Jumaat, 4 Ogos 2017

Umno cabar Mahahir lawan Najib di Pekan

Pemuda Umno Pekan mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding pilihan raya di kawasan parlimen itu yang juga kerusi tradisi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Kalau betul pengalaman Tun Mahathir memerintah sebagai PM selama 22 tahun, kalau betul Tun Mahathir anak jantan, ayuh bertanding di Pekan,” kata ketuanya Datuk Shahruddin Ahmad di KiniTV.
Dalam sidang media di Ampang hari ini, Shahruddin juga “mengundang” Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk “belajar” dengan mereka di kawasan itu.
Beliau juga menyeru semua kepimpinan Pemuda bahagian meneruskan wala (kesetiaan) kepada kepimpinan parti demi agama, bangsa dan tanah air.
Najib dalam pilihan raya umum lalu menang besar dengan majoriti 35,613 undi dengan menewaskan calon PKR Mohd Fariz Abd Talib @ Musa.

Parlimen itu mempunyai 80,260 pengundi dengan majoriti (88 peratus) berbangsa Melayu.
Mahathir di umur 92 tahun setakat ini belum menunjukkan sebarang minat yang jelas untuk kembali bertanding dalam pilihan raya umum, setelah melepaskan jawatan perdana menteri beberapa tahun lalu.

1 ulasan:

  1. Ingatlah wahai saudara saudara, jika kita menyokong dan redo dengan pemimpin yang jujur, mejalankan tanggung jawab dengan amanah, selamatlah kita diakhirat nanti, tetapi jika kita menyokong dan redo kepada pemimpin yang tidak amanah dan tidak menjalakan tanggung jawabnya dengan betul, kita akan diatanya dihari pembalasan kelak, jadi sebelum kita lakukan sesuatu fikirlah sedalam dalamnya, janganlah bongkak, sombong, jangan ingat dunia sahaja, jangan lupa ALLAH MAHA MENGETAHUI, ALLAH MAHA BERKUASA.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA