Ahad, 15 Januari 2017

Najib Razak kata 1MDB tidak guna dana rakyat..!!

Tetapi Ketua Audit Negara telah menyatakan bhw 1MDB telah menerima geran pembangunan berjumlah RM1.09 bilion.

KENAPA NAJIB PERLU BOHONG ??!!

Nampaknya skandal sukuk RM2.4 bilion dah menjadi skandal RM3.5 bilion yg lebih besar dari derma RM2.6 bilion.

Hebat tak percaturan dlm 1MDB oleh penyangak MO1 !!

1MDB takde curi duit rakyat la.. korang jangan risau, takde apa yang nak disembunyikan pon..

Tu kata penyamun2 #1MDB dua tahun lepas..

"Saya berpendapat unsur-unsur DEB perlu dibuang secara beransur-ansur" -Najib Razak

Fitnah AMENO & Najib Razak... akhirnya bukan DAP or PKR yg mahu hapuskan DEB.. tapi AMENO Bangsat yg diketuai oleh Najib Razak sendiri...

BR1M – APA YANG KONTROVERSI DAN BERCANGGAHNYA KENYATAAN DR MAHATHIR?

Hanya untuk menampilkan buruknya perangai dan tidak konsistennya Tun Dr Mahathir Mohamad,  kenyataannya mengenai Bantuan 1 Rakyat Malaysia (BR1M) malam semalam dilaporkan begini:
“Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), memberi bayangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan jika parti campuran itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan kontroversi menyatakan bantuan tersebut kononnya sebagai rasuah kerajaan, berkata, BR1M akan dikekalkan jika bantuan itu didapati penting buat rakyat.”
Kenyataan di atas ialah oleh mStar Online sementara BeritaHarian Online (BH Online) pula menyebut, Dr Mahathir memberi bayangan BR1M akan diteruskan jika parti campuran itu memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. “Kenyataan itu jelas bercanggah dengan dakwaan beliau baru-baru ini yang melabelkan BR1M kononnya rasuah yang diberi oleh kerajaan.”
Kedua-duanya menggunakan perkataan bayangan pada perenggan intro, dikira ‘ok lah’.

Bagaimanapun, dengan memasukkan perkataan ‘kenyataan kontoversi’ oleh mStar dan Berita Harian pula menggunakan ‘bercanggah dengan dakwaan’ ia memberikan gambaran seolah-olah Dr Mahathir menolak bantuan untuk rakyat
Apakah tujuan mereka untuk menunjukkan Dr Mahathir jenis pemimpin yang ‘klu-klek’ atau istiqamah dengan kenyataan dan pendiriannya?
Apakah untuk menggambarkan Dr Mahathir tidak menghargai bantuan untuk rakyat?
Sedangkan yang ditolak oleh Dr Mahathir mengenai BR1M sebelum ini ialah apabila ia dijadilan ‘alat politik untuk meraih sokongan’ umpamanya mengapa mesti pemimpin UMNO perlu menyampaikan bantuan itu untuk fasa pertama.
Kerajaan bersetuju dengannya mungkin hasil desakan melalui Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang baru lalu.

Sepatutnya, fahami apa yang diucapkan oleh Dr Mahathir dan tidak membuat laporan mengelirukan melalui interpretasi sendiri demi mengulas apa yang dimaksudkan BR1M oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.
Kata Dr Mahathir pada perasmian PPBM semalam: “Sesungguhnya yang miskin dan daif akan diberi bantuan supaya mereka ​boleh hidup sempurna. Soal mereka sokong atau tidak parti campuran ​pembangkang tidak akan diambilkira dalam bantuan yang akan diberi.
Kita akan tentukan rasuah berbentuk wang atau barangan lain tidak akan ​diberi kepada pengundi di apa juga peringkat untuk mendapat sokongan ​dalam pilihan raya.”
Penting di sini – yang miskin dan daif akan diberikan bantuan. Rasuah berbentuk wang atau barangan tidak akan diberi kepada pengundi untuk sokongan dalam pilihan raya.
Malah, kata Dr Mahathir, jika didapati BR1M mustahak maka wang ini akan diagih oleh pegawai ​Kerajaan.
BR1M juga tidak boleh dimasukkan dalam mana-mana manifesto ​mana-mana parti.
Penting di sini – jika BR1M mustahak akan diagih oleh pegawai kerajaan. Tidak boleh dijadikan manifesto pilihan raya.

Apa yang dibayangkan oleh Dr Mahathir ialah, jika ditakdirkan pembangkang memerintah, ia akan menilai sama ada ia perlu atau mustahak atau sebaliknya.

Malah BR!M boleh dijenama atau dinamakan dengan panggilan lain tetapi tetap bantuan untuk rakyat.

Dr Mahathir juga meletakkan syarat bahawa,  BR1M akan dijadikan bantuan statutory yang ​ditentukan oleh undang-undang dan bajet biasa, jika ia dipersetujui oleh rakyat.
Perdana Menteri tidak ​boleh tentukan pemberian ini atau jumlahnya, atau cara penyampaiannya.
Penting di sini – Bantuan BR1M adalah bantuan ditentukan oleh undang-undang dan bajet biasa. Perdana Menteri tidak ada kuasa tentukan pemberian, jumlah atau cara penyampaian. Inipun jika dipersetujui oleh rakyat.

Tolong dengar, baca, teliti dan faham ucapan beliau.

Bukan ulas melalui persepsi sendiri Fahami secara mendalam apa yang diperkatakan oleh beliau bukan dengan tanggapan yang berkepentingan.
Akibat tindakan sedemikian maka gegar gempitalah  berita media perdana dengan tajuk seperti “BR1M Akan Diteruskan Jika Pembangkang Menang - Tun M” oleh mStar juga “BR1M mungkin diteruskan parti campuran” oleh Berita Harian.

INI BUKAN JANJI PENYAMUN

Tentunya ramai yang sudah menonton secara langsung atau rakaman serta membaca teks ucapan Tun Mahathir Mohamad ketika melancarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Stadium Melawati malam semalam.

Berikut disiarkan antara petikan janji-janji yang mampu memberi harapan lebih baik buat rakyat sekiranya kerajaan baru diwujudkan nanti:-
 
103. GST akan dihapuskan secara beransur-ansur dan diganti dengan sales tax ​(cukai jualan) mengikut selera rakyat.
 
104. Nilai matawang akan dipertahan tanpa penjualan Dolar Amerika dalam ​simpanan (reserve) negara.
 
105. Akan kita cipta cara yang lebih berkesan untuk pemulihan nilai matawang ​supaya tidak menekan rakyat, terutama yang mempunyai anak belajar di ​luar negeri.
 
106. Kita akan selidik habis-habisan akan wang 1MDB yang diselewengkan. ​Hutang-hutang baru untuk projek yang membazir akan kita kenalpasti dan ​kita kaji semula dari segi kemampuan kita berhutang. Kita akan kejar semua ​wang 1MDB dan Kerajaan yang telah dilesapkan, yang kita tahu berada di ​tangan orang tertentu.
 
107. Tafsiran FDI, Foreign Direct Investment (pelaburang asing secara langsung) ​akan dikembalikan kepada pelaburan dalam industri pengeluaran barangan ​untuk pasaran tempatan dan eksport.
 
108. Pembelian tanah secara besar-besaran oleh orang asing dengan tujuan ​menempatkan orang mereka akan diteliti dari segi kesan terhadap masa ​depan politik negara.
 
109. Segala salahguna kuasa oleh jabatan atau agensi Kerajaan akan diselidik ​dan pihak yang teraniaya akan dipulih dengan adil.
 
110. Kemiskinan dalam negara akan dikurangkan melalui pengwujudan peluang ​kerja dan latihan kemahiran; melalui pemulihan nilai Ringgit dan ​pengurangan kos sara hidup.
 
111. Yang miskin tegar kerana sebab-sebab tertentu akan dibantu dengan wang ​yang mencukupi bagi kehidupan yang dianggap selaras dengan sebuah ​negara yang prihatin.
 
112. Umumnya Malaysia akan mengadakan dasar bebas dari sebarang ikatan ​dengan blok-blok di dunia.
 
113. Tumpuan akan diberi kepada sebarang ketidak adilan yang dilakukan oleh ​mana-mana pihak di dunia. Sebarang rampasan wilayah oleh mana-mana ​pihak akan ditentang oleh Malaysia.
 

Pas seperti tempelak diri sendiri

Tindakan Pas yang mendakwa sukar untuk kerjasama dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad seolah-olah menempelak diri sendiri, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.
"Tidak perlu menuduh Mahathir sukar untuk dibawa berbincang dan bekerjasama, Pas lah yang sebaliknya susah memberi kerjasama dalam gerakan untuk merampas takhta kerajaan pada pilihan raya akan datang.
Khalid Abdul Samad “Kenyataan Pas seolah-olah mencerminkan diri sendiri. Bersatu atau Mahathir sendiri sekurang-kurangnya boleh duduk bersama-sama dengan semua rakan pembangkang dan berbincang tentang gerak kerja bagi pilihan raya akan datang.
“Yang tak sanggup duduk, bincang dan bekerjasama adalah Pas. Pas banyak letak syarat, tak mahu bincang dan sebagainya. Macam-macam yang dia (Pas) mahu kita ikut dia,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pakatan pembangkang akan menghadapi kesukaran jika terus bekerjasama dengan Mahathir.
Menurut Mohd Amar, sikap Mahathir yang tidak pernah berubah akan menyukarkan lagi kerjasama antara pembangkang secara keseluruhan.
Menangkis serangan Pas, Khalid sebaliknya berkata, Pas seharusnya sedar yang satu-satunya pihak yang tidak bersama pembangkang adalah Pas sendiri.

Muhyiddin cadang hadkan kuasa PM

Muhyiddin berkata, cadangan itu bertujuan meningkatkan integriti dan akauntabiliti perdana menteri serta anggota Kabinet.
muhyiden-ppbmSHAH ALAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berbincang dengan pimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk mengehadkan kuasa perdana menteri dalam usaha meningkatkan integriti dan akauntabiliti pemimpin nombor 1 negara serta anggota Kabinet.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, jika parti pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau juga akan mencadangkan penubuhan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat skandal 1MDB untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
“Untuk memberikan keadilan kepada rakyat yang terpaksa menanggung beban hutang 1MDB berjumlah puluhan bilion ringgit, kita juga akan menuntut wang dan harta 1MDB dikembalikan ke Malaysia secepat mungkin,” katanya pada majlis pelancaran PPBM di Stadium Malawati, malam tadi.
Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, pihaknya sedang berunding dengan parti di luar Pakatan Harapan untuk membentuk satu gabungan politik mantap bagi memastikan pertandingan satu-lawan-satu menentang BN pada PRU14.

Najib gelar Dr Mahathir jaguh pusingan ‘U’

Perdana menteri menempelak pendirian Dr Mahathir yang tidak konsisten berhubung isu BR1M yang sebelum ini ditentangnya.
najib-mahathir-br1m
PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai jaguh pusingan U apabila sering mengubah pendiriannya sejak kebelakangan ini termasuk dalam isu pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Najib berkata pada 26 Dis lalu, Dr Mahathir sendiri pernah membuat kenyataan kononnya pemberian BR1M itu rasuah dan salah di sisi undang-undang, namun nadanya berubah sama sekali semalam apabila menyatakan pembangkang sanggup mempertimbangkan pemberian BR1M jika pembangkang menerajui kerajaan nanti.
“Dalam tempoh 3 minggu sahaja beliau tukar pendirian dan buat pusingan U dengan menyatakan sekiranya pembangkang menang mereka sanggup mempertimbangkan pemberian BR1M.
“Kebelakangan ini, Dr Mahathir terlalu banyak buat pusingan U dari segi pendiriannya, jadi kita boleh anggap Dr Mahathir sekarang ini jaguh pusingan U kerana tindakan dan kenyataan bercanggah sama sekali,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas menyampaikan hadiah kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2016 serta bantuan “Kembali Ke Sekolah” Parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu, Pengurus Besar Yayasan Pahang Datuk Mahmud Mohd Nawawi; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI) Datuk Mohamad Madani Sahari; dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara (YPM) Datuk Abdul Karim Mustafa.
Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semasa melancarkan parti itu secara rasmi di Stadium Malawati di Shah Alam, malam tadi menyatakan pembangkang bersedia memberikan BR1M kepada rakyat sekiranya pembangkang menerajui kerajaan kelak.
Najib berkata kenyataan itu bercanggah sama sekali dengan pendirian Dr Mahathir sebelum ini apabila kerap mendakwa BR1M merupakan satu bentuk rasuah dan salah di sisi undang-undang atau satu jenayah.
“Kerajaan tak anggap BR1M ini rasuah malah ia tidak banyak berbeza dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang dalam menyalurkan bantuan untuk rakyat.
“Ia sama juga sewaktu Dr Mahathir menjadi perdana menteri apabila menyalurkan bantuan kebajikan dan wang ihsan kepada rakyat Terengganu, malah kita lihat dalam laman sesawang PPBM sendiri ada ruang menyatakan mereka sanggup bantu jika rakyat mahu BR1M,” kata Najib.
Perdana menteri juga berkata sewaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi pemimpin dalam kerajaan, mereka turut mempertahankan dasar kerajaan memberikan bantuan BR1M itu kepada rakyat.

Pas bukan hina Mahathir saja tetapi seluruh pembangkang

Tindakan para pemimpin Pas tidak hadir dalam majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam tadi disifatkan sebagai menipu dan menghina bukan sahaja kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan ahli partinya tetapi juga pembangkang keseluruhannya.
Terimalah realiti Pas tidak akan meninggalkan Najib, kata Zaid Ibrahim kepada pembangkang.Terimalah realiti Pas tidak akan meninggalkan Najib, kata Zaid Ibrahim kepada pembangkang."Bagi saya ketidakhadiran mereka selepas janji nak hadir adalah satu penghinaan bukan saja kepada Tun Mahathir yang kata mereka hadir dalam ucapannya, tetapi juga kepada pembangkang keseluruhannya,"kata bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Namun Zaid tidak terkejut apabila seorang pun pemimpin Pas tidak hadir dalam majlis itu.
"Saya tidak terkejut bila Pas tak hadir semalam kerana jelas mereka sayang benar kepada Najib. Mungkin ramai lagi ahli Pas tak faham bahawa pemimpin mereka terikat dengan Najib," kata Zaid kepada Malaysia Dateline.
Ketika memberikan ucapan perasmian malam tadi, Tun Dr Mahathir telah mengumumkan kedatangan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan naib presidennya, Datuk Iskandar Samad ke majlis.
Namun kedua-duanya terbukti tidak hadir ke majlis pelancaran Bersatu di Stadium Melawati, Shah Alam itu. Kerusi yang ditulis nama Datuk Iskandar Samad tinggal kosong.
Dalam ucapannya, Mahathir mengalu-alukan kedatangan pemimpin Pas tanpa menyedari mereka tidak datang sebenarnya.Dalam ucapannya, Mahathir mengalu-alukan kedatangan pemimpin Pas tanpa menyedari mereka tidak datang sebenarnya.Malaysia Dateline difahamkan, wakil Pas sudah berjanji akan hadir ke majlis pelancaran itu sehingga nama mereka diumumkan oleh Mahathir dalam ucapannya.
Namun, mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat tengahari semalam dipercayai membuat keputusan agar kedua-duanya tidak menyertai majlis Bersatu itu.
Bagi Zaid, ini bukan kali pertama Tun Mahathir dihina oleh Pas, bahkan sebelum ini, Naib Presiden Pas, Datuk Mohamad Amar Abdullah dan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadzli Shaari juga menghina Mahathir apabila berkata mereka sedia bekerjasama dengan Bersatu tetapi tidak dengan Mahathir.
Bagi beliau, ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus memujuk Pas malam tadi hanya harapan semata-mata.
"Ini hanya 'wishful thinking' sahaja. Terimalah realiti,"kata Zaid mengulas ucapan itu.
Bagi beliau, apapun jumlah pengundi Melayu yang hilang kerana Pas, sudah cukup dan boleh di 'top up' melalui gabungan Bersatu dan Amanah.
"Tetapi kalau tiada keyakinan susahlah," kata Zaid.
"Apa guna kita buat majlis pelancaran besar-besaran jika masih tak yakin. Jika kita yakin, dan Amanah pun yakin, saya pun yakin ia boleh diatasi. Gabungan Bersatu dan Amanah ini boleh.
"Dua atau tiga penjuru, saya yakin kita boleh jatuhkan Najib," kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Jomo juga percaya BN kekal berkuasa

Seorang lagi tokoh meramalkan BN akan terus menjadi kerajaan selepas pilihan raya umum ke-14 nanti.
Bekas penolong setiausaha agung PBB, Dr Jomo Kwame Sundaram, berkata jika PRU itu dilangsungkan pada April ini, besar kemungkinan pembangkang akan kalah.
Bercakap di sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini Jomo berkata sebahagian daripada faktor ramalannya ialah berdasarkan kegagalan pembangkang menawarkan pilihan yang lebih baik kepada rakyat.
"Mereka tidak mampu bertindak bersama dan tidak bersedia berdepan pilihan raya yang mencabar," katanya.
Menurut beliau pembangkang juga begitu berpecah-belah dan pemimpin parti lebih bimbangkan sokongan dalam persaingan sesama sendiri berbanding memberi perhatian kepada cabaran lebih besar.
Walaupun pembangkang mendakwa sistem yang diamalkan tidak adil, kata Jomo, sebahagiannya bertanggungjawab atas keadaan itu.
"Ramai orang yang sekarang mengkritik sistem itu mempunyai peranan membina sistem berkenaan.
"Kita perlu berusaha dalam sistem yang kita ada," kata pakar ekonomi veteran yang pernah mengajar di pelbagai universiti di seluruh dunia itu.

Pakar ekonomi anggap BR1M kejayaan Najib

Pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dianggap satu daripada kejayaan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, oleh Dr Jomo Kwame Sundaram.
Kenyataan pakar ekonomi dihormati ramai itu dibuat ketika BR1M dianggap sesetengah pihak sebagai pemberian "rasuah politik" dan sekadar langkah sementara untuk menangani bebanan rakyat.
"Saya rasa (BR1M) adalah satu daripada kejayaan kerajaan sekarang, tetapi hakikatnya ia adalah hasil daripada kempen berdekad-dekad oleh kesatuan sekerja dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) serta parti pembangkang untuk meningkatkan taraf sosial masyarakat," katanya di forum Integrasi Dengan Integriti di Kuala Lumpur hari ini.
Bekas timbalan setiausaha agung PBB itu bagaimanapun berkata, kenyataan berkenaan tidak bermaksud pengagihan BR1M terlepas daripada sebarang masalah.
Kata Jomo, beliau sangat bersetuju cara BR1M dan bantuan lain diuruskan ketika ini pasa dasarnya digunakan untuk "merasuah" seseorang namun kenyataan yang dibuat itu melihat kepada aspek lain.
"Negara kita cukup kaya dan sepatutnya tidak ada sesiapa hidup di bawah paras kemiskinan, tidak sepatutnya ada sesiapa yang tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan kesihatan lebih baik," katanya.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mendakwa kerajaan menggunakan BR1M sebagai rasuah bagi mendapatkan sokongan pengundi.

Penyokong Pakatan Harapan kecam Tian Chua masih sepentas dengan Pas

Ketika pemimpin Pakatan Harapan meraikan majlis pelancaran rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Stadium Malawati, Shah Alam semalam, Naib Presiden PKR, Tian Chua sahih menghadiri program ceramah anjuran Pas Cawangan Seksyen 17 di ibu negeri Selangor itu.Ketika pemimpin Pakatan Harapan meraikan majlis pelancaran rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Stadium Malawati, Shah Alam semalam, Naib Presiden PKR, Tian Chua sahih menghadiri program ceramah anjuran Pas Cawangan Seksyen 17 di ibu negeri Selangor itu.
Ketika pemimpin Pakatan Harapan meraikan majlis pelancaran rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Stadium Malawati, Shah Alam semalam, Naib Presiden PKR, Tian Chua sahih menghadiri program ceramah anjuran Pas Cawangan Seksyen 17 di ibu negeri Selangor itu.
Gambarnya yang sedang berucap di podium tertera logo dan nama cawangan Pas itu kemudiannya tular di media sosial sekaligus mengundang kecaman di pihak penyokong Pakatan Harapan berbilang kaum.
Satu foto lain pula memaparkan Tian bergambar dengan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah II, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Kelantan.
Ekoran itu, pengguna Facebook Rosli Abdul Rahman menyelar Tian sebagai "Jenis tak sedar diri. Lupa kot apa Pas dah buat kat PR (Pakatan Rakyat) dulu" manakala Agnes Cheah dipetik sebagai berkata, "This fellow is blind support to Pas".
Netizen juga menganggap sikap Ahli Parlimen Batu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu yang masih terus bermesra dengan Pas sebagai bercanggah dengan tingkah laku pengundi di kawasan bandar yang umum menyokong kesepaduan Amanah, DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan bersama Bersatu.
"Pengundi kawasan bandar seperti di Wilayah dan Selangor tak layan 'mainan wayang'. Kita mahu pemimpin yang tegas, berani dan sungguh-sungguh bersama PH (Pakatan Harapan) dan Bersatu," tegas Kamarul Nazli Basri.
Terus dihujani kecaman, tindakan Tian yang masih sepentas dengan Pas dalam banyak lagi siri ceramah parti yang memusuhi Amanah dan DAP itu termasuk di Kelantan turut mengundang nada sinis netizen seperti Wan Mohd Aman yang menulis "Acap tengok dia dalam ceramah Pas. PKR tak buat ceramah ke?"
Ciri berkaitan Pas seperti Rang Undang-undang (RUU) 355 dan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) juga menjadi bahan sindiran pengguna Facebook ketika mengulas kehadiran Tian dalam program yang dinamakan 'Ceramah Umum Isu Semasa Menjelang PRU-14' itu.
"Tian Chua ini sokong RUU 355 kot," tempelak Ahmad Ridhwan manakala Kimiey Kimieytwo meninggalkan komentar ringkas, "DHPP Pas ni".
Tidak kurang pula ada yang secara sinis menyifatkan Tian yang bakal berusia 54 tahun Disember nanti akan bertanding atas tiket Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Tian Chua ni memang dah sah nak jadi calon Pas di Kelantan. Dia nak tunjuk dia dah tak tahan dok dalam PKR sebab Pas dah janji syurga kat dia," kata Muhd Mufiz.

Pas mesti tetap pendirian pilih Umno atau pembangkang

Datuk Dr Ismail SallehDatuk Dr Ismail SallehSudah tidak ada masa lagi untuk Pas bermain tarik tali sama ada ingin bersama dengan Umno-BN atau bersama dengan pakatan pembangkang.
Demikian perumpamaan yang diibaratkan oleh Pengerusi Amanah Negeri Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh ketika berucap pada program ceramah semasa yang diadakan di perkarangan Pejabat Ahli Parlimen Kuala Kedah.
Tegasnya lagi, matlamat utama BN adalah memecahkan pakatan pembangkang.
Sekiranya strategi mereka berjaya menjadi racun untuk disuntik, maka perpecahan pakatan pembangkang adalah suatu kejayaan yang amat diharapkan.
"PKR, Amanah, DAP dan Bersatu sudah sepakat untuk bersama menentang kerajaan BN yang terbukti secara jelas lemah dalam memimpin negara.
"Kepimpinan Najib begitu ketara menyebabkan hutang negara bertimbun dan ketirisan yang teramat sangat.
"Pelbagai kerosakan berlaku dalam sistem perundangan negara sehinggakan siapa yang mempersoalkan mengenai salah laku Perdana Menteri akan dihukum sepertimana yang sudah terjadi kepada pimpinan Umno dan pembangkang ketika ini, " jelasnya.
Oleh kerana itu katanya, Pas mesti membuat pendirian sama ada mahu bersekongkol dengan parti pemerintah yang menzalimi rakyat atau membela nasib rakyat yang ditindas.
"Kita tahu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) itu turut dikenakan kepada orang miskin, ini juga adalah ketetapan pemerintah Umno dan BN.
"Peningkatan kos sara hidup sehingga menyebabkan rakyat yang miskin bertambah miskin dan daif serta melarat, tapi tidak pun dibela oleh mereka.
"Akta dan polisi yang menekan rakyat begitu banyak menjadi senjata kepada Umno dan BN, kenapa masih lagi hendak menyokong mereka, " tanya beliau.
Datuk Ir Phahrolrazi ZawawiDatuk Ir Phahrolrazi ZawawiManakala Timbalan Pengerusi Amanah Negeri Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi pula berkata sekiranya Pas serius mahukan pembangkang menang, Umno dan BN mesti ditentang.
Ujarnya lagi, adalah tidak praktikal sekiranya hanya laungan untuk mengalahkan Umno dan BN tetapi tiada perancangan untuk mengalahkan mereka.
"Kerajaan yang didokong oleh Najib kini terpaksa mengeluarkan dana bagi projek-projek besar yang masih dipertikaikan termasuk dari negara China sepertimana yang telah didedahkan.
"Bajet pendidikan yang dipotong menyebabkan khidmat guru-guru, pelajar dan PIBG terpaksa mencari dana untuk program yang mereka ingin anjurkan walaupun untuk keperluan pelajar sekolah masing-masing.
"Saya juga dimaklumkan ada sesetengah ibu bapa terpaksa menyediakan satu rim kertas kepada anak-anak mereka kerana pihak sekolah sudah tidak mampu untuk membiayai kertas tersebut, " tambahnya lagi.

"MALAYSIA MENJADI NEGARA PARIA"!!~ "Ucapan "MENYINDIR" Tun Mahathir Buat Najib"

Kapal pembangkang menuju PRU-14

Saya tak mahu jawatan Ketua Srikandi Bersatu - Anina

Ramai suka isu seks di Malaysia – Anina

Belum ada kata muktamad kerjasama PAS-PPBM, kata Idris

Umno layu, lemah, longlai tidak boleh dipulihkan, kata Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada Majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia malam tadi.Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada Majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia malam tadi.
Umno parti keramat orang Melayu sejak 70 tahun lalu kini dilihat sebagai sebuah parti yang tidak boleh dipulihkan lagi kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau ketika berucap pada Majlis Pelancaran parti itu di hadapan 6,000 hadirin malam tadi menjelaskan, Umno perlu dijadikan pengajaran kepada parti pembangkang.
"Umno sedang berada di hujung nyawa. Roh danjiwa perjuangan Umno yang memberi nafas kepada parti itu telah lama berkubur.
"Apa yang ada hanya jasad Umno yang layu,lemah, dan longlai. Umno takan pulih lagi dari sakitnya yang tenat.
"Hanya tunggu masa ditalkinkan sahaja.
"Ini semua gara-gara penyakit rasuah politik yang merebak dalam parti iti daripada kepala hingga ke ekor.
"Saya sebutkan perihal Umno supaya jadi pengajaran kepada kita. Supaya kita ambil iktibar daripada kesilapan yang dibuat dan kita tidak melakukan perkara sama," ujarnya.
Tegasnya lagi, peri pentingnya parti pembangkang bersama memulakan langkah yang betul.
"Jangan kita mulakan dengan langkah yang silap. Jangan kita ulangi kesalahan yang dilakukan oleh parti musuh.
"Ini kerana rakyat memerhati.Rakyat menilai. Mereka mahu lihat PPBM bawa budaya dan harapan politik baharu," ujar bekas Timbalan Presiden Umno ini yang dipecat dari jawatannya oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno pada 2016 lalu.
Bercakap berkaitan parti dipimpinnya Muhyiddin berkata rakyat mahu melihat apa yang boleh ditawarkan parti itu kepada penyokongnya.
"Jika parti kita diberi mandat bersama parti rakan perkara utama yang akan kita lakukan menangani masalah rakyat.
"Kita akan kaji semula dasar yang membebankan rakyat termasuk GST, mengawal kenaikan kos sara hidup, memulihkan ekonomi negara,elak ketirisan wang awam dan berusaha tambah pendapatan rakyat,"ujarnya.
Ahli Parlimen Pagoh ini juga berkata, perlunya kuasa perdana menteri dihadkan.
"Kita tidak boleh ada seorang perdana menteri yang amat berkuasa hinggakan dia menyalahgunakan kuasa.

Saya tua tetapi tak nyanyuk, kata Dr Mahathir

Dr Mahathir berkata, tindakan sesetengah individu yang menganggap beliau nyanyuk dan patut mendiamkan diri, sebenarnya berasa terancam dengan kewujudannya.
MahathirSHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui dirinya sudah tua, tetapi ia tidak bermakna beliau lemah dari segi mental dan fizikal.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, tindakan sesetengah individu yang menganggap beliau nyanyuk dan patut mendiamkan diri, sebenarnya terancam dengan kewujudannya.
“Tetapi, sedarlah usia yang panjang ini juga memberi saya peluang melihat dengan mata sendiri akan pergolakan dan nasib bangsa saya selama lebih 80 tahun di waktu dijajah 3 kuasa asing, keadaan sebelum merdeka dan selepas merdeka.
“Saya pernah bertuan penjajah di negara sendiri. Perasaan terhina menyelubungi diri apabila terpaksa bertuankan orang asing yang menjajah negara,” katanya pada majlis pelancaran PPBM di Stadium Malawati, malam tadi.
Bekas perdana menteri itu berkata, perasaan itu menekan dirinya sehingga percaya bangsanya adalah bangsa kerdil dan tidak berkebolehan.
“Kedudukan dijajah memang nasib yang tidak boleh dielak oleh bangsa serba kekurangan ini.
“Ya, Melayu memang lemah dan mudah lupa. Tetapi kesedaran mendatangkan kekuatan yang tidak pun dimimpi berada dalam mereka,” katanya sambil mengajak ahli Umno mengikut jejaknya dan bekas pemimpin lain menyertai PPBM.

Manifesto BERSATU: Buru setiap sen 1MDB, mansuh GST

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad menggariskan manifesto parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Ia termasuk mendapatkan semula setiap sen yang didakwa "dicuri" daripada 1MDB dan kerajaan jika menang, katanya.
"Kita akan siasat dengan teliti dana 1MDB yang telah disalahgunakan.
"Kita akan buru setiap sen dari 1MDB dan kerajaan yang (didakwa) mencuri, yang kita tahu ada di tangan individu tertentu," katanya disambut dengan tepukan gemuruh oleh kira-kira 5000 hadirin pada majlis pelancaran rasmi parti itu di Shah Alam malam tadi.
Pada majlis itu, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berkata, pihaknya akan memastikan wang yang didakwa dicuri dari 1MDB dapat dikembalikan ke Malaysia, sesuatu yang BN gagal untuk lakukannya sehingga hari ini.
Jelas beliau, jika mereka diberikan mandat untuk memerintah, beliau mahu membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat 1MDB dan untuk membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
Muhyiddin juga berkata, kebimbangan utama rakyat sekarang ialah ekonomi, justeru, dasar-dasar ekonomi negara akan diteliti semula bagi mengawal kos sara hidup yang meningkat dan menumpukan pada pemulihan ekonomi negara.
Sementara itu, Mahathir berkata, BERSATU akan menghapuskan GST secara berperingkat-peringkat yang akhirnya digantikan dengan cukai juala

Sorakan anti-Najib di pelancaran BERSATU

Dr M terbuka kekalkan BR1M jika pembangkang berkuasa

Dr M: Melayu mudah lupa tapi akan sedar semula

Manifesto BERSATU: mansuh GST

Persepsi negatif, 1MDB sebabkan ringgit lemah - Anwar Ibrahim

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaitkan keadaan ringgit yang lemah dengan persepsi negatif terhadap pengurusan ekonomi negara.
"Ia diketahui sebab utama persepsi negatif ini adalah pinjaman besar-besaran oleh kerajaan BN di bawah Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Abdul Razak serta ketidakupayaan untuk menangani skandal 1MDB," katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan Anwar yang kini sedang menjalani hukuman penjara dikeluarkan melalui partinya petang ini.
Anwar berkata, kerajaan perlu berhenti menafikan keadaan ekonomi semasa.
"Majoriti rakyat dibebani kenaikan harga barang keperluan. Kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen hanya akan memburukkan lagi keadaan.
"Ringgit lemah yang berhubung secara langsung dengan persepsi negatif terhadap pengurusan ekonomi menyebabkan harga barangan untuk rakyat semakin buruk," katanya.
Rabu lepas, ringgit susut kepada RM4.50 berbanding dolar AS, yang paling rendah sejak krisis kewangan Asia pada tahun 1998. Sejak itu, ia pulih sedikit kepada RM4.46 berbanding dolar AS.
Ucap takziah
Dalam notanya dari penjara, Anwar turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan rakyat di negeri itu.
"Saya mengenali Adenan untuk waktu yang lama. Dia sentiasa lemah lembut dalam urusannya dengan saya dan tidak pernah secara kasar atau bersifat peribadi seperti pemimpin BN dan Umno yang lain.
"Walaupun dipilih sebagai ketua menteri Sarawak dari PBB/BN, dan beragama Islam dan Bumiputera, beliau kekal komited kepada visi inklusif politik Sarawak yang mendukung aspirasi Dayak, Cina dan masyarakat lain.

Penampilan khas Tun Siti Hasmah ketuai kumpulan koir PPBM

Penampilan khas Siti Hasmah ketuai kumpulan koir
SHAH ALAM - Isteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengetuai koir yang menyanyikan lagu Negaraku pada pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Stadium Malawati, di sini, hari ini.
Nyanyian yang bermula jam 8.40 malam itu dimulakan sebaik sahaja Pengerusi Bersatu, Mahathir tiba di pekarangan stadium kira-kira lima minit sebelumnya.
Selain lagu Negaraku, Siti Hasmah bersama barisan koir turut menyanyikan lagu rasmi parti yang bertajuk 'Perjuangan Kita'.
Turut menyempurnakan nyanyian termasuk Mahathir dan anak mereka, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang bersama-sama menaikkan bendera Bersatu di sudut kiri pentas.
Antara pemimpin yang dilihat hadir pada program malam ini termasuk Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mahathir open to maintaining BR1M if opposition comes to power

Tun M: PPBM will contest in the upcoming election

Pelancaran Bersatu: Kita malu nak jawab dari Malaysia - Muhyiddin

Pelancaran Bersatu: Tun M mengaku sudah tua

Kalau tidak sanggup berkorban, hanya angan-angan


SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yakin kemenangan bakal memihak kepada parti itu dan rakan parti politik seperjuangan pada PRU14 nanti.
Timbalan presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, dengan kemenangan tersebut, pihaknya akan menubuhkan kerajaan Persekutuan baharu.
"Namun, kalau kita tidak sanggup berkorban kepentingan jangka pendek, goyang kaki sambil mengharapkan orang lain untuk selamatkan keadaan, maka semuanya hanya mimpi Mat Jenin semata-mata.
"Angan-angan yang tidak akan menjadi nyata ini bakal membawa kita semakin sengsara, masa depan anak cucu kita gelap gelita. Malaysia terus menuju binasa," katanya dalam ucapan dalam Majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia peringkat Kebangsaan, di sini, hari ini.
Mukhriz berkata, beliau sedar tidak mudah untuk meneruskan perjuangan parti, namun pihaknya akan terus bangkit demi membela nasib rakyat.
"Kami galas amanah dan kepercayaan ini dengan tawaduk, taat dan sabar," tegasnya.

Dr M: Melayu mudah lupa tapi akan sedar semula

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru kebangkitan semula di kalangan orang Melayu yang telah menjadi asas kepada perjuangan Umno selama ini.
Pengerusi BERSATU berusia 91 tahun itu berkata, umur yang panjang memberinya peluang melihat nasib Melayu yang pernah dijajah oleh kuasa asing, bangkit semula apabila memiliki kesedaran.
"Ya, Melayu memang lemah dan mudah lupa. Tetapi kesedaran mendatangkan kekuatan yang tidak pun dimimpi berada kepada mereka," katanya kepada lebih 3,000 orang di Stadium Malawati, Shah Alam malam tadi.
Mahathir menceritakan bagaimana orang Melayu, yang pada masa lalu percaya mereka tidak mampu memerintah sendiri, tiba-tiba bangun menentang penjajah.
"Tetapi Alhamdulillah, bangsa yang lemah dan kerdil ini, bangsa yang tidak berkebolehan ini ini, bangsa yang serba miskin, miskin dengan duit ringgit, miskin dengan ilmu, miskin dari kekuatan semangat juang, miskin senjata.
"Bangsa ini apabila disedari akan dipisah dari tanah air sendiri dan menjadi orang asing di negara sendiri, bangsa ini tiba-tiba terjaga, bangun, bersatu dan melancarkan serangan balas bertalu-talu untuk menebus balik maruah dan tanah air," katanya.

Dr M terbuka kekalkan BR1M jika pembangkang berkuasa

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersikap terbuka untuk mengekalkan bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sekiranya pembangkang, bersama-sama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengambil alih kuasa.
Mahathir, yang juga pengerusi BERSATU, berkata BR1M akan dikekalkan jika dasar itu didapati perlu.
Bagaimanapun, beliau berkata sebarang usaha untuk menggunakan
dasar itu bagi memancing undi akan dihapuskan.
"Jika didapati BR1M mustahak maka wang ini akan diagih oleh pegawai kerajaan. BR1M tidak boleh dimasukkan dalam mana-mana manifesto mana-mana parti," katanya di hadapan lebih 3,000 orang pada majlis pelancaran rasmi parti itu di Shah Alam malam ini.
Mahathir dalam ucapannya berkata BR1M akan diinstitusikan tanpa sebarang unsur politik.
"Jika dipersetujui oleh rakyat, BRIM akan dijadikan bantuan statutory yang ditentukan oleh undang-undang dan bajet biasa.
"Perdana menteri tidak boleh tentukan pemberian ini atau jumlahnya, atau cara penyampaiannya," kata beliau.
Mahathir turut memberi jaminan bahawa golongan miskin dan daif akan diberi bantuan agar mereka hidup sempurna.
"Soal mereka sokong atau tidak parti campuran pembangkang tidak akan diambil kira dalam bantuan yang akan diberi," katanya.
Mahathir sebelum ini berulang kali menuduh kerajaan BN menggunakan BR1M untuk merasuah pengundi.
Pada tahun ini, isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 dijangka menerima BR1M sebanyak RM1,200.
Isi rumah berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 akan menerima RM900 manakala individu berpendapatan di bawah RM2,000 akan menerima sebanyak RM450.

Lautan merah selubungi pelancaran Bersatu

Lapan kereta disimbah asid pada pelancaran Bersatu oleh "MACAI"

Bersatu ganti parti yang sudah usang: Mahathir


SHAH ALAM - Kewujudan Parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertujuan untuk menggantikan sebuah parti politik usang.
Perkara itu disuarakan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa, Umno telah menjadi sebuah parti kleptokrasi.
"Umno menjadi penindas ke atas rakyat, mendera tanpa sebab, menangkap dan memasukkan dalam tahanan serta menghadapkan mereka ke mahkamah dengan tuduhan palsu yang tidak munasabah.
"Parti ini juga sedang dan telah menjual wilayah-wilayah negara sehingga wilayah-wilayah ini menjadi kawasan terasing dari negara," katanya sempena pelancaran Bersatu di Stadium Malawati di sini.
Menurutnya, Bersatu ditubuhkan sebagai menyahut teriakan rakyat yang mahu diselamatkan dari kleptokrasi pemerintah kini.
"Tidak ada satu usaha lebih mulia daripada usaha Bersatu bersama rakan-rakan kita usahakan untuk membasmi kemungkaran Umno dan BN," jelasnya.
Mengakui terlalu tua, Mahathir berkata, usianya yang panjang memberi peluang untuk melihat sendiri pergolakan dan nasib bangsa di negara ini.
"Saya pernah bertuan penjajah di negara ini sendiri. Perasaan terhina menyelubungi diri apabila terpaksa bertuankan orang asing yang menjajah negara.
"Ya. Melayu memang lemah dan mudah lupa. Tetapi kesedaran mendatangkan kekuatan yang tidak dimimpikan berada kepada mereka," ujarnya.

PPBM: TUN M BAKAL CIPTA SEJARAH SEKALI LAGI...

Malam ini berlangsung majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Stadium Melawati, Shah Alam.






Berdasarkan kehadiran yang menyaksikan stadium hampir penuh dan semangat yang ditunjukkan oleh ahli-ahli Bersatu menyambut dan meraikan wujudnya parti baru itu, tidak diragui lagi Tun Mahathir Mohamad kini sedang berada di landasan yang betul untuk mencipta satu lagi sejarah dengan menjadikan dua parti yang ditubuhkannya berjaya menjadi kerajaan.







UMNO yang ada sekarang adalah parti yang ditubuhkan oleh beliau pada 1988 dengan ia kekal cemerlang di bawah kepimpinannya sebelum berundur pada 2003 dan kini melalui Bersatu dan Pakatan Harapan, Insya Allah, Tun Mahathir juga mampu menendang UMNO dan BN yang sudah menjadi parti serta kerajaan yang kleptokrasi di bawah pimpinan Najib Razak.

Umno hanya tunggu masa untuk 'ditalkinkan': Muhyiddin



SHAH ALAM - "Umno hanya tunggu masa untuk ditalkinkan sahaja," demikian ujar Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya, budaya politik dalam parti itulah yang merosakkan parti rumpun Melayu itu.
"Sebenarnya, Umno sedang berada di hujung nyawa. Roh dan jiwa perjuangan Umno yang memberi nafas kepada parti itu telah lama berkubur.
"Yang ada hanyalah jasad Umno yang layu, lemah dan longlai. Umno takkan pulih lagi dari sakitnya yang tenat. Hanya tunggu masa untuk ditalkinkan sahaja," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di Stadium Malawati, di sini, hari ini.
Berbeza dengan Umno, menurutnya lagi, perjuangan Bersatu adalah bukan untuk kepentingan individu tetapi sebuah wadah politik baharu untuk orang Melayu, masyarakat pribumi dan rakyat Malaysia.
Jelasnya, Bersatu memperjuangkan keadilan sosial dan keadilan ekonomi.
"Kita berjuang untuk mengagih kekayaan negara secara adil dan saksama tanpa mengira kaum dan agama serta mendokong prinsip bahawa setiap rakyat berhak untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti dan sempurna.
"Semua ini bukan sekadar pernyataan dasar atau harapan parti, tetapi matlamat perjuangan yang termaktub secara jelas di dalam Perlembagaan. Jadi, selagi Bersatu wujud, inilah yang menjadi landasan perjuangan parti kita," katanya lagi

Ahli Bersatu hadir bukan kerana ditaja: Mukhriz

Beratus Juta Dirumah: Sudah Dijangka...Tiada Unsur Rasuah..!!!


Tiada unsur rasuah ??.. Mana dapat duit ratus juta bekepuk-kepuk simpan dalam kabinet ?? Derma juga ke ??
ALASAN #SPRM:
1) Tiada unsur rasuah
2) Di luar bidang kuasa SPRM
3) Tiada tindakan lanjut

TIDAK MUSTAHIL SEMUA INI BOLEH BERLAKU DI MALAYSIA, kerana Malaysia ada SPRM & Umno..