Ahad, 22 Oktober 2017

Pertembungan tiga penjuru peluang Harapan menang


Pertembungan tiga penjuru peluang Harapan menang
Forum Pertembungan Tiga Penjuru: Kemenangan Pakatan Harapan hari ini menampilkan Kian Ming, Zulkefly, Nurul Izzah dan Tariq sebagai panel.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (Harapan) yakin boleh memenangi PRU14 walaupun terdapat pertembungan tiga penjuru.
Pengarah Strategi Pilihan Raya DAP, Dr Ong Kian Ming berkata terdapat dua cara bagi mendapatkan undi rakyat untuk Pakatan Harapan.
"Pertama, kita kena bagi pengundi pilihan jelas, contohnya, berikan mereka dua pilihan parti besar yang jelas seperti BN dan Pakatan Harapan maka pengundi tidak akan perasan ada parti ketiga.
"Kedua, berikan dasar alternatif yang jelas pada pengundi, tunjukkan pada mereka apa yang Harapan boleh lakukan jika menjadi kerajaan seperi bajet alternatif dan dasar-dasar lain.
"Dengan cara ini, kita tunjukkan kemampuan Harapan pada rakyat,"katanya ketika forum Pertembungan Tiga Penjuru:Kemenangan Pakatan Harapan di sini hari ini.
Forum itu turut menampilkan Pengarah Strategi PRU Amanah, Dr Zulkefly Ahmad; Pengarah Bersama PRU PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Tariq Ismail Mustafa sebagai panelis.
Sementara itu, Zulkefly berkata, beliau berasakan jika pembangkang inginkan sesuatu yang berbeza pada PRU14 ini maka mereka harus melakukan satu perbezaan dalam usaha meraih undi.
"Dalam konteks ini, kita harus tampilkan kelainan memandangkan PRU kali ini adalah 'ibu kepada segala PRU'.
"Dengan keadaan sekarang dengan macam-macam isu dan skandal, gunakan peluang ini untuk buat perubahan," katanya.
Tariq pula berkata, Bersatu kini fokus untuk menarik undi ahli Umno ke parti itu.
"Dalam konteks ini, Bersatu beri tumpuan untuk tarik undi ahi Umno sebab semua orang tahu parti ini dulunya berasal dari Umno.
"Selain itu, dalam usaha memenangi Putrajaya pula, Bersaru tidak boleh bergerak sendiri dan memerlukan kerjasama daripada Pakatan Harapan untuk berjaya," katanya.
Mengulas mengenai perbincangan dengan parti tertentu bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru, Nurul Izzah mendakwa pihaknya telah melakukan yang terbaik.
"Kami sudah lakukan apa yang termampu namun ternyata segelintir pembangkang memilih untuk mempertahankan BN.
"Ini semua bukanlah pilihan kami tetapi permintaan kami telah ditolak walaupun pelbagai usaha dilakukan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA