Sabtu, 7 Januari 2017

Dr Mahathir kata ‘tidak’ kepada jawatan PM

Dr Mahathir berkata, soal siapa akan menjadi perdana menteri tidak timbul dan tidak akan timbul, sehingga mereka memenangi PRU akan datang.
mahathir-pru14SHAH ALAM: “Tidak, tidak, tidak,” kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan sama ada beliau akan mempertimbangkan mengambil jawatan perdana menteri selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Soalan ini didorong tinjauan Institut Darul Ehsan (IDE) bulan lalu yang menunjukkan Dr Mahathir adalah calon pilihan untuk jawatan tertinggi negara itu, sekurang-kurangnya di kalangan pengundi Melayu.
Beliau malah mengalahkan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tinjauan yang dijalankan ke atas 1,761 pengundi berdaftar.
“Saya sudah kata tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang,” kata perdana menteri paling lama berkhidmat di negara ini pada sidang media di Kompleks PKNS hari ini.
“Dan kami tidak bincang pun jawatan perdana menteri. Kini hanya mengenai (cara) memenangi pilihan raya.
“Soal siapa akan menjadi perdana menteri (seterusnya) tidak timbul dan tidak akan timbul, sehingga kita menang.”
Bekas perdana menteri itu turut mentertawakan cadangan wujud 2 puak dalam PPBM yang masing-masing menyokong beliau dan Muhyiddin.
“Ada pihak tertentu nak lihat (kami) bergaduh kerana rasa tertinggal dengan kehadiran kami,” kata Muhyiddin.
“Tetapi, kami sama sekali tidak mempunyai masalah antara satu sama lain. Malah, kami bekerjasama rapat hampir setiap hari, berbincang tentang masalah negara dan masa depan parti.
“Semalam, saya bersama beliau (Dr Mahathir) sehingga 2 pagi. Ini menunjukkan kami ada kerjasama kukuh.”
Beliau berkata, dakwaan itu adalah fitnah yang berniat jahat.
Sementara itu, ditanya jika persaraan awal bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zain ada kaitan dengannya, Dr Mahathir berkata: “Tak kenal Bahri.”

Dr Mahathir beri amaran bahaya jual tanah kepada orang asing

Dr Mahathir menjelaskan perbezaan FDI pada zamannya dan apa yang difahami kerajaan sekarang.
mahathir-fdiKUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa tanah yang dijual kepada orang asing akhirnya akan menjadi negeri asing.
Bekas perdana menteri itu memberi amaran rakyat Malaysia boleh menjangkakan sejumlah kawasan besar akan menjadi enklaf orang asing.
Beliau juga mendakwa kehadiran warga asing itu akan membawa kesan besar ke atas landskap politik negara pada masa depan.
Beliau mengecam tindakan kerajaan “menjual sejumlah besar tanah” kepada firma asing dengan berkata, Najib memberikan takrif baru kepada pelaburan langsung asing (FDI).
“Beliau menganggap warga asing membawa masuk wang untuk membeli tanah dan membangunkan bandar di mana rakyat mereka akan datang dan tinggal sebagai pelaburan langsung asing.
“Hasil itu tidak memberi faedah kepada kita semua. Kebanyakan tanah paling berharga kini dimiliki dan diduduki orang asing. Hakikatnya, ia akan jadi negeri asing.”
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu berkata, dahulu, FDI bermaksud mempelawa pelabur asing membuka kilang mengeluarkan produk untuk dieksport, di mana kerajaan akan menyediakan tanah dan infrastruktur serta pengecualian cukai.
Dr Mahathir berkata, sejumlah besar tanah di sekitar Johor Bahru dijual dan sebaik sahaja tanah itu dibangunkan menjadi perumahan dan hartanah, ia akan membawa kepada “penghijrahan besar-besaran warga asing” yang akan tinggal di bandar baharu itu.
Memetik laporan Malaysia berjaya meraih FDI sebanyak RM150 bilion ketika lawatan rasmi Datuk Seri Najib Razak ke China 2 bulan lalu, Dr Mahathir berkata, tiada maklumat terperinci diberikan mengenai perjanjian dimeterai.
“Kita hanya akan nampak sejumlah besar tanah di negara kita sedang dibangunkan pembeli asing dan diduduki mereka. Akhirnya, mereka akan menuntut taraf kewarganegaraan dan menyertai politik Malaysia, termasuk dalam pilihan raya.
“Apa sahaja ideologi mereka yang percaya mungkin menukar warna politik Malaysia,” katanya.
Sebelum ini, Dr Mahathir mendakwa 700,000 warga asing akan diberikan kerakyatan di Johor supaya mereka boleh mengundi pada pilihan raya umum akan datang, namun Kementerian Dalam Negeri menafikannya.
Beliau berkata, sesetengah warga asing itu hanya akan tinggal di Malaysia pada musim sejuk dan tidak menetap di sini secara kekal.

Iskandar diingatkan, yang tolak kerjasama dengan AMANAH serta Pakatan Harapan ialah Pas

SHAH ALAM: Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abd Samad diingatkan supaya segera sedar yang menolak rundingan kerjasama ialah Pas, bukannya AMANAH dan tidak juga Pakatan Harapan, tegas Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor, Jamzuri Ardani.
“Pihak yang tolak kerjasama ialah Pas, bukan AMANAH dan tidak juga Pakatan Harapan. Yang menubuhkan Blok Ketiga ialah Pas, bukannya AMANAH dan bukan juga Pakatan Harapan,” kata beliau kepada Amanahdaily.
Pada 2 Januari lalu, Iskandar yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor memberi amaran kepada parti-parti pembangkang lain untuk sama-sama berbincang mengenai kerusi dalam menghadapi PRU14.
Katanya, sekiranya parti-parti lain boleh bersetuju dua penjuru, Pas sedia untuk menghormatinya tetapi sekiranya ia tidak berlaku, Pas seakan memberi amaran bahawa “sama-sama kita menanggungnya”.
Iskandar berkata, jika tidak ada persetujuan dan akan berlaku “free for all”, Pas bersedia bertandibg tiga penjuru dan menerokai kawasan-kawasan baru.
Mengulas lanjut, Jamzuri berkata sekarang ini, Iskandar mahu mengugut pula sekiranya tiada rundingan kerusi untuk pertandingan dua penjuru, maka Pas sanggup “meneroka kawasan-kawasan baru” dengan maksud bertanding di kawasan yang bukan kawasan yang mereka bertanding dalam PRU13.
Sikap Iskandar ini sangat memalukan, tegas Jamzuri, ia ibarat menepuk air di dulang, memercik kemuka sendiri.
Pas katanya, tidak ada banyak pilihan, samada membuang sifat kebencian dan permusuhan terhadap Pakatan Harapan serta berunding dengan baik, atau akan terus sahaja bersama BN.

Muhkriz dipelawa berucap di roadshow RUU 355 PAS

Mukhriz berkata, beliau akan bercakap mengenai isu semasa menjelajah Malaysia, jika beliau menghadiri acara itu.
mukriz-ruu35PETALING JAYA: Timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mungkin menghadiri sebuah acara kecil “roadshow” anjuran PAS berhubung Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355).
Bercakap selepas sebuah majlis PPBM hari ini, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, beliau sedang mempertimbangkan menghadiri acara itu dengan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, tetapi akan bercakap mengenai isu semasa menjelajah negara ini, jika beliau memutuskan untuk pergi.
Mengenai himpunan solidariti RUU 355 pada 18 Februari ini, Mukhriz berkata, PPBM belum menerima sebarang jemputan dan tidak boleh mengesahkan penyertaan partinya.
Petang tadi, Tuan Ibrahim mengumumkan himpunan itu akan diadakan di Dataran Merdeka membabitkan lebih 200 NGO dan lebih 300,000 peserta dijangka menyertainya.
Jemputan turut akan dihantar kepada semua pihak, termasuk parti serpihannya Amanah dan seterunya DAP yang menentang RUU 355.
Bagaimanapun, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata, PAS tidak akan dibenar mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka.
Katanya, Padang Merbok juga dilarang, tetapi memberi lampu hijau kepada parti itu menggunakan Stadium Titiwangsa, di mana Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya yang dizalimi Myanmar diadakan baru-baru ini.
Perhimpunan terdahulu anjuran parti politik dan NGO itu juga gagal mendapat kelulusan pihak berkuasa, tetapi Tuan Ibrahim yakin pihak berkuasa akan memberi lampu hijau kepada partinya kali ini.

RUU 355: Datuk Bandar KL tak layan permintaan PAS

Walaupun PAS berharap untuk bertemu dengannya, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz menegaskan Dataran Merdeka tidak akan dibenarkan sebagai tempat perhimpunan untuk menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau lebih dikenali Akta 355.
"Tidak Dataran, tiada rundingan," katanya kepada Malaysiakini.
Amin sebaliknya berkata perhimpunan tersebut hanya perlu diadakan di Stadium Titiwangsa.
"Hanya ikut seperti perhimpunan Rohingya," katanya merujuk kepada perhimpunan yang diadakan pada 4 Disember tahun lalu.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man terdahulu berkata penganjur perhimpunan itu akan membuat permohonan rasmi untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka dan berharap untuk bertemu Datuk Bandar.
"Kami berharap permohonan kami akan diterima," kata Tuan Ibrahim kepada Malaysiakini.
Dalam satu sidang media pagi ini, Tuan Ibrahim berkata, perhimpunan tersebut yang mensasarkan kehadiran 300,000 orang, akan diadakan di pada 18 Februari.
Perhimpunan itu, katanya adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.
Beliau mendakwa mereka sedang menunggu kelulusan untuk perhimpunan tersebut diadakan di Dataran Merdeka.
Hadi sebelum ini membacakan usul rang undang-undang ahli persendirian untuk meminda Akta 355 pada hari terakhir Parlimen November lalu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kemudian berkata kerajaan akan mengambil alih rang undang-undang berkenaan.

UMNO, GERAKAN dinasihat kritik cara Najib urus kewangan negara


GEORGE TOWN, 7 JAN: Daripada berterusan mengkritik Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara melulu, lebih baik UMNO dan GERAKAN menegur cara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengurus negara.
Jika Pulau Pinang yang dari tahun ke tahun mencatatkan lebihan belanjawan, Kerajaan Persekutuan di bawah Najib pula mencatatkan belanjawan defisit saban tahun, malah, nilai matawang ringgit terus menjunam ke paras terburuk sejak krisis ekonomi 1998.
“Saya rasa adalah jelas bahawa UMNO dan Gerakan tidak biasa dengan urus tadbir yang baik dan kerajaan yang mencatatkan lebihan belanjawan,” ujar Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim dalam kenyataan, hari ini.
“Itu sebabnya, kedua-dua pemimpin parti tersebut yang berterusan mencari salah Pulau Pinang untuk tujuan politik itu tidak pernah buat bising dengan Najib ekoran perbelanjaan besar dalam belanjawan, selain belanjawan defisit dan skandal kewangan 1MDB”.
Sebelum ini Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng mendakwa kononnya kerajaan negeri memperoleh belanjawan tambahan bukan daripada urus tadbir yang baik tetapi melalui penjualan tanah.
Adun UMNO dari Pulau Betong, Muhammad Faris Saad pula mendakwa kononnya belanjawan tambahan itu terhasil daripada anggaran awal belanjawan yang tinggi.

PERDANA MENTERI AKUI PENDEDAHAN MENGENAI KEPINCANGAN FELDA ADALAH BENAR


Saya membaca berita ringkas mengenai pelantikan Tan Sri Shahrir Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru menggantikan Tan Sri Isa Samad. Saya mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Shahrir atas amanah yang besar ini dan berharap beliau mengambil sikap terbuka dengan semua pendedahan kepincangan Felda yang saya buat secara bertubi-tubi kebelakangan ini.

Pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang datang secara tiba-tiba dalam suasana kepincangan kewangan dan pengurusan Felda menjadi bualan rakyat mengesahkan bahawa isu-isu yang saya (dan ramai lagi pemimpin politik dan aktivis Felda yang lain) timbulkan adalah benar. Malah, sejak 3 minggu lalu apabila saya memulakan pendedahan bersiri mengenai kepincangan kewangan dan pengurusan Felda, tidak ada satu pun kenyataan rasmi dari Felda atau Tan Sri Isa Samad yang menjawab angka-angka yang saya utarakan.

Pelantikan mengejut Tan Sri Shahrir Samad seakan-akan mengesahkan masalah kewangan yang meruncing yang dialami Felda dan menjunamnya sokongan peneroka Felda sendiri kepada Umno ekoran prestasi Tan Sri Isa Samad yang tidak memberangsangkan dan tidak popular.

Meskipun begitu, tanggungjawab sebenarnya terletak di bahu Dato’ Seri Najib sendiri kerana pengurusan Felda berada di bawah tanggungjawabnya. Di dalam Jemaah Menteri Malaysia iaitu badan eksekutif tertinggi di negara ini, tanggungjawab menyelia dan memajukan Felda terletak di bawah portfolio Perdana Menteri, maka sewajarnya beliau perlu turut sama meletakkan jawatan atas kegagalan memajukan Felda dan masyarakat peneroka.

Sedang saya mengalu-alukan perlantikan Tan Sri Shahrir Samad, saya juga ingin mengingatkan bahawa beliau tidak boleh mencuci tangan atas segala kerosakan yang telah berlaku bersabit Felda. Malah, beliau perlu menjawab dan menangani segera segala isu yang saya timbulkan iaitu:

Keputusan Felda untuk membeli 37% pegangan di dalam syarikat perladangan Indonesia (Eagle High Plantations) yang dimiliki sahabat baik Perdana Menteri pada harga yang 3 kali lebih tinggi, sedangkan Felda tiada wang dan tidak juga mempunyai kuasa penentu dalam membuat keputusan di dalam syarikat baru itu (walaupun mempunyai saham terbesar)
Prestasi kewangan Felda yang merudum sejak 2013 dengan kerugian berbilion ringgit setahun, hutang yang mencecah RM6 bilion dan rizab wang tunai yang susut dari berbilion ringgit sebelum itu kepada RM291 juta sahaja (tahun kewangan 2014)
Kemampuan Felda untuk menjalankan tanggungjawabnya kepada peneroka Felda apabila kedudukan kewangannya meruncing sedangkan belanja untuk menanam semula kelapa sawit mencecah RM2.5 bilion (berbanding pendapatan dan kerugian yang dicatatkan)
Kegagalan projek-projek perumahan Felda yang diwar-warkan oleh Dato’ Seri Najib sehingga sejumlah RM193 juta kerugian khusus kepada program perumahan Felda dicatatkan dalam tahun 2014

Saya dipecat Umno tetapi masih jadi PM, kata Dr M kepada Anina

Dr Mahathir menasihatkan Anina tidak meninggalkan perjuangan demi perkara kecil, sementara Muhyiddin menjelaskan Anina tidak dilantik ketua wanita PPBM kerana prestasinya tidak memenuhi jangkaan.
nina-mahathirSHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menasihatkan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin tidak terlalu emosi kerana tidak dilantik sebagai ketua sayap wanita.
Bekas perdana menteri itu berkata, perselisihan kecil berhubung keputusan PPBM tidak melantiknya sebagai ketua wanita (Srikandi), tidak harus dijadikan alasan untuk beliau meninggalkan perjuangan utama parti bagi menyelamatkan negara.
“Jangan kecewa dan lupa perjuangan kita hanya kerana perkara kecil yang berlaku kepada anda.
“Saya sendiri dipecat daripada parti (Umno), tetapi kemudian saya masih menjadi perdana menteri,” kata pengerusi PPBM itu pada sidang media di Kompleks PKNS hari ini.
Dr Mahathir mengulas konflik dalaman PPBM yang menyaksikan Anina menyerang pucuk pimpinan parti itu selepas mendakwa dirinya dilucutkan jawatan ketua wanita pada 25 Disember lalu.
Sementara itu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut hadir petang tadi menafikan wujud sebarang konflik dan mendakwa keadaan itu hanyalah salah faham.
Beliau berkata, keputusan itu tidak bersifat peribadi dan ia dibuat selepas mendapati prestasi Anina tidak memenuhi jangkaan.
“Apabila kami tubuhkan parti ini, kami meminta beliau memimpin dan meletakkan Srikandi dalam usul. Tetapi, tiada keputusan rasmi mengenai jawatan ketua Srikandi.
“Apa yang berlaku mungkin atas sebab tertentu, Anina tidak mencapai sasaran. Jadi, parti memutuskan tidak melantik beliau memegang jawatan itu.

Mufti pengampu kerajaan, tak bebas bersuara, bidas Dr M

Dr Mahathir berkata, jika jemaah menunaikan haji dengan wang curi, ia seperti tahu pinggang penuh dengan makanan haram, tetapi mereka memakannya juga.
mahathir-1mdbSHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas mufti yang menyangkal dakwaannya berhubung jemaah tajaan 1MDB tidak mendapat haji mabrur sebagai “pengampu kerajaan”.
Bekas perdana menteri itu terus mempertahankan kenyataannya yang dilaporkan minggu lalu dan enggan memohon maaf seperti diminta seorang ahli politik Umno.
“Kenapa saya perlu minta maaf? Semua orang yang kata saya salah, dibayar berbuat demikian. Mereka perlu ampu, mereka perlu bodek. Mereka tidak bebas bersuara.
“Bila jadi mufti kerajaan, kenalah puji kerajaan,” katanya pada sidang media di Komplkes PKNS hari ini.
Pada 1 Januari lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata, jemaah yang menunaikan ibadat haji menggunakan wang 1MBD, tidak akan mendapat haji mabrur.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu berkata, haji yang tidak mabrur itu berpunca daripada wang haram yang dikatakan dicuri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Sejak itu, beliau dikritik beberapa mufti termasuk Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang dilaporkan berkata, hanya Allah yang layak menentukan sama ada ibadah haji seseorang itu mabrur atau tidak dan mabrur hanyalah ibadah yang dilaksanakan sewaktu berada di Mekah, tiada kaitan dengan soal siapa yang memberi wang.
Dr Mahathir berkata: “Jika anda pergi dan menunaikan haji dengan wang curi, ia seperti tahu pinggang penuh dengan makanan haram, anda makan juga.”

'Haji guna duit curi macam tahu makanan haram tapi makan juga'

Jemaah haji di masa depan tidak lagi boleh berpura-pura jahil mengenai wang haram daripada dana yang digunakan untuk menghantar mereka ke Makkah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kalau kamu pergi dan buat haji dengan duit curi, itu macam dah tahu pinggan penuh dengan makanan haram, you makan juga. Tapi kalau tak tahu, okeylah. Tapi sekarang kamu tahu duit ini dicuri," katanya.
Bekas perdana menteri itu akhir bulan lalu berkata jemaah haji tajaan 1MDB tidak akan mendapat haji mabrur kerana menggunakan dana daripada sumber yang dicuri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau dikritik kerana mengeluarkan kenyataan itu termasuk daripada kalangan mufti.
Bagaimanapun Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) itu enggan memohon maaf atas kenyataannya.
"Mengapa saya perlu minta maaf? Semua orang yang mengatakan saya salah juga mesti berbuat demikian.
"Mereka kena 'ampu', mereka perlu 'bodek'. Mereka tidak bebas bersuara.
"Bila jadi mufti kerajaan, kena puji la kerajaan," katanya.
Kerajaan telah menaja ibadah haji untuk imam dan ketua kampung melalui Yayasan 1MDB sejak 2011.
Firma pelaburan negara itu menjadi subjek siasatan antarabangsa, termasuk Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika yang memfailkan saman sivil pelucuthakan dan mendakwa lebih AS$ 3.5 bilion disalahgunakan daripada 1MDB.
DOJ juga berkata seorang yang dinamakan Malaysian Offical 1 didakwa menerima AS$ 731 juta daripada wang yang diseleweng daripada 1MDB.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan menyalahgunakan dana berkenaan dan mendakwa ia sebahagian daripada plot menjatuhkannya.

Isu balak: Siapa luluskan aktiviti pembalakan di Perak?

KSU Rasuah: SPRM rampas lagi wang tunai RM550,000

Guan Eng salah guna kuasa lantik Saifuddin Nasution - BN P Pinang

Rombakan dijangka berlaku dalam sistem pentadbiran FELDA

Anina tidak dilantik Ketua Srikandi kerana prestasi kata Muhyiddin

Mahathir tolak jadi PM walaupun lebih popular dari Anwar

Bahri ni siapa? soal Mahathir

Tun M: Kenapa nak minta maaf? Memang haji tak mabrur guna dana 1MDB

Perinci tahaluf siyasi kata PKR Kelantan


Ab Aziz Ab Kadir
Ads by Kiosked

KOTA BHARU - PKR Kelantan menghormati keputusan Pas untuk memperincikan kandungan tahaluf siyasi antara parti itu dan jemaah lain malah akan menerima apa sahaja keputusan dibuat selagi ia boleh menjamin kemenangan dalam pilihan raya.
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri, Ab Aziz Ab Kadir berkata, Pas bebas membuat apa saja keputusan yang difikirkan baik sekaligus dapat menjamin kemenangan pada pilihan raya akan datang.
“Umum mengetahui, sebagai sebuah parti, kemenangan dalam pilihan raya menjadi matlamat utama.
“Kami akan menerima apa sahaja keputusan yang bakal dimuktamadkan Pas,” katanya kepada Sinar Harian.
Ab Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin bahawa parti itu akan memperincikan kandungan tahaluf siyasi mereka melalui perbincangan bersama jemaah lain yang dijadualkan pertengahan bulan ini.

ADAKAH PERLANTIKAN SHAHRIR BUKTI GAGALNYA ISA MENJAGA PENEROKA?

Mungkin secara kebetulan, Felda kini diterajui oleh dua anak "Pak Samad" secara serentak. Dalam rombakan yang diumumkan semalam, Isa Samad dikekalkan sebagai Pengerusi Felda Global Venture Bhd atau FGV dan Shahrir Samad pula dilantik sebagai Pengerusi Felda.

Dalam pengumuman yang dibuat Najib Razak, dilaporkan bahawa dengan perlantikan Shahrir itu bermakna terdapat pembahagian tanggungjawab antara menjaga kebajikan dan sosio ekonomi peneroka (kini akan dikemudi oleh Shahrir) dengan menguruskan perniagaan yang akan dijaga sepenuhnya oleh Isa.

Difahamkan juga, Isa dan Shahrir akan duduk di pejabat yang bersebelahan di Menara Felda, tetapi kedua-duanya akan berada di bawah pengawasan Najib.

Ramai yang keliru dengan perlantikan itu kerana sesuaikah Shahrir untuk menguruskan hal ehwal peneroka Felda berdasarkan karektornya yang agak "urban", manakala Isa yang lebih "kampung" pula menguruskan entiti perniagaan FGV yang bertaburan di seluruh dunia?

Mereka lebih bersetuju, jika pun pengasingan mahu dilakukan, Shahrir yang seharusnya menjaga FGV dan Isa menguruskan Felda. Cara bercakap dan bahasa Isa dikatakan lebih sesuai difahami oleh peneroka.

Tetapi, apakah dengan memberi tanggungjawab menguruskan hal ehwal peneroka kepada Shahrir, ia bermakna Isa telah gagal dalam tanggungjawabnya kepada peneroka Felda sebelum ini, terutama berkaitan perumahan generasi kedua yang banyak menimbulkan rungutan?

Apakah pengasingan ini ada kaitan dengan kedudukan kritikal
kawasan Felda yang menguasai atau menjadi penentu kemenangan di 54 kawasan Parlimen seluruh negara menjelang PRU 14 akan datang?

Apakah juga perlantikan Shahrir ada kaitan dengan usaha untuk meyakinkan peneroka dan rakyat seluruhnya berkaitan pembelian saham ladang Eagle High di Indonesia yang menjadi pertikaian ramai sekarang ini?

Untuk sementara, mari kita teliti ulasan Rafizi Ramli mengenainya.

PELANTIKAN TAN SRI SHAHRIR SAMAD: PERDANA MENTERI AKUI PENDEDAHAN MENGENAI KEPINCANGAN FELDA ADALAH BENAR

Saya membaca berita ringkas mengenai pelantikan Tan Sri Shahrir Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru menggantikan Tan Sri Isa Samad. Saya mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Shahrir atas amanah yang besar ini dan berharap beliau mengambil sikap terbuka dengan semua pendedahan kepincangan Felda yang saya buat secara bertubi-tubi kebelakangan ini.

Pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang datang secara tiba-tiba dalam suasana kepincangan kewangan dan pengurusan Felda menjadi bualan rakyat mengesahkan bahawa isu-isu yang saya (dan ramai lagi pemimpin politik dan aktivis Felda yang lain) timbulkan adalah benar. Malah, sejak 3 minggu lalu apabila saya memulakan pendedahan bersiri mengenai kepincangan kewangan dan pengurusan Felda, tidak ada satu pun kenyataan rasmi dari Felda atau Tan Sri Isa Samad yang menjawab angka-angka yang saya utarakan.

Dr M tak faham FDI, maksud kedaulatan sembang Salleh Said..!!!

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak memahami konsep Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan maksud kedaulatan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.
"Posting blog terkini Mahathir menunjukkan beliau tidak konsisten dan kurang pemahaman mengenai makna FDI. Beliau juga tidak memahami kedaulatan," tulis menteri itu di blognya.
Beliau merujuk catatan bekas presiden Umno itu semalam, yang mendakwa langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menarik FDI dengan menjual tanah Malaysia, adalah serupa dengan menjual Singapura kepada British semasa era penjajahan.
"Keputusan itu tidak memberi faedah kepada kita semua. Kebanyakan tanah yang paling berharga akan dimiliki dan diduduki oleh orang asing. Ia akan menjadi negara asing," kata bekas perdana menteri itu dalam blognya.
Salleh yang menafikan dakwaan itu berkata 'negara asing' yang diperkatakan Mahathir bagi merujuk kepada kedaulatan adalah jauh tersasar.

Rafizi mahu Shahrir umum Kertas Putih Felda di Parlimen

Rafizi berikrar akan terus mendedahkan kepincangan kewangan dan pengurusan Felda, termasuk satu pendedahan besar pada minggu depan untuk mengalu-alukan pelantikan Shahrir.
feldaPETALING JAYA: Rafizi Ramli menggesa Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengumumkan Kertas Putih mengenai prestasi kewangan dan masa depan Felda di persidangan Parlimen yang dijadualkan bermula Mac nanti.
Naib Presiden PKR itu menerusi kenyataan hari ini berikrar akan terus mendedahkan kepincangan kewangan dan pengurusan Felda, termasuk satu pendedahan besar pada minggu depan untuk “mengalu-alukan” pelantikan Shahrir.
“Sedang saya mengalu-alukan pelantikan Tan Sri Shahrir Samad, saya juga ingin mengingatkan beliau tidak boleh mencuci tangan atas segala kerosakan yang sudah berlaku bersabit Felda. Malah, beliau perlu menjawab dan menangani segera segala isu yang saya timbulkan,” katanya.
Rafizi berkata, isi itu meliputi pembelian 37% pegangan dalam syarikat perladangan Indonesia, PT Eagle High Plantations Tbk pada harga 3 kali lebih tinggi, sedangkan Felda tiada wang dan tidak mempunyai kuasa membuat keputusan dalam syarikat baharu itu, walaupun merupakan pemegang saham terbesar.
Bukan itu sahaja, katanya, prestasi kewangan Felda merudum sejak 2013 dengan kerugian berbilion ringgit setahun, hutang mencecah RM6 bilion dan rizab tunai susut daripada berbilion ringgit kepada RM291 juta sahaja pada tahun kewangan 2014.
“Kemampuan Felda menjalankan tanggungjawabnya kepada peneroka Felda, apabila kedudukan kewangannya meruncing sedangkan belanja menanam semula kelapa sawit mencecah RM2.5 bilion (berbanding pendapatan dan kerugian dicatatkan).
“Kegagalan projek perumahan Felda yang diwar-warkan Datuk Seri Najib Razak sehingga sejumlah RM193 juta kerugian khusus kepada program perumahan Felda dicatatkan pada 2014,” kata Rafizi.

Apakah AG ada kuasa lindungi PM, kata bekas polis

Bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim mempersoalkan sama ada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mempunyai kuasa melindungi sesiapa sahaja yang melakukan jenayah.
Ini berikutan kenyataan menteri undang-undang pada 2011, Datuk Seri Nazri Aziz yang memberitahu parlimen bahawa peguam negara tidak mempunyai kusa melindungi mana-mana individu yang melakukan tindakan jenayah berdasarkan pertimbangan politik.
Justeru itu, Mat Zain mempersoalkan bagaimana Apandi boleh membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku berkaitan kes 1MDB dan SRC International pada Januari tahun lepas.
"Isu di sini ialah jika pada tahun 2011 Nazri yang bercakap sebagai menteri dalam kabinet Najib mengesahkan bahawa peguam negara tidak mempunyai kuasa untuk melindungi sesiapa sahaja atas alasan politik, di mana Apandi mendapatkan hak atau kuasa melindungi Najib daripada sebarang salah laku mengenai derma RM2.6 bilion dan SRC," katanya.
Nazri ketika itu menjawab soalan Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang berhubung surat terbuka Mat Zain berkenaan wang RM40 juta yang dijumpai dalam beberapa akaun bank bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik.
Ia didakwa diperoleh melalui penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang kemudian disiasat badan pencegah rasuah.
Mat Zain berkata negara menghadapi keadaan yang sama apabila wang berjumlah RM42 juta daripada SRC ditemui dalam akaun peribadi Najib.
Apandi, katanya, kemudian mengisytiharkan Najib tidak melakukan sebarang jenayah.

SPRM membisu dakwaan Bahri tiada siapa hubunginya

Tiada sebarang jawapan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penafian bekas pengarahnya, Datuk Bahri Mohd Zin bahawa unit media agensi itu menghubunginya berikutan kenyataan mengenai siasatan SRC International Bhd.
Panggilan dan mesej kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki kekal tidak berjawab.
Bahri, Selasa lalu menafikan beliau pernah berjumpa atau dihubungi oleh unit media suruhanjaya itu.
"Saya amat tidak suka orang mempergunakan saya tanpa kebenaran," katanya, dipetik Sinar Online.
Bekas pengarah bahagian operasi khas SPRM itu sebelum ini menafikan SPRM ada menghubungi beliau.
Suruhanjaya itu juga menafikan kenyataan Bahri bahawa beliau memilih untuk bersara awal kerana kecewa dengan kes SRC.
Azam ketika dihubungi juga mendakwa Bahri menafikan berkata beliau merasakan seolah-olah berdosa terhadap 30 juta rakyat Malaysia seperti dilaporkan.
Terdahulu, beberapa agensi media, termasuk Malaysiakini, memetik Bahri sebagai berkata beliau kecewa apabila kes SRC tidak dibawa ke mahkamah.
SRC, yang sebelum ini merupakan anak syarikat 1MDB dan kini di bawah kementerian kewangan, mencuri perhatian selepas RM42 juta ditemui dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Wang SRC didepositkan dalam akaun Najib dalam dua transaksi - pada 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015 - selepas melalui dua syarikat, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.
Najib dilapor mendakwa tidak sedar mengenai wang SRC dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga membersihkan dirinya daripada sebarang salah laku.

PKR saran bos baharu Felda dengar suara peneroka

Fahmi berkata, Felda perlu kembali kepada perniagaan terasnya, iaitu minyak sawit dan menumpukan peningkatan produktiviti ladang serta kadar perahan minyak daripada purata 17 hingga 18% kepada 20%.
felda-fahmiPETALING JAYA: PKR menyarankan Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengadakan road show bagi menemui peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk mendengar kebimbangan mereka berhubung hala tuju agensi itu, kata pengarah komunikasinya, Fahmi Fadzil.
Baru-baru ini, Felda dilaporkan membeli 37% pegangan dalam PT Eagle High Plantation Tbk daripada Rajawali Group, sebuah daripada syarikat minyak sawit terbesar di Indonesia, pada harga AS$505.4 juta.
Pengambilalihan itu dibuat setahun selepas Felda Global Ventures Holdings Bhd membatalkan rancangan membeli kepentingan sama di Eagle High pada harga AS$680 juta. Ahli politik dan pelabur mengkritik perjanjian itu terlalu mahal.
Fahmi berkata, Felda perlu kembali kepada perniagaan terasnya, iaitu minyak sawit dan menumpukan peningkatan produktiviti ladang serta kadar perahan minyak daripada purata 17 hingga 18% kepada 20%.
“Saya percaya dengan usaha bersepadu semua pihak, Shahrir boleh mengembalikan maruah dan fokus Felda.”
Semalam, Shahrir diumumkan sebagai pengerusi baharu Felda bagi menggantikan Tan Sri Isa Samad yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember lalu.
Isa akan kekal sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).
Baru-baru ini, Isa dipersalahkan untuk prestasi kewangan lemah FGV.

Lantik Shahrir, PM seperti akui Felda alami masalah kewangan, kata Rafizi


Rafizi Ramli akan meneruskan pendedahan mengenai kepincangan kewangan dan pengurusan Felda termasuk satu pendedahan besar minggu depanRafizi Ramli akan meneruskan pendedahan mengenai kepincangan kewangan dan pengurusan Felda termasuk satu pendedahan besar minggu depan
Pengumuman mengejut perdana menteri mengenai pelantikan Tan Sri Shahrir Samad sebagai pengerusi Felda mengesahkan bahawa isu-isu yang ditimbulkan mengenai kewangan agensi itu adalah benar, kata Naib presiden PKR Rafizi Ramli.
"Pelantikan mengejut Tan Sri Shahrir Samad seakan-akan mengesahkan masalah kewangan yang meruncing yang dialami Felda dan menjunamnya sokongan peneroka Felda sendiri kepada Umno ekoran prestasi Tan Sri Isa Samad yang tidak memberangsangkan dan tidak popular," katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahrir Abdul Samad yang juga ahli Parlimen Johor Bahru dilantik sebagai pengerusi baharu Felda menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.
Rafizi berkata, Shahrir tidak boleh 'cuci tangan' sebaliknya mesti menjelaskan keputusan Felda membeli 37 peratus pegangan dalam syarikat perladangan Indonesia, Eagle High Plantations yang didakwa dimiliki sahabat baik perdana menteri pada harga tiga kali lebih tinggi.
"Meskipun begitu, tanggungjawab sebenarnya terletak di bahu Datuk Seri Najib sendiri kerana pengurusan Felda berada di bawah tanggungjawabnya.
"Saya juga ingin mengingatkan bahawa beliau (Shahrir) tidak boleh mencuci tangan atas segala kerosakan yang telah berlaku bersabit Felda," kata Rafizi dalam kenyataan media hari ini.
"Sedangkan Felda tiada wang dan tidak juga mempunyai kuasa penentu dalam membuat keputusan di dalam syarikat baru itu (walaupun mempunyai saham terbesar)," katanya.
RRafizi juga menegaskan, Shahrir juga perlu menjawab mengenai prestasi kewangan Felda yang merudum sejak 2013, hutang mencecah RM6 bilion dan rizab wang tunai yang didakwa susut kepada RM291 juta bagi tahun kewangan 2014.
Selain itu beliau juga mempersoalkan kedudukan kewangan Felda sedangkan belanja untuk menanam semula kelapa sawit mencecah RM2.5 bilion.

Rombak pengurusan Felda untuk selesai masalah, kata Shahrir

Shahrir berterima kasih diberi peluang untuk menyelesaikan masalah dan membetulkan keadaan Felda, bukannya setakat bercakap.
felda-shahrirJOHOR BAHRU: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bakal menyaksikan rombakan pengurusan dalam usaha agensi itu mengembalikan kedudukannya untuk meningkatkan kesejahteraan dan menyelesaikan permasalahan warganya masa kini.
Pengerusi yang baru dilantik, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, langkah itu termasuk meneliti semula barisan anggota lembaga pengarah untuk memberi nafas baharu dan nilai tambah kepada proses rombakan itu sendiri.
Beliau berkata, selain itu, model perniagaan Felda ketika ini juga perlu diteliti semula secara keseluruhan.
Bagaimanapun, katanya, rombakan tersebut perlu munasabah dan sesuai dengan matlamat yang mahu dicapai, terutama dalam mengembalikan kesejahteraan hidup warga Felda supaya lebih terjamin pada masa depan.
“Anggota lembaga (pengarah) Felda mesti kuat, dan mesti memahami segala kekuatan dan kelemahan Felda. Jadi, barulah kita tahu ke mana hala tuju Felda,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Antara yang menjadi kebimbangan peneroka Felda adalah dari segi pendapatan, beban hutang dan perumahan generasi ke-2.
Ditanya sama ada beliau turut melihat penyahsenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) pada masa depan, beliau berkata: “Kita kena tengok dulu. Dari segi faedah dan risiko serta impaknya kerana pasti ada pelbagai pandangan daripada semua pihak. Kita kena lihat pelbagai pilihan yang ada”.
Ketika ini, Felda merupakan pemegang saham majoriti dalam FGV, iaitu sebanyak 20%.
Mengenai pelantikannya sebagai pengerusi Felda, Shahrir berkata, antara perancangan awal beliau ialah melakukan lawatan kerja ke kawasan rancangan, selain bertemu pengurusan Felda mulai esok.
Ketika diminta mengulas mengenai pelantikan beliau dalam keadaan Felda dan kerajaan dikritik pihak tertentu, Shahrir berkata, beliau amat menghargai peluang itu untuk memperbaiki dan menyelesaikan masalah yang dihadapi warga Felda.

Hadi akui ada berbeza pandangan dengan Qaradawi

Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS) Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui wujud perbezaan pendapat antara dirinya dan sarjana terkemuka Islam Dr Yusuf Al-Qaradawi.
Abdul Hadi yang juga presiden PAS memberitahu, beliau selaku naib presiden KUIS mempunyai pandangan tersendiri mengenai isu-isu tertentu yang berbeza dengan Yusuf.
Menurut Abdul Hadi, perbezaan pandangan mengenai sesetengah isu juga pernah dizahirkan melalui artikel yang dihantar kepada Yusuf.
"Memang ada pandangan berbeza (dengan Yusuf). (Dan) saya kemukakan pandangan berbeza (itu) dengan beliau.
"Saya nak beritahu di sini, saya dilantik (menjadi) naib presiden Ulamak bukan saya minta jawatan. Saya tak minta jawatan itu.
"Dan dengan sebab itu saya ada pendirian saya," katanya ketika menjawab soalan hadirin pada program syarahan perdana 'Asia Barat yang bergolak, ke mana kita?' di Shah Alam.
Soalan yang diajukan hadirin itu berhubung perbezaan pendapat antara Yusuf dan Abdul Hadi ketika presiden PAS itu menghadiri perhimpunan antara mazhab di Tehran.
Sebelum ini Yusuf dilaporkan mengecam tindakan Abdul Hadi yang menghadiri perhimpunan antara mahzab tersebut.
Kata Yusuf, KUIS juga terkejut dengan waktu kunjungan Abdul Hadi kerana dibuat ketika "Iran menjalankan jenayah kejamnya" di Aleppo, Syria.
Abdul Hadi yang juga anggota parlimen Marang turut memberikan contoh perbezaan pendapat antara dirinya dan Yusuf dalam meletakkan 'hukum' untuk melawat Baitul Maqdis di Palestin dan isu yang berlaku di Yaman.
"Dia (Yusuf) ada pandangan berbeza contohnya dia mengharamkan melawat Baitul Maqdis. Saya tak boleh buat cara macam itu. Ada yang melawat sebab nak bantu Palestin.

RUU355: Henti takutkan rakyat

RUU355: Pas nafi Umno 'rampas' usul pindaan

DAP, AMANAH, 'Malaikat' pun dijemput ke Himpunan Akta 355

PAS ramal 300 ribu 'gegar' Dataran Merdeka sokong Akta 355

KEADILAN kecewa 11 “billboard” diroboh

Keadilan Pulau Pinang kecewa dengan tindakan tidak profesional pihak berkuasa apabila mereka merobohkan 11 “billboard” Solidariti Bersama Anwar Ibrahim sekitar Pulau Pinang sempena kes beliau di Mahkamah Georgtown Pulau Pinang pada 9 januari 2017.
Sebelum ini sudah ada kejadian sebegini, namun atas nasihat pihak berkuasa, pihak Keadilan Pulau Pinang sudah mengikut kehendak dan kemahuan pihak berkuasa.

Pihak berkuasa sepatutnya bertindak berlandaskan undang-undang, bukan menjadi alat kebencian pemerintah iaitu UMNO BN terhadap musuh politik mereka. Hal ini juga menunjukkan betapa polis masih gagal memahami hak kebebasan bersuara dan berekspresi setiap rakyat.
Tindakan ini menunjukkan dan membuktikan bahawa Anwar Ibrahim masih digeruni dan menjadi faktor penting terhadap politik negara.
Keadilan Pulau Pinang percaya tindakan tidak bertamadun ini hanya akan menimbulkan rasa jelek rakyat terhadap UMNO BN dan pihak berkuasa yang sanggup menjadi alat politik.
Keadilan Pulau Pinang percaya rakyat tidak akan tunduk kepada intimidasi ini. Rakyat Malaysia sudah cukup terdedah dan terdidik dengan gaya politik UMNO BN
Apa yang berlaku ini hanya akan memperkukuh sokongan rakyat terhadap PH, sekaligus mempercepat pereputan UMNO BN.
Justeru, pihak Keadilan Pulau Pinang menyeru rakyat untuk terus berani dan bersolidariti dalam himpunan “Solidariti Bersama Anwar Ibrahim” di hadapan mahkamah tinggi Georgetown Pulau Pinang pada 9 januari 2017, iaitu pada hari isnin jam 8.30 pagi

Apa Salahnya Mukhriz Menjadi Perdana Menteri Malaysia

Oleh Zainudin Maidin
Momokan terhadap Tun Mahathir mahu menjadikan anaknya Mukhriz sebagai Perdana Menteri telah memberikan impression seolah-olah Mukhriz tidak boleh jadi Perdana Menteri Malaysia.

Pada hakikatnya apa salahnya Mukhriz menjadi Perdana Menteri Malaysia atas kekuatannya yang tersendiri dalam keadaan menghadapi berbagai tekanan.Ia tidak sahaja hasrat bapanya(jika benar) tetapi juga hasrat ahli UMNO,generasi baru dan rakyat.

Apakah hanya Hishamuddin Hussein Onn atau Khairy Jamaluddin sahaja yang layak  berada dalam barisan mewakili pucuk kepimpinan negara?

Hishamuddin dan Khairy yang merasakan diri mereka sebagai generasi  "English Educated" (bukan English Intelligentsia) sedang berkonspirasi untuk menyekat Zahid Hamid ke puncak maka itu saya tidak sebutkan Zahid dalam perhetongan untuk PM kerana pada akhirnya  beliau pasti akan dikalahkan oleh Hishamuddin seperti kejayaan Hishamuddin  mengenepikan Mukhriz untuk jawatan Naib Presiden UMNO menerusi pintu belakang.

Saya tidak mahu melayan  dakwaan" tikus-tikus UMNO " mengatakan Mahathir  mahu Mukhriz menjadi  Perdana Menteri kerana tidak berasaskan pada fakta benar tetapi umum mengetahui Mahathir menyekat anaknya Mukhzani untuk bertanding Ketua UMNO bahagian Merbok dan tidak pula membantu Mukhriz untuk menang dalam Pilihanraya Negeri Kedah. Dengan itu sahaja ,cukuplah untuk kita  menciumi hancingnya kencing tikus-tikus UMNO yang tidak pernah diterima oleh orang-orang  UMNO sendiri.

Mereka ini tampil kehadapan menggambarkan seolah-olah  orangUMMO sendiri tidak mampu untuk mempertahankan Najib  sehingga terlihat seperti hidung tak mancong pipi tersurong-surong.

Singapura Cungkil Ulat Daripada Kaki Reput 1MDB

DALAM bahasa yang mudah, cara Singapura bicarakan kes-kes tipu yang libatkan duit 1MDB samalah dengan kita cungkil ulat daripada kaki yang reput.
Satu demi satu Singapura tarik keluar dan ditunjukkan kepada dunia sebagai bukti yang kaki 1MDB memang reput (septic) akibat telur lalat jenis langau yang menetas jadi ulat.
Orang sekarang tak tahu lah. Tapi zaman saya budak-budak di kampung pada tahun 1940-an dan 50-an, kes kaki buruk perkara biasa. Tahap kebersihan teruk dan penyakit kulit berleluasa.
Saya ingat lagi kami budak-budak beramai-ramai tolong Tok Tosa, nenek salah seorang kawan kami, korek keluar ulat daripada luka di kakinya.
Gambar hiasan: Ulat di luka badan manusia
Banyak tak ada, tapi sepuluh, dua puluh ekor ada. Bau memanglah busuk.
Cara elak dan ubati luka daripada dihinggapi lalat adalah dengan menutupnya menggunakan sejenis ubat kapur yang orang kampung panggil MB.
Yang sebenarnya, MB itu adalah singkatan nama pembuat ubat antiseptik tersebut iaitu May & Baker. Syarikat Inggeris yang ditubuhkan pada tahun 1839 itu masih ada sampai hari ini.
Itulah yang sedang berlaku di Singapura dengan ulat-ulat (dalam bahasa Inggeris “maggots”) yang menetas di betis reput 1MDB.
Kerajaan Singapura, melalui mahkamahnya, sedang bedah dan tarik keluar satu demi satu ulat itu untuk buktikan betapa buruk dan busuknya skandal 1MDB.
Sehingga ini ia telah bicarakan lima orang dan jatuhkan hukuman penjara serta denda ke atas tiga daripada mereka. Ia juga tutup dua buah bank yang terlibat mengubah duit haram hasil penyelewengan 1MDB.
Dalam semua kes ini, duit haram yang mereka ubah itu adalah sama atau kena mengena dengan duit “derma Arab” yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil Mohd Najib Abdul Razak, ketika Pilihan Raya Umum 2013.
Ulat paling besar dan busuk sedang dicungkil sekarang adalah perbicaraan bekas pengurus Falcon Private Bank AG cawangan Singapura, Jens Sturzenegger. Eksekutif berbangsa Swiss itu hadapi 16 tuduhan.
Pendakwa telah pun kemukakan fakta-fakta yang kaitkan Sturzenegger dengan kegiatan pengubahan haram duit yang dicuri daripada 1MDB dan menghantarnya balik ke Malaysia untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Falcon Bank juga sedang disiasat oleh pihak berkuasa Switzerland.
Sebab itulah kita susah nak bezakan mana duit 1MDB yang bersih dan mana yang kotor. Lalat bila ia hinggap, makanan bersih pun jadi kotor. Dalam Islam benda kotor haram.
Tapi yang kita tahu, 1MDB bagi duit untuk orang pergi ke Makkah buat haji. Macam mana tu?

Demi solidariti RUU 355, PAS anjur himpunan mega di Datarann

PAS berkata jemputan untuk himpunan yang akan diadakan pada Februari itu akan dihantar kepada semua pihak dalam tempoh terdekat termasuk pada Amanah dan DAP.
pas_ruu
SHAH ALAM: PAS akan menganjurkan himpunan solidariti Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) di Dataran Merdeka pada 18 Februari ini.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata himpunan itu bertujuan menunjukkan sokongan orang Islam terhadap RUU itu, selain memberi penjelasan mengenainya kepada orang bukan Islam.
“Ia dapat membangkitkan semangat umat Islam dalam menghadapi tentangan pihak yang tidak memahami dan cuba ambil kesempatan sehingga boleh mencetuskan suasana tidak harmoni.
“Kita menjemput semua pihak ke himpunan besar-besaran ini. Ia melibatkan lebih 200 NGO dan menjangka lebih 300,000 peserta menyertainya,” katanya pada sidang media di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), hari ini.
Tuan Ibrahim berkata penganjur yakin pihak berkuasa akan memberikan kebenaran untuk menggunakan Dataran Merdeka.
Sebaik selepas menangguhkan pembentangan RUU 355 kali kedua pada 24 November lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan satu perhimpunan raksasa akan diadakan untuk menunjukkan langkah itu mendapat sokongan pelbagai pihak.
Pada masa itu, Hadi berkata pembentangan ditangguhkan bagi mengadakan proses penerangan kerana masih ramai yang tidak memahami perkara itu.
Mengulas hal itu, Tuan Ibrahim berkata proses penerangan yang dilakukan PAS dan NGO lain kepada masyarakat berlangsung dengan baik.

Felda: Pas jangka pertembungan Shahrir dan Isa



Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, punca masalah Felda hari ini kebanyakannya datang daripada FGV dan pengurusan Isa justeru mengekalkan Isa di FGV akan menyebabkan Tan Sri Shahrir Abdul Samad sukar melaksanakan langkah-langkah memulihkan Felda.
Shahrir yang juga ahli Parlimen Johor Bahru dilantik sebagai pengerusi baharu Felda menggantikan Isa yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.
Tan Sri ISa Samad kekal sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd"Adakah Shahrir mampu melaksanakan agenda pemulihan Felda yang melibatkan pembatalan keputusan-keputusan yang dibuat Isa sebelum ini terutamanya urusan yang melibatkan FGV tanpa sebarang gangguan daripada Isa?
"Bagaimana pula dengan pembelian Eagle High Plantation? Adakah Shahrir dapat melakukan apa yang betul untuk menyemak semula pembelian ini yang turut dikritik adik PM, Datuk Nazir Razak sendiri tanpa perlu bertembung dengan Isa?" soalnya dalam kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim juga berkata, isu pembelian EHP akan memberi petanda yang jelas sama ada Shahrir bebas mentadbir Felda ataupun penyusunan ini hanya wayang untuk mengalihkan kemarahan para peneroka daripada Isa.
Menurut beliau juga, Pas menjangkakan Shahrir dan Isa bakal bertembung, dan ini akan satu persaingan politik yang tidak perlu di dalam Felda yang bakal merugikan Felda dan khasnya peneroka.

Asal-usul fitnah kaitkan DAP dengan komunis


Penipuan yang diulang-ulang mampu menjadikan ia diterima sebagai kebenaran. Keadaan ini dikenali sebagai ‘illusory truth effect’ yang mula mendapat perhatian pakar-pakar psikologi pada tahun 1977. Mungkin lebih mudah difahami jika saya katakan, teori itu wujud sejurus Amerika Syarikat tewas dalam perang di Vietnam yang berakhir pada 1975.
Tujuh tahun kemudian iaitu pada 1982, filem First Blood-Rambo muncul. Siri-siri Rambo, selain hiburan seisi keluarga, ia dilihat sebagai langkah menangani persepsi negatif dunia ke atas Amerika yang tewas kepada angkatan bersenjata rakyat Vietnam.
Kejayaan palsu Amerika di Vietnam itu diulang-ulang, afirmasi dalam bentuk filem dan laporan berat sebelah media antarabangsa sehingga kita percaya bahawa Amerika telah menang perang di Vietnam dan dia adalah hero dunia dari komunisme. Inilah auta terpimpin.
Teori ini berkembang dan boleh saya sifatkan sebagai contoh klasik yang telah menjadi nadi kepada asas pengiklanan produk atau perkhidmatan dalam ekonomi pasaran bebas.
Kita tidak boleh menolak hakikat bahawa pembohongan yang diulang-ulang mampu mengubah tanggap dan kepercayaan tetapi tetap tidak mampu mengubah fakta dan realiti sebenar.
Komunis oh komunis
Perkara yang sama berlaku dalam senario politik tanah air. Suka saya sebut mengenai nasib malang yang menimpa DAP, khususnya orang lamanya, pakcik Lim Kit Siang.
Baru-baru ini isu basi mengaitkan DAP dan komunis dijelmakan semula. Dalam satu perkongsian seorang peguam di twitter, belliau mendakwa ada individu memuat naik poster dalam aplikasi Whatsapp mengaitkan Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin DAP dengan pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng dan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew.
Selain Kit Siang, pemimpin lain yang dikaitkan mempunyai pertalian keluarga dengan Chin Peng itu ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok; Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua; Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke; Timbalan Setiausaha Agung, Datuk Ngeh Koo Ham; Penolong Bendahari, Nga Kor Ming dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.
Apapun dakwaan itu, BN sudahpun menggunakan perkataan ‘komunis’ untuk mengaitkan mana-mana gerakan kiri yang dilihat sebagai ‘ancaman’ sejak sekian lama. Manakala DAP yang tertubuh sejak 1966 dengan memperjuangkan kesaksamaan seiring dengan slogan Malaysia Untuk Rakyat Malaysia dimomok sebagai ‘rasis’. Namun momokan rasis itu semakin kurang mendapat sambutan kerana DAP konsisten dengan perjuangannya yang tidak mengira warna kulit. Hanya selepas 2008, DAP dilabel sebagai komunis untuk menakut-nakutkan rakyat.
Ini bukanlah perkara baharu dan ini adalah contoh klasik bagaimana sesebuah pembohongan diulang-ulang. Ia adalah ‘pengiklanan ilusi’ besar-besaran jentera propaganda Umno-BN.
Apapun pembohongan yang dilontar, Lim Kit Siang tetap bukan sepupu Chin Peng. Ini fakta sebenar!
“Chin Peng atau nama lainnya Ong Boon Hua berketurunan Hockchia dan dilahirkan di Sitiawan pada 21 Oktober 1924.
“Lee Kuan Yew adalah seorang bersuku Hakka dan dilahirkan di Singapura pada 16 September 1923.
“Saya pula berketurunan Hokkien dan lahir di Batu Pahat pada 20 Februari 1941! Bagaimana mungkin boleh kami jadi sepupu!” katanya dalam satu kenyataan.

Kenangan Rosmah Mansor cerita pasal Jet

'Duit BR1M diguna bayar hutang, beli barang keperluan harian'

"Dedak": Saifuddin jawab lidah rasmi Pas, dulu beliau pun pernah dilantik oleh Tok Guru Nik Aziz

Pelantikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak seharusnya menjadi pertikaian seperti yang dibangkitkan oleh lidah rasmi Pas, Harakah Daily.
Mengulas mengenai perkara itu, Saifuddin berkata, beliau pernah dilantik oleh Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai Ketua Tabung Amanah Tok Kenali sebelum ini.
Namun katanya, ketika itu tiada sebarang pertikaian daripada ahli Pas walaupun beliau daripada parti lain.
“Allahyarham Nik Aziz sangat maklum saya pemimpin PKR, tetapi melantik saya sebagai ketua GLC tersebut. Beliau melantik saya kerana berasakan saya ada pengalaman, boleh membantu GLC Kelantan dan memberi kepercayaan kepada saya.
“Jadi apa yang Guan Eng buat dengan melantik saya (Penasihat Strategik Ketua Menteri) itu adalah perkara yang telah pun Pas buat ketika melantik saya menyandang jawatan itu selama tiga tahun dari 2004 hingga 2007.
“Adakah ketika Guan Eng melantik saya, itu dikatakan ‘dedak’ dan waktu Pas pula bukan dedak. Itu tidak betul,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam artikel yang dikeluarkan oleh lidah rasmi Pas itu, menyifatkan pelantikan Saifuddin sebagai ‘dedak’ oleh DAP bagi mengikat PKR.
Keputusan melantik Saifuddin juga dikatakan sebagai usaha DAP menyekat sebarang kerjasama PKR dengan Pas.
Saifuddin dilantik secara rasmi pada Rabu lalu dan pelantikannya itu mendapat kelulusan Biro Politik PKR Pusat bagi mengukuhkan Pakatan Harapan Pulau Pinang.
Menurut Saifuddin, jika isu melantik bukan dalam kalangan ahli parti itu dianggap sebagai salah, dedak atau sebagainya, maka amalan itu telah dibuat oleh Pas terlebih dahulu.

"Jubah saja cantik tapi hati busuk"


Saifudin Nasution mengangkat sumpah sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang
Pelantikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat tidak disenangi pihak Pas.
Portal rasmi parti itu, Harakahdaily kelmarin menyiarkan artikel bertajuk "Saifuddin 'penimbang tara' kepentingan DAP?" dengan antara lain mendakwa jawatan tersebut bermotif kepartian bukan demi kepentingan rakyat.
Memulakan artikel sebanyak 16 perenggan itu dengan terjemahan Surah Al-Imran, penulis Izwan Abdul Halim menuduh pelantikan tersebut sebagai "dedak yang ditabur supaya individu atau pihak dilantik akan terikat."
Mengulas artikel yang dilihat membenci DAP itu, bekas Exco Pemuda Pas, Zulhazmi Shariff yang menjadi ahli DAP sejak Jun 2015 menyifatkan pandangan tersebut "sudah seperti tulisan Awang Selamat di Utusan (Malaysia) yang penuh dengan syak wasangka, prasangka buruk dan busuk."
"Dalam ramai-ramai yang mengucapkan tahniah, ada juga yang mengutuk, mengata, mempersoal dan yang paling syahdu ialah HarakahDaily melalui wartawan kurang sukunya Izwan Abdul Halim," bidasnya.
Beliau turut menganggap Pas cenderung bersikap menghukum terhadap sebarang perkara yang bukan berkaitan dengannya sebaliknya menghalalkan apa sahaja yang diperoleh.
"Dasar busuk hati lebai. Bila orang lain dapat semua tak kena. Bila orang lain buat semua tidak halal tapi jika mereka dapat, mereka buat, yang tidak halal akan jadi halal hanya kerana mereka lebai dan pandai memutarbelit ayat suci dan hadith," ujarnya dipetik dari status Facebook beliau hari ini.
Zulhazmi selanjutnya berhujah dengan mempersoalkan pelbagai jawatan yang dinikmati Pas di Selangor selain pernah diperolehi di Pulau Pinang serta dalam pertubuhan tertentu yang berkaitan dengan kerajaan Umno-BN.
"Di Selangor, mereka diberikan jawatan penting di GLC dengan gaji puluhan ribu. Mereka dilantik menjadi Ahli Majlis. Di Pulau Pinang dulunya ketika mereka hanya satu kerusi pun mereka diberikan pelbagai jawatan. Paling seronoknya dalam keadaan mereka pembangkang, mereka dapat jawatan dalam NGO atau agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan pimpinan Umno Najib.
"Tak rasa ka Umno bagi jawatan tu sebagai 'dedak'? Tak rasa ka Azmin bagi jawatan dan kekalkan jawatan diGLC Selangor itu juga sebagai "dedak". Waaaaaa kami tak apa la sebab dasar kami Islam. DAP buat baik pun masuk neraka sebab dasar tidak Islam. Dengki, busuk hati. Jubah saja cantik tapi hati busuk," bidasnya lagi.
Dalam hal berkaitan, tinjauan Malaysia Dateline terhadap penyiaran artikel itu mendapati rata-rata netizen turut mengkritik sikap pimpinan Pas pada masa ini yang dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

DAP, AMANAH turut dijemput hadir Himpunan Akta 355 kata PAS

Sempena himpunan Akta 355 pada 18 Februari depan, PAS selaku penganjur utama menjemput parti-parti politik untuk menyertai himpunan berkenaan termasuk DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Menurut Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan, surat jemputan kepada semua parti politik akan dihantar dan dijangkakan surat tersebut akan diterima pihak berkaitan dalam masa seminggu.
"Ya kita jemput semua, kita jemput semua.
"Surat akan dihantar sebab kita baru buat sidang media pada hari ini. Beri masa seminggu," katanya.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas sidang media Himpunan Akta 355 di Shah Alam hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita sama ada DAP dan AMANAH turut dijemput untuk menyertai himpunan berkenaan.

PAS anjur himpunan Akta 355 pada 18 Feb di Dataran Merdeka

PAS akan menganjurkan satu himpunan mega pada 18 Februari depan untuk memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya umat Islam tentang Akta 355.
Himpunan Akta 355 itu juga akan turut disertai ratusan NGO yang menyokong pindaan rang undang-undang berkenaan, kata pengerusi himpunan itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau yang juga timbalan presiden PAS berkata himpunan yang akan diadakan di Dataran Merdeka itu menganggarkan kehadiran kira-kira 300,000 orang yang terdiri daripada anggota parti, NGO serta orang ramai.
Antara NGO yang akan hadir serta menjadi penganjur bersama himpunan ini ialah Sekretariat Ummah, Majlis Peguam Muslim Malaysia, Majlis Profesional Muslim Malaysia, Pertubuhan Pembela Islam dan Majlis Amal Islami Malaysia.
"Himpunan ini objektif besarnya ialah untuk kita sama-sama nyatakan matlamat untuk bagi penjelasan terhadap kewajaran Akta 355 dan kenapa mesti disokong oleh semua umat Islam, khususnya ahli parlimen.
"Ia juga untuk bangkitkan semangat umat Islam dalam hadapi cabaran dan tentangan pihak yang tak memahami atau mengambil kesempatan tentang isu ini kerana bimbang ia boleh cetus suasana tak harmoni.
"Himpunan ini juga boleh hilangkan keraguan dan kebimbangan rakyat (tentang Akta 355)," katanya dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini.
Himpunan berkenaan akan bermula pada jam 3 petang dan dijangka berakhir pada jam 11 malam.

‘TSUNAMI MELAYU’ DALAM PRU14


DALAM PRU12 dan PRU13, BN mengalami kekalahan mengejut apabila majoriti pengundi Cina telah memberikan sokongan padu kepada calon-calon pembangkang.
Istilah ‘Tsunami Cina’ lalu digunakan untuk menggambarkan betapa besarnya pengaruh pengundi Cina sehingga menyebabkan BN kehilangan kuasa pemerintahan di beberapa negeri.
Menjelang PRU14, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong pula meramalkan ‘Tsunami Melayu’ bakal berlaku seperti apa dilakukan oleh pengundi Cina dalam dua PRU lalu.
“Kini sudah menampakkan angin perubahan dalam masyarakat Melayu. Walaupun belum berlaku tsunami, namun sudah berlaku tiupan angin,” kata Chin Tong dalam satu seminar di Kuala Lumpur, kelmarin.
Memetik laporan Sin Chew Jit Poh, Chin Tong menjelaskan, kerjasama yang dilakukan antara pemimpin Umno dan Pas tidak semestinya diterima masyarakat Melayu di peringkat akar umbi.
Justeru, beliau percaya majoriti pengundi Melayu akan memberikan sokongan yang kuat kepada pakatan pembangkang pada PRU14.
Chin Tong turut menjangkakan PRU14 kemungkinan diadakan pada April tahun ini, jika tidak, ia mungkin akan dilanjutkan sehingga 2018.
Calon Gerakan tanding Dun Ketari
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan Dun Ketari akan ditandingi calon Gerakan sebagai wakil calon untuk BN pada PRU14.
Dun Ketari di bawah kawasan Parlimen Bentong. Pada PRU13, Dun Ketari ditandingi oleh calon MCA.
Menurut Tiong Lai yang juga Ahli Parlimen Bentong, Ketari pada asalnya adalah kawasan milik Gerakan, namun demi mengutamakan peluang kemenangan, MCA telah melakukan pertukaran dengan Gerakan atas semangat permuafakatan BN.

ANGKARA DURJANA NAJIB: DARI 1MDB KE FGV


Ada berita Najib sebut dia akan pulangkan RM2.6 billion kalau dia menang PRU14.
??? ertinya, dia mengaku dia ambil RM2.6 billion. Dengan wang siapa dia akan pulangkan? Tentu bukan dengan duit sendiri. Dengan memalsukan harga2 projek yang diberi kerajaan? Itu maknanya, curi duit dol beri kepada samdol.
Rakyat yang cerdik sudah tahu cara Najib dan menteri2 nya curi duit. Mana2 projek akan ditambah dengan komisyen yang diidamkan. Contoh: jika kos ERL ialah RM46 billion, tapi dia mahukan RM9 billion- kos itu ditambah menjadi RM55 billion. RM9 billion boleh bayar RM2.6 billion dan ada lebih untuk membiayai pilihanraya.
Kemudian beri cerita bohong kepada rakyat- RM46 bilion kos pembinaan sahaja- tidak termasuk kos pengambilan tanah dan lain2.
Mustahil angka RM46 billion iti disebut tanpa melakukan costing dan memasukkan perkara2 seperti kos tanah dan kos pelbagai yang lain.
Benar, ianya jumlah yang dipinjamkan oleh China, tapi keajaan akan bayar bagi pihak rakyat. Ini mungkin dicapai dengan menjual asset negara- tanah, sumber2 asli. Adakah Najib peduli hal ini? Dia tidak peduli kerana sekarang, dia terdesak membayar kembali wang yang dicuri melalui 1MDB, SRC dan entah mana lagi, termasuk Felda.
Najib rasuah. Najib mencuri duit 1MDB. Curi duit SRC. Duit Felda duit GLC2 lain. Najib bohong berulang kali. Najib tidak boleh di beri amanah.
Diberi kepercayaan, dia menipu kita. Diberi kuasa dia guna kuasa untuk menindas diberi kekebasan, dia bebas mencuri dan melakukan apa sahaja.
Jika Najib mewakili bangsa Melayu- maka bangsa Melayui itu kaki bohong, tidak boleh dipercayai, tidak amanah, suka berbohong dan menekan orang lain.
Inikah bangsa Melayu yang lemah lembut dan berbudi perkerti dan beragama Islam? Jika demikian, semua pujian kepada bangsa kita ialah pujian pada diri sendiri dan fantasi.
Maka jangan kita biarkan Najib dan UMNO mewakili bangsa Melayu. Bahkan tidak ada parti pun yang boleh mewaikili kita. Kita mesti tegaskan kermerdekaan minda kita dan memandangkan kerajaan hanya sebagai suatu wadah mencapai matlamat masyarakat yang tidak boleh dicapai secara sendirian.
Ingat tak bila FGV dicadang disenaraikan- PM kata, FGV akan mempunyai rakan kongsi pelabur asing yang mempunyai strong global presence? Well, kata orang putih- itu semua bullshit. Hari ini, hampir 90% saham FGV dimiliki oleh pelabur tempatan yang tidak ada nama lansung dalam dunia. Jadi pelabur asing yang ada global presence hanya kelentongan Najib.
Akhir tahun,2016, dividen ialah 2 sen. Jika peneroka masih simpan 800 unit saham FGV, dia dapat dividen RM16. Dia bayar pinjaman ke Felda pada kadar RM50 sebulan iaitu RM600 setahun. Masuk RM16, keluar RM 600. Inilah pelaburan yang baik yang dijanjikan oleh Najib.
Harga runcit saham ketika diapung ialah RM4.55. pada kemuncak nya, saham melonjak naik hingga RM5.30. pemain2 yang memegang jutaan saham sudah pun menjual saham mereka dan meraih jutaan Ringgit untung dari bermain saham. Inilah pulangan atas pelaburan asal sebanyak RM3600.
Tapi mereka yang pegang saham tersebut , tersadai dengan saham yang berharga RM1.50—RM1.60. Felda sendiri ada 730 juta saham. Jika dividen 2 sen, pulangan pelaburan kepada Felda ialah RM14.58 juta. Dicampur dengan RM585 juta( yakni hasil kongsian bersama, felda ada 599 juta. campur dengan RM250 juta, Felda dapat 849 juta.

Pas perincikan tahaluf siyasi, kata Mursyidul Am


Hashim Jasin

KUALA KANGSAR – Pas akan memperincikan kandungan tahaluf siyasi mereka melalui perbincangan bersama jemaah lain yang dijadualkan pada pertengahan bulan ini.
Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, secara dasarnya Pas telah meletakkan agama di kedudukan pertama sebagai syarat untuk bekerjasama menghadapi PRU14.
Menurutnya, pintu kerjasama itu dibuka kepada mana-mana pihak termasuk yang pernah memusuhi parti berkenaan, dengan syarat ia perlu dipimpin oleh Islam.
“Kita dah ada banyak pengalaman bertahaluf sebelum ini, jadi kali ini dengan sesiapa pun boleh, tapi mesti letakkan agama di tempat pertama. Syaratnya mesti dipimpin oleh Islam. Jadi siapa yang nak ikut...mailah dan pada sapa (siapa) yang tak mau... tak apa.
“Kepada sahabat kita yang pernah atau sedang atau akan datang yang mahu memusuhi kita dengan apa cara sekalipun, pintu Pas terbuka untuk mereka kembali. Kembalilah dengan nawaitu yang betul, kita sedia maafkan dan terima,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana anjuran Pas Kuala Kangsar, kelmarin.
Hashim berkata, pihaknya tidak pernah mengambil serius sindiran dan kritikan parti lain apabila memilih menjadi blok ketiga dalam landskap politik negara.

RM1 JUTA: MENGAPA JAMAL TAK LAPOR POLIS?

Pemimpin Gerakan Baju Merah, Jamal Md Yunus yang sebelum ini menjadi bahan ketawa kerana aksinya bertuala ketika pergi ke pejabat SUK Selangor di Shah Alam, kini membuat satu lagi kejutan.

Jamal yang selepas itu menyerbu beberapa pusat judi di sekitar Ampang dengan memakai jubah pula, kali ini mendakwa beliau telah dicampakkan dengan sebuah beg berisi wang tunai RM1 juta.

Menurut Jamal, beliau percaya perbuatan itu adalah percubaan untuk membelinya berikutan tindakannya menyerbut pusat-pusat judi sebelum ini.
Bagaimanapun, Jamal dilaporkan mencampakkan kembali beg tersebut kepada orang yang mencampakkannya itu.

Wowwww....hebatnya...campak dibalas dengan campak.

Tetapi, kenapa tiada sekeping gambar atau video pun berkaitan aksi campak-mencampak beg itu?

Mencampak air kepada seorang perempuan yang mahu menghantar air ke rumahnya pun bersepah-sepah pengikut Jamal merakam gambarnya, kenapa aksi dicampak dan mencampak beg berisi wang RM1 juta langsung tidak dirakam?

Gambar begnya pun takkan tiada juga?
Selain itu, kenapa Jamal tidak membuat laporan polis mengenai kejadian itu, sebaliknya hanya memilih untuk menulisnya di Facebook?

Sebelum ini, sikit-sikit buat laporan polis, tetapi kenapa kali ini Jamal atau kawan-kawannya tidak membuat laporan polis tentang perbuatan yang terang-terang suatu kesalahan dan cuba merasuahnya?

Sudah tiba masanya SPRM bebas

Dzulkefly Ahmad berkata keberkesanan agensi anti rasuah itu hanya boleh berlaku jika ia melaporkan terus kepada Parlimen.
Dzulkefly-Ahmad_sprm_600
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya menjadi entiti bebas yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Parlimen, bukannya seperti amalan sekarang melaporkan kepada Jabatan Perdana Menteri.
Pengarah Strategi Amanah Dzulkefly Ahmad berkata penahanan eksekutif kanan Jabatan Air Sabah dan ketua setiausaha (KSU) Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah menunjukkan agensi anti rasuah itu seperti bangkit semula.
“Penahanan pegawai kanan Jabatan Air Sabah pada awal Oktober kerana didakwa menyeleweng lebih RM115 juta dan KSU kementerian awal tahun ini kerana disyaki rasuah bernilai jutaan ringgit, perlu dipuji,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Bagaimanapun, katanya harapan sebenar supaya agensi itu berubah sepenuhnya dan menangkap ikan besar tidak akan tercapai dalam tempoh terdekat.
Dzulkefly berkata apa yang menghalang perubahan SPRM ialah mereka tidak bebas.
Di sebalik banyak gesaan untuk SPRM berubah, yang menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada Januari 2009, Dzulkefly berkata cadangan itu tidak diendahkan.
“Sudah berulang kali dicadangkan tetapi Putrajaya tidak mendengar. Cadangan Aliran, contohnya amat berbaloi untuk dipertimbangkan secara serius.
“Seksyen 14 Akta SPRM 2009 (Akta 694) perlu dipinda untuk menyusun semula Jawatankuasa Khas Rasuah di bawah Jawatankuasa Pemilih Parlimen mengenai Anti Rasuah di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Dzulkefly berkata peranan jawatankuasa pemilih itu juga perlu diluaskan daripada hanya memberi nasihat dan memeriksa, kepada mengkritik aktiviti pengurusan dan operasi suruhanjaya itu.
“Dalam kata lain, jawatankuasa pemilih perlu bertindak sebagai mekanisme periksa dan imbang untuk memastikan SPRM mematuhi standard prosedur operasi yang ditetapkan,” katanya.