Ahad, 1 Januari 2017

BR1M Itu Rasuah Kerana Diagihkan Melalui UMNO

Air percuma Selangor bukan rasuah - Abdullah Sani

Orang Gila Pun Tak Pakai Tuala Siang Hari Ke SUK

PEDAS TEPAT ke MUKA!! Negara Bukan DIPERINTAH Oleh Najib TAPI Rosmah!!!

Harapan rakyat marhaen 2017

'Dedah bukti atau berdepan tindakan saman’ - Mukhriz Mahathir

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencabar supaya bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan bukti dan sumber yang diperolehinya berhubung dakwaan pemilihan beliau sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU14 akan datang.
Menurut beliau, sekiranya Tunku Abdul Aziz gagal berbuat demikian, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadapnya berhubung dakwaan fitnah tersebut.
Mukhriz Mahathir “Saya tuan punya badan menafikan dakwaan itu dan beliau (Tunku Abdul Aziz) perlu mendedahkan siapakan pemberi maklumat tersebut.
“Kalau beliau tidak dedahkan, saya akan mengambil tindakan undang-undang (saman) ke atasnya selepas ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Sebelum ini, Tunku Abdul Aziz mendakwa Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah sepakat untuk memilih Mukhriz sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU14 akan datang.
Sehubungan itu, beliau berkata dakwaan berkenaan adalah tidak berasas malah ia hanya berunsur fitnah semata-mata.
“Saya hairan macam mana seorang yang kita kenali sebagai orang yang hebat boleh keluarkan kenyataan tak masuk akal dan berunsur fitnah sebegitu.
“Saya sendiri terkejut yang beliau boleh percaya kepada dakyah-dakyah sebegini sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian,” katanya.

FAS harap Azmin tidak lari daripada melangsaikan hutang

Setiausaha Agung Rosman Ibrahim berkata menteri besar Selangor dijemput menghadiri mesyuarat exco FAS sepanjang 2 bulan lalu namun tidak diendahkan
rosma-mohd-ibrahim_azmin-ali__selangor_60021
KUALA LUMPUR: “Jangan lari daripada tanggungjawab melangsaikan gaji dan bonus pemain walaupun selepas melepaskan jawatan.”
Itu harapan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang mahu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pengurus pasukan, Amirudin Shari memenuhi janji melangsaikan gaji pemain dan pegawai pasukan bagi November serta bonus mara ke final Piala Malaysia 2016.
Setiausaha Agung FAS, Rosman Ibrahim berkata persatuan kecewa sehingga kini masalah itu belum diselesaikan, malah cubaan mengatur pertemuan dengan mereka juga tidak diendahkan.
Rosman turut menjelaskan FAS masih belum menerima surat rasmi daripada Mohamed Azmin dan Amirudin, yang masing-masing mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden FAS dan pengurus pasukan Selangor menerusi kenyataan bersama 2 hari lalu.
“FAS hanya akan mengadakan mesyuarat exco khas bagi membincangkan perkara ini selepas menerima surat rasmi mereka. Pemain-pemain turut telah mengeluarkan kenyataan memohon penyelesaian tunggakan gaji ini dan FAS berharap janji tersebut dapat ditunaikan.
Pada masa sama, FAS juga berharap isu baki tunggakan gaji bekas ketua jurulatih Zainal Abidin Hassan, yang dipecat Amirudin menerusi SMS (sistem pesanan ringkas), tanpa mengikut saluran, tiada hitam putih dan di luar pengetahuan exco, turut dapat diselesaikan,” katanya dalam satu kenyataan.
Rosman berkata FAS kecewa dengan tindakan Mohamed Azmin dan Amirudin, yang sering menegaskan jalan penyelesaian bagi kemelut yang dihadapi skuad Gergasi Merah itu, adalah dengan mengadakan pertemuan antara FAS dan mereka.
“FAS ada menghantar surat permohonan mengadakan pertemuan, selain menjemput Azmin menghadiri mesyuarat exco sepanjang 2 bulan lalu namun tidak diendahkan, seolah-olah tidak mempedulikan isu yang dialami FAS.
“FAS turut kesal atas beberapa tuduhan dan label yang dilontarkan kepada kami. Ianya tidak berasas dan bersifat lepas tangan biarpun Azmin melalui Amirudin terlibat secara langsung khususnya dalam pengurusan pasukan,” katanya.

Makkal Sakti mahu tanding PRU14

Parti Makkal Sakti Malaysia berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Presidennya, Datuk R.S. Thanenthiran.
Beliau berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk memutuskan sama ada parti itu akan diberi peluang bertanding pada PRU14.
Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan sama ada parti itu memohon sebarang peruntukan kerusi pada PRU14 akan datang.
"Kalau diberi peluang kepada Makkal Sakti kami akan menerimanya tetapi jika tidak diberi kerusi pun kami tetap akan menyokong BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Krismas dan Tahun Baharu 2017 parti itu di Ipoh hari ini yang turut dihadiri kira-kira 1,000 orang.
Thanenthiran berkata setakat ini parti itu mempunyai 123,000 anggota di
seluruh negara dan 75 peratus daripadanya adalah golongan belia.
Katanya 4,000 anggota parti itu yang terdiri daripada pemuda dan wanita
telah menggerakkan jentera pilihan raya di seluruh negara demi memastikan BN mampu menang majoriti dua pertiga dalam PRU14.
"Kami tetap menyokong penuh gandingan pemimpin BN, walaupun sering dihimpit tohmahan dan fitnah, ia tidak mampu menggugat keyakinan masyarakat India," katanya.
Mandat kerajaan BN sekarang bakal berakhir pada Jun 2018.

Kami bukan proksi Dr M, kata Warisan

Setiausaha agung Parti Warisan Sabah berkata khabar angin yang menjadi viral itu fantasi pasukan siber.
Loretto_warisan_600
PETALING JAYA: Parti Warisan Sabah (Warisan) menepis dakwaan yang mengatakan parti itu proksi parti politik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
“Tidak betul sama sekali. Barangkali ini khabar angin yang diviralkan oleh teori konspirasi pasukan siber yang tidak bertanggungjawab,” kata Setiausaha Agung Warisan, Loretto Padua Jr. dalam satu kenyataan hari ini.
Padua menjawab artikel “Orang Asal dismiss Shafie as Dr M’s proxy” yang disiarkan FMT pada 27 September oleh Joe Fernandez. Menurut artikel itu, beberapa orang dalam kalangan Orang Asal di Sabah melihat Datuk Seri Shafie Apdal sebagai proksi Dr Mahathir.
Padua berkata sebelum penubuhan Warisan, sebahagian besar pemimpinnya berjuang bermati-matian untuk Sabah dan kawasan masing-masing tanpa bantuan Dr Mahathir.
Bagaimanapun, beliau menambah tidak pernah gerakan “besar-besaran” untuk menewaskan Umno Sabah sejak 1994, seperti yang digerakkan Warisan.
“Kita saksikan gerakan ini sesuatu yang dinantikan rakyat Sabah, sejak sekian lama, iaitu kebangkitan sebuah parti tempatan yang boleh merampas 60 kerusi dewan undangan negeri yang dipegang Umno Sabah dan kerusi lain.
“Tidak hairanlah mengapa usaha digerakkan untuk mencemar nama baik pemimpin muda Warisan dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat Sabah agar kita lupa matlamat asal menewaskan Umno Sabah.”
Bagi tahun 2017, Warisan merancang untuk menghidupkan sokongan akar umbi dan memperkukuh parti, tambahnya.

Halalkah pergi haji guna wang 1MDB dari Pulau Cayman?

Tun Mahathir Mohamad tidak salah mempersoalkan sumber dana Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sama ada wajar ia digunakan untuk menaja jemaah haji di Makkah, kata ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
Raja Kamarul berkata perkara itu juga dibangkitkan beliau di Parlimen dua tahun lalu, selepas pendedahan bahawa 1MDB melabur dana di kepulauan Cayman.
"Saya sendiri sudah berkali kali bertanya di Parlimen sejak dua tahun lepas mengapa wang 1 MDB telah dilaburkan di sistem kewangan kepulauan Cayman, iaitu pusat terkenal simpanan wang judi, dadah dan kongsi gelap terkenal dunia, dan adakah sumber wang ini digunakan untuk membiayai haji oleh 1MDB ?
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak memberi jawapan yang jelas selain dari menyatakan "ia adalah pelaburan jangka masa pendek".
"Kalau perbuatan itu haram ia tetap haram walaupun untuk jangka masa pendek kerana ada banyak lagi pilihan lain yang halal," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Selain itu, katanya, banyak rahsia mengenai pelaburan 1MDB di tempat haram terbongkar seperti pelaburan dalam kelab malam terkenal di Las Vegas berjumlah ratusan juta dollar dan penerbitan filem berunsur lucah, Wolf Of Wall Street.
"Selebriti Hollywood Leonardo DeCaprio yang menjadi pelakon utama memberi kesanggupan memulangkan wang diterima beliau kepada rakyat Malaysia jika ia merupakan wang diperolehi dengan tidak sah," kata Raja Kamarul.

Terdahulu Mahathir mendakwa orang yang melaksanakan ibadah haji menggunakan wang 1MBD tidak akan mendapat haji mabrur kerana ia berpunca daripada wang haram yang dicuri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Susulan itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan bekas perdana menteri itu supaya tidak berlagak pandai dalam hukum berkaitan Islam sehingga berani mempersoalkan hal ibadat haji orang lain.
'Ulama cari makan'
Pada masa sama, Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman dilapor berkata hanya Allah layak menentukan sama ada ibadah haji seseorang itu mabrur atau tidak.
“Yang penting, dia (pemberi wang) melepaskan jalan untuknya mengerjakan haji," katanya seperti dilapor Free Malaysia Today.

Tunku Abdul Aziz Tipu Rupanya.. Mukhriz Nafi Ada Perjanjian Sulit Lantiknya Sebagai PM

Timbalan Presiden Parti Pertubuhan Pribumi Bersatu (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan terdapat penjanjian sulit antara bapanya dan Veteran DAP Lim Kit Siang untuk memilihnya sebagai perdana menteri.
Katanya kenyataan bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim itu sengaja dikeluarkan bagi mengelirukan rakyat tentang tujuan sebenar BERSATU dan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Katanya, BERSATU hanya ingin menyelamatkan negara dan isu mengenai soal kepentingan peribadi tidak pernah timbul lapor, Sinar Harian.
“Sebelum ini perkara sama pernah dibangkitkan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tunku Sharifuddin Tengku Ahmad dan saya telah mengambil tindakan saman ke atas beliau.
“Tindakan sebegini seolah-olah seperti memperlekehkan usaha BERSATU yang ingin menyelamatkan Malaysia,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Jumaat lalu Tunku Aziz mendakwa Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Lim telah sepakat untuk memilih Mukhriz sebagai perdana menteri.
Tunku Aziz mendakwa berdasarkan perjanjian rahsia yang dibuat pada 3 Disember lalu, Lim pula akan dilantik ke jawatan timbalan perdana menteri jika HARAPAN memenangi pilihan raya umum akan datang.

Jika BR1M bukan rasuah jangan minta penerima undi BN


BR1M
Usaha bersungguh-sungguh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak mempertahankan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hanya mahu menutup isu besar yang sedang dipertikaikan rakyat.
Mahfuz OmarMahfuz OmarMenurut Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, kemungkinan besar kerajaan berharap BR1M dapat membuatkan rakyat lupa terhadap isu 1MDB mahupun rasuah RM2.6 bilion.
"Isu saham Felda Global Ventures Holdings yang merudum teruk masih lagi menjadi masalah yang hangat diperkatakan.
"Pembelian Eagle High Plantations oleh Felda dengan kadar yang lebih tinggi dari harga pasaran amat mencurigakan.
"Begitu juga dengan isu projek Mass Rapid Transit (MRT) serta BR1M yang diberikan pada kadar RM3.28 sehari, " katanya.
Tegasnya lagi, isu membabitkan kepimpinan Najib seperti RM2.6 bilion masih lagi mempunyai seribu satu persoalan yang belum terungkai.
"Isu membabitkan Malaysian Official 1 masih lagi belum diselesaikan sehingga menjelang tahun 2017.
"BRIM untuk tahun 2017 telah dinaikkan sehingga mencecah RM1200.
"Ia juga bersamaan dengan RM100 setiap bulan serta RM3.28 sehari.
"Manakala pemberian ini akan dibuat sebanyak tiga kali bayaran serta ada yang menyatakan bahawa ia berbentuk rasuah dan sebaliknya, " jelasnya lagi.
Namun katanya, bukan hanya isu BR1M yang didakwa sebagai rasuah tetapi banyak lagi skandal rasuah melibatkan kepimpinan Najib perlu dipersoalkan.

Kiraan Rafizi kerja amatur, kata Strategik BN

Pasukan komunikasi strategik BN menjelaskan mengapa Rafizi mendakwa kos Laluan MRT SBK 2.5 kali lebih mahal daripada kos Laluan 9 MRT Seoul.
rafizi-mrt-bn-1
PETALING JAYA: Kiraan Rafizi Ramli ke atas kos projek Transit Aliran Massa (MRT) “tak realistik”, “amatur” dan ada “kesilapan besar”, kata pasukan komunikasi strategik BN.
Dalam satu kenyataan, pasukan Barisan Nasional itu menjawab kenyataan terbaharu Naib Presiden PKR yang mendakwa kos Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) 2.5 kali lebih mahal daripada Laluan 9 MRT Seoul, Korea Selatan.
Semalam, Rafizi mendakwa panjang Laluan 9 MRT Seoul perlu dianggap 112.5km dan bukannya 37.5km kerana ia dibina di bawah tanah, maka kos pembinaan laluan itu 3 kali ganda lebih mahal berbanding laluan MRT bertingkat.
Mematahkan dakwaan itu, pasukan BN berkata Laluan 9 MRT Seoul tidak sepenuhnya di bawah tanah dan stesen Gaehwa di laluan itu berada di permukaan.
“Sebenarnya, Laluan 9, iaitu laluan kesembilan dalam sistem MRT Seoul, mempunyai banyak stesen yang berkongsi laluan lalu mengurangkan kos projek Laluan 9 itu.”
Tambahnya, Rafizi juga mengabaikan kos penerowongan turut bergantung kepada geologi.
“Misalnya, Laluan 9 terletak sepanjang tebing selatan Sungai Han di mana sebahagian besar penerowongan melalui pasir lembut terpadat, berbeza dengan granit keras dan batu kapur Kuala Lumpur,” kata mereka, menjadikan pembinaan itu lebih murah dan cepat.
“Terdapat juga pertimbangan ekonomi skala memandangkan kos terowong bawah tanah yang pendek tetapi banyak lebih mahal bagi setiap kilometer berbanding terowong yang panjang dan berterusan.”

2017: Selamatkan negara daripada pemimpin kleptokrat

Negara sedang menghadapi bencana yang sangat kritikal terutama pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pelbagai skandal yang melanda negara masih menjadi persoalan rakyat dan mendapat perhatian seluruh dunia. Kini Malaysia dikenali sebagai negara korup yang dipimpin oleh seorang pemimpin kleptokrat.
Ekonomi negara juga semakin merudum dan kehidupan masyarakat terus menekan disebabkan kegagalan pemerintah mengamalkan sikap beramanah dalam pemerintahannya. Rakyat dihimpit dengan pelbagai kenaikan tanpa mampu dikawal, ditambah lagi jerutan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang terpaksa ditanggung oleh seluruh rakyat sama ada miskin mahupun yang kaya.
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” (QS Ar-Ra’d [13]: 11)
Keadaan negara yang semakin tenat ini menuntut kepada perubahan rakyat secara total terutama golongan muda yang menjadi faktor serta penentu kepada kuasa pemerintahan negara.
Islam sendiri mengajar kita untuk membuat perubahan ke arah yang lebih baik dan menjatuhkan kebathilan yang berlaku.
Tidak ada cara lain selain mengubah pemerintah dengan sebuah kerajaan yang baru dari kalangan pemimpin yang beramanah dan bertanggungjawab.
Kerajaan yang ada pada hari ini sejak turun temurun telah gagal untuk membawa aspirasi rakyat dan keadaanya semakin hari semakin membimbangkan.
Kami mengajak seluruh rakyat mengambil semangat tahun baru ini dengan berazam serta beriltizam untuk membuat perubahan untuk menyelamatkan negara daripada cengkaman pemerintah yang bobrok. Letakkan azam yang membara dalam diri kita untuk melihat negara yang lebih baik.
Selamat menyambut tahun baru 2017.

MOHD SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

'Kenyataan Najib untuk tutup kerosakan terhadap negara'

Kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pembangunan yang diusahakan kerajaan sepanjang tujuh tahun beliau bergelar perdana menteri hanyalah untuk menutup segala kerosakan yang telah dilakukan terhadap negara ini.
Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (Amanah), Suhaizan Kaiat berkata, bukan hanya pembangkang malah rakyat juga menyaksikan sendiri kerosakan yang dilakukan lebih banyak berbanding pembangunan seperti yang dinyatakan.
“Beliau cuba menutupi kerosakan negara dengan kenyataan kononnya pelbagai pembangunan telah diusahakan.
“Memang banyak projek yang dilaksanakan beliau termasuklah projek 1Malaysian Development Berhad (1MDB) yang memalukan negara, penurunan mata wang negara, meningkatkan hutang negara, pecat timbalan perdana menteri dan banyak lagi,” katanya kepada Sinar Harian.
Terdahulu, Najib dalam satu kenyataan menegaskan, hujah pembangkang yang menafikan pembangunan yang diusahakan adalah tidak lebih daripada ‘kata-kata kosong’ dan ‘sengaja buat-buat tidak nampak’.
Menurut Najib, pelbagai pembangunan telah dilakukannya sekali gus mencipta beratus ribu peluang pekerjaan selain memangkin ekonomi negara secara berterusan.
Suhaizan berkata, situasi membandingkan Najib dengan kepimpinan terdahulu adalah perkara yang tidak dapat dielakkan.
“Pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika bergelar perdana menteri, beliau juga dibandingkan dengan Tun Mahathir Mohamad. Jadi isu ini memang tidak boleh dielakkan,” ulasnya.

Tangkap pemimpin curi duit rakyat, bukan turunkan papan iklan 'Bebas Anwar'


Wan Azizah ketika ditemui media di Yayasan Aman Penanti semalam
Pihak polis sepatutnya memberi perhatian serius terhadap pemimpin yang mencuri duit rakyat berbanding memberi tumpuan untuk menurunkan papan iklan #BebasAnwar#Selamatkan Malaysia.
Ahli parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, banyak lagi perkara bermanfaat yang boleh dilakukan oleh pihak polis untuk mencegah jenayah daripada menurunkan papan iklan atau 'Billboard' #BebasAnwar#Selamatkan Malaysia.
"Majlis Perbandaran Seberang Perai boleh melaksanakan kerja-kerja menurunkan papan iklan dan bukannya tugas polis untuk bertindak demikian.
"Tindakan ini secara jelas membuktikan betapa takutnya kerajaan Umno dan BN terhadap sokongan rakyat terhadap oposisi.
"Banyak lagi tugas polis yang boleh dilakukan untuk mencegah jenayah dari memberi tumpuan terhadap papan iklan tersebut, " katanya kepada pemberita selepas merasmikan program penutup 'JomBaca' yang diadakan di Penanti, semalam.
Polis bertindak menurunkan papan iklan #BebasAnwar#Selamatkan Malaysia di Jalan Baru, Alma, Bukit Teh dan Permatang Tinggi.
Wan Azizah juga berkata, tindakan pihak polis menahan seorang petugas yang memasang papan iklan tersebut di Jalan Baru, Perai serta didakwa dibawah Akta Hasutan adalah tidak wajar.
"Umno dan BN semakin terdesak untuk menyekat kebangkitan rakyat yang terbukti telah beralih sokongan.
"Mereka juga terpaksa menggunakan apa jua cara termasuklah memperkudakan pelbagai agensi kerajaan untuk memastikan sokongan rakyat terhadap pembangkang terhakis.

Orang gila kat Sekinchan pun tak pakai tuala

Skandal Felda: Peneroka FELDA habiskan sisa hidup dengan berhutang

PEMBELIAN 37% PEGANGAN EHP TIDAK MEMBERI FELDA KUASA OPERASI KE ATAS BANK TANAH

Setakat ini, Felda masih mempertahankan pembelian 37% pegangan dalam Eagle High Plantations (EHP) pada harga yang tiga kali ganda lebih mahal (berbanding harga saham purata 52-minggu) atas alasan berikut:
EHP mempunyai bank tanah yang besar iaitu 425,000 hektar dan pembelian ini akan membuka potensi tanah-tanah itu kepada Felda
EHP sedang membangunkan perniagaan kilang penapis gula yang akan memberi akses kepada Felda
Oleh sebab itu, Felda mempertahankan pembelian pada harga hampir 3 kali ganda itu dengan hujah nilai sebenar syarikat perladangan seperti EHP tidak boleh ditentukan oleh harga saham semata-mata tetapi lebih tepat dengan melihat “nilai ekonomi” (atau Economic Value, EV) yang dijana.
Saya tidak mahu mengheret rakyat ke kancah pertikaian perkara kecil seperti perbandingan EV dari satu syarikat perladangan kepada syarikat yang lain selagi isu asas iaitu bagaimana Felda akan membayar pembelian ini tidak dijawab.
Namun, saya perlu memaklumkan orang ramai bahawa walaupun pembelian 37% saham oleh Felda itu akan menjadikannya pemegang saham terbesar di dalam EHP, tetapi kuasa untuk mengawal syarikat masih berada di tangan Tan Sri Peter Sondakh. Ini adalah kegilaan yang tidak pernah berlaku iaitu pemegang saham yang bukan terbesar mendapat kuasa mengawal syarikat.
Perkara ini ditunjukkan di dalam laporan-laporan berikut yang saya sertakan bersama semasa urusniaga ini mula-mula dibincangkan dalam tahun 2015 dahulu:
i. Laporan CIMB bertarikh 15 Jun 2015 mukasurat 3
ii. Laporan Credit Suisse bertarikh 15 Jun 2015

Terus positif bangkit hadapi cabaran 2017

OLEH MOHAMAD RAIMI AB RAHIM
Ketibaan tahun baru 2017 adalah detik getir yang akan menduga ketahanan rakyat Malaysia untuk mendepani cabaran persekitaran. Ini memandangkan perubahan-perubahan kritikal akan berlaku meliputi aspek politik, ekonomi, sosial dan geo-strategi semasa.
Tahun 2017 bakal menyaksikan amalan demokrasi yang membentuk sistem politik sejagat akan diuji ketahanannya. Kemenangan Donald Trump, peristiwa Brexit, adalah indikasi kritikal akan kemampanan sistem tersebut sebagai saluran politik sederhana untuk membentuk tatakelola rakyat yang baik.

Partisipasi rakyat dalam ruang demokrasi perlu ditingkatkan. Rakyat perlu peka terhadap hak serta ruang untuk mereka bersuara serta melibatkan diri dalam lapangan aktivisme masyarakat madani.
Tahun 2016 telah mendedahkan kita dengan pelbagai kepincangan dan kebobrokan terutama seperti polemik 1MDB yang kini menjerut kemampanan ekonomi rakyat.
Pendedahan skandal rasuah membabitkan beberapa orang pegawai Jabatan Air Sabah, seharusnya menyedarkan rakyat Malaysia betapa membarahnya gejala tersebut dan betapa pentingnya rakyat perlu terus bersuara untuk memperjuangkan karamah insaniyyah mereka.
Kejatuhan nilai ringgit serta menguncupnya ruang ekonomi untuk rakyat yang disaksikan sepanjang 2016, adalah indikasi jelas akan cabaran ekonomi yang bakal dihadapi rakyat.
Gelombang Revolusi Industri Keempat mulai menampakkan kesan sedikit demi sedikit. Gelombang ini menuntut kita membentuk ketahanan diri yang dinamik untuk mendepani.
Atas semangat zaman yang serba mencabar ini; generasi muda harus berperanan untuk menghembuskan nafas baharu dalam bentuk “capital empowerment”.
Gelombang kemandirian sosio-ekonomi yang bakal melatari tahun 2017 dan tahun-tahun mendatang; menggamit generasi muda untuk berperanan untuk mengetengahkan idea, melakar serta memeta jalan ke arah masa depan yang sangat bermakna untuk umat.
Krisis kemanusiaan sejagat semakin getir. Kemelut di Syria sudah melewati fasa baru yang menguji keprihatinan umat dan masyarakat sejagat.

SPRM minta penjawat awam henti main golf di luar negara

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad mengingatkan penjawat awam di negara ini supaya berhenti bermain golf di luar negara.
Katanya, SPRM sentiasa melakukan pemantauan dan mempunyai maklumat mengenai aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh penjawat awam.
“Saya ingin menasihatkan golongan penjawat awam ini agar menghentikan serta merta aktiviti mereka dan tidak perlulah mereka keluar negara untuk bermain golf khususnya di Indonesia dan Thailand.
“Di Malaysia sudah terdapat begitu banyak padang golf yang serba indah dan lengkap dengan prasarananya. Adalah lebih baik bagi mereka memakmurkan sahaja padang golf tempatan sambil membantu menjana hasil pendapatan pengusaha padang golf di negara ini.
They are not professionals golfers dan tidak ada keperluan untuk mereka ke luar negara semata-mata untuk bermain golf,” kata beliau dalam wawancara eksklusif bersama akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
Dzulkifli turut berkata rasuah yang berlaku di kalangan penjawat awam dilihat semakin membimbangkan dan beliau mengingatkan tindakan itu sebagai pengkhianatan terhadap rakyat dan negara.
“Segelintir penjawat awam kadang kala lupa mereka seharusnya berkhidmat untuk rakyat dan menjadi pelindung kepada hasil dan kepentingan negara.
“Sekiranya jenayah rasuah dan penyelewengan ini tidak dibendung dan dibiarkan berleluasa ia bukan sahaja boleh menghakis keyakinan rakyat tetapi juga akan mengakibatkan kebajikan dan kepentingan rakyat terjejas,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Nafi teragak-agak
Sementara itu beliau menafikan pihaknya teragak-agak untuk melakukan siasatan melibatkan ahli politik.
Sebaliknya katanya ia hanyalah persepsi yang sengaja dimainkan oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda masing-masing.

Timb Menteri UMNO: 'Siapa Mahathir nak persoal ibadat orang lain?'

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya tidak berlagak pandai dalam hukum berkaitan Islam sehingga berani mempersoalkan hal ibadat haji orang lain.
Sebaliknya, katanya, bekas pemimpin itu perlu bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan sebelum ini termasuk semasa zaman kepimpinan beliau.
“Siapa dia hendak mempersoalkan ibadat orang lain? Tidak wajar Dr. Mahathir cuba mainkan peranan Tuhan selepas mendapat pelbagai nikmat dan rezeki daripada Allah SWT.
“Jika Rasulullah SAW pun tidak tahu tentang hal ibadat individu lain, apatah lagi orang biasa. Apa yang penting, individu yang melaksanakannya benar-benar ikhlas dan tahu apa yang dilakukan,” katanya seperti dilapor Mingguan Malaysia.
Asyraf berkata demikian mengulas kenyataan Mahathir yang mendakwa mereka yang melaksanakan ibadah haji melalui Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mendapat haji mabrur.
Mahathir mendakwa jemaah tersebut tidak akan mendapat haji mabrur kerana menggunakan haram yang dicuri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Sementara itu Exco Pemuda Umno Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya pula meminta supaya Mahathir tidak membuat hukum sendiri apabila menuduh orang yang melaksanakan ibadah haji melalui 1MDB tidak mendapat haji mabrur.

FOMCA: Kerajaan digesa tangguh kenaikan barangan & perkhidmatan

YUSOF FOMCASHAH ALAM, 1 JAN: Kerajaan Persekutuan perlu menangguhkan sebarang kenaikan harga barangan mahupun tarif perkhidmatan ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat tahun ini.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, hal itu kerana beberapa isu kenaikan harga barangan yang diumumkan.

Katanya, selain isu peningkatan harga barangan, nilai mata wang negara yang rendah juga akan memberi kesan.
“Bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk, kerajaan diharapkan dapat menangguhkan kenaikan atau tarif perkhidmatan.
“Kita menjangkakan kos sara hidup menjangkakan kos sara hidup pada tahun ini meningkat berikutan beberapa isu peningkatan harga barangan,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.
Abdul Rahman berkata rakyat perlu bersiap sedia menghadapi kemungkinan itu supaya ia tidak memberi kesan besar dalam kehidupan seharian.
“Sebagaimana laporan persatuan majikan, mereka turut menjangkakan lebih ramai pekerja akan diberhentikan. Jadi rakyat perlu bersedia.

Kos sara hidup meningkat, rakyat mahu pekerjaan gaji lebih selesa

SHAH ALAM, 1 JAN: Gara-gara kos sara hidup semakin meningkat, rata-rata pengunjung yang hadir ke Karnival Selangor Job Fair 2016 mahu mencari pekerjaan dengan gaji lebih lumayan walaupun mempunyai kerja semasa.
Eliza Aini Ahmad, 27, berkata dengan kos sara hidup semakin meningkat memberi tekanan kepada rakyat masa kini apabila pekerjaan sekarang masih tidak mampu menanggung perbelanjaan harian yang tinggi.
“Pendapatan masa kini walaupun nilai tinggi lebih dari zaman dahulu tetapi masih menjadi terbeban apabila semua barangan semakin mahal, apatah lagi saya mempunyai dua anak kecil yang perlu dihantar ke rumah pengasuh. Kos ke rumah pengasuh sahaja sudah cukup mahal jika hidup di bandar.
“Walaupun saya dan suami bekerja, tetapi kami perlu fikir untuk menambah pendapatan lain apabila anak-anak semakin membesar, disitu berlaku pertambahan kos bagi kemasukan persekolahan. Jika anak ramai, lagi tinggi kos perbelanjaan,” katanya kepada SelangorKini ketika ditemui di Karnival Selangor Jobs Fair 2016 di Dataran kemerdekaan, di sini, semalam.
Sementara itu, Muhammad Zulaiman Aziz, 27, berkata, beliau datang ke Job Fair itu dengan tujuan mendapat tawaran pekerjaan lebih baik dengan gaji lebih tinggi berbanding diterima sedia ada.
“Zaman sekarang susah mahu mencari pekerjaan yang sama dengan bidang yang kita belajar ketika di universiti dulu. Kerja saya kerja sekarang ni pun sudah lari bidang.

Tiada kaitan wang 1MDB dengan haji mabrur, kata mufti Pahang

Mufti Pahang berkata jika ada pihak yang memberi wang untuk seseorang menunaikan haji, wang itu menjadi hak mutlaknya dan tidak wajar dipersoalkan sumbernya.
Dr-Abdul-Rahman-Osman
PETALING JAYA: Hanya Allah saja yang layak menentukan sama ada ibadah haji seseorang itu mabrur atau tidak, kata mufti Pahang.
Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata mabrur hanyalah ibadah yang dilaksanakan sewaktu berada di Mekah dan tiada kaitan dengan soal siapa yang memberi wang.
“Orang yang menerima mabrur ini adalah daripada Allah, apabila kita lakukan ibadah haji dengan sempurna, ikhlas, khusyuk dan seluruhnya. Banyak kategori yang menyebabkan seseorang itu boleh mabrur, bukan kerana duit.
“Mabrur ini kita nak tahu apabila selepas menunaikan haji, akan berlaku perubahan daripada segi ibadah dan keperibadian dia. Dia akan jadi orang yang lebih baik, meningkat amal soleh dan itu yang dikatakan mabrur,” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, pada satu ceramah di Taman Wira Mergong, Alor Setar, Kedah, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa jemaah yang menunaikan ibadat haji dengan menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MBD), tidak akan mendapat haji mabrur.
Bekas perdana menteri itu juga berkata ia berpunca daripada wang haram yang dikatakan dicuri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, Rahman berkata jika ada pihak yang memberi wang untuk seseorang menunaikan ibadah haji, wang berkenaan menjadi hak mutlaknya dan tidak wajar dipersoalkan sumbernya.
“Daripada segi pemberian, orang memberi kita sesuatu, itu sudah menjadi hak kita, tidak perlu tanya orang yang memberi dan hasilnya daripada apa. Yang penting, dia (pemberi wang) melepaskan jalan untuknya mengerjakan haji.

2017: Daftar mengundi untuk lakukan perubahan


Wan Azizah Wan Ismail
Sempena tahun baharu 2017, Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas mendaftarkan diri sebagai pengundi.
Beliau berkata, pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dijangka diadakan pertengahan tahun ini dan mereka yang belum mendaftarkan diri untuk mengundi harus berbuat demikian bagi melayakkan mereka memilih pemimpin negara.
"Perubahan tidak akan berlaku jika kita tidak bersatu tenaga dan usaha. Jika anda atau ahli-ahli keluarga yang sudah mencecah usia 21 tahun masih belum mendaftar sebagai pengundi, silalah segera daftar. Undi itu penentu masa depan negara," katanya dalam perutusan tahun baharu 2017.
Menurut beliau yang juga Presiden PKR, tahun 2017 perlu dijadikan tahun untuk mengingatkan rakyat bahawa tanggungjawab kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan peranan pembangkang pula ialah memastikan berlakunya semak dan imbang.
"Jangan kita yang dipilih rakyat ini mengharapkan ucapan terima kasih, tapi kita perlu berusaha lebih gigih untuk memastikan wang ringgit rakyat diguna dengan cukup bertanggungjawab untuk menjana suasana dalam negara yang memangkin kemajuan ke arah Malaysia yang lebih baik," katanya lagi.
Selain itu katanya, institusi-institusi kehakiman, kerajaan, Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memerlukan reformasi untuk memastikan kesemua institusi ini tidak disalah guna satu kelompok kleptokrat untuk merompak hasil negara dan memiskinkan masa depan generasi akan datang.

PADAN MUKA KORANG !!!

KE MANA Najib anak beranak sekeluarga SETIAP KALI SAMBUT TAHUN BARU KALI INI ??!!

Tahun lps di Dubai, KINI KE AUSTRALIA..

Apa nak bising-bisingkan. Dia bukan guna duit dia pun, duit rakyat duit dialah.

INGAT, SIAPA YANG UNDI BN & beri mandat kepadanya?

Rakyat berang minyak naik, Najib sekeluarga bercuti di Australia dengan wang rakyat


Gambar di Instagram Norashman, anak lelaki perdana menteri menunjukkan mereka sedang bercuti di AustraliaGambar di Instagram Norashman, anak lelaki perdana menteri menunjukkan mereka sedang bercuti di Australia
Ketika rakyat mengeluh dengan kenaikan harga petrol dan diesel sehingga ada terpaksa beratur panjang di stesen minyak menjelang tahun baharu 2017, lain pula halnya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekeluarga yang tersenyum riang menikmati percutian panjang di Australia.
Demikian juga banjir yang sedang melanda di Kelantan dan Terengganu sehingga mengakibatkan sesi persekolahan di kawasan terjejas terpaksa ditunda, anak Najib, Mohd Norashman seronok berswafoto bermain golf, menonton persembahan penguin dan berbasikal.
Lokasi percutian keluarga Presiden Umno itu dapat dikenal pasti apabila Norashman menghantar sejumlah gambar berkaitan aktiviti liburnya di Instagram bersama tag "#perth", ""#goldcoast"dan "#meadowsprings".
Dalam perkongsian beliau semalam di Instagram misalnya, Norashman yang juga fasih berbahasa Cina itu memberitahu berbasikal dengan ayahnya.
Pada masa sama, portal berita Malaysiakini dalam laporannya malam tadi turut mendedahkan data penerbangan pesawat kerajaan Malaysia jenis Airbus A319 berpandukan laman pengesanan penerbangan Flight Aware.
Pesawat kerajaan Malaysia jenis Airbus A319 merentasi Australia serentak dengan tarikh percutian keluarga PMPesawat kerajaan Malaysia jenis Airbus A319 merentasi Australia serentak dengan tarikh percutian keluarga PM
Maklumat tersebut termasuklah ketika pesawat dengan nombor pendaftaran 9M-NAA itu terbang merentasi Australia yang serentak dengan tarikh percutian keluarga Najib.
Pesawat 9M-NAA berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Jaya pada 22 Disember pukul 12.07 malam dan tiba di Gold Coast pada 10.06 pagi.
Dari Gold Coast, 9M-NAA berlepas pada tarikh yang sama pukul 11.47 pagi dan tiba di Brisbane pada 12.09 tengah hari.
Akaun Norashman di Instagram kemudiannya menunjukkan anak bongsu Najib itu bermain golf di Gold Coast pada 23 Disember diikuti keesokannya melawat Sea World Gold Coast.
Selanjutnya pada 26 Disember, Malaysiakini melaporkan 9M-NAA berlepas dari Brisbane pukul 9.11 pagi dan tiba di Gold Coast pukul 9.35 pagi.
Pada hari sama juga, 9M-NAA berlepas dari Gold Coast pukul 12.22 tengah hari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 2.47 petang.
Seterusnya, Instagram atas nama Norashman pada 28 Disember memaparkan anak Najib itu bermain gitar dalam sebuah bilik di Perth dan esoknya dilihat berbasikal di Perth.
Akhirnya, pada 30 Disember, Norashman bermain golf di Golf Meadow Springs & Country Club di Mandurah, sejam perjalanan dari Perth.
Sementara itu, tinjauan Malaysia Dateline di akaun rasmi Facebook Najib lewat malam tadi mendapati ramai warga internet mengecam keputusan kerajaan menaikkan harga RON 95 sebanyak 20 sen, RON 97 (15 sen) dan diesel 20 sen berkuatkuasa mulai 1 Januari.

HIPOKRASI NAJIB?

Antara intipati atau mesej dalam perutusan Tahun Baru 2017 oleh Najib Razak ialah beirkrar akan sentiasa mengutamakan kepentingan keselamatan serta kebajikan rakyat.

Mesej beliau itu disebarkan melalui media pada petang semalam.
Tetapi, hanya beberapa jam kemudian iaitu pada sebelah malamnya sudah diumumkan kenaikan petrol dan diesel sebanyak 20 sen.

Kenaikan yang merupakan "hadiah Tahun Baru paling bernilai"  itu lantas menyebabkan stesen-stesen minyak di seluruh negara sesak dengan pengguna kenderaan yang beratur panjang untuk mengisi petrol dan diesel sebelum harganya dinaikkan menjelang jam 12 malam.
Lalu, di mana janji menjaga kebajikan rakyat?

Kemudian terdedah pula percutian Najib bersama keluarganya di beberapa lokasi percutian di Australia.
Sejak menjadi Perdana Menteri, bercuti di hujung tahun dan seterusnya menyambut Tahun Baru di luar negara seperti sudah menjadi "amalan wajib"  bagi Najib, tidak kira apa pun kemelut atau kekalutan yang sedang berlaku dalam negara.
Banjir, ribut taupan, hutang negara mencanak, saham Felda merudum, ringgit jatuh, rakyat dibebani kesusahan, harga minyak naik dan apa juga keperitan yang berlaku dalam negara..."coti tetapi coti" bagi Najib yang sentiasa basah dengan perkataan wassatiyah di bibirnya.

Cuba lihat di mana Presiden Indonesia, Joko Widodo berada di ketika Tahun Baru 2017 menjelma. 
Tanpa kerap menyebut perkataan wassatiyah, Jokowi tidak hipokrasi antara kelakuan dan kata-katanya yang diucapkannya.

Haji tak mabrur jika guna duit 1MDB, kata Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahatahir Mohamad mendakwa orang yang melaksanakan ibadah haji menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MBD) tidak akan mendapat haji yang mabrur.
Ia kerana katanya, haji yang tidak mabrur itu berpunca daripada wang haram yang didakwanya dicuri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Najib boleh bagi, kenapa dia boleh bagi kerana dia curi duit, duit curi halal ke tidak. Kalau dia bagi duit curi, kita buat kerja haji, bagus ke tidak?
"Itulah yang dia buat, tiap-tiap tahun nak hantar 1,000 orang buat kerja haji dengan duit curi. Saya ingat bukan haji mabrur la tu, haji kurang mabrur," katanya ketika berucap dalam program Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).
Video berdurasi 1.04 saat itu turut dikongsikan di blog http://www.azmykelanajaya.com/
Bulan lalu Najib mengumumkan kerajaan - melalui Yayasan 1MDB - akan menaja ketua-ketua kampung menunaikan rukun Islam kelima di Makkah.
Katanya penghulu terpilih juga akan diberi sumbangan berbentuk wang tunai untuk perbelanjaan mereka di Tanah Suci itu nanti.
Untuk makluman, pengumuman itu bukanlah yang pertama untuk Yayasan 1MDB menghantar orang terpilih mengerjakan haji.
Sejak tahun 2011, Yayasan 1MDB telah menaja ahli jawatankuasa masjid untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.
Pada 2011 seramai 111 jemaah dari seluruh negara telah dihantar untuk menunaikan ibadah haji. Jumlah itu ditingkatkan kepada 400 orang pada tahun berikutnya, 2013 (800), 2014 (1,000) dan 2015 (1,200).
Bagi tahun 2016, seramai 150 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari Sarawak dipilih untuk menyertai program ini.
Sementara itu, Tun Mahathir yang juga Pengerusi BERSATU turut berkata, dengan cara inilah Najib telah merosakkan negara.
"Inilah Najib dan dia telah rosakkan negara kita ini dengan cara yang cukup buruk sampai sekarang ini negara kekurangan duit. Sekarang ini kalau minta ubat dia suruh beli sendiri," katanya.