Khamis, 5 Januari 2017

SIAPA KAH ITU ??


"SPRM Tak Pernah Hubungi Saya", Kata Datuk Bahri

SEBAB ITULAH adalah pelik dan janggal apabila SPRM menghubungi Bakri untuk menafikan kenyataan terhadap agensinya sendiri.

PUTAR JANGAN TAK PUTAR... Umpama Najib & Rosmah Putar Keliling Satu Dunia Joli Bercuti Anak-beranak Guna Jet Kerajaan.

LAWAK SEORANG KSU

Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Irwan Siregar Abdullah mengumumkan penerima BR1M yang tidak memiliki kereta akan diberi kemudahan untuk menggunakan bantuan berkenaan bagi membeli kereta Proton Iriz.

Ia akan dilaksanakan tahun ini, katanya.

Kata Irwan Siregar lagi, dengan pembelian kereta itu, mereka kemudian boleh menjana pendapatan dengan menjadi pemandu Uber atau Grabcar.

Selain itu, Irwan Siregar juga memberitahu, pihaknya akan menstruktur semula  BR1M supaya rakyat boleh membeli makanan dan barangan keperluan melalui wang tersebut.

Kita juga sedang mengkaji bagaimana BR1M  boleh digunakan untuk latihan untuk memulakan perniagaan.
Perghhh....banyaknya kegunaan BR1M.

Untuk beli kereta,  beli makanan, beli barangan keperluan dan untuk latihan sebagai persediaan memulakan perniagaan.

Sudah tentu, penerima BR1M juga akan menggunakannya untuk membayar bil utiliti, tambah nilai telefon, mengisi minyak kenderaan dan macam-macam lagi.

Pendeknya, wang BR1M boleh digunakan untuk pelbagai keperluan dalam kehidupan seharian.

Tetapi, berapa bantuan BR1M yang rakyat dapat?

Jumlahnya ialah antara RM450 hingga RM1200.

Soalnya, bolehkah dengan jumlah bantuan sebegitu kecil, BR1M digunakan untuk macam-macam tujuan seperti yang disebut oleh Irwan Siregar itu?

Bagaimana juga untuk membeli Proton Iriz dengan wang BR1M itu? Bolehkah juga dengan jumlah antara RM450 hingga RM1,200, ia dijadikan bayaran pendahuluan membeli Iriz?

Lagi pula, baru minggu lalu Najib berbangga bahawa pertumbuhan ekonomi negara yang antara 4.3 hingga 4.4 peratus adalah sesuatu yang hanya boleh diimpikan oleh negara-negara maju.

Pelukis Najib bermuka ‘badut’ tak dibenar ke luar negara

Pelukis, Fahmi Reza, yang mencipta nama dengan karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bermuka ‘badut’ kini disenarai-hitamkan oleh Jabatan Imigresen.
Beliau mengetahui perkara itu selepas membuat pemeriksaan dengan Jabatan Imigresen apabila membuat persediaan sebelum perjalanannya ke Taiwan minggu depan.
Aktivis itu dijadualkan berucap berhubung ‘protes seni’ pada satu majlis anjuran Green Citizens' Action Alliance.
Katanya, Jabatan Imigresen memaklumkan bahawa beliau dihalang daripada ke luar negara sejak 31 Mac 2016.
“Aku fikir ini mesti sebab lukisan muka badut lah, takde kes lain.
“Aku post gambar tu pada 31 Januari 2016, aku kena siasat dan kena bagi keterangan pada polis pada 28 Februari 2016. Memang takde kes lain lah,” tulisnya di Facebook.
Menurutnya, beliau kemudian menghubungi pegawai penyiasat kes berkenaan di Bukit Aman dan dimaklumkan dirinya disenarai hitam kerana kesnya kini di bawah siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi atas sebab sebuah posting Twitter yang didakwa mengaibkan Najib.
“Aku tak faham kenapa dia buat macam tu. Setiap kali polis panggil aku untuk bagi keterangan, aku bagi kerjasama.

1MDB DAN RM2.6 BILION - APA KENA MENGENA DENGAN HIDUP KITA?

Kita diceritakan pelbagai masalah berkaitan 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion. Kita diceritakan bahawa 1MDB telah menanggung beban hutang lebih kurang RM42 bilion dengan pelbagai agensi perbankan. Kita diceritakan tentang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Najib Tun Razak.
Cerita berkaitan kedua-dua isu ini iaitu 1MDB dan RM2.6 bilion setiap hari kita dengar, ada pendedahan dan ada jawapan daripada Najib dan Kerajaan serta 1MDB sendiri. Persoalannya ialah apa kena mengena dengan kita sebagai individu rakyat Malaysia?? Kenapa ada di antara kita hanya dengar, angguk kepala kemudian hilang. Macam tak ada apa-apa bersangkut dengan diri kita.
Inilah masalah kebanyakan orang kita, selagi tidak kena batang hidung sendiri secara langsung, kita tak rasa apa. Perangai kebanyakkan kita mesti isu itu kena secara langsung pada dia. Contohnya kita kata harga barang naik sebab GST. Dia kata aku rasa biasa ja. Tapi bila dia ke kedai beli barang, dia sendiri kena bayar mahal, baru dia tau, rasa dan faham.
Apa kena mengena 1MDB dan RM2.6 bilion dengan kita? Kita tak terkena secara langsung ka?? Kita kena cuma kita tak sedar sebab tak keluar duit dari poket kita, tapi sebenarnya duit kita yang banyak keluar dan hilang disebabkan 1MDB dan RM2.6 bilion ni. Macamana boleh jadi macam tu?? Macam ni....
1MDB ditubuhkan sebagai agensi pelaburan strategik negara. Tugas utama 1MDB ialah untuk memacu pertumbuhan ekonomi dengan menggalakkan pelaburan langsung asing (FDI). Maknanya 1MDB bertujuan menjana ekonomi dengan mencari pelabur asing melabur di Malaysia. Dengan itu ekonomi Malaysia akan meningkat maju. 1MDB diberikan aset-aset penting negara seperti mendapat hartanah bernilai tinggi contohnya Tun Razak Exchange (TRX) dan Lapangan Terbang TUDM Sg Besi (Bandar Malaysia). Aset-aset ini bernilai tinggi tetapi dijual kepada 1MDB dgn harga murah di bawah harga pasaran. Sepatutnya 1MDB boleh menjana pendapatan amat tinggi jika menjual hartanah tersebut dgn harga pasaran kepada pelabur asing dan dalam. Dengan pendapatan tinggi itu, 1MDB mendapat keuntungan dan Kerajaan Malaysia juga mendapat keuntungan. Sebaliknya 1MDB telah menggadai hartanah tersebut kepada agensi perbankan untuk mendapatkan pinjaman. Dengan pinjaman tersebut 1MDB membeli aset2 lain yang telah merugikan. Pinjaman 1MDB pulak dijamin oleh Kerajaan.

Hentikan pencerobohan tanah adat Orang Asli, gesa Pemuda Amanah Johor

Asim Abdullah Ainullotfi
Pemuda Amanah Negeri Johor menuntut penjelasan daripada Perbadanan Taman Negara Johor berhubung pemasangan pagar di sekeliling tiga perkampungan Orang Asli serta pembinaan parit sempadan sepanjang 4 kilometer di Ledang.
Naib Ketuanya,'Asim 'Abdullah Ainullotfi berkata, projek tersebut menjejaskan lebih 700 masyarakat suku Temuan yang menghuni perkampungan Orang Asli di Air Tawas, Tanah Gembur dan Sungai Mering.
Menurutnya, lebih mendukacitakan projek tersebut telah dilaksanakan tanpa konsultasi daripada Tok Batin ketiga-tiga kampung terbabit dan tanpa papan tanda projek dinaikkan.
"Tiada dokumen lengkap daripada Majlis Daerah Tangkak mengesahkan kebenaran kontraktor untuk melakukan kerja-kerja bahkan notis yang diberikan pun hanyalah surat pemakluman kontraktor kepada Perbadanan Taman Negara Johor yang di 'S.K (Salinan Kepada)' kepada Tok Batin sahaja.
"Kenapa tiada konsultasi dengan penduduk kampung Orang Asli sebelum diluluskan projek pembangunan ini? Kenapa tanah adat Orang Asli boleh terlibat tanpa pengetahuan mereka dalam projek ini? Kenapa tidak dinaikkan papan tanda yang menunjukkan projek ini benar-benar mendapat kelulusan daripada pihak perbadanan?" soalnya dalam satu kenyataan.
'Asim menyifatkan projek tersebut sebagai pencerobohan tanah adat Orang Asli serta satu bentuk penindasan ke atas penduduk tempatan apabila laluan utama mereka ke kebun dan hutan telah dikorek, kebun-kebun telah dibersihkan bahkan tanah perkuburan warisan juga telah terjejas.
"Bagaimana mereka dapat menjalankan kerja seharian mereka kiranya mereka disekat daripada masuk ke kebun dan hutan yang sememangnya tempat mereka membesar sejak turun-menurun?" soalnya lagi.
Sehubungan itu, Pemuda Amanah Negeri Johor, tegasnya lagi, bersama penduduk ketiga-tiga perkampungan Orang Asli di kawasan Taman Negara Johor Gunung Ledang berkenaan menuntut pencerobohan dan penindasan hak mereka dihentikan.

‘Imam’ Za'aba masih masih gagal kumpul RM50,000

Bekas ahli PAS Za'aba Ibrahim hanya mampu mengumpul separuh daripada kos guaman yang diperintahkan oleh mahkamah selepas gagal dalam petisyen mencabar keputusan pilihan raya umum ke-13 bagi kawasan parlimen Pulai.
Ketika berita ini ditulis, Za'aba berkata, beliau hanya berjaya mengumpul RM27,300 daripada RM50,000 yang diperintahkan oleh mahkamah dan mempunyai sehingga 17 Januari ini sebelum berdepan diisytihar muflis.
Za'baa memfailkan petisyen pilihan raya untuk membatalkan keputusan bagi kerusi Pulai. Pertandingan tersebut dimenangi oleh calon BN Datuk Nur Jazlan Mohamed, yang menewaskan calon PAS Salahuddin Ayub.
Pada masa itu, PAS bersetuju untuk membantu Za'aba dengan kos guaman selepas namanya digunakan parti berkenaan.
Walau bagaimanapun, PAS membiarkannya keseorangan apabila Za'aba mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu dan menyertai AMANAH.
Za'aba, 43, bekerja sebagai seorang pengimpal.
Menurut Salahuddin, yang kini Timbalan Presiden AMANAH, berkata parti serpihan itu telah melancarkan kempen derma di seluruh negara untuk membantu Za'aba.
"Jawatankuasa kebangsaan AMANAH juga dalam mesyuarat terakhir memutuskan untuk membantunya.

KENAPA ENGGAN AKUI FAKTOR DALAMAN, 1MDB PENGARUHI NILAI RINGGIT?

Robert Rennie...isu politik dalaman menjadi punca.
Penganalisis kewangan luar negara  berpendapat ‘isu politik dalaman Malaysia’ serta skandal 1MDB mengganggu nilai Ringgit sejak 2015 tetapi kenapa kita menolaknya pada hal ia penting bagi memperbaiki dan memperteguhkan nilai Ringgit?
Ada perbezaan pendapat antara penganalisis tempatan dengan antarabangsa dalam isu kejatuhan nilai Ringgit.

Pada ketika penganalisis dalaman bersikap positif penganalisis antarabangsa memberi amaran jika keadaan politik dan persepsi tidak berubah, kedudukan Ringgit dijangka didagangkan 4.52 pada akhir suku pertama dan berada pada  tahap 4.66 dalam tempoh 12 bulan akan datang.
   
Biarpun wujud perbezaan, secara umumnya mereka bersetuju, untuk tempoh suku pertama 2017, Ringgit akan terus berada dalam kedudukan yang lebih lemah berbanding akhir Disember lalu.
Kedudukan pada hari kedua dagangan semalam mengesahkan pendapat itu apabila nilai Ringgit berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS) terus berdepan tekanan yang  menyaksikan mata wang tempatan itu susut melepasi paras RM4.500 bagi satu Dolar pada jam 11.42 pagi.
Kedudukan paling lemah Ringgit sejak negara dilanda krisis kewangan Asia 1998 itu terus terbabas untuk 40 minit seterusnya mencecah paras RM4.5002 seDolar pada jam 12.22 tengahari, sekali gus menjadi tular dalam kalangan rakyat negara ini yang berkongsi mesej ringkas dalam media sosial.
Bagaimanapun, Ringgit kembali ke bawah paras 4.4998 dalam dagangan sekitar 1.54 tengah hari dan ditutup pada paras 4.4975 pada jam 6 petang semalam, berbanding ditutup 4.4938 kelmarin.
Kelmarin,  Ringgit dibuka pada  4.48 sementara bulan lalu Ringgit jatuh ke tahap yang paling rendah sejak Krisis Kewangan Asia 1998 dan sepanjang tahun lalu, Ringgit dalam keadaan lemah berbanding Dolar Amerika iaitu kejatuhan purata 4.24 peratus.
Pada ketika penganalisis tempatan hanya menumpukan kepada sebab-sebab luaran, penganalisis luar mengatakan secara ‘totok’ mengenai isu dalaman yang terus menjadi ancaman kepada pemulihan nilai Ringgit.
Kenapa penganalisis dalaman tidak berani menyebut isu dalaman sebaliknya hanya melihat faktor luaran?

Kenapa tidak terus sahaja atau 'straight to the point' kepada punca sebenarnya?
Yang sering disebut ialah Ringgit menjejaki corak pergerakan mata wang serantau yang turut terkesan pengukuhan luar biasa Dolar AS atau ‘...unit tempatan serta mata wang lain di Asia susut apabila pulangan bon AS dan Dolar AS meningkat disebabkan faktor cadangan dasar ekonomi dan perdagangan negara itu oleh Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat yang baharu dipilih’.
Menurut penganalisis tempatan, kemungkinan akan ada sedikit cahaya di hujung terowong bagi nilai Ringgit melalui dasar baru Trump yang akan memulakan tugasnya secara rasmi sebagai Presiden AS dijangkakan pada 20 Januari depan.
Selain itu harapan positif turut diletakkan kepada langkah kerajaan melalui Bank Negara untuk memulih dan memperkukuhkan semula nilai Ringgit.
Berbeza dengan penganalisis luar, mereka menyatakan satu lagi alasan, iaitu ‘isu politik dalaman Malaysia’, termasuk isu 1Malaysia Development Bank (1MDB) yang turut penting mengganggu nilai Ringgit.
Apakah dengan menyebut sebegini mereka cuba menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia, menganggu sistem politik Malaysia atau cuba menggugat kestabilan rakyat berbilang kaum di negara ini?
Bukankah apa yang diperkatakan itu semata-mata dalam konteks kewangan, perbankan, pertukaran asing dan kedudukan ekonomi yang sedang berlaku di Malaysia?
Kenapa kita tidak mahu menerima kelemahan untuk memperbaiki nilai Ringgit yang banyak menyusahkan rakyat akibat kenaikan harga barangan keperluan, barangan import untuk makanan dan industry dan berbagai lagi?
Persoalan juga kenapa prestasi Ringgit semakin lesu menjelang 2013 dan pada Julai 2015, ia terus menjunam melepasi peringkat kadar tambatannya pada RM3.80?
Apapun antara penganalisis dalam negara dan luar negara, mereka tetap bersetuju mengenai satu perkara - bahawa prestasi Ringgit akan terus lemah dan dijangka berterusan sehingga suku pertama 2017.


Ketua Ahli Ekonomi Jabatan Penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Dr Kamaruddin Mohd Nor, semalam meramalkan demikian walaupun optimis Ringgit akan mula kembali ke paras yang lebih baik berbanding Dolar AS selepas Trump memulakan tugas rasminya.
Menurutnya pasaran akan dapat menilai dasar yang akan dibentangkan Oleh Trump. "Kami masih mengekalkan unjuran Ringgit akan berada pada paras purata 4.20 berbanding Dolar AS bagi 2017," katanya.
Ketua Ahli Ekonomi, Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, pula berpendapat, dalam  tempoh terdekat, nilai Ringgit berbanding Dolar dijangka berlegar pada paras sekitar 4.45 hingga 4.5.
Beliau turut  optimis bahawa Ringgit akan menunjukkan corak aliran mengukuh setelah ketidakpastian terhadap kadar faedah di AS dan dasar ekonomi Trump akan menjadi lebih jelas apabila melangkah dalam tempoh seterusnya pada tahun ini.
Justeru, beliau berkata pihaknya mengunjurkan nilai Ringgit akan mengukuh sekitar 4.1 dan 4.2 pada separuh kedua 2017.
Kamaruddin melihat langkah yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dalam menyediakan pasaran mata wang domestik yang lebih cekap,  akan dapat membantu menstabilkan nilai Ringgit.

Menjelang penghujung tahun minggu lalu (28 Disember 2016), dilaporkan gangguan daripada pasaran kontrak hadapan tanpa serahan (NDF) sudah  mula reda. Ia seiring dengan peningkatan mudah tunai dalam pasaran pertukaran asing (FX) tempatan pada hujung tahun lalu.

Dato’ Seri Najib Perlu Naikkan Bantuan BR1M Kepada RM40,000

Saya tertarik dengan idea Tan Sri Irwan Siregar, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Pengerusi 1MDB yang dipetik dalam satu laporan mencadangkan penerima BR1M yang tidak mempunyai kereta menggunakan BR1M untuk membeli kereta Proton Iriz supaya mereka boleh menjadi pemandu Uber atau Grabcar. Dengan cara ini, menurut laporan Malaysiakini itu http://www.malaysiakini.com/news/368232 , mereka boleh menjana pendapatan.
Cadangan itu boleh dilaksanakan dan sudah tentu akan berjaya sekiranya Dato’ Seri Najib Tun Razak menaikkan bayaran BR1M daripada RM1,200 (penerima e-Kasih atau pendapatan isirumah bawah RM1,200), RM1,000 (orang tua), RM900 (pendapatan isirumah antara RM3,000 dan RM4,000) atau RM450 (orang bujang berpendapatan bawah RM2,000) kepada RM40,000 setiap penerima BR1M.
Saya telah menyemak harga Proton Iriz dan mendapati ia berharga RM40,000 sebuah (lihat iklan harga di bawah).


Jika BR1M diberikan pada kadar sekarang (antara RM450 hingga RM1,200 sahaja), penerima BR1M hanya mampu membayar ansuran bulanan sebanyak maksimum dua bulan sahaja. Mereka hanya sempat menjadi pemandu Uber dan Grabcar selama 2 bulan sahaja.
Peruntukan untuk BR1M juga perlu ditambah dari RM5.3 bilion setahun (angka 2015) untuk 7.4 juta penerima kepada RM 296 bilion setahun (7.4 juta penerima X RM40,000).
Saya yakin cadangan Tan Sri Irwan Siregar ini akan berjaya menjadikan Malaysia mencatat rekod baru sebagai negara paling ramai pemandu Uber dan Grabcar.
Saya memilih untuk menjawab cadangan Tan Sri Irwan Siregar ini secara sinis dan menyindir kerana beliau juga dipetik berkata bahawa ekonomi negara adalah kukuh tetapi dipengaruhi oleh pandangan negatif. Saya ingin memaklumkan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan bahawa cadangan-cadangan seperti “orang miskin boleh buat dua kerja dengan menjadi pemandu Uber” (Dato’ Seri Najib) dan “guna BR1M untuk beli kereta Proton Iriz jadi pemandu Uber” yang menyebabkan pelabur dan orang ramai hilang keyakinan dengan pengurusan ekonomi negara.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

Rafizi yakin Pakatan mampu menang PRU14

Ahli Parlimen Pandan itu mengatakan kaji selidik itu hanya melibatkan sampel kecil dan tidak menggambarkan situasi sebenar negara.
Rafizi-Ramli_ftt_undi_600
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mempertikaikan hasil kajian Financial Times yang meramalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menang pilihan raya umum (PRU) akan datang walaupun dicemari skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya, kaji selidik mengenai sentimen ekonomi dan politik di kalangan 1,000 responden di Malaysia itu hanya melibatkan sampel kecil dan tidak menggambarkan situasi sebenar.
Justeru, beliau menggesa Pakatan Harapan (PH) kekal fokus dan mengelakkan pertengkaran di hadapan masyarakat umum seperti yang berlaku ketika kerjasama dalam Pakatan Rakyat.
“PH perlu ada serampang 2 mata dan perlu serang serta tumpu isu rakyat dan tunjukkan beban dan kelemahan yang dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Ke-2, mesti percepatkan mengupas, mencadangkan dasar penyelesaian masalah. Kalau PH boleh tumpukan ini, daripada berangan siapa jadi perdana menteri dan wujudkan Kabinet bayangan, peluang kita cerah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Invoke.
Beliau berkata demikian bagi mengulas penyelidikan Financial Times semalam yang meramalkan ketidaktentuan tarikh PRU akan datang boleh menyumbang kepada prospek suram negara.
Firma penyelidikan itu juga menjangkakan Najib memenangi pilihan raya walaupun dicemari skandal 1MDB.
“Proses persempadanan semula yang berjaya dan pembangkang berpecah bermakna peluang perubahan kuasa adalah sangat kecil di Malaysia,” katanya dalam satu kertas penyelidikan.
Menurut pasukan penyelidikan itu, Najib juga berpeluang mendapat manfaat hasil kegagalan yang dijangka dalam rundingan antara PH dan PAS.
Bagaimanapun, ahli Parlimen Pandan itu yakin jika PRU ke-14 diadakan selepas Mei, peluang PH untuk menang sangat cerah.

EAIC batal hasrat letak SPRM bawah seliaannya

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) membatalkan hasrat untuk meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah seliaannya bagi membolehkan agensi itu kekal berstatus bebas, kata Pengerusi EAIC Datuk Yaacob Md Sam.

Beliau berkata suruhanjaya itu berpendapat SPRM perlu kekal sebagai sebuah agensi 'betul-betul bebas' tanpa dikawal selia mana-mana agensi kerajaan.

"Sekiranya ia di bawah seliaan, ini akan menimbulkan persepsi ia dikawal pihak lain dan hilang elemen kebebasan," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata kini terdapat tujuh jawatankuasa atau panel bebas yang terdiri daripada tokoh-tokoh profesional yang memantau gerak kerja dan disiplin SPRM.

Selain itu, katanya, EAIC mengambil maklum bahawa SPRM merupakan antara badan penyiasatan yang boleh bekerjasama dengan suruhanjaya itu di mana kerjasama tersebut tidak boleh dilaksanakan sekiranya ia diletakkan di bawah seliaan EAIC.

Mengenai kerjasama bersama SPRM, Yaacob berkata pasukan siasatan bersama EAIC dan SPRM ditubuhkan untuk menyiasat pegawai penguat kuasa yang terlibat dalam kes salah laku dan rasuah.

"Dengan kerjasama ini, EAIC akan fokus elemen salah laku manakala SPRM elemen rasuah. EAIC dan SPRM akan mempergiatkan kerjasama ini agar siasatan bersama ini akan memberi kesan lebih efektif," katanya.

Mengenai cadangan menjadian EAIC sebagai pusat sehenti pelaksanaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711), Yaacob berkata EAIC mengalu-alukan cadangan tersebut dalam memantapkan pelaksanaan skim perlindungan pemberi maklumat.

Apa khabar orang Felda?


Beberapa hari yang lalu, saya menghabiskan masa dalam tanah rancangan Felda Tersang di Raub. Saya mahu merasai denyut kehidupan warga Felda dengan perspektif baru yang saya ada. Iaitu dengan maklumat mengenai Felda Global Ventures (FGV), pelaburan Felda dalam pelbagai hartanah, pembelian bangunan, pembelian perniagaan dan paling akhir, pembelian Eagle High Plantations pada harga RM2.3 bilon.
Maknanya, Felda menjalankan urusannya dengan tidak mendengar keluhan dan rintihan peneroka dalam lebih 300 tanah rancangannya meliputi 112,635 peneroka dengan 1.5 juta warga Felda keseluruhannya.
Ertinya, tahap kepedulian Felda dan orang-orang di belakang Felda terhadap masalah yang dihadapi oleh masyarakat Felda adalah pada tahap minima, namun orang Felda mahu lagi menyokong pemerintah?
Serupa juga seperti yang saya jelaskan kepada pengundi Cina, jangan tentang kerajaan kerana sebab-sebab yang tidak betul; demikianlah juga, warga Felda, jangan sokong kerajaan kerana sebab-sebab yang tidak betul.
Jangan kita lawan atas dasar perkauman melampau. Kita mesti mendidik diri kita semua untuk menolak kerajaan for the right reasons, kata orang putih.
Yakni, orang Cina jangan semata mata menolak kerajaan Umno kerana ianya ‘Melayu’. Mereka mesti tidak menyokong kerajaan kerana ia tidak adil, kerana pemimpinnya memusnahkan kepercayaan yang kita beri, kerana kerajaan dan pemimpin menyalahguna kuasa dengan  menggunakannya untuk mengayakan diri dan menyekat proses pengadilan.
Jangan sokong kerajaan yang kita beri dia kebebasan- dia mahu memerintah secara absolute tanpa batasan lalu dia menindas rakyat, menekan rakyat, membuli rakyat. Jangan sokong kerajaan yang rasuah dan merompak kekayaan negara. Jangan sokong kerajaan kleptokrasi.
Ini sebab-sebab sejagat yang disertai semua rakyat. Jangan kita tidak sokong kerana sebabnya ia ‘kerajaan Melayu’.
Jangan menyokong yang bawa rebah
Demikian juga, orang Felda yang rata-rata Melayu, jangan sokong atas sebab-sebab yang salah iaitu hanya kerana Najib dan Umno itu Melayu, agama Islam. Jangan kerana itu maka kita lupakan soal kepercayaan yang telah dimusnahkan mereka, jangan lupa kepada kuasa yang dia salahguna, kekebasan untuk melakukan penindasan, picit dan ugut rakyat.
Kita mesti tolak mereka kerana kerajaan yang tidak cekap, rasuah, salah guna kuasa, memusnahkan kepercayaan, bertindak di luar ruang kebebasan yang kita beri. Kita beri kebebasan kepada PM negara ini untuk mengurus negara mengikut prinsip-prinsip demokrasi, memerintah ikut undang-undang dan bukan memerintah ikut sedap mata dan hati.
Adakah kegelisahan-kegelisahan ini juga merupakan perkara yang di runsingkan oleh orang Felda?
Jika begitu, orang Felda nampaknya kurang peduli mengenai dunia luar Felda kecuali kepentingan terdekat mereka.
Adakah perkara ini terkesan dalam pemikiran orang Felda?
Sebab, pada pandangan umum, nampak seolah-olah, orang Felda tidak peduli dengan apa yang berlaku di dunia luar rancangan Felda. Keadaan mereka selesa dan keselesaan tersebut menyebabkan mereka tidak kisah dengan keresahan rakyat diluar Felda.
Jika orang Felda tidak peduli akan hal orang diluar Felda, soalan yang mungkin timbul ialah, mengapa orang luar Felda mahu peduli mengenai kesusahan Felda yang sedikit itu?

Buktikan Najib berhak guna pesawat kerajaan untuk melancong

KUALA LUMPUR, 5 JAN: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dicabar supaya mendedahkan dokumen bagi menyokong kenyataannya yang mempertahankan penggunaan pesawat milik kerajaan secara peribadi oleh Datuk Seri Najib Razak.
Gesaan itu dibuat Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang ekoran kenyataan Jazlan sebelum ini yang menyatakan bahawa perdana menteri itu mempunyai hak untuk menggunakan aset milik kerajaan terbabit untuk melancong ke Australia bersama keluarganya.
“Saya tidak berapa yakin (dengan kenyataan Jazlan) dan mencabar supaya Nur Jazlan mendedahkan dokumen untuk membuktikan bahawa Najib mempunyai hak sedemikian (guna pesawat kerajaan) atas kapasitinya sebagai perdana menteri.
“Biar seluruh rakyat Malaysia tahu perbelanjaan penuh percutian akhir tahun di Australia oleh perdana menteri, keluarganya atau sesiapapun dalam jet berkenaan, termasuk lokasi dan kos penggunaan membabitkan pesawat berkenaan,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.
Nur Jazlan seperti yang dilaporkan Malaysiakini Selasa lalu berkata, Najib menggunakan pesawat kerajaan itu kononnya untuk kemudahan dan atas tujuan keselamatan.
Beliau turut mengesahkan penggunaan pesawat itu untuk tujuan peribadi.
“Perdana menteri menggunakan jet itu untuk pergi bercuti. Ini adalah haknya.

M'sia kini 40% lebih 'miskin'

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, Tony Pua hari ini mendakwa Malaysia kini 40 peratus lebih miskin dalam nilai dolar Amerika Syarikat (AS).
Beliau yang juga pengerusi DAP Selangor berkata, ia dapat dilihat melalui kenaikan harga barang dan perkhidmatan termasuk harga petrol memandangkan minyak didagangkan di peringkat antarabangsa dalam matawang dolar.
“Bagi kita rakyat Malaysia, mungkin sudah tiba masanya untuk menerima kejatuhan ringgit ini sebagai kebiasaan. Kita telah kehilangan kekayaan lebih daripada 40 peratus dalam nilai dolar AS.
“Satu-satunya cara untuk Malaysia berubah adalah dengan memilih rejim baru. Rejim baru ini harus membersihkan negara dari reputasi kleptokratik dan menghancurkan sisa korupsi yang ada dalam kerajaan.
“Ia memerlukan satu pasukan ekonomi baru dan pintar yang tidak akan terbeban dengan keputusan-keputusan dari pihak yang terdesak mahu mengekalkan kuasa,” tegas beliau, memetik laporan Roketkini.
Semalam, ringgit menjunam ke paras terendah baru iaitu RM4.5002 berbanding dolar Amerika Syarikat sejak krisis kewangan Asia 1998.
Ringgit mencecah titik terendah pada nilai RM4.88 berbanding AS$1 pada bulan Januari 1998.
Perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad kemudiannya memutuskan ringgit ditambat pada kadar RM3.80 berbanding dolar.
BMI Research pula meramalkan ringgit yang menunjukkan prestasi tidak memberangsangkan di kalangan matawang lain di rantau Asia sepanjang tahun lalu dijangka akan menurun lagi.
Salah satu punca kejatuhan tersebut ialah matawang tempatan sangat terkesan dengan sebarang pergerakan yuan yang diramal kekal di bawah tekanan menurun.

Tanpa Pas, Pakatan Harapan punyai peluang cerah benamkan Umno@BN

Pakatan Harapan mampu menumbangkan UmnoBN pada PRU14 yang akan datang walaupun tanpa penyertaan Pas, kata Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad.
Ini kerana, tegas beliau yang juga adalah Ahli Parlimen Shah Alam, AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mampu membawa undi yang mencukupi untuk mengalahkan BN, lapor Malaysiakini.
Beliau mengandaikan ini berdasarkan pengiraan kasar, dengan anggapan bahawa pembangkang yang diwakili oleh Pakatan Rakyat pada tahun 2013 mendapat 50,000 undi, manakala BN pula meraih 45,000 undi.
Berdasarkan angka-angka ini, Khalid berkata, pada pilihan raya akan datang, Pakatan Harapan akan kekurangan kira-kira 7,000 undi daripada Pas.
Walau bagaimanapun, katanya, AMANAH mampu membantu membawa 3,000 undi, dan PPBM pula akan membawa lebih 3,500 undi daripada Umno.
Ini akan menjadikan Pakatan Harapan mendapat 46,500 undi, berbanding BN, 41,500 undi dan Pas 7,000 undi.
“Berdasarkan anggaran mudah di atas, maka calon Pakatan Harapan masih boleh menang hasil daripada kewujudan AMANAH dan BERSATU.
“Ini adalah kerana kesan kewujudan mereka adalah pertambahan undi pada Pakatan Harapan dan pengurangan undi pada Pas dan UmnoBN,” katanya.
Khalid berkata, berdasarkan anggaran seperti di atas, UmnoBN juga mampu menang sekiranya undi Pas beralih menyokong calon UmnoBN.
Beliau berkata, jika ini berlaku, majoriti pengundi Pas akan sama ada memboikot pilihan raya itu atau mengundi calon Pakatan Harapan sebaliknya.

KSU Rasuah: Kami beri kerjasama penuh kepada SPRM, kata Ismail Sabri

Ketua setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dinamakan media sebagai pegawai kanan kerajaan yang ditahan SPRM semalam.
ismailsabriKementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan beri kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan terhadap ketua setiausahanya.
“Kementerian akan menyokong usaha SPRM membanteras rasuah serta penyelewengan,” kata Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob.
FMT menghubungi beliau selepas akhbar The Star hari ini menamakan Datuk Mohd Arif Ab Rahman sebagai ketua setiausaha kementerian yang ditahan semalam.
Semalam, suruhanjaya anti-rasuah mengumumkan seorang ketua setiausaha kementerian dan 2 individu lagi ditahan dalam siasatan kes rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Semua suspek direman selama seminggu mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 (menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan), Seksyen 165 Kanun Keseksaan (menerima benda berharga, dengan tiada balasan, daripada seseorang yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya), dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.
“‘Datuk’ berkenaan dipercayai berperanan menerima serta menyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentingan dengan KSU terbabit,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki dalam satu kenyataan.
Jongkong emas dan wang tunai yang dianggarkan bernilai RM3 juta dirampas dalam operasi semalam.

Saya tak suka orang pergunakan saya: Bahri

Datuk Bahri Mohamad ZinBekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Bahri Mohamad Zain, 58, menafikan beliau pernah berjumpa atau dihubungi oleh media rasmi suruhanjaya itu.
Malah katanya, di akhir tugasnya di BOK, mereka juga tidak pernah bercakap dengan beliau.
"Pendedak ini ada di mana-mana, sepatutnya tunggulah kenyataan rasmi daripada saya sendiri. Saya amat tidak suka orang mempergunakan saya tanpa kebenaran," katanya kepada Sinar Online.
Bahri berkata demikian bagi mengulas kenyataan media SPRM yang mendakwa pihaknya telah menghubungi beliau, dan menyatakan Bahri menafikan bahawa beliau bersara kerana kecewa terhadap kes siasatan SRC International (SRC).
 "Berhubung kenyataan di sebuah portal media, bahawa Datuk Bahri memilih bersara awal kerana kecewa kes siasatan SRC International (SRC) tidak boleh dibawa ke mahkamah, SPRM telah menghubungi beliau dan Datuk Bahri menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada portal tersebut," petik kenyataan SPRM.
Terdahulu, pada 3 Januari lalu, Sinar Online melaporkan Bahri mengesahkan bahawa beliau telah bersara awal daripada jawatan di BOK berkuatkuasa 30 Disember 2016.

Bersara Awal: Saya tak pernah jumpa, dihubungi SPRM - Bahri

Bekas pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Bahri Mohamad Zain menafikan beliau pernah berjumpa atau dihubungi oleh unit media suruhanjaya itu.
Sebelum ini, SPRM menerusi kenyataan media yang menyatakan suruhanjaya itu telah menghubungi Bahri dan beliau menafikan mengeluarkan kenyataan memilih bersara awal kerana kecewa dengan kes SRC International.
Malah, ujar Bahri lagi, di akhir tugasnya di BOK, mereka juga tidak pernah bercakap dengan beliau.
"Pendedak ini ada di mana-mana, sepatutnya tunggulah kenyataan rasmi daripada saya sendiri. Saya amat tidak suka orang mempergunakan saya tanpa kebenaran," katanya, memetik laporan Sinar Online.
Dua hari yang lalu, SPRM mendakwa Bahri tidak menyatakan beliau memilih untuk bersara awal kerana kecewa dengan kes SRC International seperti yang dilaporkan.
“Berhubung kenyataan di sebuah portal media hari ini bahawa Datuk Bahri memilih bersara awal kerana kecewa kes siasatan SRC International (SRC) tidak boleh dibawa ke mahkamah, SPRM telah menghubungi beliau dan Datuk Bahri menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada portal tersebut,” menurut kenyataan media SPRM itu.
Terdahulu, Bahri mengesahkan beliau memilih meninggalkan agensi penguat kuasa itu lebih awal kerana kecewa.
Bercakap kepada Malaysiakini, Bahri menjelaskan, perjalanan dan kesan siasatan ke atas bekas anak syarikat 1MDB mendorong beliau memilih bersara awal.
Lebih daripada itu Bahri yang pernah bersumpah dengan nama Allah apabila pegawainya ditahan polis berkata, beliau tidak lagi wajar berkhidmat dengan "undang-undang sarang labah-labah".
Ditanya apakah maksud kenyataan itu, Bahri menjelaskan, undang-undang labah-labah hanya memerangkap pesalah kecil, manakala pelaku yang lebih besar terlepas daripada tindakan.
"Terlalu banyak wang yag hilang. Saya tak patut berkhidmat dalam undang-undang sarang labah-labah," katanya.

Janji PM tidak terpakai, ringgit terus menjunam



Keyakinan Perdana Menteri bahawa nilai ringgit akan kembali kukuh nampaknya tidak kesampaian apabila matawang negara itu jatuh ke paras terendah sejak krisis kewangan Asia 1998 apabila mencecah RM4.50 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Kejatuhan nilai ringgit menyuramkan ekonomi negara.Penafian Datuk Seri Najib Razak tentang keadaan ekonomi negara yang kritikal dan nilai ringgit akan meningkat dianggap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sebagai skrip yang diulang-ulang sejak 2015.
Ini kerana, jelas beliau, nilai ringgit terus menjunam walaupun beberapa mata wang serantau semakin kukuh berbanding dolar AS.
"Perdana Menteri memberitahu kita pada Januari 2015 bahawa ringgit akan melonjak naik memandangkan 'pasaran kewangan Malaysia semakin teguh' tetapi kini, kita boleh lihat parasnya semakin rendah. 2016 merupakan tahun keempat ringgit melemah berbanding dolar AS," jelasnya dalam satu kenyataan.
Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP menambah, pada 2015 pentadbiran Najib memberi alasan posisi negara sebagai pengeksport minyak menjadi penyebab kejatuhan ringgit ekoran penurunan harga minyak mentah dunia dari AS$102.10 pada Januari 2014 kepada AS$36.57 pada Disember 2015.
"Kerajaan menjangkakan ringgit akan pulih apabila harga minyak dunia meningkat pada tahun lepas namun malangnya nilai ringgit telah menurun secara konsisten," katanya.
Beliau tidak dapat membuat ramalan spesifik berhubung prestasi ringgit dalam tempoh setahun ini, namun menjangkakan risiko akan mengatasi prospek berikutan nilai yang jatuh sebelum ini tidak berkaitan dengan harga minyak.
"Bagi kita rakyat Malaysia, mungkin sudah tiba masanya untuk menerima kejatuhan ringgit ini sebagai kebiasaan. Kita telah kehilangan kekayaan lebih daripada 40 peratus dalam nilai dolar AS," ujarnya.

‘Penerima boleh guna BR1M beli Proton Iriz jadi pemandu Uber’ - Tan Sri Irwan Serigar

Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tidak memiliki kereta yang boleh menggunakan bantuan berkenaan untuk membeli kereta Proton Iriz, supaya mereka boleh menjana pendapatan sebagai pemandu Uber atau Grabcar.
"Ini akan dilaksanakan pada tahun ini," kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan (MoF) Tan Sri Irwan Serigar Abdullah pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata kerajaan juga sedang mengkaji kaedah lain untuk menambah baik pelaksanaan bantuan berkenaan.
"Kita aakan menstruktur semula BR1M supaya rakyat boleh membeli makanan dan barangan keperluan," katanya.
"Kita sedang mengkaji bagaimana BR1M boleh digunakan untuk latihan, supaya mereka boleh menggunakan BR1M dengan bijak bagi memulakan perniagaan," katanya.
Menurutnya, bantuan itu adalah bukan rasuah kerana tujuannya disalurkan adalah bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah.
Katanya lagi, kajian daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga menunjukkan 83.4 peratus responden menyokong BR1M diteruskan.

Invoke: So Apa Cita Minggu ni?! #EP02

Ekonomi merosot disebabkan tanggapan, sembang Tan Sri Irwan Serigar

1MDB lantik Parker Randall sebagai juruaudit baru - Tan Sri Irwan Serigar

Sidang Media Invoke 28 Disember 2016 - Hubungan Akrab Najib & Peter Sondakh

Invoke: So Apa Cita Minggu Ni?! #EP01

Orang miskin beli barang tak ada GST sembang KSU Perbendaharaan

FELDA UMUM BONUS PURATA RM697 SEORANG PENEROKA, TAMBAH BEBAN FAEDAH HUTANG RM5,065 SETIAP PENEROKA SETIAP TAHUN

Pada 30 Disember 2016 yang lepas, Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad telah mengumumkan pemberian bonus Insentif Produktiviti Peneroka hasil berjumlah RM66.7 juta yang akan diagihkan kepada 95,683 orang peneroka di seluruh negara, seperti dilaporkan NST http://www.nst.com.my/…/new-year-cheer-felda-settlers-set-r…
Dari 95,683 orang peneroka ini, mereka akan menerima insentif yang berbeza-beza di antara RM300 hingga RM800 bergantung kepada hasil. Secara purata, setiap peneroka akan menerima RM697 bonus setiap seorang berdasarkan jumlah RM66.7 juta yang dibahagikan kepada 95,683 peneroka.
Tan Sri Isa Samad juga dipetik sebagai berkata bahawa Felda masih mampu membayar bonus walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Apa yang tidak disebut oleh Tan Sri Isa ialah bonus itu (berdasarkan unjuran penyata kewangan tahun 2014 dan kedudukan kewangan Felda sejak dari itu) dibayar dengan menggunakan wang pusingan hutang kerana prestasi kewangan Felda setakat ini (setakat yang terkini iaitu 2014) menunjukkan Felda mencatatkan kerugian dari operasinya (iaitu operasi bersabit kelapa sawit dan perniagaan sebelum ditolak bayaran faedah hutang, cukai dan lain-lain).
Pada tahun 2014, kerugian operasi Felda ialah RM968 juta dan diperingkat kumpulan (termasuk kerugian anak-anak syarikat), Felda mencatatkan kerugian operasi sehingga RM1.4 bilion. Ini bermakna dalam tahun 2014, Felda tidak berjaya menjana wang dari operasi kelapa sawit dan perniagaannya kerana mengalami kerugian.
Saya yakin prestasi kewangan Felda tidak banyak berubah dalam tahun 2015 dan 2016, oleh itu unjurannya Felda dan anak-anak syarikatnya akan terus menunjukkan kerugian operasi.
Ini bermakna, sebarang bonus yang dibayar adalah dengan menggunakan wang hutang kerana operasinya tidak berjaya menjana keuntungan. Lebih teruk dari itu, dengan keputusan Felda untuk membeli 37% pegangan saham Eagle High Plantations berjumlah RM2.26 bilion, hutang Felda dan anak-anak syarikatnya akan melonjak naik kerana pembelian itu akan dibiayai melalui hutang.
Saya memetik laporan The Star bertarikh 28 Disember 2016 http://www.thestar.com.my/…/sukuk-loan-mix-for-feldas-eagl…/ yang memetik sumber yang rapat dengan urusniaga itu mengesahkan bahawa pembelian saham berjumlah RM2.26 bilion itu akan dibiayai melalui 2 pinjaman:
i. Terbitan hutang sukuk (kertas hutang mematuhi shariah) berjumlah RM1.13 bilion iaitu 50% dari pembiayaan tersebut
ii. Baki pembelian RM1.13 bilion akan dibiayai oleh satu hutang dari kumpulan bank Eropah
Saya telah menyemak kadar purata faedah (kupon) yang perlu dibayar oleh hutang-hutang yang diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Bank Negara, seperti berikut:
Berdasarkan kadar di pasaran yang terkini bertarikh 4 Januari 2017, kadar bayaran faedah bagi hutang yang diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia mencecah 5% (rujuk graf di atas) bagi hutang-hutang yang perlu dilangsaikan dalam tempoh 20 tahun.
Hutang yang akan diterbitkan oleh Felda dan dijamin oleh Kerajaan Malaysia juga akan dikenakan kadar faedah yang sama dengan hutang-hutang yang diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia, iaitu sekitar 5%.

Zahid minta Kelantan kawal pembalakan untuk tangani banjir

Zahid berharap Kelantan berfikiran terbuka dalam menyelesaikan masalah banjir bagi membantu meringankan beban rakyat.
ZahidPASIR MAS: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan Kelantan dan persekutuan perlu bekerjasama secara holistik mencari langkah jangka panjang bagi menangani masalah banjir yang berlaku saban tahun di negeri ini.
Zahid berkata beliau harap kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dapat berlapang dada dan berfikiran terbuka dalam menyelesaikan masalah tersebut bagi membantu meringankan beban rakyat yang saban tahun terpaksa berdepan dengan musibah berkenaan.
“Cara terbaik paku alam iaitu hutan, sungai dan gunung-ganang hendaklah dipertahankan. Oleh demikian kita harap jalinan kerjasama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah banjir secara holistik,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika melawat 1,441 mangsa banjir daripada 653 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 2 di sini, hari ini.
Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ketua Umno bahagian Rantau Panjang Datuk Abdullah Mat Yassin.
Sementara itu, menjelaskan lebih lanjut ketika ditemui pemberita, Zahid berkata beliau akan mengarahkan Mustapa dan Shahidan agar duduk semeja dengan Ahmad bagi memperincikan bentuk koordinasi yang boleh dilakukan antara kerajaan negeri dan persekutuan dalam menangani masalah banjir di Kelantan.
“Saya minta Datuk Seri Mustapa dan Datuk Seri Shahidan untuk bersama-sama dengan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Datuk Ahmad Yakob dan mencari jalan dengan mengadakan mesyuarat memperincikan apakah koordinasi yang dapat dilakukan.
“Bukan hanya dari segi bantuan ketika banjir dan pasca banjir tetapi penyelesaian jangka panjang harus dicari sebagai tanda istiqamah dan komitmen dalam bentuk tabayun antara kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan,” katanya.

Wang bukan boleh kutip sana sini, Nancy pertahan pentadbiran Adenan

Para pemimpin negeri masih meneruskan usaha mengembalikan autonomi Sarawak sebagaimana dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963.
nancy-adenan-azman
Barisan Nasional (BN) Sarawak mendakwa kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem sudah memenuhi semua janji pilihan raya yang dibuat pada pilihan raya negeri lalu.
Datuk Seri Nancy Shukri, menteri di Jabatan Perdana Menteri yang merupakan antara pemimpin BN dari Sarawak, berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan penganalisis yang memberi peringatan BN negeri tidak mungkin dapat mengulangi kejayaan besarnya pada pilihan raya umum akan datang.
Malah Dr Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya sebelum ini menjangkakan “tsunami kecil” pada pilihan raya akan datang yang boleh menggugat sokongan terhadap Adenan.
Nancy bagaimanapun berkata kebanyakan janji sudah dipenuhi kerajaan BN melainkan beberapa perkara yang memerlukan penglibatan kerajaan pusat.
“Ada projek yang memerlukan banyak duit dan perlu disusun bajet untuknya, dan tidak adil menyalahi mana-mana pihak sekiranya projek seumpama itu tidak dapat dilaksanakan.
“Kita tidak boleh kutip wang dari sana sini. Kena masuk akal,” Nancy memberitahu media di One City Mall di sini.
Awang Azman sebelum ini memberitahu FMT, pentadbiran Adenan masih gagal memenuhi janji memperkasakan status Sarawak dalam Persekutuan Malaysia dan isu melibatkan tanah adat Orang Asal.
Nancy menafikan dakwaan itu dengan berkata Adenan masih meneruskan usaha mengembalikan autonomi Sarawak sebagaimana dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Ekonomi merosot disebabkan tanggapan - KSU Perbendaharaan

Ekonomi negara kukuh bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Bagaimanapun, katanya, kemerosotan ekonomi dan nilai ringgit berlaku disebabkan oleh tanggapan yang dicipta sesetengah pihak yang mesti diperbetulkan.

Katanya, isu seperti 1MDB dan pentadbiran Najib, yang menyebabkan kemerosotan mata wang negara semata-mata tanggapan.

“Saya pergi restoran dan pasar raya, siapa mereka?

“Orang ramai membeli-belah dan melancong,” katanya dalam sidang media di Putrajaya.

“Ada sesetengah kumpulan buat bising macam satu negara ada masalah.”
Semalam, ringgit menjunam ke paras terendah baru iaitu RM4.5002 berbanding dolar Amerika Syarikat sejak krisis kewangan Asia 1998.
Prestasi tidak memberangsangkan berbanding mata wang lain di rantau Asia sepanjang tahun lalu itu dijangka berterusan, menurut kumpulan penganalisis antarabangsa.

1MDB lantik Parker Randall sebagai juruaudit baru

1MDB akhirnya melantik sebuah firma audit baru selepas Deloitte menarik diri daripada menyempurnakan tugas mereka tujuh bulan lalu.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan (MoF) Tan Sri Irwan Serigar Abdullah yang juga adalah pengerusi lembaga pengarah 1MDB pada sidang media hari ini mengumumkan firma pelaburan negara itu telah melantik Parker Randall, untuk mengaudit penyata kewangan 1MDB dan anak-anak syarikatnya.
"Mereka sudah dilantik... dan sedang mengaudit akaun anak syarikat (1MDB),” katanya.
Pada Oktober lalu Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy, berkata juruaudit 1MDB sebelum ini, Deloitte, menarik diri selepas sebahagian dokumen penting yang diperlukan, berada dalam simpanan polis.
Sehubungan itu, 1MDB belum lagi mematuhi syarat ditetapkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mewajibkan laporan juruaudit bagi tahun berakhir 31 Mac 2015 diserahkan kepada mereka.
Bagaimanapun SSM memberi lanjutan tempoh kepada 1MDB sehingga Mac tahun ini.
Sejak penubuhannya pada 2009, 1MDB sering bertukar-tukar juruaudit, bermula dengan firma Ernst and Young sebelum diganti oleh KPMG.

PRU14: 2 penjuru Najib 'bungkus', 3 penjuru HARAPAN menang

Pakatan Harapan (HARAPAN) boleh mendapat sokongan mencukupi bagi mengalahkan BN walaupun berdepan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang, kata Rafizi Ramli.
Bagaimanapun bacaan naib presiden PKR itu hanya akan berlaku jika pilihan raya umum (PRU) diadakan selepas Mei nanti.
Ketika ini, kata Rafizi, kelebihan masih memihak kepada BN berbanding pembangkang walaupun kadarnya kecil.
"Menjelang Mei nanti kelebihan akan beralih kepada HARAPAN.
"Kalau pertandingan dua penjuru, sekarang pun (jika diadakan PRU), Datuk Seri Najib Razak boleh bungkus," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Penilaian itu, kata anggota parlimen Pandan berkenaan, dibuat berdasarkan keadaan sokongan yang semakin menurun untuk BN dan sebaliknya bertambah bagi HARAPAN.
Pada masa sama, Rafizi mengingatkan, peralihan sokongan yang menguntungkan pembangkang itu hanya berlaku jika mereka memfokuskan serangan kepada BN dan mengemukakan cadangan bagi mengatasi masalah yang dihadapi ketika ini.
Pembangkang juga, katanya, perlu mengelakkan isu yang merugikan mereka sendiri seperti membincangkan persoalan siapa yang akan dilantik sebagai perdana menteri jika mereka berjaya menawan Putrajaya.
Rafizi membuat kenyataan itu bagi menafikan laporan Pasukan Penyelidikan Sulit Financial Times yang menjangkakan Najib akan dapat mengekalkan kerajaannya selepas PRU ke-14 jika ia diadakan pada suku ketiga tahun ini.

Rafizi: Felda berhutang nak bayar bonus peneroka

Felda membuat pinjaman dalam usaha untuk membiayai bonus sejumlah RM66.7 juta yang dijanjikan kepada para peneroka, demikian dakwa Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Beliau yang juga ahli Parlimen Pandan berkata, Felda dan anak-anak syarikatnya mencatatkan kerugian operasi RM1.4 bilion pada tahun 2014 dan mungkin mengalami nasib yang sama pada tahun 2015 dan 2016.
"Felda tidak mempunyai tunai yang mencukupi untuk membayar bonus ini," ujar Rafizi pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Pada 30 Disember yang lalu, Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad mengumumkan pembayaran bonus antara RM300 hingga RM800 setiap seorang kepada 95,683 peneroka.
Malaysiakini berusaha untuk mendapatkan maklum balas Isa berhubung dakwaan terbaru Rafizi itu.

Sidang Media Invoke 3 Disember 2017 - Hutang MRT & Perumahan Felda

PRU-14: Melayu kini terima DAP, tolak Umno - Zaid

Sidang Media Invoke 5 Januari 2017 - Najib Perdaya Peneroka Felda

Sidang Media Invoke 29 Disember 2016 - 37% Pegangan EHP Tak Beri Kuasa Operasi

Harga ikan melambung? Kenapa?

Haramkan guna plastik, ini undang-undang 'kong kali kong' - Noh Omar

Tiada orang Mahathir atau Muhyiddin dalam PPBM - Abu Bakar Yahya

Peniaga makanan, pengguna sambut baik kempen bebas polisterina/plastik

'Tangkap KSU bergelar 'Datuk' tapi tiada tindakan serupa terhadap SRC?'

Imej kerajaan buruk kerana kerajaan Umno@Bn

Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin, berkata kerajaan sendiri perlu bertanggungjawab atas persepsi serta tanggapan buruk yang dibuat rakyat terhadap mereka.
Memetik beberapa insiden, Kadir berkata, tanggapan negatif itu tetap ada tanpa perluu bekas kakitangan kerajaan atau sesiapa saja membuat kenyataan.
"Kerajaan sendiri lebih daripada mencukupi meletakkan mereka pada tanggapan negatif," katanya melalui catatan terbaru di blognya hari ini.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press itu mengulas beberapa perkembangan terbaru membabitkan menteri dan pegawai kanan kerajaan.
Antaranya berkaitan sebaran gambar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang didakwa dirakam dalam kasino di Las Vegas.
Turut dipetik dalam tulisan Kadir kali ini ialah rasa tidak puas hati bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Bahri Mohamad Zain, serta penahanan seorang ketua setiausaha sebuah kementerian semalam.
Kadir yang kini menjadi pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) turut menegur tindakan Azalina memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas terhadap penjawat awam atau bekas kakitangan kerajaan yang mengeluarkan fitnah serta menyebabkan persepsi buruk pada kerajaan.
Sembang kedai kopi
Azalina yang juga ahli parlimen Penggerang berkata langkah tersebut perlu diambil bagi mengelakkan salah faham atau salah tafsir daripada sumber yang tidak disahkan.
Bagaimanapun, Azalina tidak menamakan atau merujuk kepada sesiapa.
Menurut Kadir, keadaan agak sukar untuk kerajaan ketika ini kerana kebanyakan apa yang disebut bekas penjawat awam adalah benar.
"Saya tidak begitu faham apa dimaksudkan menteri itu dengan tindakan tegas kerana kebanyakan kakitangan awam sudah dipecat, ditamatkan perkhidmatan dan dipindahkan bukan kerana memfitnah kerajaan tetapi bercakap benar dan melakukan tindakan yang betul," katanya.
Terbaru, kata Kadir, ialah tindakan bersara awal diambil Bahri kerana kecewa dan rasa berdosanya apabila gagal membawa syarikat SRC International Sdn Bhd ke mahkamah.
"Ia tentu mengganggu suara hati orang pegawai SPRM seperti Bahri serta mereka yang bersara kerana situasi sama apabila hanya ikan bilis dan gelama didakwa di mahkamah, manakala jerung paling besar terlepas," katanya.
Mengenai Azalina, Kadir membangkitkan persoalan sama ada amaran dibuatnya itu disebabkan gambar berkenaan tersebar di media sosial pada awal tahun ini.

Kenapa SPRM nafikan kenyataan bekas pengarahnya?

Kenyataan bekas pengarah bahagian operasi khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohd Zin kelmarin mengejutkan banyak pihak.
Walaupun boleh berkhidmat sehingga 2019, beliau memilih bersara awal dan menyatakan rasa kecewa terhadap siasatan kes SRC International Sdn Bhd, yang tidak dibawa ke mahkamah.
Beberapa jam kemudian, SPRM mengeluarkan kenyataan yang mendakwa telah menghubungi Bahri dan beliau kononnya menafikan berkata demikian.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Azam Baki juga menolak kenyataan Bahri yang menyebut keputusannya itu dibuat kerana rasa “berdosa” terhadap 30 juta rakyat Malaysia.
Kenyataan SPRM dan Azam seakan cuba menggambarkan bahawa laporan media berkaitan direka-reka, walaupun wujud rakaman perbualan dan komunikasi teks antara pemberita dan Bahri.
Selain Malaysiakini, yang mula-mula melaporkan keputusan Bahri dengan memetik sumber, media lain turut mengikuti jejak langkah portal ini.
Ini termasuk portal Free Malaysia Today dan akhbar Sinar Harian serta Sin Chew Daily. Pemberita mereka turut menghubungi sendiri bekas pegawai kanan SPRM itu.
Persoalannya, adakah SPRM cuba mencadangkan terdapat muafakat bersama beberapa organisasi media untuk menyiarkan laporan palsu?
Lewat malam itu, Malaysiakini menerima e-mel daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengarahkan beberapa artikel berkaitan isu Bahri ditarik balik kerana dianggap palsu, berdasarkan kenyataan SPRM.
Bagaimanapun, arahan itu dibatalkan pagi berikutnya.
Bahri ketika dihubungi Malaysiakini berharap tidak ada pihak yang bercakap bagi pihak dirinya kerana ini akan mengelirukan orang ramai.
Beliau berjanji mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi, termasuk reaksi terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan (atas,kanan), yang berhujah kes SRC tidak dibawa ke mahkamah kerana tiada sebab untuk berbuat demikian.
Dalam laporan Sin Chew, Bahri dipetik sebagai mendakwa beliau kecewa kerana kes itu tidak dibawa ke mahkamah walaupun ada bukti.
Pengkritik kemudian cuba mengaitkan Bahri dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kempennya untuk menukar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Soal pegawai kanan kerajaan itu turut dibangkitkan.
Tidak kira sama ada Bahri mempunyai motif politik atau tidak, SPRM mesti menjelaskan kenyataannya bahawa Bahri menafikan beliau kecewa, sekali gus menggugat kewibawaan laporan-laporan di media.

Tahan KSU tak mampu alih isu 'rasa berdosa' Bahri kata PAS

Kecekapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memerangi rasuah perlu diimbangi dengan keadilan dalam tindakan tanpa mengira siapa pesalahnya.
Sehubungan itu kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, SPRM jangan hanya mudah mengambil tindakan terhadap penjawat awam tetapi membiarkan ahli politik berjawatan tinggi seperti kes SRC International terlepas begitu sahaja.
"Penahanan KSU kementerian tidak dapat mengalihkan pandangan kekecewaan ‘persaraan awal’ Bahri.
"Penahanan KSU sebenarnya menguatkan keluhan Bahri yang dipetik sebagai berkata amat berdosa kepada seluruh 30 juta rakyat Malaysia kerana kes SRC tidak boleh dibawa ke mahkamah," kata Tuan Ibrahim menerusi Facebook miliknya.
Semalam, seorang ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian yang bergelar 'Datuk' bersama anaknya ditahan SPRM bagi membantu siasatan menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya untuk menerima rasuah.
Mereka ditahan reman tujuh hari bermula hari ini.
Sebelum itu, bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zain, 58, mengesahkan beliau telah bersara daripada jawatannya kerana  kecewa dengan kes siasatan SRC International yang tidak boleh dibawa ke mahkamah, selain tidak mahu bersekongkol dengan perkara yang tidak baik.
"Sepatutnya saya bersara pada 2018, ada lagi dua tahun tempoh perkhidmatan, tindakan ini diambil kerana saya rasa kecewa dan berdosa sangat dengan 30 juta rakyat Malaysia.
"Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri, rasa amat berdosa kalau saya masih berkidmat kerana agama kita secara jelas melarang kita untuk cenderong kepada kezaliman dan ketidakadilan...cenderung pon tidak boleh apatah lagi terus berkhidmat," beliau dipetik sebagai berkata katanya kepada Sinar Online.

Ringgit jatuh: PM dan menteri mungkin tak rasa susah tapi rakyat tanggung beban

Kejatuhan nilai ringgit secara berterusan tanpa dibendung akan memberi tekanan kepada kehidupan rakyat.
Malah kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kesan itu tentunya lebih besar kepada mereka yang meraih pendapatan kecil.
"Barangkali PM dan para menteri beliau tidak merasai kesusahan sebagai mana yang rakyat rasa.
“Hakikatnya, kejatuhan nilai mata wang memberi impak kesan buruk melebihi kesan baik.

 Wan Azizah Wan Ismail “Tidak ada negara di dunia yang mahukan nilai wangnya rendah,” tulis Wan Azizah di laman sosial Facebook miliknya.
Mata wang Ringgit Malaysia semalam jatuh ke paras terendah iaitu RM4.5002 berbanding dolar Amerika Syarikat sejak krisis kewangan Asia 1998.
Ringgit pernah mencecah titik terendah pada nilai RM4.88 berbanding satu dolar Amerika pada Januari 1998.
Menurut data dari Bloomberg, ringgit yang terus berdepan dengan tekanan melepasi paras psikologi RM4.50 pada jam 11.20 pagi, semalam.
Pergerakan ringgit terus menjunam untuk 40 minit seterusnya, mencecah paras RM4.5002 sedolar pada jam 12.22 tengah hari.
Kadar pertukaran dikeluarkan Bank Negara menunjukkan harga jualan AS$1 adalah RM4.5010 pada tengah hari.

Skandal 1MDB: Pengurus Falcon Private Bank AG berdepan 16 pertuduhan

Pihak pendakwa Singapura hari ini memfailkan 16 pertuduhan terhadap pengurus bank Switzerland, Falcon Private Bank AG, cawangan republik itu.
Ia sebahagian daripada siasatan yang sedang berlangsung berkaitan dakwaan skandal 1MDB, lapor Reuters.

Bank itu yang kedua diarahkan ditutup di Singapura selepas BSI Bank Ltd tahun lepas.

Singapura dilihat mahu mengekalkan reputasi sebagai pusat kewangan bersih selepas turut dikaitkan dengan isu berkaitan 1MDB.

1MDB disiasat atas dakwaan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya enam negeri, termasuk Switzerland sendiri dan Amerika Syarikat.

Datuk Seri Najib Razak menafikan sebarang salah laku dan berkata Malaysia akan bekerjasama dengan siasatan antarabangsa.

Pendakwaan Singapura hari ini memfailkan 10 pertuduhan memberikan maklumat palsu, lima pertuduhan gagal mendedahkan maklumat meragukan dan satu pertuduhan gagal memaklumkan transaksi meragukan.

DAP tak bayar dedak RM50 untuk sokong Anwar

DAP menafikan dakwaan parti itu akan memberi RM50 kepada mereka yang hadir pada Himpunan Solidariti sebagai menunjukkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang pada minggu depan.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang, Syerleena Abdul Rashid berkata, laporan yang disiarkan oleh portal berita pro-BN bertajuk 'Hadir Himpunan Solidariti, DAP Beri dedak RM50' itu dibuat berdasarkan andaian.
"Laporan yang berat sebelah itu adalah mengelirukan, berunsur penipuan dan mampu mewujudkan gangguan sosial yang tidak sepatutnya," kata beliau dalam sidang akhbar hari ini.
Menurut portal berita berkenaan, Selain pemberian dedak RM50, DAP juga akan menaja pengangkutan bas dan makan minum kepada mereka yang hadir pada hari tersebut.
Turut disertakan dalam laporan itu adalah kandungan mesej yang disebarkan menerusi aplikasi whatsapp yang meminta penyokong pembangkang supaya hadir di mahkamah pada hari tersebut:
“Selamat pagi. Datuk Seri Anwar akan berada di Mahkamah Tinggi George Town pada hari Isnin ini 9/1/17, jam pukul 8.30 am. anggota parti dan sukarelawan diminta tunjukkan sokongan dgn menyertai perhimpunan di situ. Adakah saudara boleh turut serta? Perkhidmatan bas dan makanan disediakan. Masa 8.30 am hingga 12 tengah Hari. Sila respon. Thanks”
Anwar akan dibawa ke Pulau Pinang untuk menghadiri kes mahkamah mulai 9 hingga 11 Januari ini di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membabitkan saman beliau ke atas akhbar The New Straits Times.

Jet k'jaan tak lagi boleh dikesan lepas terbang ke Australia

Pesawat Airbus 319 milik kerajaan dengan nombor pendaftaran 9M-NAA tidak lagi boleh dikesan pada flightaware.com.
Laman web itu berkata, data itu tidak boleh didapati kerana 'permintaan pemilik/pengendalinya'.
Permintaan bagi mengalih keluar akses awam kepada data itu berlaku tidak lama selepas Malaysiakini melaporkan perjalanan 9M-NAA di seluruh Australia yang bertepatan dengan percutian keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke negara itu.
Kali terakhir data pengesanan itu boleh didapati adalah pada hari Selasa, yang menunjukkan 9M-NAA mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Jaya pada pukul 10.17 malam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 4.56 petang waktu tempatan.
Data tersebut telah dikeluarkan dari laman web itu hari ini.
Ketika dihubungi, FlightAware berkata ia menawarkan khidmat sekatan dengan syarat bahawa permintaan itu disertakan dengan salinan pendaftaran pesawat.
Ia menambah bahawa perkhidmatan pengesanan penerbangan juga hanya membenarkan pengesanan oleh pemilik pesawat.
"Ini akan membolehkan hanya pengguna yang dibenarkan dalam akaun anda untuk melihat aktiviti penerbangan. Ia masih akan disekat kepada orang awam," katanya.
Sebelum ini, data dari flightradar24.com, laman web pengesanan yang lain, juga telah dibuang.
Selain 9M-NAA, jet Airbus 320 dengan nombor pendaftaran 9M-NAB yang digunakan perdana menteri sebelum ini juga telah dikeluarkan dari laman web pengesanan.

Orang Melayu tidak musuhi, takut pada DAP, kata Zaid


Datuk Zaid Ibrahim
Orang Melayu tidak memusuhi dan takut kepada DAP kerana mereka tidak mengenali parti itu sebagaimana yang dimomokkan oleh bekas naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim dan pemimpin Umno bahawa parti itu anti Melayu dan Islam.
Dakwa bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah memperalatkan Umno dengan melabelkan DAP anti Melayu dan anti Islam.
"Malah ramai yang percaya bahawa ini akan menjadi isu utama dalam pilihan raya akan datang.
"Pandangan saya orang Melayu tidak memusuhi dan tidak takut kepada DAP.
" Mereka tidak mengenali lebih dekat tentang parti itu selain daripada apa yang diberitahu oleh Tunku Abdul Aziz Ibrahim dan Umno.
"Melayu umumnya malu dan tidak ekspresif dalam pemikiran mereka.
"Mereka tidak akan mengangkat tangan untuk menunjukkan rasa tidak senang mereka, sebaliknya akan menolak untuk mengundi Umno," ujar Zaid dalam kenyataan di blognya hari ini.
Zaid yang juga bekas Senator berkata, walaupun orang Melayu tidak dilihat keluar beramai-ramai mendengar ceramah atau menyertai DAP tetapi mereka ujarnya, penyokong senyap kepada peti undi.
"Mereka telah melihat sumbangan parti itu dalam memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat Malaysia.
"Sebab mengapa Umno bimbang adalah semata-mata kerana taktik mereka menimbulkan ketakutan bahawa DAP anti-Melayu tidak berfungsi.
"Parti itu menang pilihan raya lalu kerana sokongan pengundi Melayu di banyak kerusi separa bandar.
"DAP dan pembangkang lain tidak akan menang begitu banyak kerusi dalam kategori ini jika orang Melayu benar-benar menentang DAP.
"Tetapi mereka pasti akan menyokong calon pembangkang dengan cara mereka sendiri, secara senyap di pusat mengundi," ujarnya.
Bekas Ketua PKR Wilayah Persekutuan ini juga berkata, jika pembangkang benar-benar mahu memenangi pilihan raya akan datang, mereka perlu mempunyai semangat kerjasama rapat dengan DAP yang  akan memaksimumkan peluang untuk membentuk kerajaan baharu kelak.
"Jika sesetengah daripada pemimpin masih tidak selesa dengan DAP termasuk segelintir  orang Melayu yang masih lagi tidak selesa atau takut kepada DAP inilah masanya mereka perlu sedar untuk bangkit bersama rakyat.

Najib bercuti sakan tanpa hirau sensitiviti rakyat

Percutian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekeluarga di Australia menunjukkan mereka terpisah daripada realiti sebenar kehidupan rakyat Malaysia, kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
Katanya, ketika rakyat biasa bergelut dengan kenaikan kos sara hidup dan banjir yang melanda, Najib dan keluarganya pula bercuti dengan menggunakan jet kerajaan.
"Sementara rakyat muram dan berjimat cermat dengan naiknya harga petrol di ambang tahun baru, perdana menteri diberitakan terbang dengan keluarga bercuti menaiki jet mewah kerajaan menjelajah Australia.
"Tanpa menghayati sensitiviti rakyat, gambar-gambar bermain golf dan beriadah mewah sekeluarga disebarkan di Facebook oleh ahli keluarganya," kata Raja Kamarul dalam kenyataan media.
Pada masa sama Raja Kamarul berkata beliau mendengar aduan daripada penguatkuasa yang tidak dibayar kerja lebih masa selama tiga bulan sehingga menyukarkan persiapan persekolahan anak-anak mereka.
Katanya, ketua kampung yang ditemui di sebuah pusat pemindahan banjir juga menyuarakan rasa tidak senang dengan perbelanjaan kerajaan menyambut tahun baru terutama pertunjukan bunga api yang mahal.

2017 tahun penuh 'seksa' ibu bapa..pemerintah terus bermewah..!!!

WangTahun 2017 adalah tahun di mana ibu bapa terbeban dengan peningkatan kos perbelanjaan persekolahan anak-anak.
Timbalan Pengerusi Biro Kebajikan Kemanusiaan dan Bencana Alam Amanah, Mariam Abdul Rashid berkata, keperitan itu lebih dirasai oleh ibu bapa yang berpendapatan rendah dan pada tahap miskin yang mempunyai ramai tanggungan anak bersekolah.
“Kenaikan kos adalah dari pakaian, beg, kasut sekolah sehinggalah kepada kenaikan yuran dan tambang bas sekolah.
“Ini adalah kerana kesan daripada kejatuhan ekonomi negara dan kenaikan kos kehidupan pada tahun ini dalam masa yang sama cukai GST yang dikenakan di samping kenaikan harga barang-barang keperluan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya lagi, ada juga ibu bapa yang terpaksa membuat pinjaman peribadi bagi menampung kehidupan dan pembelajaran anak-anak.
“Apa yang menyedihkan, pemerintah langsung tidak menghiraukan derita rakyat malah mereka terus menerus dengan kehidupan mewah membelanjakan harta negara dan rakyat demi kepentingan peribadi.
“Keadaan menjadi lebih gawat ditambah dengan kejatuhan ringgit yang terlalu rendah merudum.
Justeru itu, katanya lagi, rakyat perlu bangkit dan wajib berubah untuk memilih pemimpin lebih telus, berintegriti dan beramanah serta meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.
“Rakyat sudah cukup-cukup derita. PRU14 adalah masa terbaik kepada rakyat menggunakan kuasa mereka,” katanya lagi.

FELDA - 1956-2012?

Siapa yang mahukan FELDA membeli Eagle High Plantations? Jawapan nya ialah Najib. Ertinya, sama seperti penyenaraian FGV dahulu, sekali lagi najib sudah screw FELDA.
Dan bersama dengan nya, peneroka yang bernaung dibawah panji2 FELDA sejak 1956 sehingga lah 2012, peneroka juga digerudi dan disula oleh Najib. Tahun 2012, FELDA seperti yang kita ketahui, berhenti ujud.Tahun itu, FGV ambil alih Felda.
Nasib peneroka FELDA sama seperti katak yang direbus perlahan lahan- tidak merasa bahaya air yang akan menggelegak sehinggalah ianya direbus hidup2. Anak2 peneroka yang doctor, jurutera, lawyer, akauntan, ekonomis dan lain2- tolong sedarkan peneroka mengenai hal ini.
Yang disebut sebagai lumpenproletariat- yakni jenerasi ke2 dan ke3 yang tidak ada pelajaran tinggi sangat, mundar serta mandir tapi ada kapasiti penalaran( reasoning capacity) berdasarkan common sense, tolong ubah minda orang FELDA.
Tun Razak sebut tulong. Tulong.Tulong selamatkan FELDA.
Ini ada betul2 jembalang yang mahu menghancurkan FELDA. Nama dia najib tun Razak. Dia disokong oleh perompak dan penyamun.
FGV tidak mahu beli, sekarang FELDA yang konon nya mempuyai puluhan tahun pengalaman dalam perniagaan yang ia tahu lebih dari orang lain, mahu membeli Eagle High pada harga RM2.3 bilion.Apa bezanya Felda atau FGV atau FIC? Semua nya milik kerajaan dan Najib merasakan kerajaan ini milik keluarga nya.Felda kata mereka guna kaedah enterprise value per hectare, suatu cara meletak harga secara rasa rasa.
Banyak pulak duit FELDA? Jika banyak, lebih baik write off sebahagian hutang peneroka yang keseluruhan nya berjumlah RM5 billion. Atau restructure hutang peneroka- segala hutang dipotong maksima RM150 sebulan. Jangan potong semua, nanti peneroka FELDA ingat hutang tidak perlu dibayar.
Orang Melayu ini, seperti yang pernah dikatakan kepada saya oleh PM hari ini- tidak ada yang lebih menyukakan hati mereka, selain mendapat sesuatu dengan percuma. Jika suatu saham felcra layak diberi untuk suatu ketua keluarga, mereka mahukan setiap anggota keluarga- yang duduk diluar kawasan pun, mesti diberikan saham. Sebab ianya free. Mak, ayah, atuk, 7 anak mesti diberi setiap satu.Dan najib tahu hal ini. Dekat pilihanraya, dia akan menurunkan durian runtuh kepada peneroka. Beres semua.
Apa kah perkiraan yang najib lakukan untuk membeli 37% ekwiti dari Peter Sondakh? Tidak ada economic sense kecuali Peter Sondakh kawan dia dan Rosmah. Atau , mohon dijauhkan Allah, Peter Sondakh hanya front untuk Najib untuk mencedok sebahagian wang untuk selesaikan 1MDB.
Apa yang istimewa tentang Eagle High sehingga kita hendak beli? Dari kawasan tanah 300,000 lebih hektar hanya 125,000 hektar ditanam. Dan kenapa kos membangunkan satu hektar mengikut pengalaman FELDA sendiri ialah RM7-8 ribu per hektar sehingga boleh dituai, tapi dalam tangan penganalis, kos nya sekitar RM15,000 sehektar? Ini pun mahu kebas?
Bayangkan 175,000 boleh dibangunkan dengan kos RM1.4 bilion menjadi RM2.62 billion atau lebih. Ertinya, yang membuat keputusan membangunkan kawasan belum tanam, boleh membuat RM1.22 billion! Tamak nya mereka ini! Kos ini akan ditanggung bersama oleh FELDA pada tahap 37%. Awak ada share 37%, maka tanggung juga kos2 nya sebanyak 37%.
Siapa yang otak siuman mereka mahu membayar RM2.3 billion untuk 37% tanpa kuasa penentu?
Mengapa kita tidak ada dengar syarikat ladang gergasi yang lain, berburu buru mahu membeli tawaran yang bak ini?