Khamis, 3 Ogos 2017

SPRM cari 12 individu bantu siasatan skandal perlindungan polis Melaka

SPRM cari 12 individu bantu siasatan skandal perlindungan polis Melaka
SIASATAN skandal perlindungan melibatkan anggota polis Melaka dan kongsi gelap berdepan dengan halangan selepas beberapa saksi utama menghilangkan diri.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad berkata saksi itu sama ada sedang bersembunyi atau sudah meninggalkan negara ini.
“Siasatan masih dijalangkan tetapi beberapa saksi tidak dapat dikesan kerana sudah melarikan diri atau tidak lagi berada dalam negara,” katanya.
Susulan itu, SPRM mengeluarkan gambar dan maklumat 12 individu yang dipercayai boleh membantu siasatan dalam kes yang menyebabkan penahanan 13 anggota polis Melaka Mei lepas.
Mereka ialah Tee Kian Yee, Ng Kok Yuan, Lim Chin Wah, Ng Kim Boon, Goh Tse Yuan, Tan Kai Boon, Chua Kiew Chai, Khor Chee How, Tan Seng Hwee, Sah Kok Onn, Teoh Song Peng dan Tan Wee Kok. Kesemua mereka mempunyai alamat terakhir sama ada di Melaka, Selangor atau Johor.
Orang awam yang mempunyai maklumat tentang 12 individu yang dihendaki SPRM ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat SPRM Saiful Amir Hamzah di talian 03-88867592 atau 014-2244003.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA