Sabtu, 19 Ogos 2017

Tiada bukti Zakir Naik buat salah, kata Dr Asri


Tiada bukti Zakir Naik buat salah, kata Dr Asri
Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin bercakap pada forum Moderation in al-Quran: Between two points of extremism di Kuala Lumpur hari ini. 
PENCERAMAH kontroversi Zakir Naik tidak sepatutnya diletakkan dalam Senarai Merah Interpol kerana tiada bukti beliau melakukan sebarang kesalahan, kata Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin.
“Tiada bukti yang satu perkataan dari beliau atau dalam ceramahnya yang menggesa atau menyebabkan orang melakukan keganasan,” kata Asri kepada The Malaysian Insight.
“Apabila itu berlaku, kita akan bincang isu itu,” katanya ketika menjadi ahli panel “Moderation in al-Quran: Between two points of extremism” yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini.
Zakir sedang mencabar permohonan India supaya Interpol mengeluarkan Senarai Merah kepadanya, menurut laporan The Times of India semalam.
Zakir sudah memohon kepada Interpol supaya menolak permohonan itu, mendakwa yang beliau menjadi mangsa layanan tidak adil oleh kerajaan India kerana beragama Islam.
Notis Merah Interpol akan secara rasmi meletakkan Zakir dalam senarai penjenayah antarabangsa dihendaki.
“Hanya ada tuduhan tanpa bukti. Itu masalahnya. Kita perlukan bukti,” kata Asri.
“Saya sudah mendengar banyak ceramahnya. Saya rasa tiada satupun yang menggesa rakyat menentang kerajaan atau melakukan sesuatu yang menyebabkan mudarat kepada orang lain. Saya fikir itu sesuatu yang perlu dipertimbangkan,” katanya.
Zakir meninggalkan India pada 2016, selepas suspek dalam sebuah serangan pengganas berlaku di sebuah kafe di Dhaka, Bangladesh mendakwa dia dipengaruhi ucapan Zakir dan Bangladesh mengharamkan saluran Peace TV miliknya.
Dia dipercayai menetap di Malaysia dan sudah diberikan status penduduk tetap sejak lima tahun lalu.
Laporan turut menyebut yang Interpol sudah memaklumkan semua negara termasuk Arab Saudi yang India sudah membatalkan pasport penceramah itu. Sebelum ini, terdapat laporan yang mendakwa Arab Saudi mengeluarkan pasport kepadanya.
Zakir dijadualkan berucap bulan lepas di Perlis tetapi majlis itu dibatalkan. Asri mempertahankan tindakan pihak berkuasa agama negeri itu untuk menjemput Zakir mengatakan ia permintaan ramai rakyat yang mahu mendengar ceramahnya.

April lalu Asri mencetuskan kekecohan apabila mempertahankan Zakir.
Hampir 40 organisasi bukan kerajaan Hindu dan kumpulan aktivis membuat laporan polis ke atas Mufti Perlis itu mendakwa beliau menghina masyarakat Hindu dengan puisi yang ditulisnya di Facebook.
Sementara itu dalam isu berlainan, Asri turut berkata yang pihak berkuasa Islam Malaysia mempunyai “ketaksuban” kepada isu “peribadi” agama seperti khalwat.
“Di Malaysia, saya merasakan banyak dosa peribadi seperti khalwat didedahkan secara terbuka. Tetapi rasuah dan korupsi yang lebih merbahaya tidak menjadi tumpuan,” katanya pada forum yang dianjurkan The Islamic Renaissance Front itu.
“Kita banyak bergosip tentang masalah peribadi, tetapi bila sampai soal merompak dan mencuri (daripada) rakyat, ia tidak dibincangkan pun.
Sungai tercemar, hutan ditebang, tetapi rakyat tak bersuara.”
“Tetapi bila sampai soal khalwat, semua orang tiba-tiba mahu bercakap mengenainya,” kata Dr Asri.
Turut hadir ialah sarjana Islam, Muni’im dari University of Notre Dame dan Abdul Munir Mulkhan dari UIN Sunan Kalijaga.

3 ulasan:

  1. Kesalahan dr zakir hanyalah satu iaitu beliau memberitahu yang benar. Duania akhir zaman ni, mcm kata P. Ramlee, manusia dituduh berdusta walaupun bercakap benar.

    BalasPadam
  2. 40 organisasi tu..duk ikut tindakan berat sebelah kerajaan India kenapa? Sedar tak depa duk negara mana?

    BalasPadam
  3. eeee...geng 40 tu org mesia ke india?

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA