Selasa, 10 Januari 2017

PRU14 akan menjawab 4 isu politik

Keputusannya akan menunjukkan adakah Dr Mahathir dan parti politik berasaskan kaum masih relevan, dan jika rakyat Malaysia sudah mengabaikan skandal 1MDB, kata penganalisis.
GE14
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional mempunyai peluang lebih baik untuk menang sekiranya pilihan raya umum kilat diadakan, kata seorang penganalisis.
Malah, kemenangan BN yang meyakinkan bermakna persaraan penuh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad daripada politik, kata Norshahril Saat, felo di Institut Iseas-Yusof Ishak di Singapura.
Norshahril, yang mengkaji politik di Singapura, Malaysia dan Indonesia berkata pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan menjadi tahun penentu politik Malaysia.
Ramai penganalisis, katanya, menjangkakan PRU diadakan pada separuh tahun kedua tahun ini, tetapi selewat-lewatnya pada Ogos 2018.
Keputusan pilihan raya umum itu, katanya dalam satu artikel di Today Online, akan menjawab sekurang-kurangnya 4 isu politik iaitu:
Bagi Barisan Nasional, pilihan raya nanti akan menguji kemampuannya untuk pulih daripada skandal 1Malaysia Development Berhad;
Ia juga akan menguji kerjasama antara Umno, MCA dan MIC, dan memberi petunjuk sama ada parti berasaskan etnik masih relevan;
Bagi pembangkang pula, pilihan raya akan menjadi kayu pengukur perpaduan dan kemampuannya. PRU14 merupakan peluang terbaik pembangkang untuk mengalahkan BN, selepas ia menewaskan parti pemerintah dalam undi popular pada pilihan raya lalu.
Ia juga akan menguji populariti Dr Mahathir dan kaitannya kepada politik Malaysia. Sekiranya pembangkang gagal, ia juga bermakna era Dr Mahathir sudah berakhir.
Norshahril berkata Dr Mahathir tidak berhenti berpolitik selepas meletakkan jawatan perdana menteri. Beliau sering mengkritik kerajaan dan memainkan peranan penting dalam mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi memberi laluan kepada Datuk Seri Najib Razak.
Tahun lepas, Dr Mahathir menubuhkan parti pembangkang – Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
“Sekarang ini, sesetengah pembangkang menganggap Dr Mahathir harapan utama mereka menumbangkan BN. Ia juga ironis apabila Dr Mahathir ditugaskan menyelamatkan pakatan pembangkang yang bermula sebagai pakatan untuk menggulingkan beliau.
“Usaha Dr Mahathir menyatukan pembangkang mula menunjukkan hasil, tetapi sejarah autoritarian terus menghantui beliau.”

Kerajaan guna duit rakyat bayar ganti rugi

Kerajaan juga bertanggungjawab terhadap sebarang kecuaian penjawat awam yang kerana ia mempunyai kuasa penyeliaan, kata Sivakumar.
P-Chandran
PETALING JAYA: Kerajaan perlu membayar ganti rugi apabila anggota polis didapati bersalah atas salah laku sivil kerana ia perlu bertanggungjawab terhadap tindakan penjawat awam, kata peguam.
R Sivakumar berkata, di bawah undang-undang, kerajaan juga bertanggungjawab kerana ia mempunyai kuasa penyeliaan terhadap kakitangan awam.
Sivakumar mengulas perdebatan hangat di media sosial yang wang pembayar cukai dibazirkan di mahkamah dengan membayar ganti rugi kepada ahli keluarga mangsa kerana kecuaian penjawat awam.
Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati pihak polis bertanggungjawab ke atas kematian pemandu lori P Chandran di lokap Dang Wangi selepas keperluan perubatan beliau tidak dilayan.
Hakim S Nantha Balan menganugerahkan RM357,000 sebagai ganti rugi kepada balu Chandran, N Selvi, dan anak perempuan, C Rita, kerana kecuaian dan penyalahgunaan jabatan awam. RM50,000 lagi dianugerahkan sebagai kos.
Daripada jumlah itu, Nantha dianugerahkan RM200,000 ganti rugi teladan kerana polis menafikan hak dan kebebasan Chandran.
Nantha berkata terdapat kecuaian disebabkan kegagalan polis menghantar Chandran untuk mendapatkan rawatan.
Tambahan pula, beliau berkata pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap mana-mana anggota polis bagi kematian Chandran. Kematian itu turut dilaporkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.

Orang Asli Ledang dakwa k'jaan Johor ganggu tanah adat

Kira-kira 600 Orang Asli dari Kampung Sungai Air Tawas dan Tanah Gembur, Ledang hari ini menfailkan saman terhadap empat pihak termasuk kerajaan negeri Johor atas dakwaan mengganggu dengan mengorek longkang dan membina pagar di atas tanah mereka sejak November lalu.
Mereka yang diwakili Pengerusi Bersama Jawatankuasa Bertindak Orang Asli Ledang iaitu Jengkeng Jani, 69, dan Mengkek Achai, 56, memfailkan saman itu di kaunter pendaftar Mahkamah Tinggi (Sivil) di Johor Bahru melalui Tetuan Kamal Hisham & Associates.
Mereka menamakan kontraktor, Zila Maju Enterprise; Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Malaysia sebagai defenden pertama hingga keempat.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, mereka memohon pengisytiharan bahawa mereka mempunyai hak milik Adat Asli dan tuan punya kepada tanah yang mereka diami itu.
Mereka juga memohon perintah menghalang mana-mana pihak memasuki atau melakukan sebarang kerja di atas tanah berkenaan.

Siasatan SPRM tiada kaitan dengan saya, kata Idris Haron

Ketua menteri Melaka itu menegaskan kunjungan SPRM bagi mendapatkan bantuan terhadap kes melibatkan beberapa pegawai kerajaan negeri.
idris-haronMELAKA: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron menjelaskan beliau hanya membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa pegawai kerajaan negeri dan siasatan itu tiada kaitan dengan dirinya.
Beliau berkata bantuan yang diberi adalah berdasarkan bidang kuasanya selaku ketua menteri.
“(Anggota SPRM) datang sempurnakan siasatan beberapa kes yang berlaku sebulan setengah lalu.
“Takkan siasat saya, kalau siasat saya lain macam (cara) dia (anggota SPRM) datang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Ketua Menteri 2017 dan pelancaran Pusat Komersil Hang Tuah Melaka di Ayer Keroh, di sini hari ini.
Idris mengulas laporan akhbar hari ini mengenai kehadiran anggota SPRM di pejabatnya semalam bagi merakam kenyataan berhubung siasatan terhadap pegawai yang ada kaitan dengan Pejabat Ketua Menteri.
Mengulas lanjut, Idris berkata beliau sentiasa terbuka dan sedia memberi kerjasama penuh dalam apa juga siasatan yang dilakukan pihak berkuasa demi meningkatkan integriti kerajaan negeri.
“Ini integriti kita. Mana-mana pegawai yang mengamalkan rasuah di negeri Melaka ini tidak ada tempat dan akan rasa panas,” katanya.

'Ikut apa PM cakap, bukan apa dibuat'

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyindir ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri yang mengingatkan penjawat awam supaya tidak mengambil hak rakyat.
"Saya percaya pesanan dan nasihat PM Najib agar pegawai kerajaan jangan ambil hak rakyat menunjukan beliau sekadar mahu menunjukan kepada rakyat yang pegawai-pegawai kerajaanlah yang menjadi punca segala masalah gejala rasuah dan ketirisan perbelanjaan wang negara.
"Pegawai kerajaan jangan ambil hak rakyat dan jangan amalkan rasuah walaupun PM boleh terima kalau rakyat sudi derma," sindir Mahfuz yang mengaitkan ucapan itu dengan skandal 1MDB.
Semalam, Najib dilaporkan berkata, beberapa siri pendakwaan terhadap penjawat awam menjadi peringatan kepada pihak dalam kerajaan supaya tidak mengambil hak rakyat
Jelas Najib, kes-kes sedemikian yang ditangani Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) boleh mengurangkan keyakinan awam kepada kerajaan.
“Apa yang SPRM lakukan beberapa hari ini mengingatkan kita berkaitan pembaziran, berkaitan ambil hak rakyat.
“Jangan ambil hak rakyat. Ia milik mereka. Ingat bila kita laksanakan program-program kita, ia untuk rakyat.
“Jadi apabila ada pembaziran, orang ramai akan kecewa dan hilang keyakinan pada kamu,” kata Najib lagi.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, para pegawai kerajaan dan rakyat sedar yang hanya segelintir sahaja penjawat awam terlibat dalam pengambilan rasuah.
"Tetapi mereka juga mempersoalkan kenapa kes berprofil tinggi yang membabitkan kepentingan individu kuasa politik tiada sebarang tindakan.

Kukuhkan ringgit buntu, BNM perlu kaji tambat ringgit

Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia (BNM) perlu memikirkan langkah proaktif seperti menambat ringgit seperti dilaksanakan ketika negara berhadapan dengan krisis kewangan pada 1998.
ringgitBekas Timbalan Pengarah BNM, Dr Rosli Yaakob berkata, kejatuhan nilai ringgit paras terendah sejak krisis kewangan Asia menunjukkan langkah mewajibkan pengeksport tempatan menukar 75 peratus hasil eksport kepada ringgit gagal memberi kesan diharapkan.
Katanya faktor dalam negara khususnya skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB) memburukkan lagi persepsi pelabur terhadap keyakinan ringgit.
“Nilai ringgit terus merosot menunjukkan langkah diambil tidak atau belum menunjukkan kesan positif dan ini ditambah faktor negatif lain yang memberi kesan besar kepada ringgit termasuk skandal 1MDB yang belum diselesaikan,” kata Dr Rosli ketika dihubungi SelangorKini di sini hari ini.
Katanya, petunjuk baru ini juga sekaligus menjadi petanda awal bahawa tidak mustahil nilai ringgit terus meleset ke paras RM5 bagi satu dolar AS sekiranya Kerajaan Persekutuan gagal mengambil langkah lebih konkrit.
“Kebarangkalian mencecah RM5 memang ada sekiranya BNM tidak mengambil langkah sewajarnya tetapi bila masa akan berlaku tak dapat dijangkakan adakah lagi enam bulan atau setahun,” katanya.

Skandal 1MDB: Pulau Pinang masih beku transaksi tanah 1MDB, kata Guan Eng

Pulau Pinang akan terus tindakan itu sehingga Putrajaya menyelesaikan skandal melibatkan 1MDB yang menjejaskan negara dengan teruk, kata ketua menteri.
guangeng-1mdbGEORGE TOWN: Semua urus niaga tanah berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Pulau Pinang masih dibekukan, kata Lim Guan Eng sambil menambah selagi Pakatan Harapan kekal berkuasa, ia tidak akan berubah.
Ketua menteri berkata pembekuan itu perlu bagi mendapatkan jawapan terhadap skandal melibatkan Putrajaya dan firma pelaburan negara, 1MDB.
“1MDB perlu memberikan penjelasan penuh terhadap skandal tersebut. Selagi ia tidak dibersihkan, semua urus niaga melibatkan tanah di Pulau Pinang masih beku,” katanya kepada pemberita di Komtar hari ini.
The New Straits Times melaporkan 1MDB dalam proses penyelesaian di mana asetnya akan dipindahkan kepada 2 syarikat dimiliki Kementerian Kewangan beberapa bulan akan.
Aset 1MDB termasuk sekeping seluas 94.7 hektar di Air Hitam, Pulau Pinang dan beberapa bidang lain di Kuala Lumpur.
Dilaporkan 1MDB membeli tanah di Pulau Pinang tahun lalu pada harga RM1.38 bilion bagi projek perumahan yang diumumkan menjelang pilihan raya umum 2013.
Kerajaan Pulau Pinang pertama kali mengumumkan akan membekukan semua transaksi tanah melibatkan 1MDB pada 2015 apabila hutang syarikat itu didedahkan.
Pada Julai 2015, Lim berkata di bawah Seksyen 320 Kanun Tanah Negara, kaveat Pendaftar boleh dikemukakan kepada mana-mana tanah jika perlu.
Kerajaan Pulau Pinang mempersoalkan pemilikan tanah 1MDB di Air Itam, berikutan laporan carian tanah pada Mei 2015 mendedahkan 1MDB hanya memiliki 85.7% daripada tanah manakala selebihnya masih milik minoriti.

'Rakyat benci rasuah kadangkala hanya retorik' - SPRM

Rakyat Malaysia berkata mereka benci rasuah tetapi perbuatan mereka menunjukkan sebaliknya, kata seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Abdul Samat Kasah berkata, terdapat kebimbangan orang ramai tidak membenci individu yang melakukan rasuah.
Bercakap di saluran radio atas talian SPRM, Abdul Samat berkata hadirin sebuah seminar memberitahu kepadanya bahawa mereka akan cuba merasuah untuk melepaskan diri daripada kesalahan lalu lintas.
"Kadang-kadang mereka benci rasuah hanya retorik semata. Bila teruji dengan rasuah mereka sendiri terperangkap dengan rasuah," katanya kepada SPRM FM.
Selain itu, beliau turut melahirkan kebimbangan bahawa rakyat Malaysia menjadi seperti rakyat FilipinaPRMS yang memilih Imelda Marcos di kongres negara itu sebanyak dua kali selepas kembali dari buangan.
Marcos terkenal dengan gaya hidup mewah ketika menjadi wanita pertama Filipina pada 1965 hingga 1986.
"Yang itu kita takut apabila masyarakat kita beretorik kata membenci rasuah tapi tak benci perasuah," katanya.
Selain itu, Abdul Samat berkata, rakyat Malaysia juga mempunyai kecenderungan untuk percaya bahawa hanya orang yang mereka benci akan melakukan rasuah.

Cabar PRU13: Derma orang ramai selamatkan imam dari muflis

Bekas ahli PAS Za'aba Ibrahim terselamat daripada diisytihar muflis selepas orang ramai menghulurkan dana berjumlah lebih RM54,000 bagi membayar kos guamannya selepas beliau gagal dalam petisyen mencabar keputusan pilihan raya umum ke-13.
"Saya gembira, saya bersyukur," kata Za'aba ringkas tetapi riang ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Beliau diarahkan membayar RM50,000 sebagai kos guaman apabila mahkamah persekutuan menolak rayuannya untuk membatalkan keputusan bagi kerusi Pulai.
Pertandingan tersebut dimenangi oleh calon BN Datuk Nur Jazlan Mohamed, yang menewaskan calon PAS Salahuddin Ayub.
Pada masa itu, PAS bersetuju untuk membantu Za'aba dengan kos guaman selepas namanya digunakan parti berkenaan.
Walau bagaimanapun, PAS membiarkannya keseorangan apabila Za'aba mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu dan menyertai AMANAH.
Parti serpihan PAS itu kemudian membantunya mengutip derma dan setakat petang ini, mereka berjaya mengumpulkan RM54,431.76 pada petang ini.

1MDB pertahan tajaan haji

Ia merupakan respon pertama syarikat itu selepas dakwaan ibadat haji yang dibiaya wang 1MDB tidak boleh dianggap 'mabrur' kerana ia wang yang 'dicuri'.
PETALING JAYA: 1MDB hari ini mempertahankan skim penajaannya untuk rakyat Malaysia menunaikan haji, sambil menyerang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir kerana berbohong mengenai syarikat milik negara itu.
“Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi berbohong mengenai 1MDB, kali ini berhubung tajaan program khas haji Yayasan 1MDB.
“1MDB mempunyai operasi perniagaan yang sah, sebelum ini dalam jana tenaga dan mutakhir ini, pembangunan hartanah.
“Dana daripada operasi perniagaan itu disumbangkan kepada Yayasan 1MDB, yang menggunakan dana seperti itu untuk menaja program khas haji,” kata 1MDB dalam kenyataan.
Ia merupakan respon pertama syarikat itu selepas Dr Mahathir mendakwa ibadat haji yang dibiaya wang 1MDB tidak boleh dianggap “mabrur” kerana ia wang yang “dicuri”.
Menurut 1MDB, selain program khas haji, yayasan itu turut menaja geran dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG); geran akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Pusat Sri Murugan dan pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), penuntut Jabatan Perkhidmatan Awam, dana belia 1Malaysia dan dana Klinik Bergerak 1Malaysia.
“Sejak ditubuhkan pada 2010, Yayasan 1MDB menaja RM690 juta usaha murni di seluruh negara, melaksanakan 60 projek pendidikan, rawatan kesihatan, pembangunan belia dan khidmat masyarakat, yang memberi impak kepada kehidupan 2.8 juta rakyat.”

AMANAH tidak pernah tolak, tetapi RUU355 perlu dibahas di Parlimen terlebih dahulu

KUALA LUMPUR: Parti AMANAH tidak pernah menolak atau menentang usaha-usaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah di negara ini, malah untuk itu AMANAH telah memberikan pandangan dan cadangan pindaan yang konstruktif berkaitan usul persendirian RUU355 yang ingin dibawa oleh Ahli Parlimen Marang.
Demikian ditegaskan oleh Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan kepada Amanahdaily.
Katanya, satu usul yang mengandungi cadangan-cadangan bagi mencapai maksud memperkasa peranan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah telahpun dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud pada sesi belanjawan tahun lepas.
“Kandungan dan maksud usul tersebut adalah jelas dan nyata,” ujar beliau.
Salahuddin berkata, pendirian serta cadangan AMANAH berhubung usul RUU355 akan diberikan di Parlimen apabila usul ini diterima untuk dibahaskan pada mana-mana sesi parlimen akan datang.
AMANAH tegasnya, berpandangan Parlimen adalah pentas yang paling sesuai untuk usul ini dibentang dan dibahaskan.
Terdahulu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengumumkan bahawa parti Islam itu bakal menganjurkan Himpunan 355 pada 18 Februari ini sebagai solidariti sokongan terhadap usaha pindaan tersebut.
Selain itu, Pas juga mengesahkan akan menghantar undangan khas kepada semua parti politik termasuk Amanah dan DAP bagi mengajak pihak berkenaan turut sama menyertai himpunan itu.

Lebih tepat Pas perjelas RUU 355 kepada MP bukan Islam dan MP Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR: Pas seharusnya terlebih dahulu memberi penjelasan mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) kepada ahli parlimen bukan Islam dan ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak bagi meyakinkan mereka.
Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Dr Siti Mariah Mahmud berkata, ini kerana ahli parlimen yang akan mengambil bahagian dalam undi belah bahagi apabila RUU355 dibentangkan di parlimen, bukan 300, 000 peserta yang hadir ke perhimpunan anjuran Pas itu.
Justeru katanya, parlimen ialah tempat paling sesuai untuk membahaskan RUU355.
“Ahli parlimen bukan Islam dan ahli parlimen Islam dari Sabah dan Sarawak perlu dijelaskan mengenai RUU355.
“Ahli parlimen yang akan mengambil bahagian dalam undi belah bahagi bila dibentangkan di parlimen nanti, bukan 300,000 peserta himpunan nanti,” katanya kepada Malaysia Dateline.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Pas menganjurkan perhimpunan besar-besaran yang dinamakan Perhimpunan Akta 355 di Dataran Merdeka pada 18 Februari depan.
Ia bagi memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya umat Islam tentang Akta 355.
Pas menyasarkan kehadiran 300,000 orang dalam acara lapan jam bermula 3 petang yang disokong beberapa NGO Islam itu.
Menurut Siti Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja, Pas seharusnya memberi penjelasan dari dahulu lagi kepada pihak-pihak yang menentang seperti MCA, Gerakan, dan NGO-NGO lain.
“Bagi saya himpunan ini hanya gimik politik Pas. Sepatutnya penjelasan dan dialog dibuat dengan pihak-pihak yang menentang RUU355 seperti MCA, Gerakan dan NGO-NGO lain,” katanya.
RUU355 akan dibincangkan dalam sesi parlimen depan setelah mendapat laluan daripada kerajaan di parlimen.

Mahkamah: Pengundi tak berhak dapat maklumat persempadanan semula

Mahkamah menolak rayuan aktvitis Haris Fathillah kerana tidak mempunyai merit dan mencabar fungsi dan tugas SPR seperti diperuntukkan Perlembagaan.
harisPUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan pengundi tidak berhak mendapatkan maklumat tentang syor mengenai cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya, selain apa yang diberi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Hakim Datuk Zamani A. Rahim, yang menyampaikan keputusan sebulat suara panel 3 anggota mahkamah itu, berkata tugas dan tanggungjawab SPR dinyatakan secara khusus dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pilihan Raya 1958.
Tidak disebut langsung dalam Perlembagan Persekutuan, Akta Pilihan Raya 1958, atau mana-mana peruntukan berkanun lain SPR perlu memberi lebih daripada apa yang ditetapkan.
Justeru, panel berkenaan, yang dipengerusikan Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, menolak rayuan aktivis Haris Fathillah Mohd Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengetepikan permohonannya bagi mendapatkan maklumat daripada SPR mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Ahmadi Asnawi.
“Saman pemula perayu (Haris), jelas tidak mempunyai merit dan permohonan itu sepatutnya ditolak sejak mula lagi kerana tindakan berkenaan adalah untuk mencabar fungsi dan tugas responden (SPR) seperti diperuntukkan Perlembagaan,” kata Zamani.
Beliau berkata tindakan Haris jelas sekali untuk mendapatkan “clocked declaration”, iaitu perisytiharan bagi tujuan kolateral atau dengan motif yang tidak wajar.
Zamani juga memutuskan Haris tidak menyatakan dalam saman pemulanya bagaimana keputusan SPR itu menjejaskan haknya.
Beliau berkata Haris tidak mengenal pasti kontroversi yang wujud antaranya dan SPR serta sama ada haknya di sisi Perlembagaan dipinggirkan.
“Perayu (Haris) perlu menunjukkan beliau mempunyai locus standi atau kedudukan atau kepentingan ketara untuk mendapatkan perisytiharan itu,” katanya dan menjelaskan Haris hanya menyatakan dalam saman pemulanya beliau adalah seorang pemilih berdaftar bagi kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan dan kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Gasing.

'Nak jadi pembangkang senang' - Mukhriz

Tun M dulu bantu orang yang kutuknya sekarang

RUU 355: Pas perlukan sokongan Umno

Pembangkang bermasalah jika terus bersama Mahathir kata Mohd Amar

"Jika nyah senarai, FGV bakal rugi RM7.8b," dakwa Rafizi

Fitnah: MP Kuala Terengganu tuntut MyNewsHub mohon maaf

JDT tanda aras baru bola sepak negara bukan gol Faiz, TMJ bidas FAM

Pencapaian Faiz Subri amat istimewa dan luar biasa, kata Guan Eng

Gaji Pemain: "Kalau saya dilantik hari ini, semalam saya akan bayar" kata Jamal dengan angkuh

Rasuah: "Saya guna #burungkecil kerana...," kata Abdul Samat

Rasuah: "Banyak isu 'half truth' di media sosial," kata Abdul Samad

MARA jual aset di Australia, lupuskan hutang luar negara - Annuar

Jamal yakin Selangor setaraf JDT jika dilantik Presiden FAS

Aksi Jamal berwajah 'merah kuning' serah surat tawar diri sebagai Presiden FAS

Golongan perasuah tidak akan terlepas, bos SPRM beri amaran

Rafizi: MRT Singapura terlalu bermasalah untuk perbandingan

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata beliau tidak membandingkan projek MRT negara ini dengan Singapura kerana projek di republik itu bermasalah.
"Saya tidak mengunakan MRT Singapura kerana kos melimpah dua kali, dan projek itu bermasalah," kata Rafizi pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau juga berkata pengkritik akan menggunakan alasan kos tanah di Singapura yang tinggi sekiranya beliau membuat perbandingan antara kedua-dua projek MRT itu.
Rafizi mengulas laporan Malaysiakini berhubung hujahnya bahawa projek MRT itu terlebih mahal pada harga AS$103 juta bagi setiap kilometer.
Semakan Malaysiakini mendapati Rafizi memilih dua projek kereta api yang paling murah - Seoul Line 9 dan Barcelona Sants-La Sagrerato - untuk dibandingkan dengan laluan Sungai Buloh-Kajang itu (SBK), walaupun senarai projek mempunyai sekurang-kurangnya 25 contoh lain.
MRT Thomson Singapura adalah projek paling mahal dalam senarai itu, iaitu AS$600 juta bagi setiap kilometer.
Rafizi mempertahankan keputusannya untuk membandingkan landasan SBK dengan projek di Korea dan Sepanyol.

Jika nyahsenarai, FGV bakal rugi RM7.8b

Rancangan menyahsenaraikan Felda Global Ventures Berhad (FGV) akan memberi implikasi kerugian RM7.8 bilion, dakwa Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Kata beliau, kerugian tersebut berpunca daripada bayaran pembelian semula saham dari pemegang saham semasa sebanyak RM2.9 bilion; RM2 bilion wang rakyat yang hilang ekoran kejatuhan harga saham FGV dan perbelanjaan FGV dalam bayaran balik pinjaman dan perbelanjaan lain.
"Jadi, Felda berada dalam keadaan penyah senaraian sebagai tidak baik, dan tidak menyah senaraikan juga tidak bagus," kata Rafizi pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Pengerusi Felda yang baru dilantik, Tan Sri Shahrir Samad berkata, pihak sedang mempertimbangkan kemungkinan FGV dinyahsenaraikan daripada Bursa Malaysia.
FGV disenaraikan di bursa tempatan pada tahun 2012 dengan tawaran awal awam (IPO) pada harga RM4.55 sesaham yang mendapat liputan meluas setelah dikatakan sebagai penyenaraian kedua terbesar dunia selepas Facebook.
Antara pembeli saham utama FGV selain Felda ialah dana awam Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jamal tawar diri pimpin bola sepak Selangor

Beliau juga memberi jaminan akan menyelesaikan segala tunggakan gaji pemain dan pegawai selepas 14 hari dilantik menjadi presiden.
KELANA JAYA: Dengan muka bercat merah kuning, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini tiba di pejabat Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), sambil berikrar akan membawa pasukan bola sepak Selangor ke tahap lebih tinggi.
Satu syarat: Jamal perlu dilantik menjadi presiden FAS bagi menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meletak jawatan bulan lalu.
“Hari ini saya menyerahkan surat kepada FAS untuk menawarkan diri menjadi presiden FAS. Hasrat dan tujuan saya hadir untuk menawarkan diri membantu kelab bola sepak Selangor ke arah lebih maju setanding dengan kelab lain.
“Kalau nak disebutkan kelab JDT ini lebih maju ke depan, sekurang-kurangnya kami mampu bersaing dengan mereka,” katanya kepada wartawan, merujuk kelab Johor Darul Takzim.
Jamal pada masa sama turut berjanji akan menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain dan pegawai selepas 14 hari dilantik menjadi presiden.
“Saya memberi jaminan dalam masa 14 hari setelah perbincangan diadakan dan saya dilantik, kita akan selesaikan semua permasalahan ini. Soal dana saya letak nombor dua.
“Masalah duit kalau kita letakkan di depan berapa banyak sekalipun wang kalau pengurusan tidak bagus ia tidak akan mendapatkan hasil yang baik.

Mohd Amar: Sukar kerjasama sebab Tun M

Mohd Amar Nik Abdullah KOTA BHARU - Sikap  Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamed yang tidak pernah berubah akan menyukarkan lagi kerjasama antara pembangkang secara keseluruhan.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pakatan pembangkang akan menghadapi kesukaran jika terus bekerjasama dengan Mahathir.
“Kalau nak bersatu dia kena ubah. Mahathir kena ingat dia bukan lagi perdana menteri atau presiden Umno, kita juga tekad tidak masuk Pakatan Harapan.
“Mahathir dahulu lagi merasakan dia sentiasa betul, banyak ilmu dan setaraf ulama. Tindakannya melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap ulama termasuk mufti menunjukkan sikapnyatidak pernah berubah,” katanya kepada media.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Perdagangan Kredit Karbon dalam hutan simpan kekal antara kerajaan negeri dengan Syarikat Climate Protector Sdn Bhd di sini, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Mahathir yang menolak pandangan pelbagai pihak termasuk mufti yang tidak bersetuju dengan kenyataan yang menyifatkan ibadah haji melalui Program Khas Haji Perdana Menteri Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mendapat haji mabrur.
Mengulas lanjut, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar bagaimanapun, menyerahkan kepada rakyat menilai tingkah laku Mahathir yang sering melemparkan tuduhan yang tidak berasas.
“Itulah Mahathir, dia bercakap semua perkara walaupun dia tidak faham. Dia yang dahulu dan sekarang sama sahaja,” katanya.

Najib harus mulakan amalan tidak ambil hak orang

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik jika mahukan pegawai-pegawai kerajaan bersikap telus dan amanah serta tidak menyalahgunakan dana awam.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Najib mesti menerangkan hal sebenar kepada rakyat berhubung wang ‘derma’ berjumlah RM2.6 bilion dan RM42 juta dari syarikat SRC International yang masuk ke akaun peribadinya.
“Jika tidak, ucapan Najib mengenai pegawai kerajaan tidak boleh mengambil hak rakyat hanyalah satu tindakan hipokrit,” katanya dalam satu kenyataan.
Najib ketika bercakap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam berkata, siri pendakwaan terhadap penjawat awam menjadi peringatan kepada pihak dalam kerajaan supaya tidak mengambil hak rakyat.
Beliau berkata kes-kes sebegitu, yang ditangani Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), boleh mengurangkan keyakinan awam kepada kerajaan.
“Apa yang SPRM lakukan beberapa hari ini mengingatkan kita berkaitan pembaziran, berkaitan ambil hak rakyat.
“Jangan ambil hak rakyat. Ia milik mereka. Ingat bila kita laksanakan program-program kita, ia untuk rakyat.
“Jadi apabila ada pembaziran, orang ramai akan kecewa dan hilang keyakinan pada kamu,” kata Najib.

SPRM serbu, rampas dokumen dari pejabat KM Melaka

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor merampas dokumen-dokumen daripada Pejabat Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dalam lawatan mengejut semalam.
Ketua menteri juga disoal siasat dalam serbuan empat jam semalam, lapor New Straits Times.

Badan antirasuah itu membawa pulang “beberapa kotak” bukti bagi membantu siasatan terhadap penjawat awam yang “mempunyai kaitan dengan pejabat ketua menteri,” menurutnya lagi.

Akaun bank penjawat awam berkaitan yang mempunyai wang bernilai jutaan ringgit turut dibekukan, lapor harian itu lagi.
Serbuan dijalankan olehh pasukan daripada ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Idris berkata SPRM hadir untuk melengkapkan siasatan terhadap penjawat-penjawat awam yang ditangkap di Melaka.

Serbuan itu dilakukan ketika siri tindakan terhadap pegawai-pegawai kerajaan, termasuk ketua setiausaha (KSU) di peringkat kementerian.

SPRM telah pun merampas RM5 juta dalam bentuk wang tunai dan jongkong emas dalam kes KSU itu, yang turut menyaksikan dua anaknya turut direman.
Sementara itu, pegawai daerah Johor Bahru Ahmad Ehwan Ahmad, 56, mengaku tidak bersalah menerima rasuah sebanyak RM150,000.

MP Amanah pertimbang saman Mynewshub jika tak minta maaf artikel fitnah

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah sedang mempertimbang tindakan undang-undang terhadap pemilik portal pro-Umno, Mynewshub yang menyiarkan artikel yang didakwa memfitnah beliau.
Beliau berkata, artikel bertajuk 'Wakil Rakyat PAN cuti mewah di UK Abai Mangsa Bah' bertarikh 7 Januari itu menuduhnya tidak mempedulikan nasib dan 'kelibat tidak kelihatan' semasa 'ribuan rakyat' dilanda banjir di kawasan Parlimen Kuala Terengganu.
"Artikel tersebut berniat jahat dengan memberi gambaran saya bercuti 'mewah' serta 'leka bersantai di Kota Raya London' semasa bah melanda Kuala Terengganu," katanya pada sidang media di Wisma Amanah Negara di ibu negara hari ini.
Artikel tersebut turut menyertai gambar menunjukkan Raja Bahrin bercuti dengan keluarganya di London.
Menurut Raja Bahrin, wartawan Mynewshub tidak pernah menghubungi beliau untuk mengesahkan berita dan gambar tersebut.
Beliau menjelaskan, gambar beliau sekeluarga adalah pada bulan Oktober tahun lalu sewaktu program Amanah berjumpa pelajar di beberapa kota Di United Kingdom bersama beberapa pimpinan Amanah lain.
"Mereka juga tidak memberi definisi apakah yang dimaksudkan dengan cuti mewah kerana saya menaiki pesawat komersial seperti rakyat biasa.
"Istilah leka dan mewah tidak tepat apabila saya berpindah kota setiap beberapa hari menaiki keretapi awam dan bukan jet mewah," katanya.
Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Pengerusi Biro Undang-undang Amanah (Kanun) Hanipa Maidin dan Naib Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin yang turut serta dalam program Amanah bersama pelajar di London Oktober lalu.
Raja Bahrin menambah, artikel itu jelas memfitnah kerana beliau turun padang memberi bantuan persekolah kepada pelajar miskin dan turun memberi bantuan kepada mangsa banjir pada Disember lalu.
Raja Bahrin turut menunjukkan gambar-gambar membuktikan beliau berada di Kuala Terengganu pada Disember lalu.

Hutang Mara: Jualan hartatanah MARA di Melbourne 'menguntungkan' sembang Pengerusi..!!

Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjaya mencatatkan keuntungan hasil jualan salah satu daripada empat asetnya di Melbourne, Australia.
Menurut pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa, bangunan yang dimiliki oleh cabang pelaburan agensi Mara Inc berjaya melupuskan aset itu pada harga lebih tinggi berbanding harga belian.
“Melupuskan aset dengan harga menguntungkan, harga lebih tinggi daripada harga beli.
“Kita membeli pada harga A$21 juta (dan) kita berjaya menjual pada harga A$23.4 juta,” katanya pada sidang media di ibu pejabat MARA di Kuala Lumpur hari ini.
Bangunan berkenaan terletak di 51 Queen Street, Melbourne.
Dengan jualan itu, Annuar berkata MARA Inc berjaya melupuskan semua hutangnya dengan dua bank di Australia.
Menurutnya, pinjaman daripada dua bank itu bersifat jangka pendek dan memberi tekanan kepada MARA Inc untuk melangsaikan hutang dalam tempoh yang ditetapkan.
Menurut Annuar, penjualan hartanah itu merupakan sebahagian daripada pelan rasionalisasi yang dilaksanakan MARA Inc setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
"Kelulusan tersebut diberikan atas dua syarat iaitu aset tersebut dilupuskan pada harga yang menguntungkan dan keuntungan daripada jualan mesti melangsaikan semua hutang dengan dua bank di Australia," katanya.
Beliau, semalam, mengumumkan bahawa MARA Inc telah menjual salah satu daripada empat hartanahnya di Melbourne.
Hartanah Mara Inc di Melbourne menjadi tajuk utama pada bulan Jun 2015 berikutan laporan sebuah akhbar Australia, The Age, yang mendakwa syarikat itu telah membeli blok pangsapuri lima tingkat, Dudley House, pada harga yang melambung.
Akhbar itu mendakwa "sekumpulan pegawai Malaysia yang sangat kaya" telah terlebih bayar AS$ 4.75 juta (RM13.8 juta) untuk membeli blok apartmen itu pada tahun 2013 - dan lebihannya disalurkan semula ke Malaysia sebagai sogokan untuk pegawai Malaysia.
Semua empat hartanah MARA Inc di Melbourne dilaporkan diperolehi antara 2012 dan 2013.
Annuar turut menegaskan penjualan hartanah tersebut tidak melibatkan sebarang kerugian malahan MARA Inc memperoleh keuntungan dari segi pertukaran mata wang asing selain harga jualan yang lebih tinggi.

Hutang Felda : Lantikan Shahrir bukan kerana masalah kewangan.......!!!

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim menyangkal dakwaan pelantikan Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana masalah kewangan yang dihadapi Felda di bawah kepimpinan Tan Sri Isa Samad.

Rafizi Dedahkan Salah Urus Felda
Beliau menjelaskan tempoh perkhidmatan Isa sebagai Pengerusi Felda tamat pada 31 Disember lepas dan beliau juga masih kekal sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).
"Tidak timbul ada dakwaan bahawa ia merupakan satu hukuman (terhadap Isa) atau pengakuan bahawa Felda menghadapi masalah kewangan di bawah pentadbiran Isa," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Razali berkata beliau yakin pengalaman luas Shahrir dalam pentadbiran kerajaan serta beberapa jawatan lain termasuk Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), akan dimanfaatkan sepanjang pelantikannya sebagai Pengerusi Felda.
Menurutnya beliau telah bertemu dengan Shahrir yang memberi banyak pandangan khususnya berkaitan soal kewangan dan pengauditan Felda serta pelaburan Felda.
Mengenai cadangan Shahrir untuk melaksanakan penstrukturan semula model perniagaan Felda, Razali berkata beliau menyokong penuh cadangan itu bagi memenuhi harapan para peneroka.
"Felda melakukan aktiviti yang bukan sahaja dalam sektor perladangan, tetapi juga soal pelaburan, pendidikan dan komuniti.
"Jadi sudah tentu perkara-perkara ini perlu dilaksanakan dengan lebih tersusun dan rapi, malah beliau memberi penekanan kepada soal perumahan generasi baharu Felda," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Shahrir  yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru sebagai Pengerusi Felda yang baharu pada Jumaat lepas.

Hutang Mara: Bangga dapat jual hartanah di Australia.....!!!

Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah menjual satu daripada empat hartanahnya di Australia bagi menjelaskan hutang pinjaman yang digunakan untuk membeli aset berkenaan.
Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata penjualan itu dilakukan secara tender terbuka dan diuruskan oleh firma antarabangsa.
Rafizi Dedah Salah Urus Hartanah Mara
"Dengan penjualan itu kita gunakan untuk bayar balik pinjaman kepada dua bank di Australia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Wacana Korporat: Gagasan Menjunjung Amanah Rakyat di sini, hari ini.
Bagaimanapun Annuar tidak menyatakan harga penjualan hartanah tersebut.
Isu pembelian hartanah oleh MARA timbul apabila akhbar Australia, The Age, melaporkan "sekumpulan pegawai Malaysia yang sangat kaya" membayar lebihan A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi membeli sebuah pangsapuri di Melbourne pada 2013.
Mereka termasuk seorang pegawai 'atasan' MARA, pegawai kanan dan bekas ahli politik, yang dikatakan menggunakan dana kerajaan bernilai jutaan ringgit untuk pembelian blok pangsapuri Dudley International House, dengan menawarkan hampir A$5 juta lebih tinggi daripada harga asalnya A$17.8 juta.

MP yang akan undi Akta 355 diparlimen, bukan 300 ribu peserta himpunan Pas


Dr Siti Mariah Mahmud pernah mempengerusikan jawatankuasa RUU355 yang ditubuhkan Amanah bagi mencadangkan langkah-langkah memperkasakan Mahkamah SyariahDr Siti Mariah Mahmud pernah mempengerusikan jawatankuasa RUU355 yang ditubuhkan Amanah bagi mencadangkan langkah-langkah memperkasakan Mahkamah Syariah
Pas seharusnya terlebih dahulu memberi penjelasan mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) kepada ahli parlimen bukan Islam dan ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak bagi meyakinkan mereka.
Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Dr Siti Mariah Mahmud berkata, ini kerana ahli parlimen yang akan mengambil bahagian dalam undi belah bahagi apabila RUU355 dibentangkan di parlimen, bukan 300, 000 peserta yang hadir ke perhimpunan anjuran Pas.
Justeru katanya, parlimen ialah tempat paling sesuai untuk membahaskan RUU355.
"Ahli parlimen bukan Islam dan ahli parlimen Islam dari Sabah dan Sarawak perlu dijelaskan mengenai RUU355.
"Ahli parlimen yang akan mengambil bahagian dalam undi belah bahagi bila dibentangkan di parlimen nanti, bukan 300,000 peserta himpunan nanti," katanya kepada Malaysia Dateline.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Pas menganjurkan perhimpunan besar-besaran yang dinamakan Perhimpunan Akta 355 di Dataran Merdeka pada 18 Februari depan.
Ia bagi memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya umat Islam tentang Akta 355.
Pas menyasarkan kehadiran 300,000 orang dalam acara lapan jam bermula 3 petang yang disokong beberapa NGO Islam itu.
Menurut Siti Mariah yang juga ahli parlimen Kota Raja, Pas seharusnya memberi penjelasan dari dahulu lagi kepada pihak-pihak yang menentang seperti MCA, Gerakan, dan NGO-NGO lain.
"Bagi saya himpunan ini hanya gimik politik Pas. Sepatutnya penjelasan dan dialog dibuat dengan pihak-pihak yang menentang RUU355 seperti MCA, Gerakan dan NGO-NGO lain," katanya.
RUU355 akan dibincangkan dalam sesi parlimen depan setelah mendapat laluan daripada kerajaan di parlimen.

Bolehkah Pakatan Harapan tewaskan BN tanpa Pas?

Penganalisis Politik, Md Shukri Shuib menyifatkan kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad yang mendakwa Pakatan Harapan mampu tumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang walaupun tanpa Pas sebagai ‘bermimpi di siang hari’.
Menurutnya, mungkin pada realitinya DAP di bawah Pakatan Harapan memang mendapat sokongan majoriti di bahagian bandar namun tidak di kawasan luar bandar.
“Di kawasan campuran dan luar bandar, parti tersebut memerlukan sokongan Pas untuk menang lebih-lebih lagi dengan 25 peratus undian penyokongnya.
Pilihanraya “Oleh itu, jika tiada Pas di dalam Pakatan Harapan sebelum ini, pastinya parti itu sukar untuk pihak pembangkang memenangi kerusi,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Sebelum ini, Khalid dilaporkan berkata kepada media tempatan bahawa Pakatan Harapan mampu menewaskan BN pada PRU14 walau tanpa Pas memandangkan Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mampu membawa undi yang mencukupi untuk mengalahkan BN.
Selain itu, beliau juga mendakwa bahawa perpecahan pemimpin Melayu merupakan sebab utama perpecahan undi.
“Dalam konteks kini menyaksikan survival untuk memilih sebuah kerajaan yang kukuh pada PRU14 nanti maka perpecahan pemimpin sendiri menjadi sebab utama perpecahan undi di kalangan orang melayu.

SKANDAL 1MDB: KE MANA NAJIB BERCUTI HUJUNG TAHUN INI?

Selepas Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura yang telah mengambil tindakan dan melakukan penyiasatan berhubung skandal 1MDB, kini Australia dilaporkan menjadi negara keempat yang turut mengambil langkah yang sama.

Menurut laporan The Australian, Polis Persekutuan Australia sedang menyiasat kemungkinan dana 1MDB yang diselewengkan itu mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana rakyat, pemastautin atau firma Australia serta sama ada ia melibatkan perlanggaran undang-undang di negara tersebut.

Apa yang menarik, laporan mengenai langkah Australia itu hanya muncul seminggu selepas Najib Razak dan keluarganya kembali daripada bercuti hujung tahun di negara tersebut.
Jika kita perhatikan, sejak terdedahnya skandal 1MDB dan beberapa negara kemudian diketahui mengambil tindakan berhubung kegiatan penipuan dan penggubahan wang haram berkaitan syarikat pelaburan itu, Najib didapati tidak lagi "berminat" pergi ke negara-negara tersebut.

Pakatan Harapan mahu anjur himpunan rakyat marah rasuah

Mohamad Sabu
Pakatan Harapan bercadang menganjurkan perhimpunan mega bagi menunjukkan kemarahan rakyat terhadap skandal rasuah yang semakin berleluasa di negara ini.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berkata, perhimpunan itu akan diadakan sebelum pilihan raya umum ke-14 di seluruh negara dan Kuala Lumpur untuk rakyat berkumpul bagi menyatakan bantahan terhadap rasuah, lapor Sinar Harian.
Menurutnya, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah menghubunginya sebelum ini bagi menyatakan hasrat sama mengadakan perhimpunan itu dan berharap seluruh lapisan masyarakat turut menyertainya apabila tarikh perhimpunan itu ditentukan kelak.
"Perhimpunan ini diadakan kerana rakyat semakin marah dengan isu rasuah yang dilihat seperti tidak dapat dibendung lagi.
"Bukan sahaja diperingkat bawahan sahaja berlaku rasuah ini malah sekarang kita boleh dengar banyak pegawai di peringkat tertinggi ditangkap dengan hasil wang sogokan yang tidak masuk akal," katanya ketika menyampaikan ceramah pada perhimpunan solidariti bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tapak Ekspo Seberang Jaya, malam tadi.
Turut hadir dalam perhimpunan tersebut ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan kepimpinan Pakatan Harapan lain.
Sementara itu, Mohamad Sabu mendakwa, masalah rasuah dilihat akan terus berlaku sekiranya seorang individu yang berkait dengan skandal RM2.6 billion tidak ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ada kalanya bisnes lebih penting daripada sentimen kebangsaan sembang Salleh

Realiti ekonomi dunia memerlu keputusan sukar seperti itu dibuat.
salleh
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata sentimen dan kebanggaan nasional tidak harus mengganggu dalam membuat keputusan bisnes.
Dalam catatan di blognya malam ini, Salleh berkata: “Ini realiti dunia bisnes hari ini… Kadang kala keputusan yang sukar perlu dibuat agar bisnes kekal berdaya maju”.
Beliau memberikan contoh statistik jualan kereta di United Kingdom tahun lalu yang mencapai rekod 2.7 juta.
“Ini adalah tahun terbaik bagi industri motor UK, Mini menyaksikan peningkatan jualan 8.5%, Land Rover 19.47% dan Jaguar 45.37%.
“Ironinya semua jenama British ini kini milik asing… Ini realiti dunia bisnes hari ini,” kata beliau.
Malahan, kata beliau, Volvo mencapai prestasi lebih baik sejak China mengambil alih syarikat itu ketika sebelumnya ia hampir-hampir ditutup.

Faiz Subri juara Puskas 2016, catat sejarah bolasepak negara


Faiz Subri menerima anugerah Puskas 2016 dari Ronaldo.Faiz Subri menerima anugerah Puskas 2016 dari Ronaldo.

Bolasepak Malaysia mencatatkan sejarah di arena antarabangsa malam tadi apabila Faiz Subri dinobatkan sebagai penerima Anugerah Puskas Fifa 2016 malam tadi di Zurich.
Sepakan pemain Pulau Pinang itu diundi sebagai jaringan terbaik dunia yang dihasilkan sepanjang tahun 2016 di arena bola sepak antarabangsa.
Faiz menerima anugerah Puskas 2016 di depan tetamu dari seluruh dunia.Faiz menerima anugerah Puskas 2016 di depan tetamu dari seluruh dunia.Kemenangan pemain berusia 30 tahun itu diumumkan oleh legenda bola sepak Brazil, Ronaldo dalam majlis gilang gemilang tepat jam 2.37 pagi Selasa 10 Januari 2017.
Faiz menewaskan dua pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan wakil tunggal wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela.
Sebaik saja namanya diumumkan sebagai pemenang, Faiz memeluk Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah yang turut menemaninya ke anugerah tersebut.
"Sejujurnya tidak terlintas di fikiran saya untuk berada pada tahap ini bersama bintang-bintang bola sepak bertaraf dunia di pentas yang luar biasa.
"Di sini saya ucapkan terima kasih kepada pengurusan pasukan Pulau Pinang, semua jurulatih, rakan-rakan sepasukan dan keluarga," kata Faiz yang membacakan ucapan dalam bahasa Inggeris melalui telefon pintarnya.
Berdasarkan undian, Faiz menerima sebanyak 59.46 peratus berbanding Marlone (22.86 peratus), Daniuska Rodriguez (10.01 peratus) dan lain-lain (7.68 peratus).
Undi ini dicampur dari pusingan pertama dan kedua.
Ketiga-tiga mereka terpilih ke pusingan kedua dari 10 pemain yang dicalonkan dari seluruh dunia termasuk pemain Argentina, Lionel Messi dan Neymar dari Brazil.
Jaringan itu dilakukan ketika membantu pasukannya, Pulau Pinang mencatat kemenangan 4-1 ke atas Pahang dalam saingan Liga Super.
Video jaringan yang dimuat naik oleh FifaTV di laman YouTube pada 21 November lepas telah ditonton lebih dua juta pelayar dari seluruh dunia.

RAI KEJAYAAN
Kejayaan Faiz disambut di seluruh negara khasnya di kampung halaman beliau, Pida 6, Jerlun, Kedah.
Kejayaan Faiz Subri diraikan di Pida 6, kampung beliau, bersama keluarganya. Turut serta Datuk Mahfuz dan Dr Ismail. Gambar FB Dr Ismail Salleh.Kejayaan Faiz Subri diraikan di Pida 6, kampung beliau, bersama keluarganya. Turut serta Datuk Mahfuz dan Dr Ismail. Gambar FB Dr Ismail Salleh.
Orang kampung menonton siaran langsung anugerah yang diterima Faiz melalui layar beaar yang dipasang. Gambar FB Dr Ismail Salleh.Orang kampung menonton siaran langsung anugerah yang diterima Faiz melalui layar beaar yang dipasang. Gambar FB Dr Ismail Salleh.
Penduduk kampung dan keluarga beliau menonton secara langsung anugerah itu.
Turut serta adalah Pengerusi Amanah Kedah, Dr Ismail Salleh dan ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

ANUGERAH PUSKAS FIFA 2016- MOHD FAIZ SUBRI LAKAR SEJARAH