Selasa, 1 Ogos 2017

ZAHID NAIK DARAH KENANGKAN “KELING” PIMPIN MELAYU 22 TAHUN


KOMEN :TPM Zahid Hamidi terlanjur lidah dalam menghina Tun Mahathir adalah atas kehendak Allah yang mahu memberikan rahmat kepada Tun sehingga mendapat simpati yang meluas di seluruh negara dan  memberikan masalah baru kepada PM Datuk Seri Najib – Tan Melaka.
ZAHID NAIK DARAH KENANGKAN “KELING”…….
Jika Tun Dr.Mahathir pernah mengungkit Perdana Mentari Pertama Tunku Abdul Rahman sebagai keturunan Siam, maka apakah salahnya jika Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi membangkitkan soal Tun Dr.Mahathir sebagai keturunan Keling yang telah memimpin Melayu dan sekarang mahu mempengaruhi lagi orang Melayu.
Beliau telah menunjukkan  IC Tun Mahathir yang nama sebenarnya Mahathir anak lelaki  Iskandar Kutty seolah-olah  suatu penemuan besar yang berjaya didedahkan oleh beliau sebagai Menteri Dalam Negeri untuk meyakinkan  rakyat kerana  dari sumber sah iaitu  dari Pejabat Pendaftaran negara.
Barangkali tidak salah bagi Zahid membangkitkan soal keturunan pimpinan negara  tetapi situasi dan kedudukan kedua mereka berbeza  dalam mengungkit pekara ini  dan inilah yang seharusnya menjadi pertimbangan rakyat,samaada wajar atau tidak.
Mahathir membuat pendedahan itu ketika beliau tidak mempunyai kedudukan dalam kerajaan tetapi sebagai rakyat biasa yang menghayati perasaan rakyat dalam ketegangan negara  tetapi sebaliknya Zahid Hamid berada pada kedudukan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dan juga Naib Presiden UMNO. Maka apakah dalam  kedudukan itu wajar bagi beliau  untuk menyentuh peribadi seorang pemimpin UMNO sehinga keperingkat paling rendah? Hinakah seseorang kerana keturunannya. Tidakkah Zahid dengan itu mendedahkan dirinya sebagai seorang yang rasis, tidak sahaja kepada rakyat umum tetapi kepada UMNO sendiri.
Situasi politik  selepas tragedi 13 Mei memerlukan suara berani ke arah tindakan drastik  yang kebetulan hanya sanggup  dilakukan oleh seorang Keling untuk membawa suatu perubahan segera dalam pucuk pimpinan negara bagi survival  Melayu yang pada akhirnya membantu Tun Razak mengambil alih sebagai  Perdan Menteri.
Zahid  yang berada  dalam pucuk pimpinan negara membangkitkan perkara keturunan ini  adalah kerana beliau tidak mengenali sejarah racial identity yang telah pun dipadamkan oleh Datuk Onn Jaafar bila UMNO ditubuhkan untuk menentang Malayan Union dengan kesepaduan bangsa dan Islam.
Sebenarnya akhbar Utusan Melayu ditubuhkan di Singapura pada 1938 bukan kerana semangat anti penjajahan British tetapi  adalah kerana dorongan semangat anti keturunan India DKK  (Darah Keturuan Keling dan juga DKA(Darah Keturunan Arab)  yang dijuarai oleh Yusuf Ishak seorang keturunan Minangkabau  yang wajahnya kelihatan sebagai seorang India kerana DKA dan juga DKK mengexsploitasi pemikiran dan juga ekonomi Melayu. (Lihat buku  Sejarah Utusan Melayu: Didepan Api Di Belakang Duri terbitan Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd)

Apabila perpaduan seluruh orang Islam dan Melayu diperlukan bagi menentang Malayan Union Datuk Onn Jaafar yang menubuhkan UMNO atas anjuran Utusan Melayu telah meminta soal keturunan itu dilupakan  untuk perpaduan Islam dan Melayu yang diperlukan bagi  kejayaan perjuangan menentang Malayan Union.
Sekarang Datuk Zahid Hamidi telah membuka semula pintu racial politic  dalam UMNO sendiri sedangkan UMNO telah pun menempah nama besar dan berjaya sebagai sebuah parti politik Melayu di bawah  pimpinan  berbagai keturunan dari Siam,Bugis,Turkey hingga ke India.
Agak malang  hal ini berlaku ketika  PM Datuk Seri  Najib sedang mempromokan persahabatan Melayu dengan orang India  sehingga sanggup pergi ke rumah filem Star India terkemuka  dan menjemput  Kajol Top Star filem Divale ke Malaysia. Tidakkah Zahid telah mencacatkan  usaha yang baik ini?.
Dalam perspective  yang lebih luas Zahid tidak hanya menyinggung perasaan Mahathir tetapi cuba kita lihat  siapakah KSN Ali Hamsa dan  keturunan mamak yang telah menempah nama dalam UMNO seperti Allahyarham Sulaiman Ninam Shah. Salahkah Allahyarham bertahun-tahun  menjadi Pengerusi tetap UMNO? Bagaimana dengan Aziz Rahim “Keling” menjadi Pengerusi Tabung Haji? Salahkah Aziz Sheikh Fadhil, Reezal Merican Naina Merican dan lain-lain menjadi ahli UMNO. Apakah hanya Jawa dan Bugis sahaja boleh memimpin UMNO?
Zahid tidak sewajarnyra membangkitkan  semangat perkauman  dalam kalangan ahli  UMNO ketika UMNO memerlukan perpaduan hanya semata-mata kerana  beliau berasa  terancam dengan seorang keturunan Turkey menjadi penghalang untuknya  menjadi  Perdana Menteri dan kerana itu perlu baginya untuk membuktikan  dirinya sebagai Hang Tuah Moden  kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib.
Kepada rakyat ini adalah tambahan bukti bahawa pemimpin-pemimpin UMNO sekarang  benar-benar berada dalam  keadaan panik kerana  telah mendapat maklumat yang buruk bahawa apapun yang dipromokan oleh Najib tetapi tidak memberi  kemajuan politik kepada UMNO. Sambutan kepada Pakatan Harapan semakin hebat dimana-mana  di akar umbi.
Bagaimanapun saya dengan ikhlas mengangkat topi  kepada Datuk Seri Najib di atas keteguhan dan kegigihan semangatnya untuk  terus berjuang.
Anda semua Bumiputra, Najib Beritahu India Muslim
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak bersetuju yang masyarakat India Muslim di Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan Bumiputera, tetapi berkata kerajaan perlu mengkaji secara mendalam tuntutan supaya status tersebut diwartakan.
“Hakikatnya, tuan-tuan dan puan-puan Bumiputera,” katanya pada majlis Hari Raya dihadiri masyarakat India Muslim di Seri Kembangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA