandang membuang golongan kelas berpendapatan rendah yang rata-ratanya menggunakan “kapcai” sebagai pengangkutan utama untuk urusan kerja, keluarga dan perniagaan kecil dari turut terlibat dalam arus pembangunan kotaraya.
Walaupun larangan ini akan dipertimbangkan jika tambang pengangkutan awam pada tahap berpatutan seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Wilayah, namun tegas Tarmizi yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH Wilayah Persekutuan, masih terlalu jauh lagi warga Kuala Lumpur untuk menikmati jaringan pengangkutan awam yang sempurna dari pintu ke pintu dengan kadar tambang yang dikatakan “berpatutan” itu.
Beliau berkata, sikap tidak peduli kerajaan ini sekaligus cerminan wajah kepada polisi Umno yang menjadi tonggak BN, bukan sahaja tidak prihatin malah menekan golongan berpendapatan rendah yang sudah tentu rata-ratanya terdiri daripada orang-orang Melayu bandar.
Tegas Tarmizi lagi, Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL digesa mengkaji semula cadangan larangan ini, sebaliknya membuat kajian terperinci yang telus terhadap sebab-sebab yang hendak dicapai seperti dinyatakan dan mendapatkan respons daripada orang awam yang menggunakan kenderaan berkenaan.
Kelmarin, Tengku Adnan menjelaskan larangan “kapcai” memasuki pusat bandar Kuala Lumpur hanyalah sekadar cadangan dan ia tidak akan dilaksanakan jika rakyat tidak bersetuju. Beliau mendakwa cadangan itu telah diputarbelitkan pihak tertentu.
“Kami merasai nadi rakyat, kalau rakyat tak mahu, kami akan ikut pandangan rakyat, jadi pengguna motosikal ‘kapcai’ jangan bimbang dan kita tidak akan laksanakannya,” kata Ahli Parlimen Putrajaya itu.

Tenaga profesional, ulama bincang siapkan tawaran AMANAH Kelantan PRU14



KOTA BHARU: Seramai 50 orang tenaga profesional dan cendikiawan termasuk ulama’ anak Kelantan dari seluruh negara berhimpun di Kota Bharu untuk merangka Tawaran AMANAH Kelantan hari ini, 21 Januari.
Menurut Penasihat AMANAH Kelantan, Datuk Husam Musa, perbincangan menjurus kepada membentuk polisi dan program yang boleh mengangkat Kelantan menjadi negeri berbingkaikan Islam yang moden, berinovasi, makmur, bersakhsiyah Islam dan progresif.
“Inisiatif AMANAH Kelantan ini dinamakan IMPAK atau Inisiatif Profesional Anak Kelantan dan dipengerusikan oleh Dato Dr Abdul Halim Yusuf,” ujar beliau pada akaun facebooknya hari ini.
Husam berkata, ia lanjutan dari seminar Pembangunan Sejarah, Eco-Tourism dan Budaya Negeri Kelantan dua minggu lalu yang dikendalikan oleh Prof Dr Harun Daud.
“Ia sebahagian persiapan AMANAH untuk mengambil alih teraju Negeri Kelantan dalam PRU14 akan datang InsyaAllah,” ujar beliau.

AMANAH gesa ambil tindakan terhadap agamawan guna surau untuk berpolitik

KUALA LUMPUR: AMANAH menggesa pihak berkuasa agama turut mengambil tindakan terhadap agamawan yang menggunakan surau untuk menyampaikan ceramah politik, sama seperti apa yang berlaku kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Kata Wan Anwar Wan Ibrahim, Timbalan Pengerusi Biro Undang-undang AMANAH (Kanun), ini kerana mereka ternyata tidak peduli akan peraturan tauliah oleh pihak berkuasa agama.
“Kami hairan mengapa tiada tangkapan dan pendakwaan terhadap penceramah yang jelas berceramah politik beralaskan agama, dengan mengutuk AMANAH di masjid dan surau di Selangor.
“Kami menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) turut mengambil tindakan ke atas mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan. Wan Anwar turut menggesa Jais menyiarkan senarai penceramah yang mendapat tauliah mereka untuk rujukan orang awam.
Beliau juga menambah perkongsian yang disampaikan oleh Khalid mengenai penderitaan umat islam di Gaza, Palestin itu tidak seharusnya dianggap sebagai “mengajar agama” yang memerlukan tauliah.
Pada 19 Januari lalu, Mahkamah Rendah Syariah Klang menjatuhkan hukuman denda RM2,900 atau penjara 3 bulan terhadap Khalid kerana didapati bersalah menyampaikan ceramah tanpa tauliah 6 tahun lalu. Khalid selepas itu berkata, beliau hanya menceritakan pengalamannya di Palestin selepas dijemput pihak surau sendiri.
“Khalid hanya berkongsi pengalaman. Kami bimbang tafsiran tersebut (sebagai mengajar agama) boleh menggugat hak bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi.
Bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu didakwa di bawah Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) kerana berucap di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, antara 10 malam hingga 11.50 malam pada 16 Ogos 2011.

Kartun 'jutawan' Najib oleh Zunar muncul di Forum Ekonomi Dunia

Dr M: Rakyat lebih sokong pandangan saya

SELEPAS INI BIAR PAS BUAT PILIHAN....

Tun Mahathir Mohamad menegaskan, tempoh untuk Pas berbincang bagi mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan sudah pun berakhir.

Menurut beliau, Bersatu sudah memberi lebih masa kepada Pas bagi membolehkan parti berkenaan memberi pandangan dan berbincang.

"Selepas Bersatu menyatakan syarat yang dikehendaki, Pas pula selepas sekian lama masih tidak memberi sebarang jawapan.

"Hasrat Bersatu, jika Pas tak nak sertai Pakatan Harapan, Bersatu akan berada dalam Pakatan Harapan. Kalau Pas tak nak, (biar) tak naklah," kata Tun Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu.

Setakat ini status Bersatu adalah bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan difahamkan keputusan untuk menyertai gabungan pembangkang itu secara rasmi akan diambil dalam mesyuaratnya yang akan datang.

Dengan penegasan Tun Mahathir ini, bermakna pertembungan sebenar dalam PRU 14 adalah antara BN dengan Pakatan Harapan. 

Maka,  sekarang ini terserahlah pula kepada Pas untuk membuat keputusan yang seterusnya. 

Hanya dua pilihan yang tinggal buat Pas bagi menghadapi pilihanraya akan datang - kekal bersendirian atau menjalin kerjasama secara rasmi dengan Najib, UMNO dan BN.

Tetapi, barang diingat, apa pun keputusan Pas selepas ini, ia tetap memihak untuk memberi kelebihan kepada Najib, UMNO dan BN.

Setelah berkali-kali memberi penegasan untuk bertanding hanya di 70 kerusi Parlimen saja, Pas, jika bertanding secara bersendirian,  tidak mungkin mencukupi untuk menubuhkan sebuah kerajaan.

Berada di tengah-tengah pertembungan antara BN dengan Pakatan Harapan, Pas lebih mungkin menjadi "kancil yang akan mati tersepit apabila terjadi pergaduhan antara gajah sama gajah".

Pilih Pas ibarat buang undi ke tong sampah


Mohd Sany HamzanMohd Sany Hamzan
Strategi "king maker" yang diakui oleh Pas dianggap sebagai mementingkan diri sendiri, tanpa memikirkan kepentingan secara kolektif dalam mencapai hasrat rakyat untuk melihat negara ini ditadbir oleh sebuah kerajaan baharu.
Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Sany Hamzan berkata, Pas terpaksa mencipta blok ke-3 dengan strategi "king maker" yang mencorakkan pendekatan yang tidak berpendirian.
"Pemimpin Pas ketika ini menolak secara total Amanah dan DAP, sementara pengikut parti itu di peringkat bawahan menolak Umno sehingga sebilangan mereka masih berpegang dengan pandangan lama yang ekstrem terhadap Umno.
"Kedua-dua pandangan pemimpin serta pengikut Pas ini menyebabkan mereka terpaksa mencipta blok ke-3 dengan strategi "king maker" yang mencorakkan pendekatan yang tidak berpendirian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau merujuk kepada kajian terbaru oleh Invoke Malaysia (INVOKE) yang mendapati Pas berkemungkinan akan kehilangan banyak kerusi parlimen yang disandang dan dijangka kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Gambaran ini disebabkan pendekatan Pas yang dilihat tidak konsisten dalam pendekatan serta tidak mempunyai pendirian dalam gerak kerja politik mereka.
Sany menegaskan, mengundi blok ke-3 adalah umpama membuang undi ke tong sampah kerana ia tidak mampu memberikan satu kuasa yang ampuh untuk mendapatkan kuasa.
"Rakyat pula menganggap blok ke-3 adalah seperti calon bebas yang tidak mampu untuk membuat perubahan kepada tampuk pemerintahan negara. Mengundi blok ke-3 adalah umpama membuang undi ke tong sampah sahaja kerana ia tidak mampu untuk memberikan satu kuasa yang ampuh untuk mendapatkan kuasa," katanya.

Bagaimana mungkin Melayu hilang kuasa?

Pilihan raya di Malaysia tidak akan menjadikan DAP atau bukan Melayu berkuasa sekiranya Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan datang, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
Katanya, sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kekal berkuasa atau tidak, realitinya terlalu sedikit kerusi yang mempunyai perwakilan bukan Melayu.
"Bagaimana mungkin orang Melayu yang mendominasi 70 peratus daripada kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, akan kehilangan kuasa politik kepada Cina, yang hanya 13 peratus daripada kerusi Parlimen?" kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Lim merujuk dakwaan Najib bahawa DAP mungkin menguasai kerajaan jika Pakatan Harapan dan sekutunya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) membentuk kerajaan persekutuan dalam pilihan raya akan datang.
Najib berkata dalam sebuah negara demokrasi, parti yang memiliki kerusi paling banyak akan berkuasa dan membayangkan DAP akan mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat sekiranya pembangkang menang pilihan raya.
Lim berkata ini adalah sebahagian taktik Najib dan Umno untuk mengulangi pembohongan terhadap penduduk Melayu luar bandar agar mempercayainya.
Lim berkata di sisi lain, Umno menuduh Mahathir tunduk kepada DAP tetapi pada masa sama MCA dan Gerakan pula mendakwa sebaliknya.

Benar Felda alami masalah kewangan

Oleh A Kadir jasin
AKHIRNYA Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) terpaksa mengaku yang ia mengalami masalah kewangan yang teruk, khususnya berkaitan pengaliran tunai.Untuk sekian lama pelbagai pihak bertanya dan membuat andaian mengenai kemungkinan agensi pembasmian kemiskinan itu mengalami masalah kewangan akibat urus tadbir yang lemah dan penyelewengan.
Pada 17 Januari, Bernama melaporkan yang Felda akan menjual secara agresif hartanya di dalam dan luar negara tahun ini bagi menstabilkan pengaliran tunai. Agensi berita nasional itu memetik Pengerusi baharu Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, sebagai berkata harta yang akan dijual termasuklah saham-saham Malayan Banking dan hotel di London.
Tidak ramai pelabur, khususnya pelabur institusi seperti Felda, akan menjual saham blue chip yang kukuh dan terjamin seperti saham Malayan Banking melainkan mereka betul-betul terdesak.
Maaf cakaplah kalau saya kata, pengakuan Shahrir itu mendedahkan kehambaran pengurusan dan prestasi Felda sejak ia dikepalai oleh Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mulai 1 Januari 2011.
Mohd Isa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun. Nyawa politik beliau dihidupkan semula oleh Mohd Najib setelah digantung keahlian daripada Umno pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi setelah didapati bersalah mengamalkan politik wang.
Selama lima tahun di bawah pengawasan beliau, Felda memperluas dan mempelbagaikan perniagaan Felda walaupun prestasi perniagaan utamanya, iaitu perladangan mengalami masalah kronik akibat kelembapan harga getah dan kelapa sawit.
Di bawah pimpinan beliau, Felda memasuki bidang hartanah, perhotelan dan pengilangan bijirin di luar negara serta mengkorporatkan aset melalui penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGV) pada tahun 2012.
Walaupun kedudukan kewangan Felda tidak kuat dan peneroka mengalami pelbagai masalah pembayaran, pengurusan Felda di bawah Mohd Isa terus mengembangkan perniagaan.
Yang terakhir dan penuh kontroversi adalah pembelian ladang Eagle High milik tauke Indonesia, Tan Sri (Kehormat) Peter Sondakh. Felda membayar harga yang jauh lebih tinggi daripada harga saham Eagle High di bursa saham.

Ikut cara Pas jika mahu bekerjasama kata Hadi

Mana-mana parti pembangkang yang ingin bekerjasama dengan Pas, perlu mengikut cara Pas.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti Islam itu telah lama bertapak  dan melalui pengalaman jatuh bangun dalam politik, berbanding parti pembangkang lain.
“Kita parti  paling lama dalam kalangan parti itu, sejak 1950-an lagi. Kita mengalami rebah bangun.
“Parti lain tidak pernah mengalami pengalaman ini. Kita alami, sebab itu orang lain tak boleh nak ajar kita dalam politik. Kita lebih matang daripada orang lain.
“Mereka kena ikut Pas kalau nak bekerjasama,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Himpunan Muslimat Muda, di sini, semalam.
Katanya, parti pembangkang lain tidak boleh memandang ringan terhadap Pas dan menjadikan mereka sebagai ‘anak tangga’ untuk menang PRU14.
“Kalau mereka tahu kekuatan Pas, mereka tak boleh pandangan ringan terhadap Pas. Pas tidak boleh jadi anak tangga untuk naik sahaja. Tak boleh,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan rundingan Pas bersama Bersatu, Abdul Hadi berkata, Pas belum bersedia kerana terdapat sikap tertentu dalam parti pembangkang yang tidak digemarinya.
“Perundingan dari segi kerjasama, penyelarasan kempen supaya tak bertembung, itu boleh dibuat. Kerjasama bersifat politik masih terlalu jauh dengan sikap-sikap sedemikian rupa pada mereka, dalam keadaan DAP yang bersikap cauvinis dan Amanah yang lebih oportunis,” katanya.
Menurutnya, Pas terbuka mengadakan rundingan dengan mana-mana NGO, mahupun parti politik untuk menghadapi PRU14 kecuali dengan Amanah.

Tabung Haji : Saman Di mahkamah Kalau Saya Fitnah


Oleh RAFIZI RAMLI
Saya ada membaca laporan media yang memetik luahan Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri kononnya “RM500 juta dikeluarkan oleh orang ramai kerana fitnah”. Beliau dilaporkan mengeluh bagaimana jika aset Tabung Haji dilaburkan dalam bentuk bangunan, kilang dan tanah, Tabung Haji akan menghadapi kesukaran untuk memulangkan wang pendeposit.


Seluruh dunia tahu bahawa walaupun Dato’ Seri Jamil Khir Baharom tidak berani menyebut nama saya, beliau maksudkan sayalah ahli parlimen pembangkang yang kononnya “memfitnah” Tabung Haji itu. Masalahnya, sehingga kini Tabung Haji belum mengambil tindakan saman terhadap saya sekiranya benar saya memfitnah Tabung Haji. Saya faham sekiranya Tabung Haji tidak mahu ke mahkamah untuk membuktikan dakwaan saya telah memfitnah institusi milik rakyat itu kerana saya sudah tentu akan memanggil ramai saksi, termasuklah Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Gabenor Bank Negara yang mula-mula sekali mengingatkan Tabung Haji bahawa rizabnya telah menjadi negatif.
Sebaliknya, Tabung Haji telah membuat laporan polis supaya saya disiasat di bawah kanun jenayah yang pertimbangannya sangat berbeza dan Tabung Haji tidak perlu mengemukakan bukti kenapa ia menuduh saya telah memfitnahnya. Setelah saya didakwa di bawah kanun jenayah dalam bulan April 2016, sehingga sekarang pendakwaraya belum memulakan kes itu. Sudah beberapa kali pendakwaraya yang memohon penangguhan dan terkini saya difahamkan perbicaraan (kalau pun bermula) hanya akan bermula dalam bulan Mei 2017 (setahun selepas saya didakwa).
Hakikatnya, sehingga kini Tabung Haji belum memberi jawapan yang memuaskan mengenai segala kerugian yang telah saya dedahkan. Tabung Haji juga terpaksa diam apabila bekas pengurusan terkanannya yang pernah mengetuai TH Heavy Engineering Berhad ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai tuduhan penyelewengan di syarikat bersekutu Tabung Haji itu, seperti yang saya pernah dakwa.
Malah, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom juga lupa bahawa beliau telah kalah dalam kes saman malunya terhadap rakan saya di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Akmal Nasir semasa kami membongkarkan keborosan yang melibatkan beliau (menteri) sendiri menggunakan dana YaPEIM.
Oleh kerana Dato’ Seri Jamil Khir Baharom memetik nama saya malah menuduh saya memfitnah Tabung Haji, maka saya akan kembali memberi fokus kepada isu-isu kerugian dan ketirisan di Tabung Haji yang merugikan jemaah haji (yang sebahagian besarnya golongan berpendapatan rendah). Minggu depan, selain isu Felda dan MRT yang kini saya sentuh, saya akan juga akan memulakan siri pendedahan baru mengenai Tabung Haji.

PAS: Dr M tak boleh bentuk kerajaan dengan DAP sahaja

Pembentukan kerajaan memerlukan penglibatan dan persetujuan banyak pihak, kata Naib Presiden PAS Iskandar Abdul Samad
Iskandar-Abdul-Samad2_pas_ppbm_600
PETALING JAYA: Sebarang pakatan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP berhubung pembentukan kerajaan pasca pilihan raya umum ke-14 tidak mudah dilaksanakan tanpa sokongan parti lain, kata PAS.
Naib Presiden Datuk Iskandar Abdul Samad berkata demikian mengulas dakwaan kononnya Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menjanjikan jawatan timbalan perdana menteri kepada DAP sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14.
“Jika ia benar maka ianya adalah di antara 2 pihak. Ia bukan satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan kerana pembentukan kerajaan memerlukan penglibatan dan persetujuan banyak pihak.
“Di dalam suasana politik hari ini, tidak ada parti atau gagasan parti-parti yang dapat membentuk kerajaan secara bersendirian. Perlu ada kerjasama yang lebih luas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Iskandar dalam kenyataan sama berkata perkara kerjasama antara PPBM dan PAS — yang berseteru dengan DAP — masih belum diputuskan.
“Buat masa ini, PAS masih menjemput pimpinan PPBM seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir ke program-program PAS,” kata Iskandar.
Terdahulu, susulan dakwaan itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Mohd Zuhdi Marzuki berkata partinya membayangkan tiada lagi harapan mengadakan kerjasama dengan PPBM selepas seorang bekas pemimpin DAP mendakwa ada pakatan sulit antara PPBM dan DAP.
“Seluruh pimpinan dan ahli PAS menentang keras sebarang tawaran yang ingin diberikan kepada DAP untuk menjawat jawatan utama dalam kerajaan seperti timbalan perdana menteri dan menteri kewangan,” kata Zuhdi.

HARAPAN janji iktiraf UEC jika menang PRU14

Pakatan Harapan (HARAPAN) memberi jaminan akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) jika menang pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang.
Ketua Setiausaha Majlis Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata perkara itu selaras dengan pendirian gabungan pembangkang sebelum ini.
"Sebagai Ketua Setiausaha Majlis HARAPAN saya ingin menjelaskan bahawa jika HARAPAN membentuk kerajaan persekutuan, kita akan mengiktiraf UEC. Ini adalah kesinambungan daripada pendirian Pakatan Rakyat dalam manifesto pilihan raya umum lalu yang telah berjanji untuk memberi pengiktirafan.
"Di Selangor, UNISEL yang dimiliki oleh kerajaan negeri (diketuai oleh Menteri Besar PKR) telah mengiktiraf UEC," kata Saifuddin pada majlis DAP di Bentong.
Presiden Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini menafikan HARAPAN tidak akan mengiktiraf UEC.
Muhyiddin dalam satu kenyataan berkata UEC perlu diteliti berdasarkan dasar pendidikan serta tidak bertentangan dengan hasrat negara.
Saifuddin berkata HARAPAN melihat isu UEC adalah penting, malah lebih 500,000 pelajar telah menduduki peperiksaan tersebut sejak ia diperkenalkan pada tahun 1975.
Katanya, pada masa ini sahaja seramai 7,000 pelajar menduduki peperiksaan peringkat senior bagi membolehkan mereka menggunakan sijil tersebut untuk kemasukan ke peringkat lebih tinggi di universiti antarabangsa.
"Tetapi oleh kerana kerajaan BN tidak mengiktiraf UEC, mereka perlu sama ada belajar di universiti swasta tempatan atau ke luar negara," kata Saifuddin yang juga bekas timbalan menteri pelajaran.
"Belajar di luar negara atau di universiti-universiti swasta tempatan adalah mahal. Sebagai rakyat Malaysia, mereka perlu diberi tawaran yang lebih adil dengan membenarkan mereka untuk belajar di universiti-universiti tempatan kita," katanya.

Kehebatan Pemimpin Umno..!!


Warna-warna kulit melayu Umno.. Siang dan malam bertukar rupa..

SIAPAKAH MEREKA..??


Warisan: Bincang manifesto bersama sebelum agih kerusi

Presiden Warisan berkata tidak guna parti pembangkang Sabah hendak bergabung jika mereka tidak berkongsi nilai dan dasar yang sama.
shafie-afdal
PETALING JAYA: Parti pembangkang di Sabah perlu terlebih dulu berbincang mengenai berkongsi manifesto bersama dan menetapkan dasar sebelum memulakan rundingan pembahagian kerusi bagi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal berkata perbincangan itu seperti perkahwinan dan penyatuan parti pembangkang di negeri itu di bawah satu gabungan.
“Kita mesti pakat macam kahwin. Kahwin mesti tengok perempuan ‘ngam tak ngam’. Jangan sudah kahwin, gaduh pula tiap-tiap hari. Susah nanti,” katanya kepada wartawan selepas program walk about di pasar Lido, Sabah pagi tadi.
Shafie berkata Warisan menerima beberapa tawaran untuk bekerjasama dengan parti pembangkang di Sabah, tetapi beliau masih skeptikal terhadap tawaran itu.
“Tetapi, parti masih terbuka untuk perbincangan. Buat masa sekarang, kita akan bekerja seiring untuk mendekati lebih ramai orang.
“Penting bagi Warisan untuk tahu dasar parti lain, kalau tidak nanti akan timbul perbezaan pendapat,” katanya.
Shafie berkata berdasarkan pengalamannya selama 30 tahun, politik di Sabah menyaksikan banyak pemimpin lompat parti.
“Saya tidak menuduh sesiapa. Tetapi sejarah Sabah cukup pahit.
“Tidak mengapa kalau kita kalah dalam pilihan raya, tetapi kita tidak boleh menjual maruah kita,” katanya.

MUKHRIZ: PAS JANGAN MUDAH PERCAYA DENGAN CERITA DONGENG

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir meminta Pas supaya tidak mudah melatah dengan cakap-cakap melibatkan partinya dan DAP yang tersebar meluas sejak kebelakangan ini.
Menurutnya, ia hanya cerita dongeng yang sengaja direka dan disebar oleh pihak tertentu.
Mukhriz berkata demikian ketika menyanggah dakwaan berlakunya perbincangan pengagihan jawatan bagi kerajaan baharu antara DAP dan Bersatu.
“Dakwaan itu tidak benar. Perkara itu tidak berlaku. Dakwaan itu dibuat tanpa bukti yang kukuh. Dakwaan dibuat hanya untuk mengeruhkan hubungan antara Bersatu dengan Pas.
“Saya harap pihak di sebelah sana (Pas) tidak termakan dengan dakyah yang dilontarkan oleh pihak tertentu ini,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Beliau dalam masa yang sama turut berharap mana-mana pihak dalam Pas yang tidak terlibat dalam rundingan antara partinya dan Pas supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan kerjasama kedua parti itu.
“Setakat ini hubungan kami masih baik. Rundingan antara Pas dengan Bersatu masih berjalan dengan lancar.
“Tidak perlu bagi pihak yang tidak terlibat dalam rundingan (di pihak Pas) untuk mengeruhkan lagi keadaan,” katanya lagi.

BEGITU MUDAH NAJIB PERCAYA CHINA-KOMUNIS KAYA UNTUNGKAN MALAYSIA


Pandangan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib terhadap keuntungan warga asing tinggal di negara kita (lihat Utusan Malaysia muka 2, 21 Januari 2017) adalah begitu mudah dan amat mengerikan.
Katanya,dakwaan Mahathir kerajaan Johor dan Malaysia nak bagi kewarganegaraan kepada pelabur China berhubung dengan penjualan tanah kepada pelabur China adalah palsu dan fitnah.
“Mereka kaya,ekonomi terbesar dunia,mereka tidak ada hajat pun nak jadi warga negara Malaysia”
Katanya ” Mereka akan membelanjakan duit di Malaysia.Mereka membina keluarga,datang tiga atau empat bulan di negara ini,jadi siapa yang untung?.Kitalah yang untung kerana mendapat pendapatan lebih,kita gunakanlah duit itu untuk mengecat flat contohnya”
Harus diingatkan yang akan menyusuli kedatangan orang-orang kaya China bukan orang kaya.Mereka hanya akan jadi jambatan rangkaian kedatangan berbagai tenaga kerja China yang profesional dan bukan profesional, yang tidak kaya yang condong untuk mencari ruang menetap di negara ini.
Ini akan dimudahkan oleh suasana kesuburan rasuah,kepentingan politik dan penyalahgunaan kuasa di negara ini.Apakah ini tidak dapat dibaca oleh Najib.
Saya sendiri menyaksikan permulaan proses kedatangan orang-orang India yang kaya dari Uganda ke London dalam tahun 1975 dengan membawa harta dan wang yang banyak setelah dihalau oleh Idi Amin. Mereka datang dengan teriakan “The Queen is My Mother”
Arus imigrasi ini begitu hebat dan longgar hingga membangkitkan nasionalisme British tetapi kerajaan British terpaksa menerima kerana mereka adalah warga negara Commonwealth dan demokrasi British bagitu luas dan liberal dengan sifat kemanusiaan yang tinggi
Akhirnya apa yang terjadi pada Britain?
Orang India generasi pertama dari Uganda ini setelah diberi peluang menetap di Britain telah membawa saudara mara mereka yang lain dari India yang menurut dakwaan mereka adalah hak mereka.Akhirnya mereka menguasai beberapa bandar besar di Britian. London bukan lagi London yang dahulu, tanpa peradaban Inggeris. London adalah dipunyai oleh warga negara asing dari berbagai negara.Orang Inggeris lari tinggal di daerah yang jauh dari bandar.
Orang India pandai menggunakan kesempatan Britain sebagai negara kebajikan untuk mengambil apa sahaja yang dinikmti oleh orang Inggeris sendiri malah ada yang cuba mengajar saya bagaimana untuk mendapat bekalan letrik dan air percuma.

Transformasi Nasional 2050: Menuju Malaysia tanpa UMNO

Acara lepak santai sambil minum teh tarik di Gombak lewat malam Isnin lepas menyaksikan segerombolan lelaki Melayu pertengahan usia, bersongkok, gendut dan garang misainya tiba-tiba kelihatan manja dan tersipu-sipu, menyambut kedatangan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Kit Siang dijadual beraksi malam itu bersama Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Rashid Asari, serta pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan, Dr Hatta Ramli.
Gerombolan lelaki Melayu pertengahan usia ini semua memakai pakaian merah, sisa-sisa kenangan daripada parti keramat yang telah ditinggalkan namun masih melekat sebagai identiti parti cap bunga raya pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Meski dengan baju merah, songkok tinggi, misai tebal dan berperwatakan panglima Melayu pantang dijentik itu; semua kelihatan sejuk hati berhadapan Kit Siang yang pernah dianggap musuh tradisi. Segala kanta perkauman penuh kebencian yang digunakan untuk memandang Kit Siang sebagai komunis, anti-Melayu, anti-Islam, cauvinis Cina, dan segala yang buruk-buruk selama ini habis tertanggal semua.
Pada saya ini lambang Kit Siang sebagai seorang pemberani, yang sanggup membuka jalan perpaduan dan meleburkan pagar-pagar besi perkauman, berbanding mereka yang sedikit penyegan dan malu-malu mahu berinteraksi kerana kekangan-kekangan komunikasi, budaya dan sebagainya.
Acara anjuran DAP malam itu seakan diambil alih seluruhnya oleh gerombolan parti baru Mahathir. Penuh muka-muka totok UMNO yang sedang perlahan-lahan bertatih menuruti langkah yang telah dirintis Kit Siang sejak 51 tahun lalu.
Bagi saya ini sangat comel. Seperti melihat anak-anak kecil yang baru belajar berjalan, setelah lelah dipimpin tangannya sejak Reformasi 1998.

Tertanggalkah hijab minda Melayu?
Rata-rata mereka yang hadir malam itu punya banyak persoalan yang sudah lama menanti untuk dileraikan. Ya lah, selama dalam UMNO, propaganda yang disaji habis ditelan mentah-mentah tanpa usul periksa. Apabila UMNO telah dibuang jauh ke belakang, dan hijab-hijab yang mengaburi pandangan habis terlerai, maka mulalah bertanya untuk menjernihkan segala yang keruh.
Melihat sendiri bagaimana lapis demi lapis fitnah dan tuduhan yang selama ini dilemparkan kepada Kit Siang akhirnya dibersihkan sendiri oleh tangan-tangan bekas UMNO ini agak menggelikan hati. Pun begitu saya merasa lega. Akhirnya mereka mengaku juga bahawa segala tuduhan yang dilempar kepada Kit Siang dan DAP itu semuanya tidak benar belaka.
Malah ada yang bertanya, “Apa yang DAP telah ambil daripada orang Melayu selama ini? Dan apa pula yang UMNO telah ambil daripada orang Melayu?”
Apa yang aneh bagi saya ialah bagaimana mereka ini memerlukan masa yang begitu lama untuk menyedari kejahatan UMNO selama ini? Adakah tidak cukup maklumat dan ceramah untuk meyakinkan bahawa UMNO itu bobrok dan korup membusuk hingga ke dasar?
Namun lebih aneh lagi ialah apa yang berlaku semalam di Universiti Malaya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berbusana kemeja santai, berucap di pentas bulat dikelilingi ratusan anak muda kelihatan seolah-olah masih punya kredibiliti.
Ya kita tahu, penonton dan tukang soal semua sudah habis ditapis sebelum diizin masuk ke Dewan Tuanku Canselor itu. Cuba kalau benar dibuat acara ‘town hall’ itu secara terbuka. Entah apa bala bakal menimpa. Silap-silap Mahathir pun ada bersama. Tapi itu bukan poin saya.

Apa salahnya kalau DAP nak jawatan TPM?

DAP ada calon Melayu yang boleh jadi TPM. Bukan semestinya calon Cina DAP yang menjadi TPM.
dap-kabinet
Apa salahnya kalau DAP nak jawatan timbalan perdana menteri?
Entahlah.
Barangkali ini pertama kali rakyat menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad memperbetulkan kesilapannya secara terbuka.
Menariknya, beliau melakukannya demi DAP kerana beliau mengakui ada tersilap cakap sehingga menggambarkan DAP ada meminta jawatan timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia memenangi pilihanraya umum ke-14.
Dr Mahathir menjelaskan yang meminta jawatan TPM ialah MCA bukannya DAP.
Cuma hairan mengapa Dr Mahathir tidak mengambil sikap yang sama seperti ketegasannya dalam melabelkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai rasuah dan mengkritik tajaan haji oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun dikritik pelbagai arah.
“MCA pernah minta, jadi apa salahnya DAP minta?” – sepatutnya itulah bunyi jawapan yang mencerminkan sikap Dr Mahathir dalam politik.
Sayangnya tidak. Dr Mahathir memilih untuk meminta maaf. Permohonan maafnya datang selepas pertemuannya dengan Lim Kit Siang sejurus isu TPM ini meletup di sosial media.
Mungkin kedua-dua peristiwa ini tiada kaitan, tapi dalam politik persepsi yang diperjuangkan Pakatan Harapan di mana dua orang memakai baju sama boleh menjadi isu, kedua-dua peristiwa boleh berkait.
Tapi jika difikirkan secara mendalam, apa salahnya kalau DAP nak jawatan TPM? Benda ini tak perlu malu-malu pun kalau ia benar.
DAP ada calon Melayu yang boleh jadi TPM. Bukan semestinya calon Cina DAP yang menjadi TPM walaupun dalam minda orang ramai masih susah hendak memisahkan perkataan Cina daripada nama DAP.
Jika benar, ia juga memudahkan rakyat membuat keputusan untuk mengundi siapa pada PRU14.
Bagi mereka yang gilakan PH, sudah tentu ini sesuatu yang patut diraikan dan dilihat sebagai sesuatu yang melonjakkan sokongan kepada PH.
Ini juga dapat memenuhi salah satu syarat yang dikemukakan pakar strategi PKR Rafizi Ramli bagi membolehkan PH memenangi Putrajaya, iaitu tahap sokongan pengundi Cina yang mengundi PH mesti sama seperti tahap gundi Pakatan Rakyat pada PRU13.

MCA tak pernah minta jawatan TPM sembang Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa MCA pernah meminta jawatan timbalan perdana menteri diberi kepada parti itu seperti yang didakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata sepanjang beliau memegang jawatan nombor satu negara, tidak pernah sekalipun parti komponen Barisan Nasional (BN) itu meminta diberi jawatan nombor dua negara dan jawatan Menteri Kewangan.
"Baru-baru ini didedahkan bahawa DAP meminta minta jawatan TPM dan Menteri Kewangan, bila orang Melayu dah naik marah, dia kata MCA pula. Sejak saya jadi PM, tak pernah MCA minta jawatan TPM. Ini satu pembohongan.
"Saya nafikan dan saya minta MCA juga menafikan. MCA dah dapat tiga jawatan menteri pun dia dah berterima kasih. Jangan banyak sangat U-turn," kata Najib, yang menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai 'jaguh U-turn' kerana sering mengubah pendirian dalam beberapa kenyataan yang dikeluarkannya.
Najib berkata demikian dalam ucapan sambutan ulang tahun ke-60 Kelab Belia Tamil Malaysia di Dewan The Grand, Lukut di Port Dickson, hari ini.
Turut hadir Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Speaker Dewan Negara Datuk Seri SA Vigneswaran, Presiden MyPPP Tan Sri M Kayveas, bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu dan Naib Presiden Gerakan Datuk A. Kohilan Pillay.
Dr Mahathir sebelum ini dilapor berkata DAP mahu jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Menerusi laman blognya pada Jumaat, bekas perdana menteri itu membuat pusingan U dengan memperbetulkan kenyataannya sebelum ini bahawa yang meminta jawatan berkenaan adalah MCA, bukan DAP.
Berucap di hadapan kira-kira 3,000 hadirin, Najib bagaimana pun meminta rakyat supaya jangan terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang sering kali membuat pusingan U.

Masa sudah tamat, kata Dr M kepada PAS

PPBM akan membuat keputusan sama ada PAS boleh berganding kuasa dengan PPBM dalam mesyuarat majlis tertinggi parti tidak lama lagi.
mahathir-pas-6PETALING JAYA: Masa yang diberikan kepada PAS untuk membuat keputusan mengenai pakatan pilihan raya bersama pembangkang sudah tamat, kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kita telah buat keputusan, masanya sudah tiba dan kita akan putuskan dalam mesyuarat majlis pimpinan tertinggi PPBM tak lama lagi,” kata Dr Mahathir pada majlis anjuran Amanah di Ampang malam tadi, lapor Malaysiakini.
Pengesahan oleh Dr Mahathir itu menjawab persoalan yang dibangkitkan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Maszlee Malik, yang mempertikaikan rundingan antara PPBM dan PAS, serta rancangan untuk menyertai Pakatan Harapan.
Bekas perdana menteri berkata penyertaan PPBM ke dalam Pakatan Harapan bukan lagi soal kemungkinan.
“Kalau boleh, kita mahu semua 5 parti (pembangkang) berada dalam satu pakatan. Tetapi malangnya, PAS mempunyai pendiriannya sekali gus menyukarkan proses penyatuan,” katanya dan menambah PAS sebelum ini bertegas tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah.
Dr Mahathir menjelaskan PPBM sebelum ini cuba meyakinkan PAS supaya menyertai pakatan pembangkang itu.
Bagaimanapun, dialog antara kedua parti tidak dihadiri pemimpin paling tinggi PAS, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“PAS hanya diwakili Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden) dan Datuk Mustafa Ali (Pengarah PAS pilihan raya). Mereka tidak menolak tapi dalam masa yang sama tidak juga menerima.
“Jika PAS tak nak sertai pembangkang, PPBM akan berada dalam Pakatan Harapan,” katanya.
Dr Mahathir berkata demikian di sesi bual bicara bersama bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa, dan Maszlee selaku moderator.
Sementara itu, Husam berkata orang ramai perlu faham alasan di sebalik keputusan PAS untuk tidak menyertai blok pembangkang.

SIAPA KATA NAJIB TAK BERANI PERGI SWITZERLAND?

Walaupun tidak hadir dalam Forum Ekonomi Dunia di Davos, Siwitzerland, kelibat Najib Razak tetap "muncul" di persidangan tersebut.

Sudah tentu, berikutan "kemunculan" itu, nama Najib turut menjadi bualan dan sosek-sosek di kalangan para peserta seluruh dunia yang hadir.

"Kemunculan" Najib dalam Forum Ekonomi Dunia itu adalah melalui tayangan di skrin dalam satu sessi di mana kartun Zunar telah dipaparkan  untuk menggambarkan perbezaan antara Najib dengan Donald Trump, Presiden baru Amerika Syarikat.
Dalam lakaran kartun itu, Najib digambarkan menjadi bilionaire kerana jawatan Perdana Menteri yang disandangnya berikutan menerima derma sebanyak RM2.6 bilion, manakala Donald Trump pula adalah bilionaire yang berjaya menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Sebelum ini, ketidakhadiran Najib di forum tersebut dikaitkan dengan penyiasatan yang turut dilakukan oleh Switzerland berkaitan skandal 1MDB. Peguam Negara  Switzerland dilaporkan telah dua kali memohon bantuan MLA dengan negara kita, namun ditolak oleh pejabat Peguam Negara Malaysia.

Hebat kan kita ada Perdana Menteri bernama Najib...hadir atau tidak hadir, namanya tetap menjadi sebutan dan seolah-olah tidak mudah dilupakan oleh minda dunia.

Takutkan Melayu dengan Cina tapi gadai negara kepada China-Komunis


Presiden Amanah Mohamad Sabu berucap di majlis makan malam anjuran Amanah Titiwangsa dan Seputeh malam tadi Presiden Amanah Mohamad Sabu berucap di majlis makan malam anjuran Amanah Titiwangsa dan Seputeh malam tadi
Isu perkauman digunakan untuk mempertahankan kuasa pemerintah dengan menakut-nakutkankan Melayu kononnya Cina akan menguasai negara ini tetapi pada masa sama kedaulatan tanah air digadai kepada Republik China, tegas Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Menurutnya ketika berucap sempena Majlis Makan Malam di Ampang malam tadi, sentimen rasisme diguna sehabis-habisnya sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan paling ketara PRU13 juga dijangka berterusan pada pilihan raya akan datang.
"Kita lihat di media sosial dilancarkan bertubi-tubi jangan diizinkan DAP perintah Malaysia. Nanti Cina akan kuasai kita. Di kuliah-kuliah masjid seluruh negara seolah-olah tanpa sekatan dimainkan isu perkauman ini.
"Jangan jadi macam Singapura. Lihat Cina memerintah, masjid pun ditutup. Propaganda seperti ini sengaja dibiar untuk melahirkan ketakutan di kalangan Melayu untuk tidak mengubah undi pada PRU akan datang.
"Pada masa sama, merekalah yang sekarang ini menggadaikan negara ini kepada China sehingga menjadi kegelisahan sebahagian besar rakyat. Dimainkan jaga negara, kalau jatuh Malaysia, DAP perintah Malaysia tetapi tempat-tempat strategik negara dianugerahkan kepada syarikat-syarikat negara tersebut," ujarnya.
Beliau berkata, Pakatan Harapan tidak menolak kepentingan pelaburan asing tetapi hal berkenaan harus terkawal dan tidak mengancam kedaulatan tanah air.
"Kita mahu pelabur asing tetapi biar mereka datang dengan terma syarat ditentukan oleh negara yang memberi manfaat kepada rakyat bukannya mereka datang sehingga boleh menguasai sesuatu tempat," tegasnya dalam program anjuran Amanah Titiwangsa dan Seputeh itu.

'Dr Mahathir diktator politik' - Dr Zuhdi

Seorang wartawan Utusan Malaysia telah menghubungi saya bertanya tentang kenyataan Dr Mahathir dalam Malay Mail Online bertajuk "Dr M Says Does'nt Need PAS, Can Beat Islamist Party".
Beliau bertanya: "Apa pandangan Dr mengenai hal ini? Adakah Dr Mahathir sengaja membuat kenyataan begini untuk merendahkan PAS?"
Saya memberitahu beliau: Pada pandangan saya, memang Dr Mahathir sengaja mengeluarkan kenyataan ini, tetapi bukan kerana ia memandang rendah terhadap PAS, sebaliknya dia bimbang dengan pengaruh PAS.
Kenyataan seperti ini adalah sebahagian dari strategi politik beliau.
Dr Mahathir adalah seorang diktator politik, dan atas sifat itulah beliau berkonfrontasi dengan semua perdana menteri yang berada di atasnya, daripada Tunku Abdul Rahman sehingga perdana menteri sekarang.
Kalaupun boleh dikecualikan ialah di zaman Tun Abdul Razak.
Dengan sifat diktator politik inilah Dr Mahathir mencantas semua pimpinan Umno dan timbalan perdana menteri yang menggugat kedudukannya, daripada Tengku Razaliegh sehingga Anwar Ibrahim.
Malah beliau juga pimpinan politik yang berani menyanggah raja-raja Melayu.
Sekarang beliau berada bersama blok pembangkang, dan dengan sifat diktator politik ini, beliau mahu kesemua parti dan pimpinan pembangkang untuk tunduk kepada gerakan politiknya.
Sekarang beliau berjaya meletakkan dirinya sebagai ketua kepada PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia - BERSATU), PKR, DAP dan PAN (Parti Amanah Negara - AMANAH).
Anwar Ibrahim sudah berjaya beliau tenggelamkan. Lim Kit Siang telah berjaya beliau jinakkan. Mohamad Sabu telah berjaya beliau mandulkan.
Mahfuz Omar telah berjaya beliau perbudakkan.
Dengan pengertian lain, beliaulah sebenarnya ketua blok PH (Pakatan Harapan - HARAPAN) untuk melawan BN.

Pas hantar 'diplomat' bermanis-manis muka, kata Husam


Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa berkata strategi tiga penjuru boleh digunakan ke atas Pas di Kelantan pada pilihan raya akan datang jika parti tersebut menganggu gabungan pembangkang di luar negeri ituPenasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa berkata strategi tiga penjuru boleh digunakan ke atas Pas di Kelantan pada pilihan raya akan datang jika parti tersebut menganggu gabungan pembangkang di luar negeri itu
Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa menyifatkan terdapat dua paksi dalam Pas yang perlu difahami supaya gabungan parti pembangkang tidak membuang masa ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir.
"Tidak dinafikan ada dua paksi dalam Pas. Bila Pas nak berunding dengan rakan-rakan pembangkang untuk melengahkan mereka, Pas akan hantar Datuk Tuan Ibrahim dan Datuk Mustafa Ali sebagai 'diplomat' untuk bermanis-manis muka, membuang masa pembangkang.
"Tetapi yang memegang keputusan utama adalah komponen pemimpin yang lain. Kalau kita gagal memahami kedudukan ini kita akan diheret," tegasnya ketika slot 'hard talk' yang turut dihadiri Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad di Ampang malam tadi.
Sehubungan itu, beliau berkata, strategi tiga penjuru boleh digunakan ke atas Pas di Kelantan pada pilihan raya akan datang jika parti tersebut menganggu gabungan pembangkang di luar negeri itu.
"Ada pelbagai cara. Saya melalui Amanah Kelantan menggunakan strategi tiga penjuru Pas ke atas parti itu. Mereka kena ingat strategi yang sama boleh dikenakan terhadap Pas di Kelantan.
"Dengan strategi tiga penjuru, bukan saja Pas akan hilang kerajaan yang satu-satunya Pas ada tetapi InsyaAllah parti yang menjadi alternatif kepada Barisan Nasional di Kelantan adalah Bersatu, Amanah dan Pakatan Harapan.
"Dalam konteks Pas di Kelantan, sokongan utama kepada Pas datang dari saluran 1 tetapi daripada kajian, saya dapati mereka juga paling tinggi menolak kerjasama Pas-Umno. Jadi, jangan terkejut kalau Amanah menang di Kelantan," jelasnya diikuti tepukan gemuruh hadirin di dewan De Palma Hotel Ampang itu.
Mengulas lanjut tentang kewujudan PPBM, Husam dalam slot yang dimoderatorkan pensyarah Dr Maszlee Malik itu berpendapat parti berlogokan bunga raya berkenaan penting dalam menangkis ketakutan orang Melayu.
"Saya sangat menghargai Bersatu kerana membantu menghilangkan kebimbangan orang Melayu jika mereka ingin menukar kerajaan. Tempat Umno itu sudah ada pihak yang datang bersama dalam susunan pembangkang dengan syarat ada sinergi dengan gerakan Datuk Anwar Ibrahim.

'Kalau PAS tak nak, biarlah' - Tun M

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tempoh untuk PAS berbincang untuk mengadakan kerjasama dengan gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) sudah berakhir.
"Kita telah buat keputusan, masanya sudah tiba dan kita akan putuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU tak lama lagi," kata Dr Mahathir pada majlis dialog anjuran Parti Amanah Negara (AMANAH) Titiwangsa dan Seputeh di Ampang, malam tadi.
Turut menjadi panel, pimpinan AMANAH, Datuk Husam Musa.
Dr Mahathir berkata demikian bagi menjawab soalan diajukan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik, yang menjadi pengerusi program berkenaan.
Maszlee bertanya sehingga bilakah pakatan pembangkang memberi masa kepada PAS untuk bersatu dalam satu barisan menghadapi BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Kata Dr Mahathir, penyertaan BERSATU dalam HARAPAN bukan lagi berstatus "kemungkinan" sebaliknya ia sudah diputuskan pimpinan tertinggi parti berkenaan.
Menurut bekas perdana menteri dan presiden Umno itu, BERSATU memberi lebih masa kepada PAS bagi membolehkan parti berkenaan memberi pandangan serta berbincang.
Selepas BERSATU menyatakan syarat yang dikehendaki, kata Dr Mahathir, PAS pula selepas sekian lama tidak memberi jawapan.
"Hasrat BERSATU, jika PAS tak nak sertai HARAPAN, BERSATU akan berada dalama Pakatan Harapan. Kalau PAS tak nak, (biar) tak naklah," katanya.
Tolak tidak, terima pun tidak
Pada masa sama Dr Mahathir mengulangi pandangan dikongsi hampir semua pembangkang, iaitu BN harus ditentang secara satu lawan satu pada PRU ke-14 nanti.
"Kalau boleh, kita mahu semua lima parti (pembangkang) berada dalam satu pakatan. Tetapi malangnya, PAS mempunyai pendiriannya sekali gus menyukarkan proses penyatuan.
"PAS kata tak akan bersama dalam satu gabungan yang ada DAP dan AMANAH. Tapi, tak ada dua parti ini maknanya tak adalah kelima-lima parti yang menentang BN.
"Jadi BERSATU sedang cuba untuk meyakinkan PAS supaya dengan adanya PAS dalam gabungan pembangkang, lebih besar kemungkinan untuk menang namun malangnya sampai hari ini tak dapat persetujuan walaupun ada beberapa perbincangan diadakan," katanya.

Pas rumitkan pengukuhan pembangkang, akui Tun M


Mahathir bertegas pihak yang pecah belahkan pembangkang adalah penyokong NajibMahathir bertegas pihak yang pecah belahkan pembangkang adalah penyokong Najib
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui Pas merumitkan pengukuhan gabungan pembangkang dalam mendepani Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui Pas merumitkan pengukuhan gabungan pembangkang dalam mendepani Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Kita mahu semua parti yang tidak bersetuju dengan Umno-BN bersama dalam satu badan gabungan. Pada waktu ini, kita dapati ada Pakatan Harapan yang mengandungi tiga parti dan Bersatu (PPBM) di luar juga Pas yang berada di luar. Seboleh-bolehnya semua parti ini perlu berada dalam satu gabungan.
"Malangnya, hari ini kita dapati parti Pas sendiri mempunyai pendirian yang menyukarkan proses perpaduan iaitu Pas menyatakan tidak akan bersama dalam satu gabungan yang terdapat DAP dan Amanah," ujarnya dalam sesi 'Hard Talk': Menjana Harapan Rakyat di Ampang malam tadi.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, PPBM sedang cuba untuk meyakinkan Pas supaya berada dalam gabungan parti pembangkang yang lebih besar bagi mencapai kemungkinan untuk menang.
"Malangnya sehingga kini, kita tidak dapat persetujuan walaupun ada beberapa perbincangan yang dihadiri pemimpin Pas yang diwakili Tuan Ibrahim dan Mustafa Ali tetapi Presiden (Pas) Haji Hadi tidak dalam sebarang perbincangan.
"Mereka tidak menolak tetapi pada masa sama tidak bersetuju. Kita berada dalam keadaan serba-salah. Kita memberi masa kepada mereka dan memberi pandangan kita kepada mereka untuk berbincang," jelasnya sempena Majlis Makan Malam anjuran Amanah Titiwangsa Seputeh itu.
Lanjut mendedahkan sikap dingin Pas, Mahathir yang baru-baru ini digelar Najib sebagai 'jaguh U-turn' itu bertegas bahawa PPBM akan menyertai Pakatan Harapan sekiranya Pas masih bersikap sedemikian.

PAJAKAN 99 TAHUN ATAU PEGANGAN BEBAS?

Najib Razak berkata, Tun Mahathir Mohamad telah melakukan fitnah besar terhadap kerajaan negeri Johor dan Malaysia berhubung kenyataannya mengenai projek Forest City di Johor Bahru.

Perdana Menteri menafikan dakwaan Tun Mahathir kononnya seramai 700 ribu warga China akan dibawa masuk dibawah projek itu dan diberi kerakyatan.

"Bila kerajaan Johor luluskan Forest City, bila tanah itu ditebus, reclaim land, kita jual kepada orang luar atas leasehold (pegangan pajak) untuk tempoh 99 tahun sahaja.

"Bila mereka membeli rumah, rumah itu di atas tanah kita. Jadi, di mana soal kedaulatan negara kita terkorban," kata Najib lagi.
Petikan berita diatas adalah bersumberkan Bernama, sebuah agensi kerajaan yang turut dipetik oleh beberapa portal, antaranya Sinar Harian.


Tetapi kemudian tersebar di media sosial satu papan iklan Forest City yang memberitahu tanah di situ adalah freehold (pegangan bebas) dan bukannya pajakan 99 tahun sebagaimana yang disebut Najib.

Jadi, mana satu yang betul? Pegangan bebas atau pajakan?
Untuk lebih lanjut, apa kata layari pula laman web Forest City sendiri - http://www.forestcitycgpv.com/en/garden.aspx?type=2

JANJI ALLAH ITU PASTI..

Mari Kenali Pemimpin Munafik !!!

Hari ini kita dpt lihat detik2 nazak Najib berbohong saban hari..

Apa lagi yg Najib berbohong kpd rakyat yang terkini setakat ini ??

KANTOI BERBOHONG LAGI...!!!



TAHUKAH ANDA..
Laman sesawang http://www.forestcitycgpv.com/ dan beberapa papan tanda mengesahkan status hartanah di #ForestCity adalah 'freehold' (hak milik kekal).

TETAPI KENAPA Najib Razak bgtau rakyat satu negara status hartanah di Forest City adalah " leasehold (pegangan pajak) untuk tempoh 99 tahun sahaja." ??!!

SIAPA PEMBOHONG SEBENARNYA ?

Laman sesawang Forest City
http://www.forestcitycgpv.com/en/garden.aspx?type=2

Bernama:
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/sp/newssports.php?id=1321767

Petikan asal SINAR HARIAN bersumberkan BERNAMA:
http://www.sinarharian.com.my/nasional/forest-city-kenyataan-tun-m-fitnah-besar-1.614440

Jawatan TPM-DAP untuk Melayu mudah lupa, kata Hadi