Sabtu, 23 September 2017

GST 10% selepas PRU14?

Kerajaan Barisan Nasional (BN) dijangka akan meningkatkan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) jika terus diberi mandat, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mendakwa, kepimpinan Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri akan menaikkan cukai itu sehingga 10 peratus.

izzah“Jangan kata isu politik tiada kaitan dengan wanita. Apabila kita ke pasar, harga melonjak naik.
“Siapa yang harus dipersalahkan? Tentunya pimpinan politik dalam negara yang memutuskan memperkenalkan GST.
“Sekarang baru enam peratus. Tunggulah, bagi Najib menang lagi nanti naik sehingga 10 peratus,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
Beliau berkata demikian pada Forum Wanita Penentu Masa Fepan Negara di Kampung Maju Jaya, Johor Bharu semalam.
Nurul Izzah berkata, GST diperkenalkan kerajaan yang dikatakan menurunkan harga barangan asas sama sekali meleset.
Katanya, kajian mendapati lapan daripada 12 barangan keperluan asas mengalami kenaikan harga.
“Antara agenda utama wanita dalam Pakatan Harapan (PAKATAN) adalah memperjuangkan isu GST dan peluang pekerjaan kepada graduan,” katanya.

1 ulasan:

  1. Aku cadang naikkan gst 15%. Biar mam*us org melayu yg buta tuli masih dok sokong sang klepet! Dengar tu makcik felda, puteri dan wanita umno

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA