Khamis, 12 Januari 2017

3 parti pembangkang tuntut Annuar Musa jawab dakwaan TMJ

Dakwaan menggunakan dana Mara dan UniKL demi selamatkan bola sepak Kelantan perlu diperjelaskan Annuar Musa
annuar-musa_kafa_600PETALING JAYA: Tan Sri Annuar Musa digesa menjelaskan dakwaan penggunaan duit tajaan daripada Pelaburan MARA Berhad (PMB) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk menaja pasukan Kelantan sehari sebelum pelancaran jersi pasukan itu di Dewan Konvensyen Pusat Dagangan Kota Bharu.
Tuntutan itu dibuat 3 parti pembangkang hari ini melalui pimpinan Pemuda mereka iaitu Fahmi Zainol, Shazni Munir Mohd Ithnin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Mereka berkata kenyataan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu ternyata mengejutkan dan perlu diperjelaskan oleh Annuar yang juga bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).
“Bagaimana pengerusi Mara iaitu Annuar tergamak bertindak sedemikian? Sedangkan dalam masa yang sama, masa depan pelajar Melayu tergadai dek perbuatan beliau.
“Pemuda PKR yakin prestasi buruk pihak Mara mempunyai hubung kait dengan tindakan Annuar menaja pasukan bola sepak Kelantan dengan menggunakan duit Mara,” kata Fahmi yang juga pengerusi Biro Mahasiswa Pemuda PKR.
Naib Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir berkata Annuar sebagai ahli politik yang bertanggungjawab kepada rakyat tidak boleh berdiam diri.
“Jumlah RM700,000 bukan sedikit. Adalah difahami kesukaran pasukan Kelantan bergelut mencari sumber kewangan bagi meneruskan saingan untuk musim 2017, ia tetap tidak menjadi jalan pintas untuk mana-mana agensi ‘dirompak’ sedemikian rupa.
“Beliau wajib beri justifikasi setiap tajaan yang dibuat dan sejauh mana kesemua tajaan tersebut benar-benar membantu Bumiputera. Jika gagal, Annuar Musa bertanggungjawab untuk mengembalikan semula RM700,000 itu ke kantung asalnya,” katanya.
TMJ hari ini berkata, sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak pemotongan dibuat, Annuar tergamak menggunakan “duit rakyat” untuk pasukan Kelantan.
“Sebelum menggunakan kejayaan Faiz Subri untuk populariti anda dengan mengatakan saya angkuh kenapa tidak Tan Sri (Annuar) tampil memberi keterangan mengenai duit tajaan daripada Pelaburan MARA dan UniKL yang dipaksa menaja pasukan The Red Warriors (TRW)?

Skandal 1MDB: Jho Low guna nama proksi Eric Tan

Jutawan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, menggunakan nama proksi Eric Tan ketika membuka akaun bank dan entiti korporat.
Menurut Channel News Asia, ini didedahkan di Mahkamah Singapura semasa perbicaraan kes pengurus cawangan Falcon Private Bank, Jens Fred Sturzenegger.
Sturzenegger pada Rabu lalu dijatuhi hukuman penjara 28 minggu dan denda S$128,000 kerana gagal mematuhi undang-undang anti pengubahan wang haram dengan tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa berhubung transaksi yang mencurigakan serta memberi maklumat palsu.
Menurut laporan itu, mahkamah diberitahu bahawa Sturzenegger diperkenalkan kepada Eric Tan oleh ketua pegawai eksekutif kumpulan perbankannya, Eduardo Leemann melalui e-mel pada Januari 2012.
Apabila Sturzenegger berjumpa Tan pada bulan berikutnya, lelaki berkenaan memperkenalkan semula dirinya sebagai Jho Low.
Laporan itu berkata, Low menjelaskan bahawa beliau menggunakan nama Eric Tan sekali-sekala untuk "tujuan keselamatan".
Memetik Timbalan Pendakwa Raya Jacky Leong, laporan itu berkata ketika itu Sturzenegger menyedari bahawa Eric Tan, yang berhubungan dengannya selama ini sebenarnya adalah Jho Low.

Annuar Musa: Mara tak pernah taja TRW satu sen pun!

"LUCU sangat-sangat. Jawab salah tak jawab salah." Demikian respons bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa di laman sosial Facebooknya.

Kenyataan itu disertakan bersama penafian Annuar berkaitan dakwaan yang mengaitkan beliau dengan penyaluran wang Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kepada pasukan bola sepak Kelantan
Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu sebaliknya berkata, Mara tidak pernah menaja The Red Warrior (TRW) tetapi diberikan penghormatan oleh agensi itu.
"Untuk makluman semua Mara tidak pernah menaja TRW walau satu sen, logo Mara 50 tahun dipamer dilengan Jersi TRW 2016 diberi percuma kepada Mara, walaupun ruangan itu bernilai RM250,000 kalau untuk syarikat Sdn Bhd lain, ianya satu penghormatan kepada Mara dan TRW," tulisnya
Mengenai UniKL pula, Annuar berkata, ia merupakan sebuah syarikat swasta yang bermakna universiti swasta itu tidak pernah menaja atau memberi biasiswa kepada pelajarnya.
"Jadi tidak timbul ianya menggunakan dana biasiswa/tajaan, sebagai syarikat swasta ianya mempunyai polisi sendiri terutama dalam soal penjenamaan,promosi,pemasaran dan lain-lain, mereka punya belanjawan khusus untuk itu," katanya lagi.
Ujarnya, UniKL sudah lama terlibat dalam penjenamaan dan pemasaran melalui sukan khususnya hoki dan bolasepak, ini kerana sasarannya adalah untuk menarik perhatian anak muda, begitu juga syarikat Sdn Bhd Mara yang lain.
"Mereka punya bajet, dasar dan presedur tersendiri, semuanya tidak melalui paksaan, titah, sabda dan sebagainya," katanya.
"Jadi sahabat FB ku sekalian, saya berikan fakta ini untuk anda semua termasuk kawan media saya, pemberian fakta ini supaya anda boleh menyemak sumber," katanya.
Katanya lagi, dalam isu ini beliau tidak berminat untuk terjebak dalam polemik dengan mana-mana individu, kerana baginya mereka semua adalah rakan-rakannya.
"Sebagai kawan kita dah kenal sesama kita, kalau kawan silap kita tak usah panjang panjang. Kita maafkan sahajalah," ulasnya lagi.

MARA TAJA BOLA, ADAKAH ANNUAR MUSA BELAJAR DARIPADA NAJIB?

Berikut disiarkan sebahagian daripada kenyataan, atau sebenarnya lebih tepat merupakan bidasan oleh Tengku Mahkota Johor terhadap Ketua Penerangan UMNO,  Pengerusi MARA dan bekas Presiden bolasepak Kelantan, Annuar Musa.

"Sebelum menggunakan kejayaan Faiz Subri untuk populariti anda dengan mengatakan saya angkuh kenapa tidak Tan Sri juga tampil memberi keterangan mengenai duit tajaan daripada Pelaburan Mara dan UniKL yang dipaksa untuk menaja pasukan The Red Warriors. 

"Sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak pemotongan di sana sini, masih tergamak Tan Sri menggunakan duit rakyat untuk pasukan The Red Warriors yang mana Tan Sri sendiri merupakan Pengerusi Mara. 
"Tidak cukup dengan Pelaburan Mara yang Tan Sri paksa, UniKL juga turut menjadi mangsa. UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka menaja pasukan TRW pada tahun itu. 

"Mohon Tan Sri jelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut yang merupakan wang rakyat."
Berdasarkan apa yang dinyatakan oleh TMJ itu, sesiapa pun tidak ada keraguan untuk mempercayainya kerana dakwaan yang dibuat turut disertakan dengan bukti-buktinya sekali. Surat permohonan tajaan, cek dan slip bank, semuanya ada disertakan bersama dan disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers.

Dengan ini, Annuar Musa tidak ada pilihan lain selain tampil menjelaskan kedudukan sebenarnya dan bagaimana semua itu boleh berlaku?

Sejak bila MARA, khususunya anak syarikat seperti Pelaburan MARA Bhd dan UniKL memilih untuk menaja pasukan bola sebagai keutamaannya?
Bukankah MARA dan Pelaburan MARA Bhd sendiri dipengerusikan oleh Annuar Musa sendiri, manakala KAFA iaitu pasukan bolasepak Kelantan pula diterajui oleh beliau juga?

Gejala rasuah seperti anai-anai cerita Peguam Negara....

Peguam Negara Mohamed Apandi berkata gejala rasuah adalah seperti anai-anai yang akan memamah rakus keutuhan negara sedikit demi sedikit dan seperti anai-anai,kehadirannya seringkali tanpa disedari dan sedia diambil  tindakan terhadap mana-mana pegawainya yang terbabit.
"Hanya bermula dengan pelawaan makan malam di hotel terkemuka ia kemudian bersabit pula dengan pelawaan bermain golf dan melancong...akhirnya ia merebak dan menjerumus kepada permintaan dan pemberian wang ringgit serta barangan berharga secara terbuka tanpa segan silu," katanya.
Beliau berkata perbuatan rasuah yang dominan dan sukar diubah ketika ambang kejatuhan Empayar Melaka dahulu, terutamanya di kalangan pembesar dan saudagar, seharusnya dijadikan teladan serta diinsafi generasi masa kini.
"Kesetiaan pembesar dan saudagar amat mudah dibeli melalui wang ringgit dilabur Portugis," katanya seperti dilapor Bernama.
Katanya Empayar Melaka yang dikatakan kebal akhirnya jatuh ke tangan Portugis pada 1511 bukan kerana tiada senjata canggih atau kudrat pahlawan, sebaliknya benteng kukuh empayar itu dirobohkan sedikit demi sedikit oleh orang yang berlindung di sebaliknya.
Justeru katanya lagi, Jabatan Peguam Negara tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai undang-undangnya yang terlibat dengan rasuah.
Beliau menyeru semua pegawai undang-undang itu supaya tidak sama sekali terlibat dengan sebarang kegiatan rasuah, salah guna kuasa dan perlanggaran peraturan serta undang-undang yang mencemar nama baik jabatan itu.

Peguam Negara terlena di pejabat, dakwa Amanah


Peguam Negara didakwa terlena di pejabat sehingga tidak sedar tindakan negara luar terhadap 1MDB.Peguam Negara didakwa terlena di pejabat sehingga tidak sedar tindakan negara luar terhadap 1MDB.
 Parti Amanah Negara (Amanah) meminta supaya Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali supaya jangan terlena daripada memerhati segala perkembangan mutakhir berkaitan isu 1MDB yang sangat berkepentingan kepada rakyat dan negara.
Timbalan presidennya, Salahudin Ayub dalam satu kenyataan berkata, terdapat beberapa tindakan tegas dari beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat dan Switzerland yang telah bertindak terhadap individu dan bank yang terlibat dengan skandal 1MDB.
Paling terbaru, katanya, ialah kerajaan Singapura yang telah mengheret Bank Privet Falcon ke muka pengadilan kerana terlibat dengan penyimpanan wang yang punya bukti jelas berkaitan dengan 1MDB.
Jens Fred Sturzenegger yang merupakan pengurus bank tersebut merupakan orang ke 5 yang didakwa di Singapura, katanya.
Beliau mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman 28 minggu penjara dan denda S$128,000.
Ironinya di Malaysia, kata Salahudin, fail skandal 1MDB yang telah sempurna disiasat oleh BOK SPRM terdampar lesu di meja peguam negara atas hujah tiada kes untuk didakwa.
"Amanah memperingatkan supaya peguam negara jangan terus terlena daripada menjalankan tanggungjawab besar ini kepada rakyat dan negara.

Pas punca gagal bersatu bukan Tun M

KOTA BHARU - Kegagalan pakatan pembangkang untuk bersatu dalam Pakatan Harapan bukan disebabkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya berpunca daripada Pas.
Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, Pas tidak boleh selama-lamanya menyalahkan pihak lain kerana kegagalan pakatan pembangkang.
“Setakat ini hanya Pas jadi masalah dan penghalang kepada pakatan pembangkang bersatu.
“Parti lain seperti DAP, PKR dan Amanah telah terima Pengerusi Bersatu itu sebagai antara penggerak pakatan pembangkang,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang didakwa berkata sikap Tun Mahathir yang tidak pernah berubah akan menyukarkan kerjasama pembangkang secara keseluruhan.
Malah Mohd Amar turut membayangkan pakatan pembangkang akan hadapi kesukaran jika terus bekerjasama dengan Tun Mahathir.
Che Ibrahim memberitahu, Pas mahu semua parti pembangkang lain berada bawah telunjuk mereka dan jadikan sebagai ketua.
“Sebab itu Pas hanya selesa bila berada dalam blok ketiga bersama parti-parti lebih kerdil seperti Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa).
“Pas tidak layak bercakap soal pakatan pembangkang dan parti lain terutama Bersatu dan PKR,” katanya.

Dana kebajikan Ladang Rakyat biayai peserta 'roadshow' Himpunan 355


Surat Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Kelantan yang mewajibkan peserta Ladang Rakyat menghadiri roadshow Himpunan RUU 355.Surat Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Kelantan yang mewajibkan peserta Ladang Rakyat menghadiri roadshow Himpunan RUU 355.
Surat daripada Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan yang menjadi tular di media sosial memaklumkan program anjuran Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) Negeri Kelantan itu akan berlangsung di Padang Majlis Daerah Machang malam ini.
Ditandatangani Ketua Pegawai Operasi perbadanan berkenaan, Mohd Khairil Hazmie Yusof, agensi terlibat diminta menguruskan kehadiran peserta Ladang Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) ke tapak program tersebut.
"Keperluan pengangkutan peserta ke tempat program boleh dibiayai oleh peruntukan Tabung Tindakan Kebajikan Peserta Ladang Rakyat Dun masing-masing.
"Kehadiran adalah DIWAJIBKAN dan akan dicatat oleh pihak Dun dan akan dikemukakan kepada pihak pengurusan Perbadanan," dipetik daripada surat bertarikh 10 Januari itu.
Walau bagaimanapun, rata-rata netizen menganggap program dengan kerjasama Sekretariat Tetap Hudud Negeri dan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan itu sebagai bermotif politik.
Tidak kurang juga menyifatkan tindakan kerajaan Pas negeri Kelantan itu memaksa peserta Ladang Rakyat hadir ke program tersebut seperti saling tidak tumpah dengan apa yang dilakukan Umno-BN selama ini kepada agensi dan jabatan kerajaan.
Dalam hal berkaitan, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Disember tahun lalu dilapor Harakahdaily, berharap agar setiap peserta Ladang Rakyat dapat berperanan sebagai "jentera pilihan raya yang komited mempertahankan pemerintahan Islam."
Dipetik dari portal rasmi Pas itu, Che Abdullah yang juga Ahli Lembaga Perbadanan Ladang Rakyat berkata demikian ketika menyerahkan dividen saham kepada 300 peserta projek tersebut di Parlimen Kubang Kerian merangkumi 100 peserta bagi setiap Dun di kawasan tersebut iaitu Demit, Pasir Tumbuh dan Salor.

Pemuda Amanah tuntut Annuar Musa jawab pembongkaran TMJ

Pemuda Amanah Nasional menggesa Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa menjawab pembongkaran Tengku Mahkota Johor (TMJ) hari ini berhubung sejumlah tajaan The Red Warriors (TRW) yang diperoleh daripada dana anak-anak syarikat Mara.
Naib Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, pembongkaran pemilik kelab bola sepak JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu dengan turut menyertakan dokumen transaksi yang melibatkan UniKL (RM500,000) dan Pelaburan Mara Berhad (RM200,000) itu satu tuduhan serius.
"Apatah lagi melibatkan Mara yang tujuannya jelas untuk membantu Bumiputera dalam bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan. Bukan menjadi penampan untuk 'membantu' mana-mana pasukan bolasepak.
"Dengan jumlah yang banyak dikeluarkan daripada UniKL, alangkah lebih bermanfaat jika wang tersebut digunakan untuk menaja lebih ramai lagi anak-anak muda menyambung pengajian di situ," tegasnya dalam kenyataan beliau hari ini.
Beliau berkata, Annuar Musa yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu sebagai orang politik dan bertanggungjawab kepada rakyat tidak boleh terus berdiam diri.
"RM700,000 bukan satu jumlah yang sedikit. Walau memahami betapa sukarnya TRW bergelut mencari sumber kewangan bagi meneruskan saingan untuk musim 2017, ia tetap tidak menjadi jalan pintas untuk mana-mana agensi 'dirompak' sedemikian rupa," bidasnya.
Justeru, beliau mendesak Annuar yang juga Ketua Penerangan Umno itu supaya wajib tampil menjelaskan justifikasi setiap tajaan terbabit dan sejauh mana kesemua tajaan tersebut benar-benar membantu Bumiputera.
"Jika gagal, Anuar Musa bertanggungjawab untuk mengembalikan semula RM700,000 itu ke kantung asalnya," tegas Shazni lagi.
Terdahulu, TMJ dalam kenyataan di Facebook rasmi JDT, hari ini menyifatkan Annuar tergamak menggunakan wang rakyat untuk pasukan TRW ketika ekonomi negara tidak menentu.

HAKIKATNYA BAJET UNTUK PERMATA-ROSMAH TERUS BERTAMBAH DARI TAHUN KE TAHUN !!!

Bila dah berjaya kutip cukai GST RM57.27 bilion, bajet utk Universiti2 awam terus dipotong buat 3 tahun berturut2 atas alasan minyak dunia jatuh, faktor luaran & bercuti ke luar negara utk 'MASA BERKUALITI' bersama keluarga ...

Kemanakah Bajet Yang Dipotong...??


Jenis kepala hotak menteri AMENO camnilah yg disukai Najib Razak, kerana apa...??!!

KERANA SYARAT WAJIB JADI MENTERI dalam kabinet Najib ADALAH WAJIB BODOH.. Wajib perbodohkan rakyat & diri sendiri.

Agaknya kalau bajet tidak dipotong atau ditambah peruntukannya maka ia satu BAJET YANG PALING BURUK...

BERANIKAH SPRM SIASAT..???




Mewahnya Hidup Orang Politik Parti Pemerintah

Tan Sri Annuar Musa sampai sekarang senyap membisu tak berani jawab tuduhan TMJ ini. Berapa banyak duit kau sakau untuk... ???

TMJ dah cuba selongkar & dedah.
#SPRM siasat tak ?
#LHDN siasat tak ?

Tak mustahil kata TMJ terhadap Annuar Musa .. "Anda sendiri jelas mempunyai kepentingan diri sendiri dalam parti"

**Porsche Panamera dengan nombor pendaftaran TAM111.

BURUK PERANGAI ORANG POLITIK....

Semuanya benar belaka. Seperti yang dijangka dan diramalkan oleh Tengku Mahkota Johor, itulah yang benar-benar terjadi akhirnya kepada Mohd Faiz Subri, pemenang anugerah Puskas FIFA 2016.

Baginda mendakwa, kemenangan Mohd Faiz bakal dipergunakan oleh pihak tertentu untuk meraih populariti.

Saya ucapkan tahniah kepada Faiz dan pada masa yang sama kasihan kepada dia kerana saya tahu selepas ini sesetengah media dan menteri-menteri akan cuba mempergunakannya untuk populariti mereka, kata pemilik kelab bolasepak JDT itu.
Mengucapkan tahniah dan memberi penghargaan kepada Mohd Faiz atas kejayaan yang dicapainya barangkali masih boleh diterima, lebih-lebih lagi jika kaitannya jelas dan nyata.

Menteri Belia dan Sukan mengucapkan tahniah dan mengumumkan sumbangan penghargaan RM150 ribu, termasuk RM50 ribu daripada FAM, tentu boleh diterima kerana berkaitan bidang tugasnya.

Ketua Menteri Pulau Pinang mengucapkan tahniah dan memberi penghargaan RM50 ribu, juga boleh diterima kerana Mohd Faiz adalah pemain bolasepak bagi negeri itu.
Menteri Besar Kedah mengucapkan tahniah dan memberi penghargaan yang belum disebutkan bentuknya, turut boleh diterima kerana Mohd Faiz adalah anak kelahiran negeri tersebut.

Tetapi, mengucapkan tahniah sambil mengaku Mohd Faiz juga adalah anak didiknya....aduhhh...pening kepala segala ayam dan itik dibuatnya.

Agaknya pernah menjadi "bapa didik" kepada Mohd Faiz itu boleh menambah undi untuk bertanding jawatan Presiden FAM nanti!

H355 bukan agenda politik PAS - Tuan Ibrahim

Pelabur dijangka akan kembali ke Malaysia, kata Johari

TMJ beri amaran kepada 'Tan Sri' dan menteri yang pernah mabuk..!!

TERUS TERANG (Siri 2) - Dato' Saifuddin Abdullah

Sidang Media INVOKE 12 Januari 2017 - "Siapa di belakang syarikat ini?"

Eksklusif : YB NG SUEE LIM - ADUN Sekinchan

Pemuda Pas Kelantan tolak kerjasama dengan Mahathir


Laporan BHarian.com tentang sikap  Pemuda Pas Kelantan yang menolak kerjasama dengan PPBM khasnya Tun Dr Mahathir.Laporan BHarian.com tentang sikap Pemuda Pas Kelantan yang menolak kerjasama dengan PPBM khasnya Tun Dr Mahathir.
Sebagaimana sikap Naib Presiden Pas, Datuk Mohamad Amar Abdullah, Pemuda Pas Kelantan juga menolak kerjasama dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Berita Harian Online, Dewan Pemuda PAS Kelantan menolak sebarang kerjasama dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam Pilihan Raya Umum ke-14, akan datang.
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari, berkata Dr Mahathir kini dianggap bukan satu faktor penting dalam politik negara.
"Bagi kita Dr Mahathir bukan lagi faktor penting dalam politik dan PAS sendiri sudah buat keputusan tiada sebarang kerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara.
"PPBM masih mempunyai peluang untuk bekerjasama dengan PAS dan jika kenyataan Dr Mahathir boleh menyebabkan kerugian kepada parti itu saya rasa ahlinya boleh buat keputusan sendiri," katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian cek kepada usahawan muda di sini, semalam, lapor BHarian.com.
Beliau mengulas mengenai kritikan keras Dr Mahathir terhadap ulama dan mufti tetapi dalam masa yang sama berhasrat untuk bekerjasama dengan PAS.
Ahmad Fadhli turut menyokong kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah, bahawa kerjasama dengan PPBM boleh dilakukan namun menolak jika ia dilakukan bersama Dr Mahathir.
Mohd Amar berkata sebelum ini PAS tidak pernah mendapatkan nasihat daripada bekas Perdana Menteri itu dan tidak juga mengharapkannya (nasihat) di masa hadapan.

Pendapatan hasil bumi diasingkan jika kami berkuasa, kata Pakatan

Sebuah kerajaan PH berhasrat melabur hasil minyak dan hasil kekayaan bumi lain ke dalam sektor yang memberikan pulangan seperti yang diamalkan beberapa negara lain.
tony-pua_pakatan_6001
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) berkata ia akan mengasingkan sumber pendapatan dari sumber organik dan sumber hasil bumi sekiranya membentuk kerajaan.
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata kerajaan PH juga akan melabur pendapatan hasil minyak ke dalam sektor yang memberikan pulangan.
“Kita asingkan pendapatan daripada minyak, lombong, gas dan barang-barang yang tiada kaitan dengan kerja keras atau kebijaksanaan rakyat. Malah kita tubuhkan satu badan asing untuk mentadbir kewangan tersebut.
“Kita masukkan dalam pelaburan, kita gunakan dalam pendidikan, infrastruktur tertentu dan bukannya gunakan untuk membayar gaji dan mengubah suai pejabat serta perkara lain yan tidak memberikan pulangan,” katanya dalam forum bertajuk “Berapa beban hutang dari projek mega Najib”, malam tadi.
Pengasingan sumber pendapatan bukanlah perkara baru dan unik kerana langkah tersebut diambil negara pengeluar minyak seperti Norway, yang menetapkan kerajaan tidak boleh mengambil sebarang hasil minyak.
Sebaliknya, hasil itu dimasukkan ke dalam bank pusat yang diuruskan satu badan dan kerajaan hanya boleh mengambil keuntungan daripada situ sahaja.
Perkara sama turut dilakukan Emiriah Arab Bersatu (UAE), salah sebuah negara pengeluar minyak terbesar dunia.
Pua yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata Malaysia sebelum ini mengikuti sistem pengasingan sumber pendapatan, namun ia tidak berjaya dilaksanakan.
“Malaysia pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN). Tahun pertama diumumkan, ia mengumpul dan ada beberapa tahun kumpul sahaja, ada RM200 juta di dalam akaun.

Rakyat diingat jangan lalai isu 1MDB dengan tangkapan ‘jerung besar’ oleh SPRM

KUALA LUMPUR: AMANAH sekali lagi memperingatkan rakyat supaya jangan terlalu mudah terhibur dan terpesong dengan kesungguhan SPRM bertindak menangkap dan menahan beberapa ‘jerung besar’ mutakhir ini, tegas Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub dalam satu kenyataannya kepada Amanahdaily.
Katanya, perhatian rakyat tidak akan mudah dilalai dan dipesongkan daripada isu 1MDB yang menjadi kayu ukur kepada runtuhnya imej negara di mata dunia.
Jelas beliau lagi, semua pihak dalam masyarakat mesti terus memberikan sokongan kepada SPRM supaya dapat membuka semula kes 1MDB berikutan penemuan bukti-bukti baharu dari negara-negara yang terlibat menyimpan sebahagian dari jumlah wang negara yang diselewengkan.
Salahuddin berkata, AMANAH merakamkan rasa kagum di atas kesungguhan dan keberanian SPRM untuk terus bertindak dan menyiasat kes-kes yang dianggap berprofil tinggi sejak kebelakangan ini.
Bagi AMANAH katanya, ini adalah satu bukti bahawa SPRM sememangnya memiliki keupayaan dan kepakaran tinggi dalam bidang kuasa yang diperuntukan.
“Beberapa kes tangkapan terhadap ‘jerung besar’ termasuk kes terbaru rampasan beberapa dokumen penting di pejabat Ketua Menteri Melaka adalah antara contoh bagaimana SPRM mampu bertindak atas kapasiti yang dimiliki oleh mereka,” kata beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan.

Cina belum tentu sokong BN

LAWATAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke China tahun lalu, dengan kejayaan menarik banyak projek pelaburan belum tentu disambut baik oleh masyarakat Cina di Malaysia.
Demikian dinyatakan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika diwawancara oleh akhbar-akhbar Cina tempatan, baru-baru ini.
Menurut Muhyiddin seperti dilaporkan Sin Chew Jit Poh, Najib memang telah membawa balik perjanjian pelaburan bernilai RM144 bilion dari China, namun pengundi Cina tidak semestinya akan memberikan sokongan yang kuat kepada BN pada PRU14.
"Saya ada ramai kawan Cina yang memperkatakan isu ini. Mereka semuanya tidak setuju kedatangan syarikat-syarikat China membuat projek di negara kita kerana jika kerajaan beri peluang, usahawan-usahawan tempatan juga berupaya membina Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur dan Bandar Malaysia," kata Muhyiddin.
Beliau percaya, pengundi Cina akan terus memberi sokongan kuat kepada parti pembangkang pada PRU14 walaupun Najib cuba mengadakan hubungan perniagaan dengan China.

Dari bermukah, baik bernikah, kata PPBM kepada Pas

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mencadangkan agar Pas terus 'bernikah' sahaja dengan Umno, bukannya 'bermukah' sebagaimana sekarang.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Zahid Mat Arip berkata, "Dari bermukah dengan Umno, baik bernikah terus, tak baik cara begini."
Zahid menjawab kritikan Naib Presiden Pas, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah yang berkata, Pas sedia bekerjasama dengan PPBM, tetapi tidak dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Nik Amar memberikan amaran, Pas akan kerjasama dengan PPBM tetapi bukan dengan Pengerusi PPBM.Nik Amar memberikan amaran, Pas akan kerjasama dengan PPBM tetapi bukan dengan Pengerusi PPBM.Kata Nik Amar, kerjasama politik sekiranya berlaku sekalipun hanya melibatkan Pas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), bukan Dr. Mahathir meskipun beliau merupakan pengerusi parti itu.
“Kena beza itu, kerjasama kalau berlaku hanya antara Pas dan PPBM bukan dengan Mahathir sebab kita tahu dia tidak boleh bekerjasama. Dan, kita juga sama sekali tidak akan mendengar apa-apa pandangan Dr. Mahathir.
“Dr. Mahathir ini, tidak boleh bekerjasama dengan sesiapa pun. Kalau betul nak kerjasama, Dr. Mahathir mesti ubah sikapnya. Dr. Mahathir kena ingat dia bukan lagi Perdana Menteri atau Presiden Umno,” katanya.
Tindakan ini sama dengan apa yang dibuat DAP terhadap Pas sebelum ini, sedia bekerjasama dengan Pas tetapi tidak dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut Zahid, apa yang dibuat oleh Pas sekarang benar-benar menguntungkan Umno.
Bagi Zahid, kenyataan ini Nik Amar ini membayangkan kegembiraan pemimpin Pas yang sudah selesa berada dalam dakapan Umno dan BN.
Bagi beliau, Pas lebih baik bernikah terus dengan Umno dari bermukah, bersekedudukan dan melakukan 'persetubuhan haram' sebegini.
Bagi beliau, Tun Mahathir mempunyai banyak jasa selepas memerintah negara ini selama 22 tahun.
"Isu sebenar yang negara hadapi adalah isu 1MDB, SRC, RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Najib.
"Ini Pas tak cakap, ia isu rakyat yang boleh digunakan untuk tumpaskan Umno," katanya.
Menurut beliau, apa yang berlaku sekarang adalah jika Umno berbangga dengan 'Jamal', Pas pula berbangga dengan Nik Amar.
"Saya harap lepas ini tidak ada pula pihak yang memanggil dia Nik Amar Jamban pula sebagaimana yang dikenakan kepada Jamal," kata Zahid merujuk kepada Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos.

Pemberi rasuah sama seperti 'penjual', dari bawah sampai ke atas

Rafizi dedah anggaran jumlah hutang negara cecah RM900b

Jumlah hutang negara dijangka lebih RM1 trilion, dakwa Tony Pua

'Lagi lambat tukar kerajaan, makin teruk perit kerana hutang makin besar' - Rafizi

I-CPI Forum : Berapa Beban Hutang Dari Projek Mega Najib?

SKANDAL 1MDB: SINGAPURA KINI KIAN HAMPIR KEPADA JHO LOW?

Seorang lagi dihukum penjara di Singapura berkaitan skandal 1MDB. Kali ini ia melibatkan bekas Pengurus cawangan Falcon Private Bank di Singapura, Jens Sturzenegger, seorang warganegara Switzerland.

Beliau mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan gagal melaporkan urusniaga berpotensi jenayah melibatkan berbilion-bilion dollar dan berbohong kepada pihak berkuasa negara itu bagi melindungi kepentingan kewangan Jho Low.

Tetapi, sebagaimana yang dilaporkan media pada 5 Januari lalu, Sturzenegger sebenarnya sedang berhadapan dengan 16 pertuduhan oleh pihak berkuasa Singapura.
Atas pengakuan bersalah terhadap enam pertuduhan itu, beliau dihukum penjara 28 minggu dan didenda S$128,000. 

Sehingga ini, Singapura sudah menghukum penjara dan denda kepada empat individu berhubung penyiasatan yang mereka jalankan berkaitan 1MDB.

Sebelum ini, Yvonne Seah Yew Fong, Yak Yew Chee dan dan Yeo Jiawei iaitu pegawai-pegawai daripada BSI Bank sudah pun dijatuhkan hukuman penjara dan denda atas kesalahan masing-masing.

Kedua-duanya, BSI Bank dan Falcon Private Bank juga sudah pun diarahkan tutup oleh pihak berkuasa kewangan Singapura, MAS.

Kesalahan melibatkan Sturzenegger sehingga beliau dihukum penjara selama 28 minggu dan didenda S$128,000 ialah berkaitan pemindahan mencurigakan sejumlah AS$1.262 bilion melalui Falcon.
Laporan-laporan media sebelum ini mendedahkan wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib juga adalah melalui Falcon, tetapi Perdana Menteri mendakwa ia merupakan derma yang diterimanya daripada kerabat Diraja Arab Saudi.

PPBM ditawar RM200,000 jika buktikan ahli Umno sertainya - Ketua Umno Bagan

Shaik Hussein meminta PPBM menderma RM200 kepada masjid jika ia gagal memberikan butiran 200 bekas ahli Umno yang lompat parti.
hussein-pbbmPETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Bagan Pulau Pinang menawarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) RM200,000, jika ia mengemukakan nama dan nombor kad pengenalan bekas ahli partinya yang didakwa beralih arah.
Shaik Hussein Mydin berkata, beliau dengan senang hati akan mengeluarkan wang untuk membuktikan PPBM berbohong apabila mendakwa hampir 200 orang ahli Umno dari Kampung Tok Sani – kampung di bawah bahagian Bagan – keluar parti dan menyertai parti baru itu.
“Sehingga hari ini PPBM Pulau Pinang masih belum mendedahkan butiran ahli,” katanya kepada FMT.
“Malah, gimik dilakukan penyelaras PPBM Bagan Shaharudin Saad, yang berkata beliau juga boleh menunjukkan borang dan rumah bekas ahli Umno Tok Sani, tidak sedar, membuktikan beliau hanya cuba memesongkan perhatian daripada ketidakupayaan berbuat demikian.
“Oleh itu, saya menawarkan RM200,000 sebagai pertukaran nama dan nombor kad pengenalan mereka yang didakwa meninggalkan Umno. Jika tidak boleh, saya hanya meminta mereka menderma RM200 kepada sebuah masjid di Bagan.”
Penduduk Kampung Tok Sani, yang diwakili Ahmad Shamsuddin – mendakwa beliau menjadi ahli Umno selama hampir 50 tahun – dilaporkan menyerahkan borang keahlian PPBM pada majlis di kampung tersebut pada Ahad.
Shaik Hussein mengulangi kebanyakan bekas ahli Umno yang dikatakan bukan dari kampung itu, berdasarkan pemerhatian 2 ahli Umno Bahagian Bagan yang turut hadir pada majlis itu.

Bola sepak Selangor hancur jika Jamal jadi presiden, kata penyokong

Keghairahan Jamal Yunos menawarkan diri menjadi presiden FAS dilihat hanya bermotifkan politik dan alat untuk menyerang menteri besar, kata Ultras Selangor.
jamal-ultrasPETALING JAYA: Datuk Seri Jamal Md Yunos tidak layak menerajui Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), kata Ultras Selangor.
Jurucakap kumpulan itu, Mohd Hasfarizan berkata mereka tidak bersetuju dan menolak tawaran Jamal untuk menjadi presiden FAS kerana tidak mempunyai pengetahuan luas dalam sukan itu.
“Jamal bukan kenal sangat dengan bola sepak Selangor, jarang pergi stadium. Saya tidak tahu apa kelebihan Jamal sehingga merasakkan dirinya layak menerajui FAS. Apa yang saya lihat, tindakan beliau menawarkan diri menjadi presiden FAS tidak lebih daripada ingin mencari publisiti murahan,” katanya kepada FMT, hari ini.
Katanya, antara individu paling layak memegang jawatan presiden FAS adalah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, sekali gus dapat menggelakkan persatuan itu dipergunakan bagi tujuan politik.
Sementara itu, bagi Ahmad Norman keghairahan Jamal untuk menjadi presiden FAS hanya bermotifkan politik dan alat menyerang Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Saya tengok tindakan Jamal lebih bermotifkan politik. Bukannya betul-betul nak jadi presiden tetapi mahu menyerang Azmin, sebab Azmin letak jawatan sebagai presiden,” katanya.

Rafizi saran Shahrir fokus perumahan Felda, bimbang malukan Najib lagi


Perumahan Felda membimbangkan dan boleh bawa satu lagi skandal, kata Rafizi.Perumahan Felda membimbangkan dan boleh bawa satu lagi skandal, kata Rafizi.
Bimbang kalau-kalau projek perumahan Felda bakal mencetuskan satu lagi skandal besar yang memalukan Datuk Seri Najib Razak, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menggesa agar isu ini menjadi fokus kepada pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Shahrir Samad.
"Saya percaya permasalahan perumahan Felda adalah antara krisis pertama yang perlu ditangani oleh Tan Sri Shahrir Samad yang baru mengambil alih tampuk kepimpinan Felda," kata Rafizi dalam kenyataannya itu.
Menurutnya, projek perumahan Felda yang dijadikan umpan politik oleh Najib selama ini kepada warga Felda berkemungkinan akan terus bermasalah.
Menurut Rafizi, beliau telah menyemak pelbagai kenyataan dan temuramah dengan Tan Sri Isa Samad yang dilaporkan secara meluas oleh pihak media yang memberi gambaran betapa tenatnya kedudukan projek perumahan Felda sekarang:

1. Keratan akhbar bertarikh 16 Ogos 2016 bertajuk “Sebanyak 8,400 unit rumah generasi kedua Felda siap tahun hadapan” yang dipetik dari Bernama. Tan Sri Isa Samad mengaku bahawa Felda ketika itu sedang berusaha untuk mendapatkan pinjaman bank sebanyak RM2 bilion bagi membiayai projek ini, tetapi menghadapi kesukaran kerana bank yang dirundingi sebelum itu telah mengurangkan pinjaman.

2. Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 4 Oktober 2016 bertajuk “11,400 unit PGBF mula dibina awal tahun depan”. Sekali lagi Tan Sri Isa Samad mengesahkan Felda telah menggunakan sehingga RM400 juta tetapi memerlukan RM1 bilion lagi bagi tujuan perumahan warga Felda.

3. Keratan berita dari Bernama bertarikh 6 September 2016 bertajuk “Perumahan Felda Dijangka Bermula Dalam Tempoh Sehingga Dua Bulan Lagi”. Berita ini melaporkan bagaimana Felda telah menandatangani satu perjanjian pendanaan swasta bagi projek yang jumlah pembangunan kasarnya adalah RM1 bilion, dengan sebuah syarikat dari Singapura bernama Putra Star Investment Holdings Pte Ltd.
Berita ini, katanya, berlalu begitu sahaja tanpa menimbulkan sebarang kontroversi.
Akibatnya, orang ramai terutamanya peneroka Felda dan generasi baru Felda tidak tahu bahawa rumah-rumah yang dijanjikan kepada mereka itu bergantung kepada pembiayaan dari sebuah syarikat Singapura yang tidak diketahui asal usulnya.
Bukan sahaja persoalan projek perumahan rakyat mengambil wang sebuah syarikat asing itu sudah cukup kontroversi kerana ia seolah-olah warga Felda berhutang dengan syarikat asing di atas rumah yang mereka miliki, malah syarikat yang dipilih itu juga menimbulkan tanda tanya, katanya.

'Kenapa, bagaimana Felda dapat RM1b dari firma S'pura'

Mengapa Felda bertindak mendapatkan pembiayaan swasta sebanyak RM1 bilion untuk projek perumahan peneroka daripada sebuah firma Singapura?
Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mahu tahu bagaimana Felda memperoleh pembiayaan dari Putra Star Investment Holdings Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.
"Sekalipun saya adalah salah sebuah syarikat yang paling kaya di dunia, saya tidak akan berikan RM1 bilion tanpa cagaran.
"Apa yang Felda cagarkan untuk dapatkan pembiayaan tersebut?" tanya Rafizi semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.
Pada masa yang sama, beliau juga ingin mengetahui lebih lanjut mengenai syarat-syarat perjanjian pinjaman berkenaan.
Felda dan Putra Star Investment Holdings memeterai perjanjian bagi membiayai program Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) pada 6 September tahun lepas.
Laporan Bernama semasa majlis memeterai perjanjian itu memetik Pengerusi Felda ketika itu, Tan Sri Isa Samad sebagai berkata, program berkenaan yang mempunyai nilai pembangunan kasar RM1 bilion mengalami kelewatan ekoran masalah mekanisme pembiayaan.
"Bagaimanapun, isu berkenaan diselesaikan setelah memilih inisiatif pembiayaan swasta melalui Putra Star," jelas Isa yang dipetik agensi berita tersebut.
Rafizi turut mempersoalkan pemilihan Putra Star.

Mahkamah benar Azmin cabar laporan audit ke atas 1MDB

Azmin Ali
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Muhammad Zahid Md Arif mencabar tindakan Ketua Audit Negara yang mengklasifikasikan laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai rahsia rasmi.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hanipa Farikullah membenarkan permohonan tersebut selepas mendapati permohonan itu mempunyai merit untuk didengar, lapor Sinar Harian.
Mahkamah menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh pihak responden.
Dalam permohonan itu mereka menamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang; dan kerajaan Malaysia sebagai responden.
Berdasarkan afidavit sokongannya, Azmin menuntut Laporan Audit Negara berhubung 1MDB yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi menurut Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) diklasifikasikan semula sebagai dokumen awam.
Antara lain, Timbalan Presiden PKR itu menyatakan alasan bahawa Ambrin tidak mempunyai kuasa untuk mengklasifikasikan laporan tersebut sebagai rahsia rasmi kerana kuasa untuk berbuat demikian menurut Seksyen 2B OSA hanya terserah kepada pegawai awam.

Skandal 1MDB S'pura: Ahli perbankan Swiss mengaku salah

Pengurus cawangan Falcon Private Bank di Singapura mengaku salah terhadap enam pertuduhan yang berkaitan dengan siasatan Singapura ke atas 1MDB.
Jens Fred Sturzenegger yang merupakan warganegara Switzerland adalah individu kelima yang didakwa di Singapura berkaitan siasatan tersebut.
Beliau dihukum penjara selama 28 minggu dan denda sebanyak S$128,000.
Falcon Private Bank dimiliki oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi.
Pihak pendakwa Singapura memberitahu mahkamah bahawa ahli perniagaan Malaysia Jho Low mempunyai kawalan ke atas empat akaun di bank tersebut.
Menurut Channel News Asia, Sturzenegger mengaku salah terhadap pertuduhan gagal untuk melaporkan urus niaga berpotensi jenayah melibatkan berbilion-bilion dolar dan berbohong kepada pihak berkuasa bagi melindungi kepentingan kewangan Jho Low.
Sturzenegger didakwa kerana gagal mematuhi arahan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) untuk melaporkan pemindahan mencurigakan bernilai AS$1.262 bilion kepada dua akaun bank Falcon pada tahun 2013.
Beliau turut didakwa berbohong kepada pegawai MAS untuk mengalihkan perhatian daripada menyiasat beberapa akaun bank dikawal oleh Low dengan mendakwa akaun-akaun tersebut 'dimiliki dengan manfaat' oleh Eric Tan Kim Loong yang diketahui bersekutu dengan Low.
Sturzenegger dikatakan berbohong kepada para penyiasat tentang tidak pernah berhubung dengan Low.

Hebat jugak orang 'Tabung Haji' ni.. bab2 arak & komunis-China serahkan pada depa..

Yang galakkan & luluskan kemasukan komunis-China beramai2 ke dlm negara... UMNO !!
Yang luluskan lesen arak dari kementerian.. UMNO !!
Yang luluskan lesen arak dari kementerian.. UMNO !!
Yang luluskan pembinaan dua kilang arak.. UMNO !!
Yang luluskan PUSAT JUDI KASINO terbesar di dunia (dlm kategori jumlah pekerja).. UMNO !!
Yang gadai aset2 negara pada komunis-China.. UMNO !!

Tapi pembangkang & cina-DAP jua yg disalahkannya..

Seperti biasa cina-DAP juga disalahkannya..

PATUTLER pemimpin2 UMNO beriya2 sanggup bersetongkol dgn Komunis-China.. gadai aset & hartanah negara sbb nak bayar hutang2 1MDB..

TAHUKAH ANDA.. "Pelancong China ke M'sia dikecualikan visa" -Najib Razak (28/1/2016)

Jika dgn visa pon boleh penuh lambakan pelacur warga China, bayangkan visa telah dikecualikan.. Agak2 lambakan pelacur makin berkurang ker atau bertambah..???