Isnin, 16 Januari 2017

Veteran PAS: Mengapa Jamal campak duit RM1 juta?

Ia suatu ujian besar Allah kepada orang zuhud, sama seperti ujian ke atas Nabi Yusuf, kata Subky.
subky-jamal
PETALING JAYA: Seorang bekas pemimpin PAS semalam mempersoalkan dakwaan Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos yang beliau mencampakkan kembali sebuah beg berisi RM1 juta yang ditawarkan kepadanya oleh tauke judi haram bagi menutup pendedahan mengenai kegiatan mereka.
Menulis dalam lidah rasmi PAS Harakahdaily, bekas pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Subky Latif berkata sekiranya ia benar terjadi, ia merupakan suatu ujian daripada Allah yang biasa berlaku ke atas golongan zuhud.
“Itulah yang terjadi antara Nabi Yusuf yang digoda oleh Zulaika, isteri pembesar Mesir.
“Tingginya takwa Jamal yang menolak duit sejuta itu kira macam laki-laki menolak godaan wanita, sama seperti martabat Nabi Yusuf,” tulis Subky.
“Jika kejadian Jamal itu berlaku di zaman pra kelahiran Nabi Muhamad SAW, nescaya Jibril akan wahyukan kepada Nabi untuk diceritakan kepada umat tentang tingginya moral orang-orang beriman.”
Bagaimanapun, Subky berkata adalah lebih baik Jamal menyerahkan wang itu kepada pihak berkuasa.
“Sepatutnya Jamal tak campak balik duit itu. Dia patut hantar duit ke rumah pasung, supaya polis buat siasatan dan cari pencampaknya.
“Jika duit jatuh ke tangan Robin Hood kenyanglah gelandangan dan orang yang tak berduit membeli ikan/sayur yang naik harga,” katanya.
Pada 6 Januari, Jamal mendakwa ditawarkan wang RM1 juta oleh kumpulan judi haram dengan tujuan menghentikannya tindakan menimbulkan kekacauan terhadap kegiatan mereka, seminggu selepas beliau bersama sekumpulan pemuda bermotorsikal bertindak menyerbu pusat judi haram di Ampang.

PERLUKAH TERUS "MERINDUI" PAS"?

Walaupun disebut namanya dalam ucapan oleh Tun Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Pas, Iskandar Samad sebenarnya tidak hadir dalam majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Sabtu lalu.

Difahamkan namanya disebut dalam teks ucapan Tun Mahathir kerana kedua-duanya sudah mengesahkan kehadiran mereka sebelum ini.

Tetapi, kenapa tiba-tiba tidak hadir?

Diberitakan kemudian bahawa ketidakhadiran mereka disebabkan adanya "arahan" pada hari yang sama yang tidak membenarkan mana-mana pemimpin Pas menghadiri majlis tersebut, meskipun persetujuan untuk hadir sudah diberikan sebelum itu.

Akhirnya, satu-satunya orang Pas yang hadir dalam majlis itu ialah Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah.

Namun, beliau tiada apa-apa jawatan dalam Pas, cuma masih Ahli Parlimen bagi parti tersebut. Beliau yang lebih dianggap Pas "harumanis", di luar hijau, di dalam oren, bagaimanapun memberitahu kehadirannya adalah atas kapasiti peribadi.
Dengan yang demikian, ketidakhadiran Pas dengan sendirinya menimbulkan banyak persoalan. 

Pas dilaporkan sedang dalam proses rundingan dengan Bersatu dan seperti yang pernah ditulis oleh A Kadir Jasin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu, kata putus sama ada ia berhasil atau sebaliknya, mesti dimuktamadkan pada bulan ini juga.

Tugas mengetuai rundingan diserahkan kepada Muhyiddin Yassin untuk mengepalainya.

Mahathir perlu selesai isu Amanah terlebih dahulu kata PAS

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihat menyelesaikan masalah kerusi dengan Parti Amanah Negara (Amanah).
Ini kerana menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang akan ‘membuat kacau’ dalam proses pemilihan dan pembahagian kerusi adalah Amanah dan bukannya Pas.
Tuan Ibrahim Tuan Man “Mahathir sepatutnya kena selesai isu Amanah (yang ingin bertanding merebut kerusi pembangkang lain).
“Yang kita jangka yang akan mengganggu (dalam pemilihan kerusi) nanti bukannya Pas, tetapi daripada Amanah sendiri,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Parti pembangkang lain yang meletakkan calonnya sendiri dengan alasan untuk melawan BN dalam pilihan raya adalah parti yang mengkhianati rakyat.
Mahathir berkata demikian ketika mengulas cabaran perlawanan tiga penjuru yang mungkin terjadi pada PRU14 nanti.
Beliau dalam masa sama turut mengingatkan semua pihak supaya menghormati partinya sebagai rakan pembangkang.
“Kami tetap di pihak pembangkang, maka Pas perlu dihormati sebagai rakan pembangkang.
“Amanah pula mahu bertanding di semua kerusi yang ditandingi Pas, jadi pengkhianat bukan dari Pas,” katanya lagi.

Masa untuk PPBM terima hakikat, kata Zaid

Bekas menteri itu berkata PPBM perlu meyakini kemampuan sendiri dan memberitahu pengundi bahawa pembangkang mampu menarik undi Melayu tanpa PAS.
zaid-bersatu-pasPETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu menyakini kemampuan sendiri dan “terima hakikat” siapa kawan politik yang tulen, bukannya merayu PAS dan parti pembangkang lain supaya bersatu menjelang pilihan raya umum akan datang.
Datuk Zaid Ibrahim berkata demikian dalam catatan blog terbaharunya yang mengulas pelancaran PPBM pada Sabtu lepas.
“Ucapan dipenuhi dengan rayuan kepada PAS dan parti pembangkang lain untuk bersatu, rayuan yang orang anggap angan-angan,” kata bekas menteri undang-undang itu.
Walaupun PPBM mengharapkan pertandingan 1 lawan 1 pada pilihan raya umum akan datang, Zaid berkata rayuan itu menunjukkan parti itu “tidak meyakini kekuatan sendiri”.
Beliau mempertikaikan mengapa PPBM berharap PAS menyertai mereka melawan BN sedangkan pemimpin parti Islam itu dengan jelas menyatakan tidak berminat membentuk pakatan dengan pembangkang.
“PPBM perlu ada keyakinan. Mereka perlu beritahu pengundi bahawa pembangkang akan menang pertandingan 1 lawan 1 atau 3 penjuru.
“Mereka perlu beritahu pengundi PAS tidak pernah menang apa-apa dalam sejarah 60 tahun parti itu tanpa sokongan pembangkang lain,” kata Zaid.
Zaid berkata orang ramai perlu diberitahu undi Melayu yang dikutip PAS akan didapatkan semula melalui Amanah.
Beliau mempertikaikan mengapa PPBM tidak mahu membantu Amanah di Kelantan, dan tertanya-tanya adakah kerana PPBM tidak mahu menyinggung PAS lalu merosakkan peluang parti Islam itu menyertai pakatan pembangkang.

Kit Siang sokong manifesto BERSATU mengenai 1MDB

Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang hari ini tampil menyokong manifesto Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang antaranya mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat 1MDB ditubuhkan.
Penubuhan RCI yang bebas itu akan menjadi antara perkara pertama yang akan dilakukan sekiranya pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang, kata beliau yang juga ahli Parlimen Gelang Patah.
"Tanpa ragu-ragu, salah satu perkara pertama akan dilakukan oleh kerajaan Persekutuan baru di Putrajaya yang menggantikan UMNO, BN adalah menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk 'memburu setiap sen dari 1MDB'.
"Malah, jika kita mempunyai Kabinet yang patriotik dan melindungi nama baik Malaysia, keutamaan agenda mesyuarat Kabinet pada Rabu ini hendaklah berkisar mengenai bagaimana untuk membersihkan nama negara daripada kehinaan dan azab yang dianggap di seluruh dunia sebagai "kleptokrasi global," katanya dalam kenyataan.
Kenyataan tersebut adalah teks ucapan beliau semasa majlis ulang tahun ke-50 DAP di Balik Pulau, Pinang Pinang pada hujung minggu yang lalu.
Semasa majlis pelancaran BERSATU, Pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menggariskan manifesto parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Ia termasuk mendapatkan semula setiap sen yang didakwa "dicuri" daripada 1MDB dan kerajaan jika menang, katanya.
"Kita akan siasat dengan teliti dana 1MDB yang telah disalahgunakan.
"Kita akan buru setiap sen dari 1MDB dan kerajaan yang (didakwa) mencuri, yang kita tahu ada di tangan individu tertentu," katanya disambut dengan tepukan gemuruh oleh kira-kira 5000 hadirin pada majlis pelancaran rasmi parti itu di Shah Alam malam tadi.

Tindakan tatatertib kerana pamer plakad 1MDB ‘mengarut’

Kumpulan pelajar pertikaikan kewajaran tindakan tatatertib terhadap siswa yang mempamerkan plakad "1MDB kami mahukan jawapan".
UMANY
PETALING JAYA: Sekumpulan siswa mengecam tindakan tatatertib terhadap pelajar Universiti Malaya (UM) yang mempamerkan plakad berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tahun lepas.
Dalam kejadian itu, 4 pelajar UM mempamerkan plakad “1MDB jangan spin (putar belit)” dan “1MDB we want answers (1MDB kami mahukan jawapan)” Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda memberi ucapan kepada pelajar dalam satu majlis penerangan.
Presiden Persatuan Belia Universiti (Umany) Kon Hua En berkata tindakan tatatertib terhadap siswa terbabit tidak berasas kerana kejadian itu tidak membawa kepada gangguan awam selepas majlis itu.
“UM menganggap ‘memaparkan sepanduk’ akan memudaratkan ketenteraman awam.
“Kami percaya tuduhan yang dibuat oleh universiti sama sekali tidak masuk akal. Ini kerana tidak ada ‘gangguan’ selepas majlis penerangan itu,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar yang diadakan di perkarangan UM petang ini.
Bekas presiden Umany, Ho Chi Yang; Timbalan Presiden Tan Jia You, Ketua Biro Publisiti Chua Hun Ti dan Setiausaha Agung Lau Li Yang menerima notis prosiding yang akan diadakan pada 18 Januari nanti.
Mereka dituduh memudaratkan ketenteraman awam, kesopanan serta tatatertib dan menghasut atau menyertai pemulauan kegiatan rasmi universiti.
Koh menggesa UM menggugurkan semua pertuduhan dan menyeru universiti berfikiran terbuka dan menerima kepelbagaian idea.
“Ini adalah cara terbaik untuk memupuk pemikiran kritis dalam kalangan pelajar. Kami juga menggesa UM untuk mengambil tugas dan tanggungjawab sebuah universiti, iaitu untuk menegakkan kebenaran dan keadilan sosial. ”

Peguam Tun M cabar Peguam Negara letak jawatan


Haniff Khatri AbdullaHaniff Khatri AbdullaPeguam Tun Dr Mahathir Mohamad, Haniff Khatri Abdulla mencabar Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletakkan jawatan dengan serta merta dan memohon maaf kepada rakyat negara ini.
Jika tidak mahu berbuat demikian, kata Haniff, beliau perlu membuka semula kertas siasatan berhubung dana RM2.6 billion yang pernah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Malaysiakini melaporkan gesaan Haniff tersebut adalah susulan keputusan mahkamah Singapura pada bulan ini yang telah menjatuhkan hukuman ke atas Pengurus Falcon Private Bank Switzerland cawangan Singapura, Jens Fred Sturzenegger.
Sturzenegger dijatuhkan hukuman penjara 7 bulan dan denda S$128,00, katanya, atas kesalahan antara lainnya penyembunyian maklumat berkaitan transaksi kewangan melibatkan dana 1MDB.
"Dua fakta terpenting yang amat relevan muncul dari kes Sturzenegger itu ialah Jho Low yang dikenali sebagai individu yang wujud sebenarnya individu bernama Eric Tan yang mempunyai beberapa akaun di bank itu dengan satu daripadanya atas nama Tanore Finance Corporation.
"Kedua pula ialah RM2.6 billion yang masuk ke akaun bank peribadi Najib sebenarnya dari akaun bank Tanore Finance Corporation yang di Falcon Private Bank yang diuruskan oleh Jho Low @ Eric Tan," jelas beliau.
Justeru, tambahnya, kenyataan Apandi yang memutuskan untuk tidak mengambil sebarang tindakan jenayah terhadap Najib berkaitan dana RM2.6 billion itu adalah tidak benar.
"Walhal, kenyataan Apandi masih tinggal sebagai kenyataan semata-mata kerana belum disahkan oleh mana-mana mahkamah sekalipun sedangkan kedua-dua fakta di atas, adalah melalui sabitan akuan salah pada rekod mahkamah dan terbukti di sisi undang-undang,
"Kini, difahami kenapa Apandi tidak mengambil mana-mana langkah munasabah supaya Jabatan Peguam Negara mewakili Malaysia dan menjadi pencelah atau peguam pemerhati di Mahkamah Singapura," katanya lagi.

Pembangkang perlu gabungan baru di luar Pakatan Harapan, kata Saifuddin


Datuk Saifuddin Abdullah Datuk Saifuddin Abdullah Parti-parti pembangkang perlu bersatu membentuk sebuah gabungan dalam Pakatan Harapan bukan sebahagian daripada pakatan, kata Ketua Setiausaha Majlis Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau menegaskan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) jika menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan mungkin memberi gambaran yang salah bahawa Pakatan Harapan dilihat lebih dominan kepada parti baharu.
"Kami mahu membentuk pakatan pembangkang sama rata ... meminta PPBM dan Warisan untuk menyertai Pakatan Harapan akan membuat Pakatan Harapan dilihat sebagai mendominasi," kata Saifuddin seperti dilapor Malay Mail online hari ini.
Beliau diminta mengulas cadangan Bersatu bahawa parti-parti pembangkang perlu bersatu di bawah nama "Barisan Rakyat" dan menggunakan satu simbol dan manifesto, serta mengelakkan meletakkan beberapa calon untuk pilihan raya umum ke-14.
"Satu gabungan pembangkang lebih besar dan kuat diperlukan. Kami terbuka dalam sebarang bentuk yang muktamad.Oleh itu, ia tidak perlu terhad untuk menjadi komponen Pakatan Harapan sahaja.
"Kami telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal untuk membincangkan perkara ini. Kami sedang mengkaji semua sudut dan kemungkinan. Terdapat beberapa cadangan di atas meja, termasuk yang disebut pada pelancaran Bersatu," kata Saifuddin, merujuk kepada pelancaran Bersatu pada Sabtu lalu.
Beliau berkata bahawa ia adalah "terlalu awal" untuk mengumumkan keputusan muktamad mengenai perkara itu buat masa sekarang.
Pada Disember lalu, Bersatu telah menandatangani perjanjian dengan Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah untuk kerjasama menghadapi PRU14.

Jelas PAS Cenderung Kepada UMNO@BN

PAS tak tanding PRK Tanjung Datu

Jangan leka makan dedak jika nak selamatkan Malaysia, kata Mukhriz

‘Jika menang PRU siasat 1MDB kami akan sampai ke lubang cacing’

Selangor tak ambil duit caj plastik 20 sen, tegas Azmin

Sultan Johor bidas Mahathir

"Jangan nafi ekonomi semakin teruk," bidas Azmin

BR1M adalah rasuah, kata Azmin

"FAS buat pemerdagangan pemain," dedah Azmin

Khalid Samad kesal penyerang tidak hadir kawad cam

'Dulu nampak saya macam 'syaitan', kini penduduk Felda ajak bincang' - Jimmy Puah

"Tiada jalan pintas selamatkan negara daripada Umno-BN," kata A.B.U

."Matematik Rafizi tak betul kata FGV rugi RM7.8 bilion," bidas Pengerusi FELDA

BR1M kekal tanpa GST, kata Guan Eng

Sebelum ke pilihan raya

Oleh Hishamuddin Rais
Jam telah melepasi sembilan malam. Kami masih tersadai di tingkat tujuh Rumah Pasong Dang Wangi. Kami menunggu tim Cawangan Khas (SB) dari Bukit Aman.
YB Tian Chua dan siswa Lukman Hakim ada bersama kami. Ada apa lagi agaknya yang diperlukan oleh polis? Ada apa perlunya SB melakukan soal siasat?

Tetiba satu kumpulan polis tidak beruniform muncul dari lif. Ini pasti tim SB dari Bukit Aman. Kami dipisah-pisah. Setiap orang kena tuduh (OKT) dikawal oleh dua orang dan dibawa ke bilik masing-masing. Ini bilik siasatan. Dinding ini berlapik dengan bahan lembut macam sponge berwarna biru. Ini untuk dua tujuan - agar perbualan tidak terdengar diluar. Jika OKT meraung pasti tidak juga kedengaran. Malah jika OKT nak hantukkan kepala ke dinding - kepala tidak akan pecah. Tidak ada kes bunuh diri ketika soal siasat.
Saya berjabat salam dengan dua lelaki Melayu berumur 40-an. Muka klise - muka SB. Mereka tidak memperkenalkan diri mereka. SB-lah konon - merahsiakan nama masing-masing.
"Tak ingat lagi ke?" SB rambut beruban yang lebih senior bertanya pada saya.
Saya cuba membawa ingatan. Gagal. Saya memutar rekod ingatan di mana saya pernah bertemu dengan Si Mamat ini. Gagal.
"Saya jurugambar yang ambil gambar untuk kad pengenalan dulu. Dah lupa ke? Kan saya yang tolong buatkan…. masa awak baru balik dulu…" dengan bangga dia memperjelas duduk pekara dengan saya.
"Wow! Ini 22 tahun dulu… minta maaf. Dah lama sangat. Apa khabar. Dah naik pangkat. Dulu jaga kamera sekarang dah jadi pegawai penyiasat."
Sepulang daripada 20 tahun berkelana saya telah ditahan di bawah ISA selama dua minggu. Sebelum dibebas pihak polis menguruskan pemberian kad pengenalan baru untuk saya. Dan SB senior ini ketika itu ditugaskan mengambil gambar.
Jadi kemarahan Reagan
Bila cerita ini terbuka, saya sekali lagi menghulurkan tangan bersalaman. Aduh! Sejarah membuatkan kami bertemu kembali. SB junior hanya tersenyum melihat dua ‘kawan’ lama.
Kami memulakan siasatan. SB senior ada membawa beberapa helai kertas bersaiz A4. Saperti telah dirancang - dia ada beberapa soalan yang wajib diajukan kepada saya. SB junior memerhatikan SB senior bertanya dan menulis.
Saya tidak tahu antara berdua ini siapa yang lebih tinggi pangkatnya dan apa pangkat mereka. Apa yang saya yakin mereka berdua bukan Ketua Twitter Negara mengikut istilah lukisan Zunar.
Paling membosankan apabila direman polis ialah pengulangan pertanyaan biodata tentang diri saya. Nama. Umur. Nama emak , ayah , abang , kakak, adik dan dan dan. Berpuluh kali pekara ini telah ditanya. Seharusnya semua maklumat ini telah ada dalam rekod polis.
Ini menjadi kemarahan kepada mendiang Ronald Reagan yang telah menghadiahkan dunia kita ini dengan sistem internet yang pada satu ketika dulu hanya dimiliki oleh Jabatan Pertahanan Negara Amerika dan CIA. Tapi kita gagal menggunakan sistem ini sepenuhnya.
Kerana saya OKT, saya dikurung, maka saya wajib melayan soalan-soalan bodoh ini. Maklumat baru yang ada pada saya hanyalah - ayah, ibu dan abang saya telah meninggal. Dan saya masih lagi belum kahwin. Justeru tidak ada anak. Kerana tak kahwin maka seharusnya SB tak perlu tanya nama isteri. Tak perlu tanya berapa orang anak - lelaki atau perempuan
Oh! Malaysiaku. Inilah hasil daripada 60 tahun proses pembebalan yang telah dilakukan oleh United Malays National Organisation terhadap anggota polis.
Kemudian diikuti dengan soalan tentang BERSIH5. Pihak SB ingin tahu dari mana dana datang. Apa hubungan dengan Soros. Kedua-dua SB ini membuka telinga untuk mendengar jawapan. Lalu saya terang bahawa saya bukan lagi anggota Jawatankuasa BERSIH. Tugas saya hanya berkempen dan menghasut.
Kemudian sampai soalan apakah saya dibayar oleh BERSIH? Apabila soalan ini muncul saya ketawa terbahak-bahak.
"Memang BERSIH sampai hari ini belum settle bil-bil saya…." Saya sengaja meninggalkan kesangsian dalam kepala dua SB ini. Mana tahu jika petir menyambar mereka hingga membolehkan mereka berfikir sekali lagi sebagai umat manusia yang cerdas. Bukan hanya mengikut arahan.
Anaki, anarko ni siapa?
Soal jawab kali ini ini agak mesra. Tidak saperti soal siasat oleh enam SB ketika saya ditahan di bilik sulit di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 2001 dahulu.
Tetiba muncul satu soalan. Soalan ini pasti telah dirancang oleh Badan Bertindak Jawatakuasa Soal Siasat SB Negara. Untuk saya ini soalan cepu emas. Ini soalan klasik yang wajib diumumkan kepada dunia. Dunia wajib tahu soalan ini. Dan dunia juga wajib tahu jawapan dari Hishamuddin Rais.
"Encik Hisham… kenapa kumpulan anaki.. ananko.. anarr ko…yang tulis-tulis cat 'A' di dinding-dinding tu… semua orang kata ini pengikut Encik Hisham... mereka sinonim dengan Hisham."
Bila soalan ini muncul mata saya beralih ke kiri dan ke kanan memerhati dua orang SB ini. Saya cuba menyusun fikrah agar mereka ini faham jawapan dari saya.
"Tuan… tolong jangan sangkut-pautkan saya dengan kumpulan anarko anaki ini. Kalau tuan sangkutkan mereka dengan saya dan tuduh mereka ini dari Bangsar, maka ini samalah saperti tuan menuduh Haji Hadi itu seorang Syiah…"
Saya berhenti dan memerhatikan muka mereka. Beberapa saat mereka cuba menghadam apa yang saya tuturkan.
"Bukan geng Cik Isham laaa…”

Siapa remaja 14 tahun buat laporan polis terhadap Guan Eng?

Remaja terbabit berkata, ayahnya memberi kebenaran kepadanya dan kakaknya turut membuat laporan polis berhubung isu sama.
lim-guan-eng-13GEORGE TOWN: Beliau belajar di sebuah sekolah di Ampang, Selangor dan mendakwa menulis buku pertamanya pada usia 3 tahun dan blog sejak berusia 4 tahun.
Jumaat lalu, remaja terbabit menunjukkan kepada semua rakyat Malaysia yang beliau ada kuasa untuk memaksa ketua menteri Pulau Pinang menghabiskan masa sejam bagi menjelaskan kepada polis kenapa satu kenyataannya yang dimuat naik ke limguaneng.com tidak berbaur hasutan.
Lim Guan Eng menyifatkan laporan dan siasatan polis terhadapnya “remeh”.
“Terpulang kepada polis sama ada mahu meneruskannya, tetapi siapa yang akan dapat faedahnya?” kata Lim kepada pemberita selepas memberi keterangan kepada polis, Jumaat lalu.
Bagaimana remaja itu memaksa siasatan berkenaan dimulakan dengan menjadi satu daripada 5 orang di Johor, Selangor dan Kuala Lumpur yang membuat laporan polis terhadap Lim untuk sesuatu yang setiausaha agung DAP itu muat naik ke blognya baru-baru ini berhubung undang-undang syariah kontroversi.
Seorang lagi pengadu ialah kakak remaja itu yang berusia 20 tahun, Aeshah Adlina.
Remaja yang mendedahkan butirannya kepada Berita Harian memberitahu: “Ayah saya kata dia mahu membuat laporan polis dan saya tanya jika saya juga boleh membuat laporan. Ayah saya benarkannya.”
Seorang pegawai polis kanan yang ditemu bual FMT berkata, tidak salah untuk kanak-kanak atau remaja membuat laporan polis.
Pegawai polis itu berkata, tiada peruntukan dalam Kanun Acara Jenayah yang menghalang seorang remaja daripada memfailkan laporan.
“Kemudian, langkah seterusnya adalah menentukan sama ada aduan itu mempunyai asas dan kebenaran. Jika ada, kami akan memulakan siasatan,” katanya kepada FMT.

Nelayan asing ceroboh perairan terima latihan tentera, kata menteri Umno

Ia susulan cara kedatangan mereka yang agresif diiringi bot pengawal pantai dan berani melanggar bot penguat kuasa negara, kata Shahidan Kassim.
shahidan-kassim
KUALA PERLIS: Laporan media yang nelayan sebuah negara asing menceroboh perairan negara tahun lepas untuk menangkap ikan mendapat latihan separa tentera ada kebenarannya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.
Katanya, dakwaan itu dikuatkan melihat cara kedatangan nelayan asing itu secara agresif dalam kumpulan 150 buah bot besar-besar dengan diiringi bot pengawal pantai menyebabkan mereka berani melanggar bot penguat kuasa Malaysia.
“Laporan media itu sama dengan maklumat yang kita peroleh, nelayan asing ini dilatih tentera,” kata Shahidan kepada media selepas melancarkan penubuhan Pasukan Sukarelawan Simpanan Maritim Malaysia (PSSMM) dan Pasukan Kadet Maritim Malaysia (Paskam) di sini, hari ini.
Sehubungan itu beliau berkata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diarahkan agar tidak bertolak ansur dengan nelayan asing yang menceroboh perairan negara.
Shahidan berkata bot nelayan negara asing tersebut adalah paling kurang ditangkap oleh Maritim Malaysia berbanding bot nelayan Vietnam, Thailand atau Indonesia.
Katanya, laut China Selatan di Sabah dan Sarawak adalah antara kawasan strategik pencerobohan nelayan asing selain perairan Kelantan dan Terengganu yang berlaku setiap hari.
“Atas kesedaran agar perairan negara lebih selamat, kerajaan menubuhkan PSSMM dan Paskam supaya rakyat dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan membantu Maritim Malaysia membanteras jenayah di laut,” tambahnya.
Dalam pada itu beliau berkata tindakan terhadap nelayan tempatan lebih kepada pendidikan yang berbeza dengan tindakan terhadap nelayan asing yang menceroboh perairan negara.
Shahidan berkata 2 kapal peronda pantai disumbangkan Jepun manakala beberapa kapal peronda yang ditempah di negara China apabila diterima kelak akan meningkatkan keupayaan menjaga kedaulatan negara.
Katanya, perairan negara khususnya laut dalam menjadi tumpuan pencerobohan nelayan asing kerana kekayaan sumber ikan sedangkan tidak ramai nelayan Malaysia sanggup meneroka laut dalam.
Mengenai PSSMM, beliau berkata Maritim Malaysia mensasarkan seramai 5,000 orang menganggotai pasukan itu pada akhir Februari depan.
Sementara itu, Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar berkata tindakan agresif agensi itu berjaya menurunkan kes jenayah di laut sehingga di bawah paras 3% dalam tempoh 3 tahun terakhir.

Keberanian Orang Asli berubah cetus kegusaran UMNO@BN

CAMERON HIGHLANDS, 14 JAN: Orang Asli mampu bangkit memperjuangkan hak mereka, dan ia pernah dibuktikan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.
Pos Titom, salah sebuah kawasan penempatan Orang Asli dalam Parlimen Cameron Highlands, menyumbang 64.4 peratus undi bagi calon DAP, M. Manogaran, mengatasi undi yang diperolehi Barisan Nasional iaitu hanya sebanyak 18 peratus. Manakala selebih undi, diperolehi calon bebas.
Meskipun Manogaram kalah tipis kepada calon BN, Datuk Seri G. Palanivel secara keseluruhan di kawasan Parlimen itu dengan kurang 462 undi, kebangkitan Orang Asli yang sering dilabel sebagai ‘deposit tetap’ BN seperti di Pos Titom adalah menarik untuk disingkap.
“Kami mahu ajar kerajaan,” demikian ujar seorang pemimpin dari salah sebuah kampung di Pos Titom ketika ditanya mengenai sokongan luar biasa mereka terhadap parti pembangkang dalam PRU yang lalu.
Beliau yang tidak mahu dikenali berkata, hasil daripada “tidak mahu peduli dengan tekanan pihak pemerintah itu”, pihak kerajaan Pahang bertindak pantas dengan mengambil semula hati penduduk di sini dengan membina jalan raya baru serba lengkap.
“Ada juga JKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) datang masuk ke kampung dan tegur kami disebabkan undi itu,” ujarnya.
Namun, katanya, semua itu dilakukan demi kepentingan Orang Asli yang menurutnya sering ditindas dan dipermainkan dalam tuntutan untuk membina jalan raya di sepanjang kawasan tersebut.
Penyokong tegar pula dihukum dengan jalan yang teruk?
‘Bagai langit dan bumi’, itu yang mampu digambarkan apabila dibuat perbandingan antara jalan raya di sepanjang Pos Titom dan Pos Lenjang di sini.

Azmin: Manifesto PPBM selaras gagasan reformasi

Manifesto yang dibentangkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat senada dengan gagasan reformasi yang diperjuangkan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan Pakatan Harapan (PAKATAN).
Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, yakin persamaan dasar itu akan melicinkan lagi kerjasama antara PAKATAN dan PPBM.

“Manifesto Tan Sri (Muhyiddin Yassin), ada sebut dia akan bincang dengan PAKATAN dan sebahagian besar apa yang disebut itu memang sudah menjadi dasar KEADILAN contohnya menghadkan kuasa eksekutif seorang bergelar Perdana Menteri dan juga meletakkan Jabatan Audit terus kepada Parlimen.
“Ini sebahagian dasar yang wujud dalam Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan,” kata beliau yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor ketika menghadiri Majlis Pelancaran PPBM di Stadium Tertutup Malawati, di sini, semalam.
Katanya, kehadiran gabungan pembangkang jika diberi peluang menerajui Putrajaya bukan sekadar menutup kelemahan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebaliknya melakukan reformasi dengan menyeluruh melalui dasar dipersetujui bersama.
Sebelum itu, Dr Mahathir dan Muhyiddin dalam ucapan masing-masing membentangkan manifesto PPBM untuk dibincangkan dengan PAKATAN bagi menghadapi BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Antaranya, menghadkan kuasa Perdana Menteri, meletakkan Jabatan Audit di bawah Parlimen, melarang BR1M dijadikan manifesto pilihan raya dan diuruskan penjawat awam secara telus, memberi kebebasan kepada media selagi tidak mengancam keharmonian masyarakat, menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan langkah pemulihan ringgit.

Lebih banyak kapal selam China-Komunis ‘lawat’ Malaysia

Media India dan AS menimbulkan kebimbangan mengenai lawatan kapal selam China ke Malaysia yang dilihat semakin menguasai negara Asia Tenggara.
submarine
PETALING JAYA: Susulan perhatian media antarabangsa kehadiran kapal selam China ke Malaysia minggu lalu, sebuah akhbar Cina yang menjadi media rasmi pemerintah berkata: “Lawatan ini menunjukkan kepercayaan politik antara China dan Malaysia mencapai tahap tinggi yang baru.”
Ia berkata, ini kerana “tempat dok kapal selam, Kota Kinabalu, beroperasi sebagai pangkalan tentera laut penting kepada Tentera Laut Diraja Malaysia, yang menghadap Laut China Selatan.”
Akhbar berkenaan, Global Times menambah: “Susulan lawatan ini, kemungkinan kapal selam China akan terus berlabuh di Malaysia dan seterusnya menambahkan lagi kerjasama ketenteraan 2 hala.”
Menurut laporan New Delhi Television, kehadiran kapal selam di Malaysia membimbangkan Tentera Laut India.
Kementerian Pertahanan China dalam satu kenyataan kepada The Wall Street Journal berkata kapal selam yang berlabuh di Sabah untuk mendapatkan bekalan dan anak kapal berehat selepas rondaan anti-cetak rompak di luar pantai Somalia.
Tetapi India melahirkan kebimbangan yang kapal selam Cina mengesan kapal selam dan kapal mereka di Lautan Hindi.
Laporan India berkata tentera India tidak terpedaya dengan kenyataan China dan berkata, Tentera Laut India menegaskan “aset ketenteraan canggih” seperti kapal selam tidak “sesuai” menguruskan hal lanun Somalia yang biasanya hanya melibatkan “pertempuran kecil”.
Di Amerika Syarikat (AS), The Wall Street Journal memaparkan tajuk berita mengenai lawatan China itu, “Chinese Submarine’s Malaysian Port Call Signals Regional Power Shift”.
Pada Jumaat, Global Times seolah-olah bersetuju dengannya dan berkata, lawatan kapal selam “mencerminkan kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara tidak akan terjejas oleh pertikaian Laut China Selatan”.
Ia berkata: “Ini menunjukkan kerjasama 2 hala semakin mendalam, dan kerjasama China-Malaysia berada di barisan hadapan dalam kerjasama antara China dan Persatuan Negara Asia Tenggara.”

LAGI-LAGI CHINA-KOMUNIS, APA LAGI MAHU DISERAH SELEPAS INI?

Kebergantungan negara di bawah pimpinan Najib Razak kepada China nampaknya seperti tidak berpenghujung.

Jika sebelum ini tanah Bandar Malaysia, keretapi laju, keretapi pantai timur, projek perumahan, kapal peronda, pelabuhan dan macam-macam lagi diserahkan secara mendadak kepada syarikat-syarikat negara China, kini cara mencegah jenayah dan menjaga sempadan pun kita mahu bergantung dengan China juga.
Sempena lawatan Zahid Hamidi ke China, dilaporkan antara yang dipersetuju ialah mahu belajar bagaimana menurunkan kadar jenayah dan memohon diajar cara mengawal sempadan daripada negara tersebut.

Kenapa dengan China dan apakah  benar-benar tiada negara lain yang punya kemampuan dan teknologi seperti itu?

Mengapa juga, hanya setelah 60 tahun memerintah negara,  kita tiba-tiba mahu belajar dan diajar mengenainya?

Selama ini, pemimpin-pemimpin yang diberi kuasa menjaga negara ini, apa kerja mereka?

Selain itu, apa lagi selepas in yang bakal diserahkan atau mahu diletakkan pergantungan kepada?

Perasmian PPBM: Tiada wakil, Mahfuz kritik tindakan parti

Mahfuz OmarBEKAS Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mengkritik tindakan partinya yang tidak menghantar wakil ke majlis perasmian Bersatu di Stadium Malawati, di sini, malam kelmarin.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan, tindakan partinya itu seolah-olah memberi gambaran enggan menjalinkan kerjasama bersama gabungan pembangkang seperti diinginkan rakyat.
“Tidak wajar Pas tidak menghantar wakil mereka pada majlis pelancaran ini kerana masyarakat akan melihat seolah-olah Pas mahu memencilkan diri daripada satu kelompok ‘grand coalition’ dalam kalangan parti pembangkang yang ada ini.
“Tidak menghantar wakil kepimpinan tertinggi parti adalah langkah yang silap. Saya tidak tahu ketidaksediaan Pas untuk menjalin apa-apa kerjasama Pakatan Harapan atau dengan Bersatu,” katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran Bersatu di Stadium Malawati, malam kelmarin.
Mahfuz satu-satunya pemimpin Pas yang hadir, meskipun Bersatu dilihat menyediakan beberapa kerusi untuk pemimpin Pas.
Mahfuz berkata, kehadirannya kerana mendapat jemputan daripada pihak Bersatu.
"Namun, saya tidak maklumkan kehadiran saya kepada kepimpinan Pas dan tindakan saya adalah atas kapasiti peribadi,” katanya.
Menurutnya, tidak menjadi kesalahan untuknya menghadiri apa juga program anjuran Pakatan Harapan kerana berasakan kehadiran itu atas kapasiti rakyat Malaysia.

Abang Johari ‘bunuh diri’ jika sokong RUU 355, kata penganalisis

Penganalisis melihat kesan kepada karier politik ketua menteri Sarawak baharu jika bersetuju dengan cadangan pindaan undang-undang syariah dibawa PAS.
jeniri-abang-johari-1
PETALING JAYA: Ia akan menjadi tindakan “bunuh diri” bagi karier politik ketua menteri Sarawak yang baharu jika menyokong pindaan syariah kontroversi sekarang di Parlimen.
Ia adalah gambaran diberi penganalisis politik Universiti Malaysia Sarawak Jeniri Amir susulan kenyataan PAS Sarawak yang Datuk Abang Johari Openg boleh membalikkan pendirian bekas bosnya.
Bekas ketua menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem sebelum ini mengarahkan semua ahli Parlimen BN negeri mengundi menentang pindaan syariah.
PAS Sarawak memberitahu FMT semalam, Abang Johari mungkin tidak mengikat mana-mana ahli Parlimen BN Sarawak untuk mengundi menentang cadangan pindaan akta syariah.
Hujah mereka, ketua menteri baru “lebih prihatin” terhadap isu Islam.
“Untuk membuat pusingan U daripada pendirian Adenan adalah ‘political suicide’,” Jeniri memberitahu FMT hari ini, ketika dihubungi.
Beliau menambah ia tidak mungkin pula berlaku pusingan U kerana Abang Johari memahami sepenuhnya sentimen rakyat.
“Saya yakin beliau akan mematuhi apa sahaja keputusan yang dibuat Adenan kerana mereka berada dalam politik selama lebih 39 tahun.
“Abang Johari juga teman rapat Adenan dan memahami aspirasi beliau.”
Jeniri berkata adalah penting untuk Abang Johari membuktikan dirinya pada minggu awal pelantikannya, sambil menambah “rakyat juga akan menilai Abang Johari pada tahap mana beliau meneruskan legasi dan tugas Adenan yang belum selesai”.
“Beliau perlu dilihat sebagai seorang pemimpin yang tegas. Seseorang yang melakukan perkara selaras dengan aspirasi rakyat Sarawak. ”
PAS memohon meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355, bagi membolehkan hukuman lebih keras kepada pesalah syariah, satu langkah yang dilihat sebagai jalan membawa hudud ke Kelantan.
Sementara itu, penganalisis politik Universiti Malaya Azman Awang Pawi berkata rakyat Sarawak mungkin dapat menerima pindaan syariah yang dicadangkan jika terdapat penjelasan mencukupi mengenainya.

Jauhi rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan, titah Sultan Kedah


  Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mengingatkan para pentadbir dan jentera pentadbiran supaya menjauhi amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
Baginda bertitah, jentera pentadbiran sepatutnya bukan sahaja dilihat bersih, tetapi juga perlu mengamalkan nilai tersebut selain bebas daripada segala amalan korupsi dan nepotisme, bagi membolehkan masyarakat umum yakin dengan ketelusan pentadbiran.

"Pentadbir dan jentera pentadbiran perlulah berbuat sesuatu yang betul dengan cara dan kaedah yang betul," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah dan Bintang-Bintang Kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-89 Sultan Kedah di Istana Anak Bukit di sini, hari ini.

Turut berangkat, Raja Muda Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, Raja Puan Muda Kedah Tengku Maliha Tengku Ariff serta Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Sultan Abdul Halim bertitah, dari perspektif lain, baginda juga ingin melihat agar sistem pentadbiran dan golongan pelaksana dasar lebih bersifat proaktif dan bukan semata-mata mengamalkan sifat responsif.

"Ia menuntut perubahan untuk menjadi pentadbir yang berjiwa besar, menyelami isu dan masalah rakyat, tidak terikat dengan menjadi pegawai barisan depan semata-mata, sebaliknya mampu berfikir dan melaksanakan tindakan di luar kotak yang selaras dengan keperluan masa," titah baginda.

Mengenai situasi ekonomi negara pada masa ini, baginda mahu golongan kurang bernasib baik terutamanya rakyat yang masih tertinggal daripada arus perdana diberi pembelaan yang sewajarnya.

ANTARA CHINA DAN MALAYSIA...

DI NEGARA Komunis-China,
Pegawai kanan kerajaan kantoi sorok wang tunai KENA HUKUMAN MATI..

DI NEGARA 'Islam-M'sia',
Pegawai kanan kerajaan kantoi sorok wang tunai DIBEBASKAN KERANA TIADA UNSUR RASUAH & DI LUAR BIDANG KUASA SPRM.. kerana Malaysia ada SPRM & UMNO..