Ahad, 22 Oktober 2017

PH perlukan naratif yang jelas macam Najib, kata Izzah

Naib presiden PKR berkata cabaran yang dihadapi pembangkang ialah menjelaskan isu sejelas mungkin.
ph-izzahKUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata cabaran yang dihadapi pembangkang ialah memberikan naratif yang jelas kepada rakyat, seperti mana fokus Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam cubaan memenangi hati rakyat.
“(Tengok) semua kandungan ucapan perdana menteri. Ada dia kisah tentang skandal? Ada dia kisah tentang siasatan?
“Dia fokus dalam naratif tertentu,” katanya di forum “3 Penjuru: Kemenangan untuk Pakatan Harapan” hari ini.
Beliau berkata rakyat mungkin dizalimi jika pembangkang jika tidak kemukakan naratif yang jelas.
“Kalau orag ramai tidak faham bagaimana proses itu boleh berlaku, mereka tidak akan dapat berada empati dengan kita,” katanya kepada hadirin di wacana 4 jam itu.
Beliau berkata cabaran yang dihadapi pembangkang ialah memberikan penjelasan sejelas mungkin, bahawa rakyat diperlakukan secara salah dan negara menjadi mangsa.
Ahli Parlimen Pantai Dalam itu berkata Pakatan Harapan akan lebih mudah memenangi hati rakyat dengan naratif yang jelas.
“Mereka (pengundi) tak peduli masalah kamu. Mengapa? Kerana mereka ada masalah masing-masing.
“Mereka harapkan kita, wakil rakyat, untuk cari penyelesaian, dan kita beritahu mereka, ‘dah selesai dah’.”
Malah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas seteru ketatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini bersama dalam pembangkang untuk memenangi pilihan raya, katanya.
Jalan ke Putrajaya melalui jalan kampung
Sementara itu, pemimpin Amanah, Dzulkefly Ahmad berkata pembangkang perlukan undi warga desa untuk memenangi Putrajaya.
“Jalan ke Putrajaya masih perlu melalui kampung-kampung dan bukannnya lebuhraya,” katanya.
Pengarah Strategi Amanah itu berkata sekiranya PH boleh memenangi 100 kerusi di Malaysia Barat pada pilihan raya umum akan datang, mereka boleh meyakinkan Sabah dan Sarawak untuk bersama mereka.
“Ia akan berikan kesan yang semakin hebat. Hakikatnya, apabila kamu cecah paras itu, 100 kerusi ke atas, kamu boleh yakinkan Sabah dan Sarawak untuk menyertai kita,” katanya.
Ahli Umno ada masalah bipolar

Seorang lagi jurucakap, ahli majlis pimpinan PPBM Tariq Ismail berkata paritnya cuba meraih sokongan ahli Umno tetapi mereka mengalami masalah “bipolar”.
Ini kerana ahli Umno tidak cenderung untuk membincangkan isu, katanya.
“Tetapi bila kamu guna emosi, mereka akan dengar…Bila kamu tanya, bagaimana keadaan ekonomi sekarang, bagaimana isu 1MDB, mereka akan kata “keris, hidup Umno,” katanya.
Beliau berkata semua komponen PH perlu bekerjasama mendekati pengundi luar bandar, kerana PPBM tidak mampu melakukannya berseorangan.
“Kita perlu sampaikan mesej ‘perubahan boleh berlaku’,” katanya.
Tiga penjuru tidak jejas PH
Pakar strategi pilihan raya DAP Ong Kian Ming berkata pertandingan 3 penjuru tidak akan menjejaskan PH walaupun ada orang mendakwa sebaliknya.
Ini kerana pembangkang perlu capai 2 perkara. Pertama, berikan rakyat 2 pilihan yang jelas.
“Kita perlu beritahu pengundi kalau kamu mahu kekalkan status quo, kamu undi BN.
“Kalau kamu mahu ubah status quo, hanya ada satu pilihan iaitu pilih PH,” katanya.
Beliau juga memberikan pandangan yang berbeza daripada penganalisis lain yang cenderung merujuk kepada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 2016 sebagai contoh PH akan tewas dalam pertandingan 3 penjuru.
Ini kerana kedua-dua pilihan raya itu tidak membabitkan perubahan kerajaan negeri atau persekutuan.
“Tetapi pada pilihan raya akan datang, kita perlu pastikan mereka faham apa yang dipertaruhkan, sama ada BN atau PH,” katanya.
Turut penting ialah mengemukanan dasar yang jelas kepada rakyat, misalnya belanjawan alternatif pembangkang yang akan diterbitkan Rabu ini.
Belanjawan Persekutuan dijangka diumumkan Jumaat.

2 ulasan:

  1. belanjawan PH nanti biarlah jelas dan boleh memenangkan....

    BalasPadam
  2. Naratifnya ialah, buktikan ph lebih baik dari bn. Asyik fitnah memanjang mana rakyat nak percaya. Rakyatpun tak lah dungu, semasa ada kuala dulu siapa yang merampas duit rakyat? Sekadar menyebut beberapa nama spt tdm, ai, my sa,dz. Lihat pulu anak2 mereka?

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA