Selasa, 19 September 2017

Cerita Bank Negara Malaysia rugi mungkin kekal misteri

SIASATAN terhadap kerugian forex Bank Negara Malaysia (BNM) yang berakhir hari ini mungkin tidak akan menemui jawapan punca sebenar kerugian itu kerana percanggahan keterangan tentang apa yang diketahui oleh Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim mengenainya.
Pendengaran yang bermula pada 21 Ogos dan berakhir pagi tadi, menyaksikan keterangan bercanggah dalam kalangan semua 25 saksi yang dipanggil.
Bekas menteri kewangan kedua Nor Mohamed Yakcop, yang juga penasihat BNM ketika kerugian berlaku, berkata sehingga 1993, beliau tidak pernah memaklumkan kepada Dr Mahathir yang juga perdana menteri pada masa itu dan Anwar, menteri kewangan, mengenai kerugian berkenaan.
APA YANG KITA TAHU TENTANG RCI
Bekas timbalan ketua setiausaha (II) kementerian kewangan, Clifford Francis Herbert berkata beliau ada maklumkan, dalam satu mesyuarat pada penghujung 1993 di mana Anwar, turut hadir.
Herbert berkata kerugian itu mencecah RM30 bilion dan ketika dimaklumkan mengenainya, katanya Dr Mahathir memberi respons dengan berkata “kadangkala kita dapat untung dan kadangkala kita rugi”.
Dr Mahathir menafikan keterangan Herbert semalam.
Kedua-duanya, bekas perdana menteri itu dan Anwar berkata mereka hanya tahu kerugian itu berjumlah RM5.7 bilion seperti dilaporkan dalam laporan audit tahunan BNM yang dibawa ke Kabinet, dan jumlah sama diulang dalam pembentangan di Parlimen.
Dalam cubaan RCI itu untuk membongkar sama ada Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin sudah pun tahu mengenai urus niaga forex BNM yang dijalankan secara agresif dan membenarkannya, kedua-dua individu itu berkata bank pusat itu beroperasi secara autonomi dan tidak perlu melaporkannya kepada mereka.
Terdapat juga percanggahan antara keterangan bekas juruaudit kanan kerajaan P Kanason Pothinker dengan ketua khidmat nasihat di bahagian undang-undang Ainum Mohamed Saaid.
Kanason berkata susulan siasatannya terhadap pendedahan forex yang tinggi, Ainum mengarahkannya supaya tidak berbuat begitu kerana “orang atasan” mengarahkan jangan campur tangan dalam perkara itu.
Ainum menafikannya.
RCI itu turut menyaksikan keterangan yang berkualiti rendah, susulan umur sesetengah saksi, ada yang berusia antara 70-an hingga 80-an. Mereka sudah ingat-ingat lupa tentang tarikh, nama dan angka.
Bekas ketua audit negara Ishak Tadin, 85, yang turut disenaraikan sebagai saksi, tidak hadir hari ini seperti dijadualkan kerana masalah kesihatan dan mudah lupa ingatan, kata anak lelakinya yang memaklumkan RCI hari ini.
Akses kepada dokumen disekat
Semua 42 dokumen di mana RCI, yang diketuai bekas pengerusi Petronas, Sidek Hassan akan menyediakan dapatan suruhanjaya, tidak akan didedahkan kepada umum dan dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi, menyebabkan mustahil untuk mendapatkan pengesahan yang bebas.
Ini termasuk laporan audit yang merekodkan kerugian bank pusat itu sebagai RM31.5 bilion dari 1991 hingga 1994, menurut saksi pertama RCI, bekas pengurus akaun BNM Abdul Aziz Abdul Manaf.
Dan juga, angka kerugian AS$10 bilion, seperti didakwa bekas penasihat BNM dan kemudian penolong gabenor Abdul Murad Khalid, tidak pernah dibuktikan.
Murad tidak pernah menjelaskan bagaimana beliau mendapatkan angka itu dan permintaan peguam Dr Mahathir, Haniff Kathri Abdulla untuk Murad dipanggil semula, ditolak hari ini.
Akses kepada bahan lain yang tidak diklasifikasikan di bawah OSA juga ditolak, kata peguam yang mewakili Dr Mahathir dan Anwar.

Wartawan mahkamah juga hanya dapat bergantung pada keterangan dan dialog soal jawab.
Peguam pemerhati memberitahu wartawan hari ini, ini kali pertama dokumen tidak dibenarkan didedahkan dalam inkuiri awam.
Ketika memberi keterangan, saksi yang termasuk bekas pedagang dan pengurus pentadbiran di BNM, bercakap mengenai undang-undang longgar dalam pelaksanaan urus niaga forex pada masa itu dan kekurangan pemantauan ketika bank pusat itu semakin agresif menjalankan aktiviti itu.
Bekas kakitangan tetap berkata mereka bertugas dalam skop kerja masing-masing dan memberi keterangan yang mereka tidak pernah tahu jumlah sebenar kerugian itu dan hanya maklum mengenainya apabila keadaan sudah sangat teruk.
Keterangan mereka juga menunjukkan biasanya isu-isu itu tidak dibangkitkan melangkaui penyelia mereka, menunjukkan satu budaya di mana mereka tidak mempersoalkan pihak berkuasa ketika berdepan kerugian berkenaan.
RCI itu akan membentangkan dapatannya pada 13 Oktober kepada Yang di-Pertuan Agong.

3 ulasan:

  1. Nampak sgt tujuan diadakan RCI ini.....utk memburukkkan mahathir dan DSAI......kalu diikut dgn keaadaan saksi2 penting yg dah tua dan lupa perkara2 yg lama.....boleh dianggap RCI ini akan gagal...ttp oleh kkerana benda ni dah dirancang dan telah telah ada kata putusnyer sebelum RCI ini dibentuk lagi....maka rakyat dapat meneka apa2 keputusannyer nanti.....berkenaan saksi2 yg dipanggil atau diadakan sudah tua ...uzur....dan pemikirannyer pun dah kurang...lupa....adalah diharapkan agar lepas ini diadakan RCI utk 1MDB...sbb perkara ini baru dan saksi2nyer banyak dan sihat wa alfiat.........berani ker najib haramjadah?????

    BalasPadam
  2. Najib itu bersahabat dengan iblis, maka wujudnya gabungan najiblis yang bermaharaja lela menyapu wang negara untuk kegunaan peribadi. Rakyat Malaysia wajib bangkit tolak Perdana Menteri paling jahanam ini segera sebelum keaddan bertambah parah hingga tidak ada jalan keluar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. najib iblis ngan mah mak lampir...mmg secucuk dan sepadan.....

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA