Selasa, 17 Januari 2017

Kaji semula usul larang "kapcai orang miskin" masuk KL

Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta kerajaan mengkaji semula cadangan melarang motosikal berkuasa kecil atau ‘kapcai’ daripada memasuki ibu kota dalam usaha mengurangkan kadar pelepasan karbon dan jenayah ragut.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Rusli Ahmad berkata pihak berkuasa perlu mengambil kira faktor lain, terutamanya keperluan pengguna motosikal daripada golongan berpendapatan rendah.
"Dari segi keselamatan, kita tidak menafikan larangan itu dapat mengurangkan jenayah ragut kerana kajian terdahulu mendapati ia kebanyakannya dilakukan pengguna motosikal kapcai," katanya.
Rusli berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Sistem Komunikasi Walkie-Talkie Rondaan Sukarela Community Policing di Puchong hari ini.
Beliau bagaimanapun berpandangan larangan yang dicadangkan itu mungkin sesuai dilaksanakan hanya di tempat tertentu, misalnya di kawasan sesak dengan orang ramai seperti di pasar malam dan di majlis keramaian kerana tempat-tempat itu boleh memberi peluang kepada penjenayah ragut yang menunggang kapcai.
"Pihak berkuasa mungkin boleh melarang motosikal kapcai ini daripada memasuki kawasan orang ramai pada waktu tertentu sahaja dan bukannya melarang kemasukan motosikal itu di pusat bandar," kata Rusli.
Terdahulu, Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia menerima 100 unit walkie talkie, 20 motosikal rondaan dan tiga ambulans bagi tujuan operasi cegah jenayah di beberapa lokasi di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.
Turut hadir Presiden Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia Kuan Chee Heng dan Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari.
Kuan berkata pihaknya akan menyediakan perkhidmatan ambulans kepada golongan miskin dengan bayaran sebanyak 10 sen sahaja bagi bantuan kecemasan untuk mengurangkan beban kos sara hidup golongan terbabit.

Skandal jual beli tanah MP Umno

Adun Semambu Lee Chean Chung (tengah) dalam sidang media di ibu pejabat PKR.Adun Semambu Lee Chean Chung (tengah) dalam sidang media di ibu pejabat PKR.

Skandal Jual Beli Tanah Hasan Arifin Terlampau Murah Di Bawah Harga Pasaran – Tanah Tersebut Disahkan Status Sebagai Rezab Melayu & Dibatalkan Statusnya Sebelum Pindah Milik Kepada Hasan Arifin!
Kronologi Skandal Jual Beli Tanah Hasan Arifin Terlampau Murah Di Bawah Harga Pasaran:
17 Febuari 1997 - Syarikat Pasdec Corporation Sdn. Bhd telah membuat permohonan kepada Kerajaan Pahang bagi tanah di Medan Tok Sira bagi Maksud Bangunan sebanyak empat belas (14) permohonan
2 April 1997 – Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang Ke Lima(5) telah meluluskan permohonan tersebut
31 Mei 1997 – Pejabat Tanah Kuantan telah memaklumkan syarikat Pasdec Corporation Sdn Bhd melalui surat Bil. (8)dlm.PTK. 3/3/23287
03 Ogos 2000 – Pembatalan sebahagian Kawasan Simpanan Melayu Tok Sira bagi hakmilik HS(D) 16495, Lot 51703 melalui Warta Kerajaan Pahang No. 558
24 Januari 2002 – Tanah PT 51703 telah dipindah milik daripada syarikat PASDEC Corporation SDN Bhd kepada Hasan Bin Arifin. Harga jualan kepada Hasan Arifin adalah RM76,499 sedangkan Anggaran Nilai tanah tersebut jika merujuk kepada Notis Taksiran Pejabat Duti Setem adalah RM213,000. Hasan Arifin telah membeli tanah tersebut 61% lebih murah daripada harga pasaran.
2 Disember 2004 – Hasan Arifin telah menjual tanah tersebut kepada seorang individu bernama Ti Lian Yeah pada harga RM397,683.02. Keuntungan yang diraih melalui urusan jual beli itu adalah sejumlah RM321,184.02! Tanah tersebut telah dijual dengan harga lima (5) kali ganda lebih tinggi daripada harga Hasan Arifin membeli tanah tersebut!
Saya ingin merujuk kepada skandal jual beli tanah yang melibatkan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) merangkap Ahli Parlimen Rompin Dato Hasan Arifin yang telah saya dedahkan pada bulan Jun tahun lepas. Hasan Arifin telah membeli satu lot tanah daripada PASDEC Corporation Sdn Bhd dengan harga RM76,499 dan telah meraih untung sejumlah RM321 ribu dengan menjual tanah tersebut dua tahun kemudian.
Saya turut telah mendedahkan bahawa tanah tersebut telah diluluskan oleh Kerajaan Pahang kepada PASDEC pada tahun 1997 ketika Hasan Arifin masih memegang jawatan Timbalan Menteri Besar Pahang dan terdapat konflik kepentingan (conflict of interest) dalam jual beli tanah ini & status “Tanah Rezab Melayu” tanah tersebut telah dibatalkan sebelum dijual kepada Hasan Arifin.

'PERIGI BUTA' : DATUK ISKANDAR PUN NAK TERJUN MASUK JUGA?


1.Saya agak terkejut dengan penjelasan YB Datuk Ir Iskandar Abdul Samad,Naib Presiden PAS yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor.
"Mohon penjelasan lebih lanjut dari Datuk Iskandar mengenai ketidakhadiran PASpada Majlis Perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Stadium Malawati pada 14 Jan 2017 yang lalu disebabkan kehadiran Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.

"Keputusan untuk tidak hadir disebabkan kehadiran AMANAH dan DAP pada majlis tersebut serta ketiadaan hubungan politik PAS dengan kedua-dua parti tersebut menyebabkan pimpinan sebulat suara mengambil keputusan tidak hadir ke pelancaran PPBM",kata Datuk Iskandar.

2. Pada saya kenyataan dan penjelasan Datuk Iskandar sangat mengejutkan dan mengundang risiko yang besar kepada kelangsungan politik PAS khususnya kedudukan PAS dalam kerajaan Negeri Selangor.

"Kenyataan tersebut seolah memberi isyarat kepada YAB Datuk Seri Mohd Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor bahawa 3 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor dari PAS tidak akan hadir mesyuarat Exco akan datang dan sekali gus akan melepaskan jawatan sebagai Exco disebabkan anggota Exco kerajaan negeri terdapat juga wakil dari DAP dengan jumlah bilangan yang sama dengan PAS.

Kenyataan Datuk Iskandar juga membayangkan yang semua Ahli Majlis PBT dari PAS di Selangor akan bertindak seiring dengan tindakan Exco disebabkan semua PBT Selangor terdapat wakil DAP dan beberapa orang wakil AMANAH. Saya juga percaya yang Datuk Iskandar perlu bertindak demi maruah".

SKANDAL MARA: MAKIN KANTOI...!!!

Apa lagi menteri 'Porsche Panamera' nak spin !!!

Tak kan Annuar Musa #TSAM masih buta fakta Pelaburan Mara Bhd (PMB) dan UniKL adalah anak syarikat milik penuh 100% MARA.

SIAPA PENGERUSI MARA?
SIAPA PENGERUSI PMB?
..kalau bukan Annuar Musa..

TIBA-TIBA masih bertegas tawarkan diri nak jadi presiden FAM.

KENAPA TSAM masih terus membisu isu kereta mewah Porsch

SIAPAKAH PEMBUNUH..??

Persoalan (1)..
Adakah pembunuhan pengasas AmBank ada kaitan dengan 1MDB?

"Pihak polis seharusnya menyiasat sama ada betul atau tidak bahawa pada Mac 2013, Hussein telah dilaporkan ke Bank Negara mengenai sejumlah besar wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dan kemudiannya mengenai sejumlah besar wang yang dikeluarkan dari bank-bank tersebut; dan Hussein telah membuat laporan polis tentang perkara itu pada 28 Julai 2013 apabila tiada sebarang tindakan daripada Bank Negara," dakwa Ahli Parlimen Gelang Patah dalam satu kenyataan.

Persoalan (2)..
Adakah #MO1 & Perdana Menteri itu orang yang sama?

SKANDAL 1MDB: KENAPA JADI BEGINI ??!!

Patutler... S'pore di ranking ke-8 terbaik dunia dlm tangani rasuah.. sedangkan M'sia di ranking ke-54.

Patutler... S'pore TIDAK ADA UMNO.. #MO1 & Jho Lo masih bebas..

HEBAT SUNGGUH MO1..!!!

Akhbar di Singapura melaporkan 'Kerajaan M'sia secara rasmi sahkan MO1 adalah PM Najib'..

Hingga skrg KERAjaan Malaysia mahupun Perdana Menteri Najib Razak LANGSUNG TIDAK PERNAH MENAFIKANNYA ataupun ambil tindakan saman terhadap berita dari seberang ini.. kenapa ??!!

Jika tidak menafikannya, ini bermakna.... #MO1 adalah..

UTUSAN RUGI 5 TAHUN BERTURUT-TURUT


MARA OH MARA....


Byk kali Annuar Musa dituduh dgn pelbagai dakwaan 'rasuah' berserta dgn bukti2 sekali tetapi hinggi kini SPRM lembap & tak berani nak sentuh Ketua Penerangan UMNO, KENAPA??!

TAHUKAH ANDA..
TSAM sendiri kata, MARA telah bekerjasama dengan SPRM sejak 2012 lagi..

NAMPAK TAK !!

MASIH ANDA INGAT..

"Saya Tengku dari Acheh, pejuang bangsa dan pejuang Islam" -Adnan Mansor (13/3/2016)

Inilah satu-satunya PEJUANG ISLAM ACEH-UMNO yg memartabatkan kelab2 malam & maksiat ke tahap yg tertinggi..

Agaknya klu tak lanjutkan sampai 5 pagi mereka tak dapat menikmati xtvt malam dengan ceria..

Persetan UMNO !!!

Jual saham Maybank untuk selesai ketirisan Felda, sembang Shahrir

Shahrir berkata, Felda memerlukan wang untuk menangani ketirisan dalam Felda dan antara caranya ialah menjual saham Maybank.
Shahrir-Samad_felda_maybank_600
KUALA LUMPUR: Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengakui banyak ketirisan berlaku dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), termasuk anak syarikatnya Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).
Pengerusi Felda baharu itu berkata, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) turut menyatakan perkara sama yang menyebabkan Felda perlu mencari sumber kewangan lain bagi menampung kerugian itu.
“Saya tidak menafikan berlakunya ketirisan dan ramai orang bising Felda buat keputusan dan perniagaan tidak menguntungkan. Dalam laporan PAC juga menunjukkan ketirisan dan projek yang dilakukan Felda melalui FIC mengalami kerugian.
“Ketika ini, kita perlukan kewangan untuk mengatasi ketirisan yang berlaku, sebab itu kita jual saham Maybank,” katanya pada sidang media di Menara Felda hari ini.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendakwa Felda akan menjual pegangannya dalam Maybank untuk membeli 37% saham syarikat perladangan Indonesia, PT Eagle High Plantations Tbk (EHP) daripada Rajawali Group.
Naib presiden PKR itu berkata, tindakan menjual saham Maybank bagi membeli saham EHP pada harga lebih mahal daripada pasaran adalah tidak betul.
Shahrir bagaimanapun menafikan dakwaan Rafizi itu.
“Ia hanya spekulasi. Kita tidak akan gunakan duit daripada penjualan saham Maybank untuk menyokong pembelian EHP.
“Peruntukan ini akan digunakan untuk membiayai kos pengurusan yang menjana manfaat peneroka, selain mengimbangi aliran kewangan Felda dan anak syarikat,” katanya sambil menambah Felda Global Venture Holding Bhd (FGV) dan Felda mempunyai peranan tersendiri dalam pentadbirannya.
“FGV ada fokus tersendiri, manakala Felda akan memberi tumpuan menjaga hal ehwal peneroka, selain menguruskan aset dan pelaburan di dalam serta luar negara.”

FELDA JUAL SAHAM DALAM MAYBANK UNTUK BELI SYARIKAT MILIK SAHABAT BAIK DATO’ SERI NAJIB, RM1 BILION DARI TABUNG HAJI, KWAP


Saya mengikuti reaksi dari Tan Sri Shahrir Samad mengenai isu-isu yang saya timbulkan setakat ini. Beliau terus mengelak dengan memperlekehkan angka-angka yang saya kemukakan sedangkan angka-angka itu datang dari laporan rasmi. Beliau juga menuduh bahawa penyahsenaraian FGV dari bursa saham adalah spekulasi yang saya timbulkan, sedangkan beliau yang pandai-pandai mengemukakan empat tumpuan beliau sebagai Pengerusi Felda yang disiarkan di muka depan Berita Harian. Salah satu dari tumpuan itu adalah penyahsenaraian Felda.
Kalau itu beliau sifatkan spekulasi dan enggan mengulas mengenai kerugian RM7.8 bilion yang akan ditanggung rakyat akibat penyenaraian dan kemudiannya dinyahsenaraikan, beliau tidak boleh mengelak mengenai dua tindakan Felda yang dilaporkan menjual harta serta akan mengambil wang dari Tabung Haji dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) semata-mata ingin meneruskan pembelian saham-saham di dalam Eagle High Plantations milik sahabat baik Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Saya sertakan laporan dari Wall Street Journal semalam mengenai tindakan Felda mahu menjual sebahagian sahamnya di dalam Maybank untuk mengumpul sejumlah sekitar RM284 juta (bersamaan USD63.1 juta) seperti yang dilaporkan di bawah:
"KUALA LUMPUR, Malaysia--A Malaysian government agency, Federal Land Development Authority, or Felda, is seeking to raise up to $63.1 million by selling part of its stake in Malayan Banking Bhd. (1155.KU), or Maybank, according to a term sheet seen by The Wall Street Journal on Monday."
"Maybank is the country's largest bank by assets."
"The share sale comes more than three weeks after Felda said it had agreed to acquire a 37% stake in Indonesian palm oil company Eagle High Plantations Tbk PT (BWPT.JK) for $505.4 million. Critics, including Malaysian lawmakers and Nazir Razak--chairman of Malaysia's second-largest bank by assets, CIMB Group Holdings Bhd (1023.KU), and the youngest brother of Malaysian Prime Minister Najib Razak--have said the deal for the Eagle High stake is overpriced."
"Felda is offering the Maybank shares in a price range of 8.00 ringgit-MYR8.05 ($1.79-$1.80), according to the term sheet. Maybank shares Monday ended 3.3% lower at MYR8.05, their lowest level since Jan. 4. The stock was biggest decliner in the FTSE Bursa Malaysia KLCI, which closed the day down 0.82%, its lowest since Jan. 6."
"Felda--which controls Felda Global Ventures Holdings Bhd. (5222.KU), the world's third-largest palm oil plantation operator--is currently Maybank's fourth-largest shareholder, holding a 1.82% stake, or 185.15 million shares. Felda's sale represents 0.34% of Maybank's issued shares."
"Officials at Maybank and Felda weren't immediately available to comment."

ISKANDAR, BERHENTILAH JADI EXCO SELANGOR ATAU #SILAMENINGGAL?

Naib Presiden Pas, Iskandar Abdul Samad yang namanya diberitakan hadir semasa majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabtu lalu, tetapi sebenarnya tidak hadir, akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai ketidakhadiran di majlis itu.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor berkata, keputusan tidak menghadiri majlis tersebut ialah kerana adanya DAP dan Amanah di majlis tersebut.

"Pas tidak mempunyai sebarang hubungan politik dengan kedua-dua parti itu menyebabkan pimpinan sebulat suara mengambil keputusan tidak menghadirkan diri," katanya.

Logik atau tidak alasan Iskandar itu?
Kalau hubungan politik menjadi alasan, mengapa pula Pas boleh menghadiri pelbagai program, sedondon dan berpimpin tangan dengan pemimpin-pemimpin UMNO?

Di mana wujudnya hubungan politik antara UMNO dengan Pas?

Kenapa dengan DAP dan Amanah, hubungan politik menjadi alasan, tetapi bila dengan UMNO bukan main gembira dapat duduk bersama sambil menyatakan ia tidak salah apa-apa?

Selain itu, jika alasan hubungan politik juga menjadi sandaran yang seolah-olah Pas tidak boleh berada semajlis dengan DAP dan Amanah, bagaimana pula dengan kedudukan beliau sebagai Exco Selangor yang turut ada DAP di dalamnya?

Bagaimana dengan mesyuarat Exco Selangor yang ada DAP di dalamnya, adakah selama ini hadir atau tidak?

Begitu juga dengan majlis-majlis rasmi kerajaan negeri Selangor yang dihadiri oleh Adun-Adun DAP dan Amanah, adakah selama ini Pas hadir atau sebaliknya?

Jika sentiasa hadir, apa pula alasannya?

Mansuh GST? Tidak mustahil jika..

Penghapusan GST sepenuhnya seperti yang dinyatakan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mustahil kerana pembangkang mempunyai beberapa pilihan.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, dua kaedah boleh digunakan pembangkang antaranya mengurangkan perbelanjaan negara atau membuat pinjaman untuk menggantikan sumber kewangan melalui GST.
GST “Perbelanjaan negara boleh dikurangkan dengan mengehadkan sektor pembangunan negara selain mengehadkan jumlah penjawat awam,” katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanapun sebelum melaksanakan langkah itu, pembangkang perlu mengumumkan mekanisme menggantikan GST kerana ia bukanlah satu kerja mudah.
“Rakyat perlu tahu apa kaedah yang mereka mahu gunakan. Adakah ia akan memberi manfaat atau sebaliknya kerana impaknya amat besar kepada mereka,” katanya.
Ahad lalu, Tun Mahathir mengumumkan penghapusan GST sepenuhnya, jika sokongan serta peluang diberikan kepada pembangkang untuk menerajui kerajaan selepas PRU14.
Md Shukri berkata, pembangkang terutamanya Tun Mahathir tidak boleh berpuas hati dengan cadangan mereka kerana setiap langkah yang diambil memiliki risiko yang akhirnya akan memburukkan lagi keadaan negara.
“Sama ada mereka berpatah balik ke perlaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) atau memperkenalkan kaedah baharu, setiap satunya bakal memberi kesan kepada negara secara keseluruhannya.
“Ia mungkin mendatangkan ketidakstabilan pasaran dan keyakinan pelabur serta peniaga terhadap sistem itu sendiri. Kalau satu sistem ini dipolitikkan, maka negara akan menghadapi satu ketidakstabilan dari sudut persepsi ekonomi,” katanya.

Imam Za’aba kecewa selepas ikut arahan parti, Pas enggan jelaskan kos mahkamah

KUALA LUMPUR: Seorang bekas ahli Pas yang tewas dalam petisyen mencabar keputusan PRU13 terharu dengan sokongan masyarakat pelbagai latar belakang yang membantunya mengumpul wang bagi menampung kos mahkamah.
Bagaimanapun, Za’aba Ibrahim terkilan dengan sikap bekas partinya Pas yang langsung tidak menyatakan sokongan walaupun petisyen itu dibuatnya atas arahan parti.
“Sebagai ahli, saya taat dengan arahan itu. Malah pemimpin sendiri berkata parti akan membayar setiap petisyen yang kalah,” kata Za’aba yang kini ahli AMANAH.
Pada 24 Januari 2014, mahkamah rayuan mengarahkan Za’aba membayar kos guaman sejumlah RM50,000 selepas petisyen mencabar keputusan PRU13 bagi kerusi Parlimen Pulai, yang dimenangi Datuk Nur Jazlan Ahmad dari Barisan Nasional, ditolak. Tarikh akhir bagi pembayaran itu adalah 17 Januari 2017.
Nur Jazlan memenangi kerusi itu mengalahkan calon Pas, Salahuddin Ayub yang kini Timbalan Presiden AMANAH, dengan perbezaan 3,226 undi.
“Saya terima panggilan daripada orang yang tidak dikenali, menyatakan sokongan dan ingin menyumbang wang,” kata Za’aba mengenai sokongan yang diterimanya.
“Ada seorang Punjabi yang menelefon lewat malam, kata ingin pindahkan wang esok pagi sebab bank sudah tutup,” katanya dalam wawancara bersama portal FMT baru-baru ini.
Za’aba, yang bekerja sebagai jurukimpal, berkata antara yang banyak membantu adalah wakil rakyat pembangkang terutama Amanah dan DAP negeri, selain gabungan Bersih 2.0 yang menurutnya antara yang memberikan sumbangan terbesar.
“Malah orang Umno dan kariah surau di sini juga ada yang menghulurkan wang, setakat termampu. Saya hargai semuanya.
“Saya doakan Allah memberikan rahmat dan kesihatan yang baik kepada mereka semua,” kata Za’aba yang juga imam sebuah surau di Perling, Johor Bahru.
Pada 10 Januari lalu, Za’aba terselamat daripada diisytiharkan muflis selepas kempen mengumpul dana oleh AMANAH berjaya mengumpul RM54,431.76.
“Terima kasih kepada masyarakat yang membantu. Semoga semangat tersebut menjadi petanda kita sudah bersedia membuat perubahan pada pilihan raya akan datang,” katanya.
‘Tiada seorang pun dari Pas menyumbang’
Za’aba berkata beliau terkejut apabila diarahkan ke mahkamah November lalu untuk kes tersebut, kerana selama ini menyangka Pas sudah membayarnya.
“Ketika mendapat surat arahan membayar dari mahkamah pada 2014, saya terus menghantarnya kepada Pas kawasan untuk disampaikan kepada peringkat negeri. Kepimpinan negeri kata, akan menyampaikannya ke peringkat Pusat.

GST: Rakyat dihimpit beban

KUANTAN – Pas Pahang menyokong sepenuhnya gesaan untuk memansuhkan GST yang dianggap memberi beban kepada rakyat di negeri ini.
gst Timbalan Pesuruhjayanya, Andansura Rabu berkata, parti Islam itu sememangnya menentang pelaksanaan GST sejak dari awal pelaksanaannya.
Menurutnya, sekiranya ada pihak yang mahu hapuskan cukai tersebut, pihaknya amat bersetuju dengan tindakan itu.
“Kita setuju sebab isu kepentingan rakyat. Kita semua tahu rakyat kini dihimpit dengan kos hidup tinggi termasuk kenaikan harga barang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, tindakan pihak tertentu yang ingin memansuhkan GST seperti mendengar suara dan kemarahan rakyat  di negeri ini.
Dalam pada itu, Andansura berkata, Pas Pahang tiada sebarang perbincangan mengenai manifesto atau corak kerjasama dengan Bersatu Pahang.
“Itu hak bersatu hendak umumkan manifesto mereka,” katanya.

PAC siasat skandal projek bekalan air RM100 juta di Sabah

Dr Tan Seng Giaw berkata, peruntukan yang diberikan pada 2011 adalah untuk menyediakan bekalan air kepada penduduk kampung miskin dan sekolah di Pulau Gaya.
pac
PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sedang menyiasat projek bekalan air bernilai RM100 juta untuk penduduk di Pulau Gaya, Sabah.
Ahli PAC, Dr Tan Seng Giaw berkata, wang yang disalurkan kerajaan persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu adalah untuk menyediakan bekalan air kepada penduduk kampung miskin dan sekolah di Pulau Gaya.
“PAC pergi ke KK (Kota Kinabalu) untuk meninjau projek itu. Ia teruk. Mereka adalah orang miskin. Kami nak tahu mengapa penduduk kampung masih tidak dapat bekalan air apabila kerajaan persekutuan sudah memberi wang mencukupi untuk projek itu.
“Kami mahu tahu di mana dan bagaimana wang itu dibelanjakan,” katanya kepada FMT hari ini.
Dr Tan berkata, peruntukan itu diberikan pada 26 Disember 2011 dan projek itu sepatutnya siap menjelang September 2015.
Katanya, PAC akan memanggil pihak terbabit dalam projek itu, termasuk Jabatan Air Negeri Sabah dan mengumpul penemuan itu menjadi satu laporan menjelang 6 Mac untuk sidang Dewan Rakyat pada Mac ini.
Semalam, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dilaporkan berkata, adalah penting untuk PAC turun padang dan memeriksa sendiri kemajuan projek bagi mengesan jika timbul sebarang masalah.
Katanya, adalah penting untuk PAC mengaudit projek dan jabatan kerajaan yang dinyatakan dalam laporan tahunan ketua audit negara supaya pegawai boleh bertindak bagi memperbaiki kesilapan mereka.

Didik anak mengenali wajah 'penjenayah' disebalik skandal 1MDB, kata Salahuddin

Salahudin Ayub
Parti Amanah Negara (Amanah) menggesa seluruh keluarga di negara ini mendidik anak-anak mereka supaya mengenali wajah-wajah 'penjenayah' di sebalik skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, anak-anak perlu diberi kefahaman bahawa skandal 1MDB ini telah mambawa malapetaka yang merosakkan negara sekaligus meletakkan kehidupan mereka akan datang dalam keadaan tidak menentu.
"Dengan kesannya yang tidak sedikit kepada negara, saya menggesa supaya ibu bapa mengisi masa lapang untuk mengajar anak-anak di rumah mengenali siapa sebenarnya penjenayah 1MDB.
"Oleh kerana isu 1MDB ini berkepentingan ramai dan lebih RM40 bilion wang negara diselewengkan, maka menjadi kewajipan untuk rakyat tahu dan bertindak bagi menghukum mereka yang terlibat dengan skandal ini melalui proses perundangan atau selebihnya melalui peti undi pada PRU14 akan datang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata sejak skandal ini dibongkar, imej negara tercemar di mata dunia malah keadaan negara menjadi rosak kerananya.
Penyiasatan kes ini menyebabkan pegawai-pegawai tinggi kerajaan ada yang 'ditamatkan' dan ditukar.
"Di negara lain yang berkait 1MDB, penjenayah-penjenayah ini diburu dan diambil tindakan sedangkan di negara kita siasan kes ini ditutup walaupun skandal ini berpunca secara langsung di Malaysia.
"Oleh itu didikan ibu bapa menjadi elemen paling berkesan untuk memastikan kesedaran lebih cepat di kalangan rakyat agar mereka dapat bertindak untuk menyelamatkan negara daripada penjenayah-penjenayah ini," katanya.

Pas tak hadir pelancaran PPBM kerana Amanah, DAP ada - Iskandar


PUCHONG – Ketidakhadiran pimpinan parti Pas pada Majlis Pelancaran Parti Bersatu di Stadium Malawati, malam Sabtu lalu bukan disebabkan ingin bersengkongkol dengan BN atau sayang kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, sebaliknya pihaknya membuat keputusan untuk tidak hadir disebabkan kehadiran Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP pada majlis perasmian tersebut.
Menurutnya, Pas tidak mempunyai hubungan politik dengan kedua-dua parti tersebut menyebabkan pimpinan sebulat suara mengambil keputusan tidak hadir ke pelancaran parti Bersatu.
Namun Iskandar berkata, pihaknya kecewa pelbagai tuduhan dan dakwaan dilempar kepada Pas kerana isu ‘tidak hadir’ tersebut termasuk mengatakan ia seolah-olah menghina Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti pembangkang keseluruhannya.
“Kita tidak hadir kerana kebetulan sebahagian kami ada urusan lain, saya dapat tahu Tun M mengatakan Pas seolah-olah hanya berpura-pura melawan Umno dan nak pecah belahkan undi supaya BN menang.
“Tun tak patut katakan demikian kerana ahli Pas dah banyak jadi mangsa kezaliman Umno dan BN,”katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Majlis Malam Apresiasi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan COB Selangor, di Kinrara Resort di sini, semalam.
Tambah Iskandar lagi, Pas ketika ini bertempur dengan Umno dan BN di semua peringkat.
“Kita memang ada pertempuran sekarang ini…memang berlaga dengan Umno di semua peringkat.
Jadi tak betul lah jika katakan Pas tak hadir ke majlis pelancaran kerana nak adakan kerjasama politik dan sebagainya dengan BN. Ketidakhadiran kami hanyalah perkara kecil,” katanya.
Beliau berkata, yang pentingnya masih ada pertemuan dan hubungan berterusan antara kedua-dua parti Pas dan Bersatu.

Umno: Apa yang Bersatu tawarkan?

Shaiful Hazizy Zainol Abidin
ALOR SETAR - Pemuda Umno Kedah menggesa Bersatu menyenaraikan manfaat yang ditawarkan kepada golongan muda sekiranya menyertai parti itu, berbanding Umno.
Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, ini kerana dibimbangi golongan muda terpengaruh dengan politik kebencian yang dipupuk parti itu dalam kempen politiknya.
“Berdasarkan kepada siri jelajah pemimpinnya, parti itu mengajak penyertaan anak muda melalui politik kebencian dengan membangkitkan isu seperti 1MDB, BR1M dan GST, seolah menghasut pemikiran anak muda menentang kerajaan,” katanya.
Menurutnya, tiada tawaran diuarkan untuk kepentingan anak muda, selain menimbulkan kekeliruan dalam usaha mendapatkan sokongan.
“Jiwa anak muda memberontak dan bersemangat tinggi, tidak hairanlah ada segelintir terpengaruh dengan perjuangan Bersatu. Apa yang Bersatu tawarkan kepada anak muda? Sehingga kini,  tiada tawaran bermanfaat yang diuarkan” katanya.
Shaiful Hazizy berkata, berbanding Pemuda Umno, sayap ini menawarkan tawaran yang bermanfaat, dan dibuktikan dengan pelbagai program, bukan sekadar cakap kosong.
“Kita tawarkan politik khidmat bakti, di mana kita akan selesaikan masalah dibangkitkan anak muda, bukan berpolitik sepanjang masa. Isu-isu yang membelenggu golongan ini sentiasa dibincangkan seperti perumahan, peluang kerjaya, gaji minimum serta inovasi anak muda,” katanya.
 Menurutnya, sebagai sayap parti, Pemuda Umno tidak pernah memupuk kebencian kalangan anak muda dalam mendekati golongan itu, sebaliknya memberikan tawaran yang boleh menjamin masa depan.
“Kita ajak anak muda merangka dan menyumbang idea dalam membentuk TN50, bukannya melalui kebencian atau demonstrasi jalanan. Kita sebolehnya bertindak sebagai penyelesai masalah kepada golongan muda,” katanya.
 Baru-baru ini, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa orang muda dilihat lebih selesa menyertai parti itu berbanding Umno/BN, di mana sebanyak 45 peratus ahli Bersatu berumur bawah 40 tahun.

Mahfuz persoal tindakan PAS Selangor

Mahfuz Omar berkata tindakan Iskandar Samad seolah-olah memberi isyarat tiada wakil parti akan menghadiri mesyuarat exco kerajaan negeri jika ia dihadiri DAP.
mahfuz-omar_Iskandar-Abdul-Samad_pas_600
PETALING JAYA: Datuk Mahfuz Omar mendesak Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad menjelaskan alasannya tidak hadir pada majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana kehadiran Amanah dan DAP.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, tindakan pesuruhjaya PAS Selangor juga seolah-olah memberi isyarat yang wakil parti tidak akan menghadiri mesyuarat exco kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri jika ia dihadiri DAP.
“Adakah ini bermakna satu isyarat pada Datuk Seri Azmin Ali? Semua exco PAS di Selangor tidak akan hadir mesyuarat akan datang kerana adanya wakil DAP?” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mahfuz berkata demikian bagi mengulas laporan Sinar Harian menyatakan PAS Selangor tidak hadir pada pelancaran PPBM di Stadium Malawati kerana ia turut dihadiri Amanah dan DAP.
Kata Iskandar, pimpinan parti sebulat suara mengambil keputusan tidak hadir ke majlis pelancaran itu kerana ia tidak mempunyai hubungan politik dengan kedua-dua parti.
Justeru, Mahfuz mempertikaikan ada ia turut membayangkan kerjasama PAS dan PKR serta PPBM akan tamat memandangkan kedua-dua parti itu mempunyai kerjasama dengan DAP.

Rafizi: Felda jual saham Maybank untuk beli saham syarikat Indonesia?

Rafizi mendesak Felda menghentikan serta-merta penjualan sahamnya dalam Maybank hanya untuk membiayai pembelian 37% saham dalam EHP.
Rafizi-Ramli_felda_Maybank_600
KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli hari ini mendakwa Felda akan menjual pegangannya dalam Maybank untuk membeli saham syarikat perladangan Indonesia, PT Eagle High Plantations Tbk (EHP) daripada Rajawali Group.
Ahli Parlimen Pandan itu merujuk laporan Wall Street Journal semalam berhubung penjualan itu bagi meraih dana RM281.2 juta (AS$63.1 juta).
Menurut laporan itu, Felda menawarkan penjualan sahamnya pada kadar RM8 hingga RM8.05. Harga saham Maybank ditutup pada RM8.05 semalam.
“Felda akan melupuskan 20% pegangan dalam Maybank. Kini, Felda adalah pemegang saham ke-4 terbesar di sana, selepas ini tidak tahulah akan jatuh nombor berapa,” kata naib presiden PKR itu pada sidang media di Invoke Space hari ini.
Katanya, tindakan mencairkan aset baik dan strategik itu sudah cukup untuk menimbulkan polemik.
“Tetapi, untuk menjualnya bagi membeli saham (EHP) dengan harga lebih mahal daripada pasaran tentulah tidak betul,” katanya.
Baru-baru ini, Felda menandatangani perjanjian dengan Rajawali Group untuk membeli 37% saham EHP pada harga AS$505.4 juta (RM2.263 bilion), 26% kurang daripada apa yang FGV rancang untuk bayar kepada EHP yang merupakan antara syarikat minyak sawit terbesar di Indonesia.
Bulan lalu, Rafizi mendakwa Felda akan membayar premium 290% atau 3 kali ganda lebih tinggi untuk membeli 37% saham EHP berdasarkan harga purata saham syarikat itu pada 2015.

Forest City: Pertemuan 4 mata sebagai jalan penyelesaian, kata Ketua Armada Bersatu


Syed Saddiq Syed Abdul RahmanSyed Saddiq Syed Abdul RahmanBekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad digesa mengaturkan pertemuan dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskanddar untuk mengendurkan pertikaian projek Forest City di negeri itu.
Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, tidak setuju dengan pandangan sesetengah pihak agar untuk menahan Dr Mahathir atas sebab kenyataan terbaharuny mengenai pelaburan dari China itu.
"Secara jujur & ikhlas, saya tidak percaya wujudnya keperluan untuk kita memecah-belahkan dua pemimpin Malaysia yang dihormati.
"Tuanku Sultan Johor dan Tun Dr Mahathir adalah pemimpin dan negarawan yang dihormati serta disegani rakyat.
"Perbezaan pendapat di antara pemimpin adalah perkara biasa akan tetapi perbezaan pendapat ini mampu diselesaikan secara baik," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru beliau membantah seruan yang dibuat oleh sesetengah pihak untuk menahan Dr Mahathir atas sebab kenyataan terbaharu beliau mengenai Forest City ini kerana kenyataan tersebut ujarya, sama sekali tidak mempunyai sebarang unsur hasutan tetapi hanyalah fakta fakta yang dipetik daripada laman berita Bloomberg bertarikh pada 22 Nov 2016 serta pandangan peribadi beliau terhadap laporan tersebut.
"Adalah amat tidak wajar jika Tun ditahan kerana kenyataan terbaharu beliau itu. Ini tidak sama dengan kes penyelewengan wang rakyat yang dilakukan oleh ahli politik.
"Saya juga menentang sekeras-kerasnya penggunaan kata kata kesat terhadap Tuanku Sultan Johor oleh sesetengah penyokong terhadap isu ini.

Parti Bersatu diyakini penyumbang BN jatuh di Kedah


Datuk Ir Phahrolrazi ZawawiDatuk Ir Phahrolrazi ZawawiKelahiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam peta politik tanah air diyakini menjadi faktor penyumbang kepada kejatuhan Umno-BN di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), tegas Pengarah Pilihan Raya Amanah negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kundor itu berkata, peluang untuk pihak pembangkang menguasai Kedah semakin cerah dengan kemunculan parti yang memiliki ikon sinonim dengan negeri berkenaan iaitu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
"Saya lihat dengan perkembangan yang ada sekarang, kehadiran Bersatu dengan menyaksikan penghijrahan beramai-ramai ahli Umno membolehkan Kedah antara negeri yang berpotensi untuk pembangkang menang.
"Hal ini berbeza sebelum adanya Bersatu. Sekarang ini bila ada Bersatu, kita sudah nampak peluang cerah untuk pembangkang menguasai Kedah," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Menurutnya, parti Bersatu juga melengkapkan lagi pengukuhan Pakatan Harapan bahkan secara tidak langsung meningkatkan sokongan kepada Amanah.
"Kita sedia berkongsi dan saling melengkapi termasuk dalam hal agihan kerusi. Contohnya, bagi setiap kawasan, kalau boleh semua parti dalam Pakatan Harapan dan Bersatu bertanding. Kalau ada tiga kerusi Dun misalnya, bahagilah antara Amanah, Bersatu dan PKR.
"Kalau kawasan yang bukan Melayu, DAP pula masuk. Itu satu keadaan yang ideal dalam memberi peluang untuk kita mendapat sokongan penuh daripada rakyat," jelas Phahrolrazi yang juga bekas Exco kerajaan negeri itu.

SKANDAL MARA: TUNGGU APA LAGI, ANNUAR MUSA....

Tunggu apa lagi...

Kali ini menteri sendiri sudah mengakui bahawa penajaan oleh Mara kepada pasukan bolasepak Kelantan yang menjadi isu hangat sejak seminggu lalu telah menjejaskan agensi kerajaan itu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, "Kesannya adalah ke atas Mara kerana kedua-duanya, Pelaburan Mara Bhd dan UniKL adalah anak syarikat milik penuhnya.

"Berapa banyak disumbangkan dan bila tajaan bermula masih sedang disiasat. Saya masih menunggu laporan penuh," katanya lagi.
Apakah Annuar Musa tidak terasa apa-apa dan masih boleh duduk selesa sebagai Pengerusi Mara dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd sedangkan menteri yang bertanggungjawab kepada Mara secara terbuka mengakui penajaan terhadap pasukan Kelantan telah menyebabkan agensi penting berkaitan pendidikan, keusahawnan dan kemahiran Bumiputera itu terjejas dibuatnya?

Jika ada sedikit rasa tanggungjawab, Annuar sewajarnya berasa malu serta tidak ragu-ragu mengundurkan diri secara sukarela berikutan pengakuan Ismail Sabri itu.

Sudahlah sebelum ini, Ismail Sabri mengatakan beliau tidak tahu apa-apa serta tidak dimaklumkan mengenai penajaan kepada The Red Warriors, pengakuan bahawa Mara kini telah terjejas kerananya, adalah ibarat pukulan yang tepat disasarkan ke dahi Annuar.

Secara tidak langsung dan tersirat, Ismail Sabri juga sedang meletakkan kesalahan di bahu Annuar yang ketika penajaan itu dibuat adalah Presiden Kafa dan namanya turut ada sebagai pengarah dalam The Red Warriors Sdn Bhd.

Ismail Sabri mungkin tidak berani sampai mencadangkan agar Annuar tidak lagi menjadi Pengerusi Mara kerana kedudukannya sebagai Ketua Penerangan UMNO dan merupakan orang kesayangan Najib Razak pada waktu yang sama, tetapi pengakuan terjejas itu jelas menggambarkan beliau tidak selesa berhubung penajaan kepada pasukan bolasepak Kelantan itu.

'Kalau Pas mahu sokong Najib, biarlah...'

DAP terpaksa akur keputusan Pas sekiranya parti itu tetap meletakkan calonnya untuk mewujudkan pertandingan tiga penjuru dalam PRU akan datang.
Pemimpin veteran parti itu, Lim Kit Siang berkata, Pakatan Harapan masih berbincang mengenai strategi untuk memastikan kedudukan 'satu lawan satu' dengan BN, namun sekiranya Pas mahu bertanding, DAP tidak mampu melakukan apa-apa.
"Kalau mereka (Pas) mahu sokong Najib, biarkanlah mereka," kata Kit Siang dengan ringkas ketika ditemu bual oleh Sin Chew Jit Poh.
Menurut Kit Siang, Pakatan Harapan bukan sahaja mahu merampas Putrajaya, tetapi juga ingin menjadi kerajaan di negeri Johor.
"Oleh itu, Pakatan Harapan Johor ketika ini sedang berbincang bagaimana mewujudkan satu pasukan yang mantap bagi membolehkan Pakatan Harapan menjadi kerajaan baharu di negeri Johor," katanya.
Sementara itu, Pas akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa bagi menetapkan lokasi himpunan RUU 355 secara muktamad dalam masa terdekat.
Menurut Timbalan Presiden Pas merangkap Pengerusi Perhimpunan RUU 355, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, partinya masih menunggu jawapan balas daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sama ada dibenarkan berlangsung di Dataran Merdeka ataupun tidak.

Akhirnya Felda jual aset untuk stabilkan aliran tunai

Pengerusi Felda menegaskan tindakan menjual aset dimilikinya adalah bagi menjaga kepentingan peneroka dan mengatasi ketirisan.
Shahrir-Samad_felda_6002
KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan mula menjual asetnya di dalam dan luar negara bagi menstabilkan kembali aliran tunainya.
Pengerusi Felda baharu, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata ia termasuk menjual aset hotel mereka di London kerana tidak memberi pulangan memberangsangkan.
“(Kita) ada aset yang lain di United Kingdom (UK). Ia bukan aset yang mempunyai nilai sentimental.
“Kalau hotel yang beri peluang pekerjaan kepada warga Felda, yang membantu peluang ekonomi setempat dalam negara, ia akan kita jaga. Kita tidak akan jual dengan mudah.
“Ini berlainan di London yang hanya ada berapa sahaja rakyat Malaysia yang bekerja di sana,” katanya pada sidang media di Menara Felda hari ini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya berhubung langkah masa depan Felda selepas menjual sebahagian kepentingannya dalam Maybank bagi mengumpul dana sehingga RM280 juta seperti laporan The Wall Street Journal.
Dalam laporan itu, Felda membuat tawaran menjual saham Maybank antara RM8.00 dan RM8.05 sesaham.
Saham Maybank ditutup pada harga RM8.05 sesaham, semalam.
Felda merupakan pemegang saham ke-4 terbesar Maybank dengan memegang kepentingan 1.82% atau 185.150.000 saham.

700,000 warga China di JB momokan Mahathir saja sembang Shahrir

Anggota Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad, berkata Tun Dr Mahathir Mohamad hanya memomokkan rakyat di negara ini bahawa terdapat 700,000 warga China mahu mengundi dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Bekas menteri itu berkata, Dr Mahathir menukar cerita isu berkenaan beberapa kali.
"Bagaimana Dr Mahathir berkata projek Forest City itu akan membawa lebih 700,000 warga China? Kemudian (beliau) berkata mereka yang dibawa ke Malaysia itu untuk mengundi dalam pilihan raya akan datang. Kemudian dia cerita lain.
"Tetapi pada asasnya, dia hanya dimomokkan bahawa 700,000 warga China akan digunakan kerajaan BN yang jahat ini untuk mengundi dalam PRU14,” katanya secara menyindir pada sidang media di Menara Felda di Kuala Lumpur hari ini.
Dr Mahathir sebelum ini mendakwa warga China berkenaan mungkin akan diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada PRU akan datang.
Dakwaan itu kemudian dibidas Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam temu bual baginda dengan akhbar The Star.
Ekoran teguran itu Dr Mahathir menulis surat bagi menjawab kenyataan berkenaan.
Melalui surat yang disiarkan hari ini, Dr Mahathir berkata beliau tidak pasti sama ada kenyataan dibuat Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam benar-benar mencabarnya atau ia sekadar tafsiran akhbar.

Antara China komunis dan Cina Malaysia

Amat menghairankan apabila sesuatu isu sengaja dikelirukan apabila kita semua sedar sebenarnya adalah isu monopoli ekonomi dan kebergantungan melibatkan kedaulatan negara.
Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Datuk Seri Najib Razak menyatakan "kita boleh menerima pelaburan dari negara orang berkulit putih tetapi apabila dari negara China mereka menyatakan kita mahu menjual kedaulatan negara.”
Orang buta pun boleh melihat yang perbuatan penjualan aset-aset harta strategik negara adalah untuk menyelamatkan kedudukan seseorang tertentu walaupun ia mengancam keselamatan dan kedaulatan Malaysia.
Sedarkah kita bahawa pelabuhan Kuantan, Melaka dan Bagan Datok akan diserahkan kepada pihak dari negara China sementara dipercayai pelabuhan di Johor Bharu, Kelang dan Pulau Pinang juga akan mengalami nasib yang sama.
Ini adalah monopoli dan kebergantungan yang amat besar kepada negara republik komunis China.
Projek keretapi Pantai Timur secara runding terus dengan kos RM55 billion, projek 1MDB - strategik Lapangan Terbang Tentera - Bandar Tun Razak dan beberapa projek janakuasa penting negara juga diberi kepada syarikat negara Cina.
Sebelum ini keputusan tuntutan kawasan perairan di Laut China Selatan oleh negara China yang ditolak oleh Tribunal Antarabangsa disambut dingin oleh Malaysia. Malahan penerimaan baik keputusan tersebut oleh rakan negara ASEAN lain tidak disokong oleh Malaysia.
Jawapan tak jelas
Sedarkah kita implikasi simpanan rizab minyak dan gas amat besar berada di Laut China Selatan dan ini akan menjejaskan tuntutan kita? Minyak Malaysia di laut makin berkurangan.
Soalan kehadiran kapal perang China di perairan Malaysia timur di Parlimen tahun lepas tidak diberi jawapan yang jelas.
Tahun ini lawatan kapal selam China di Kota Kinabalu menimbulkan lebih banyak tanda tanya dan negara India menyatakan kebimbangan mereka tentang perkembangan ini.
Sikap menerima apa saja dari negara China tanpa pertimbangan sewajarnya amat membimbangkan kita tentang keselamatan dan kedaulatan negara. Tiada isu perkauman di sini tetapi isu kedaulatan.
Kalau isu perkauman yang Najib ingin timbulkan, kenapa rakyat China dari negara komunis itu diberikan begitu banyak keistimewaan sementara rakyat Cina Malaysia yang lahir dan dibesarkan di negara ini didiskriminasikan dan dipandang serong oleh pihak kerajaan dan Umno?
Bukankah melalui Biro Tata Negara (BTN), kerajaan telah berpuluh-puluh tahun menanam dan menyebarkan kepercayaan perkauman betapa bahayanya Cina di Malaysia dan ancaman mereka bakal mengusai negara?
Kalau ini benar mengapa lebih ramai China negara komunis pula hendak dibawa masuk?
Tidak mungkin rakyat China negara komunis lebih setia dan boleh dipercayai berbanding rakyat Cina kelahiran Malaysia.

Forest City: Tiada komen, kata pimpinan PAS Johor

PAS berkata ia masih meneliti dan mencari maklumat berkaitan projek yang menjadi kontroversi itu.
mahfodz
PETALING JAYA: Ketika projek Forest City melibatkan pemaju China menjadi tajuk hangat sehingga mengundang komen pihak istana Johor, pimpinan tertinggi PAS di negeri itu masih tidak mempunyai sebarang pendirian berkenaan isu itu.
Ketika dihubungi, kedua-dua Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed dan timbalannya Khairul Faizi Ahmad Kamil enggan mengulas.
Khairul Faizi berkata pihaknya masih meneliti dan mengumpul maklumat berkaitan projek yang dikritik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Sehingga hari ini tiada kesimpulan yang dapat dilakukan, saya takut untuk berikan pandangan. Mungkin dalam masa terdekat tidak boleh berikan komen dalam isu ini,” katanya kepada FMT.
Hari ini, akhbar The Star menerbitkan sepenuhnya penjelasan balas Dr Mahathir mengenai bantahannya terhadap Forest City, projek pembangunan mega berhampiran Singapura yang terdiri daripada 4 pulau rekaan manusia seluas hampir 1,400 hektar, dan dipercayai menelan belanja AS$100 bilion.
Ia selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dalam wawancara bersama akhbar itu membidas Dr Mahathir kerana cuba menimbulkan kebimbangan mengenai projek itu dengan mendakwa ia akan menggadaikan kedaulatan negara.
Dr Mahathir mempertahankan dakwaannya, dan berkata mengundang pemaju asing dalam industri hartanah bukan satu bentuk pelaburan yang menguntungkan rakyat Malaysia.

Felda akan jual hotelnya di London - Shahrir

Pengerusi FELDA yang baru dilantik, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata agensi itu akan menjual hotelnya di London bagi mendapatkan sumber kewangan.
Katanya, aset tersebut tidak memberi pulangan banyak selain ia tidak mempunyai ‘nilai sentimental’ kepada rakyat di negara ini.
"Semua aset di luar negara akan diteliti semula dan kita akan jual jika taksiran menunjukkan ia tidak mampu menjana keuntungan seperti diharapkan, sekali gus memberi bebanan kewangan tambahan kepada Felda.
"Setakat ini, kita sudah putuskan untuk menjual aset hotel Felda di London kerana nilainya mengalami penyusutan mendadak," katanya dalam sidang media di Menara Felda hari ini.
Jelasnya pencairan aset hotel di London itu dijangka menjana pulangan antara RM500 juta hingga RM1 bilion, manakala penjualan pegangan saham FELDA di Maybank mampu meraih RM280 juta.
Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai langkah masa depan Felda selepas menjual sebahagian daripada kepentingannya dalam Maybank.
Semalam The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan Felda menjual sebahagian daripada kepentingannya dalam Maybank untuk mengumpul dana sehingga RM280 juta.
Felda membuat tawaran untuk menjual saham Maybank antara RM8.00 dan RM8.05 sesaham.
Felda merupakan pemegang saham keempat terbesar Maybank dengan memegang kepentingan 1.82 peratus atau 185.150.000 saham.
Sementara itu, Shahril berkata hasil daripada penjualan dan pencairan aset itu akan digunakan bagi membantu peneroka dan untuk tujuan pengurusan lembaga tersebut.
“Kita ada keperluan lain nak ditampung. Pendapatan Felda bukan sepenuhnya dari peneroka kerana kita tidak memiliki kebun peneroka.
"Peneroka dapat seratus peratus hasil dari kebun mereka tetapi dari segi komuniti ada pembangunan dan perbelanjaan yang diperlukan dari segi operasi, kita sebagai sebuah kumpulan dan skim yang kita laksanakan untuk peneroka dan komuniti.
“Kita lebih mungkin akan belanja di peringkat pengurusan kita, untuk kepentingan peneroka,” katanya.

Shahril akui ketirisan dalam Felda

Pengerusi FELDA yang baru dilantik Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengakui berlaku ketirisan dalam badan itu, termasuk anak syarikatnya Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).
Katanya, Jawatankuasa Kira-kira (PAC) turut mengatakan perkara itu menyebabkan pihaknya perlu mencari sumber kewangan bagi menampung kerugian tersebut.
“Memang Felda banyak ketirisannya, laporan PAC dah berlaku ketirisan dan projek-projek yang dilakukan Felda melalui FIC mengalami kerugian dan itu ketirisan…
“Yang masanya adalah ketika ini yang kita perlukan kewangan untuk mengatasi ketirisan yang telah berlaku.
“Saya tak nafikan berlakunya ketirisan dan ramai orang bising Felda buat keputusan dan perniagaan yang tak menguntungkan.

“Jadi kesannya kepada kewangan kita, sebab itu kita jual saham Maybank,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Menara Felda.
Hari ini Shahril mengarahkan semua ahli lembaga pengarah FIC meletakkan jawatan dalam usaha untuk menyusun semula syarikat tersebut.
FIC merupakan anak syarikat Felda yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti perniagaan bukan perladangan.
Ini merupakan langkah pertama yang utama bagi FELDA sejajar dengan pengumuman awal beliau mengenai rombakan besar-besarannya.

Peletakan jawatan oleh ahli lembaga pengarah FIC, katanya, akan membuka jalan untuk menyusun semula FIC.
Sementara itu Shahril menafikan dakwaan bahawa penjualan pegangan saham Maybank adalah untuk menampung pembiayaan untuk membeli 37 peratus ekuiti firma Indonesia, PT Eagle High Plantations Tbk (EHP).

Iskandar mahu beritahu Azmin, tidak akan hadir mesyuarat Exco Selangor


Kerusi Iskandar kekal kosong di majlis pelancaran Bersatu Sabtu lepas.Kerusi Iskandar kekal kosong di majlis pelancaran Bersatu Sabtu lepas.
Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Samad bahawa tindakan parti itu tidak hadir ke majlis pelancaran Bersatu baru-baru ini kerana adanya DAP dan Amanah di situ membayangkan beliau dan Exco kerajaan negeri Selangor dari Pas tidak akan hadir dalam mesyuarat Exco Selangor akan datang.
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan Iskandar itu seolah-olah memberikan makluman awal kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, beliau dan Exco dari Pas yang lain tidak akan hadir dalam mesyuarat exco akan datang jika Exco dari DAP turut serta dalam mesyuarat itu.
Selain Iskandar, Exco Selangor dari Pas adalah Datuk Yunus Hairi dan Zaidy Talib. Di samping mereka ada 3 exco dari DAP dan empat lagi dari PKR.
"Saya memohon penjelasan dari Iskandar, apakah ini yang Iskandar maksudkan ketika berkata, wakil Pas tak hadir dalam majlis pelancaran Bersatu kerana adanya wakil DAP dan Amanah di situ," kata Mahfuz kepada Malaysia Dateline.
Mahfuz mahu Iskandar memberikan penjelasan ke atas kenyataannya apakah arahan dari Pas tidak akan berada dalam majlis yang ada pemimpin DAP dan Amanah lagi.Mahfuz mahu Iskandar memberikan penjelasan ke atas kenyataannya apakah arahan dari Pas tidak akan berada dalam majlis yang ada pemimpin DAP dan Amanah lagi.Begitu juga di peringkat kerajaan tempatan, kata Mahfuz.
Selaku Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar seolah-olah memberikan arahan terbuka kepada ahli-ahli majlis dari Pas bahawa mereka tidak perlu hadir dalam mesyuarat majlis kerajaan tempatan selepas ini jika wakil DAP dan Amanah turut hadir.
Ini berdasarkan kenyataan beliau, wakil Pas tidak hadir ke majlis Bersatu itu kerana adanya wakil DAP dan Amanah dalam majlis itu dan keputusan ini dibuat sebulat suara oleh Pas.
"Adakah itu yang dimaksudkan oleh Iskandar ketika membuat kenyataan itu," tanya ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Sinar Harian melaporkan, Pas membuat keputusan untuk tidak hadir di Majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Stadium Malawati, Sabtu lalu kerana kehadiran Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.
Naib Presiden Pas Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Pas tidak mempunyai hubungan politik dengan kedua-dua parti tersebut menyebabkan pimpinan sebulat suara mengambil keputusan tidak hadir ke pelancaran parti Bersatu.
Keputusan itu dipercayai dibuat semasa mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat yang diadakan beberapa jam sebelum majlis pelancaran Bersatu itu.

Rafizi kata Shahrir mengelak jawab isu Felda

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata Tan Sri Shahrir Samad mengelak daripada menjawab dakwaan dibuatnya mengenai isu syarikat Felda Global Ventures (FGV).
Kata Rafizi pengerusi Felda itu terus menyangkal kenyataan berkenaan walaupun angka yang didedahkannya dibuat berdasarkan laporan rasmi.
"Shahrir juga mendakwa penyahsenaraian FGV dari Bursa Malaysia hanya spekulasi saya walaupun beliaulah yang mendedahkan empat keutamaannya sebagai pengerusi Felda, seperti tersiar di muka depan Berita Harian.
"Satu daripada keutamaan itu ialah menyahsenaraikan Felda," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Rafizi sebelum ini menyatakan, langkah mengeluarkan FGV daripada Bursa Malaysia boleh mengakibatkan kerugian sehingga RM7.8 bilion.
Kata anggota parlimen Pandan itu, antara punca kerugian berkenaan ialah keperluan syarikat terbabit membelanjakan RM2.9 bilion untuk membeli balik saham daripada pemegang saham.
Shahrir menafikan dakwaan itu semalam dan menganggap langkah berkenaan bersifat spekulatif, selain berpendapat kiraan Rafizi "bukan betul".
Kata anggota parlimen Johor Bahru itu, belum ada sebarang keputusan dibuat sama ada FGV akan kekal dalam pasaran saham atau sebaliknya.
Fokus pada masalah peneroka
Sementara itu dalam kenyataan berasingan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berkata mereka kecewa dengan keputusan Shahrir mempertahankan pembelian syarikat Eagle High Plantation (EHP).
Presiden ANAK, Mazlan Aliman (gambar), berkata Shahrir mengulangi kesilapan pernah dilakukan pengerusi terdahulu, Tan Sri Isa Samad apabila tidak mengendahkan pandangan pelbagai pihak mengenai pembelian ladang itu yang dibuat pada harga tiga kali ganda lebih mahal berbanding pasaran.
"Bukan sahaja pembelian tersebut telah dibatalkan oleh FGV, bahkan Sime Darby dan PNB telah menolaknya lebih awal meskipun ditawarkan harga lebih rendah," katanya.
Menurut Mazlan, Shahrir sepatutnya memberi perhatian serius kepada usaha membawa perubahan kepada Felda dengan menumpukan persoalan utama yang mengganggu kehidupan peserta tanah rancangan itu, seperti beban hutang hasil tanam semula pokok-pokok pertanian, perumahan generasi baru dan kelewatan peneroka mendapat bayaran.

Felda tidak akan campur tangan dalam FGV

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak akan campur tangan dan mengurus secara terperinci Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), walaupun merupakan pemegang saham utamanya.
Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, FGV mempunyai pelbagai aktiviti seperti pengilangan, penapisan, pengangkutan serta perladangan dan tentunya tahu selok-belok perniagaannya.
“Kami biarkan kepada mereka, kami tidak boleh campur tangan dan mengurus secara terperinci.
“Felda tidak perlu campur tangan dalam tadbir urus FGV. (Ia syarikat tersenarai) dan mempunyai peraturan dan kaedah (untuk diikuti),” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.
Shahrir berkata demikian ketika ditanya mengenai kerugian yang dialami FGV dan strategi perniagaannya.
Menurut laporan, Felda mempunyai 17.29 peratus pegangan langsung dalam FGV dan pegangan tidak langsung sebanyak 19.4 peratus yang menjadikan jumlah keseluruhan 36.69 peratus.
Felda, kata beliau, tidak mempunyai rancangan untuk mengurangkan pegangannya dalam FGV.
Mengenai usaha niaga di Turki, Felda Iffco Gida Sanayi, beliau berkata Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad tahu tentang impaknya.
“Kami perlu membenarkan beliau melaksanakan rancangannya. Mereka telah memberikan penjelasan dan jaminan kepada kami mengenai cara mereka akan menyelesaikan masalah berkenaan,” katanya.
Pada November tahun lepas, FGV mendapati berlaku penipuan dalam anak syarikat yang dimiliki 50 peratus, Felda Iffco, yang mengalami kerugian stok sebanyak RM57 juta.
Baru-baru ini FGV mengumumkan kerugian kewangan dalam audit forensik dan syarikat kini menunggu laporan rasmi sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Shahrir pertahan Felda beli saham syarikat Indonesia



Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang baru dilantik, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mempertahankan langkah agensi itu membeli 37% ekuiti dalam PT Eagle High Plantations Tbk (EHP).
“Saya setuju dengan pembelian itu. Kami mendapat harga yang lebih baik daripada Felda Global Ventures Holdings Bhd (yang sebelum itu merancang untuk membeli saham berkenaan),” katanya.
Shahrir SamadPada Jun tahun lepas, FGV mengumumkan rancangan untuk membeli 30% kepentingan dalam EHP pada AS$632 juta secara tunai dan 7% pegangan lagi melalui terbitan 95 juta saham baru FGV bernilai AS$48 juta, yang menjadikan nilai keseluruhan AS$680 juta atau RM2.89 bilion ketika itu.
Bagaimanapun rundingan berkenaan tidak berhasil.
Baru-baru ini, Felda menandatangani perjanjian dengan Rajawali Group untuk membeli 37% pada AS$505.4 juta (RM2.26 billion), 26% kurang daripada apa yang FGV rancang untuk membayar bagi EHP, antara syarikat minyak sawit terbesar Indonesia.
Meskipun harga yang lebih baik, terdapat kritikan Felda membeli saham EHP itu pada harga yang tinggi.
“Kita semua tahu untuk mendapatkan sejumlah besar saham (sedemikian) dalam sebuah syarikat perlulah membayar lebih daripada harga pasaran kerana penilaiannya bukan semata-mata berdasarkan harga saham, tetapi potensi dan pendapatan yang boleh datang dari ladang syarikat itu,” katanya.
Shahrir mempersoalkan jika ada yang boleh membeli 30% pegangan dalam syarikat perladangan seperti IOI Plantation, atau KL Kepong pada premium yang kecil.
“Jika ada boleh mendapatkannya, daripada membeli EHP, kami akan membeli IOI atau KLK. Bolehkah 30% pegangan pada premium yang kecil?” soalnya berseloroh.
Bulan lepas, Felda dalam satu kenyataan menjelaskan harga saham bukanlah kaedah penilaian yang diterima apabila membabitkan syarikat perladangan.
Harga saham itu mungkin tidak mencerminkan nilai sebenar EHP.
Penilaian yang diterima merupakan nilai perusahaan (EV) sehektar iaitu AS$16,000 EV sehektar dan inilah yang Felda bayar untuk kepentingan 37%.
Nilai ini adalah lebih baik jika dibandingkan dengan urus niaga lain baru-baru ini yang melibatkan syarikat minyak sawit Indonesia, katanya.
Shahrir percaya keputusan dan pembayaran dividen EHP yang dijangka dalam masa 6 bulan akan menolak semua kritikan itu.
Beliau juga berkata, pengambilalihan itu tidak akan memberi sebarang kesan terhadap hutang Felda memandangkan ia akan dibiayai kerajaan.
“Tidak, kami tidak akan meminjam. Ia akan dibiayai kerajaan. Kami hanya menjadi platform,” katanya.
Ketika ditanya mengapa pengambilalihan EHP begitu penting bagi Felda dan FGV, beliau berkata ia ada kena mengena dengan soal konsep usaha sama perniagaan di peringkat Asean dan mempunyai satu suara dalam soal minyak sawit.

Skandal 1MDB: MP mohon mahkamah isytihar Najib salah guna kuasa

Anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua memfailkan saman misfeasans dalam pentadbiran awam terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan dalam isu 1MDB.

Permohonan itu dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam oleh tetuan Messrs Thomas Philip dan salinan 110 halaman itu dilihat oleh Malaysiakini hari ini.

Pua yang juga setiausaha publisiti DAP menuntut pengisytiharan bahawa defendan telah melakukan kesalahan misfeasance dalam pentadbiran awam.
Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Najib telah menyalah guna kedudukannya terhadap dana 1MDB untuk kepentingan peribadi.

Pua menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang akan dinilai oleh mahkamah.

Jika perbicaraan diadakan, silalah tangkap saya, kata Mahathir


Tun Dr Mahathir MohamadBekas Perdana Menteri  Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan pendiriannya berkaitan kenyataannya mengenai projek pembangunan Forest City di Bandar Iskandar, Johor yang mendapat kritikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Dalam blognya hari ini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, beliau bersikap terbuka dalam menjawab cabaran Tuanku Sultan.
"Saya mengaku bahawa saya berada di dalam keadaan yang agak lemah. Sementara sesiapa sahaja boleh berkata apa-apa terhadap saya, dan saya mengambil sikap terbuka terhadap kebebasan mereka berbuat demikian, saya harap di dalam menjawab terhadap cabaran DYMM Tuanku, saya tidak akan dipenjara tanpa bicara. Jika perbicaraan dapat diadakan, silalah tangkap saya.
"Saya tidak tahu samada benar atau tidak cabaran yang dilontarkan oleh DYMM Sutan Johor terhadap saya berkenaan pembangunan JB.
"Mungkin hanya akhbar The Star yang mentafsirkan apa yang dititah DYMM Tuanku sebagai melontarkan cabaran terhadap saya.
"Tetapi selagi DYMM Tuanku tidak menafikan mencabar saya, saya akan anggap laporan The Star sebagai benar," ujarnya.
Dr Mahathir  mencabar The Star untuk siarkan suratnya bertarikh 16 Januari itu,  secara keseluruhan dan disiarkan oleh akhbar itu di "ruang surat" hari ini, dan surat sama turut dimuat naik di blognya itu.
Dr Mahathir merujuk kepada kenyataannya yang dilaporkan Bloomberg pada 22 November lalu dan dirujuk  The Star dalam temubual eksklusif  yang diadakan akhbar itu bersama  Sultan Ibrahim  yang disiarkan semalam dan dipetik oleh beberapa media lain.
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengkritik Dr Mahathir kerana cuba memainkan “politik perkauman” dalam cubaannya mengyingkirkan pelaburan China dari negeri itu, lapor The Star dalam satu temu bual eksklusif yang disiarkan semalam.
Sultan Ibrahim mendakwa bekas perdana menteri itu “mencipta ketakutan, menggunakan kaum untuk memenuhi motif politik”.
"Tidak mengapa untuk tidak bersetuju tetapi tolonglah jangan mereka-reka benda," kata Sultan Ibrahim seperti dipetik The Star dalam temubual eksklusif diadakan.
Sultan Ibrahim mencabar Dr Mahathir menunjukkan kepada Johor pelabur dari Arab, Australia atau AS "daripada mengecam China".
Sultan Johor juga bertitah, baginda "amat tersinggung dan disakiti" oleh beberapa ulasan dibuat Dr Mahathir sejak beberapa minggu lalu.

Biarlah jika saya dituduh derhaka, Dr Mahathir jawab Sultan Johor

Bekas perdana menteri itu tampil mempertahankan kritikannya terhadap pelaburan hartanah China di Johor dan berkata beliau sedia ditangkap dengan syarat dibicarakan.
mahathir-sultan-johor
PETALING JAYA: The Star hari ini menerbitkan jawapan balas Tun Dr Mahathir Mohamad, sehari selepas dibidas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana cuba “menakutkan” rakyat berkenaan pelaburan China di negeri itu.
“Saya berharap dengan menjawab cabaran Sultan, saya tidak akan ditangkap atau dipenjara tanpa bicara. Sekiranya saya akan dibicarakan, saya mengalu-alukan ditangkap,” kata Dr Mahathir, yang sebelum ini mempersoalkan projek Forest City di Johor yang menurutnya akan menggadaikan Malaysia kepada China.
“Saya seorang rakyat Malaysia lahir di Kedah. Malaysia tanah air saya dan tumpuan taat setia saya. Sekiranya saya dituduh derhaka atas apa yang saya katakan, biarlah.”
Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu, yang bukan pertama kali berselisih pendapat dengan keluarga diraja dan pihak istana, berkata apa yang diutarakan beliau itu adalah berdasarkan laporan Bloomberg, yang antara lain melaporkan usaha giat mempromosikan hartanah di Forest City kepada beratus ribu warga China.
Menurut laporan itu, pembinaan Forest City di Johor Bahru akan menyaksikan kebanjiran rakyat China ke negeri itu yang membeli kebanyakan daripada hartanah yang ditawarkan.
“Saya tidak rasa Melayu atau Cina Johor membeli atau akan membeli pangsapuri itu. Tidak ramai rakyat Malaysia membeli semua hartanah ini,” katanya dalam suratnya kepada The Star.
Semalam, Sultan Ibrahim berkata Dr Mahathir cuba memainkan “politik perkauman” dalam kritikannya terhadap pelaburan China.
“Dia bermain dengan politik ketakutan dan kaum, yang tidak ada tempat di Johor kerana saya tidak percaya kepada politik perkauman.
“Dia menghina pelabur hartanah China yang kaya ini. Mereka bukannya mahu kerakyatan Malaysia. Ramai antara mereka ada hartanah di negara lain termasuk Australia dan United Kingdom,” katanya dalam wawancara bersama The Star.
Menurutnya, Dr Mahathir sudah lupa banyak perkara yang dilakukan sebelum ini.
“Dulu dia benci media barat tetapi sekarang dia pula memetik segala apa daripada media barat. Dia dah lupa banyak benda yang dia buat sebelum ini.”
Dr Mahathir bagaimanapun berkata beliau sudah biasa dituduh mengamalkan perkauman Melayu sempit.
“Sikap melabel, memburukkan saya hanya menyerlahkan kekurangan hujah berasas bagi menangkis tindakan dan kenyataan saya,” katanya
Pelaburan asing zaman saya
Dr Mahathir dalam jawapannya mempertahankan dasarnya membawa masuk pelaburan asing, dengan menambah ia bertujuan mengembangkan industri dan bukan mengenai hartanah.

Umno: Setia Muhyiddin untuk sultan atau Dr M?

Seorang anggota Majlis Tertinggi Umno mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menyatakan secara terbuka kepada kesetiaannya ditumpahkan - sama ada Sultan Johor atau Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam kenyataan hari ini Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, bekas Menteri Besar Johor itu perlu membuat kenyataan berkenaan kerana Sultan Ibrahim Iskandar kini murka dan mengeluarkan titah berhubung kata-kata Dr Mahathir.
"Saya ingin mencabar agar Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kesetiaan beliau secara terbuka sama ada bersama Tuanku Sultan Johor ataupun untuk terus bersama Tun Dr Mahathir dan parti barunya itu.
"Beliau perlu membuat pilihan pada kali ini kerana secara jelasnya, Tuanku Sultan telah murka dan mengeluarkan titah tersinggung dengan dakwaan putar belit Tun Dr Mahathir," katanya.
Kenyataan itu dimuat naik di akaun Facebook Ab Aziz.
Semalam Sultan Ibrahim - melalui temu bual dengan The Star - menyatakan pandangannya terhadap kenyataan dibuat Dr Mahathir berkaitan pembangunan di Johor Bahru.
Dr Mahathir kini dilantik sebagai pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) manakala presiden pertubuhan berkenaan ialah Muhyiddin.
Bakar sentimen melampau
Dr Mahathir pernah menjadi presiden Umno sebelum meninggalkan parti itu kerana tidak sependapat dengan Datuk Seri Najib Razak, manakala Muhyiddin dipecat daripada jawatan berkenaan tahun lalu.
Ab Aziz yang juga anggota parlimen Sri Gading di Johor kenyataan dibuat Dr Mahathir mengenai pembangunan Forest City di Johor Bahru amat keterlaluan sehingga mengundang kemurkaan sultan.
Bagaimanapun hari ini The Star menyiarkan tulisan balas Dr Mahathir mengenai titah Sultan Ibrahim.
Kata Ab Aziz, keadaan itu sepatutnya menarik perhatian Muhyiddin sebagai anak Johor, anggota parlimen Pulai (juga di Johor) serta pernah menjadi menteri besar di negeri itu selama sembilan tahun.

Mansuh tol jika menang PRU14, kata Guan Eng

"Kalau Jho Low tidak mahu pulang, batalkan pasport dia," kata Guan Eng

Gambar Vegas: Takkan nak judi saya ambil gambar, bodohlah tu sembang Azalina

'Selagi BN perintah, penjawat awam harus sokong kerajaan' - Azalina Othman

Iskandar dakwa langkah Pas tidak hantar wakil ke majlis pelancaran PPBM tepat

SHAH ALAM: Disindir dan dihentam dalam majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Pas menyifatkan keputusan untuk tidak menghantar wakilnya ke majlis berkenaan sebagai tindakan yang tepat.
Naib Presidennya, Datuk Iskandar Samad berkata demikian merujuk kepada sindiran Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membayangkan Pas sebagai parti yang akan memecah-belahkan undi untuk memberi kelebihan kepada BN pada PRU14.
“Tidak ada gunanya menghantar wakil-wakil semata-mata untuk disindir. Jika benar hendak berunding dengan Pas, kenapa perlu menghina Pas?
“Tun Mahathir jelas tidak ikhlas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam ucapan sewaktu pelancaran PPBM malam kelmarin, Dr Mahathir tidak menyatakan nama parti yang dimaksudkannya secara langsung, namun ia merujuk kepada Pas.
Pas tidak menyertai gabungan Pakatan Harapan dan PPBM menandatangani perjanjian politik untuk meletakkan satu calon mewakili gandingan berkenaan yang dimeterai pada bulan lalu.
Dr Mahathir sebelum ini kerap mendesak Pas supaya segera memutuskan sama ada mahu menyertai pembangkang bagi memastikan saingan dua penjuru menentang BN pada PRU14.
Pimpinan utama Pas tidak hadir pada majlis pelancaran PPBM sungguhpun dijemput. Kelihatan cuma Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang hadir, namun beliau bukan mewakili Pas.
Dalam ucapannya juga, Dr Mahathir menegaskan, partinya bersama Pakatan Harapan akan meletakkan satu calon, menggunakan satu simbol dan mendokong manifesto yang sama pada pilihan raya umum yang diramal diadakan pada tahun ini.

Skandal 1MDB: Mahkamah Singapura tak kaitkan Rosmah kata Peguam

Datin Seri Rosmah Mansor menafikan dakwaan yang tersebar di Internet mengaitkan beliau dengan tuduhan menandatangani cek sebagai "Eric Tan".
Menurut peguam kepada isteri perdana menteri itu, Noor Hajran Mohd Noor, perkara itu dikatkan dengan kes jenayah di Singapura membabitkan bekas pengurus cawangan Falcon Bank, Jens Fred Sturzenegger.
Katanya, semakan terhadap pernyataan dikeluarkan Pejabat Peguam Negara Singapura mendapati tuduhan ke atas Rosmah itu tidak disokong dengan sebarang fakta.
"Ini tuduhan serius, bertujuan membuat representasi, menerbitkan fitnah untuk mencemar nama, atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa tohmahan itu akan merosakkan reputasi dengan niat jahat untuk memusnahkan dan mengurangkan kredibiliti Rosmah sebagai isteri yang berhormat perdana menteri," kata Noor Hajran dalam kenyataan hari ini.
Pada 11 Januari lalu Sturzenegger dilaporkan dihukum penjara 28 minggu dan denda S$128,000 selepas mengaku salah atas enam tuduhan hasil siasatan negara itu ke atas 1MDB.
Dia dituduh gagal mematuhi arahan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) untuk melaporkan pemindahan dana yang meragukan - bernilai AS$1.262 bilion ke dua akaun Falcon Bank pada 2013.
Sturzenegger juga dituduh menipu pegawai MAS bagi mengalih perhatian mereka daripada menyiasat akaun bank dikawal ahli perniagaan Malaysia, Jho Low, dengan mendakwa akaun berkenaan "dimiliki dengan manfaat" seseorang bernama Eric Tan Kim Loong.
Ekoran itu, beberapa blog menerbitkan spekulasi mengenai peranan Rosmah dalam kes berkenaan.
Jho Low diketahu mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Datuk Seri Najib Razak dan bekerjasama dengan anak Rosmah, Reza Aziz menghasilkan filem Hollywood, The Wolf of Wallstreet.
Sementara itu Noor Hajran juga membuat penjelasan mengenai gambar Rosmah dengan keterangan "Big Momma sighted in Claremont Quarter in Perth - one bodyguard and two personal maids tagging along".