Selasa, 19 September 2017

Anwar masuk hospital

Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur hari ini kerana tekanan darah tidak stabil, semasa menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh.
Menurut anaknya, Anwar dimasukkan ke hospital 2 petang tadi. “Tekanan darah tinggi tidak menentu,” kata Nurul Izzah.
Menurut Izzah, Anwar juga perlukan rawatan fisioterapi untuk kecederaan lama di bahu.
Perkembangan ini merupakan kali kedua beliau dimasukkan ke HKL untuk rawatan tekanan darah tinggi pada 9 Mei tahun lepas, dan otot bahu terkoyak pada 8 Julai 2015.
“Anwar masih bersemangat untuk selamatkan Malaysia,” kata Izzah, yang juga naib presiden PKR.

2 ulasan:

  1. Semoga Anwar segera sembuh. Semoga Agong dapat memberi pengampunan diraja segera.

    BalasPadam
  2. Penasihat Agong ialah PM. Mahukah dia menasihatkan Agong supaya memberi pengampunan diraja kepada musuh poltiknya?

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA