Sabtu, 5 Ogos 2017

Zahid tak ubah seperti Aphodius Markginellus..

Oleh Mohd Sayuti Omar

Keadaan Zahid Hamidi hari ini tidak ubah seperti kubang tahi kerbau (aphodius markginellus) yang menggolekkan tahinya untuk membina sarang baharu. Baginya dia berasakan perbuatan itu sudah bisa dan terror, kerana dapat mengumpulkan tahi kemudian dijadikan kloni untuk bersarang. Walhal kerja menggolek tahi untuk buat sarang itu mecemarkan punggungnya.

Begitulah keadaan Zahid hari ini. Tindakannya untuk mensucikan diri daripada kotoran yang beliau buat sendiri bukan jadi bersih tetapi makin tambah kotor. Itulah natijahnya kalau kita bersikap gelojoh, syok sendiri dan tidak berfikir panjang mengkaji buruk baiknya. Tidak jilah dan fatanah dalam berpolitik.

Semuanya bermula dengan cerita "lupa dirinya" menceritakan perihal keturunan Dr Mahathir Mohamad sebagai Kutty. Disertakan pula bukti keKuttyan Dr Mahathir itu kononnya dalam Kad Pengenalan Dr Mahathir ada tulis perkataan "anak lelaki". Alih-alih bukti dan fakta dikemukakan Zahid itu meleset. Sudahlah isu itu tongol tetapi kurang tepat pula faktanya.

Terurutan daripada itu Zahid terjongkit apabila Dr Mahathir mendedahkan yang dia pernah mendatangnya untuk berbincang bagi jatuhkan Najib. Pendedahan Dr Mahathir ini memerangjat dan menjongkitkan ekor Zahid setinggi lembu mengangkat ekor kerana nak berak. Terberak juga agaknya Zahid bila berdepan dengan Dr Mahathir.

Pendedahan Dr Mahathir itu menbuka kemunafikan dan kejahatan Zahid Hamidi selama ini. Orang sudah pun mengecami banyak perbuatan tikam belakang yang diamalkannya selama ini, jadi pendedahan oleh Dr Mahathir itu mengesahkan apa yang diperkatakan selama ini.

Sepatutnya Zahid berhenti setakat itu sahaja. Dia tidak perlu memberi reaksi kepada kenyataan pendedahan Dr Mahathir itu secara berlebihan dan "bertinak-tinak". Dr Mahathir bukan lawannya di arena politik berbalas tembak. Cerita memalu dan busuk itu boleh ditutup awal-awal lagi apabila dia menyedari si Nagin itu sudah membuka kelendur di tenguknya. Tetapi hari ini dan semalam Zahid terus menyerang Dr Mahathir. Dia berperasaannya serangannya mengena dan dia mendapat tepukan gemuruh. Zahid berasakan dia ada Bokbon yang boleh bertarung dengan Nagin.

Perhitungan Zahid salah, dia bukan ditepok sorak, tetapi diperleceh dan diketawakan oleh orang ramai. Zahid dilihat monyak yang cuba nak perkosakan gajah. Zahid kata dia ada rakaman pertemuan dengan Dr Mahathir itu. Apa yang dia nak ceritakan pendedahan Dr Mahathir itu tidak benar dan sengaja mahu memburukkannya. Dalam masa sama dia nak ceritakan yang jahat dan celakanya Dr Mahathir bukannya dia.

Kalau beliau benar, dan rakaman itu ada, dedah sahaja biar semua orang tahu. Biar RTM dan TV3, Astro Awani dan segala macam media menyiarkannya. Kita mahu tahu apa butiran perbicaraan semasa dia bertemu dengan Dr Mahathir dan seorang lagi pemimpin, saya yakin dia adalah Muhyiddin Yassin. Kenapa Zahid tidak mendedahkannya? Mungkin rakaman itu tiada atau sudah rosak, atau sebenarnya dia takut. Zahid mungkin sedang mencari alasan untuk tidak mengemukakan rakaman berkenaan. Mungkin dimahkamah?

Hari ini Zahid kata dia berani bersumpah laknat mengenai dakwaan Dr Mahathir itu. Crrita sumpah laknat si Dayang Sumbi ini sama cerita sumpah laknat bekas pembacuh kopi Anwar Ibrahim. Sumpah laknat tidak boleh dipakai dalam dunia politik. Apa lagi kalau orang yang hendak bersumpah itu sudah diketahui tahap kebersihan, keimanan dan juga kejujurannya, lagi tidak boleh dipakai. Sebab itu Anwar tidak pernah melayani sumpah Dayang Sumbi ini.

Sesungguhnya kejujuran Zahid sebagai orang politik sangat diragui. Kes-kes lalu menjadikan semua itu boleh meragukan. Dia sudah ada track recordnya.

Zahid juga berdolak dalih mengatakan pertemuan dia dengan Dr Mahathir diizinkan oleh Najib. Wah... ini lagi cantik. Dia membuka berita itu untuk menghalalkan tindakan gelapnya berjumpa dengan Dr Mahathir. Mungkin Najib juga ikut terjongkit mendengar versi ini.

Mudah sahaja kalau pemergaina itu mendapat keizinan Najib, Najib boleh sahkan perkara itu. Habis cerita dan Zahid pun automatik terbela. Tetapi sampai saat ini belum ada kenyataan Najib mengesahkan yang dia izin Zahid berjumpa dengan Dr Mahathir. Apakah sebenarnya yang berlaku bukan Najib izinkan, tetapi Zahid menghadap Najib selepas dia berjumpa dengan Dr Mahathir dan menceritakan tentang konsirasi itu. Zahid memerangkap Muhyiddin agar Najib pecat dan tempat Muhyiddin dipenuhi olehnya. Begitukah. Kemungkinan atau muslihat ini sangat tidak mustahil.

Kalau Zahid berjumpa Najib setelah berjumpa dengan Dr Mahathir dan Muhyiddin, maka sahlah yang khinat dalam rancangan yang diatur dalam perjumpaan itu. adalah Zahid bin Hamidi. Maka hukum kerma akan menanti Zahid dengan segala kemunafikan dan pengkhianatannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA