Jumaat, 6 Januari 2017

KSU Rasuah: SPRM temui dokumen, akan panggil kontraktor terlibat

SPRM akan memanggil kontraktor dan vendor dipercayai terlibat ketika suspek memegang jawatan KSU, sebaik sahaja semua dokumen selesai diteliti.
azam-baki2
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas dokumen disyaki mempunyai maklumat penglibatan ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian kerana penyelewengan dan rasuah, hari ini.
Menurut sumber, SPRM akan memanggil kontraktor dan vendor dipercayai terlibat ketika suspek memegang jawatan tersebut, sebaik sahaja semua dokumen selesai diteliti.
“Beberapa pegawai dan kakitangan kementerian dijangka dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan dalam masa terdekat.
“SPRM juga menyiasat penglibatan suspek dalam beberapa projek ketika memegang jawatan sama di kementerian lain sebelum dilantik sebagai KSU kementerian terbabit,” kata sumber itu.
Perkara ini disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi dan menjelaskan siasatan masih di peringkat awal.
Beliau turut memaklumkan lebih banyak dokumen berhubung siasatan itu akan dirampas.
“Setakat ini tidak ada tangkapan baru namun tidak menolak akan ada tangkapan pada masa akan datang.”
Semalam, SPRM turut menemui 8kg emas dianggarkan bernilai RM1.6 juta dan menemui peti simpanan milik suspek di beberapa bank.

Apa yang kukuh dengan ekonomi Malaysia, Irwan?

Bagi Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah ekonomi negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah kukuh.
Dalilnya, menurut beliau, pada sidang akhbar di Putrajaya, semalam, setiap kali beliau ke restoran dan pasar raya, rakyat sibuk membeli-belah dan melancong.
Sebaliknya, bagi Mohd Irwan, kemerosotan ekonomi dan nilai ringgit berlaku disebabkan oleh tanggapan yang dicipta oleh sesetengah pihak yang mesti diperbetulkan.
Kata beliau yang juga pengerusi 1MDB, isu seperti skandal firma pelaburan negara itu dan dakwaan pentadbiran Najib, punca kemerosotan mata wang negara hanya semata-mata tanggapan.
Jika benar kata Mohd Irwan, semua itu sekadar tanggapan, rakyat negara ini mampu menarik nafas lega setiap kali membuka dompet.
Ini kerana harga barangan atau perkhidmatan sama ada kekal atau tidak naik.
Rakyat negara ini juga tidak akan mengeluh ketika berbelanja bagi membeli peralatan dan baju sekolah anak-anak dan ketika mengisi petrol mulai 1 Januari lalu.
Jika benar apa yang berlaku hari ini hanya tanggapan, rakyat juga tidak perlu risau mengenai jangkaan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) bahawa 45,000 hingga 50,000 pekerja akan kehilangan punca pendapatan tahun ini!
Mampukah rakyat senyum?
Mengapa rakyat tidak mampu tersenyum sedangkan apa yang berlaku itu hanya sekadar tanggapan.
Di sebalik semua 'tanggapan' Mohd Irwan ini, denyut nadi rakyat merasai, mengalami, menempuhi serta menyaksikan sebaliknya.
Tiga hari lalu, rakyat dikejutkan dengan nilai ringgit yang menjunam ke paras terendah baru iaitu RM4.5002 berbanding dolar Amerika Syarikat sejak krisis kewangan Asia 1998.
Dengan mencecah titik terendah pada nilai RM4.88 berbanding AS$1 pada bulan Januari 1998, BMI Research mengeluarkan amaran bahawa matawang tempatan itu diramalkan jatuh lagi.
Malah ini diperakui oleh Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Othman Aziz yang berkata ringgit hanya akan pulih dalam suku ketiga tahun ini.
Kesan kejatuhan nilai ringgit yang terus merudum turut memberi kesan ke atas harga emas di peringkat tempatan walaupun harga komoditi tersebut di pasaran antarabangsa menurun.
Akibat kejatuhan nilai ringgit, kebanyakan kedai emas di peringkat tempatan tidak dapat menurunkan harga kerana menggunakan dollar Amerika dalam urusan jual beli.
Justeru, jualan komoditi tersebut sebagai barang kemas bakal terjejas sehingga 20 peratus meskipun perayaan Tahun Baharu Cina semakin hampir.
Rakyat terus derita
Jualan barang-barang kemas juga dikatakan akan merosot kerana ramai orang tertekan dengan kenaikan harga barang keperluan serta musim sesi persekolahan baharu.
Tempias kejatuhan matawang tempatan juga menyebabkan rizab antarabangsa Bank Negara merosot sekitar RM8 bilion setelah kini berlegar-legar di tahap AS$94.6 bilion (RM423.3 bilion) pada 30 Disember yang lalu.
Pada pertengahan bulan lalu, ia berada pada paras AS$96.4 bilion (RM431.4 bilion).

Dr M: Najib beri 'makna baru' FDI

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, strategi perdana menteri menarik pelaburan langsung asing (FDI) melalui penjualan tanah negara sama seperti menjual Singapura kepada Bristish pada zaman negara dijajah.
Kata Dr Mahathir, tindakan itu langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat.
"Kebanyakan tanah paling bernilai kini dimiliki dan diduduki orang asing. Malah ia akan menjadi tanah asing.
"Apabila kita menjual Singapura kepada British, kita mesti tahu Singapura dengan segala kekayaan dan pembangunannya menjadi negara asing," katanya melalui kemas kini terbaru blog beliau hari ini.
Menurut bekas perdana menteri selama 22 tahun itu, pendekatan Malaysia menarik FDI pada masa lalu sangat berbeza kerana tumpuan dibuat dengan menarik pengeluar asing mencipta pekerjaan dan produk di negara ini untuk dieksport.
Katanya, FDI menyelesaikan hampir semua masalah pengangguran dan memperkaya negara melalui dasar perindustrian dan aliran modal.
Sejumlah besar modal itu, kata Dr Mahathir, dikumpulkan di peringkat domestik.
Tetapi kerajaan Datuk Seri Najib Razak, kata Dr Mahathir, memberikan takrif baru untuk FDI.
"Dia menganggap orang asing yang membawa wang membeli tanah dan membangunkan bandar dan rakyat mereka akan datang dan tinggal (di negara ini) sebagai pelaburan langsung asing," katanya.
Satu daripada contoh dimaksudkan, menurut Dr Mahathir, ialah Forest City di Johor yang dibangunkan syarikat berpangkalan di China.
"Sudah beribu-ribu unit disiapkan dan dijual ke China. Laporan Bloomberg menyatakan 700,000 orang dari China akan tinggal di situ," katanya.
Bagaimanapun untuk rekod, laporan Bloomberg itu tidak menyatakan secara jelas 700,000 kediaman baru itu akan didiami rakyat China, namun menyatakan mereka adalah sasaran jualan pemaju terbabit.
Susahkan PBT, pusat
Tambah Dr Mahathir, ada kira-kira 60 projek lain seumpama itu di kawasan Iskandar Malaysia yang akan menyediakan 500,000 lagi kediaman.
"Kontraktor China lebih suka membawa pekerja, arkitek dan jurutera mereka sendiri.
"Beberapa rakyat Malaysia akan diambil bekerja dalam projek-projek ini dan sedikit orang Malaysia akan mampu membeli rumah-rumah pangsa yang akan dibina," katanya.
Menurut pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu, di kebanyakan negara lain orang asing dilarang membeli tanah dan hanya diberikan kontrak bagi melaksanakan pembangunan.
"Sudah tentu kebanyakan apa yang mereka bina bukan untuk orang asing mendudukinya hampir secara eksklusif," kata Dr Mahathir.
Namun, katanya, keadaan itu tidak berlaku di Malaysia - negara yang dianggapnya sebagai "pemurah".
"Kita mendakwa - orang asing ini tidak akan kekal selama-lamanya di tempat yang mereka bangunkan.

ANTARA SAIFUDDIN DENGAN NASHARUDDIN, SIAPA MAKAN DEDAK?

PKR dan DAP adalah dua daripada tiga parti yang menganggotai Pakatan Harapan. Satu lagi parti yang turut menjadi anggota Pakatan Harapan ialah Amanah.

Apabila Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dilantik sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng daripada DAP, lidah rasmi Pas iaitu Harakahdaily menyifatkannya sebagai "dedak" untuk mengikat PKR.

Itulah dedak yang ditabur supaya individu atau pihak yang dilantik akan terikat, kata tulisan itu lagi.
Di mana logiknya lantikan itu bertujuan mengikat sedangkan PKR dan DAP sudah saling bersama, bekerjasama dan mempunyai ikatan rasmi dalam Pakatan Harapan?

Bandingkan pula dengan Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas dan masih merupakan ahli Pas yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global  sejak 2015 lagi.

Yayasan tersebut ditubuhkan oleh Najib Razak atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri daripada UMNO dan BN yang bertujuan untuk memupuk semangat kesederhaan.

Sebelum itu, jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global disandang oleh Saiffudin Abdullah, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi setelah tewas dalam pilihanraya 2013.

Saifuddin  Abdullah melepaskan jawatan apabila membuat keputusan meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR. Maknanya, Saifuddin sedar prasyarat memegang jawatan itu ialah sama ada ahli UMNO atau mesti menyokong Najib.
Berbeza dengan perlantikan Saifuddin oleh Lim Guan Eng dalam kerajaan negeri Pulau Pinang di mana PKR dan DAP saling mempunyai ikatan rasmi, sebaliknya perlantikan Nasharuddin oleh Najib dalam keadaan Pas dan UMNO tidak mempunyai sebarang ikatan persefahaman langsung.

Jadi, siapa sebenarnya sedang ditabur dedak bertujuan untuk mengikat?

Analisis AWANI: Etika, kepimpinan & nilai dalam memerangi rasuah

PKR lancar kempen Jelajah Siap Siaga hadapi PRU14

Nurul: Rakyat tak mampu bercuti di Perth sambut tahun baharu

Beritahu situasi sebenar ekonomi negara kepada rakyat - Nurul

Harakahdaily perlu contohi jiwa besar Nik Aziz, kata Saifuddin

Media rasmi PAS semalam mencemuh pelantikan pemimpin parti sekutu PKR, Saifuddin Nasution sebagai penasihat kerajaan Pulau Pinang
harakahdailyPETALING JAYA: Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang dicemuh Harakahdaily selepas dilantik penasihat kerajaan Pulau Pinang meminta media rasmi PAS itu agar mencontohi jiwa besar pemimpin mereka, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Saifuddin, yang juga setiausaha agung PKR berkata, bekas menteri besar Kelantan itu pernah memberinya peluang memimpin badan berkaitan kerajaan (GLC) Kelantan pada 2004 hingga 2007, walaupun berbeza parti.
Beliau berkata demikian mengulas artikel yang disiarkan Harakahdaily, mencemuh pelantikan Saifuddin sebagai penasihat strategi kepada ketua menteri Pulau Pinang sebagai “dedak” DAP kepada PKR.
“Tidak timbul istilah Nik Abdul Aziz beri dedak kepada Saifuddin. Masa itu DAP pun tak pertikaikan, tak ada sesiapa pertikai pun,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Nik Aziz turut memberi kepercayaan kepadanya untuk menjalankan program kebajikan untuk rakyat Kelantan, tambahnya.
Menyusuli pembubaran Pakatan Rakyat, PAS dikeluarkan daripada pemerintahan pakatan pembangkang nasional di Pulau Pinang, yang dipimpin perikatan DAP-PKR-Amanah, Pakatan Harapan.

‘1MDB gagal beri gambaran penuh juruaudit baru’

1MDB gagal memberi gambaran penuh ketika mengumumkan pelantikan Parker Randall sebagai juruaudit baru, dakwa ahli parlimen DAP Tony Pua hari ini.
"Waa ... juruaudit baru akhirnya. Ada gaya nama Parker Randall," kata Pua dalam laman Facebook.
Tidak lama selepas Ketua Setiausaha Perbendaharaan (MoF) Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah mengumumkan pelantikan juruaudit baru itu, 1MDB juga mengeluarkan satu kenyataan ringkas.
Pua kemudian membidas 1MDB dengan berkata "Kenyataan akhbar lebih tepat sepatutnya berbunyi: 1MDB lantik Afrizan Tarmili Khairul Azhar atau Aftaas (http://aftaas.com) sebagai juruaudit baru".
"Aftaas adalah anggota Parker Randall International, sebuah persatuan antarabangsa firma audit dan perakaunan," katanya.
Ketika dihubungi, Pua berkata tidak salah bagi 1MDB dan Mohd Irwan untuk menamakan Parker Randall sebagai juruaudit baru.
Beliau berkata ramai juruaudit tempatan mempunyai gabungan dengan firma antarabangsa untuk menaikkan imej mereka.
Bagaimanapun, Pua berkata kedua-dua 1MDB dan Mohd Irwan tidak memberikan fakta-fakta lengkap dan cuba untuk mempengaruhi persepsi awam.
"Mereka sepatutnya berkata Aftaas yang dilantik (sebaliknya)," katanya.
Menurut pemimpin DAP itu, beliau sangsi sama ada Parker Randall mempunyai firma di negara ini, sama seperti PricewaterhouseCoopers (PwC) dan Ernst & Young.
Lewat hari ini, Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy menolak dakwaan Pua.
Katanya, Parker Randall sememangnya sebuah firma yang berdaftar dengan Institut Akauntan Malaysia (MIA), dengan nombor pendaftaran AF 002067.
"Pua perlu semak fakta terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan mengelirukan," kata Arul Kanda kepada Malaysiakini.
Walau bagaimanapun, semakan dalam direktori keanggotaan MIA mendedahkan bahawa Parker Randall sememangnya berkongsi e-mel sama dan alamat ibu pejabat firma audit Afrizan Tarmili Khairul Azhar.

Shahrir Samad dilantik pengerusi baru Felda ganti Isa Samad

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) melantik Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai pengerusi baharunya selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan dan
memantapkan lagi kepimpinan badan tersebut.
Shahrir menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang telah tamat tempoh perkhidmatannya sebagai Pengerusi FELDA, manakala Mohd Isa akan terus memegang jawatan sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd, kata FELDA dalam satu kenyataan, hari ini.
"Dibawah penyusunan ini, adanya pembahagian tanggungjawab iaitu terhadap kebajikan dan sosio-ekonomi peneroka, dan perniagaan FELDA," kata lembaga tersebut.

Juruaudit baru 1MDB: Siapa, apa Parker Randall

1MDB yang begitu dikenali di seantero dunia atas sebab yang salah telah melantik juruaudit baru, iaitu kira-kira enam bulan selepas firma sebelum ini Deloitte Malaysia bertindak menamatkan perkhidmatan.
Semalam, Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah mendedahkan Parker Randall dilantik sebagai juruaudit baru untuk cabang pelaburan negara itu.
Tetapi siapa, atau lebih tepat, apa Parker Randall?
Parker Randall merujuk kepada gabungan firma-firma ahli Parker Randall International Limited.
Parker Randall, bagaimanapun, mempunyai banyak syarikat bersekutu di seluruh dunia dan syarikat anggota yang menawarkan khidmat audit, perakaunan dan lain-lain di 53 buah negara dengan lebih 100 pejabat.
Setiap firma, berkata gabungan itu dalam laman webnya, diteliti menerusi proses semakan dan kajian sebelum menyertai rangkaian Parker Randall.
Seperti yang dinyatakan di laman webnya, setiap firma ahli merupakan entiti sah yang berasingan dan bebas.
Oleh itu, tindakan entiti tertentu tidak mengakibatkan sebarang liabiliti ke atas firma-firma ahli yang lain.
Aftaas (Afrizan Tarmili Khairul Azhar), di sudut yang lain, merupakan firma ahli Parker Randall di Malaysia.
Ia tidak jelas, bagaimanapun, sama ada Parker Randall atau cawangan tempatan yang akan mengaudit 1MDB.
Malaysiakini telah menghubungi kedua-duanya, Parker Randall dan Aftaas untuk mendapatkan penjelasan dan sedang menunggu jawapan balas.
Apa yang kita tahu tentang Parker Randall?
Berdasarkan laman web korporatnya, Parker Randall disimpulkan sebagai 'penyedia perkhidmatan percukaian, jaminan, perundingan serta khidmat nasihat kewangan'.
Parker Randall International Limited ditubuhkan pada Ogos 2003 dan didaftarkan bagi mengendalikan kerja-kerja pengauditan di United Kingdom oleh Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).
Ia didaftarkan sebagai perkongsian liabiliti terhad di England dan Wales.

Nurul Izzah elak jawab PPBM jadi liabiliti

Naib presiden PKR menggesa semua pemimpin pembangkang bersedia dan kekal fokus terhadap agenda reformasi.
izzah-ppbmPETALING JAYA: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengelak apabila diajukan pertanyaan sama ada sekutu terbaru blok pembangkang, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini menjadi liabiliti kepada Pakatan Harapan (PH).
Walaupun tidak menjawab soalan secara langsung apabila ditanya, beliau menyeru semua parti pembangkang bersama-sama, terutama dengan pilihan raya umum (PRU) ke-14 bakal tiba.
“Semua orang perlu sedar pengundi sedang menunggu.
“Kita perlu menjadikan rakyat sebagai fokus, dan memenangi PRU akan datang. Jika tidak semua orang akan menderita,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini hari ini.
Nurul ditanya jika skandal menyelubungi PPBM yang baru berusia 4 bulan itu, dan politik dalaman parti itu menjadikan ia satu liabiliti kepada PH.
Apabila ditekan untuk mendapatkan jawapan, Nurul berkata adalah mengenai bagaimana pembangkang mengawal komunikasi bagi berhadapan dengan PRU.
“Kita perlu pulih, lebih sabar dan memberi tumpuan kepada perpaduan. Jadi, tidak kira bagaimana kecewa, atau marah kita, bagi saya, kita mempunyai masa memastikan semua orang memberi tumpuan kepada agenda reformasi.”
PPBM dibelenggu skandal, dengan tuduhan melibatkan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dikhabarkan mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita sudah berkahwin dan skandal mesej seks membabitkan salah seorang pengasas parti, Anina Saadudin.

Rundingan kerusi Pakatan Harapan-Pas tak timbul


PETALING JAYA - Isu rundingan pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan dan Pas tidak perlu ditimbulkan buat masa ini.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, sebaliknya parti itu kini memberi tumpuan kepada gerak kerja menjelang PRU14.
"Saya fikir isu itu tidak berbangkit sekarang. Sebarang rundingan adalah lebih baik dilakukan secara tertutup.
"Sekarang ini terlampau banyak yang diperkatakan secara umum. Jadi fokusnya sekarang kita nak tampilkan calon terbaik dan gerak kerja parti, itulah yang akan bantu proses pemilihan nanti," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.
Menurut beliau, PKR juga telah melancarkan Jelajah Siap Siaga 2017 bagi menyusun program menghadapi PRU14.
Katanya, jelajah itu adalah kesinambungan kepada kejayaan Jelajah Merdeka Rakyat yang diperkenalkan pada 2012.
"Fokus Jelajah Siap Siaga 2017 ini adalah dalaman di mana petugas dan penyelaras DUN dan Parlimen tumpukan usaha untuk gerakkan jentera termasuk aktiviti kemasyarakatan," katanya.

Najib menjenamakan semula dirinya, kata The Economist

Majalah itu berkata strategi perdana menteri adalah menjenamakan dirinya sebagai orang Islam yang warak dan melemahkan pembangkang yang berpecah belah.
Najib-RazakKUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mahir menjenamakan dirinya sebagai seorang Islam yang warak dan berjaya melemahkan pembangkang, kata The Economist.
Edisi terkini majalah terkemuka itu berkata di sebalik misteri sekitar 1Malaysia Development Berhad (1MDB), perdana menteri itu nampaknya berjaya menyatukan kuasanya.
Najib, menurut majalah itu, berada “pada kemuncak kuasanya”.
Meramalkan perdana menteri akan memanggil pilihan raya awal, ia mengambil maklum presiden Umno itu, yang mendapat sokongan penuh parti, berjaya mengemudi PAS daripada pembangkang yang meragam.
Ancaman bekas timbalan perdana menteri dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap parti pemerintah juga dinyahkan dengan berkesan. Anwar sedang menjalani hukuman penjara kerana meliwat.
Najib, menurut majalah itu, turut bertindak terhadap aktivis dan ahli politik yang berterusan mempersoalkan beliau dan kerajaannya.
“Bagi 1MDB, satu-satunya pensabitan di Malaysia yang berkaitan melibatkan seorang wakil rakyat yang menonjolkan dakwaan salah laku oleh para pengurus dana itu,” katanya, merujuk kepada Ahli Parlimen Rafizi Ramli.
Najib giat memikat PAS dan menjenamakan dirinya sebagai seorang Islam yang warak. Najib, menurut The Economist, mengorak “langkah luar biasa” tahun lepas apabila menyokong usul peribadi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meningkatkan kuasa mahkamah syariah.
Najib turut “berharap pembangkang terus bertelagah – terutamanya, kegagalan mereka mengakui Anwar gagal memimpin pembangkang dari penjara”.

PAS tawar diri beri penerangan RUU 355 kepada Sarawak

Naib presiden PAS yakin Nancy Shukri dapat memahami isu RUU 355 dengan baik dan sedar ia tidak menjejaskan hak orang bukan Islam.
ibrahim-pasPAS bersedia memberikan penjelasan mengenai cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 kepada mana-mana pihak termasuk Sarawak.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata ia tidak pernah menolak pelawaan sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai RUU 355.
“Kalau mereka (pemimpin Sarawak) panggil PAS, kita sendiri bersedia untuk memberikan penjelasan. Setakat yang saya maklumkan, tiada permohonan daripada mereka,” katanya kepada FMT, hari ini.
Idris berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Datuk Seri Nancy Shukri semalam yang pemimpin Sarawak masih tidak diberikan taklimat mengenai RUU 355 tersebut.
Justeru, kata Nancy kedudukan negeri itu tetap sama iaitu menolak cadangan pindaan yang dilihat sebagai satu cara untuk melaksanakan undang-undang hudud.
Idris turut memberikan contoh yang pemimpin parti itu pernah mengadakan pertemuan dan penerangan dengan Persekutuan Persatuan Hokkien pada September tahun lalu.
Kata ahli Parlimen Bukit Gantang itu, isu RUU 355 mudah difahami namun ia dipolitikkan sesetengah pihak.
“Beliau peguam (Nancy), tidak munasabah beliau tidak tahu mengenai RUU 355, benda ‘simple’ sangat. Benda mudah, tidak mengganggu langsung hak bukan Islam, lebih kepada politik,” katanya.
Pindaan RUU 355 yang dicadangkan dibawa ke Parlimen oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui rang undang-undang persendirian tahun lepas.

Putrajaya tak sedar realiti ekonomi negara, kata Nurul Izzah

Naib presiden PKR membidas ketua setiausaha perbendaharaan negara kerana mendakwa ekonomi negara berada dalam keadaan baik.
izzah-irwanPETALING JAYA: Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah berada di luar realiti kerana mendakwa ekonomi negara berada dalam keadaan baik sedangkan pada masa sama rakyat boleh merasai kesan kemelesetan yang berlaku, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
“Rakyat boleh menilai sendiri. Mungkin mereka yang duduk di atas kerusi empuk tidak merasainya.
“Tetapi kos sara hidup yang meningkat menjadi kesukaran dihadapi orang ramai ketika ini,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.
Irwan berkata ekonomi negara hari ini mencatatkan prestasi baik dengan pertumbuhan tahunan dijangka sebanyak 4.5% hingga 5%.
Apabila ditanya mengenai mengapa terdapat aduan mengenai kos sara hidup yang tinggi jika memang ekonomi berada dalam keadaan baik, Irwan berkata ia disebabkan gambaran negatif dimainkan media alternatif.
Bagaimanapun, ia tidak dipersetujui Nurul Izzah dan berkata sementara terdapat beberapa golongan yang mampu bercuti di Perth, Australia, yang lain terpaksa bekerja walaupun semasa sambutan Tahun Baru.
“Tanyalah kepada mana-mana pakar ekonomi, semua akan mengatakan kita sedang berhadapan situasi ekonomi yang bermasalah.
“Saya fikir ia lebih baik untuk kita menjadi orang yang jujur kepada rakyat, walaupun anda menyokong kerajaan. Ia supaya rakyat boleh mempersiapkan diri terhadap sebarang kemungkinan,” kata Nurul Izzah.

Saham Eagle High: Peneroka Pahang protes depan Menara Felda

Peneroka dari Jengka, Bera dan Keratong itu menyerahkan memorandum bantahan mendesak Felda membatalkan pembelian saham EHP yang didakwa merugikan peneroka.
felda2KUALA LUMPUR: Kira-kira 50 peneroka Felda dari Pahang mengadakan protes di depan Menara Felda di sini hari ini sebagai bantahan terhadap tindakan Felda membeli saham PT Eagle High Plantation (EHP) Indonesia bernilai RM2.26 bilion
Peneroka dari Jengka, Bera dan Keratong itu turut menyerahkan memorandum bantahan kepada Felda.
Ketua Penerangan PKR Lee Chean Chung yang mewakili peneroka terbabit berkata Felda perlu membatalkan tindakan berkenaan kerana EHP sendiri mengalami kerugian RM100 juta dan pembelian saham itu hanya membebankan peneroka untuk menanggung hutang.
Beliau berkata harga purata EHP pada November ialah 212 rupiah sesaham, tetapi harga pembelian 580 rupiah sesaham.
“Kerugian bersih EHP untuk 9 bulan pertama pada 2016 mencecah RM100 juta, hasil juga jatuh 22.5% kepada RM532.7 juta dalam tempoh tersebut,” katanya ketika ditemui di Menara Felda hari ini.
Sebelum ini, Felda memaklumkan mendapat pembiayaan kerajaan bagi membeli 37% ekuiti dalam syarikat ladang Indonesia, EHP.
felda1Sementara itu, Ketua Unit Komunikasi Korporat Felda Khadijah Mohamad Radzi dalam satu kenyataan berkata Felda mendapat pembiayaan kerajaan bagi perjanjian ini.

Ali Hamsa perlu jelaskan lantik pegawai jadi KSU walau terlibat rasuah


Tan Sri Dr Ali Hamsa
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, adalah tidak wajar seorang penjawat awam yang terkait dengan rasuah walaupun masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) diberikan kenaikan pangkat dalam perkhidmatannya.
Beliau berkata, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa diminta memberikan penjelasan sebelum bagi penghargaan dan kenaikkan pangkat kepada mana-mana pegawai Perkhidmatan Awam di negara ini di masa akan datang.
SPRM telah mengintip Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Mohd Arif Ab Rahman selama tiga bulan sebelum bertindak menahannya Rabu lalu.
"Apa yang menghairankan saya ialah bagaimana beliau boleh dinaikan pangkat dalam keadaan beliau sudah pun terlibat dengan pengambilan rasuah semenjak tahun 2010?.
"Apakah sistem saringan dalaman perkhidmatan awam begitu lemah sehingga tiada penapisan terhadap pegawai bermasalah?
"Berdasarkan tangkapan yang dibuat ia menunjukkan SPRM telah lama 'menghidu' kegiatan rasuah KSU tersebut.
"Bagi saya ini menunjukan sistem kenaikan pangkat dan pemilihan calon untuk kenaikan pangkat perkhidmatan awam kanan dibuat secara yang sangat tidak bertanggungjawab," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Datuk Mahfuz OmarDatuk Mahfuz OmarMahfuz berkata, kenaikan pangkat perkhidmatan awam berada di bawah tanggungjawab Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)  pula di bawah pengawalan Jabatan Perdana Menteri yang anggotanya dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri.
Justeru ujarnya, apa yang berlaku kepada kenaikan pangkat KSU KKLW yang kini ditahan dan disiasat oleh SPRM adalah suatu yang sangat memalukan.
"Amat memalukan apabila seorang yang berjawatan tinggi dikatakan berkelayakkan,berpengalaman dan berkredibiliti menyalahguna kuasa untuk kepentingan diri sendiri.
"Persoalan yang berbangkit sekarang ialah SPRM mendakwa penglibatan KSU tersebut dengan perbuatan rasuah semenjak tahun 2010 dimana secara tidak langsung menunjukkan 'amalan rasuah'KSU ini berlaku sebelum beliau dilantik sebagai KSU KKLW," ujarnya.

TERUS TERANG (Siri 1) - Rafizi Ramli

"Saya tak suka dilabel sama dengan Anwar," luah Rafizi

PRU14: Sama ada Najib kekal atau tidak, ini penjelasan Rafizi

Ekonomi tenat bukan sebab pembangkang, Nurul Izzah bidas Irwan

Rizab Bank Negara jatuh AS$2.4 bilion setakat 30 Dis

Bank Negara berkata rizab kasar antarabangsa berjumlah AS$94 bilion (RM420.60 bilion) setakat 30 Disember, lebih rendah berbanding AS$96.4 bilion (RM431.34) pada 15 Disember.
Ini bermaksud berlaku penurunan sebanyak AS$2.4 bilion (RM10.74 bilion).
Bank pusat itu berkata ia memadai untuk membiayai 8.8 bulan import tertangguh.

BARU MUNCUL setelah 2 minggu menghilang terbang bercuti anak beranak ke Australia guna jet mewah kerajaan..


Panjat arca Ipoh tidak seburuk ‘rembat’ duit rakyat – Tengku Zul

MENTAKAB, 5 JAN: Ketua Pembangkang DUN Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berpendapat kumpulan remaja yang memanjat arca Ipoh baru-baru ini tidak wajar dicemuh.
Sebaliknya apa yang perlu diberi adalah nasihat supaya dalam masa akan datang mereka lebih berhati-hati menjalankan aktiviti mereka.
“Tindakan mengecam, mengugut adalah tidak kena pada tempatnya.
“Kita sepatutnya bersyukur kerana remaja negara ini berani dan mempunyai hobi sukan lasak,” katanya dalam status facebook beliau.
Menurut Adun Mentakab itu, golongan yang meminati sukan lasak perlu diberi lebih galakkan dan latihan.
“Tindakan mereka tidaklah seburuk seperti salah guna dadah, salah guna kuasa dan tidak ‘merembat’ duit rakyat,” kata beliau.
Baru-baru ini media sosial gempar dengan rakaman video dan foto wefie sekumpulan remaja yang berada di puncak arca IPOH.
Aksi berani mereka mendapat perhatian masyarakat negara ini dengan pelbagai komen positif dan tidak kurang juga kritikan pedas.
Rentetan itu, mereka telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh 2 Januari lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 366 Kanun Keseksaan melibatkan perbuatan membahayakan diri sendiri atau orang lain.
Kelmarin, kumpulan lapan remaja terbabit  memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat umum dalam satu sidang media.

Setiausaha akhbar Najib gagal batal saman Mukhriz

Hakim berkata terdapat isu yang boleh disiasat dan ditentukan semasa perbicaraan.
Tengku-Sariffuddin-Tengku-AhmadKUALA LUMPUR: Setiausaha akhbar perdana menteri gagal membatalkan saman fitnah terhadapnya oleh bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Roslan Abu Bakar berkata terdapat isu yang akan ditentukan walaupun beliau membenarkan permohonan Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad mengeluarkan 2 artikel kontroversi dalam satu kenyataan dakwaan Mukhriz.
“Dua artikel lagi, terdapat isu boleh dibicarakan yang akan ditentukan semasa perbicaraan,” kata beliau.
Tengku Sariffuddin memohon pembatalan saman itu dengan mengeluarkan 4 kenyataan akhbar yang disebut Mukhriz.
Roslan berkata, kedua-dua artikel pertama yang dikaitkan dengan Tengku Sariffuddin tidak berunsur fitnah kerana ia tidak merujuk kepada Mukhriz.
Dalam perkembangan berkaitan, hakim menetapkan 15 Mac untuk mendengar permohonan Mukhriz bagi mendapatkan keterangan lanjut dan terperinci terhadap pembelaan yang difailkan Tengku Sarifuddin.
Pada 3 Mei tahun lepas, Mukhriz, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, memfailkan saman berhubung 4 kenyataan media Tengku Sariffuddin yang dikeluarkan pada April 15, 20, 23, dan 26.
Empat siaran media itu adalah “Prime Minister’s Press Secretary Statement on Donation Confirmation by Saudi Arabian Foreign Minister”, “Prime Minister’s Press Secretary Statement on Former DPM’s Reuters Interview”, “Mukhriz Mahathir Statement: Response by Prime Minister’s Press Secretary” dan “Prime Minister’s Press Secretary Statement on Tun Mahathir Mohamed and Mukhriz Mahathir”.
Dalam pembelaannya, Tengku Sarifuddin berkata beliau tidak pernah memfitnah Mukhriz dalam mana-mana kenyataan medianya yang mahu menjelaskan isu dan berita tidak benar yang tersebar mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pas perlu jujur bersama pakatan pembangkang di Kedah

Apakah Pas benar-benar sudah bersedia untuk bersama pakatan pembangkang masih  menjadi tanda tanya majoriti rakyat dalam negara ini khususnya di negeri Kedah.
Walaupun beberapa siri kenyataan  sebelum ini yang menyatakan kesediaan mereka untuk bersama pakatan pembangkang di Kedah, ia amat dialu-alukan.
Menurut Ketua Pemuda Amanah Negeri Kedah,Asmirul Anuar Aris Asmirul Anuar Aris , pada masa yang sama adalah amat meragukan dari sudut hala tuju Pas apabila segelintir pimpinan Pusat sering kali senada dengan hala tuju pimpinan Umno.
"Sebagai bukti pembentangan bajet 2016 dan 2017 memperlihatkan Pas mengambil sikap berkecuali," ujarnya.
Asmirul juga berkata, adakah Najib bersedia untuk hadir ke mahkamah sebagai saksi sekiranya ia dikaitkan dengan beliau dalam saman Pas terhadap Sarawak Report yang mungkin menjadi realiti atau fantasi.
"Pas perlu membersihkan imej mereka sebelum menjelangnya pilihan raya umum ke 14 yang akan datang.
"Persoalan juga timbul, apakah Pas Kedah mampu untuk membuat keputusan tanpa restu dari Majlis Syura Pas Pusat mengenai hubungan antara parti pembangkang.
"Sekiranya Pas jujur untuk bersama pakatan pembangkang, perlu ada 'date line' atau tarikh akhir keputusan kearah pembentukan bersama agihan kerusi serta kerjasama jentera harus diperolehi dari Pas, supaya siap siaga menghadapi Umno-BN dapat dilaksanakan, " tegasnya lagi.
Ujarnya lagi, Pesuruhjaya Pas Kedah telah pun mengeluarkan kenyataan akan bertanding 24 kerusi Dun daripada sejumlah 36 kerusi Dun di Kedah.
"Apakah hanya baki 12 kerusi akan diagihkan kepada Bersatu dan PKR serta bagaimana pula dengan kerusi untuk Dap.
"Pas perlu sedar dan menerima hakikat bahawa untuk memerintah Kedah, mereka sudah sepatutnya sedia maklum pengundi Cina amat penting bagi kerusi Dun dalam bandar dan pinggir bandar.
"Mana mungkin Pas boleh bertindak mengenepikan DAP yang sedia maklumnya mendapat sokongan pengundi Cina jika dibandingkan dengan MCA, Gerakan maupun DHPP, " jelasnya lagi.
Malah katanya, gelombang rakyat untuk menolak BN semakin meningkat ekoran dihimpit kenaikan kos sara hidup, cukai perkhidmatan dan barangan seperti GST, kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barangan.
"Isu besar seperti 1MDB masih lagi menjadi pertikaian di dalam dan juga luar negara.

Ekonomi Tenat: Tak perlu tuduh pembangkang, rakyat boleh nilai sendiri


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menolak dakwaan yang mengatakan keadaan ekonomi yang tenat kini hanyalah persepsi yang dicanang pembangkang. 
Menurut Nurul Izzah, jika keadaan ekonomi negara berada dalam keadaan baik, mustahil pelbagai rungutan dizahirkan rakyat mutakhir ini.
Tak perlu tuduh pembangkang, rakyat boleh nilai sendiri "Saya fikir rakyat dapat menilai sendirilah daripada mereka yang pergi ke pasar tani, mereka yang tidak merasai mungkin yang duduk dikerusi empuk," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR, di sini hari ini.
Nurul Izzah berkata demikian bagi menjawab kenyataan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah yang dipetik sebagai berkata, ekonomi teruk persepsi yang sengaja diwujudkan pihak tertentu.
Kenyataan Mohd Irwan dipercayai merujuk kumpulan pembangkang dan menggelar kumpulan ini orang yang membuat bising.
"Ada sesetengah orang buat bising seolah-olah negara dalam masalah. Kamu membaca media alternatif terlalu banyak sedangkan ekonomi berada dalam keadaan yang baik," katanya lagi.
Mengulas lanjut, Nurul Izzah turut menggesa kerajaan supaya berterus terang tentang keadaan ekonomi negara sekarang.
"Tanya sahaja ahli ekonomi yang dihormati, tidak perlu mereka simpati kepada pembangkang, hanya simpati kepada kebenaran. Mereka menyatakan kita bakal menghadapi situasi ekonomi yang sangat membebankan rakyat dan bermasalah.
"Saya fikir adalah bagus untuk berterus terang kepada rakyat, supaya mereka dapat bersedia dengan sebarang kemungkinannya," katanya.

Dana sekolah Cina tertunggak kini selesai, sembang Liow

PKR: Tiada isu pembahagian kerusi bersama PAS

Orang miskin beli barang tak ada GST, sembang Irwan



Economist: Kering kantung, Najib mungkin keseorangan

Majalah ekonomi antarabangsa The Economist tidak berlapik langsung dalam analisis mereka mengenai Datuk Seri Najib Razak dan peluangnya jika pilihan raya umum secara mengejut.
Malah pada perenggan pengenalannya pun analisis itu sudah tebal sindirannya.
"Berikan tepukan gemuruh, tuan-tuan dan puan-puan.
"Mana-mana pemimpin biasa bagi demokrasi biasa, apabila didapati bersama hampir AS$70 juta wang yang tidak dijelaskan dengan baik daripada seseorang penderma asing tidak dikenali dalam akaunnya, akan akan jatuh segera.
"Namun hampir dua tahun selepas berita pertama mengenai akaun bank Najib begitu banyak, langkahnya berterusan," tulis rencana itu.
The Economist juga menyatakan, selain tidak dipaksa untuk berundur perdana menteri boleh dikatakan berada di kemuncaknya, mendapat sokongan padu daripada Umno dan terus tidak tergugat ketika beberapa negara menyiasat dakwaan salah laku kewangan dalam 1MDB.
"Kekal berkuasa membantunya mengelakkan sebarang risiko berdepan tindakan pendakwaan di peringkat antarabangsa," katanya.
Berdasarkan itu, majalah berkenaan menyatakan faktor-faktor yang membolehkan perdana menteri terus mengukuhkan kuasanya di tengah keadaan itu.
Dalam proses itu, penulisnya membidas Rosmah Mansor yang didakwa gemar kepada beg tangan mahal.
"Penguasaan berperanan besar. Walaupun isterinya mempunyai selera yang besar untuk beg-beg Hermes Birkin, dan perkahwinan anak perempuannya dengan anak saudara presiden Kazakhstan menjadi majlis bergemerlapan dan media Malaysia tidak digalakkan untuk menerbitkan gambarnya, Najib mungkin betul apabila dia berkata wang tunai dalam akaun beliau bukan untuk kepentingan peribadi.
"Seorang pemimpin Umno memerlukan wang untuk membeli kesetiaan ahli-ahli politik yang berkuasa. Ia juga berguna untuk menyebarkan imbuhan di kalangan orang Melayu biasa - termasuk membantu orang Islam melaksanakan haji," katanya.
Menuduh Najib sebagai ancaman, rencana itu juga memetik pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penahanan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.
"Akhbar dan penulis blog diburu. Bilangan aktivis dan ahli politik didakwa kerana menghasut melonjak. Mengenai 1MDB, satu-satunya kesalahan berkaitannya yang disabitkan di Malaysia ialah seorang wakil rakyat kerana memberi maklumat tentang salah laku pengurus-pengurus dana," tambah rencana berkenaan.
The Economist juga mendakwa kejayaan Donald Trump memenangi pilihan raya presiden AS mungkin menambah keyakinan Najib, menjadikannya ancaman daripada 1MDB akan dapat diatasi.
"Perlu diingat, antara siasatan paling teliti setakat ini adalah oleh Jabatan Kehakiman AS...
"Namun, presiden Amerika yang akan datang, Donald Trump, bercakap mengenai kekagumannya kepada Najib, seorang rakan golf.
"Mungkin sukar bagi jabatan berkenaan untuk meneruskan siasatan penuh jika Trump menyatakan rasa tidak senangnya," kata penulis berkenaan.
Mengenai pilihan raya umum rencana itu mendakwa Najib berharap kepada kegagalan pembangkang bersatu, namun mengingatkan ada ruang yang luas untuk berlaku kejutan.
"Pertambahan jumlah orang yang bersimpati kepada pembangkang, kata seseorang yang berpengalaman dalam politik, perlu untuk mengatasi Umno.

Pulau Pinang lantik Saifuddin Nasution untuk tarik sokongan Melayu - TKM 1

Setiausaha agung PKR itu menganggotai jawatankuasa "Pemerkasaan Melayu" yang akan membantu memastikan sokongan berterusan masyarakat Melayu
Saifuddin-NasutionGEORGE TOWN: Pelantikan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sebagai penasihat strategi kerajaan Pulau Pinang bertujuan untuk meningkatkan sokongan orang Melayu kepada Pakatan Harapan.
Timbalan Ketua Menteri I Mohd Rashid Hasnon berkata Pakatan mempunyai rancangan besar untuk mendekati masyarakat Melayu melalui jawatankuasa “Pemerkasaan Melayu”.
“Pelantikan Saifuddin sebahagian daripada strategi untuk meningkatkan sokongan pengundi pada pilihan raya umum akan datang, terutamanya sokongan masyarakat Melayu,” kata Rashid hari ini.
Jawatankuasa itu ditubuhkan untuk memastikan sokongan berterusan masyarakat Melayu kepada pakatan pembangkang persekutuan itu.
“Kita ada badan pemikir kajian Melayu dari seluruh negara membantu kita. Saya tak boleh dedahkan semua,” kata Rashid, yang mengakui Saifuddin juga berperanan untuk mengukuhkan majoriti undi di kerusi PKR di Pulau Pinang.
Saifuddin pada Rabu mengangkat sumpah kerahsiaan di hadapan Ketua Menteri Lim Guan Eng. Pelantikan itu dipersetujui pimpinan kanan PKR, kata Rashid.
PAS melalui media rasmi Harakahdaily mencemuh pelantikan pemimpin kanan parti sekutunya, mendakwa DAP memberi insentif kepada PKR untuk mengekalkan kerjasama antara kedua parti.
Ditanya mengenai ketidakpuasan hati parti Islam itu, Rashid berkata: “PKR cuba bekerjasama dengan PAS pada skala kecil, tetapi bila kami hubungi mereka, mereka tak hadir.”

Bolehkah terima pemberian dari sumber haram?

Perkara yang penting dalam transaksi kewangan, seseorang itu hendaklah tahu atas asas apa ia dibuat. Maksudnya, dia mesti jelas wang atau barang yang diterimanya atas dasar apa.

Jika yang diterimanya itu atas penjualan arak yang dia lakukan, atau judi yang dia terlibat atau riba yang berurusan dengannya, atau pelacuran yang terbabit maka ia haram.

Jika ia terima atas jual beli, atau bayaran hutang, bantuan, atau pemberian atau hadiah yang dia tidak terbabit dengan urusan kegiatan haram, maka ia pada asalnya adalah halal.

Sebagai perinciannya, saya sebutkan beberapa perkara berikut:
(1) Seseorang yang menerima wang dari pihak yang lain hendaklah memastikan atas transaksi apa wang itu diterima. Adapun urusan sebelum itu, yang tidak membabitkan diri penerima, maka itu tidak pertanggungjawabkan kesalahan itu ke atas penerima tersebut. Umpamanya, kakitangan kerajaan yang bekerja dalam urusan yang halal dan mendapat gaji, maka gaji itu halal.
Sekalipun kemungkinan sumber kerajaan dalam membayar membayar gaji itu diambil dari kegiatan yang haram seperti perjudian atau arak atau seumpamanya. Ini kerana urusan haram itu tidak membabitkan diri penerima gaji berkenaan dan gaji itu diterima atas kerjanya yang halal, bukan aktiviti yang haram.
(2) Hal yang sama, jika seseorang berhutang kepada kita, lalu dia datang membayar dari hasil wang haram yang diperolehinya seperti menang loteri. Kita halal mengambil hutang kita sekalipun dia bayar dari wang loteri berkenaan. Ini kerana yang haram ialah pemindahan wang dari syarikat loteri kepada yang berhutang, iaitu atas asas judi.
Sedangkan pemindahan wang tersebut kepada kita, atas asas membayar hutang, yang tiada kaitan dengan judi. Begitu juga, jika pengurus bank riba, atau tauke judi atau tauke arak datang ke kedai kita dan membeli barang atau makanan, halal kita menerima wang yang mereka bayar. Ini kerana wang itu diterima atas dasar jual beli, bukan judi, atau riba atau arak. Kegiatan yang salah ditanggung dosanya oleh pelakunya, sedang yang menjual barang halal kepada mereka tidak terlibat.
Asas dalam hal ini disebut oleh al-Quran (maksudnya):
“Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh setiap jiwa (seorang) melainkan dialah yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa orang lain.” (Surah al-An’am, ayat 164)
(4) Dalil yang menunjukkan kenyataan ini, ialah amalan Nabi SAW yang menerima pemberian wanita Yahudi di Khaibar yang menghadiahkan baginda kambing baginda memakannya. Ini seperti yang oleh al-Bukhari dan Muslim. Walaupun Yahudi terkenal dengan penipuan, riba dan rasuah tetapi baginda tetap menerima hadiah mereka.
Begitu juga – seperti riwayat al-Bukhari – baginda pernah menggadai baju besi kepada Yahudi dan mengambil gandum untuk keluarga baginda. Baginda juga menerima jemputan makan roti bali dan minyak yang sudah berubah baunya dari dari seorang Yahudi. Ini seperti dalam riwayat al-Bukhari, Ahmad, al-Tirmizi dan lain-lain.

Jangan jadikan SPRM 'pokok mati dihiasi bunga palsu'

Kehilangan penjawat-penjawat awam berwibawa khususnya dalam bidang penguatkuasaan jenayah seperti bekas-bekas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bersara akibat kecewa kerana usaha mereka dibakulsampahkan oleh pihak tertentu tidak harus dibiarkan berlaku.
"Terbaru, Malaysia menyaksikan persaraan awal Datuk Bahri Mohamad Zain, bekas Ketua Bahagian Siasatan Khas SPRM," kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.
Sehubungan itu, tambah beliau, Amanah bertekad untuk terus memperjuangkan agar SPRM menjadi sebuah agensi pencegahan rasuah yang berwibawa setaraf dengan badan-badan pencegahan rasuah antarabangsa.
"Peranan dan wibawa SPRM mesti terus diperkasakan sesuai dengan iltizam dan komitmen kerajaan yang benar-benar mahu memerangi budaya rasuah yang semakin membarah di negara ini.
"Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak diperingatkan supaya tidak menjadikan SPRM seperti 'pokok mati yang dihiasi dengan bunga-bunga palsu' bagi mengaburi mata dan menipu rakyat bahawa kononnya pentadbiran beliau serius untuk membanteras jenayah rasuah," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Salahuddin menambah, SPRM telah menjalankan tugas penyiasatan dengan baik tetapi kes-kes yang disiasat terutama yang berprofil tinggi seperti skandal 1MDB dan SRC International masih tidak menampakkan hasil kerana ianya berkahir di meja Peguam Negara.
Beliau turut menzahirkan komitmen Amanah untuk memperjuangkan urus tadbir yang baik seperti pemisahan kuasa dan kebebasan bertindak Peguam Negara mengikut Perlembagaan tanpa rasa takut dan memihak.
"Kuasa mendakwa  oleh Peguam Negara yang diperuntukkan oleh Perlembagaan hendaklah dijalankan berasaskan semangat keluhuran Perlembagaan.
"Amanah akan memastikan manifesto Pakatan Harapan mengangkat agenda ini," tegas beliau.

Saya campak duit RM1 juta, sembang Jamal

Jamal Yunos turut ditawarkan duit bulanan RM200,000 bagi menghentikan beliau daripada campur tangan dengan aktiviti judi haram.
Bahasa,-FMT,-Malaysia,-KL,-Jamal-Yunos,-judi-haram.PETALING JAYA: Datuk Seri Jamal Yunos, hari ini mengaku ditawarkan wang RM1 juta oleh kumpulan judi haram dengan tujuan menghentikannya daripada terus menimbulkan kekacauan terhadap kegiatan mereka.
Selain itu, beliau juga mendakwa ditawarkan duit bulanan sebanyak RM200,000 yang disifatkannya sebagai satu cara bagi kumpulan berkenaan melindungi perniagaan mereka daripada diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
“Saya menerima banyak panggilan daripada tauke mesih judi untuk berjumpa dengan saya. Mereka menawarkan wang ringgit dan bayaran setiap bulan dengan jumlah yang sangat memeranjatkan.
“Dan baru sebentar tadi saya tersempak atau diekori dan diberikan sebuah beg yang dikatakan berisi RM1 juta. Saya mencampakkan kembali beg tersebut kepada tauke judi itu,” kata beliau ketika dihubungi FMT.
Pada 29 Disember tahun lalu, Jamal tampil lagi dengan jubah dan kopiah putih, menyerbu 2 pusat perjudian haram di Ampang Jaya.
Beliau tampil bersama 100 pemuda bermotor pada 3.45 petang tadi, dan replika gambar menteri besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta exco kerajaan tempatan, Ean Yong Hian Wah untuk “bersama” meninjau operasi hari itu.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu mendakwa premis itu antara 400 pusat perjudian dan 600 rumah urut yang beroperasi di Ampang.
Namun, menurut Jamal selepas tindakan menyerbu 2 premis judi di Ampang, beliau mendapati premis itu sebenarnya bukan pusat hiburan keluarga mengikut lesen dikeluarkan Majlis Pembandaran Ampang Jaya (MPAJ), tetapi pusat slot judi.
Jamal turut mempersoalkan tindakan MPAJ yang membiarkan 2 premis yang diserbu sebelum ini di Ampang di buka seperti biasa.
“Lepas 24 jam kita buat serbuan, mereka beroperasi kembali dan ini menandakan mereka kebal dan ada sesuatu tidak kena dengan agensi penguat kuasa.
“Mereka yang keluarkan lesen kepada premis itu, mereka meminta saya buat laporan dan buktikan. Jadi saya nak lapor apa lagi. Sudah lapor Bukit Aman, MPAJ dan wakilnya.

Pembahagian kerusi Pakatan Harapan-Pas tidak berbangkit

Pelancaran Jelajah Siapsiaga anjuran Jabatan Pilihan Raya Pusat di ibupejabat PKR hari ini.Pelancaran Jelajah Siapsiaga anjuran Jabatan Pilihan Raya Pusat di ibupejabat PKR hari ini.
Isu pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan dan Pas tidak berbangkit menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Nurul Izzah dipetik berkata apa yang penting ketika ini parti pembangkang memberi tumpuan pada siri jelajah untuk mendekatkan diri kepada masyarakat.
"Saya fikir isu (pembahagian kerusi) itu tidak berbangkit (antara Pakatan Harapan dan Pas).
"Sekarang tumpuan kami seperti saya sebutkan ialah Jelajah Siap Siaga dan rundingan terbaik sentiasa dibuat secara tertutup," katanya pada sidang media selepas pelancaran program Jelajah Siap Siaga bagi menghadapi PRU 14 di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini seperti dilapor Malaysiakini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya media sama ada rundingan pembahagian kerusi antara Pakatan HArapan dan Pas masih berjalan atau telah selesai.
Sementara itu, Nurul yang juga PengarahPilihan Raya PKR memberitahu tujuan siri Jelajah Siap Siaga diadakan bagi mendekatkan diri dengan masyarakat.
Siri jelajah tersebut akan meliputi seluruh negara dan memberi peluang kepada rakyat mendengar sendiri penjelasan yang dibawa oleh pemimpin Pakatan Harapan.
"Ia akan beri momentum kepada rakyat yang berpeluang mendengar sendiri daripada kita.
"Ia merupakan medium interaksi dan penyaluran komunikasi agenda institusi dan dasar sosio ekonomi bagi seluruh rakyat Malaysia," katanya.
Jelajah Siap Siaga 2017 juga akan menyelia kerja-kerja pilihan raya antaranya menerusi program dan aktiviti kesukarelawan MyChangemakers yang telah bermula sejak pilihan raya negeri Sarawak.

Nasib ringgit tidak menentu, rakyat kian buntu

Kejatuhan nilai ringgit dan ketibaan musim tengkujuh bulan ini menjadi penyebab berlakunya kenaikan harga bahan mentah seperti ikan, ayam dan daging.
pasar-13Musim tengkujuh yang kebiasaannya berlaku sekitar November dan Disember saban tahun tiba lewat kali ini dan menyaksikan beberapa negeri sedang dilanda banjir selain laut bergelora.

Tinjauan SelangorKini selama tiga hari ke beberapa lokasi mendapati harga ikan kembung yang tular di laman sosial pada harga hingga mencecah RM17 sekilogram sejak seminggu ini sememangnya berlaku.
Secara purata harga ikan kembung dalam lingkungan RM15 hingga RM20 sekilogram di Pasar Borong Selangor dan Pasar Awam Seksyen 6, Shah Alam.
Tinjauan terhadap harga ayam pula mendapati ia dijual pada harga RM6.50 hingga RM8 sekilogram bergantung kepada sumber ayam diperolehi sama ada diternak sendiri atau diambil daripada pembekal.
Beberapa peniaga yang ditemui berkata, kenaikan harga minyak dan penyusutan nilai ringgit mengakibatkan mereka terpaksa menjual barangan pada harga yang tinggi.
Pekerja gerai daging, Jamal Husin berkata, harga daging import melambung tinggi disebabkan kejatuhan matawang sementara daging tempatan turut merasai tempias sama ekoran harga lembu semasa yang mahal.
Pertemuan SelangorKini dengan beberapa pengunjung mendapati kebanyakan mereka meluahkan kebimbangan kenaikan harga barang yang dilihat semakin kerap berlaku kebelakangan ini selain disokong kenaikan harga minyak yang diumumkan awal Januari.

Ulamak Pas jangan 'lebih sudu dari kuah'



Pas khususnya Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pusatnya, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali dinasihati agar tidak menjadi 'lebih sudu dari kuah' apabila mengitar semula modal Umno dalam meletakkan kesalahan kepada DAP dalam apa juga isu membabitkan Islam dan orang Melayu.
Zulkefly Mohamad OmarPengerusi Amanah Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar berkata, dakwaan Khairuddin kononnya Amanah menjadi 'penyapu' dalam membersihkan imej DAP yang didakwa menentang Rang Undang-undang 355 (RUU 355), dan pengarah komunikasi Amanah Khalid Samad turut menentang RUU persendirian ahli parlimen Marang itu jelas berunsur fitnah.
Ini kerana RUU 355 belum dibahaskan di Dewan Rakyat ekoran permohonan ahli parlimen Marang untuk menangguhkan pembentangan walaupun setelah dua kali usul itu dibacakan.
Malah terkini, ujarnya perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan kesediaan kerajaan untuk membentangkan RUU 355 itu.
"Jadi apa sebenarnya peranan Pas selain menjadi tukang sorak dan tukang heboh?" soal beliau.
Beliau turut mempersoalkan tindakan Khairuddin yang sanggup menjelaskan tentang RUU 355 bersama menteri Umno di Britain tetapi gagal melakukan kempen yang serupa kepada kumpulan sasar di negara ini.
Menurut Zulkefly, RUU 355 bukan sahaja dipertikaikan DAP malah parti-parti komponen BN termasuk Umno Sabah dan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) yang memerintah Sarawak.
"Sepatutnya Khairuddin dan Pas menjelaskan tentang RUU 355 kepada kumpulan-kumpulan sasar di Malaysia khususnya anggota Parlimen dan bukan membuang masa menjelaskan tentang RUU 355 di luar negara," katanya.
Tindakan Khairuddin yang hanya menyalahkan DAP dalam isu ini, jelas beliau hanya mengulangi skrip lama Umno.
"Ketika Pas bersama DAP dalam Pakatan Rakyat, Umno menggelar Pas sebagai 'kuda tunggangan DAP'. Kini apabila Amanah bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan, Pas pula mengulangi tuduhan Umno kononnya 'Amanah khadam DAP'.
"Memang sahlah Pas ganti Umno," katanya sinis.

Mohon maaf kepada Bahri, kata peguam Dr M kepada SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memohon maaf dengan segera kepada bekas pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) suruhanjaya itu, Datuk Bahri Mohamad Zin dan rakyat negara ini kerana didakwa mengeluarkan kenyataan palsu.
Peguam Tun Dr Mahathir Mohamad, Haniff Khatri Abdulla berkata, pihaknya turut kesal dengan apa yang didakwa beliau sebagai pendustaan terang-terangan oleh agensi kerajaan seperti suruhanjaya itu.
"Wahai rakyat yang prihatin, adalah jelas dinyatakan oleh Bahri bahawa unit media ataupun mana-mana pihak lain SPRM tidak pernah menghubungi beliau untuk penjelasan.
"SPRM telah sebenar-benarnya memberi kenyataan palsu dan menyeleweng bagi tujuan khusus untuk cuba secara jahat menidakkan impak kenyataan Bahri.
"Adalah amat dikesali dalam sebuah negara yang berteraskan konsep demokrasi berparlimen dan telah 60 tahun merdeka, masih terdapat agensi kerajaan seperti SPRM yang melakukan pendustaan terang-terangan," kata beliau dalam catatan di Facebooknya.
Semalam, Bahri menafikan beliau pernah berjumpa atau dihubungi oleh unit media suruhanjaya itu.
Sebelum ini, SPRM menerusi kenyataan media yang menyatakan suruhanjaya itu telah menghubungi Bahri dan beliau menafikan mengeluarkan kenyataan memilih bersara awal kerana kecewa dengan kes SRC International.
Malah, kata Bahri, di akhir tugasnya di BOK, mereka juga tidak pernah bercakap dengan beliau.
"Pendedak ini ada di mana-mana, sepatutnya tunggulah kenyataan rasmi daripada saya sendiri. Saya amat tidak suka orang mempergunakan saya tanpa kebenaran," katanya lagi.

Perbandingan nisbah hutang-KDNK:

Maksud nisbah hutang-KDNK dalam bahasa biasa bermaksud hutang dibandingkan dengan output ekonomi.

Jika hutang meningkat dengan lebih mendadak berbanding jumlah output ekonomi negara, para pelabur dari luar negara akan risau dengan kemampuan negara membayar balik hutang.

Pada tahun 1991 sehingga 1997, nisbah hutang-KDNK turun setiap tahun. Ini bermaksud peningkatan jumlah output ekonomi negara melonjak dengan tinggi (negara semakin kaya), manakala hutang semakin berkurang (kebergantungan pada pihak luar semakin berkurang).

Hanya pada tahun 1998 semasa krisis ekonomi, hutang naik dengan lebih cepat berbanding kenaikan KDNK.

Pada tahun 2009, sejurus selepas Najib Razak menjadi Menteri Kewangan, nisbah hutang-KDNK terus melonjak dua kali ganda. Mungkin Najib berjaya meningkatkan output ekonomi negara, tapi pada masa yang sama, kadar hutang kerajaan persekutuan meningkat dengan lebih mendadak.

Ketika penjenayah 1MDB dihukum di negara lain, Malaysia tak buat apa-apa

Pujian Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani terhadap  Autoriti Kewangan Singapura (MAS) kerana mengambil tindakan ke atas individu yang terlibat dalam jenayah pensonglapan dan aktiviti penggubahan wang haram melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sepatutnya mengaibkan pemimpin negara.
Ini kerana ketika mereka yang terlibat dengan penyelewengan dana 1MDB itu telah diambil tindakan di beberapa negara, namun pihak berkuasa Malaysia masih gagal melakukan sebarang pendakwaan walaupun jenayah itu berpunca daripada negara ini, kata Pengarah Strategi Parti Amanah Negara, Dr Dzulkefly Ahmad.
"Beliau (Johari) dilaporkan menyebut Malaysia sedang dalam proses menyiasat. Sangat baik Menteri, tetapi lama mana lagi ya?
"Tahun 2016 telah pun menutup tirainya. Sementara enam negara atau jurisdiksi asing sedang menjalani pendakwaan, setelah selesai siasatan dijalankan dan kini ada yang dijatuhkan hukuman. Di negara kita sendiri di mana jenayah ini berlaku, belum ada seorang pun didakwa dan kita masih menyiasat," soalnya sinis.
Dr Dzulkefly Ahmad2Dr Dzulkefly Ahmad2Menurut Dr Dzulkefly, Singapura telah mendahului negara-negara lain dalam mensabitkan kesalahan pelaku apabila tiga pegawai bank dan pengurus bahagian kekayaan di Bank BSI telah disabit kesalahan bersabitan urusniaga dengan 1MDB.
Malah Singapura telah menutup dua bank swasta di Singapura iaitu BSI dan Falcon, serta mengenakan penalti kewangan yang berat ke atas DBS Group, UBS dan Standard Chartered Bank kerana terlibatkan dengan kegiatan penggubahan wang haram membabitkan dana 1MDB.
"Terkini Hakim Persekutuan Amerika Syarikat, Dale  Fischer, menolak permohonan keluarga Jho Low untuk menangguhkan pendengaran kes merampas kembali (forfeiture of assets) harta dan aset yang dirompak dari 1MDB, yang dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat pada Julai 2016.
"Abu Dhabi pula telah menahan Khadem Al-Qubaishi, bekas Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat minyak milik kerajaan Emirate yakni lnternational Petroleum Investment Company (IPIC) dan Mohamed Badawy al-Huseiny, Pengarah Urusan Aabar Investments PJS.

SPRM Pantau FB Penjawat Awam, Isteri Menunjuk-Nunjuk Kemewahan

PETALING JAYA: Penjawat awam dan isteri yang gemar menunjuk-nunjuk dengan memuatnaik gambar barangan mewah yang dimiliki seperti beg dan jam tangan, selain percutian keluarga bertaraf lima bintang perlu berwaspada kerana mereka sedang diperhatikan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini giat mengikuti status di laman media sosial terutama Facebook dan Instagram.
Selain itu, aktiviti bermain golf di luar negara melibatkan penjawat awam berjawatan tinggi, serta kegiatan pegawai kerajaan peringkat pertengahan dan rendah juga dipantau rapi kerana ada kes di mana gaya hidup mereka tidak seiring dengan pendapatan bulan.
The Star dimaklumkan, ada kes di Sabah di mana sekumpulan penjawat awam yang bercuti ke London dan menunjuk-nunjuk aktiviti sepanjang tempoh percutian itu di Facebook hingga ia menjadi bualan ramai.
Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan pihaknya memantau laman sosial penjawat awam yang gemar menunjuk-nunjuk gaya hidup mewah mereka.
"Kami bergantung kepada maklumat awam dan bukti yang dikumpul pegawai risikan bagi menyiasat kegiatan yang dikesan," katanya sambil menambah ia tugasan mencabar kerana melibatkan 1.6 juta penjawat awam.
Katanya, tidak salah bagi penjawat awam dan ahli keluarga untuk memiliki beg tangan dan jam tangan mewah.
"Tetapi memiliki lebih daripada satu beg tangan mewah jenama Hermes, Chanel or Louis Vuitto boleh menimbulkan keraguan dan rasa syak mengenai dari mana datangnya sumber kewangan itu.
"Jika penjawat awam atau ahli keluarga mereka memiliki banyak beg tangan mewah dan menunjuk-nunjuk pula, kami mahu tahu dari mana mereka dapatkan wang untuk membeli barangan mewah itu," katanya.
Azam diminta mengulas siasatan terkini berkaitan dakwaan rasuah melibatkan seorang ketua setiausaha sebuah kementerian apabila sejumlah barangan mewah termasuk 150 beg tangan dan jam dirampas dan disita dalam operasi di sebuah rumah di Subang Jaya pada Rabu.

Tidak benar masyarakat Cina mula beralih arah sokong BN


Kemiskinan disebabkan hutang isi rumah lebih tinggi daripada pendapatan

Berita viral mengenai kemuliaan hati seorang individu sanggup mengorbankan RM44,500 wang deposit rumah yang dilelongkan untuk dikembalikan kepada pemilik rumah asal adalah satu tindakan yang perlu dipuji. Walaupun berlainan bangsa tetapi kemanusiaan yang ditunjukkan merupakan satu langkah yang melangkaui sempadan kehidupan.
Kisah ini merupakan satu dimensi kemiskinan baharu di bandar. Sejak kebelakangan ini, kehidupan di bandar semakin sukar disebabkan peningkatan kos sara hidup yang tinggi.
Kenaikan harga minyak masak dan beberapa keperluan lain telah menyebabkan peningkatan harga makanan di pasaran, walaupun kemiskinan berjaya dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2007 kepada kurang dari 1 peratus tahun 2016.
Tetapi golongan miskin bandar semakin meningkat jika diukur dengan garis pendapatan kemiskinan pada RM3,000 ke bawah dan bukannya berdasarkan pada pendapatan RM920 pada 2012.
Kemiskinan hidup di bandar lebih besar impaknya ke atas kehidupan rakyat marhaen. Ini disebabkan kemiskinan ditakrifkan sebagai kekurangan sumber-sumber kebendaan untuk memenuhi kesejahteraan ekonomi. Ekonomi dimaksudkan adalah memenuhi asas kehidupan seseorang manusia dari segi material dan keperluan hidup.
Data yang diperoleh pada tahun 2014, 74.3 peratus penduduk bandar mempunyai nisbah tanggungan 44.5 peratus bagi setiap keluarga.
Perlu disedari, daripada kumpulan 74.3 peratus isi rumah di bandar, 51.4 peratus mempunyai pendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Kumpulan 51.4 peratus berpendapatan purata RM1,800 pada tahun 2014.
Purata saiz isi rumah ialah 4.4 orang. Ini bermaksud untuk setiap individu dalam isi rumah, peruntukan selama satu bulan ialah sekitar RM409 atau RM13.60 sehari.
Bagi yang berpendapatan lebih rendah daripada kadar purata ini, di mana 1.7 peratus dikelaskan sebagai miskin dan 0.2 peratus sebagai miskin tegar (2012), pendapatan mereka jauh lebih rendah.
Berdasarkan data awalan Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2014, pekali Gini terus berkurangan kepada 0.421 pada 2016.
Walaupun begitu, jurang ekonomi di bandar antara tahun 1997 dan 2012 tidak menyusut, berada pada 0.427 mata indeks Gini sementara jurang ekonomi di luar bandar pula menyusut dari 0.441 pada tahun 2009 kepada 0.431 pada 2012.
Sementara itu, pendapatan median mengikut negeri dan wilayah persekutuan nampak tidak begitu menggalakkan, di mana tiga yang tertinggi ialah di Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu RM2,495, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM2,095) dan Selangor (RM1,980) sementara tiga yang terendah ialah di Sabah iaitu RM910, Perlis dan Kelantan (RM1,000) dan Terengganu (RM1,100) pada tahun 2012. Sarawak, Perak dan Kedah pula mempunyai pendapatan median sebanyak RM1,200.
Realiti dan cabaran kemiskinan hari ini adalah disebabkan hutang isi rumah lebih tinggi daripada pendapatan yang diperoleh. Ini disebabkan kos kehidupan yang meningkat, walaupun kita berjaya mengurangkan kemiskinan pada garis pendapatan RM920 yang ditetapkan pada tahun 2012.

Peratus gaji dibelanjakan untuk yuran universiti di Malaysia adalah 55 peratus

Keadaan pendidikan tinggi Malaysia pada hari ini banyak berpunca daripada penswastaan sektor tersebut. Ini bermula pada 1996 ketika Najib Abdul Razak merupakan Menteri Pendidikan dan Akta Pendidikan serta Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta diperkenalkan.
Setahun kemudian, PTPTN ditubuhkan. Tujuan penubuhannya adalah untuk memberikan pelajar dana bagi melanjutkan pengajian. Ini membolehkan IPTS tumbuh seperti cendawan. Pada 2007, jumlah peruntukan PTPTN yang diagihkan kepada IPTS mengatasi IPTA buat pertama kali dan trend ini kekal hingga hari ini.
Pada 2015, RM2.5 bilion diagihkan kepada IPTS berbanding RM1.7 bilion untuk IPTA.
Expert Market, sebuah laman web perniagaan mengumpulkan data yuran universiti daripada senarai Quacquarelli Symonds’ Top Universities bagi tahun akademik 2014/2015 dengan laporan Gallup Median Self-Reported Income tahun 2013. Purata yuran universiti di Malaysia menurut laporan mereka adalah AS$18,000.
Peratus gaji dibelanjakan untuk yuran universiti di Malaysia adalah 55 peratus. Sebagai perbandingan, peratusnya adalah Chile 73 peratus, Amerika Syarikat 53 peratus, United Kingdom 42 peratus, Singapura 36 peratus dan Jepun 18 peratus.
Kerajaan Malaysia memberi respons bahawa ini tidak menggambarkan yuran IPTA, tetapi jika dibandingkan yuran IPTS angka ini masuk akal.
Pada masa sama, kerajaan memotong perbelanjaan untuk IPTA dengan drastik. Pada 2016, peruntukan IPTA dipotong RM1.4 bilion, 27 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Peruntukan bagi biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajaran dipotong RM812 juta (23 peratus). Justeru, pelajar miskin yang bergantung kepada bantuan ini menjadi mangsa utama.
Bagi tahun berikutnya, peruntukan bagi 20 IPTA dikurangkan dari RM7.57 bilion kepada RM6.12 bilion (19.23 peratus). Maka tidak mengejutkan bahawa tempat yang ditawarkan di IPTA menjadi lebih sedikit.
Panel Penasihat Pendidikan Tinggi Parti Keadilan Rakyat – yang saya anggotai – menerima banyak aduan pelajar cemerlang tidak mendapat tempat atau luar bidang yang mereka pohon akibat trend ini.
Maka, pelajar yang menuntut peluang pendidikan tinggi di Malaysia mendapati jalan yang ada hanyalah di IPTS yang lebih mahal. IPTS juga menganggap PTPTN sebagai peluang mereka mendapat wang dengan mudah, sedangkan PTPTN menanggung risiko mengutip hutang daripada mahasiswa apabila mereka tamat belajar.

Pantau gaya hidup mewah penjawat awam

Pihak berkuasa perlu memberikan perhatian terhadap pegawai kerajaan dan penjawat awam yang mengamalkan gaya hidup mewah melangkaui pendapatan bulanan mereka.
Peguam, Syahredzan Johan, langkah berkenaan dapat menjadi isyarat buat pihak berkuasa dalam mengenal pasti mana-mana penjawat awam yang menyalahgunakan kuasa mereka demi kepentingan peribadi mereka.
SYAHREDZAN JOHAN “Bukan sahaja penjawat awam, malah ahli keluarga mereka juga perlu diberikan perhatian yang sama dalam hal ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Selain itu, Syahredzan berkata langkah tersebut juga tidak terhad kepada penjawat awam sahaja malah turut melibatkan menteri, ketua menteri, menteri besar, exco serta ahli parlimen.
Namun begitu, pihak berkuasa seharusnya mengamalkan dan mendukung prinsip tidak bersalah sehingga disabitkan bersalah dalam siasatan mereka.
“Tidak semestinya kalau seseorang itu hidup mewah bermakna dia adalah korup namun sekurang-kurangnya pemantauan wajar dilaksanakan oleh pihak berkuasa,” katanya.
Dalam pada itu, Syahredzan turut mencadangkan supaya pegawai tinggi kerajaan, menteri dan exco mengisytiharkan harta mereka sebagai salah satu usaha bagi mengekang tindakan penyalahgunaan kuasa.
Beliau berkata, sekiranya pihak terlibat enggan mengisytiharkan harta secara terbuka, mereka boleh berbuat demikian melalui pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Pada pandangan saya, pengisytiharan harta adalah langkah terbaik sebagai usaha untuk menggelakkan penyalahgunaan kuasa demi kepentingan peribadi.
“Dan, jika disabitkan kesalahan, kes sebegini kebiasaannya akan melibatkan hukuman penjara,” katanya.

Semuanya kerusi PAS, bukan Amanah punya - Tuan Ibrahim

Timbalan presiden PAS berkata Amanah tidak wujud pada PRU13 dan kerusi yang mereka duduki sekarang dimenangi atas tiket PAS.
Tuan-Ibrahim Amanah tidak pernah ada kerusi kerana ia sebenarnya milik PAS apabila parti Islam itu memenanginya pada pilihan raya umum (PRU) lalu, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Timbalan presiden PAS itu berkata parti itu tidak pernah berniat untuk memecahbelahkan pembangkang, tetapi kritikannya terhadap Amanah hanya demi mempertahankan kerusi dimenangi PAS sebelum ini.
Beliau berkata PAS tidak akan masuk campur urusan parti lain atau pembangkang tetapi terpaksa terus mempertahankan kerusinya daripada dirampas Amanah.
“Amanah perlu sedar, kerusi yang mereka duduk sekarang milik PAS. Mana boleh mereka mengaku itu kerusi Amanah. Masa PRU13 dulu yang bertanding di atas kerusi yang mereka duduki adalah PAS. Masa itu, Amanah pun tidak wujud lagi,” katanya dipetik daripada Sinar Online.
Tuan Ibrahim berkata Amanah perlu belajar menyelesaikan kemelut dalamannya sendiri sebelum menuduh PAS membawa sikap pecah belah ke dalam gabungan pembangkang.
“Saya tengok Amanah ada masalah dalaman sendiri. Kadang-kadang kenyataan pimpinan sendiri pun menggambarkan mereka yang ada masalah.
“Contohnya kenyataan tentang pembahagian kerusi. Kenyataan sesama mereka pun bercanggah. Tak ada persefahaman. Mereka sendiri tidak ada penyatuan,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad yang meminta PAS berhenti memecahbelahkan rundingan antara pembangkang bagi menghadapi pilihan raya.

Lidah rasmi PAS bidas pelantikan Saifuddin sebagai ‘dedak DAP’

Ia usaha DAP menggunakan kuasanya untuk menjauhkan PKR daripada PAS.
Harakahdaily_saifuddin-nasution_pas_600
Lidah rasmi PAS Harakahdaily menyifatkan pelantikan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai penasihat strategik kepada ketua menteri Pulau Pinang, sebagai “dedak” oleh DAP bagi mengikat PKR.
“Dengan kelebihan sebagai kerajaan, DAP menggunakan kesempatan itu memberikan jawatan bagi menggerakkan misinya.
“Itulah ‘dedak’ yang ditabur supaya individu atau pihak dilantik akan terikat,” menurut komen yang diterbitkan akhbar berkenaan semalam.
Ia menganggap keputusan melantik Saifuddin sebagai sebahagian usaha DAP menyekat sebarang kerjasama PKR dengan PAS.
Menurutnya, pelantikan “orang penting PKR” dalam pentadbiran DAP itu berlaku ketika PKR “masih menunjukkan sayang dan rindu kepada PAS di mana tidak pernah lafaz talak berlaku”.
“Kebimbangan itulah mendesak DAP membuat tindakan ‘strategik’ mengikat Saifuddin yang baharu sahaja sebelum ini dilantik sebagai SUA PKR.
“Secara halusnya, Saifuddin akan menjadi sekurang-kurangnya sebagai ‘penimbang tara’ terhadap kepentingan DAP di dalam keputusan PKR dan mengukuh dalam koalisi PH-Bersatu,” menurut penulisan itu, merujuk perjanjian kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kes rasuah KSU: Kini lebih RM5 juta tunai & jongkong emas dirampas


Jumlah wang tunai yang dirampas dalam kes dakwaan rasuah membabitkan KSU sebuah kementerian meningkat. Jumlah wang tunai yang dirampas dalam kes dakwaan rasuah membabitkan KSU sebuah kementerian meningkat.
Wang tunai dan jongkong emas bernilai lebih RM5 juta dirampas dan disita setakat ini susulan penahanan ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian disyaki terlibat dalam rasuah.
Dalam penemuan terbaharu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam merampas dan menyita wang tunai serta jongkong emas bernilai RM2.6 juta daripada peti simpanan beberapa bank.
Menurut sumber SPRM, rampasan terbaharu itu dilakukan setelah SPRM membuka peti simpanan emas di sebuah bank dan merampas jongkong emas seberat lapan kilogram yang dianggarkan bernilai RM1.6 juta.
"SPRM turut membuka beberapa peti simpanan di bank lain dan merampas wang tunai hampir RM1 juta termasuk AUD80,000," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Kelmarin, SPRM merampas dan menyita wang tunai serta jongkong emas bernilai kira-kira RM3 juta selepas menahan KSU yang bergelar 'Datuk' dan berusia 59 tahun bersama dua anak lelakinya yang berumur 29 tahun dan 34 tahun di kediaman mereka di USJ, Subang Jaya, dekat sini.
Selain itu, sumber itu berkata pihaknya turut menyita sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima milik anak suspek di rumahnya di USJ, Subang Jaya, semalam.
Sumber itu turut memberitahu, suspek-suspek berkenaan dipercayai mempunyai lebih 10 lot tanah di atas nama anggota keluarganya di sekitar Lembah Klang, namun SPRM masih sedang melakukan pengesahan serta menilai tanah-tanah terbabit.

KETIKA KSU DITAHAN SPRM, NAJIB HANYA MAMPU MENGULAS TENTANG KUCING...

Meskipun SPRM sejak kebelakangan ini sudah melakukan beberapa tangkapan di kalangan penjawat awam dalam usaha membanteras gejala rasuah yang kian membarah, termasuk yang terbaru seorang Ketua Setiausaha sebuah kementerian telah ditahan, malangnya tidak kedengaran lagi sebarang reaksi atau ulasan mengenainya daripada Najib Razak.

Berbeza semasa era Tun Mahathir Mohamad atau Tun Abdullah Badawi sebelum ini, jika ada tangkapan serupa itu, kita pasti akan mendengar reaksi positif atau mengalu-alukan usaha agensi itu daripada mulut seorang Perdana Menteri yang sedang mengetuai kerajaan.

Sememangnya, di ketika tangkapan demi tangkapan dilakukan oleh SPRM dan seluruh rakyat juga memperkatakannya, terutama berkaitan begitu banyak wang tunai, barang kemas, jongkong emas dan simpanan haram ditemui di bank-bank dalam jumlah yang agak mengejutkan, reaksi positif daripada Perdana Menteri adalah amat penting sebagai gambaran kepada rakyat beliau menyokong sepenuhnya tindakan pembanterasan itu.
Tambahan lagi, Najib dikenali sebagai antara pemimpin yang pantas memberi reaksi atau komen terhadap hampir semua perkara, sehingga mengenai gerhana dan perlawanan bolasepan Manchester United pun beliau tidak melepaskan peluang menulis di Facebook atau Twitter mengenainya.

Tetapi, kenapa Najib memilih tidak memberi reaksi mengenai tangkapan demi tangkapan oleh SPRM, terutama yang terbaru melibatkan seorang Ketua Setiausaha yang merupakan penjawat awam tertinggi ditahan setakat ini berkaitan rasuah?

Sejak dua hari lalu, saya mencari-cari di pelbagai sumber media sosial dan portal untuk melihat jika ada sebarang reaksi daripada Najib mengenai tangkapan terbaru SPRM itu, namun tidak terjumpa langsung mengenainya.

Di Facebook atau Twitternya, yang ada hanyalah tulisan mengenai banjir, pertemuan dengan Panglima ATM yang baru, tentang MRT dan serangan di Turki.