Sabtu, 5 Ogos 2017

Tiada 'abang long', 'taiko' dalam Pakatan Harapan



Tiada mana-mana pihak yang bersikap 'menguasai' dalam Pakatan Harapan sebaliknya semua keputusan dibuat secara bersama hasil daripada perbincangan, tegas Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Mohd Sany Hamzan.
Menurutnya, gabungan AMANAH, PKR, DAP dan Bersatu dalam Pakatan Harapan berbeza dengan BN yang didominasi Presiden Umno manakala pemimpin-pemimpin lain seperti Presiden MCA dan Presiden MIC hanya sebagai tukang angguk.
"Tiada sama sekali istilah 'abang long' atau 'taiko' dalam Pakatan Harapan. Setiap keputusan diputuskan bersama dalam mesyuarat yang kadangkala berjam-jam lamanya," ujarnya.
Sany Hamzan Konvensyen PemudaBerucap di Konvensyen Pemuda AMANAH Nasional di Batu Pahat hari ini, beliau turut memberitahu status Tun Mahathir dalam Pakatan Harapan.
"Kerisauan sesetengah pihak bahawa keberadaan Tun Dr Mahathir dalam Pakatan Harapan akan 'mencairkan' iltizam perubahan, ternyata jauh daripada realiti sebenar," katanya.
Menurutnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada masa ini berada pada hierarki teratas sebagai Ketua Umum Harapan.
"Malah mesyuarat-mesyuarat Harapan sendiri dipengerusikan oleh presiden-presiden setiap parti secara bergilir-gilir," jelas Sany lagi.
Konvensyen bertemakan 'Menggalas Harapan Perubahan' ini dirasmikan Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub.
Turut hadir Ketua Angkatan Muda KeAdilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad, wakil Dapsy serta wakil-wakil daripada beberapa NGO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA