Jumaat, 4 Ogos 2017

SPRM enggan ulas dakwaan RM230 juta dalam akaun Zahid

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan mengulas dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pernah mempunyai RM230 juta dalam akaun banknya.
“Tiada komen,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Mohamad Jamidan Abdullah.
Ditanya sama ada SPRM akan memanggil Mahathir, bekas perdana menteri keempat, Jamidan berkata:
"Kemudian, kemudian. Kita mungkin komen kemudian. Tiada masalah,” katanya.
Mahathir pada 2 Ogos mendakwa Zahid pada 1996 mengisytiharkan padanya memiliki sembilan angka dalam akaun bank dan memberi jawapan “kurang jelas” ketika ditanya sumbernya.
Mahathir membuat serangan itu selepas Zahid membangkitkan isu keturunan India Mahathir dengan mendakwa nama asal Pengerusi Pakatan Harapan itu adalah “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.

2 ulasan:

  1. SPRM ditugaskan menyiasat dan mendakwa segala aduan rasuah terutama drpd bekas PM.
    Jika kita beli kereta tunai rm20ribu pun LHDN sibuk soal kita akan sumber wangnya, inikan pula wang terkumpul rm230juta. Zahid berniaga apa sampai dapat kumpul wang sebanyak itu?

    BalasPadam
  2. Bila VVIP, semua penyiasat senyap no komen. Klu pbangkang, ikan bilis ada isu, cpt actionnya...kita ckp psl
    INTEGRITI...MARILAH KITA BERLAKU ADIL

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA