Isnin, 18 Disember 2017

Tiada senario buruk pada bangsa, agama jika PH ambil alih Putrajaya

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dalam kenyataan medianya kelmarin berkata, tiada senario buruk akan berlaku ke atas mana-mana bangsa dan juga agama sekiranya Pakatan Harapan (PH) menerajui pemerintahan negara seperti yang didakwa oleh pemimpin Umno dan Pas.
“Secara semula jadi dalam sistem pemilihan lima tahun sekali, jika PH menggantikan Umno-BN sebagai Kerajaan Pusat di Putrajaya, kerajaan PH yang baharu perlu membuktikan bahawa ia lebih baik daripada kerajaan Umno-BN dalam melindungi dan meningkatkan hak serta kepentingan semua kaum dan agama di negara ini teruma Melayu dan Islam.
“Sekiranya tidak, mandat yang diberikan untuk memerintah akan ditarik balik pada pilihan raya lima tahun selepas itu,” kata tokoh veteran DAP itu.
Beliau turut mempersoalkan mengapakah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut membangkitkan apa yang dipromosikan oleh Umno bahawa beliau ingin menjadi Perdana Menteri dan orang Melayu serta agama Islam akan mengalami nasib buruk jika perkara tersebut berlaku.
Menurut Kit Siang, hal ini berlaku mengikut fikirannya atas dua alasan.
“Pertama, untuk mengekalkan kewibawaan fitnah yang dibuat Umno sehinggakan pimpinan Pas yang dipimpin Hadi menyetujuinya dan hal ini akan digunakan dalam kempen Pas menjelang pilihan raya umum akan datang.
“Kedua, untuk mengekalkan sokongan terhadap Pas yang dipimpin Hadi yang didapati semakin hilang melalui penyebaran fitnah ini,” kata beliau lagi.

1 ulasan:

  1. Dari segi sahsiah, mgkin LKS lebih baik dr Hadi.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA