Rabu, 13 Disember 2017

Skandal Mara: Setahun siasatan, SPRM tak jadi dakwa Annuar Musa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan untuk tidak mendakwa bekas pengerusi Mara, Annuar Musa berhubung isu tajaan pasukan bola sepak Kelantan FA.
Timbalan pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dilaporkan menyebut mengenai kelemahan bukti untuk mengheret ketua penerangan Umno itu ke mahkamah.
“Setelah diteliti, diputuskan oleh pendakwaraya untuk tidak mendakwa beliau (Annuar).
“Ini kerana keterangan-keterangan yang diambil serta bukti yang dikumpul setakat ini tidak mencukupi untuk mendakwanya,” kata Azam seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian.
Annuar disiasat pada Januari lalu berhubung dakwaan bahawa beliau menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengerusi Mara dalam urusan tajaan ke atas pasukan bola sepak negeri Kelantan.
Susulan itu, Annuar digantung dari jawatannya sebagai pengerusi Mara dan pengerusi Pelaburan Mara.
Isu itu pada awalnya dibangkitkan oleh Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendakwa Annuar memaksa Pelaburan Mara dan Universiti Kuala Lumpur (UniKl) untuk menaja Kelantan FA.
Annuar juga merupakan presiden Kelantan FA sehingga November 2016.
UniKL merupakan institut milik penuh Mara manakala Pelaburan Mara bertanggungjawab ke atas pelaburan bawah agensi itu.
Laporan Sinar Harian juga memetik kenyataan pengerusi Mara, Dr Awang Adek Husin yang menafikan dakwaan Annuar akan kembali dilantik ke agensi tersebut.
“Saya secara rasmi tidak mendengar Annuar akan kembali ke Mara. Khabar angin mungkinlah,” kata Awang Adek.

4 ulasan:

  1. Skandal MARA jadi kenang-kenangan
    Duit hilang tiada pendakwaan
    Kleptokrasi teras kerajaan
    Maruah terbang rasuah pegangan

    BalasPadam
  2. Nak sprm serta merta dakwa annuar senang sj. Isytiharkan annuar dah masuk Bersatu...kah kah kah

    BalasPadam
  3. Klu Annuar Mara msuk pembangkang, dan dan tu dia akn didakwa. Sapa yg pilih kasih...adakah aku kau kamu dia atau org tertentu ?
    Kita tggu byk kisah lg dr pihak SPrm

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA