Khamis, 19 Januari 2017

KALAU IDEA TUN MAHATHIR SUDAH LAPUK, APA PULA IDEA SEGAR SALLEH?

Banyak idea Tun Mahathir Mohamad mengenai bagaimana sesuatu perkara itu perlu dilakukan dikatakan sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi berkesan.

Dalam lain perkataan, banyak idea beliau dianggap sudah lapuk sebenarnya.

Selain itu, Tun Mahathir juga dinasihatkan agar meningkatkan pengetahuan bagaimana sesuatu perkara itu dilakukan serta memahami maksud globalisasi.

Wowww...mesti yang berkata demikian jauh lebih hebat berbanding Tun Mahathir.

Siapakah orangnya? Tidak lain yang berkata sebegitu ialah Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Sebagaimana yang kita semua tidak mampu nafikan, idea-idea Tun Mahathir bukan saja cemerlang ketika beliau berkuasa selama 22 tahun dahulu, bahkan wibawanya masih kekal disanjung dunia sehingga sekarang.

‘Jika Pakatan menang lagi di Selangor, PAS tiada peranan’

Ia merupakan pilihan parti Islam itu sendiri kerana enggan menyertai Pakatan Harapan, kata Amanah.
salahuddin-1
PETALING JAYA: Amanah berkata ia akan menggantikan PAS dalam sebarang kerajaan yang dibentuk oleh Pakatan Harapan (PH) sekiranya menang lagi di Selangor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, ia juga akan menyaksikan PAS tidak lagi menjadi sebahagian kerajaan negeri Selangor seperti sekarang, di mana ia masih diwakili dalam kerajaan campuran yang turut melibatkan musuhnya DAP.
“Selagi mana PAS tidak masuk dalam PH, kita tidak akan ambil kira mereka,” katanya kepada FMT.
PH yang menyatukan PKR, DAP dan Amanah di samping kerjasama dengan PPBM, menggantikan Pakatan Rakyat yang terkubur ekoran perselisihan PAS dan DAP.
Amanah ditubuhkan pada lewat 2015, selepas kemenangan puak yang mahu PAS lebih tegas mempertahankan matlamatnya melaksanakan undang-undang syariah yang lengkap dengan hudud, sesuatu yang tidak dipersetujui rakan komponen lain.
PAS kini mempunyai 13 kerusi daripada 56 kerusi negeri di Selangor, manakala 3 daripada exco negeri diwakili parti itu.
Negeri itu ditawan daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya 2008, dan sekali lagi dengan majoriti lebih besar pada 2013.
Salahuddin berkata, PAS kini berdiam diri dan tersangkut dalam isu melibatkan Selangor kerana parti Islam itu mempunyai kepentingan dan masih lagi memegang tampuk kuasa di peringkat exco.
“Mereka tersangkut di situ kerana kuasa, bukan demi akidah sangat. Yang lain mereka maki hamun, tetapi di Selangor tidak, ia kerana mereka ada kuasa,” katanya.
Masa depan Umno
Salahuddin berkata salah satu sebab utama Pakatan akan terus memerintah Selangor adalah disebabkan kurangnya pemimpin berkaliber BN, khususnya Umno.

SKANDAL FELDA: DULU SIBUK MEMBELI, SEKARANG SIBUK MENJUAL....

Ketika Felda dipengerusikan oleh Isa Samad, agensi itu sibuk membeli banyak hotel serta hartanah di dalam dan luar negara. Di London saja, Felda membeli dua hotel ketika era Isa Samad. 

Dengan bangganya, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu pernah mengumumkan bahawa Felda sudah memiliki 12 hartanah di dalam dan luar negara.
Tumpang seronoklah para peneroka dengan berita itu kerana ia dikhabarkan turut menandakan kejayaan mereka, di samping mampu menambah pendapatan Felda, meskipun mustahil bagi peneroka di Jempol atau Pengerang misalnya, untuk menjejakkan kaki hingga ke London sama.

Tetapi, sebaik saja tempat Isa Samad di Felda digantikan dengan Shahrir Samad, beliau kini sibuk pula mahu menjual hotel dan hartanah tersebut.
Tidak saja hotel di London, bahkan Shahrir memberitahu, lebih banyak aset dan hartanah Felda akan dijual pada tahun ini.

Alasannya, Felda mahu mengukuhkan aliran tunai, selain aset-aset tersebut tidak dikatakan memberi pulangan yang baik.
Selain itu, tambah Shahrir lagi, aset-aset di luar negara itu tidak mempunyai "nilai sentimental"  kepada rakyat negara ini.

Kalau tidak memberi pulangan yang baik, tujuan membeli dulu atas sebab apa?

Pokoknya, antara dua anak "Pak Samad"  ini, yang dulu sibuk membeli, yang mengganti sibuk menjual.
Kata orang-orang di kedai kopi, kalau ketika membeli mungkin ada pihak-pihak tertentu akan mendapat komisyennya, ketika menjualnya kembali, adakah pihak lain pula akan mendapat komisyen juga?

Peneroka juga yang melopong akhirnya...

Masalah hak asasi manusia di Malaysia, apa UMNO-BN buat?

GEORGE TOWN, 18 JAN: Keyakinan masyarakat antarabangsa dan tempatan terhadap situasi merosot hak asasi manusia di negara ini harus dikembalikan melalui beberapa tindakan serius oleh Kerajaan Persekutuan.
Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto berkata, langkah itu termasuk memansuhkan Akta Hasutan, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) serta undang-undang lain yang menghalang kebebasan bersuara.
“Malaysia, sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen  bertanggungjawab menjamin hak kebebasan bersuara, berhimpun, beragama dan kebebasan rakyat untuk menyertai mana-mana badan atau persatuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Oleh itu, bagi menjunjung undang-undang tertinggi ini, amat wajar bagi kerajaan untuk memansuhkan sebarang akta yang menggugat hak asasi manusia demi membersihkan imej negara yang tercalar di mata dunia,” katanya kepada Roketkini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Laporan Human Rights Watch (HRW) 2017 yang dikeluarkan pada Khamis minggu lalu yang mendapati prestasi hak asasi manusia di negara ini “merosot dengan ketara” sepanjang tahun lepas.
Laporan setebal 687 halaman membabitkan lebih 90 negara itu menyentuh antara lain hukuman penjara 18 bulan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang dihadapi Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli ekoran pendedahan sebahagian laporan audit syarikat milik penuh negara, 1MDB.
Hukuman di bawah akta tersebut dilihat ramai pemerhati sebagai usaha kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) mengekang kritikan sesetengah pemimpin pembangkang yang lantang menyuarakan kebimbangan mereka mengenai skandal kewangan membabitkan syarikat itu.

Pas tidak akan jadi ‘king maker’: Amanah

SHAH ALAM – Pas tidak akan menjadi ‘king maker’ (penentu kemenangan) untuk PRU14 akan datang, kata Ketua Organisasi Parti Amanah Negara (Amanah), Suhaizan Kaiat.
Katanya, strategi politik makan keliling yang dimainkan Pas sekarang bukan sahaja akan menyebabkan parti itu rugi, malah turut menyebabkan tersisih daripada arus perdana  politik negara.
suhaizan-kaiat “Tujuan Pas adalah untuk BN atau Pakatan tidak boleh menang besar dalam PRU sehingga tidak boleh membentuk kerajaan yang kukuh.
“Sekiranya itu berlaku, maka Pas akan menjadi king maker untuk mana-mana pihak membentuk kerajaan,” katanya dalam kenyataan.
Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali semasa Majlis Perasmian Mesyuarat Agung cawangan Pas Kota Bharu 15 Januari lalu telah menyatakan keputusan Majlis Syura Pas.
Antaranya adalah Pas tetap akan berlawan dengan BN pada PRU akan datang.
Pas juga tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah, sebaliknya mahu bekerjasama dengan Bersatu dan PKR.
“Agenda Pas untuk melawan BN pada PRU akan datang adalah untuk mengurangkan kemenangan BN. Agenda Pas menentang Amanah dan DAP juga adalah bertujuan untuk mengurangkan kemenangan Pakatan Harapan.
“Agenda Pas untuk berbaik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PKR pula adalah bertujuan untuk memecah belahkan Pakatan Harapan,” katanya lagi.

Jurang kaya-miskin antara masalah utama persekolahan Malaysia, kata pengkaji

Di Malaysia, sistem pendidikan lebih menguntungkan kelas atasan dan pertengahan dan ini dapat dilihat dalam penguasaan bahasa di kalangan mereka.
Woolcock
SUBANG JAYA: Kajian 18 bulan seorang profesor Universiti Harvard dari Amerika Syarikat mengenai sistem pendidikan di Malaysia mendapati jurang besar golongan kaya dan miskin, di mana golongan miskin jauh ketinggalan.
“Sistem pendidikan berfungsi dengan baik untuk golongan atas, tetapi cabaran besar adalah menjadikan ia berfungsi kepada semua orang, termasuk penduduk luar bandar dan masyarakat terpencil,” kata Profesor Michael Woolcock kepada FMT.
Satu daripada penemuan Woolcock ialah lebih separuh (51%) daripada golongan pekerja kilang tidak pandai membaca buku panduan atau melakukan prosedur asas.
“Mereka tidak dapat menggunakan teori atau memahami bahasa Inggeris. Ia bukan isu geografi,” katanya kepada FMT.
“Di Malaysia, ia adalah isu kelas. Jika mahu satu sistem berjaya, ia perlu berkesan buat semua orang.”
Woolcock merupakan antara panelis Forum Dasar Awam Asia 2016 yang dianjurkan bersama Harvard Kennedy School dan Jeffrey Cheah Institute of Southeast Asia di sini semalam.
Beliau turut mengakui halangan terbesar dalam penguasaan bahasa Inggeris.
Katanya, seperti negara Eropah, wujud perbahasan hangat sama ada penggunaan bahasa Inggeris akan menjejaskan penggunaan bahasa ibunda.
“Perbahasan sedemikian sering berlaku tetapi mereka berjaya mencari jalan penyelesaiannya. Mereka mengajar bahasa Inggeris dengan baik sehinggakan warga Eropah fasih 2 bahasa itu (bahasa Inggeris dan bahasa ibunda mereka).”
Menurutnya, di Iceland, mereka mengambil serius bahasa ibunda.
“Tetapi, mereka mengakui mereka berasal dari sebuah negara kecil dan jika mereka hanya boleh berbahasa Iceland, ekonomi mereka mungkin tidak berfungsi kepada keperluan ekonomi dunia.
“Semua orang bercakap bahasa Iceland dan Inggeris. Mereka belajar bahasa Inggeris untuk berniaga dengan orang Itali, Sepanyol dan orang lain.”
Sebaliknya, di Malaysia, mereka yang bertutur dalam bahasa Inggeris adalah daripada kelas atasan dan pertengahan.
Woolcock berkata, sistem pendidikan perlu memanfaatkan semua lapisan masyarakat.
Sebagai contoh, beliau berkata, kajian beliau di Palestin menunjukkan sebuah sekolah di tengah zon perang mendapat markah tinggi bertaraf antarabangsa.

Skandal Felda: Tiada keperluan sahut cabaran Pengarah NOW


KUALA LUMPUR - Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, tiada keperluan untuknya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan ketirisan dalam syarikat berkaitan kerajaan itu.
Shahrir menegaskan negara ini mempunyai sistem perundangan dan pihak berkaitan "tahu" dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.
"Semua itu nak dicabar, hanya cakap-cakap. Banyak orang buat kerja mereka sendiri, negara ini ada sistem, bukan tunggu cabaran personaliti atau tokoh-tokoh untuk kita buat kerja," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas cabaran Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir supaya Felda membuat laporan kepada SPRM mengenai ketirisan dialami syarikat berkaitan kerajaan itu.
Akmal dalam kenyataan hari ini mencabar Shahrir membuat laporan kepada pihak berkuasa termasuk polis dan SPRM untuk menyiasat sama ada Felda mempunyai unsur jenayah atau rasuah akibat berlaku ketirisan.
Terdahulu, Shahrir yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Indienomics dan Mahasiswa Turun Parlimen (Mantap).

Tahniah Tun M, Anda serang di sasaran yang tepat!


Oleh : Mohamed Hanipa Maidin
Kini, hampir setiap hari TV3 menyerang Tun Mahathir khususnya menerusi Buletin Utama berhubung kenyataan Tun Mahathir yang mempersoalkan adakah haji yang dilakukan dengan wang 1MDB akan mendapat status haji mabrur.

Bagi saya, kritikan Tun Mahathir itu betul betul memberi tekanan kepada Najib kerana kritikan itu sepertimana orang putih kata " hit the nail on the head" ( " betul betul kena kat tempat yang sesuai ) Mengapa saya kata begitu ? Jawabnya , Najib terpaksa guna puak puak agama untuk mempertahankan dirinya dan 1MDBnya. Maka kita dengarlah pelbagai fatwa dari puak puak agama yang sokong Najib menghentam Tun Mahathir hampir setiap hari.
Saya tidak suka tonton TV3 tetapi tertonton di rumah Buletin Utama yang siarkan kritikan puak agama ke atas kenyataan Tun Mahathir tersebut. Maka saya dapat melihat ada puak agama yang pertikai kelayakan Tun Mahathir bercakap soal ibadah haji atau soal agama.
Yang lebih melucukan ada puak agama yang mempertahankan tindakan orang yang pergi haji guna wang 1MDB kerana wang itu digunakan untuk menolong mereka yang miskin dan tidak berkemampuan untuk tunaikan haji.
Dalam hati , saya berbisik" apa punya hujah lah ni ?" . Tidakkah puak agama yang guna hujah ini sedar, tidak seperti ibadat lain, ulama meletakkan syarat antara lain kemampuan kewangan bagi mewajibkan orang yang ingin tunaikan haji ? Dengan lain perkataan, jika tidak ada duit nak tunai haji, gugurlah kewajipan itu.
Jika tunaikan haji ini boleh dilakukan oleh semua orang , apa gunanya Islam letakkan syarat kemampuan itu.Jika haji kena dilakukan tanpa kira orang itu tidak mampu atau miskin, salahkah jika orang miskin mungkin perlu mencuri supaya dapat duit untuk pergi haji?

China Komunis sedang beri ‘gundik dan candu’ khayalkan Malaysia

“Tidak hairanlah kalau Malaysia dan Singapura sedang digula-gulakannya seperti hulubalang (warlords) China zaman silam mengkhayalkan Maharaja China dengan gundik-gudik dan candu.”

Demikian kata bekas Ketua Pengarang New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin yang mengulas kebelakangan ini China amat selesa dengan Malaysia dan mula akrab dengan Singapura selepas kematian Lee Kuan Yew pada 2015.

Beliau berkata, China kini memperluaskan hegemoninya secara tersirat melalui kuasa tentera dan tersurat melalui ekonomi, di mana Malaysia dan Singapura dianggap sebagai sebahagian daripada ‘wilayahnya’ di bawah projek ‘one belt one road’ (Obor).

Katanya, di bawah projek Obor inilah China sangat agresif memasarkan teknologi kereta apinya kepada Malaysia dan Singapura serta memberi pinjaman berbilion ringgit bagi melaksanakannya.

“Kalau pada zaman silam semua laluan dikatakan berakhir di Rom, di bawah Obor, semua laluan, khususnya kereta api, berakhir di Beijing.

“Bagi Najib (Datuk Seri Najib Razak) yang sedang lemas dalam hutang 1MDB dan musibah pertumbuhan ekonomi yang mendatar, dasar China ini umpama pucuk dicita ulam mendatang.

“Beliau mengambil kesempatan menjual dan menggadaikan aset negara, khususnya tanah, kepada China untuk menimbus bangkai 1MDB,” kata wartawan veteran itu dalam blog beliau hari ini.

A Kadir berkata, setelah berjaya menjinakkan negara-negara yang bersempadan dengannya melalui kuasa tentera dan ekonomi, kini China berusaha menjinakkan pula negara-negara barisan kedua seperti Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia.

Mohd Amar : Sudah 2 kali bincang kerjasama Pas-Bersatu

Mohd Amar Nik Abdullah KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akui parti itu mengadakan perbincangan untuk membentuk kerjasama politik dengan Bersatu.
Bagaimanapun Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, sehingga kini belum ada sebarang keputusan dimuktamadkan setelah dua sesi perbincangan diadakan.
"(Kita akui) ada jumpa (Bersatu), sudah dua kali perjumpaan dibuat, kalau DAP tak puas hati nak buat macam mana," katanya selepas mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan.
Sebelum ini, Ketua Penerangan Pemuda Pas, Fadhli Shaari yakin sebarang usaha ke arah kerjasama antara Pas dan Bersatu boleh dilakukan walaupun beberapa kenyataan negatif dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed.
Mengulas mengenai ketidakhadiran parti itu di pelancaran Bersatu Sabtu lalu, beliau berkata, pihaknya mempunyai alasan tersendiri.
"Antara faktornya beliau berkata, majlis itu dihadiri Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.
"Pendirian kita, kalau ada DAP dan Amanah, kita tak akan bersama, itu jelas," katanya.
Dalam masa yang sama Mohd Amar ketika menjawab dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa Pas memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau berkata ia adalah kenyataan yang tidak tepat.
"Lim Kit Siang kena cerdik sikit, jangan buat kenyataan tak menentu, sebab itu tuduhan, bila pula kita nak sokongan Najib. pilihan raya memang  pun (Pas) lawan Umno," katanya.

Sertai program Pakatan Harapan, Mahfuz memang cabar PAS - Daeng Sanusi

Tetapi pengerusi disiplin PAS berkata tindakan terhadapnya tidak boleh diambil kerana sehingga hari ini jawatankuasa itu masih tidak menerima laporan daripada ahli parti.
daeng-mahfuzPETALING JAYA: Pengerusi Siasatan Jawatankuasa Disiplin PAS berkata Datuk Mahfuz Omar mencabar pucuk pimpinan parti apabila masih terus terbabit dalam program anjuran Pakatan Harapan.
Bagaimanapun, Datuk Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok berkata tiada tindakan boleh diambil ke atas Mahfuz kerana sehingga kini belum menerima laporan daripada ahli parti terhadap ahli Parlimen Pokok Sena itu.
“Tindakan Mahfuz memang mencabar PAS. Tapi, untuk mengambil tindakan selanjutnya, ia bergantung pada pertimbangan pimpinan PAS. Kalau ada laporan, kami akan teliti.
“Jawatankuasa Disiplin PAS hanya menunggu laporan, jika ada laporan kami akan bertindak. Tetapi setakat ini masih tidak ada laporan lagi,” katanya kepada FMT.
Mahfuz sebelum ini secara terbuka menghadiri program anjuran Pakatan Harapan termasuk himpunan Bersih 5 dan terbaru hadir ke majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Malah, Mahfuz yang juga bekas ketua penerangan PAS itu turut mengkritik partinya apabila tidak menghantar wakil pada majlis itu dan menyifatkan PAS seolah-olah enggan menjalinkan kerjasama bersama gabungan pembangkang seperti diingini rakyat.
Sementara itu, Mahfuz ketika dihubungi FMT berkata beliau percaya tidak melakukan sebarang kesalahan yang boleh menyebabkan dikenakan tindakan dan dilucutkan keahlian.
“Saya tidak fikir pemimpin PAS akan ambil tindakan jika saya tidak buat salah, pemimpin PAS masih lagi rasional.

Pandangan terhadap pelaburan China Komunis ke Malaysia


Perana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak (kiri) ketika bertemu dengan Presiden China Xi Jinping ketika lawatan rasmi beliau ke negara itu tahun lalu.Perana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak (kiri) ketika bertemu dengan Presiden China Xi Jinping ketika lawatan rasmi beliau ke negara itu tahun lalu.
Pelaburan negara China bernilai RM144bilion melalui 14 memorandum atau perjanjian usaha sama ‘business to business’(B2B) yang dijalin dengan Malaysia jika gagal dikawal oleh kerajaan berkemungkinan negara tidak akan mendapat limpahan nikmat daripada perjanjian yang dimeterai itu.
Malah dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini ada kewajarannya jika pelaburan dari China dalam bidang pertahanan, ekonomi, pertanian, pendidikan, kewangan dan pembinaan itu boleh mengugat kedaulatan negara sekiranya Malaysia menerima pelaburan lansung asing (FDI) membabitkan pinjaman kewangan dan pembelian tanah bukan hanya pemindahan teknologi dan tenaga kerja ke negara ini semata-mata .
Dalam satu pertemuan diadakan Malaysia Dateline dengan sumber (tidak didedahkan) menjelaskan, pelaburan FDI agak berbeza dengan pinjaman, yang mana sesuatu pelaburan dari luar negara ke Malaysia, tidak perlu membayar balik modal yang dilaburkan.
“Pelaburan FDI biasanya Malaysia boleh mengenakan syarat supaya ianya dilibatkan dengan syarikat dan tenaga kerja tempatan supaya teknologi secara tidak lansung dapat dipindahkan.
“Jika pelaburan dalam bentuk pinjaman kewangan, untuk memajukan negara keupayaan kerajaan untuk membayar balik pinjaman itu perlu difikirkan dengan kadar faedah tertentu.
“Sekiranya perjanjian usahasama B2B dalam enam bidang keutamaan itu gagal dikawal berkemungkinan, Malaysia tidak mendapat limpahan nikmat dari usahasama yang dijalin dengan China,” ujar sumber itu.
Sebanyak 14 memorandum atau  perjanjian usahama China ke Malaysia meliputi bidang pertahanan, ekonomi, pertanian, pendidikan, kewangan dan pembinaan.Sebanyak 14 memorandum atau perjanjian usahama China ke Malaysia meliputi bidang pertahanan, ekonomi, pertanian, pendidikan, kewangan dan pembinaan.
Sekiranya negara meminjam wang adalah lebih wajar memastikan agar sesuatu projek yang akan dilaksanakan kelak berdaya maju supaya mampu membayar balik jumlah pinjaman.
Dengan melakukan analisa daya maju ianya boleh mengetahui kemampuan negara untuk membayar semula pinjaman pada tempoh masa tertentu.
Ditanya kesesuaian jalinan usahasama membabitkan China dan Malaysia dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu hari ini Laporan International Monetory Fund (IMF) dijadikan penanda aras.
“Jika melihat kepada Laporan International Monetory Fund (IMF) menunjukkan harga komoditi yang lain turut menurun sebanyak 19%, ini bermakna hasil dari sumber komoditi juga akan menyusut.
“Tidak dinafikan nilai mata wang Malaysia telah jatuh rendah berbanding dengan mata wang Amerika dan lain-lain negara.

Malaysia hadapi masalah kewangan punca China Komunis dipilih bina ECRL

Malaysia bukan sahaja menghadapi masalah kewangan untuk membiayai perbelanjaan pembangunannya, malah untuk membayar insentif seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) seperti diumumkan dalam Belanjawan 2017 lalu.
Profesor Adjunct Pengajian Ekonomi dan Pembangunan di Universiti Malaya (UM), Tan Sri Kamal Salih berkata, keadaan ini menyebabkan Kerajaan Persekutuan terpaksa mencari sumber lain yang membolehkan dana asing mengalir masuk ke dalam negara dengan menyerahkan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) kepada China.

“Kerajaan menghadapi masalah kewangan yang boleh dibelanjakan untuk pelaburan, membangunkan infrastruktur, memberi insentif termasuk untuk membayar BR1M dan sebagainya untuk menampung sara hidup rakyat.
“Dia tidak ada sumber lain melainkan terpaksa meminjam tetapi sumber pinjaman terbatas disebabkan kos pinjaman kita semakin tinggi,” kata bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) itu kepada SelangorKini.
Bagaimanapun jelasnya, Kerajaan Persekutuan perlu mengkaji bagaimana langkah itu mampu memberi kesan pengaruh China terhadap Malaysia.
Terdahulu, projek ECRL sepanjang 688 kilometer yang menelan kos sebanyak RM55 bilion diserahkan secara ‘bulat-bulat’ kepada China termasuk aspek membekalkan modal, kepakaran, peralatan dan tenaga kerja.
Walaupun projek ini boleh dianggap sebagai satu pelaburan asing namun disebaliknya merupakan satu langkah mendapatkan pinjaman daripada China melalui projek ini.

Sejarah Tak Pernah Menipu....Tapi Penyangak Mudah Lupa...!!!

Pemimpin2 AMENO lah penyangak sebenar yg gadai tanah2 Melayu di Pulau Pinang..

LGE yang perkenalkan GST..
LGE perkenalkan 1MDB..
LGE naikkan harga minyak masak..
LGE hapuskan subsidi gula, tepung, beras ST
LGE naikan tarif elektrik
LGE perkenalkan MKN.
LGE naikkan caj TOL, tambang pengangkutan awam..
LGE jual EDRA Global Energy pada PRC
LGE jual bandar Malaysia pada PRC..
BUKAN Najib Razak....

Sejak Merdeka "DAP" Perintah Malaysia Orang Melayu Tergadai...!!!

Sejak DAP perintah Malaysia, Tanah Rizab Melayu yang ditetapkan nisbah 50 peratus oleh Raja-Raja Melayu kini hanya tinggal 12 peratus

Jahat sungguh DAP !!

HEBAT Strategi Najib.....Jual Negara Dan Rakyatnya...!!


..tergadai aset/ tanah negara kpd Komunis-China.

..hapus subsidi tepung, beras, gula, elektrik, minyak & minyak masak.

..guna aset kerajaan bawak anak-beranak bercuti ke luar negara.

..RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib.

..Felda rugi lebih RM2 bilion.

..syarikat MAS bungkus muflis.

..rancang larang 'kapcai' masuk KL.

..tak serik2 menipu & perbodohkan rakyat..

DULU SIBUK MEMBELI, SEKARANG SIBUK MENJUAL..


Dah habis kena jual semua, jadi la mcm pak mentua abdul wahubbbb , kena lelong kat pasar karat... 'TUAN PENASIHAT' 25% tibai dulu semua..

MUDAH JADI PENYANGAK..
Bila Dah Rugi,
Bila Dah Tiris,
LETAK JAWATAN selesai masalah.

#LebihBaikMeninggal daripada menyusahkan rakyat..

Duit Felda Bocor...Tapi Tak Disiasat SPRM ?

Menyorok ketirisan Felda duit rakyat adalah sifat penyangak..!!!

Mengaku tiris tetapi masih boleh bergelak sakan...?

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah.

Jahanam Felda dibuatnya oleh kedua2 'ANAK PAK SAMAD'

Isa SAMAD.. sibuk beli hotel.
Shahrir SAMAD.. sibuk jual hotel.

Bila Isa SAMAD sama umum beli hotel, tumpang seronoklah peneroka2 dengan berita itu kerana ia dikhabarkan turut menandakan kejayaan mereka. KAH KAH KAH !!

Kata orang-orang di kedai kopi, kalau ketika membeli mungkin ada pihak-pihak tertentu akan mendapat komisyennya, ketika menjualnya kembali, adakah pihak lain pula akan mendapat komisyen juga?

Yang untungnya..'TUAN PENASIHAT' 25% tibai dulu..

JUAL ASSET UNTUK BAYAR HUTANG.....!!!

Forest City diramal isu utama PRU14

Ada kemungkinan besar isu bantahan berterusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) terhadap projek Forest City di Johor akan mendominasi kempen pilihan raya umum akan datang, lapor sebuah akhbar luar hari ini.
Dalam analisis South China Morning Post itu, penyelidik politik di Institut Kajian Asia Tenggara - Yusof Ishak, Mustafa Izzuddin, berkata perjanjian bernilai berbilion ringgit antara Putrajaya dan Beijing serta pemaju harta tanah negara itu menyebabkan rasa kurang senang orang ramai.
BERSATU - terutama pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad - sejak beberapa minggu lalu menuduh Putrajaya mengancam kedaulatan negara melalui pembangunan projek Forest City.
Beberapa pegawai kerajaan dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mempunyai pegangan dalam projek berkenaan menafikan dakwaan Dr Mahathir.
Bersandarkan kepada laporan Bloomberg pada November tahun lalu, Dr Mahathir berkata, 700,000 unit kediaman akan dibina di atas tanah seluas 1,400 hektar dengan menyasarkan warga China sebagai pembeli utama.
Menurut Mustafa, hujah yang dikemukakan adalah penting kerana Johor menjadi tempat kelahiran Umno, manakala BERSATU pula menganggap negeri berkenaan sebagai tumpuan utamanya.

Kuda-kuda hitam saya masih kuat, kata ulamak Pas

Mokhtar Senik di sisi kereta Mercedes miliknya yang juga pernah dimuat naik di Facebook pada Disember 2015.Mokhtar Senik di sisi kereta Mercedes miliknya yang juga pernah dimuat naik di Facebook pada Disember 2015.
Mengakui tindakannya sengaja mahu 'cucuk rusuk orang', Ketua Dewan Ulama Pas Pahang memuat naik dua foto kereta mewah yang digelarnya sebagai 'kuda-kuda hitam' di akaun Facebook miliknya semalam.
Dalam status yang turut mengandungi beberapa kesalahan ejaan itu, Ustaz Mokhtar Senik menyifatkan kedua-dua kenderaan tersebut masih dalam keadaan elok walaupun digunakan untuk banyak program parti melibatkan perjalanan yang jauh.
"Selesai sudah perasmian serentak Mesyuarat Agung cawangan2 Kawasaj(n) Tan(m)bun. Esok mesyuarat Pas Pusat Pulak. ptg tadi sebelum ke Perak Mesyuarat Lajnah Dakwah Pusat. Alhamdulillah kuda2 hitam saya masih kuat," dipetik daripada kenyataannya.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu pada masa sama mengaitkan dengan nikmat Allah tetapi pada ayat terakhir memberitahu kenyataannya itu mahu 'menguji'.
"Nikmat yg Allah beri adalah untuk agama Allah. Status nak test," tulisnya dalam status yang dimuat naik pukul 12.59 tengah malam, 14 Januari itu.
Mendapat hampir 290 'like' setakat awal pagi hari ini, Mokhtar dalam satu komentarnya mengaku sengaja memuat naik status berkenaan.
"saje je post status cucuk rusuk org. nak tgok melompat ke tak?" ujarnya lagi yang menggunakan nama 'Mokhtar Dup' (Dewan Ulamak Pas) bagi media sosial itu.
Ini bukan kali pertama Mokhtar menayangkan kedua-dua kereta import itu. Pada 17 Disember 2015, pemimpin Pas yang pernah ditahan ISA selama tiga tahun selepas terbabit dengan kumpulan Al-Maunah itu juga memuat naik kisah kedua-dua 'kuda hitam' yang sama yang dikatakannya masuk bengkel.
Dalam hal berkaitan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada September tahun lalu seperti diceritakan Ketua Penerangan parti itu, Nasrudin Hassan didakwa pernah mengingatkan supaya membaca al-Quran dan jangan hanya membaca Facebook.
Satu lagi kereta mewah dimiliki Mokhtar.Satu lagi kereta mewah dimiliki Mokhtar.

Kesetiaan saya bukan membuta tuli, Muhyiddin pertahan Dr M

Muhyiddin berkata, dasar kerajaan menetapkan tanah yang dijual kepada pelabur asing mesti tidak berstatus hak milik kekal bagi mengelakkan ia tidak jatuh ke tangan pihak asing.
muhyiddin-mahathir
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu pelaburan China di bidang hartanah Johor, sambil mengulangi pendirian bekas perdana menteri itu yang penglibatan syarikat asing dalam hartanah tidak boleh dianggap satu bentuk pelaburan menguntungkan rakyat.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, pelaburan asing bermakna kerajaan menyediakan tanah kepada syarikat asing membina kilang untuk mengeluarkan produk, tetapi tanah itu bukan milik kekal warga asing.
“Tanah ini dimiliki secara sementara dan apabila tempoh pajakan tamat, ia mesti dikembalikan semula kepada kerajaan. Daripada pelaburan asing ini, rakyat mendapat manfaat dari segi peluang pekerjaan, pemindahan teknologi dan limpahan ekonomi di kawasan sekitar. Di samping itu, negara tidak kehilangan tanah kepada syarikat asing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Muhyiddin mendakwa keadaan sebaliknya berlaku di Johor kerana projek Forest City bukan satu bentuk pelaburan asing, sebaliknya penjualan tanah kepada syarikat asing kerana dasar kerajaan menetapkan tanah dijual kepada pelabur asing tidak boleh berstatus hak milik kekal bagi mengelakkan ia jatuh ke tangan warga asing.
“Syarikat asing tidak menanam modal, sebaliknya membeli tanah-tanah untuk dibangunkan dan dijual. Pekerja terdiri daripada warga asing yang sebahagian besarnya didatangkan dari China dan bahan binaan juga dari China.
“Malah, pembeli unit kediaman berjumlah 700,000 unit kesemuanya juga sebahagian besarnya adalah warganegara China. Justeru, apa manfaatnya kepada rakyat Malaysia dan negara ini, selain keuntungan yang diperolehi syarikat tempatan menjalin usaha sama dengan syarikat China?
“Adakah dasar ini tidak dipatuhi kerajaan negeri Johor ketika meluluskan penjualan tanah di Forest City kepada syarikat asing? Atau adakah dasar mengenai pemilikan tanah oleh orang asing sudah berubah? Persoalan ini perlu dijawab kerajaan negeri Johor dan kerajaan persekutuan,” katanya.
Isnin lalu, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengkritik Dr Mahathir cuba menakut-nakutkan rakyat dengan memainkan politik perkauman berhubung pelaburan China di negeri itu.
“Saya hendak tanya dia, Forest City dibina atas tanah yang ditambak, dan kebanyakan unitnya ialah kondominium. Dalam bahasa mudah, unitnya tinggi di atas. Ia unit strata. Saya hendak tanya Dr Mahathir jika pembeli warga asing itu boleh ambil pangsapuri mereka balik,” kata Sultan Johor dipetik The Star.

Lawan kerajaan pun dapat manfaat haji 1MDB kata pemimpin Umno

Ketua Umno Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, penyokong pembangkang antara orang yang mendapat manfaat daripada program haji tajaan Yayasan 1MDB.
Katanya di peringkat bahagiannya sendiri, lebih 20 nama dicalonkan untuk ke Mekah melalui program berkenaan sejak 2011.
Bekas menteri itu berkata, nama yang diberikan itu turut meliputi penyokong parti pembangkang.
“Saya boleh sahkan (yang penyokong pembangkang mengerjakan haji ditaja 1MDB). Kita tak tetapkan mereka sokong BN atau tidak. Terpulang pada dia.
“Saya sebagai pemimpin masyarakat mencadangkan nama-nama berkenaan mengikut kriteria yayasan itu.
"Majoriti nama yang kami cadangkan diterima, kecuali satu dua yang tak diterima," katanya kepada media hari ini.
Raja Nong Chik sebelum itu mengadakan lawatan ke Residensi Kerinchi di Kuala Lumpur.
Sebelum ini bekas perdana menteri Tun Dr Mahatahir Mohamad mendakwa orang yang melaksanakan ibadah haji menggunakan wang 1MBD tidak akan mendapat haji yang mabrur.
Kata Dr Mahathir haji yang tidak mabrur itu berpunca daripada wang haram yang didakwanya dicuri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Najib boleh bagi, kenapa dia boleh bagi kerana dia curi duit, duit curi halal ke tidak. Kalau dia bagi duit curi, kita buat kerja haji, bagus ke tidak?
"Itulah yang dia buat, tiap-tiap tahun nak hantar 1,000 orang buat kerja haji dengan duit curi. Saya ingat bukan haji mabrur la tu, haji kurang mabrur," katanya ketika berucap dalam program Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).
Pakai ketayap satu hal
Raja Nong Chik juga berkata beliau berharap penyokong parti pembangkang yang dihantar mengerjakan haji sebelum ini tidak lagi melawan kerajaan.
"Kita harap apabila kita hantar, mereka tak membangkang lagi. Tapi itu kita tak tahulah," katanya.
Mengulas lanjut, Raja Nong Chik yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan dengan nada berseloroh berkata, mereka yang menyertai ibadah haji tajaan 1MDB "sudah banyak berubah".

Sijil Halal: Pas akan kerjasama dengan Umno dalam 'Himpunan 355'

Nasrudin bersama Nik Abduh menyerahkan Baju H355 kepada Jamil Khir.Nasrudin bersama Nik Abduh menyerahkan Baju H355 kepada Jamil Khir.
Pas sekali lagi akan bekerjasama dengan Umno dalam menganjurkan perhimpunan raksasa bagi menyokong Rang Undang-undang 355 yang bakal berlangsung 18 Februari depan di ibu negara.
Sehubungan itu, pengarah perhimpunan Nasrudin Hassan bersama Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mengunjungi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Dalam pertemuan itu, mereka menyerahkan baju-T rasmi perhimpunan yang berwarna ungu (purple).
Sebelum ini, Pas bekerjasama dengan Umno dalam menjayakan Himpunan Solidariti untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa. Tempat yang sama dicadangkan kerajaan untuk menjadi tapak Himpunan 355 ini.
Nasrudin Hassan menyifatkan, Januari dan Februari adalah dua bulan yang menyaksikan seluruh rakyat Malaysia sedang mengalami "demam purple".
Selain daripada berlangsungnya Badminton SS Purple League sejak 12 Disember 2016 dan akan berakhir 12 Februari 2017 kelak, kini Malaysia juga sedang menanti detik bersejarah Himpunan "Purple" 355.

Bekas pengarah SPRM Bahri didakwa salah guna kuasa

Bahri didakwa menggunakan kedudukannya dalam SPRM untuk memastikan laporan polis yang difailkan terhadap isterinya tidak diambil tindakan.
bahri-mohamad_sprm_600PETALING JAYA: Bekas pengarah operasi khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zain yang menimbulkan kekecohan baru-baru ini dengan persaraan awalnya, kali ini didakwa terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.
Bahri didakwa menyekat siasatan polis ke atas isterinya dalam pertikaian wasiat.
Bahri didakwa menyalahgunakan kuasanya bagi memastikan tiada tindakan diambil ke atas laporan polis yang dibuat terhadap isterinya.
Satu sidang media akan diadakan Jumaat ini bagi membongkar dakwaan penyalahgunaan kuasa itu, kata pembantu penganjur acara itu, Firdaus Kader kepada FMT.
Firdaus berkata, isteri Bahri didakwa terbabit dalam pertikaian wasiat yang ditinggalkan abangnya, Zamri Abdullah yang juga bekas presiden Kolej Islam Sains Teknologi (Kist).
“Kami akan kemukakan bukti Jumaat ini dan mereka yang terjejas akibat penyalahgunaan kuasa Bahri juga akan hadir.
“Kami percaya Bahri menggunakan kedudukannya dalam SPRM bagi memastikan laporan polis yang dibuat ke atas isterinya tidak diendahkan,” kata Firdaus.

Jual aset Felda: Pas mahu kerajaan siasat bekas Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah FIC


Naraza Muda Naraza Muda Pas mencadangkan agar kerajaan lakukan siasatan ke atas bekas Pengerusi Felda dan Ahli Lembaga Pengarah  serta menubuhkan suruhanjaya bebas untuk memantau cadangan penjualan aset Felda di dalam dan luar negara melalui Felda Investment Corporation (FIC) Sdn Bhd.
Pengerusi Hal Ehwal Felda Pas Naraza Muda berkata,parti itu tidak mahu mereka yang menguruskan FIC terlepas dari kesalahan diatas tindakan mereka sebelum ini.
"Mereka membuat keputusan pelaburan dan pembelian aset yang menimbulkan masalah sepertimana disahkan oleh Pengerusi Felda baharu dilantik Tan Sri Shahrir yang menyifatkan kelemahan tadbir urus itu berpunca daripada 'aset bermasalah' yang kini dimiliki FIC," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru belliau berkata, pihaknya mencadangkan agar kerajaan segera membuat penyiasatan terbuka dan menubuhkan Suruhanjaya bebas diangotai tokoh-tokoh yang diyakini rakyat untuk memantau cadangan penjualan aset ini serta menyiasat setelusnya urusniaga ini," ujarnya.
Shahrir dalam sidang akhbar pertamanya pada Selasa tidak menyatakan tidak menyatakan secara terperici pelaburan di London yang bermasalah, bagaimanapun ujar Naraza lagi, yakin apa yang didedahkan oleh parti itu sebelum ini ada kebenarannya.
"Kami yakin pendedahan yang kami buat sebelum ini seperti pembelian hartanah mewah oleh FIC melibatkan sebuah apatmen mewah Grand Plaza Serviced di Bayswater, London pada harga RM538 juta walaupun peringkat awalnya pihak Felda menafikan pembelian ini.
"FIC juga membeli sebuah hotel 4 bintang di kawasan mewah Kensington juga di London bernilai RM330 juta. Park City Hotel dengan 62 bilik tetamu dan dua unit servis apatmen tiga bilik tidur yang telah dinamakan semula kepada Grand Plaza Hotel.
"FIC juga telah membeli asrama pelajar dikenali Felda House Wembly yang terletak di tengah-tengah Wembly London dengan nilai hampir RM400 juta. Sebelum ini , kami membuat pendedahan ini beberapa kali untuk meminta penjelasan pihak Felda terutamanya Pengerusi Felda ketika itu Tan Sri Isa Abdul Samad.
"Tan Sri Shahrir juga merujuk kepada laporan Ketua Audit Negara yang mengesahkan sejumlah wang yang besar terlibat dalam kesemua pelaburan bermasalah seperti mana dilaporkan semalam," terangnya.

Skandal 1MDB: Merungkai wanita misteri penandatangan akaun Jho Low

Minggu lalu, satu pendedahan mengejutkan dibuat apabila mahkamah Singapura diberitahu bahawa ahli perniagaan Malaysia, Jho Low menggunakan nama samaran atau alias Eric Tan Kim Loong bagi tujuan membuka empat akaun bank di Falcon Private Bank di republik itu.
Keempat-empat akaun Falcon itu di bawah nama Westfield Group Services Inc, Granton Property Holding Limited, Tanore Finance Corp dan Midhurst Trading Limited - semuanya milik Tan.
Berikutan itu, Sarawak Report, yang memetik sumber mendakwa penandatangan kepada akaun di Falcon Bank yang berkaitan 1MDB di Singapura yang dibuka oleh Low adalah seorang wanita.
Laman web itu membayangkan kemungkinan bahawa wanita itu adalah isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor. Ini menyebabkan peguamnya mengeluarkan penafian.
Satu kenyataan Jabatan Peguam Negara Singapura pada 10 Januari memberi petunjuk bahawa individu berkenaan adalah orang lain. Individu itu turut dinamakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.
Kenyataan perbicaraan kes bekas pengurus cawangan Falcon Bank, Jens Fred Sturzenegger mendedahkan perbualannya dengan Low berhubung pelantikkan bekas eksekutif 1MDB Jasmine Loo sebagai penandatangan untuk akaun yang dibuka di bawah nama alias Eric Tan itu.
"Pada 19 Mac, 2013, tertuduh berhubungan melalui telefon dengan Jho Low.
"Sebahagian daripada perbualan menyentuh secara ringkas mengenai tajuk menambahkan Jasmine Loo sebagai penandatangan ke atas akaun Falcon," kata Pejabat Peguam Negara Singapura dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh The Edge.
Sumbangan Arab Saudi
Walau bagaimanapun, pejabat itu tidak menyatakan jika cadangan menjadikan Loo sebagai penandatangan diluluskan.
Walau bagaimanapun, DOJ dalam saman pelucuthakan berkaitan 1MDB, menyatakan bahawa “1MDB Officer 3” adalah penandatangan yang diberi kuasa ke atas akaun Tanore di Falcon Private Bank.
Akaun Tanore adalah tempat berrmulanya dana AS$681 juta didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib, yang didakwa oleh perdana menteri sebagai sumbangan daripada ahli keluarga diraja Arab Saudi.
DOJ mendakwa AS$835 juta dilencongkan daripada bon AS$3 bilion diterbitkan untuk pembangunan Tun Razak Exchange 1MDB kepada akaun Tanore, selepas melalui beberapa dana pelaburan di luar negara.
"Pada atau sekitar 20 Mac 2013, sehari sebelum dana (1MDB) mula dimasukkan ke dalam akaun Tanore dari Overseas Investment Fund, ‘1MDB Officer 3' diberi kuasa menandatangani akaun Tanore.
"Satu salinan pasport Malaysia yang dimiliki oleh ‘1MDB Officer 3' telah dimasukkan dalam dokumentasi itu," kata DOJ.
Walaupun DOJ tidak menamakan ‘1MDB Officer 3', adalah dipercayai ia merujuk kepada Loo.
Ini berdasarkan keterangan bahawa pegawai itu adalah bekas peguam 1MDB dan pengarah eksekutif strategi kumpulan itu, kedudukan yang dipegang oleh Loo sepanjang perkhidmatannya di firma itu.
Loo, lulusan undang-undang, dikatakan berperanan utama dalam saga 1MDB, termasuk dalam isu "derma" RM2.6 bilion.
Orang hubungan
Beliau digambarkan oleh DOJ sebagai orang hubungan utama antara 1MDB dan Goldman Sachs, apabila bank itu membantu menerbitkan tiga bon untuk firma pelaburan negara itu bekas pada tahun 2012 dan 2013.