Isnin, 9 Januari 2017

Ku Nan nafi ada kerjasama Umno-Amanah mahu jatuhkan PAS di Kelantan

Annuar akui jawatan Pengerusi MARA tiada kuasa tentukan projek tender

"Selepas 22 tahun memerintah, Tun M gagal bela Melayu," kata Annuar

"Siapa berani kata kemiskinan beres zaman Anwar," soal Annuar Musa

NSTP mohon maaf sebar fitnah terhadap Anwar

anwar-nstPeguam mewakili The New Straits Times Press (NSTP), Ranjit Singh Dhillon memohon maaf daripada Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana menyebarkan fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN itu.
Rundingan antara Anwar dan kesemua defendan iaitu NSTP, Ranjit dan dua individu lain selesai pada hari pertama perbicaraan kes saman fitnah itu, hari ini.

NST pula mengakui artikel itu tidak berasas, sedia menyiarkan permohonan maaf Ranjit serta akan membayar RM60,000 kepada Anwar.
Selain itu, defendan-defendan juga memohon maaf kepada mendiang pemimpin DAP Karpal Singh yang didakwa menerima RM50 juta daripada Anwar untuk mempengaruhi hakim-hakim.
Pernyataan maaf Ranjit akan dikeluarkan tidak lama lagi.
SelangorKini difahamkan Anwar dibawa kembali ke Penjara Seberang Perai, Jawi untuk bermalam di sana sebelum dibawa pulang ke Penjara Sungai Buloh, pagi esok.
Sebelum ini, Anwar memfailkan saman fitnah RM70 juta terhadap New Straits Times (NST) dan tiga individu itu berhubung artikel yang didakwa menggambarkannya terlibat dalam pengubahan wang haram.
sokong-anwarAnwar memfailkan tuntutan itu berdasarkan satu artikel bertajuk “Declare your assets, if you have nothing to hide” yang disiarkan pada 6 Ogos 2013 menerusi akhbar NST edisi cetakan.
Terdahulu, bekas Ketua Pembangkang itu memohon perintah mahkamah supaya defendan menyiarkan permohonan maaf dan menarik balik dakwaan dibuat selain memohon ganti rugi yang dirasakan sesuai oleh mahkamah.
Sementara itu, ratusan penyokong hadir di perkarangan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sejak awal pagi sebagai sokongan kepada Anwar.

Anwar rindu 'nasi kandar dan pasembor'

Walaupun masa yang singkat di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat bermesra bersama penyokongnya di galeri awam.
"Saya rindukan Pulau Pinang terutama nasi kandar dan pasembor," katanya kepada orang ramai yang berkumpul di Bilik Mahkamah 4.
Isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak perempuannya Nurul Izzah turut hadir di mahkamah.
Wartawan diberi amaran agar tidak bertanya soalan selain kes mahkamah, tetapi Anwar menjawab "Teruskan, tanya. Tak ada undang-undang mengenai bertanya soalan,".
"Namun saya tak dapat jamin apa yang berlaku pada kamu kemudian lepas tanya soalan," katanya secara berseloroh.
Anwar tetap kelihatan bersemangat dengan memakai sut hitam dan kemeja putih tetapi kelihatan kurus.
"Lihat berapa banyak berat badan saya telah hilang," katanya berseloroh sambil menunjuk ke arah perutnya.
'Agenda yang penting'
Ditanya mengenai kaji selidik baru-baru ini yang menunjukkan responden lebih memihak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, Anwar seolah-olah tidak merasa terganggu.

Mukhriz : Orang muda selesa dengan Bersatu

KUALA LUMPUR - Orang muda dilihat lebih selesa untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berbanding Umno/BN.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa, 45 peratus ahli parti tersebut adalah berumur 40 tahun ke bawah dan ia juga menunjukkan bahawa Bersatu lebih dimonopoli oleh golongan muda.
Orang muda selesa dengan Bersatu “Boleh saya katakan di sini bahawa Bersatu ini adalah parti orang muda kerana ramai golongan ini merasa selesa untuk bersama dengan parti ini.
“Malahan dalam perbincangan bersama orang-orang muda ini ramai di antara mereka yang mengakui bahawa tidak pernah terlintas di fikiran untuk menyertai Umno namun perasaan itu berbeza dengan Bersatu,” katanya ketika ditemui di Pejabat Bersatu, Bukit Damansara, hari ini.
Semalam, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), mengesahkan setakat ini sebanyak 41 peratus pendaftar parti Bersatu adalah terdiri daripada golongan anak muda dalam lingkungan had umur antara 18 hingga 35 tahun.
Catatan tersebut membuktikan Armada adalah merupakan tunjang terpenting dalam parti tersebut dalam mengetengahkan suara anak muda.
Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan mendapatkan undian anak muda ini dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) dalam menentukan kemenangan parti tersebut.
“Jika lihat beberapa PRU sebelum ini, undian anak muda adalah sebagai penentu kemenangan, sebab itulah, kehadiran ramai penyokong anak muda di dalam Bersatu dianggap sebagai satu kelebihan.
“Oleh sebab itu jugalah, Bersatu memberi banyak tumpuan dan usaha untuk penuhi cita rasa dan inspirasi anak muda ini,” katanya lagi.

HAK RAKYAT: NAJIB AKHIRNYA BERSUARA JUGA TAPI......

Najib Razak akhirnya tidak mampu lagi terus berdiam diri berhubung tangkapan demi tangkapan oleh SPRM sejak kebelakangan ini dengan mengingatkan penjawat awam agar tidak mengambil hak rakyat serta menjauhi gejala rasuah.

"Langkah yang diambil sehari dua ini oleh SPRM mengingatkan pada kita bahawa jangan ambil hak rakyat. Itu rakyat yang punya.

"Jangan ambil hak rakyat sebab kita buat peruntukan, program disediakan segala-galanya, bajet untuk rakyat. Kalau berlaku ketirisan, rakyat akan hampa dan hilang keyakinan," kata Perdana Menteri dalam perhimpunan bulanan JPM pagi tadi.

Hehehehe...macam-macam tafsiran kedengaran bila Najib berkata demikian. 

Daripada orang besar-besar hingga penyepak kertas di kaki lima, semuanya hanya mampu senyum-senyum sambil mencebikkan bibir saja mendengarnya.

Ada yang memberi dua kerat pantun, "Mengata dulang paku serpih, diri sendiri lagi lebih" sebagai respon kepada kata-kata Najib itu.

Ada pula yang mengatakan Najib "telah menepuk dulang air sehingga basah memercik ke mukanya sendiri" bila mengingatkan penjawat awam menjauhi rasuah dan jangan mengambil hak rakyat.

Siapa penjawat awam?
Bukankah anggota pentadbiran kerajaan yang terdiri daripada ahli kabinet juga merupakan mereka yang bertanggungjawab dan berperanan kepada orang awam?

Bahkan oleh kerana kuasa yang lebih besar yang ada pada anggota pentadbitan kerajaan seperti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri dalam  perkara-perkara tertentu yang melibatkan dasar, program dan tender-tender besar, keutamaan menjauhi rasuah dan tidak mengambil hak rakyat itu sebenarnya jauh lebih mustahak lagi bagi mereka.

Penjawat awam pula hanyalah menjadi penyampai atau pelaksana kepada dasar-dasar  yang dilaksanakan itu.

Bermakna, dari segi tanggungjawab kepada orang awam atau rakyat dalam menjauhi rasuah serta tidak mengambil hak rakyat, kedua-duanya iaitu anggota pentadbiran dan kakitangan kerajaan biasa yang di bawah JPA, mempunyai tanggungjawab dan keutamaan yang sama untuk sama-sama mengelakkan diri daripada rasuah dan mengambil hak rakyat.

Kenapa hanya penjawat awam saja yang diberi ingatan, tetapi tidak kepada orang-orang politik yang menjadi anggota pentadbiran kerajaan?

Apakah orang politik begitu suci dan bersih?

Dalam kes SRC International yang melibatkan mengalirnya wang RM42 juga ke akaun peribadi Najib misalnya, di mana beliau sendiri mengaku menerimanya tetapi mengatakan tidak tahu ia datang daripada syarikat tersebut, di mana hak rakyat telah diambil dalam perkara tersebut?

Sasaran kutipan GST tahun ini: RM42 bilion kata Timbalan Menteri Umno@BN

Sasaran itu RM1 bilion lebih tinggi daripada RM41 bilion tahun lepas, kata timbalan menteri kewangan
othman-aziz-1
KOTA KINABALU: Kerajaan menyasarkan kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun ini sebanyak RM42 bilion, naik RM1 bilion berbanding RM41 bilion pada tahun lepas.
Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Othman Aziz berkata sasaran itu mampu dicapai melalui kerjasama semua pihak walaupun berdepan dengan cabaran kelembapan ekonomi dunia dan Malaysia tidak terkecuali.
“Melihat suasana persekitaran ekonomi pada hari ini, kita menjangka sedikit peningkatan (GST) iaitu RM42 bilion berbanding pada 2016.
“Ini juga satu bebanan kepada Jabatan Kastam untuk memastikan sasaran itu dicapai,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Projek Pembinaan Perumahan Kastam Sepanggar di sini hari ini.
Projek perumahan yang bernilai RM54 juta itu melibatkan pembinaan 3 blok bangunan dengan 120 unit rumah dan berjaya disiapkan mengikut jadual dengan penjimatan kos sebanyak RM6 juta.
Othman berkata walaupun masih terdapat syarikat yang gagal mematuhi arahan pembayaran GST, bilangannya kecil iaitu sekitar 5% dan tindakan susulan diambil termasuk mengenakan kompaun.
Mengenai Kedai Bebas Cukai (KBC) bagi penjualan rokok dan minuman keras di 3 buah pulau bebas cukai, Langkawi, Wilayah Persekutuan Labuan dan Tioman, katanya pelaksanaannya memberi impak yang positif dan menggalakkan dalam usaha kerajaan meminimumkan ketirisan pendapatan cukai barangan itu.
Beliau berkata pada masa ini, jumlah KBC di Langkawi ialah 56 buah, manakala Labuan (21) dan Tioman (3).

Hanya ‘kaki bodek’ halalkan wang dicuri kerajaan, kata Dr Mahathir

Bekas perdana menteri itu turut mempersoalkan adakah duit haram boleh dihalalkan oleh individu bergelar mufti.
mahathir-haji
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan hanya golongan membodek sahaja akan menghalalkan wang yang dicuri oleh kerajaan.
“Kalau menyatakan wang dicuri tidak boleh biayai ibadat haji adalah percubaan menjadi Tuhan, kenyataan itu menunjuk kekerdilan akal fikiran.
“Pangkat tidak boleh membetulkan pendapat yang salah. Pencuri berpangkat masih pencuri,” katanya menerusi posting terbarunya di blog Chedet.cc, hari ini.
Beliau berkata demikian menegaskan pendirian berhubung kenyataannya yang menyifatkan ibadah haji melalui Program Khas Haji Perdana Menteri dan Yayasan 1Malaysia Deve­lopment Berhad (1MDB) tidak mendapat haji yang mabrur.
Sebelum ini, Dr Mahathir turut menolak pandangan pelba­gai pihak termasuk Mufti Pahang, Da­tuk Seri Dr Abdul Rahman Osman serta mufti lain yang tidak bersetuju dengan pandangan disuarakannya ketika berce­ramah di Taman Wira Mergong, Alor Setar, Kedah bulan lalu.
Pada masa sama, Dr Mahathir turut mempersoalkan adakah duit haram itu boleh dihalalkan individu bergelar mufti.
Tegasnya, duit haram tetap menjadi haram dan tidak boleh dihalalkan dengan menggunanya untuk melakukan ibadat.
“Kalau kita curi duit untuk membuat kerja haji, sesuatu ibadat yang kita wajib buat hanya jika kita mampu, atau untuk buat sunat umrah, apakah perlakuan kita itu ibadat atau tidak.
“Atau apakah ibadat kita boleh diterima jika kita terima duit yang dicuri orang lain? Tidakkah dakwaan kita mendorong pencurian kerana yang dicuri boleh dihalalkan dengan mengguna sebahagian atau semuanya untuk ibadat, termasuk ibadat haji,” katanya.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata terpulang kepada mereka untuk menerima duit berkenaan untuk menunaikan haji.

Tak berbaloi amal rasuah, kata Annuar pada pegawai MARA !!!

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa hari ini mengingatkan kakitangan badan berkanun itu supaya tidak terjerumus dalam perangkap rasuah.
Merujuk siri tangkapan berprofil tinggi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini, Annuar berkata adalah tidak berbaloi untuk terlibat dalam sebarang bentuk rasuah.
"Saya sentiasa memberitahu kalau meeting, nasihat saya, tak berbaloi buat kerja menyalahi undang-undang.
"Kita rasa boleh lepas, tapi orang kata tak mungkin kita boleh lepas sepanjang masa.
"Jadi ringkasnya tak berbaloi buat benda bersalahan dengan undang-undang. Tak berbaloi amalkan rasuah. Tak berbaloi abaikan amanah," tegas beliau dalam majlis bersama pegawai-pegawai MARA di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.
Annuar juga berkata beliau berulangkali memberikan nasihat berdasarkan pengalaman peribadi disiasat atas dakwaan rasuah oleh badan antirasuah.
Pada tahun 2002, semasa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Annuar dilapor disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung tuduhan melibatkan lebih RM30 juta yang diperuntukkan untuk Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

Seorang lagi penjawat awam ditahan terima rasuah


Seorang penolong pegawai tanah di pejabat tanah di Johor ditahan di ibu pejabat SPRM Johor, dipercayai menerima rasuah yang berbentuk 'pinjaman' bernilai RM150,000 Seorang penolong pegawai tanah di pejabat tanah di Johor ditahan di ibu pejabat SPRM Johor, dipercayai menerima rasuah yang berbentuk 'pinjaman' bernilai RM150,000
Seorang penolong pegawai tanah di pejabat tanah di sebuah daerah di Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini kerana disyaki menerima rasuah.
Menurut sumber SPRM, suspek yang berusia 56 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM Johor, dipercayai menerima rasuah yang berbentuk 'pinjaman' bernilai RM150,000 dalam urus niaga jual beli tanah.
"Urus niaga itu adalah daripada seorang pemilik syarikat yang sering berurusan dengannya berkaitan dengan permohonan dan pembayaran permit kerja mengambil tanah.
"Suspek juga telah menjalankan urus niaga jual beli tanah dan menggunakan nama anaknya sendiri untuk dijadikan proksi bagi pelaburan tanah berstatus rizab Melayu bersama pemilik syarikat terlibat yang berbangsa Cina," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Turut difahamkan, beliau telah menerima keuntungan kira-kira RM100,000 hasil urus niaga jual beli tanah itu.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama, mengesahkan tangkapan itu dan berkata suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen di Johor Baharu untuk pertuduhan esok.
Dalam siasatan pada 29 November lepas, SPRM mengesahkan lelaki terbabit memiliki beberapa lot tanah pertanian seluas lebih 30 hektar selain tanah rumah kediaman serta sebuah kediaman mewah di beberapa daerah di Johor.

Mara jual aset di Australia untuk kurangkan hutang

Mara mengambil keputusan menjual 1 daripada 4 hartanah di Australia bagi membayar hutang kepada 2 bank di sana, kata pengerusinya.
annuar-musa-mara
KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) bertindak menjual satu daripada hartanahnya di Australia bagi menampung hutang kewangan agensi kerajaan itu, kata Tan Sri Annuar Musa.
Pengerusi Mara berkata, penjualan hartanah melalui tender terbuka itu membolehkan Mara menguruskan hutang sedia ada dengan lebih mudah.
“Saya berbangga maklumkan kami memutuskan menjual satu daripada hartanah yang ada kerana mahu bebas hutang.
“Saya tidak mahu mereka (Mara) terus melakukan penyelarasan, jadi kami memutuskan mencairkan aset dengan menjual 1 daripada 4 hartanah yang kami ada,” katanya pada sidang media di Preimera Hotel, hari ini.
Pada 2015, anak syarikat Mara iaitu Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) terkait dengan kontroversi berikutan pendedahan akhbar Australia, The Age, yang mendakwa ia membelanjakan jutaan ringgit membeli sebuah blok pangsapuri 5tingkat, Dudley International House, di Melbourne dengan harga lebih tinggi daripada harga pasaran.
Akhbar itu mendakwa “sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya” terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok pangsapuri di bandar raya itu pada 2013, daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli pula mendakwa Mara terlebih bayar RM129 juta bagi pembelian 4 aset di Melbourne yang semuannya didakwa dibayar lebih tinggi berbanding harga sepatutnya mengikut pasaran semasa.
Dudley International House merupakan asrama pelajar yang dibeli Mara, iaitu agensi yang menyediakan biasiswa bagi pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar negara.
Setakat ini, 4 hartanah milik Mara yang dibeli di Australia adalah The Dudley House, 333 Exhibition Street, 51 Queen Street dan 746 Swanston Street.
Tambah Annuar, penjualan hartanah itu membolehkan Mara membayar pinjaman yang dibuat di bank Australia.
“Kami gunakan segala pendapatan membayar semula pinjaman dengan 2 bank di Australia. Walaupun masih ada hutang, tapi hutang itu lebih mudah untuk diuruskan,” katanya.
Bagaimanapun, Annuar tidak menjelaskan secara terperinci maklumat dan harga penjualan hartanah tersebut, sebaliknya sewaktu dihubungi FMT, menyatakan akan menjelaskan perkara itu esok pagi.
Sementara itu, Annuar turut menasihatkan kakitangan Mara agar tidak terlibat dalam jenayah salah guna kuasa dan rasuah.

UNDILAH, PANGKAHLAH BN LAGI !!!

DULU menteri suruh rakyat buat #2kerja untuk cari pendapatan tambahan gara2 penangan cukai lahanat-GST..

SEKARANG PULA bila dah buat #2kerja dia sebat pula hasil peluh kita dgn dikenakan cukai lain pula..

SKANDAL 1MDB: MALAYSIA MAKIN FEMES

Kini pihak polis Australia pula siasat skandal kewangan terbesar dunia #1MDB.

MANA NAK LARI NAJIB..
Ada harapankah Najib nak terbang bercuti meluangkan masa berkualiti dgn keluarga ke Australia lps ini !!!

TAHUKAH ANDA..
Sbb itulah Najib telah berpaling arah pro kpd negara komunis-China sbg sekutu antarabangsanya, apabila Amerika Syarikat (DoJ) lancar siasatan terhadap skandal 1MDB itu...

KESIPUAN NAJIB BERTERUSAN, AUSTRALIA DESTINASI TERBARU SIASATAN 1MDB...

"Ironinya, berita mengenai peranan Australia dalam siasatan 1MDB timbul hanya seminggu selepas Datuk Seri Najib Razak meninggalkan negara itu selepas beliau dan keluarganya bercuti,  di negara itu."
Nama dan imej buruk yang sedang melanda 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kesannya melimpah kepada negara Malaysia dan pemimpin kerajaannya,  kini menular pula ke Australia.
Dengan siasatan yang sudah berlaku di lebih lapan negara di dunia, kenyataan agensi berita dan akhbar utama negera itu  akan membawa berita buruk kepada 1MDB seterusnya.
Yang nyata, kesipuan pemimpin Malaysia, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak akan bertambah-tambah, apa lagi Australia kini sudah menganggap dakwaan terhadap Najib sebagai sesuatu yang ‘serius’.
Sebelum ini The Australian turut membuat laporan mengenai skandal 1MDB dan kaitannya dengan isteri Perdana Menteri.
Apakah The Australian pula akan menjadi ‘punching bag’ dan akan  ‘dibelasah’ habis-habisan oleh penyokong Perdana Menteri Malaysia seperti yang terjadi kepada The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini kerana pendedahan berkiatan 1MDB?
Polis Persekutuan Australia (AFP) dilaporkan sedang menyiasat sama ada dana yang diselewengkan dari 1MDB mempunyai kaitan dengan pihak-pihak tertentu negara itu.
Menurut The Australian hari ini, polis sedang menilai sama ada mana-mana rakyat, pemastautin atau firma Australia melanggar undang-undang negara itu.
"AFP sedang membantu rakan polis luar negara dalam siasatan mereka. Memandangkan perkara ini masih diteliti, maka tidak sesuai untuk mengulas lanjut," kata jurucakapnya kepada The Australian.
Isu 1MDB di Australia sebenarnya sudah menjadi pengetahuan umum rakyat negara itu apabila pada  4 April  2016, seorang eksekutif di salah sebuah bank terkemuka di Australia, Bank ANZ telah disoal oleh sebuah jawatankuasa siasatan parlimen di negara itu s, berhubung kaitannya dengan skandal 1MDB.
Timbalan Ketua Eksekutif bank berkenaan, Graham Hodges disoal berhubung dakwaan pengetahuan bank itu mengenai dakwaan lebih AS$1 bilion telah disalurkan melalui akaun AmBank Perdana Menteri Najib Razak.

ANZ memiliki 24 peratus AmBank, dan mempunyai tiga wakilnya sendiri dalam lembaga pengarah bank Malaysia itu. Hodges sendiri bakal menjadi ahli lembaga AmBank.
Sydney Morning Herald melaporkan Hodges sebagai  berkata, ANZ adalah terhad dalam apa yang ia boleh lakukan untuk menangani skandal tersebut kerana ia hanya pemegang saham minoriti.
Sehingga kini tiada berita susulan mengenai siasatan berkenaan.
Apapun, terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang datang ke Australia kononnya mahu memperjelaskan isu 1MDB kepada pelajar da masyarakat Malaysia pada November lalu tetapi ia mendatangkan kesan boomerang.
Kempen di  Melbourne, Sydney dan Brisbane, tidak diberikan laporan sewajarnya oleh media tempatan namun akhbar negara kangaroo itu, The Australian Business Review yang wartawan mereka dilarang memasuki majlis penerangan JASA itu hairan bagaimana penerangan oleh 1MDB termasuk oleh Ketua Eksekutifnya, Arul Kanda Kandasamy tidak mahu dihebahkan.
Laporan meluas akhbar itu mendapat perhatian banyak pihak dan kesannya semakin buruk kepada 1MDB apabila ia menjadi satu syarikat kerajaan Malaysia yang dilihat dengan penuh curiga.

Ketika rakyat makan pagi, terfikir apa yang nak dimakan tengahari nanti


Dr Ismail Salleh (kiri sekali) bersama pemimpin DAP dan Bersatu dalam ceramah di Jerai.Dr Ismail Salleh (kiri sekali) bersama pemimpin DAP dan Bersatu dalam ceramah di Jerai.
Kerajaan BN yang sedang menerajui kepimpinan negeri Kedah maupun Pusat tidak peduli masalah penduduk yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Ada antara mereka, ketika makan pagi mereka terpaksa berfikir apa yang hendak di makan pada waktu tengahari dan waktu malam nanti.
Ini adalah fakta yang sedang dialami oleh penduduk sekitar Sik, Baling dan juga Padang Terap, dahwa pemimpin Amanah Kedah.
Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh menzahirkan demikian ketika berucap pada ceramah di Simpang Tiga Jerai, Kupang, Baling pada 6 Januari.
Turut memberikan ucapan adalah pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP.
Malah katanya, sepatutnya masalah kemiskinan yang melampau sebegini rupa tidak lagi wujud setelah negara mencapai kemerdekaan dalam tempoh yang begitu lama.
"Kalau tidak percaya, boleh datang ke negeri Kedah untuk melihat betapa ramai lagi yang hidup melarat dan hidup dibawah miskin tegar.
"Ada yang terpaksa beli beras hanya satu kilo untuk menampung perut anak-anak dan isteri.
"Ini belum lagi termasuk duit saku untuk anak-anak ke sekolah, belanja dapur termasuklah sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam, " jelasnya lagi.
Kegagalan kerajaan Umno dan BN memerintah dengan bijak menyebabkan rakyat yang miskin bertambah melarat.
"Penduduk yang hidup susah begitu ramai di Kedah, tapi masih lagi gagal dibela oleh kerajaan.
"Jika kerajaan benar-benar ingi membantu mengubah nasib rakyat, banyak yang boleh mereka laksanakan secara serius dan bersungguh-sungguh.
"Ramai lagi yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik serta kemudahan asas tidak mampu dibela oleh kerajaan negeri, " tegasnya lagi.
Beliau juga berkata, urus tadbir yang lemah, ketirisan, hutang negara yang bertimbun-timbun menyebabkan rakyat menjadi mangsa.
Sehubungan itu ujarnya, rakyat mesti bangkit dan membuat perubahan dengan segera pada pilihan raya umum ke 14 yang akan datang.
"Rakyat mesti bangun dan menolak Umno dan BN serta mana-mana parti yang bersekongkol dengan mereka.

Tun M: Menghalal yang haram

Bolehkah duit yang didapati secara haram diguna untuk membiayai ibadah tertentu?
Kita semua maklum bahawa jika kita termakan makanan yang haram bagi orang Islam (daging babi umpamanya) maka kita tidak bersalah.
Tetapi jika kita tahu makanan yang dihidang itu haram, kita makan juga, maka perbuatan kita itu salah disisi agama.
Demikian juga apabila kita tahu duit itu dicuri, tetapi kita terima duit itu untuk apa juga tujuan, maka perbuatan itu tentulah salah. Jika salah untuk perbuatan lain, tentulah salah juga untuk membiayai ibadat.
Hanya mereka yang bertujuan membodek orang tertentu sahaja yang akan halalkan wang yang dicuri oleh kerajaan.
Kalau menyatakan wang dicuri tidak boleh biayai ibadat haji adalah percubaan menjadi Tuhan, kenyataan itu menunjuk kekerdilan akal fikiran.
Pangkat tidak boleh membetulkan pendapat yang salah. Pencuri berpangkat masih pencuri.
Duit yang dicuri masih duit haram. Ia tidak boleh dihalalkan dengan menggunanya untuk ibadat. Makanan yang haram tidak akan menjadi halal kerana dihidang selepas baca doa selamat, atau bertahlil.
Walaupun kita Bismillah, daging yang haram masih haram dimakan.
Perbuatan yang dilarang, yang diharamkan tidak jadi halal kerana kita mula dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pengasih, lagi Yang Maha Penyayang.
Kalau kita curi duit untuk membuat kerja haji, sesuatu ibadat yang kita wajib buat hanya jika kita mampu, atau untuk buat sunat umrah, apakah perlakuan kita itu ibadat atau tidak. Atau apakah ibadat kita boleh diterima jika kita terima duit yang dicuri orang lain.
Tidakkah dakwaan kita mendorong pencurian kerana yang dicuri boleh dihalalkan dengan mengguna sebahagian atau semuanya untuk ibadat, termasuk ibadat haji.
Apakah hanya dengan dihalalkan oleh orang yang bergelar mufti, maka yang haram itu menjadi halal.
Kalau nak terima duit curi untuk buat kerja haji, terimalah.
Saya tak akan terima walau apa pun tohmah dilempar kepada saya.

Walau baca Bismillah, babi tetap haram - Dr M

Walaupun selepas membaca kalimah Bismillah, daging yang haram umpamanya seperti babi, masih tetap haram untuk dimakan oleh umat Islam, kata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tetapi, katanya jika seseorang itu tahu makanan yang dihidang itu haram tetapi tetap menjamahnya, maka perbuatan itu adalah salah di sisi agama.
Begitu juga katanya, duit yang dicuri masih adalah duit haram dan tidak boleh dihalalkan dengan menggunanya untuk ibadat.
“Kita semua maklum bahawa jika kita termakan makanan yang haram bagi orang Islam (daging babi umpamanya) maka kita tidak bersalah.
"Makanan yang haram tidak akan menjadi halal kerana dihidang selepas baca doa selamat, atau bertahlil," katanya dalam tulisan terbaru di blog.
Menurut Mahathir, sesuatu yang salah itu tetap salah dan tidak boleh dihalakan walaupun oleh golongan yang bergelar mufti mahupun ulama.
"Apakah hanya dengan dihalalkan oleh orang yang bergelar Mufti, maka yang haram itu menjadi halal. Kalau nak terima duit curi untuk buat kerja haji, terimalah.
"Saya tak akan terima walau apa pun tohmah dilempar kepada saya," katanya.
Walaupun tidak menyatakan sebarang nama, Dr Mahathir Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataannya sebelum ini bahawa jemaah haji tajaan 1MDB tidak akan mendapat haji mabrur kerana menggunakan dana yang dicuri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kata Mahathir, jemaah haji di masa depan tidak lagi boleh berpura-pura jahil mengenai wang haram daripada dana yang digunakan untuk menghantar mereka ke Mekah.
"Kalau kamu pergi dan buat haji dengan duit curi, itu macam dah tahu pinggan penuh dengan makanan haram, you makan juga. Tapi kalau tak tahu, okeylah. Tapi sekarang kamu tahu duit ini dicuri," katanya.
Mengulas lanjut, Mahathir berkata, hanya mereka yang bertujuan membodek orang tertentu sahaja yang akan halalkan wang yang dicuri oleh kerajaan.
"Kalau menyatakan wang dicuri tidak boleh biayai ibadat haji adalah percubaan menjadi Tuhan, kenyataan itu menunjuk kekerdilan akal fikiran.
"Pangkat tidak boleh membetulkan pendapat yang salah. Pencuri berpangkat masih pencuri," jelasnya.
Sementara itu, Utusan Online memetik Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman sebagai berkata, Mahathir tidak sepatutnya memburuk-burukkan golongan ulama termasuk mufti dengan melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap mereka.
Menurutnya, beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan politik apabila menyampaikan pandangan secara umum yang dibuat berdasarkan fakta untuk diketahui rakyat.

Fitnah RM50 Juta: NST akui siar kenyataan tak berasas berkaitan Anwar

Peguam Ranjit Singh Mahinder Singh memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kenyataannya dalam dua artikel di New Straits Times (NST) beberapa tahun lalu.
NST pula mengakui artikel itu tidak berasas, sedia menyiarkan permohonan maaf Ranjit serta akan membayar RM60,000 kepada Anwar.
Tulisan-tulisan itu dikatakan mengaitkan bekas ketua pembangkang itu dengan kegiatan pengubahan wang haram.

Defendan-defendan juga memohon maaf kepada mendiang pemimpin DAP Karpal Singh yang didakwa menerima RM50 juta daripada Anwar untuk mempengaruhi hakim-hakim.

Pasukan Ranjit diketuai beliau sendiri dan dianggotai oleh Teoh Guat Cheng dan Kenail Singh. NST pula diwakili oleh M Reza Hassan, Ellia Zuraina Mat Zin dan Umni Farhana Mohd Nasir.
Diketuai Sangeet Kaur Deo, pasukan Anwar pula dianggotai Ramkarpal Singh dan Yusmadi Yusof.

Persetujuan direkodkan di hadapan Hakim Rosilah Yop.

Sebelum itu berlangsung rundingan dua jam dalam kamar antara kedua-dua pihak.
Ogos lalu, Anwar memfailkan saman RM70 juta terhadap Ranjit, NST dan dua pemberitanya susulan artikel pada 6 Ogos 2013 dan 3 Februari 2014.

Kerjasama AMANAH-Umno di Kelantan, TMB ‘pening’ bercakap tanpa asas sebenar

KOTA BHARU: AMANAH Kelantan menyelar tuduhan kononnya parti itu akan bekerjasama dengan UmnoBN bagi menumbangkan Kerajaan PAS di negeri itu pada PRU14 tidak lama lagi.
Menurut Timbalan Pengerusi AMANAH Kelantan, Ustaz Che Ibrahim Mohamad, tuduhan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mencerminkan pemimpin berkenaan ‘pening’ dalam mentafsir situasi sebenar politik di Kelantan.
“Bagi saya cakap-cakap Mohd Amar itu macam sudah pening dalam politik, dia cakap tanpa asas. Politik satu persepsi dan apa-apa tanggapan yang kita buat mesti ada asas.
“Jadi Mohd Amar sebut AMANAH dilihat bekerjasama dengan Umno untuk menjatuhkan PAS, apa asas kepada tuduhan beliau. Kita sendiri melihat PAS dengan jelas dalam banyak sudut bekerjasama dengan Umno,” katanya kepada Antarapos, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Timbalan Menteri Besar Kelantan itu, kononnya AMANAH mungkin akan menjalinkan hubungan dengan Umno bagi menumbangkan kerajaan PAS, sebagaimana yang berlaku pada tahun 1978.
Dakwaan Mohd Amar itu dibuat berasaskan peristiwa di mana Umno bekerjasama dengan parti serpihan PAS, Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA) pada PRU 1978 untuk tumbangkan kerajaan PAS di Kelantan.
Tambah Ustaz Che Ibrahim, adalah mustahil akan wujud kerjasama tersebut memandangkan AMANAH ujarnya, begitu bersungguh-sungguh mahu menumbangkan Kerajaan BN dengan menyertai Pakatan Harapan.
“PAS sudah ‘maru’ (pening politik). Dia (Mohd Amar) tidak tahu apa-apa pun. Dia bercakap tidak tahu apa. Di saat kita Pakatan Harapan begitu bersungguh-sungguh menentang Barisan Nasional (BN).
“Dalam masa yang sama Pas dilihat acap kali bersama dengan Umno dalam RUU355, dalam isu Rohingya dan di Parlimen Pas berkali-kali berkecuali dalam setiap isu yang dibawa oleh Umno, tiba-tiba kita parti pembangkang yang dituduh bersama Umno-BN,” katanya lagi.

AMANAH tidak pernah tolak, tetapi RUU355 perlu dibahas di Parlimen terlebih dahulu

KUALA LUMPUR: Parti AMANAH tidak pernah menolak atau menentang usaha-usaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah di negara ini, malah untuk itu AMANAH telah memberikan pandangan dan cadangan pindaan yang konstruktif berkaitan usul persendirian RUU355 yang ingin dibawa oleh Ahli Parlimen Marang.
Demikian ditegaskan oleh Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan kepada Amanahdaily.
Katanya, satu usul yang mengandungi cadangan-cadangan bagi mencapai maksud memperkasa peranan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah telahpun dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud pada sesi belanjawan tahun lepas.
“Kandungan dan maksud usul tersebut adalah jelas dan nyata,” ujar beliau.
Salahuddin berkata, pendirian serta cadangan AMANAH berhubung usul RUU355 akan diberikan di Parlimen apabila usul ini diterima untuk dibahaskan pada mana-mana sesi parlimen akan datang.
AMANAH tegasnya, berpandangan Parlimen adalah pentas yang paling sesuai untuk usul ini dibentang dan dibahaskan.
Terdahulu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengumumkan bahawa parti Islam itu bakal menganjurkan Himpunan 355 pada 18 Februari ini sebagai solidariti sokongan terhadap usaha pindaan tersebut.
Selain itu, Pas juga mengesahkan akan menghantar undangan khas kepada semua parti politik termasuk Amanah dan DAP bagi mengajak pihak berkenaan turut sama menyertai himpunan itu.
Bagaimanapun, ketika diminta mengulas mengenai jemputan khas berkenaan, Salahuddin berkata, pihaknya tidak dapat membuat sebarang keputusan sehingga menerima undangan tersebut secara rasmi.

Polis larang Himpunan 355 jika gagal penuhi syarat

Polis bersedia mempermudahkan program berkenaan jika penganjur mematuhi semua syarat ditetapkan di bawah Akta Perkhimpunan Aman 2012.
khalid-bakar
KUALA LUMPUR: Pihak polis berkata mereka hanya akan membenarkan Himpunan 355 diadakan di Dataran Merdeka pada 18 Feb ini sekiranya penganjurnya mematuhi semua syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Penganjur perlu mematuhi syarat seperti mendapatkan kebenaran pemilik tempat, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar merujuk kepada perhimpunan yang dilapor dirancang PAS.
“Jika mereka mematuhi semua syarat Akta Perhimpunan Aman, polis akan ‘facilitate’ (mudahkan), tapi jika mereka tidak patuhi syarat kita akan melarang,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis serah terima tugas Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.
Pada majlis berkenaan SAC Shamsudin Mat dilantik sebagai Komandan Pulapol yang baharu menggantikan Datuk Zahari Mohd Yusoff yang bersara wajib mulai esok.
Ditanya sama ada penganjur membuat permohonan, Khalid berkata setakat ini beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.
PAS dilapor mahu mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk memberi penerangan kepada orang ramai khususnya umat Islam mengenai pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali sebagai Akta 355.
Sementara itu Khalid berkata insiden pergaduhan yang mengakibatkan 5 warga Myanmar maut dan 2 rakan mereka cedera parah di Kawasan Perindustrian Sri Serdang dekat ini pada 5 Jan lepas dipercayai bermotifkan dendam.

RUU 355 : PAS masih mahu berhimpun di Dataran Merdeka

PAS masih lagi belum membuat keputusan untuk bertukar lokasi sekiranya Dataran Merdeka tidak dibenarkan bagi himpunan RUU 355.
Idris-Ahmad
PAS hari ini menegaskan parti itu masih lagi tetap dengan perancangan asalnya untuk menganjurkan himpunan solidariti Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU355) di Dataran Merdeka pada 18 Februari ini.
“Perancangan setakat ini masih lagi di Dataran Merdeka,” kata Naib Presiden PAS Idris Ahmad ketika dihubungi FMT.
Pada 7 Januari lalu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan PAS akan menganjurkan himpunan RUU 355 di Dataran Merdeka pada 18 Februari ini.
Beliau berkata, himpunan itu bertujuan menunjukkan sokongan orang Islam terhadap RUU 355, selain memberi penjelasan mengenainya kepada orang bukan Islam.
Bagaimanapun, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Hj Mhd. Amin Noordin Abdul Aziz dilaporkan tidak membenarkan PAS menganjurkan himpunan RUU 355 di Dataran Merdeka.
“Tidak Dataran, tiada rundingan,” katanya lapor portal terbabit.
Mengulas lanjut, Idris turut menyatakan parti itu masih lagi belum membuat keputusan untuk menukar tempat sekiranya Dataran Merdeka tidak dibenarkan untuk berhimpun.
Beliau dalam masa yang sama turut ditanya sama ada parti itu telah melakukan perjumpaan dengan Mhd. Amin mengenai perhimpunan itu.
“Saya tak pasti jawatankuasa khas dah bincang ke belum,” katanya.

Ribuan sambut kehadiran Anwar di mahkamah Pulau Pinang


Anwar memberikan senyuman kepada penyokongnnya ketika dibawa ke mahkamah Pulau Pinang.Anwar memberikan senyuman kepada penyokongnnya ketika dibawa ke mahkamah Pulau Pinang.

Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini bukan saja disambut dengan kegerunan pihak berkuasa yang mengawal ketat setiap ceruk dan lorong yang ada, malah lebih seribu penyokong yang memenuhi setiap ruang Mahkamah Tinggi
Ia telah memeriahkan suasana yang umpama pesta di pulau mutiara itu yang pertama kali di di datangi Anwar selepas terpenjara.
Orang ramai memenuhi perkarangan mahkamah Pulau Pinang menanti ketibaan Anwar.Orang ramai memenuhi perkarangan mahkamah Pulau Pinang menanti ketibaan Anwar.Anwar yang dikawal ketat tetap melemparkan senyuman dan melambaikan tangan kepada wartawan dan penyokong yang memenuhi setiap ruang sekitar kawasan mahkamah tersebut.
Dalam prosiding yang dihadapan Hakim Rosli Yop, Anwar telah memfailkan saman fitnah berjumlah RM70 juta terhadap NST serta tiga lagi individu yang didakwa memfitnah beliau melalui artikel yang disiarkan pada 6 Ogos 2013 dan 3 Februari 2014.
Tindakan yang diambil beliau juga adalah bagi menafikan dakwaan telah terlibat dalam pengubahan wang haram serta merasuah hakim dan pihak pendakwaan.
Ia juga didakwa menggunakan majlis peguam bagi kepentingan politik peribadinya.
Ekoran artikel yang didakwa berunsur fitnah tersebut, Anwar turut menuntut ganti rugi sebanyak RM70 juta merangkumi ganti rugi am dan teladan, kos serta juga lain-lain perkara yang akan diputuskan oleh mahkamah.
Yang menarik semasa kehadiran Anwar, ia disambut dengan laungan 'Reformasi' 'Hidup Rakyat' 'Bebas Anwar' dan 'Tangkap Najib'.
Laungan yang bergema dengan penuh semangat tersebut juga diselang seli dengan nyanyian 'terima kasih abang polis'.
Pihak polis juga terpaksa mengadakan kawalan ketat dengan meletakkan pagar bagi menyekat kemaraan ribuan penyokong Anwar yang telah memenuhi perkarangan mahkamah.

Ringgit jatuh di luar kawalan kerajaan, akui Najib Razak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri yang pertama bagi tahun 2017 di Putrajaya hari ini mengakui penyusutan nilai Ringgit berlaku di luar kawalan kerajaan.
Sebaliknya, Menteri Kewangan itu mendakwa tiga faktor luar kawalan yang mempengaruhi nilai Ringgit ialah 'spekulasi berlebihan dalam pasaran luar pesisir', kejatuhan harga minyak dan kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat pada Disember lalu.
Walau bagaimanapun, Najib yakin langkah-langkah yang diambil oleh Bank Negara akan dapat menjadikan mata wang Ringgit lebih stabil tahun ini.
"Dengan langkah-langkah yang diambil Bank Negara, pihak pasaran yakin Ringgit akan lebih stabil, dan mereka percaya keadaan tidak menentu ini dapat dibendung ke tahap normal dalam tempoh terdekat," dipetik dari Bernama.
Menurut Presiden Umno itu, terdapat petanda dan bibit-bibit harapan dan keyakinan bahawa keadaan ekonomi akan pulih secara lebih positif pada tahun ini setelah berhadapan dengan keadaan ekonomi dunia yang mencabar pada 2016.
Antaranya, harga minyak yang kini berada pada paras US$54 setong selepas Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) berbanding US$44 tahun lalu.
Dalam hal berkaitan, Ketua Penganalisis Ekonomi di Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menyifatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada masa ini sedang "menyederhana".

NGO ingatkan PM, atasi rasuah melalui teladan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa menunjukkan kepimpinan melalui teladan sebelum mengingatkan penjawat awam supaya jangan mengambil hak milik rakyat.
"Mesej kami kepada Najib adalah buat apa yang kamu kata. Cara terbaik membendung rasuah dalam sektor awam adalah dengan kepimpinan melalui teladan," kata pengasas Pusat Memerangi Rasuah & Kronisme (C4), Cynthia Gabriel.
Beliau berkata Najib perlu memulangkan kembali RM42 juta yang masuk ke akaun bank peribadinya, yang didakwa daripada SRC International Sdn Bhd - bekas anak syarikat 1MDB.
"Pepatah Cina mengatakan ikan busuk bermula dari kepalanya. Adalah penting Najib menunjukkannya sekiranya dia mahu perkhidmatan awam dibersihkan," katanya dalam mesej teks kepada Malaysiakini.
Bercakap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini, Najib berkata kes-kes rasuah oleh penjawat awam boleh mengurangkan keyakinan orang ramai kepada kerajaan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini menahan ketua setiausaha sebuah kementerian, dua anaknya dan bekas ketua pegawai eksekutif sebuah agensi kerajaan berkaitan kes rasuah, pengubahan wang haram dan salahguna kuasa.
Sementara itu, Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah berkata Najib perlu menjelaskan derma RM2.6 bilion dan RM42 juta yag ditemui dalam akuan peribadinya, serta apa yang dilakukan terhadap wang itu.
"Kenyataan beliau adalah ironi dan berpura-pura, memandangkan 1MDB masih belum diselesaikan..
"Najib perlu turun menjawab berbilion ringgit yang dijumpai dalam akaun peribadinya terlebih dahulu sebelum menasihati orang lain," katanya.

AFP investigating whether 1MDB funds stashed in Australia

'Kontraktor tempatan terbeban, bayar RM2 bilion dasar baru levi pekerja asing oleh Kerajaan'

IBARAT MELUDAH KE LANGIT..

1MDB-RM2.6 billion 1MDB, SRC-RM42 juta masuk ke 'DALAM AKAUN PERIBADI' itu hak kamu kah !!!

KENAPA masuk ke akaun peribadi, kenapa tidak ke akaun parti ??!!

Adakah rakyat Malaysia ini bodoh spt kamu setiap kali menipu & perbodohkan rakyat ?

Polis Australia pula sertai siasatan skandal 1MDB

Polis Persekutuan Australia (AFP) sedang menyiasat sama ada dana yang diselewengkan dari 1MDB mempunyai kaitan dengan negara itu.
Menurut The Australian, polis sedang menilai sama ada mana-mana rakyat, pemastautin atau firma Australia melanggar undang-undang negara itu.
"AFP sedang membantu rakan polis luar negara dalam siasatan mereka. Memandangkan perkara ini masih diteliti, maka tidak sesuai untuk mengulas lanjut," kata jurucakapnya kepada akhbar itu.
Menurut laporan itu, AFP sedang membantu sama ada pihak berkuasa di Switzerland, Amerika atau Singapura dalam siasatan mereka berhubung dakwaan penyelewengan dana daripada 1MDB.
Berita mengenai peranan Australia dalam siasatan 1MDB timbul hanya seminggu selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meninggalkan negara itu selepas beliau dan keluarganya bercuti di sana.
Sebelum ini, Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (Asic) membubarkan syarikat, Avestra Asset Management, yang dituduh mengendalikan wang yang berasal daripada 1MDB.
Avestra dikatakan mempunyai hubungan dengan entiti yang didaftrakan di Kepulauan Cayman iaitu Bridge Global Absolute Returns Fund SPC.

Parlimen tempat paling sesuai bahas Akta 355 - Amanah

Parti Amanah Negara (Amanah) tetap dengan pendirian mereka agar isu berkenaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, (RUU 355) perlu dibahaskan di Parlimen terlebih dahulu sebelum di bawa peringkat lebih tinggi.
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya telah membuat beberapa cadangan yang konstruktif sebelum ini melalui Parlimen bagi memperkasakan RUU355 dalam usaha untuk menggelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat.
“Ini adalah kerana jika tersalah cara, ia boleh timbulkan kekeliruan khususnya kepada golongan bukan Islam.
“Sebab itu Amanah ambil pendirian untuk biar ia dibahas di Parlimen terlebih dahulu,” katanya kepada Sinar Harian.
Salahuddin berkata demikian bagi mengulas mengenai pengumuman yang dibuat oleh Pas melalui Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memaklumkan bahawa parti Islam itu bakal menganjurkan Himpunan 355 pada 18 Februari ini sebagai solidariti sokongan terhadap usaha pindaan tersebut.
Selain itu, Pas juga mengesahkan akan menghantar undangan khas kepada semua parti politik termasuk Amanah dan DAP bagi mengajak pihak berkenaan turut sama menyertai himpunan itu.
Ketika diminta mengulas mengenai jemputan khas berkenaan, Salahuddin menjelaskan bahawa pihaknya tidak dapat membuat sebarang keputusan sehingga menerima undangan tersebut secara rasmi.
“Kita (Amanah) masih tunggu dulu hitam putih dari Pas dan lepas itu baru kita akan buat keputusan sama ada untuk hadir atau pun tidak,” katanya.

RASUAH: APA KATA JIKA NAJIB YANG PERTAMA MENYOKONGNYA?

Setiap hari ada saja tangkapan berkaitan rasuah berlaku di negara kita dengan jumlah wang tunai, barang kemas, beg tangan atau simpanan di bank yang dirampas agak memeranjatkan kita semua.
Tetapi, daripada tangkapan melibatkan pegawai rendah sehinggalah kepada seorang Ketua Setiausaha baru-baru ini, malangnya kita masih belum mendengar ulasan Najib Razak selaku Perdana Menteri dan ketua negara mengenainya.
Ketika tangkapan demi tangkapan dilakukan SPRM, Najib sebaliknya lebih teruja memperkatakan mengenai Leo, kucing baru yang dimilikinya.
Di Thailand, negara tetangga kita, mereka kini sedang dalam proses menguatkuasakan hukuman mati bagi penjawat awam yang didapati bersalah kerana rasuah.
Cadangan yang dijangka akan diputuskan esok itu adalah sebagai langkah mengekang gejala rasuah di kalangan penjawat awam yang semakin membimbangkan.
Di negara kita, melihat kepada trend tangkapan demi tangkapan melibatkan penjawat awam kebelakangan ini, termasuk yang tidak didakwa, tetapi menjadi perbualan umum mengenai kesahihannya, rasanya ramai yang mulai bersetuju agar hukuman lebih berat sehingga dihukum mati, sepatutnya turut dijatuhkan bagi kesalahan rasuah berat.
Hukuman denda dan penjara jelas tidak lagi menakutkan bagi pelaku rasuah yang semakin tamak dan haloba. Untuk itu, negara kita juga seharusnya melangkah ke arah hukuman mati sebagai pengubat kepada rasuah yang boleh menghancurkan negara itu.
Apa kata jika Najib yang selama ini hanya berdiam diri mengenai rasuah, menjadi yang pertama menyokong langkah Thailand itu sambil menimbang untuk melaksanakannya juga di negara kita?
Saya akan menjadi yang pertama juga memuji Najib jika beliau berani melakukannya.

SIAPAKAH SEBENARNYA YANG GILA?


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan mensifatkan Tun Mahathir ” Gila” kerana mendakwa tanah yang dijual kepada orang asing akhirnya akan menjadikan Malaysia negara asing kerana katanya tanah itu tidak boleh dibawa balik ke negara asal mereka.
Siapakah sebenarnya yang gila?
Pendatang dari China mulanya hanya membeli beberapa buah kedai di bandar- bandar di Malaya dan tidak membawa kedainya balik ke China tetapi akhirnya menjadikan semua bandar-bandar di Malaya dan Malaysia sebagai bandar China.
Kerajaan British dan seterusnya kerajaan Malaya dan Malaysia mengekalkan tanah simpanan Melayu supaya orang Melayu tidak boleh menjual tanah dengan sewenang -wenang kepada orang orang asing dan bagi mengekalkan pemilikan Melayu dan penempatan Melayu.
Jika liberalisme Nazri wujud sejak lepas merdeka di era Tunku dan Tun Abdul Razak barangkali sudah tidak ada kampung Melayu hari ini seperti tidak adanya lagi penguasaaan Melayu ke atas Felda kecuali hanya diatas kertas.
Oleh kerana adanya kesedaran nasionalisme yang tinggi di bawah kepimpinan Tun Razak dan mahukan orang Melayu berada di bandar-bandar untuk membolehkan orang Melayu menyaingi orang China maka Tun Razak telah menginisiatifkan penubuhan UDA untuk membina kedai- kedai atau tapak perniagaan bagi orang Melayu.
Tun Mahathir menerusi PNB telah berjaya merampas semula seluas lebih 200,000 ekar tanah getah dan kelapa sawit yang dimiliki oleh British ( Guthrie) menerusi serangan waktu subuh di London Stock Exhchange pada 7 septmber 1981
Maka itu sudah lah sampainya bagi memenuhi nafsu liberalisme dan globalisme Najib &Nazri, kita hapuskan Tanah Simpanan Melayu kerana tanah-tanah itu menurut peguam UMNO yang tidak gila atau pun tidak tiga suku Nazri Aziz tidak akan boleh dibawa balik ke nagara China.
Malaysia boleh jadi negara China tanpa orang China membawa balik tanah negara ini ke negara China.
Hidup Nazri! Hidup Najib! Hidup UMNO!

Persempadanan semula SPR berat sebelah, ‘khianati’ Perlembagaan Persekutuan

Adakah persempadanan semula yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersifat neutral dan masih menepati prinsip-prinsip selaras Perlembagaan Persekutuan?
Persoalan itu diutarakan Timbalan Pengerusi DAP Perak, V. Sivakumar yang mendapati persempadanan semula SPR berat sebelah dengan mengutamakan kepentingan parti UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Keadaan yang berlaku ini, kata Ahli Parlimen Batu Gajah itu telah melanggar empat syarat yang diperuntukkan dalam undang-undang iaitu:
  • Kemudahan untuk pemilih-pemilih semasa pilihan raya dan bahagian pilihan raya tidak merentasi sempadan negeri
  • Mengambil kira kemudahan pentadbiran yang boleh didapati dalam pilihan raya itu
  • Jumlah pemilih yang seimbang bagi setiap bahagian pilihan raya dalam sesuatu Negeri
  • Memelihara hubungan tempatan
“Semua ini membuktikan bahawa syarat-syarat yang diperuntukkan undang-undang tertinggi negara tidak dihormati oleh SPR, malah badan yang kononnya bebas itu menggunakan pelbagai manipulasi bagi membolehkan Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang,” katanya.
Sebelum ini, SPR didakwa memindahkan sejumlah besar bilangan pengundi dari satu kawasan ke kawasan yang lain sehingga mendapat bantahan besar-besaran daripada Pakatan Harapan di hampir setiap negeri.
Pakatan Harapan Perak, misalnya, menyatakan terdapat lebih 16 kawasan DUN di negeri itu mempunyai bilangan pengundi melebihi kawasan Parlimen, iaitu sesuatu yang tidak logik.
Malah, wujud perbezaan jumlah pengundi yang terlalu besar antara bahagian-bahagian mengundi, sebagai contoh kerusi DUN Manjoi yang mempunyai 50,812 pengundi, sebaliknya DUN Kota Tampan dan Trong hanya mempunyai kurang 13,000 pengundi.

Selamat tinggal Najib, kata Fahmi Reza

Aktivis yang dikenakan sekatan ke luar negara oleh Jabatan Imigresen itu berkata beliau berjaya membatalkan larangan itu dan kini dalam perjalanan ke Taiwan.
bahasa,-FMT,-KL,-Malaysia,-Fahmi-Reza,-imigresen,-badut,-najibPETALING JAYA: Selepas bersusah payah berjuang tanpa henti untuk menentang larangan ke luar negara yang dikenakan kepadanya, aktivis Fahmi Reza akhirnya berjaya ke Taiwan hari ini.
“Atas usaha aku tak henti-henti cuba lawan ‘travel ban’ yang dikenakan ke atas aku dengan bermacam-macam cara sejak Khamis lalu, akhirnya kemenangan berpihak kepada aku.
“Sukses! Bye bye Najib, I’m flying to Taiwan. Nanti aku cerita. Sekarang nak naik pesawat,” tulisnya di akaun Facebook hari ini.
Fahmi berkata beliau menemui maklumat di laman web Jabatan Imigresen, di mana dia boleh ke pejabat imigresen terdekat iaitu di UTC Pudu untuk meminta namanya dikeluarkan daripada senarai hitam.
Seorang pegawai imigresen kemudian meminta nombor kad pengenalannya dan berkata namanya disenaraihitamkan.
Bagaimanapun, pegawai itu tidak pasti sama ada namanya dilarang ke beberapa negeri di Malaysia atau ke luar negara.
Fahmi, yang diisytiharkan tidak boleh masuk Sarawak pada 2010, berkata menerusi panggilan telefon ke imigresen Putrajaya, beliau dimaklumkan namanya tidak lagi diharamkan masuk ke negeri itu, tetapi kini tidak dibenarkan meninggalkan negara.
Katanya, polis meletakkan namanya dalam senarai “dikehendaki”, dan larangan ke luar negara berkuat kuasa sejak 31 Mac tahun lalu.

Harga minyak jatuh susulan Iran tambah eksport

Harga minyak mentah global hari ini menyusut setelah Iran bertindak meningkatkan eksportnya, demikian menurut laporan Reuters.
Minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras global, didagangkan pada harga AS$56.97 iaitu 13 peratus lebih rendah berbanding harga penutup sebelum ini.
Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) pula diniagakan pada AS$53.79 setong setelah mengalami penurunan 20 sen.
Menurut laporan yang sama, tindakan tersebut telah menjejaskan segala usaha oleh pengeluar minyak yang lain untuk mengekang masalah bekalan bahan api global.
Iran menjual lebih 13 juta tong minyak dari kapal tangki di laut bagi mengambil kesempatan atas urusniaga pengurangan bekalan oleh OPEC yang menyebabkannya terkecuali dari mendapatkan semula bahagian pasarannya dan pembeli baru, menurut sumber industri dan data.
Paras harga minyak mentah global mempunyai kesan yang sangat beerti ke atas ekonomi Malaysia kerana selain menjadi tulang belakang ekonomi negara, kenaikan atau penurunannya atas mempunyai tempias ke atas harga barangan, prestasi ringgit dan bursa, antaranya.

Najib jamin ringgit lebih stabil tahun ini..??

Najib yang juga menteri kewangan berkata penyusutan nilai ringgit dibimbangi ramai, namun ia berlaku di luar kawalan kerajaan.
najib-bnm
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yakin langkah yang diambil Bank Negara akan dapat menjadikan mata wang ringgit lebih stabil tahun ini.
Najib yang juga menteri kewangan berkata penyusutan nilai ringgit dibimbangi ramai, namun ia berlaku di luar kawalan kerajaan.
Beliau berkata daripada 149 mata wang dunia, 123 nilai mata wang menghadapi penyusutan berbanding dolar Amerika, dan Malaysia tidak terkecuali, dan bukan satu-satu negara yang terkesan.
Katanya, 3 faktor luar kawalan yang mempengaruhi nilai ringgit ialah “spekulasi berlebihan dalam pasaran luar pesisir”, kejatuhan harga minyak dan kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat pada Disember lalu.
“Dengan langkah yang diambil Bank Negara, pihak pasaran yakin ringgit akan lebih stabil, dan mereka percaya keadaan tidak menentu ini dapat dibendung ke tahap normal dalam tempoh terdekat,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri yang pertama bagi 2017 di sini hari ini.
Najib berkata terdapat petanda dan bibit harapan dan keyakinan keadaan ekonomi akan pulih secara lebih positif pada tahun ini setelah berdepan dengan keadaan ekonomi dunia yang mencabar pada 2016.
Antaranya, harga minyak yang kini berada pada paras AS$54 setong selepas Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), berbanding AS$44 pada tahun lepas.

Pegawai kerajaan jangan ambil hak rakyat sembang Najib

Siri pendakwaan terhadap penjawat awam menjadi peringatan kepada pihak dalam kerajaan supaya tidak mengambil hak rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, Najib berkata kes-kes sebegitu, yang ditangani Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), boleh mengurangkan keyakinan awam kepada kerajaan.

“Apa yang SPRM lakukan beberapa hari ini mengingatkan kita berkaitan pembaziran, berkaitan ambil hak rakyat.

“Jangan ambil hak rakyat. Ia milik mereka. Ingat bila kita laksanakan program-program kita, ia untuk rakyat.

“Jadi apabila ada pembaziran, orang ramai akan kecewa dan hilang keyakinan pada kamu,” kata Najib seperti dilaporkan The Star Online.
SPRM baru-baru ini menahan seorang ketua setiausaha kementerian, dua anaknya dan ketua pegawai eksekutif satu agensi kerajaan dalam siasatan rasuah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa.
Suruhanjaya itu juga merampas jongkong emas, wang tunai dan barang berharga bernilai sekurang-kurangnya RM5.6 juta daripada KSU yang dijangka dituduh di mahkamah hari ini.

MANA SATU PEMBOHONG..!!!

Bila ringgit jatuh..
SALAHKAN faktor luar kawalan.
SALAHKAN Amerika.
SALAHKAN pembangkang.

Bila ringgit stabil kukuh..
MENGAKU punca pentadbiran BN.
MENGAKU Menteri Kewangan lebih baik drpd Anwar.

HAKIKATNYA, bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz kata.. "Selesaikan skandal 1MDB dahulu untuk pulihkan ringgit" -21/9/2015.

Inilah Malaysia ku..

FAKTA:
Bekas Menteri Besar N9 yg juga Pengerusi Felda, ISA SAMAD katanya.. beliau didapati bersalah bukan kerana rasuah TETAPI 'POLITIK WANG'..

Utk Umno = POLITIK WANG
Bukan Umno = RASUAH

"Bye bye Najib, I'm flying to Taiwan!” luah Fahmi Reza

2017, harga barang mentah kian parah!

PRU14 - Bertekad Tumbangkan BN

RUU355: PAS Wilayah berhimpun dulu Sabtu ini

Laungan "Reformasi" bergema sambut ketibaan Anwar di luar mahkamah Pulau Pinang

UMNO TAJA CALON AMANAH - MELAWAK KE APA PAS NI?

Kata Pas, parti Amanah mungkin akan bekerjasama dengan UMNO bagi menjatuhkan kerajaan Kelantan dalam pilihanraya umum akan datang.

Naib Presiden Pas, Mohd Amar Abdullah memberitahu, kemunculan Amanah di kawasan marginal Pas sedikit sebanyak boleh menjejaskan usaha parti itu mempertahankan kerusi-kerusi tersebut.

"Amanah mungkin akan bekerjasama dengan UMNO untuk menumbangkan kerajaan Pas di Kelantan seperti yang pernah dilakukan oleh Berjasa pada 1978 dahulu, 

"Kemungkinan itu tidak boleh ditolak, boleh jadi UMNO taja calon-calon Amanah di kawasan-kawasan yang mereka anggap boleh menang," ujarnya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Melawak ke apa Pas ini?

Macam mana UMNO boleh menaja calon-calon Amanah sedangkan Amanah adalah komponen rasmi Pakatan Harapan?

Amanah tidak berunding dengan UMNO untuk memutuskan kawasan mana yang akan ditandinginya, sebaliknya akan berbuat demikian bersama rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan dan juga Bersatu.

Kapal selam tempur China ‘berehat’ di Sabah cetus tanda tanya

Kehadiran itu di sebalik pengaruh dan kuasa ekonomi Beijing yang semakin berkembang di Asia Tenggara.
visit-kapal-selam
Ketibaan 2 buah kapal selam tempur milik China di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini mendapat perhatian, dengan pihak berkuasa India mempersoalkan alasan kapal itu berlabuh bagi “berehat dan mendapat bekalan” selepas memantau aktiviti lanun di perairan Somalia.
Tentera India dipetik badan penyiaran New Delhi Television (NDTV) sebagai mempertikaikan tujuan kapal selam itu berlabuh. Menurutnya, aset ketenteraan yang canggih seperti kapal selam bukan sesuatu yang sesuai digunakan bagi melawan lanun Somalia yang biasanya hanya melibatkan “pertempuran kecil”.
Sebaliknya, NDTV melaporkan pihak India bimbang ia merupakan sebahagian usaha perisikan Beijing terhadap kapal selam milik India di Lautan Hindi.
Gambar kapal selam CNS Chang Xing Dao dan CNS Chang Cheng milik Tentera Pembebasan Rakyat China itu turut dimuat naik dalam akaun Twitter Tentera Laut Diraja Malaysia, yang menyifatkan ketibaan mereka pada 3 Januari itu sebagai “lawatan diplomasi”.
kapal-selam-cina
Ia turut dilaporkan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) 3 hari lalu yang mengaitkan ketibaan kapal selam itu dengan perubahan kuasa serantau di Asia Tenggara, dipercayai merujuk kebangkitan pengaruh China di sebalik dasar negara seperti Malaysia dan Filipina yang semakin rapat dengan Beijing.
Walaupun ia bukan kali pertama aset ketenteraan China berlabuh di perairan Malaysia, bagaimanapun ia merupakan pertama kali melibatkan aset canggih seperti kapal selam yang mempunyai kebolehan mengumpul maklumat tanpa dikesan.
“Ia menunjukkan kepercayaan lebih tinggi di pihak negara tuan rumah, kerana operasi kapal selam adalah sensitif dan boleh digunakan untuk tujuan bertempur atau membuat tinjauan tanpa dikesan,” penganalisis pertahanan, Euan Graham, yang mengetuai Program Keselamatan Antarabangsa di Institut Lowy, Sydney, memberitahu WSJ.