Sabtu, 5 Ogos 2017

SPRM tak boleh mengelak, siasatan isu RM230 juta Zahid perlu dibuat

OLEH: SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Zahid Hamidi cukup berat. Mempunyai RM230 juta ketika berjawatan Ketua Pemuda UMNO sekitar 1996 merupakan suatu kekayaan yang amat luar biasa.
SPRMMalangnya setelah 3 hari berlalu, Zahid masih lagi belum dipanggil mana-mana badan penguatkuasa bagi tujuan siasatan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sebelum ini agresif terhadap ‘bilis-bilis’ rasuah kelihatan lambat bertindak.
Bahkan seakan-akan cuba mengelakkan diri daripada mengambil langkah susulan apabila jawapan ‘tiada komen’ diberikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Mohamad Jamidan Abdullah.
Di benak masyarakat awam, keberadaan RM230 juta dalam akaun Zahid – sebagaimana yang didakwa Dr Mahathir – perlu disahkan sama ada benar atau tidak.
Jika benar, siasatan lanjut perlu dibuat dari mana dan mengapa Zahid memperoleh wang sebanyak itu. Kita yakin bahawa Zahid tidak sebebal Najib untuk beralasan bahawa dana tersebut berpunca dari ‘derma pak Arab’.
Paling mudah untuk kerja SPRM sekarang adalah memanggil Dr Mahathir sendiri, kalau mereka takut nak memulakan siasatan dengan memanggil seorang yang masih bergelar Timbalan Perdana Menteri.
Pendek kata, SPRM tetap perlu siasat dakwaan ke atas Zahid. Jika terus-terusan mengelakkan diri, SPRM hanya mengesahkan persepsi awam bahawa badan tersebut sebahagian daripada aparat pemerintah.

1 ulasan:

  1. Siapa berani siasat TPM daa? Tunggu BN kalah maka siasatan baru senang dibuat.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA