Ahad, 8 Januari 2017

Jika tak mampu beli sayur .. makan rumput - Menteri Ameno..

Spt biasa alasan menteri.. "walapun naik harga masih terkawal..."

Kenyataan Irwan bukti ekonomi Malaysia tenat


Rafizi
Ads by Kiosked

BENTONG - Kenyataan yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (MoF) Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah mengenai rakyat boleh guna BR1M beli Proton Iriz untuk menjadi pemandu Uber dan orang miskin tidak dikenakan GST menunjukkan bahawa keadaan ekonomi negara kita dalam keadaan yang tenat.
Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli mendakwa, berdasarkan kenyataan itu membayangkan dan menyakinkan rakyat dan pelabur satu dunia bahawa ekonomi Malaysia berkedudukan dalam keadaan yang rapuh.
Malah katanya, apabila kenyataan itu datang daripada ketua setiausaha perbendaharaan, kenyataan itu lebih teruk dan memalukan daripada kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh timbalan menteri.
“Apabila orang nombor satu dalam pentadbiran ekonomi negara kita yang bukan dari kalangan ahli politik bagi kenyataan yang lebih teruk, sebab itulah semua pelabur lari dan pelabur baru tidak masuk.
“Akibat daripada pelabur asing lari sebab itu nilai mata wang jatuh dan apabila nilai mata wang jatuh maka ekonomi pun jadi tidak baik yang menyebabkan harga barang pun naik,”katanya.
Beliau berkata sedemikian ketika ditemui pemberita dalam Program Sertai Invoke Jumpa Rafizi di Pusat Khidmat Keadilan Bentong di sini.

Bekas CEO Tekun Nasional didakwa esok kerana rasuah RM36,000

Menurut sumber, SPRM sedang menyiasat sama ada bekas CEO Tekun Nasional itu dan KSU kementerian yang ditahan Rabu lalu ada hubung kait dalam kes rasuah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
ceo-dakwa
PETALING JAYA: Seorang bekas pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam esok atas dakwaan meminta suapan sebanyak RM36,000.
Menurut sumber, suspek bergelar Datuk berusia 62 tahun itu yang baru kembali daripada menunaikan umrah semalam, ditahan di kediamannya di Bukit Bandaraya, Shah Alam, pada jam 5.15 petang tadi.
Suspek itu dipercayai menerima wang suapan itu sebagai dorongan mempercepatkan proses bayaran tuntutan sebuah syarikat pemungut hutang sebanyak RM360,009.08 pada 15 Januari 2015.
Sumber itu berkata, suspek pernah ditahan di Kelab Shah Alam, Selangor ketika menerima wang suapan RM36,000 iaitu 10% daripada hasil kutipan “hutang lapuk Tekun Nasional” bagi November 2014, daripada pemilik syarikat pemungut hutang itu pada 15 Januari 2015.
Menurutnya, suspek yang memegang jawatan itu sejak 2008 hingga 2014 melantik syarikat pemungut hutang itu kononnya bagi memungut hutang tidak dilangsaikan peminjam melebihi 2 tahun.

Mohd Amar 'pening' ramal kerjasama Amanah-Umno, kata Amanah Kelantan

"Mahathir 'gila' kata Malaysia akan jadi negara asing" - Nazri

ARMADA sasar 30 peratus calon anak muda PRU 14

Syed Saddiq sedia gerakkan 'armadanya' dalam politik

"Menteri Mat Rempit" dilantik Exco Armada ingin ubah ekonomi mat motor

Pakatan Harapan Sasar Gabungan Kerjasama Pembangkang Di Sabah

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) telah bekerjasama untuk melancarkan gabungan Pakatan Harapan di Sabah dengan mesej jelas kepada parti-parti pembangkang tempatan bahawa mereka berhasrat untuk bertanding di negeri itu pada pilihan raya akan datang.
Pemimpin pakatan itu berkata mereka bersedia untuk berunding dengan parti-parti pembangkang yang berpangkalan di Sabah tentang bagaimana Barisan Nasional (BN) dapat dikalahkan melalui 'satu lawan satu'.
Ketua DAP Sabah Stephen Wong berkata mereka sanggup bersikap 'memberi dan menerima' dengan rakan-rakan parti tempatan yang bersikap terbuka dengan tidak bertegas untuk bertanding di majoriti kerusi.

"Sebarang keputusan tentang siapa yang akan bertanding kerusi tertentu hendaklah berasaskan kepada kerja-kerja parti, sumbangan dan kekuatan di kawasan itu," katanya.

"Jika satu parti itu masih tidak berbuat apa-apa dalam kawasan pilihan rayanya dan menjangkakan kita akan membenarkannya bertanding di sana, itu tidak adil," kata Wong selepas menandatangani perjanjian pembentukan gabungan Pakatan Harapan dengan Ketua PKR Sabah Christina Liew dan Ketua Amanah negeri Hamzah Abdullah, Ahad.

Armada antara tunjang penting Bersatu

Armada antara tunjang penting BersatuAngkatan Bersatu Anak Muda (Armada) mengesahkan setakat ini sebanyak 41 peratus pendaftar parti Bersatu adalah terdiri daripada golongan anak muda dalam lingkungan had umur antara 18 hingga 35 tahun.
Ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, dengan catatan tersebut membuktikan Armada adalah merupakan tunjang terpenting dalam parti tersebut dalam mengetengahkan suara anak muda.
“Ini adalah rekod baharu di mana ramai anak muda yang sertai parti ini dan kami percaya lebih ramai yang akan menyusul selepas ini.
“Disebabkan itu, Bersatu adalah parti yang akan sentiasa mengetengahkan suara anak muda dan bukti yang lebih jelas apabila ketua Armada dipersetujui dilantik sebagai salah satu naib presiden dalam parti ini,” katanya pada sidang media pengumuman exco Armada nasional dan negeri Bersatu, hari ini.
Mengulas lanjut mengenai barisan exco, Syed Saddiq berkata, pemilihan yang dilakukan adalah berdasarkan prinsip demokrasi dan inklusif.
“Dalam pemilihan barisan exco di peringkat nasional dan negeri, kami telah menerima sebanyak 1100 maklumat peribadi dan hanya mereka yang di senarai pendek dipanggil untuk sesi temu ramah sebelum pemilihan dilakukan.
“Ini merupakan cara yang paling inklusif untuk memastikan bahawa setiap anak muda yang memiliki iltizam yang tinggi untuk menyumbang kepada negara diberi peluang dalam parti ini,” katanya.
Menurutnya, seramai 21 exco nasional dan 12 ketua penyelaras Armada negeri telah dilantik menerusi Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) yang berlangsung semalam.

Nazri: Dr Mahathir nyanyuk, jangan beri perhatian kepada beliau

Nazri bertanya jika tanah yang dijual kepada China boleh dipotong dan dibawa ke negara itu.
nazri-aziz-mahathir
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazri Aziz hari ini menggelar Tun Dr Mahathir Mohamad “nyanyuk” kerana mendakwa tanah yang dijual kepada orang asing akhirnya akan menjadi negeri asing.
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, Malaysia menjual tanah kepada orang asing sejak negara merdeka lagi.
“Kita jual menjual tanah kepada kedutaan asing untuk mereka bina kedutaan dan pelabur asing bina bangunan mereka,” katanya pada sidang media di Sekolah Jenis Kebangsaan Tsun Jin, hari ini.
Menteri pelancongan dan kebudayaan itu mengingatkan Dr Mahathir ketika beliau menjadi perdana menteri, banyak tanah dijual kepada pelabur asing.
“Kenapa beliau tidak fikir tanah itu akan menjadi negeri asing ketika itu?”
Nazri berkata, walaupun tanah itu dijual kepada warga asing, ia masih kekal di Malaysia dan ia adalah tanah negara ini.
“Jika anda menjual 1 ekar tanah kepada China, bolehkah anda potong 1 ekar tanah itu dan hantar sekeping demi sekeping ke China? Mereka membeli tanah itu, tetapi ia masih di sini, jadi apa yang dikatakan Dr Mahathir?”
Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat mengabaikan kenyataan yang dibuat bekas perdana menteri itu.

Ujian pertama pengerusi baru Felda - batalkan pembelian EHP

Pengerusi Felda yang baru dilantik Tan Sri Shahrir Samad digesa membatalkan pembelian kontroversi Eagle High Plantation (EHP) Indonesia, kata pemuda PKR (AMK).
"AMK berpendapat Shahrir sebagai pengerusi Felda baru yang tidak terbeban dengan salahlaku dan silap pengurusan dulu wajar memberhentikan pembelian EHP yang jelas sudah terpesong daripada matlamat asal Felda untuk membela nasib rakyat dan peneroka.
"Batalkan pembelian tersebut segera untuk membuktikan Shahrir tidak gadaikan Felda dan bukan di bawah tunggangan mana-mana pihak berkepentingan," kata Ketua Penerangannya, Lee Chean Chung dalam satu kenyataan.
Lee juga menggesa Shahrir, yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru mempertimbangkan hutang sebanyak RM6.1 bilion yang ditanggung Felda pada 2014, dan baki tunai yang hanya berjumlah RM685 juta.
"Satu-satu jalan (bagi pembelian itu) adalah dengan melalui pinjaman yang mana sudah pasti akan memudaratkan keadaan kewangan Felda," kata Adun Semambu itu.

BMI Research: Prestasi ringgit diramal terus menurun

rm-blomBMI Research yang merupakan anak syarikat Fitch Ratings melaporkan Ringgit Malaysia (RM) dijangka menurun lagi selepas
menunjukkan prestasi tidak memberangsangkan di kalangan matawang lain di rantau Asia sepanjang tahun lalu.
Laporan media antarabangsa BLOOMBERG pada 5 Januari lalu menyatakan salah satu punca kejatuhan itu ialah matawang tempatan sangat terkesan dengan sebarang pergerakan yuan yang diramal kekal di bawah tekanan menurun.

“Terdapat juga kemungkinan perbezaan sebenar kadar faedah antara Amerika Syarikat dan Malaysia yang semakin meruncing dengan Malaysia mungkin mengekalkan dasarnya manakala Rizab Persekutuan menaikkan kadar sejumlah 50 mata asas.
“Kelemahan seterusnya dalam pasaran bon global juga akan meletakkan ringgit di bawah tekanan memandangkan kira-kira 40 peratus bon Malaysia dipegang oleh pelabur asing,” kata firma itu.
Ringgit menjunam ke paras terendah iaitu RM4.5002 berbanding dolar Amerika Syarikat sejak krisis kewangan Asia 1998.

OKU, calon bukan Bumiputera jadi exco Pemuda PPBM

Syed Saddiq berkata, pelantikan itu adalah bukti pemilihan bercorak inklusif kerana selain golongan profesional, mereka turut melantik calon OKU, bukan Bumiputera serta 3 mahasiswa sebagai exco.
Syed-Saddiq-Abdul-Rahman
PETALING JAYA: Walaupun selaku parti Bumiputera, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tetap melantik calon bukan Bumiputera dan orang kelainan upaya (OKU) untuk membarisi 21 jawatan exco Pemudanya yang juga dikenali sebagai Armada, semalam.
Sayap itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelantikan itu adalah bukti pemilihan bercorak inklusif kerana selain golongan profesional, mereka turut melantik calon OKU, bukan Bumiputera serta 3 mahasiswa sebagai exco.
Dua exco itu ialah Amin Afifi Ismail, 30, dan Mohana Murraly Sinasammy, 27.
Manakala 3 mahasiswa itu terdiri daripada Ulya Aqamah Husamudin, 26, selaku ketua penerangan Armada dan Mohd Fahim Mohd Farid, 23, serta Abdul Hannaan Khairy, 24, sebagai exco.
Sayap itu diketuai Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, manakala Mohd Aizad Roslan sebagai timbalan ketua, Danial Syahiran Ho Imran Ho selaku penolong setiausaha dan Rafiq Hakim Razali sebagai penolong bendahari.
“Dalam tempoh beberapa bulan yang lalu, ribuan ‘resume’ diterima dan dinilai dengan teliti dalam memilih wakil terbaik parti bagi membawa perjuangan rakyat Malaysia, khususnya mewakili suara anak muda dan mereka dipilih dari pelbagai peringkat dan latar belakang.
“Bukan itu sahaja, mereka yang terpilih juga ada dalam kalangannya belum pernah menganggotai mana-mana parti, namun sudah dikenal pasti akan kebolehan dan diberi peluang atas iltizam dan semangat dalam menjadi ejen perubahan,” katanya.
Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mendaftarkan penubuhan parti itu pada Ogos lalu dilaporkan berkata, selain Bumiputera, termasuk rakyat Sabah dan Sarawak, ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia, tetapi sebagai ahli bersekutu.
Muhyiddin menjelaskan, ahli bukan Bumiputera yang mendaftar sebagai ahli bersekutu, mempunyai hak sama dengan ahli biasa, tetapi mereka tidak boleh mengundi dan bertanding mana-mana jawatan dalam parti.

'Ini salahguna jet kerajaan, bukan isu bersama keluarga'

Kontroversi mengenai percutian keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini bukan mengenai percutiannya, tetapi jet kerajaan yang dikesan di beberapa lokasi di mana keluarganya bercuti, Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh.
Beliau mengulas kenyataan pembantu kepada isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor, yang berkata PM berhak menghabiskan masa berkualiti bersama keluarganya.
"Rizal Mansor terlepas sesuatu yang amat penting dalam isu ini, iaitu sama ada terdapat sebarang salah guna kuasa oleh Perdana Menteri Najib yang terbang dengan keluarga ke seluruh dunia menggunakan jet kerajaan dan bukan untuk tujuan rasmi," kata Wong dalam kenyataan.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan jet kerajaan 9M-NAA itu dikesan terbang merentasi Australia ketika keluarga Najib bercuti di sana, berdasarkan gambar yang dimuat naik di media sosial oleh anaknya, Norashman.
Menjawab perkara itu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Najib berhak menggunakan jet untuk tujuan peribadi.
Bagaimanapun, Wong berkata Nur Jazlan gagal menunjukkan sebarang dokumen mengenai hak dan kelayakan Najib menggunakan pesawat tersebut.
Selepas laporan Malaysiakini berdasarkan data dari laman web pengesanan penerbangan flightaware.com, maklumat mengenai jet kerajaan titu dibuang daripada laman web berkenaan yang dikatakan atas permintaan pemilik jet.
Data penerbangan itu juga tidak ada di laman web pengesanan penerbangan popular, Flightradar24.

LEBONG LAGI...!!!

Menurut pegawai khas Rosmah MANSOR, Datuk Rizal MANSOR..

"Dalam setahun mungkin 10 hari sahaja si ayah benar-benar dimiliki oleh keluarga. 355 hari lagi mereka terpaksa berkongsi ayahnya dengan rakyat"

Inilah dinamakan MELAYU MUDAH LUPA...

Bukan ke PM baru sahaja bawa anak-anaknya ke Negara Cina bulan October lepas..?

Naik jet kerajaan jugak.
Tak tengok IG anak PM ke..?
Bawak sekali Riza Aziz yang mengaku menerima derma hampir RM400 juta yang dikesan dari 1MDB..??

Itu baru 2 bulan setengah yang lalu.
Memang MELAYU MUDAH LUPA dgn pembohongan mereka...

Berapa Banyak Wang Rakyat Mereka Joli....!!!

Sebab itulah Najib & BN bermati-matian paksa rakyat termasuklah yg MISKIN bayar GST 6% demi meneruskan legasi joli mereka ke luar negara walaupun pada masa yg sama rakyat disuruhnya tanggung minyak naik...

JANGAN LUPA...
"Najib telah dipilih oleh Allah, supaya taat setia kepadanya. Allah telah meletakkan Najib sbg presiden kita. Allah yg mahu sebegitu". -Zahid Hamidi (30/11/2016)

JANGAN RISAU.. korang bayar GST, korang juga kena tanggung minyak naik..

Berita gembira !! TERKINI.. Rizab Antarabangsa Bank Negara M'sia SEMAKIN SUSUT dah tinggal USD94.6 bilion sahaja... berbanding paling tinggi yg pernah dicatatkan adalah sbyk USD141.4 bilion..

NAMPAK TAK !!!.. Bila la negara nak jahanam... Selagi negara tak jahanam rakyat tak akan sedar2.

Skandal 1MDB: Parker harus semak semula audit 1MDB

Juruaudit baru 1MDB Parker Randall mesti menyemak semula audit syarikat pelaburan negara itu pada 2013 dan 2014 yang telah ditinggalkan juruauditnya, Deloitte, kata ahli parlimen DAP, Tony Pua.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata ia akan membolehkan firma audit bersekutu Parker dari Malaysia, Afrizan Tarmili Khairul Azhar (Aftaas) menampilkan baki akaun yang lebih tepat untuk audit bagi 2015 dan 2016.
Katanya, jika Aftaas gagal berbuat demikian, bukan sahaja reputasi mereka terjejas di Malaysia, bahkan Parker Randall juga bakal mendapat malu di peringkat antarabangsa.
Juruaudit 1MDB sebelum ini Deloitte meninggalkan audit pada 2013 dan 2014 berikutan Jabatan Kehakiman (DOJ) memfailkan saman sivil pelucuthakan terhadap firma pelaburan negara itu.
DOJ mendakwa lebih daripada AS$ 3.5 bilion dana 1MDB telah disalahgunakan.
Pengerusi 1MDB Tan Sri Irwan Serigar mengumumkan pada Khamis bahawa Deloitte telah digantikan dengan Parker Randall sebagai juruaudit baru 1MDB.

ANTARA AUTA & FAKTA


Nak kekal lama dalam pemerintahan Umno/BN WAJIB BODOH.. Dulu, Kini dan Selamanya..

Jika yg bijak & amanah dikekalkan nescaya akan membawa bala bencana kepada UMNO kelak.

Formula Dr M: Dulu lain, sekarang lain

Oleh Timmy Say
Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan perdana menteri Malaysia yang paling lama memerintah Malaysia, iaitu selama 22 tahun (1981-2003). Selama ini, ramai yang menyebut kejayaan Dr Mahathir bertahan sebegitu lama kerana ketokohannya dalam pentadbiran berganding dengan kelicikannya dalam politik.

Tapi, setelah menjadi salah seorang ahli politik pembangkang di negara ini, penulis yakin Dr Mahathir mendapat perspektif lain mengapa beliau dapat bertahan dengan sebegitu lama selain kepintaran dan sedikit nasib yang baik pada 1987 ketika menghadapi tentangan daripada Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. Jawapannya mudah, selama 22 tahun menjadi PM, Dr Mahathir hanya perlu berdepan dengan sekumpulan pembangkang yang berpecah seperti yang ada hari ini.
Dr Mahathir tidak pernah melalui satu musim pilihan raya di mana pembangkang dapat duduk di bawah satu payung seperti Pakatan Rakyat seperti pada 2008 dan 2013, seperti yang perlu dilalui Tun Abdullah Badawi dan juga Datuk Seri Najib Razak.
Pada zaman beliau, DAP dan PAS sentiasa berlawan sesama sendiri di samping berlawan dengan Umno-BN. Tanpa pembangkang bersatu, dalam perlawanan 3 penjuru berleluasa di setiap penjuru negara, Dr Mahathir mentadbir tanpa sebarang ancaman kuat meskipun Umno-BN dilanda masalah dalaman.
Di kalangan parti pembangkang, hanya PAS berjaya mengambil Kelantan daripada tangan Dr Mahathir dengan bantuan parti serpihan Umno, Semangat-46 pada 1990, dan Terengganu pada 1999 selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat Dr Mahathir.
Pelbagai cara digunakan untuk mendapatkan kembali Kelantan, tetapi Dr Mahathir dan Umno-BN kekal tewas di tangan Datuk Nik Abdul Aziz sehinggalah beliau meninggal dunia.
Kini, Dr Mahathir menjadi seperti Tengku Razaleigh yang mengemudi Semangat 46 di Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada zaman pembangkang tidak lagi bersatu.
Melalui pengalamannya, Dr Mahathir tahu tanpa pembangkang yang bersatu mustahil Umno-BN dapat ditumbangkan seperti zaman beliau menjadi PM.
Ini jelas di sebalik saranan Dr Mahathir yang mendesak agar semua parti pembangkang bersetuju dan bersatu di bawah satu payung dan bertanding menggunakan logo yang sama seperti BN pada Pilihan Raya Umum ke-14.

PRU14: Pas Selangor mulai gelisah, pertandingan 3 penjuru akan “membunuh” semua calonnya

SHAH ALAM: Jika Pas Selangor serius untuk memastikan satu lawan satu menjadi kenyataan dalam PRU14 akan datang, Pas negeri ini dinasihatkan supaya mendapatkan keputusan rasmi daripada Pas Pusat dan berhenti daripada bercerita tentang isu “kerusi tradisi” mereka, tegas Pengerusi AMANAH Selangor, Ir Izham Hashim.
Katanya, kenyataan pimpinan PAS Selangor kebelakangan ini menunjukkan kegelisahan mereka di tahap yang sangat serius.
Bercakap kepada Amanahdaily, beliau berkata, Pas Selangor sebenarnya sedar dengan wujudnya pertandingan tiga penjuru calon-calon parti itu akan tewas seluruhnya di Selangor dalam PRU14 kelak.
Izham berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Setiausaha Pas Selangor, Khairuddin Othman yang meminta Pakatan Harapan untuk tidak terus berdiam diri berhubung kenyataan AMANAH yang mahu bertanding di 40 kerusi milik Pas pada PRU14 akan datang.
Khairuddin menegaskan, Pas terbuka untuk menghormati keputusan pembangkang yang lain, sekiranya tidak menggugat kerusi mereka.
Tetapi ujarnya, jika perkara sebaliknya berlaku Pas tidak akan teragak-agak untuk bertanding kerusi selain yang dimiliki parti itu.
“PH kena buat pendirian berhubung kenyataan Amanah. Sekiranya PH menghormati PAS, nyatakan bahawa mereka menghormati kerusi-kerusi kita. Dan kita akan menghormati kerusi kawan-kawan kita dalam PH.
“Sekiranya PH menyatakan mereka bersedia mengambil kerusi (PAS) di Selangor, maka selari dengan konsep ‘free for all’, kita juga bersedia untuk masuk mana-mana kerusi di Selangor,” kata Khairuddin ketika dihubungi Antarapos, 5 Januari lalu.

Nadi: Desus Semasa - Kaum muda nak perubahan!

Saya pun Melayu juga kata Zaid

Jangan banyak salahkan pemimpin kata Ahli Akademik

Kuasa penentu ialah orang Melayu kata Zaid

Pelantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah

OLEH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Hari ini saya telah bertemu dengan Ketua-ketua Cabang Keadilan Sabah dalam rangka rundingan untuk melantik Pengerusi Keadilan Sabah yang baru.
Saya berbesar hati dan berbangga dengan pertemuan serta semangat juang yang ditunjukkan oleh mereka.
Justeru lanjutan rundingan dan pertimbangan yang telah dilakukan, dengan ini Yang Berhormat Christina Liew dilantik sebagai Pengerusi yang baru.
Dengan perlantikan ini KEADILAN akan teruskan perjuangan yang telah diasaskan sekian lama dan meninggikan semangat membela perjuangan rakyat untuk membawa perubahan demi Sabah yang lebih baik.

Musnahkan billboard bukti Anwar masih digeruni di Pulau Pinang

TINGGAL RANGKA...Itulah nasib billboard yang dipasang oleh penyokong Anwar di Pulau Pinang.TINGGAL RANGKA...Itulah nasib billboard yang dipasang oleh penyokong Anwar di Pulau Pinang.
Tindakan tidak profesional sesetengah pihak berkuasa dan tertentu menjadi bukti bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi digeruni dan menjadi faktor penting terhadap politik negara.
Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Negeri Pulau Pinang, Zulkiefly Saad berkata demikian sebagai mengulas tindakan 11 'Billboard' dan 20 kain rentang 'Solidariti Bersama Anwar' sekitar Pulau Pinang yang telah dirosakkan.
Tindakan ini amat dikesali, kata Zulkiefly SU Majlis Pimpinan PKR Pulau Pinang.Tindakan ini amat dikesali, kata Zulkiefly SU Majlis Pimpinan PKR Pulau Pinang.Sehingga kini, tidak dapat dikenalpasti pihak mana yang bertanggung jawab namun pihak berkuasa tempatan yang terletak di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan mengambil tindakan terhadap bannner dan sepanduk itu.
Ada yang mendakwa tindakan membuangnya dibuat oleh pihak polis dan sesetengahnya oleh musuh politik Anwar, tetapi sehingga kini belum ada pengesahan diperolehi.
Jelas Zulkiefly lagi, PKR Pulau Pinang kecewa dengan tindakan tidak profesional pihak yang merobohkan 'Billboard' dan kain rentang tersebut sempena kehadiran Anwar ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 9 Januari ini.
"Sebelum ini telah pun ada provokasi dan tindakan tersebut.
"Namun begitu, atas nasihat pihak berkuasa, KEADILAN Pulau Pinang telah pun mengikut prosidur dan kehendak mereka.
"Seharusnya pihak berkuasa bertindak berlandaskan undang-undang dan bukannya menjadi alat kebencian pemerintah seperti Umno dan BN, " tegasnya lagi.
Kata Zulkiefly lagi, tindakan gopoh ini memperlihatkan betapa pihak berkenaan masih lagi gagal memahami hak kebebasan bersuara dan ekspresi setiap rakyat.
"Tindakan ini menunjukkan bahawa Anwar masih lagi digeruni oleh Umno dan BN.
"Anwar dilihat sebagai suatu ancaman dan amat merbahaya terhadap politik negara khususnya dibawah kepimpinan Najib kini.
"Keadilan Pulau Pinang percaya tindakan ini adalah tidak bertamadun dan akan hanya menambahkan lagi rasa jelek, muak dan benci rakyat terhadap kerajaan yang memerintah, " ujarnya lagi.

Memang hak Najib sekeluarga untuk bercuti tetapi...

Sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang gemar bercuti secara bermewah di luar negara pada hujung tahun menunjukkan sikap acuh tak acuh terhadap penderitaan yang dirasai rakyat Malaysia.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, sementara menjadi hak bagi Najib untuk bercuti dengan keluarganya, perdana menteri perlu berbuat demikian pada masa yang sesuai.
"Buatlah dengan menggunakan duit sendiri dan masa tersendiri dengan sensitif kepada realiti kesusahan yang sedang dihadapi rakyat hari ini.
"Adakah Perdana Menteri sedar masa yang sukar kepada negara ini ekoran kos menjalani kehidupan yang semakin meningkat kerana beliau sendiri luluskan kenaikan harga petrol baru-baru ini," kata Raja Kamarul Bahrin dalam kenyataan.
Jelas beliau, ketika Najib dan keluarganya menikmati percutian luar negara, rakyat sedang bergelut dengan banjir, perbelanjaan persekolahan dan bayaran cukai pendapatan, antara lain.
Raja Kamarul Bahrin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pegawai khas isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor yang mempertahankan tindakan Najib bercuti di Australia baru-baru ini.

IPTA ‘gersang’, tempat lahir ‘pak turut’

Prof Tajuddin Rasdi berkata universiti awam kini juga bukan lagi menjadi tempat untuk seseorang "mempelajari sesuatu yang bermakna".
tajuddin-rasd
JOHOR BAHRU: Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kini hanya menjadi tempat menyemai sikap “pak turut” dalam kalangan mahasiswa, kata Prof Tajuddin Rasdi.
Pensyarah jurusan seni bina yang hampir 3 dekad mengajar di IPTA itu berkata universiti awam juga bukan lagi menjadi tempat untuk seseorang “mempelajari sesuatu yang bermakna”.
Beliau berkata universiti kini merosot dan hanya menjadi tempat mendapatkan sijil untuk masuk ke alam pekerjaan semata-mata.
“Kalau bak belajar jadi jurutera atau arkitek bolehlah. Tetapi kalau ingin menjernihkan pemikiran, tidak perlu masuk universiti.
“Ia gersang dengan kesedaran, tempat terakhir untuk belajar sesuatu yang bermakna. Ini aspek yang menyedihkan saya,” katanya pada forum “Melayu Badut atau Melayu Wawasan” di sini, semalam.
Tajuddin ialah bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia.
“Ada pepatah ‘seperti katak di bawah tempurung’. Persoalannya adakah katak itu masuk sendiri, atau ada yang meletakkannya di bawah tempurung itu,” soalnya yang lantang mengkritik universiti awam dalam tulisannya di media.
Antara kritikannya sebelum ini mengenai pembaziran dana oleh universiti bagi penyelidikan yang tidak bermanfaat secara terus kepada masyarakat dan berpotensi dihentikan separuh jalan, seperti yang dilaporkan FMT pada 16 Oktober lalu.
Beliau menceritakan pengalamannya menjadi penilai kepada pelajar Ijazah doktor falsafah (PHD) yang enggan menjawab soalannya kerana alasan ia “berbau politik”.
“Saya bertanya bagaimana pelajar itu akan membawa cadangan dan kajiannya kepada Kementerian Pendidikan untuk diaplikasikan di sekolah. Beliau menjawab ‘maaf, kita tidak cakap (isu) politik’,” katanya.
Beliau menyifatkan ia sebagai perkara yang malang memandangkan mahasiswa yang kritis kunci kemajuan negara.
Tajuddin sebelum ini membidas tindakan 2 universiti awam menggantung dan mendenda aktivis mahasiswa Anis Syafiqah dan Asheeq Ali kerana menyertai demonstrasi #TangkapMO1 27 Ogos lalu.

'Angkat Bahri sebagai calon HARAPAN pada PRU14'

Bekas pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin patut diangkat sebagai calon Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam pilihan raya umum akan datang.
Abdul Aziz Bari dari DAP berkata, namun, cadangan tersebut tertakluk kepada persetujuan Bahri sendiri setelah membuat keputusan untuk bersara awal kerana rasa tidak puas hati kes SRC International tidak didakwa.
"Jika beliau sanggup, parti-parti HARAPAN harus mempertimbangkan untuk memberi kerusi kepadanya pada pilihan raya umum yang akan datang.
"Ini akan menunjukkan betapa seriusnya HARAPAN dalam memerangi rasuah," ujar beliau dalam kenyataan.
Selasa lalu, Bahri dilapor memilih untuk bersara awal setelah berkhidmat dengan SPRM selama 30 tahun.
Bahri dilaporkan berkata peletakan jawatannya kerana kecewa dengan keengganan jabatan peguam negara membuat pendakwaan berhubung kes SRC International, anak syarikat 1MDB yang disiasat SPRM.
Terbaru, Bahri menafikan beliau pernah berjumpa atau dihubungi oleh unit media suruhanjaya itu.
Ia bercanggah dengan kenyataan media SPRM yang menyatakan suruhanjaya itu telah menghubungi Bahri dan beliau menafikan mengeluarkan kenyataan memilih bersara awal kerana kecewa dengan kes SRC International.
Malah, kata Bahri, di akhir tugasnya di BOK, mereka juga tidak pernah bercakap dengan beliau.

SUDAHKAH FGV BAYAR FELDA DAN SUDAHKAH FELDA BAYAR EPF?


Peneroka mesti ada rasa kasih keatas institusi FELDA itu sendiri. Mereka mesti jaga ia daripada digasak dan dilanyak oleh pemimpin politik. Sejak megambil alih tanggungjawab keatas FELDA bermula dalam tahun 1997 ketika menjadi menteri pertahanan lagi, Najib telah melihat FELDA sebagai suatu objek untuk digunakan menjana duit.
FELDA pinjam RM6 bilion atau lebih dari KWSP atau EPF. Apa dia buat dengan duit itu? FELDA , melalui FGVH ketika itu, syarikat 100% milik nya pun, membeli beberapa kilang di Amerika yang dikenali sebagai Twin Rivers Technologies. Kilang2 ini menghasilkan antara nya lelemak protin. Pembelian ini pun amat mencurigakan. Hasilnya, FELDA kerugian beratus juta dollar Amerika.
Najib mesti bertanggung jawab keatas ini seperti juga pihak pengurusan pelaburan ini.
Peneroka mungkin lupa mengenai hal ini. Bila FELDA meminjam wang, peneroka pun turut terbabit, sebab mereka adalah pemilik 51% share dalam FELDA Hodings. Dan FELDA induk, dapat aliran tunai dari FH.
Bila dia pinjam, maka FELDA mendedahkan kedudukan kewangan FH kepada pemberi pinjaman dan kreditor2 yang lain.Tanpa disedari, peneroka felda subsidise kebodohan, kecuaian dan mungkin salah laku pihak pengurusan pelaburan. Najib pun tidur seperti Pak Lah. Atau dia tidur as long as duit masuk besusyun susyun.
Jangan lupa, bukan sahaja FGV sebagai pemegang 49% yang menanggung risiko, tapi juga peneroka yang tidak ada kaitan dengan FGV pun menanggung risiko apabila FELDA induk terpaksa hantar duit setiap bulan kepada pelaburan bodoh yang dilakukan oleh FGV.Lebih banyak wang Felda hantar, maka berkurang wang untuk dibelanjakan keatas tanggungjawab sosial Felda keatas peneroka.
Ertinya, penganiayaan terhadap amanah yang diberi oleh peneroka kepada FELDA sudah dicabul oleh pemimpin politik terutama Najib razak yang bertanggungjawab meluluskan setiap keputusan pelaburan.
Berbalik kepada cerita asal. Bagaimana FELDA melalui FGV berada dalam keadaan ini? Untuk beberapa tahun 3 orang broker mat salih beroperasi diMalaysia untuk menjual beberapa kilang milik Procter and Gamble. Mereka telah pergi membuat presentation kepada beberapa syarikat seperti tabung haji, sime darby dan lain2 lagi untuk menjual kilang industry hiliran minyak sawit.
Tidak ada seorang pun hendak beli.
Sehinggalah tiba kepada FELDA. Pada mulaya, FELDA sendiri pun tidak hendak beli. Tapi bila PM kita, orang yang tidak berapa smart ini pergi ke America dan dipengaruhi oleh penceritaan baik2 mengenai industry bioteknoloji, maka dia announce FELDA akan beli kilang 2 ini.
Tapi apa yang peneroka tidak tahu, kilang2 oleh Procter and gamble ini sudah di mothballed lama. Mothballed ertinya lama sudah tutup dan tidak beroperasi.
Broker 3 orang yang kita sebut diatas, melata diseluruh dunia hendak jual kilang2 ini dan saya diberitahu, ada jentera dalam kilang2 ini dibungkus dengan plastik dan tidak lagi beroperasi, tapi FELDA malalui FGV hendak beli jugak.
Kenapa? Sebab Najib razak bos kepada bos FELDA mahukan ia terjadi. Sebab boleh dia istihar bahawa Malaysia sekarang memasuki sector bioteknoloji, sector hiliran minyak sawit dan memasukui bidang biodiesel.

355: SABARLAH DULU USTAZ....

Dalam satu sidang media pagi semalam, Pas dengan bangganya mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan mega berkaitan Akta 355 di Dataran Merdeka, pada 18 Februari depan.

Dillaporkan bahawa seramai 300 ribu orang dijangka akan menghadiri perhimpunan tersebut yang bermula jam 3 petang hingga 11 malam.
Alternatif lain ada, tapi kita yakin dapat Dataran Merdeka, ujar Tuan Ibrahim tanpa ragu-ragu.

Himpunan yang disokong oleh ratusan NGO itu turut juga menjemput parti-parti politik lain, sama ada yang menyokong, mahu pun yang tidak bersetuju dengan Akta 355 itu.

Ketua Penerangan Pas, Nasharuddin Hassan diberitakan memberitahu, selain DAP dan Amanah, "malaikat" pun dijemput sama untuk menaungi dan memberi rahmat kepada program tersebut.

Perghhh....

Penganalisis: Tsunami Melayu tidak akan berlaku pada PRU14

Tsunami Melayu dijangka tidak berlaku pada PRU14 kerana pola pengundi masyarakat itu dilihat tidak akan mengalami banyak perubahan.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, buat masa ini hanya pengundi Melayu bandar dilihat berubah angin dan lebih cenderung beri sokongan kepada pembangkang.
Namun katanya, bagi masyarakat Melayu di luar bandar seperti di Kelantan, Terengganu dan Kedah, pola sokongan mereka kepada kerajaan tetap sama.
“Jadi saya tidak bersetuju akan berlaku tsunami Melayu kerana perbezaannya tidak banyak berubah,” katanya, semalam.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong meramalkan ‘tsunami Melayu’ bakal berlaku seperti dilakukan pengundi Cina dalam dua PRU lalu.
Menyentuh perubahan sokongan masyarakat Melayu bandar kepada pembangkang, Ahmad Marthada berkata, ia disebabkan mereka tidak terlalu bergantung kepada kerajaan seperti masyarakat Melayu luar bandar.
"Masyarakat Melayu luar bandar masih mengharapkan bantuan kerajaan. Kerajaan menyediakan banyak bantuan kepada mereka seperti subsidi kepada pesawah, petani dan sebagainya,” katanya.

PRU14: Tolak Umno demi kembalikan maruah Melayu, kata Zaid

Bekas menteri itu berkata Umno selama ini mengongkong minda dan tindakan orang Melayu.
zaid-ibrahim-1
JOHOR BAHRU: Langkah pertama untuk mengembalikan maruah orang Melayu adalah menumbangkan Umno dalam pilihan raya akan datang, kata Datuk Zaid Ibrahim.
Bekas menteri di jabatan perdana menteri itu berkata falsafah hegemoni yang diamalkan Umno membuatkan orang Melayu merasa bergantung dengan parti itu.
“Kita perlu faham maruah Melayu hanya boleh dibina semula oleh orang Melayu sendiri.
“Kita mesti pecahkan kebuntuan 50 tahun politik hegemoni Umno, yang mana parti itu ingin mengawal dan menentukan semua perkara,” katanya pada forum “Melayu Badut atau Melayu Wawasan” di sini, semalam.
Beliau berkata “Melayu Berwawasan” tidak mengamalkan nilai negatif seperti suka bermusuhan dan menyalahkan orang lain.
“Seperti bertuala dan keluar televisyen,” katanya merujuk kepada Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos yang berbuat sedemikian di depan bangunan SUK di Shah Alam, Selangor pada 21 Disember lalu kerana membantah masalah bekalan air yang melanda negeri itu.
Jamal juga dipenuhi kontroversi sepanjang tahun lalu, terutama melalui derakan Baju Merahnya yang dikatakan bertujuan membela orang Melayu di negara ini.
Zaid berkata kelemahan dan masalah orang Melayu sudah diulas berulang kali oleh pelbagai tokoh ternama, maka kini masa sudah tiba untuk bertindak.

PRU14: Belajar dari PRU13, tolak ansur bahagi kerusi


Meraih Anugerah Peratusan Keahlian Tertinggi pada Konvensyen Nasional AMANAH Disember lalu AMANAH Kuala Selangor terus bekerja keras menuju PRU14Meraih Anugerah Peratusan Keahlian Tertinggi pada Konvensyen Nasional AMANAH Disember lalu AMANAH Kuala Selangor terus bekerja keras menuju PRU14
Menghampiri Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pimpinan Amanah Kawasan Kuala Selangor menyifatkan perkara paling penting adalah menumbangkan Umno-BN dengan belajar daripada keputusan dan analisis pilihan raya sebelum ini.
Sivabalan BalasundaramSivabalan BalasundaramNaib Ketua 2, Sivabalan a/l Balasundaram berkata, dalam konteks Kuala Selangor, Pakatan Harapan perlu mengambil pengajaran daripada percaturan pada PRU13 yang kemudiannya menjadi punca kepada kekalahan Dr Dzulkefly yang ketika itu penyandang Ahli Parlimen berkenaan pada PRU13 lalu.
"Dun Malawati ditandingi calon PKR. Ketika PRU12 2008, BN letak calon India, PKR pun letak calon India. PKR menang dengan margin lebih 200 undi sahaja dan jumlah keluar undi Melayu kita dapati kurang 50 peratus.
"Masuk PRU13, BN letak calon Melayu. Sepatutnya PKR pun kena letak calon Melayu sebab kita sudah nampak sentimen kaum mempengaruhi undi tetapi diletak juga calon India di situ.
"Akhirnya, pembangkang kalah dengan 890 undi tidak silap saya," ujarnya yang juga Pengarah Biro Pilihan Raya Amanah Kuala Selangor ketika ditemui di pejabat parti berkenaan baru-baru ini .
Justeru, isu berkenaan, jelasnya, harus diberi tumpuan oleh pimpinan atasan Pakatan Harapan selain suka atau tidak terpaksa bersedia dengan pertandingan tiga penjuru pada PRU14 nanti.
"Kita di akar umbi sudah beritahu. Kita cakap pun buktikan dengan fakta. Harap bukan sahaja di Kuala Selangor ini tapi ketepatan dalam pemilihan calon bertanding di semua tempat amat penting. Formula untuk Pakatan Harapan menang kali ini bukan ikut parti tapi fokus kita adalah untuk memenangkan Pakatan Harapan.
"Parti mana bertanding tak jadi isu. Paling penting tumbangkan BN. Mesti ada tolak ansur dalam pembahagian kerusi di Kuala Selangor," katanya lagi.
Mohd Maskor TumiranMohd Maskor TumiranSementara itu, Setiausaha Amanah Kuala Selangor, Mohd Maskor Tumiran menyifatkan kekalahan Dr Dzulkefly yang kini Pengarah Strategi Amanah sewaktu PRU13 lalu juga berkaitan dengan pola pengundi Melayu yang masih tegar menyokong BN.
"Kita kalah di Dun Jeram sehingga tidak mampu menampung kemenangan di dua Dun (Dun Malawati dan Dun Ijok) lagi. Kawasan kampung tradisi antaranya seperti di Bukit Cherakah dan Kerayong memang pengundi Melayu di sana memberi undi kepada BN," ujarnya.
Bagi Penolong Setiausahanya, Arulselvi a/p Amalanathan, Pakatan Harapan harus mengutamakan calon bertanding yang mempunyai "pakej penuh" dari segi gerak kerja di akar umbi sehingga kemampuan membawakan suara rakyat di perbahasan Parlimen.

Mampukah Shahrir buat ‘magis’ di Felda, soal PAS

Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat berkata langkah Tan Sri Shahrir Samad sebagai pengerusi baharu Felda itu akan terhalang dan terencat.
Naraza-Muda
PETALING JAYA: Peneroka menantikan keajaiban yang mampu Tan Sri Shahrir Samad lakukan sebagai pengerusi baharu untuk mengembalikan kecemerlangan Felda dalam tempoh 2 tahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat.
Naraza Muda berkata Shahrir berdepan cabaran sukar kerana hampir semua aset Felda sebelum ini sudah menjadi milik Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), yang pada masa ini masih mengekalkan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi.
Katanya, Felda sebagai pemegang saham terbesar FGV akan terkesan daripada turun naik saham FGV sementara Shahrir menghadapi jalan sukar memastikan FGV mampu memberi pulangan pada Felda selagi Isa masih ada di situ.
“Langkah Shahril akan terhalang, apa jua tindakan pengerusi Felda akan terencat merujuk perkembangan terkini.
“Apa yang Shahrir boleh struktur hanya pada Felda, tetapi FGV tidak apa yang boleh dibuat, bahkan satu lagi pertembungan pengurusan akan terjadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan minggu lalu mengumumkan pelantikan Shahrir bagi menggantikan Isa yang tamat tempoh perkhidmatannya. Bagaimanapun Isa kekal sebagai pengerusi FGV.
Shahrir, 67, ialah wakil rakyat berpengaruh di Johor dan menjadi ahli Parlimen Johor Bahru selama 4 penggal. Beliau kini ialah pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan dan pernah dilantik sebagai menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna dan juga bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Malaysia (PAC).
Naraza berkata tanah ladang sawit Felda seluas 360 ribu hektar kini milik FGV sedangkan aset itu umpama “angsa bertelur emas” bagi Felda kerana mampu memberi pendapatan tunai RM1.2 hingga RM1.8 bilion setiap tahun.

Dr M, pulanglah ke masa depan, sembang Salleh

Pemimpin BN itu berkata bekas perdana menteri itu gagal menahan kemaraan besar China.
salleh-said-keruak-mahathir
PETALING JAYA: Selepas menyelar Tun Dr Mahathir Mohamad semalam atas dakwaan penjualan harta rakyat Malaysia kepada orang asing terutamanya China bermakna menjual kedaulatan rakyat, Datuk Seri Salleh Said Keruak sekali lagi membela China hari ini.
Dalam artikel terkini di blognya, menteri komunikasi dan multimedia itu berkata komen Dr Mahathir menunjukkan beliau tidak sedar dunia sudah berubah sepanjang 14 tahun lalu sejak beliau bukan lagi perdana menteri, yang China bangkit dengan hebat sejak 1990-an.
“China sedang maju dan tidak ada sesiapa boleh menahannya. China melabur di seluruh dunia, menjalinkan kerjasama dan membeli banyak aset,” katanya.
Salleh berkata sia-sia saja untuk menahan kebangkitan China, dan negara seperti Malaysia perlu menerimanya atau berdepan risiko tertinggal di belakang, kerana globalisasi juga bermakna berakhirnya perlindungan.
“Anda tidak boleh harap pelaburan langsung asing (FDI) atau duit masuk ke dalam negara anda tetapi tidak bersedia untuk melepaskan beberapa aset tertentu.
“Inilah realiti ‘dunia baharu’ dan Dr Mahathir perlu bangun melihatnya. Alternatif lain ialah untuk mengguna pakai dasar tutup pintu dan terkebelakang serta kekal miskin,” katanya.

PRU14: Umno mungkin 'guna' AMANAH di K'tan, dakwa Mohd Amar

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, peristiwa tahun 1978 mungkin berulang di Kelantan apabila parti serpihan bekerjasama dengan Umno bagi menumbangkan kerajaan PAS.
Ujar beliau, kemunculan Parti Amanah Negara (AMANAH) terutamanya di kawasan marginal PAS sedikit sebanyak boleh menjejaskan usaha bagi mempertahankan kerusi tersebut.
"AMANAH mungkin bekerjasama dengan Umno untuk tumbangkan kerajaan PAS di Kelantan seperti yang pernah dilakukan Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA) pada PRU 1978.
“Kemungkinan itu tidak dapat ditolak, boleh jadi Umno taja calon daripada AMANAH di kawasan yang mereka anggap boleh menang,” katanya, memetik laporan Harakah Daily.
BERJASA merupakan serpihan daripada PAS yang diasaskan oleh Datuk Muhamed bin Nasir yakni bekas Menteri Besar Kelantan yang dipecat dari parti Islam itu.
AMANAH yang kini difahamkan mempunyai kira-kira 21,000 ahli juga parti serpihan PAS yang ditubuhkan selepas beberapa pemimpin gagal mempertahankan jawatan pada muktamar parti di Kuala Selangor pada 2015.

Anwar kecam Irwan nafi kesusahan rakyat

Bekas ketua pembangkang berkata kenyataan ketua setiausaha perbendaharaan itu memperkecilkan cabaran dihadapi jutaan rakyat Malaysia selepas kejatuhan ringgit dan peningkatan kos sara hidup.
anwar-irwan-ekonomi-1
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Siregar Abdullah kerana mengeluarkan kenyataan di sidang media pada Khamis mengatakan ekonomi negara dalam keadaan baik.
Menyelarnya sebagai penafian ketara terhadap realiti dihadapi jutaan rakyat Malaysia, ketua pembangkang yang sedang dipenjarakan itu berkata kerajaan perlu berhenti memberikan jaminan kosong mengenai ekonomi.
“Irwan mengejutkan rakyat dengan mendakwa ekonomi baik dan semuanya itu hanya ‘persepsi’.
“Ini dusta dan memperkecilkan cabaran sebenar dihadapi jutaan rakyat Malaysia susulan kejatuhan ringgit dan peningkatan harga makanan dan barangan sejak pelaksanaan GST,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Anwar menjalani hukuman 5 tahun di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan meliwat bekas pembantunya.
Mengkritik tindakan kerajaan BN sepanjang 10 tahun lalu dalam menafikan hakikat sebenar, Anwar berkata tindakan serta-merta perlu diambil untuk mengembalikan kehidupan dan harapan rakyat.
“Malaysia tidak boleh mengharapkan untuk menyelesaikan isu itu bila pemimpin dan birokrat tertinggi tidak menangani isu ekonomi tertunggak,” katanya.