Rabu, 15 November 2017

SPRM digesa mulakan siasatan terhadap skandal 1MDB

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menggunakan bukti sedia ada yang dilampirkan oleh pendakwaraya Singapura dalam kes membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk memulakan siasatan terhadap syarikat pelaburan itu, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Beliau berkata, SPRM perlu menjadi tulang belakang untuk memulakan siasatan terhadap 1MDB sekaligus membuktikan bahawa suruhanjaya itu benar-benar bebas dan bukan pengecut.
"Tindakannya tidak boleh ditentukan atau dipengaruhi oleh tindakan agensi atau pihak berkuasa yang lain. Bagi membuktikan SPRM benar-benar bebas dan bukan pengecut, ia perlu memulakan segera siasatan ke atas syarikat berkenaan bagi memastikan dalang yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit menerima hukuman setimpal," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, keputusan SPRM untuk tidak mengendahkan "bukti yang jelas dan mencukupi" adalah untuk melindungi mereka yang terbabit dalam skandal itu termasuk Perdana Menteri Najib Razak dan keluarganya.
Siasatan Singapura menyebabkan lesen Bank BSI ditamatkan dan membawa kepada penahanan pegawainya untuk membantu siasatan dalam penggubahan haram dana 1MDB.
"Ketika ini, siasatan Singapura masih diteruskan, dengan polis kini menjalankan pemeriksaan terhadap peranan bank Wall Steer, Goldman Sachs dengan membuat penawaran bon palsu bagi dana itu.
"Siasatan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat lebih jelas menyatakan siasatan mereka adalah bagi merampas aset yang dibeli menggunakan dana yang didakwa dicuri daripada 1MDB," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA